BAB 7 : Unofficial Dating
Radio memutarkan lagu Cinta Yang Tersakiti- Dadali
"Dan mudahnya kau bilang padaku
Lupakanlah kenangan bersamamu
Coba saja kau yang menjadi aku
Mungkin kau tak sejahat itu
Sungguh aku tak mengerti
Mengapa kau tinggalkanku pergi
Setelah semua ku lakukan
Apa maumu ku berikan
Mudahnya kau melupakan aku
Setelah kau dapat pengganti aku
Bila saja kau rasakan sepertiku
Mungkin kau tak sejahat itu"
Lamunanku terhenti apabila aku mendengar telefon ku berbunyi. 'Aisy, kenapa lah aku teringat mamat Daniel ni lagi, move on plis Hannah', ujar ku dalam hati.
Aku lantas menjawab telefon tersebut kerana aku tahu Capik yang menelefon aku.
"Hello, aku tengah drive. Otw dah ni" aku segera menjawab dan memberitahunya tanpa sempat Capik bertanya.
"Eh, belum sempat aku nak tanya, kau dah jawab. Ni aku sebenarnya nak bagitahu, aku dah sampai kt Midvalley. Kau nak aku tunggu bahagian mana?"
"Emmm, tunggu je la depan GSC, boleh beli tiket wayang terus, nanti aku call kau lagi eh, aku tengah drive ni"
"Okay Hannah, take care. Bye"
Aku segera menutup panggilan tersebut.
***********
Aku dah sampai di Midvalley dan segera mencari Capik di tingkat atas bahagian panggung wayang. Aku nampak Capik tengah berdiri melihat jadual movie yang terpampang di kaunter.
'aku nak buat surprise lah', ujarku dalam hati.
Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Capik yang sedang khusyuk melihat movie showtime. Aku semakin dekat dengan Capik dan bersedia untuk buat kejutan.
Tup..tup..
"Booo !!!" Aku cuba mengejutkan Capik.
Capik memandang ku dengan muka yang blur.
"Aik, dah smpai dah. Btw Hannah, kau punya helah tu dah lapuk okay, manade orang buat surprise macam tu. Lain kali kau peluk aku dr belakang, baru aku tekejut" Capik berkata seraya menyengih melihatku.
"Isy, tak habis2 dengan perangai gatal dia tu. Nak penumbuk???" Aku menghalakan genggaman tangan ku ke mukanya.
"Setakat tangan cenonet mcm ni, tak sakit pun"
"Eeeeeeee" aku berkata dalam keadaan geram lantas mencubit perut nya. Capik mengaduh kesakitan dan aku menjelirkan lidah tanda puas hati.
"Dah2, sakit Hannah. Jom lah kita tengok wayang dulu eh"
"Hmm yelah2, kau belanja eh" aku yang ajak dia keluar, aku pulak minta belanja kat dia.
"Iye Hannah ku sayang intan payung. Tak gentleman la kalau laki tak belanja awek"
Aku mencebikkan bibir ku.
"Kita tengok cerita omputeh eh. Kita tengok Avengers: Infinity War. Ni last part kononnya."
"Oww yeke. Aku on je. Janji best" ujar ku mengiyakan apa yang dikatakan. Nak cakap minat, takdelah taksub sangat, aku suka je, terutamanya Thor dengan Iron Man 😜.
Aku melihat sekeliling, tidak begitu ramai orang pada waktu begini. Panggung wayang pun kelihatan lengang. Mungkin orang di dalam panggung dah kot.
'Ohh lupa, orang keja pulak, patutlah tak ramai' getus ku dalam hati.
Setelah membeli tiket, Capik membeli satu set kombo Popcorn dan dua gelas air Coke dan terus memasuki panggung wayang kerana dalam 15 minit lagi, akn bermula wayang tersebut.
Daniel memilih untuk berada di couple seat sebab dia kata selesa, tak sempit. Aku pun ikut je lah. Janji Capik belanja. Setelah kami memasuki Hall yang ditetapkan, kami terus masuk dan mencari nombor seat kami. Seperti biasa couple seat berada di belakang sekali. Sejurus menjumpai seat kami, aku terus duduk dan makan popcorn dan menyuapkannya di mulut. 'Emm sedapnya popcorn ni' ujar ku dalam hati.
"Khusyuknya makan popcorn tu, dah tak ingat orang sebelah eh"
Aku terkejut kerana tidak menyedari kehadiran Capik di sebelah. Aku senyum menyengih.
"Eh, sory2, aku rasa nikmat makan popcorn ni, sedap pula hari ni" aku menghulurkan bekas popcorn itu kepada Capik.
Capik memandang ku dan menaikkan kening nya.
Aku mengerutkan dahi tanda tidak paham akan maksudnya.
"Nape? Taknak ke? Tadi kata nak"
"Nak lah, tapi aku nak kau suap aku popcorn tu" bisik Capik dengan ku. Aku terhidu bau minyak wangi nya apabila dia merapati bahu ku.
"Isyyy, mengada ! Nah amek sendiri" aku menolak badannya supaya tidak merapati aku walaupun seat ni dah cukup luas untuk kami, tapi aku rasa lemas dengan perangai mengada Capik. 'Hmm betul ke lemas, ke aku suka?' Aku mencapai tangannya, dan meletakkan kotak popcorn itu ke genggamannya dengan kasar.
"Alah Hannah, aku baru je nak manja2 sikit, ni kan first date kite" ujar Capik dengan muka yang penuh berharap.
Aku menjelirkan lidah ku kepadanya. Bengang dengan sifat mengada nya. 'Tetiba pulak mengada dengan aku, lempang kang' ujar aku dalam hati. Walaupun hati merasakan benci, tapi aku rasa senang dengan perbuatan Capik.
Aku memandang Capik di sebelah ku yang tengah khusyuk makan popcorn sambil melihat iklan di skrin pawagam. Aku memilaukan mata ku di sekeliling untuk memerhati keadaaan panggung. 'Wow, full house!' Getus ku dalam hati. Ni baru betul penangan Avengers. Hihi
Tiba-tiba pandanganku terhenti pada satu pasangan yang berada di seblah kanan selang dua seat dari couple seat kami. Aku tidak perasan raut wajah lelaki tersebut kerana dia sedang berborak dengan pasangannya. Lelaki itu memalingkan mukanya ke arah ku. Aku tersentak. 'DANIEL???'
Daniel juga terkejut memandang ku dan menghadiahkan aku satu senyuman sebelum pasangan sebelah nya mengajak nya berborak.
"Huh!" Aku mendengus kasar.
Capik memandang ku dengan muka yang hairan.
"Kau dah kenapa? Moody semacam, tadi elok je aku nampak kau happy, kau period eh?"
Aku mencubit perut Capik kerana geram. Dah la aku sakit hati dengan Daniel. Aku mengajak nya pun sebab aku nak hilangkan stress aku pasal Daniel. Tak sangka pulak dia ada dekat sini.
"Isy, sebokkkk je! Aku saja je td, aku tenampak benda yang mencemarkan mata aku tadi"
"Haa, ada orang beromen ke dalam ni, mana2?"
"Eeeeee tak lah, kau ni, boleh tak simpan sikit otak kuning kau tu, adelah something aku tengok, malas nak cite"
"Yelah2, taknak share takpela. Dah2, jgn moody lagi, jom tengok Avengers ni. Kan baru start tu"
Aku senyum tawar dan memandang ke skrin di depan. Aku rasa diriku di perhati seseorang, tapi aku pasti ianya Daniel. 'Ah! Persetankan jantan tak guna tu, takpe, atleast aku ada Capik, boleh hiburkan aku'
"Hannah, nah" aku tersentak dan melihat Capik menunggu untuk menyuapkan popcorn kepadaku. Aku malas nak bertekak lantas menyuakan mulut ku dan Capik menyuapkan popcorn tersebut di mulutku. Aku senyum kepadanya dan seraya itu Capik juga menghadiahkan senyuman nya yang cukup manis bagiku. Sejurus itu Capik menyuap popcorn tersebut sepanjang movie itu ditayangkan. Tak sampai separuh movie itu ditayang, popcorn dah habis. 'Dah macam couple pulak' . Getus ku dalam hati.
Aku tersenyum sendiri apabila teringat moment masa suap2 popcorn, boleh pula aku tergigit jari nya. Mak ai, malu nya aku. Nasib baik Capik okay je. Kalau pawagam ni terang benderang, mesti Capik nampak aku senyum sendiri lepastu nak perli aku.
Aku melihat Capik khusyuk melihat tayangan di hadapan. Minat sangat dengan cerita Avengers ni. Bagi aku, aku minat juga, tapi fikiran aku terganggu dengan Mamat tak guna yang tetiba nak muncul dalam hidup aku sekarang. 'Benciiiiiiiii' jerit ku dalam hati.
******************
Usai tamat nya melihat wayang. Kami berdua keluar dari panggung. Aku malas nak menoleh ke arah Daniel sebab aku malas nak ambil kisah samada dia dah keluar ke belum. Lantak kau lah Daniel buat apa aku nak kisah.
Namun begitu, aku terpaksa berhadapan dengan Daniel kerana Capik pada masa itu ke toilet. Daniel menegurku dengan ramah di hadapan teman wanita nya. Aku dapat merasakan wanita itu memandang ku dengan tajam. Cemburu mungkin.
"Hai Hannah. Tak sangka boleh jumpa kat sini. Long time no see. Makin cantik Hannah." Ujar nya kepada ku sambil meneliti aku dari atas ke bawah. Aku menjeling ke arah nya.
"Haah, aku dari dulu memang cantik. Tak perasan ke????", Daniel seraya tersenyum dengan apa yang aku kata. Sebelum Daniel membalas kata2 aku, Capik usai keluar dari toilet dan bertemu ku. 'Yess, Capik datang tepat pada masanya, aku nak buat drama sikit supaya mamat depan aku ni melolong tengok aku', ujar ku dalam hati.
"Hai Sayang, kenapa you lewat ni, btw, meet my friend Daniel" aku lantas memaut lengan nya sambil menggedik depan Daniel. Raut wajah Daniel seraya berubah melihat lakonan ku bagaikan pelakon paling popular di Malaysia. Aku turut melihat Capik yang memaparkan muka yang kebingungan. Aku menyigung lengannya untuk support aku dalam lakonan ini.
"Errr, haaa baby, hai Daniel, i'm Syafiq, bakal suami Hannah, tapi rasanya sy kenal awk, senior kat Kolej Delta kan". Aku menahan tawaku mendengar apa Capik katakan kepada Daniel. Rupanya Capik mengenali Daniel. Eh, lupa, mestilah kenal, dah senior dekat kolej.
"Haah, skrg ni sy dah kerja. Seriously, you nak kahwin dah ke Hannah? I'm surprised! Bila berlangsung nya majlis?" Daniel bertanya kepada ku. Aku sedar raut wajah nya bertukar jadi sedih.
"Haah, bakal suami aku, insyaallah dalam masa terdekat ni, kalau dah pilih tarikh, aku jemput k"
"Hubby, jom makan, i dah lapar la" rengek wanita kat sebelah Daniel sambil memaut lengannya.
"I gotta go Hannah, Syafiq, hope to see u again soon" Daniel melihat ku dengan muka yang penuh berharap dan terus pergi meninggalkan kami di situ. Aku memerhati langkahnya pergi berdasarkan ekor mata.
"Ehemmm" Capik mendehem.
Aku mendongak sedikit untuk melihat wajah Capik dan aku melihatnya menaikkan kening nya sambil menjuih kan bibirnya ke lengan nya. Aku memandang ke arah lengannya. 'Oh my god!!!!!!!' Aku lepaskan tangan ku dari memaut lengan Capik. Aku berasa malu dengan perbuatan sendiri.
"Capik, i'm soryyyyyyyyyyyyyyyyy, aku tak sengaja"
"Takpe Hannah, aku okay je, kau nak peluk aku pon boleh, aku relakan kalau itu kau" Capik berkata sambil gelak kecil.
"Eee, kau pun mengada eh, yang kau cakap kau ni bakal suami aku kenapa, cakap pakwe sudah la", aku berkata dan menjelirkan lidah ku kepadanya.
"Aku peduli apa, yang penting mamat tu tak kacau kau lagi, kau suka kat dia lagi ke?? Aku lagi hensem lah"
"Isy, takde bende lah, cerita lama, aku dah move on" ujar ku, tapi dalam hati masih belum move on.
"Dah la, jom makan"
"Eh eh" Capik menarik tangan ku dan membawanya ke genggamannya. Aku merelakan perkara itu. Aku tiba2 berasa senang akan kelakuannya walaupun kadang2 menyakitkan hati. Kami bergandingan tangan seperti kekasih yang sedang dilamun cinta. Capik mengajak ku makan di Nandos. Aku pun on je lah. Walaupun sebenarnya aku teringin nak makan sushi 😝.
Selesai makan, kami terus beredar kerana masa menginjak terlalu cepat. Hari dah sampai maghrib dah pun. Kami pun segera beredar menuju ke kereta masing-masing.
*macam hambar? Ke tak? Writer's block 😭🤔*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top