BAB 6 : My Ex boyfriend (Daniel)
***flashback*****
3 years ago.
Aku mengenali lelaki bernama Daniel pada awal semester di Kolej Delta. Semasa itu aku masih naif dalam percintaan sebab tak pernah terlintas langsung dalam fikiran yang aku nak bercinta. Aku just fikir aku nak study, konvo then cari kerja baru aku fikir nak kahwin. Perancangannya macam tu lah.
Tapi aku tewas dengan perasaan aku sendiri apabila wujudnya seorang lelaki bernama Daniel Asyraf dalam hidupku. Daniel sewaktu itu merupakan pelajar tahun akhir kos architecture manakala aku ketika baru semester satu.
Kami menjadi akrab apabila satu peristiwa yang mengubah persepsi hidupku telah berlaku.
Sewaktu orientasi, pelajar senior macam biasa lah akan membuli pelajar junior dengan melakukan perkara yang mereka anggap lawak. Sewaktu itu juga aku kenal dengan Ella. Ella satu group dengan aku ketika itu. Kami berdua disuruh oleh seorang pelajar senior perempuan ni untuk mengucapkan kalimah I Love You kepada Daniel dan dapatkan tandatangannya. Akak tu juga dah bagi gambar Daniel dengan kami, yelah, kami tak kenal pun siapa Daniel ni. Takkan nak main tegur je orang yang lalu, malu I nanti. 😂
Dan selepas kejadian itu, aku baru tahu yang Daniel ni budak hot dekat kampus. Berkulit sawo matang, berbadan sasa, tinggi lebih kurang 180cm, persis Aiman Hakim Ridza 😝. Pergh, memang cukup pakej lah. Tak tahu nak describe macam mana lagi.
*this is Daniel😝*
Aku dan Ella dengan muka naif terus berjalan sekitar kampus untuk mencari Daniel berdasarkan gambar yang diberikan. Kami cuma nak tamatkan semua ni, sebab dah tak larat nak hadap orientasi. Penat weiii !!
Kami melilaukan kepala kami mencari Daniel. Sedang aku berjalan sambil melihat ke arah lain, aku terlanggar seseorang dari hadapan ku lantas buku-buku yang dipegang nya pula jatuh. *cliche sangattt hahaha*
"Sory2, saya x sengaja" aku berkata sambil mengutip kembali buku2 yang berselerakan. Ella cuma memerhati gelagat aku. Aku pun pelik melihat Ella menjegilkan matanya kepada aku sambil memuncungkan bibirnya kepada lelaki tersebut.
Setelah aku berjaya mengumpul kembali bukunya. Aku lantas berdiri dan melihat nya. Aku terkejut melihat nya sambil menatap kembali gambar yang akak senior bagi tadi. 'Daniel !' Jeritku dalam hati.
Daniel melihat ku dengan matanya yang tajam sambil mengerutkan dahinya. Aku berasa takut tiba-tiba.
Ella menyigung lengan ku supaya menjalankan tugas yang diberikan tadi.
"Kenapa gambar sy ada dengan awk ye? Stalker eh, sy tahu la sy hensem, xperlu lah nak bawak gambar sy kemana-mana" , ujar Daniel dengan lagak yang angkuh.
Aku berasa sakit hati dengan tuduhan tersebut lalu aku membidas kata-katanya.
"Heiiiii, jantan belagak, memang awk hensem, tapi jgn perasan eh, ktorang kat sini just nak jalan kan tugas senior bagi"
Daniel melihatku dari atas ke bawah, dan dia memerhati nametag ku yang bergantung di leher.
"Owh, budak baru. Faham2. Okay, sy minta maaf, tapi apa kaitan gambar sy dengan awk punya tugas". Daniel mengangguk-angguk kan kepalanya tanda memahami kami menjalani orientasi.
Aku terdiam seketika. Aku tak tahu nak jelaskan macam mana dekat Daniel.
Aku serba salah nak bagitahu.
"Err, kitorang kene cakap I Love You dekat awak, then awk kena sign kat buku kitorang, baru kitorang boleh lepas dari kena denda.."
Daniel ketawa terbahak- bahak selepas mendengar apa yang aku katakan.
"Haa??? Biar betul. Teruk gila awk kena buli. Okay, silakan kalian berdua. Saya on je, tak pernah pulak orang buat macam ni dekat sy."
Kami berdua saling berpandangan sesama sendiri. Aku mengetapkan bibirku lantas menyebut kalimah tersebut sambil menutup mata.
"I LOVE YOU!" Kami mengatakan kalimah tersebut bersama dengan perasaan malu. Malu sebab terpaksa buat benda mengarut ni dekat jantan poyo ni.
"awk, sy tak dengar suara awk" bisik Daniel kepada aku. Aku terpaku mendengar suaranya berbisik hampir ke telinga ku.
"Sy nak awk sorang je yang sebut, kalau tak sy xnak bg sign kt buku awk" aku terkedu. 'Wth?? Aku sorang je????' Mampus akuuuuuu. Aku melihat sekeliling ku, semua orang dekat sekeliling melihat gelagat kami. 😱
"Err.. i love you"
"Louder please" ujar Daniel. Ella kat sebelah aku dah rasa bersalah kerana aku diperlakukan sebegitu.
"I LOVE YOU !!!!!!!" jerit aku nak bagi Daniel puas hati.
"I love you too sweetie" jawab nya juga. Aku terpaku mendengar kata2 itu. 'apehal pulak kau jawab', ujarku dalam hati.
Aku berasa malu sangat2 sebab orang dekat sekeliling dah mula berbisik sesama sendiri. 'Dekat kafe wei. Siapa tak malu. Ramai giler orang'
Daniel senyum seraya bertanya kepada aku, "Awk ni comel la, sape nama awk?" Tanya Daniel kepada aku. Sambil mengambil buku aku dan Ella dan Ella.
"Sy err.. Hannah.. Hannah Delaila"
"Hannah? Interesting name. Sesuai dengan awak." Daniel berkata lantas dia menandatangai buku kami
berdua.
"Okay done. I hope to see you again Hannah. Can you give me your number so i could keep in touch with you?"
"Haa, err sy je ke?" Aku memandang Ella dengan muka yang bengang.
"Bagi je lah, nanti banyak songeh pulak mamat ni" ujar Ella sambil berbisik kepada aku.
Aku menulis nombor telefon ku di sekeping kertas dan memberinya. Daniel tersenyum memandang kertas tersebut dan menyimpannya terus di dalam poket. Dia memandang ku dengan dan menghadiahkan senyuman yang manis kepada aku. Aku terpaku lantas mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Orait ladies, tahniah sebab dah lepas dari kena denda. Hope to see you again ! Especially you Hannah 😉" Daniel mengenyitkan matanya kepada aku.
"Terima kasih sebab tolong kami." Ujar Ella dengan sengihnya.
Daniel cuma menggangguk dan meminta diri untuk beredar. Aku terkebil-kebil di tempat ku berdiri sambil memikirkan apa yang telah aku lakukan tadi. Sepantas itu aku merasakan darah menyerbu terus ke muka aku. 'Malu !!!!!!' Jerit ku dalam hati.
"Wei, aku rasa Daniel tu suka kat kau lah" ujar Ella kepada ku.
"Eh, mengarut je, pebende la, dia baru je jumpa kita, takkan la nak jatuh cinta"
"Laa, tak mustahil kan, kot2 love at first sight." Ujar Ella sambil menyengih kepada aku.
"Ah dah la, jom pergi jumpa akak senior tu, aku nak bebas dari orientasi ni. Aku benci tau tak. Stresss"
"Alolo, jangan camtu, lepas jumpa akak tu kita pergi makan nak, kita gi makan kat mana2 awk suka. Its your choice."
"Wahh, nak2. Aku terasa nak makan sushi. Kita gi Sushi King eh"
"Okay, as you wish princess" aku tergelak apabila Ella mengatakan aku Princess. Nasib la aku ada kawan sengal macam kau.
**********
Aku menjalinkan hubungan dengan Daniel semasa aku dalam semester kedua. Semasa itu, Daniel menjalani latihan industri di sebuah syarikat pembinaan yang agak terkenal. Aku malas nak tanya lebih berkenaan syarikat itu. Not insterested.
Pada masa yang sama, Daniel sering melawat ku di kampus sebab tempat intern Daniel dekat je dengan kolej aku.
Macam biasalah, dalam percintaan pasti ada onak dan durinya. Pertelingkahan kecil memang perkara yang biasa dalam perhubungan. Namun aku bahagia dengan Daniel, dengan sifat nya yang caring, baik, dan tak pernah memarahi aku. Itu lah yang aku kagum dengan Daniel walaupun aku ni cepat cemburu, over possesive, tapi dia tetap menghargai aku.
Tapi aku sedar, semua itu seketika. Hubungan kami terputus apabila aku mengetahui satu kebenaran yang menyakitkan. Biarlah aku rahsiakan semua ini dahulu. Satu benda je aku nak share, orang yang paling kau sayang, paling kau percayai itulah yang akan merobekkan hati mu walau dengan satu kebenaran.
*sory sebab lambat update,minggu ni sis banyak kerja maw buat, dengan test lagi. So maybe sminggu dua minggu ni mungkin akan slow update, hrp sabar ekk*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top