BAB 5 : Sakit hati
Aku bangun lebih awal pada pagi ini sebab aku taknak terlewat datang kuliah seperti hari yang lain. Kelas pada pagi ini pukul 8 pagi, selaunya aku datang pukul 8.15, 8.30. 'Teruk kan perangai.'Aku bangkit dari katil dan terus mandi.
Sesudah aku mandi, dalam keadaan aku masih bertuala, aku melihat wasap ke terlebih dahulu.
*wasap dari group tutorial*
Ilya( ketua kuliah)
-kelas pada pagi ini dibatalkan, sebab madam Dina perlu menghadiri seminar di Qatar. Nanti sy attach task yg madam suruh buat.-
Group wasap pada ketika itu agak kecoh, rupanya ramai yang bangun awal pada ketika itu. Yelah, minggu lepas madam beritahu sesiapa yang datang lewat ke kelas akan di denda. Nasib baik aku tak pergi ke kelas lagi. Kalau tak, naya aku. Kesian la kat diorang yang datang awal. Hehe padan muka.
Alang-alang dah mandi, aku mengenakan baju tshirt warna pink dan seluar denim pendek atas lutut. aku turun ke tingkat bawah untuk
sarapan.
Dressing Hannah lebih kurang macm ni. Hehe
Mesti mak terkejut tengok aku bangun awal macam ni. Selalunya aku bangun, aku terus bersiap pergi kelas tanpa sempat untuk bersarapan pagi. Begitulah rutin ku tiap hari. Lepastu, tengah hari, mengadu sakit perut, masuk angin sebab tak makan. Typical me. Hehe
—————————
"Mama, good morning ! Masak ape tu?
"Aik Hannah, awal bangun, ni kenapa tak siap2 lagi, makan cepat, kan ada kelas" ujar mama tanpa menjawab pertanyaan ku.
"Ma, kelas Hannah cancel la. So harini Hannah takde kelas lah" aku berkata sambil melihat juadah sarapan pada pagi ini.
'Nasi lemak !' Getus ku dalam hati.
"Wahhh, mama masak nasi lemak. Emm sedapnya bau sambal bilis. Nak makannnnnnn"
" kamu makan lah Hannah, mama dah makan dah dengan papa tadi, ni mama nak naik atas kejap, nak mandi sebab mama ada meeting dgn persatuan mama nanti" mama bingkas berdiri dari tempat duduknya dan terus ke bilik.
"Okay ma" aku berkata dan seraya itu mengaut nasi dan sambal tumis yang mama masak. Dah aku menambah seketul ayam goreng dan telur mata. 'Aku ni makan serupa lunch pulak, lantak lah, mana boleh missed makanan feveret aku' 😛
Sambil aku makan, aku melayan tabiat buruk ku iaitu makan sambil melihat telefon. Ni kalau mama tengok mesti kena bebel.
Aku melihat wasap yang masuk. Kebanyakannya dari group kelas dan sedang aku scroll, terdapat satu nombor yang tidak diketahui telah mesej aku. Ni nombor yang ada misscall aku semalam.
Aku membuka wasap tersebut.
Unknown number;
-Hai, hannah. Do u still remember me?-
'Nak remember macam mana kalau aku tak tahu ni siapa, bengong !' Bebelku dalam hati.
Aku lantas menelefon nombor tersebut, sebab aku malas nak taip panjang2 sambil makan.
Trutt trutt truttt trutt...
"Hello, assalamualaikum, ni siapa?"
"Waalaikumsalam, Hannah !" Jawabnya. Aku seperti mengenali suara tersebut. Hati ku tiba-tiba rasa tak sedap.
"Hannah,its me, Daniel. Dont you recognize my voice?" Aku diam. Aku terkedu dengan apa yang dikatakan. Daniel? Ex boyfriend aku contact aku? Tetiba je, apehal dia ni.
"Haa, nape? Ape masalah contact aku? Gaduh dengan makwe la tu, sebab tu nak mesej aku kan " marah ku kepadanya. Aku bukan apa, aku tahu dia ada girlfriend, tapi dia selalu tak mengaku. Ingat aku ni bodoh, aku ni boleh tahan kaki stalker. Macam la aku tak tahu apa yang kau post kat twitter. Semalam pun aku just 'terstalk' Daniel punya twitter, dia asyik post tweet yang menunjukkan dia gaduh dengan gf nya. FYI, aku tak follow pun twitter Daniel. Yelah, lepas je aku putus, aku block semua yang berkaitan dengannya. Tapi biasa lah perempuan, nak tengok perkembangan terkini ex bf , yelah nak tau hidup masih ke tak kan. 😝
"Helo, helo, Hannah dengar tak"
Aku tersentak dari lamunan ku.
"Dengar je" balas ku acuh tak acuh. Aku kalau dah sakit hati, memang aku malas la nak layan.
"Hannah, can I meet u today? There's something i wanna talk about. About us" katanya kepadaku.
"About us? There is nothing between us, what the hell are you saying??? Dah2 la, i dont need your fucking explanation, kau pergi la layan girlfren kau tu, nak cari aku lagi kenapa???" Aku hampir menjerit kepadanya.
"But Hannah, i tak bahagia. I nak u, lets get.............."
Tut tut tut
Aku segera mematikan telefon ku dengan kasar tanpa Daniel sempat menghabiskan kata2 nya.
"huh !!!! Pagi2 dah buat aku stres. Menyesal aku call. Baik aku makan je nasi lemak ni daripada fikir pasal dia"
"Hannah, kenapa tadi mama dengar kamu macam marah2 orang, sape call?" Aku terkejut melihat mama muncul tiba2. Nasib baik tak tercekik masa makan.
"Eh takde lah ma. Abaikan je. Kawan je tadi". Aku lantas menyambung kunyahan ku.
"Owh, kalau ada apa2 bagitahu la mama okay. Mama nak pergi dulu, kalau Hannah nak keluar, mesej mama atau papa okay."
"Okay ma." Aku memerhati mama keluar rumah melalui tingkap dapur.
Kini aku bersendirian di rumah. Mak mah iaitu orang gaji kami balik kampung untuk seminggu. Ada hal katanya. Papa pula pergi kerja dah awal pagi tadi, ada meeting la tu kot kat office. Mama pula keluar.
"Apa aku nak buat ni" aku berfikir untuk mengajak Ella merangkap besfriend aku paling sengal untuk menonton wayang.
Aku pantas mendail nombor nya, sesudahnya menjawab, Ella beritahu bahawa dia tak dapat nak teman aku hari ni, sebab perlu menghadiri meeting dengan kelab debat. Hmm, Ella dengan debat berpisah tiada.
Aku tiba2 teringatkan seseorang. 'Capik !' Aku segera menelefon capik. Harap la Capik sudi keluar dengan aku, aku nak hilangkan stress sebab Daniel bengong tadi.
Aku terus mendail nombor Capik dan Capik terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello capikkkkkkkkk, jom keluar nanti. Kita tengok wayang nak??"
"Ye,hannah.. hmm" Capik menjawab dengan suara yang serak, mungkin baru bangun tidur. 'Hmm, sexy nya suara' , sempat lagi aku melayan perasaan 😝
"Oi, bangun la, membuta lagi eh, kau kena teman aku harini, boleh ek capik" aku memaksanya.
"Hmm, ye Hannah, sory, aku baru bangun, mamai lagi, macam tak caye je ko ajak aku keluar. Kira first date kita la ni? Hehe"
"Eee, jgn perasan la, aku bosan duduk rumah sorang, takkan aku nak ajak kau ke rumah, aku ajak la tengok movie"
"Ko sorang kat rumah? Aku nak pergi lah."
"Eee gila gatal !" Aku terdengar Capik tergelak dari sebelah sana.
"Gurau je hannah, okay, nak keluar pukul berapa? After zohor okay?"
"Okay, lepas zohor la. Jumpa dekat Midvalley."
"Okay cutie. Jumpa nanti !"
Aku lantas menutup panggilan. Yeay, boleh keluar dengan Capik ! Aku berlari naik ke tingkat atas mempersiap kan apa yang patut. Jam baru menunjukkan pukul 10.48.
'Aku nak cuci pakaian lah'
...........................
*amacam kali ni, tetiba muncul watak baru. Daniel??? Siapakah daniel???? Kalau nak tau, kena tunggu bab seterusnya. Jgn lupa vote okay😘*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top