BAB 4 : Whatsapp


Setibanya aku di rumah, aku melihat papa dan mama melihat tv di ruang tamu utama. Aku salam kedua ibubapa ku sejurus masuk ke ruang tamu.

Mama menegurku, "Lambat Hannah balik harini, banyak kelas ke?"

"Tak la ma, kuliah habis tengah hari tadi, lepastu Hannah lepak kat mcD bincang pasal assignment dengan Syafiq."

"Syafiq? Anak Tuan Raziff ke?" Sampuk papa.

"Err, tak tau la pa, Hannah tak tau pulak nama ayah dia" aku berkata sambil menggaru kepala ku yang tak gatal. Sepanjang kenal dengan Capik, aku tak tau pulak nama full dia. Nanti la aku tanya Capik.

"Oww yeke, seingat papa, kawan papa bagitau yang anak dia tu belajar sama kolej dengan Hannah, sama jurusan juga dengan Hannah. Tapi, dah kamu tak tau, takpelah. Pegi la kamu mandi, siap2 nak solat maghrib" , seraya itu, Papa naik ke bilik untuk bersiap ke masjid.

"Mama kenal ke Tuan Raziff tu? " aku bertanya kepada mama.

"Kenal la Hannah, takkan kamu tak ingat, dulu masa kita duduk dekat Shah Alam sebelum pindah KL, tuan Raziff tu kan selalu datang rumah, jumpa papa kamu. Diorang kan kawan baik, lagipun kawan papa kamu tu lawyer terkenal dekat Shah Alam, legal firm dia pun dah bukak banyak branch"

Aku menggangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh mama. 'Owh, ayah dia lawyer ek'.

Aku minta diri dengan mama lalu masuk ke bilik untuk berehat. Sejurus nampak tilam, aku terus membaringkan diriku. 'Fuhh, leganya dapat baring'

Sekilas aku teringat akan peristiwa sebelum balik rumah tadi. Aku menyentuh pipi ku yang disentuh oleh Capik tadi. 'Hmm Capik2, you make my heart flutter'

Tiba-tiba Huawei p10 aku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Aku melihat skrin telefon dan terpapar satu nombor yang tidak dikenali. *tibah ja Huawei p10, selalunya pakai iphone 😝 author saja nak buat kelainan*

Unknown number:
Hai cutie! 😽 its me Capik, u must be wondering how i get ur hp num. Well, ofcourse la dari grup kuliah kita , kau je x save number aku huhuhuhu 😿😿😿

'Amboi, panjang umur Capik, baru je teringat kat dia'getus ku dalam hati. Lawak pula tengok wasap Capik ada emoji kucing, hehe

Aku membiarkn wasap nya tidak berbalas. Aku nak mandi, nak solat, nak rehat, nanti je aku reply ye Capik.

*************

Selepas je siap solat, baru aku berkesempatan untuk melihat wasap dari Capik. Terdapat beberapa misscall dari Capik dan satu nombor yang tak dikenali. 'Hmm, siapa yang call aku ni' getus ku dalam hati.

Aku menelefon Capik dan dia terus menjawab panggilan aku.

"Hai, Capik, kenapa call? Kau tak solat ke call aku banyak kali ni?"

"Eh, solat la, takkan tak solat, aku kan bakal imam kau nanti, kena la persiapkan diri. Heehehe"

Aku tersenyum sendiri mendengar Capik berkata seperti itu.

"Amboi2, kau tak habis belajar lagi, ada hati nak jadi imam aku, takyah, aku ada Papa lagi, biar dia je jadi imam aku. Hehehe"

"Hehe gurau je Hannah, bukan selalu gurau dengan kau. Sebenarnya aku nak bosan, saje je nak borak2"

Aku mengerutkan dahi ku.

"Eh, bosan baru nak cari aku ke?? Sampai hati kau capik" aku pura2 merajuk dengan Capik.

"Eh xdela Hannah, bukan bosan, aku rindu kau senanye. Rindu nak tengok kau blushing. Boleh kan aku rindu kau?"

"Eee, tak malu, mana boleh rindu2, dah2 gi study. Aku nak sambung buat assignment" , aku segera bagi alasan dengan Capik sebab aku tak nak terbuai dengan perasaan aku. Aku tau dia cuma bergurau.

"Betul Hannah, aku serius ni. Aku memang rindu kau"

"Isyyyy, tak kuasa aku nak layan, KBAIIII !!!" Aku terus mematikan panggilan tersebut dan menuju ke meja belajar. Daripada aku layan Capik, baik aku siapkan assignment aku yang bertimbun ni. Penat wei, setiap lecturer suruh buat Case Review, dengan Company Law nya, Constitutional Law lah, haihh semua lah. Ni lah dilema jadi student undang-undang.

Tingggg ! Huawei p10 ku berbunyi menandakan wasap baru masuk.

Capik;
Hannah, jumpa kat kuliah esok okay. 😉
Jangan lupa senyum selalu, tp senyum kt aku je boleh, sebab senyuman kau yg manis tu cuma untuk aku 😘.

Aku tergelak sendiri membaca wasap dari Capik. 'Eee, dia ni, ada2 je benda dia nak cakap, malas aku nak reply'

Aku terus membuka laptop aku dan sambung membuat assignment sedikit sebelum tidur.

*bab ni agak pendek sebab author sibuk main PUBG*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top