BAB 3: Love is in the air🌸
——— Mcdonalds———
Aku dan Capik berjalan beriringan masuk ke Mcd. 'Kenapa semua orang macam tengok aku ek?' Getus ku dalam hati.
"Capik, ko rasa ada apa2 yang tak kena ke kat muka aku ni? Kenapa eh aku rasa mcam ada org perhati?"
Capik tersenyum mendengar apa yang aku katakan. 'Mak aih, manisnya senyuman, berdebar lak hati kite'
Aku cubit perut Capik sebab aku geram sangat bila dia just senyum lepas aku tanya.
"Capik ! Ko dengar tak apa aku cakap, boleh pulak kau senyum ek?"
"Alah Hannah ni, sakit la cubit2 camtu, jangan la cubit kat perut, aku taw la perut aku ni ade six pack, patutnya kau cubit kat sini haa." Capik pegang tangan aku dan menghalanya ke pipi kirinya yang berlesung pipit. Pipi ku terasa panas apabila Capik melakukan perkara itu. Sejurus lepas itu, aku melihat sekeliling ku, setiap orang kat dalam Mcd tu tengok kitorang. Ade yang berbisik sesama mereka, tak kurang juga yang menayangkan muka meluat.
Aku menarik tangan ku dari tangan Capik. Malu diperlakukan seperti itu.
"Hehe, sory Hannah, aku tak sengaja, biar je la orang tengok kita, maybe dorg jeles kot sebab tengok kite, dah macam sweet kapel kan" Capik tersengih menampakkan gigi nya yang putih tersusun rapi.
"Jom la order cepat, aku dah penat berdiri" aku mencebik, tapi aku suka dengar Capik puji aku, nampak ikhlas. Yelah, selama ni jantan2 yang ushar aku, duk puji bagai, aku tak layan, aku geli dan menyampah. Tapi aku tak taw kenapa aku senang dengan Capik. Padahal kitorang tak pernah pun nak tegur sapa macam ni dulu. Kat kuliah pun takdelah rapat sangat.
"Hannah, kau nak makan ape?" Tanya Capik ke arahku. Capik terpaksa menunduk sedikit sebab tinggi ku hanya mencapai bahunya. Aku mendongak sikit ke arah Capik. Capik melihat ku dengan matanya yang redup memukau, aku jadi gagap seketika.
"Kau ni kan, asyik2 mengelamun,aku tanya ni, kau nak makan ape?? Orang dah baris panjang dah ni, cepatlah" aku tersentak dari lamunanku.
"Err.. err.. aku nak.." aku melilau ke arah menu yang tertera dekat atas.
"Emm, aku nak Mcflurry oreo dgn Grilled Ciken Burger(GCB) set besar " feveret author*
Aku hulurkan not rm50 kepada Capik sebab tadi kan aku cakap nak belanja tapi Capik menolak.
"Takpe Hannah, kalini biar aku yang belanja, next time je belanja aku. Ni aku belanja sempena kita first time jadi partner untuk assignment." Capik tersenyum dan mengenyitkan mata kepada ku.
'Ya Allah Capik ni, tak habis2 nak buat hati aku berdebar'. Takkan aku dah jatuh cinta? Mungkin lepas ni aku dah boleh say good bye to my beloved crush Haiqal kot. Capik pun apa kurang hotnya.
"Hannah, kau pegi la cari tempat nak duduk, biar aku tunggu order siap ek"
"Okay, kalau makan kat playground okay tak?" Aku cuba bergurau dengan capik. Lantas Capik pun mencuit hidung ku dengan jarinya,mungkin geram aku cakap macam tu kat dia.
"Capik!!!"
"Haa, gurau lagi camtu, bukan setakat hidung,pipi kau yang gebu tu pun aku cubit kang" Capik menjegil kan matanya ke arah ku.
"Huh kau ni Capik, aku gurau je pun, jangan la marah2." Aku muncungkan mulut ku tanda merajuk.
"Alolo, buat ka muncung camtu, cium kang, padan muka"
"Eeeeeee, Capik gatal !!! Aku pantas mencari tempat duduk yang terpesok sikit dari orang, supaya senang nak bincang dengan Capik.
Beberapa minit kemudian, Capik datang membawa tray yang berisi makanan yang di order tadi. 'Mak aih, banyak nye, dia ni nak buat kenduri ke ape' aku tengok tray tu dipenuhi dengan makanan yang aku order tadi dengan makanan Capik order. Nampaknya Capik order Bubur Mcd, Ayam mcd, tak cukup ayam mcd, ada double cheese burger pulak dengan pie epal. 'Ni kompem ada saka' getus ku dalam hati.
"aik Capik, aku rasa kita berdua je makan, tapi kenapa kau order macam nak buat kenduri."
"Laa, normal la Hannah, aku memang pelahap macam ni. Senanye aku tak makan lagi dari pagi." Capik tersengih.
"Yelah2, jom la makan, lapar" aku makan dengan lahapnya, sebab aku pun tak makan lagi dari pagi. Semasa aku mengunyah GCB ku, Capik tetiba lap tepi bibir ku dengan tisu.
"Amboi, comot gila makan,nasib baik comel" kata capik.
Aku mengusai rambut ku yang panjang ke belakang. Malas nak layan Capik sebab hatiku dah berdebar apabila diperlakukan sebegitu.
"Wekkk, aku memang comel pun" aku menjelir lidah kepadanya. Capik hanya tersenyum melihat gelagatku.
Selepas aku menghabiskan sisa burger tadi, Capik tetiba menghulurkan sudu untuk menyuap bubur Mcd ke mulut ku.
"Nah, makan ni Hannah,kau tu kurus keding aku tengok, makan banyak2"
Aku lantas membuka mulut, tapi Capik hanya mempermainkan aku. Dia menyuapkan sudu berisi bubur itu ke mulutnya.
"Capikkk !!!" Aku geram sangat dengan Capik, lantas aku ambil bubur tersebut dengan sudunya sekali, dan menghabiskan nya dengan menghirup bubur itu selebihnya. Aku menunjukkan bekas bubur yang kosong itu kepada Capik.
"Mak aih, habis terus bubur aku,lapar sangat ke"
"Sape suru mainkan aku, kan dah habis bubur tu, padan muka"
"Hannah, demi kau, semua ni pun aku boleh je bagi kau makan, kau kenyang, aku pun happy" Capik tersenyum dan sambung makan double cheese burgernya. Aku memerhatikan gelagat Capik. 'Hmm, hensemnya, dia ni ada Gf ke tak ek'
"Woi, mengelamun lagi, aku taw la aku ni hensem,takyah la nak tilik muka aku, kalau kau nak sangat tengok, nanti aku bagi la selfie aku kat kau banyak2, biar kau tergoda tengok aku"
"Eeeee, perasan!!"
"Eleh, tak ngaku pula Hannah ni, takpe,kau tunggu ek".
Tiba2 aku teringatkan sesuatu, haa, "Capik, tadi kata nak cerita kat aku pasal Haiqal, kenapa dia nak tukar partner dengan kau?"
"Hannah, senanye Haiqal tu suka kat partner aku tu, Nayla, dia cakap dia ade crush ngab Nayla. Sebab tu lah dia nak tukar, nak cuba nasib la tu"
Aku terkedu dengan apa yang Capik katakan. Hmm,mungkin aku ni tak cukup cantik kot nak berganding dengan Haiqal, yelah, Nayla tu cantik, tinggi, bukan macam aku, ketot je.
Capik perasan muka ku dah berubah suram.
"Wei, rilek la, Haiqal je pun, aku lagi hot kot, tengok ni, six pack aku, hannah tengok ni" Capik ingin menunjukkan six pack nya ke arah ku, Capik membuka butang kemeja putih nya setiap satu,lantas aku menutup mata.
Aku terdengar Capik tergelak. Aku pun membuka mata ku. Rupanya capik memakai singlet putih kat dalam. Mati2 aku ingat Capik btul2 nak tunjukkan 6 pack nya. Entah betul ke tak ada.
"Hahahaha, Kau ni Hannah, kau gila ke aku nak bukak kat sini. Sabar ye, tunggu kite kawin ek, comel." Capik mencubit pipi kiriku sambil aku mencebik ke arahnya.
"Eee, ape pegang2 ni. Tumbuk kang! FYI, bila masa pulak kita nak kawin, eee not in a million years !" Aku pandang ke arah lain kerana malu.
"Alaa, you'll see. We never know what will happen in the future. Kalau dah jodoh tak kemana Hannah." Capik mengenyitkan matanya ke arah ku sambil tersenyum manis.
'Eee, sah dia ni mental. Nak usha aku la tu'
Kami menghabiskan sisa makanan yang tinggal dan mula berborak pasal assignment dr Harlina bagi. Then, kitorang pun bergerak keluar mcd ke tempat parking.
Capik menegurku. "Hannah, ni memang kereta kau eh?"
"Haah, haritu aku pakai kete abang aku, Honda Jazz tu dia punya, kete aku kat bengkel haritu. Ade rosak sikit, alang2 aku touch up terus la, cantik kan warna dia?"
"Haah, cantik hannah, sesuai la dengan orangnya juga. Kau memang minat Honda Civic eh. Sama je minat aku. Boleh la join aku konvoi nanti. Kekadang aku join konvoi dengan geng2 Honda Civic kt KL ni, boleh la aku ajak kau. Mesti kau suka."
"Wahh, betul ke? Nak3, boleh aku cuci mata tengok orang hehehehe"
"Amboi, orang kat depan ni ada, kenapa perlu tengok orang lain" Capik merenungku dengan matanya yang redup. Pandangan nya yang lembut bisa mencairkan hati seorang Hannah.
Capik menggenggam tanganku dan aku mendongak melihatnya. Capik menghalakan mulutnya di telinga ku dan berbisik.
"Hannah, kau cantik sangat bila kau malu mcm ni , aku geram tengok pipi kau yang gebu tu"
Capik memandangku dan mengelus pipiku dengan tangannya yang penuh, aku terpukau. Lantas aku sedar akan perbuatan tersebut, pipi ku terasa merah, aku malu dengan Capik. Capik lepaskn tangannya dari pipiku dan menghadiahkan ku senyuman yang manis. Aku pun meminta diri untuk pulang.
"Errrrr, Capik, jom la balik, dah dkat maghrib ni, aku pegi dulu ye"
"Okay hannah, malam nnt aku wasap kau" Capik mengenyit mata kepada ku dan terus masuk ke dalam keretanya.
Aku pun pantas masuk ke kereta sambil pegang pipiku yang membahang sebab malu. 'Am i falling in love with Capik?'
Aku pun memandu kereta ku untuk pulang ke rumah.
*amacam? Okay tak Bab ni,capik dah mula menggatal dah dengan Hannah* vote jgn x vote okay
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top