BAB 1 : Hannah

Aku menahan teriknya matahari ketika ini. Muka aku dah merah macam pakai blusher tebal seinci dah ni. 'Takpelah, demi kau wahai pujaan hati', elus ku di dalam hati. 

Tiba-tiba aku nampak sorang ni berlari kelam kabut ke arahku. 'Aik, orang lain aku nak jumpa, kenapa muncul dia ni pulak,adoyai, jenuh aku nak layan mamat poyo ni',bebel ku di dalam hati.

"Wei hannah, aku minta maaf sebab lambat", katanya dengan nafas yang semput. Aku ketawa dalam hati melihat gayanya seperti berlari selepas marathon.

"Wei Capik, kenapa kau pulak yang muncul depan mata aku ni, Haiqal mana? Patutnya dia yang jumpa aku sekarang, bukan kau".

"Ya Allah, kau tak tahu ke Haiqal tu dah partner dengan orang lain, kau bukan partner dia lagi dalam assignment yang Dr. Harlina bagi tu, dia dah exchange partner dengan aku"

Aku terkejut lepas dengar khabar itu. Sampai hati Haiqal buat aku macama ni. Padahal Dr. Harlina dah tetapkan partner masing-masing dalam kuliah Land Law tadi. Baru je aku nak bangga sebab dapat partner dengan jantan hot macam Haiqal tu. Siapa la tak kenal Haiqal, femes kot kat Kolej Delta KL ni.  Dengan rupa paras nya yang segak, berkulit putih halus, tinggi mencecah 180cm, not to mention badan pulak sasa and last but not least, dia satu-satunya anak lelaki Dato Khalid. Pengurus syarikat Maju Architecture Holdings. So, ofcourse la dia bakal pewaris syarikat tu nanti.

Tapi yang aku pelik, kenapa dia ambil course undang-undang ek, padahal syarikat ayah dia menjurus kepada architecture. Hmm, mungkin ada something yang tak kena.

"Hello2, calling for Hannah, kau dah kenapa mengelamun, kecewa ke tak dapat partner dengan Haiqal tu. Kau ni, cuba kau tengok aku, kau patut bersyukur sebab kau partner dengan aku taw, sebab semua gadis kat kuliah kita tu nak sangat jadi partner aku. Well, aku kan hensem, malah lebih hensem dari Haiqal kau tu. Ni senanye...."

Aku mengelamun seketika tanpa menghiraukan apa yang Capik katakan. Aku akui Syafiq atau lebih dikenali sebagai Capik ni hensem, menarik, tinggi pun lebih kurang Haiqal, tapi Haiqal lagi tinggi kot. Tapi apa kurang nya Capik. Dengan senyuman manis nya ditambah dengan lesung pipit yang dalam sebelah kiri nya, kulit sawo matang, mata redup dan badannya yang sasa pasti buat para gadis di luar sana cair. Yang aku tahu, Capik dengan Haiqal ni besfren, dah macam belangkas kalau kat kolej. Sesuai la dorang berdua tu, dua2 pun 'Hot'. Tapi aku suka kat Haiqal je. Hehe

(Yang depan tu Capik, yang belakang tu Haiqal. Hihi, Hot stuff kat kampus, jejaka idaman kat Kolej Delta)

Tapi aku tak seperti perempuan lain, mata ku hanya tertancap kepada Haiqal, satu-satunya orang yang dah buat aku terjatuh cinta. Ya, aku ada crush kat Haiqal.  Sejak dia.....

"Woi ! Aku tengah cakap kau boleh pulak mengelamun".  Capik berkata sehingga aku tersentak dari lamunan ku. Aku tersengih macam kerang busuk. Hehe

"Sory la Capik, im thinking of something just now, so where have we been?"

"Tu la kau, mengelamun lagi, penat aku nak ulang apa aku cakap tadi, merajuk la"

"Alolo, majuk ek, nak cendol" aku meniru gaya awek cendol yang viral kat social media baru-baru ni. Namun Capik tetap dengan muka cemberut dia. Eleh, melebih pulak dia ni. Aku sekeh kang, padan muka, dah la aku tengah bengang tetiba partner untuk assignment Land Law tukar. Ah, aku malas nak fikir, nanti je la aku tanya Capik pasal Haiqal tu.

"Capik, jom ikut aku, kita lepak kat Mcdonald nak tak, sambil2 tu kita boleh bincang pasal assignment ni"

"Lepak Mcd? Kalau kau belanja aku tak jadi merajuk lah kalau camtu. Hehe"
Amboi, tadi muka punya lah masam, merajuk konon, eh, tiba-tiba pulak aku kena belanja, mati la aku, takpelah Capik, demi kau, aku belanja lah kali ni. Nasib baik lah kau hensem. Getus ku di dalam hati.

"Yelah2, aku belanja Capik oi, jom ah, aku dah panas ni, muka merah2 macam awek cendol dah" sambil aku mengibas muka ku dengan tangan

"Alolo, muka merah2, nak mcd ek?", Capik menepis hidung ku menggunakan jarinya.

"Wei, hidung aku jangan kacau ek, tahu lah hidung aku ni comel, mancung"

Kami berdua sama-sama tergelak
sambil menuju ke kereta masing2 . Mcdonalds here we go !!

'Eh, kereta sama lak, nasib baik berlainan warna' getus Hannah dalam hati.

Cast
Hannah Delaila : Hannah Delisha
Syafiq Rykarl : Syafiq Kyle
Haiqal Izani : Izzue Islam
Nayla Safiya : Zahirah mcwilson

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top