34%
HOSEOK POV
"Silakan tuan puteri. Minumlah air yang hamba telah beli fresh dari ladang timur tengah ini!" Aku menghulurkan sebotol air mineral kepada Yoonji. Bahasa tak boleh kuno lagi agaknya.
"Hek elehhh ingatkan air presh oren ke! Mineral je rupanya." Cebik Yoonji. Ingatkan dapat lah minum air sejuk sejuk time panas ni.
"Jangan risau! Air ni walaupon nampak macam mineral biasa tapi terdapat 10% oksigen yang kita sedut , 20% pula tenaga cinta kita iaitu karbohidrat! Dan selebihnya 70% adalah segala kasih sayang aku terhadap kau!" Kata aku cliche dengan muka bangga.
Yoonji hanya memandang jijik. Ketahikkan apakah ini semua?
"Dan aku namakan nya hobie's water" kata aku ala ala iklan dengan mula menambah lagi walaupon tahu yang ianya amat mengarut.
"Eh mengarut pula kau ni! Bak air tu! Aku nak minum and balik cepat." Kata Yoonji cuba mengawal riak wajah yang nak gelak. Hm nak gelak tu gelak jelah!
Hati aku semakin berlonjak apabila melihat Yoonji meneguk air itu laju. Aku pon hanya mengikutinya sahaja untuk minum satu lagi botol mineral agar tidak nampak syak.
"dah habis! Aku balik dulu! Kirim salam dekat gang ii berhalkum kau tu. jalja!" Yoonji mula bangun tetapi aku menarik tangannya semula untuk duduk.
Kenapa still tiada apa apa effect? Wonwoo tipu aku ke? Tapi yang aku pasti dekat paket tu ada tertulis not for kids!
"Yah lepaskan lah aku! Nak balik! Kau sabajappp aku report dekat abe guard tu—
"Yoonji. Aku ada benda nak b-bagitahu kau." Kata aku gagap. Sejak bila aku gagap ni?
"Apa lagi?" Yoonji memandang tepat pada anak mata aku. Aku just cuba nak lambatkan masa je sebenarnya.
"a-aku"
"Aku apa? Aku kuda? Ha tu aku dah tau kau kan memang kuda!"
"a-ani. Yoonji— aku...sebenarnya..." kenapa dengan aku ni!? Aku sendiri tak tahu kenapa tetapi mata aku terasa berat sekali.
Aku memegang bahu Yoonji sebagai sokongan supaya tidak tumbang.
"Yah! Gwencahana!?" Soal Yoonji risau.
"Sebenarnya , aku s-s-s-sukakan kau—!"
BBUKK!!
Sebaik sahaja ayat terakhir aku ungkapkan badan aku terus menyembam tanah. Mata aku berat sekali!
Apa yang aku lihat hanyalah kegelapan dan Yoonji yang panik.
Macam mana aku boleh lihat Yoonji sedangkan aku hanya lihat kegelapan?
Kerana Yoonji adalah satu satunya lampu suluh di dalam minda aku CHIAAAAAAa
******************
Yoongi pov
Mulut aku ternganga melihat Hoseok pengsan. Menyusahkan betul! Tau lah aku flawless sangat sampai nak pengsan bagai!
Nak tolong ke tak ? Nak ke tak? Nak or tak? Yes or No?
Yes or Yes? Okay aku kena tolong lah jawabnya.
Tapi macam mana? Alamat rumahnya pon aku tak tahu inikan aku nak hantar dia pulang.
"Aish jinjja" aku mengusutkan rambut aku i mean rambut palsu aku hoho.
I am mee~
I am queen~
You desire!
Living lavidaaaa~
Satu bunyi yang cukup membuatkan segala bulu roma aku tegak menerpa di gegendang telinga aku. Aku mencari cari dimanakah bunyi itu berasal?
Dan ya bunyi itu daripada seluar Hoseok! Then apa yang aku kena buat? Tanggalkan ke?
Pabo! Tu bunyi ringtone handphone dia dekat poket seluar lah! Aku mengeluarkan handphone itu daripada seluar hoseok— maksud aku poket seluar nya! Ish bahaya betul.
Incoming call
Seokjin hyung berkepala pink!
Accept Decline
Seokjin? Jinnie ke ni? Omg ada baiknya aku angkat sahaja panggilan itu.
"Annyeong—
"YAH JUNG HOSEOKKK BILA KAU NAK BALIK HA DAH MAGHRIB NI SETAN SUKA TAU TAK KELUAR NAK DEKAT MALAM NI! Eh aku terlupa yang kau kan memang setan sebabtu keluar jejalan dengan member time macam ni! Hahaha! Baik kau balik sekarang sebelum kaki kau aku buat gulai peha ayam!!!!!" Jerit Seseorang di hujung dalam talian.
Aku menjarakkan sedikit telinga aku daripada handphone Hoseok. Gila ! Bebel kalah yeoja!
Tetapi berdasarkan suara dan bebelan itu aku sudah boleh agak ianya jinnie pftt!
"Tak yah jejerit lah bodoh! Dahlah suara jantan!!" Jerit aku semula dengan suara jantan tetapi aku cuba mengawal sepantas mungkin.
"....."
Terdiam kau Seokjin dengar suara aku!
"y-yoonji?" Soalnya perlahan.
"Nae! Min Yoonji swag here—
"MWO!? KENAPA HANDPHONE HOSEOK ADA PADA KAU OMO KAU CUBA NAK ROGOL DIA KE SEBAB TAK PUAS HATI KAMI MENYAMAR JADI YEOJA SHAHSJSJJSJSJS—
Bertambah berkerut dahi aku ketika ini. Mamat ni gila ke dohh
"Gila ke setan. Hoseok pengsan. Bagi alamat sekarang dekat chat aku hantarkan. Ok bye!"
"Mwo!? Kau larat ke nak angkat hoseok—
Aku terus mematikan panggilan daripada dengar dia bebel tah apa apa je.
Aku mencari cari teksi yang lalu tidak jauh daripada situ tetapi semua teksi penuh! Em nak kena guna cara lain lah ni.
Aku mengeluarkan gincu merah dan memakai nya. Rambut aku dirapikan sedikit sebelum aku melambai kan tangan lembut tanda ingin menahan teksi. Kaki aku dikepit rapat bagi menyerlahkan keayuan aku!
Dek kerana terpukau dengan kecantikkan Min Yoonji ini terdapat beberapa kereta yang beratur di hadapan nya.
Ada juga kereta yang accident kerana tidak fokus dengan pemanduan nya oleh kerana sibuk memandang aku.
Okay tu propa je HAHAHAHAHA.
Kereta teksi mula menurukan cermin tingkap hadapannya.
"Halu adik manish~! Mau perigi manaaa? Mau perigi hati saya ka?!" Sapa pemandu teksi itu dengan kenyitan nakal.
Aku hanya tersenyum sipu malu walaupun di dalam hati sudah ingin mencekik pemandu teksi itu.
"saya nak pergi itaewon.. boleh hantarkan saya tak abang?" Soal aku selembut lembut yang boleh.
Mata pemandu teksi itu sudah bercahaya me geluarkan emoji love !
"Boleh saja adik manish! Mari naik ! Tak perlu bayar, abang kasi free punya!"
"Okay bang. Sekejap ya saya nak panggil kawan saya." Aku tersenyum manis ke arah pemandu teksi itu. Kepala dia seperti ada benjolan . Aku pon taktau kenapa , mungkin dia nak acah macam jarjit kot.
*************************
Aku mengangkat Hoseok untuk keluar dari teksi itu. Pemandu teksi itu memandang aku seperti pembunuh bersiri.
Aku meletakkan Hoseok di belakang aku seperti piggyback. Siapa kata aku tak boleh angkat? Cmon laaa ni min yoongi okay! Apa je yang aku tak boleh buat?
Aku menekan loceng rumah itu berkali kali. Oleh kerana bosan menunggu aku membaca satu bermain bersama rumput di tepi rumah mereka itu.
Hoseok? Aku dah campak dia atas jalan tar dulu. Eww takde masa aku nak angkat lelama!
5 years later....
Kimak! Apa yang lama sangat dorang ni!? Buka pintu je pon apa susah sangat!
Aku merengus geram. Ah nampaknya aku kena rempuh saja masuk rumah ni.
Hoseok yang di atas jalan tar itu aku seret untuk masuk ke dalam kawasan perumahan itu. Nasib baik pintu pagar serta pintu rumah mereka terbuka luas.
Seperti mengalu alu kan pencuri ceroboh betul!
IM COMINGGGGG
****************
Seokjin pov
"namjoon bodoh! Aku nak buat biskut ni sendirian! Kau faham tak? S.E.N.D.I.R.I.A.N" aku mengeja satu satu huruf itu sambil bercekak pinggang ke arah Namjoon.
Mana tak nya! Biskut yang dia buat semua tak berupa kuih! Hancur dan lunyai! Mana tak angin satu badan aku macam ni.
Kau jangan aku jadi setan japgi!!
"nanak kawan hyung!!" Protes Namjoon cuba membaling seketul doh yang comel itu di atas dulang .
"Kau fikir comel ke buat macamtu!!?" Jerit aku.
TINGGGG TONGGG TINGG TONGG TING KETINTING EWAH MARILAH LOMPAT KE KANAN DAN KEKIRI!
"Hyung. Kau ke yang pasang alarm baru tu?" Soal Jimin yang baru sahaja turun ke ruang tamu.
"Ya! Comel kan?" Soal aku. Namjoon hanya memandang muka aku unbelibebel.
"Jungkook kau pergi buka pintu tu sana!" Arah aku pada Jungkook. Dahlah tak reti nak tolong! Tahu nak tengok cartoon elmo saja!
Jungkook tidak memberikan apa apa balasan. Eh kau mencabar betul ekkk!
"jeon jung—
BAMMMMMM!!!!!!
"MIN YOONJI IN UR AREAHHHHhhhhh!!!"
"ARGHHHHHHH" jerit Taehyung di ruang tamu apabila dia hanya shirtless sahaja. Cepat cepat dia capai tshirt nya untuk memakai semula.
Mulut aku ternganga luas melihat seorang yeoja yang membuka pintu kami luas.
Tak lupa dengan Namjoon! Dulang yang penuh dengan biskut itu terjatuh berteraburan di atas lantai . WAIT WHAT!?
WHAT THE FLOWEr!? BISKUT AKU OMONAAAA!!!!!!!!!!!
.
Tbc
Btw guysss support lah ff baru member kesayangan author sorang ni~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top