Virus

Fang rasa bosan melihat kawan-kawan dia berkongsi kisah mereka pergi bercuti di luar negara ataupun di dalam negara. Dia melihat Bella sedang asyik menunjuk gambar-gambar sewaktu dia bercuti dengan keluarganya. Tok Aba mula perasan dengan riak wajah Fang yang berubah menjadi sedih dan sedikit cemburu. Lalu dia membuatkan Ice Chocolate Blended khas untuk Fang. Dia hanya mahu melihat Fang ceria bukannya sedih

"Wah.. lu punya holiday banyak best woo" kata Ying

"Memanglah best sebab aku dapat melihat stadium bola sepak iaitu Stadium Old Trafford! Hehehee..."

"Seronoknya" kata Yaya "Aku balik kampung aje tapi seronok sangat dapat jumpa atuk dan nenek aku. Paling best sekali apabila sepupu aku ada dekat sana juga"

"Kau holiday pergi mana, Ying?" tanya Boboiboy

"Aku pergi Sabah sahaja maa.. pergi tengok gunung Kinabalu" jawab Ying "Kau balik KL sahajakan?"

"Ha ah, sebab ibu bapa aku dah balik Malaysia. Jadi aku baliklah sebelum mereka pergi" Boboiboy melihat gambar Bella bersama keluarga dia berdiri di hadapan sebuah istana besar "Seronoknya kau dapat pergi melancong ke luar negara"

"Ala, satu hari nanti pun kau akan dapat pergi juga tapi... mana Faye?" Bella palingkan mukanya ke arah Fang "Dia belum balik lagi ke?"

"Belum" balas Fang

"Hmmm... bosanlah aku takde Faye"

"Ala Bella, Lily kan ada! Si landak pun ada untuk korang berdua bergaduh!" Bella senyum sedikit sambil memandang ke arah kawan baik dia iaitu Lily "Tapi.. bila agaknya Faye nak pulang ke sini"

"Dia cakap, dalam 2 3 hari nanti dia akan pulang ke sini"

"Oh... kau takde pergi kemana-mana ke Fang?"

"Hmm.. aku duduk sini ajelah, Boboiboy. Abang aku mana reti nak bawa aku pergi berjalan-jalan. Dia tahu latihan tempur, misi dan buli aku"

"Kasihan kamu. Nah, ambik air ni. Atuk bagi percuma" Tok Aba hulurkan satu bekas minuman kepada Fang

Fang mengambil air itu dengan seikhlas hati. Hati dia ceria sedikit tetapi ada juga yang rasa cemburu kerana Fang mendapat ice chocolate itu secara percuma. Orang itu adalah Gopal. Lalu dia cuba hendak berbaik kepada Tok Aba

"Saya pun takde pergi mana-mana juga, Tok Aba. Amma dan appa saya sibuk. Jadi saya terpaksalah meluangkan masa saya dekat rumah ajelah" Gopal cuba berkata dengan nada kesedihan dia "Saya setiap hari asyik main video game aje. Sudahlah semua video game saya sudah habis main. Nak beli game baru pun, saya takde duit"

"Nak air free lah tu" Gopal angguk kepala dia kepada Tok Aba "Hutang atuk bila nak bayar?"

"Err.. esok esok" Terus Gopal tersengih "Tapi... saya pun nak air chocolate percuma juga"

"Wei, kau ingat Tok Aba nak bagi ke" tegur Boboiboy dengan nada marah dia "Cubalah kau bayar hutang Tok Aba, senang kerja atuk nanti. Janganlah menyusahkan atuk aku sangat, Gopal"

"Dey, kau janganlah bagi aku ceramah macam si Yaya. Aku tak sanggup dah!"

"Kalau tak sanggup, baik kau bayar sebelum aku tambahkan ceramah si Boboiboy ni.. hehehehe" Fang tergelak sinis di situ "Seronok juga kalau aku pergi kenakan si Gopal ni tapi lagi seronok kalau aku kenakan si Boboiboy. Rindunya masa aku nakal-nakal, kenakan kawan aku sendiri"

"Haiyaaa... baik lu jangan buat apa-apa. Kalau tidak nanti lu juga kena buli dengan abang lu maa" tegur Ying

"Hmm.. kau nasihat dia pun, macam dia nak dengar cakap aje" Bella simpan gambar-gambar percutian dia di dalam sebuah kotak kecil "Tak pun kena bebel dengan si Yaya nanti"

"Ala, Fang pun dah besar panjangkan. Aku yakin Fang tak kan buat benda-benda nakal dah"

"Hehehee... Yaya juga yang tahu aku sudah kurangkan kenakalan aku!" Fang terus tersenyum bangga di situ

Lily mengusap dagu dia kerana dia ragu-ragu dengan Fang. Adakah benar ataupun tidak? Gopal pula, dia curi-curi minum air chocolate Fang kerana dia tiada duit untuk membeli air itu sendiri

"Lagipun kita semua nak tingkatan 2 dah tahun depan kecuali Lily. Masa berjalan dengan begitu cepat sekali. Masa aku kenal korang semua, kita semua nampak budak-budak aje"

"Tapi.. Lily belum kenal Boboiboy masa tu. Masa tu juga Boboiboy ku belum terkenal lagi tapi selepas sahaja nama dia naik dan menjadi famous di seluruh Malaysia, hati Lily terus terpaut dengan pipi pau yang bernama Boboiboy ni" Lily kelip-kelipkan mata dia kepada Boboiboy "Terima kasih BBB-CHAN kerana sudi menjadi sahabat Lily"

"Hehehe.. sama-sama" Boboiboy tersengih di situ

"Seronoknya tengok korang. Aku pula tengah tunggu Faye punya Stylobot pulang ke sini. Yelah, dia selalu ada dekat sini untuk temankan aku dan Tok Aba. Jaga kedai ni sama-sama"

"Kau ada dekat hati dekat Stylobot ke?" Gopal angkat-angkat kedua kening dia. Ochobot rasa malu sedikit "Hehehe.. tapi takpe, aku faham perasaan kau kerana aku juga mempunyai-"

"WHAT?! GOPAL ADA HATI DEKAT STYLOBOT? Dasyat ni.. manusia ada hati dekat robot" kata Lily sambil angguk kepalanya "Tapi... sebut pasal hati ni.." Lalu dia keluarkan misai palsunya dari poket seluar dia dan terus dia memakai misai palsu itu. Selepas itu, tangan dia mencapai air chocolate Fang dan lalu dia minum air itu sehingga habis

"WOI!" Berapi-api hati Fang apabila dia melihat air chocolatenya habis di minum oleh Lily

"Yaya dan Ying sudah pun pulang ke Pulau Rintis. Saya sebagai detektif Lily ingin bertanyakan beberapa soalan kepada kamu berdua" kata Lily dengan nada serius dia

Bella dan Boboiboy tergelak melihat Lily yang begitu serius itu. Selama mereka berkawan, tidak pernah sekali pun dia melihat Lily serius begitu. Yaya dan Ying rasa pelik melihat kelakuan Lily dan mereka rasa curiga dengan soalan yang bakal diberikan oleh Lily nanti. Gopal sedih melihat air yang dia curi minum tadi sudah habis di minum oleh Lily sebentar tadi

"Kau nak tanya kita orang apa, Lily?"

"Begini Yaya.." Lalu Lily bermundar-mandir di depan kedai Tok Aba "Kita semua tahu tentang kejadian abang Kaizo terselamat dari letupan kapal angkasa milik Lepus. Dia telah diselamatkan oleh kak Lynna sendiri tetapi.. Lily ingin tahu, apakah yang terjadi selepas sahaja kak Lynna sebutkan tiga perkataan itu. Si landak memberitahu bahawa Yaya dan Ying adalah saksi pada waktu itu. Jadi, beritahu kita semua.. selepas abang Kaizo sedarkan diri, adakah dia katakan sesuatu atau dia berdiam diri sahaja? Atau si Kapten Kaizo berpura-pura tidak mendengar tiga perkataan itu"

"Errrr..." Yaya tidak tahu bagaimana dia hendak beritahu Lily "Sebenarnya.."

"Sebenarnya apa?" tanya Fang kerana dia juga ingin tahu apa yang terjadi pada ketika itu "Aku cuma dengar luahan kak Lynna sahaja dan lepas tu, aku sudah mula hilang focus.. jadi aku tak berapa nak dengar sangat"

"Kalau lu semua nak tahu.. kak Lynna menangis ketika dia luahkan perasaan dia. Kita orang semua takut abang Kaizo tidak dapat diselamatkan tapi akhirnya abang Kaizo sedarkan diri juga. Dia nampak kak Lynna tengah menangis.. lepas tu aku rasa macam dia panggil nama kak Lynna"

"Betul tu kakak amoi!" Muncul Emmy bersama Rizu di situ "Hehehee... korang lupa ke Emmy ada dekat tempat kejadian itu juga"

"EH! HA AH LAH! Macam mana Lily boleh lupakan si Ammy ni" Lily tersengih sambil garu-garu kepala dia "Agaknya dia bukan watak utama, Lily boleh lupakan dia.. hehehee.. jangan marah yea Ammy"

"Jangan risau kakak Milly!" Emmy tidak begitu ambil hati sangat "Biar Emmy sambungkan cerita kakak amoi tadi. Kakak tudung pink tak tengok sangat apa yang terjadi dekat abang beruang dan puteri angsa sebab dia risaukan tentang abang Fely yang tengah dalam kesakitan pada ketika itu"

"Wuuuu... ada makna tu" Lily tersenyum sinis sambil mata dia melirik ke arah Yaya dan selepas itu ke arah Fang "Lepas tu Ammy, apa terjadi?"

"Pizu pun nak tahu juga" Secara tidak langsung, Rizu terus memeluk abang kesayangan dia kerana rindu

Semuanya mengelilingi Emmy untuk mengetahui kisah yang sebenarnya

"Lepas tu?" tanya Boboiboy

"Lepas tu abang beruang mula bergerak-gerak sedikit. Mata dia terbuka dan apa yang Emmy nampak, abang beruang macam senyum sedikit. Lepas tu tangan kanan dia terangkat macam nak sentuh pipi puteri angsa ataupun nak lap air mata angsa tapi kita tak sempat untuk mengetahuinya kerana kakak tudung pink dah menjerit nama abang Fely"

"ERK?! Maknanya landak telah merosakkan moment mereka berdua!"

"Betul kakak Milly" kata Emmy dengan semangatnya "Abang beruang terus bangun untuk melihat apa yang terjadi dekat adik dia. Pada masa yang sama, abang topi oren dan abang kuat makan baru tiba di tempat kejadian. Lepas tu abang beruang cepat-cepat hantar adik dia ke hospital balik"

"Ohh.. begitu ceritanya" Bella angguk kepalanya tanda faham "Apalah si Pang ni, kalau nak pengsan pun.. pengsanlah selepas dia orang berdua dapat happy ending"

"WEI! Benda dah-" Tiba-tiba sahaja badan dan kepala dia digoyang-goyangkan oleh seseorang

WHY LANDAK WHY!" Fang boleh dengar jeritan Lily yang pura-pura kecewa itu. Dia tidak dapat menahan kecewaannya kerana jawapan yang dia berharap bukanlah jawapan itu "Tak dapat abang Kaizo nak luahkan perasaan dia yang terkubur di dalam hati dia yang cukup keras seperti batu tu kepada kak Lynna! Tak dapat kita orang nak tahu apa jawapan si abang Kaizo tu.. landaklah ni pergi pengsan awal-awal!"

Rizu melihat sahaja abang kesayangan dia dibuli oleh Lily. Lalu dia tersenyum sedikit sambil mendongak kepalanya untuk melihat langit biru pada hari itu. Sebenarnya Rizu yang tahu luahan hati Kaizo kepada Lynna. Pada ketika itu, dia berada di hospital untuk melawat Fang. Sewaktu dia membuka pintu bilik Fang, dia terdengar perbualan diantara Kaizo dan Lynna. Dia dengar segala-galanya tetapi malangnya, Fang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tidak dapat mendengar perbualan mereka berdua. Mereka berdua begitu serius sekali dengan perbincangan itu dan tidak sedar dengan kehadiran Rizu. Dari situlah Rizu dapat mengesahkan hubungan mereka berdua bertukar dari sahabat ke pasangan kekasih. Rizu tidak ceritakan kepada sesiapa pun dan mungkin dia akan ceritakan kepada abang kesayangan dia sahaja

"Sudahlah tu Lily, nanti pening kepala si Fang ni" pujuk Boboiboy "Bukan semua yang kita harapkan, kita akan dapat. Lily terima ajelah cerita yang sebenarnya dari Emmy tadi

"OK!" Lily melihat Boboiboy dengan matanya yang sudah bersinar-sinar

Mereka semua tergelak melihat sikap Lily berubah menjadi cair sedikit apabila diri dia ditegur oleh Boboiboy. Fang rasa dia ingin pulang ke rumah kerana dia sudah terasa pening. Dia seperti hendak muntah di situ. Rizu rasa risau melihat wajah abang angkat dia bertukar warna menjadi hijau. Lalu Rizu mengajak Fang pulang ke rumah. Mereka meminta izin dulu untuk pulang ke rumah dan lalu beredar dari situ

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepala Fang sudah baik sedikit. Dia tidak terasa pening sangat. Dia dan Rizu ketika itu sudah pun sampai di hadapan pintu pagar rumah. Fang membuka pintu pagar tersebut dan lalu dia memberikan Rizu masuk ke dalam halaman rumah terlebih dahulu. Pintu rumah itu dibuka oleh seseorang. Muncullah Kaizo dengan wajah seriusnya di muka pintu rumah tersebut

"Balik pun kau" kata Kaizo

"ABANG PAIZO!" Rizu melambai-lambai ke arah Kaizo sambil berlari sedikit

"Adik balik sebab si pelik tu buat adik pening kepala"

"Hmmm.. dia tu tiap-tiap hari buat abang pening kepala" kata Kaizo sambil berdiri di tepi pintu "Tahu nak menjerit aje. Sudahlah jeritan dia tu sangat nyaring. Tanpa kuasa pun, dia boleh pecahkan gegendang telinga aku ni. Selamat telinga aku masih ok lagi"

Rizu dan Fang masuk ke dalam rumah. Keadaan di dalam rumah itu agak sunyi dengan ketiadaan Idoli si kucing alien comel itu. Rizu sudah mula merindui kawan kecilnya itu. Kadang-kadang dia ada bertanya kepada Fang ataupun Kaizo, bila Idoli dapat datang ke planet bumi lagi? Masing-masing menjawab tidak tahu bila Idoli dapat duduk di planet bumi. Rizu berharap Idoli dapat kembali ke sini kerana dia terasa sunyi sedikit kerana selama ini dia menjadi abang sementara kepada kucing alien itu. Sekarang ini dia kembali menjadi adik. Lily si anak kecil pun, jarang datang ke dunia ini. Dia berjanji dengan diri dia, yang dia akan isikan ruang sunyi itu dengan meluangkan masa yang ada bersama Fang dan juga rakan-rakan dia yang lain

"Sabar ajelah abang" Fang mengeluh sedikit kerana dia tidak sangka dia mendapat seorang kawan yang begitu aktif dan sungguh menjengkelkan "Tapi.. adik tetap menghargai persahabatan kita. Bila fikirkan balik, ada juga masanya dia selamatkan kita semua" Lalu dia tersenyum sedikit

"Betul tu abang Fang. Pizu suka berkawan dengan kakak Lily sebab dia baik, pelik, unik, istimewa dan suka buat orang lain ketawa. Kalau kita dalam keadaan sedih, kakak Lily tetap berusaha untuk ceriakan hati kita"

"Yea, betul tu" Fang mengusap kepala Rizu

"Abang ada buatkan sup lobak merah. Pergilah makan dekat dapur" kata Kaizo

Fang dan Rizu memandang satu sama lain. Mereka terlampau kenal sangat dengan masakan Kaizo yang begitu masin itu. Rizu tidak sanggup untuk makan sup lobak merah yang masin itu tetapi untuk menjaga hati Kaizo, dia terpaksa makan juga. Fang pula, dia akan telan apa sahaja yang abang dia masakan. Dia seperti Rizu juga, tidak mahu membuat hati abang dia tersinggung. Mereka berdua menuju ke dapur dengan jantung sudah berdebar-debar kerana tidak tahu tahap mana kemasinan tersebut nanti. Kaizo ada di belakang mereka berdua.

"Makan sampai habis. Aku sudah siapkan sup lobak merah ini dengan penuh usaha aku sendiri" Kaizo tuangkan sedikit sup ke dalam mangkuk Rizu dan Fang "Oh yea, ada roti sekali aku sudah sediakan tapi jangan risau, roti itu aku yang beli bukan buat"

Beberapa keping roti panjang sudah siap dipotong oleh Kaizo. Roti-roti itu disusun dengan cantik sekali di dalam sebuah bakul kecil. Fang dan Rizu ingin makan roti itu sahaja tetapi mereka terpaksa cicah roti itu dengan sup lobak merah. Fang mula mengacau-gacau sup lobak merahnya. Ianya kelihatan cair dan lalu dia rasa sedikit sup itu

"Bagaimana dengan sup itu?" tanya Kaizo dengan nada seriusnya

"Hmmm.. tawar dan cair. Kalau sup lobak merah yang adik selalu buat, mesti pekat dan sedap. Abang letak garam tak dalam sup ni?"

"Letak" balas Kaizo yang tidak begitu puas hati dengan jawapan adiknya "Aku letak lima ketul garam sahaja"

Fang dan Rizu menepuk dahi mereka

"Abang kalau masuk dalam bab masak, memang gagal tapi.. kalau dalam bab berlawan, abanglah nombor 1"

"Betul tu, Pang. Memasak bukanlah kemahiran aku tapi.. kamu berdua, jangan lupa habiskan sup itu"

"Yelah" bisik Fang sambil cubit roti yang sudah diambil oleh dia "Rizu jangan risau, nanti abang baiki sup lobak merah ni"

"Ok"

"Apa yang kau bisikan tadi?" Kaizo terus bersilang tangan dan memandang tajam ke arah adiknya "Kau cuba kutuk aku ke?"

"Ermmm... takdelah. Adik mana ada kutuk abang. Adik ok aje ni" Fang tersengih sedikit

"Bagus.. aku nak pergi mandi"

Kaizo keluar dari dapur tersebut. Fang dan Rizu melihat sup lobak merah yang begitu cair itu. Sup itu memang tiada rasa lobak atau rasa apa-apa pun, hanya tawar sahaja. Fang rasa dia seperti minum air kosong sahaja. Rizu cicah roti dia dengan sup itu, hanya rasa roti sahaja. Fang terpaksa baikikan balik sup lobak merah itu supaya selera mereka naik untuk habiskan sup tersebut

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, Fang baring di atas katil dia. Pemikiran dia terbayangkan wajah kedua ibu bapa dia. Lalu dia mata dia terus memandang sebuah potrait keluarga. Wajah ibu dia sangat ayu dan wajah ayah dia pula, kelihatan sangat tenang. Alangkah indahnya kalau saat itu ibu dia membuka pintu dan ucapkan selamat malam kepada dia. Hati Fang terus sahaja pilu. Dia hendak menangis di situ tetapi dia harus tabahkan hatinya. Tiba-tiba pintu biliknya di buka. Fang terus bangun dan harapkan sesuatu yang menakjubkan berlaku seperti ibu atau ayah dia muncul di depan pintu biliknya tetapi hanya abang dia sahaja yang muncul di pintu itu. Hati dia kecewa sedikit tetapi dia tahu, tidak mungkin perkara itu akan berlaku. Dia tahu ibu dan ayah dia sudah lama tiada. Hanya dia dan abang dia sahaja yang masih bernafas lagi. Dia bersyukur abang dia masih ada lagi di sisi dia

"Kau tak tidur lagi?"

"Belum lagi abang" balas Fang "Abang pula, kenapa tak tidur lagi?"

"Sebab abang tak mengantuk lagi" Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya "Kau tak mengantuk lagi juga ke?"

"Takdelah, adik sebenarnya dah mengantuk tapi mata ni, takmo pejam-pejam juga. Asal adik tutup mata aje, mesti nak buka balik"

"Hmmm... kau tak boleh tidur sebab aku rindukan mereka ke?" Kaizo palingkan mukanya ke arah gambar potrait gambar mereka "Waktu begini, ibu selalu masuk ke dalam bilik untuk periksa kami sudah tidur ke belum. Kalau belum, ibu akan nyanyikan sebuah lagu untuk kita orang. Ayah pula, dia selalu berdiri di tepi pintu untuk melihat kita orang"

"Adik tak berapa nak ingat sangat tapi... adik cemburu dengan abang sebab dapat ingat saat abang bersama mereka" Kaizo memeluk tubuh badan adiknya "Tapi abang jangan risau, video-video lama mereka, buatkan adik rasa dekat dengan ibu dan ayah"

"Baguslah tu" Kaizo lepaskan adiknya "Kau pergilah tidur. Kalau tak boleh tidur, buatlah apa yang kau nak buat tapi jangan buat bising"

"Abang nak tidur dah ke?"

"Tak, abang nak habiskan novel seram sebelum abang masuk tidur. Selamat malam, Pang"

"Selamat malam, abang" Dahi Fang di cium sedikit oleh abangnya

Fang melihat abang dia berjalan menuju ke pintu bilik. Selepas itu, abangnya melangkah keluar dari bilik dan pintu bilik itu dirapatkan sedikit demi sedikit. Makin lama makin gelap bilik itu. Akhirnya, tinggal Fang seorang diri di dalam bilik yang gelap itu. Fang membuka sedikit langsir tingkap biliknya untuk masuk sedikit cahaya dari luar. Tangan dia pergi mencapai sesuatu iaitu sebuah ipod kecil. Dia memasang sebuah lagu yang dia selalu bayangkan abang dia nyanyikan untuk dia. Bagi Fang, lagu itu amat sesuai sekali untuk mereka berdua, terutama sekali kasih sayang abang dia untuk diri dia. Dia dengar lagu itu sehinggalah dia tertidur di atas katilnya

https://youtu.be/jdcGnq56Dv8

You were born into a strange world
Like a candle, you were meant to share the fire
I don't know where we come from, and I don't know where we go
But my arms were made to hold you, so I will never let you go
Cuz you were born to change this life
You were born to chase the light
Cuz you were born...

Love your mother, yeah she's a good one
She'll build you armor; keep you warm as a hen
The stars may fall and the rains may pour
But I will love you evermore
Cuz you were born to make this right
Cuz you were born to chase the light
Cuz you were born...

Oh my precious, oh my love, when they come to take me
I will hold you from above
I don't know why we're here, and I don't know how
But I'm here with you now, I am here with you now
Cuz you were born to make this right
Cuz you were born to change this life
Cuz you were born to chase the light
Cuz you were born...

Fang dibuai mimpi pada ketika itu. Dia mimpi diri dia di dalam sebuah planet yang penuh dengan lobak merah. Abang dia ada di dalam mimpi itu juga. Abang dia lain daripada abang yang sebenarnya. Dia tidak pernah melihat abang dia berseronok dan lupakan masalah-masalah di angkasa lepas. Fang tersenyum di dalam tidurnya. Tiba-tiba jam kuasanya berbunyi. Fang terjaga dan pada ketika itu, dia di dalam keadaan mamai. Dia memeriksa jam kuasanya dan dapati dia mendapat satu mesej yang dia tidak ketahui siapa penghantarnya. Lalu dia membuka mesej itu dan ternyata kosong. Fang tidak merungut, dia terus tutup jam kuasanya dan sambung tidur. Sebenarnya, ada orang telah menghantar virus kepada jam-jam kuasa itu. Malangnya, hanya Fang seorang sahaja yang membuka mesej itu dan virus itu sudah pun tersedar masuk ke dalam jam kuasanya. Jam kuasa milik Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying selamat kerana mereka tidak terjaga dengan bunyi mesej itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan paginya, Fang sudah bersiapkan dirinya untuk keluar dari rumah. Musim cuti sekolah begini, dia lebih banyak meluangkan masa dia bersama rakan-rakan dia. Fang mahu berseronok dulu sebelum sekolah bermula pada tahun hadapan. Dia tidak sangka dia akan masuk ke tingkatan 2. Diri dia sudah membesar dan pelbagai cabaran dia bakal hadapi nanti. Dia tidak boleh mengagak cabaran apakah yang di akan menghadapi nanti tetapi dia tidak sabar untuk mengharungi cabaran-cabaran itu. Kehidupan kita mempunyai pelbagai cabaran dan dia harus menghadapinya dengan hati yang tabah. Dia tidak akan mengalah walaupun cabaran itu agak sukar

"FANG! KAU SUDAH SIAP KE BELUM?" Fang terdengar suara jeritan Boboiboy dari luar rumah

"CEPATLAH SIKIT! AKU DAH LAPAR NI!"

"Si Gopal ni.. asyik lapar aje" bisik Fang. Tangan dia mencapai jaket ungunya yang tersidai di kerusi biliknya

Fang melangkah keluar dari biliknya. Dia berjalan dan lalu di depan bilik abangnya. Bilik itu kelihatan sunyi kerana abangnya tiada di situ. Awal pagi lagi Kaizo sudah keluar dari rumah dan berlepas ke kapal angkasanya. Fang tahu abang dia ingin latihkan diri dengan latihan tempurnya. Dia tidak tahu samada Lynna ikut Kaizo berlatih sekali ataupun tidak. Dia turun dari tingkat atas ke tingkat bawah. Dia lalu di ruang tamu rumahnya dan melihat meja ruang tamu itu bersepah dengan buku-buku novel seram

"Abang aku ni, suka sangat sepahkan barang" kata Fang sambil berkerut-kerut dahi dia "Balik nanti ajelah aku kemas" kata dia dengan hati yang mengeluh

Sampai sahaja di pintu rumah. Fang ternampak sekeping nota tertampal di pintu tersebut. Lalu dia membaca nota itu. Nota tersebut dari abangnya. Kaizo memberitahu adiknya bahawa dia tidak akan makan di rumah dan akan pulang ke rumah agak lewat sedikit kerana ada pelbagai latihan tempur yang dia perlu jalankan di stesen TAPOPS. Dia akan makan di planet lain sahaja bersama Lynna. Fang terus tersenyum lebar kerana hari ini dia bebas dari abang dia. Hati dia rasa sangat gembira. Dia membuka pintu rumahnya dan lalu menjerit

"SELAMAT PAGI DUNIA!"

"Errrr... Fang sudah tak betul ke?" tanya Boboiboy. Dia rasa pelik dengan kelakuan Fang pada ketika, menjerit kegembiraan. Tiada perasaan risau atau tanda-tanda hendak mengamuk tak tentu pasal "Kau ok ke, Fang?"

"Aku mestilah ok!"

"Hmmm.." Gopal rasa ragu-ragu dengan kegembiraan Fang pada pagi itu "Dia ni happy semacam. Aku takut pula karang jadi benda lain nanti"

"Isk kau ni, Gopal. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kalau dia gembira, kita biarkanlah dia gembira"

"Betul tu, Boboiboy!" Fang melangkah keluar dari rumahnya "Aku gembira hari ini kerana abang aku balik lewat dan aku bebas dari suara garang dia tu.. hehehee.. sekarang kita nak pergi ke mana?"

"KE BANDAR PULAU RINTIS!" Muncul Rizu di situ. Hari ini dia memakai topi dan beg penguin "Kita pergi jalan-jalan dekat bandar, lepas tu pergi ke kedai Tok Aba"

"Boleh juga tu" kata Boboiboy "Kalau begitu, aku hantar mesej dekat Yaya, Ying dan Bella. Kita jumpa mereka dekat sana"

"YEAHHH!" Rizu melompat-lompat kegembira dengan kedua belah tangannya angkat ke atas "Abang Fang belanja Pizu makan ice cream!"

"Boleh tapi..." Fang terus merenung tajam ke arah Gopal "Jangan harap aku akan belanja kau"

"Hmm.. yelah yelah" kata Gopal dengan nada kekecewaan "Selamat appa aku ada berikan duit sedikit" bisik dia

Boboiboy sudah pun selesai menghantar mesej kepada kawan-kawan perempuannya. Tadi dia ternampak mesej yang tiada nama penghantar. Dia tidak membuka mesej itu. Dia cuma padamkan sahaja mesej tersebut

"Ok, jom! Kita jumpa dia orang dekat tempat taman hiburan" Boboiboy tutup hologram di jam kuasanya

"Bolehlah aku masuk rumah hantu lagi. Aku dengar dia orang letak hantu baru dekat situ" kata Gopal dengan penuh semangat "Oh yea.. kau tak mesej si-" Mulut dia terus ditekup oleh Fang

"Jangan sebut nama si pelik tu. Kalau kau sebut, dia akan muncul secara tiba-tiba. Aku tak tahulah dia pakai ilmu apa, tapi.. kita harus berhati-hati dengan dia" Gopal angguk kepala dia secara perlahan "Bagus Gopal, bagus"

"Tapi Lily ada mesej aku, yang dia ada dekat rumah Bella" Boboiboy terpaksa buka hologram dia semula dan tunjukkan mesej Lily kepada Fang "Dia cakap, dia ada dekat sini dan tak sabar nak tengok aku.. hehehe"

"Ohhhh... dalam diam, rupanya kau ada hati dengan dia.. hehee" Fang tergelak sinis sambil berikan senyuman sinis kepada Boboiboy

"Wei! Mana ada. Aku cuma anggap dia sebagai kawan ajelah"

"Betul betul, Pizu sokong abang Boboiboy" Rizu angguk kepala dia sambil bersilang tangan "Lagipun abang Boboiboy masih budak-budak lagi yang sudah melangkah masuk ke dalam alam remaja! Dan waktu beginilah kita mesti luangkan masa kita bersama rakan-rakan. Bukannya mencari buah hati! Lainlah kita seperti abang Paizo. Ialah, abang Paizo tu dah besar. Dia pun kenalah cari bakal isteri dan bakal kakak ipar kepada abang Fang!"

"Rizu, kita orang nak pergi dah. Rizu boleh berhenti ceramah ok"

"Ok abang Fang! Nanti kita main game sama-sama ok" Rizu terus pegang tangan abang Fang "Lepas tu kita makan cotton candy!"

"Comelnya korang berdua.. hehee.. jomlah bergerak. Nanti dia orang tunggu kita orang pula" kata Boboiboy

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sampai sahaja di bandar Pulau Rintis. Boboiboy, Fang, Gopal dan Rizu terus ke taman hiburan iaitu sebuah bangunan yang mempunyai pelbagai jenis hiburan untuk pelbagai umur. Ramai yang berkunjung ke tempat itu bersama keluarga mereka atau dengan sahabat handal. Mereka berempat berjalan ke sebuah tangga untuk naik ke pintu utama taman hiburan itu. Fang berasa pelik dengan orang-orang di bandar itu. Mereka kelihatan terpaut dengan telephone masing-masing ataupun tablet yang mereka memiliki. Semuanya berjalan seperti sebuah robot. Mata mereka tidak pandang ke arah lain

"Kenapa Fang?" tanya Boboiboy

"Kau perasan tak dengan orang-orang dekat bandar ni"

Lalu Boboiboy, Gopal dan Rizu perhatikan orang yang lalu lalang di situ. Semuanya sibuk melihat telephone masing-masing. Ada yang duduk di tangga tanpa berbual dengan kawan-kawan mereka. Diri mereka seperti dipukau oleh sesuatu yang berada di dalam telephone mudah alih itu. Ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka

"Kita harus siasat ni" Boboiboy kelihatan risau pada ketika itu

"Tapi... bukan ke orang-orang sekarang ni suka tengok telephone sahaja. Ini sudah menjadi kebiasaan kita semuakan" kata Gopal yang tidak berasa pelik sangat

"Abang Gopal, kita kenalah siasat sebab dia orang nampak macam zombie. Pizu takut kalau ada orang alien jahat menyerang mereka menggunakan telephone"

"Betul tu.. tapi Rizu jangan sesekali tengok telephone buat masa sekarang ni. Abang takut apa-apa terjadi dekat Rizu nanti"

"Baik abang Fang!" Rizu berikan tabik hormat kepada abang kesayangan dia "Abang Fang kena hubungi abang Paizo untuk beritahu dia apa yang terjadi dekat sini"

"Tapi.. selamat ke kita gunakan jam kuasa ni?" Fang melihat jam kuasanya yang berwarna ungu itu. Jam itu kelihatan biasa sahaja tetapi ianya mempunya teknologi alien yang serba canggih itu "Boboiboy, kalau jadi apa-apa dekat aku. Kau bawa Rizu ke tempat yang jauh"

"Ok tapi aku yakin kau tak menjadi zombie seperti mereka. Aku rasa jam kuasa kita selamat" kata Boboiboy

"Abang Paizo dekat mana sekarang ni?"

"Dia ada dekat stesen TAPOPS. Dia dan kak Lynna ada sesi latihan tempur. Lepas tu dating dekat planet mana tah. Dia cakap dia tak makan dekat rumah"

"Ohhh... patutlah kau nampak happy tadi.. hehee" Boboiboy tergelak sedikit

Fang ingin senyum sedikit tetapi wajah dia bertukar menjadi masam. Gopal ternampak beberapa lambaian dari jauh. Lambaian itu datang dari empat orang gadis iaitu kawan mereka. Yaya, Ying, Bella dan Lily sudah pun tiba di bandar itu. Mata Lily membulat besar apabila dia nampak Boboiboy ada di situ. Pergerakan kaki dia lebih laju dari kawan-kawan dia yang lain

"BBB-CHAN! I'M COMING FOR YOU!" Lily berlari-lari anak di situ. Dia terbayangkan dia dan Boboiboy di dalam sebuah movie romantik komedi. Di dalam movie itu, Lily mahu pergi ke tangan kekasihnya tetapi telah dihalang oleh kawan baik kekasihnya iaitu Fang atau lebih dikenali sebagai landak "BBB-CHAN! LILY ADA BAWAKAN KEREPEK PISANG UNTUK BBB-CHAN!"

"Good luck yea kau layan si pelik tu. Aku nak blah dulu" Fang mengheret Rizu dan membawa diri mereka ke tempat kawan-kawan perempuan dia yang kini sedang berdiri di tepi gerai kecil

"Wei wei! Tunggulah aku sekali" Boboiboy cepat-cepat ikut Fang dari belakang. Gopal turut ikut Boboiboy

"BBB-CHAN NAK PERGI MANA?"

Boboiboy tidak dengar jeritan Lily tadi dan dia juga tidak perasan Lily terlanggar tiang elektrik sebab terlalu perhatikan Boboiboy sehingga tidak nampak ke arah mana dia berjalan. Fang bertanya lagi soalan yang sama dekat rakan-rakan perempuannya

"Wei, kau perasan tak perkara pelik dekat sini"

"Aku perasan maaa" jawab Ying kepada Fang "Kenapa dengan mereka dekat sini? Semuanya macam zombie telephone sahaja"

"Kita kena siasat ni. Tak kan nak biarkan mereka begini sahaja"

"Tapi Yaya.. kita nak mulakan siasatan kita dari mana?" Boboiboy perhatikan sekeliling mereka

Ternyata, orang-orang di dalam kereta pun terlampau ghairah sangat melihat telephone mereka. Kereta mereka tidak dipandu, hanya berada di atas jalan sahaja. Mereka tidak bergerak ke mana-mana. Dia ternampak seorang wanita sedang memarahi kawan dia kerana asyik dengan telephone sahaja tetapi kawan dia seperti tidak dengar kemarahan dari wanita itu. Dia seperti di abaikan. Paling teruk sekali, anak-anak kecil dibiarkan berlari ke sana sini, manakala ibu bapa mereka sibuk dengan telephone mereka. Selamat semua kereta di situ tidak bergerak. Boboiboy tidak mahu perkara ini berterusan. Dia pasti akan mencari jalan penyelesaian

"Bagaimana kalau kita ambil telephone dari tangan mereka? You know, kita rampas sahaja"

"Ok juga tu, Bella. Mungkin mereka akan sedarkan diri"

"Kalau tak berjaya, macam mana Boboiboy?" Gopal tidak begitu yakin dengan cadangan Bella tadi

"Kita kena cuba. Kalau kita tak cuba, kita tidak akan tahu" Boboiboy berjalan ke arah seorang budak lelaki yang berdiri di tepi jalan. Lalu dia merampas telephone dari budak lelaki itu tetapi budak lelaki itu tidak sedarkan diri dia. Budak itu menerkam Boboiboy dengan ganasnya "WEI WEI! JANGAN SERANG AKU!"

"Boboiboy, berikan balik telephone dia!" kata Fang

"Nah, ambik balik telephone kau" Boboiboy kembalikan balik telephone itu kepada budak lelaki itu. Barulah diri dia tidak diserang lagi. Budak lelaki itu kembali perhatikan skrin telephonenya "Kita tidak boleh biarkan lagi. Kita kena siasat. Kita perlu bantuan daripada Emmy sebab dia pakar di dalam hal-hal teknologi"

"Korang.." Yaya cuba tunjukkan sesuatu yang aneh berlaku di jam kuasa seseorang "Korang..."

"Kenapa Yaya?" tanya Ying

"Cuba kau tengok jam kuasa Fang" Yaya tunjuk ke arah jam kuasa Fang yang sudah mula timbulkan kuasa bayang-bayangnya

"EH?! Kenapa dengan jam kuasa aku?" Fang cuba menekan butang jam kuasanya tetapi tiada apa yang berlaku "Rosak ke?"

"Abang Fang.. Pizu takut.." Rizu berundur sedikit demi sedikit "Abang Fang.. kenapa dengan jam tu?"

"Tak kan jam kuasa ni rosak pula" Fang cuba hentikan kuasa bayangnya yang sudah mula selubungi tangan kiri dia "Berhentilah woi!" Dia mengipaskan tangannya untuk hentikan kuasa bayang dia terus menular lagi

Secara tidak langsung, kuasa bayang itu menolak rakan-rakan dia jauh daripada diri Fang. Mereka tercampak tidak jauh daripada situ. Hanya Lily sahaja yang terselamat kerana dia berada di belakang Fang. Dia terus berundur jauh daripada Fang

"Abang Fang, kenapa abang Fang buat begitu dekat kita orang?" Rizu terus peluk Yaya kerana takut jikalau mereka di serang lagi "Pizu tak suka..." Dia menangis sambil alihkan permandangan dia dari Fang. Dia tidak sanggup melihat abang kesayangan dia berubah menjadi sesuatu yang menakutkan

"Bukan abang yang buat" Fang mula panik di situ "Rizu jangan menangis ok.. semuanya akan ok"

"Kalau kau tak buat, tak kan jam kuasa kau bertindak dengan sendirinya" Boboiboy bangunkan diri dia. Lalu dia berjalan sedikit demi sedikit ke arah Fang "Ada sesuatu yang mengawal jam kuasa kau ke?"

"Aku tak tahu tapi aku perlu buka jam kuasa ni" Tangan kanan Fang mula hendak tanggalkan jam kuasanya tetapi kuasa bayang dia terus mengikat tangan kanannya supaya dia tidak dapat membuka jam kuasa itu "Ke-kenapa ni?"

Lily sudah larikan diri kerana takut kalau diri dia pula yang jadi mangsa seterusnya

"Aiyooo.. apa yang berlaku ni?" Ying sudah bersiap sedia untuk gunakan kuasa dia jikalau mereka diserang lagi oleh kuasa bayang Fang

"Fang, bagi aku tolong kau!" kata Boboiboy

Boboiboy berlari ke arah Fang tetapi kuasa bayang itu memerangkap diri Fang dengan membentuk sebuah kubah bayang. Fang terperangkap di dalam itu seorang diri. Keadaan bertukar menjadi panik. Boboiboy bertukar diri dia menjadi Boboiboy Gempa. Mata Lily bersinar-sinar apabila Boboiboy elemental kegemaran dia ada di situ. Tangan dia mula gatal untuk mengusik pipi tembam Boboiboy Gempa

"FANG! AKU AKAN SELAMATKAN KAU! TUMBUKAN TANAH" Boboiboy Gempa cuba hendak retakkan kubah bayang tersebut tetapi tidak berjaya

Kuasa bayang itu bertindak balas dengan menolak Boboiboy Gempa jauh dari situ. Diri bertukar menjadi Boboiboy biasa

"BOBOIBOY!" Jerit mereka semua

"Macam mana ni.. Fang dah kena telan dengan kuasa dia sendiri" kata Gopal dengan perasaan cuak dia

"Wei, dia mana ada kena telan dengan kuasa dia sendiri" marah Ying

"Entahnya si Gopal ni tapi.. kalau Boboiboy sendiri tak boleh selamatkan dia, maknanya kita pun tak boleh juga ke?"

"Tak tahulah Yaya tapi kita kena cuba" balas Bella "Korang jangan mengalah"

Tiba-tiba kubah bayang itu terus hilang sedikit demi sedikit. Apa yang mereka saksikan seterusnya amat mengejutkan mereka semua. Fang sudah diselubungi kuasa bayang dia sepenuhnya. Dari hujung jari sehinggalah ke hujung kepala dia. Mata dia merah bagaikan merah tomato. Diri Fang sudah dikawal oleh kuasa bayang sepenuhnya

"HANTU LANDAK!" jerit Lily

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Stesen TAPOPS berada tidak jauh dari planet bumi. Suasana di dalam stesen itu bergerak seperti biasa. Semuanya sedang jalankan tugas masing-masing dengan sempurna. Tiada sebarang kekecohan atau perkara-perkara membuat mereka panik atau bertungkus lumus untuk siapkan sesuatu kerja. Kaizo dan Lynna sudah pun selesai sesi latihan tempur mereka bersama ahli TAPOPS yang lain. Kini mereka dibenarkan pulang ke bumi tetapi mereka mempunyai rancangan tersendiri selepas ini

"Bagus betul ahli-ahli pasukan TAPOPS. Semuanya hebat-hebat belaka" kata Lynna sambil membuka penutup botol dia yang berwarna pink. Dia ingin meneguk sedikit air kerana tekak dia terasa kering

"Mereka memang hebat. Setiap hari mereka dilatihkan dengan pelbagai cabaran. Latihan mereka lain daripada latihan yang selalu aku berikan kepada kawan-kawan adik aku" balas Kaizo

Mereka berdua kini menuju ke bilik persimpanan kapal-kapal angkasa yang lain. Kapal angkasa Kaizo ada di situ. Lahap sedang menunggu mereka di dalam bilik itu. Sambil menunggu, sambil itulah dia menikmati biskut Yaya

"Patutlah dia orang hebat macam kau sebab berlatih setiap hari"

"Hmmm.. tapi adik aku perlu banyak berlatih supaya kemahiran dia menjadi tajam lagi seperti kawan dia tu, si Boboiboy"

"Kau memang kagum dengan pencapaian Boboiboy"

"Yea" balas Kaizo

Mata Kaizo terpandang seseorang yang baru keluar dari bilik latihan. Orang itu adalah Momoki. Dia telah dijemput oleh Kaizo sendiri untuk masuk ke dalam pasukan TAPOPS. Dia yakin Momoki tidak akan menjadi seorang pembelot dan akan berbakti untuk pasukan TAPOPS

"Tuan puteri, Kapten Kaizo.. terima kasih kerana sudi menjadikan diri aku sebagai ahli pasukan TAPOPS" kata Momoki dengan nada yang menggodakan "Kapten Kaizo, kau tidak perlu risau.. mulai hari ini aku akan sentiasa setia dengan TAPOPS"

"Bagus bagus.. itu yang aku mahukan dan semoga berjaya" Kaizo menepuk bahu Momoki sedikit

"Jadi.. kau tidak akan kembali ke bumi nanti?" tanya Lynna

"Sudah tentu aku akan kembali ke bumi kerana bunga hati ku berada di sana" Momoki keluarkan sekuntum bunga Lily dari jaketnya "Aku akan buktikan kepada bunga hati ku, yang aku juga handal seperti Boboiboy. Lily, tunggulah kepulangan aku nanti"

Lynna tergelak sedikit. Manakala Kaizo pula, dia masih kekalkan mukanya yang sentiasa serius itu. Lalu Momoki berikan bunga Lily itu kepada Lynna

"Untuk tuan puteri" kata Momoki dengan senyuman menggoda dia

"Bukan ke kommander memanggil kau tadi?" kata Kaizo yang rasa sedikit cemburu "Baik kau pergi sekarang sebelum kommander cari kau"

"Yea, dia panggil aku tadi.. tapi Kapten Kaizo jangan risau. Aku tak kan ambil tuan puteri kau" Momoki tunduk sedikit untuk memberikan kehormatan dia kepada Lynna dan Kaizo "Sehingga kita berjumpa lagi"

Momoki beredar dari situ. Kaizo dan Lynna sambung perjalanan mereka dan kini mereka terserempak dengan Sai dan Sheilda

"Kapten Kaizo" kata mereka berdua

"Sai, Sheilda.. bagaimana dengan tugasan hari ini?"

"Semuanya berjalan dengan lancar" jawab Sheilda "Kami terpaksa pergi dulu kerana kommander ingin berjumpa dengan kami berdua"

"Silakan" kata Kaizo

Kaizo tahu kenapa mereka bertiga telah dipanggil oleh Kommander Kokoci. Dia telah diberitahu oleh Kommander Kokoci bahawa Momoki akan dimasukkan ke dalam pasukan Sai dan Shielda. Mereka juga akan dihantar ke planet lain untuk jalankan tugasan yang akan diberikan

"Mereka tu kembar ke?" tanya Lynna

"Yea, mereka berdua adalah kembar seperti Momoki dan Mimiko"

"Tapi.. kenapa Mimiko tidak ikut abang dia sekali?"

"Momoki ada beritahu aku, kembar dia mahu menjadi remaja biasa sahaja. Jadi Mimiko tinggal dibumi dan teruskan dengan kehidupan dia. Aku tidak mahu memaksa dia kerana itu adalah pilihan dia"

Kali ini mereka terserempak pula dengan Laksama Tarung. Dia baru sahaja selesai makan di kantin TAPOPS

"Kapten Kaizo, mahu pergi berehat?" tanya Tarung

"Yea tapi bukan disini"

"Ohh... jadi lepas ni kamu berdua tidak akan kembali ke TAPOPS?"

"Mungkin tidak sebab saya pun tidak boleh lama sangat berada di angkasa"

"Oh, tidak mengapa. Saya faham, Lynna" kata Tarung "Saya tidak boleh berborak lama. Ada kerja nak kena buat. Jumpa lagi.. oh yea, ada sesuatu untuk Rizu" Tangan dia menyeluk masuk ke dalam poket seluarnya dan lalu dia keluarkan sepucuk surat

"Surat?"

"Yea Kaizo. Surat ini untuk Rizu. Adik aku si Idoli suruh berikan kepada dia"

"Baiklah, aku akan berikan kepada dia nanti" Kaizo mengambil surat yang telah dihulurkan oleh Tarung tadi "Jumpa lagi" Dia simpan surat itu di dalam poket seluarnya

"Jumpa lagi" Tarung beredar dari situ dengan perasan gembira

"Hehee.. dia nampak begitu baik sekali"

"Hmm.. dia cuma begitu bila time berehat sahaja. Kau belum tengok lagi semasa dia di dalam tugasan. Garang macam aku"

"Tapi kau sentiasa garang. Tak pernah tak garang"

Mereka berdua belok ke kanan. Jauh dari mereka adalah sebuah pintu gerbang untuk ke bilik penyimpanan kapal angkasa. Kaizo sudah pun menghantar mesej kepada Lahap untuk bersiap sedia pergi ke planet lain. Sebelum dia menutup jam kuasanya, hologram Boboiboy muncul di jam itu

"Boboiboy?" Kaizo rasa hairan kenapa Boboiboy menghubungi dia. Ada sesuatu yang berlaku dekat bumi ke? bisik di hati Kaizo

"Abang Kaizo! Ada sesuatu terjadi dekat diri Fang"

"Kenapa dengan dia?" Kaizo terus menjadi panik "Dia sakit ke? Ada serangan dari musuh?"

"Kami tak pasti tapi Fang menyerang kita orang dengan kuasa bayang dia. FANG TELAH DIKAWAL OLEH KUASA DIA-" Hologram itu terputus

"Kaizo?" Lynna melihat Kaizo dengan wajah kerisauan dia "Mari kita pulang ke bumi. Kita jangan membuang masa lagi"

Lalu Kaizo dan Lynna berlari terus ke kapal angkasa mereka. Kaizo menjadi risau. Dia tidak mahu bayangkan apa yang terjadi dengan adiknya pada ketika ini. Soalan demi persoalan bermain-main di dalam pemikiran dia. Apa maksud Boboiboy tadi? Macam mana kuasa bayang boleh mengawal diri adiknya? Dia perlu cepat. Dia perlu selamatkan adiknya sebelum terlambat

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"PENGIKAT BAYANG!"

Fang mengikat golum tanah milik Boboiboy Gempa supaya golum itu tidak dapat menyerang dia. Lalu dia menarik tali itu dengan ganas sekali. Golum itu terjatuh dan Fang melompat kebelakang

"FANG! HENTI KEGILAAN INI!"

"Aku bukan Fang.. aku hanyalah virus jahat" kata virus itu di dalam badan Fang "Aku yang mengawal kawan kau sekarang ini. Aku juga yang mengawal jam kuasa dia pada ketika ini"

"Virus jahat?" bisik Boboiboy Gempa "APA YANG KAU MAHUKAN DARI DIA?"

"Soalan yang bagus" Fang bergerak ke depan dengan tangan kanan dia sudah terangkat. Dia sudah bersedia untuk menyerang mereka lagi "Aku cuma mahukan kuasa kamu semua sahaja tapi akhirnya, aku dapat apa yang aku mahukan. Walaupun hanya satu kuasa sahaja yang aku dapat, tapi aku tetap bangga"

"Wei, baik lu keluar dari badan dia!" marah Ying

"Oh.. aku bukan di dalam badan kawan kau tetapi aku berada di dalam jam kuasa kawan kau. Aku cuma gunakan kuasa bayang dia untuk mengawal diri dia. Sekarang dia menjadi milik aku" Fang tergelak seperti orang gila di tengah bandar itu "HAHAHAHAHAAA! Cuba bayangkan kalau aku dapat jam kuasa Boboiboy. Mungkin kesemua kuasa elemental dia bertukar menjadi jahat?"

"WHAT?" Lily terus muncul di depan Boboiboy. Dia seperti melindungi diri Boboiboy dari Fang "Tiada siapa dapat mengubah MY BBB-CHAN kepada BBB-CHAN YANG JAHAT! TERUTAMA SEKALI BOBOIBOY GEMPA!" Begitu marah sekali sehingga dia mencekak pinggang. Bibir masam dia tertutup rapi dan pandangan mata dia begitu tajam sekali melihat Fang

"Hahahaaa... kau ingat kau boleh melindungi BBB-CHAN kau selama-lamanya? Hehehee... aku memperkenalkan askar-askar aku" Bayang-bayang Fang mula mengeluarkan beberapa askar bayang.

Semuanya kelihatan lebih tinggi daripada mereka. Gopal terus sorokkan diri di belakang Boboiboy. Dia menggigil ketakutan melihat askar bayang itu. Ianya kelihatan seperti hantu jembalang di waktu malam. Hitam, tinggi dan tiada cahaya mata

"Jadi, kau juga yang buat orang-orang dekat bandar ni seperti zombie?" tanya Yaya dengan nada tegas dia. Yaya tidak begitu takut dengan askar bayang itu

"Betul tu.. tapi bukan di bandar ini sahaja. SELURUH PULAU INI AKU SEBARKAN VIRUS AKU! HAHAHAAA! Betapa mudahnya aku mengawal mereka dengan hanya menggunakan teknologi yang serba canggih ini... aku yakin kamu semua tidak dapat cederakan mereka semua" Fang tergelak lagi di situ

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Bella dan Lily telah dikepung oleh orang-orang yang ada di bandar itu. Mata mereka kelihatan penat dan sedikit kemerahan kerana terlalu lama melihat skrin telephone. Mereka datang dekat ke arah sekumpulan remaja itu. Kaki mereka bergerak secara perlahan seperti zombie. Rizu peluk Yaya lagi kerana terlampau menakutkan bagi diri dia

"Aku perlahankan mereka, korang semua lari" bisik Ying

"Ok"

"Tapi dia orang memang dah bergerak perlahan pun" kata Gopal. Terus kepala dia di tepuk oleh Bella

"Ikut ajelah cakap Ying tu" marah Bella di dalam bisikan

"KUASA SLOW-MO!" Ying memperlahankan pergerakan orang-orang di sekeliling mereka "CEPAT LARI!"

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Bella dan Lily larikan diri mereka dari situ. Mereka terpaksa menolak beberapa orang awan di situ untuk lepaskan diri mereka dari kepungan tersebut. Rizu dengan badannya yang begitu kecil. Dia merangkak untuk keluarkan diri dia. Begitu pantas sekali dia merangkak. Yaya asyik ulang perkataan maaf kepada beberapa orang yang dia terpaksa menolak

"Kau ingat kau boleh lari.. HAHAHAAA!"

Boboiboy menoleh kebelakang setelah dia dapat lepaskan dirinya dari orang ramai di situ. Askar bayang tersebut tidak berkesan dengan kuasa Ying tadi. Kawan-kawan dia masih lagi belum keluar dari situ. Tiba-tiba kaki dia di pegang oleh sesuatu. Dia terkejut sedikit sehinggalah dia memandang ke bawah. Tangan kecil yang pegang kaki dia adalah tangan milik Rizu

"Abang Fang! Macam mana nak hapuskan bayang-bayang tu?"

"Rizu jangan risau. Biar abang yang uruskan. Rizu pergi lari dari sini" kata Boboiboy. Dia berikan sedikit senyuman kepada Rizu supaya budak kecil itu tidak kelihatan takut "BELLA! LILY! BAWA RIZU JAUH DARI SINI!"

"OK!" kata Lily dan Bella secara serentak

Mereka pegang tangan Rizu dan terus larikan diri. Boboiboy menolong Gopal keluar dari situ sebelum kuasa perlahan masa hilang. Yaya dan Ying berjaya keluar dari situ. Secara tidak langsung, orang-orang di situ bergerak seperti biasa. Mereka pusing kebelakang. Yaya terpaksa gunakan kuasa dia pula kali ini

"GRAVITY PEMBERAT!" Yaya membuatkan diri orang di situ tidak dapat bergerak langsung kerana kaki mereka seperti melekat di permukaan bumi

"Kamu berdua pergi dari sini. Biar aku halang mereka.. nanti kami akan datang" kata Ying

"Aku mana boleh tinggalkan korang berdua dekat sini. Nanti askar bayang tu akan serang korang" kata Boboiboy

"Betul tu.. HAHAHAAA.. SERANG MEREKA" Fang mengarah askar bayang-bayangnya menyerang mereka

Bayang-bayang itu mula berjalan menuju ke arah mereka. Kuasa Yaya juga tiada kesan ke atas bayang-bayang mereka. Dia perlu buat sesuatu untuk selamatkan mereka dan tidak cederakan orang awam di situ

"HAH! AKU TAHU! Boboiboy, tukarkan diri kau kepada Boboiboy Solar! dan tembak ke arah mereka!" Yaya yakin rancangan dia akan berjaya

"OK!" Boboiboy mengubah dirinya kepada Boboiboy Solar "TEMBAKAN CAHAYA SOLAR!" Mata dia mengeluarkan satu pancaran cahaya yang agak terang sehingga membuatkan bayang-bayang itu hilang dari pandangan mereka semua "Baik kita larikan diri sebelum dia keluarkan askar bayang dia lagi!"

Boboiboy Solar kembali kepada Boboiboy biasa. Dia dan rakan-rakannya pergi selamatkan diri sebelum di serang lagi oleh askar bayang. Boboiboy tidak tahu bagaimana hendak selamatkan Fang dari virus jahat itu. Dia perlukan seseorang yang mahir di dalam bidang teknologi iaitu Emmy

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"ATUK! Air kosong satu" Bella termengah-mengah di tepi kedai Kokotiam Tok Aba

"Kenapa? Apasal muka Rizu biru-biru?" Tok Aba dengan segeranya berikan segelas air kepada Rizu.

Rizu pada ketika itu seperti sesak nafas dan jantung dia seperti hendak meletup. Dia dengan segeranya minum air telah diberikan oleh Tok Aba

"Kenapa dengan kamu bertiga?" tanya Tok Aba

"Korang kena kejar dengan sesuatu ke?" tanya Ochobot

"Bukan... ada serangan dekat bandar tadi" Bella duduk di atas kerusi bangku kedai tersebut

"Ha ah, si landak jadi jahat" kata Lily yang berbaring terlentang di atas rumput hijau "Kenapalah landak tu asyik menjadi pilihan orang jahat aje.. apalah nasib si landak tu"

"Serangan musuh? Siapa yang serang?" tanya Ochobot lagi

"Virus jahat. Virus tu cakap, dia telah berjaya masuk ke dalam jam kuasa Fang dan sekarang ni, virus itu berjaya mengawal diri Fang" ujar Bella

"Maksudnya... FANG YANG SERANG KORANG? Virus tu mempergunakan Fang?" Ochobot tidak sangka jam kuasa boleh dimasuki oleh virus jahat

"Ha ah" kata Bella

"Ini mesti alien yang hantar virus tu"

"Kau yakin ke Ochobot?"

"Aku yakin" kata Ochobot kepada Bella

"Ochobot, kau bawa si Rizu ni pergi baring dekat gazebo tu. Kasihan dia. Biar dia berehat dekat situ"

"Baik atuk!" Ochobot terbang keluar dan lalu dia memimpin Rizu ke dalam gazebo

Rizu seperti hendak pengsan di situ tetapi dia kuatkan diri. Lalu dia baring di atas bangku panjang gazebo tersebut. Dia pejamkan mata untuk rehatkan dirinya. Beberapa minit kemudian, Rizu tertidur di dalam gazebo. Ochobot temankan Rizu di situ sementara Bella temankan Tok Aba di kedai. Lily masih lagi terdampar di hadapan kedai sehinggalah Kaizo muncul di depan mata Lily

"Apasal Lily terbayangkan abang Kaizo ada dekat sini yea?" kata Lily dengan yang agak perlahan "Adakah Lily rindukan suara garang si itik hot tu?"

"Apa kau cakap?" Suara Kaizo agak serius pada ketika

"Lily cakap.. suara garang si itik hot tapi.. Lily nak bayangkan muka Boboiboy"

"TAK HABIS-HABIS DENGAN BOBOIBOY KAU! SEKARANG CERITAKAN KEPADA AKU APA YANG SUDAH TERJADI"

Bergegar gegendang telinga telinga kerana jeritan Kaizo yang begitu garang sekali. Bella hanya mampu gelengkan kepala sahaja dan lalu dia terfikir, adakah Kapten Kaizo mempunyai suara seperti sebuah speaker yang semulajadi?

"Mungkin juga" bisik Bella sambil angguk sedikit

"Apa yang mungkin?" tanya Lynna "Mana kawan-kawan kamu yang lain?"

"Dia orang tengah berusaha nak selamatkan diri kot sekarang ni" Lily yang menjawab pertanyaan Lynna tadi. Dia sudah pun bangun dari situ "Boboiboy suruh kita orang lari ke sini dulu dan kasihan Rizu sebab penat berlari. Dia macam nak pengsan dah"

"Hmm... jadi adik aku macam mana?"

"Fang dikawal oleh virus jahat" jawab Bella "Virus tu sudah mengawal jam kuasa Fang dan lepas tu, dia tukarkan Fang jadi-"

"HANTU LANDAK!" Lily begitu ceria sekali menyebut hantu landak "Agaknya.. Boboiboy selamat ke tak?"

"Kita orang selamat" muncul Boboiboy di belakang Lily "Tapi tak lamalah sebab dia dalam perjalanan ke sini"

"Kalau begitu.. biar aku sahaja yang dapatkan jam kuasa adik aku tu"

"Kaizo, kita perlu satu rancangan yang tidak melibatkan kecederaan adik kau" kata Lynna "Apa yang Bella katakan tadi, adik kau di bawah kawalan virus jahat"

"Ha ah, betul tu kak Lynna. Kita orang punya rancangan adalah jauhkan jam kuasa itu dari diri Fang dan mungkin Fang akan menjadi seperti diri dia balik. Lepas tu bawa jam kuasa dia ke makmal Emmy untuk hapuskan virus jahat tu" Lalu Boboiboy berkata lagi "Dia ada cakap jam kuasa kita orang pun ada terima virus dari dia cuma kita orang sempat padam mesej dari dia"

"Mesej?" Ochobot terbang ke arah Boboiboy "Bagi aku scan jam kuasa korang semua"

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Kaizo angkat tangan mereka sedikit untuk berikan Ochobot mengimbas jam kuasa mereka. Tidak sampai 1 minit, Ochobot sudah pun mendapat data-data yang dia mahukan

"Nampaknya.. mesej yang korang padamkan tu memang ada virus tapi mesej tu tidak dipadam sepenuhnya kerana dia masih lagi ada di dalam jam kuasa itu. Ianya hanya menunggu masa untuk keluar dari mesej tersebut. Kalau dibiarkan lama, nanti virus itu akan dapat keluar dengan sendirinya" jelas Ochobot

"Jadi kita kena ke makmal Emmy secepat mungkin" kata Boboiboy "Aku rasa, korang pergi ke sana dulu... biar aku uruskan si Fang tu"

"Kau sudah lupa ke..." Kaizo berikan renungan tajam kepada Boboiboy sehingga berpeluh-peluh Boboiboy dibuatnya "Aku yang patut uruskan si budak Pang tu.. kau bawa rakan-rakan kau ke sana" kata Kaizo dengan nada tegas dan garang

"Kau nak uruskan aku?"

Kaizo palingkan mukanya ke tempat lain. Adik dia sudah tiba di kawasan taman itu. Dia terkejut sedikit melihat tubuh badan adiknya di selimut penuh oleh kuasa bayang. Mata dia merah menyala seperti mata Kaizo

"PANG! BAIK KAU LAWAN DIRI KAU SENDIRI! JANGAN BIARKAN SI VIRUS JAHAT TU MENGAWAL DIRI KAU!"

"HAHAHAAA! Kau ingat dia lawan ke? Kuasa bayang ini terlalu kuat untuk menguasai diri dia balik.." Lalu Fang mengeluarkan lagi beberapa askar bayang tetapi kali ini, semuanya di dalam bentuk hantu badut

"DEY! Takde hantu lain ke kau nak keluarkan" kata Gopal. Lutut dia terasa lemah sedikit melihat hantu badut yang begitu banyak sekali "Sudahlah aku takut dengan hantu badut"

"Aku takkan biarkan kau menguasai diri adik aku! PEDANG TENAGA!" Kaizo melompat dan terus menyerang adiknya sendiri

"HAHAHAA! PELINDUNG BAYANG!" Sebuah kubah bayang terbentuk di situ untuk melindungi diri Fang. Tiba-tiba Fang melompat keluar "KAU SANGGUP MENYERANG ADIK KAU SENDIRI! TALI BAYANG!"

Tali bayang itu mengikat tangan kanan dan kiri Kaizo. Lalu dia menyerang Kaizo dengan serangan tumbukan bayang tetapi ianya sempat di halang oleh Boboiboy Halilintar. Pedang Halilintar itu berjaya menghalang serangan tersebut. Fang begitu geram sekali. Lalu dia mencampak Kaizo ke tempat lain kerana dia ingin menyerang Boboiboy Halilintar kali ini. Kaizo sempat selamatkan diri dia dengan menggunakan dinding tenaganya di dalam bentuk sphera. Lalu dia mendaratkan diri dia dan Lynna terus ke arah Kaizo

"Kaizo! Kau tak apa-apa ke?" tanya Lynna

"Tak tapi risaukan adik aku tu.. bawa mereka pergi dari sini" Lynna angguk dan faham dengan arahan Kaizo "Pergi ke makmal Emmy dengan segera. Aku akan bawa si Pang tu nanti"

Lynna mengumpul kawan-kawan Fang dan teleportasikan diri mereka semua ke makmal Emmy. Rizu sudah di angkat dukung oleh Lynna sebentar tadi. Ochobot turut ikut mereka sekali. Hanya tinggal Tok Aba sahaja di kedai tersebut. Mengikut kata Tok Aba, dia tidak boleh tinggalkan kedai itu begitu sahaja. Dia yakin cucu dia akan melindungi diri dia. Boboiboy menggunakan kuasa elemantal dia iaitu kuasa Halilintar

"SERANGAN HALILINTAR!" Boboiboy Halilintar begitu pantas sekali seperti kilat, dari kiri ke kanan, ke atas dan bermacam-macam tempat untuk menyerang Fang "KELUAR KAU DARI BADAN KAWAN AKU!"

"KAU PUN SAMA MACAM SI KAIZO TU! SANGGUP GADAIKAN NYAWA KAWAN KAU SENDIRI!" Fang mengarahkan askar

"Hah" Baru Boboiboy Halilintar sedar. Dia tidak mahu menyerang kawan dia sendiri. Lagipun virus itu di dalam tubuh badan Fang. Tak kan dia nak cederakan kawan baik dia sendiri

"TUMBUKAN BAYANG!"

Boboiboy Halilintar terkena tumbukan tersebut kerana pemikiran dia bercelaru sekejap. Dia tercampak dan lalu terjatuh di tepi jalan. Badan dia mula berubah menjadi Boboiboy biasa. Tiada kecederaan pada diri dia. Cuma dia rasa sakit di tangan dan kaki dia sahaja

"BERANI KAU MENGGUNAKAN KUASA ITU UNTUK KEJAHATAN!" Hati Kaizo penuh dengan kemarahan dia. Ianya seperti hendak meletup dalam beberapa saat sahaja lagi "PULANGKAN ADIK AKU!"

"Kalau kau nak aku pulangkan.. berikan jam-jam kuasa kepada aku dan aku akan lepaskan adik kau"

"Aku tak kan benarkan kau merampas jam-jam kuasa ini. Aku tak kan biarkan kau menggunakan jam-jam kuasa ini untuk kejahatan!" Kaizo tidak dapat menahan kemarahan dia lagi. Lalu dia melompat lebih tinggi lagi "TUMBUKAN TENAGA!"

"Badut-badut ku, lindungilah diri aku!" Askar-askar badut itu mengepung diri Fang dan lalu membentukkan diri mereka seperti sebuah kubah "HAHAHAAAA! CUBALAH DAPATKAN ADIK KAU BALIK" Dia biarkan Kaizo menumbuk dinding pelindung itu

"ABANG KAIZO! JANGAN!"

Kaizo abaikan jeritan Boboiboy tadi. Tangan dia menumbuk pelindung bayang itu sekuat hati. Lalu ianya musnah dan Fang terpelanting dan terjatuh bergolek di atas taman itu. Fang bangun dan lalu terbatuk sedikit. Badan dia terasa sakit walaupun tiada kecederaan

"Hahahaaa... itu sahaja serangan kau?" kata Fang dengan nada sinisnya "Cubalah serang aku-" Lalu dia terjatuh di situ kerana kepala dia telah diketuk oleh seseorang dari belakang "Donut lobak merah.. satu.." Dia terus pengsan di situ. Tubuh badan Fang beransur pulih. Kuasa bayang-bayang itu mula hilang sedikit demi sedikit

"HARRAZ?" Terkejut Boboiboy melihat Harraz sedang menggenggam erat sebatang kayu baseball dengan tangannya menggigil sedikit "Apa kau buat dekat sini?"

"Kau ketuk adik aku" Kaizo berjalan menuju ke arah Harraz

"Ma-maafkan saya, abang Kaizo. Saya tak sengaja ketuk kepala dia" Kepala Harraz tertunduk sedikit kerana takut dengan suara garang Kaizo

"Bagus.. bagus.." Kaizo bertepuk tangan di situ

"EH?!" Terkejut mereka berdua

Boboiboy garu-garu kepala dia dan rasa pelik kenapa Kapten Kaizo katakan bagus kepada Harraz?

"Aku katakan bagus kerana kau berjaya pengsankan dia sebelum aku menyerang dia lagi. Aku mengaku, sebentar tadi aku mula hilang arah kerana aku tidak nampak adik aku disebalik bayang-bayang itu. Aku hanya mahukan diri dia di pulangkan sahaja.. tapi.. macam mana kau boleh berada di sini?"

"Begini abang Kaizo" Lalu Harraz mulakan bercerita "Pagi saya pergi ke makmal Emmy untuk mencuba satu experiment. Jadi Emmy membenarkan saya menggunakan makmal dia. Agak lamalah juga saya berada di dalam makmal tu. Lepas tu, tadi saya terkejut dengan kedatangan rombongan kawan-kawan saya. Semuanya nampak cemas tapi saya tetap tenang sahaja. Lalu Bella ceritakan apa yang berlaku tadi dan dia terus berikan saya satu idea.."

"Idea apa?" tanya Boboiboy

"Dia cakap, dia suruh aku ketuk kepala si Fang sampai dia pengsan. Aku cakaplah dekat Bella, suruh dia buat sendiri sebab dia tu kan ganas dan lebih kuat daripada aku yang lembik ni" Harraz tersengih sedikit. Lalu dia sambung lagi "Lepas tu Bella cakap balik. Dia cakap aku ni lelaki dan perlu buktikan kepada diri aku yang aku bukanlah lembik dan hanya budak nerd sahaja. Lagipun aku pernah sertai pengembaraan korang sebelum ni. Jadi dia paksa aku pergi dan berikan batang kayu baseball ni"

"Bagus bagus.. nanti aku akan adakan latihan tempur dengan adanya kau sekali" kata Kaizo sambil tanggalkan jam kuasa dari tangan adiknya

Harraz menelan ludah. Manakala Boboiboy tersengih kepada Harraz. Selepas itu Kaizo mengangkat adiknya dan mereka bertiga terus ke rumah Emmy untuk menyiasat tentang virus jahat itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam-jam kuasa milik Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Kaizo telah diletakkan ke dalam sebuah bekas. Jam-jam itu disusun dengan cantiknya dan selepas itu, Emmy tutup bekas itu dengan penutup lutsinar. Emmy pergi ke arah komputer dia yang sebesar anak gajah. Dia menekan beberapa butang dan lalu jam-jam kuasa itu di imbas. Semua data-data telah pun masukkan ke dalam computer tersebut

"Ada virus jahat tu kan" kata Ochobot

"Ada" jawab Emmy "Korang punya virus senang nak hapuskan tapi virus dekat jam kuasa abang Fely kena tunggu lama sedikit sebab ianya sudah tersebar di dalam jam kuasa itu"

"Tapi.. jam kuasa adik aku boleh digunakan lagi tak? Ianya tak rosakkan?" tanya Kaizo dengan nada serius

"Tak abang beruang" jawab Emmy

"Hmm... kau buat apa yang kau boleh buat" Kaizo palingkan muka dia ke arah sebuah katil. Adik dia masih lagi tidak sedarkan diri. Dia tidak perlu risaukan sangat kerana adik dia hanya pengsan sahaja "Maafkan aku, Pang kerana menyerang kau tadi" bisik dia

"Jangan salahkan diri kau, Kaizo" Lynna sentuh sedikit bahu Kaizo

"Tapi aku tetap bersalah.. kerana aku terlalu ikutkan emosi, aku menyerang dia kerana aku rasa marah. Kau nampakkan adik aku macam mana tadi, macam hantu landakkan"

Lynna tergelak sedikit kerana lucu mendengar Kaizo panggil Fang 'hantu landak'

"Nanti dia sudah bangun, kau minta maaf dekat dia" Kaizo angguk kepala dia kepada Lynna "Kau jangan fikirkan sangat. Mari kita tumpukan perhatian kita kepada virus ni"

Hati Kaizo rasa tenang sedikit dengan kata-kata Lynna tadi. Dia mengalihkan pandangan dia ke arah komputer. Emmy sedang memeriksa jam kuasa Fang. Virus itu belum lagi dihapuskan lagi kerana Emmy ingin menangkap virus itu dan masukkan ke dalam sebuah file. Dia ingin siasat dari mana virus itu datang. Tiba-tiba sahaja skrin komputer Emmy bertukar warna menjadi merah

"EH, kenapa tu?" tanya Boboiboy

"Tak tahu.." Emmy agak cemas sedikit pada ketika itu. Dia cuba hendak betulkan komputer dia balik dengan menekan beberapa butang tetapi skrin itu tetap berwarna merah

Dua pasang mata dan satu mulut muncul di skrin itu. Mereka semua tidak terkejut sangat. Gopal sorokkan diri di dalam Boboiboy. Yaya dan Ying terus berjaga-jaga jikalau komputer itu cuba menyerang mereka. Kaizo menggenggamkan kedua belah tapak tangannya. Bella, Lily, Emmy dan Harraz cuba mendengar apa yang komputer itu ingin katakan. Rizu masih lagi tidur di dalam bilik Emmy

"Hahahaa.. kau ingat kau boleh hapuskan aku" Virus itu sudah kembali "Walaupun kau dapat hapuskan aku tapi.. aku tetap akan kembali. Ini baru sahaja permulaan.. hahahaa... Manusia di bumi ini, sangat taksub dengan teknologi terkini terutama sekali telephone mudah alih mereka. Apa yang mereka panggilkan, smart phone? Yea, teknologi ada kebaikan dan ada keburukannya tetapi matlamat aku satu sahaja iaitu kejahatan.. berjaga-jagalah kamu semua. Aku akan bawakan binasa di muka bumi ini.."

Skrin komputer itu bertukar menjadi biasa. Emmy lihat virus jahat tadi sudah pun hilang dari jam kuasa Fang

"Nampaknya, musuh baru kita sudah pun munculkan diri. Hati-hati semua"

Gopal, Yaya, Ying, Bella, Lily dan Harraz angguk kepala mereka tanda setuju dengan kata-kata Boboiboy sebentar tadi. Kaizo pula, dia akan pastikan musuh terbaru mereka tidak akan dapat apa yang virus jahat itu mahukan. Dia dan Lynna pandang satu sama lain. Mereka berdua akan pastikan keselamatan dunia ini akan di lindungi oleh mereka semua. Sama-sama mereka akan membanteras kejahatan di dunia yang tercinta ini

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top