Ubat Penawar
Suasana sekolah pada waktu tengahari itu, agak ceria dan sedikit riuh rendah kerana kehadiran sebuah perpuskataan bergerak di perkarangan sekolah mereka. Perpuskataan itu adalah dimiliki oleh adiwira dan para sahabat mereka. Gopal asyik memerhatikan perpuskataan itu dengan mata kuyunya. Lalu dia menguap besar kerana tidak cukup tidur. Malam semalam, dia menghabiskan masanya dengan bermain game sambil makan makanan kegemarannya. Pagi itu pula, dia terpaksa menolong ibunya memasak dan juga menolong ayahnya menjual ice cream. Kerja sekolahnya masih lagi belum dibuat dan dia berharap dapat meniru jawapan kawannya. Dia tahu, jikalau Yaya tahu dengan perbuatan dia, mesti dia akan terkena dengan bebelan dari Yaya secara percuma
"Huarghhhhh" Gopal menguap lagi
"Kau tak tidur ke semalam?" datang satu suara yang ada di belakang Gopal
"Aku main game semalam"
Gopal menoleh kebelakang dan dia rasa semangat dia semakin berkurangan kerana bukan kawan baik dia Boboiboy tetapi Fang yang ada di situ. Gopal menjenguk sedikit di belakang Fang kerana ada dua orang remaja yang bukan pelajar di sekolah itu tetapi mereka memakai pakaian sekolah itu. Gopal terkejut sedikit melihat kehadiran Sai dan Shielda di sekolah dia. Selama ini, dia tidak pernah melihat dua remaja itu di dalam pakaian lain selain daripada pakaian besi mereka. Sai memakai sebuah topi seperti topiBoboiboy tetapi topi itu berwarna hijau. Manakala Shielda pula, dia memakai tudung putih
"Dia orang masuk sekolah kita orang ke?" tanya Gopal
"Takdelah.. dia orang datang sini sebab nak tengok kehidupan aku dekat planet ni" balas Fang "Lagipun dia orang tengah cuti. TAPOPS bagi dia orang cuti selama seminggu"
"Hehehe... baguslah tu. Bolehlah kita orang kenali mereka dengan lebih rapat" Tiba-tiba semangat Gopal terus naik "Sai, Shielda.. selamat datang ke PULAU RINTIS! Pulau ni tidaklah sebesar mana tapi semuanya yang ada dekat sini memang best! Makanan pun best juga!"
"Kau ni.. memang suka makan sahaja" kata Sai "Dekat stesen TAPOPS pun kerja kau makan sahaja"
"Ini ke sekolah yang kau selalu hadir?"
"Yea Shielda.. inilah sekolah yang aku selalu pergi tiap-tiap hari kecuali time cuti.. hehehe... dekat sinilah aku dapat belajar tentang segala-galanya" balas Fang sambil tersenyum bangga "Di sekolah jugalah aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru tapi setakat ni, belum ada lagi kawan baru"
"Ohhh... besar juga tempat ini" Shielda memerhatikan sekeliling dia dan juga bangunan sekolah itu "Jadi, di sekolah ni.. semuanya memakai pakaian yang sama?"
"Betul tu!" kata Gopal kepada Shielda
"Kami sebelum ini.. tidak pernah menyertai mana-mana sekolah. Kami cuma hanya menyertai pasukan TAPOPS sahaja. Dari situ kami diberikan pelbagai latihan dan tubuhkan satu pasukan TAPOPS untuk melindungi dan menyelamatkan power sphera" kata Shielda
"Susah tak latihan mereka dekat TAPOPS?" tanya Boboiboy yang muncul secara tidak langsung di situ "Mesti bestkan setiap latihan yang diberikan kepada korang"
"Susahlah juga tapi dilatih untuk bekerjasama bukannya bertindak seorang diri" jelas Sai
"WAH! COMELNYA SHIELDA PAKAI TUDUNG!"
Kali ini, Yaya dan Ying muncul di situ dengan mata mereka bersinar-sinar melihat Shielda. Jeritan mereka berdua membuatkan Momoki muncul di situ dengan sekuntum bunga merah yang kembang mekar. Dia menarik tangan Shielda dan lalu dia cium tangan itu di dalam posisi melutut dengan satu kaki. Boboiboy, Fang dan Gopal rasa hendak muntah melihat gelagat si kasanova itu. Yaya dan Ying pula, hati mereka bagaikan cair sedikit walaupun ada sebahagian daripada itu, rasa meluat melihatnya. Hati mereka bagaikan berbelah bahagi
"Keayuan Shielda membuatkan diri mu semakin cantik. Kekalkanlah keayuan ini"
Shielda terus menarik tangan dia dari pegangan Momoki itu tadi. Muka dia terasa merah sedikit tetapi hati dia rasa marah dengan perbuatan Momoki seketika tadi. Sai cuba hendak menghentam Momoki kerana buat begitu terhadap kembarnya
"Kenapa Sai dan Shielda berada di sini pada ketika ini?" tanya Momoki dengan sopannya
"Kami di sini kerana kami telah diberikan cuti oleh Kommander Kokoci" jawab Sai sambil bersilang tangan "Kau tu.. sepatutnya berkelakuan serius seperti kami tetapi kau tu, tak habis-habis dengan kasanova beretika"
"Jangan marah Sai. Aku cuma mahu melindungi gadis-gadis yang ada di galaxy ini. Maafkan dengan diri ku yang berkasanova ini tapi aku pastikan diri ku tidak akan mempermainkan setiap gadis yang ada di planet ini dan juga di seluruh galaxy"
"Hmmm... boleh percaya ke ni?" bisik Fang sambil mengusap dagunya
"Hehehe... aku percaya dengan dia sebab aku belum pernah nampak dia mempermainkan mana-mana budak perempuan" kata Boboiboy sambil tersenyum "Hati Lily pun dia jaga elok-elok"
"Betul betul.. kau bagi aje si pelik tu dekat si kasanova ni. Aman hidup kau"
"Lily tu bukannya objek boleh diberikan sesuatu hati dekat orang lain" tegur Yaya kepada Fang "Dengan siapa Lily nak berkawan, itu semuanya hak Lily sendiri. Kita tak boleh paksa-paksa"
"Betul tu wahai gadis ayu" Momoki berikan sekuntum bunga mawar kepada Yaya "Dia bukannya barang.. dia hanyalah manusia biasa sahaja tetapi diri ku redha kalau dia tidak boleh menerima diri ku yang tidak sempurna ini. Biarlah dia bahagia dengan sesiapa yang dia mahukan"
Fang dan Gopal tunjuk jari mereka ke arah Boboiboy. Ramai yang tahu bahawa Lily ingin bersama dengan Boboiboy. Tidak kira samada menjadi sahabat ataupun lebih daripada itu. Lily tidak kisah kalau mereka hanya berkawan sahaja. Bagi diri dia, asalkan diri dia dapat melihat Boboiboy dari dekat lagi. Shielda jauhkan diri dia sedikit daripada Momoki kerana dia tidak mahu diri dia tergoda dengan godaan dari kasanova itu. Hati dia mengatakan yang dia perlu lari jauh dari situ. Selalunya, apabila Momoki berada di dalam stesen TAPOPS, dia tidak berkelakuan seperti kasanova. Cuma dia akan kurangkan sedikit perwatakan kasanova itu. Dia selalunya akan seriuskan dirinya di stesen TAPOPS
"Sai dan Shielda berada di sini untuk berjalan-jalan di Pulau Rintis ke?" tanya Boboiboy kepada adik beradik kembar itu
"Ya, kami mahu habiskan cuti kami di sini" kata Shielda "Fang yang bawa kami ke sini. Dekat mana lagi kamu semua selalu pergi?"
"Hah! Kita orang selalu pergi kedai Kokotiam Tok Aba!" kata Gopal dengan penuh semangat
"Kedai apa itu?" tanya Sai sambil melihat Gopal
"Kalau boleh, aku bawa korang ke sana juga! Tapi..." Wajah Gopal berubah menjadi sedih "Sekarang waktu sekolah.. tak dapatlah kita orang nak bawa korang bersiar-siar kecuali kalau korang nak si Momoki ni bawa korang melawat satu Pulau Rintis ni"
"Aku sudah tentu berbesar hati untuk membawa kamu berdua jalan-jalan di pulau yang indah ini" Momoki berikan senyuman godaan dia kepada Sai dan Shielda "Bagaimana? Sudi ataupun tidak?"
"Err..." Shielda tidak tahu hendak menjawab apa
"Kalau tak nak, kita orang boleh suruh orang lain macam Rizu ke.. Emmy ke.. tak pun si Lily tu"
"Wei Boboiboy, tak yah suruh si pelik tu.. karang dia bawak dia orang pergi bilik kau nanti" kata Fang sambil terbayangkan Lily tunjukkan bilik tidur Boboiboy kepada Sai dan Shielda "Mesti dia buka semua almari dan laci meja kau.. hehehee.. selongkar bilik kau.. entah apa yang dia nak cari"
"Err.. tak kanlah si Lily nak buat sampai macam tu sekali" Boboiboy sebenarnya ragu-ragu juga kalau suruh si Lily bawa adik beradik kembar itu bersiar-siar di Pulau Rintis "Kalau suruh Rizu.. ok juga tapi aku takut karang dia pergi celoteh panjang sahaja nanti. Aku takut kalau Sai dan Shielda naik bosan dengan celoteh Rizu tu... hehehe.. nanti dia mesti selit kisah-kisah sedih dia nanti"
"Kalau Emmy ok juga" kata Yaya "Mesti dia akan tunjuk segala ciptaan dia yang ada dekat makmal dia"
"Emmy si budak genius tu?"
"Ya Shielda.. dia yang budak genius" kata Fang kepada Shielda. Lalu dia berkata lagi "Kau boleh melawat makmal dia tapi kenalah tunggu dia habis sekolah"
"Budak genius tu pun pergi sekolah juga?"
"Ha ah, betul tu Sai. Dia bijak macam mana pun, dia tetap akan ke sekolah juga" kata Yaya " Dia jenis suka belajar dan hobi dia adalah mencipta sesuatu yang baru dan menarik"
"Hmm... rasa macam hendak melihat makmal dia tu" Shielda cuba bayangkan makmal Emmy yang penuh dengan mesin yang luar biasa "Agak menarik dan mencurigakan. Baiklah, aku dan Sai akan ke sana"
"Dan saya alu-alukan diri ku untuk membawa kamu berdua ke makmal si gadis genius yang comel itu"
Boboiboy, Fang dan Gopal ketawa sedikit melihat Momoki berikan tunduk hormat kepada Shielda. Gadis alien itu rasa agak malu di situ tetapi dia tetap dengan muka seriusnya. Momoki membawa adik beradik kembar itu keluar dari kawasan sekolah dan terus ke sekolah rendah yang terletak bersebelahan dengan sekolah menengah. Pada ketika itu, Bella dan Faye baru tiba di sekolah dengan sebuah kotak kecil yang dipegang oleh Bella sendiri
"Korang pergi mana tadi?" tanya Ying sambil melihat kotak kecil itu
"Kita orang pergi kedai kek dekat bandar sebelum pergi sekolah. Kek strawberry yang baru dibuat dan bau dia... memang tidak menghampakan tapi Gopal tak boleh makan kerana kek ni untuk kami berdua sahaja" Gopal terus bersedihan. Bella hanya tersenyum sinis sahaja dan lalu dia berkata lagi "Kalau kau nak kek ni... kau kena suruh si landak goreng tu belanja aku, Faye dan Lily makan kek sedap"
"Itu pun kalau aku berjayalah" balas Gopal
Lalu Gopal kelip-kelipkan matanya kepada Fang dan buat muka comel seperti kucing. Fang rasa hendak tampar muka Gopal. Perasaan dia pada ketika itu seperti mahu lenyek Gopal menjadi lempeng. Dia tenangkan dirinya dengan bayangkan donut kegemarannya ataupun bayangkan diri dia popular di seluruh galaxy. Dia tergelak bangga di situ sehingga membuatkan Bella tepuk kepala Fang
"WOI!"
"Jangan nak gaduh-gaduh" tegur Yaya
"Fang.." panggil Faye
"Kau nak apa?" Fang sudah pun bermasam muka
"Aku nak beritahu kau tentang sesuatu"
"Kau nak beritahu aku apa, Faye?" tanya Fang yang masin bermasam muka
"Tentang abang kau" Muka Faye nampak sedikit risau
"KENAPA DENGAN ABANG AKU?" Mata Fang terus membulat besar "Ada alien bawa lari dia ke?"
"Bukanlah" balas Faye
"DIA KAHWIN LARI?!" Lalu Bella tepuk kepala Fang kerana berikan jawapan yang tidak masuk akal "WOI! Kau ingat kepala aku ni untuk diketuk ke?"
"Abang kau tak kahwin lari lah.. kak Lynna ada dekat rumah dia tapi hari ni dia tak datang walaupun kekasih dia sekarang ini tengah demam panas.. hehehe" Faye tergelak sinis sedikit "Tadi sebelum aku keluar rumah, abang Kaizo baru pulang dari sesi latihan tempur dia. Aku tengok, abang Kaizo terus baring atas sofa. Aku rasa dahi dia, memang panas teramat"
"Abang aku demam?" Fang mula ternganga sedikit "ABANG AKU DEMAM! Kapten yang terhebat jarang sakit tu, akhirnya JATUH SAKIT JUGA! Lepas ni akulah jadi kuli dia. Suruh buat sup lobak merah dia lah, bagi dia makan ubatlah, cuci baju dia..."
"Bukan ke itu kerja kau setiap hari?"
"Memang kerja aku setiap hari pun, Gopal" jawab Fang secara mengeluh "Tapi.. kali ni mesti kerja aku akan menjadi bertambah banyak! Dia tu kalau sakit.. macam orang dekat dalam hospital. Langsung tak nak bangun dari katil dia. Bila dah sembuh, apa lagi.. aku juga jadi mangsa buli dia. Bilalah aku dapat buli dia balik. Asyik aku sahaja yang kena"
"Kau nak buli abang kau?" tanya Bella sambil angkat kening sebelah dengan tangannya sudah bersilang "Hahahaha... buat lawak ajelah kau ni. Si potato boy, landak goreng, rambut cacak ni berjaya ke nak buli abang dia sendiri? Entah-entah tak sampai hati nak buli abang kau tu. Kau kan sayang abang kau. Sayang sampai tak nak terpisah dengan abang kau sendiri"
Fang pijak kaki Bella dan lalu dia bersiul dengan mukanya yang tidak bersalah. Tangan Bella rasa hendak cekik Fang pada ketika itu. Yaya tenangkan Bella dengan pegang bahu gadis itu secara lembut. Dia berikan senyuman lembutnya kepada Bella
"Fuh, selamat kau ada" bisik Bella kepada Yaya "Kalau tidak, sudah lama aku ajar si Fang ni"
"Aiyoo.. jangan lu buli dia sudahlah"
"Takdelah Ying" kata Bella "Perangai ku yang suka buli Fang, sudah beredar lama.. sekarang ini adalah untuk mencari gaduh dengan dia tu.. hehehehe"
Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Faye gelengkan kepala mereka. Entah sampai bila mereka akan berhenti bergaduh antara satu sama lain. Fang malas hendak berbalas balik dengan kata-kata Bella tadi. Lalu dia beredar dari situ dengan menuju ke arah pintu pagar sekolah
"Fang, kau nak pergi mana tu?" tanya Boboiboy
"Pergi jaga abang aku lah" balas Fang "Aku tak yakin si Idoli dapat jaga abang aku dengan sempurna. Budak tu kan kecil lagi"
"Err.. sebenarnya Idoli takde dekat rumah. Dia pergi ke dunia Lily si itik. Dia cakap dia nak main dekat sana. Malam nanti dia balik" Terus Faye tersengih
"Hmm... budak kecik tu... SESUKA HATI AJE NAK PERGI SANA TANPA PENGAWASAN DARI KITA ORANG!" Jeritan Fang membuatkan para pelajar di sekolah itu terkejut. Lalu Fang berkata lagi dengan nada marah "Kalau abang dia tahu, mesti kita orang juga yang kena marah. Bukan ke sepatutnya dia ada sekolah hari ni.. SI ANAK KUCING PONTENG SEKOLAH LAH NI!"
Fang berjalan sambil menghentak-hentak kakinya. Ramai yang takut dengan muka Fang yang bengis pada ketika itu. Mereka jauhkan diri daripada sang alien berkaca mata itu. Silap Faye juga kerana benarkan Idoli pergi ke dunia fantasi bersendirian dan silap dia juga kerana lupa yang Idoli sudah bersekolah. Faye rasa bersalah pada ketika itu. Lalu dia diamkan dirinya sambil melihat Fang sudah berjalan jauh dari kawasan sekolah. Dia harus berterus terang dengan abang Kaizo nanti. Apa sahaja yang hukuman dia bakal timba, dia akan terima sahaja
"Wei Boboiboy, kau bagi si landak goreng tu ponteng sekolah"
"Biarkanlah dia Bella" Yaya pula yang menjawab "Dia kan sayang abang dia.. biarlah dia pergi jaga abang dia tu"
Sebenarnya Yaya teringat kisah sewaktu Fang demam dan beberapa hari kemudian, abang dia pula yang demam. Yaya ceritakan kepada Fang apa yang berlaku sewaktu dia demam dan akhirnya, Fang dapat tahu bahawa abang dia meminta pertolongan daripada kawan-kawan dia untuk membuat bubur lobak merah dan juga mengemas rumah. Selepas itu, Fang berlari pulang ke rumah untuk menjaga abangnya walaupun sebelumnya, dia merungut kerana terpaksa buat segala kerja rumah sehingga dia terlewat datang ke sekolah
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"ABANG!"
Kaizo terjaga dari tidurnya. Diri dia masih dalam keadaan lemah dan dia kelihatan sejuk pada ketika itu. Dia bangunkan dirinya untuk dalam keadaan terduduk di atas kerusi sofa itu
"Abang!" Fang merasai dahi abangnya dengan tapak tangannya "Panasnya badan abang"
"Apa kau buat dekat sini? Bukan ke kau sepatutnya berada di sekolah pada waktu ini"
"Adik balik sebab adik nak jaga abang" kata Fang dengan penuh ikhlas "Abang banyak sangat buat latihan tempur, sampai diri abang demam. Abang tahukan Sai dan Shielda akan tidur di rumah kita untuk beberapa hari"
"Kenapa mereka nak tidur sini pula?"
"Sebab TAPOPS bagi dia orang cuti" balas Fang "Lagipun dia orang nak tengok kehidupan kita orang di sini. Abang jangan risau tentang itu, biar adik dan kawan-kawan adik uruskan mereka. Abang pula.. abang kena rehat sampai diri abang sihat"
"Terima kasih, Pang" Kaizo mula baringkan diri dia balik "Nanti kau buatkan sup lobak merah untuk abang"
"Baik abang" kata Fang sambil tersenyum sedikit "Abang tidur ok.. adik pergi buatkan sup untuk abang. Oh yea.. abang nak adik beritahu kak Lynna yang abang tak sihat?"
"Tak perlu. Abang tak nak menyusahkan dia sangat" kata Kaizo
"Tapi... kak Lynna tak pernah rasa begitu"
"Abang tahu tapi biarlah dia dengan kehidupan dia di bandar KL tu" kata Kaizo dengan nada yang agak lemah "Dia selalu jaga kita berdua dan kali ini, abang tak nak dia risaukan tentang kami berdua. Cukuplah dengan kau menjaga aku sahaja"
"Baiklah abang" Fang berikan sebuah bantal cushion yang ada di kerusi lain, kepada abangnya "Abang rehat dan cepat sembuh tau. Kalau ada musuh datang nanti, adik juga yang kena melindungi abang"
"Dan aku yakin kau dapat melindungi aku dengan secukupnya" bisik Kaizo sambil pejamkan matanya
Fang tersenyum apabila abang dia berikan senyuman kepada dirinya. Mereka berdua amat menyayangi antara satu sama lain. Semenjak mereka kehilangan kedua ibu bapanya, Kaizo yang menjaga adiknya sepanjang masa. Adakalanya, Fang yang menjaga abang dia jikalau Kaizo jatuh sakit. Mereka berdua hidup bersama dalam keadaan susah dan senang. Tiada siapa yang dapat pisahkan mereka berdua walaupun mereka sering sekali bergaduh
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Lynna... jangan... kau jangan tinggalkan kami.."
Kaizo meracau-racau di atas kerusi sofa. Dia mengalami sebuah mimpi yang ngeri tentang Lynna. Muka dia berpeluh dan badan dia meronta-ronta di situ. Fang berlari keluar dari dapur untuk melihat keadaan abangnya
"Lynna... kami masih perlukan kau.. LYNNA!"
Mata Kaizo masih lagi pejam. Fang cuba bangunkan abangnya dari mimpi ngeri itu tetapi abangnya, tetap tidak terjaga dari tidurnya
"Abang.. bangun! bangun! Abang mimpi sahaja tu" kata Fang dengan nada cemasnya
"Pang.. kau adik aku.. aku gagal melindungi kau" kata Kaizo di dalam tidurnya
"Abang! Itu mainan tidur sahaja"
Fang goyang-goyangkan badan abangnya. Demam abang dia semakin panas. Fang sudah kelihatan cemas. Dia harus menghubungi seseorang iaitu Lynna. Dia terpaksa walaupun abang dia tidak mahu pertolongan dari Lynna. Fang meminta maaf kepada abangnya kerana terpaksa menghubungi Lynna. Dia sudah tiada jalan lain untuk bangunkan abang dia dari mimpi ngeri itu
"Maafkan aku, abang" bisik Fang dengan air matanya mengalir keluar "Adik terpaksa"
"PANG! KAU JANGAN TINGGALKAN AKU! AKU SAYANG KAU!"
Fang terkejut dengan jeritan abangnya. Mata Kaizo masih lagi pejam. Fang cuba tenangkan abangnya daripada meracau itu. Dia peluk badan abangnya buat sementara. Dia menangis kerana dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap diri abangnya. Dia takut jikalau ada benda asing atau mana-mana musuh abangnya berjaya membuat abang dia tidak tentu arah
"Quack quack quack"
"Meow meow meow"
Mata Fang terkebil-kebil melihat seekor itik dan seekor anak itik keluar dari bilik Faye. Perasaan sedih dia terus bertukar menjadi marah campur pelik. Lalu dia lepaskan pelukannya dan selepas itu, dia mencekak pinggang
"IDOLI! Kenapa Idoli ponteng sekolah?"
Terkejut anak kucing itu kerana terdengar suara garang Fang. Anak kucing itu dan juga itik itu, berlari berkeliaran di ruang tamu tersebut sehinggalah mereka kembali tenang. Kedua-dua haiwan itu berubah menjadi manusia. Idoli tunduk sedikit kepalanya kerana dia tahu, dia buat salah. Lily si anak kecil pula, dia tersenyum sahaja tanpa rasa dirinya ada buat salah apa-apa kepada bekas tuannya
"Maaf.. Idoli tak sengaja ponteng sekolah" kata Idoli dengan perasaan sedih dia "Idoli rindukan kawan Idoli.. jadi Idoli pergilah melawat dia dekat sana"
"Betul betul.. Lily pun rindukan Idoli"
"Kalau rindu pun, janganlah pergi waktu sekolah. Pergi waktu cuti macam Sabtu or Ahad" kata Fang. Hati dia sudah reda sedikit daripada marah "Lain kali jangan buat lagi... tapi... macam mana Lily ni boleh kembali menjadi itik?"
"Oh! Lily ada kuasa! Lily baru dapat tahu tentang kuasa ni" balas Lily si anak kecil "Ibu pun ada kuasa juga cuma ibu malas nak guna. Kuasa Lily adalah.. Lily boleh berubah menjadi mana-mana haiwan! Jadi Lily tukar menjadi seekor itik! Itik yang suka kacau abang Fang! Lagipun... hanya bahasa itik sahaja yang korang akan faham nanti"
"Rasanya tak semua faham kecuali kakak Lily.. dia tu pandai! Idoli suka dengan kepandaian kakak Lily dalam bahasa haiwan. Abang Rizu pun faham bahasa itik dan bahasa kucing juga. Abang Fang tu.. macam pura-pura tak faham dalam bahasa itik dan kucing tapi sebenarnya dia faham, cuma dia malas sahaja" jelas Idoli
"Ha ah, betul betul.. masa Lily jadi itik dulu-dulu, Lily selalu nampak abang Fang bercakap dengan haiwan peliharaan dia. Lily selalu cari pasal dengan abang Fang sebab dia tu best dan selalu hiburkan hati Lily yang sedih pada masa dulu"
"Kasihan Lily selalu kena buli dengan abang Fang dulu-dulu. Yelah, abang Fang selalu nak jadikan Lily sebagai itik panggang"
"Takpelah Idoli, Lily sedar dengan diri Lily yang hanya sekadar seekor itik yang mahukan perhatian tapi seronok kacau abang Fang.. hehee"
"Korang berdua sudah puas berborak ke?" tanya Fang sambil bersilang tangan "Kalau dah, tolong aku hubungi kak Lynna. Abang Kaizo perlukan bantuan"
"Bantuan apa?" tanya Idoli sambil melihat Kaizo bergerak-gerak di atas kerusi sofa "Abang Kaizo ok ke?"
Kaizo menjerit lagi tetapi kali ini dia memanggil-manggil nama ibu dan ayahnya. Fang menjadi cemas seketika. Dia kembali peluk abangnya seketika. Dia tidak sanggup lagi melihat abangnya dalam keadaan meracau. Idoli dan Lily si anak kecil, terus menghubungi Lynna dengan menggunakan tablet Idoli
"Idoli.. kenapa hubungi akak?" Suara Lynna pada ketika itu, agak ceria sedikit "Idoli rindu akak ke?"
"Hehehe... Idoli rindu kak Lynna! Lily pun rindukan kak Lynna juga!"
"Lily si pelik atau Lily si itik tu?"
"Lily si itik lah kak Lynna!" jerit Lily si anak kecil "Sudah lama Lily tak dengar suara kak Lynna! Kak Lynna sihat?"
"Akak sihat tapi kamu berdua hubungi akak sebab rindu sahaja ke?"
"Ha ah, sebab kami rindukan kak Lynna!" balas Idoli
Fang berikan renungan maut kepada mereka berdua. Ini bukan masanya untuk berborak lama tetapi ini adalah satu kecemasan. Dia terpaksa bercakap dengan Lynna. Kalau tidak, sampai ke malam mereka akan berborak sahaja tanpa memberitahu apa yang berlaku pada ketika itu
"KAK LYNNA! INI ADIK!"
"Eh.. Fang ada dekat situ. Fang tak pergi sekolah ke?"
"Kami ponteng sekolah!" balas Idoli dengan nada ceria "Idoli ponteng sekolah sebab pergi melawat Lily dekat dunia fantasi. Abang Fang ponteng sekolah sebab nak jaga abang Kaizo yang tengah demam tu. Abang Kaizo tadi tiba-tiba menjerit tak tentu pasal"
"Kenapa dengan dia? Mengigau ke?"
"Bukan kak Lynna" Fang terus pergi ke arah Idoli dan Lily si anak kecil. Lalu dia bercakap lagi "Ada sesuatu yang tak kena pada diri abang. Dia macam dapat mimpi ngeri tentang adik, kak Lynna dan ibu bapa kami. Adik cuba bangunkan abang tapi... abang tak bangun. Kak Lynna tolong adik"
"Baiklah, akak akan ke sana. Tunggu ok"
Talian itu terus ditamatkan oleh Lynna sendiri. Lily si anak kecil pergi melihat Kaizo dengan beraninya. Kaizo tidak meracau-racau lagi. Dia sudah kembali tenang. Tiba-tiba mata Lily si anak kecil terpandang sesuatu yang ada pada leher Kaizo. Ada kesan gigitan di leher Kaizo. Ianya seperti di gigit oleh serangga kecil. Lily si anak kecil meneliti kesan gigitan itu dan lalu dia ternganga seketika
"Kenapa Lily?" tanya Idoli
"Kesan gigitan tu... macam Lily pernah nampak dekat satu buku ni" Lily tunjuk kesan gigitan itu di leher Kaizo
"Kesan gigitan?"
"Ha ah abang Fang" kata Lily si anak kecil "Sebelum ni.. ada tak abang Kaizo pergi ke dunia fantasi?"
"Ada.. banyak kali lah juga tapi akhir-akhir ni, agak jaranglah juga"
"Oh.. Idoli ada ingat! Hari tu abang Kaizo ke sana dengan kak Lynna sebab nak buat latihan tempur. Abang Kaizo cakap, dia orang nak berlatih di dalam suasana yang berlainan pula"
"Jadi.. apa kena mengena dengan kesan gigitan tu?" tanya Fang
"Abang Fang.. kesan gigitan tu bukanlah kesan gigitan biasa" jawab Lily si anak kecil "Lily ada juga belajar tentang jenis serangga yang ada di dunia sana dan serangga yang gigit abang Kaizo.. ianya bukanlah serangga biasa. Serangga itu nampak macam lebah tetapi ianya bukan lebah" Suara Lily si anak kecil pada ketika berubah menjadi serius "Gigitan dari serangga itu boleh menyebabkan seseorang demam panas dan seterusnya, dia akan dapat mimpi ngeri dan sebanyak mana kita paksa dia bangun, orang itu tidak akan bangun. Mimpi ngeri itu akan berterusan dan boleh menyebabkan kematian"
"APA! ABANG KAIZO BOLEH MATI HANYA KERANA GIGITAN LEBAH TAK MACAM LEBAH TU!" Idoli terus menangis kerana tidak sanggup melihat idola dia mati "UWAAAA! IDOLI TAK NAK KEHILANGAN ABANG KAIZO! IDOLI SAYANGKAN SANGAT DEKAT ABANG KAIZO!"
Idoli memeluk tubuh badan Fang. Dia menangis dan mengesat air matanya di baju sekolah Fang. Beberapa saat kemudian, Lynna muncul di dalam ruang tamu itu dengan menggunakan kuasa teleportasinya. Tangisan Idoli membuatkan Lynna bingung seketika
"Kenapa dengan Idoli?"
"Kak Lynna.. abang Kaizo terkena gigitan dari seekor serangga" kata Lily si anak kecil "Dia dapat gigitan tu dari dunia fantasi"
Lynna terus pergi ke arah Kaizo. Dia pegang tangan Kaizo seketika. Demam Kaizo semakin panas. Lynna sudah tidak boleh melengahkan masa lagi. Mereka perlu mencari ubat untuk sembuhkan demam itu. Kaizo kembali meracau. Kali ini dia genggam tangan kanan Lynna seerat-eratnya
"JANGAN DEKAT DENGAN AKU! KAU BUNUH ADIK AKU! SEKARANG NI KAU CUBA BUNUH AKU PULA... KAU PERGI DARI SINI!"
"Kaizo.. tenang Kaizo. Aku ada dekat sini"
Kaizo meronta-ronta di atas kerus itu. Lynna tidak dapat menahan air matanya lagi. Dia terpaksa tenangkan pemikiran Kaizo buat seketika. Dia tahu mimpi ngeri itu akan kembali tetapi hanya itu sahaja caranya untuk tenangkan Kaizo. Tangan kiri dia sentuh sedikit tepi kepala Kaizo. Lalu Kaizo kembali tidur dengan tenang. Tangan kanan Lynna dilepaskan akhirnya oleh Kaizo
"Gigitan ini bukan gigitan biasa tapi kita ada penawarnya" Lynna pandang Fang dengan wajah seriusnya "Fang.. akak perlu ke dunia sana untuk dapatkan penawarnya. Kita sudah tidak banyak masa. Bila-bila masa sahaja, mimpi ngeri dia akan kembali. Sekarang ini, akak cuma dapat tenangkan dia tetapi berapa lama, akak tidak tahu"
"Kak Lynna.. biar adik sahaja yang pergi. Akak jaga abang dekat sini" kata Fang
"Idoli nak ikut boleh?" Idoli lepaskan tubuh badan Fang "Idoli pun nak tolong.. Idoli nak selamatkan abang Kaizo"
"Lily pun nak ikut juga!"
"Kak Lynna.. boleh ke dia orang ikut?" tanya Fang kepada Lynna
Idoli dan Lily si anak kecil, kedua-dua mereka peluk tubuh badan Fang sehingga remaja alien itu sedikit lagi hilang imbangan dia untuk berdiri. Mereka berdua begitu seronok dapat peluk Fang bersama. Lynna tersenyum sedikit melihat gelagat dua kanak-kanak riang itu. Sebelum Lynna dapat berikan keputusannya, pintu rumah di ketuk oleh seseorang. Lynna pergi membuka pintu rumah itu sebentar
"Eh.. kak Lynna ada dekat sini!" Rizu terus tersenyum lebar di hadapan muka pintu rumah itu "Kak Lynna.. Pizu datang sini dengan abang Sai, kakak Shielda dan juga kakak Emmy.. kakak Lily malangnya, dia tak dapat nak datang"
"Eh.. mana si Momoki tu? Bukan ke dia dengan korang tadi"
"Dia pergi layan peminat dia sebelum sempat sampai sini" balas Shielda kepada Fang "Biarkanlah dia tu"
Lynna menjemput keempat-empat mereka itu masuk ke dalam rumah. Sai dan Shielda ternampak Kaizo tidur lena di atas kerusi. Walaupun Kaizo kelihatan tenang tetapi muka dia merah kemerahan kerana demam. Mereka pandang satu sama lain dan lalu bertanya
"Kenapa dengan Kapten Kaizo tu?" tanya Shielda
"Abang Paizo ok ke?"
"Abang Kaizo tak ok. Dia demam" jawab Idoli "Tapi jangan risau.. Idoli dan Lily akan dapatkan ubat penawarnya untuk abang Kaizo! Abang Fang juga akan bantu kami di dalam misi selamatkan abang Kaizo!"
"YEAH!"
Idoli dan Lily terus menari sambil melompat-lompat di hadapan Fang. Mereka siap nyanyi lagi seperti ada pesta di dalam rumah itu. Dahi Fang terus berkerut
"Err... kamu berdua boleh ikut" Mata Idoli dan Lily si anak kecil terus bersinar-sinar sambil melihat Lynna dengan senyuman lebar mereka "Fang akan bawa kamu berdua ke dunia sana tetapi... kamu berdua jangan buat Fang mengamuk. Dengar kata-kata dan jangan merayap ke mana-mana. Rizu dan Emmy akan temankan akak dekat sini untuk jaga Kaizo"
"Hah! Kalau begitu.. Sai dan Shielda boleh ikut aku ke dunia kak Lynna"
"Dunia dia? dekat mana tu?" tanya Sai
"Dekat dunia fantasi! Betul tak kakak puteri fantasi?"
"Betul Emmy"
"Hehehe... kakak puteri fantasi jangan risau, mereka akan pastikan ubat itu akan sampai ke sini selamatkan abang putera galaxy!"
"Putera galaxy?" Sai melihat Emmy dan lalu mengangkat kening sebelah "Maksud kau.. Kapten Kaizo ke? Tapi.. bila masa dia jadi putera galaxy? Buat lawak sahaja kau ni"
"Hehehe.. abaikan dia tu" kata Fang "Mari ikut aku ke dunia fantasi... Si itik ni akan bukakan laluan untuk ke sana"
"Ada laluan ke sana? Teleportasi ke?"
"Bukan kakak... apa nama kakak yea?" Mata Lily si anak kecil terkebil-kebil melihat wajah Shielda yang serius
"Shielda.. nama aku adalah Shielda"
"Oh! Ok... kakak Shielda, kita guna laluan cermin! Mesti kakak Shielda akan teruja! Saya datang dari dunia fantasi juga. Mama saya orang sana tapi papa saya orang angkasa macam abang Kaizo!"
"Keluarga kamu sangat unik"
"Terima kasih kakak Shielda" Lily si anak kecil genggam tangan Shielda "Jom kita ke sana.. kita pun tak lengahkan masa. Kalau tidak, nanti kak Lynna risau dengan abang Kaizo. Dia orang pun macam mama dan papa Lily juga"
Naik merah muka Lynna kerana malu. Dia hanya diamkan diri sahaja. Fang rapatkan bibirnya dan cuba tidak berikan gelakan kepada Lynna. Dia terus kembalikan dirinya kepada serius dan lalu berkata
"Baiklah, mari kita pergi sekarang" kata Fang "Sai.. Shielda.. kau berdua cukup bertuah kerana dapat pergi ke dunia sana"
"Bye bye abang Fang! Semoga berjaya!" kata Rizu
Idoli dan Lily si anak kecil menarik tangan Shielda untuk masuk ke dalam bilik Faye. Kanak-kanak kecil itu sangat teruja untuk membawa adik beradik kembar itu ke dunia fantasi. Fang tidak berkata apa. Dia hanya melihat gelagat kedua kanak-kanak itu. Sai dan Shielda rasa berdebar-debar kerana selama ini, mereka belum pernah melihat dunia yang penuh dengan fantasi. Dunia mereka hanya dikelilingi dengan teknologi alien sahaja. Lily si anak kecil itu sentuh cermin berdiri milik Faye. Cermin itu mula bergerak-gerak dan sebuah pusaran berwarna biru muncul di permukaan cermin tersebut
"Kakak Shielda masuklah" kata Lily si anak kecil
"Err.." Shielda rasa ragu-ragu pada ketika. Mata dia terus memandang Sai
"Kakak Shielda jangan takut.. Idoli boleh temankan kakak Shielda masuk ke dalam cermin tu"
Lalu Idoli pegang tangan Shielda dan ajak masuk ke dalam cermin itu. Kaki Idoli sudah melangkah masuk ke dalam cermin tersebut. Selepas itu, seluruh badan dia masuk ke dalam cermin itu sambil menarik Shielda masuk ke dalam dunia fantasi itu. Sai agak terkejut sedikit. Lalu dia ingin mencubanya sendiri. Dia ingin melihat sendiri dunia yang ada di sebalik cermin itu. Sai masuk ke dalam cermin itu tanpa rasa was-was. Selepas itu, Fang dan Lily si anak kecil masuk bersama
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sai dan Shielda begitu kagum melihat dunia fantasi itu. Mereka berdua berdiri di balkoni bilik puteri Lynna. Mata adik beradik kembar itu terkebil-kebil melihat seekor kuda putih bersayap, terbang jauh dari situ. Ada beberapa kapal layar sedang terapung di atas permukaan air sungai dan beberapa ekor pari-pari sedang menari-nari di sekitar balkoni itu. Pari-pari itu mengeluarkan pelbagai jenis warna di situ. Shielda rasa dia seperti berada di sebuah syurga yang dia tidak dapat bayangkan
"Kakak Shielda suka?"
"Suka" balas Shielda kepada Lily si anak kecil "Kalau suka, jom kita pergi ke makmal abang Kiddi. Dekat situ, ada bermacam-macam benda pelik. Dekat perpuskataan dalam istana ni pun ada buku-buku pelik. Tumbuhan pelik pun ada juga"
"Kami juga pernah jumpa pelbagai haiwan dan tumbuhan pelik di sekitar galaxy" kata Sai
"Ohh.. mungkin satu hari nanti, kakak dan abang kembar boleh bawa Lily jalan-jalan dekat angkasa" Lily si anak kecil berikan senyuman nakal dia kepada Sai dan Shielda
"Boleh tu boleh tapi sekarang ni, kita selesaikan misi kita dulu"
Sai dan Shielda angguk kepala mereka kepada Fang. Mereka berlima keluar dari bilik Lynna dan lalu, Lily si anak kecil membawa mereka semua ke sebuah makmal khas untuk Kiddi iaitu seorang kawan baik Lynna yang tinggal di dunia fantasi. Kiddi mempunyai pengetahuan yang amat dalam tentang magik termasuklah haiwan ataupun tumbuhan yang luar biasa. Dia juga yang selalu mengajar Lily si anak kecil tentang selok belok dunia fantasi. Sai dan Shielda amat kagum melihat hiasan dalaman istana itu. Tiang-tiang istana yang penuh dengan ukiran flora, bilik-bilik istana yang begitu banyak sekali sehingga mereka berdua tidak tahu apa kegunaan bilik itu semua dan paling unik sekali, istana itu tidak mempunyai sebarang teknologi. Istana itu juga mempunyai kuasa yang tersendiri. Mereka sudah menghampiri makmal khas Kiddi. Adik beradik kembar itu masih belum puas melihat sepenuhnya. Kalau boleh, mereka ingin menerokai setiap bahagian yang ada di dalam istana tersebut
"Kita sudah sampai!" kata Lily si anak kecil
"Mana kawan baik kak Lynna?" tanya Fang yang sudah tidak sabar itu "Kita kena cepat. Aku tak naklah tengok abang aku terseksa macam tu"
"Sabar Fang, sabar" Muncul Kiddi di dalam makmal itu
Sai dan Shielda tidak berkata apa lagi kerana mereka terlalu asyik melihat sekeliling makmal itu. Dari sebuah bola kristal yang terletak di tengah-tengah makmal itu sehinggalah ke sebuah rak yang penuh dengan tumbuhan luar biasa. Mereka belum masuk lagi ke dalam perpuskataan yang terdapat di dalam makmal itu. Ianya dipenuhi dengan buku-buku lama dari zaman dahulu kala. Botol-botol dalam pelbagai bentuk dan warna, tersusun rapi di bahagian almari botol. Sai dan Shielda membaca setiap label yang tertera pada botol-botol itu
"Kamu berdua nampaknya sangat kagum dengan makmal ini"
"Maaf... kerana ini adalah kali pertama kami dapat jejak kaki di sini" jelas Sai "Kami di sini kerana-"
"Kerana ingin meminta bantuan.. yea, saya tahu" balas Kiddi "Saya tahu apa yang sudah berlaku"
"Jikalau kau sudah tahu apa yang berlaku, kenapa kau tak berikan ubat penawar kepada abang aku sebelum dia jadi begitu?" nada Fang pada ketika itu agak marah sedikit "Apasal kau berdiam sahaja dan lihat apa yang berlaku?"
"Sabar Fang sabar. Bagi diri saya jelaskan" Kiddi nampak begitu tenang "Adakalanya, saya tidak nampak apa yang telah berlaku. Bukan kesemua kuasa saya dapat melihat segala-galanya. Adakalanya, saya nampak samar-samar sahaja dan adakalanya, saya perlu senyap dan tidak beritahu apa yang akan berlaku nanti. Saya tidak mahu masa depan yang indah itu berubah kerana saya tetapi kalau ada sesuatu yang buruk berlaku, itu saya sendiri saya akan beritahu. Tentang abang kamu, Kapten Kaizo.. itu saya baru dapat tahu tentang kesan gigitan itu pada hari ini. Penawarnya, saya akan buat tetapi saya perlukan bantuan"
"Bantuan apa?" tanya Fang
"Saya perlukan satu lagi bahan untuk membuat penawar itu. Ianya adalah sehelai daun dari sekuntum bunga yang sangat unik. Bunga itu telah dijaga oleh seorang penjaga kebun bunga. Pokok bunga itu bernama Peristeria Elata"
"Peri-peri satay?" bisik Fang sambil garu-garu kepalanya "Susah betul nak sebut nama bunga tu"
"Kita boleh minta sahaja dari penjaga kebun tu kan?" tanya Sai dengan nada serius
"Boleh tetapi.." Kiddi membelakangkan kedua belah tangannya "Ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dapatkan sehelai daun itu.. kamu semua perlu menghadapi dia dahulu. Dia seseorang yang agak sukar untuk berikan mana-mana bunga ataupun daun kepada orang yang dia tidak kenali"
"Kalau macam tu, baik kita orang suruh tuan puteri sahaja yang minta dekat orang tu"
"Dengan orang dia kenal pun dia sukar untuk berikan" balas Kiddi kepada Shielda "Kamu bertiga pergi ke kebun bunga yang terletak bersebelahan dengan istana ini... dan dua budak kecil ini.. duduk di sini sahaja"
"Kenapa kita orang tak boleh ikut?" tanya Idoli
Kiddi tidak membalas soalan Idoli tadi. Dia hanya senyum kecil sahaja. Fang, Sai dan Shielda bergerak keluar dari makmal itu. Seorang pengawal istana telah diarahkan untuk membawa mereka bertiga ke kebun bunga. Mereka terpaksa menaiki sebuah tangga untuk ke arah bahagian tengah istana itu. Selepas itu, pengawal istana itu membuka sebuah pintu kayu dan akhirnya mereka keluar dari lorong bertangga itu. Mereka teruskan berjalan sambil melihat hiasan dalaman istana itu. Setelah sampai di bahagian tengah istana, mereka menuju keluar dengan menggunakan pintu gerbang utama istana itu. Lalu pengawal istana itu belok ke kanan dan teruskan berjalan. Perjalanan mereka agak jauh tetapi mereka tidak rasa begitu penat
Jauh di hadapan mereka, Fang, Sai dan Shielda boleh nampak laluan masuk yang diperbuat daripada pokok-pokok bunga. Pengawal istana itu berikan tunduk hormat kepada mereka bertiga dan lalu berkata sesuatu
"Satu amaran kepada kamu bertiga" kata dia "Jangan sesekali cuba mencuri mana-mana bunga ataupun daun yang di dalam kebun itu. Kalau tidak, dia akan bertindak lebih ganas. Itu sahaja dari saya. Semoga berjaga" Lalu dia beredar dari situ
Fang, Sai dan Shielda pandang satu sama lain sebelum mereka teruskan berjalan. Pergerakan mereka agak perlahan selepas itu. Sai dan Shielda tidak tahu makhluk apa yang mereka akan berdepan nanti dan mereka juga perlu berjaga-jaga kerana mereka berdua tidak mempunyai alat pertahanan mereka. Fang terbayangkan penjaga kebun bunga itu adalah seorang lelaki tua yang mempunyai kuasa luar biasa. Semakin lama, mereka semakin hampir dengan pintu masuk ke dalam kebun bunga tersebut. Setelah mereka sampai, Fang menjejaki kakinya masuk ke dalam kebun itu. Dari luar lagi, mereka boleh lihat betapa indahnya kebun bunga itu. Ada sungai kecil yang mengalir di tengah kebun tersebut. Air sungai itu sangat jernih. Beberapa bangku bercorakkan flora, ada di tepi-tepi sungai tersebut. Beberapa jenis bunga yang dijaga dengan baik dan disusun di merata-merata tempat. Ada bunga-bunga kecil berwarna putih, tumbuh begitu rapat dan ianya nampak seperti sebuah bola besar. Ada juga kelopak-kelopak bunga nampak seperti tubuh badan manusia dan ada juga nampak seperti bibir manusia. Semuanya terlalu indah dan mereka tiada masa untuk bersiar-siar di dalam kebun bunga itu
"Mana orang tu?" tanya Sai sambil masuk ke dalam kebun tersebut
"Manalah aku tahu" jawab Fang "Tak kan aku kena cari dia pulak"
"Habis tu, tak kan kita nak berdiri di sini sahaja. Kita kenalah penjaga kebun bunga ni"
"Yelah, yelah.." kata Fang kepada Shielda "Korang berdua pun tolong aku cari dia.." Tiba-tiba mata dia terpandang satu makhluk hijau sedang menyapu daun-daun kering di tepi pokok "Ataupun kita tak perlu cari.. dia ada dekat situ"
"Hmm.. kau pasti ke?"
"Aku pasti sebab dunia ni macam-macam makhluk yang kau jumpa. Salah satunya, adalah makhluk hijau tu"
Mereka berjalan ke arah makhluk hijau itu. Makhluk itu mempunyai rambut daun berkerinting. Pakaian dia diperbuat daripada kulit-kulit pokok. Mata dia bulat besar dan badan dia nampak seperti seorang wanita berbadan besar. Mata dia merah seperti Kaizo. Tiba-tiba makhluk itu berhenti menyapu. Dia menoleh ke arah bahu kanannya. Dia memandang ketiga-tiga alien itu
"Err... saya datang ke sini sebab nak minta izin"
"Minta izin?" Suara makhluk hijau itu agak dalam dan garau sedikit
"Ha ah, kami nak minta izin untuk mengambil sehelai daun pokok bunga.. peri-peri satay?"
"Bunga Peristeria Elata" Shielda memperbetulkan perkataan itu dari Fang "Kami hanya mahu daun dia sahaja"
"Untuk apa?" tanya makhluk hijau itu sambil lepaskan penyapunya "Aku tidak akan berikan daun itu selagi tiada alasan kukuh. Bunga-bunga ini semua aku yang jaga dengan sempurna! TIADA SIAPA DAPAT MUSNAHKAN BUNGA-BUNGA KESAYANGAN KU!"
"Tapi kami ada alasan kukuh" kata Fang
"Apa alasan kau?"
"Abang aku terkena gigitan dari seekor serangga dari dunia ini. Kami perlukan daun Peri-peri tu!"
"PERISTERIA ELATA!" jerit makhluk hijau itu "Abang kau terkena gigitan dari lebah Akumu? Adakah itu adalah benar atau cerita rekaan sahaja?" Makhluk itu terus merenung tajam ke arah mata Fang
"Ini adalah cerita betul. Tak kan aku nak tipu pula"
"Di dalam dunia ini, ada yang menipu untuk mendapatkan sesuatu. Mereka kadang kala menggunakan ayat-ayat simpati untuk memujuk hati ku tetapi... aku tidaklah semudah itu" Makhluk hijau itu mula bergerak ke arah Fang "Kalau betul kau tidak menipu kepada diri ku.. buktikan!"
Secara tidak langsung, makhluk hijau itu mencekam dengan kedua belah tangannya. Di bawah kaki Sai dan Shielda mula bergerak-gerak. Tanah yang mereka pijak mula bergoyang-goyang sedikit. Tiba-tiba beberapa akar hijau keluar dan mencekam tubuh badan adik beradik kembar itu. Fang mula cemas. Dia perlu selamatkan Sai dan Shielda. Pada masa yang sama juga, dia harus yakinkan makhluk hijau itu yang abang dia memang perlukan sehelai daun dari bunga Peristeria Elata
"JANGAN APA-APAKAN MEREKA!"
"Mereka adalah kawan kau?"
"Ya" balas Fang "Mereka adalah kawan aku. Kami bertiga adalah alien dari angkasa lepas. Kami bukan dari dunia fantasi atau dari dunia sana. Kami ke sini hanya untuk mendapatkan penawar untuk abang aku sahaja. Itu sahaja"
"Fang.. kau harus hati-hati" bisik Shielda sambil menahan kesakitan di badannya
Akar itu semakin lama semakin kuat mencekam adik beradik kembar itu. Makhluk hijau itu mula melihat wajah Fang dengan jelas. Apa yang dia nampak, remaja berambut cacak itu dalam kerisauan dan ada sedikit keikhlas yang ada di dalam hatinya. Haruskah dia mempercayai kata-kata remaja itu? fikir makhluk hijau tersebut. Lalu dia cabutkan kedua-dua tangannya dari tanah
"Kalau betul apa yang kau kata.. apa nama abang kau dan bagaimana abang kau terkena gigitan lebah Akumu?"
"Nama abang aku adalah Kaizo. Dia adalah seorang kapten dan dia ke sini adalah untuk berlatih dengan kak Lynna"
"Kak Lynna? Maksud kau sang puteri yang duduk di istana itu" Makhluk hijau itu tunding jarinya ke arah istana Lynna "Dia yang mengarah aku menjaga kebun bunga itu dengan baik. Dia memberikan kepercayaan dia kepada aku TAPI... KALAU DIA INGIN MENGAMBIL BUNGA DARI SINI PUN, AKU TETAP TIDAK AKAN BENARKAN! BEGITU JUGA DENGAN KAU!"
Beberapa akar hijau keluar dari tanah dan kali ini, ianya datang untuk menyerang Fang
"DINDING BAYANG!"
Fang melompat dan mendarat di atas dahan pokok. Dia tidak boleh musnahkan makhluk hijau itu kerana makhluk itu adalah penjaga kebun bunga itu. Dia juga harus berhati-hati dengan serangan dia nanti. Dia tidak mahu serangan dia menyebabkan kebun bunga itu termusnah sedikit. Makhluk hijau itu menyerang Fang lagi dengan akar hijaunya. Fang terjun dari dahan itu. Dia terkejut kerana di bahagian bawah dia ada seekor bunga hidup sedang membuka mulutnya
"Tali bayang!" Fang mengikat mulut bunga itu "Fuh.. selamat tak kena makan dengan raksasa bunga tu" bisik dia
"Berani kau ikat bunga kesayangan ku! Aku akan serang kau lagi"
"Aku ikat bunga tu kerana ianya cuba hendak makan aku" marah Fang sedikit "Aku tak kan serang kau walaupun kau serang aku sebanyak mana pun. Aku hanya ingin daun Peristeria Elata.. itu sahaja. Aku hanya mahu sembuhkan abang aku. AKU TAK NAK DIA MIMPI NGERI SELAMA-LAMANYA!" Jeritan dia tadi membuatkan dia menangis "AKU SAYANGKAN DIA! AKU TAK NAK KEHILANGAN DIA"
Kedua kaki Fang jatuh ke tanah kerana dia dapat rasakan diri dia lemah kerana tidak dapat selamatkan abang dia. Dia rasa diri dia sudah mengalah. Sekuntum bunga putih muncul di hadapan dia. Fang mendongak sedikit. Makhluk hijau itu tadi tidak mengamuk. Wajah dia kelihatan lembut dan bibir dia tersenyum sedikit. Tangan Fang mengambil bunga putih itu
"Nampaknya, kau memang perlukan bunga ini" kata makhluk hijau itu "Ambiklah bunga dan daun dia.. pergilah selamatkan abang kau"
"Te-terima kasih" Fang mengesat air matanya "Maaf jika aku ada buat salah kepada diri kau dan pada bunga kau tu"
"Tak.. aku yang patut minta maaf pada diri kau" Makhluk hijau itu lepaskan kedua kawan Fang dari cekaman akar hijaunya "Maafkan diri ku kerana aku susah hendak percayakan orang. Aku tidak mahu bunga-bunga di sini digunakan untuk kejahatan. Kau dan kawan-kawan kau boleh datang ke sini lagi tapi ingat... jikalau kau inginkan sesuatu, kena minta izin dahulu. Jika tidak.. aku akan cari kau sehingga ke lubang cacing"
"Err... tak tak, aku tak kan ambil bunga-bunga di sini secara sesuka hati" Fang terus tersengih
"Kami akan kembali ke sini lagi dengan kawan-kawan kami yang lain" kata Shielda
Makhluk hijau itu tersenyum mesra kepada Shielda dan Sai. Lalu makhluk itu beredar dari situ sambil mengangkat penyapunya. Mereka bertiga rasa lega kerana akhirnya, mereka sudah dapat bahan yang mereka perlukan untuk selamatkan Kapten Kaizo. Mereka tinggalkan kebun bunga itu dan berharap, suatu hari nanti, mereka dapat kembali lagi di kebun itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Meow meow meow meow meow"
"Quack quack quack quack"
"Meow meow meow"
"Lepas tu?"
Rizu duduk bersila di belakang kerusi sofa sambil mendengar perbualan dari seekor anak kucing dan seekor anak itik. Dia angguk kepala sahaja setiap kali kedua-dua haiwan itu berbunyi. Shadow dan Pikachu turut sertai Rizu mendengar perbualan itu. Malangnya, Picu tiada bersama mereka kerana sang makhluk hijau itu berada di tempat lain iaitu Kuala Lumpur, di dalam rumah Lynna
"Quack quack quack quack quack quack quack quack"
"Meow meow meow meow meow meow meow"
"Quack quack quack quack"
"Meow meow"
"Quack quack quack quack quack quack"
"JANGAN KAU BERANI SENTUH AKU! ARGHHHHHHHHH!" Kaizo mula kembali meronta-ronta di atas kerusi sofa "SA-SAKIT! HE-HENTIKAN!.. PA-PANG.. SE-SELAMATKAN DI-DIRI KAU.. ARGHHHH!"
Rizu, Idoli dan Lily berlari masuk ke dalam bilik yang penuh dengan mainan. Manakala Pikachu dan Shadow lari ke dalam dapur kerana ketakutan. Lynna keluar dari dapur bersama dengan Emmy. Mereka berdua cuba tenangkan Kaizo. Lynna lap peluh-peluh Kaizo dengan sehelai kain basah
"Abang beruang.. kami ada dekat sini" kata Emmy dengan tenang "Nanti abang Fely akan kembali dengan ubat penawarnya.. abang beruang tabah ok"
"Betul tu Emmy.. kejap lagi Fang akan pulang"
"ARGHHHHHHH!" Kaizo menjerit seperti dia terkena serangan yang menyakitikan "ARGHHHHHHHHHHH! LA-LA-RI PA-PANG!"
"Takutnya tengok abang Paizo macam tu" Sang itik dan sang kucing angguk kepala mereka tanda setuju dengan kata-kata Rizu "Cepatlah abang Fang balik.. Pizu tak nak lihat abang Paizo macam tu lagi"
Kaizo kembali tenang tetapi ianya tidak akan bertahan begitu lama. Lynna asyik melihat pintu bilik Faye. Dia risau jikalau Fang, Sai dan Shielda terpaksa berada di dunia fantasi dengan begitu lama. Adakah dia perlu ke sana untuk mencari mereka bertiga? fikir Lynna. Adakah mereka ok di sana? fikir dia lagi
"KAU JANGAN SENTUH ADIK AKU LAGI!" Kedua-dua tangan Kaizo terkam leher Lynna "KAU CUBA BUNUH ADIK AKU! AKU TAK KAN BENARKAN! ARGHHHHHH!"
Lalu leher Lynna terus dilepaskan oleh Kaizo. Emmy semakin takut melihat kelakuan Kaizo yang secara tidak langsung mencekik Lynna sebentar tadi. Lynna perlu tenangkan pemikiran Kaizo balik. Dia takut kalau Kaizo bertindak lebih ganas lagi. Lynna pejamkan mata sebentar
"Kak Lynna?"
Lynna celikkan sedikit mata dia. Hati dia rasa lega apabila Fang sudah kembali. Secara tidak langsung, dia terus memeluk Fang seerat-eratnya. Fang tidak berkata apa
"Kami sudah dapatkan penawar itu" kata Sai
"Terima kasih Fang, Sai dan Shielda" Lynna lepaskan pelukannya
"Ubat penawar ni, nak tuang dalam mulut Kapten Kaizo ke?" tanya Shielda sambil hulurkan sebiji botol hijau kepada Lynna "Berapa lama dia akan pulih?"
"Itu akak tidak pasti" kata Lynna. Dia mengambil botol itu dari tangan Shielda "Kaizo tidak perlu minum air ini.."
"Hanya letak beberapa titisan air itu pada kesan gigitan lebah Akumu itu" kata Fang "Kawan kak Lynna yang beritahu sebelum kami pulang ke sini. Dia cakap, adik kena tunggu lama untuk proses pemulihan itu"
"Kalau begitu, akak pulang dulu"
"Kak Lynna tak nak tunggu?"
"Maaf Fang.. akak sebenarnya ada urusan lain dekat KL. Akak datang ke sini pun sebab kamu perlukan bantuan" jelas Lynna "Jangan risau, akak tahu kamu dapat menjaga abang kamu dengan baik. Sai dan Shielda pun boleh bantu kamu juga"
"Kita orang pun boleh tolong abang Fang juga!" jerit Idoli dan Lily si anak. Mereka berlari keluar dari bilik "Kami akan jaga abang Kaizo dengan baik!"
"Emmy pun kena balik juga. Maaf abang Fely"
"Pizu pun.. ibu Pizu suruh Pizu balik awal. Maaf abang Fang"
"Takpe..." kata Fang "Terima kasih semua kerana sudi jaga Kapten Kaizo dan... PATUTLAH AKU CARI DUA EKOR NI DEKAT SANA, TAK JUMPA! KORANG DAH BALIK SINI SENYAP-SENYAP TAK BERITAHU AKU LANGSUNG!"
Idoli dan Lily si anak kecil berlari masuk balik ke dalam bilik. Mereka hanya tergelak sahaja. Hati Fang sudah panas dengan mereka berdua tetapi dia harus bertenang dan bersabar. Apa yang penting sekarang ini, adalah selamatkan abang dia
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, Kaizo terjaga dari tidurnya. Dia dapat merasakan ada sehelai tuala di bahagian lehernya. Lalu dia angkat tuala itu. Rumah dia sudah kelihatan gelap kerana pada waktu itu adalah 12 tengah malam. Dia bangunkan dirinya dan ternampak adiknya tertidur di ruang tamu. Kepala Fang terbaring di atas meja ruang tamu dan pada tangan kanan dia ada sebatang pen yang dia masih lagi pegang. Sepanjang malam, Fang duduk di ruang tamu untuk menjaga abangnya. Sambil itu, dia membuat kerja sekolah yang telah diberikan oleh Boboiboy. Kawan-kawan dia datang ke rumah untuk bertanya tentang abangnya. Faye ada tolong Fang memasak untuk tetamu khas mereka iaitu Sai dan Shielda. Mereka berdua bermalam di rumah itu. Sai tidur di bilik Fang dan manakala Shielda pula, dia tidur di bilik Faye. Mereka berkongsi bilik
"Aku tak tahu apa yang terjadi kepada diri aku" bisik Kaizo "Tapi.. aku ingin ucapkan terima kasih kepada kau, Pang"
Kaizo angkat adiknya dan lalu dia baringkan Fang di atas kerusi sofa. Dia berikan kucupan pada dahi Fang. Seterusnya, dia masuk ke dalam dapur. Dia ternampak sebuah mangkuk kecil yang sudah ditutup dengan penutup kaca. Di tepi mangkuk itu ada sekeping kertas dan sebatang sudu besi. Kaizo angkat kertas itu dan lalu dia baca. Ianya ditulis oleh adik dia sendiri
"Khas untuk abang. Adik sudah buatkan sup lobak merah untuk abang. Maaf kalau adik tidak dapat temankan abang"
Kaizo tersenyum sahaja. Lalu dia duduk di kerusi meja makan itu. Dia buka penutup mangkuk itu, dia angkat sebatang sudu dan lalu dia makan seorang diri di dalam dapur tersebut. Esok sahaja dia akan bertanya kepada adiknya apa yang sudah terjadi terhadap dirinya, bisik di hati Kaizo
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top