Tiga Sekawan

Bau harum memenuhi ruang udara di dalam dapur rumah Fang dan Kaizo. Bau itu datang dari secawan teh hijau milik sang lelaki tampan yang bernama Kaizo. Buku novel cerita hantunya terpapar luas di atas meja. Mata Kaizo tidak terputus-putus membaca novel itu dengan penuh perasaan. Dia mendalami jalan cerita tersebut sehingga dia tidak mahu sebarang gangguan, menganggu dia menghayati kisah seram itu. Fang hanya mengintai abangnya dari luar dapur

"Serius bebenar abang aku ni" bisik Fang

"Hmm.. abang Kaizo kalau kisah seram, dia mesti tak nak kita orang kacau. Kalau tidak, dia akan mengamuk"

"Tahu takpe, Idoli" kata Fang

Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Idoli dengan bahagianya, dia terus pergi membuka pintu rumah itu tanpa selidik dahulu. Apabila pintu rumah sudah dibuka, beberapa orang lelaki sedang mengangkat sebuah kotak besar. Mata Idoli terus membulat besar kerana hadiah yang dia menangi pada hari itu sudah pun tiba. Hadiah yang dia terima di pertandingan kategori kucing paling comel adalah makanan kucing untuk setahun. Semua makanan kucing tersebut adalah makanan di dalam paket kecil. Seorang demi seorang, masuk ke dalam rumah itu untuk menyusun kotak-kotak tersebut di tepi dinding rumah

"Tahniah kerana kucing kamu menang di dalam pertandingan itu dan ini adalah hadiah dia. Mana kucing kamu yea?"

Idoli mahu menukarkan dirinya menjadi kucing yang dikatakan oleh lelaki itu tadi tetapi Fang dengan pantasnya, dia menjawab pertanyaan lelaki itu

"Kucing saya tengah tidur dekat dalam bilik. Nanti dia bangun, saya akan beritahu dia" Fang tersengih sedikit

"Ohh... kalau begitu, saya pergi dulu. Sekali lagi, saya ucapkan tahniah"

Lelaki itu terus keluar dari rumah mereka. Fang dan Idoli melambai-lambai para petugas itu sehinggalah mereka semua menaiki sebuah van berwarna putih yang mempunyai gambar-gambar binatang peliharaan. Fang terus tutup pintu tersebut dan rasa lega seketika

"Fuh.. selamat tadi" bisik Fang "Berapa banyak makanan kucing kau dapat ni?"

"Hmmm..." Idoli mengira kesemua kotak yang ada di situ "Semuanya ada 10 kotak makanan kucing! YEAHHH! Bolehlah kita buat burger makanan kucing malam nanti. Mesti sedapkan"

Tekak Fang mula rasa loya. Dia bagaikan seperti mahu muntah di situ. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana rasa burger dari makanan kucing itu nanti. Terus dia fikirkan tentang donut lobak merah untuk lupakan burger makanan kucing itu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea nakal. Lalu Fang tersenyum sinis sambil perhatikan pintu masuk dapur

"Hehehe.."

"Abang Fang ketawa kenapa? Ada sesuatu yang kelakar ke?"

"Takde apa Idoli" kata Fang sambil tersenyum nakal "Malam nanti abang buatkan burger makanan kucing khas untuk Idoli dan juga abang Kaizo tapi dengan satu syarat"

"Apa dia?"

"Jangan beritahu abang Kaizo"

"Baik abang Fang!" Idoli berikan tabik hormat kepada Fang "Idoli akan rahsiakan! Kita nak buat kejutan ke untuk dia?"

"Ha ah, kejutan burger sedap untuk dia.. hehehe"

"Ohh... patutlah abang Fang ketawa tapi" kata Idoli sambil angguk kepalanya "Rupanya abang Fang dapat idea best.. hehehe... Idoli suka! Tapi... macam mana abang Fang nak buat burger tu nanti? Mesti abang Kaizo akan tahu, tak jadilah surprise kita"

"Itu jangan risau" kata Fang "Mengikut jadual abang Kaizo pada hari ini, dia ada latihan tempur di kapal angkasanya sehingga waktu malam!"

"Ohhh... yeah! Bolehlah kita buat surprise ni!" Idoli bertepuk tangan tanpa mengesyaki apa-apa "Abang Fang memang yang terbaik!"

"Abang memang terbaik pun" kata Fang dengan penuh bangga "Abang kena keluar dulu sebab abang ada hal. Nanti abang balik dan abang akan buatkan burger tu. Malam nanti abang nak keluar sebab ada hal juga"

"Hah! Abang Fang nak tinggalkan Idoli sorang-sorang dekat rumah" Mata Idoli sudah mula berkaca "Nanti Idoli kena makan dengan hantu macam mana?"

"Hmm.. bukan ke Idoli tak takut dengan hantu?"

"Betul betul" kata Idoli sambil angguk kepalanya "Tapi ada orang cakap dekat Idoli, kalau Idoli tinggal sorang-sorang dekat rumah, nanti ada hantu datang dan makan Idoli"

"Siapalah yang cakap macam tu dekat Idoli" bisik Fang. Pemikiran dia terus terbayangkan wajah Lily yang sedang gelak "Mesti si pelik tu..."

"Abang Fang bisik apa?"

"Takde apa.. Idoli jangan risau sebab Faye akan jaga Idoli" Fang tepuk-tepuk kepala Idoli secara lembut "Idoli pergi kejutkan Faye dan ajak dia main ok"

"OK!"

Idoli terus berlari masuk ke dalam bilik Faye dengan riangnya. Fang mengambil peluang itu untuk keluar dari rumah daripada diketahui oleh abangnya dan juga di soal lagi oleh Idoli. Dia tidak memberitahu abangnya ke mana dia pergi pada hari itu dan juga sudah tentu dia tidak akan beritahu rancangan nakalnya pada malam nanti. Dia terus ke bandar Pulau Rintis untuk ke kedai mainan. Dia perlu membeli beberapa kotak dominos untuk jalankan rancangan itu. Rancangan itu bukan dia seorang sahaja yang akan beroperasi. Boboiboy dan Gopal juga turut menyertai rancangan itu. Anehnya, Boboiboy yang jauh lebih baik daripada Fang, dia tidak membantah dengan rancangan itu. Fang tidak mahu berfikir lebih, dia setuju sahaja Boboiboy menyertai operasi nakal itu. Rancangan mereka tidak diketahui oleh kawan-kawan mereka yang lain. Boboiboy juga ada berikan cadangan supaya Harraz juga boleh menyertai mereka tetapi Fang menolak. Dia ingin mereka bertiga sahaja yang tahu. Dia mahukan rahsiakan rancangan ini daripada sesiapa. Dia juga tidak mahu rancangan ini gagal jikalau terlalu ramai sangat yang tahu. Cukuplah dengan tiga orang sahaja

"FANG!"

Fang terus berhenti berjalan. Dia tidak mahu kelihatan seperti orang ada sesuatu yang ingin di sembunyikan. Fang menoleh kebelakang sambil tersengih sedikit. Rupanya Yaya dan Ying yang panggil dia tadi

"Kau nak pergi mana pagi-pagi ni?" soal Yaya

"Mesti lu nak pergi perpuskataan. Bolehlah kita ulangkaji sama-sama" kata Ying

"Err.. bukan" balas Fang "Aku nak pergi beli... beli donut lobak merah aku.. hehehe" Dia masih tersengih lagi "Jadi aku pergi dulu yea sebelum donut kegemaran aku habis"

"Tak habis-habis dengan donut kau. Jomlah Ying, kita pergi ulangkaji dekat kedai Tok Aba"

"Ok juga tu!" kata Ying dengan penuh semangat "Bolehlah kita makan sambil ulangkaji sama-sama!"

Yaya dan Ying tinggalkan Fang seorang diri di situ. Hati Fang mula rasa lega tetapi dia perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan sampai orang lain tahu tentang rancangan nakal dia. Fang sambung berjalan dengan biasa seperti dia tidak akan melakukan perkara-perkara nakal. Dia tersenyum seorang diri kerana fikirkan apakah reaksi para pelajar lain nanti apabila nampak rancangan mereka nanti. Sudah tentu tiada siapa yang tahu nanti. Dia, Boboiboy dan Gopal akan berjaya dengan rancangan ini

"Abang Fang senyum sorang-sorang kenapa?"

Mata Fang terus melirik ke sebelah kanan. Adik angkat dia berjalan di sebelah dirinya sambil makan kerepek makan. Fang terus bermasam muka supaya Rizu tidak mengesyaki apa-apa

"Eh.. kenapa abang Fang tiba-tiba masam muka pula? Pizu kacau abang Fang ke?"

"Err.. takdelah. Rizu tak kacau abang pun" Fang terpaksa berikan senyuman sedikit kepada Rizu "Abang nak pergi kedai sebenarnya untuk... untuk... hah! Untuk buat burger nanti!"

"WAH! BURGER! Pizu suka burger tapi makanan kegemaran Pizu sudah tentu pizza dan chocolate! Semalam ibu ada belikan pizza untuk Pizu. Pizza tu sedap! Ada cendawan, ada cheese, ada pepperoni.. hmm.. ada apa lagi yea" Rizu mendongak sedikit sambil fikirkan tentang pizza semalam "Lupa pula.. tapi pizza tu memang sedap. Bukan pizza sahaja yang ibu belikan, chocolate lava kek pun ada ibu belikan. Pizu kongsikan kek tu dengan ibu. Kita orang makan sama-sama. Hari ini pula, ibu janji nak belikan nasi kerabu untuk Pizu. Nasi kerabu tu best! Abang Fang pernah makan tak nasi kerabu? Kalau abang Fang tak pernah rasa, nanti kita pergi makan nasi kerabu sama-sama. Lepas tu bolehlah kita pergi kedai kegemaran abang tu, KEDAI DONUT! Oh yea, abang Fang nanti nak buat burger kan. Pizu nak rasa nanti boleh? Mesti sedapkan abang Fang buat. Kalau abang Fang yang buat mesti sedap, tak pernah tak sedap kecuali kalau abang Paizo yang buat. Mesti masin! Tak pun takde rasa terus.. apalah abang Paizo tu. Tahu nak berlawan aje, tapi tak reti masak. Kalau kemas rumah tu, bolehlah lagi tapi suka sangat suruh abang Fang kemaskan rumah tapi takpe, abang Fang kemas mesti bersih! Berkilat satu rumah.."

Fang tidak dapat berkata apa semasa perjalanan dia ke bandar. Hanya Rizu sahaja yang bercakap tanpa berhenti-henti. Fang tidak tahu bagaimana hendak hentikan celoteh Rizu yang begitu panjang itu. Adakah dia perlu larikan diri? Atau dia cari alasan yang dia ada perkara kecemasan perlu dilakukan

"Abang Fang, malam nanti Pizu datang rumah boleh?"

"Err.. bukan ke Rizu nak makan nasi kerabu nanti"

"Ohh.. itu makan tengahari nanti" jawab Rizu "Malam nanti bolehlah Pizu rasa burger tu. Kalau boleh, Pizu nak bermalam dekat rumah abang Fang. Pizu rindu nak main dengan Idoli. Sudah lama tak main perang-perang dengan dia. Mesti dia ingat Pizu abaikan dia. Mesti sedih hati dia kan"

"Err.. nak datang boleh tapi abang malam nanti ada hal"

"Abang ada hal apa? Abang Fang nak buat benda nakal ke?" tanya Rizu sambil mengangkat kening sebelah

Hati Fang mula berdebar-dedar. Adakah adik angkat dia tahu tentang rancangan nakal dia? fikir Fang. Lalu dia tenangkan diri dan tidak begitu cemas. Dia menjawab soalan Rizu tadi dengan sopan

"Malam nanti abang nak pergi buat kerja sedikit. Rizu tak perlu tunggu abang balik. Rizu tidur sahaja dulu" jawab Fang sambil tersengih

"Ok tapi abang Fang jangan lewat sangat tau"

Fang angguk kepalanya. Akhirnya mereka berdua sudah pun tiba di bandar Pulau Rintis. Dia melihat Rizu seketika. Rizu seperti ikut sahaja kemana Fang pergi. Dia perlu halau Rizu dari situ sebelum rancangan dia gagal. Dia cuba fikirkan sesuatu sambil perlahankan setiap langkah dia ke kedai mainan. Lalu dia terfikirkan sesuatu

"Rizu!"

"Apa dia abang Fang?"

"Apa kata Rizu belikan kek untuk ibu Rizu" Fang tersenyum lebar seperti orang gila "Lepas makan nasi kerabu, bolehlah Rizu menikmati kek bersama ibu Rizu. Betul tak?"

"Betul juga tu! Ibu Pizu suka makan kek chocolate. Abang Fang nak temankan Pizu?"

"Ermm.. takpelah, abang ada hal. Rizu pergi sorang-sorang ok. Jangan nak merayap ke mana-mana pula"

"Baik abang!" Rizu berikan tabik hormat kepada Fang "Pizu pergi dulu!" Sambil dia berjalan pergi, sambil dia berulang kali menyebut kek chocolate "Kek chocolate! Kek chocolate! Kek chocolate!"

Nampaknya Fang perlu berhati-hati selepas ini. Dia tidak boleh lengahkan masa. Kali ini, setiap langkah yang dia ambil amat laju sekali. Dia tidak mahu diri dia terserempak dengan sesiapa. Dia hanya perlu belikan kesemua mainan dominos dan pulang ke rumah. Kalau boleh, dia mahu elakkan bertembung dengan sesiapa terutama sekali Yaya, Ying, Bella ataupun Lily. Kedai mainan itu sudah semakin hampir. Kali ini diri dia selamat kerana tiada siapa yang bertemu dengan dia. Selepas itu, dia pergi borong kesemua mainan dominos. Seterusnya, dia perlu fikirkan bagaimana dia hendak kembali ke rumah dengan semua kotak-kotak mainan dominos?

"Kalau begitu, aku kena sorokkan di tempat lain" bisik Fang "Tempat orang lain tidak tahu.. tapi dekat mana?"

Tiba-tiba dia tersenyum sinis kerana dia sudah jumpa tempat persembunyian itu. Dia yakin, tempat itu tidak akan diketahui oleh sesiapa. Rancangan dia pasti akan berjaya

"HAHAHA!"

"Mak.. abang tu gelak macam orang gila. Adik takut"

Seorang wanita terus membawa anaknya pergi ke tempat lain untuk jauhkan diri mereka daripada Fang

"Hehe.. maaf" bisik Fang

Lalu dia terus menuju ke tempat persembunyian yang yakin selamat itu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu, Fang sudah bersiap sedia untuk mulakan rancangan nakalnya. Dia tahu rancangan ini hanyalah sekadar gurauan sahaja. Guruan ini bukanlah untuk cederakan sesiapa dan dia tahu, ianya adalah selamat. Dia sudah pun bersihkan dapur itu kerana tadi, dia bertungkus-lumus siapkan burger untuk Idoli dan abangnya. Kaizo masih lagi ada di kapal angkasa. Mereka tidak pasti pukul berapa Kaizo akan pulang ke bumi

"Abang Fang! Burger sudah siap?"

"Sudah" jawab Fang secara ringkas "Ada empat burger.. Idoli makan dua, abang Kaizo makan dua" kata dia sambil membuka tudung salji yang tersedia di atas meja makan itu. Keempat-empat burger itu nampak bulat dan besar

"Wah! Hehehe.. best best tapi untuk kakak Faye takde ke?" Mata Idoli terus bersinar-sinar melihat empat burger tersedia ada di dalam sebuah pinggan besar

"Dia cakap, dia nak makan sandwich sahaja" balas Fang "Makan bila abang Kaizo dah balik ok. Temankan dia"

"Baik abang Fang! Idoli akan tunggu abang Kaizo balik tapi... kalau dia balik lewat macam mana? Nanti mesti Idoli lapar. Tak pun, Idoli dah tidur, lepas tu tak sempat nak makan burger tu"

"Kalau dia lewat, Idoli makan ajelah dulu"

"Ok!"

"Lupa pula" Fang tutup semula burger itu dengan tudung salji tadi "Nanti Rizu datang rumah. Idoli mainlah dengan dia tapi korang tak perlu tunggu abang balik ok. Jangan risau kalau korang dah tidur awal, si Faye tu selalu tidur lewat. Dia akan jaga korang berdua"

"Ok!"

"Baiklah, abang kena pergi dulu"

"Hmmm.. penting sangat ke hal abang Fang tu?"

"Err... mestilah penting" Fang tersengih sedikit "Tapi Idoli tak perlu fikirkan tentang itu. Idoli fikirkan tentang mainan dan burger sahaja ok"

"Ok" kata Idoli sambil perhatikan riak wajah Fang

Idoli tidak pasti jikalau Fang cuba sembunyikan sesuatu atau tidak. Lalu dia abaikannya. Jikalau Kaizo berada di situ, sudah tentu dia dapat membaca riak wajah adiknya. Dia samada hentikan rancangan nakal adiknya ataupun dia pergi menghendap adiknya sendiri. Fang masukkan botol airnya ke dalam beg yang dia akan bawa nanti. Selepas itu, dia masukkan sebungkus donut lobak merah

"Abang Fang nak pergi berkelah ke? Ada ke orang picnic malam-malam?"

"Ada!" balas Fang "Orang berkelah waktu malam sebab nak tengok bintang tapi kawasan tu kenalah tempat yang gelap dan jauh daripada cahaya-cahaya dekat bandar tu"

"BESTNYA! IDOLI NAK IKUT!"

"Lain kali ok" Fang mengusap kepala Idoli

"Ok"

Fang tidak berkata apa lagi, dia terus keluar dari dapur rumahnya. Dia akan berjumpa dengan Boboiboy dan Gopal di sekolah mereka nanti. Barang-barang mainan dominos akan dibawa oleh Boboiboy dan Gopal. Dia hanya perlu membawa buku rancangan idea mereka sahaja. Idoli perhatikan Fang sedang memakai kasut. Di dalam pemikirannya sedang fikirkan tentang berkelah di waktu malam. Tiba-tiba mata dia membulat besar

"ABANG FANG NAK DATING YEA! SEBAB TU ABANG FANG TAK BAGI IDOLI IKUT!"

"ERK?!" Fang hampir tersedak di situ "Bila masa pula abang nak pergi dating!"

"Ohh.. nak pergi dating yea" Muncul Faye di muka pintu biliknya "Hehehe.. jangan risau, aku tak kan beritahu sesiapa. Aku akan zip mulut ni"

"Suka hati korang lerr.. aku pergi dulu"

Fang keluar dari rumahnya dengan muka masam tetapi bagus juga mereka fikirkan diri dia pergi berdating dengan seorang perempuan yang mereka tidak kenali. Dia kembali tersenyum sambil memikirkan rancangannya itu. Tiada apa yang dapat gagalkan rancangan itu. Dia terlalu yakin sangat sehingga dia tidak perasan bahawa Faye sedang perhatikan dia di sebalik tingkap rumah. Fang menoleh kebelakang, Faye sudah tiada di tingkap. Dia terus keluar dari kawasan halaman rumahnya dan menuju ke rumah Boboiboy kerana sebahagian kotak mainan dominos ada di rumah kawannya dan sebahagian lagi ada di rumah Gopal. Cuaca di langit sudah berubah warna dari langit biru ke warna oren keemasan. Matahari sudah mula terbenam secara perlahan. Fang teruskan berjalan sambil menikmati keindahan langit pada petang itu. Dia mula bersiul dengan hati yang riang

"Suka nampak? Kau sudah ada girlfriend ke?"

Mata Fang terus melirik ke kiri. Gopal ada di sebelah dirinya sambil mengangkat dua beg plastik yang penuh dengan mainan dominos. Gopal juga dalam perjalanan ke rumah Boboiboy. Mereka sudah berbincang pada tengahari tadi dan berkumpul di rumah Boboiboy sebelum bertolak ke sekolah. Mengikut perancangan Fang, mereka akan makan malam di rumah Boboiboy terlebih dahulu. Selepas itu, mereka akan tunggu sehingga Tok Aba dan Ochobot sudah nyenyak tidur. Kemudian mereka akan bergerak terus ke sekolah. Dari situ, mereka akan mulakan rancangan mereka yang seterusnya. Fang berharap tiada pertukaran dengan rancangan mereka nanti

"Wei Gopal, aku mana ada girlfriend lah!" marah Fang sambil bersilang tangan "Abang aku kata.. cinta itu membuang masa sahaja"

"Tapi abang kau juga yang ada girlfriend.. hehehehe"

"Dia tu.. lantaklah" kata Fang dengan nada malas "Asalkan dia tak lupakan tugas dia sebagai seorang kapten. Lagipun, aku tak kisah sangat pun, janji dia happy"

"Baguslah tu" kata Gopal

"Biarlah dia jumpa seorang gadis yang sesuai dengan personality abang aku tu"

"Bukan dia dah jumpa ke?"

"Dia memang dah jumpa pun tapi.. itulah" Nada Fang berubah menjadi perlahan sedikit "Aku nak mereka berkekalan tapi kenapa yea.. aku dapat rasakan yang abang ingin tinggalkan planet ini"

"Perasaan kau aje kot"

"Entahlah Gopal" Fang mula mengeluh sedikit "Mungkin apa yang kau katakan tu betul juga, mungkin perasan aku sahaja"

"Hehehe.. kau jangan nak risau sangat. Yang penting, abang kau tak lupakan kau walaupun dia tu sibuk sangat dengan pemberontakkan dia tu"

"Betul tu!" Fang mula tersenyum sedikit "Tapikan... APASAL AKU BOLEH MENGADAKAN SESI LUAHAN DENGAN KAU!"

"DEY! Kau ingat kau boleh berbual macam tu dekat aku selalu ke? Jarang ok! Kau ingat aku ni seorang sahaja ke kawan yang tak nak sudi dengar luahan hati orang lain ke"

Hati Gopal agak terasa sedikit apa ketika itu tetapi apabila fikirkan semula, dia dengan Fang agak jarang berbual begitu. Selalu Boboiboy ataupun Bella akan menjadi tempat dia untuk keluarkan segala rungutan atau keluhan yang ada pada diri Fang

"Yelah yelah, kau pun boleh jadi tempat aku luahkan hati tapi..." Fang tersenyum sinis pula kali ini "Aku rasa kau ni sesuai menjadi seorang kawan yang suka makan. Tempat-tempat yang makanan best, mesti kau tahu kan"

"Betul tu! Aku dan Faye selalu memburu kedai-kedai yang menjual makanan sedap!" Lalu Gopal tersenyum bangga

Matahari sudah terbenam, malam sudah menjelma. Lampu-lampu jalan di kawasan perumahan itu sudah mula menyala. Mereka berdua sudah semakin hampir dengan rumah Boboiboy. Keseronokan di hati mereka melonjat naik kerana sudah tidak sabar untuk menjalankan rancangan guruan mereka. Kawasan perumahan Boboiboy kelihatan sunyi. Angin-angin sejuk bertiupan di situ. Badan Fang dan Gopal terasa sejuk sedikit. Mereka menggigil dan terus mempercepatkan langkah mereka ke rumah Boboiboy. Suasana malam yang hening itu membuatkan mereka berdua tidak berkata apa. Hanya pergerakan tapak kaki mereka sahaja bergerak begitu pantas. Selama ini mereka tidak pernah rasa begitu. Adakah rancangan mereka akan gagal kerana perasaan takut timbul di hati mereka? Atau ini hanyalah mainan bayang-bayangan mereka sahaja. Fang tidak mahu fikirkan begitu. Dia akan berfikirkan positif, bukan negatif. Manakala Gopal pula, mata dia berliar memandang kanan dan kirinya. Dia takut kalau terserempak dengan mana-mana hantu terutama sekali hantu badut

"Wei Gopal.. cuba kau jangan fikirkan hantu sangat" Akhirnya Fang bersuara untuk hentikan rasa ketakutan itu "Lagipun lampu-lampu jalan semuanya dah pasang dengan terang berang lagi. Takde maknanya hantu nak muncul"

"Dey, kau jangan cakap besar. Tak pasal-pasal dia akan muncul juga macam mana?" Suara Gopal seperti orang di dalam ketakutan "Macam mana kalau kita tak sempat nak jalankan rancangan kita gara-gara sebab hantu"

"Kau nak aku keluarkan hantu bayang ke?"

"Err.. tak nak" balas Gopal

"Kalau tak nak, baik kau diam"

"Yelah, aku diam sahajalah. Kalau dengan Boboiboy, kita orang sama-sama akan lari dan menjerit macam orang tak tentu arah"

"Kita dah sampai pun rumah Boboiboy" Fang berhenti berjalan di hadapan rumah Boboiboy "Pergilah panggil Boboiboy dan ajak dia pergi menjerit macam orang gila"

"Eleh, entah-entah kau yang menjerit dulu. Cakap orang"

"Kau nak kena dengan aku ke?"

"SUDAH!"

Fang dan Gopal terkejut dengan jeritan marah dari Boboiboy. Pintu rumah sang bertopi oren itu sudah terbuka luas. Boboiboy terpapar berdiri di muka pintu rumahnya sambil mencekak pinggang. Muka dia kelihatan marah sedikit kerana dia kesal dengan sikap mereka yang suka bergaduh

"Korang berdua ni, janganlah gaduh-gaduh. Lebih lagi masa nak maghrib dah. Cubalah berbaik"

"Maaf Boboiboy" kata Fang dan Gopal sambil tertunduk malu

"Meh masuk, Tok Aba sudah sediakan makan malam untuk kita semua"

"Atuk kau masak apa?"

Boboiboy ketepikan dirinya untuk memberikan ruang kepada Fang dan Gopal masuk ke dalam rumahnya

"Atuk aku masak nasi dengan ayam masak merah"

"Sedap tu!" Gopal meloncat-loncat sambil berjalan ke arah meja makan. Dia ingin membuka tudung sajli yang ada di atas meja tersebut "Hehehe... tak sabarnya nak makan"

"Kau kena tunggu Tok Aba siap mandi dulu" jawab Ochobot yang ada di situ "Aku nak pergi buatkan air sirap, kau jangan nak buka"

"Yelah" Gopal terus ke ruang tamu dengan perasaan sedih. Perut dia sudah berbunyi "Adeh.. sabar yea perut, kejap lagi dapatlah makan"

Gopal terus duduk di kerusi ruang tamu bersama Boboiboy dan Fang. Mereka bertiga perhatikan pintu dapur seketika dan selepas itu, mereka berbisik supaya perbualan mereka tidak di dengar oleh Ochobot

"Kotak-kotak dominos macam mana? Selamat?" bisik Fang kepada dua rakan lelakinya

"Selamat" balas Boboiboy "Kau Gopal.. macam mana kau bawa keluar rumah kotak-kotak dominos tu?"

"Hehehe... Amma aku sibuk dekat masak dekat dapur. Appa aku pula, sibuk tengok berita. Jadi masa aku keluar tu, dia orang tak nampak pun dua plastik besar tu"

"Bagus bagus.. hehehe" bisik Fang sambil tersenyum nakal "Kita akan mula operasi kita selepas sahaja semua orang sudah tidur nyenyak"

"Ok!" kata Boboiboy dan Gopal secara serentak

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, tepat pukul 11 malam. Boboiboy, Fang dan Gopal keluar dari rumah secara senyap. Tok Aba sudah tertidur lena di atas katil dan manakala Ochobot pula, dia tidur di dalam mesin mengecas tenaga badannya. Mereka juga ingin pastikan jiran sebelah rumah tidak menjenguk tingkap dan lihat apa mereka bertiga ingin lakukan. Yaya adalah jiran sebelah Boboiboy. Jikalau sang gadis itu tahu, rancangan ini pasti akan gagal kerana sikap Yaya yang tegas. Dia tidak begitu gemar dengan guruan nakal dari mereka bertiga, lebih-lebih lagi Fang

"Syhh... jangan terlalu bising sangat" bisik Boboiboy sambil keluarkan beg-beg plastik dari rumahnya

"Ada apa-apa lagi yang tertinggal?"

"Takde kot" bisik Boboiboy balik kepada Fang "Aku pergi periksa dulu" Lalu dia masuk balik ke dalam rumahnya

"Jangan lama sangat" kata Gopal. Dia berjalan ke pagar rumah Boboiboy dengan dua beg plastik yang di pegang oleh dia. Tiba-tiba kaki dia tertendang sebuah pasu bunga "ERK!"

"WEI! Kau jangan nak buat bising boleh tak"

"Aku tak sengajalah!" Gopal tidak mahu terlanggar mana-mana pasu lagi, dia terus keluar dari kawasan rumah Boboiboy

Boboiboy sudah pun kembali. Tiada apa lagi yang tertinggal. Dia tutup pintu rumahnya secara senyap. Semuanya berjalan dengan lancar. Tiada gangguan ataupun bunyi-bunyi yang boleh membuatkan rancangan mereka gagal. Lalu mereka bertiga terus ke sekolah menengah dengan pantasnya. Pergerakan mereka memang laju tetapi mereka juga harus berhati-hati supaya tidak nampak begitu mencurigakan. Setiap lorong yang mereka ambil, mereka akan perhatikan jalan itu seketika dan pastikan tiada siapa yang melalui jalan tersebut. Apabila semuanya sunyi, mereka akan terus bergerak. Degupan jantung mereka membuatkan perasaan mereka penuh berdebar-debar. Setiap kali ada bunyi sedikit, mereka akan berhenti bergerak dan akan duduk diam sebentar. Mereka sudah hampir dengan kawasan sekolah. Fang perhatikan kanan dan kiri di jalan itu. Nampaknya ada beberapa orang sedang berjalan kaki di bahagian kanan. Fang dengan pantasnya, menyembunyikan mereka bertiga dengan lindungan bayang hitamnya. Mereka akan duduk diam di dalam kubah bayang itu sehingga orang tadi sudah lalu pergi. Gopal menutup menekup mulutnya dengan tangan sendiri supaya diri dia tidak membuat bising. Beberapa minit kemudian, mereka boleh sambung semula menuju ke pintu pagar sekolah

"Wei, wei.. tak kan kita nak panjat pintu pagar ni pula"

"Hmmm... betul juga tu Boboiboy" kata Fang sambil fikirkan sesuatu "Jadi kita masuk ikut tempat lain"

"Tak pun aku tukarkan pintu pagar ni jadi makanan! Lepas tu aku makan" Lalu Fang tepuk kepala Gopal "Dey! Apasal kau tepuk kepala aku"

"Kau nak jahanamkan pintu sekolah ke?"

"Err.. tak nak" jawab Gopal "Habis tu, kau ada rancangan lain ke?"

"Kita terbang masuk" jawab Fang secara ringkas

"Ha ah, ok juga tu. Aku gunakan kuasa Taufan aku, Fang boleh guna helang bayang dia dan Gopal..." Boboiboy terus tersengih sambil melihat Gopal "Kau macam mana yea"

"Kau tumpang ajelah hoverboard si Taufan tu.. habis cerita" kata Fang yang sudah hilang sabar

"Ok" balas Boboiboy "BOBOIBOY TAUFAN!"

Gopal naik di atas hoverboard Taufan. Dia pegang pegang erat pinggang Taufan sebaik sahaja hoverboard itu mula naik ke udara. Fang pula, dia bertanggungjawab untuk membawa semua plastik-plastik beg itu masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia mengeluarkan helang bayangnya. Kedua kaki helang bayang itu mencekam beg-beg plastik tersebut. Fang menunggang helang bayangnya dengan serta merta. Mereka bertiga terbang ke udara dan lalu mendarat di tepi bangunan sekolah. Boboiboy Taufan berubah menjadi Boboiboy asal. Fang pula menghilangkan helang bayangnya

"Ok, sekarang apa yang kita perlu buat Fang?"

"Hehehe.. rancangan aku ialah susun mainan dominos ni dari tingkat bawah sampai ke kelas kita orang" balas Fang kepada Boboiboy

"Err..." Boboiboy ragu-ragu dengan rancangan itu

"Kenapa? Kau tak suka ke?"

"Bukan tak suka, Fang tapi... mesti cikgu akan tahu ini adalah hasil kerja kita orang"

"Betul juga cakap kau, Boboiboy" Fang mencekak pinggangnya sambil fikirkan sesuatu "Tak pun kita buat dekat kelas orang lain.. hehehehe.. kelas si Bella ke"

"Kau nak cikgu salahkan orang lain pula, tak baik macam tu"

"Yelah yelah.. kau ni macam Yaya pula. Dia tu kalau aku buat salah sedikit pun, mesti kena tegur" Muka Fang berubah seperti orang tidak berpuas hati "Habis tu, kau nak kita buat dekat mana?"

"Dekat dewan sekolah" Gopal pula yang menjawab "Tiada siapa yang akan tahu"

"Ok juga tu.. pandai kau, Gopal" Fang terus angkat beberapa plastik di situ "Jom kita gerak ke dewan"

Gopal bangga dengan idea yang dia berikan kepada Fang tadi. Lalu dia tersenyum seorang diri sambil berjalan menuju ke dewan. Suasana kawasan sekolah pada ketika itu agak sunyi. Mereka terbayangkan diri mereka berada di sebuah bangunan yang tiada penghuninya. Ada beberapa bahagian kawasan sekolah agak gelap sedikit kerana tiada cahaya lampu. Di luar kawasan dewan juga agak gelap. Tiada sinaran lampu yang menyinari di sekeliling bangunan dewan tersebut. Perasaan takut Gopal mula kembali

"Fang, macam mana kita nak masuk dalam dewan tu?" bisik Boboiboy

"Hmmm..." Fang perhatikan pintu utama dewan itu "Kuasa bayang!" Dia mengawal kuasanya untuk menyelinap masuk di celah pintu itu. Lalu dia keluarkan tangan bayang untuk membuka pintu dewan tersebut dari bahagian dalam

Pintu itu terbuka dan Fang hilangkan kuasa bayangnya. Dewan itu agak gelap. Gopal terasa takut untuk masuk ke dalam. Boboiboy dan Fang hiraukan kegelapan itu, lalu mereka masuk ke dalam dewan itu

"Wei Gopal, cepatlah masuk" panggil Boboiboy

Gopal gelengkan kepalanya. Boboiboy terus berikan jelingan marah dia kepada kawan baiknya. Gopal tersengih sambil berjalan selangkah demi selangkah, sehinggalah dia berlari masuk kerana dia terdengar bunyi tapak kaki sedang berjalan di luar dewan. Dia terus tutup pintu dewan itu serta merta kerana takut

"Apasal dengan kau?" tanya Fang dengan nada marahnya

"Aku... dengar.. ada.. bunyi tapak kaki tadi" Gopal tundukkan kepalanya dan lalu dia mengintai sedikit di tingkap kaca pintu dewan tersebut "Tapi... macam takde orang aje dekat luar tu. Hantu ke?"

"Tak habis-habis dengan hantu kau" Fang terus mencangkuk untuk keluarkan kotak-kotak mainan dominos "Jom kita susun.. aku pun tak naklah duduk lama-lama dekat sini, lebih-lebih lagi dengan Gopal ada dekat sini.. mesti dia akan panik sebab hantu"

"Kau bersabar ajelah dengan dia, Fang. Dia pun kawan kau juga"

"Hmm.. yelah" balas Fang kepada Boboiboy "Kita susun dekat tengah-tengah dewan tu. Kita jadikan macam bentuk empat segi.. hehehe.. permulaan dia di pintu dewan, susun-susun sampai dekat tengah dewa"

"Ok juga tu. Jomlah kita-" Boboiboy terdiam kerana bunyi guruh di langit malam "Eh, nak hujan dah.. tadi takde pun awan hitam"

"Hmm.. biarlah, asalkan kita tak kena hujan" Fang sudah teraburkan mainan dominos di atas lantai dewan. Tangan dia meraba-raba di atas lantai itu untuk mencari mainan dominos tersebut "Wei Boboiboy, kau keluarkan kuasa api kau.. tak nampak pula dalam gelap-gelap ni"

"Pasang ajelah lampu" jawab Gopal di dalam kegelapan itu. Dia masih lagi mengintai di luar dewan sekolah

"Wei, kau nak orang lain tahu ke" marah Fang "Kalau dia orang tahu kita buat kerja ni, orang pertama aku akan salahkan adalah kau"

"Sudah sudah, jangan nak bergaduh" Boboiboy tidak begitu gemar dengan sikap mereka yang saling bergaduh antara satu sama lain. Dia keluarkan satu cahaya kecil yang malap di tapak tangannya "Nah, aku keluarkan cahaya untuk kita semua. Gopal, cepat tolong kita orang"

Cahaya milik Boboiboy itu tidaklah begitu terang tetapi ianya mencukupi untuk mereka menyusun dominos di garisan permulaan. Mereka akan mulakan dari depan pintu dewan sekolah sehinggalah ke tengah dewan. Mereka sibuk menyusun satu per satu dominos itu sehingga tidak sedar dengan kehadiran hujan di luar dewan. Hujan lebat membasahi bumi dengan bunyi-bunyi kilat kian sambar menyambar. Gopal asyik menjerit setiap kali bunyi kilat berdentum

"Apasal aku rasa tak sedap hati yea"

"Kenapa Gopal?"

"Entahlah Boboiboy" Gopal tetap teruskan menolong mereka menyusun dominos itu dalam satu baris "Aku rasa macam ada sesuatu perhatikan kita" Mata dia memandang ke kiri dan kanan dewan tersebut

Pintu utama dewan itu terbuka secara tidak langsung. Selepas itu ianya terhempas tutup dengan begitu kuat sekali. Boboiboy, Fang dan Gopal terkejut sehingga membuatkan dominos mereka terjatuh sedikit

"Ha-hantu ke yang buat tadi tu?"

"Angin aje tu" balas Fang kepada Gopal "Itu pun kau nak takut"

"Mestilah takut! Sudahlah dekat dalam dewan ni gelap, dekat luar tu hujan dengan bunyi kilat lagi. Badan aku rasa seram sejuk" Gopal memeluk tubuhnya kerana kesejukan "Manalah tahu ada tanda-tanda hantu nak muncul"

"Mengarutlah kau, Gopal" Boboiboy teruskan susun dominos itu bersama Fang "Kalau kau takut, kau boleh duduk diam-diam ataupun kau tolong tengok-tengokkan dekat luar kalau ada orang datang"

"Siapa nak datang sini malam-malam" Gopal tidak berganjat dari situ. Dia tetap mahu bersama kawan-kawan dia kerana takut diri dia di tinggal seorang diri

"Manalah tahu orang tu nampak kita orang ada dekat dalam dewan ni" jawab Boboiboy

Mainan dominos itu sudah siap di susun dari depan pintu dewan sehingga ke tengah dewan. Ianya di susun melengkung untuk menuju ke bahagian atas. Dari situ mereka susun dari satu garis ke satu garis sehinggalah sampai ke bahagian bawah. Ianya nampak seperti askar sedang berdiri tegak di dalam barisan. Sedang mereka sibuk menyusun mainan dominos itu, satu bunyi yang sangat kuat membuatkan mereka terdiam seketika. Bunyi itu seperti barang jatuh ke atas lantai. Boboiboy dan Fang terus berdiri dan periksa sekeliling mereka. Tiada apa yang mencurigakan di dalam dewan itu

"Benda apa yang jatuh tadi tu?" soal Fang

"Ha-hantu yang buat kot" Gopal menggigil ketakutan sambil bangun dari situ. Tangan dia pegang bahu Boboiboy kerana dia ternampak sesuatu di pintu utama dewan "Wei, aku nampak ada orang dekat sanalah" Jari dia tunding ke arah lembaga besar sedang berdiri di dewan sekolah. Lembaga itu tidak bergerak. Ianya hanya berdiri tegak sambil perhatikan mereka bertiga

Boboiboy dan Fang kelihatan tidak begitu takut. Malah Boboiboy terus pandang ke arah Fang

"Apasal kau tengok aku macam tu?"

"Fang, kau saja nak takutkan Gopal ke?" soal Boboiboy dengan secara lembut tetapi sedikit tegas

"Bila masa aku nak takutkan dia pula"

"Habis tu.. lembaga tu nampak macam bayang" balas Boboiboy sambil tuding jarinya ke arah lembaga itu "Jadi aku kenalah soal kau!"

Muka Fang naik merah kerana marah dengan tuduhan Boboiboy tadi

"Bila di fikirkan balik, betul juga cakap Boboiboy tadi" Tiba-tiba Gopal menjadi berani. Perasaan ketakutan dia terus hilang "Dey! Kau cuba takutkan aku ke?"

"Wei! Bila masa aku nak takutkan kau pula!"

"Habis tu, hantu bayang tu apa cerita?"

Fang dan Gopal terus berikan jelingan maut sesama sendiri. Boboiboy mencuit-cuit bahu Fang kerana lembaga itu mula bergerak ke arah mereka. Lutut dia mula rasa lemah. Semangat dia juga terasa lemah. Tidak tahu kenapa pada ketika itu, Boboiboy dapat merasai lembaga itu bukanlah dari kuasa bayang Fang tetapi adalah hantu yang sebenarnya

"Korang... korang.." panggil Boboiboy

"Kau nak apa Boboiboy?"

"Dia datang dekat kita" balas Boboiboy kepada Fang

Ketiga-tiga anak muda itu mula menelah ludah dan lalu menjerit sekuat hati. Mereka lari dan cari pintu yang tidak berkunci. Dominos-dominos yang mereka telah disusun oleh mereka, habis berterabur akibat larian mereka seperti lipas kudung. Gopal mempulas-pulas pintu dewan itu tetapi pintu itu tidak dibuka. Boboiboy dan Fang mengetuk-getuk pintu itu sambil menjerit tolong tetapi malangnya, tiada siapa yang dengar

"Ma-macam mana ni?"

"Mana aku tahu, Gopal" Boboiboy berdoa banyak-banyak agar lembaga itu hilang dari situ "Habislah kita macam ni... ini semua Fang punya pasal! Suruh kita buat kerja gila dia tu"

"Dah kau yang nak join, jangan nak salahkan aku pula!"

"Entah si Fang ni" Gopal menyibuk sekali "Kalau nak buat benda-benda nakal, janganlah ajak kita orang sekali"

"Yelah tu Gopal. Kau dan Fang sama aje. Suka sangat kenakan orang" marah Boboiboy

"Wei wei, daripada kita selesaikan masalah kita dulu sebab..." Fang bersandar di pintu dewan itu dengan begitu rapat sekali "Sebab lembaga tu semakin dekat!"

"Kau gunakanlah kuasa bayang kau untuk lawan dengan lembaga tu" kata Boboiboy

"Kau ingat, kuasa bayang aku boleh hapuskan hantu tu ke?" Terus Boboiboy dan Gopal angguk kepala mereka kepada Fang "Cheh.. macamlah hantu tu akan hilang"

Boboiboy dan Gopal tolak Fang ke depan sedikit demi sedikit. Mereka mahu Fang berhadapan dengan lembaga itu kerana di antara mereka bertiga, Fang lebih berani berbanding dengan mereka berdua. Itu pun kalau mereka berdepan dengan hantu. Jikalau berdepan dengan musuh, keberanian Boboiboy sama tinggi dengan Fang dan Gopal pula, dia akan menjerit atau menjadi cemas seketika

"Err..." Fang fikirkan kuasa bayang apa yang sesuai untuk berlawan dengan lembaga itu "Harimau bayang? Atau helang bayang yea"

"Wei, keluarkan ajelah apa-apa binatang yang kau suka"

"Macam penguin kau ke" kata Gopal

"Baiklah... SERIBU TUSUKAN BAYANG!" Kuasa bayang Fang mengeluarkan beberapa tusukan dan terus menuju ke arah lembaga itu "HABISLAH KAU WAHAI HANTU!"

Tiba-tiba lembaga itu hilang di hadapan mata mereka. Fang menjadi cemas apabila serangan dia menuju ke pentas dewan pula. Dengan pantasnya, Fang hentikan serangan itu. Dia hilangkan kuasa serangan dia tadi. Lalu dia kembali berjaga-jaga. Mata dia pandang sekeliling dewan itu dari bahagian bawah terus ke bahagian atas. Muka dia berubah apabila dia ternampak sang pontianak sedang bertenggek di tepi dinding dewan. Kaki pontianak itu seperti melekat pada permukaan dinding. Fang menggeletar kerana wajah pontianak itu sangat mengerunkan. Mata dia merah, rambut dia gerbang dan manakala kuku jari dia tajam seperti pisau

"Apasal aku rasa takut pula ni.. selalunya kalau si Ratu Lily jadi macam pontianak, takde pula aku rasa takut... tapi..." Fang mula berundur sedikit demi sedikit "AKU NAK BALIK RUMAH! UWAAAAA! ABANG! SELAMATKAN ADIK!"

"Bawak bertenang Fang!" kata Boboiboy dengan nada cemasnya

"Macam mana aku nak bertenang kalau ada pontianak dekat situ" Jari Fang terus tunjuk ke arah pontianak tadi tetapi hantu itu hilang dari situ "Eh.. mana si pontianak tu tadi"

"Kau.. kau.. kau nampak pontianak tadi?"

"Yea, aku nampak si hantu pontianak tu tapi dia dah hilang pula" balas Fang kepada Gopal "Isk, tak boleh jadi ni.. kita kena keluar dari sini juga. Boboiboy, kau pecahkan pintu ni"

"Isk kau ni, tak kan kau nak jahanamkan pintu dewan sekolah pula. Mana boleh macam tu"

"Habis tu, kau ada cadangan lain?"

"Err... takde" Boboiboy tersengih kepada Fang "Kalau takde jalan lain, nampaknya aku terpaksa pecahkan pintu dewan ni juga"

Beberapa dentuman kilat berbunyi di luar dewan sekolah. Cahaya-cahaya kilat tadi terpacar sedikit ke dalam dewan itu. Mereka menjerit sekuat hati apabila ternampak wajah seseorang di sebalik pancaran cahaya tadi. Wajah orang itu seperti mereka kenali sebelum ini tetapi adakah benar ataupun tidak? Adakah ini hanyalah mainan mata mereka sahaja? Ketiga anak muda itu tidak boleh berfikir secara rasional kerana pemikiran mereka sudah bercelaru

"Tadi tu.. macam..."

"Nampak macam abang kau" kata Boboiboy kepada Fang "Tapi betul ke? Entah-entah hantu sahaja kot"

"Mungkin juga tu Boboiboy. Hantu kan suka menyamar jadi orang yang kita kenal"

Boboiboy, Fang dan Gopal pandang satu sama lain di dalam dewan gelap itu. Lalu mereka menjerit lagi dan hujan di luar, semakin lebat berserta dengan kilat kian sambar menyambar. Mereka berpelukan dan menangis di dalam kegelapan itu

"HAHAHAHA!"

"Si-siapa yang gelak tu?" soal Fang

"Bu-bukan... aku..." jawab Gopal "Ha-hantu kot yang gelak"

"HAHAHAHAHAA!"

Gelakan itu semakin lama semakin kuat. Gopal tidak dapat menahan lagi, dia tukarkan pintu dewan itu menjadi biskut kerana dia keluar dari situ dan terus pulang ke rumah. Dia ingin baring di atas katil dia yang selesa dan selamat itu. Dia juga berjanji tidak akan melibatkan diri dengan kerja-kerja gila Fang

"AKU NAK BALIK!" Jerit Gopal tetapi diri dia masih lagi dipeluk oleh dua orang kawan lelaki dia

"Baliklah... tiada siapa yang akan halang kau nanti" suara yang agak menggerunkan muncul di sebalik kegelapan itu "Tapi... aku mahukan seseorang"

"AKU BERIKAN FANG! SEBAB INI SEMUA IDEA DIA!"

"HA AH, INI SEMUA IDEA DIA!"

"WEI WEI! APASAL AKU PULAK! AKU TAK NAK JADI MAKANAN SI HANTU TU!"

"Mari sini wahai sang lelaki yang bernama Fang"

"TAK NAK!" Jerit Fang. Dia meronta-ronta kerana tidak mahu diri dia di serahkan kepada hantu itu "AKU TAK NAK! AKU TAK NAK! AKU TAK NAK!"

"AMBIL LAH FANG NI WAHAI HANTU! KAMI RELA BERIKAN DIA KEPADA KAU WAHAI HANTU" jerit Gopal

"Hehehe..." datang pula suara gelakan yang berlainan kali ini "Hehehehe..."

"Hantu tu bawa kawan ke?" bisik Boboiboy "Habislah kau Fang.. dia orang mesti nak bawa kau ke alam lain"

"JANGAN! AKU TAK NAK!" Fang hampir hendak pengsan di situ "AKU NAK BALIK! AMPUNKAN AKU!"

"HAHAHAHA! Kau nak buat lagi kerja nakal kau?"

"Tak nak" jawab Fang kepada suara itu

"Bagus.. hahaha" Lampu-lampu di dalam dewan itu menyala dengan sendiri. Hujan di luar berhenti serta-merta. Kaizo ada di hadapan mereka bertiga sambil bersilang tangan "INI KERJA KORANG RUPANYA!"

"ERK! ABANG KAIZO!"

"ABANG?!" Mata Fang terkebil-kebil melihat abangnya yang berwajah masam itu "Kenapa abang pergi takutkan adik!"

"Tak boleh ke abang bergurau nakal dekat kau? Selalunya kau yang suka kenakan orang, kali ini biar abang balas balik... hahaha" Kaizo berjalan ke depan untuk bersemuka dengan tiga orang remaja itu "Bagaimana? Seronok tak aku takutkan korang?"

"Tak abang Kaizo" jawab Boboiboy dan Gopal secara serentak

Riak wajah Fang berubah menjadi masam. Dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kaizo perhatikan adiknya yang sedang bermasam muka itu. Lalu dia tersenyum sinis

"Apasal abang senyum macam tu? Suka lah tu!" marah Fang "Tapi macam mana abang tahu rancangan adik? Mesti Boboiboy yang beritahukan!"

"Wei, bukan akulah!" tegas Boboiboy

"Bukan kawan baik kau tu" balas Kaizo "Aku tahu dari Faye sebenarnya tapi dia sendiri tidak tahu ke mana kau pergi. Dia yang beritahu aku yang kau sudah keluar entah pergi mana. Jadi aku pergi siasat apa yang adik aku buat tengah malam macam ni. Jadi aku ke rumah Boboiboy terus kerana dia suka sangat buat kerja rahsia dekat rumah kawan dia tu dan tekaan aku tepat sekali"

"Err.. pandai abang teka yea" Fang tersengih

"Abang memang pandai pun TAPI BUKAN MACAM KAU!" Bergema satu dewan itu dengan suara garang Kaizo "Lepas itu, aku minta bantuan daripada kawan-kawan iaitu Yaya, Ying dan juga Emmy"

"Hehehe... Emmy yang pasang mesin cuaca dekat tepi bangunan sekolah ni supaya nampak real!" muncul Emmy di sebelah Kaizo "Kakak tudung pink dan kakak amoi tolong Emmy pasangkan hologram hantu dekat dalam dewan ni. Korang sibuk sangat tengah susun dominos sampai tak sedar dia orang masuk ke dalam dewan"

"Ha ah, kita orang gunakan hologram hantu dari abang Kaizo" kali ini muncul pula Ying bersama Yaya "Hehehe.. walaupun agak kejam kita orang punya rancangan tapi memang menyeronokkan!"

"Hah, itulah korang.. nak sangat buat gurauan nakal dekat sekolah, kan dah kena dengan kita orang pula" Yaya mendarat di sebelah Ying "Aku harap, korang tidak akan mengulangi lagi. Biarlah kita jadikan pengajaran untuk diri kita semua"

"Dengar tu, Pang!"

"Dengar abang" kata Fang dengan rasa sedikit kecewa kerana operasi rahsia mereka terbongkar juga akhirnya "Tapi... rancangan kita orang bukan untuk cederakan sesiapa pun. Hanya untuk berikan keseronokan kepada orang lain sahaja. Nak buat orang lain terhibur, salah ke kita orang buat macam tu?"

"Salah tetap salah" tegas Yaya

Boboiboy, Fang dan Gopal tertunduk malu. Mereka tidak berkata apa lagi. Hanya diam sahaja sehinggalah Kaizo berkata sesuatu kepada adiknya

"Pang, walaupun kau buat salah pada malam ini tapi.. burger yang kau buat tu, rasa dia sedap dan sangat unik"

Terus mata Fang bersinar-sinar apabila dia mendapat pujian daripada abangnya tetapi dia berasa hairan. Kenapa burger yang diperbuat daripada makanan kucing rasa sedap pula? Beberapa hari yang lepas, Sai dan Shielda makan sup biskut kucing dan mereka tidak muntah pula. Kali ini abang dia pula. Adakah alien-alien spesis dia memang suka makan makanan yang pelik-pelik kecuali diri dia? Adakah dia selama ini memang manusia dan bukan alien? Adakah dia sebenarnya anak angkat sahaja?

"TIDAKKKKK!" Fang lari keluar dari dewan itu dengan merempuh pintu biskut dewan tersebut

"Apasal dengan adik aku ni?" Kaizo gelengkan kepala dia sahaja sambil melihat adik dia lari dari situ "Ada sesuatu yang tak kena dengan adik aku ke?"

"Entahlah abang Kaizo. Biarkan ajelah dia" Terus Boboiboy tersengih sambil fikirkan kenapa Fang menjerit secara tiba-tiba tadi "Hehehe.. apa-apa pun, korang takutkan kita orang tadi, memang terbaik!"

"TERIMA KASIH!"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top