Tetamu Istimewa Part II
Fang terjaga dari tidurnya kerana dia terkejut dengan satu jeritan dari seseorang. Dia menutup telinganya dengan bantal dan cuba hendak kembali tidur. Faye yang berada di bawah sedang menjerit-jerit di dalam dapur kerana ketakutan
"LI-LIPAS! SAI! TANGKAP LIPAS TU! AHHHH! LIPAS TU TERBANG!"
"BIAR AKU AJAR LIPAS TU! LEMPARAN KUALI HITAM!"
Fang terdengar beberapa pecahan kaca di dalam dapur. Dia tidak tahu apa yang pecah. Samada pinggang, cawan, mangkuk ataupun gelas yang pecah. Semakin lama semakin riuh keadaan rumah itu. Bunyi seperti ada benda jatuh pun boleh didengari oleh Fang
"ALAMAK! LIPAS TU PERGI SANA!"
"BERTENANG FAYE. AKU AKAN CUBA DAPATKAN LIPAS TU!"
"HATI-HATI SHIELDA!"
"BIAR IDOLI TANGKAP! TUKARAN KUCING!"
"IDOLI JANGAN!"
"MEOW MEOW MEOW MEOW MEOW MEOW"
Fang sudah dapat bayangkan rumah dia bertukar menjadi kelam-kabut. Dia tidak sanggup melihat rumah dia yang bersih, terus menjadi kucar-kacir dalam beberapa saat. Lalu dia bangun kerana sudah tiba masanya untuk dia munculkan dirinya. Dia tidak boleh berdiam diri sahaja. Dia juga terfikir, mana abang dia? Tak kan suara garang abang dia belum muncul lagi? Atau abang dia pergi latihan tempur awal pagi lagi?
"KENAPA KORANG SEMUA BUAT BISING NI HAH!"
"Hah! Tepat pada masanya" bisik Fang
Dia keluar dari bilik itu untuk melihat abangnya bertukar menjadi singa. Dia tersenyum bangga dan tiba-tiba, mata dia terkebil-kebil melihat keadaan rumah dia. Senyuman bangga dia terus berubah menjadi ternganga luas. Kerusi sofa sudah jatuh kebelakang. Bantal-bantal sofa itu sudah melayang ke tempat lain. Ada beberapa serpihan kaca di lantai ruang tamu. Kesan-kesan tapak kaki kucing di lantai dan juga di permukaan dinding
"RUMAH AKU!" jerit Fang "TAK GUNA PUNYA LIPAS! INI SEMUA SALAH KAU!"
"Eh... ingatkan dia nak salahkan kita orang" Faye garu-garu kepalanya sambil perhatikan Fang menghantuk-hantuk kepalanya di dinding denngan perasaan sedih
"LIPAS ADA DEKAT SITU!" jerit Shielda
Shielda cuba tangkap lipas itu dengan kedua tapak tangannya. Lipas itu terbang pergi ke tempat lain. Lalu ianya hinggap di atas almari buku. Mata Kaizo yang tajam itu, nampak di mana lipas itu berada sekarang ini. Lalu dia terjun dari balkoni rumah untuk pergi tangkap lipas tersebut. Lipas itu cuba melarikan diri tetapi Kaizo dengan pantasnya, dia mencantas lipas tersebut. Faye menjerit kerana lipas itu akhirnya terbelah dua akibat terkena pedang tenaga Kaizo
"HAHAHA! PADAN MUKA KAU!" Fang tergelak di balkoni koridor rumahnya
"YANG KAU TERGELAK-GELAK DEKAT SINI KENAPA? CEPAT KEMAS RUMAH NI!"
Fang merungut sedikit di dalam hatinya kerana bukan dia yang buat sepah tetapi dia terpaksa ikut cakap abangnya. Jikalau dia membantah, sudah tentu Fang akan dikenakan denda
"Abang aku dan hukuman.. mesti tidak dapat dipisahkan" bisik Fang sambil turun dari tingkat atas
"Apa kau cakap, Pang?"
"Adik cuma cakap.. abang nampak comel hari ni"
"Hmmm..." Kaizo terus angkat kening sebelah sambil perhatikan adiknya "Kau cuba puji aku ke?"
"Err.. takdelah.. hehehe.. adik bersihkan ruang tamu ni, baru adik kemaskan dapur"
"Bagus" balas Kaizo
"Fang.. biar kami bantu sekali" kata Shielda "Lagipun, kita orang yang sepahkan rumah ni"
"Jangan risaulah. Ini semua gara-gara si lipas tak guna tu" Fang tersengih sedikit "Korang kan tetamu.. tak baik suruh tetamu buat kerja"
"Takpe Fang, kita orang tak kisah pun. Kami akan bantu kau" kata Sai pula
Fang mengalah dengan adik beradik kembar itu. Lalu dia berikan arahan kepada mereka berdua. Faye juga turut menolong mereka mengemas balik rumah. Idoli masih lagi menjadi anak kucing. Dia mencuit-cuit lipas mati itu dengan kaki kucingnya. Selepas itu dia buat main. Orang lain sibuk kemaskan rumah, dia sibuk bermain dengan lipas sudah terbelah dua. Lalu Kaizo mengangkat anak kucing itu untuk dimandikan. Tiba-tiba Idoli berubah menjadi manusia kucing di dalam pegangan Kaizo
"Abang Kaizo nak mandikan Idoli ke?"
"Kau boleh mandi sendirikan?"
"BOLEH!" jawab Idoli
"Bagus.. pergi mandi. Lepas ni kita keluar"
"YEA! ABANG KAIZO NAK BELANJA IDOLI BELI MAINAN BARU!"
Kaizo terus tepuk dahinya sendiri. Idoli cepat pergi siapkan dirinya supaya diri dia wangi. Fang, Faye, Sai dan Shielda masih sibuk lagi mengemas. Sai dan Shielda kutip serpihan kaca dan letakkannya di dalam plastik hitam. Faye menyusun bantal-bantal di atas sofa yang sudah dibetulkan balik. Fang terpaksa bersihkan dinding dan lantai yang penuh dengan tapak kaki kucing. Dia rasa lega sedikit kerana television rumah dia masih elok dan tidak disentuh dalam kejadian tadi. Kaizo tidak pergi menolong, dia hanya naik ke atas untuk cucikan dirinya
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa jam kemudian, Kaizo sudah pun keluar dari rumahnya bersama Idoli. Mereka terus menuju ke kedai Tok Aba. Fang, Faye, Sai dan Shielda juga turut ikut mereka sekali. Rumah sudah dibersihkan, maka mereka semua boleh keluar untuk berseronok pada hari minggu. Idoli melompat-lompat sambil berjalan. Dia juga membawa beg kecilnya yang penuh dengan mainan. Dia mahu bermain di kedai Tok Aba. Fang juga ada bawa begnya sekali tetapi bukan mainan yang dia bawa. Dia hanya bawa tuala, seluar pendek dan juga botol air
"KITA SUDAH SAMPAI!"
Idoli berlari ke arah kedai kecil itu. Lynna ada di situ juga sambil menjamu selera di kedai Tok Aba. Setelah Idoli tiba di kedai itu, terus dia peluk belakang Lynna. Dia gesel-gesel pipinya di tubuh badan Lynna. Hati Lynna terkejut seketika
"Idoli.. terkejut akak" Lynna tersenyum sedikit
"Hehehe... tak sangka kak Lynna ada dekat sini" Idoli panjat kerusi sebelah untuk duduk "TOK ABA! IDOLI NAK WAFFLE VANILLA SATU!"
"Amboi... sampai sampai aje, sudah order yea" kata Ochobot
"Ala abang Bobot.. Idoli tengah lapar. Abang Fang tak buat sarapan hari ni sebab dia cakap, kita semua sarapan pagi dekat sini. Abang Fang nak belanja kita orang kot"
"Bila masa abang nak belanja" Fang sudah pun tiba di situ "Abang Kaizo yang nak belanja"
"OHH.. kalau macam tu, bolehlah Idoli order macam-macam" Idoli tersenyum lebar di situ "Tapi yang takde chocolate lah"
"Sini ada makanan apa?" tanya Sai
"Hah, kedai atuk ni kebanyakkannya jual menu chocolate. Nanti atuk buatkan air hot chocolate untuk kamu" kata Tok Aba sambil tersenyum "Meh duduk dulu, biar atuk buatkan untuk kamu semua"
"Terima kasih atuk" balas Sai sambil mengambil tempat duduknya
"Shielda tak nak order apa-apa ke?" tanya Fang
"Hmm.." Mata Shielda membaca satu per satu menu yang ada di situ "Cekodok chocolate tu apa?"
"Cekodok chocolate tu.. MEMANG SEDAP!" Muncul Gopal dengan air hot chocolatenya "Rugi kalau tak rasa. Shielda order apa sahaja, aku gerenti Tok Aba akan buat punya"
"Kalau macam tu, aku akan rasa cekodok chocolate tu"
"Bagus bagus" kata Gopal sambil angguk kepalanya dengan penuh bangga "Lepas tu, kau order chocolate waffle letak chocolate syrup dan chocolate ice cream.. memang melayang lepas tu"
"Haih Gopal, kau yang nak makan ke? Atau Shielda yang nak makan"
"Hehehe... saya bagitahu sahaja makanan apa yang terbaik dekat sini" Gopal garu-garu kepalanya sambil tersengih "Mana Boboiboy?"
"Kejap lagi sampailah dia tu" balas Tok Aba sambil berikan hot chocolate kepada Sai "Nah, minum elok-elok"
"Terima kasih, atuk"
Fang dan Gopal perhatikan Sai minum air hot chocolate itu. Mula-mula Sai mengambil bau terlebih dahulu. Selepas itu dia hirup sedikit air tersebut. Wajah dia terus berubah menjadi gembira. Dia tidak pernah minum air yang begitu sedap. Lalu dia minum air itu sampai habis. Dia tidak dapat tahan minum air panas itu
"Satu lagi Tok Aba!"
"Eh.. cepatnya kamu minum" Tok Aba ambil cawan kosong itu "Sedap sangatlah tu.. nanti Tok Aba buatkan lagi"
"Korang lepas ni nak pergi mana?" tanya Lynna
"Shielda pergi jalan-jalan dengan budak-budak perempuan. Dia orang cakap nak bawa Shielda pergi shopping" balas Fang "Dan Sai pula.. hehehee... adalah rancangan kita nanti"
"Rancangan nakal ke?" Kaizo muncul di belakang adiknya "Kau jangan nak buat nakal pula. Kalau tidak, aku akan menghukum kau"
"Asyik nak hukum adik aje. Abang pergilah buat kerja lain dan bagi adik buat nakal satu hari tanpa kenakan hukuman apa-apa" Merungut Fang pada ketika itu "Bila adik buat nakal sikit aje, terus nak bagi hukuman. Adik tak buat apa-apa pun, nak juga bagi hukuman. Lepas tu cari alasan kenapa nak denda adik. Apalah salah adik ni. Abang tahu tak.. abang ada adik seorang sahaja. Bagilah kebebasan dekat adik. Satu hari sahaja adik minta. Bukannya selama-lamanya"
"Yelah yelah.. kau pergilah buat kerja nakal tapi jangan nak ajar si Sai buat benda nakal sudah. Kalau abang tahu-"
"Abang akan bagi hukuman dekat adik.. yea yea, adik tahu"
Hati Kaizo seperti hendak hempuk kepala adiknya tetapi dia tenangkan dirinya. Fang tersenyum sinis kerana berjaya membuat abangnya tidak memberikan dia hukuman pada hari ini jikalau dia buat benda nakal. Rancangan dia pada hari ini adalah untuk membawa Sai bersiar-siar di sekitar Pulau Rintis. Boboiboy, Gopal dan Harraz akan ikut sekali. Shielda pula, dia akan pergi ke bandar untuk membeli belah bersama Yaya, Ying, Faye, Bella dan juga Lily
"Idoli pula, tak pergi mana-mana?" tanya Lynna lagi
"Idoli nak duduk sini sahaja. Idoli nak main-main dekat sini. Idoli ada bawa mainan sekali" Lalu Idoli keluarkan sesuatu dari begnya. Dia letak mainan cicak plastik di atas kaunter kedai itu
"CI-CAK?!"
Lynna terus pencutkan dirinya. Dia lari jauh dari kedai Tok Aba. Mulut Fang ternganga sedikit keranan dia tidak sangka Lynna takut kepada cicak. Kaizo hanya menahan gelakan dia. Selama ini, dia nampak Lynna seorang gadis yang tidak takut dengan sesuatu tetapi pada hari ini, dia sudah nampak apa yang Lynna takutkan. Idoli terus keluarkan mainan dia yang lain seperti mainan katak plastik, ular plastik, buaya plastik, lipas plastik, kala jengking plastik, lipan plastik dan tikus plastik
"Idoli nak takutkan pelanggan atuk hari ni ke?"
"Mana adalah Tok Aba. Idoli nak main dengan kawan-kawan plastik ni.. hehehehehe... tapi tak tahu pula kak Lynna takut dengan cicak. Kasihan cicak, mesti hati dia sedih. Kejap lagi Idoli happy happy kan cicak" kata Idoli kepada mainan cicaknya "Abang Bobot nak main dengan cicak tak?"
"Errr... takpelah" Ochobot terbang jauh sikit daripada Idoli "Dulu panggil aku abang bebola kuning, sekarang jadi Bobot pulak.. adeh.. macam panggil Boboibot" bisik dia seorang diri
Lynna tidak kembali di kedai itu. Kaizo mula rasa risau. Lalu dia pergi ke tempat lain untuk menghubungi Lynna. Sementara itu, Fang, Gopal, Faye, Sai dan Shielda mula menjamu selera di kedai itu. Kawan-kawan mereka tiba dalam beberapa minit kemudian. Boboiboy sudah membawa beg kecil. Begitu juga dengan Harraz. Budak-budak perempuan pula, sudah memakai pakaian lawa. Mereka semua tidak sabar untuk pergi membeli-belah di bandar nanti. Lily memakai jaket berwarna hitam dan di bahagian belakang baju itu ada gambar wajah Boboiboy
"Adeh.. Lily ni" bisik Boboiboy sambil tepuk dahinya sendiri "Sai, Fang... korang berdua sudah bersedia?"
"Sudah" jawab Fang sambil kunyah cekodok chocolate dia yang terakhir
"Kita ke mana?" tanya Sai
"Kita pergi mengembara!" jawab Gopal "Tapi bukan di angkasa.. kita ke suatu tempat yang istimewa"
"Mesti kau akan suka nanti" kata Harraz
"Tempat apa tu?" tanya Sai lagi
"Tempat misteri" Nada Gopal berubah menjadi menakutkan "Bila kau dah sampai situ nanti, mesti kau akan berseronok sampai tak ingat dunia"
"Sudah sudah.. kau jangan nak takutkan Sai pula. Makanan kau dah bawa?"
"Makanan semua aku dah bawa! Ada dalam beg aku" balas Gopal kepada Boboiboy "Jom kita pergi!" Dia terus pergi mengambil begnya yang tersadai di dalam sebuah gazebo, berdekatan dengan kedai Tok Aba
"Aku dah tak sabar ni. Jom semua!"
"JOM BBB-CHAN!" Lily kelip-kelipkan matanya kepada Boboiboy "BBB-CHAN, Lily nak ikut boleh?" Tiba-tiba Bella mengheret Lily jauh dari situ "BBB-CHAN! JANGAN LUPAKAN LILY!"
"Hehehe.. yea yea, aku tak kan lupakan kau" kata Boboiboy sambil tersengih
Lily melambai-lambai ke arah Boboiboy dengan perasaan sedihnya. Kini hanya tinggal budak-budak lelaki sahaja di kedai Tok Aba. Mereka semua sudah pun siap menjamu selera. Boboiboy, Fang, Gopal, Harraz dan Sai bergerak terus mulakan pengembaraan mereka. Sai tidak tahu kemana mereka akan bawa dia pergi, tetapi hati dia sudah mula teruja. Manakala budak-budak perempuan pula, mereka terus ke bandar untuk membeli-belah. Sepanjang perjalanan mereka ke bandar, Shielda hanya berdiam diri sahaja kerana dia tidak tahu apa yang dia hendak borakkan. Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily sudah kenal satu sama lain. Shielda rasa malu sedikit
"Shielda-san! Shielda jangan malu-malu dengan kita orang" kata Lily dengan senyuman manisnya "Shielda-san pun kenalah senyum-senyum macam kita orang juga"
"Kenapa?" tanya Shielda dengan nada serius
"Sebab.. sebab..." Lily garu-garu kepalanya untuk mencari jawapan
"Supaya kita nampak manis bila senyum"
"Hah! Betul kata Yaya tu" Lily berikan senyuman lebar dia kepada Shielda "Tak best kalau asyik serius sahaja. Nanti semua orang ingat kita ni tegas semacam, macam abang Kaizo"
"Tapi itu memang sifat aku" Shielda mendongakkan kepalanya untuk melihat langit biru pada pagi itu "Aku sentiasa diajar menjadi seseorang yang tegas tapi aku tidaklah segarang Kaizo"
"Hmm... boleh dikatakan alien-alien dari stesen TAPOPS, semuanya nampak serius aje yea"
"Betul tu Lily" balas Shielda "Tapi ada waktunya, aku akan senyum. Kalau nak dibandingkan diri kami dan si Fang tu, dia takdelah serius mana. Nak kata garang, tak juga tapi suka mengamuk"
"Kami sudah biasa dengan perangai dia yang suka mengamuk.. hehehe.. dia tu panas baran" ujar Yaya "Panas baran pun tapi hati dia tetap baik"
"Betul betul! Lily sokong sahaja! Hehehee... tapi kan tapi kan.." Lily terbayangkan wajah Boboiboy "MY BBB-CHAN LEBIH BAIK DARIPADA SI LANDAK TU!"
"Landak?" Shielda mengangkat kening sebelah
"Maaflah, kawan kami ni suka panggil Fang tu landak" jelas Bella
"Oh.. tapi dekat stesen TAPOPS tu, ada yang tidak segarang mana.. seperti Laksamana Tarung. Dia garang ikut waktu sahaja tapi bila time dia sedang berehat, hati dia lembut. Dia tu ada keunikan dia yang tersendiri"
"Wuuuu... apa keunikan dia?" tanya Lily
"Dia pandai menganyam baju" Shielda mula tersenyum "Dia pernah ajar kami tapi.. nampaknya, kami gagal dalam ajaran dia"
"Woo.. tak sangka pula Laksamana Tarung pandai menganyam"
"Tahu takpe Ying.. bolehlah aku minta tunjuk ajar dari dia" Mata Faye sudah bersinar-sinar "Aku akan pastikan Laksamana Tarung ajar aku untuk menganyam baju dan bila aku sudah mahir, aku akan buatkan baju khas untuk dia! Aku akan panggil dia sifu Laksamana Tarung!"
"Amboi kau, suka betul tapi bukan ke sudah tahu menjahit baju?"
"Betul tu Bella tapi aku nak belajar lagi. Aku nak menuntut ilmu dari sifu Laksamana Tarung! Lepas tu, aku akan buka butik aku sendiri. Aku akan pastikan jenama aku terkenal di seluruh galaxy!"
"Besar betul impian kau"
"Terima kasih Shielda" Faye peluk tubuh badannya sambil terbayangkan apabila dia sudah berjaya "Walaupun aku tidak ikut jejak langkah Fang dan abang Kaizo, aku akan pastikan aku tidak ketinggalan seperti mereka. Aku juga ingin berjaya dan buktikan kepada semua orang yang aku boleh!"
"Lily akan sentiasa berikan sokongan kepada Faye" Lily mengusap air matanya "Lily juga ingin berjaya seperti Faye.. LILY INGIN MEMPERKENALKAN KEREPEK PISANG DI SELURUH GALAXY! MUAHAHAHAHAHA! Tapi impian Lily yang sebenarnya adalah untuk sambung belajar di negara jepun!"
"Rasa cemburu pula bila kamu semua ada impian yang tersendiri"
"Kau mesti ada juga, Shielda"
"Adalah juga, Ying" Shielda berjalan di sebelah Ying. Lalu mereka belok ke kanan "Impian aku adalah untuk menjadi seorang adiwira yang sama hebat seperti Laksamana Tarung dan juga Kapten Kaizo"
"Lily yakin bahawa Shielda-san boleh menjadi seperti mereka! Ganbatte ne Shielda-san!"
"Err.. Ganbatte?" Shielda tidak tahu apa maksud ayat itu
"Hehe.. maksudnya ialah GOOD LUCK SHIELDA-SAN!" Lily terus peluk bahagian tepi Shielda tanpa rasa segan silu "Shielda ni comel sangat!"
"Adeh.. Lily ni terlalu peramah sangat.. hehe"
"Tahu takpe Yaya tapi asalkan dia gembira dan tetamu istimewa kita pun rasa gembira juga" jelas Bella "Seronok juga ada kawan baru dari angkasa tapi sayangnya, mereka datang ke sini untuk bercuti sahaja"
"Hmm.. agaknya, TAPOPS bagi tak dia orang tinggal sini" Faye mula terbayangkan wajah Kokoci yang garang "Mesti Kommander Kokoci tak bagi.. takpelah, asalkan kita dapat jumpa daripada tak dapat jumpa langsung"
Para gadis itu maju ke depan kerana mereka sudah hampir tiba di bandar Pulau Rintis. Mereka lalu di tepi taman bunga pulau itu. Mata Shielda terbuka luas melihat keindahan bunga-bunga yang ada di dalam taman itu. Dia masih ingat lagi kebun bunga di dunia fantasi. Semuanya sangat menakjubkan, bagaikan dia tidak mahu tinggalkan tempat itu. Shielda tersenyum bahagia melihat anak-anak kecil bermain di taman permainan bersama ibu bapa mereka ataupun dengan kawan-kawan mereka. Beberapa minit kemudian, mereka sudah pun tiba di bandar pulau itu. Kedai pertama sekali mereka pergi adalah kedai butik. Faye dan Lily sudah membawa Shielda ke sebuah kedai butik yang berdekatan
"Habislah Shielda.. mesti dia kena cuba setiap baju yang dia orang ambil nanti"
"Tahu takpe Yaya tapi mesti seronok!" kata Ying kepada kawan baiknya "Mari kita pergi!"
Apabila mereka sudah tiba di hadapan kedai butik itu, Faye mengajak Shielda masuk ke dalam kedai itu. Setiap pakaian di dalam butik tersebut, semuanya nampak bergaya dan berwarna-warni. Ianya tidak nampak seperti apa yang Shielda mahukan. Bagi dia, ianya tidak sesuai untuk diri dia. Lily sudah mengambil beberapa baju yang bukan mengikut gaya Shielda. Kesemuanya adalah pakaian yang Lily minat. Shielda terpaksa mencuba satu per satu, dari seluar jeans ke jaket denim yang bermanik-manik, Semuanya rasa tidak sesuai dengan Shielda
"Hmm..." Yaya terfikirkan sesuatu "Jom kita ke kedai lain pula tapi kali ini, aku yang pilih!"
"Ok!" kata Lily dan Faye secara serentak
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Boboiboy, Fang, Gopal, Harraz dan Sai sudah pun tiba di destinasi mereka iaitu tempat yang terkenal dengan perkhemahan. Selalunya orang-orang muda yang suka berkhemah di dalam hutan. Mereka mula masuk ke dalam kawasan hutan itu. Sebuah pintu gerbang itu menjadi tempat masuk utama. Mereka berjalan di atas laluan yang berbatu-bata itu. Bunyi-bunyi burung berkicauan, serangga berterbangan di sana sini dan juga air sungai yang mengalir, boleh didengari oleh mereka. Di situ, ada beberapa kumpulan remaja sedang berseronok bermandi-manda di dalam sungai. Mereka tergelak riang bersama rakan-rakan mereka. Ada sebuah keluarga yang tidak jauh dari situ, sedang sibuk menjamu selera di dalam sebuah pondok yang tersedia di tempat itu. Mereka tidak berhenti di situ kerana mereka ingin masuk lagi dalam. Perjalanan mereka masih jauh lagi
"Wei Boboiboy, kau nak pergi tempat air terjun ke?"
"Yelah Gopal" balas Boboiboy "Lagi jauh, lagi best"
"Adeh.. malasnya nak jalan jauh-jauh" mengeluh Gopal "Sudahlah beg aku ni berat, banyak sangat makanan aku bawak"
"Kau ingat kau sorang sahaja beg berat, beg aku pun berat" marah Fang
"Hmm.. yelah, beg korang pun berat kecuali Sai. Dia tak bawak apa-apa pun. Cemburu aku" Gopal mengeluh lagi
"Kau nak tolong bawakan beg kau?"
"KAU NAK TOLONG AKU KE, SAI?" Gopal terus keluarkan begnya dan berikan kepada Sai "Terima kasih Sai. Aku sangat gembira kerana sudi mengangkat beg berat ni"
"Takpe.. aku sebenarnya tak kisah pun" Sai memakai beg itu. Memang betul kata Gopal tadi, ianya memang berat seperti ada batu di dalam beg itu "Makanan apa yang kau bawa?"
"Wei, kau bawa makanan batu ke?" tanya Fang dengan nada kemarahan dia
"Dey! Mana ada! Mak aku ada buatkan mee goreng sedap! Lepas tu, makanan lain aku tambahkan.. hehe.. dah dah, jom kita teruskan lagi"
"Kalau makanan tak cukup nanti, aku adalah bawa sedikit makanan" kata Harraz yang ada di belakang mereka "Harap korang sukalah nanti sebab aku sendiri yang buat"
"Wah! Bagus tu Harraz! Aku akan cuba makanan yang kau buat tu nanti"
"Terima kasih Boboiboy tapi jangan marah kalau tak sedap" Harraz tersengih sedikit
Mereka berlima terpaksa mendaki bukit sedikit. Tempat yang mereka ingin pergi itu, ianya memang agak jauh tetapi berbaloi. Sai tidak rasa begitu penat kerana hati dia terasa seronok dengan pengembaraan ini. Gopal kelihatan penat dan dia meminta mereka duduk berehat terlebih dahulu. Gopal baringkan dirinya di atas tanah yang penuh dengan daun-daun kering
"Penat betul kau ni"
"Dah tu, banyak sangat berjalan.. penatlah aku" balas Gopal kepada Fang "Aku rasa macam nak tidur dekat sini"
"Kau jangan nak tidur, Gopal. Kita nak dekat sampai dah pun"
"Yea ke Boboiboy"
"Betul" Boboiboy berikan botol air dia kepada Gopal "Nah, minum air aku"
"Terima kasih kawan ku" Gopal dudukkan dirinya sambil mencapai botol air itu dari tangan Boboiboy "Ermm.. korang tak nak makan dulu ke?"
"Kau penat campur lapar ke?"
"Yelah.. aku bila penat, mesti lapar.. tak pun kalau aku lapar, mesti aku penat" jawab Gopal sambil tersengih kepada Fang "Begitulah nasib ku ini yang sentiasa kelaparan. Perut aku pun macam nak berbunyi aje"
"Kalau begitu, kita makan dulu sebelum sambung perjalanan kita" cadang Harraz "Lagipun dekat depan sana nanti, kita kena naik jambatan untuk sampai ke destinasi kita"
"JAMBATAN?!" Terkejut Gopal
"Kau tak pernah pergi sana ke?"
"Aku tak pernah, Boboiboy" Gopal kemurungan seketika "Aku setakat sampai dekat pintu masuk ajelah. Mana pernah sampai ke dalam.. adeh, jangan jambatan yang menyeramkan sudah"
"Hehehe.. dia tak tahu lagi tu" bisik Harraz kepada Boboiboy
"Eh, kau pernah pergi sampai sana?" tanya Fang
"Pernahlah juga tapi sekali aje" Harraz duduk di atas batu besar yang berdekatan di situ. Sambil dia bercerita, sambil itu dia keluarkan satu plastik makanan "Masa tu aku darjah lima lagi.. keluarga aku yang bawa kita orang ke sana. Time tu sebab nak meraikan kejayaan kakak aku. Jadi dia yang nak pergi lihat air terjun dekat sana"
"Ohh.. mesti bestkan time tu"
"Bestlah juga" Harraz bahagi-bahagikan sandwich telur kepada kawan-kawan dia "Aku hanya sekadar duduk tepi sebab takut nak terjun" dia tersengih sedikit
"Takpe, kali ni kau kena terjun juga! Tak boleh duduk tepi!" kata Boboiboy dengan penuh semangat. Lalu dia mengambil sandwich telur itu dari tangan Harraz "Aku makan yea.. hehehe.. mesti sedap"
Mereka berlima gigit sandwich itu sedikit. Wajah remaja-remaja lelaki itu berubah kerana rasanya, masin sedikit tetapi masing-masing tidak mahu kecilkan hati Harraz. Maka mereka makan sampai habis. Harraz tahu sandwich dia tidak begitu sedap. Dia tidaklah rasa begitu sedih kerana dia tahu, diri dia bukanlah pakar di dalam bidang memasak
"Fang.. kenapa kembar kau tak ikut?" tanya Sai secara tiba-tiba
"Kembar? Bila masa aku ada kembar?" Fang garu-garu kepalanya sambil fikirkan siapa kembar dia "Aku ada kembar ke selama ini?"
"Ala, yang si pendek, rambut macam kau dan pakai cermin mata tu" Sai cuba ingatkan balik nama budak kecil itu "Apa nama dia, aku lupa"
"Oh.. si Rizu tu" Boboiboy tersenyum sedikit "Dia tak nak ikut sebab.. sebab apa yea Fang?"
"Dia hari ni pergi rumah kawan baik dia" jelas Fang "Aku ada cakap dengan dia, kalau dia nak luangkan masa dengan kawan-kawan dia, pergilah. Aku tak kisah pun kalau dia nak ikut kita orang tapi jangan lupa dengan kawan baik dia sendiri"
Tiba-tiba Gopal rasa hendak menangis pula. Dia mengusap air matanya sedikit. Kepenatan dia terus hilang setelah dia habiskan kesemua sandwich yang ada di dalam beg plastik tadi. Dia tidak kisah rasa sedap ataupun tidak, asalkan perut dia sudah rasa kenyang. Lalu dia bangun dengan semangat baru
"Mari kita teruskan perjalanan kita!" Gopal mengetuai perjalanan mereka kali ini "Hehehe.. aku akan pastikan, pengembaraan kita ini amatlah berbaloi sekali untuk kita semua, terutama sekali si Sai!"
"Haih, terus bersemangat si Gopal ni"
"Tahu takpe, Boboiboy" bisik Fang "Apalah si Harraz letak dalam sandwich tadi tu, sampai bersemangat si Gopal"
"Err.. aku tak letak apa-apa pun. Hanya telur, mayonis, garam sedikit dan keju" jelas Harraz "Agaknya dia dah kenyang, terus bersemangat kot"
"Mungkinlah.. hehehee.. jomlah, sebelum si Gopal tinggalkan kita semua" Boboiboy kembali berjalan semula
Mereka sambung perjalanan mereka menuju ke sebuah jambatan tergantung. Jambatan itu tidaklah sepanjang mana tetapi ketinggian dia boleh membuatkan Gopal merangkak untuk menyeberangi jambatan itu. Di bahagian bawah jambatan itu adalah hutan belukar. Dari jambatan itu juga mereka boleh dengar pancutan air terjun. Mereka sudah semakin hampir di tempat itu. Boboiboy dan Fang berjalan di atas jambatan itu tanpa masalah. Sai berjalan sambil meletakkan kedua tangannya di bahagian belakang kepalanya. Dia seperti sudah biasa berjalan di tempat yang tinggi. Harraz pula, walaupun dia takut dengan ketinggian tetapi dia tetap beranikan diri, asalkan dia tidak pandang ke bawah. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh menyeberangi jambatan itu sewaktu dia kecil dulu. Satu langkah ke satu langkah dia bergerak secara perlahan. Gopal menelan ludah apabila dia pandang ke bawah. Jambatan itu bergoyang-goyang sedikit apabila dia mencecah kakinya di atas permukaan jambatan berkayu itu. Dia pejamkan mata sedikit dan lalu dia bukakan matanya sedikit. Dia terus berjalan sambil melihat belakang kepala Harraz. Boboiboy, Fang dan Sai sudah berada di penghujung jambatan tersebut. Harraz sudah pun berada di tengah-tengah jambatan. Dia berhenti dan mengambil nafas sedikit. Lalu dia teruskan berjalan. Boboiboy tidak putus-putus berikan sokongan kepada dua rakan lelakinya. Dia yakin mereka berjaya melintasi jambatan tergantung itu
"GOPAL! FIKIRKAN ADA AYAM GORENG DEKAT SINI!" jerit Boboiboy dengan penuh semangat
"Ok ok.." bisik Gopal. Lalu dia terbayangkan ada 3 ketul ayam goreng berada di hujung jambatan "Hehehe.. sedapnya kalau dapat makan ayam goreng sekarang ni. Apasal aku rasa macam nak patah balik dan terus ke bandar yea"
"GOPAL! Kau jalan macam biasa tapi jangan pandang bawah" kali ini kata pula Harraz
Harraz juga tidak mahu melihat Gopal berputus asa. Dia yakin orang-orang seperti dia dan Gopal, dapat memerangi ketakutan mereka. Walaupun jambatan itu bergoyang-goyang sedikit, dia tetap tidak cemas. Setiap langkah yang dia ambil, dia akan tenangkan dirinya dan fikirkan permandangan yang dia bakal dapat dilihat nanti. Sedikit lagi dia tiba di pengakhir jambatan itu
"Sedikit lagi Harraz! Aku tahu kau boleh! Kau cekal dalam menghadapi cabaran ini!"
Harraz terus maju ke depan tetapi kali ini pergerakan dia lebih laju sebaik sahaja dia diberikan kata-kata semangat dari Boboiboy. Akhirnya dia berjaya menyeberangi jambatan tergantung itu tanpa masalah. Dia bangga dengan dirinya. Sekarang ini, mereka terpaksa tunggu giliran Gopal untuk habis menyeberangi jambatan itu. Gopal berjalan agak perlahan. Fang sudah mula hilang sabar, lalu dia keluarkan harimau bayangnya
"Wei, kau janganlah takutkan Gopal macam tu pulak"
"Ala Boboiboy.. dia tu lambat sangatlah" marah Fang "Bagilah aku cepatkan sedikit dia tu"
"Kau ni.. tak baik tau buat macam tu dekat kawan sendiri"
"Yelah yelah.. aku tak buatlah" Fang terus hilangkan harimau bayang dia "Entah sampai bila si Gopal tu nak sampai sini"
"Kejap lagi sampailah dia tu" kata Sai. Dari tadi, dia hanya duduk senyap sahaja. Dia memang seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap "Baik kau duduk dan berehat sahaja dulu"
Fang mengalah, dia duduk bersila di bawah pokok sambil pejamkan matanya untuk tenangkan diri dia. Boboiboy masih lagi menunggu Gopal di hujung jambatan. Dia tidak akan duduk atau pergi ke mana-mana kerana dia tidak mahu Gopal keseorangan di jambatan itu. Lebih kurang 15 minit kemudian, Gopal berjaya mengharungi jambatan tergantung itu walaupun memakan masa yang agak lama sedikit. Terus dia rebah di atas tanah kerana kepenatan
"Bagi aku rehat 30 minit"
"Woi! Tak kan nak asyik rehat sahaja.. entah bila kita nak sampai, agak-agaknya malam nanti baru sampai tempat air terjun tu"
"Janganlah marah dia Fang. Lagipun dia sudah berjaya menyeberangi jambatan tu. Jadi kita bagi dia rehat 10 minit"
"5 minit sahaja" kata Fang kepada Boboiboy
"Hmm.. yelah, 5 minit sahaja" Boboiboy terus bersilang tangan "Gopal, kau rehat ok"
"Baiklah, Boboiboy. Bagi aku tidur boleh?"
Terus Gopal menggigil ketakutan apabila melihat tubuh badan Fang sudah diselubungi dengan kuasa bayangnya. Dia tidak jadi untuk tidur di situ. Lalu dia duduk sambil menikmati keindahan hutan-hutan di situ berserta dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Pemikiran mereka menjadi tenang seketika apabila tiadanya bunyi trafik, tiada asap-asap tebal dari kenderaan, tiada pencemaran bunyi dan mereka rasa ingin tidur di situ. Mata Gopal sudah semakin kuyu. Lalu Fang cubit lengan Gopal sedikit
"ADOI!"
"Hah! Cuba nak tidur yea" marah Fang
"Dey! Aku mana ada nak tidur. Aku cuma tengah menikmati keindahan dekat sini"
"Hmm.. boleh percaya ke ni?" Fang mengusap dagunya sambil perhatikan Gopal "Sudahlah, jom kita pergi daripada aku mengamuk dekat dalam hutan ni"
Fang terus berjalan ke depan tanpa pedulikkan tentang kawan dia yang lain. Harraz dan Sai cepat-cepat mengikut Fang dari belakang. Boboiboy hanya gelengkan kepala dia sahaja. Lalu dia menarik tangan Gopal untuk bangun dari situ. Selepas itu, mereka berdua sambung berjalan. Gopal nampak sedikit sedih kerana dia masih lagi rasa penat. Boboiboy berjalan di sebelah Gopal walaupun pergerakan mereka perlahan asalkan mereka sampai di tempat itu
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"WUUUUUUUU! BAJU MUSLIMAH WARNA HIJAU! SESUAI UNTUK SHIELDA-SAN!"
Mata Lily terus bersinar-sinar, bagaikan dia terpesona dengan sepasang baju jubah dan seluarnya yang lawa itu. Jubah itu mempunyai ukiran jahitan berbentuk bunga di bahagian kanan. Manakala sebelah kiri jubah itu hanyalah kosong sahaja. Bella dan Faye tersengih kepada pekerja kedai pakaian muslimah
"Maaf yea. Kawan saya tu terlampau teruja sangat" kata Faye
"Hehehe.. takpe" balas pekerja wanita itu
Shielda keluar dari bilik penyalinan baju. Dia rasa agak malu sedikit dengan pakaian baju kurung berwarna pink itu. Dia nampak comel dan ayu dengan pakaian itu. Yaya dan Ying nampak ketidakpuasan hati di mata Shielda. Mungkin baju itu tidak menarik di hati Shielda. Lalu Yaya bertanya
"Kenapa Shielda? Kau tak berapa suka ke?"
"Aku suka" jawab Shielda dengan sopannya "Aku bukannya mahu kecewakan hati kamu semua cuma... aku lebih selesai memakai pakaian yang serba besi. Baju ni memang membuatkan diri aku kelihatan ayu tapi.. itulah sifat aku, sudah selesa memakai baju besi aku"
"Hehehe.. tapi Shielda, dekat bumi ni.. takde jual baju besi" kata Yaya
"Agaknya dia nak baju Iron Man kot" kata Lily sambil fikirkan sesuatu "Tapi mana nak cari Tony Stark sekarang ni.. lebih-lebih lagi, dia wujud ke?"
"Aduh.. Lily sayang.." Bella belai kepala Lily sedikit "Tony Stark tak wujud yea. Ini mesti selalu sangat tengok video Robert Downey Junior sampai ingatkan dia tu Tony Stark"
"Hehehe.. betul betul!" kata Lily sambil angguk kepalanya "Jom kita ke kedai pakaian lain pula!"
"Jadi kau tak nak baju kurung ni?" tanya Yaya
"Terima kasih tapi aku tak tahu bila aku boleh pakai baju ni.. yelah, aku sentiasa ada misi sampai tiada masa untuk bergaya" Shielda rasa serba salah pada ketika itu "Tapi.. aku suka tengok tudung-tudung di sini. Semuanya lawa"
"Kau ambik lah satu. Nanti kita orang bayarkan" balas Yaya
"HAH! Aku tahu" Mata Faye sudah membulat besar "Shielda pergi tukar baju cepat. Aku bawa kau ke kedai lain. Tudung tu biar aku yang bayar! Hehehe... aku guna kad kredit dari ibu bapa aku!"
"Err.. ibu bapa kau tak marah ke?"
"Tak Yaya, dia orang ok aje" jawab Faye
Shielda terus kembali ke bilik penyalinan untuk menukar bajunya. Faye, Bella dan Lily memilih kesemua tudung dalam pelbagai warna. Yaya dan Ying tegur mereka bertiga kerana terlampau banyak sangat mereka hendak beli tetapi Faye tidak begitu kisah. Dia beritahu Yaya dan Ying, ini adalah pemberian mereka kepada Shielda
"Agaknya.. macam ni lah kot kisah Faye terjadi semasa dia dekat sekolah lama dia dulu" bisik Ying kepada Yaya
"Mungkin tapi aku harap, tiada siapa yang mengambil kesempatan dengan kemewahan Faye"
"Aku pun harap begitu, Yaya" kata Ying
Bella dan Lily bukan seperti kawan lama Faye dulu. Mereka tidak akan mempergunakan kemewahan Faye untuk dapatkan sesuatu. Setelah mereka selesai memilih tudung yang sesuai dengan Shielda, mereka pergi bayar tudung-tudung itu. Shielda keluar dari bilik tersebut. Dia agak terkilan dengan mereka kerana terlampau banyak tudung yang mereka ingin belikan untuk dia. Shielda tidak tahu bagaimana untuk menolak pemberian mereka. Semua tudung yang mereka ambil tadi, sudah siap dibayar
"Faye.. kenapa banyak sangat tudung kau belikan untuk aku?" tanya Shielda dengan kemarahan sedikitnya "Aku tak tahu macam mana nak bayar nanti"
"Jangan risaulah.. ini semu aku yang belanja!" kata Faye "Hehehe... anggap sahaja ini adalah hadiah daripada kita orang"
"Ok tapi ibu bapa kau tak marah ke?"
"Tak.. mereka ok cuma jangan nak belanja yang melampau sangat" balas Faye kepada Shielda
"Faye, aku rasa.. tudung ini semua sudah cukup untuk Shielda. Tak perlulah beli baju, seluar dan kasut sekali"
"Ok Yaya" Faye terima sahaja "Aku pun tak kisah sangat, asalkan Shielda happy. Hehehe.. jom kita ke kedai MAKE UP!"
Lily terus berlari keluar dari kedai itu kerana dia tahu, kedai solekan itu mempunyai pelbagai jenama solekan dan semuanya jenama yang terkenal. Dia lebih gemar memakai solekan di situ daripada membelinya. Dia terbayangkan kedai itu seperti taman permainan buat diri dia. Yaya, Ying, Bella, Faye dan Shielda terus ke kedai itu. Hanya satu sahaja kedai solekan yang terdapat di bandar itu. Mereka tidak perlu mencari Lily di mana dia berada kerana mereka sudah pun tahu. Kedai itu tidak jauh daripada kedai butik pakaian muslimah. Ianya selang beberapa kedai sahaja. Semasa mereka sudah sampai, Lily sudah memakai blusher di bahagian pipi kirinya
"Kedai apa ni?" tanya Shielda
"Kedai make-up!" jawab Ying dengan penuh semangat "Tapi Shielda mahu ke kita orang make up muka Shielda?"
"Err.. tak perlulah kot" balas Shielda sambil masuk ke dalam kedai tersebut
Mata Shielda memandang setiap barangan solekan yang ada di dalam kedai itu. Dia tidak begitu tahu bagaimana cara pemakaian dia dan kenapa ada terlampau banyak sangat alat solekan? Dia melihat warna-warna gincu yang tersedia ada di sebuah rak khas. Ada pelbagai warna yang dipamerkan di situ kecuali warna hijau. Dia mengangkat salah satu sample gincu yang berwarna merah. Lalu Bella tersenyum melihat Shielda
"Meh aku pakaikan dekat bibir kau"
"Pakaikan dekat bibir aku?"
"Yea Shielda" Bella mengambil gincu merah itu dari tangan Shielda "Hehehe.. nanti bibir kau nampak menawan"
"Wuuu.. Shielda mesti nampak anggun lepas ni!" Lily sudah bertepuk tangan. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu yang membuatkan hati gembira "EYELINER!"
Lily terus berlari ke bahagian eyeliner. Mata dia sudah bersinar-sinar dan lalu dia tergelak seorang diri. Yaya dan Ying tidak tahu apa yang Lily sedang ketawakan pada ketika itu
"Korang tak perasan ke, perangai Lily tu ada sedikit macam perangai Boboiboy Thorn"
"Yolah yolah.. aku pun ada perasan juga, Yaya" Ying telitikan telatah Lily pada ketika itu "Hehehe.. agaknya, kalau Lily dan Boboiboy Thorn jadi kawan baik, mesti lagi huru-hara jadinya"
"Hehe.. mesti menjadi bertambah seronok" kata Yaya "Alahai, macam manalah persahabatan mereka nanti. Tak dapat aku nak bayangkan"
Ying dan Yaya ketawa gembira di situ sehingga tidak sedar dengan perubahan di wajah Shielda. Wajah sang gadis alien itu sudah diberikan solekan yang lembut oleh Bella dan Faye sendiri. Shielda melihat wajahnya sendiri di cermin. Dia seperti tidak berkata apa kerana dia tidak mukanya sendiri. Dia nampak lain tetapi dia rasa, itu bukan diri dia. Shielda tidak mahu hampakan mereka. Lalu dia berikan sedikit senyuman ikhlas kepada mereka berdua
"Weee! Cuba tengok mata Lily macam siapa?" Lily kelip-kelipkan mata dia kepada rakan-rakannya "Cubalah teka macam siapa?"
"Err.. entah" jawab Bella
"Macam Fang?"
"Salah Yaya, salah! Cuba tengok Lily pakai apa" Lily kelip-kelipkan mata dia lagi
"Eyeliner?" jawab Ying
"Betul tu! Tapi macam siapa?" Lily tersenyum lebar sehingga nampak gigi belakang dia
"Macam siapa yea?" Faye garu-garu kepalanya "Macam Boboiboy ke?"
"Salah juga sahabat baik ku.. mata Lily, macam mata KAPTEN ABANG KAIZO! Hehehe... dia kan suka pakai eyeliner. Wuuu.. kalau beli satu untuk dia, ok juga ni" Lily mengambil sekotak eyeliner sambil tersenyum bersendirian "Hadiah hari jadi abang Kaizo.. hehehe"
"Tapi hari jadi dia lambat lagi, Lily"
"Takpe Faye.. ini adalah hadiah hari jadi dia paling awal! Mesti abang Kaizo akan suka! LILY PERGI BAYAR DULU!"
Lily melompat-lompat sampai ke kaunter pembayaran. Mereka hanya gelengkan kepala sahaja kecuali Shielda. Dia ketawa sedikit kerana sikap Lily sangat mencuit hati. Dia bagaikan tidak mahu tinggalkan planet itu, terutama sekali meninggalkan kawan-kawan dia. Mungkin dia ada masa lagi, dia akan datang ke sini lagi. Selepas sahaja Lily selesai membayar eyeliner itu, Yaya cadangkan mereka pergi minum dahulu di sebuah cafe yang berdekatan
"Nak cafe mahal ke atau cafe yang murah ala-ala hipster?"
"Mana-mana ajela, Bella. Asalkan cafe" jawab Yaya "Tak pun kita try cafe tu.. aku tak pernah pergi lagi"
"CAFE YANG SANGAT ROMANTIK TU? CAFE YANG LILY NAK BAWA BBB-CHAN TAPI DIA TAK NAK TU! WEEE! LILY IKUT SAHAJA!"
"AKU PUN IKUT SAHAJA!"
Tiba-tiba Shielda cuba menjadi Lily. Para remaja gadis itu pandang Shielda dengan wajah terkejut campur kepelikan. Mata mereka terkebil-kebil melihat gadis alien itu. Shielda terus tersengih sedikit. Lalu mereka gelak ketawa di situ sambil berjalan menuju ke cafe romantik yang dikatakan oleh Lily tadi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang, Harraz dan Sai berdiri dengan teguhnya di tepi sungai sambil melihat keindahan air terjun di sebelah kanan mereka. Mata Sai tidak percaya apa yang dia lihat pada ketika itu. Hati dia mengatakan dia perlu merasai bermandi-manda di sungai itu. Tubuh badan dia sudah bersedia untuk menikmati air sungai yang segar dan sejuk itu. Fang dan Harraz sudah membuka baju mereka dan letakkan beg mereka di bawah pokok tinggi. Lalu mereka terjun masuk ke dalam air sungai yang sejuk. Badan mereka menggigil kesejukan, bagaikan mereka terkena ice tetapi mereka abaikan rasa kesejukan itu. Mereka mengusap wajah mereka yang basah itu. Rambut Fang bukan lagi seperti landak
"SAI! CEPATLAH TERJUN MASUK!" Jerit Harraz
"Apa lagi Sai, pergilah join mereka" Boboiboy sudah tiba di situ bersama Gopal "Lepas kita main air sungai, bolehlah kita duduk makan sama-sama nanti"
Sai terus membuka baju putihnya. Lalu dia berlari dan terjun ke dalam sungai itu dengan gembiranya. Dia tidak sangka air sungai itu sejuk, lalu dia menggigil kesejukan seperti Fang dan Harraz tadi. Badan dia rasa segar pada ketika itu. Lalu dia berenang ke sana ke sini tanpa hiraukan yang lain. Dia rasa bebas dari semua masalah dan juga bebas dari misi-misi yang dia perlu lakukan. Fang dan Harraz melihat sahaja remaja alien itu bersuka ria di dalam sungai. Tanpa disedari oleh mereka, percikan air tempias ke arah mereka berdua. Boboiboy sudah pun terjun ke dalam sungai itu. Gopal tidak terjun, dia hanya turun sedikit demi sedikit untuk masuk ke dalam sungai itu
"Sejuk bebenar air sungai ni" kata Gopal selepas sahaja dia mencecah kakinya ke dalam sungai tersebut "Menggigil badan aku"
"Ala, masuk ajelah" kata Fang
"Aku nak masuklah ni. Boleh sabar tak"
Lalu Fang berikan beberapa percikan air ke arah Gopal. Mereka berdua mula berperang air di situ. Boboiboy terpaksa duduk jauh sedikit daripada menjadi mangsa dalam pertempuran air itu, ataupun dia gunakan kuasa airnya untuk sertai perang air mereka? Adakah dia akan masuk dalam kategori nakal juga nanti?
"Takdelah, kau tak nakal macam dia orang"
"ERK! MA-MACAM MANA KAU BOLEH BACA APA YANG AKU FIKIRKAN TADI?"
"Errr..." Lalu Harraz tersengih sambil garu-garu kepalanya "Takdelah, aku nampak kau macam fikirkan sesuatu.. samada kau fikirkan diri kau nak sertai mereka atau duduk diam dan lihat sahaja. Kalau kau join, mesti kau ingat diri kau tu nakal. Itu yang aku teka tadi tapi... tak sangka pula tekaan aku betul pula"
"Pemikiran kau ni memang diperlukan untuk sertai pasukan TAPOPS" muncul Sai di sebelah Harraz dengan nada seriusnya "Pasukan kami perlukan seseorang yang cekap, pemikiran yang tajam dan dapat meneka apa yang mereka fikirkan"
"Tapi... tapi... aku ni jenis bukan berani sangat"
"Takpe Harraz.." Sai terus tepuk bahu Harraz sedikit "Kami boleh bantu kau di sana nanti"
"Te-terima kasih.. rasa segan pula dapat dijemput masuk ke dalam pasukan TAPOPS"
"Tak perlu segan. Ini adalah satu penghormatan dari kami" kata Sai lagi dengan nada serius dia "Nanti aku beritahu kommander Kokoci"
"Dey, tak kan dia seorang sahaja, yang lain mesti nak masuk juga" Gopal tunjuk diri dia sambil berikan senyuman bangga dia "Contohnya diri aku"
"Hmm... itu pun aku akan beritahu kommander Kokoci"
"Terima kasih Sai" kata Boboiboy "Kalau aku dapat masuk nanti, aku tidak akan sia-siakan"
Sai berikan senyuman dia kepada Boboiboy. Lalu dia kembali sambung berseronok di situ. Alangkah indahnya jikalau dia dapat turun ke bumi setiap hari tapi apa boleh buat, jikalau dia selalu diberikan misi-misi untuk menyelamatkan power sphera. Mungkin cuti dia yang seterusnya, dia akan datang ke sini lagi atu mungkin juga dia pulang ke planet asal dia. Sudah sekian lama dia tidak pulang ke kampung halaman dia. Bagaimana agaknya kehidupan keluarga dia di sana? Adakah mereka semua sihat? Sai sudah mula rindukan kampung halaman dia
"Korang.. aku sebenarnya ada sesuatu nak beritahu.."
"Apa dia Sai?" tanya Boboiboy
"Kau nak kahwin ke?" Terus Fang tepuk kepala Gopal "DEY! Aku bergurau ajelah"
"Bergurau apa kebendanya!" marah Fang "Kau ni tak habis-habis dengan kahwin. Nanti aku kahwinkan kau dengan alien dari planet lain, baru kau tahu"
"Sudah sudah.. jangan nak bergaduh. Nanti aku ketuk kepala korang"
Terus Fang dan Gopal berikan percikan air ke arah Boboiboy. Mereka kembali berperang air semula di dalam sungai itu. Harraz tersengih sambil melihat mereka bertiga. Lalu dia bertanya kepada Sai
"Kau tadi nak beritahu apa dekat kita orang?"
"Hmmm.. sebenarnya aku kena kembali ke stesen TAPOPS esok" Sai kelihatan sedih apabila dia menyampai berita itu "Kommander suruh kami pulang awal"
"HAH! KAU NAK BALIK DAH!" Boboiboy, Fang dan Gopal menjerit secara serentak
"Awal betul kau kena balik"
"Yea Boboiboy" balas Sai "Kommander hubungi kami malam semalam. Dia cakap, kami perlu pulang ke stesen TAPOPS pada hari esok kerana ada perubahan jadual. Tak dapatlah aku nak duduk lama sedikit dekat sini"
"Kalau begitu, hari ini juga kau kena berseronok sampai kau puas dan penat! HEHEHEHE! JOM LAWAN PERANG AIR!"
Sai angguk kepalanya kepada Boboiboy. Mereka berlima sambung bermandi-manda di situ sambil bermain perang air. Masing-masing bergelak ketawa sehingga lupa masalah dunia. Selepas sahaja mereka habis bermain di dalam sungai, mereka duduk di tepi sambil menikmati makanan tengahari yang dibawa oleh Gopal. Mee goreng yang disediakan oleh ibu Gopal. Selain itu juga, ada beberapa makanan lain yang dibawa oleh Gopal, contohnya chocolate yang sudah cair, kerepek pisang, biskut susu, roti berintikan kacang merah dan juga 5 air kotak soya bean. Mereka makan sehingga kenyang dan akan berpatah balik untuk pulang ke rumah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cafe romantik kebiasaannya dikunjungi dengan pasangan kekasih ataupun rakan-rakan sebaya. Agak jarang sebuah keluarga mengunjungi cafe itu untuk duduk bermakan bersama-sama. Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily dan Shielda mengambil tempat duduk di bahagian luar cafe. Setiap meja di cafe itu di alaskan dengan sebuah kain berpetak-petak. Di tengah meja mereka pula, ada sebuah payung besar berwarna merah. Pesanan makanan mereka sudah pun dihidangkan di atas meja. Lima cawan teh oren, satu teko berkaca dan satu pinggan bertingkat yang dipenuhi dengan sandwich, kek-kek comel dan juga scone
"Kenapa yea, dia orang tak jual kerepek pisang ke, kerepek ubi ke ataupun kerepek bawang ke. Kan best kalau ada.. hmm.. hidup Lily tak kan sempurna kalau tiada kerepek"
"Merepek betul si Lily ni" bisik Bella "Ini kan cafe romantik yang sesuai untuk pasangan kekasih nak berdating.. hehehee"
"Kerepek pisang tak romantik ke?" Mata Lily terkebil-kebil melihat Bella
"Hmm... nanti kita buat kerepek pisang tu jadi makanan romantik ok" Faye tepuk-tepuk kepala Lily sedikit "Ok, jom makan! Aku sebenarnya memang sudah lama nak try cafe ni tapi.. kalau datang sorang, rasa macam sunyi aje tapi kalau datang dengan si Gopal tu, karang orang ingat yang bukan-bukan pula"
"Kenapa tak panggil kita orang aje?" tanya Yaya
"Sebab korang semua sibuk dengan kerja masing-masing" Faye kacau teh dia dengan sebatang sudu "Tapi takpe.. hari ini aku tak sedih dah! Aku gembira kerana akhirnya, impian ku tercapai!"
"Shielda.. makanlah. Janganlah pandang-pandang sahaja"
"Terima kasih Ying" Shielda pandang satu per satu makanan yang ada di pinggan bertingkat itu "Mana satu aku perlu cuba?"
"Hah, apa kata kau cuba scone ni" Yaya mengambil kuih scone dan letakkan di dalam pinggan Shielda "Scone ni sedap. Kau boleh sapukan dengan jem yang ada dekat sini. Strawberry jem ke, blueberry jem ke.. ataupun kau nak makan begitu sahaja pun boleh"
"Makan dengan nutella pun sedap juga" Bella terbayangkan makanan kegemaran dia iaitu Nutella
"Nutella tu makanan chocolate kan?"
"Betul tu Shielda!" kata Bella
"Maaf sebab aku banyak sangat tanya sebab aku mana pernah tahu tentang semua ini"
"Takpe Shielda, kita orang faham" Yaya tersenyum kepada Shielda "Tak salah untuk bertanyakan sesuatu"
"Korang semua memang baik, terutama sekali Faye. Aku agak malu sedikit nak terima hadiah pemberian kau ni" Kepala Shielda tertunduk sedikit. Dia malu melihat Faye ketika aku "Aku datang ke sini, tak bawa duit. Aku dan kembar aku, datang sini untuk melihat kehidupan Fang di planet ini bukannya untuk menghabiskan duit korang"
"Jangan risaulah, aku tak kisah pun"
"Betul ke Faye?"
"Betul Shielda" Faye terus tersenyum kepada Shielda "Kau tak perlu nak malu lagi. Kita kan nak berseronok hari ini. Tak nak sedih-sedih"
"Betul tu tapi... aku nak tanya kau Faye"
"Tanya apa, Yaya?"
"Kau jangan marah ok" Yaya diam seketika dan selepas itu dia mula bertanya "Masa dulu, dekat sekolah lama kau.. kau memang selalu sangat ke belanja kawan kau? Maaf sebab aku tanya begini. Aku takde niat nak buat hati kau tersinggung"
"Hmm.. takpe Yaya. Aku sebenarnya memang sudah lama lupakan perkara lama" Faye terus memandang langit biru "First aku belanja kawan lama aku adalah makanan. Dia orang happy aje sebab aku belanja. Aku ni suka tengok kawan-kawan aku happy, aku belanjalah dia orang macam-macam tapi semakin lama, semakin melarat. Dia orang nak apa-apa sahaja, dia orang akan pujuk aku untuk belikan. Jadi aku beli ajelah. Aku cakap, aku belanja tapi lama-lama aku sedar. Persahabatan kita orang selama ini macam palsu. Dia orang seperti mempergunakan kemewahan aku selama ini. Aku pun jarang ke sekolah dulu sebab nak elakkan diri daripada mereka"
"Maknanya, dulu kau kena buli dengan dia orang"
"Yea Bella" balas Faye "Buli suruh belanja itu ini.. tapi semenjak aku tinggal di sini, tiada seorang pun yang cuba menghubungi aku tapi.. aku tidak berapa kisah sangat kerana aku sudah jumpa sahabat sejati aku di sini"
"Cerita Faye.." Lily menghembus hidungnya di kain bersih "Membuatkan diri Lily menangis.. uwaaaa!"
"Aiyoo.. jangan menangislah, Lily"
"Maaf Ying.. hehehe.." Lily mengusap air matanya sedikit "Faye jangan risau, Lily dan Bella tidak akan buli Faye! Kami bukan seperti mereka!"
Faye kembali senyum bersama sahabat-sahabat dia. Lily suapkan sepotong kek comel di mulut Faye. Lalu mereka tergelak sakan di situ. Masing-masing berkongsikan tentang kehidupan mereka. Ada kisah sedih, ada kisah lawak dan ada juga kisah pelik tetapi kesemua kisah pelik-pelik itu, semuanya datang dari Lily
"Korang.."
"Kenapa Shielda?" Ying kunyah sandwich salmon sambil melihat Shielda "Kau ada soalan ke?"
"Tak.. sebenarnya aku nak beritahu. Esok aku kena balik ke stesen TAPOPS"
"Ke-kenapa Shielda-san nak kena balik dah?" Lily mula kembali sedih
"Ha ah, kenapa?" Yaya agak terkejut sedikit dengan berita itu
"Sebab kommander sudah panggil kita orang semenjak malam semalam lagi. Jadi hari ini adalah hari terakhir aku dapat bersuka ria dengan korang" balas Shielda dalam perasaan serba salah "Aku nak ucapkan terima kasih kerana bawa aku dan kembar aku jalan-jalan di Pulau Rintis. Sudah banyak benda kami lihat dan belanja. Mungkin satu hari nanti, kami akan kembali ke sini lagi"
"Kalau boleh, bawa si kuih koci tu! Lily nak buat perbandingan kepala dia dengan kuih koci.. hehehee"
"Kau ni Lily, suka bebenar cari pasal dengan alien-alien garang"
"Hehe.. biasalah Bella, itu sudah menjadi kebiasaan Lily!" kata Lily dengan penuh bangga "Hah! Nanti Lily bagikan hadiah kamus jepun dan juga kamus bahasa itik. Kamus ni, milik Lily sendiri. Jadi Shielda-san terimalah nanti ok. Lepas tu bolehlah kita ke negara jepun, cakap bahasa jepun dengan dia orang! Wuuu.. mesti best!"
"Bahasa itik tu?" Shielda tidak pernah dengar bahasa itik selama ini
"Bahasa itik tu.. manalah tahu ada gunanya nanti. Bolehlah Shielda-san berborak dengan alien itik yang ada dekat angkasa tu. Hehehe.." Lily mula bercakap di dalam bahasa itik "Quack quack quack quack quack quack quack quack"
"Err.. Quack?" Shielda balas balik sambil tersengih
Mereka tergelak di situ bersama. Shielda akan menikmati dan menghargai waktu itu bersama rakan-rakan bumi dia. Kenangan ini akan kekal di dalam memori dia buat selama-lamanya. Dia akan kembali ke sini suatu hari nanti
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Idoli! Tolong atuk hantarkan air ni dekat pelanggan atuk"
Idoli menukarkan dirinya menjadi manusia kucing. Pada ketika itu, dia sedang gigit ekor mainan cicak. Cicak mainan itu tergantung di mulut Idoli. Tok Aba tidak perasan dengan perbuatan Idoli kerana dia terlalu sibuk siapkan makanan dan minuman untuk para pelanggannya. Idoli mengangkat cawan hot chocolate itu dan lalu pergi ke meja yang memesan air itu. Sewaktu Idoli letak cawan itu di atas meja, salah seorang pelanggan di situ menjerit ketakutan
"CICAK!"
Mereka lari dari situ. Tok Aba mengeluh kecil dan terus menepuk dahinya
"Ochobot"
"Yea atuk"
"Tolong panggil Kaizo.. suruh dia bawa balik si Idoli" kata Tok Aba sambil perhatikan Idoli bermain dengan cicak mainan dia "Adeh.. langsung tak rasa bersalah budak ni" bisik dia seorang diri
"Baik atuk.. kasihan Tok Aba"
"Memang kasihan pun.. haih, rosak bisnes atuk hari ni"
Tok Aba kemurungan seketika melihat pelanggan dia menjerit dan lari kerana mainan Idoli bersepah di sekitar kedainya. Tok Aba sendiri tidak sanggup memarahi budak kecil comel itu. Dia terpaksa menghubungi Kaizo untuk membawa Idoli pulang ke rumah. Hehehe.. bertabahlah Tok Aba. Agaknya, pada ketika ini, kemana Kaizo pergi yea?
-------------------------------------------------------------------------------
Maaf kalau rasa kurang memuaskan T_T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top