Taksub
Lily tergelak seorang diri di dalam makmal Emmy. Dia begitu suka melihat seekor kucing alien bermain-main dengan Picu. Kucing alien itu bukanlah Idoli tetapi seekor bintang kucing yang bernama Cattus. Picu begitu seronok melompat-lompat di belakang badan Cattus. Kucing itu pula, berlari ke sana ke sini di sekitar makmal itu. Tiba-tiba Lily rasa sedikit mendung. Dia mendongak sedikit dan terkejut melihat wajah Fang yang begitu tegas itu
"Wei! Bila masa kau culik Picu dan Cattus tu?"
"Errr.. Lily ambik dari rumah landak tadi.. hehehehe.. kebetulan Lily nampak kucing Cattus ni tengah main dengan Picu. Lepas tu Lily bawa dia orang ke sini. Tapi... Lily tak nampak Idoli.. mana dia pergi?" Lily terus garu-garu kepala dia sebab gatal
"Idoli pergi ikut abang dia" balas Fang sambil bersilang tangan "Macam mana kau boleh masuk rumah aku?"
"Lorr.. itu pun landak tak tahu ke" Fang geleng kepalanya kepada Lily "Senang aje.. Faye bukakan pintu untuk Lily tapi... dia cakap dia nak pergi keluar makan dengan Gopal. Lepas tu Lily nampak dua ekor ni, terus Lily datang ke sini!"
"Oh, begitu ceritanya.. selamatlah abang aku tak tahu kau yang culik dua ekor ni"
"Abang Kaizo pergi dating.. hehee.. Lily nampak dia dan kak Lynna tengah berjalan dekat taman bunga" Tiba-tiba mata Lily bersinar-sinar sambil melihat dinding makmal itu "Lily dapat rasakan aura cinta mereka di situ. Agaknya, aura diantara Lily dan Boboiboy ku seperti mereka juga?"
"Perasan aje lebih" bisik Fang "PICU! CATTUS! JOM BALIK!"
"Meow meow meow meow"
"Cattus cakap.. dia tak nak balik, dia nak main dengan Picu dekat sini"
"Meow meow meow meow meow"
"Dia cakap apa lagi?" soal Fang
"Dia cakap.. landak balik rumah dulu, nanti si Cattus suruh katak pili hantar dia orang balik rumah" balas Lily sambil angguk kepala dia
"Hehehe.. bagus Cattus, panggil si pelik ni katak pili lagi" Fang ketawa kecil di situ "Korang mainlah.. aku nak balik rumah, nak kemas rumah, lepas tu terus ke sekolah!"
"Bukan hari ini hari sabtu ke?" Muncul Emmy dengan tangannya memegang sebuah dulang. Di atas dulang itu terdapat beberapa botol kecil dalam pelbagai warna "Abang Fely ada latihan sukan ke hari ni?"
"Ha ah, latihan bola keranjang"
"Ohhh.. Lily baru ingat, hari ni LILY ADA KELAS RENANG DEKAT SEKOLAH! ALAMAK!" Lily terus lari keluar dari makmal Emmy "KIRIM SALAM DEKAT BOBOIBOY NANTI! LILY AKAN KEMBALI LAGI!"
"Dasyatnya sekolah kakak Milly.. ada kolam renang lagi"
"Sekolah orang kaya kot" kata Fang "Emmy jaga Picu dan Cattus ni, abang Fely nak balik rumah dah. Lepas tu pergi sekolah. Mesti ramai peminat abang tengah tunggu dekat sekolah nanti.. hehehee"
"Meow meow meow" Cattus geleng kepala dia
"Apa kucing tu cakap?"
"Entahlah abang Fely" balas Emmy "Emmy tak pasti apa yang dia cakap tapi.." Dia mengusap dagunya sambil melihat Cattus dan Picu "Macam menarik aje kalau Emmy ciptakan ciptaan terbaru ni"
"Errr... abang pergi dulu yea.. Emmy pergilah cipta apa yang Emmy nak cipta"
"Ok abang Fely" Emmy terus abaikan Fang. Dia angkat Cattus sambil tersenyum lebar "Kita akan berseronok nanti!"
Fang menyusur keluar dari makmal itu. Hari Sabtu sepatutnya adalah hari untuk dia berehat tetapi dia perkara-perkara lain yang dia harus lakukan. Pertama sekali adalah mengemas rumah yang abang dia suka buat sepah. Kedua adalah latihan bola keranjang di sekolah dan yang ketiga, malam nanti dia ada latihan tempur di kapal angkasa. Dia dapatkan rasakan bahawa esok dia akan tidur sepanjang hari
"Adehh... boleh ke malam nanti aku buat latihan tempur dengan abang aku nanti?" bisik Fang sambil mengeluh sedikit
Sebuah droid robot membuka pintu rumah itu untuk Fang. Rumah Emmy penuh dengan robot-robot dan semuanya adalah seperti orang gaji Emmy. Si gadis bijaksana itu tidaklah rasa sunyi kerana dia selalu ditemani oleh robot-robotnya. Ada yang boleh berkomunikasi dengan Emmy. Fang mengucapkan terima kasih kerapa droid itu sebelum dia melangkah keluar dari rumah agam itu. Semenjak bila rumah Emmy jadi rumah agam? fikir Fang
"Pelik aku... setiap kali aku datang, rumah ni akan jadi lebih besar pulak" Fang garu-garu kepalanya sambil melihat rumah agam itu
"Hehehee... bukan kau sahaja yang rasa pelik, aku pun rasa pelik juga" Fang melirik matanya ke sebelah kiri. Boboiboy ada di situ dengan pakaian baju sukannya "Mungkin Emmy ubahsuai rumah dia kot. Dia tu kan genius"
"Hmm.. mungkin juga. Kau dari mana ni?" tanya Fang kepada kawan dia bertopi oren itu
Mereka berdua berjalan keluar dari halaman rumah Emmy dan terus belok ke kanan.
"Aku dari sekolah tadi" balas Boboiboy "Aku ada latihan bola sepak tadi. Bella, Yaya dan Ying masih lagi dekat sekolah. Si Gopal entah ke mana"
"Gopal pergi keluar makan dengan sepupu aku" kata Fang dengan nada bosannya "Makan aje kerja dia orang tu"
"Hehehe.. biarkanlah dia orang, asalkan dia orang bahagia. Kau nanti ada latihan bola keranjang kan"
"Ha ah tapi aku kena kemaskan rumah dulu. Lepas tu terus ke sekolah" Fang mengeluh kecil "Kalau aku biarkan bersepah, nanti abang aku akan sepahkan rumah berganda-ganda. Dia tu mana reti nak kemas sangat. Kau suruh pun, sikit aje dia pergi kemaskan"
"Hehee.. tapi abang kau cakap, kalau dia yang kemas, nanti kau pergi kemas balik sebab tidak ikut kekemasan kau"
"Memang pun"
"Tapi.."
"Tapi apa lagi?" Fang berikan renungan tajam ke arah Boboiboy
"Tapi... kalau orang lain yang kemaskan pun, kau akan tetap kemaskan balik walaupun rumah kau dah bersih dan kemas" Boboiboy terus tersengih "Hehehe... oklah, aku balik dulu. Jumpa esok"
Boboiboy dan Fang terpisah di situ kerana mereka mengikut jalan yang berlainan. Fang mengambil jalan terus ke depan dan Boboiboy pula, dia mengambil jalan yang ke arah taman Pulau Rintis. Fang mendongak ke langit sambil berjalan di kawasan perumahan itu. Dia terbayangkan beribu-ribu donut lobak merah jatuh dari langit terus ke bumi. Perasaan dia pada ketika itu, rasa sedikit bahagia sehingga dia tidak melihat ke depan. Dia terlanggar badan seseorang iaitu abang dia sendiri
"PANG! MATA KAU DEKAT MANA?"
"Abang, boleh tak jangan menjerit" perasaan Fang berubah menjadi geram "Bukan ke abang ada dekat taman, dating dengan kak Lynna"
Kaizo ketuk kepala adiknya
"Aku bukannya pergi berdating dengan dia. Aku ada hal lain dengan dia"
"Apakah hal itu selain daripada dating? Temu janji makan dekat luar?" Fang bersilang tangan sambil perhatikan wajah abang dia yang serba serius itu "Atau abang pergi keluar shopping dengan dia?"
"Bukan" balas Kaizo "Aku cuma temankan dia dan Rizu pergi ke bandar. Dia orang nak tengok movie.. aku tak ikut sebab nak bersiap sedia dengan latihan tempur dekat kapal angkasa nanti. Kau lepas habis latihan bola keranjang, terus ke kapal angkasa.. FAHAM!"
"Baiklah abang ku yang garang"
"Bagus.. jangan nak merayap ke mana-mana" kata Kaizo dengan tegasnya "Kalau kau lari dari latihan tempur kau, aku akan cari kau sampai dapat"
"Jangan risaulah abang, adik tak kan lari"
"Bagus.. jumpa lagi" Kaizo terus bergerak sambil menghubungi Lahap menggunakan jam kuasanya
Fang sambung perjalanan dia ke rumah. Setelah dia sampai di hadapan rumahnya, dia membuka pintu pagar itu dan terus masuk ke dalam. Tiada ada apa-apa yang pelik berlaku. Semuanya seperti biasa. Halaman rumah dia masih lagi seperti dulu. Tiada taman atau tumbuhan lain selain daripada sepohon pokok yang tiada daunnya. Pikachu dan Shadow ada di atas tembok pagar. Mereka kini sedang bermalasan iaitu tidur. Fang berjalan ke pintu rumahnya. Dia perasan ada sekeping nota ada di permukaan pintu. Fang cabut nota itu
"Fang tak perlu kemas sebab akak sudah kemaskan..." Fang tersenyum lebar sampai ke pipi. Tiba-tiba tangan dia terasa gatal untuk mengemas balik rumah "Jangan Fang, kau jangan terlampau OCD sangat. Biarkan aje dan terus ke sekolah" kata dia kepada dirinya
Secara perlahan, dia pusing kebelakang dengan hati dan perasaan dia yang tidak tenteram. Dia kuatkan diri dan tumpukan dirinya untuk ke sekolah. Dia paksa kaki dia untuk bergerak ke pintu pagar rumahnya. Fang mengheret kakinya keluar dari halaman rumah itu. Dia berjalan begitu perlahan sekali. Hati dia berkata dengan dia, yang dirinya perlu pergi balik dan kemaskan balik rumah itu semula
"Tak.. aku tak kan buat begitu. Aku bukan lagi seperti dulu, aku ingin berubah" kata Fang sambil menggenggam kedua tangannya "Aku akan pergi ke sekolah dan berlatih tanpa fikirkan tentang ini semua. Ya, aku akan buat begitu"
Pikachu dan Shadow terjaga dari tidur mereka. Dua ekor kucing itu rasa hairan melihat gelagat Fang pada ketika itu. Kaki Fang seperti mahu berjalan tetapi pada waktu yang sama, ianya mahu pusing balik dan masuk ke dalam rumah. Fang sudah hilang akal. Walaupun dia sudah pujuk dirinya, dia tetap mahu berlari dan masuk ke dalam rumahnya untuk bersih rumah itu semula. Fang mula hantuk kepala dia di tembok pagar. Perbuatan dia itu telah diperhatikan oleh dua makhluk, satu alien dan satu lagi adalah robot berwarna ungu. Adudu perhatikan Fang dari jauh. Di tangan dia ada sebuah pistol penembak. Ianya adalah ciptaan Adudu sendiri
"Hehehee... kita lihat, betapa hebatnya ciptaan aku kali ini" Adudu menekan suis merah dan terus halakan ke arah Fang. Beberapa gelung berwarna merah meluru ke arah Fang "Probe, kali ini... kita akan berjaya tumpaskan superhero bumi ni"
"Hehehe... saya pasti idea encik bos tidak akan gagal!" Probe berpusing-pusing di sebelah Adudu
"Bagus.. mari kita lihat apa akan terjadi dengan si Fang tu"
Mereka berdua perhatikan Fang setelah Adudu berikan tembakan tadi kepada remaja berambut cacak itu. Fang berhenti menghantuk kepalanya di dinding tembok pagar itu. Dia terus melihat tembok itu dengan begitu lama sekali
"Isk, kotornya tembok ni! Kucing aku ni pun, kotor juga.. nak kena bersihkan dia orang ni. Lepas tu bersihkan tembok ni, baru nampak kemas dan bersih" Fang mengangkat dua kucing peliharaannya "Jom, kita pergi mandi.. lepas tu aku nak bersihkan satu rumah. Aku tahu bilik abang aku tu mesti banyak habuk"
Fang kembali masuk ke dalam halaman rumahnya. Dia melihat kanan dan kiri halaman itu. Terus dia gelengkan kepalanya. Dia perlu buat sesuatu supaya ianya nampak kemas. Adudu dan Probe berpuas hati dengan hasilnya. Mereka tergelak di situ seperti orang gila. Dia tidak sabar untuk melihat Fang taksub dengan kebersihan dan abaikan benda lain
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo lap peluh dia dimukanya setelah selesai menjalani latihan tempur di kapal angkasanya. Selepas itu, dia melihat jam kuasanya. Adik dia masih belum tiba lagi. Dia sudah berada di kapal angkasa selama 5 jam
"Bukan ke si Pang tu patut sudah berada di sini sejam lalu.. mungkin latihan bola keranjang dia lebih lama seperti biasa?" Kaizo mengambil botol airnya yang ada di tepi dinding besi kapal angkasa itu "Kalau sejam lagi dia takde.. aku akan menghukum dia nanti"
"ABANG KAIZO!"
Itu bukanlah suara adiknya iaitu Fang. Kawan baik adik dia baru tiba di kapal angkasa itu. Riak wajah dia kelihatan cemas. Jantung Kaizo terus berdengup begitu laju. Dia takut jikalau ada berita buruk dari Boboiboy. Dia tidak mahu adiknya ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik
"Kenapa kau ada di sini? Mana si Pang tu?"
"Abang Kaizo kena turun ke bumi.. Fang..." Boboiboy menarik nafas sedikit "Fang ada dekat sekolah tapi dia bukannya berlatih, dia bersihkan satu sekolah"
"Bersihkan satu sekolah?" tanya Kaizo sambil mengangkat kening sebelah
"Ha ah, lepas tu.. dia cakap, kalau nak suruh dia bersihkan rumah, kena berikan dia donut lobak merah dan satu lagi tentang popular.. itu sahaja yang saya ingat"
"Dah gila ke adik aku tu?" bisik Kaizo "Ayuh, kita ke bumi sekarang juga. Aku perlu ketuk kepala dia untuk betulkan apa yang tak betul dari adik aku tu"
Boboiboy tepuk dahinya sendiri. Dia rasa Kaizo tidak perlu ketuk kepala adiknya kerana kepala Fang bukanlah batu
"LAHAP! TURUNKAN KAMI KE BUMI!"
"Baik kapten" jawab Lahap di dalam bilik kawalan kapal angkasa "Kapten aku tu, tak perlu guna alat pembesar suara pun takpe. Jeritan dia boleh dengar sampai sini"
"APA KAU TENGAH CAKAP TU, LAHAP!"
"Err.. takde apa" kata Lahap
Dia pelik, macam mana kapten dia boleh dengar apa yang dia katakan tadi. Padahal medan latihan tempur dan bilik kawalan agak jauh sedikit. Mungkin di dalam bilik itu ada mikrofon tersembunyi. Lalu Lahap pandang sekitar bilik itu kerana rasa cemas sedikit. Dia mengendali kapal angkasa itu terus ke bumi. Sesudah sahaja sampai di Pulau Rintis, Kaizo dan Boboiboy turun di hadapan sekolah
"Mana si budak Pang tu?"
"Errr..." Boboiboy membawa Kaizo ke sebuah bangunan sekolah "Dia ada dekat dalam kelas tu.. tak tahulah kalau dia ada dekat situ lagi ke tak"
"Apa dia buat dekat dalam kelas tu?"
"Bersihkan kelas.. dia siap buang meja atau kerusi yang sudah rosak" kata Boboiboy lagi "Dia cakap, semua yang dah rosak.. dia akan buang"
"Siapa jaga dia sekarang ni?" tanya Kaizo lagi. Kali ini, pertanyaan dia berubah menjadi serius
"Yaya dan Ying" balas Boboiboy sambil membawa Kaizo ke tingkat atas "Itu pun dia orang"
Boboiboy boleh nampak Yaya dan Ying berada di hadapan pintu kelas yang tidak jauh daripada tangga sekolah. Kedua gadis itu sudah beberapa kali cuba menghalang perbuatan Fang itu tetapi mereka dihalau oleh remaja lelaki alien itu. Sudah beberapa kali juga Fang menggunakan kuasa dia untuk menghalau Yaya dan Ying daripada cuba menganggu dia. Kaizo dan Boboiboy berlari ke pintu kelas itu. Kaizo tidak terkejut melihat adiknya mop lantai kelas itu. Betapa bersihnya kelas itu dan tiada satu habuk yang dapat dilihat oleh mereka. Kipas, cermin, almari, meja dan kerusi, semuanya bersih
"Pang, kau sudah demam ke?" Kaizo menjejak kakinya masuk ke dalam kelas itu
"Mana ada.. adik nak pastikan sekolah ni bersih. Banyak sangat benda adik kena bersihkan.. sampah-sampah dalam kelas ni, adik sudah buang. Belum lagi kelas sebelah, mesti lagi teruk dari kelas ni" kata Fang. Dia begitu tekun mop lantai kelas itu sehingga tidak pandang langsung abangnya "Jangan nak halang adik.. adik tengah buat kerja ni"
"Kau ni terlebih makan donut lobak merah ke?"
"Takdelah abang.. adik tak sempat nak makan donut lobak merah hari ni" balas Fang lagi
"Rajin betul dia ni" bisik Boboiboy "Apa kita perlu buat abang Kaizo? Kurungkan dia dekat penjara TAPOPS?"
"Apahal kau nak aku kurungkan si budak Pang ni?"
"Err.. sebelum dia bertindak lebih ganas lagi, baik abang Kaizo kurungkan dia dekat penjara"
"Adakah adik aku akan bertindak lebih ganas walaupun dia sekadar mencuci sekolah ini?" Kaizo berikan renungan tajam kepada Boboiboy "Kau fikir perkara buruk akan terjadi ke nanti?"
"Saya bagi cadangan aje" Boboiboy tersengih sedikit
"Boleh ke dia bertindak lebih ganas nanti?" tanya Yaya
"Aku tak pasti maaa... tapi kalau dia kemaskan rumah aku, aku bagi aje.. hehehee" Ying tergelak sedikit
"Kalau kau nak aku bersihkan rumah kau, bagi aku donut lobak merah sebagai upah.. lepas tu beritahulah dekat orang lain, yang aku boleh bersihkan rumah dia orang DAN AKU AKAN MENJADI POPULAR NANTI! HAHAHAHAAA!"
"Tak habis lagi dengan popular dia" kata Boboiboy, Yaya dan Ying serentak
"Kamu bertiga, tengok kan dia buat sementara ini. Aku kena siasat apa yang sebenarnya berlaku"
"Baik abang Kaizo"
Fang buang bakul sampah yang sukar hendak dicucikan ke dalam sebuah plastik hitam yang besar. Mengikut kata dia, benda yang sudah rosak, kena buang dan gantikan dengan benda baru. Dia cabut kertas-kertas dipapan kenyataan kerana semuanya sudah koyak. Tingkap kaca yang sudah pecah pun, dia cuba hendak cabut dari jendela itu
"Makin menjadi-jadi si Fang ni" bisik Boboiboy
"Ada sesiapa lagi yang terkena selain daripada adik aku?"
"Rasanya.. tiada siapa kot" jawab Boboiboy yang tidak teragak-agak itu "Sebab saya nampak dia seorang sahaja yang berkelakuan pelik"
"Kalau begitu, kalau ada apa-apa benda pelik berlaku, beritahu aku dengan segera" Boboiboy, Yaya dan Ying mengangguk kepala mereka kepada Kaizo "Jangan biarkan dia hilang dari pandangan kamu bertiga"
Kaizo melihat adiknya seketika sebelum dia pergi. Fang kini sibuk mengelap tingkap yang banyak habuk itu. Kaizo beredar dari situ. Dia turun tangga dengan perasaan geram dan marah. Dia ingin tahu siapakah yang buat adik dia begitu? Mungkin ini adalah kerja Adudu? Kerana sebelum ini, Adudu hanya diam sahaja dan dia akan muncul balik dengan ciptaan baru untuk kalahkan superhero bumi termasuklah dia sekali
"Aku pasti.. mesti si alien kepala kotak tu punya kerja" bisik Kaizo
Dia sudah berada di tingkap bawah. Lalu dia ternampak Lynna dan Rizu. Mereka kelihatan biasa. Tiada perkara pelik yang berlaku terhadap diri mereka tetapi wajah mereka seperti risaukan tentang sesuatu. Adakah mereka tahu apa yang berlaku ke atas diri adiknya? fikir Kaizo
"Kaizo!" Lynna berlari ke arah Kaizo bersama Rizu
"Kenapa? Ada sesuatu yang terjadi ke?"
"Ada" jawab Lynna
"Abang Gopal dan kakak Faye.. dia orang asyik makan tak henti-henti" kata Rizu "Abang Kaizo, kenapa dengan dia orang? Sebelum ni, ok aje tapi tadi.. kita orang terserempak dengan mereka dekat satu kedai ni. Meja dia orang penuh dengan makanan"
"Lepas tu dia orang asyik makan sahaja? Takde berehat?"
"Takde Kaizo" Lynna menjadi bertambah risau "Aku cuba hentikan perbuatan mereka tetapi dia orang halau aku. Orang kedai tu pun cuba juga tapi tak berjaya juga"
"Abang Paizo.. dia orang ok ke? Pizu takut"
"Hmm... abang tak pasti apa yang berlaku sebenarnya sebab si Pang tak habis-habis cuci kelas. Dia kata dia nak bersihkan satu sekolah" kata Kaizo kepada Rizu
"Kau rasa.. ada musuh baru ke?"
"Tak, aku tak rasa begitu" Kaizo mendongak ke langit sambil menggenggam tangannya "Aku rasa.. ini perbuatan si Adudu"
"Kau pasti?"
"Yea, aku pasti.." kata Kaizo kepada Lynna "Aku nak kau pisahkan mereka berdua dari makanan. Kalau boleh, letakkan mereka di dalam penjara. Adik aku tu, biarkanlah bersih segala benda yang dia nak. Nanti bila dia dah penat, dia akan berhenti"
"Bagaimana kalau dia tak kan berhenti dan tenaga dia masih ada lagi"
"Itu.." Kaizo terdiam sebentar "Aku tidak mahu fikirkan sangat. Lynna, kau hubungi Lahap dan cepat-cepat bawa Gopal dan Faye ke kapal angkasa. Dari situ, kau suruh Lahap bawa ke stesen TAPOPS"
"Ok.. Rizu jangan ikut akak ok"
"Kenapa?" Soal Rizu dengan matanya membulat besar kepada Lynna
"Sebab akak takut dia orang akan bertindak ganas dekat Rizu. Akak tidak mahu Rizu tercedera nanti" Lynna mengusap kepala Rizu "Rizu pulang sahaja ke rumah. Kami berdua akan urusankan hal ini"
"Ok.. Pizu akan tunggu di rumah sahaja"
"Bagus" Kaizo beredar dari situ dan tinggalkan Lynna dan Rizu. Dia tidak berkata apa, dia hanya fikirkan tentang keselamatan adiknya dan dua rakan adiknya. Kalau berterusan begini, mungkin lebih dasyat lagi akan berlaku ke atas diri mereka "Semua ini harus dihentikan" bisik dia
Selang beberapa saat begitu, seorang gadis memecut lari ke arah tangga sekolah sambil menjerit nama Boboiboy. Gadis itu adalah Lily. Jeritan itu dapat didengari oleh Boboiboy. Sepantas kilat, Boboiboy terus sembunyikan diri
"BBB-CHAN! LILY DATANG NAK BAGI KEREPEK PISANG! JOM KITA DATING LEPAS NI!"
"Err.. Lily ni terkena juga macam Fang, Gopal dan Faye ke?"
"Tak mungkin kot kak Lynna" kata Rizu "Kakak Lily tu memang tergila-gila abang Boboiboy... tapi kalau dia terkena juga, kakak Lily tidak akan lepaskan abang Boboiboy"
"Kejap" Lynna seperti tahu sesuatu "Fang terlalu taksub sangat dengan kebersihan, popular dan donut lobak merah. Sebab itu dia jadi macam tu. Gopal dan Faye suka makan. Mereka kini makan tak henti-henti. Lily pula.. hati dia terlampau suka sangat dekat Boboiboy tapi itu akak tak pasti samada dia terkena perbuatan Adudu ataupun tidak. Maknanya Adudu mencipta sesuatu yang membuatkan mereka taksub dengan sesuatu yang mereka sangat minat"
"Kita nak beritahu abang Paizo ke?"
"Tak perlu.. Rizu pergi pulang ke rumah dan jangan pergi ke mana-mana. Akak kena uruskan Gopal dan Faye dulu"
"Ok" kata Rizu sambil melihat Lynna berlari keluar dari kawasan sekolah itu. Lynna teleportkan dirinya untuk ke bandar Pulau Rintis "Hati-hati kak Lynna" bisik dia
Sementara itu, Lily mencari Boboiboy disekitar kawasan sekolah. Lily sebenarnya, dia juga terkena tembakan dari Adudu tadi dan ianya telah membuatkan Lily menjadi tergila-gilakan Boboiboy. Bukan Lily sahaja yang kena, Bella turut juga terkena. Dia ada di dalam dewan sekolah sedang berlatih bola tampar. Adudu ingin kenakan semua adiwira di Pulau Rintis ini termasuklah kawan-kawan mereka sekali. Dari luar sekolah, Adudu boleh lihat Rizu sedang berjalan seorang diri. Adakah dia patut kenakan budak kecil itu? fikir Adudu. Lalu dia membuat keputusan untuk biarkan Rizu pergi. Sekarang dia perlu pergi mencari Boboiboy, Yaya, Ying dan juga kawan lelaki mereka iaitu Harraz
"Mari Probe, kita cari si Boboiboy tu" Adudu keluar dari tempat persembunyian dia iaitu di dalam longkang "Kita cari dia sampai dapat"
"Encik bos tak takut ke kalau Kapten Kaizo dapat tangkap kita berdua"
"Jangan risau.. kalau dia hancurkan penembak ni, bukannya dapat pulihkan mereka semua nanti! MUAHAHAHAHAA!" Adudu tergelak seperti orang gila di situ "Probe, kau pergi cari dia.. aku sorok dekat mana-mana yang sesuai"
"Baik encik bos!" Probe terbang ke dalam kawasan bangunan sekolah
Adudu pergi sorok di belakang kantin sekolah. Dia pastikan kedudukan dia amat jelas supaya dia dapat tembak tepat ke Boboiboy. Dia sudah tidak sabar untuk kalahkan pasukan adiwira bumi ini. Dia tahu ada seorang gadis yang dapat betulkan keadaan ini iaitu Emmy, tetapi bagaimana dia hendak dapatkan gadis kecil itu kerana Emmy selalu kurungkan dirinya di dalam makmal
"Takpe, aku akan cari jalan nanti. Sekarang ini, tumpukan kepada Boboiboy dulu. Lepas tu Yaya, Ying dan juga kawan lelaki mereka yang aku lupa nama dia.. MUAHAHAHAHAA!" Adudu bersandar di sebalik dinding kantin sekolah itu. Kepala asyik menoleh keluar untuk melihat keadaan. Dari situ, dia boleh dengar jeritan Lily yang sungguh nyaring itu
"BBB-CHAN! MANA BBB-CHAN! LILY NAK SUAPKAN KEREPEK PISANG DEKAT BBB-CHAN!"
"WOI! SENYAPLAH KAU! KALAU NAK MAKAN KEREPEK PISANG, JANGAN NAK SEPAHKAN KELAS NI!"
Adudu boleh lihat Lily terpelanting di udara bagaikan dia sedang terbang di langit itu. Yaya terbang untuk pergi selamatkan Lily. Ying pula, dia terpaksa berlari pantas untuk selamatkan Lily juga. Satu lari jeritan boleh didengari tetapi kali ini, jeritan itu dari robot ungunya
"JANGAN SERANG AKU!" Probe terbang ke luar kawasan kantin sekolah "AKU TAK BERSALAH! YANG BERSALAH ADALAH ENCIK BOS AKU!"
"Hah! Mesti si Adudu tu yang buat Fang begitukan! KERIS PETIR!"
Probe terkena sambaran petir itu. Boboiboy keluarkan keris petirnya untuk menyerang robot itu lagi. Adudu perlu bertindak cepat. Dia keluar dari tempat persembunyian dia dan terus menghala tembakan dia ke arah Boboiboy. Pistol itu keluarkan beberapa gelung berwarna merah
"HAHAHAA! KAU AKAN TERIMA AKIBATNYA NANTI!"
"Tekaan aku tepat sekali" Adudu terdiam di situ. Dia pusing kebelakang sedikit demi sedikit. Adudu terkedu sekejap kerana dia takut melihat wajah Kaizo yang menakutkan itu "Jadi ini kerja kau! KAU PULIHKAN MEREKA! Atau aku akan hapuskan ciptaan kau ni dan kau sekali aku akan hapuskan"
"Hehehe.. relaxlah Kapten Kaizo, saya cuma nak bergembira aje" Adudu tersengih sedikit
"BERGEMBIRA APANYA!" Kaizo keluarkan pedang tenaganya "Pulihkan mereka! SEKARANG!"
"Kalau saya tak nak macam mana?" Adudu berikan senyuman sinis dia kepada Kaizo "Kalau Kapten Kaizo dapat musnahkan alat saya ni, saya tidak yakin bahawa mereka akan pulih sepenuh... HAHAHA! MARI KITA SAKSIKAN SI BOBOIBOY TU TERLALU TAKSUD DENGAN SESUATU!"
Probe cuit bahu encik bosnya. Kaizo pandang Boboiboy yang sedang garu-garu kepala kerana tidak faham apa yang sudah berlaku di situ
"Kau nak apa Probe?"
"Err.. encik bos" Probe rasa takut hendak bercakap sesuatu kepada Adudu "Sebenarnya..."
"SEBENARNYA APA? Aku ketuk juga kepala kau tu nanti" Merah muka Adudu kerana marah dengan robot ungunya
Kaizo hanya berdiam diri sahaja. Dia ingin mendengar apa yang akan dikatakan oleh Probe terlebih dahulu sebelum dia menyerang mereka berdua. Kaizo pegang erat pedang tenaga dia jikalau Adudu cuba mengambil kesempatan menyerang dia secara mengejut
"Sebenarnya... kenapa Boboiboy nampak macam normal aje? Macam takde perubahan"
Adudu terus pandang Boboiboy. Apa yang dikatakan oleh Probe tadi, Boboiboy berkelakuan normal. Mata dia terkebil-kebil melihat musuhnya yang tidak menunjukkan keberkesanannya. Dia melihat pistol penembaknya dan lalu dia goyang-goyangkannya
"Kenapa encik bos? rosak ke?"
"Tak tahu TAPI AKU AKAN CUBA DEKAT KAPTEN KAIZO! MUNGKIN IANYA AKAN BERKESAN!"
"KAU NAK KENAKAN AKU!" Kaizo menghayunkan pedang tenaga dia. Adudu sempat melompat kebelakang "KAU NAK AKU BELASAH KAU SECUKUPNYA?"
"Boleh juga.. HAHAHAA!" Adudu menghala pistok penembak dia ke arah Kaizo "Kita saksikan apakah Kapten Kaizo terlalu taksub dengan.. mungkin latihan tempur, ataupun buli adik dia secukupnya.. hahaha" Probe sembunyi di belakang Adudu kerana ketakutan
"Atau musnahkan semua musuh aku di sini ataupun di seluruh galaxy" Kaizo tersenyum sinis "Kau nak aku bertindak lebih ganas terhadap diri kau"
"Errrr..." Lidah Adudu terkelu seketika. Air peluh dia mula mengalir di tepi kepalanya "Errr... err..."
"Encik bos kenapa?" Probe terbang ke depan muka Adudu. Lalu dia goyang-goyangkan badan encik bosnya "ENCIK BOS! ENCIK BOS! KENAPA NI? ADA HANTU RASUK ENCIK BOS KE?" Adudu terus sedar
"BILA MASA ADA HANTU RASUK AKU!" Adudu tolak Probe ke tepi sedikit "Kalau begitu, aku tak serang si Kapten Kaizo ni"
"Takut rupanya" Kaizo tersenyum sinis lagi "BOBOIBOY! SERANG DIA! SEKARANG"
"ERK!" Adudu pusing kebelakang
Boboiboy sudah berubah menjadi Boboiboy Blaze. Beberapa bebola api meluru ke arah Adudu. Tangan alien hijau itu terkena sebuah bola api. Dia menjerit dan melambung pistol penembak dia. Kaizo simpan pedang tenaga dia. Selepas itu, dia terus lompat ke atas untuk sambut ciptaan Adudu itu. Dia terus memeluk pistol penembak itu. Kaizo mendarat di tepi kantin dengan penuh bergaya. Boboiboy Blaze berhenti menyerang Adudu dan Probe
"Hmmm.. kalau aku gunakan pistol terhadap kau.. apa akan terjadi nanti" kata Kaizo sambil meneliti pistol ciptaan Adudu itu
"Gunalah kalau nak" balas Adudu. Dia cuba mencabar Kaizo menggunakan pistol itu terhadap dirinya "Kapten Kaizo kan seorang yang berani dan gagah. Kalau aku bertindak ganas kerana hasil dari ciptaan aku tu, sudah tentu Kapten Kaizo dapat kalahkan aku"
"Abang Kaizo jangan dengar cakap dia!" Boboiboy Blaze berubah kepada Boboiboy biasa "DIA SAJA NAK BUAT ABANG KAIZO MARAH!"
"Betul tu! Kalau Kapten Kaizo tembak dekat encik bos ni, mesti tiap-tiap hari akan serang si Boboiboy tu sebab dia taksub sangat nak kalah Boboiboy" Adudu angkat tangan kanan dia dengan sebiji batu besar ada di dalam genggamnya. Lalu dia ketuk kepala besi Probe "Adeh! Adeh! Jangan ketuk kepala saya encik bos!"
"KENAPA KAU BERITAHU DIA! ROSAK RANCANGAN AKU NI!" Adudu masih lagi ketuk kepala robot ungunya "KAU NI MEMANG TAK BOLEH DIHARAP LANGSUNG!"
Kaizo tergelak sinis sedikit melihat rancangan Adudu gagal kerana robot ungu itu. Boboiboy sempat ketawa juga. Dia tidak sangka Probe akan hancurkan rancangan encik bosnya sendiri. Kaizo patahkan pistol itu dengan kekuatannya. Mata Boboiboy terus membulat besar kerana dia tidak sangka kekuatan Kaizo begitu luar biasa sekali. Kaizo mencampak pistol itu ke tepi. Lalu dia bergerak ke depan untuk menyerang dua makhluk itu
"TOLAKAN TENAGA!"
Adudu dan Probe terpelanting ke udara sehingga mereka hilang dari pandangan Kaizo. Tiada lagi ancaman dari Adudu dan Probe tetapi Kaizo yakin, mereka akan kembali dengan rancangan baru. Dia akan tunggu dan bersiap sedia dengan serangan mereka
"BBB-CHAN! LILY GEMBIRA DAPAT MELIHAT WAJAH BBB-CHAN YANG COMEL TU! LILY ADA BAWA KEREPEK PISANG! BOLEHLAH KITA MAKAN SAMA-SAMA SAMBIL TENGOK MOVIE! DUDUK DEKAT TEPI PANTAI KE! BEST BEST BEST!"
Yaya dan Ying sudah kembali balik ke sekolah tetapi kali ini, dia kembali dengan Lily yang terperangkap di dalam kuasa spera Yaya. Wajah Lily bersinar-sinar kerana seseorang yang dia suka, ada di situ. Boboiboy garu-garu kepala dia sambil tersengih kepada Lily. Kali ini, Kaizo perlu mencari jalan untuk pulihkan mereka. Mungkin si gadis genius itu dapat pulihkan mereka. Dia perlu kumpul mereka semua di makmal Emmy. Semasa dia cuba hendak menghubungi Lynna, kepala dia terkena sebuah bola berwarna putih. Lalu dia pengsan di situ kerana pukulan bola itu terlampau kuat
"HAHAHA! SIAPA NAK LAWAN BADMINTON DENGAN AKU? Tak pun lawan bola tampar dengan aku?" kata Bella yang terlalu bangga dengan diri dia
Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Bella melantun-lantun sebiji bola sambil berjalan ke arah Boboiboy. Senyuman sinis dia membuatkan Boboiboy menggigil takut sebentar. Lynna muncul di sebelah Bella dengan menggunakan kuasa teleportasinya. Di tangan dia ada sebiji botol kuning. Dia sembur ke arah Bella. Tidak sampai beberapa saat, Bella rebah dan terus tidur di kawasan sekolah
"Eh, kak Lynna buat apa dengan dia?" tanya Boboiboy berjalan menuju Lynna
"Air apa tu kak Lynna?" Yaya mendarat di sebelah Lynna tetapi dia tidak akan keluar Lily dari kuasa sphera pinknya
"Akak spray gas tidur dekat Bella" jawab Lynna "Gopal dan Faye ada dekat stesen TAPOPS. Kommander Kokoci suruh tidurkan mereka sahaja. Sekarang tolong akak kumpulkan mereka semua. Lepas tu minta tolong dari Emmy"
"Ok!" kata Boboiboy, Yaya dan Ying secara serentak
"BBB-CHAN! Jomlah makan kerepek pisang sama-sama dengan Lily" Mata Lily berkelip-kelip ke arah Boboiboy "Lepas tu kita buat kek pisang sama-sama.. MESTI ROMANTIK KAN! Malunya Lily!"
Boboiboy tepuk dahinya lagi sekali. Tiba-tiba datang pula askar penguin bayang sedang membawa barang-barang yang rosak. Fang ada di udara. Dia menunggang helang bayangnya sambil berikan arahan kepada askar penguin-penguinnya
"Cepat buang sampah-sampah tu semua! Masih banyak lagi kelas yang aku perlu bersihkan" arah Fang dengan nada berlagaknya
Boboiboy tepuk dahinya buat kali ketiga. Kalau setiap hari macam ini, boleh pening kepala dia. Lynna terpaksa pergi uruskan Fang dan Lily. Dia berikan semburan tidur kepada mereka berdua
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang, Gopal, Bella, Faye, Lily dan juga Kaizo, berada di dalam makmal Emmy. Mereka berlima telah dibaringkan di atas katil besi. Di tepi kiri dan kanan kepala mereka terdapat satu wayar berwarna merah. Wayar itu telah disambungkan kepada komputer makmal Emmy. Mereka semua dalam kelihatan tidur kecuali Kaizo. Dia masih lagi belum sedarkan diri lagi
"Kak Lynna.. kenapa ada wayar dekat abang Kaizo?" tanya Boboiboy sambil perhatikan kepala Kaizo
"Eh... ha ahlah" Lynna berjalan ke sisi katil besi Kaizo "Emmy.. kenapa ada wayar dekat kepala dia?"
Emmy terus tersengih. Dia cabut kedua wayar itu dari kepala Kaizo. Lalu dia simpan wayar itu di tepi komputernya. Emmy sambung balik menaip sesuatu di dalam komputer besar itu. Boboiboy garu-garu kepalanya kerana dia tidak begitu faham apa yang Emmy taipkan itu. Sementara mereka menunggu Emmy siapkan kerjanya, dua ekor kucing naik ke atas katil besi Kaizo. Kucing-kucing itu berjalan naik ke atas badan Kaizo. Lalu mereka pergi ke arah muka Kaizo. Idoli dan Cattus menjilat wajah Kaizo. Mata Kaizo terbuka luas
"KEGILAAN APAKAH INI!"
Terkejut dua ekor kucing itu. Mereka melompat kebelakang. Kaizo bangun duduk di atas katil besi itu. Dia pegang kepalanya kerana kesakitan tadi masa dapat dirasai oleh dirinya
"ABANG KAIZO!"
"KAPTEN KAIZO!"
Mereka semua terkejut melihat dua ekor kucing itu boleh bercakap. Mata mereka membulat besar kecuali Kaizo
"KERASUKAN APAKAH INI!" Jerit Kaizo lagi
"Eh, bukan ke Idoli tak boleh bercakap bila dia jadi kucing" Boboiboy perhatikan kedua kucing alien itu dengan penuh teliti "Emmy buat apa dekat dia orang?"
"Hehee.. maaf semua. Emmy letak sesuatu dekat leher dia orang" Emmy tersengih kepada mereka "Cuma dekat Picu aje Emmy tak pakaikan sebab dia takde keluarkan suara"
Di leher dua kucing itu terdapat seutas kalung berwarna hitam. Di tengah kalung itu terdapat sebuah peti pembesar suara. Ianya dapat memperterjemahkan bunyi-bunyi mana-mana binatang yang memakai kalung tersebut. Cattus dan Idoli melompat-lompat di atas Kaizo kerana terlalu gembira
"Macam mana Cattus boleh ada dekat sini?"
"Senang sahaja tuan Boboiboy" Cattus mula bercerita "Sewaktu saya berada di stesen kapal angkasa TAPOPS, saya sedang berkeliaran di sana sini sebab terlampau seronok sangat jumpa benda baru. Lepas Kapten Kaizo terjumpa saya. Dia bawa saya balik ke planet ini. Sungguh tak sangka saya planet ini begitu indah sekali"
"Betul betul! Semasa pertama kali Idoli menjejak kaki di sini, Idoli rasa sangat teruja! Macam-macam benda Idoli nak cuba dan belajar dari planet bumi tapi sayangnya, Idoli tak boleh makan chocolate" kata Idoli
"Ohh begitu dan bagaimana pula Idoli boleh berada di dalam makmal Emmy? Bukan ke Idoli dengan abang kamu" soal Lynna pula kali ini
"Abang Idoli nak hantar saya ke rumah abang Kaizo tapi dia takde pula dekat rumah. Jadi Idoli suruh abang hantar saya ke rumah Emmy. Boleh Idoli duduk dekat makmal Emmy buat sementara" jelas Idoli
"Bagus Idoli, bagus.. kau jangan merayap ke mana-mana jikalau aku atau si Pang tiada di rumah. Duduk sahaja di sini atau di kedai Tok Aba"
"Baik abang Kaizo" kata Idoli sambil gesel kepalanya di badan Kaizo
Mata Kaizo terpandang adiknya yang ada di sebelah. Fang kelihatan begitu tenang sekali di atas katil besi itu. Hati Kaizo berdoa agar adik dia dapat dipulihkan sepenuhnya. Dia tidak larat melayan adiknya kalau kepala tidak berapa betul sangat
"Kamu semua boleh pulang ke rumah. Biar aku sahaja yang jaga mereka di sini" kata Kaizo. Tangan dia mengusap kepala Idoli sambil melihat Lynna "Kau pun boleh pulang juga. Terima kasih kerana bawa mereka semua ke sini, terutama sekali adik aku"
"Sama-sama Kaizo" jawab Lynna "Takpe ke kalau kita orang balik?"
"Takpe, aku ada Emmy dan dua ekor kucing ni" Tiba-tiba Picu melompat naik ke atas katil besi Kaizo. Di tepi bibir Picu ada sedikit sisa buah strawberry "Picu pun boleh temankan aku juga"
"Baiklah, aku akan hantar mereka pulang" Lynna berikan senyuman dia kepada Kaizo sebelum dia beredar dari makmal itu
Boboiboy, Yaya, Ying dan Lynna keluar dari makmal tersebut. Mereka berempat melihat rakan-rakan mereka dalam kelihatan tidur di atas katil besi. Hati masing-masing rasa sedih melihat keadaan mereka begitu. Berapa lama mereka dapat pulih sepenuhnya? Terpaksa mereka menunggu keesokkan harinya. Kaizo turun dari katil besi itu. Dia pergi ke katil besi adiknya. Dia menatap wajah adiknya. Dia beritahu kepada dirinya yang semuanya akan selamat. Emmy memberitahu Kaizo bahawa proses ini memakan masa yang lama. Kaizo tidak berkata apa. Dia akan tunggu di sisi adiknya. Dia tidak akan bergerak ke mana. Dia akan berada di sisi adiknya sepanjang proses pemulihan adiknya dan juga rakan-rakannya
"Aku akan tunggu, Pang. Aku akan tunggu.." bisik Kaizo sambil mengusap kepala adiknya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top