Sumpahan
Mata Kaizo sedang perhatikan sebuah planet biru hijau dari tingkap bilik kapal angkasanya. Dia berdiri di hadapan tingkap dengan perasaan geram, marah, sedih dan bermacam-macam lagi. Pemikiran dia asyik tertanya-tanyakan tentang adiknya iaitu Fang. Apa yang Fang sedang lakukan pada ketika ini? Adakah adik dia membuat nakal di bumi atau hati adiknya juga sedih kerana tidak dapat melihat abang tercinta dia. Beberapa hari yang lalu, Kaizo terkena satu sumpahan dari seorang ahli sihir. Wanita itu adalah musuh kepada Lynna. Dia tidak tahu bagaimana hendak hancurkan sumpahan ini. Mungkin dengan bantuan Lynna, sumpahan ini dapat dimusnahkan
"Aku akan kembali, Pang. Kau harus bersabar sehingga sumpahan di dalam diri abang dapat dimusnahkan" bisik Kaizo "Aku tahu sumpahan ini bukan untuk selama-lamanya. Aku ini adalah sementara sahaja. Kau jaga diri kau elok-elok di bumi"
Betapa pedih hatinya apabila dia tidak dapat tahu apa yang adik dia sedang buat pada masa ini. Dia menggenggam kedua belah tangannya dengan air matanya sebelah kiri dia mengalir sedikit. Dia mahu menjerit dan mengamuk di dalam kapal angkasanya tetapi dia tahu, ianya tidak akan menyelesaikan masalah dia
"Kaizo.." Datang satu suara lembut dari luar bilik Kaizo
Kaizo menoleh ke arah pintu bilik dia. Lynna dan Lahap ada di situ. Wajah mereka kelihatan sedih kerana tidak sanggup melihat diri Kaizo terseksa akibat sumpahan itu. Lynna masuk ke dalam bilik itu dengan sebuah bekas makanan
"Apa yang kau bawa tu?" tanya Kaizo
"Sup lobak merah dari adik kau. Dia yang buat. Dia yang suruh aku hantar kepada kau"
"Terima kasih" balas Kaizo "Bagaimana dengan dia di bumi?"
"Dia nampak tabah tapi sebenarnya hati dia kelihatan sedih. Faye dan Kawan-kawan dia cuba ceriakan dia, semuanya berikan kata-kata semangat yang kau dan dia tidak akan terpisah lama tapi kau tahulah adik kau tu.. tetap dengan kedegilan dia"
"Dia ingat sumpahan aku ni memang tak dapat dimusnahkan ke?" tanya Kaizo
"Hmm.. dia tahu sumpahan ini dapat dimusnahkan tapi dalam hati dia ada yang mengatakan tidak mungkin dapat dilakukan. Hati dia macam terumbang-ambing"
"Aku juga seperti dia tapi aku tidak mahu fikirkan tentang perkara buruk" Kaizo mengambil bekas makanan itu dari Lynna "Terima kasih kerana bawakan untuk aku"
"Sama-sama" balas Lynna "Dia cakap.. kau mesti rindukan masakan dia. Jadi dia yang minta aku hantarkan makanan ini untuk kau"
Kaizo tersenyum sedikit sambil memandang bekas makanan itu yang ada di tangannya. Dia tidak tahu apa yang dia perlukan kata. Hati dia cuma gembira sedikit. Walaupun dia tidak dapat melihat adik dia tetapi dia dapat menikmati masakan adiknya
"Aku ada cuba menghubungi dia melalui jam kuasa kita tapi... dada aku tetap rasa sakit juga" kata Kaizo dengan nada lembut dia "Kali ini aku rasa lain kerana sumpahan ini. Sebelum ini, walaupun aku terpaksa terpisah sedikit dengan adik aku.. aku tidak rasa terseksa kerana aku tahu aku dapat menghubungi dia, dapat melihat wajah dia dan aku tahu, aku akan kembali ke sisi dia. Pang masih perlukan aku lagi. Aku tidak mahu dia tinggal seorang diri seperti dulu. Aku tidak mahu membuat dia menangis lagi atau buat dia marah kerana aku"
"Kaizo.."
"Lynna..." Kaizo palingkan mukanya ke arah Lynna "Kau jaga adik aku dengan baik buat sementara ini. Kalau sumpahan ini tidak dapat dimusnahkan, mungkin aku terpaksa pergi jauh dan jalankan misi aku iaitu mencari musuh kita si virus tu"
"Adik kau bagaimana?"
"Dia akan faham" jawab Kaizo "Lagipun kau ada apabila dia mengalami masalah nanti. Dia menganggap kau seperti kakak dia sendiri. Jaga dia dengan baik, Lynna. Dia satu-satunya yang aku ada sekarang ini. Aku tidak mahu hati dia kesunyian dan aku juga mahu dia tahu yang kau sentiasa ada di sisi dia. Biarlah kau gantikan tempat aku kerana aku percayakan kau"
"Kaizo.. aku nak minta maaf kerana tambahkan lagi bebanan dekat kau"
"Apa yang kau cuba katakan?"
"Aku rasa bersalah kerana musuh aku mempergunakan kau dan adik kau" balas Lynna "Aku sepatutnya selesaikan masalah aku bukan kau... ini masalah aku"
"Kau jangan cakap begitu.. masalah kau, masalah aku juga kerana kita adalah satu pasukan" Lynna tersenyum sedikit dengan ayat itu "Kita akan menghadapi masalah ini bersama. Tak kisahlah musuh aku ataupun musuh kau"
"Tapi aku tak tenang melihat kau dan adik kau terseksa.. jadi.."
"Jadi apa?"
Lynna terdiam sekejap sambil menatap wajah Kaizo yang serius itu. Lalu dia tersenyum sedikit kerana dia tahu apa yang dia lakukan akan dapat kembalikan adik beradik itu bersatu semula tetapi pada masa yang sama, dia akan terima akibatnya
"Lynna?"
"Kau tahu aku masih lagi cari jalan untuk musnahkan sumpahan itu tapi buat sementara ini.. biarlah aku pindahkan sumpahan itu kepada diri aku kerana aku terlampau sayangkan kau dan adik kau. Aku tidak mahu kamu berdua terpisah begini kerana sumpahan itu. Kau jangan risau tentang kita.. kerana aku pasti, kita akan dapat bertemu kembali. Yang penting sekarang, adalah kau dan adik kau. Ini adalah jalan yang terbaik buat sementara ini" Lynna sudah tidak mampu tersenyum lagi tetapi dia harus tabah. Dia akan berusaha dan akan pastikan ini bukan yang terakhir
"Kalau kau kata begitu.. aku setuju sahaja tapi kau harus berhati-hati. Aku tidak mahu musuh kau gunakan peluang ini untuk merampas kesemua kuasa kau"
"Jangan risau.. aku dan kawan-kawan aku akan dapat musnahkan dia dan juga sumpahan ini. Aku akan cari sehingga aku dapat jawapannya" Lynna berundur sedikit dari Kaizo "Kau sudah bersedia?"
"Sudah" balas Kaizo "Kau harus keluar dari sini dengan segera kerana aku tidak mampu melihat kau terseksa dengan kesakitan itu"
"Jangan risau kapten. Aku akan bawa Lynna keluar dari sini dan hantar dia pulang" Lahap masuk ke dalam bilik kapten dia. Semenjak tadi lagi, dia mendengar kesemua perbualan diantara mereka berdua
"Baiklah.." kata Kaizo "Lynna, aku harap kau tahu apa yang kau lakukan ini"
"Aku tahu" balas Lynna "Kita akan berjumpa lagi, Kaizo"
Lynna mengangkat tangan kanannya dan mengacukan tapak tangannya ke arah Kaizo. Dia pejamkan mata dan secara tidak langsung, sinaran cahaya merah kehitaman keluar dari tubuh badan Kaizo. Sedikit demi sedikit cahaya itu keluar dari tubuh itu dan terus menyerap masuk ke dalam tubuh badan Lynna. Kesakitan di dada Lynna terus dirasai. Dia rebah jatuh ke atas lantai bilik Kaizo
"LAHAP! CEPAT BAWA DIA KELUAR DARI SINI!"
"Baik kapten!" Lahap mengusung Lynna keluar dari situ
Lynna hanya dapat memandang Kaizo seketika sahaja kerana dia tidak tahan dengan kesakitan di dadanya. Kaizo tidak berkata apa. Hati Kaizo rasa sedikit serba salah kerana sumpahan dia, Lynna pula korbankan diri dia demi adik beradik alien itu dapat kembali bersatu. Kaizo menggenggam kedua belah tapak tangannya
"Kau jaga diri dengan baik, Lynna" bisik Kaizo. Hati dia tidak tahu samada dia rasa lega kerana dia sudah bebas daripada sumpahan itu atau sedih kerana Lynna tidak dapat kembali ke Pulau Rintis sementara sumpahan itu masih ada lagi "Ini bukan untuk selamanya" bisik dia lagi
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang mendongak ke langit sambil perhatikan langit biru pada hari itu. Cuaca pada petang itu masih lagi cerah. Jauh dari langit itu, dia dapat rasakan bahawa abang dia ada di angkasa lepas sambil perhatikan planet bumi. Kaki dia mula melangkah keluar dari kawasan sekolah. Hari persekolahan sudah pun tamat. Dia tidak menunggu kawan-kawan dia di tepi pagar sekolah. Dia hanya mahu pulang ke rumah dan berharap abang dia ada di situ nanti
"Fang.."
"Kau nak apa, Boboiboy"
"Kau janganlah terlampau sedih sangat. Aku yakin kau dapat bertemu semula dengan abang kau. Sumpahan itu dapat dimusnahkan nanti"
Fang menoleh kebelakang untuk melihat wajah kawan baik dia. Boboiboy nampak perasaan sedih dan marah pada mata Fang
"Kau bolehlah kata begitu!" Nada Fang pada ketika itu agak tinggi sedikit "KAU TAK RASAI MACAM MANA PERASAAN AKU SEKARANG NI! SEBELUM NI DIA MEMANG PERNAH TINGGALKAN AKU UNTUK BEBERAPA HARI ATAU MINGGU ATAU BULAN! Tapi kali ni aku rasa lain sebab AKU LANGSUNG TAK DAPAT NAK DENGAR ATAU LIHAT WAJAH ABANG AKU! Setiap kali aku cuba hendak menghubungi dia, aku takut kalau kesakitan di dadanya kembali dan aku takut itu adalah kali terakhir aku dapat melihat abang aku... aku nak tengok gambar dia pun aku rasa takut. Aku tak nak dia rasa sakit... dulu, masa dia pergi dengan misi dia.. aku memang marah kerana dia asyik pentingkan misi dia sahaja. Aku takut dia tidak akan kembali dan aku hidup keseorangan.. aku takut kalau terjadi seperti itu sahaja. Aku takut kalau suatu hari nanti, aku dapat khabar berita tentang abang aku" Dia tidak sedar dia sedang menangis di hadapan pagar sekolah "Aku tidak mahu kehilangan dia seperti aku kehilangan ibu bapa aku. Dialah satu-satunya yang aku ada sekarang. Seorang abang untuk melindungi adiknya. Dia lah segalanya pada diri aku sekarang ini. Kalau aku kehilangan dia, aku tidak tahu bagaimana aku ingin teruskan kehidupan aku"
"Fang.. aku tahu sekarang ni memang agak sukar pada diri kau tapi kau jangan terlampau emosi sangat. Aku yakin, kau tidak akan keseorangan. Kau harus bertenang, Fang"
"Aku cuba untuk tenangkan hati aku, Boboiboy tapi.. setiap kali aku dapat tenangkan diri aku, mesti pemikiran aku terlintas tentang perkara buruk" Fang menoleh permandangan dia ke tempat lain "Aku tak nak perkara buruk terjadi dekat abang aku"
"Abang kau kuat, handal dan berani. Dia tahu jaga diri dia"
"Yea Boboiboy, aku tahu" Fang terdiam sebentar dan lalu dia berkata lagi "Terima kasih kerana cuba ceriakan hati aku"
"Itulah dikatakan sahabat"
"Ha ah, betul kata Boboiboy. Kita semua adalah sahabat baik. Susah senang, kita tetap bersama" Fang menoleh kebelakang untuk melihat siapakah yang berkata tadi. Yaya ada di bersama kawan-kawan mereka yang lain "Kami tidak akan tinggalkan kau dalam keseorangan. Kami tidak akan biarkan kau kesunyian" kata dia lagi
"Betul tu.. aku sebagai sepupu kau, aku tak kan biarkan kau keseorangan kerana kau masih mempunyai sebuah keluarga. Aku, nenek, atuk, ibu bapa aku dan sepupu-sepupu kau yang lain" kata Faye dengan senyuman ikhlas dia "Aku juga tahu, abang Kaizo tidak akan duduk diam sahaja. Aku tahu dia akan cari jalan untuk musnahkan sumpahan itu"
"Betul betul! Lily sokong sahaja!" Semua menoleh ketepi kerana terkejut dengan kemunculan Lily "Err.. ke-kenapa?"
"Dey, dari mana kau muncul?"
"Hehehe.. Lily akan muncul dimana-mana sahaja, Gopal! Kerana hati ku sentiasa ada di sini!" Mata dia berkelip-kelip sambil berikan senyuman lebar dia kepada Boboiboy "Oh Boboiboy ku, tadi Lily dekat bandar.. Lily ternampak orang jual pau dan pau-pau gebu itu teringatkan Lily kepada Boboiboy. Jadi Lily terus beli pau banyak-banyak untuk kita makan bersama!"
"Hehehee... aiyaa, Lily ni.. kita tengah serius, dia boleh lagi buat lawak" Ying ketawa kecil di situ
"Itukan kerja Lily iaitu menceriakan setiap hati yang duka lara di sini!" Lily ternampak Fang tersenyum kecil "Hah! Lily berjaya membuat landak tersenyum!" Terus Fang bermasam muka
"Senyuman dia sentiasa sekejap aje" kata Bella sambil bersilang tangan "Kau tahu-tahu ajelah si budak Pang ni.. tahu nak serius aje macam abang dia tu"
"Dah kata dia abang aku, mestilah seorang adik kena ikut abang dia yang tegas, garang dan handal tu" Fang berbangga dengan abang dia. Fang memang memandang tinggi terhadap abang dia yang sentiasa hebat dan bergaya itu "Suatu hari nanti, aku juga dapat menjadi seorang kapten yang handal seperti dia!"
"Hmm.. boleh ke?" Lily memandang wajah Fang dengan penuh teliti "Macam tak boleh aje.. hehehee"
Fang terus sabarkan diri supaya dia tidak meletup seperti belon meletup di situ. Dia tenangkan diri dia dengan bayangkan diri dia sedang menikmati donut lobak merah tetapi sebiji pau pula yang muncul di depan matanya. Mata dia melirik ke arah Lily
"Makanlah.. Lily beli banyak tadi!" Lily tersengih dengan matanya berkelip-kelip seperti ingin memujuk hati Fang yang keras seperti batu itu "Jangan risau, Lily takde beli pau beinti petai. Lily tahu landak suka perisa green tea!"
"Itu bukan kegemaran abang aku ke?"
"Eh! Hahahaa... silap pulak" Lily garu-garu kepala dia sambil tersengih lagi "Kalau tak nak takpe.. biar Lily aje yang makan. Landak boleh ambik pau kacang merah"
"Takpe, biar aku ambik pau green tea tu" Fang mengambil pau itu dengan seikhlas hati "Lagipun bolehlah ubatkan rindu aku dekat abang aku" Dia koyakkan pau itu menjadi dua. Bau teh hijau itu menusuk ke dalam lubang hidungnya
"Untuk aku ada tak?" tanya Gopal sambil tersengih
"Ada ada! Lily beli semua ni untuk kawan-kawan Lily.. yang lain boleh ambik kacang merah punya tapi yang banana punya adalah khas untuk MY BBB-CHAN!"
"Wah! Terima kasih Lily"
"Sama-sama MY BBB-CHAN!" Lily tersipu-sipu malu sambil hulurkan pau pisang kepada Boboiboy "Nanti kalau Boboiboy nak lagi, Lily akan pergi beli lagi!"
"Untuk Pizu takde?" muncul Rizu di situ dengan sebungkus plastik makanan. Dia tahu Gopal terhidu dengan bau ayam goreng dari bungkusan itu. Lalu Rizu jauhkan diri dia daripada Gopal
"Eh.. RIZU ADA DEKAT SINI!" Jerit Lily. Kedua belah tangan dia terus memeluk kepala Rizu "Kakak Lily rindukan my cute little penguin"
"Rizu dari mana tadi?" tanya Fang
"Pizu dari bandar. Tadi Pizu sambut hari jadi kawan Pizu dekat kedai ayam goreng" balas Rizu dengan kepala dia masih lagi di dalam pelukan Lily "Pizu ada bawa balik untuk abang Fang bukan untuk abang Gopal"
"ERK!" Muka Gopal naik merah sedikit kerana malu
"Hehehe.. pandai si Rizu" kata Bella sambil tersenyum sinis
"Sayang betul Rizu dekat abang dia, sampai bawak balik ayam goreng lagi. Cemburu pulak aku melihatnya" Harraz tersenyum kecil. Dia tidak pernah menikmati bagaimana seorang abang dan kakak membawa balik makanan atau sesuatu untuk dia. Mata dia kelihatan sedih sedikit apabila terkenangkan nasib dia
"Pizu memang sayangkan abang Fang" Kepala Rizu sudah dilepaskan dari pelukan Lily tadi "Dari awal lagi Pizu dapat berkawan dengan abang Fang, sampai sekarang! Pizu pun sayangkan abang Paizo juga!"
"Hehehe.. baguslah tu" Yaya belai kepala Rizu sedikit. Dari jauh, dia ternampak seseorang yang dikenal "Eh.. itu bukan ke.."
Hati Fang tiba-tiba berdebar-debar. Dia menoleh sedikit. Dia tidak sangka apa yang dia lihat sekarang. Adakah betul abang dia berada di situ kelihatan sihat dan tiada kesakitan di dadanya? Fang pusing dan berlari ke arah abang dia
"ABANG!" Fang menjerit kegembiraan
Kaizo tidak berkata apa. Hati dia rasa gembira kerana dapat melihat senyuman di bibir adiknya. Akhirnya mereka berpelukan di situ sambil disaksikan oleh pelajar-pelajar lain. Rizu mengesat air matanya. Lily seperti saksikan sebuah drama adik beradik alien dengan mulutnya kunyah pau kacang merah dia. Yaya dan Ying berpelukan kerana gembira melihat adik beradik itu dapat bersatu semula. Bella bersilang tangan sambil tersenyum kecil. Faye menangis di bahu Bella kerana terharu. Gopal cuba tidak menangis di situ. Dia menahan air matanya. Boboiboy dan Harraz hanya tersenyum sahaja
"Rizu tak nak pergi peluk abang Kaizo juga ke?" tanya Boboiboy
"Takpelah... Pizu nak abang Fang pergi peluk abang dia dulu. Pizu esok-esok sahaja akan peluk abang Paizo" jawab Rizu dengan hati yang ikhlas "Ayam goreng ni, abang Fang kena kongsi dengan abang Paizo"
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo dan Fang sudah pun pulang ke rumah mereka. Faye tidak ikut mereka pulang ke rumah. Sebaliknya, dia terus ke rumah Bella untuk bermalam di sana. Faye tidak mahu menganggu mereka berdua. Semasa Fang sedang sediakan makan malam untuk abangnya, Fang masih tertanya-tanya lagi bagaimana sumpahan itu dapat dimusnahkan? Dia melihat abang dia sedang menghantar mesej kepada Lahap
"Abang.." tanya Fang kepada abang yang kini duduk di kerusi meja makan
"Kau nak apa, Pang?"
"Hmm... sumpahan abang tu.. kak Lynna yang berjaya musnahkan ke?"
"Bukan" balas Kaizo "Sebenarnya... dia pindahkan sumpahan ini dekat diri dia"
"Hah?!" Fang terkejut sedikit. Pinggan yang dia pegang, selamat tidak terlepas dari tangan dia "Maknanya... dia tak dapat jumpa kita lagi?"
"Yea.. tapi mungkin dapat berjumpa dengan adik, bukan dengan abang"
"Kasihan kak Lynna" Hati Fang kembali sedih "Dia banyak tolong kita, lebih-lebih dekat diri adik.." Dia terduduk di atas kerusi meja makan itu "Kita kena balas budi dia balik dengan musnahkan sumpahan itu"
"Cakap bolehlah tapi macam mana?"
"Errr.. itu adik belum fikirkan lagi" Fang tersengih "Tapi kenapa abang nampak relax aje? Abang tak risau ke dengan kak Lynna?"
"Sebab dia cakap dengan abang, jangan risau tentang dia"
"Cheh.. boleh pulak macam tu" bisik Fang. Lalu kepala dia ditepuk oleh Kaizo "ABANG!"
"Lagipun abang tahu dia tu kuat macam abang tapi betul kata kau.. kita perlu buat sesuatu dan jangan duduk senang-lenang sahaja di sini. Nanti abang fikirkan"
"Baik abang" kata Fang. Dia letak pinggan itu tadi di hadapan abangnya "Hari ni adik buat nasi dan sup lobak merah.. hehehee.. tapi sup semalam" Dia tersengih kepada abangnya
Kaizo hanya mengangkat kening sebelah tanpa berkata apa
"Esok adik buatlah yang baru ok.." Fang kaut nasi dan bubuh di dalam pinggan abangnya "Abang.." Nada dia berubah menjadi serius sedikit
"Kau nak apa?"
"Hmm.. bila adik fikirkan tentang kak Lynna.. dia betul-betul sayangkan kita"
"Dia memang sayangkan kita pun" balas Kaizo "Kau jangan sakitkan hati dia kerana dia yang banyak tolong aku untuk jaga kau"
"Abang pun sama.. jangan kecewakan hati dia" Kaizo tepuk kepala adiknya lagi sekali "ABANG!"
Kaizo berpura-pura tidak dengar dengan jeritan adiknya sebentar tadi. Dia sebenarnya dia takut kalau dia lukakan hati Lynna pada suatu hari nanti. Bila tiba hari itu nanti, dia tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Mungkin jalan terbaik, dia tinggalkan bumi secara senyap tanpa memberitahu kemana dia akan pergi. Adik dia sendiri pun tidak tahu dengan keputusan dia. Kaizo hanya berdiam diri sahaja
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Kaizo bermundar-mandir di ruang tamu rumah dia. Kaizo sedang fikirkan jalan untuk musnahkan sumpahan itu yang ada pada diri Lynna. Mungkin dia perlu bantuan dari kawan-kawan Lynna atau dari kawan lelaki Lynna yang tinggal di dunia fantasy? Tetapi bagaimana hendak ke dunia sana? Hanya Lynna sahaja yang tahu. Atau dia sendiri pergi ke Kuala Lumpur dan curi-curi masuk ke dalam clubhouse Lynna dan masuk ke dalam dunia fantasy dengan menggunakan cermin di situ
"Abang, duduklah diam-diam.. adik tak nampak rancangan adik dekat TV ni"
"ORANG TENGAH FIKIRKAN UNTUK SELESAIKAN MASALAH INI, KAU BOLEH DUDUK GOYANG KAKI SAHAJA!" Terus Fang tutup television itu "Bagus.. nak kena jerit baru kau dengar cakap"
"Hehee.. maaf abang" Fang tersengih-sengih di atas kerusi sofa itu "Apa rancangan abang?"
"Pergi ke Kuala Lumpur"
"Ohh.. lepas tu?"
"Lepas tu minta bantuan daripada kawan Lynna"
"And then?" Fang mengambil salah satu majalah Faye yang ada di atas meja ruang tamu. Lalu dia membuka dan melihat pakaian-pakain cantik di dalam majalah itu
"And then abang berharap, abang tidak terserempak dengan Lynna. Lepas abang sudah meminta bantuan daripada kawan Lynna, abang akan masuk ke dalam cermin khas untuk pergi ke dunia fantasy"
"Lepas tu?" tanya Fang lagi sambil membelek-belek majalah itu
"Abang akan meminta bantuan daripada kawan lelaki dia pula" Kaizo mula perasan bahawa adik dia sibuk melihat majalah fashion itu "KAU NI DENGAR KE TAK APA YANG AKU SEDANG KATAKAN TADI?"
"De-dengar abang" Fang tutup majalah itu "Hehehe... sudah lama adik tak dengar suara garang abang, rindu pula"
"Kau ni betul ke tak hari ni?"
"Adik betul lerr... jadi kita mulakan operasi ni sekarang ke?" Fang bangunkan diri dia dari kerusi sofa ruang tamunya "Adik akan lakukan sebaik mungkin"
"Aku rasa, biar aku sahaja yang pergi sebab kau ada sekolah hari ni. Mana boleh ponteng sekolah"
"ALA! BAGILAH ADIK IKUT ABANG!"
"TAK BOLEH!"
"BOLEH!"
"KAU JANGAN NAK DEGIL!" Kaizo jentik dahi adiknya "Kau jangan nak ingkar kata-kata aku. Semasa ketiadaan aku nanti, kau berhati-hati. Aku takut nanti si virus tu melakukan serangan kejutan"
"Baiklah abang ku yang comel" bisik Fang sambil bermasam muka "Abang nak bergerak dah ke? Atau abang nak rehat-rehat dulu atau nak bagi hukuman dekat adik sebab rindukan adik"
"Hmmm..." Kaizo mengusap dagunya sambil fikirkan tentang hukuman yang paling menarik untuk adik dia "Aku akan bagi kau hukuman setelah aku selesaikan masalah ini. Kau jangan nak lari ke mana-mana pula"
"Baik abang ku kapten ku yang ganas" Fang berikan tabik hormat kepada abang dia sambil tersenyum lebar seperti orang gila. Kaizo jentik dahi adiknya tetapi Fang masih lagi dengan senyuman dia
Kedua mereka terus senyap kerana pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Kaizo menyuruh adiknya tunggu di situ. Manakala dia pergi membuka pintu rumahnya. Dia pegang tombol rumah itu dan pusingkannya untuk membuka pintu rumahnya. Dia terkejut dengan kehadiran kawan lelaki Lynna iaitu Kiddi. Dia tidak pernah lihat Kiddi berada di dunia ini kecuali di dunia fantasy. Kiddi kelihatan tenang seperti tiada berita buruk yang dia ingin beritahu
"Kenapa kau berada di sini?" tanya Kaizo
"Aku ke sini kerana aku tahu kau perlukan bantuan daripada aku" balas Kiddi. Lalu Kaizo menjemput dia masuk ke dalam rumah "Terima kasih" kata dia dengan ramahnya
"Bantuan apa yang kau ingin berikan?" tanya Kaizo lagi
"Begini Kaizo.." Kiddi melihat sekitar rumah itu sambil berkata kepada Kaizo "Aku tahu kau mahu musnahkan sumpahan itu. Lynna kini sedang berusaha untuk musnahkan sumpahan itu juga tetapi malangnya, dia belum jumpa penawarnya"
"Jadi.."
"Kaizo, untuk musnahkan sumpahan itu.." Kiddi terus palingkan mukanya ke arah Kaizo "Ianya perlukan sebutir air mata dari kau"
"Tapi sebelum ni.. saya menangis, apasal tak jadi apa-apa pun?"
"Air mata kau takde keistimewaan kot" jawab Kaizo dengan nada sindirnya. Fang mula berapi-api dengan abangnya
"Betul tu Fang" kata Kiddi "Tapi waktu itu Kaizo sudah pergi jauh dengan Lynna kerana tidak mahu lihat diri kau dan juga adik kau terseksa. Dalam situasi begini, Lynna perlu tabahkan diri dia untuk musnahkan ahli sihir itu dan juga sumpahan itu. Dia tidak boleh lari dari situ. Kaizo, dia perlu ada di sini walaupun diri Lynna akan terseksa nanti tapi dengan kuasa air mata aku, sumpahan itu dapat dimusnahkan. Kuasa kamu semua tidak dapat musnahkan ahli sihir itu. Ianya diluar kawalan kamu"
"Abang aku nak menangis? HAHAHAHAHAAAAA!" Fang tidak dapat menahan gelakan dia sehingga kepala dia diketuk oleh Kaizo dengan sebuah bantal cushion sofa itu "HAHAHAA! ADIK TETAP NAK KETAWAKAN ABANG JUGA! HAHAHAA!"
"Suka hati kaulah" Kaizo sudah fikir untuk menambah hukuman adiknya sebanyak tiga kali ganda "Jagalah kau nanti"
Kiddi gelengkan kepala sahaja. Dia tertanya-tanya, apa yang menyebabkan Lynna begitu sayangkan sangat dua adik beradik alien ini? Apa keistimewaan mereka yang Lynna nampak di mata dia sendiri? Mungkin ada sesuatu yang membuatkan hati Lynna sayang kepada mereka berdua, terutama sekali Kaizo tetapi apa-apa terjadi pun, Kiddi tahu masa hadapan mereka berdua. Semenjak Lynna memperkenalkan Kaizo kepada diri dia, Kiddi sudah mula perhatikan kisah mereka berdua
"FANGGGGGGG!" Hologram Ying timbul di jam kuasa Fang
"Apasal kau tiba-tiba menjerit ni?" Fang melihat wajah Ying yang begitu cemas itu
"FANG! KECEMASAN! PEREMPUAN HARI TU DATANG BALIK DAN BUAT HURU-HARA DEKAT SINI!"
"Kamu semua berada di mana sekarang ini?" tanya Kaizo
"Kami berada di taman, dekat dengan kedai Tok Aba.. ALAMAK!" Tiba-tiba hologram itu terpadam dengan sendirinya
"Abang, kita kena pergi"
"Yea.. tapi sebelum tu, kau hubungi Lynna. Aku pergi selamatkan kawan-kawan kau"
"Baik abang" balas Fang
"Aku pergi dulu kerana kerja aku sudah pun selesai" Kiddi tersenyum kecil kepada dua adik beradik alien itu "Kaizo, semoga berjaya dan aku harap, apa yang kau lakukan adalah untuk kebaikan masa depan kau dan juga Lynna"
"Errr... apa maksud dia, abang?" tanya Fang sambil garu-garu kepala dia. Fang melihat abang dia dengan seribu pertanyaan bermain di pemikirannya
"Hehehe.. itu hanyalah nasihat saya kepada abang kamu" Kiddi terus hilang dari pandangan mereka
"Abang ada sesuatu nak cerita dekat adik ke?" Fang melihat abang dia dengan mengangkat kening sebelah "Abang cuba rahsiakan sesuatu daripada adik ke?"
"Itu rahsia abang" balas Kaizo "Mari kita pergi selamatkan mereka dan kau jangan nak tanya lagi selepas ini"
"Baiklah abang ku" bisik Fang dengan wajah masamnya "Asyik nak berahsia aje abang aku ni. Semua benda nak berahsia.. itu nak berahsia, ini nak berahsia.. rahsia rahsia rahsia"
"APA YANG KAU MEMBEBEL LAGI TU! CEPAT PANGGIL LYNNA!"
"Ba-baik abang" Jantung Fang rasa berhenti sekejap selepas sahaja dia terkejut dengan jeritan dari abangnya "Selamat tak pengsan"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo tiba di sebuah taman yang berhampiran dengan kawasan perumahan. Kedai Tok Aba tidak berada jauh dari situ. Kaizo melihat persekitaran dia agak sunyi. Tiada orang yang berada di dalam taman itu. Mata dia berliar melihat ssekitar kawasan taman itu. Dia mengambil langkah berjaga-jaga supaya dia tidak diserang secara menghendap. Tangan dia sudah pun bersiap sedia untuk keluarkan pedang tenaganya. Tiba-tiba mata dia terlintas dengan sesuatu yang sedang bergerak-gerak di dalam semak. Dia berjalan secara perlahan ke arah semak itu. Dia keluarkan pedang tenaganya
"PEDANG TENAGA!"
"ABANG KAIZO! JANGAN SERANG SAYA!" Boboiboy Taufan berlari keluar dari situ
"Kenapa kau menyorok dalam semak tu?"
"Hehee.. sebenarnya..." Taufan tersengih sedikit "Begini ceritanya.."
"Perempuan hari tu muncul dan bagi kita orang sumpahan.." muncul Blaze di sebelah Taufan
"Sumpahan itu adalah kami berpecah kepada 7 dan tidak dapat bercantum semula.." kata pula Gempa yang muncul di sebelah Blaze
"Dan yang tak bestnya, kita orang tak boleh guna kuasa" Thorn pula muncul kali ini
"Lepas tu Halilintar tidak begitu berpuas hati, dia cuba serang perempuan tapi gagal" Ice kali ini muncul
"Lepas tu dia serang kami pula. Terus kita orang lari lintang pukang untuk selamatkan diri daripada perempuan tu" Halilintar muncul dengan perasaan tidak puas hati lagi
"Betul betul... lepas tu kawan kita orang pula serang balas tapi... hehehee.." Solar muncul di sebelah Halilintar. Lalu dia tunjuk sesuatu yang berada di udara
Kaizo mendongak ke atas dan terkejut melihat Gopal berbadan bulat seperti belon, terapung-apung di udara. Di kaki Gopal telah diikat dengan seutas tali. Di hujung tali lagi satu telah diikatkan pada sebuah pokok yang berdekatan. Kaizo menggenggam kedua tapak tangannya kerana dia geram dengan perbuatan ahli sihir itu. Kalau dia tidak hentikan ahli sihir itu, Pulau Rintis akan huru-hara dengan sumpahan dari ahli sihir itu
"Kawan perempuan kamu pula bagaimana? Adakah mereka selamat?"
"Rasanya Ying seorang sahaja kot yang selamat" kata Taufan "Rasanya.. macam Yaya pun selamat juga.."
"Tapi masa tu Yaya hampir diserang dan Ying selamatkan dia" Blaze cuba ingatkan balik kejadian sebentar tadi "Aku tak ingat pulak tapi yang pasti, dia orang berdua memang selamat"
"Bukan ke Yaya terkena sedikit sebelum Ying selamatkan dia?"
"Yea ke Gempa. Aku nampak Ying lari ke arah Yaya selepas sahaja Yaya kena serang. Lepas tu terus mereka berdua lari sini sebab nak bagi perempuan tu kejar mereka berdua"
"Boleh dikatakan begitu kot, Taufan. Aku tahu aku nampak Gopal terapung-apung macam belon aje" Thorn tersengih "Rasanya kalau kita cuba pecahkan si Gopal tu, dia meletup tak?"
"Kau nak lihat kawan kita sendiri meletup ke?" tanya Halilintar dengan nada seriusnya
Thorn tersengih lagi. Ice sudah terbaring di atas rumput sambil melihat keindahan langit biru pada hari itu. Dia seperti tidak di landa pelbagai masalah, hanya tenang sahaja di hatinya. Makin lama makin kuyu mata Ice. Dia sudah dapat bayangkan diri dia tidur dengan tenang di situ
"ABANGGGG!" Kaizo menoleh kebelakang. Dia terkejut melihat diri adiknya
"KUCING COMEL!" jerit Taufan, Blaze dan Thorn secara serentak sambil melihat seekor kucing ungu berlari ke arah mereka
"Kucing?" Fang berhenti di depan mereka bertiga "Aku tak nampak pun kucing comel dekat sini" Dia rasa takut melihat mata Thorn sudah bersinar-sinar sambil memerhatikan diri dia. Lalu dia berasa pelik, kenapa mereka semua nampak lebih besar dan tinggi daripada dia?
"Kucing ni pandai bercakap" kata Thorn. Dia belai kepala kucing itu "Tapi... comel comel pun, dia tetap nampak comot. Macam tak mandi setahun"
"Ha ahlah.. comot tapi comel" Taufan mencangkung di hadapan Fang "Aloloo.. dia sukalah kau belai kepala dia"
"WEI WEI! JANGAN CAKAP AKU JADI KUCING PULAK!"
"Haih, kau baru sedar diri kau tu adalah seekor kucing" kata Halilintar dengan nada dinginnya "Kau kena serang ke tadi?"
"UWAAA! Ha ah, semasa aku dalam perjalanan ke sini.. tiba-tiba si perempuan tak guna tu pergi serang aku. Jadi aku lindungi diri aku dengan kuasa bayang aku tapi tak sangka pulak, kuasa sumpahan dia dapat ubahkan aku menjadi seekor kucing comot. Janganlah lihat diri ku ini.. aku tak handsome dahhhh!" Blaze dukung kucing itu. Tangan dia belai badan kucing itu "Aku selama-lamanya akan menjadi seekor kucing"
"Berdrama pulak kau ni" bisik Kaizo "Kau sudah menghubungi Lynna?"
"Sudah abang ku... bestnya" Fang pejamkan matanya sambil menikmati badan dia yang berbulu itu dibelai lembut oleh Blaze
"Kita mandikan dia nak tak?"
"Ok juga tu, Taufan!" kata Thorn dengan penuh semangat
"Kita bagi dia makan sekali.. kucing ni nampak keding aje" kata Blaze "Lepas dia dah mandi dan makan, kita bagi dia tidur dulu, lepas tu baru kita main dengan dia"
Gempa, Halilintar dan Solar perhatikan gelagat mereka bertiga seperti kanak-kanak bawah umur. Ice sudah nyenyak tidur di bawah sinaran matahari. Kaizo sudah mulai serabut dengan gelagat mereka semua. Dia tidak boleh harapkan mereka sahaja. Dia harus bertindak segera seperti yang dikatakan oleh general Rama. Eh, ini bukan cerita Ejen Ali
"Abang Kaizo jangan risau, biar kami berdua tolong abang Kaizo"
Ying dan Yaya sudah pun tiba di situ. Kaizo rasa lega sedikit apabila dia melihat kedua-dua gadis itu selamat daripada sumpahan perempuan ahli sihir itu. Yaya dan Ying sudah kelihatan semangat untuk membantu Kaizo. Mungkin mereka tidak dapat hapuskan ahli sihir itu, tetapi mereka dapat melengahkan masa untuk kehadiran Lynna di taman itu. Perempuan ahli sihir itu muncul di tengah-tengah udara. Dia ketawa kecil melihat mereka semua. Sumpahan dia membuatkan mereka terasa kelam-kabut sedikit. Perempuan itu bernama Cantatrix
"Heheee.. tak sangka sumpahan kau berjaya dipindahkan tapi tidak mengapa.. dia tidak dapat bantu korang kali ini!" Cantatrix itu menghantar aura-aura hitam kepada mereka "RASAKAN SERANGAN DARI AKU!"
"ERK!" Para pecahan Boboiboy terkejut dengan serangan itu
Mereka lari lintang pukang untuk melindungi diri mereka. Para pecahan Boboiboy itu kembali sembunyikan diri masing-masing di dalam taman itu. Kaizo melindungi diri dia dan juga Ying dengan menggunakan dinding tenaganya. Kuasa aura hitam itu dapat menembusi dinding pelindung itu. Yaya terbang ke arah perempuan itu untuk berikan tumbukan terkuat dia
"QUACK QUACK QUACK!" Yaya berjaya menumbuk badan Cantatrix itu. Perempuan ahli sihir itu terjatuh ke atas tanah
"Kenapa dengan suara kawan kau?" tanya Kaizo kepada Ying
"Hehehe... dia sebenarnya terkena sedikit sumpahan dari perempuan tu. Suara dia berubah menjadi suara itik"
"Jadi.. kau seorang sahaja yang masih lagi ok?"
"Yea abang Kaizo tapi jangan risau.. saya dan Yaya masih lagi boleh berlawan" kata Ying
"Quack quack" Yaya mendarat di sebelah Ying. Muka dia malu sedikit kerana suara itik dia
"Baiklah.. kita jangan lengahkan masa lagi. Serang perempuan tu sebanyak mana yang kau mampu"
"Baik abang Kaizo!"
"Quack quck!"
Yaya dan Ying berikan tabik hormat kepada Kaizo. Perempuan itu mula bangunkan diri dia. Badan dia tidak terasa lemah akibat tumbukan tadi. Dia ketawa sinis di situ sambil mengangkat tangan kanan dia. Kaizo menggenggam pedang tenaga dia untuk menyerang perempuan itu. Cantatrix menyerang mereka lagi dengan kuasa aura hitam dia. Kaizo tahu dia tidak dapat menghalang aura-aura itu dengan menggunakan pedang tenaganya. Dia hanya mampu keluarkan dinding tenaga dia sahaja. Aura-aura hitam itu berubah menjadi beberapa letupan kepada mereka bertiga. Yaya, Ying dan Kaizo terpelanting dan jatuh di tepi taman itu
"Quack quack"
"Errr... aku tak fahamlah, Yaya"
"Mungkin dia suruh kau menyerang perempuan itu" kata Kaizo "Cepat gunakan kuasa kau"
"Baik!" Ying bangunkan diri dia "LARIAN LAJU!" Dia memecutkan dirinya kearah Cantatrix "SERIBU TENDANGAN LAJU!"
"Hahahaa! Kau cuba nak serang aku!" Cantatrix terus terbang ke atas. Ying tidak dapat mengawal dirinya dan terus dia tertendang pokok yang ada di dalam taman itu "HAHAHAAA! Tiada siapa yang dapat menghalang aku!"
Secara tidak langsung, bahu Cantatrix terkena kuasa api dari seseorang. Lynna telah pun munculkan dirinya di situ. Dada dia terasa sakit tetapi dia tetap tabahkan hatinya untuk musnahkan perempuan ahli sihir itu. Tubuh dia terasa lemah, kaki dia seperti hendak tumbang bila-bila masa sahaja. Muka Lynna pada ketika itu kelihatan serius tapi Kaizo nampak Lynna cuba menahan kesakitan itu
"Lynna.." bisik Kaizo
"Berani juga kau datang ke sini" Cantatrix tersenyum sinis sambil melihat Lynna "Kau ke sini kerana kau mahu melihat pulau kesayangan kau menjadi porak peranda kerana sumpahan yang aku bakal bagikan nanti?"
"Bu-bukan... aku.. ke sini.. adalah.. untuk.. menghapuskan kau" Lynna melangkah ke depan sedikit demi sedikit. Dia masih lagi menahan kesakitan itu lagi "Kenapa.. kau.. serang.. pulau ini?"
"Kerana aku mahu melihat kau terseksa bagaimana aku dapat menghancurkan orang yang kau sayangi. Aku tahu aku tidak dapat sentuh keluarga kau kerana kau dan kawan-kawan meletakkan kuasa pelindung ke atas diri mereka tapi itu tidak menjadi masalah.. kerana aku tahu tentang mereka di sini. Aku akan menyerang mereka lagi sehingga kau berikan kuasa kau kepada aku"
"JANGAN LYNNA!" jerit Kaizo
"Tak.. aku tidak benarkan kau menyerang mereka" Lynna seperti sudah lupakan kesakitan di dadanya. Dia terapung sedikit ke udara dengan aura-aura api timbul di tubuh badannya "Kau akan terima padahnya nanti"
"Heheee.. kau memang kuat tapi aku tiada masa untuk menyerang kau" Cantatrix menyerang Kaizo, Yaya dan Ying. Kuasa aura hitam itu keluar dari tapak tangannya "HAHAHAHAA!"
Kuasa itu meluru ke arah Kaizo, Yaya dan Ying. Secara pantasnya, Lynna terbang ke hadapan mereka bertiga. Dia melindungi mereka bertiga dengan kuasa perisai dia. Kesakitan di dadanya mula terasa lebih kuat daripada yang biasa. Pertahanan perisai dia semakin lama semakin lemah. Kaki Lynna mula terjatuh sedikit demi sedikit. Dia cuba menahan kesakitan itu
"Lari... Kaizo..." Suara Lynna kelihatan lemah
"Tak, aku tak kan biarkan kau bersendirian di sini" kata Kaizo. Dia mahu lari dari situ, akan tetapi dia teringat kata-kata Kiddi tadi. Air mata dia dapat musnahkan sumpahan itu? Tapi bagaimana? "Lynna.. kuatkan hati kau"
"Maafkan.. aku" Lynna mula rebah. Kaizo sempat sambut Lynna sebelum dia terjatuh di atas rumput itu
Perisai Lynna sudah pun hilang. Cantatrix ketawa besar seperti dia sudah menang di dalam pertarungan ini. Dia tersenyum sinis sambil melihat Lynna tidak sedarkan diri di dalam tangan Kaizo
"KAK LYNNA!" Fang terlepas dari dakapan Blaze. Dia terus berlari menuju Kaizo dan Lynna "KAK LYNNA!"
"Yaya.. kita harus serang si perempuan tak guna tu"
"Quack quack" jawab Yaya kepada Ying
Yaya mula terbangkan diri dia untuk membalas balik serangan Cantatrix tadi. Ying gunakan kuasanya untuk meningkatkan kuasa Yaya. Manakala para pecahan Boboiboy pula, mereka sudah mula mengutip batu untuk baling kepada musuh mereka. Walaupun mereka tidak mempunyai kuasa, mereka tetap akan berlawan. Malangnya Gopal, dia hanya dapat melihat sahaja kerana badan dia masih lagi seperti belon
"Abang.. kak Lynna.." Fang tidak mahu habiskan ayat dia
"Tak.. pernafasan dia masih ada lagi" kata Kaizo "Lynna, kalau kau dengar.. kau jangan tinggalkan kami di sini. Kami masih perlukan kau. Ini bukan perjuangan terakhir kau"
"Kak Lynna bangunlah" Fang mula menangis di tangan lembut Lynna. Kepala dia gesel di tapak tangan Lynna "Jangan tinggalkan kami"
"Lynna, aku akan perjuangkan untuk kau tapi kau kena janji dengan aku yang kau tidak akan tinggalkan kami" Tanpa disedari oleh Kaizo, air mata dia mula mengalir keluar. Dia menatap muka Lynna dengan penuh sayu "Aku dan kau adalah satu pasukan.. kau adalah segalanya dalam hidup aku"
"Bukan adik ke?" Kaizo abaikan sahaja percakapan adiknya tadi
Air mata Kaizo menitis ke atas tubuh badan Lynna. Pada masa yang sama, air mata Lynna turut keluar mengalir. Sebaik sahaja air mata Kaizo terkena badan Lynna, sebuah pancaran cahaya berwarna ungu muncul. Cahaya itu melindungi mereka bertiga di dalam sebuah kubah. Para pecahan Boboiboy, Yaya dan juga Ying, akhirnya tewas di dalam pertarungan mereka. Serangan mereka tidak berjaya melemahkan Cantatrix. Mereka bertiga sudah tidak berdaya lagi untuk menghantar serangan yang seterusnya. Cantatrix tersedar dengan kedatangan cahaya itu. Dia mula rasa cemas
"APA YANG KAU CUBA LAKUKAN?" Cantatrix terbang menuju Kaizo, Fang dan Lynna. Tangan dia keluarkan beberapa serangan aura hitam untuk menyerang mereka bertiga tetapi cahaya ungu itu melindung mereka "Kuasa apakah itu?" bisik Cantatrix
"Kuasa yang kau tidak dapat melawan kami bertiga" Lynna sudah mula sedarkan diri. Mata dia terbuka sedikit demi sedikit. Dia tersenyum apabila Kaizo dan Fang ada di sisi dia "Kuasa ini adalah kuasa yang dapat hapuskan sumpahan kau"
"KAU INGAT KAU AKAN MENANG! AMBIK SERANGAN DARI AKU LAGI!" Cantatrix cuba menyerang mereka lagi tetapi kali ini, kuasa cahaya ungu itu terlalu kuat sehingga membuatkan tubuh badan Cantatrix terurai menjadi serpihan kecil-kecilan
Taman itu kembali menjadi sunyi. Segalanya sudah pun selesai. Sumpahan mereka dapat dimusnahkan. Gopal tidak lagi menjadi seperti belon. Dia akhirnya terjatuh dan tersangkut pada dahan pokok. Suara Yaya tidak lagi seperti bunyi itik. Fang tidak lagi seekor kucing. Boboiboy boleh bercantum semula dan kuasa dia dapat dikembalikan semula. Manakala Lynna pula, tiada kesakitan di dadanya. Kuasa ungu tercipta tadi adalah sebenarnya kuasa cinta diantara dua kekasih atau adik beradik ataupun diantara anak dan kedua ibu bapanya
"Kau ok?" tanya Kaizo sambil membantu Lynna bangunkan dirinya
"Aku ok.. terima kasih kerana tidak lari tadi. Kalau kau lari, sudah tentu kita tidak dapat musnahkan dia"
"Itu kerana ada seseorang yang beritahu aku, jangan jauhkan diri aku dari kau"
"Siapa orang tu?" tanya Lynna
"Kawan lelaki kau. Dia yang datang ke sini untuk membantu aku"
"Nanti aku berterima kasih dekat dia" Lynna tersenyum sedikit "Sekarang ni, apa rancangan kita?"
"EHEM!" Fang muncul di antara abang dia dan Lynna "Apa kata abang dan kak Lynna belanja kita orang makan dekat kedai Tok Aba"
"Boleh juga tu, tapi kau yang bayar" kata Kaizo dengan gaya seriusnya
"ABANGGGGG!" Fang bermasam muka sambil bersilang tangan
Lynna tergelak melihat gelagat adik beradik itu. Dari dulu sampai sekarang, perangai mereka tidak pernah berubah, asyik nak cari gaduh sahaja tapi itu adalah perangai adik beradik yang suka bergaduh satu sama lain tetapi dalam hati, mereka tetap sayang. Boboiboy, Yaya dan Ying terpaksa pergi menolong Gopal turun dari sebatang pokok. Fang mendongak untuk melihat cuaca pada hari itu, sungguh indah sekali. Bagi diri dia, paling indah sekali adalah dia dapat bersama keluarga dan kawan-kawan tersayang
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top