Study Group
UJIAN MATEMATIK LAGI! Kenapalah cikgu Papa ni suka sangat bagi ujian. Semalam baru sahaja buat ujian matematik, hari ni ada lagi ujian matematik. Nasib baik aku suka subject matematik.. hehehe
Fang menoleh ke sebelah kanannya. Dia melihat kepala Gopal sudah terbaring di atas kertas ujian matematik. Muka dia kelihatan resah. Jantung dia berdebar-debar dengan kencangnya. Tangan dia kelihatan berpeluh sedikit
"Woi, kau ok ke?" bisik Fang kepada Gopal
"Aku ok.. tapi..." Air muka Gopal berubah menjadi sedih "Kenapa soalan hari ni lagi susah daripada semalam.. adeh.. semalam punya soalan adalah dua tiga yang aku faham tapi.. hari ni, langsung tak faham" Lalu dia hantuk-hantuk kepalanya di atas meja
"Kenapa? Kamu tak suka dengan soalan susah matematik kebenaran ni ke?"
Gopal terus terduduk tegak. Dia melihat cikgu Papa Zola dengan senyuman tersengihnya. Fang tergelak sedikit dan terus menjawab soalan-soalan matematik itu
"Bukan tak suka cikgu tapi.. SAYA TAK FAHAM!"
"Isk isk isk... kalau tak faham, boleh sahaja tanya cikgu tapi.. sekarang ni tengah ujian, BUAT-BUAT AJELAH FAHAM!"
"Eh.. macam mana tu cikgu. Kalau salah nanti, macam mana pula?" tanya Boboiboy sambil garu-garu kepalanya dengan pencil
"Begini wahai anak murid kebenaran ku" Cikgu Papa terus ke hadapan kelas "Kalau salah pun, cikgu boleh ajar lepas sahaja cikgu pulangkan kertas kamu semua"
"Err... baik cikgu! Jadi saya hentam sahaja!"
Cikgu Papa terus keluarkan rotan dia. Gopal menelan ludah kerana takut melihat rotan tersebut
"Siapa hentam, cikgu kepish terus!" kata Cikgu Papa Zola "Cubalah dulu jawap soalan itu walaupun salah. Nanti bila dah dapat balik kertas kamu, barulah cikgu terangkan kepada kamu semua, ada faham?"
"Ada cikgu!" kata satu kelas
Gopal mengalah. Terpaksalah dia membaca soalan-soalan matematik itu berulangkali untuk faham. Fang dengan pantasnya, dia terus menjawab soalan matematik itu. Bagi dia, soalan matematik itu adalah senang. Boboiboy pula, dia tinggalkan mana-mana soalan yang dia tidak faham. Dia akan jawab soalan yang dia faham dan akan berbalik kepada soalan yang susah tadi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yaya, Ying, Bella, Faye dan Harraz melihat sahaja kawan mereka, Gopal, menghantuk-hantuk kepalanya di meja kantin sekolah. Mata mereka terkebil-kebil dengan mulut ternganga sedikit. Makanan mereka tidak sempat masuk ke dalam mulut, mereka sudah terkaku seketika dengan kelakuan Gopal
"Sudah sudahlah tu Gopal. Jangan terkenang tentang soalan matematik tadi" kata Fang. Lalu dia gigit donut lobak merah
"Lagipun tadi bukannya peperiksaan akhir tahun" kata Boboiboy
"Aku tahu kawan-kawan ku tapi..." Gopal terbayangkan wajah garang ayah dia "Mesti aku kena marah dengan ayah aku sebab asyik markah rendah sahaja"
"Kalau begitu, baik kau ulang kaji dengan kami mulai sekarang" Yaya mulakan bebelan dia kepada Gopal "Mulai sekarang, kau jangan nak duduk depan komputer atau depan TV sebab nak main game sahaja. Sudah-sudahlah dengan game tu. Cubalah belajar. Nanti dah exam, terus tak tahu nak jawab apa. Kau pun tak suka dengar aku membebelkan"
"Tak" jawab Gopal dengan nada sedih "Yelah, aku akan stop main game dan cuba untuk belajar"
"Bagus bagus" kata Ying "Kalau begitu, hari Sabtu ni kita semua belajar sama-sama dekat perpuskataan bergerak!"
"Tapi.. korang kenalah ajar aku yea nanti" Gopal tersengih sambil melihat kawan-kawan dia "Aku tahu aku ni lemah tapi jangan abaikan aku!"
"Jangan risau, kita orang akan tolong kau"
"Terima kasih Boboiboy! Kau lah sahabat sejati ku!"
"Tapi.." Boboiboy mula tersengih "Aku pun perlukan korang untuk ajar aku.. hehe.. aku bukanlah sehandal mana macam korang"
"Aku pun" kata Faye sambil angkat tangan kanannya "Aku selalu dapat markah cukup-cukup makan aje. Markah tinggi pun sekali-sekala aje dapat"
"Jangan risaulah Faye" Bella terus tepuk bahu Faye sedikit "Aku sebagai kawan baik kau, aku akan tolong kau agar kau dapat markah tinggi seperti aku!"
"Rasa malu pula bila dapat kawan-kawan yang bijak pandai ni"
"Tapi kau pun pandai juga, Boboiboy"
"Terima kasih Harraz tapi kepandaian aku memang tidak boleh tandingi kepandaian korang semua"
"Sekurang-kurangnya, kepandaian kau lebih tinggi daripada si Gopal tu.. hahahaha!" Bella terus tepuk kepala Fang kerana ketawakan kelemahan kawan sendiri "WOI!"
"Apalah lu ni, tak baik cakap macam tu dekat Gopal maaa.. dia memang lemah dalam bab belajar ni tapi tak elok ejek dia"
"Ha ah, betul kata Ying tu" kata Yaya "Kita yang pandai ni, kenalah bantu mereka supaya mereka pun sama-sama pandai seperti kita"
"BETUL TU! LILY SOKONG SAHAJA! HAHAHAA!"
Lalu Lily menculik salah satu donut lobak merah dari pinggan Fang. Lily melarikan diri bersama dengan donut lobak merah itu. Muka Fang bertukar menjadi merah kerana marah. Lalu dia bangun sambil menghempas kedua-dua tangannya di atas permukaan meja. Bergegar meja kantin itu
"WOI PELIK! BAGI BALIK DONUT AKU!"
"Sabar Fang sabar" Boboiboy pegang bahu Fang dan turunkan kawan baik dia untuk kembali duduk "Kau jangan marah-marah Fang. Lily tu kan suka bergurau"
"Tapi dia telah merampas donut lobak merah aku!"
"Tapi pinggan kau ada lagi donut lobak merah yang lain. Janganlah marah-marah bila salah satu donut lobak merah kau dibawa lari oleh Lily"
"Yelah yelah.. aku akan kembali tenang" Fang makan donut lobak merahnya secara tenang "Ketenangan"
"Hehehe.. dah jadi macam abang kau" Yaya tergelak sedikit "Comel"
"Hehehe.." Ying pula ketawa sambil melihat Yaya "Oh yea, hari sabtu ni kita berkumpul di perpustakaan bergerak ok!"
"OK!" kata mereka secara serentak kecuali Gopal
Pemikiran dia sudah jauh melayang ke tempat lain. Entah apa yang dia fikirkan pada ketika itu. Boboiboy rasa kasihan melihat kawan baik dia sudah kemurungan. Boboiboy memujuk hati Gopal yang mendukacitakan itu. Dia tolak bekalan makanan dia kepada kawan baiknya
"Gopal, meh aku kongsi dengan kau. Tok Aba ada bekalkan aku cekodok pisang"
"CEKODOK PISANG!" Air muka Gopal terus berubah menjadi gembira. Semangat dia sudah kembali "Aku suka cekodok pisang! Hehehe.. esok esok, kau suruhlah Tok Aba buat cekodok chocolate pula"
"Wuuuuu! Cekodok pisang!" Lily sudah kembali di situ. Kini dia berada di belakang Boboiboy "ME LIKEY!" Tangan dia terus mengambil sebiji cekodok pisang
"Wei pelik! Mana donut aku?"
"Ada ada!" kata Lily sambil angguk kepalanya "Dalam perut Lily.. miahahahahaha!"
Aura-aura hitam Fang mula timbul di tubuh badannya. Kedua-dua tangannya sudah pun keluarkan kuasa bayang. Dia bagai seperti hantu bayang dengan mata merah. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Harraz mula jauhkan diri kerana rasa takut jikalau Fang mengamuk. Lily tidak tahu apa-apa kerana sibuk mengunyah cekodok pisangnya
"Li-Lily" panggil Faye
"Yes Faye" Lily mula menoleh kebelakang
"Aku rasa kau patut lari sebab si landak bayang sudah mula nak mengamuk tu" kata Bella
"ERK!"
Mata Lily mula membulat besar. Lalu dia melarikan diri untuk selamatkan diri daripada di belasah oleh Fang. Dengan pantasnya, Fang terus mengejar Lily sambil keluar harimau bayangnya
"Macam-macam betul dia orang ni" bisik Boboiboy sambil menepuk dahinya sendiri
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari sabtu sudah tiba, sekumpulan remaja berkumpul di bawah bumbung perpustakaan bergerak. Perpustakaan itu adalah ciptaan Emmy sendiri dan dia kongsikan bersama rakan-rakan remaja dia. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily dan Harraz, sibuk mengulangkaji di meja panjang yang ada di tengah-tengah perpustakaan itu. Gopal asyik garu-garu kepalanya kerana tidak memahami soalan latihan matematik
"PANG!"
Mereka terkejut dengan jeritan garang dari Kaizo. Muka dia nampak garang seperti biasa. Fang cuba fikirkan adakah dia buat sesuatu yang nakal sebelum dia keluar rumah tadi. Dia rasa dia tidak membuat kesalahan apa-apa pagi tadi kecuali sediakan sarapan pagi untuk abang dia. Adakah sarapan pagi itu ada rasa sesuatu yang membuat abang dia marah? Tidak mungkin juga kerana Fang sendiri ada juga makan bersama dengan abangnya. Lalu dia perhatikan riak wajah abangnya yang garang itu
"Abang panggil adik kenapa?"
Kaizo pergi berdiri di hujung meja sambil melihat satu per satu muka kawan adiknya
"Aku dengar korang semua sedang buat study group"
"Yea abang, kita orang tengah buat study group? Abang datang ke sini sebab nak tengok kita orang belajar ke tak? atau ada sebab lain"
"Sebab lain" jawab Kaizo "Aku datang sebab.. KENAPA TAK BAGITAHU ABANG KAU TENGAH BUAT STUDY GROUP DENGAN KAWAN-KAWAN KAU? Bolehlah aku ajar korang"
Boboiboy menepuk dahinya sendiri kerana tidak sangkap dengan jawapan Kaizo
"Sebab adik malas nak abang ambik tahulah! Tapi macam mana abang tahu kita orang buat study group?"
"Adik angkat kau si penguin tu lah" Kaizo berjalan di belakang mereka untuk melihat apa yang mereka sedang belajar sekarang ini. Mata dia terpapar ke arah buku Gopal "Apa yang kau tengah buat tu?" Lalu dia angkat buku latihan matematik Gopal
"ERK!" Berpeluh muka Gopal kerana takut dimarahi oleh Kaizo
"Adik penguin?" bisik Fang sambil fikirkan siapa adik penguin dia "OHHH! Rizu yang beritahu abang"
"Yea" balas Kaizo sambil melihat jalan kerja matematik itu "Dia sibuk berceloteh dekat si Idoli tu, tapi abang sendiri yang rasa mengantuk bukannya Idoli! GOPAL! JAWAPAN ANDA SALAH! Buat balik jalan kerja ni"
"ERK!" Gopal terkejut apabila Kaizo menghempas buku latihan matematik itu di hadapan dia "Ba-baik abang Kaizo"
"Aku tahu si Harraz ni bijak.. apa kata kau pergi ajar si Gopal tu"
Harraz tidak menjawab. Dia ikut sahaja arahan dari Kaizo. Dia bangun dari tempat duduknya dan terus mengambil kerusi yang kosong untuk duduk di sebelah Gopal. Hati Gopal rasa lega sedikit kerana bukan Fang yang mengajar dia nanti. Kaizo terus berjalan mengelilingi meja empat segi panjang itu
"Abang"
"Kau nak apa, Pang?" Kaizo berhenti di belakang Lily yang sibuk menjawab soalan latihan Sains. Lalu dia angkat buku latihan itu untuk melihat jawapan dari gadis itu
"Abang, adik nak tanya"
"Kau nak tanya apa?" Soal Kaizo sambil membaca jawapan Lily "Selama ini kau tidak pernah tanya aku tentang kerja sekolah kau. Ini kenapa tiba-tiba nak tanya aku?"
"Ini bukan soal kerja sekolah atau latihan yang adik tengah buat ni"
"Habis tu soalan apa?" Kaizo terus pulangkan buku latihan itu kepada Lily "Bagus pelik, jawapan kau memang tepat"
Lily terus tersenyum lebar bagaikan dapat sesuatu yang tertarik di hati dia
"Ini adalah soalan diantara hidup dan mati!"
"Soalan merepek apa yang kau nak tanya tu?" Kaizo bergerak ke arah Bella dan berhenti di belakang gadis itu. Dia ambil buku latihan english Bella. Dia periksa jawapan sang gadis itu
"Soalan itu berbunyi begini!" Fang menarik nafas seketika dan lalu dia hembus "Abang, siapa jaga Rizu dan Idoli dekat rumah? Abang tinggalkan mereka berdua ke? Kalau apa-apa terjadi dekat dia orang, nanti abang juga yang akan dipersalahkan!"
Kaizo berikan balik buku latihan itu kepada Bella. Dia bergerak ke belakang Fang pula
"Soalan itu senang sahaja" Kaizo angkat buku latihan matematik adiknya "Sebelum aku pergi ke sini, aku tunggu Lynna sampai ke rumah, lepas tu baru aku gerak ke sini" Dia periksa jawapan adiknya "Hmm.. selamat jawapan kau betul"
"Hehehe.. biasalah, adik ni kan genius"
"Perasan" bisik Gopal
Kaizo berjalan lagi dan memeriksa setiap jawapan di buku latihan mereka. Dia juga tidak perasan bahawa ada sesetengah daripada mereka sedang makan secara senyap. Lily menyelup masuk tangannya ke dalam beg dan keluarkan sekeping kerepek pisang secara perlahan. Apabila Kaizo sedang sibuk memeriksa jalan kerja matematik dari buku latihan Yaya, Lily dengan pantasnya, dia makan kerepek pisang itu. Dia kunyah secara perlahan kerana dia tidak mahu Kaizo dengar keranggupan dan kesedapan kerepek pisang tersebut. Gopal pun sama sahaja seperti Lily tetapi makanan dia adalah maruku. Ibu dia yang buatkan maruku itu. Seorang lagi adalah Fang. Setiap kali abang dia pandang ke tempat lain, Fang cepat-cepat gigit donut kegemarannya
"Boboiboy.." Kaizo berhenti di belakang sang bertopi oren itu "Jalan kerja matematik kau adalah salah. Buat balik tapi kalau tak salah juga, aku nak si budak Pang ni ajar"
"Baik abang Kaizo!" kata Boboiboy sambil memadam jalan kerja soalan matematik itu
"Wah! Pandai betul abang Kaizo ni. Semua subject dia tahu" puji Yaya
"Kembanglah hidung abang aku ni.. hehehe" bisik Fang seorang diri
"Yea, aku memang seorang kapten yang serba pandai. Aku bukan hanya sekadar kapten yang handsome, hebat dan macho sahaja. Akulah KAPTEN SEGALANYA! HAHAHA!"
Fang terus campak gumpalan kertas dan terkena muka abangnya. Gumpalan kertas itu diangkut oleh Kaizo. Mata dia terus memandang adiknya. Fang berpura-pura menjawab soalan matematik dia. Bella dengan senyuman manisnya, jari dia tunjuk ke arah Fang
"Apa kau cuba lakukan? Kau nak buat aku marah ke?"
"Apa abang cakap?" Fang pura-pura tidak tahu apa yang terjadi "Adik tengah sibuk nak jawapan soalan ni.. susah ni"
Kaizo menahan kemarahan dia. Kaki dia terus melangkah ke arah sebuah kerusi sofa. Dia duduk untuk tenangkan dirinya. Dia duduk bersila di atas kerusi itu sambilkan pejam matanya. Dia nampak seperti orang sedang bertapa di bawah air terjun. Fang, Gopal dan Lily mengambil kesempatan itu untuk makan makanan mereka. Yaya dan Ying gelengkan kepala sahaja. Rupanya, Boboiboy turut menyertai mereka bertiga. Dia membuka bungkusan biskut dan terus menjamah sambil menjawab soalan-soalan latihannya. Agak lama juga Kaizo bertapa di kerusi itu
"Korang semua ni tengah lapar ke?" tanya Bella
"Aku memang tengah lapar pun.. kepala aku akan rasa pening bila perut ni kosong" jawab Gopal "Maaf yea Harraz. Aku perlukan makanan untuk fahamkan soalan ini"
"Takpe takpe.. kau makanlah dulu. Aku boleh sambung buat kerja aku" Harraz tersengih kecil
"Cuba kau tengok kawan kita seorang lagi tu" Jari Yaya terus tunjuk ke arah Faye "Dah tidur si Faye"
Faye tertidur di atas buku latihan dia. Lily ketuk-ketuk kepala kawan baiknya secara perlahan. Faye masih lagi tidur
"Dia penat sangat kot" kata Lily. Lalu dia buat percubaan yang seterusnya dengan mendekatkan sekeping kerepek pisang di depan muka Faye "Agaknya dia bangun ke tak"
Tangan Faye naik dan terus garu-garu hidungnya. Dia masih lagi tidur. Lily ketawa sedikit. Lalu Kaizo bangun dari tempat bertapa dia. Wajah dia sudah kelihatan tenang seperti tiada apa yang berlaku sebentar. Masing-masing menyorok makanan mereka di dalam beg galas mereka. Tiba-tiba perut dia berbunyi. Kedua-dua pipi dia merah sedikit kerana malu
"Errr... apa kata salah seorang daripada kamu pergi belikan makanan" cadang Kaizo
Fang dan rakan-rakan dia terus memandang Kaizo. Mereka tidak menbantah kerana perut mereka juga terasa lapar
"Takpe ke kita makan dalam perpustakaan?" tanya Yaya "Nanti ada sisa-sisa makanan pula tapi yang paling penting, kita orang tak kan buat sepah"
"Abang Kaizo bagi ke?" soal pula Ying
"Takpe, untuk sesi ulang kaji sahaja aku benarkan" kata Kaizo dengan nada tegasnya "PANG! Kau pergi belikan makanan untuk kita semua"
Fang terus baringkan kepalanya dan berpura-pura tidur. Dia buat-buat bunyi berdengkur. Berkerut dahi Kaizo melihat perangai adiknya. Dia menggenggam tangan kanannya dan memujuk hatinya untuk bersabar
"Kalau begitu, biar aku sahaja yang pergi belikan makanan"
Fang tersenyum sedikit. Kaizo berjalan keluar dari perpustakaan itu. Tahulah apa yang dia akan buat nanti terhadap adiknya. Selepas sahaja Fang dengar pintu itu tertutup, lalu dia bangun dengan senyuman bangganya
"Tak baik betul kau ni, Fang" tegur Yaya
"Landak memang macam tu, suka sangat buat abang dia naik angin" tambah si Lily "Tapi abang Kaizo nak belikan makanan apa untuk kita orang.. wuuuuu! Mesti dia nak belikan burger ataupun nasi goreng ke, nasi pattaya ke, nasi lemak ke, nasi kerabu ke, nasi dagang ke, nasi ayam ke... tak pun mee goreng ke-"
Mulut Lily terus disumbat dengan kerepek pisang oleh Bella sendiri. Lily terus kunyah kerepek pisang itu
"Agaknya si pelik ni nak jadi macam Rizu kot.. kuat berceloteh" kata Fang "Wei wei, jom kita main game"
Gopal berhenti menulis serta merta sebaik sahaja dia dengar perkataan Game. Faye bangun dari tidur dia dalam keadaan segar. Mata dia membulat besar dan senyuman dia begitu lebar sekali. Yaya menghentak-hentak jari-jemari dia di atas permukaan meja sambil berikan renungan tajam kepada Fang
"Wei, sekarang masa untuk belajar maaa.. bukan masa untuk bermain" marah Ying "Kau ni menggalakan mereka untuk bermain game pula"
"Ala, kita berehatlah dulu sementara abang aku takde.. hehehe" Fang sudah pun keluarkan Uno kad dia dari beg "Kita rehatkan otak, rehatkan diri daripada semua stress ulang kaji. Lepas tu sambung balik!"
"Hmm... suka hati kau lah Fang tapi kalau nak main, baik main cepat sebelum abang kau balik"
Fang terus tersenyum sinis apabila Boboiboy setuju sahaja dengan cadangan dia tadi. Mereka semua tutup buku latihan masing-masing dan Fang mula shuffle kad-kad Uno tersebut
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, tinggal lagi lima sahaja orang lagi. Aku yakin, aku boleh menang walaupun aku bukan orang pertama yang menang
Mata Fang melihat Boboiboy letakkan kad skip berwarna biru untuk Bella. Hati Fang menari-nari kerana Bella tidak boleh jalan. Bella kelihatan tenang dan tidak membuat bunyi. Seterusnya adalah Fang untuk berjalan. Dia melihat sebelah kiri dia adalah Harraz yang hanya mempunyai 3 kad sahaja. Adakah Fang sendiri boleh kenakan si Harraz untuk menghalang kawan dia daripada menang? fikir Fang. Lalu dia letak kad Wild iaitu kad yang mempunyai empat warna
"Kau nak warna apa, Fang?" tanya Harraz dengan tenangnya. Dia tidak rasa tergugat ataupun rasa cemas
Fang perhatikan kad-kad Harraz. Warna apa yang Harraz tiada, fikir Fang. Jikalau dia pilih warna yang salah, ada peluang besar untuk Harraz menang. Mata Fang melihat kad itu satu per satu. Dia seperti dapat melihat kad apa yang Harraz miliki
"Hmmm... aku pilih warna..." Fang fikir balik semula. Dia masih belum membuat keputusan "Warna..."
"Dey, cepatlah pilih" bising Gopal
Gopal, Ying, Faye dan Lily sudah selesai bermain. Mereka hanya menjadi penonton sahaja
"Yelah yelah.. aku pilih warna biru" jawap Fang
Harraz dengan tenangnya, dia letakkan uno kad draw two
"Maaf Yaya" kata Harraz
"Takpe.. sepatutnya aku yang kena minta maaf dekat Boboiboy" Yaya terus letakkan uno kad draw two berwarna kuning "Maaf yea, Boboiboy"
"Hmmm... takpe" Boboiboy mengeluh sedikit. Satu per satu kad dia ambil sehingga cukup empat
Kini giliran Bella pula. Mata Bella melirik ke arah Fang. Kad dia masih ada tinggal lagi lima. Kad Fang pula ada empat. Bella cuba menyusun strategi untuk menghalang Fang daripada menang. Dia ingin pastikan Harraz dapat kemenangan yang mudah. Lalu dia keluarkan kad uno nombor dua yang ada berlainan warna. Kini dia tinggal dua kad sahaja. Kad uno dibahagian atas adalah warna merah
"Silakan jalan Fang" kata Bella dengan penuh sopan
Malangnya, Fang tiada kad berwarna merah. Lalu dia merungut di dalam hatinya. Dia terpaksa mengambil kad uno satu per satu sehingga dia jumpa kad uno yang berwarna merah. Bella tersenyum sinis apabila Fang kad dia bertambah banyak. Lalu Fang berhenti kerana dia sudah pun menjumpai kad uno berwarna merah ianya adalah kad merah nombor empat. Giliran Harraz pula kali ini
"Hmmmm..." Harraz melihat kedua uno kad dia
"Kau takde warna merah ke?" tanya Fang
"Ada.. tapi..."
"Tapi apa? Cepatlah jalan" kata pula Boboiboy kepada Harraz
Tanpa melengahkan masa, lalu dia letakkan kad uno berwarna merah iaitu kad reverse. Maknanya Fang terpaksa jalan sekali lagi
"Uno!" kata Harraz yang tinggal satu kad sahaja
"Cheh! Tak guna" Fang mula merungut sambil mengambil uno kad lagi sekali
Malangnya, kad berwarna merah tidak timbul. Bella mula ketawa kecil melihat nasib malang Fang. Satu per satu Fang mengambil kad itu tetapi warna merah masih belum timbul lagi. Tiba-tiba pintu perpustakaan itu dibuka oleh seseorang. Mereka secara pantas, kelam-kabut sambung mengulang kaji. Fang cepat-cepat mengumpul kesemua uno kad
"ABANG FANG!" muncul Idoli bersama Rizu "ABANG FANG! ABANG FANG! KITA ORANG NAK MELAWAT ABANG FANG DEKAT SINI!"
"Cheh, dia orang rupanya" bisik Fang "Tapi selamat aku.. kalau tidak, mesti aku akan kalah nanti"
"Hehehe... takut betul kalau kau kalah"
"Senyaplah kau Bella" marah Fang
Rizu dan Idoli menyibuk di sebelah Fang. Mereka datang ke perpustakaan itu kerana sudah bosan bermain di dalam rumah sahaja. Jadi Lynna bawa mereka berdua ke situ
"Kak Lynna ada bawa makanan tak?"
"Maaf Gopal, akak tak bawa makanan" kata Lynna dengan sopannya "Kaizo mana?"
"Dia pergi beli makanan tapi lama betul dia pergi beli" Boboiboy melihat jam kuasanya "Hmm... harap-harap makanan sampailah kejap lagi"
"Kasihan kamu semua. Lapar yea"
"Idoli pun lapar juga" Idoli sentuh perut dia "Pagi tadi Idoli sarapan sedikit aje. Abang Fang masak sikit aje.. sedih Idoli"
Lynna mengusap kepala Idoli. Muka Fang nampak bosan sedikit. Entah kenapa hati dia seperti mahu sekeh kepala Idoli. Mungkin pada ketika itu, Idoli sedang buat muka comel. Lalu dia berkata
"Idoli suruhlah kak Lynna bawa pergi makan. Ajak Rizu sekali"
"Hmmm... kalau makan dekat dalam perpustakaan boleh ke?" soal Idoli "Kakak Emmy marah ke kalau kita makan dalam ni?"
"Tak tahu" jawab Fang "Tapi... maybe... dia bagi kot" dia tersengih sedikit
Pintu perpustakaan dibuka lagi oleh seseorang. Mereka semua menoleh kepala untuk melihat siapa yang datang. Kaizo sudah kembali dengan makanan mereka semua. Dia hanya belikan makanan ringan sangat. Makanan seperti nasi ataupun mee, dia tidak beli kerana dia tidak mahu perpustakaan itu ada bau makanan
"Nah, aku sudah belikan makanan macam-macam untuk korang semua" kata Kaizo sambil letakkan tiga beg plastik di atas meja
Boboiboy, Fang dan Gopal membuka beg plastik itu. Apa yang mereka dapat adalah sandwich dalam pelbagai aneka, buah apple dan pisang, beberapa bungkus biskut yang pelbagai aneka dan juga beberapa botol air mineral untuk mereka semua
"Abang beli itu sahaja?"
"Habis tu, kau nak suruh aku beli nasi ke? dengan lauk-pauk dia sekali"
"Ha ah!" balas Fang kepada abangnya "Kalau tak nak beli nasi, beli pizza pun boleh. Lagi kenyang!"
"Sudahlah tu Fang, jangan complaint sangat. Bersyukurlah abang kau belikan makanan untuk korang semua" kata Lynna "Kalau lapar lagi, boleh rehat sekejap dan pergi makan dekat kedai. Lepas tu balik sini semula dan sambung balik dengan study group kamu"
"Hah! Cadangan yang bagus tu kak Lynna tapi.." Gopal tersengih "Tak naklah kita membazir dengan makanan yang abang Kaizo beli ni. Kita habiskan yang ni dulu"
"Bagus.. bolehlah kamu semua belajar sambil makan! Sudah! Jangan nak banyan bunyi lagi, pergi sambung buat kerja kamu"
Masing-masing sudah sambung semula dengan kerja latihan mereka. Mereka membuat kerja secara senyap dengan mulut mereka kunyah makanan masing-masing. Lynna mengajak Rizu dan Idoli pergi makan di kedai. Mereka bertiga keluar dari situ secara senyap. Kaizo sambung balik berjalan mengelilingi meja itu. Mata dia memandang tepat ke arah jawapan mereka satu per satu. Lalu dia berhenti di belakang Faye
"Faye"
"Yea abang Kaizo" Faye tidak menoleh kebelakang untuk melihat Faye. Dia hanya membuat kerja latihan english "Faye ada buat salah ke?"
"Ada" jawab Kaizo "Karangan english kau rasa ada kekurangan. Aku nak kau baca balik dan tulis semula"
"ERK!" Faye membaca karangan dia semula
"Kau pelik.. apasal tiba-tiba kau buat salah dekat soalan matematik tu"
"Salah ke?" Lily melihat balik jawapan dia "Macam betul aje" Lalu Kaizo mengambil buku latihan matematik itu "ERK!"
"Jawapan salah! Soalan ini pula, jawapan betul tapi jalan kerja salah! Selamatlah kau ni pandai tapi perangai aje pelik. Macam adik aku si Pang tu. Nampak pandai tapi perangai tak betul" Kaizo pulangkan balik buku latihan itu kepada Lily "PANG!"
"Yea abang"
"Ajar si budak pelik ni"
"Suruhlah orang lain. Suruh Yaya ke, Ying ke, Bella ke.. Harraz ke tapi bukan si Boboiboy"
Boboiboy berikan renungan maut kepada Fang. Tanpa rasa bersalah, Bella pijak kaki Fang untuk balas dendam bagi pihak Boboiboy. Sang rambut landak menahan kesakitan dia. Fang tidak mengamuk. Dia hanya berikan senyuman sahaja
"Baiklah abang, adik akan ajar si budak pelik tu" kata Fang yang sebenarnya malas hendak mengajar Lily "Wei pelik, kau duduk sebelah aku. Aku malas nak pergi sana"
Bella tepuk kepala Fang sebab bercakap kasar dengan Lily. Lalu dia bangun dari situ untuk memberi ruang kepada Lily. Dia pergi duduk di tempat Lily buat sementara. Kaizo mula kembali berjalan dan lalu dia berhenti di belakang Gopal
"Bagaimana dengan pencapaian si Gopal ni?" tanya Kaizo dengan nada seriusnya
"Pencapaian dia setakat ini, masih boleh lagi diperbaiki tapi nampaknya dia faham apa yang saya ajar"
"Bagus" kata Kaizo kepada Harraz
"Hehehe... dia ajar saya sangat berbeza dengan si Fang, Yaya dan Ying" Gopal mula tersengih "Kalau Fang ajar, asyik nak mengamuk aje. Kalau Yaya pula, nanti dia bebel dekat saya dan Ying pula, laju sangat dia ajar"
"Banyak betul alasan kau"
"Dia memang banyak alasan pun, abang" Fang menyampuk sekali "Macam-macam alasan dia tapi alasan yang paling utama sekali ialah LAPAR!"
Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja. Gopal terus buat kerja latihan dia sambil diajar oleh Harraz. Di dalam pemikiran Gopal penuh dengan bentuk-bentuk makanan pada ketika itu. Walaupun dia sudah memakan sedikit sandwich ayam, dia tetap rasa lapar. Dia mahukan makanan yang lebih berat tetapi dia terpaksa tahankan dirinya. Dia tidak tahu sampai pukul berapa sesi ulang kaji mereka akan tamat. Kaizo asyik perhatikan adiknya. Adakah Fang dapat menahan kesabaran dia mengajar Lily atau sebaliknya? Walaupun Lily lebih tua daripada Fang, matematik bukanlah sesuatu yang sukar buat Fang. Dia terlebih pandai di dalam mata pelajaran itu. Semua latihan matematik dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 akan dia belajar bersendirian di rumah. Boboiboy ada juga tidak faham dengan soalan-soalan di dalam buku latihannya. Dia akan bertanya kepada sesiapa yang berdekatan dengan diri dia, iaitu Harraz, Yaya dan Ying. Faye pula, dia sedang di bantu oleh Bella untuk kerja karangan english dia
"Bagus semuanya. Rajin" bisik Kaizo "Aku akan kekalkan begini sehingga mereka semua habis peperiksaan akhir tahun"
Kaizo akan menjadi cikgu mereka setiap hari sabtu. Dia tidak mahu mereka gagal kerana dia juga ingin melihat mereka semua berjaya
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari isnin sudah tiba tetapi apa yang menanti mereka adalah ujian matematik lagi. Gopal menghantuk-hantuk kepalanya di atas meja kelas dia. Gopal tidak sangka mereka baru sahaja dapat markah ujian matematik minggu lepas dan hari ini, cikgu Papa berikan ujian matematik lagi
"Sabar ajelah Gopal tapi aku percaya kau kali ini sudah bersedia"
"Betul tu Boboiboy!" Terus Gopal kembali bersemangat "Dengan hasil usaha Harraz mengajar aku matematik, aku yakin aku akan dapat markah tinggi!"
"Hmmm.. semoga berjaya" bisik Fang sambil bermain dengan pencil dia
"Anak-anak murid kebenaran. Cikgu berharap, ujian kali ini.. KAMU SEMUA DAPAT JAWAP SEMUA SOALAN SUSAH YA AMPUN!" Cikgu Papa agih-agihkan kertas soalan matematik kepada anak-anak muridnya "Siapa yang dapat markah rendah, lebih rendah daripada markah sebelum ini.. CIKGU BAGI DENDA! ADA FAHAM?"
"Faham cikgu!" kata mereka
"Bagus, bagus.. bersiap sedialah dengan pensil kamu! KITA AKAN MULAKAN SEKARANG!"
Gopal dengan yakinnya, dia tidak hentam sahaja pada setiap soalan tersebut. Dia baca soalan-soalan itu berulang kali dan akhirnya, dia yakin dia dapat jawap semua soalan dengan betul
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokkan harinya...
"TIDAKKKK! KE-KENAPA MARKAH AKU CUKUP-CUKUP AJE!" Gopal menghantuk-hantuk kepalanya di atas meja "Bukan ke semalam aku dapat jawab semua soalan dengan mudah! Tapi... dapat markah sikit aje"
"Ala, janganlah mengalah Gopal" Boboiboy tepuk bahu Gopal sedikit "Oklah tu, markah kau tinggi sedikit daripada yang sebelum ini. Kau patut bersyukur sebab Harraz ajar kau. Kalau tidak, mesti gagal lagi"
"Hmm.. yelah Boboiboy, aku bersyukur markah aku kali ini ada sedikit pencapaian"
"Bagus anak murid kebenaran ku" Muncul Cikgu Papa di sebelah Gopal "Nampaknya kali ini keputusan kau sedikit memuaskan tapi jangan risau, hari ini CIKGU AKAN BERIKAN SATU LAGI UJIAN MATEMATIK SUPAYA KAMU SEMUA BELAJAR DARI KESILAPAN KAMU SEBELUM INI!"
"HAH! UJIAN LAGI!"
Mengeluh satu kelas. Semua kepala anak murid cikgu Papa terbaring di atas meja kerana setiap kali kelas matematik, asyik ujian sahaja. Fang tidak begitu kisah sangat kerana dia memang minat dengan matematik. Gopal pada ketika itu, rasa hendak pengsan di situ kerana dia tidak sanggup untuk menjawab soalan matematik lagi
"Hehehe... sabar ajelah Gopal" Boboiboy tersengih sedikit "Tapi apa-apa pun, cikgu Papa memang terbaik"
---------------------------------------------------------------------------------
Maaf semua kalau kurang memuaskan dengan chapter ini T_T
Jumpa lagi semua
Next update adalah next week ok :3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top