Slumber Party
Penguin boy, budak penguin, alien penguin dan bermacam-macam gelaran yang diterima oleh Fang. Semua nama-nama itu tidak di endah langsung oleh sang remaja alien itu. Pada awalnya, dia memang marah dan mengamuk dengan gelaran itu tetapi makin lama, makin muak dan makin terbiasa dengan panggilan tersebut
"Apasal tiba-tiba satu sekolah panggil kau budak penguin?" tanya Kaizo pada suatu hari, ketika dia sedang menghantar adiknya ke sekolah
"Sebab video hari tu" balas Fang dengan nada kemalasan dia
"Siapa suruh tayangkan video penguin kau tu. Kan dah kena dengan mereka"
"Hehehe.. ingatkan adik nak mainkan video abang nyanyi dekat dalam bilik air tapi video tu sudah kena delete pula"
Berkerut dahi Kaizo. Dia terus berikan bekalan makanan kepada adiknya. Pagi tadi dia berusaha sediakan sejenis makanan jepun yang bernama onigiri. Makanan itu diperbuat daripada nasi dan di dalam nasi tersebut, terdapat sejenis inti seperti daging ayam, tuna ataupun telur. Ikut kesukaan masing-masing, inti mana yang mereka mahukan. Onigiri itu di dalam bentuk tiga segi dan ianya dibalut dengan sekeping seaweed kering
"Err.. terima kasih abang" Fang rasa terharu pula tetapi pada masa yang sama, dia rasa takut untuk makan kerana takut rasa masin "Hehehe.. nanti adik makan"
"Jangan risau, tak masin pun makanan tu" Kaizo seperti dapat membaca pemikiran adiknya "Makanan tu pun, Lynna yang ajar aku. Jadi aku cubalah buatkan untuk kau"
"Oklah tu" Fang mengambil bekas makanan itu dari tangan abangnya "Hubungan abang dan kak Lynna macam mana? Semuanya ok? Ada bergaduh lagi ke? Hari ni abang temu janji dengan dia lagi?"
"Hari ni.." Kaizo cuba ingatkan balik jikalau dia dan Lynna ada buat rancangan apa-apa pada hari itu "Rasanya... oh.. ada ada.. kejap lagi kami hendak ke stesen TAPOPS"
"Latihan tempur?"
"Hmm.. entah" jawab Kaizo "Kommander Kokoci yang suruh kami ke sana.. kenapa abang dapat rasakan si kommander cuba nak jadikan Lynna sebagai ahli TAPOPS. Setiap kali kena panggil, dia mesti suruh bawa Lynna sekali"
"Tahu tahu ajelah si kommander tu, kalau dia nampak seseorang yang mempunyai kuasa yang hebat-hebat seperti adik" Fang tiba-tiba rasa bangga dengan diri dia "Lepas tu orang itu mesti ada potensi menjadi seorang superhero seperti adik, mesti kommander Kokoci akan ambil kisah punya. Lagi banyak ahli, lagi bagus untuk pasukan TAPOPS"
"Hmm... tapi rasanya Lynna tak nak masuk dalam pasukan TAPOPS" kata Kaizo "Abang pun tak kisah sangat kalau dia nak join ke tak. Biarlah Lynna yang membuat keputusan sendiri"
"FANG!"
Kepala Fang ketepi sedikit untuk melihat siapa yang panggil dia dari belakang abangnya. Dia terkejut melihat Mimiko sedang berlari ke arah dia. Di tangan Mimiko terdapat sekeping kad berwarna merah jambu
"FANG! FANG!" Mimiko berhenti berlari dan lalu mengambil nafas sedikit "Fang, kau ada nampak Faye tak?"
"Tak" balas "Kenapa kau cari dia?"
"Sebab aku nak bagi invitation card dekat dia" Mimiko tunjukkan kad yang dia pegang kepada Fang dan Kaizo "Aku mengadakan slumber party dekat rumah! Selalunya aku ajak kawan-kawan rapat aku sahaja tapi kali ini aku jemput kawan-kawan perempuan kau dan kawan-kawan aku untuk menghadiri party ini! Makanan semua aku sediakan!"
"Macam menarik" kata Kaizo. Mata dia melihat kad itu penuh dengan hiasan berwarna merah jambu, putih dan juga hitam "Bila kau mengadakan party ni?"
"Hujung minggu hari sabtu" balas Mimiko dengan penuh yakin "Oklah, aku nak pergi cari Faye.. jumpa lagi!"
Fang melihat Mimiko beredar situ. Lalu dia terfikir, kenapa budak lelaki tidak pernah mengadakan slumber party? Kenapa selalunya budak perempuan sahaja yang mengadakan party itu? Adakah ianya terlalu girly? Tapi apa yang mereka selalu buat semasa party itu? Gossip? Makan? Menonton movie bersama? Ataupun mengadakan fashion runaway?
"Abang"
"Kau nak apa, Pang?"
"Adik nak mengadakan slumber party boleh?"
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA!"
Satu gelakan besar membuatkan kepala Fang tertoleh kebelakang. Rupanya gelakan tadi adalah dari Boboiboy dan Gopal. Mereka berdua tidak sangka, remaja alien seperti Fang mahu mengadakan slumber party
"Kau ni ok ke tak? Tiba-tiba aje nak buat slumber party"
"Wei, aku oklah!" jawab Fang kepada Boboiboy "Aku cuma nak tahu best ke tak slumber party tu. Kenapa budak lelaki seperti kita tidak buat slumber party? Adakah ianya khas untuk budak perempuan sahaja?"
"Manalah aku tahu jawapannya. Kalau kau nak tahu sangat, pergilah tanya mereka" kata Boboiboy
"Malas" balas Fang sambil bersilang tangan "Baik aku buat slumber party aku sendiri tapi... apa yang mereka buat pada ketika itu? Adakah mereka hanya bergossip sahaja? Ataupun dia orang cerita tentang budak-budak lelaki yang kacak seperti aku" Terus dia tersenyum bangga
"Sebenarnya, mereka bukan bergossip atau cerita pasal budak lelaki yang kacak" Tiba-tiba Kaizo bersuara di situ "Budak-budak perempuan ni sebenarnya suka berkongsi cerita tentang kehidupan seharian mereka, kisah-kisah pahit, manis dan sedih.. tapi paling penting sekali adalah rahsia-rahsia penting mereka"
"Hmmm.. macam mana abang tahu?" Fang mengusap dagunya "Abang pernah menyertai mana-mana slumber party ke? Mencurigakan betul"
"Aku tak pernah menyertai mana-mana slumber party tapi... dari pemerhatian aku, begitulah sikap budak-budak perempuan apabila suka berkumpul beramai-ramai kerana aku kadang-kala pernah duduk lepak di clubhouse Lynna bersama dengan kawan-kawan perempuan dia" jelas Kaizo dengan nada seriusnya
"Begitu rupanya tapi kali ini.." Fang mengosok kedua tapak tangannya sambil tersenyum sinis "Kita buat style budak lelaki pula.. hehehe.. aku akan jemput korang berdua, Harraz, Rizu dan... tak pasti aku nak ajak si Momoki ke tak"
"Tak perlulah kot ajak si kasanova berwibawa tu. Kita-kita ajelah dekat slumber party tu"
"Ok, aku tak kan ajak dia" Fang angguk kepalanya kepada Gopal "Baiklah, hujung minggu ni hari Sabtu, sama time dengan budak-budak perempuan punya slumber party, kita akan berkumpul di rumah aku! Gopal, kau bawa permainan video game kau. Kita main game sampai lebam mata!"
"KAU TAKDE BENDA LAIN KE NAK BUAT HAH!" Jerit Kaizo sambil tunjal-tunjal kepala adiknya "Buatlah benda yang berfaedah! Ini tidak, main game sampai lebam mata. Kalau ulang kaji sampai lebam takpelah juga!"
"ABANG!" Fang hampir hendak mengamuk di situ tetapi dia tenangkan dirinya dan lalu berkata "Main game ada faedahnya"
"Apa faedahnya?" tanya Kaizo sambil mengangkat kening sebelah
"Faedahnya adalah.." Tiba-tiba Fang tersenyum sinis "Kita dapat keluarkan segala tekanan yang ada di dalam badan kita dan hapuskan setiap musuh dalam video game tu dan terus dapat markah tertinggi! MUAHAHAHAHAHAHAHAHA!"
Berkerut dahi Kaizo. Gopal setuju sahaja dengan kata-kata Fang. Manakala Boboiboy pula, tidak berkata apa, dia hanya tersengih sahaja
"Suka hati kaulah tapi jangan buat bising semasa abang tengah berehat"
"Baik abang!" Fang terus berikan tabik hormat kepada abangnya "Adik akan pastikan slumber party ini dalam keadaan yang terkawal! Tiada huru-hara ataupun masalah besar akan timbul"
"Bagus. Aku pergi dulu"
Kaizo beredar dari situ. Fang menari-nari sedikit kerana tidak sangka abang dia benarkan slumber party itu diadakan. Dia dan dua kawan lelakinya mulakan berbincang apa yang mereka lakukan nanti
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang Fang.."
"Rizu nak apa?"
"Kenapa abang Fang nak order pizza sahaja? Kenapa abang Fang tak buat sendiri semua makanan? Sebab tadi Pizu tengok instagram kakak Lily, macam-macam makanan ada dekat slumber party kakak Mimiko"
Rizu terus tunjukkan account instagram Lily. Ada beberapa keping gambar makanan yang terpapar di dalam account tersebut. Semua gambar makanan yang di tunjukkan oleh Rizu, semua makanan yang dibuat oleh Mimiko sendiri. Fang mula terliur melihat gambar-gambar makanan itu. Sandwich meatball, mini burger, buah-buahan, chocolate brownies, mini pizza dan juga air watermelon. Semuanya kelihatan menarik
"ERK!" Fang terkejut seketika "Kalau macam tu, baik abang pergi masak sekarang juga!"
"Tapi abang Fang tak perlulah nak tiru seperti mereka, order pizza pun dah cukup" kata Rizu dengan yakinnya "Kita order pizza, pas tu kita beli makanan dekat bandar macam burger ke, satay ke.. hmm.. beli ice cream chocolate pun best juga"
"Tadi tanya kenapa abang tak buat makanan sendiri, lepas tu suruh abang order sahaja"
"Hehehe.. maaf abang Fang" Rizu tersengih sedikit "Pizu cuma tak nak menyusahkan abang sahaja. Yelah, banyak benda kena buat nanti. Nanti abang Fang penat pulak"
"Hehehe.. abang maafkan" Fang tepuk-tepuk kepala Rizu secara lembut "Jomlah tunggu dia orang sampai dekat ruang tamu. Sambil tu, kita tolak semua kerusi, biar ada ruang dekat tengah-tengah tu"
Mereka berdua keluar dari dapur rumah itu. Bantal-bantal, selimut dan sebuah tilam besar sudah tersedia di atas kerusi sofa. Rizu sudah pun membawa beg pakaian dia dan juga bantal berbentuk kepala kucing. Mereka berkerjasama menolak kerusi besar ke arah tepi dinding. Kerusi-kerusi yang lain pun, mereka tolak ke tepi dinding. Meja pendek ruang tamu pula, Fang dan Rizu angkat dan letak di tepi tiang rumah. Meja itu akan digunakan sebagai hidangan makanan mereka nanti
"Ok, tilam nanti abang akan bentangkan" kata Fang
"Abang Paizo join kita orang tak nanti?"
"Entah" balas Fang "Tapi rasanya.. dia tak join kot. Biarkan ajelah abang Kaizo, janji kita happy happy dekat sini"
"Ohh.. ok" Rizu mula tersedar bahawa Kaizo tiada di dalam rumah itu "Abang Paizo mana?"
"Abang Kaizo ada dekat kapal angkasa" jawab Fang sambil melihat jikalau ada habuk di bahagian almari television "Rizu pergilah main dengan Idoli dulu. Abang nak bersihkan rumah ni sekejap supaya nampak lagi bersih"
"Hmm.. Idoli tengah tidur. Kalau Pizu tolong abang Fang boleh?"
"Boleh"
Fang terus ke dapur untuk dapatkan sehelai kain buruk. Dia ingin lap almari itu kerana ada kesan habuk sedikit. Rizu pula, dia melihat account Lily semula sebelum dia pergi menolong abang angkatnya. Nampaknya Lily ada update gambar terbaru di account instagram dia. Sebuah gambar Lily bersama dengan Momoki. Wajah Lily kelihatan sedih dan kurang selesa apabila dia bergambar dengan Momoki. Caption di bawah gambar itu menyatakan bahawa gambar itu di muat naik oleh Momoki sendiri. Rizu tergelak seorang diri kerana nasib Lily yang tidak baik pada ketika itu
"Kenapa tu Rizu?"
"Gambar kakak Lily dengan abang Momoki" Rizu tunjukkan gambar tersebut kepada Fang "Hehehe... kasihan kakak Lily"
"Hehehe.. biarkan si katak pili tu... muahahahaha! Sudah sudah, pergi sapu lantai ni"
"Baik abang Fang!"
Rizu simpan handphonenya balik. Dia terus pergi mengambil penyapu sampah yang terletak di dalam dapur. Fang mengelap almari television itu secara perlahan dan berhati-hati. Manakala Rizu pula, dia menyapu lantai ruang tamu itu dengan lincahnya. Sambil dia menyapu, sambil itu dia nyanyi lagu kegemarannya
"Rizu nak tahu tak.. lagu tu buatkan abang kena ejek dekat sekolah"
"Dia orang ejek abang apa?"
"Dia orang ejek abang ni budak penguin" Fang mengeluh sedikit "Tapi takpelah.. abang terima ajelah. Penguin ke, landak ke, budak alien ke, janji abang adalah diri abang sendiri. Dia orang tidak boleh jatuhkan semangat abang!"
"Betul tu abang Fang" Rizu angguk kepala dia "Nanti makin lama, makin dia orang akan rasa bosan juga. Jadi abang Fang biarkan sahaja dan kita teruskan dengan kehidupan kita!"
Kepala Fang terangkat sedikit apabila pintu rumah dia diketuk oleh seseorang. Senyuman dia makin lama makin lebar kerana kawan-kawan dia sudah pun tiba. Dia bagikan kain buruk itu kepada Rizu dan menyuruh budak kecil itu basuh kain tersebut dan simpan penyapu itu. Rizu ikut sahaja arahan dari abang angkatnya. Fang terus pergi membuka pintu rumahnya. Boboiboy, Gopal, Harraz dan paling mengejutkan buat Fang adalah Momoki ada bersama mereka
"Eh, apasal Momoki ada dekat sini?" Di dalam hati Fang rasa sedikit keliru "Siapa jemput dia?"
"Takpe ke kalau aku join sekali?" Momoki terus berikan senyuman menawan dia "Lagipun, sepupu kau si Faye yang beritahu aku tentang slumber party korang. Jadi aku menjemput diri ku untuk menghadiri slumber party ini. Jangan risau, aku ada bawa bantal dan selimut aku sendiri"
"Kau nak halau dia ke?" bisik Boboiboy kepada Fang
"Aku tak kisah kalau kena halau pun" Memang betul, Momoki tidak begitu kisah kalau Fang tidak membenarkan dia menyertai slumber party itu. Momoki tetap tersenyum sahaja "Aku pulang dahulu jikalau Fang tidak benarkan. Jangan risau, tiada perasaan dendam ataupun kecewa yang terbuku di dalam hati ku ini"
Fang rasa bersalah pada ketika itu. Lalu dia benarkan Momoki menyertai slumber party itu. Mereka semua masuk ke dalam rumah Fang dengan perasaan jangkal kerana Momoki ada di situ
"Ok Fang, sekarang apa rancangan kau? Kau nak main game dulu ke atau tengok movie?" tanya Boboiboy sambil letakkan beg galas dia di tepi meja ruang tamu
"Aku ada bawa bermacam-macam game!" kata Gopal
"Rizu pun ada bawa game dia juga" kata Fang
"Tapi.. aku ada bagi idea tadi.." Harraz rasa malu seketika "Idea yang selalu budak lelaki suka main iaitu game online. Jadi aku minta dia orang bawa laptop masing-masing"
"Ala, Pizu tak bawa laptop" Terus Rizu duduk bersila di atas lantai sambil bersilang tangan "Tak bestlah kalau korang semua dapat main dan Pizu tengok sahaja"
"Err.. Rizu boleh guna laptop Faye" Fang memujuk adik angkat dia "Mesti Faye akan bagi guna laptop dia"
"Jadi, kau setuju ke dengan idea Harraz tadi?"
"Aku setuju sahaja, Boboiboy" kata Fang "Sebelum tu, aku order pizza.. korang semua boleh on laptop masing-masing. Rizu pergi ambil laptop Faye dalam bilik dia"
"Wei, jangan lupa aku nak pepperoni pizza, ayam bbq, garlic bread dan... chocolate lava cake" Perut Gopal tiba-tiba berbunyi "Hehehe... aku lapar pulak"
"Hmm.. apa kata kau aje yang pergi order" kata Fang
"Aku order? AKU OK AJE!" Gopal terlebih gembira kerana dapat membuat pesanan makanan "Aku order banyak tau.. tapi.. duit guna kau boleh?" Dia tersengih sedikit kepada Fang
"Jangan risau, aku akan belanja kamu semua" Momoki masih lagi dengan senyuman dia. Fang rasa meluat melihat senyuman "Jadi, korang nak order apa-apa pun, order lah. Aku akan bayar semuanya"
Momoki bentangkan tilam untuk mereka semua. Dia ingin menjadi tetamu yang baik bukanlah tetamu yang kurang adab. Idoli mula keluar dari bilik dia sambil mengosok-gosok matanya. Dia baru bangun dari tidur
"IDOLI!"
Mata Idoli terbuka luas apabila dia nampak Rizu ada di situ. Lalu dia melompat-lompat kerana gembira. Dia suka bila Rizu datang ke rumah dan bermain bersama dia
"ABANG PIZU!"
"Wah, bukan main mesra betul dia orang berdua ni"
"Biasalah Boboiboy, macam aku dan Rizu" kata Fang "Kau tunggu kejap, aku pergi ambik laptop aku"
Fang berlari ke atas untuk mengambil laptopnya. Gopal sibuk memesan makanan. Harraz rasa risau pula jikalau Gopal memesan makanan terlampau banyak. Dia takut makanan itu tidak habis dimakan sahaja nanti. Fang sudah kembali di ruang tamu bersama dengan laptopnya
"Ok! Dah siap order" Gopal rasa gembira kerana dapat memesan pelbagai makanan "Hehee.. kita enjoy hari ni!"
Idoli dan Rizu sudah mainkan movie kegemaran mereka di television. Mereka berdua berguling di atas tilam. Fang dan kawan-kawan dia sudah membuka laptop masing-masing. Mereka semua duduk di atas kerusi sofa secara berapat-rapat
"Rizu tak nak join sekali ke?" tanya Fang
"Hmm.. tak nak. Pizu nak main dengan Idoli" Dia peluk Idoli dan lalu berguling lagi di atas tilam "Hehehe..."
"Aku ada satu cadangan"
"Cadangan apa tu, Momoki?"
"Begini cadangan dari aku, Boboiboy" Momoki ke depan sedikit untuk tunjukkan kepada mereka sesuatu "Laptop aku bukanlah laptop biasa. Di dalam laptop ini ada satu game yang kita semua boleh masuk-"
"TAK NAK!" Momoki terkejut dengan bantahan dari Boboiboy, Fang dan Gopal
"Kenapa?" soal Momoki dengan perasaan ragu-ragu "Kamu bertiga pernah masuk ke dalam dunia game?"
"Pernah" jawab Gopal dengan nada mengeluh "Game hantu, game cikgu papa, macam-macam game lagilah"
"Aku rasa si Momoki lupakan kot, Pulau Rintis ni pun pernah jadi game sebab si Emmy tu" kata Fang
"Yea ke, maafkan aku jikalau aku terlupa" Momoki terus bersandar balik ke kerusi itu "Jadi, kamu semua ingin main game online yang biasa sahaja? Tak nak merasai perjalanan game yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Kita boleh lawan semua raksasa yang ada di dalam dunia game ini. Aku sendiri jadikan game itu sebagai tempat aku berlatih supaya aku menjadi seorang pahlawan yang handal seperti Kapten Kaizo"
"Ada orang panggil aku ke?"
Kaizo sudah pun pulang ke rumah. Dia kelihatan letih tetapi semangat dia tetap ada
"Takde siapa panggil abang pun" jawab Fang sambil perhatikan skrin laptopnya "Abang nak pergi berehat, pergilah.. adik nak main game dengan kawan-kawan adik"
"Makan malam aku?" tanya Kaizo
"Adik order sahaja tapi.." Fang melirik matanya ke arah Gopal "Bukan adik yang order, si Gopal ni yang order. Tak tahulah dia order makanan apa. Jadi abang makan ajelah apa yang ada yea"
"Cheh, begitu pulak" bisik Kaizo "Aku pergi mandi dulu" Dia terus naik ke atas
Selepas sahaja pintu bilik Kaizo ditutup, Fang membuka mulutnya untuk bincangkan tentang online game mereka
"Sekarang ni, kita nak main game apa?"
"Betul ke kamu tak nak main dengan game aku?" tanya Momoki. Suara dia bertukar menjadi nada suara godaan "Game ini lagi seronok bermain secara beramai-ramai. Ianya adalah sebuah game pengembaraan yang kamu semua tidak dapat bayangkan. Jangan risau tentang nyawa kerana di dalam game itu, berapa banyak kali kena tikam dengan pedang pun, kamu masih lagi hidup"
Boboiboy, Fang, Gopal dan Harraz pandang satu sama lain. Mereka terpaksalah setuju sahaja dengan cadangan Momoki sebelum dia memaksa lagi dan lagi dan lagi sehingga membuatkan salah seorang daripada mereka mengamuk. Mereka tidak mahu keadaan di situ berubah menjadi tegang
"Ok, kita orang ikut sahaja cadangan kau Momoki" jawab Fang dengan nada sindiran "Tapi siapa nak jaga dua budak kecik ni? Siapa nak ambil makanan dekat pintu bila orang tu dah sampai?"
"Aku ada cadangan kedua"
"Cadangan kedua pula" bisik Boboiboy "Apa cadangan kau, Momoki?"
"Kita makan dulu, isi perut, lepas tu baru start main game" cadang Momoki "Macam mana?"
"AKU SETUJU AJE!"
"Kau semestinya setuju sebab dapat makan" Lalu Gopal tersengih kepada Boboiboy "Jomlah kita tengok movie dulu, layan budak-budak kecik ni, sementara tunggu makanan kita orang sampai"
"Korang pergilah dulu, aku nak buat sesuatu kejap"
Boboiboy, Gopal, Harraz dan Momoki pergi menyertai Rizu dan Idoli duduk di atas tilam. Movie yang dimainkan pada kaca television itu adalah sebuah movie yang bertajuk Charlie and the chocolate factory. Gopal suka menonton movie itu kerana ianya berkisahkan tentang lima orang budak dapat melawat masuk ke dalam sebuah kilang yang menghasilkan pelbagai makanan chocolate dan juga gula-gula. Dia makin lama makin terliur melihat movie itu, ianya seperti dia ingin terjun masuk ke dalam movie tersebut. Fang pula, dia pergi lihat instagram Faye melalui website. Memang banyak gambar yang telah di update oleh Faye sendiri. Gambar makanan, gambar beramai-ramai, gambar bersama dengan makanan, gambar Faye sedang peluk patung teddy bear dan gambar dia bersama dengan Bella dan Lily. Lalu Boboiboy duduk di sebelah Fang untuk melihat apa yang kawan dia sedang lakukan
"Kau skodeng budak-budak perempuan ke?"
"Hehehehe... aku saja nak tengok dia orang buat apa" kata Fang kepada Boboiboy
"Hmm.. kau ni, cubalah jadi lelaki sejati yang tidak pergi menghendap sesiapa terutama sekali budak perempuan"
"Ala, rileklah, aku tengok aje, bukannya nak buat jahat pun tapi aku yakin, kita punya lagi hebat daripada dia orang punya.. HAHAHAHA!"
"Hmm.. suka hati kaulah"
"Kita tengok instagram orang lain pula" Fang membuka instagram Yaya pula "Hmmm.. takde gambar baru tapi gambar biskut dia adalah" Menggigil badan dia kerana teringat balik rasa biskut itu. Muka dia kelihatan hijau sedikit
"Kau kenapa?"
"Teringat kisah aku kena makan biskut Yaya" Fang mengeluh sedikit "Aku nak kenakan abang aku, tapi aku pula yang terkena... terpaksalah terima akibatnya"
"Kasihan kau" Boboiboy tepuk bahu Fang sedikit "Lain kali jangan kenakan abang kau lagi"
"Hehehe.. yelah tu Boboiboy, aku akan sentiasa cari jalan untuk kenakan dia! Sebab abang aku tu suka sangat buli aku! Pagi tadi, dia pergi tarik selimut aku, bantal aku, landak aku.."
"Landak kau?" Boboiboy hampir hendak tergelak di situ
"Errr... maksud aku anak patung landak aku. Hehehe... tak tahulah macam mana aku boleh peluk anak patung tu.." Fang terus kembali melihat account instagram yang seterus untuk menutup rasa malu dia "Bella ada posting apa yea"
Dia membuka account instagram Bella pula. Tiada gambar baru. Bella agak jarang update instagram dia kerana diri dia bukan seperti Faye yang suka update instagram setiap masa. Lily pula, kadang kala sahaja dia akan update, itu pun kalau dia rajin. Ying memang tiada instagram buat masa ini. Mimiko seperti Ying juga, tiada account instagram
"Abang Fang! Jom lah tengok movie sama-sama!"
"Yelah, yelah.. abang nak joinlah ni" kata Fang kepada Rizu. Kepala dia tertoleh ke pintu rumahnya. Dia seperti terdengar ada seseorang sedang mengetuk pintu "Hmm.. makanan dah sampai ke?"
Fang bangun dari situ dan terus pergi membuka pintu rumah dia. Alangkah terkejutnya Fang kerana bukan orang yang hantar makanan tetapi robot kuning yang hantar. Ochobot terapung-apung di depan pintu rumah dengan beberapa plastik makanan
"Nah, aku hantar makanan yang Gopal pesan tadi"
"Erkk.. dia order dekat kedai Tok Aba tadi?"
"Ha ah" kata Ochobot kepada Fang "Sebelum dia datang sini, dia pergi order dulu, lepas tu dia suruh aku hantar. Tak guna punya Gopal"
"Dia belum bayarlah tu"
"Belum lagi" balas Ochobot kepada Fang "Jadi, kau bayarkan untuk aku"
"Eh kejap.. MOMOKI! BAYARKAN MAKANAN KITA ORANG!"
"Ok!"
Terkejut Ochobot. Dia rasa Momoki adalah seorang alien yang mempunyai hati yang baik, cuma pada awalnya, niat dia memang jahat. Sekarang ini, Momoki mula berubah. Dia berusaha untuk menjadi seorang kapten yang sama hebat seperti Kapten Kaizo. Momoki datang ke pintu rumah dan terus berikan wang kepada Ochobot
"Terima kasih" kata Ochobot
"Abang Bobot tak nak masuk ke?" soal Idoli yang ada di sebelah Momoki sambil garu-garu punggung "Jomlah abang Bobot.. jomlah join kita orang"
"Err.. ok" Ochobot terbang masuk ke dalam "Lagipun Tok Aba sudah pun tutup kedai dia. Tadi dia pun ada cakap, kalau nak join Boboiboy, join ajelah. Yelah, Boboiboy tu dah lama tak bawa aku perg mengembaraan dia. Asyik kena tinggal aje"
"Kasihan abang Bobot. Idoli faham perasaan itu"
Boboiboy tersengih sedikit. Gopal sudah pun mengambil plastik makanan tadi dari Ochobot. Makanan itu masih lagi panas dan bau dia, membuatkan Gopal terliur dan tidak sabar untuk menjamahnya
"Apa yang kau order tadi?" soal Boboiboy
"Cekodok chocolate, waffle chocolate, pancake chocolate dan juga air chocolate!" jawab Gopal dengan perasaan gembiranya
"HAH! TAKDE MAKANAN UNTUK IDOLI!" Lalu Idoli bertukar menjadi seekor anak kucing yang garang. Dia cakar kaki Gopal "MEOW MEOW MEOW!"
"ADOI! SAKIT! SAKIT!"
Idoli mengejar Gopal di sekitar ruang tamu itu. Beg plastik makanan tadi, dia campak ke arah lain dan Harraz sempat selamatkan beg plastik itu
"TOLONG AKU, BOBOIBOY!" Makin lama makin dekat Idoli. Gopal sudah kelihatan penat "Adeh.. tak larat aku nak lari lagi" Tetapi dia tetap lari juga
"Kau pergi ajelah buatkan waffle biasa untuk dia" kata Fang
"Ha ah, betul juga kata kau" Gopal lari masuk ke dalam dapur "Idoli, abang buatkan waffle vanilla untuk Idoli"
Idoli terus berhenti mengejar Gopal. Ekor dia melibas-libas ke kiri ke kanan kerana gembira dapat waffle kesukaan dia. Idoli perhatikan Gopal membuat waffle untuk diri dia. Muka Idoli pada ketika itu, kelihatan comel sahaja
"Ini sahaja ke Gopal order?" soal Harraz sambil membelek-belek di dalam beg plastik itu "Ke sebenarnya ada makanan lain yang dia order?"
"Ada lagilah tu.. aku tadi dengar dia order pizza sekali" jawab Fang
"Bukan setakat pizza aje yang dia order, burger pun dia pergi order sekali" kata pula Boboiboy
"Boleh ke habis semua tu nanti?"
"Entahlah Fang. Kalau tak habis pun, kita bahagi-bahagikan makanan tu nanti, bawa balik rumah" kata Boboiboy
Momoki begitu tekun dan fokus menonton movie Charlie and the chocolate factory. Dia kagum melihat kilang membuat chocolate dan gula-gula. Bahagian dalam kilang tersebut, sangat luas dan besar. Momoki terbayangkan dia mempunyai sebuah kilang chocolate seluas itu. Rizu pula, tekak dia sudah mula merasa chocolate. Dia pergi membuka satu bekas makanan yang mengandungi cekodok chocolate dan lalu dia makan seorang diri tanpa memanggil yang lain. Fang tak kisah pun jikalau Rizu ingin makan sampai habis kerana dia mahu melihat Gopal menangis
"Korang"
"Kenapa Harraz?" tanya Boboiboy
"Kenapa aku tak nampak Adudu serang korang lagi yea? Dah lama aku tak nampak si Adudu tu"
"Hmm.. kau jangan cakap, tak pasal-pasal dia muncul nanti" jawab Ochobot "Aku rasa dia tu mesti tengah cari idea gempak untuk hapuskan Boboiboy tapi... selalunya, idea dia yang gempak-gempak tu, mesti dapat dimusnahkan contohnya Boboibot tu"
"Hehehe.. ala, itu pun makan masa yang lama juga untuk musnahkan robot tu" Boboiboy garu-garu kepala dia kerana rasa malu sedikit "Lagipun, bukan semua musuh aku dapat musnahkan dalam satu hari"
"Ala, cakaplah kau tu hebat"
"Aku biasa-biasa aje Fang" balas Boboiboy "Bagi aku, kawan-kawan aku semuanya hebat-hebat. Semuanya ada kebolehan yang tersendiri"
Mereka semua mula tersenyum dan lalu sambung menonton movie itu bersama
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1 jam kemudian, makanan yang mereka pesan, hampir separuh daripada itu sudah habis dimakan. Gopal masih lagi mengunyah burger dagingnya. Idoli sudah tidur di atas tilam kerana terlalu kenyang makan waffle yang banyak dibuat oleh Gopal tadi. Fang hanya makan sedikit sahaja kerana dia bukannya sejenis kuat makan seperti Gopal. Boboiboy dan Harraz pergi mengemas kotak-kotak dan bekas-bekas kosong, dan masukkan ke dalam beg plastik kosong. Momoki dan Rizu, sibuk menghabiskan air chocolate mereka. Kaizo ada di ruang tamu itu. Dia seperti adiknya, makan sedikit sahaja. Kasihan Ochobot, hanya dapat melihat sahaja
"Fuh, kenyang perut aku" kata Gopal "Sedap pula burger hari ini"
"Sedap sebab kau lapar ke?" soal Fang
"Err.. rasanya kot.. hehehe" Gopal tersengih sedikit
"Semuanya sudah siap makan?" Momoki pergi mengambil laptopnya "Kita boleh mulakan sekarang"
"Ala, bagilah aku rehat sekejap. Ini habis makan, terus kena pergi berperang" Mengeluh Gopal "Boleh muntah aku kalau macam ni"
"Sebenarnya.." Momoki duduk bersila di atas tilam. Laptopnya letak di hadapan dia "Game ini boleh diubah suai"
"Boleh diubah suai?" Tiba-tiba Kaizo tertarik dengan game itu "Ubah suai jadi macam mana?"
"Begini Kapten Kaizo.." Momoki rasa bangga pada ketika itu "Ianya boleh diubah suai untuk jadikan game senang ataupun susah. Nak ubahkan menjadi seperti game budak-budak pun boleh juga. Ikut kesuaian kita sendiri. Saya sendiri selalu buat game ini menjadi lebih mencabar"
"Menarik game itu" Kaizo mengusap dagunya "Tapi... aku macam pernah dengar game yang boleh ubah suai itu? Adakah game ini susah didapati di angkasa kerana ianya hanya ada sedikit sahaja"
"Betul tu Kapten Kaizo" kata Momoki dengan bangganya. Lalu dia berkata lagi "Dengan game ini sahaja, saya boleh jadi hebat seperti Kapten Kaizo. Itulah tempat latihan saya setiap hari"
"Bagus juga tu" Lalu Kaizo melihat Fang dan kawan-kawan adiknya "Kamu semua mahu masuk ke dalam game ini?"
Boboiboy, Fang dan Gopal takut dengan soalan Kaizo tadi. Badan mereka menggigil sedikit. Harraz hanya tersengih sahaja. Dia takut pula jikalau Kaizo keluarkan suara garangnya. Momoki sudah tentu bersedia untuk masuk ke dalam dunia game itu
"Satu lagi Kapten Kaizo. Walaupun kita sudah berada di dalam dunia game itu, Kapten Kaizo boleh mengubah-ubah game tersebut. Ianya boleh menjadi apa sahaja yang Kapten Kaizo mahukan"
"Wah! Pizu nak ubah-ubahkan nanti boleh?" Rizu terus berikan senyuman comel dia kepada Kaizo "Boleh tak abang Paizo?"
"Boleh" jawab Kaizo secara ringkas "Maksudnya aku dapat mengawal game ini ikut sesuka hati aku?"
"Tepat sekali" kata Momoki "Kapten Kaizo nak buat game ini menjadi sukar pun boleh juga"
Kaizo terus tersenyum sinis. Boboiboy, Fang dan Gopal sudah menelan ludah. Mereka tahu apa yang di fikirkan oleh Kaizo pada ketika itu. Hati masing-masing sudah mula berubah untuk mengalah sahaja. Mereka tidak sanggup untuk masuk ke dalam dunia game yang dicipta oleh Kaizo sendiri. Jikalau mereka lari pun, Boboiboy, Gopal dan Harraz sahaja yang terselamat. Manakala nasib Fang pula, sudah tentu akan menjadi malang
"Kenapa aku tengok muka korang seperti sudah menyerah kalah?" tanya Kaizo dengan nada seriusnya "Tak nak main game ini ke? Kalau tak nak, kita main game lain pula"
"Game apa tu abang?"
"Game latihan tempur" jawab Kaizo dengan nada sindirannya "Game tu lagi seronok dan lagi menarik mendengar jeritan korang dekat angkasa itu"
"ABANG! ADIK TAK NAK MAIN GAME DENGAN ABANG SEBAB ABANG TERLALU GANAS DAN KEJAM SANGAT"
"Habis tu, kau nak main game apa?" tanya Kaizo
"UNO GAME!" Fang terus berdiri dan mencekak pinggang "Hahahaha! Game kesukaan ramai!"
Kaizo dengan perasaan geram, dia terus tepuk kepala adiknya. Akhirnya, mereka terpaksa juga bermain game di laptop Momoki. Wajah masing-masing kelihatan sedih dan gementar kecuali Momoki. Dia seorang sahaja yang sudah bersiap sedia untuk terokai dunia game yang bakal diubah suai oleh Kapten Kaizo
"Kau tak ikut sekali ke Ochobot?" tanya Boboiboy dengan perasaan berharap Ochobot dapat ikut pengembaraan mereka di dunia game
"Tak nak, aku nak tolong Kapten Kaizo dengan memberikan idea-idea yang menarik dekat dia" Ochobot terbang ke sebelah kanan Kaizo "Korang bergembiralah dekat sana"
"Ochobot, kau sebenarnya masih lagi rasa marah ke sebab kadang-kadang aku tak bawa kau?" Nada Boboiboy ada bunyi sedikit sedih
"Eh takdelah, aku tak marah pun. Aku cuma kecewa sahaja" jawab Ochobot dengan nada sindirannya "Nanti kau sudah kembali dari game tu, baru aku tak kecewa"
"Cheh, macam tu pula" bisik Boboiboy
Gopal dan Fang tepuk belakang Boboiboy secara perlahan. Mereka rasa simpati dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Hubungan persahabatan Boboiboy dan Ochobot tidak pernah renggang. Bergaduh macam mana pun, mereka tetap sahabat baik
"Macam mana aku nak masukkan mereka semua ke dalam game kau ni?" tanya Kaizo kepada Momoki
Lalu Momoki buka game itu di laptopnya. Selepas itu, dia buka bahagian kamera. Dia jelaskan kepada Kaizo bahawa dia perlu tekan butang 'Enter' pada papan kekunci dan pastikan kesemua mereka ada di dalam skrin kamera itu. Selepas sahaja dia tekan butang 'Enter', laptop itu akan menarik mereka semua masuk ke dalam dunia game. Dari situ, Kaizo boleh mengawal dunia itu ikut citarasa dia sendiri. Fang sudah merasai ketidakselesaan tentang abang dia dapat mengawal dunia game itu. Dia sudah bayangkan wajah-wajah raksasa yang bakal muncul nanti
"Kamu semua sudah bersedia?" tanya Kaizo sambil tersenyum sinis
"Err... sudah kot" jawab Boboiboy secara lemah
"Sa-saya belum bersedia lagi!" Gopal sembunyikan diri di belakang Boboiboy
Fang menelan ludah. Boboiboy tersengih sambil mengangguk kepalanya. Gopal menutup mukanya sendiri dengan kedua tangannya. Harraz tidak bersedia lagi. Tangan dia kelihatan berpeluh sedikit. Momoki pula, dia sudah lama bersedia. Hati dia sudah membara untuk pergi ke dunia game
"Amma.. Appa... anakmu nak pergi berperang dah..." Gopal menangis sedikit "Jangan lupakan-"
Belum habis bercakap, Gopal sudah ditarik masuk ke dalam dunia game bersama dengan rakan-rakan dia
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gopal membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia kini berada di sebuah dunia yang dia sendiri tidak pernah jejaki. Suasananya agak suram berbanding dengan suasana di Pulau Rintis. Awan-awan hitam menghiasi langit itu, berserta dengan petir kian sambar menyambar. Laluan dia hadapan dia terdapat dua buah bukit batu-bata di sebelah kiri dan kanannya. Tiada hutan yang kelihatan di sekitar itu
"Wei, ini ke dunia game yang kau cipta?"
"Yea" balas Momoki kepada Fang "Pakaian kita pun berubah menjadi pakaian pahlawan"
Boboiboy, Fang, Gopal, Harraz dan Momoki melihat pakaian mereka yang sudah berubah. Masing-masing memakai perisai besi samada di bahagian tangan, kaki ataupun di bahagian badan. Semuanya berbeza. Alat senjata mereka juga berbeza-beza kecuali Momoki dan Boboiboy. Hanya mereka berdua sahaja mempunyai pedang tajam. Fang melihat di tangan kanannya terdapat alat memanah. Gopal pula, dia memiliki sebuah kapak yang lebih besar daripada yang biasa. Kapak itu berwarna hitam keemasan. Di tangan Harraz pula, dia mempunyai dua tombak pendek. Di hujung tombak itu mempunyai tiga mata tajam yang berbisa. Harraz rasa gementar sedikit untuk berlawan dengan menggunakan kedua-dua tombak tersebut
"Apasal si Boboiboy dapat pedang?" Fang rasa tidak puas hati dengan senjata kawan baiknya
"Aik kau ni.. bersyukurlah kau dapat alat memanah tu"
"Tapi... aku rasa TAK BEST!" kata Fang sambil bermasam muka kepada Boboiboy "Tak pun kita tukar, nak tak? Aku ambik pedang kau dan kau pula, ambik aku punya"
"Eh! Mana boleh macam tu" marah Boboiboy "Aku yakin kau boleh memanah mana-mana raksasa nanti"
"Tak pun aku ambik alat memanah tu" kata Harraz "Fang boleh ambik aku punya tombak ni sebab aku bukan reti sangat. Apatah lagi bab lawan-lawan ni"
"Ok juga tu" Boboiboy setujud dengan cadangan Harraz "Apa lagi Fang, kau tukarkanlah senjata kau dengan Harraz"
"Fang bagi ajelah pemanah tu dekat aku" Gopal pula bercakap kali ini "Hehehe... aku mana reti nak lawan-lawan, aku tahu tembakan makanan aje.. tapi.. dunia ni tak boleh guna kuasa kita sendiri ke?"
"Malangnya, tidak boleh" jawab Momoki "Jadi, kamu semua ingin tukar senjata masing-masing?"
Tiba-tiba alat pemanah Fang, pedang Boboiboy, kapak Gopal dan tombak Harraz, hilang sekelip mata. Mereka berempat menjadi cemas kerana tiada senjata untuk melindungi diri mereka. Mata masing-masing melirik ke arah Momoki
"Kenapa pandang aku begitu?" soal Momoki
"Hah, Momoki lah kena lindungi kita orang semua" kata Boboiboy dengan penuh semangat
Tetapi muncul pula senjata baru untuk mereka. Momoki masih lagi kekal dengan pedang dia. Boboiboy mendapat dua pistol laser. Fang pula, dia memiliki sarung tangan berwarna ungu. Di tengah tapak tangan dia, terdapat satu bulatan untuk keluarkan tembakan laser. Fang terasa diri dia seperti Iron Man. Gopal pula, dia hanya mempunyai guli-guli kecil di dalam beg poketnya. Guli itu bukanlah guli biasa, ianya adalah bom. Apabila di balingkan pada sesuatu tempat ataupun musuh mereka, ianya akan mengeluarkan satu letupan yang besar. Harraz pula, dia diberikan perisai bulat untuk melindungi diri dia ataupun serang musuh dia
"Hehehe... kau nampak macam Captain America pula" kata Fang "Adakah abang aku dapat idea ni dari movie Avengers?"
"Entahlah Fang tapi oklah juga dengan senjata yang abang kau berikan" kata Boboiboy
Sebenarnya, ini adalah idea dari Rizu. Dia yang pergi ubahkan senjata mereka semua kecuali Momoki. Mengikut kata Kaizo, senjata Momoki tidak perlu berubah kerana dia tahu, Momoki dapat gunakan pedang itu dengan sempurna
"Ayuh, kita mara ke depan untuk pergi selamatkan puteri bunga hati ku" kata Momoki sambil tersenyum menawan "Tunggu kami datang wahai bunga hati ku"
"Maksudnya pergi selamatkan Lily ke?"
"Betul tu Boboiboy. Puteri sedang menunggu diri ku di dalam menara!"
"Inikan game direka cipta oleh si Momoki tu. Mestilah dia akan buat si Lily tu sebagai tuan puteri dia" kata Gopal kepada Boboiboy "Entah-entah ada watak kita sebagai penjahat ke"
"Sudahlah, jomlah selamatkan si pelik tu" Fang terus berjalan ke depan
Boboiboy, Gopal, Harraz dan Momoki ikut Fang bergerak ke depan. Mereka jalan seperti biasa sehinggalah mereka sampai di laluan yang mempunyai bukit batu-bata di sebelah kiri dan kanan mereka. Di tengah-tengah itu pula, terdapat sekumpulan arnab sedang makan lobak merah. Arnab-arnab itu kelihatan comel
"Hmm.. kenapa ada arnab di dalam dunia game ini? Mesti Kapten Kaizo telah mengubah watak raksasa kepada arnab tetapi kenapa?" soal Momoki yang cuba mendekati arnab-arnab itu
"Dia orang tu macam kaulah Fang, peminat lobak merah"
"Wei, aku bukan arnablah!" marah Fang kepada Boboiboy "Aku budak penguin! EH!.. Aduh.. macam mana boleh terlepas pulak ni" Lalu dia menepuk dahinya sendiri
"Hehehe.. budak penguin" Boboiboy tergelak sedikit "Baiklah budak penguin, kau bukan arnab, tapi penguin yang suka makan lobak merah"
Fang terus tersenyum bangga. Dia tahu, diri dia adalah lebih popular daripada Boboiboy. Momoki mencangkung di depan seekor arnab putih. Dia ingin membelai arnab itu tetapi ada sesuatu perubahan yang terjadi pada tubuh badan arnab itu. Bukan seekor sahaja, malah arnab-arnab yang lain juga. Arnab-arnab itu mula berdiri seperti manusia, badan mereka membesar dan mengeluarkan otot-otot seperti ahli gusti. Gigi kacip dua batang mereka berubah menjadi gigi taring. Gopal mula menggigil melihat arnab itu berubah menjadi raksasa yang menakutkan. Momoki melompat kebelakang sambil menggenggamkan pedangnya
"Bersiap sedia semua" kata Momoki "Cabaran kita yang pertama sudah bermula"
"Wei Gopal, kau baling guli kau tu"
"Tapi Boboiboy, bagaimana kalau guli aku ni hanyalah guli biasa sahaja" Gopal keluarkan sebiji guli besi dari beg poketnya "Kalau tak jadi apa-apa macam mana?"
"Ala kau ni.." Fang rampas guli itu dari tangan Gopal dan lalu dia baling guli tersebut ke arah arnab-arnab itu. Satu letupan besar berlaku di situ
Mata masing-masing terbuka luas dan hanya Boboiboy sahaja yang bertepuk tangan secara perlahan. Asap-asap hitam mengaburi permandangan mereka. Pada ketika itu, mereka ingatkan raksasa arnab-arnab itu sudah ditewaskan tetapi mereka silap. Satu per satu, raksasa arnab itu keluar dari kawasan asap hitam. Mereka memegang sebatang kayu besar yang berbentuk lobak merah
"Alamak.. kita orang dah buat dia orang marah" kata Boboiboy
"Dey! Kau lah ni punya pasal!" marah Gopal kepada Fang "Kau pergi kacau dia orang kenapa?"
"Bila masa pulak aku kacau dia orang!" marah Fang balik kepada Gopal
"Sudah sudah! Jangan nak bergaduh boleh tak" kata Boboiboy "Kita hanya perlu tewaskan mereka, lagipun Momoki ada beritahu kita orang, sebanyak mana kita kena tikam ke, kena tembak ke, kita tidak akan mati sebab ini dunia game"
"Tapi.. dunia game yang sebelum ini.. takde pun macam game dalam ni?" Lalu mata Gopal membulat besar "UNLIMITED LIFE! INI BARU BEST!"
"Betul tu.. game ini adalah lain daripada game yang lain kerana game ini adalah ciptaan aku sendiri!" kata Momoki dengan bangganya
"Jangan cakap kuat-kuat, tak pasal-pasal abang aku tu pergi tukar unlimited life terus jadi 3 life" bisik Fang "Sudah, mari kita bertindak"
Mereka mara ke depan dan terus menyerang arnab-arnab raksasa itu kecuali Harraz, dia tiada di situ. Sebenarnya, dia berada di hujung depan sana. Dia dapat lepaskan diri daripada sang-sang arnab itu semasa asap-asap putih berkeliaran di situ, secara senyap. Boboiboy, Fang, Gopal dan Momoki bertungkus-lumus untuk menyeberangi laluan itu. Raksasa arnab itu bukan mudah sekali untuk dihapuskan. Boboiboy rasa takut hendak gunakan pistol dia tetapi dia terpaksa. Beberapa das tembakan, terkena tepat pada dada raksasa arnab itu tetapi ianya masih teguh berdiri. Tembakan dari Fang tidak begitu berjaya juga
"Abang aku ni kan! Dia buat raksasa yang tak boleh mati!" kata Fang dengan perasaan geram "Tapi aku yakin, mesti ada jalan untuk hapuskan arnab-arnab ni semua"
"Hmm..." Boboiboy meneliti semua gerakan serangan arnab itu. Lalu dia ternampak sesuatu pada dahi setiap arnab tersebut "KITA TEMBAK BENDA BULAT TU!" Dia cuba berikan satu tembakan ke arah bulatan yang ada pada raksasa arnab itu. Nampaknya tembakan dia sedikit lagi hendak terkena bulatan itu
"Biar aku uruskan" kata Momoki dengan nada yang serius
Hanya Momoki seorang sahaja yang melompat dari kaki raksasa arnab terus ke badan, dan terus ke bahu seperti seorang ninja dan akhirnya dia pergi cucuk di tengah-tengah bulatan itu. Selepas itu dia melompat dari satu arnab ke satu arnab yang lain sambil tikam setiap bulatan di dahi arnab tersebut. Satu per satu, raksasa arnab itu hilang dari situ. Momoki mendarat di tengah-tengah bukit berbatu-bata itu dengan penuh gaya. Lalu dia tersenyum bangga
"Wah! Dasyatnya Momoki" kata Boboiboy sambil berikan tepukan kepada Momoki "Sama hebat macam abang Kaizo"
"Hmm.. eleh, abang aku lagi hebat" bisik Fang "Tapi.. AKU LEBIH HEBAT DARIPADA ABANG AKU!"
"Hmm.. mula dah si dia ni" kata Gopal "Sudahlah, jom teruskan perjalanan kita ni"
Lalu Boboiboy mula perasan, Harraz ada di tepi kaki bukit sedang duduk diam sambil tersengih kepada rakan-rakan dia
"Kau tadi tak join kita orang lawan raksasa tu kan?"
"Err.. ha ah" jawab Harraz kepada Boboiboy "Aku cuma ambil peluang untuk lari ke sini bila ada asap putih tu aja. Jangan marah yea sebab tak ajak korang tadi"
"Cheh, kita orang yang bersusah-payah, kau pula yang duduk goyang kaki" marah Fang sambil bersilang tangan
"Janganlah marah dia Fang" kata Boboiboy
"Ha ah, janganlah marah aku sebab aku ni mana reti bab lawan-lawan" Kepala Harraz tertunduk sedikit "Maaf yea kawan-kawan sebab aku tak reti berlawan. Aku cuma pandai dalam hal lain aje, contohnya belajar"
Boboiboy berdiri di depan Harraz. Lalu dia pegang baju kanan kawan dia. Kepala Harraz mendongak sedikit
"Kau jangan sedih. Kita orang faham dengan kelemahan kau" kata Boboiboy "Kau jangan risau, kau hanya lindungi kau dengan perisai kau sahaja, biar kita orang yang buat kerja"
"Tapi rasa tak adil pula kan.. korang berlawan dan aku pula, jadi pengecut, duduk di tepi sahaja"
"Jangan kata begitu wahai Harraz" Momoki muncul di sebelah Boboiboy "Kau bukanlah seorang yang pengecut, malah aku lihat, diri kau sebenarnya ada keberanian yang kau sendiri tidak menjangkanya. Kau beranikan diri dengan menyeberangi laluan itu tadi walaupun terdapat banyak raksasa arnab. Kau juga berani dalam apabila diri kau menyertai pengembaraan kawan-kawan kau sendiri. Jangan sesekali katakan diri kau pengecut"
"Terima kasih Momoki" Harraz mula tersenyum sedikit "Aku akan cuba sedaya-upaya aku untuk berlawan bersama korang"
"Jangan paksakan diri kau sangat"
Harraz tergelak sedikit dan rasa malu kepada kawan-kawan dia. Harraz bagaikan rasa diri dia amat kecil sekali kerana semua rakan-rakan dia hebat dalam berlawan. Lalu dia bangunkan diri sambil tersenyum lemah. Mereka teruskan perjalanan mereka dalam keadaan sunyi. Tiada angin, tiada bunyi-bunyi pelik, tiada pokok yang ada di situ ataupun haiwan-haiwan selain daripada raksasa arnab tadi. Gopal mula rasa bosan kerana tiada sesuatu yang menakjubkan yang berlaku sehinggalah mereka sampai di sebuah tasik berbentuk hati
"Ini tasik apa Momoki?" tanya Gopal
"Ini adalah tasik cinta" Momoki mencangkung di tepi tebing tasik itu "Lihatlah keajaiban tasik ini.." Dia celupkan tangan kanannya ke dalam tasik itu dan timbullah beberapa bunga lotus yang berwarna putih, merah dan biru di permukaan air tasik itu
"Wah! Tasik ini adalah tasik yang mempunyai sejenis magik ke?"
"Bukan Boboiboy.. tasik ini hanya dapat membaca perasaan kau pada ketika ini" balas Momoki dengan senyuman menawan dia "Perasaan aku pada ketika ini adalah gembira, cinta dan.."
"Sedih?"
"Kenapa pula aku perlu sedih, wahai Gopal?" Momoki cuba jelaskan kepada Gopal "Mungkin bunga itu warna biru dan sudah tentu kau ingatkan aku sedang sedih tetapi salah.. biru itu adalah tanda tenang ataupun gembira! Putih pula melambangkan kesucian.."
"Sucilah konon" bisik Fang sambil bermasam muka
"Dan merah pula.. adalah tanda cinta ku kepada bunga hati ku" kata Momoki sambil terbayangkan wajah Lily di awan hitam "Wahai puteri ku, tunggulah kedatang ku dan kawan-kawan ku yang selamatkan diri mu di menara istana"
"Wei Momoki, kalau aku celup tangan aku.. nanti bunga tu berubah warna ke?" soal Fang sambil berjalan ke tepi tasik
"Kau nak cuba ke?"
"Ha ah Boboiboy" Fang mencangkung di tebing tasik itu "Hehehe.. aku nak tahu, tasik ni betul-betul ada kuasa ke?"
"Dey, tadikan si Momoki dah jelaskan tentang bunga-bunga tu"
"Aku tahulah Gopal" kata Fang sambil tersenyum sinis
"Fang boleh cuba" kata Momoki "Cuma celupkan tangan kau ke dalam tasik itu dan warna-warnanya akan berubah"
"Macam mana kalau bunga-bunga tu kekal warna merah, putih dan biru?" soal Fang lagi yang masih ragu-ragu dengan kebolehan tasik itu "Adakah maksudnya aku ni suci atau ini semua hanyalah satu permainan penipuan sahaja!"
Momoki tidak menjawab soalan Fang tadi. Dia hanya tersenyum sahaja. Senyuman dia sangat menggoda pada ketika itu. Fang malas hendak bertanya kepada Momoki lagi. Dia rasa senyuman dari Momoki, agak menjengkelkan dan diri dia rasa nak muntah pula. Lalu dia celup tangan kanannya ke dalam tasik itu. Bunga-bunga itu mula berubah warna. Ianya berubah menjadi warna hitam. Fang tergaman sedikit sambil bangunkan dirinya
"Wei Fang, apasal bunga kau jadi hitam? Perasaan kau kali ni.. hitam ke? Kau ada niat jahat ke?" tanya Boboiboy
"Atau si Fang ni sudah tak suci lagi.. hehehee" Fang terus berikan renungan maut kepada Gopal "ERK!... Jangan marah aku Fang, aku bergurau aje"
"Wei korang, bunga hitam tu.." Harraz tunjuk jarinya ke arah bunga-bunga tersebut
Bunga-bunga itu mula berubah menjadi asap. Ianya berkumpul di ruang udara dan terus membentuk satu raksasa yang agak besar. Mereka menelan ludah kerana raksasa itu adalah raksasa naga. Momoki kelihatan tenang sahaja. Dia tidak begitu cemas dengan situasi itu. Bagi dia, lagi besar musuh dia, lagi seronok dia dapat berlawan
"Momoki, ini adalah salah satu ciptaan kau ke?"
"Bukan Boboiboy" jawab Momoki "Aku pasti ini adalah salah satu ubahan yang Kapten Kaizo lakukan! Aku dapat rasakan dia ingin menguji kami semua dengan situasi yang berbeza-beza"
"Yelah tu.. abang aku tu, suka sangat bagi benda yang susah-susah. Lebih-lebih kalau tentang latihan tempur dia. Lagi susah, lagi bagus dia cakap"
"Sabar ajelah Fang tapi..." Boboiboy menelan ludah lagi kerana naga berasap hitam itu sudah mempunyai dua biji mata bercahaya merah "Ma-macam mana kita nak kalahkan naga tu?"
"Dengan asap putih?" Gopal cuba buat lawak tetapi tiada seorang pun yang ketawa
"KITA LARI DARI SINI!" Jerit Harraz
Dia dan Gopal terus larikan diri kerana tidak sanggup untuk berhadapan dengan naga itu. Momoki cuba mencari kelemahan naga tersebut. Fang berikan tembakan laser ke arah naga itu tetapi ianya dapat menembusi badan naga yang berasap itu. Naga itu membuka mulut untuk menghembus api keluar dari mulutnya. Boboiboy dan Fang mengelakkan diri daripada terkena hembusan api itu
"Aku rasa memang takde jalan lain dah" kata Boboiboy "Apa yang kita boleh lakukan adalah LARI!"
Boboiboy dan Fang terus pecut lari seperti lipas kudung. Hanya tinggal Momoki seorang sahaja di situ. Dia melompat dan melibas-libas leher naga itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia mengaku kalah dan terus lari dari situ. Mereka berlima lari masuk ke dalam hutan yang sunyi-sepi. Masing-masing sudah tersandar di bawah pokok kerana terlalu penat berlari
"Adeh.. perut aku lapar balik" Mengeluh Gopal "Kenapa aku tak bawa makanan"
"Kau ni 24 jam asyik lapar aje" marah Fang
"Mestilah! Tenaga aku semuanya sudah habis digunakan! Jadi aku perlukan makanan untuk berikan aku tenaga semula" Lalu mata Gopal terpandang satu pohon pokok apple "ADA POKOK APPLE LAH!"
Boboiboy, Fang, Harraz dan Momoki melihat Gopal bangun dan berjalan ke arah pokok apple itu. Gopal mendongak sedikit. Mata dia bersinar-sinar apabila dia melihat apple-apple di pokok itu, semuanya merah menyala. Gopal memetik salah satu apple itu. Sebaik sahaja dia hendak gigit apple merah itu, ianya berubah menjadi apple busuk. Ulat-ulat putih mula keluar dari permukaan kulit apple itu. Gopal baling buah itu ke tanah. Dia rasa geli melihat apple itu. Tekak dia mula rasa loya
"Kenapa Gopal?"
"Apple ni tiba-tiba jadi busuk" balas Gopal kepada Boboiboy "Adeh.. menakutkan betul Aku rasa, lepas ni, aku tak boleh nak menikmati makan buah apple"
"Itu mesti kerja abang aku" bisik Fang "Sesuka hati dia aje nak takutkan si Gopal tu dengan apple busuk. Tadi pun sama juga, takutkan kita orang dengan naga. Abang aku ni, takutkan orang, memang nombor satu!"
Boboiboy tepuk belakang badan Fang untuk tenangkan kawan dia
"Momoki, kita perlu ke mana pula?" tanya Harraz
"Kita belok ke kiri.. kita ikut laluan berbatu itu" Momoki tuding jarinya ke arah laluan yang berbatu-batu "Kita ikut sahaja dan ianya akan membawa kita ke menara sang puteri Lily.. tunggulah wahai puteri ku, aku datang selamatkan mu!"
Momoki dengan penuh semangat, dia terus bergerak di laluan itu. Dia diikuti oleh rakan-rakan dia yang lain. Gopal masih sedih lagi kerana apple tadi tidak boleh dimakan. Perut dia mula berbunyi-bunyi, bagaikan ada ombak di dalam perutnya. Fang bersilang tangan sambil berjalan. Boboiboy dan Harraz pula, melihat-lihat sekeliling mereka yang ditemani oleh hutan-hutan liar itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang Paizo.."
"Kenapa Rizu?"
"Abang Paizo tak letak hantu ataupun monster ataupun anak kucing comel tapi sebenarnya menakutkan untuk mereka ke? Yelah, Pizu tengok dia orang asyik berjalan dan berjalan dan berjalan sahaja. Tak rasa bosan ke abang Paizo? Pizu dah rasa bosan.. Pizu nak letak hantu badut untuk takutkan dia orang boleh ke? Tak pun tukarkan dia orang jadi anak-anak kucing ataupun anak itik ke.. hehehe.. mesti dia orang nampak comel!"
"Kejap lagi dia orang sampailah dekat menara tu" balas Kaizo sambil perhatikan skrin laptop itu bersama Rizu dan Ochobot
"Tak pun abang Paizo buat sepanjang perjalanan mereka ada halangan. Dia orang boleh pergi ke kanan, ke kiri ataupun tengah macam game Pizu suka sangat main, game Minion. Pizu selalu gak main game tu tapi tak boleh main lama sangat, nanti ibu marah. Jadi Pizu main sekejap aje. Game tu ada dekat phone Pizu. Abang Paizo nak try tak main game tu? Nanti Pizu ajarkan abang Paizo cara main dia.. senang aje! Tak susah pun. Rasanya abang Paizo boleh dapat markah tinggi! Boleh kalahkan markah tinggi Pizu!"
Kaizo terpaksa setuju sahaja dengan Rizu kerana dia malas hendak mendengar celoteh Rizu yang panjang itu. Boleh buatkan dia tertidur nanti. Rizu dengan gembiranya, dia tunjuk game yang bernama Minion itu kepada Kaizo. Game itu sangat mudah difahami. Seorang minion akan lari dan elakkan diri daripada beberapa halangan yang terdapat sepanjang perjalanan itu. Minion itu akan lari sejauh mana yang mampu tetapi jikalau dia tersalah sedikit, maknanya game itu akan tamat. Kaizo cuba bermain game itu. Bagi dia, game itu amat mudah sekali. Dia terlalu leka sehingga terlupa tentang game di laptop Momoki
"Abang Paizo hebatlah" kata Rizu
"Abang memang hebat pun" balas Kaizo
"Abang Paizo ke kiri! ke kanan pula! Abang Paizo lompat! cepat lompat!"
Kaizo begitu tertumpu dengan game itu. Rizu pula, asyik menjerit di sebelah Kaizo. Akhirnya, Ochobot menepuk dahi dia sendiri kerana tidak sangka, Kapten yang serba hebat itu boleh terjebak dengan game begitu. Lalu dia angkat laptop itu dari riba Kaizo. Kali ini, biar dia pula mengawal game tersebut. Ochobot perhatikan kelima anak muda itu sudah pun berada di hadapan sebuah menara
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menara itu dikelilingi dengan bunga Lily berwarna putih seperti sebuah padang bunga yang terbentang luas. Bunga-bunga itu hidup dengan segarnya dan langit pada ketika itu berubah menjadi hitam kepada biru. Bunyi-bunyi burung berkeciauan di tingkap menara itu. Momoki terus ke arah pintu menara tersebut. Ianya hanya ada satu pintu dan satu tingkap sahaja. Momoki memecah masuk ke dalam menara itu untuk pergi selamatkan tuan puteri yang terperangkap di dalam menara itu
"Ayuh, mari kita pergi selamatkan puteri" kata Momoki
"Tak kan ini sahaja pengembara kita? Macam tak menari aje" bisik Fang kepada Boboiboy "Atau abang aku tengah kemalasan sekarang ni?"
"Abang kau? malas? Takde maknanya"
"Yelah tu Boboiboy" Fang masuk ke dalam menara itu. Kelihatan ada sebuah tangga untuk naik ke atas. Lalu dia menaiki tangga tersebut sambil berkata lagi "Abang aku tu malas nak masak sendiri, malas nak bersihkan rumah.. asyik aku aje yang kena"
"Tapi abang kau ada juga yang tolongkan?" tanya Harraz yang ada di belakang Gopal
"Ada tu ada tapi..."
"Tapi tahan kebersihan abang kau, belum lagi tahap yang kau mahukan" Boboiboy yang menghabiskan ayat Fang tadi
"Betul tu!" kata Fang dengan penuh bangga
"Kau ni mesti OCD betul. Tak boleh kotorkan rumah kau tu. Asal kotor aje, mesti kau akan bersihkan terus dengan serta-merta"
"Hahahaha! Betul tu Boboiboy!" Fang kali ini tersenyum bangga pula "Biarlah orang nak kata aku terlebih OCD, aku tak kisah! Hehehe"
"Tapi.." Gopal mula rasa ragu-ragu "Kau lepas habis jalankan misi, mesti badan kau berbau.. kau pergi mandi terus ke lepas tu?"
"Yea! Aku tak naklah badan aku kotor dan berbau. Kalau tidak, populariti aku akan jatuh!"
Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Mereka sudah sampai di penghujung tangga. Di hadapan mereka ada satu lagi pintu untuk ke bilik sang puteri. Momoki membuka pintu itu dengan sebuah senyuman yang menggoda terpacar di wajahnya
"Puteri Lily, putera mu sudah sampai untuk selamatkan tuan puteri"
Puteri itu seakan-akan seperti Lily, kawan mereka. Boboiboy tergelak sedikit kerana kegilaan Momoki terhadap Lily, sehingga terbawa ke dalam game dia sendiri. Fang terbayangkan Lily terima Momoki seadanya. Lalu dia ketawa bersendirian. Gopal dan Harraz rasa Fang sudah gila sedikit sebab tiba-tiba ketawa tanpa sebab
"Puteri ku" Momoki cuba memeluk puteri Lily
"Kenapa puteri tu nampak tak gembira aje?" bisik Boboiboy. Hati dia rasa tidak sedap "Momoki, baik kau berhati-hati"
"Kenapa aku perlu berhati-hati?" Mata Momoki hanya tertumpu dengan kecantikan puteri itu "Puteri ku sudah lama tunggu diri ku untuk selamat dia. Marilah wahai puteri ku, mari kita pergi larikan diri kita ke dunia yang tersebar luas. Kita akan hidup bebas selama-lamanya"
Puteri itu masih lagi tidak bergajak. Dia hanya berdiri sahaja seperti tiang lampu. Tiba-tiba mata dia berubah menjadi merah, badan dia mula berubah bentuk dan ianya berubah menjadi seekor manusia ular, bahagian atas seperti manusia tetapi bahagian bawah pula, seperti seekor ular. Kuku tajam dia cuba mencakar Momoki tetapi sang alien itu sempat mengelakkan diri. Momoki terkejut dengan perbuatan puteri itu tadi dan lalu berundur kebelakang
"Adakah ini salah satu permainan dari Kapten Kaizo? Tetapi aku sendiri tidak sanggup untuk-"
Momoki sudah ditarik keluar oleh Boboiboy. Kelima-lima anak muda itu turun ke bawah semula untuk selamatkan diri mereka dari raksasa ular tersebut. Gopal menjerit-jerit kerana takut. Mata dia tertutup rapat kerana tidak sanggup untuk berhadapan dengan ular itu. Tiba-tiba bahu dia di goyang-goyangkan oleh seseorang
"Gopal, Gopal.. kau boleh buka mata dah" kata Boboiboy
Sedikit demi sedikit, mata Gopal terbuka. Dia sudah kembali ke dunia sebenar. Kawan-kawan dia ada di situ. Lalu Gopal memeluk Boboiboy kerana semuanya selamat
"Kenapalah kita main game dari laptop Momoki tu.. aku takut" menangis Gopal
Kaizo sudah berhenti bermain game di phone Rizu. Dia berikan satu tepukan untuk mereka semua
"Bagus bagus.. macam mana? Seronok? Nak main game itu lagi?"
"TAK NAK!" Jerit mereka kecuali Momoki
"Hahaha.. baru kau tahu, begitulah dunia fantasi yang sebenarnya. Begitulah situasa Lynna selalu lalui di dunia dia" kata Kaizo dengan perasaan bangga "Dunia teknologi tidaklah menakutkan seperti itu tapi aku dah bagi unlimited life, apasal tak lawan?"
"Sebab kami takut" jawab Boboiboy, Fang, Gopal dan Harraz secara serentak
"Betul kata Kapten Kaizo tetapi, saya terima sahaja apa-apa cabaran yang diberikan oleh Kapten Kaizo" kata Momoki pula
"Sudahlah Momoki, kita rehatkan diri dengan cara menonton movie yang best-best" kata Boboiboy "Aku nak menonton movie yang tak buat diri aku stress sangat. Movie yang seronok dan buat aku ketawa bersama dengan kawan-kawan aku"
"PIZU TAHU!" Rizu berlari masuk ke dalam bilik Faye. Dia membawa keluar beg bajunya "Pizu ada bawa movie Despicable Me 1,2 and 3. Movie Minion pun ada juga. Tak pun movie Hotel Transtlvania 1,2 and 3. Kalau tak nak, kita boleh tengok movie Toy Story 1,2 and 3" Dia susun setiap DVD itu di atas tilam "Abang Fang nak tengok mana? Kalau movie hantu, Pizu takde. Kalau movie fantasy, Pizu tak bawak. Pizu hanya bawa movie animation sahaja tapi Pizu takde movie Frozen. Kalau movie superheroes, rasanya abang Fang ada bawa movie tu"
"Kita tengok apa yang Rizu nak tengok ajelah" jawab Fang sambil berikan senyuman kecil kepada Rizu
"YEAHHH! Pizu pergi pasangkan movie Despicable Me!"
"Rasanya abang budak-budak perempuan buat sekarang ni?" fikir Fang
"Yang kau nak fikirkan tentang mereka apasal? Kita buat ajelah apa yang kita nak buat dekat sini. Macam aku" Gopal terus makan pizza yang terakhir. Sambil dia kunyah, sambil itulah dia terbayangkan apple busuk berulat tadi "Adeh.. hilang selera makan aku"
Fang pergi sediakan popcorn, manakala Rizu pergi pasangkan movie yang dia hendak menonton. Boboiboy, Gopal, Harraz dan Momoki sudah berkumpul di depan tv. Boboiboy duduk bersila sambil memeluk robot kesayangan dia iaitu Ochobot. Kaizo pula, dia sambung balik bermain game Minion kerana dia tidak puas hati dapat markah tinggi. Fang tidak kisah kalau slumber party ini tidak semegah macam. Asalkan dia dan kawan-kawan dia dapat berseronok. Mungkin suatu hari nanti, dia akan mengadakan lagi slumber party dan mungkin mereka tidak akan masuk lagi ke dalam dunia game dari laptop Momoki. Memang menakutkan apabila ada orang lain dapat mengawal dunia game itu. Lagi-lagi benda yang diluar jangkaan dia akan berlaku
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top