Siasat

Kenapa diri aku dapat merasakan sesuatu yang tak kena? Adakah kerana Rizu selalu ikut aku pergi ke mana sahaja atau ini hanya perasaan aku sahaja? fikir Fang sambil perhatikan Rizu melukis sesuatu di atas sehelai kertas. Fang berasa pelik dengan lukisan Rizu. Selalunya lukisan itu nampak kemas dan cantik tetapi kali ini, lukisan itu seperti bukan lukisan Rizu. Adakah Rizu mencuba gaya melukisan yang baru? fikir Fang lagi

"Abang Fang kenapa?" tanya Rizu yang sedang duduk bersila di ruang tamu rumah Fang dan Kaizo

"Takde apa" balas Fang dengan sedikit senyuman

Pada hari ini, Fang dan Rizu hanya duduk sahaja di rumah. Mereka berdua tidak keluar dari rumah hari ini kerana baru semalam Fang membawa Rizu ke Disneyland Jepun. Mereka meluangkan masa dari pagi sehinggalah waktu petang. Bermacam-macam tempat mereka pergi berseronok dan pada hari ini, mereka ingin berehat sahaja di rumah. Rizu datang ke rumah Fang dengan peralatan melukis dia

"Ermm... Rizu"

"Yea abang Fang"

"Kenapa lukisan Rizu lain daripada yang biasa?"

"Ohh.. Pizu nak cuba style baru" kata Rizu sambil melukis sepasang mata pada watak yang dia ingin lukiskan "Kawan Pizu cakap, kenapa Pizu tak try style baru? Jadi Pizu cubalah. Kenapa? Abang Fang tak suka ke?"

"Suka" jawab Fang "Style macam mana pun Rizu lukis, abang tetap suka"

"Terima kasih!"

"Tapi asalkan Rizu gembira dengan hasil lukisan Rizu" Fang berikan senyuman ikhlas dia kepada Rizu. Lalu dia membuka television untuk menonton rancangan yang menarik

"Abang Fang.. abang Paizo mana?"

"Abang Kaizo dekat rumah Emmy. Dia cakap Emmy nak tunjukkan sesuatu kepada abang Kaizo tentang musuh kita si virus tu"

"Ohh.. tapi kenapa kakak Emmy tak panggil kita sekali?"

"Entahlah" jawab Fang "Tapi takpe.. nanti abang Kaizo akan beritahu kita tentang maklumat yang dia terima dari Emmy"

"Ok. Pizu harap maklumat tu dapat hapuskan musuh abang Paizo dan abang Fang secara cepat. Pizu tak suka bila musuh datang menyerang. Lebih-lebih lagi bila ada yang tercedera nanti"

"Abang pun sama juga, Rizu. Tapi... apa boleh buat, kita nak halang mereka datang ke sini pun, memang susah. Jadi kita terpaksa menghadapi mereka dan melindungi setiap orang yang kita sayang. Itulah tanggungjawab seorang superhero" Fang menukar sebuah rancangan movie superhero "Tengok macam superhero dekat dalam movie ni, semuanya pakai topeng supaya musuh tidak tahu siapakah diri mereka yang sebenarnya tapi.. kita dekat sini, semuanya sudah tahu kecuali kak Lynna. Rahsia dia hanya diketahui oleh penduduk di sini sahaja"

"Hmm.. kalau macam tu, abang Fang perlukan pakaian superhero yang paling bergaya! Hehehee" Rizu tergelak di situ. Lalu dia terfikirkan sesuatu iaitu melukiskan gambar abang kesayangan dia di dalam pakaian superhero "Mesti abang Fang akan suka nanti" bisik dia

"Rizu cakap apa tu?"

"Takde apa" Rizu pandang abang kesayangan dia sambil tersengih manja "Hehehe.. abang Fang tengoklah TV, Pizu nak siapkan lukisan ni"

"Hmm.. ok.." Fang melihat jam kuasanya "Manalah si budak Boboiboy ni. Lambat bebenar nak sampai rumah aku atau dia lupa hari ni dia kena datang rumah aku. Nak aje aku sekeh kepala si Boboiboy tu. Sabar ajelah aku" bisik Fang

"Abang Fang..." Rizu tidak memandang abang kesayangan dia kerana dia terlalu sibuk melukis sesuatu

"Kenapa Rizu?"

"Abang Fang.. Pizu nak tanya boleh?"

"Hmm.. boleh"

Rizu berhenti melukis dan letakkan pencilnya di atas meja ruang tamu. Dia menoleh kebelakang untuk bertanyakan sesuatu

"Abang Fang.. kalau Pizu tanya, jangan marah ok" Rizu mengambil nafas sekejap dan lalu dia bertanya "Abang Fang pernah tak terfikir yang abang tidak mahu lagi menjadi seorang superhero? Tinggalkan kehidupan abang sebagai superhero dan menjadi remaja biasa sahaja"

"Pernah.." Fang menutup television itu untuk menjawab pertanyaan Rizu tadi "Pernah sekali abang benci jadi superhero kerana abang Kaizo. Pada masa tu, abang rasa sedih dan marah kerana dia suka pergi jalankan misi dia tanpa beritahu khabar dirinya kepada abang. Pada ketika itu, abang menjadi marah dan terus abang campak jam kuasa abang. Bukan masa itu sahaja, adakalanya abang akan berfikir bersendirian.. kalau abang bukan lagi superhero dan tidak mempunyai kuasa, siapa nak melindungi orang-orang yang abang sayang terutama sekali abang Kaizo. Dia selalu melindung abang tapi abang juga mahu melindungi dia kerana dia selama ini menjaga abang dengan baik. Dialah ayah dan ibu kepada abang selama ini"

"Abang rindukan ibu bapa abang?"

"Rindu" kata Fang dengan nada yang agak perlahan "Rizu pun rindukan ayah Rizu jugakan"

"Ha ah.. Pizu pun rindukan ayah Pizu" Rizu bangun dan terus dia memeluk Fang "Pizu sentiasa rindukan dia. Suara ayah Pizu selalu bermain-main di pemikiran Pizu. Masa tahun lepas, kak Lynna bawakan ayah Pizu ke sini tapi sekali sahaja. Ayah pesan dekat Pizu jaga ibu dengan baik dan selalu dengar cakap ibu. Jangan ingkar kata-kata ibu kerana ibu adalah segala-galanya" Air mata dia mengalir sedikit dan lalu menitis di atas baju Fang

"Betul tu Rizu" kata Fang sambil memeluk Rizu "Rizu jangan sedih ok, abang ada dekat sini"

Rizu tersenyum sedikit di dalam dakapan Fang. Tiba-tiba pintu rumah itu diketuk oleh seseorang. Satu jeritan dari luar membuatkan Rizu bangun dari pelukan Fang tadi. Suara itu adalah milik Boboiboy. Ianya bukanlah jeritan meminta tolong tetapi jeritan memanggil Fang

"FANG! AKU DAH SAMPAI!"

"Isk.. kacau mood betul si Boboiboy ni" bisik Fang

"Abang Fang ni lawaklah" Rizu tergelak sedikit "Tadi marah sebab abang Boboiboy sampai lambat, sekarang ni marah sebab rosakkan mood kita orang.. hehehe"

"Hmm.. takpe, nanti abang akan sekeh kepala dia tu"

Fang bangun dari kerusi sofanya. Muka dia serius seperti abangnya juga. Rizu hanya perhatikan sahaja dari ruang tamu. Fang sudah pun tiba di pintu rumahnya dan lalu dia buka. Boboiboy ada di hadapan pintu rumah dengan tangan kanannya ada sebungkus kerepek pisang. Lalu Fang mengangkat kening sebelah. Boboiboy tersengih kepada kawan dia

"Kerepek pisang" Boboiboy hulurkan bungkusan kerepek pisang itu kepada Fang

"Lily hantar dekat kau ke?"

"Ha ah, tadi dia singgah rumah aku sekejap. Lepas tu dia terus ke rumah Bella. Faye pun ada juga tadi"

"Ohh.." Fang membuka pintu itu dengan luasnya untuk menjemput Boboiboy masuk ke dalam "Kau lambat sebab si pelik tu lah"

"Betul tu" balas Boboiboy sambil masuk ke dalam rumah "Aku dah bawakan apa yang kau minta. Kau nak buat apa dengan serbu koko ni?"

"Aku nak buat resepi baru.. heheee.. yang lebih sedap daripada yang biasa! dan yang pasti, lebih sedap daripada biskut Yaya yang tak sedap tu" kata Fang dengan bangganya. Dia tutup pintu rumahnya setelah Boboiboy masuk ke dalam

"Tapi... kenapa abang maskot suka dengan biskut kakak Yaya? Elok aje dia makan" tanya Rizu

"Hmm.. abang maskot tu suka benda-benda yang bertoksik tapi..." Lalu dia bayangkan biskut Yaya itu penuh dengan bahan bertoksik. Lalu dia menggigil sedikit "Menakutkan betul biskut Yaya tu"

"Hehee.. tapi abang kau juga suka belikan biskut tu untuk kau" Boboiboy tergelak sedikit "Yelah, demi kegembiraan adiknya, dia sanggup beli biskut tu untuk kau"

"Kalau abang aku tahu biskut tu sebabnya untuk kenakan dia, habis aku nanti. Tak larat aku nak jalankan hukuman dia tu. Semua hukuman dia, macam nak bagi aku pengsan aje. Kata sayangkan aku tapi kalau masuk dalam bab menghukum aku, langsung tiada belas kasihan. Sabar ajelah aku" Fang mengenggam tangannya sambil fikirkan balik semua hukuman yang dia terima selama ini "Tapi.. hukuman-hukuman yang aku terima.. semuanya untuk menguji kemahiran aku dalam bab mempertahankan diri"

"Oklah tu" Boboiboy sentuh bahu kiri Fang sedikit "Jomlah kita buat biskut yang kau nak sangat cuba ni. Lepas tu bolehlah kau bagi abang kau rasa"

"Pizu pun nak rasa juga!" kata Rizu sambil angkat tangan kanannya "Tapi.. Pizu nak siapkan lukisan Pizu sekejap"

"Takpe Rizu. Abang Boboiboy tolong abang buat biskut ni.. Rizu buat kerja Rizu ok" kata Fang

"Ok!" Rizu terus sambung melukis lukisannya

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo, Lynna dan kommander Kokoci sedang memerhati skrin komputer yang terpapar di hadapan mereka. Emmy ingin menunjukkan sesuatu kepada mereka bertiga. Ianya tentang musuh mereka pada hari itu. Skrin itu menunjukkan sebuah planet kecil yang terletak di luar bima sakti

"Kommander Kuih Koci, abang beruang dan puteri fantasy.." Berkerut-kerut dahi Kokoci apabila nama dia di panggil kuih Koci oleh Emmy "Menurut data yang Emmy dapat, virus itu telah dihantar dari planet ini. Emmy tidak dapat mengenal pasti tentang planet itu"

"Hmm.. kommander, aku rasa aku patut pergi siasat planet itu"

"Tak perlu Kaizo" Kokoci bergerak ke depan. Lalu dia mula perasan sesuatu iaitu ketinggian dia sama seperti Emmy "Aku akan hantar beberapa orang ke sana untuk menyiasat. Kau duduk di sini dan pastikan musuh kita tidak menyerang lagi"

"Baik kommander" kata Kaizo

"Kaizo, Lynna.. jaga jam-jam kuasa di sini. Aku tidak mahu mereka mengawal Boboiboy dan rakan-rakan dia. Terutama sekali adik kau si Fang tu"

"Yea kommander. Aku mengawal keadaan di sini tapi kalau kommander perlukan bantuan, hubungi kami di sini. Kami akan datang membantu"

"Baiklah, Kaizo. Buat masa sekarang, berjaga-jagalah kamu semua di sini dan kamu Emmy.. pastikan makmal kamu selamat dari virus jahat itu"

"Baik kommander kuih Koci!"

"KOKOCI! BUKAN KUIH KOCI!"

"Ok kommander kuih koci" kata Emmy lagi

"KOKOCI!" Muka Kokoci mula naik merah akibat marah sangat terhadap Emmy

"Maaf kommander. Emmy ni memang mudah sangat lupa nama orang.. hehehe" Lynna tersengih kepada Kokoci "Jadi dia panggil dengan nama apa-apa sahaja yang dia mahu tapi dia baik, bukan jahat"

"Hmm.. yelah, aku akan maafkan tapi hanya dia seorang sahaja yang boleh panggil aku kuih koci" Hati Kokoci masih lagi tidak puas hati "Aku akan kembali ke sini lagi selepas sahaja aku dapat maklumat yang aku perlukan"

"Kommander"

"Yea Kaizo"

"Adakah kemungkinan kita akan jumpa power sphera baru dekat planet itu nanti?" tanya Kaizo

"Itu aku tak pasti tapi.. kalau kau ada terjumpa mana-mana power sphera di planet ini atau di planet lain, jangan lupa selamatkan power sphera itu"

"Kalau power sphera itu di tangan yang baik, perlu ke kita mengambilnya?" tanya Lynna

"Mungkin tidak perlu" balas Kokoci "Asalkan pemiliknya menggunakan power sphera itu untuk kebaikan. Kita tidak mahu power sphera digunakan untuk menghancurkan sesebuah planet"

"Ohh.. tapi yang dulu tu masa Kaizo suruh rampas jam-jam kuasa Boboiboy dan rakan-rakan dia" tanya Lynna sambil mencekak pinggang

"Err.. itu lain cerita.. hehehee" Kokoci tersengih kepada Lynna "Itu tidak perlu diungkit lagi yea.. baiklah, saya pergi dulu. Tak pun tanya si Kaizo tu.. hehehee"

Kokoci berundur kebelakang dan terus dia berpusing untuk menuju ke pintu makmal. Dia keluar dari makmal sebelum disoal lagi oleh Lynna. Mata Lynna melirik ke arah Kaizo yang sedang perhatikan planet kecil itu. Muka Kaizo kelihatan serius. Dia sedang fikirkan sesuatu

"Kaizo, apa kau sedang fikirkan?"

"Hmm.. planet tu.. aku pernah lalu tetapi aku tidak pernah mendarat di planet itu" balas Kaizo "Aku sendiri pun tidak tahu apa yang ada di dalam planet itu"

"Kita akan mengetahui planet itu selepas sahaja kommander mendapat maklumat. Sementara ini, kita terpaksa tunggu sahaja"

"Yea, kita tunggu" kata Kaizo dengan nada yang perlahan "Emmy.. kalau ada apa-apa lagi, hubungi aku dengan segera"

"Baik abang beruang!"

Kaizo dan Lynna meminta diri untuk pulang ke rumah. Emmy sambung membuat kerja dia iaitu menyiapkan ciptaan terbaru dia. Kaizo dan Lynna berjalan menuju ke pintu rumah Emmy. Mereka berdua tidak pergi ke bandar atau ke tempat lain, hanya pulang sahaja ke rumah

"Kau nak pulang ke?" tanya Kaizo

"Ha ah, aku ada hal dekat KL. Nanti aku akan datang balik ke sini"

"Kalau begitu, jumpa lagi"

"Jumpa lagi, Kaizo" Lynna memberi lambaian dia kepada Kaizo "Jaga diri elok-elok"

"Hmm.. kau pun sama"

Kaizo tinggalkan Lynna bersendirian di situ sebelum Lynna menggunakan kuasa teleportasinya. Kaizo menoleh kebelakang untuk melihat Lynna. Tidak sampai 1 minit, Lynna terus hilang dari pandangan mata Kaizo. Dia tersenyum sedikit dan teruskan perjalanan dia pulang ke rumah. Dia dan Lynna masih lagi seperti biasa kecuali hubungan mereka sahaja yang sudah berubah. Dia tidak mahu hubungan itu membuatkan dia abaikan tentang misi dia dan juga tidak membuatkan dia lupakan tentang adiknya. Tiba-tiba dia teringatkan tentang sesuatu iaitu kejutan dia untuk adiknya. Kaizo dengan segera, dia menghubungi Lahap untuk menghantar kejutan itu ke bumi

"Kau akan suka dengan kejutan dari aku, Pang" bisik Kaizo

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang begitu sibuk sekali membuat biskut chocolate. Semua biskut itu di dalam bentuk itik dan ianya sudah siap dibakar. Dia tiba-tiba rasa rindu dengan Lily si itik. Dia teringat lagi semasa Lily si itik masih lagi menjadi seekor itik. Mereka berdua selalu buat kacau sesama sendiri. Dia rindu dengan bunyi itik itu. Bunyi itu selalu menghiasi suasana ruang rumahnya. Adakalanya, dia seperti mahu memanggang itik tersebut dan di jadikan itik salai. Tiba-tiba perut dia terasa lapar. Fang boleh dengar perutnya sedang bergelora pada ketika itu

"Abang Fang lapar ke?" tanya Rizu

"Hmm.. laparlah juga" balas Fang "Abang Boboiboy mana? kata nak tolong tapi tak tolong pun"

"Abang Boboiboy tengah tengok TV dekat luar. Pizu baru siapkan lukisan Pizu. Abang nak tengok?"

"Boleh juga"

Lalu Rizu angkat buku lukisannya dan tunjuk sebuah gambar yang sudah siap diwarnakan. Fang rasa terharu melihat lukisan itu. Ianya adalah sebuah lukisan tentang diri dia berpakaian seperti superhero. Di sebelah dirinya ada satu lagi gambar iaitu Rizu yang di dalam pakaian superhero juga. Fang tersenyum sedikit

"Cantik"

"Terima kasih abang Fang!"

"Abang Fang, sebenarnya Pizu pun lapar juga tapi mesti abang Fang penatkan sebab buat biskut. Apa kata kita makan dekat luar"

"Hmm.. ok juga tu" kata Fang "Sebelum tu, bagi abang simpan semua biskut ni"

"Pizu tolong abang Fang"

Fang pergi mengambil sebuah bekas makanan yang berbentuk silinder dari kabinet dapur. Dia membuka penutup bekas itu dan terus masukkan beberapa keping biskut ke dalam bekas tersebut. Rizu turut menolong Fang pada ketika itu. Biskut yang dibuat oleh Fang tidaklah sebanyak mana. Dia tidak mahu membazir jikalau dia buat terlampau banyak. Biarlah sekadar sedikit sahaja

"PANG! BUKA PINTU NI! AKU ADA SESUATU UNTUK KAU!"

Terkejut Fang dengan suara abang dia yang telah menggegarkan satu rumah. Rizu juga turut terkejut dengan suara garang itu sehingga membuatkan biskut dia terjatuh dari tangannya. Boboiboy pula, dia sudah berdiri tegak seperti tiang kerana terkejut. Fang begitu pantas sekali pergi ke pintu rumah dan lalu dia membuka pintu itu. Muka Kaizo pada ketika itu sangat serius. Mata Fang terus pandang ke arah tangan kiri dan kanan abangnya. Tiada apa yang abang dia bawa pada ketika itu

"Abang kata ada sesuatu untuk adik"

"Yea, kejutan untuk kau" kata Kaizo

"DONUT LOBAK MERAH!" Mata Fang terus bersinar-sinar dan bibirnya sudah tersenyum lebar

"Bukan"

"DONUT LOBAK MERAH!"

"BUKAN AKU KATA!" Suara garang Kaizo membuatkan Fang bermasam muka "Kejutan kau ada dekat luar pagar tu. Pergilah tengok"

"Apasal abang tak bawa aje ke sini"

"Saja" Kaizo terus masuk ke dalam rumah dan terus naik ke biliknya

Boboiboy dan Rizu sudah pun berada di muka pintu rumah itu. Mereka perhatikan Fang pergi ke pintu pagar rumah. Sedikit demi sedikit pintu pagar itu dibuka oleh Fang. Lalu dia menjerit sekuat hati. Boboiboy dan Rizu bergegas ke arah Fang. Adakah musuh menyerang Fang atau sesuatu benda yang mereka tidak dapat dijanggakan ada di situ

"NEKO NEKO!"

"Lerr.. harimau dia ke yang abang Kaizo buat kejutan tu" Boboiboy berdiri di pintu pagar itu bersama Rizu "Hehehe.. seronoklah si Fang tu"

Fang dan Neko Neko akhirnya dapat bertemu semula. Neko Neko melompat untuk memeluk Fang. Mereka berpelukan di tengah jalan itu dan selepas itu berguling-guling sambil berpelukan di atas jalan. Rizu teringin untuk menyertai pelukan mereka berdua kerana terasa comel

"Neko neko! Aku sangat rindukan kau" Fang garu-garu leher harimau itu "Tak sangka pula abang aku bawa kau ke sini. ABANG AKU ADALAH YANG TERBAIK DARIPADA YANG TERBAIK! TERIMA KASIH ABANG!"

"Hehehee... kau nak bawa dia pergi jalan-jalan ke?" tanya Boboiboy

"Ha ah, tapi.. tak kan aku nak bawa harimau pula. Tak pasal-pasal kena tangkap pula Neko Neko ni. Terus masuk dalam kandang zoo nanti" Fang peluk leher harimaunya. Dia begitu sayangkan harimaunya "Neko Neko jangan risau ok, aku akan cari jalan untuk membawa kau pergi berjalan-jalan di sekitar Pulau Rintis!"

"Pizu ada idea!" Rizu keluarkan sebuah loceng kecil dari poket seluar dia "Kita tukarkan dia jadi BABY CAT!"

"Eh.. itu bukan Idoli punya ke? Mana Rizu dapat?" tanya Boboiboy

"Idoli yang bagi" balas Rizu "Hari tu dia ada bagi surat dekat Pizu. Dia cakap rupanya loceng ni adalah power sphera cuma ianya dalam mode dormant"

Boboiboy perhatikan loceng kecil itu dengan teliti. Loceng itu mempunyai bentuk rupa seperti kucing. Ianya berwarna kuning keemasan dan ada seutas rantai di bahagian atas loceng tersebut

"Jadi.. selama ini, loceng Idoli adalah power sphera. Sama seperti Stylobot tu. Abang aku tahu ke tentang ni?" tanya Fang

"Abang Paizo tak tahu sebab Pizu takut nanti dia nak ambik loceng ni dan simpan dekat kapal angkasa TAPOPS. Nama power sphera ni ialah MeowBot"

"Mungkin Laksamana Tarung tahu dan mungkin juga dia tak tahu adik dia sudah berikan power sphera ni kepada Rizu" Boboiboy mengusap dagunya seketika "Kalau dia tahu, sudah tentu dia tidak benarkan Idoli berikan power sphera ini kepada sesiapa"

"Boleh juga tu.. tapi.. macam mana Idoli tahu loceng ni power sphera dia?"

"Entahlah Fang" kata Boboiboy "Jadi sekarang ni, nak beritahu abang kau ataupun tidak? Kalau kita biarkan, lama lanun nanti, abang kau akan tahu juga"

"Abang Fang janganlah beritahu abang Paizo" Rizu merayu-rayu kepada Fang "Pizu janji akan jaga power sphera ini dengan baik. Pizu tak kan gunakan untuk kejahatan tapi... boleh ke tukar jadi kucing, lepas tu buat jahat?" Dia cuba bayangkan diri dia menjadi jahat tetapi pemikiran dia asyik terbayangkan kucing comel sedang mencakar kaki seseorang

"Ala, nanti bukan jadi kucing jahat tapi jadi kucing nakal" kata Fang "Rizu cepatlah tukarkan Neko Neko ni jadi anak harimau"

"Ok.. mula-mula kita goncangkan loceng ni" Rizu menghalakan loceng itu terus kepada Neko Neko yang sudah duduk diam di tepi jalan "Ermm.. TUKARAN ANAK KUCING COMEL!"

Badan Neko Neko mula berubah menjadi kecil. Sediki demi sedikit harimau itu menjadi seekor anak harimau. Fang terus angkat harimaunya kerana tidak tahan dengan kecomelan anak harimau tersebut. Neko Neko jilat pipi Fang kerana begitu sukai diri dia dibelai manja oleh tuannya. Mereka berdua rasa seperti berada di dunia sendiri. Rizu tidak terlalu cemburu kerana dia tahu abang kesayangan dia tidak akan melupai diri dia

"Baby Neko Neko! Jom kita pergi ke bandar tapi sebelum tu.. KITA PERGI MAKAN DULU!"

"PIZU NAK MAKAN PIZZA!" jerit Rizu "Tapi sebelum tu.. Pizu nak ambik beg dan topi Pizu kejap"

"Ok.. lepas tu kita pergi makan pizza" Fang terus berjalan ke arah bandar Pulau Rintis. Neko Neko kini berada di dalam pelukan dada Fang. Anak harimau itu dipeluk seperti teddy bear "Lepas makan pizza, kita pergi ke pantai.. lepas tu kita pergi main air laut, lepas tu kita pergi kedai Tok Aba"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 minit kemudian, mereka sudah pun tiba di bandar Pulau Rintis. Rizu memilih kedai makanan yang hanya menjual pizza sahaja. Mereka hanya boleh duduk di luar sahaja kerana kedai itu tidak membenarkan membawa haiwan masuk ke dalam kedai tersebut. Rizu dan Neko Neko duduk di bahagian luar kedai itu. Mereka memilih tempat yang berdekatan dengan pokok-pokok bunga kedai itu. Sementara itu, Fang dan Boboiboy masuk ke dalam kedai tersebut untuk memesan makanan. Rizu bermain-main dengan Neko Neko di luar kedai

"Neko Neko ni comel! Macam Pizu!" Rizu belai kepala anak harimau itu "Neko Neko nak tak duduk dekat sini? Bolehlah setiap hari Pizu main dengan Neko Neko"

Anak harimau itu mengangguk kepala tanda suka tetapi malangnya, dia terpaksa pulang ke planet dia pada keesokan harinya. Dia tidak tahu bila lagi dia dapat datang ke sini. Dia bukanlah manusia alien yang boleh memandu kapal angkasa dan terus datang ke sini. Dia hanyalah haiwan biasa sahaja. Haiwan yang tinggal di planet lain. Neko Neko jilat tapak tangan Rizu yang kecil itu. Rizu tergelak kecil di situ kerana rasa geli dengan jilatan tersebut. Boboiboy dan Fang masih lagi memesan pizza mereka. Fang mahukan pizza keju tetapi Boboiboy pula mahukan pepperoni pizza. Maka dengan itu, bergaduhlah mereka berdua di dalam kedai tersebut sehinggalah mereka terpaksa memesan dua jenis pizza yang berlainan. Selain daripada pizza, Fang ada juga memesan beberapa ketul ayam BBQ. Dia ingin berikan kepada Neko Neko supaya harimaunya tidak kelihatan kelaparan semasa melihat mereka makan nanti

"Fang, kau bawak duit tak?" Boboiboy tersengih sedikit "Duit aku tak cukup"

"Hmmm... adalah sikit tapi cukup kot" Fang keluarkan duit dompetnya dan terus keluar beberapa keping duit berwarna hijau "Kau pergilah duduk, nanti aku angkat makanan kita"

Boboiboy beredar dari situ tanpa berkata apa-apa. Mata dia memandang luar kedai itu. Kelihatan Rizu sedang bersedihan tentang sesuatu. Neko Neko pula sedang memujuk hati Rizu yang sedang berduka itu. Tanpa melengahkan masa, Boboiboy terus ke tempat duduk mereka. Dia boleh lihat air mata Rizu sedang menitis di atas meja. Di tangan Rizu pula ada sebuah buku lukisan yang dia sedang menggenggamnya dengan erat sekali

"Rizu kenapa ni?"

"Tadi..." Rizu tidak dapat menahan kesedihan dia "Kakaka Yaya... kakak Ying... marah... Pizu.."

"HAH? Dia orang marah Rizu?!" Rizu mengangguk kepalanya kepada Boboiboy "Tapi kenapa dia orang marah Rizu. Apa yang Rizu buat dekat dia orang?"

"Takde apa.." Rizu mengesat air matanya dengan lengan baju dia "Pizu hanya keluarkan buku lukisan sebab nak lukis gambar Neko Neko.. lepas tu... bila... Pizu nak start lukis.. dia orang tiba-tiba datang dan terus katakan melukis itu membuangkan masa, tiada faedah.. dia orang kata Pizu lemah dalam semua mata pelajaran sebab asyik melukis sahaja.. Pizu terasa sangat dengan kata-kata dia orang.. Pizu.. sedih.."

Boboiboy terkejut dengan cerita Rizu tadi. Dia kenal dua kawan perempuan dan mereka tidak pernah sesekali memburukkan seseorang. Dia perlu siasat tentang perkara ini. Boboiboy terfikir, adakah perkara ini ada berkaitan dengan musuh baru mereka atau dengan musuh lama mereka iaitu Adudu

"PIZZA SUDAH SAMPAI!" Fang keluar dari kedai itu dengan dua kotak besar dan satu kotak kecil

"MANA PIZZA?" Gopal muncul selepas sahaja Fang katakan Pizza "Bau sedap ni! Aku nak join korang boleh?"

"Wei! Kalau nak, beli sendiri. Tak pun kalau pergi tukar batu tu jadi pizza" marah Fang. Dia masih lagi tidak sedar dengan situasi Rizu pada ketika itu "Kau jangan nak sibuk ambik kita orang punya"

"Ala Fang, bagi ajelah si Gopal tu join. Lagipun pizza ni besar, boleh share 4 orang"

"Betul kata Boboiboy tu" kata Gopal

"Hmm.. yelah yelah" Fang letakkan kotak-kotak tersebut di atas meja. Tiba-tiba dia terpandang Rizu. Mata adik kesayangan dia kelihatan merah akibat menangis tadi "Eh, kenapa dengan Rizu? Siapa buat Rizu?"

"Kau tak kan percaya apa yang aku akan cerita nanti"

"Kenapa Boboiboy?" tanya Fang

"Ada hantu datang takutkan Rizu ke?" Tangan Gopal sudah membuka kotak pizza itu dan lalu dia mengambil sekeping pizza "Jangan cakap ada hantu di siang hari tapi.. Ratu Lily tu suka muncul waktu siang.. hehehe"

"Bukanlah.. ini perkara serius" Boboiboy dudukkan diri dia di sebuah kerusi dan lalu dia bercerita bagi pihak Rizu "Ini kes Yaya dan Ying"

"EH, apasal dia orang pulak?"

"Aku tak tahu apa yang terjadi Fang tapi mengikut kata Rizu, dia orang kutuk Rizu sebab melukis dan katakan dia lemah. Ada sesuatu yang tak kena dengan Yaya dan Ying"

"Hmm.. aku rasa ini mesti sebab tempat tusiyen baru yang dia orang pergi tu" kata Gopal sambil kunyah pizza keju dia

"Tempat tusiyen baru?" Fang terduduk sekejap "Tapi apa kena mengena dengan tuisyen baru tu?"

"Sebab aku selalu nampak budak-budak yang pergi dekat situ, mereka macam tak nampak diri mereka" Lalu dia berkata lagi "Semalam aku tanya Harraz, kenapa dia tak join tempat tusiyen baru tu? Dia cakap dia nak pergi tapi dia rasa tak sedap hati pula bila dia tengok tempat tu. Aku tak tahulah macam mana Yaya dan Ying boleh pergi daftarkan diri dekat situ"

"Hmm... kita kena siasat ni" kata Boboiboy

"Kita kena siasat sekarang juga. Kalau ini adalah teknik serangan musuh yang terbaru, aku laporkan terus kepada abang aku" Fang tutup kesemua kotak pizza dan juga kotak ayam goreng. Dia kumpulkan dan lalu angkat "Mari kita pergi.. maaf Neko Neko kerana tidak dapat nak bawa kau pergi berjalan-jalan"

Neko Neko tidak terlalu kisah. Malah dia lebih teruja dengan siasatan ini. Dia mengeselkan badannya di kaki Fang. Dia begitu manja sekali dengan tuannya. Fang berikan kotak-kotak itu kepada Gopal supaya dia boleh dukung Neko Neko. Dia tidak mahu Neko Neko sesat di dalam bandar ini atau lebih teruk lagi, harimau kesayangan dia ditangkap oleh orang yang dia tidak kenali. Gopal tidak kisah mengangkat kotak-kotak tersebut kerana dia boleh mengambil bau pizza dan ayam-ayam goreng itu

Mereka berempat terus ke tempat pusat tusiyen baru yang dikatakan oleh Gopal sebentar tadi. Setelah sampai di tempat itu, mereka boleh rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat tuisyen itu. Pusat tusiyen itu mempunyai bangunan yang tersendiri. Bangunan itu hanya ada tiga tingkat sahaja. Mereka tidak berani untuk masuk ke dalam kerana takut kalau diri mereka terjadi seperti Yaya dan Ying

"Wuuuu... korang tengok apa tu?" Datang satu suara yang membuatkan dahi Fang berkerut

"Bukan kau sepatutnya ada dekat rumah Bella ke?" tanya Fang

"Hehehee.. selepas sahaja Lily menghantar kerepek pisang ke rumah BBB-CHAN.." Mata dia berkelip-kelip sambil melihat Boboiboy "Lily telah membuat keputusan untuk mengekori BBB-CHAN! Jadi Lily suruh Faye pergi ke rumah Bella seorang diri dan Lily pula, pergi menghendap Boboiboy! Dari rumah landak, ke kedai pizza dan seterusnya di sini.. Oh yea, Lily rasa sedih dengan kisah Rizu tadi.. tapi apa yang korang tengah tengok tu?"

"Hmmm.. kacau aje kau ni tapi.." Fang terus tersenyum sinis sambil memandang ke arah Lily "Hehehe.. aku ada satu rancangan"

"Abang Fang nak suruh kakak Lily masuk ke dalam bangunan tu ke?"

"Ha ah Rizu.. abang nak si pelik ni pergi siasat tapi.." Fang rasa ragu-ragu kalau dia menghantar Lily pergi menyiasat "Boleh ke si pelik ni pergi siasat? Karang jadi benda lain pulak"

"Aku yakin dia boleh"

"Terima kasih BBB-CHAN kerana yakin dengan kebolehan Lily! Tapi Lily akan tunjukkan kebolehan Lily untuk menyamar!" kata Lily dengan penuh semangat

"Yakinlah sangat" bisik Fang "Kalau kau boleh, kau masuk dan siasat"

"Tapi abang Fang pun kena masuk juga sebab Pizu tak nak kakak Lily pergi bersendirian"

"Betul juga kata Rizu tu tapi kita perlukan penyamaran. Aku tak nak musuh tahu tentang siasatan ini" Boboiboy cuba berikan topi orennya kepada Fang tetapi Lily menepis tangan dia "Aik, kenapa?"

"Biar Lily sahaja yang buat" Lily mengambil topi penguin dari kepala Rizu dan pakaikan di kepala Fang. Dia pula keluarkan misai palsu dari poket seluarnya "Hehehee.. Lily dengan misai palsu!"

"Wei, kau tak payahlah pakai misai palsu. Orang ingat kau ni gila ke apa" marah Fang

"Hehee.. maaf. Lily terlebih teruja pula" Lily garu-garu kepalanya sambil tersengih. Dia simpan balik misai palsu itu

"Rizu jaga Neko Neko.. abang akan kembali dan kalau apa-apa terjadi dekat diri abang, Rizu cepat-cepat hubungi abang Kaizo"

"Ok" Rizu mengambil Neko Neko dari dakapan Fang "Hati-hati abang Fang"

Lily dan Fang terus mara ke depan. Boboiboy membawa Rizu dan Neko Neko jauh sedikit dari situ. Manakala Gopal pula, dia sudah pun duduk di sebuah bangku sambil memerhatikan Lily dan Fang. Mulut dia sedang kunyah pizza dan dia tidak memanggil kawan-kawan dia untuk menjamu selera sekali kerana dia terlampau asyik melihat apa yang akan terjadi nanti. Kaki Lily dan Fang melangkah masuk ke dalam bangunan pusat tusiyen itu dengan perasaan gementar. Fang menggigil sedikit kerana dia dapat rasakan aura yang tidak begitu menyenangkan. Lily tidak merasai apa-apa kecuali dia rasa pelik dengan kesunyian bangunan tersebut

"Takde kelas ke hari ni?" bisik Lily

"Entahlah" balas Fang. Mata dia terpandang sebuah kaunter. Di situ hanya ada seorang wanita sahaja yang menjaga kaunter tersebut "Jom kita pergi tanya dia"

"Ok"

Mereka berdua berjalan ke arah kaunter itu. Wanita itu mendongak sedikit dan lalu dia berikan senyuman mesranya kepada mereka berdua

"Err... takde kelas ke hari ni?" tanya Lily

"Takde.. tapi ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Begini, saya ingin daftarkan adik saya ni yang lemah sangat dalam matematik. Boleh dikatakan setiap ujiang matematik, dia akan gagal.." Fang tendang sedikit kaki Lily kerana geram sangat "Hehehee... boleh ke saya daftarkan dia hari ni?"

"Boleh.. apa nama adik kamu?" tanya wanita itu

"Nama dia adalah la...la.. la.." Lily tersengih dengan matanya melirik ke arah wajah Fang yang bermasam muka itu. Mulut dia bergetar-getar untuk menjawab soalan wanita itu "Fa.. Fa.. Fandak"

"Fandak?" Wanita itu rasa pelik dengan nama itu "Tak pernah pula saya dengar nama orang Fandak"

"Dia ni lahir dekat luar negara sebab tu nama dia pelik sedikit.. nama penuh dia ialah La Fandak La Fang" Lily tersengih lagi "Sedap tak nama adik saya?"

Fang menahan sabarnya di dalam hati. Dia cuba bayangkan donut lobak merah supaya dia tidak mengamuk di situ. Lalu dia berpura-pura senyum untuk menyakinkan wanita itu. Wanita itu begitu sibuk sekali memasukkan nama Fang di dalam sistem komputernya. Lalu dia hulurkan sehelai kertas pamplet kepada Fang. Pamplet itu diambil oleh Fang sendiri

"Kamu berdua boleh melawat sekitar pusat tuisyen ini. Kalau sudah berpuas hati, bolehlah kamu daftar masuk adik kamu ni"

"Hehee.. terima kasih. Jom Fandak.. kita pergi tengok-tengok" Lily menarik tangan Fang dan terus pergi ke lif untuk naik ke tingkat atas "Kita nak siasat dekat mana dulu?" bisik dia

"Kita tengok kelas dia orang dulu" kata Fang

Pintu lif itu dibuka dan lalu mereka berdua masuk ke dalam. Fang dapat rasakan seram sejuk di dalam lif tersebut. Dia terbayangkan ada roh-roh jahat di sekitar lif itu. Setelah mereka masuk, pintu itu ditutup dengan sendirinya. Fang dan Lily naik ke tingkat pertama. Lif itu berhenti dan pintu itu dibuka semula. Mereka melangkah keluar. Suasana di tingkat satu itu sunyi dan tiada orang. Bilik-bilik gelap di sekitar itu. Kanan dan kiri mereka adalah sebuah koridor. Di setiap koridor itu mempunyai pintu bilik. Mereka belok ke kanan dan siasat setiap bilik gelap itu. Setiap bilik itu mempunyai beberapa komputer. Lily mula terasa seram sejuknya. Bagaikan ada sesuatu sedang mengekori mereka. Lily menoleh kebelakang dan tiada apa yang berada di belakang mereka. Sampai sahaja di hujung koridor. Mereka berpatah balik dan terus ke depan. Semuanya sama sahaja seperti tadi. Fang membuat keputusan untuk naik ke tingkat 2

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rizu menggigil sedikit tetapi bukan sebab dia rasa sejuk, ianya kerana dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan bangunan itu. Hati dia tidak tenang pada ketika itu. Dia menjadi resah walaupun Neko Neko cuba tenangkan Rizu sedikit. Boboiboy mula perasan dan lalu dia bertanya kepada anak kecil itu

"Rizu lapar ke?" Tiba-tiba pula Gopal bertanya sebelum sempat Boboiboy membuka mulut dia

"Tak" balas Rizu. Sebenarnya dia memang lapar tetapi dia tidak mempunyai selera untuk makan. Tangan dia belai kepala anak harimau itu secara perlahan "Pizu cuma risau sahaja. Abang Fang dan kakak Lily ok ke dalam tu nanti. Pizu takut"

"Rizu jangan takut, abang Fang tahu melindungi diri dia dan sudha tentu dia akan melindungi kakak Lily juga" kata Boboiboy

"Rizu makanlah pizza sedikit" Gopal hulurkan sekeping pizza kepada Rizu "Tapi kalau Rizu masih risau juga, apa kata kita suruh abang Boboiboy masuk ke dalam dan cari dia orang berdua"

"Hmm.. ok juga tu"

"Abang Boboiboy nak cari dia orang ke?"

"Kalau abang masuk, nanti Rizu macam mana?"

"Abang Gopal kan ada" jawab Rizu "Tapi... abang Boboiboy cuba hubungi abang Fang dulu. Kalau dia ok, abang Boboiboy tak perlu masuk"

"Ok juga tu" Boboiboy cuba menghubungi Fang tetapi gagal. Dia mencuba lagi sekali tetapi sama juga, tetap gagal. Dia mula rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bangunan itu "Tak boleh jadi ni, kita kena hubungi abang Kaizo dengan segera"

"Tak perlu" Kaizo muncul di situ bersama Emmy "Nampaknya mereka begitu licik sekali tetapi kali ini mereka pukaukan budak-budak di sini dengan menggunakan komputer"

"Eh, macam mana abang Kaizo tahu?" tanya Boboiboy

"Emmy yang beritahu. Baru sebentar tadi komputer dia telah mendapat mengesan aktivity aneh di sekitar bandar Pulau Rintis. Dia juga cuba dapatkan lokasi dimanakah aktivity itu berlaku dan nampaknya, kamu semua juga dapat rasakan aktivity aneh di sini" Mata Kaizo asyik perhatikan sebuah bangunan 3 tingkat yang berada di hadapannya "Mana si Pang tu?"

"Abang Paizo! Abang Fang dan kakak Lily masuk dalam bangunan tu sebab dia orang nak siasat. Abang Boboiboy cuba hubungi mereka tapi gagal" Rizu mula menangis di situ "Abang Paizo pergi selamatkan mereka. Pizu takut. Pizu takut kalau abang Fang dan kakak Lily jadi seperti kakak Yaya dan kakak Ying"

"Eh, apa yang terjadi dengan kakak biskut tak sedap dan kakak amoi?" soal Emmy dengan jarinya begitu sibuk menekan-nekan butang di alat pengesan ciptaan dia "Ada hantu merasuk mereka ke?"

"Bukan kakak Emmy tapi..dia orang bukan macam diri mereka sendiri"

"Mungkin mereka terkena sesuatu dari bangunan itu" kata Kaizo "Kamu semua ada nampak ke mereka berdua masuk ke dalam bangunan itu?"

"Ada" balas Gopal "Semalam.. tapi setahu saya, dia orang mana pernah pergi mana-mana tuisyen tapi semalam lain pula cerita"

"Mungkin ada sesuatu yang memanggil dia orang masuk kot"

"ERK?! Hantu ke yang panggil dia orang, Boboiboy?" Gopal sorok di belakang kawan baik dia iaitu Boboiboy "Jangan cakap musuh kita orang sebenarnya adalah hantu. Menakutkan betul sampai boleh pukau orang"

"Eh, ada ke hantu pukaukan orang?" tanya Boboiboy

"Dey, kau lupa ke tentang karnival hantu. Kau terkena pukau lagu dari permainan hantu dekat karnival tu"

"Hehee.. aku lupa tapi aku sebenarnya tak berapa ingat sangat tentang kejadian itu" Boboiboy hanya ingat tentang permainan Merry-Go-Round dan lagu dia sahaja. Kejadian lain, dia tidak begitu ingat sangat "Tapi ini bukan masanya untuk bincangkan tentang karnival hantu"

"Betul kata kau" Kaizo sudah pun keluarkan pedang tenaganya "Kamu berdua tunggu di sini. Biar aku pergi selamatkan mereka berdua"

"Takpe ke abang Kaizo? Saya boleh bantu"

"Tak perlu" Kaizo genggamkan pedangnya dengan begitu erat "Kalau ada apa-apa yang berlaku, panggil Lynna dengan segera"

Boboiboy dan Gopal anggukkan kepala mereka. Rizu dan Emmy berundur sedikit kerana Kaizo sudah bertindak untuk menyerang pintu depan bangunan tersebut. Dia berlari ke arah pintu itu

"BELAHAN PEDANG TENAGA!" Pintu itu tidak musnah. Ianya masih lagi berdiri dengan kukuh "PEDANG TENAGA!" Pintu itu masih lagi seperti biasa. Lalu Kaizo kebelakang sedikit dan terus berlari untuk menolak pintu itu dengan badannya tetapi masih lagi tidak berjaya

"Pintu tu macam besi pulak" Gopal perhatikan pintu bangunan itu. Lalu dia mendapat satu idea "TUKARAN PINTU BISKUT!" Dia berjaya menukar pintu itu kepada biskut ranggup

Kaizo menumbuk biskut itu tetapi ianya tidak patah. Biskut itu tetap seperti biasa. Tiada retakan apa-apa yang berlaku. Kaizo tidak mahu mengalah. Dia mahu masuk ke dalam bangunan itu juga. Dia terpaksa mencari jalan lain untuk masuk ke dalam. Boboiboy mendongak ke atas untuk mencari tingkap yang terbuka tetapi malangnya tiada

"Macam mana nak selamatkan mereka" bisik Boboiboy dengan hati dia sudah kerisauan tentang dua kawan dia

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lily dan Fang kini berada di tingkat 2. Keadaannya seperti di tingkat 1 satu tetapi kawasan itu kelihatan lebih luas. Ianya mempunyai sebuah dewan besar dan beberapa bilik kecil. Fang terpandang satu sinaran cahaya yang ada pada dewan itu. Lalu dia masuk ke dalam. Cahaya itu datang dari sebuah komputer besar. Skrin komputer itu mengeluarkan bahasa yang dia tidak kenali. Memang agak sukar untuk Fang memahami bahasa itu

"Landak.. landak.. jom kita keluar dari sini. Lily rasa tak senang hatilah"

"Aku pun rasa macam tu juga tapi kita kena siasat semua bangunan ni. Manalah tahu dekat tingkat 3 nanti, kita akan jumpai sesuai" Fang berdiri di hadapan skrin komputer itu "Bahasa apa ni?" bisik dia

"Landak.. jomlah keluar" Lily merayu lagi "Lily takut"

"Sekejaplah!"

"Landak tak rasa pelik ke.." Lily mula melangkah masuk ke dalam dewan itu "Masa orang tadi tu suruh kita melawat, Lily ingatkan adalah cikgu-cikgu dekat sini tapi semuanya kosong. Entah-entah, orang tadi tu ialah hantu"

"Atau semua ini adalah satu perangkap?" Fang menoleh kebelakang kerana dia dapat rasa sesuatu dari belakangnya. Mata dia ternampak bayan seseorang dari hujung dewan "Eh, siapa tu?"

Lily mula pergi berdiri di sebelah Fang. Dia cuba beranikan diri untuk menghadapi orang itu. Makin lama makin dekat orang itu dan makin jelas siapakah yang sedang menuju ke arah mereka berdua. Fang rasa lega sedikit apabila dia dapat tahu orang itu adalah Yaya

"YAYA! Kau ada dekat sini" kata Fang dengan gembiranya tetapi wajah Yaya seperti tiada emosi. Hanya kosong sahaja

"Landak.. nanti dulu" Lily pegang lengan Fang "Lily tak rasa Yaya ada dekat sini untuk siasat. Dengar tak cerita Rizu tadi"

"Mungkin juga.." Fang ke depan sedikit dan lindungi Lily dari belakang. Dia perlu bersiap sedia jikalau Yaya menyerang mereka secara mengejutkan "Lily, apa-apa terjadi dekat aku, kau lari dari sini dan keluar dari bangunan ni"

"Tapi landak macam mana?"

"Aku akan berikan masa untuk kau keluar dari sini" balas Fang. Tiba-tiba bahu dia usik-usik oleh Lily dengan jari telunjuknya "Kau nak apa lagi?"

"Errr... Ying ada dekat pintu"

Mata Fang melirik ke arah kirinya. Ying ada di pintu dewan. Fang tidak boleh berlawan dengan mereka jikalau dia dan Lily di serang. Yaya dan Ying adalah kawan dia. Fang tidak mahu cederakan kawan-kawan dia tetapi dia tahu dia terpaksa

"Maafkan aku kawan-kawan" bisik Fang "SERANGAN BAYANG!"

Fang menyerang Yaya dan Ying dengan begitu pantas sekali. Dua gadis itu tercampak kebelakang. Fang tidak mahu pergi melihat apa yang terjadi dengan mereka berdua. Jika dia pergi lihat, dia akan rasa bersalah. Jadi dia hanya mengarah Lily keluar dari dewan itu. Mata Fang terpandang ke bahagian hujung dewan. Dia boleh lihat kesan serangan dia tadi pada hujung dewan. Dinding dewan itu hancur sedikit tetapi Yaya tiada di situ. Lalu mata dia terus melirik ke tempat serangan dia terhadap Ying tadi

"Eh.. Ying takde?" bisik Fang sambil belok ke kanan bersama Lily

"Kenapa landak?"

"Takde apa.. cepat keluar dari sini. Sebelum dia orang balas serangan aku tadi"

Fang dan Lily berlari ke pintu lif. Jarak mereka dengan lif itu tidak terlalu jauh. Lif itu ada di depan mereka sahaja. Sedikit sahaja lagi mereka akan sampai tetapi Ying muncul di hadapan mereka. Dia telah menggunakan kuasanya untuk memecut mereka berdua. Fang dan Lily menoleh kebelakang. Yaya di belakang mereka. Dia terapung sedikit dengan kedua belah tangannya sudah keluarkan kuasanya yang berwarna pink

"La-landak.. macam mana ni" Lily rasa takut dengan mereka berdua "Hubungilah abang kau.. atau Boboiboy ke"

"Aku nak hubungi dia oranglah ni.. itu pun kalau sempat" Fang menekan jam kuasanya tetapi tiada apa yang berlaku. Tiada skrin atau hologram yang keluar "Isk, tak kan rosak pulak"

"Tak mungkin rosak.. sebab landak tadi dapat guna kuasa"

"Betul juga atau bangunan ni.." Fang melihat sekitar kawasan itu "Entah-entah ada sesuatu yang menghalang aku menghubungi- ADOI!"

Ying memecutkan dirinya ke depan untuk langgar dua kawan dia. Fang dan Lily terjatuh di atas lantai bangunan itu. Fang cuba bangunkan diri dia tetapi Yaya sudah pun gunakan kuasa gravity dia. Badan Fang dan Lily terasa berat dan tidak dapat bergerak dengan sepenuhnya

"Yaya.. Ying.. siapa yang buat korang ni?" soal Fang

"Kau akan menjadi pengikut dia juga" balas Yaya sambil terbang ke depan "Aku akan bantu kau untuk menjadi pengikut dia dan kita sama-sama akan membantu dia untuk menguasai kesemua jam-jam kuasa di planet ini dan dia akan bermaharajalela di sini. Teknologi di planet ini sangat lemah. Manusia di planet ini terlalu lemah. Terlalu mudah untuk dia menguasai manusia-manusia di planet ini"

"Mana ada lemah!" marah Lily "Tuan kau yang lemah sebab mempergunakan orang!"

"Kau akan aku hapuskan kerana dia tidak memerlukan kau" kata Ying "Kau seperti si kecil tu, lemah dan hanya tumpukan kepada sesuatu yang tiada faedahnya"

"Apa ni? SIAPA KETUA KORANG TU?"

"DIAM!" Yaya menjerit kepada Fang "Mari Ying, kita bawa mereka berdua ke dewan untuk menjadi pengikut setia ketua kami" Dia mendarat dan apungkan Fang dan Lily di situ

"WEI WEI! Ketua korang si virus jahat tu ke?"

Yaya dan Ying tidak menjawab pertanyaan Fang tadi. Dia cuma diangkat dengan menggunakan kuasa Yaya dan di bawa masuk ke dalam dewan semula. Di situlah Fang dan Lily akan dipukaukan dengan menggunakan komputer besar itu. Mereka berdua tidak dapat lepaskan diri dan komputer itu mula keluarkan bunyi yang mereka tidak dikenali. Virus jahat itu sudah pun kembali dan kali ini dia menggunakan teknik lain. Fang menutup mata dia tetapi dia mula rasa hendak pengsan di situ kerana bunyi dari komputer tersebut sangat menyakitkan kepalanya. Yaya dan Ying tersenyum sinis melihat dua rakan mereka akan menyertai ketua mereka. Tiada siapa yang dapat menghalangkan perbuatan jahat dari virus itu

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo masih lagi cuba hendak merempuh masuk ke dalam bangunan itu tetapi gagal. Gopal sudah menukarkan pintu itu kepada chocolate cair tetapi chocolate itu mengeras serta-merta. Boboiboy cuba menggunakan pedang Halilintarnya tetapi dia juga gagal. Rizu memeluk Neko Neko seeratnya dan berdoa agar pintu itu dapat dibuka. Emmy mengeluarkan sesuatu dari beg sandang dia kerana alat pengesan dia tiba-tiba memberikan signal yang lebih kuat. Skrin di alat pengesan itu mengeluarkan data terbaru dan ianya adalah virus seperti tempoh hari

"Kakak Emmy nak buat apa?" tanya Rizu

"Alat akak dapat mengesan ada virus di dalam bangunan itu. Akak kena cepat-cepat hapuskan virus itu" Emmy membuka laptopnya. Secara pantasnya, dia cuba untuk menggodam sistem bangunan itu supaya dia dapat masuk "Harap-harap akak berjaya"

"Emmy boleh ke buat?" Tiba-tiba di tanya oleh Boboiboy

"Emmy boleh buat! Tiada apa yang dapat halangkan kemahiran Emmy di dalam bidang teknologi!" Mata Emmy begitu tertumpukan nombor-nombor dan data pada skrin laptop tersebut. Boboiboy tidak begitu memahami apa yang tertera pada skrin laptop itu "Ok, Emmy telah berjaya masuk ke dalam sistem mereka"

"Wah! Dasyat betul si Emmy. Tak sampai 1 minit dia dah boleh masuk" Gopal bangga dengan kepandaian Emmy

"Ok, sekarang ni Emmy perlu cari sistem utama si virus jahat tu" Emmy menekan-nekan beberapa butang di keyboard laptop itu

Kaizo masih lagi mencuba musnahkan pintu itu tetapi akhirnya dia terpaksa mengalah. Lalu dia berhenti dan ternampak kawan-kawan adiknya sedang berkerumum di sekeliling Emmy. Semuanya sibuk perhatikan skrin laptop itu. Kaizo mula menyertai mereka untuk melihat apa yang berlaku di situ. Rizu perhatikan Emmy membuat kerjanya sambil memberikan seketul ayam goreng kepada Neko Neko. Gopal pula, perut dia sudah berbunyi kerana terlampau risau sangat. Dia mengambil sekeping pizza dan lalu makan. Boboiboy tidak berganjat dari situ. Hati dan pemikiran dia tidak terhenti-henti berdoa agar Emmy dapat selamatkan Fang dan Lily

"Macam mana?" tanya Kaizo

"Sistem utama mereka ada di bahagian tengah bangunan ini tapi kita tak boleh pergi musnahkan sebab pintu dan tingkap bangunan ini di kunci oleh sistem itu sendiri. Jadi Emmy terpaksa musnahkan virus itu dari sini sahaja"

"Baiklah, teruskan dengan rancangan ini" Emmy angguk kepalanya kepada Kaizo "Kalau kau perlukan apa-apa, beritahu kami"

"Baik abang beruang"

Sementara Emmy masih lagi bertarung untuk musnahkan sistem utama komputer bangunan itu dan juga virus jahat itu, Fang masih lagi bertarung dengan dirinya supaya tidak menjadi seperti Yaya dan Ying. Dia tidak akan benarkan komputer itu mencuci otaknya dan menjadi pengikut setia kepada virus tersebut. Lily sudah kelihatan lemah. Mata dia kuyu dan tidak larat untuk berlawan balik

"Lily.. kau jangan terpengaruh dengan bunyi dari komputer itu" Nada suara Fang pada ketika itu agak lemah. Mungkin dia ada tenaga sedikit untuk menggunakan kuasanya "Aku pasti boleh lakukannya.." bisik Fang "SERANGAN.. LINGKARAN.. BAYANG!"

Satu bentuk lingkaran bayang menolak Yaya dan Ying kebelakang dan musnahkan di sekeliling Fang. Komputer itu ada sedikit kerosakan tetapi ianya masih lagi berfungsi seperti biasa. Fang dan Lily terlepas dari kuasa sphera Yaya. Mereka berdua jatuh di atas lantai dewan itu. Fang bangunkan dirinya walaupun kaki diri dia lemah

"Lily bangun.. kita kena lari"

"Landak.. larilah.. dulu... Lily.. tak.. larat" kata Lily yang sudah terdampar di atas lantai. Jari kanan dia bergerak sedikit tetapi kaki dia seperti sudah tidak bernyawa "Selamatkan.. diri.. kau"

"Tapi.."

"Lari.." Itulah perkataan Lily yang terakhir sebelum dia pengsan

Fang bangun dan dia tidak akan membenarkan Lily keseorangan di situ. Walaupun dia kadang-kadang rasa seperti hendak ketuk kepala Lily dengan periuk tetapi Lily ada seorang kawan yang suka menceriakan mana-mana suasana yang dalam bahaya ataupun dalam keadaan yang menggembirakan. Dia melihat sekelilingnya terlebih dahulu sebelum dia pergi mengangkat Lily. Dua kawan perempuan dia iaitu Yaya dan Ying tiada di situ. Dia harus cepat

"Apasal aku terpaksa jadi hero kepada si pelik ni tapi kalau aku tinggalkan aje dia, nanti ada juga yang membebel dekat aku. Terutama sekali si Rizu tu.. adeh" Fang mengangkat Lily dengan menggunakan kuasa bayangnya

"Kau cuba hendak larikan diri" Yaya apungkan dirinya sambil bersilang tangan "Kau memang kuat. Sudah tentu dia suka dengan kekuatan kau"

"YAYA! BAIK KAU INGATKAN DIRI KAU BALIK!" Muka Fang berubah menjadi garang "Kau adalah kawan aku dan aku tidak mahu berlawan dengan kawan aku sendiri"

"Kalau tidak mahu, biar kami serangkan kau sehinggalah kau mengalah" Kali ini Ying muncul di belakang Fang "Dan selepas itu, kau akan menjadi pengikut dia juga. Si virus jahat itu akan menjadi ketua kau dan kau akan ikut semua arahan dari dia"

"Tak, aku tak kan menjadi pengikut dia! TUSUKAN JARI BAYANG!"

"LANTUNAN GRAVITY!"

Kuasa bayang itu dilantun balik. Fang dan Lily tercampak kebelakang. Mereka berdua terlanggar dinding dewan itu dan jatuh tergolek. Lily masih lagi dalam keadaan pengsan. Fang bangunkan diri dia semula. Diri dia sudah lemah tetapi semangat dia tidak lemah. Fang kini berhadapan dengan dua kawan perempuan dia. Mata dia melirik ke arah kanan dan kiri dia. Fang sedang mencari jalan keluar untuk lari dari sini secara selamat

"SERIBU TENDANGAN LAJU!" Ying mula menyerang Fang secara mengejut

"PELINDUNG BAYANG!" Fang mempertahankan pelindung bayangnya dengan tendangan Ying "Aku tak kan biarkan virus itu mengawal kita semua seperti anak patung! TOLAKAN BAYANG!"

"TUMBUKAN PADU!"

Ying terpelanting tetapi Yaya pula menyerang Fang dengan kuasanya. Fang terjatuh semula akibat tumbukan Yaya yang sangat kuat itu. Diri Fang sudah tidak larat lagi. Dia tidak larat untuk bangunkan diri dia semula. Dia tidak mahu mengalah. Dia tahu seseorang akan datang selamatkan mereka semua. Penglihatan dia menjadi samar-samar. Apa yang dia nampak hanyalah dua bayang yang berdiri di hadapan dia. Akhirnya mata Fang tertutup rapat. Dia sudah mula tidak sedarkan diri. Yaya dan Ying tersenyum sinis kerana pihak lawan mereka sudah pun pengsan

"Tuan.. dia akan menjadi sebahagian daripada pengikut tuan" kata Yaya

"Bagus.. bawa dia ke sini dan hapuskan seorang lagi. Aku tidak memerlukan dia" kata komputer tersebut "Masa untuk mencuci otak si pahlawan ungu ni"

Tiba-tiba lampu-lampu di dewan itu terpasang. Bilik itu menjadi terang. Seluruh bangunan itu menjadi terang kerana Emmy berjaya musnahkan sistem di dalam bangunan tersebut kecuali virus itu. Kaizo, Boboiboy dan Gopal muncul di dalam dewan itu. Virus itu menjadi marah kerana rancangan dia akan di gagalkan oleh mereka bertiga

"TANGKAP MEREKA!" kata virus itu

"Jangan harap!" Emmy muncul di belakang Boboiboy

Emmy menekan sesuatu di laptopnya. Virus itu mula menjerit kerana diri dia telah dimusnahkan oleh Emmy. Komputer itu mula meletup kecil dan skrin komputer itu musnah. Yaya dan Ying mula sedarkan diri. Mata mereka terkebil-kebil melihat Kaizo, Boboiboy, Gopal dan Emmy. Mata mereka berdua mula melihat sekitar dewan itu dan ternampak Fang dan Lily dalam keadaan tidak sedar lago

"Alamak! Fang!" Yaya mula rasa bersalah akibat menyerang Fang tadi "Aku tak sengaja.. maafkan kita orang, Fang"

"Maafkan aku juga. Aku rasa bersalah maa.." kata Ying

"Jangan salahkan diri korang. Ini semua sebab virus tu" kata Boboiboy "Macam mana korang boleh terkena pukauan dia?"

"Semalam.. kita orang mula mensyaki dengan bangunan ni. Budak-budak yang belajar dekat tuisyen ni, semuanya akan menjadi pelik. Dia orang menjadi buas sedikit dan akan mengeluarkan kata-kata kesat" jelas Yaya "Jadi aku dan Ying cadangkan untuk siasat apa yang berlaku tapi kita orang tak sangka pula virus tu berjaya pukaukan aku dan Ying. Perempuan yang dekat bawah tu suruh kita orang melawat setiap tingkat"

"Tapi kita orang masuk tadi takde sesiapa pun dekat situ" kata Boboiboy

"Entah-entah hantu kot" Gopal menggigil sedikit

"Mungkin hologram sahaja" Kaizo memeriksa kerosakan komputer itu "Musuh kali ini sangat berbahaya dan kau Boboiboy.. kau harus berhati-hati. Kalau dia berjaya mengawal kau, kuasa kau akan menjadi lebih bahaya"

"Saya akan berhati-hati, abang Kaizo" Boboiboy melihat jam kuasanya "Aku tak kan dikawal oleh virus itu" bisik dia

Sebenarnya dia risau kalau dia menjadi seperti Yaya dan Ying. Dia risau kalau dia berubah menjadi jahat. Dia tidak dapat bayangkan kalau dia keluarkan kuasa terkuatnya dan musnahkan segala-galanya terutama sekali orang-orang yang dia sayang. Dia tidak mahu fikirkan tentang itu. Dia akan melindungi semua yang dia sayang. Dia tak kan biarkan musuh kali ini menang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top