Serangan Numeros

Tangan Emmy digari dengan gari besi. Dia cuba hendak lepaskan diri tetapi semakin lama, semakin merah pergelangan tangannya. Dia menangis sambil memikirkan tentang nasibnya. Dia tidak tahu kenapa diri dia menjadi mangsa kali ini. Di dalam hatinya, dia berdoa agar-agar dia diselamatkan oleh superhero Pulau Rintis. Dia terbayangkan Boboiboy berpecah kepada tujuh dan berlawan dengan orang jahat demi untuk selamatkan dirinya. Dia melihat sekeliling bilik kebal itu. Almari kaca di tepi sudut dinding, meja yang penuh dengan botol-botol kaca dan juga kertas berselerak di atas meja itu. Di sebelah kanan dia, terdapat sebuah kerusi dan juga sebuah komputer kecil. Di hadapan itu pula ialah pintu besi. Kepala dia tertunduk sedikit. Lalu dia ternampak benda hijau di dalam kot makmalnya. Benda hijau itu mula bergerak dan lalu ianya keluar. Emmy terkejut dan gembira kerana Picu ada bersamanya. Dia tidak rasa keseorangan lagi pada ketika itu

"PICU! Emmy sangat gembira bila Picu ada dekat sini"

Picu boleh lihat air muka Emmy yang sedih pada ketika itu. Lalu dia melompat dan naik ke atas bahu Emmy. Dia nampak tangan Emmy digari

"Picu.. Emmy tak boleh keluar dari sini. Picu temankan Emmy sahaja ok"

Tetapi Picu ada rancangan lain. Dia melompat ke atas tangan Emmy. Sang gadis genius itu terasa lendir pada tangannya. Tiba-tiba lidah Picu menjulur keluar dan dia masukkan lidahnya ke dalam lubang gari itu

"Err... Picu cuba buat apa?" Emmy cuba menoleh kebelakang tetapi dia tidak nampak apa Picu cuba lakukan "Picu?"

Lidah Picu bergerak-gerak di dalam lubang gari itu. Akhirnya gari itu terlepas buka. Tangan Emmy berjaya dikeluarkan dari gari besi tersebut. Dia terkejut dengan kebolehan sang makhluk alien itu. Emmy ke depankan tangannya dan terus dia memeluk sang alien itu di dadanya

"Terima kasih Picu!" Air mata Emmy jatuh ke atas kepala alien hijau itu "Kita keluar dari sini ok. Picu jangan lari ke mana-mana tau"

Picu tidak berbunyi langsung, dia hanya menghayunkan antenanya ke depan ke belakang. Mata dia pula, bulat besar sebelah dan bulat kecil sebelah. Emmy bangun dari tempat duduk itu. Dia perlu menyelinap keluar dari situ agar musuh mereka tidak perasan. Sebelum dia dapat keluar dari situ, pintu besi itu naik ke atas. Seorang lelaki berbadan besar dan berkepala botak tidak terkejut melihat Emmy sudah dapat lepaskan diri

"Mana kau nak lari?" Lelaki itu menumbuk tapak tangan sebelahnya sambil tersenyum sinis "Mari sini kau"

"TAK NAK!" jawab Emmy dengan penuh berani

"Dia cuba nak larikan diri ke, Trez?"

Muncul lagi seorang lelaki tetapi lelaki itu kelihatan jauh lagi muda. Ianya nampak seperti seorang remaja. Dia memakai sebuah topeng dan pakaian dia berwarna merah. Seorang lagi budak remaja lelaki muncul di sebelah remaja tadi. Kali ini, dia berpakaian hijau dan bahagian mulut dia tertutup dengan sebuah topeng

"Nampaknya begitu" Trez datang dekat kepada Emmy "Kau ingat kau boleh lari?"

Emmy mula berundur kebelakang sedikit demi sedikit. Mata dia melirik ke kanan dan ke kiri sambil memikirkan jalan untuk melepaskan diri dia daripada mereka. Perasaan berani dia mula berubah menjadi takut. Hati dia berdebar-debar kerana tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Picu berkelip-kelip mata melihat Trez. Lalu dia melompat dari tapak tangan Emmy, terus ke lantai bilik itu

"Picu?" Emmy tidak tahu apa yang Picu cuba lakukan

Tubuh badan Picu mula membesar dan ianya jauh lebih besar daripada lelaki bernama Trez. Picu membuka mulutnya dengan luas. Trez dan dua kembar remaja itu terkejut. Mereka ternganga seketika

"Wei, larilah!" kata Siete

Sebelum sempat mereka bertiga untuk bertindak, Picu terus menelan mereka bertiga. Emmy tergelak sedikit kerana lucu melihat ketiga-tiga orang itu terapung di dalam tubuh badan Picu. Ianya bagaikan sebuah jelly

"Terima kasih PICU!" ucap Emmy dengan perasaan lega "Tapi macam mana Picu nak larikan diri nanti?"

Picu seperti biasa. Dia tidak akan menjawap. Lalu dia muntah keluar ketiga-tiga orang itu. Mereka bagaikan bermandi di dalam lendir hijau. Emmy mengambil peluang untuk melarikan dia. Tanpa membuang masa lagi, dia mengangkat Picu dan terus keluar dari bilik itu. Dia tidak memikir ke arah mana dia patut lari. Dia hanya belok kiri. Laluan itu hanya ada dinding besi sahaja dan beberapa kamera CCCTV yang tergantung pada dinding. Pemikiran Emmy hanya tertumpu untuk keluar dari situ sahaja

"Picu.." panggil Emmy kepada sang alien itu "Emmy risau kalau kita tak jumpa jalan keluar"

Badan Picu bergoyang-goyang. Emmy tidak tahu apa maksudnya. Lalu dia abaikan sahaja. Setelah dia sampai penghujung laluan itu, muncul seorang lelaki cina bersama dengan seorang perempuan berambut pendek

"Kamu ingat kamu boleh larikan diri!" kata perempuan itu

"Mestilah!" kata Emmy dengan nada ketakutannya "PICU! PERGI TELAN DIA ORANG!"

Picu melompat keluar dari tangan Emmy. Dia mula membesar tetapi dia berhenti setengah jalan sahaja. Warna badan Picu mula berubah menjadi biru. Emmy tergaman kerana perempuan itu menggunakan sejenis senjata seperti pistol untuk membekukan Picu

"PICU!" Mata Emmy mula berkaca "LEPASKAN DIA!"

"Eh, buat apa kita orang lepaskan dia" kata lelaki cina itu "Lagipun, dia ni sesuai untuk dijadikan sebagai bahan uji kaji"

"ERK!" Emmy terkejut "Ba-bahan uji kaji?" Dia pernah uji kaji Picu tetapi bukanlah uji kaji untuk menyakiti sang alien itu

"Betul tu.. kami mahu buat experiment terhadap kawan alien kamu" Perempuan itu datang dekat ke arah Emmy "Tapi.. kalau kamu tak nak kami jadikan dia sebagai bahan experiment kami, baik kamu buat apa yang kami suruh"

"Buat apa?" soal Emmy

"Mudah sahaja.. kamu buat sebuah gajet yang dapat meniru kesemua kuasa dari jam kuasa kawan kamu" kata perempuan yang bernama Jenny atau lebih dikenali sebagai Cinco "Saya tahu kamu seorang genius yang luar biasa. Lebih hebat daripada saya.. sebab itu kami di sini perlukan kamu"

"Kalau saya tak nak buat, Picu akan jadi mangsa experiment korang?"

"Betul tu" kata lelaki cina tu "Alien kesayangan kau tu boleh mati dengan experiment kami yang sangat kejam. Jadi, jikalau kau nak dia selamat, baik buat apa yang kami arahkan"

Emmy terduduk di atas lantai. Dia mengalah kerana dia tidak mahu Picu terseksa hanya gara-gara dia menolak apa yang mereka suruh lakukan. Kepala dia tertunduk sehingga air matanya menitis di atas lantai

"Korang memang kejam tapi saya sendiri tidak berdaya untuk selamatkan Picu.." Emmy menggenggamkan kedua-dua tanganya "Baiklah, saya akan lakukan demi keselamatan Picu" kata dia lagi dengan nada yang lemah

"Bagus" kata Jenny sambil tersenyum sinis

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gopal tersenyum lebar apabila dia melihat hasil air tangan dia memasak pelbagai jenis makanan yang sudah terhidang di atas meja makan dapur rumah Fang. Dia bagaikan mahu menangis di situ kerana terlalu bangga dengan pencapaian dia. Selama ini, dia berlatih di rumah dan juga di klub memasak supaya masakan dia menjadi sempurna dan paling penting sekali, iaitu sedap sehingga menjilat jari

"Kamu ni macam nak menangis kenapa?" tanya Bakar kepada Gopal pada ketika itu "Terharu sangat ke?"

"Mestilah terharu, uncle" kata Gopal "Ini semua saya yang masak!"

"Hah! Bagus bagus.." Bakar mula mengambil seketul ayam goreng dan juga bihun goreng dan letakkannya di atas pinggan dia sendiri "Mari kita makan. Uncle dah lapar sangat ni"

"Yeah! Mari kita makan" Gopal tidak sabar untuk mencubai masakan dia sendiri

Ali masuk ke dalam dapur. Lalu dia gelengkan kepalanya kerana perangai pak ciknya yang suka makan. Dia sedikit pun tidak terliur melihat makanan-makanan yang tersedia di atas meja makan itu

"Uncle! Kita ke sini untuk jalankan tugas. Bukannya untuk makan" tegur Ali

"Tapi kita perlukan tenaga" kata Bakar "Seorang ejen perlukan tenaga untuk menghadapi musuh mereka. Jadi, kita perlukan tenaga untuk berlawan dengan mereka. Kalau kita tiada tenaga, macam mana nak tewaskan mereka?"

"Betul tu!" Gopal setuju dengan kata-kata Bakar tadi "Saya pun perlukan tenaga!"

"Walaupun uncle ni berbadan besar tapi uncle ni sebenarnya kuat dan sihat!" Bakar tunjukkan otot dia dibahagian lengan tangan kanannya "Tengok uncle ni, boleh lawan musuh yang sama besar dengan uncle. Tumbukan uncle pun boleh tahan juga, sampai tercabut gigi dia"

"WAH! Hebat betul uncle ni. Bolehlah uncle jadi mentor saya" Gopal hampir hendak menangis pada ketika itu "Saya pun berbadan besar tapi selepas sahaja saya melihat uncle, saya pun nak jadi macam uncle!"

"Hehehe... boleh boleh. Tiada masalah" kata Bakar "Hah Ali, mari makan sekali"

"Err.. takpelah uncle, saya nak pergi berborak dengan kawan-kawan saya dekat luar"

"Ok" Bakar kembali sambung makan makanan kegemaran dia iaitu ayam goreng "Sedap betul ayam goreng kamu ni"

Ali tinggalkan mereka berdua di dalam dapur. Kucing dia iaitu Comot, ada di dalam bilik Idoli. Kedua-dua kucing itu tidur di atas katil yang penuh dengan anak-anak patung plushie. Yaya pula, dia berada di dalam bilik Faye. Dia sudah sedarkan diri tetapi tidak berdaya untuk keluar dari katil kawannya. Ying dan Faye temankan dia di dalam bilik itu. Bella tidak dapat pergi melawat kerana dia terpaksa jaga rumah sementara ibu bapanya keluar. Fang pula, dia ditemani oleh Rizu. Sang anak kecil itu masih lagi menangis teresak-esak sambil memikirkan nasib Emmy. Dia duduk di tepi almari sambil memeluk lututnya

"Macam mana keadaan kakak Emmy sekarang ni.. Pizu risau" kata Rizu seorang diri "Abang ejen Rizwan, kak Lynna dan abang Paizo takde.. dia orang mesti pergi cari kakak Emmy"

"Rizu?"

"Eh.. abang Fang?" Rizu mengesat air matanya. Lalu dia bangunkan diri dan bergegas terus ke tepi katil abang angkatnya "Abang Fang dah bangun"

"Apa terjadi tadi?" Fang dudukkan dirinya di atas katil itu "Tadi Rizu cakap, abang Kaizo takde?"

"Ha ah, dia pergi ikut abang ejen Rizwan.. kak Lynna pun ikut sekali" Lalu Rizu duduk di atas katil itu "Abang Fang tak ingat apa yang berlaku?"

Fang pejamkan matanya seketika untuk kembalikan ingatan dia apa yang terjadi sebelum dia tidak sedarkan diri

"Abang ingat.. jam kuasa abang kena rampas dengan seorang lelaki ni" kata Fang "Lepas tu abang jatuh.. lepas tu abang tak tahu apa terjadi"

"Kak Lynna selamatkan abang" jawab Rizu "Abang Boboiboy dan kakak Yaya selamat. Dia orang dah terjaga, cuma abang Fang aje yang lambat"

"Abang sebenarnya tak nak sedarkan diri sebab abang takut jikalau abang hilang dari dunia ini buat selama-lamanya. Abang takut jikalau ianya menjadi kenyataan. Jadi abang duduk seorang diri di dalam kegelapan sambil terbayangkan wajah ibu bapa abang" kata Fang. Lalu dia berkata lagi "Abang tak boleh bayangkan bagaimana perasaan abang Kaizo. Mesti dia tak tunjukkan perasaan dia dan terus tinggalkan bumi"

"Tapi abang Fang selamat.. abang Fang jangan fikir yang bukan-bukan" kata Rizu sambil tersenyum lemah "Abang Fang nak tahu tak, tadi Pizu ada selidik tentang abang ejen Rizwan. Lepas tu.."

"Lepas tu? Rizu dapat tahu dia pun alien juga ke?"

"Bukanlah!" marah Rizu sedikit "Dia bukan alien tapi dia jauh lagi tua dari Pizu dan abang Paizo. Umur dia 37 tahun!"

"Oooo.. ingatkan dia ala-ala sebaya abang Kaizo tapi..." Fang merenung adik angkatnya "Sempat lagi yea Rizu pergi selidik tentang ejen Rizwan tu"

"Hehehe.." Rizu garu-garu kepalanya sambil tersengih sedikit "Sebab masa tu Pizu cuba nak happy kan hati ni tapi lama-lama macam tu, Pizu tak boleh nak kawalkan perasaan ni, terus Pizu menangis dekat dalam bilik abang Fang"

"Takpelah Rizu.." Fang mengusap kepala adik angkatnya "Menangislah, abang tak kan halang. Oh yea, abang Kaizo ikut Ejen Rizwan pergi mana?"

"Tak tahu" balas Rizu "Err.. abang Fang ok tak?"

"Abang ok"

"Abang Fang nak pergi makan tak? Rasanya ada lagi kot makanan dekat dapur. Abang Gopal ada masak tadi tapi.. tak tahulah dah habis ke tak semua makanan"

"Cheh, dia guna barang-barang dapur aku. Tak guna punya Gopal" bisik Fang "Takpelah Rizu, abang tak rasa lapar lagi" Lalu dia memandang luar tingkapnya. Masih gelap lagi di luar "Esok pagi ajelah abang makan. Abang rasa macam nak tidur pula"

"Pizu pun nak tidur juga tapi.." Rizu terkenang balik tentang nasib Emmy "Pizu risaukan tentang kakak Emmy.. macam mana Pizu nak tidur?"

"Kita sama-sama fikirkan benda yang positif. Tak mungkin musuh kita apa-apakan Emmy.. Rizu masuk tidur ok. Nanti Rizu tak cukup tidur, nanti badan Rizu rasa letih pula"

"Ok, Pizu akan cuba"

Rizu baring di atas katil abang angkatnya. Dia pejamkan matanya. Fang selimutkan Rizu dan dia pula, dia akan bentangkan sebuah tilam di atas lantai. Dia biarkan adik angkatnya tidur di atas katil itu. Lama kelamaan, Rizu akhirnya tertidur sambil memeluk anak patung landak. Shadow dan Pikachu turut tidur di atas katil itu untuk temankan Rizu. Hanya Fang sahaja yang masih terjaga lagi. Dia memikirkan ke mana abang dia pergi ketika itu? Dia mahu menghubungi abangnya tetapi entah kenapa, hati dia mengatakan, abang dia berada di tempat rahsia dan tidak mahu menganggu misi abangnya. Jadi dia tunggu sahaja

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semenjak malam tadi sehinggalah ke pagi yang masih lagi gelap, Ali tidak dapat tidur dengan lena. Dia asyik terjaga sahaja. Setiap kali dia terjaga, dia akan mengintai luar tingkap rumah itu. Apa yang membuatkan dia tidak lena tidur, adalah kerana dia ternampak sebuah jembalang yang asyik berdiri di tengah-tengah halaman rumah itu. Posisi jembalang itu tetap sama dan tidak sedikit pun dia bergerak. Ali mula fikirkan rumah itu berhantu

"Kau ok ke?" soal Boboiboy yang rasa pelik melihat kelakuan Ali pada ketika itu

"Aku ok tapi.." Ali tunjuk ke arah luar tingkap itu "Ada hantu dekat luar rumah tu"

"Hantu?" Boboiboy garu-garu kepalanya. Lalu dia mengintai sedikit "Ohhh.. itu bukan hantu"

"Bukan hantu? Habis tu, apa yang dekat luar tu?"

"Hehehe.. itu Laksamana Tarung" balas Boboiboy dengan penuh bangga "Dia tu boleh dikatakan sebagai ketua kita orang. Selalunya dia dan kommander Kokoci akan arahkan kami jalankan misi"

"Ohh... boleh tahan juga dia tu sebab sedikit pun dia tak bergerak dari malam tadi. Aku ingatkan dia hantulah tapi rupanya bukan.. fuh, baru rasa lega sedikit"

"Tapi.." Boboiboy mula tersengih kecil kepada Ali "Sebenarnya rumah ni dulu ada cerita hantunya"

"APA?!"

Ali terkejut. Lalu mereka berdua terkejut dengan dengkuran dari Bakar pula. Ali melihat pak ciknya masih tidur di atas kerusi sofa. Air liur pak ciknya meleleh keluar dari mulut. Matahari mula naik dan langit sedikit demi sedikit menjadi terang. Ali kini boleh lihat Laksamana Tarung dengan jelas walaupun hanya dari belakang badan dia sahaja. Lalu dia berkata lagi kepada Boboiboy

"Be-betul ke ada hantu dalam rumah ni?" Ali mula menggigit kuku jarinya "Kau jangan nak main-mainkan aku pula"

"Takdelah, aku mana main-mainkan kau" kata Boboiboy dengan suara yang serius "Lagipun rumah ni dulu memang rumah terbiar. Tiada siapa yang duduk dekat rumah ni sehinggalah si Fang jadi penghuni rumah terbiar ni. Pada mulanya kita orangkan memang betul ada hantu tapi rupanya bukan. Itu hanyalah kuasa bayang dari si Fang aje. Lama-lama macam tu, rumah ni tak jadi rumah terbiar. Masa awal-awal tu, dia duduk seorang dekat rumah ni. Lepas tu baru abang dia tinggal sini sekali"

"Berani juga dia tinggal sorang dekat rumah ni"

"Dia tu berani. Mana pernah takut kecuali abang dia" Boboiboy tergelak sedikit "Lagipun dulu kita orang suka panggil dia hantu sebab perangai dia pun macam hantu"

"Menakutkan betul" kata Ali "Tak sangka pula dekat sini boleh ada rumah terbiar tapi takde hantu"

"Kau ingat rumah terbiar, mesti ada hantu ke" muncul Alicia dengan muka seriusnya

"Ala.. itu pun kau nak sibuk" Ali berpaling mukanya ke tempat lain. Lalu dia bertanya kepada Boboiboy "Err... Boboiboy.. kenapa Laksamana Tarung ada dekat depan rumah ni?"

"Mungkin abang Kaizo nak jaga kita semua kot" kata Boboiboy "Sementara dia dan kak Lynna takde, jadi dia suruh Laksamana Tarung ambik alih tempat mereka. Lagipun adik dia si Idoli tu kan cedera parah semalam. Selamat kak Lynna dan abang Kaizo dapat pulihkan Idoli"

"Tapi kita semua dapat jaga keselamatan semua orang di sini. Tidak percaya dengan keupayaan kita orang ke?" Nada Alicia bertukar menjadi marah sedikit

"Bukan tak percaya" Boboiboy mula tersengih "Tapi untuk tambahkan keselamatan dekat sini aje. Jangan marah sangat.. hehehe"

"Abaikan aje dia ni" bisik Ali kepada Boboiboy

Tiba-tiba mereka terdengar suara tangisan datang dari seseorang. Tangisan itu bukannya datang dari bilik Faye ataupun Idoli. Bilik Fang pun bukan. Ianya datang dari luar rumah. Boboiboy dan Ali pergi menyiasat siapa yang sedang menangis itu. Alicia hanya berdiri di belakang mereka sambil mengintai sedikit di luar tingkap

"UWAAAAA! KE-KENAPA LILY TAK BOLEH MASUK RUMAH SI LANDAK?"

"Kerana kau seseorang yang sangat mencurigakan!" kata Laksamana Tarung

"Kenapa Lily mencurigakan pula?" soal Lily sambil mengesat air matanya dengan sehelai tisu

"Banyak soal pulak budak ni!" Laksamana Tarung tetap bersabar dan lalu dia menjawab pertanyaan Lily tadi "Sebab kau datang ke sini sambil bersiul-siul. Macam ada niat jahat yang kau ingin lakukan!"

"Mana ada!" marah Lily "Lily cuma ingin nak jumpa BBB-CHAN dan kacau landak sahaja"

"Siapa BBB-CHAN dan landak tu? AKU TAK KENAL MEREKA! Jadi kau ni memang mencurigakan! Entah-entah kau adalah penyamar yang cuba masuk ke dalam rumah itu! Tapi aku berjaya menghalang rancangan jahat kau"

"UWAAAA! PAK CIK JUAL LAKSA KEJAM SANGAT!"

Berkerut dahi Laksamana Tarung. Boboiboy dan Ali tergelak sedikit di dalam rumah itu. Akibat kebisingan dari jeritan Lily tadi, seluruh penghuni rumah Fang, melihat luar tingkap untuk menyaksikan drama di waktu pagi. Fang membuka tingkap biliknya dan lalu menjerit sesuatu

"JANGAN BAGI DIA MASUK LAKSAMANA! DIA TU SUKA KACAU ORANG SAHAJA!"

"UWAAAA! LANDAK KEJAM!"

"AKU MEMANG KEJAM PUN.. MUAHAHAHAHAHAHA!" Tergelak Fang macam orang gila "LAKSAMANA HALAU DIA!"

Lily menghentak-hentak kakinya sambil bersila tangan. Mata dia merenung tajam ke arah Laksamana. Lalu Laksamana Tarung turut merenung tajam ke arah Lily. Mereka berdua tidak berkelip mata. Ianya seperti sebuah pertandingan yang sengit. Kedua-dua mereka tidak mahu mengalah. Fang memberikan sokongan dia kepada Laksamana. Manakala Rizu pula, dia menyokong Lily. Tanpa mereka sedari, sebuah letupan kecil berlaku pada bahagian tepi rumah. Idoli dan Comot berlari keluar dari bilik kerana terkejut dengan letupan itu. Lalu dinding dan tingkap bilik Idoli meletup. Ianya runtuh dan menyebabkan sebuah lubang besar. Dua orang musuh mereka masuk ke dalam rumah itu melalui lubang itu tadi

"SIAPA SEDANG MENYERANG KAMI?" Laksamana mengalih pandangan dia "Bersedia semua untuk mempertahankan rumah ini!" Dia masih tidak tahu bahawa musuh mereka sudah berada di dalam rumah

Ali, Alicia dan Bakar sudah bersiap sedia. Gopal dan Ying bergegas ke arah ketiga ejen itu untuk bekerjasama dengan mereka. Fang berlari keluar dari bilik bersama Rizu. Dia ingin melihat apa yang berlaku dari koridor balkoni rumahnya. Dia ternampak musuh mereka cuba menyerang rakan-rakan dia. Idoli berlari masuk ke dalam bilik Faye untuk sembunyikan diri. Faye berdiri di hadapan pintu biliknya. Dia menjaga pintu biliknya sendiri supaya musuh mereka tidak dapat masuk ke dalam. Yaya masih berada di dalam bilik dan kini dia bersama dengan Idoli. Boboiboy pula, dia berada di sebalik pelindungan dari Ali, Alicia dan Bakar

"Trez, serang mereka" kata perempuan itu. Rambut dia berikat sanggul. Tangan dia mengeluarkan sesuatu di sebalik ikatan sanggulnya

Perempuan itu menyerang mereka dengan sebatang kayu besi atau lebih dikenali sebagai Shox Stix. Perempuan itu dikenali sebagai Dos. Dia membaling kayu besi itu ke arah Bakar untuk melumpuhkan ejen itu. Trez pula, dia sudah berlari ke arah untuk menyerang Bakar

"Ali, Alicia.. pastikan jangan bagi mereka ambil jam kuasa Ying dan Gopal" kata Bakar. Dia tundukkan diri untuk menggelakkan daripada di tumbuk oleh Trez

Shox Stix itu sudah semakin hampir ke leher Bakar tetapi Ying menggunakan jam kuasanya untuk memperlahankan batang besi itu. Dos menjadi geram. Dia mengeluarkan bilah plasmanya di kedua-dua belah tangannya. Lalu dia menyerang mereka dengan teknik seni mempertahankan diri. Dia dapat mengelakkan diri dan juga membilah bebola yang dilastik oleh Alicia. Lalu Ying perlahankan serangan Dos. Tanpa membuang masa, Ali menghentam Dos dengan kuasa Yoyonya. Dos terpelanting kebelakang. Manakala Bakar pula, dia masih lagi berlawan dengan Trez. Dia cuba menggelakkan diri daripada terkena tumbukan dari Trez yang bertubi-tubi. Bakar dapat melindungi diri dan juga mempertahankan diri dengan perisai plasmanya yang ada pada sarung tangannya. Dos bangunkan diri dan kali ini dia harus menyerang Ying. Dia harus lemahkan gadis cina itu. Lalu dia menggunakan Velocity Bootsnya untuk mempercepatkan lonjatannya

"Wei Gopal, kau pergilah tolong"

"Tapi.. aku takut Boboiboy" Gopal menyorok belakang Boboiboy "Musuh dia orang ni terlampau ganas sangat"

Tiba-tiba Ying menjerit dan terus dia rebahkan dirinya. Leher Ying terkena Shox Stix dari Dos tadi. Fang yang berada di tingkat atas, dia hanya mampu melihat sahaja kerana dia tiada jam kuasa. Dia ingin menolong tetapi apa yang dia boleh lakukan? Lalu dia terfikirkan sesuatu. Dia berlari masuk ke dalam biliknya dan terus ke tingkap. Lily masih ada di situ dengan tangisannya lagi tetapi Laksamana Tarung tiada di situ. Mungkin Laksamana Tarung sudah berada di dalam rumah? Lalu dia menjerit kepada Lily

"WEI PELIK! KAU PERGI TOLONG BBB-CHAN KAU TU!" lalu Fang menjerit lagi "KAU PAKAIKAN CEKAK YANG EMMY PAGI DEKAT KAU TU?"

"WHAT?! BBB-CHAN DALAM BAHAYA!" Lily menjadi cemas "BBB-CHAN! WAIT FOR ME! LILY AKAN TOLONG BBB-CHAN DENGAN JERITAN SUPER SONIC! HEHEHE..."

Lily bergegas masuk ke dalam rumah. Fang rasa lega sedikit tetapi dia masih tidak berpuas hati lagi. Semasa dia kembali ke koridor balkoni, Laksamana Tarung sedang beraksi bersama Bakar untuk tumpaskan Trez. Lily menjadi cemas apabila dia melihat Boboiboy hanya berdiri di sebalik dinding bersama Gopal. Ying terdampar di atas lantai. Dia masih lagi tidak bergerak. Ali dan Alicia cuba tumpaskan Dos. Faye tidak dapat membuat apa walaupun dia ada alatan subang yang diberikan oleh Emmy kerana kebolehan kuasa subang itu hanya memboleh dengar percakapan orang lain dari jarak jauh. Alangkah bagusnya jikalau dia ada sarung tangan Bella yang boleh mengeluarkan kuasa api. Dia terpandang Lily yang ada di muka pintu rumah itu

"LILY! Kalau kau ada cekak super sonic tu, gunakan sekarang!"

"Wuuu.." Lily teruja untuk gunakan kuasa super sonic itu. Lalu dia menekan butang kecil pada cekaknya. Satu mikrofon kecil keluar pada hujung cekak tersebut. Lily sudah bersiap sedia untuk menjerit "BBB-CHAN! I WILL HELP YOU!"

Gelombang kuat bergegar dari mikrofon tersebut dan ianya membuatkan telinga mereka semua menjadi bingit. Trez menggenggam kedua-dua tangannya dan lalu dia menghentam lantai rumah itu. Hentaman yang kuat itu membuatkan rumah itu bergegar dan mengeluarkan gelombang getaran yang sangat kuat sehingga membuatkan Lily tercampak keluar dari rumah itu. Tingkap kaca dan beberapa perabot kayu, habis hancur akibat serangan tadi

"LILY!" jerit Boboiboy

"Isk! Tak boleh jadi ni!" Alicia lastik bebola besi dia ke arah Trez

Bebola itu terkena badan Trez dan lalu ianya meletup. Trez hilang imbangan dia dan tiada kecederaan luka pada badannya. Muncul pula Comot untuk mencakar muka Trez. Cakaran Comot membuatkan Trez menjerit kesakitan. Dia angkat Comot dari mukanya dan lalu dia baling kucing itu ke tempat lain. Comot jatuh dan lalu dia berguling di atas lantai

"COMOT!" Ali takut jikalau kucing dia mengalami kecederaan "Boboiboy, kau pergi sorok dekat dalam bilik" kata Ali "Dia orang ni susah sangat nak tewaskan"

"Faye, pergi jaga mereka. Biar aku dan Ali melindungi Ying" arah Alicia kepada Faye. Gadis alien itu membawa Boboiboy masuk ke dalam bilik. Lalu Alicia berikan arahan kepada Gopal pula "Gopal, kau kena bantu kami. Jangan jadi penakut dan jangan biarkan mereka dapatkan jam kuasa Ying"

"Ba-baik" kata Gopal "Walaupun aku tidak dapat berjuang dengan Boboiboy, tapi aku mampu menolong ejen Bakar!"

"Jangan cakap sahaja, baik kau pergi bantu dia!" kata Alicia sambil melastik beberapa bola besi ke arah Dos. Dia kini melindungi Ying daripada ancaman Dos "Kau tak boleh ambik jam kuasa mereka!"

"Jangan cuba cabar aku" Dos melemparkan batang Shox Stixnya ke arah Alicia untuk mengalih pandangan ejen itu. Lalu dia melonjat tetapi sasaran dia bukan Alicia, ianya adalah Fang dan Rizu

"FANG! RIZU! HATI-HATI!" jerit Ali

Fang memeluk Rizu dan terus bergegas ke dalam bilik. Dos mengejar mereka masuk ke dalam bilik. Laksamana Tarung harus pergi selamatkan mereka berdua. Dia berlari ke arah tangga. Tiba-tiba Trez mengumpul kekuatan dia dan mengangkat Bakar ke atas. Dia melempar Bakar ke arah Laksamana yang kini berada di tangga. Bakar bertembung dengan Laksamana dan lalu mereka berdua jatuh bergolek di atas tangga

"UNCLE!" Ali terlampau geram sangat. Dia menyerang Trez dengan hentaman Yoyonya

Trez terjatuh sedikit. Dia bangun dan menyerang lagi dengan tangan sibernatiknya. Gopal yang masih kelam-kabut lagi, tetapi dia mengambil peluang ini dengan menukarkan tangan sibernatik Trez menjadi makanan. Trez terkejut melihat gajet yang dia selalu guna, menjadi makanan

"Wah! Jadi makanan terus" kata Ali yang sangat teruja dengan jam kuasa Gopal

"Jangan nak teruja sangat, serang dia lagi" kata Alicia sambil melastikkan sebiji bola besi ke arah Trez "Gopal, pergi tengok kawan kau dekat atas"

Akan tetapi, mereka terdengar satu letupan datang dari bilik Faye. Ali, Alicia dan Gopal menoleh kepala mereka ke arah pintu bilik Faye. Trez mengambil peluang itu untuk melarikan diri dari rumah itu. Ali dengan beraninya, dia berjalan secara perlahan ke arah bilik Faye. Dia mengintai sedikit dan lalu dia terkejut. Dinding bilik Faye musnah. Kawan-kawan dia tiada di dalam bilik itu. Dia terdengar bunyi sebuah pesawat. Lalu dia berlari keluar dan mendongak ke langit. Dia sudah terlewat, pesawat itu sudah terbang pergi. Laksamana Tarung bergegas ke bilik Fang. Nampak dia sudah terlewat, Fang dan Rizu sudah diambil oleh musuh-musuh mereka. Bilik Fang habis dimusnahkan oleh Dos dan dinding dia juga, sama seperti bilik Faye. Mereka gagal melindungi kawan mereka tetapi jam kuasa Gopal dan Ying, musuh mereka gagal merampasnya

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sebuah kawasan rahsia, ianya terdapat sebuah akademi yang terbina untuk melatih ejen-ejen muda. Di sebalik akademi itu, terdapat pelbagai bentuk droid dan beberapa gaget yang dibina khas untuk ejen-ejen akademi tersebut. Kaizo dan Lynna melihat sekeliling kawasan luar akademi itu dan terasa sangat kagum. Bentuk bangunan akademi itu bukan seperti bentuk biasa tetapi ianya seperti bentuk hemisphera dan bangunan itu agak besar dan luas. Di dalam bangunan itu terdapat beberapa kelas untuk melatihkan ejen-ejen muda M.A.T.A. Bilik-bilik asrama juga tersedia untuk mereka. Di sekeliling akademi itu pula, dihiasi dengan pokok-pokok hijau dan juga rumput-rumput hijau. Akademi itu juga dilindungi dengan tembok-tembok besar

"Ini adalah Akademi baru untuk para ejen muda kami" kata Rizwan "Disebabkan akademi kami yang lama habis musnah, kami terpaksa bina yang baru dan mencari tempat rahsia yang baru juga"

"Kagum betul aku melihat academi ini" Lynna tidak mengalihkan pandangan dia dari bangunan akademi itu "Jadi, mereka memang berlatih di sini"

"Ya, ada satu tanah lapang yang dibina khas untuk mereka berlatih secara berkumpulan. Kami mahukan mereka bekerjasama dalam jalankan misi"

"Dengar tu Kaizo, bekerjasama bukan jalankan misi seorang diri"

Berkerut dahi Kaizo

"Tapi aku selalu bekerjasama dengan kau" kata Kaizo kepada Lynna "Lagipun aku suka jalankan misi seorang diri tanpa gangguan daripada sesiapa"

"Jadi.. aku sebagai gangguan ke?" Lynna mengangkat kening sebelah sambil melihat wajah Kaizo yang serius itu

"Tak, aku tak rasa begitu" balas Kaizo

Rizwan melirik matanya ke arah Kaizo dan lalu ke arah Lynna. Sepanjang perjalanan mereka ke akademi M.A.T.A, dia seperti dapat rasakan ada sesuatu tentang hubungan mereka. Dia ingin bertanya tetapi bagi dia, itu adalah tidak penting. Semasa mereka menaiki tangga akademi itu, beberapa ejen muda sedang perhatikan mereka bertiga tetapi masing-masing ingin mengetahui siapakah dua orang itu bersama Rizwan?

"Wah, kita ada mentor barulah!" kata seorang ejen muda yang bernama Moon

"Mentor baru?" Khai perhatikan dua orang itu disebalik kaca matanya "Aku tak rasa dia orang tu mentor baru kita. Cara pakaian dia orang pun tak macam seorang ejen"

"Ala, mesti dia orang tak dapat lagi baju baru dari ketua kita"

"Hmm.. aku tak rasa begitulah Moon" kata seorang gadis bertudung kuning. Nama dia adalah Iman "Mungkin ada hal penting dan sebab itu rasanya ejen Rizwan bawa mereka ke sini"

"Apa yang penting sangat tu?" soal Roza yang curiga dengan kemunculan pendatang asing itu

"Khai, gunakanlah hantarlah R-O. Bolehlah kita tahu kenapa dua orang tu datang ke sini bersama dengan ejen Rizwan"

"Tapi Moon.." Iman tidak rasa berapa sedap hati kerana mencuri dengar perbincangan dari ketua-ketua teras mereka "Kau tak rasa bersalah ke nanti?"

"Mana adalah. Kita orang nak tahu aje. Kau pun mesti curiga jugakan" Iman angguk kepalanya kepada Moon "Hah, kalau macam tu.. Khai hantarlah R-O"

"Aku pun nak tahu juga ni" kata Jet "Entah-entah mesti ada kena mengena dengan misi Ali dan Alicia. Dia orang dah beberapa hari tak datang sini"

"Ok, ok.. aku hantarkan R-O tapi ini sebab nak dengar sahajakan bukan nak sertai misi dia orang" Khai mengawal robot kecilnya berwarna merah menggunakan gajet dari pergelangan tangannya. Robot itu mempunyai dua roda besar dan terdapat dua cahaya biru di bahagian hadapannya. Ianya adalah mata robot tersebut

"Cepatlah Khai, sebelum perbincangan dia orang tamat"

"Isk kau ni Moon, tak boleh sabar betul" tegur Roza

"Hehehe.. aku cuma nak tahu sahaja sebab tu tak boleh nak sabar ni" Moon melihat imej bergerak yang telah keluar dari pergelangan tangan Khai

R-O mempunyai kamera kecil yang dipasangkan pada bahagian hadapan. Ejen-ejen muda itu melihat imej bergerak. Nampaknya robot itu sedang menuju ke sebuah bilik khas yang sentiasa menjadi perbincangan diantara ketua-ketua teras dan juga mentor mereka. Akhirnya R-O berhenti bergerak kerana dia sudah tiba diluar bilik itu. Mereka kini boleh dengar suara Rizwan

"Maafkan saya kerana membawa mereka berdua ke sini"

"Kenapa kau bawa mereka berdua ke sini? Dulu kamu sudah buat hal, sekarang ni mahu tambah lagi dekat akademi ini?"

"Sabar Ganz" kata seorang perempuan "Kita kena dengar dulu penjelasan dia"

"Jadi? Apa penjelasan kau?"

"Mereka berdua adalah Kapten Kaizo dan Lynna" Lalu Rizwan berkata lagi "Semasa kami berada di Pulau Rintis, ahli kumpulan Numeros telah menyerang kami. Apa yang jangkakan, memang berlaku. Tekaan kami juga tepat. Budak genius itu menjadi sasaran mereka. Bukan itu juga, jam-jam kuasa milik kawan budak itu, telah dirampas oleh mereka"

"Jadi, apa kaitan dengan mereka berdua?" soal Ganz

"Apa kaitan kami dengan Emmy dan jam kuasa itu?" muncul suara Kaizo "Emmy adalah kawan kepada adik aku. Kami sentiasa berjuang dan melindungi jam-jam kuasa yang ada di bumi ini tetapi ianya telah dirampas dengan begitu mudah sahaja. Jam kuasa adik aku juga turut dirampas. Aku dan Lynna ke sini kerana kami ingin dapatkan semula Emmy dan juga jam-jam kuasa itu. Sebelum mereka lakukan sesuatu terhadap jam kuasa itu, lebih baik kami bertindak dengan segera"

"Sebab itu Rizwan bawa kamu berdua ke sini" kata perempuan itu yang bernama Dayang "Tapi adakah kami boleh percayakan kamu berdua?"

"Percayalah, kami bukan musuh kamu atau ada niat jahat terhadap kamu semua" kali ini suara yang lembut. Ianya adalah suara Lynna "Niat kami hanya untuk bekerjasama dengan kamu semua"

"Rizwan, kamu betul percayakan mereka?" soal Dayang

"Yea" balas Rizwan "Lagipun sebelum ini, Kapten Kaizo sebelum ini pernah menjadi mangsa Uno tetapi rancangan dia berjaya ditumpaskan oleh Ali dan Alicia sendiri. Lynna pula, dia adalah kawan baik kepada Kapten Kaizo. Dia mempunyai kuasa yang luar biasa"

"Jadi, mereka berdua mempunyai kuasa tersendiri?"

"Betul tu" kata Rizwan lagi

"Baiklah, kami akan percayakan mereka" Lalu Dayang alihkan perbincangan dia kepada mentor-mentor akademi itu "Leon, Geetha, Karya.. sudah dapat mengesan dimana mereka berada sekarang?"

"Masih belum lagi" balas Leon "Tapi kami akan usahakan"

"Cepat cari mereka" Nada Ganz agak kasar sedikit "Aku tidak mahu mereka lakukan perkara yang sama lain"

"Sebelum kita bersurai.. Kapten Kaizo dan juga Lynna, boleh tinggal di sini untuk melihat sesi latihan ejen-ejen muda kami" kata Dayang. Lalu dia berkata lagi "Kamu berdua juga boleh berikan latihan kepada mereka dan kami akan beritahu jika ada perkembangan tentang kumpulan Numeros"

"Terima kasih" kata Kaizo

"Mari, saya akan memperkenalkan ejen-ejen muda kami" Geetha pelawa mereka ke bilik latihan ejen-ejen muda

R-O terus kembali kepada tuannya iaitu Khai. Mereka tiba-tiba menjadi teruja kerana dapat bertemu dengan Kapten Kaizo dan juga Lynna. Semasa Kaizo dan Lynna dibawa ke sebuah tempat berkumpul ejen-ejen muda, jam Kaizo mula berbunyi. Kaizo menjawab panggilan itu dengan kadar yang segera. Dia takut jikalau ada kecemasan berlaku di Pulau Rintis semasa ketiadaan dia. Lalu skrin kecil muncul. Wajah garang Laksamana Tarung muncul pada skrin itu

"Kenapa Laksamana?"

"Aku ada berita buruk" Nada Laksamana agak marah sedikit "Adik kau, adik aku.. sepupu kau dan juga kawan-kawan mereka, telah diculik oleh mereka"

Berita buruk itu membuatkan Kaizo menumbuk dinding besi bangunan itu. Dia menjerit, mengamuk dan juga sedikit penyesalan kerana tinggalkan mereka begitu sahaja. Hati dia terus membara, dia akan cari tempat persembunyian musuh mereka. Dia akan selamatkan mereka, terutama sekali adiknya. Dia akan pastikan musuh mereka akan terima akibatnya

to be continued

Macam mana? Ok tak? hehehe.. maaf sebab lambat update xD 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top