Sayang Abang
"PANG!"
"Yea abang ku"
Mata Kaizo perhatikan adik dia baru keluar dari dapur sambil makan donut lobak merah
"Pang!"
"Abang nak apa? Nak lempang adik ke?"
"Sabar ajelah" bisik Kaizo "Aku ada terima satu complaint dari seseorang bahawa kau suka buat bising dan suka mengubah lirik lagu sesuka hati bila kau dan dia menonton kartun"
"Ini mesti Rizu yang complaint dekat abang" Fang kunyah donutnya secara ganas "Jadi, abang nak berikan hukuman kepada adik ke?"
"Yea" balas Kaizo "Esok.. selepas sahaja kau pulang dari sekolah, kita mulakan terus hukuman latihan tempur untuk kau"
"Kerja sekolah adik siapa nak siapkan?"
"Kau pandai-pandailah cari masa" Kaizo bersilang tangan sambil berikan renungan maut kepada adiknya "Aku tahu kau tu bijak bahagikan masa. Jangan nak cari alasan"
"YELAH!"
Fang malas hendak bergaduh dengan abangnya. Dia terus menaiki tangga rumah sambil menghentak-hentak kakinya sebagai tanda tidak puas hati. Faye mengintai sedikit dari biliknya. Dia tidak berapa gemar melihat adik beradik itu bergaduh atau bersikap dingin antara satu sama lain
"Kasihan Fang" bisik Faye "Yang si Rizu pergi beritahu abang Kaizo buat apa.. adeh.. bermasam mukalah dia orang berdua ni nanti"
"Hehehe.. mesti si potato goreng tu akan bad mood esok"
"Yelah Bella.. terpaksa bersiap sedia dengan donut lobak merah" Faye mengeluh sedikit "Jomlah sambung buat kerja sekolah"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya. Kaizo terus bersilang tangan apabila tiada makanan sarapan pagi di atas meja dapur. Adakah adik dia masih belum bangun dari tidur lagi? atau adik dia saja naikkan kemarahan Kaizo?
"PANG!"
"Abang nak apa?" Fang berjalan masuk ke dalam dapur dengan donut lobak merah di tangan kanannya "Abang lapar ke?"
"Yelah, selalunya kau buat sarapan pagi tapi apasal hari ini tiada?"
"Sebab adik tengah bahagikan masa untuk siapkan kerja sekolah, habiskan masa bersama dengan kawan sebelum adik ke sekolah, main dengan Picu dan Idoli, ulangkaji mata pelajaran dan juga buat donut lobak merah.. so nanti-nanti takdelah adik tergesa-gesa lepas habis latihan tempur tu nanti"
"Sabar ajelah aku" bisik Kaizo "Suka hati kau lah"
"Abang masaklah sendiri yea makanan abang" Fang keluar dari dapur dengan muka tak bersalah. Dia hanya kembali sambung makan donut lobak merah "PICU! JOM KITA MAIN!"
"Takpe takpe.. ada juga nak kena hukuman ni. Aku tambah lagi hukuman dekat si Pang tu. Baru dia tahu siapa KAPTEN KAIZO NI! MUAHAHAHAHAHAHA!"
"Abang Kaizo ok ke?" Mata Idoli terkebil-kebil melihat Kaizo tergelak sakan di dalam dapur "Abang Kaizo demam ke? Nak suruh kak Lynna datang ke sini dan jaga abang Kaizo?"
"Err.. tak perlu. Abang ok sahaja"
"Ok.." Sebelum Idoli keluar dari dapur, lalu dia berkata lagi "Abang Kaizo, abang Fang cakap.. makanan tengahari untuk Idoli, abang Kaizo yang buatkan. Dia cakap, dia takde masa nak masak"
"Ohh.. takpe takpe.. nanti abang buatkan makanan tengahari untuk Idoli" Kaizo mengusap dagunya sambil tersenyum sinis "Tadi kau kenakan aku balik. Sekarang ini giliran aku pulak"
"Erk? Abang Kaizo nak buat apa dekat abang Fang?"
"Jangan risau Idoli. Bukan sesuatu yang ganas pun. Idoli pergi sambung main"
"Ok!"
Idoli berlari keluar dari dapur. Kaizo mula fikirkan rancangan nakal dia. Sudah lama dia tidak berfikiran nakal untuk kenakan adiknya. Sekali-sekala, bukannya selalu pun, itu yang difikirkan oleh Kaizo
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang sudah pun siapkan kerja sekolahnya. Sekarang ini tinggal untuk bersiap-siap ke sekolah sahaja. Sebelum itu, dia perlu ke dapur terlebih dahulu kerana perut dia mula meragam atau kata lain, lapar. Fang keluar dari biliknya dan lalu dia turun ke bawah. Tiba-tiba hidung dia terhidu sesuatu yang menarik. Bau itu datang dari dapur. Dia bergegas masuk ke dalam dapur. Mata dia terbeliak besar kerana ada sekeping pizza di atas meja makan. Hanya tinggal sekeping sahaja dan pizza yang terakhir itu terus diambil oleh Idoli. Tidak sempat Fang untuk menghalang Idoli mengambil pizza yang terakhir itu, Idoli sudah gigit pizza tersebut
"TIDAKKKK!"
"Kau kenapa Pang? Silap jawab soalan kerja sekolah ke?" Kaizo sebenarnya mengerti kenapa adik dia menjerit ketika itu. Dia hanya berpura-pura serius pada ketika itu "Kau ok ke tak ni?"
"ABANG! KENAPA TAK PANGGIL ADIK?" marah Fang
"Perlu ke abang panggil kau? Lagipun kau kan sibuk dengan bahagi-bahagikan masa kau. Jadi abang tak nak kacau"
"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang dengan muka tidak berapa puas hati
"Apa kau cakap Pang?"
"Adik cakap, adik lupa"
"Lupa?" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil perhatikan adiknya "Kau lupa apa?"
"Abang Fang lupa apa?" soal Idoli dengan mulutnya penuh dengan sisa-sisa pizza
"Adik lupa... aaa.. takde apalah" Fang terus keluar dari dapur dengan hatinya mendidih kerana marah "Takpe abang.. mentang-mentanglah aku kenakan dia pagi tadi, sekarang ni abang kenakan adik balik... hehehe.. tunggulah adik kenakan abang pula"
Dia tidak sedar pula, dia terpijak Picu. Sang alien hijau itu menjadi penyet seperti lempeng. Fang mengangkat kakinya dan terus menaiki tangga rumahnya. Picu kembali seperti biasa. Mata dia terkebil-kebil melihat Fang. Dia dengar apa yang Fang katakan tadi tetapi malangnya, Picu sejenis alien yang tidak bercakap dan suka lakukan kerja sendiri
"Abang tunggulah waktu malam nanti! MUAHAHAHAHAHAHAHA!" ketawa Fang di dalam biliknya "Sekarang, masa untuk bersiap!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, Kaizo sudah menunggu adiknya di luar kawasan sekolah. Dia melihat satu per satu pelajar-pelajar sekolah itu mula pulang dari sekolah tetapi tiada satu pun adiknya. Akhirnya Kaizo terserempak dengan Boboiboy dan Gopal. Adik dia tiada bersama mereka berdua. Kaizo mula rasa hairan. Mana adik dia? fikir Kaizo. Tak kan kena culik dengan alien jahat? fikir Kaizo lagi
"Boboiboy" panggil Kaizo
"Eh.. abang Kaizo cari Fang ke?" Boboiboy berjalan menuju Kaizo bersama dengan Gopal
"Yea, kau ada nampak dia?"
"Dia keluar awal tadi" balas Boboiboy "Tadi kami nampak, dia sudah naik kapal angkasa abang Kaizo"
"Ha ah, dia cakap dia nak tunggu abang Kaizo dekat sana" kata Gopal
"Hmm... takde pulak dia nak lari hari ni" Kaizo mengusap dagunya "Mencurigakan betul adik aku ni"
"Dia ada buat salah dekat abang Kaizo ke?"
"Yea, dia ada buat salah dekat Rizu. Jadi aku sebagai abang yang bertanggungjawab, aku terpaksa menghukum si Pang tu tapi amat bagus sekali Pang sudah berada di kapal angkasa"
"Hehehe.." Boboiboy tersengih kerana dia takut jikalau Fang ada rancangan nakal untuk abang dia di kapal angkasa nanti "Kami balik dulu yea"
"Hmm.. selamat pulang" kata Kaizo. Lalu dia menghubungi Lahap. Skrin kecil muncul di jam tangan Kaizo "LAHAP! Ambik aku sekarang juga!"
Boboiboy dan Gopal sudah pergi jauh dari situ. Mereka tidak tahu apakah nasib Fang sebentar nanti. Adakah nasib dia menjadi teruk ataupun tidaklah seteruk mana. Beberapa saat kemudian, Kaizo dibawa naik ke dalam kapal angkasa. Kaizo kini berada di dalam kapal angkasanya. Lahap menaikkan semula kapal angkasa itu ke ruang angkasa. Kemudian, kapal angkasa itu berhenti bergerak. Kedua-dua sayap kapal tersebut bercantum untuk dijadikan sebagai medan latihan tempur. Kaizo rasa pelik. Dia tidak jumpa adiknya di dalam kapal angkasa tersebut. Dari bilik kawalan ke bilik tidur ke bilik yang lain, tiada bayangan adiknya. Kaizo mencekak pinggang di tengah-tengah bilik kawalan
"Mana pulak si budak Pang ni" bisik Kaizo sambil menggengam kedua-dua tangannya "Betul ke si Boboiboy cakap dia sudah berada di kapal angkasa?"
"Betul kapten" kata Lahap secara tiba-tiba "Saya yang ambil dia tadi"
"Habis tu, mana dia pergi? Jangan cakap dia pergi terjun dari kapal angkasa ni"
"Err.. itu saya tak pasti" Lahap tersengih
"Kalau dia cuba main-mainkan aku.. memang sah esok dia tak boleh pergi sekolah sebab latihan tempur dia akan bersambung sampai esok malam"
"Dasyat betul kapten aku ni" bisik Lahap "Kapten cuba hubungi dia"
Kaizo menekan butang di jam kuasanya untuk menghubungi adiknya. Lalu skrin kecil muncul dan wajah Fang tertera pada skrin itu. Wajah Fang kelihatan ceria seperti ada sesuatu yang menarik berlaku
"Pang, kau dekat mana?"
"Adik ada dekat tempat latihan tempur ni" balas Fang "Adik tengah tunggu abang ni tapi kalau abang tak berikan latihan tempur tu, adik ok aje. Bolehlah adik siapkan kerja sekolah adik dekat sini"
"Jangan haraplah kau boleh terlepas dari hukuman aku. Kau tunggu dekat situ" Kaizo terus padamkan skrin kecil itu "Lahap, mari kita ke sana"
"Err.. baik kapten" jawab Lahap
Kaizo dan Lahap turun ke bawa untuk pergi ke medan latihan tempur. Apa yang mereka dapati, tempat itu dihiasi dengan kelopak-kelopak bunga berterabur di atas lantai, sebuah meja bulat dan dua kerusi disusun pada meja tersebut. Di atas meja itu terdapat dua pinggan chicken chop berserta dengan kentang goreng dan juga dua gelas air tembikai. Kaizo agak terkejut dan tidak mengerti apa yang adik dia cuba lakukan
"PANG! APA KEBENDA NI?"
"Abang ni.. adik buatkan khas untuk abang" Muncul Fang bersama dengan Lynna "Adik panggil kak Lynna datang ke sini untuk berdating di angkasa" Kaizo berikan renungan maut kepada adiknya
"Lahap!"
"Yea kapten"
"Kau tahu tentang ini?" soal Kaizo dengan nada garangnya
"Err.. saya tak tahu tentang ini, kapten" balas Lahap "Tentang Lynna ke sini pun saya tidak tahu juga"
"Betul kau tidak tahu?"
"Betul kapten" kata Lahap
Kaizo bersilang tangan sambil berikan renungan maut dia lagi kepada adiknya. Lynna tidak faham apa yang berlaku. Mata dia hanya melirik dari arah Kaizo terus ke Fang. Lalu dia bertanyakan sesuatu kepada Fang
"Fang, apa rancangan kamu sebenarnya?"
"Hah Pang, apa rancangan kau sebenarnya?" Kaizo menyampuk sekali
"Err.. adik sebenarnya nak bagi abang hadiah kejutan yang paling menakjubkan iaitu berdating dengan kak Lynna dekat angkasa. Lepas tu Lahap bolehlah bawa korang bersiar-siar sekitar angkasa ni" Fang tersengih "Kenapa? Abang tak nak ke hadiah menarik dari adik ni?"
"Menarik tapi.. KAU SENGAJA CARI ALASAN UNTUK LARIKAN DIRI HUKUMAN LATIHAN TEMPUR DARI AKU!"
"ALA! ADIK CUMA NAK BAGI ABANG RELAX AJE"
Lynna mengeluh sedikit. Lalu dia jauhkan diri daripada Fang dan Kaizo. Dia tahu, sebentar nanti tercetusnya peperangan diantara adik dan abang itu
"Aduh, pening kepala aku" bisik Lynna sambil menuju ke tangga untuk naik ke atas "Hari tu ok aje dia orang ni tapi.. hari ni.. bergaduh balik"
"Sabarlah Lynna.. dia orang ni, memang tak sah kalau tak bergaduh"
"Hmm... saya memang tengah bersabar ni, Lahap. Hantar saya pulang ke bumi"
Lahap menurut perintah sang gadis itu. Dia turunkan kapal angkasa kaptennya ke bumi sementara adik beradik alien itu berperang di medan latihan tempur. Lynna pergi secara senyap tanpa memberitahu mereka berdua
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Adoi! ADOI!"
"Itu pun nak rasa sakit" kata Kaizo sambil membalut tangan kanan adiknya "Bukannya ganas pun hukuman kau"
Fang masih lagi panas dengan abangnya kerana semalam dia tiada peluang langsung untuk ke sekolah atau berseronok bersama dengan kawan-kawannya. Sehari suntuk dia berada di dalam kapal angkasa untuk menjalankan hukuman latihan tempurnya. Baru hari ini dia boleh pulang ke bumi tetapi tubuh badan dia penuh dengan kesan luka, lebam dan calar-balar. Kaizo sebagai abang yang baik, dia merawat luka-luka adiknya. Fang baring diatas katil sambil melihat abangnya lap kesan luka di pipinya pula
"Kau patut bersyukur kerana aku merawat kau setelah aku berikan latihan tempur kepada kau"
"Hmm.. adik bersyukur tapi kenapa terlampau ganas sangat latihan tempur tu?" Fang melenting kepada abangnya "Tak boleh ke abang kurangkan sedikit keganasan tu. Ini langsung tak beri ruang kepada adik. Macam mana adik nak serang?"
"Itulah kau.. kau kena pantas, licik dan pandai membaca serangan dari pihak lawan. Jangan pandai main serang sahaja. Kau kena bijak macam kau bijak dalam matematik" Kaizo lekatkan plaster di pipi adiknya
"Baik abang" kata Fang
"Bagus.. lepas ni kalau abang dengar lagi complaint dari Rizu, hukuman latihan tempur untuk kau lagi"
"Alaa... adik bergurau aje dengan dia. Budak ni, kaki complaint betul!"
"Sebenarnya.." Suara Kaizo berubah menjadi serius "Dia cerita dekat abang. Dia tu kan suka bercerita panjang-panjang, sampai cerita tentang kau buat bising pun dia masukkan sekali"
"Hmm.. apa boleh buat, Rizu tu kuat berceloteh" Fang pegang pipi dia yang penuh dengan plaster "Abang dah bubuh ubat ke dekat luka adik?"
"Sudah. Kaki, tangan kau pun aku dah balut tapi cuma kepala kau aje, abang belum balut lagi"
"ABANG!"
Kaizo tergelak kecil di sisi adiknya. Fang suka melihat gelakan kecil dari abangnya
"Abang nak tahu tak.."
"Tahu apa?" Kaizo melihat adiknya kelihatan ceria sedikit
"Hari tu kan.." Fang bangunkan badan dia sedikit "Masa abang pergi jumpa kak Lynna.. adik bawa Rizu pergi tengok bintang. Lepas tu, tiba-tiba aje, ibu dan ayah muncul tapi dia orang muncul dalam bentuk roh sahaja. Mereka cuma dapat berikan senyuman dan lambaian sahaja"
"Kau gembira mereka muncul?" soal Kaizo
"Mestilah gembira" Fang mengesat air matanya yang mengalir keluar sedikit "Adik betul-betul tak sangka masa tu. Rasa macam ada sesuatu yang menakjubkan berlaku pada masa tu"
"Kau nak tahu apa yang menakjubkan tu?"
"Hmm.. abang buat apa sampai menakjubkan masa tu?" soal Fang dengan perasaan curiga "Abang ke yang suruh mereka munculkan diri?"
"Betul tekaan kau" Kaizo hadiahkan sebuah senyuman kepada adiknya "Abang yang membuat sebuah permintaan kerana masa tu ada sebutir bintang melekat pada rambut abang. Kak Lynna yang suruh abang membuat sebuah hajat dan jadi, abang mahu adik gembira. Abang ingin ibu dan ayah muncul di depan adik sendiri. Abang tak sangka pula ianya memang betul-betul menjadi"
"Terima kasih abang" Fang terus memeluk tubuh badan abangnya "Adik terharu sangat"
"Sudah, kau pergi berehat. Abang buatkan makanan untuk kau"
"Hehehe.. adik sudah lapar ni" Fang tersengih sambil melepaskan pelukan dia "Oh yea, mesti kak Lynna tengah marah dengan abang sekarang ni sebab hari tu abang hadiahkan adik dengan kemunculan ibu dan ayah. Lepas tu, abang pergi berikan hukuman latihan tempur pulak"
"Kau buat nakal, memang patut kena hukuman" Nada Kaizo agak garang sedikit "Pasal Lynna tu, biarkan ajelah. Dia tu suka benar marah abang kalau abang buat silap"
"Biasalah abang, perempuan memang macam tu. Silap sikit aje, terus meletup"
Kaizo dan Fang terus tergelak bersama
"Kau berehat. Nanti aku datang balik dengan makanan kau"
Fang baringkan balik dirinya di atas katil. Kaizo keluar dari bilik adiknya dan menutup pintu bilik itu secara perlahan. Lama-kelamaan, Fang terlelap tidur
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Pang.. BANGUN!"
Fang terkejut dan terus terduduk di atas katil itu. Mata dia terkebil-kebil melihat biliknya. Lalu dia menoleh ke kanan dengan muka masamnya. Abang dia ada di dalam biliknya dengan membawa sedulang makanan
"Bagus. Bangun pun kau" kata Kaizo
"Itu sebab abang pergi jerit dekat adik" kata Fang sambil bersilang tangan "Abang masak apa untuk adik?" Soalan dia seperti orang tidak berpuas hati
"Abang Kaizo buat makanan khas untuk abang Fang!" Idoli letakkan meja dulang kecil yang boleh diletakkan di atas katil "Abang Fang mesti suka"
Lalu Kaizo letakkan dulang itu diatas meja kecil tersebut. Mata Fang terus bersinar-sinar kerana apa yang ada di dalam dulang itu ialah sepinggan donut lobak merah, semangkuk sup lobak merah dan segelas jus lobak merah. Paling membuatkan dia tersenyum lebar ialah diatas donut dia ada ice cream lobak merah
"Abang ke yang buat semua ni?" soal Fang yang terlalu teruja dengan makanan dia
"Tak lah" balas Kaizo "Sup tu Faye yang buat. Donut tu, ada lebih donut kau buat hari tu. Jadi abang panaskan sahaja. Ice cream tu, aku beli dekat kedai. Aku paksa orang tu buat ice cream lobak merah dan jus tu, aku yang buat sendiri"
"TERIMA KASIH ABANG!"
"Sukalah tu" kata Kaizo "Kau makan. Aku nak pergi hantar Idoli pergi sekolah. Kau jangan nak merayap ke mana-mana"
"Adik tak boleh pergi sekolah ke?"
"Kau nak pergi sekolah dengan kaki kena balut macam tu?"
"Tak" Hati Fang sedih sedikit "Hmm.. rindu pula dengan sekolah. Lebih-lebih lagi dengan subjek matematik"
"Kau ni.. esok-esok ajelah pergi sekolah"
"Tapi adik tetap nak salahkan abang! Kerana abanglah dan latihan tempur abang buatkan kaki adik sakit!"
"Sabar ajelah aku" Berkerut dahi Kaizo "Sebelum aku mengamuk dan berikan kau hukuman lagi, baik aku pergi daripada melayan kau"
"Pergilah.. biar adik merungut sorang-sorang dekat dalam bilik sambil makan makanan sedap ni" Fang menghirup sup lobak merah itu dengan sebatang sudu
Kaizo membawa Idoli keluar dari bilik tersebut. Dia menyuruh Idoli pergi bersiap untuk sesi persekolahan nanti
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, Kaizo sudah pulang dari kapal angkasa dia. Setelah dia selesai menghantar Idoli ke sekolah, dia terus ke kapal angkasa untuk bersambung dengan sesi latihan tempurnya seorang diri. Kaizo kelihatan penat tetapi dia berpuas hati dengan latihan dia tadi. Kaizo membuka pintu rumahnya dan lalu dia melangkah masuk. Rumah itu kelihatan gelap dan sunyi sahaja. Kaizo berasa pelik seketika
"PANG!"
Rumah itu tetap sunyi. Ianya tiada orang. Idoli dan Faye juga tiada. Kaizo keluarkan pedang tenaganya. Adakah mereka diculik oleh seseorang? fikir Kaizo. Dia melihat sekitar rumah itu. Tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan mereka diculik. Semuanya dalam keadaan kemas dan tersusun seperti biasa
"PANG!" panggil Kaizo lagi sekali
Masih tiada sahutan dari sesiapa. Dia bergerak secara perlahan untuk naik ke atas. Tiba-tiba dia ternampak Shadow sedang berduduk di tangga sambil menjilat bulu tangannya. Di sebelah Shadow pula, adalah Pikachu, kucing peliharaan dia. Picu tiada bersama dua ekor kucing itu
"Kau ada nampak adik aku?" soal Kaizo kepada dua ekor kucing itu
"Meow" balas Pikachu
"Err.. aku tak faham maksud kau. Maksud aku, aku tak reti bahasa kucing ni"
Pikachu terus menguap dan tidur di atas tangga itu. Kaizo abaikan kucingnya dan lalu bergerak ke atas. Dia berjalan menuju ke arah bilik adiknya. Pintu bilik adiknya terbuka luas. Dia masuk secara senyap. Adiknya tiada di atas katil. Tiada kesan bergelut. Katil itu kemas sahaja
"Mana pulak si budak landak ni" Kaizo menyimpan pedang tenaganya "Ada nak kena dengan aku ni"
Kaizo cuba menghubungi adiknya dengan menggunakan jam kuasanya tetapi tiada siapa yang menjawab panggilan itu. Kaizo menjadi berang kerana dia tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Tiada siapa yang beritahu dia dimana adik dia berada
"ABANG KAIZO!"
Kaizo bergegas lari keluar dari bilik adiknya untuk ke koridor balkoni rumahnya. Dia pandang ke bawah untuk melihat siapa yang memanggil namanya tadi. Dia ternampak Idoli sedang tersenyum lebar sambil melihat Kaizo dengan dua biji matanya yang bulat comel. Idoli masih lagi dengan pakaian sekolahnya
"Mana kau pergi tadi? Mana semua orang? Mana si Pang?"
"Abang Kaizo kena ikut Idoli" balas Idoli
"Kenapa? Ada sesuatu yang berlaku dekat Pang ke?"
"Ermm.. tak tahu tapi abang Kaizo kena ikut Idoli juga!"
"Macam mana kau boleh tak tahu pulak?!" Kaizo tidak mahu meninggikan suara dia kepada sang alien kucing itu. Hati dia tetap sabar walaupun dia terasa ingin mengamuk "Beritahu aku, mana si Pang?"
"Tapi abang Kaizo kena ikut Idoli" jawab Idoli. Dia tidak gentar dengan suara garang dari Kaizo "Kalau abang Kaizo nak tahu dekat mana abang Fang berada, abang Kaizo kena ikut Idoli"
"Baiklah.. tapi kalau kau dan Pang cuba main-mainkan aku. Nahas korang nanti"
"Ok!" Idoli tetap dengan senyuman dia
Kaizo rasa hairan dengan Idoli. Sedikit pun dia tidak pernah rasa takut. Mungkin Idoli sudah terbiasa dengan kegarangan dari abang dia iaitu Laksamana Tarung. Kaizo turun ke bawah. Lalu dia ikut Idoli yang entah kemana sang alien kucing itu akan bawa. Dia ingatkan dirinya untuk berjaga-jaga. Takut ada orang lain menyamar menjadi Idoli dan bawa dia masuk ke dalam perangkap. Mereka lalu di depan rumah Boboiboy
"Kita ke rumah Boboiboy ke?"
"Bukan" jawab Idoli "Kita ke depan sana"
"Depan sana?" bisik Kaizo "Maksud kau, kita ke kedai Tok Aba? Pang ada dekat situ ke?"
"Hehehe.. abang Kaizo tengok ajelah nanti"
Kaizo tidak berkata apa lagi. Mereka terus ke taman Pulau Rintis. Jauh di depan mereka adalah kedai Tok Aba. Kedai itu disinari dengan lampu-lampu dari kedai dan juga dari taman. Tiada pelanggan di kedai itu tetapi ianya dipenuhi dengan kawan-kawan adiknya dan juga Faye. Fang tidak kelihatan di kedai itu. Apa yang menariknya di kedai Tok Aba, meja semua disusun rapi untuk dijadikan sebuah meja panjang. Makanan semuanya sudah tersedia di atas meja
"Jamuan apa ni?" soal Kaizo
"Tak tahu.. abang Fang yang suruh abang Kaizo datang" kata Idoli. Lalu dia tarik tangan Kaizo dan membawa sang kapten itu terus ke kedai Tok Aba "ABANG KAIZO SUDAH SAMPAI!"
"Yeah! Abang Paizo sudah tiba!"
Kaizo terkejut melihat Rizu berpakaian seperti seorang ejen. Bukan setakat pakaian sahaja, gaya rambut Rizu juga seperti seseorang iaitu ejen Rizwan. Apa yang Rizu cuba sampaikan? soal Kaizo dihatinya. Rizu meletakkan sebiji cupcake di atas pinggan dan di atas cupcake tersebut, ada sebatang lilin
"Rizu, apa yang kau cuba lakukan?" soal Kaizo
"Hehehe.. nak sambut hari jadi abang ejen Rizwan" Rizu tersengih sedikit "Sebab tu Pizu jadi dia hari ni!"
"Jadi, dia datang ke sini ke?"
"Mana adalah abang Paizo. Pizu saja nak sambut hari jadi dia tanpa kehadiran abang ejen Rizwan. Dia mesti sibuk dengan misi dia"
"Atau sibuk belot MATA" bisik Gopal. Selamat Rizu tidak dengar bisikan Gopal tadi
"Bukan ke hari jadi dia sudah lepas" kata Boboiboy pula
"Ala abang Boboiboy ni.. bagilah Pizu sambut hari jadi dia"
"Betul tu! Lily pun sambut birthday abang ejen handsome ni.. hehehehehe.." Lily tergelak sedikit "Rizu jadi dia hari ni. Bolehlah kita nyanyikan birthday dia ramai-ramai! HAPPY BIRTHDAY ABANG RIZWAN YANG HEBAT LAGI BERGAYA!"
Rizu bertepuk tangan kerana terlampau teruja. Dia terkenang balik lolipop yang diberikan oleh ejen Rizwan. Dia langsung tidak makan gula-gula tersebut. Dia sangat menghargai pemberian lolipop itu. Dia menyuruh Emmy simpankan lolipop tersebut di dalam tempat khas supaya ianya kekal segar dan tidak dimasuki semut. Kaizo hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Dia biarkan kegembiraan Rizu pada waktu itu
"Abang Paizo"
"Kenapa Rizu?"
"Comel tak Pizu cosplay jadi abang ejen Rizwan? Hebat dan bergaya tak?" Rizu bersilang tangan sambil bersenyum sinis dengan penuh bergaya "Macam mana? Ok tak? Ada macam abang ejen Rizwan tak?"
"Hmm... bolehlah"
"Bukalah mata mu... bukalah mata muu.." Tiba-tiba Rizu menyanyi di situ "Bukalah mata mu!"
"Entah" balas Kaizo
"Bukalah mata mu! Bukalah hati mu! Sebenarnya abang Paizo cemburu!"
Berkerut dahi Kaizo. Dia tidak menjawab apa. Lalu dia beredar dari situ untuk mencari adiknya. Dia hanya nampak Bella, Faye sedang berborak dengan Yaya dan Ying. Di kerusi kaunter kedai pula, ada dua remaja lelaki. Harraz mengajar Gopal tentang sesuatu. Boboiboy sedang menolong Tok Aba. Ochobot pula, dia mengangkat pinggan dan mangkuk untuk sediakan diatas meja makan. Picu ada bersama mereka. Dia sedang sibuk menghabiskan buah yang ada diatas meja. Tiada siapa yang perasan tentang alien kecil itu. Idoli sudah pergi bermain dengan Rizu. Lily pula, dia asyik perhatikan Boboiboy dengan hati yang berbunga-bunga, bagaikan orang sedang jatuh cinta. Emmy ada bersama mereka. Dia sibuk menyalakan lampu-lampu bulat dan terapungkan lampu-lampu itu di ruang udara. Lampu-lampu tersebut sangat kecil. Ianya seperti pari-pari kecil dalam pelbagai warna
"Kaizo" panggil Tok Aba "Cari adik kau ke?"
"Yea, ada nampak dia?"
"Ada" Tok Aba tuding jarinya ke arah gazebo taman itu "Dia ada dekat situ. Tengah tidur"
"Tidur?"
"Ha ah abang Kaizo. Dia sibuk sediakan makanan ni untuk abang Kaizo" jawab Boboiboy "Masa kita orang sampai tadi, kita orang terkejut tengok makanan ni semua. Dia yang buat sendiri. Tok Aba yang cerita"
"Apa kena dengan budak ni?" Kaizo tidak memahami apa yang adik dia cuba lakukan "Ada sesuatu yang istimewa ke?"
"Entahlah abang Kaizo" kata Boboiboy "Nak saya kejutkan dia ke?"
"Tak perlu" balas Kaizo "Kau pergilah sambung tolong Tok Aba. Biar aku sahaja yang kejutkan dia"
Kaizo masuk ke dalam gazebo itu. Dia menatap wajah adiknya yang sedang tidur dalam keadaan tenang di atas bangku gazebo tersebut. Kaki adiknya masih lagi balut. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana adik dia menyediakan kesemua makanan seorang diri tanpa meminta bantuan daripada orang lain. Sudah tentu Fang bekerja keras untuk pastikan setiap makanan yang dimasak mestilah yang terbaik. Kaizo duduk di atas bangku gazebo itu
"Hai Kaizo, tengok sahaja ke?"
Kaizo menoleh kebelakang. Dia tidak terkejut dengan kehadiran Lynna di situ
"Biarlah dia berehat" kata Kaizo "Dia mesti tengah penat tu tapi aku tak faham, kenapa dia buat makanan tu semua?"
"Hmm.. biar aku teka" Lynna melangkah masuk ke dalam gazebo itu dan duduk di sebelah Kaizo "Mungkin selepas sahaja korang bergaduh, berlawan, kau merawat luka-luka dia dan mengetahui tentang kisah sebenarnya bagaimana ibu dan ayah kau muncul, mungkin dia rasa terharu dan dia ingin membalas balik budi baik kau"
"Mungkin juga.. lagipun siang tadi aku juga yang bagi dia makanan sedap-sedap. Kalau aku yang masak, sudah tentu masin teramat tapi si Pang ni main telan aje" Kaizo tersenyum sambil terkenangkan tentang adik dia makan makanan masin yang dia buat "Kalau betul itu adalah niat dia, aku sangat berterima kasih. Bergaduh macam mana pun kita orang, suka kenakan dia ke, suka buli dia ke.. kami tetap akan bersama. Nakal macam mana pun dia, Pang tetap adik aku yang aku sangat sayangi"
"Dia pun sayangkan kau dan juga orang-orang yang dia rapat"
Kaizo tersenyum sambil melihat adiknya. Mata Fang bergerak-gerak sedikit. Lalu mata dia terbuka sedikit demi sedikit. Dia bangun dan ternampak abangnya. Dia tersenyum lemah dan lalu berkata dengan suara mengantuknya
"Abang dah ada dekat sini" Fang menguap sedikit "Abang pergilah makan. Adik nak tidur sekejap"
Kaizo tergelak sedikit melihat adiknya kembali tidur. Dia dan Lynna biarkan Fang tidur di situ. Mereka akan tinggalkan makanan sedikit untuk Fang. Sang kapten itu mendongak sedikit untuk melihat bintang di langit. Walaupun sedikit tetapi dia dapat melihat dua butir bintang menyinar di langit gelap itu. Apa yang dia nampak seterusnya, dua wajah kedua ibu bapanya. Senyuman mereka menyinari hati Kaizo pada malam itu
-----------------------------------------------------------------------------------------
Hehehe... maaf sebab simple aje.. tunggulah akak ada idea untuk cerita adventure, lawan-lawan, tendang-tendang, gigit orang xD hehehehe.... sekarang ni tengah takde idea
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top