Sang Gergasi

"Ok Picu, kita angkat tangan kita tinggi-tinggi.. lepas tu hayun ke kanan sambil jerit WEEEEEE!" Lily hayunkan kedua tangan dia ke kanan "Lepas tu kiri pula! WEEEEEE!" Lalu dia hayunkan ke kiri pula

"Lily, Picu mana ada tangan. Dia ada antena sahaja" tegur Bella sambil tepuk-tepuk kepala Picu yang comel itu "Antena dia sahaja yang hayun ke kanan dan ke kiri"

Badan Picu berwarna hijau. Badan dia juga berbentuk kenyal dan dia boleh melompat setinggi mana yang dia mahu. Itulah sifat bentuk badan Picu

"Hmmm.. tak boleh jadi ni. Kita kena letak tangan palsu dekat Picu ni"

Bella terus tepuk dahinya sendiri. Pada ketika itu, mereka berdua berada di hadapan kedai Tok Aba untuk mengajar Picu bagaimana hendak menjadi haiwan peliharaan paling comel. Guru kepada si makhluk hijau itu adalah Lily sendiri. Fang hanya duduk di kedai Tok Aba sambil menikmati Ice Blended Chocolate. Dia sebenarnya dihalau keluar dari rumah oleh abang dia sendiri. Dia dihalau kerana melakukan sesuatu yang membuatkan abang dia mengamuk di waktu pagi iaitu membina dominos sekeliling rumah tanpa jatuhkan salah satu dominos tersebut. Apabila abang dia turun dari situ, terus abang dia mengamuk kerana tiada tempat untuk dia lalu dan satu lagi kerana dia terpijak salah satu mainan lego milik Idoli. Dominos yang dibuat oleh Fang tadi, semuanya jatuh mengikut turutan yang dia mahukan. Selepas itu, dia terus dihalau keluar dari rumah. Maka, di sinilah dia berada sekarang ini iaitu kedai Kokotiam Tok Aba

"Kau kenapa Fang? Nampak macam bosan aje"

"Hmm... bosan sebab takde benda nak buat" balas Fang kepada Boboiboy "Aku buat sesuatu yang menakjubkan dekat rumah pun, terus kena halau dari rumah"

"Itu sebab kau buat nakal, betul tak?"

"Nak kata nakal.. mana ada" Fang mengeluh sedikit "Aku cuma bina dominos yang terpanjang dekat rumah aku tu. Alih-alih, kena marah. Hampeh punya abang"

"Isk isk.. kau ni, lain kali buatlah dekat dalam dewan sekolah. Boleh aku join sekali.. hehehee" Lalu Gopal minum sedikit air hot chocolate dia

"Kau pun nak join juga, Gopal?"

"Mestilah Boboiboy! Aku suka tengok dominos tu bila jatuh.. rasa macam terkena pukau" kata Gopal sambil angguk kepalanya "Apa kata kita buat dekat sekolah.. tapi bukan dekat dewan.. hehehe"

"Aku setuju dengan idea kau. Kita susun dari bawah sampai ke kelas kita.. hehehee" Fang tergelak sinis bersama Gopal "Aku suka dengan idea kau. Apa kata kita buat waktu malam. Lepas tu kita tengok reaksi budak-budak pagi"

Lalu mereka berdua ber high-five di situ

"Wei wei.. korang ni, takde kerja lain ke selain daripada idea nakal korang"

"Ala relax lah Boboiboy. Bukan selalu pun kita buat kerja ni"

"Betul kata Fang tu" kata Gopal

"Hehehe.. tapi sebenarnya" Boboiboy malu hendak berkata "Aku sebenarnya, nak join sekali" kata dia dengan nada yang agak perlahan

"KAU NAK JOIN?!" Fang terus tersenyum sinis "Hah.. boleh boleh.. hehehe.. malam ni kita mulakan rancangan kita dekat rumah aku"

"Ok!" kata Boboiboy

Mereka bertiga berhigh-five di kedai Tok Aba. Lily pula, dia sambung mengajar Picu. Dia dan Bella tidak dengar rancangan dari budak-budak lelaki itu. Bella sibuk melihat Lily memasang dua tangan anak patung barbie di tubuh badan Picu

"Ok Picu! Kita mulakan semula! Kita ke kanan dulu!" Lily mengangkat kedua belah tangannya dengan tingginya dan lalu menjerit "WEEEEEEEEE!"

Picu tetap tidak bergerak. Hanya antena dia sahaja yang bergerak ke arah kanan

"Adeh.. nampaknya, antena dia sahaja yang bergerak. Takpelah, kita ke latihan yang seterusnya!" Lily berpura-pura batuk sedikit "LATIHAN BERGULING!"

"Wei pelik, yang kau nak ajar si alien hijau tu kenapa?"

"Wahai alien landak, Lily ajar si Picu comel kerana Lily telah daftar dia masuk ke dalam PERTANDINGAN HAIWAN PELIHARAAN!"

Boboiboy, Gopal dan Fang terus menepuk dahi mereka sendiri. Bella tergelak melihat reaksi mereka bertiga. Lily tepuk-tepuk kepala Picu sehingga terjulur lidah makhluk hijau itu. Picu loncat-loncat sedikit kerana suka

"Wei, kau nak masukkan dia dalam kategori mana? Kategori alien ke?"

"Boleh juga tu, landak" kata Lily kepada Fang "Tapi ada ke?" Dia terus garu-garu kepalanya sambil memikirkan sesuatu "Hmm.. Picu nak masuk kategori apa yea?"

"Ala, buat aje satu kategori untuk makhluk asing. Gerenti si Picu ni akan menang sebab dia seekor aje alien"

"Salah tu Fang" kata Bella sambil tersenyum sinis "Ada satu lagi alien yang boleh masuk dalam kategori alien tu"

"WUUUU! LILY TAHU! LILY TAHU!" Tiba-tiba Lily juga tersenyum sinis "Dan alien itu adalah ALIEN LANDAK YANG BERNAMA LANDAK.. eh silap! NAMA DIA ADALAH LANDAK! ERK! Silap lagi... nama dia adalah FA-FA-FANDAK!"

"Nama dia adalah Fang" Bella betulkan untuk Lily

Berkerut dahi Fang. Pada mula, dia ingin mengamuk di situ tetapi dia kata kepada diri dia agar bersabar dengan karenah Lily dan Bella. Sepupu dia tiada bersama mereka kerana dia ingin pulang ke planet dia semasa hari minggu. Faye rindu ibu bapanya dan juga rumah dia yang ada di planet asal dia

"Hehee.. landak jangan marah" Lily mula tersengih "Tapikan... hmm.. Cattus pun boleh join juga tapi dia mana yea? Sudah lama Lily tak nampak kucing hijau tu"

"Abang aku dah bawa dia balik ke stesen TAPOPS sebab Laksamana Tarung rindu dengan kucing tu" jawab Fang dengan tenangnya

"Ohhhh... takpelah, kalau begitu.. PICU AKAN BERUSAHA UNTUK MENANG DALAM PERTANDINGAN INI!" kata Lily dengan penuh semangat "Baiklah, kita sambung balik latihan berguling. IDOLI! Sila tunjuk ajar kepada Picu!"

"MEOW!"

Idoli sudah lama berubah menjadi kucing, lalu dia berguling di atas rumput hijau di hadapan Picu. Dia berguling ke kiri dan ke kanan kerana terlampu suka sangat. Berguling adalah salah satu kegemaran dia. Kali ini giliran Picu pula untuk berguling. Mata-mata para remaja itu tertumpu kepada makhluk hijau itu. Picu masih lagi tidak bergerak

"You can do it, Picu" kata Lily dengan senyuman lebar dia

Tiba-tiba bahagian hadapan badan Picu mula jatuh dulu ke atas rumput seperti papan jatuh. Lalu dia berguling di atas rumput itu. Lily dengan gembiranya, dia bertepuk tangan kerana bangga dengan kejayaan Picu tadi

"Bagus Picu! Bagus! Lily sangat bangga dengan Picu" Lily terharu melihat Picu berguling bersama Idoli "Picu akan mengharumkan binatang alien-alien di angkasa"

"Hmm... lepas ni latihan apa pulak?"

"Hmm.. tak tahulah Landak" kata Lily. Tiba-tiba dia buat muka terkejut "ERK! LILY TIADA IDEA LAGI UNTUK MENGAJAR PICU! TIDAKKKK!"

"Kita ajar dia makan pulak!" Gopal terus tukarkan daun-daun kering yang ada di situ kepada keropok lekor "Picu, sila makan tapi dalam masa 1 minit!"

Picu tidak mahu makan keropok lekor itu kerana dia masih lagi berguling bersama Idoli. Dia tidak tertarik dengan keropok lekor itu. Lalu Fang tepuk kepala Gopal dari belakang

"Dey! Apasal kau tepuk kepala aku?"

"Yang kau pergi tukarkan jadi keropok lekor apasal? Picu tu kan suka makan buah. Dia tu hantu buah"

"Hehehe.. lupa pula aku" Gopal garu-garu kepala dia sambil tersengih "Baiklah.. TUKARAN BUAH SEDAP!"

Keropok-keropok tadi terus berubah menjadi buah. Pelbagai buah yang ada seperti buah oren, buah tembikai, buah strawberry, buah anggur, buah epal dan bermacam-macam lagi. Picu terus berhenti berguling. Dia bangunkan dirinya. Mata dia sudah bersinar-sinar melihat buah-buahan itu. Air liur hijau dia meleleh keluar. Bella dan Lily ketawa melihat Picu melompat-lompat pergi ke arah buah apple. Mulut alien hijau itu sudah terbuka luas untuk makan buah tersebut

"Bagus betul Picu ni. Makan makanan yang berkhasiat"

"Betul tu BBB-CHAN!" kata Lily "Landak dan Gopal pun kena ikut macam Picu, makan buah bukan makan makanan yang manis-manis seperti chocolate dan donut lobak merah!"

"Cakap orang, yang kau tu tak habis-habis dengan kerepek pisang"

"Errr..." Lily tersengih sedikit "Tapi.. tapi... LILY SUKA MAKAN PISANG!" Tiba-tiba tekak dia teringin makan bubur pisang "Adeh... apasal bubur pisang yang terasa dekat tekak ni. Tak boleh jadi ni, kena buat bubur pisang hari ini juga! Dan BBB-CHAN kena rasa bubur pisang yang Lily buat nanti!"

"Err... ok" Boboiboy tersengih sedikit "Eh.. lawanya pelangi tu" Jari telunjuk dia tunjuk ke arah langit biru

Cuaca pada hari itu, langit kelihatan biru kerana tiadanya awan-awan putih di situ. Anak-anak kecil berseronok bermain di luar rumah bersama rakan-rakan mereka ataupun bersuka ria dengan ibu bapa mereka. Para remaja pula, ada yang duduk di dalam rumah sahaja untuk siapkan kerja sekolah mereka atau meluangkan masa mereka dengan bermain dengan gadget-gadget canggih. Mereka akan kurung diri mereka di dalam bilik untuk bermain game. Ada juga yang tidak gemar bermain game. Mereka lebih aktif bermain sukan seperti Bella. Kadang kala diri Bella pun boleh terpengaruh dengan game juga tetapi dia masih boleh kawal dirinya

"WAH! Cantiknya rainbow tu"

"Betul tu Lily" Bella tersenyum sedikit sambil memandang pelangi itu "Jarangnya pelangi muncul dekat pulau ni"

"Ha ah, memang jarang sangat" kata Boboiboy "Eh.. ada satu lagi pelangi muncul"

"Apasal ada dua pelangi pulak ni?" Gopal garu-garu kepalanya "Ada sesuatu yang menarik ke bakal berlaku nanti?"

Fang perhatiakan langit biru itu. Lalu muncul satu lagi pelangi di sebelah pelangi lain. Fang mula rasa tidak sedap hati. Tiba-tiba diri mereka semua di kelilingi dengan pelangi. Lily tidak merasai begitu ragu-ragu dengan kemuncul pelangi itu. Malah, hati dia menjadi lebih suka. Boboiboy, Fang, Gopal dan Bella pandang satu sama lain dan mereka berfikiran sama. Musuh mereka ada di dalam taman itu. Mereka perlu berjaga-jaga jikalau kehadiran musuh mereka secara mengejutkan. Walaupun Bella bukanlah seorang adiwira dan tidak mempunyai apa-apa kuasa, tetapi dia sudah masak dengan permainan musuh-musuh adiwira Pulau Rintish

"Wuuu... banyak-banyak rainbow ni, macam ada benda istimewa akan berlaku aje"

"Tak Lily, aku rasa... ada sesuatu yang tak kena" balas Boboiboy "Bella, kau bawa Lily jauh dari sini. Bawa Picu dan Idoli sekali"

"Jangan lupa Tok Aba sekali"

"Hehehe... maaf Ochobot" Boboiboy tersengih sambil melihat Ochobot terapung-apung di udara "Ochobot, kalau ada musuh datang menyerang.. kau bawa Tok Aba ke tempat yang selamat"

"Baik Boboiboy" Ochobot berikan tabik hormat kepada Boboiboy "Tapi kau pasti ke ini rancangan musuh?"

"Aku tak pastilah tapi aku mahu korang semua lari dari sini" kata Boboiboy

"Ha ah, biar kita orang sahaja-" Mata Fang terus membulat besar apabila dia nampak pelangi-pelangi itu mula bergerak seperti tarian ribbon "HATI-HATI SEMUA!"

Dengan sekelip mata sahaja, pelangi-pelangi itu mula meluru ke arah mereka semua. Seorang demi seorang tubuh badan mereka diikat oleh pelangi-pelangi tersebut kecuali seorang sahaja yang masih bebas dari ikatan pelangi itu iaitu Boboiboy. Ochobot sudah terbang ke kedai Tok Aba. Dia menyorokkan dirinya bersama Tok Aba di dalam kedai tersebut. Idoli menyorokkan diri di dalam semak dan manakala Picu pula, masih berjamu selera dengan riang rianya

"Eh, apasal aku seorang sahaja yang tak kena?" bisik Boboiboy

"ERK! Adakah orang itu peminat Boboiboy dan mahu menculik MY BBB-CHAN!?" Lily terjatuh di atas rumput dan lalu dia meronta-ronta di dalam ikatannya "UWAAA! BBB-CHAN JANGAN BAGI DIRI MU DI AMBIL ORANG!"

"Adeh.. Lily ni" Boboiboy tepuk dahinya sendiri "Boleh pulak dia fikir macam tu"

"Hahaha... apa boleh buat, dia kan peminat setia kau. Jadi kau pun tak bolehlah marah-marah dia" kata Fang dengan nada sindirannya "Jangan buat dia kecik hati dengan kau sudah yea. Nanti merajuk dia. Yelah, kalau takde si pelik ni nanti, rasa tak best pulak"

"Aik, kau ok ke dengan perangai dia tu?"

"Errr.. sebahagian daripada diri aku seperti ingin menghempuk kepala dia yang tak berapa betul sangat tu" Terus Fang tersengih kepada Boboiboy "Tapi sekarang ini, kau kena buka ikatan kita orang"

"Macam mana nak buka ikatan pelangi ni yea?" Boboiboy garu-garu kepala dia "HAH! AKU TAHU!"

"Wei, kau jangan nak gunakan pedang halilintar tu. Kau nak kita orang kena sambar petir ke apa?" marah Fang

"Hehehe.. maaf" balas Boboiboy

"Ala, senang aje ni.." Gopal mula banggakan diri dia "TUKARAN GULA-GULA GETAH!"

Ikatan pelangi itu tadi berubah menjadi gula-gula getah. Gopal terus makan ikatan dia untuk lepaskan diri. Fang hanya menggunakan kekuatan badannya untuk koyakkan gula-gula getah itu. Boboiboy pergi menolong Bella dan Lily

"ABANG BOBOIBOY!"

Boboiboy menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang memanggil dia tadi. Tangan dia masih cuba koyakkan gula-gula getah dari badan Bella. Lily berguling-guling, bergolek-golek di atas tanah untuk lepaskan dirinya dari ikatan itu

"ABANG BOBOIBOY!"

Boboiboy pusingkan dirinya sambil melihat sekitar taman itu. Siapa yang memanggil dia? fikir Boboiboy. Lalu seorang budak perempuan comel muncul bersama sebuah robot yang terapung di tepinya. Robot itu berbentuk melengkung dan mempunyai warna-warna pelangi. Budak perempuan itu membulat mata yang bulat besar dan rambut dia diikat dua. Manakala pakaian dia serba hitam putih. Budak itu kelihatan marah dengan Boboiboy

"Eh, kenapa adik panggil abang?"

"TERIMALAH HUKUMAN DARI SAYA! PELANGI BOT! SERANG DIA!"

Pelangibot keluarkan beberapa lagi helaian pelangi untuk menyerang Boboiboy. Pelangi-pelangi itu meluru ke arah Boboiboy dan terus mengelilingi tubuh badannya. Boboiboy tidak tahu kenapa budak itu ingin menghukum diri dia. Kesalahan apa yang dia pernah lakukan kepada budak perempuan itu?

"Kenapa kau nak hukum dia?" soal Fang dengan nada marah dia "Si Boboiboy ada buat salah dekat kau ke? Kalau ada, nanti abang ketuk kepala si budak Boboiboy ni" Lalu Bella pijak kaki kanan Fang "ADOI!"

"Ewah ewah, mengambil kesempatan betul kau ni" marah Bella

"Entahnya si Fang ni. Suka suka aje nak ketuk kepala kawan baik aku" kali ini Gopal pula yang marah

"Eh sudah sudah, jangan nak bergaduh. Sekarang ni, korang cuba siasat budak tu.. aku rasa, aku tak pernah buat salah dekat dia" kata Boboiboy sambil melihat pelangi-pelangi itu berputar-putar di sekeliling tubuh badannya "Aku tak nak serang dia sebab dia tu masih kecil lagi"

"Ok ok.. aku akan cuba tanya budak tu" Bella menarik nafas dan lalu dia berjalan ke depan sedikit "Adik.. nama akak ialah Bella. Akak nak tanya boleh?"

"TAK BOLEH! IKAT DAN TUTUP MULUT DIA!"

"ERK!" Bella terkejut apabila melihat tubuh badan dia diikat lagi sekali dengan pelangi. Mulut dia ditutup oleh pelangi juga

"Fang! Kau pula pergi tanya budak tu" kata Boboiboy yang sudah mula gelisah "Gopal, kau cuba tukarkan pelangi ni kepada makanan atau benda lain sementara si Fang alihkan perhatian budak tu"

"Err.. macam mana dia orang nak tolong.. GOPAL DAN FANG KENA GANTUNG DEKAT POKOK! MULUT DIA ORANG PUN DAH KENA IKAT SEKALI" jerit Ochobot dalam keadaan cemas

Boboiboy tepuk dahinya sendiri. Kedua rakan lelaki dia telah diikat dan di gantung di sebuah pokok besar. Tok Aba menjenguk sedikit untuk melihat apa yang berlaku. Dia perlu buat sesuatu untuk selamatkan cucu kesayangan dia. Mungkin dia boleh gunakan kuasa untuk menyelesaikan masalah budak perempuan itu

"Aduh.. macam mana ni.." Boboiboy cuba fikirkan sesuatu "Kalau aku guna kuasa aku.. aku tak nak cederakan budak tu pulak. Kena cakap elok-elok dengan dia"

"Takpe Boboiboy! Biar atuk uruskan dia.. ATUK GUNAKAN KUASA NASIHAT DARI ATUK!"

"Wah! Terbaiklah, Tok Aba!"

"Hehehe..." Tok Aba keluar dari kedainya secara berhati-hati "Adik, kenapa buat macam tu dekat cucu atuk? Meh cerita dekat atuk, apa masalahnya"

"Sebenarnya..." Kepala budak perempuan itu tertunduk sedikit "Saya marah dekat abang Boboiboy sebab AYAH DIA LANGGAR KUCING KESAYANGAN SAYA!"

"ERK!" Terkejut Boboiboy "Langgar kucing awak?"

"YEA!" jerit budak itu dengan nada kemarahannya "Ayah abang Boboiboy langsung tak nak minta maaf. Dia terus pergi sahaja"

"Mungkin dia tak sedar masa tu" kata Tok Aba "Tapi janganlah menghukum cucu atuk kerana kesalahan itu. Cubalah berbincang dengan Boboiboy tu tapi jangan risau, cucu atuk tu memahami"

"Betul ke atuk?"

"Betul" kata Tok Aba "Cucu atuk tu baik orangnya. Manalah tahu, dia boleh bawa kamu pergi berjumpa dengan ayah dia nanti. Mesti ayah dia akan minta maaf dekat kamu"

"Ha ah, betul kata Tok Aba tu" kata Boboiboy "Ayah saya mungkin tidak sedar dengan perbuatan dia tu tapi saya tahu, dia akan minta maaf dekat kamu"

Pelangi-pelangi yang mengelilingi tubuh badan Boboiboy mula hilang sedikit demi sedikit. Budak perempuan itu mula menangis sedikit. Dia sedar apa yang dia buat sekarang ini adalah salah dan tidak mungkin kucing dia akan hidup kembali walaupun dia sudah membalas dendam

"Maafkan saya.." kata perempuan itu sambil mengesat air matanya "MAAFKAN SAYA! TAPI SAYA TETAP MAHU MENGHUKUM ABANG BOBOIBOY!"

"EH! JANGAN!" jerit Tok Aba

Tubuh badan Boboiboy terus diikat dengan tali-tali pelangi. Begitu juga dengan mulut dia. Boboiboy cuba lepaskan diri dia dengan cara menggoyangkan badannya tetapi tidak berjaya. Budak perempuan itu menangis dengan hatinya yang penuh dengan dendam. Tok Aba yakin, dia dapat ubahkan pemikiran budak itu

"Jangan berdendam sangat. Tak elok untuk diri tu. Nanti lama-lama, diri kamu asyik nak berdendam sahaja. Maafkan ajelah mereka. Atuk yakin, ayah Boboiboy tak sengaja langgar kucing kamu. Nanti atuk suruh Boboiboy gantikan dengan kucing baru"

"Kucing baru?" Muncul Lily dengan pipi kembung kerana di dalam mulutnya penuh dengan buah pisang "Adik comel boleh ambik kucing dekat dalam semak tu"

"MEOW!?" Kepala Idoli keluar dari semak itu

Lalu Idoli berlari keluar dari tempat persembunyian dia dan terus lari ke arah Lily. Kuku tajam dia sudah pun keluar untuk mencakar kaki Lily kerana tidak puas hati dengan sang gadis itu. Lily terus memanjat sepohon kerana takut kakinya di cakar oleh Idoli. Lily takut melihat muka garang si anak kucing itu. Ochobot menepuk dahinya sendiri dan manakala Tok Aba pula, dia hanya mampu gelengkan kepala sahaja

"Sudah tiada lagi gangguan?" Budak perempuan itu mula berjalan ke depan untuk bersemuka dengan Boboiboy "Maafkan saya abang Boboiboy. Saya terpaksa buat ini untuk tenangkan hati saya. Jikalau tidak, hati saya tidak akan rasa tenteram.. maafkan saya"

"Tapi.. itu bukan jalan penyelesaian" kata Ochobot "Hati awak akan rasa tidak tenang selagi mana awak telah berikan balasan kepada Boboiboy. Awak tidak akan rasa kepuasannya nanti. Saya juga takut kalau awak berterusan ianya akan bertukar menjadi suatu tragedi"

"Betul kata Ochobot tu. Dengarlah kata-kata nasihat kami. Kita orang semua di sini boleh bantu kamu" kata pula Tok Aba

"Tapi.."

"Tapi apa?" Begitu lembut sekali nada Tok Aba pada ketika itu "Jangan takut.. kami dekat sini tak kan menghukum kamu jikalau kamu teruskan dengan perbuatan kamu. Lebih-lebih lagi cucu atuk si Boboiboy tu. Dia seseorang yang sangat memahami dan hati dia baik walaupun dia tu kadang-kadang pelupa. Atuk bangga dengan sikap perjuangan dia yang tidak pernah putus"

"Bagusnya cucu atuk tapi... saya ni... terlalu marah sangat.." Budak kecil itu mula menangis sekali lagi "Kucing saya tu... dia baru kecil lagi. Dia lah kawan baik saya tapi dia sudah takde.. sehinggalah ada seekor kucing alien datang kepada saya dan pujuk hati saya yang sedih ini"

"Habis tu, kenapa kamu nak berdendam lagi?" tanya Tok Aba

"Sebab saya masih tak puas hati lagi" jawab budak itu

"Hmm.. apa nama kamu?"

"Nama saya Nooroo, atuk" jawab budak itu lagi "Nama kucing alien saya pula ialah Kiki. Dia yang memperkenalkan Rainbow Bot ni dekat saya. Mereka berdua menjadi teman saya"

"Pelik bebenar nama dia" bisik Lily yang berada di atas pokok

"Atuk boleh panggil saya Nooru" kata budak itu sambil mengesat air matanya "Kiki tu baik.. dia cakap dia dari planet Mau. Dia datang ke sini dengan Rainbow bot tu"

Tiba-tiba Idoli berubah menjadi manusia. Dia seperti kenal nama yang di sebut oleh Nooroo tadi. Kucing yang dikatakan oleh budak perempuan itu tadi, tidak kelihatan di situ. Idoli mengambil langkah untuk pergi bertanya kepada budak itu. Adakah kucing itu adalah Kiki yang dia kenal selama ini ataupun dia adalah kucing alien lain yang sama nama seperti kucing yang dia kenal. Sewaktu dia pergi ke arah budak perempuan itu, Picu sibuk mengunyah sebiji buah oren. Tiba-tiba dia berhenti mengunyah buah oren itu. Dia melihat perasaan Nooroo yang sudah berbelah bahagi itu. Lalu dia pergi ke arah Nooroo dengan cara melompat-lompat. Dari satu lompatan ke satu lompatan, badan dia menjadi besar dan ianya lebih besar dan tinggi daripada kedai Tok Aba

"PI-PICU?!" terkejut Lily sambil peluk batang pokok itu "KE-KENAPA PICU JADI ALIEN GERGASI?"

Mulut Picu terbuka luas sehingga membuatkan Ochobot tarik Tok Aba ke tepi. Idoli pula kembali menjadi anak kucing dan menyorok di dalam semak semula. Nooroo mula menyedari perbuatan Picu itu, dia tidak sempat untuk larikan diri kerana diri dia sudah ditelan oleh Picu. Dia kini berada di dalam tubuh badan Picu yang kenyal itu. Mereka boleh nampak Nooroo terapung-apung di dalam badan alien hijau itu. Nooroo mengamuk bagaikan budak kecil tidak dapat makanan manis. Dia menjerit-jerit kerana ingin keluar dari situ

"Err... dasyat betul si Picu ni" bisik Lily lagi "PICU-CHAN! JANGANLAH TELAN DIA! KASIHAN DIA! MEH MAKAN BUAH DENGAN LILY, NAK TAK?"

"Tapi... semua buah yang ada tadi, semuanya sudah habis dimakan oleh Picu" kata Idoli sambil keluar semula dari tempat persembunyian dia "Err... apa kata suruh Rainbow Bot tu lepaskan abang Fang, abang Boboiboy, abang Gopal dan kakak Bella. Suruh dia pujuk Picu sama-sama"

"Ala.. kakak Lily boleh aje pujuk Picu ni.. hehehe"

"Kalau kakak Lily kena telan juga macam mana?"

Terus muka Lily berubah menjadi cemas. Dia terbayangkan diri dia berada di dalan tubuh badan Picu yang hijau melekit itu. Lalu dia tersengih seorang diri di atas pokok itu

"Idoli pergilah suruh Rainbow bot tu lepaskan yang lain-lain" kata Lily yang masih tersengih lagi "Kalau Idoli kena telan, kakak Lily akan panggil bantuan! Hehehe.."

"Hmm... ok!" kata Idoli tanpa fikirkan apa-apa lagi

Dia dengan gembiranya, pergi ke arah Rainbow bot yang terapung-apung sambil melihat Picu sang gergasi itu. Rainbow Bot cuba tembus masuk ke dalam tubuh badan Picu tetapi tidak berjaya. Badan robot dia penuh dengan lendir-lendir hijau dari Picu. Idoli kasihan melihat Nooroo yang cuba hendak keluar dari badan Picu. Tangan dia terkapai-kapai ke arah robot kesayangan dia

"Hmm... abang Rainbow bot"

"Yea saya" suara dia seperti suara seorang budak perempuan

"Hehehe.. maaf.. kakak Raibow Bot, boleh tak lepaskan abang Boboiboy, abang Fang, abang Gopal dan kakak Bella. Dia orang boleh bantu kakak Nooroo keluar dari badan Picu"

"Tapi.. kalau saya lepaskan mereka, awak pasti ke mereka tidak akan serang Nooru kerana perbuatan dia tadi"

"Jangan risau, Idoli pasti dia orang tidak akan serang kakak Nooroo sebab saya kenal mereka. Dia orang tu baik-baik, tak jahat kecuali abang Fang. Dia tu nakal dan suka mengamuk"

"BETUL TU! LILY SOKONG SAHAJA!" Jerit Lily dari atas pokok "Landak tu kuat marah. Dekat diri Lily pun dia nak marah sebab Lily suka kacau dia.. hahahahaha!"

"Kakak Lily.. bukan ke orang selalu cakap, kalau orang tu suka kacau seseorang, maknanya orang tu suka dekat orang tu ke?" Idoli garu-garu kepala dia "Betul tak kakak Lily?"

"MA-MANA ADA!" jerit Lily dengan hati dia sedikit marah kepada Idoli "LILY SUKA BBB-CHAN SAHAJA!"

"Sudah sudah! Jangan nak menjerit lagi, pening kepala atuk" Tok Aba terus mencekak pinggang "Hah, Rainbow Bot, lepaskan mereka semua. Jangan risau, apa yang Idoli katakan tadi memang betul. Kalau si Fang tu mula nak mengamuk, atuk ada cara untuk tenangkan dia"

"Betul betul! Landak tu, kalau nampak donut lobak merah aje, mesti dia akan tenang"

"Betul kata kakak Lily tu" Idoli mula berikan senyuman ikhlas dia kepada Rainbow Bot "Kakak Rainbow Bot jangan risau ok. Kami di sini akan bantu kakak Nooroo supaya dia tidak rasa dendam kepada abang Boboiboy"

"Baiklah, saya akan lepaskan mereka"

Rainbow mula percaya kata-kata mereka. Dia tidak rasa ragu-ragu terhadap mereka semua kerana, apa yang dia lihat, mereka semua kelihatan ikhlas untuk menolong Nooroo. Dia tidak mahu bersangka buruk terhadap mereka semua. Lalu dia hilangkan setiap ikatan pelangi itu dari tubuh badan dan juga mulut dari Boboiboy, Fang, Gopal dan juga Bella. Apabila ikatan Fang dan Gopal telah pun dibuka, mereka berdua jatuh dari situ. Akibatnya, Fang terjatuh di atas badan Gopal. Tiada kejadian serius yang berlaku pada waktu itu. Mereka bertiga rasa lega apabila Tok Aba, Lily dan juga Idoli berjaya memujuk Rainbow Bot. Sekarang giliran mereka pula untuk memujuk Picu

"Picu" panggil Boboiboy "Kenapa Picu telan budak perempuan tu?"

"Wei, kau ingat Picu tu boleh bercakap ke?"

"Hehehe... manalah tahu, bila Picu dah jadi gergasi macam ni, dia boleh bercakap ke" Boboiboy tersengih sedikit kepada Fang "Atau Picu sebenarnya nak budak Nooroo ni berhenti dengan perbuatan dia tu?"

Antena Picu mula berhayun-hayun ke kiri dan ke kanan. Ianya menunjukkan bahawa apa yang disebutkan oleh Boboiboy tadi adalah betul. Lidah Picu terjulur keluar. Lidah dia penuh dengan lendir-lendir hijau. Dia seperti ingin jilat Boboiboy. Sang topi oren itu jatuhkan diri dia sedikit daripada Picu

"Picu.. apa kata kau keluarkan budak tu, nanti aku akan tukarkan apa-apa sahaja barang menjadi buah yang kau suka! Macam mana? ok tak?" kata Gopal sambil tepuk-tepuk badan Picu yang penuh dengan lendir hijau "Adeh.. habis hijau tangan aku"

Picu melompat-lompat kegembiraan. Taman itu bergegar sedikit akibat lompatan daripada Picu. Mereka bagaikan hendak jatuh dari situ. Lily sudah hilang imbangan dia. Lalu pelukan dia dari pokok itu terlepas. Lily mula jatuh dari pokok dan hempap ke atas badan Fang

"ALAMAK!" Lily cepat-cepat bangun dari badan Fang "Ma-maaf landak.. Lily tak sengaja. Itu semua salah Picu. Dia yang pergi lompat tapi... kalau di ikutkan.. salah si Gopal sebab nak bagi dia makanan buah-buahan sebab tu si Picu lompat-lompat. UWAAAA! INI SEMUA SALAH GOPAL!"

"Dey! Jangan salahkan aku lah! Ini semua salah budak perempuan tu sebab tiba-tiba aje nak serang kita orang. Kalau dia tak serang, mungkin kau juga tak kan jatuh dari pokok tu" Gopal terus bermasam muka

"Ah sudah.. korang ni, boleh tak jangan nak salahkan sesiapa" tegur Boboiboy dengan nada marah dia "Ini bukan masanya untuk menuding jari! Sekarang ini kita kena pujuk Picu keluarkan budak perempuan tu dari badan dia"

"Ala, senang aje tu.. kau masuk ajelah dalam badan Picu dan tarik budak perempuan tu keluar"

"Apa kata, kau sahaja yang masuk" kata Bella kepada Fang sambil tersenyum sinis "Kau yang bagi cadangan tu, kau lah kena keluarkan budak tu. Bolehlah peminat kau bertepuk tangan sebab kau selamatkan budak perempuan yang comel tu. Mesti kau suka sebab popularity kau akan naik.. hehehe"

"Betul juga cakap kau" Fang mengusap dagu dia sambil fikirkan kata-kata Bella tadi

"Hehehe... yes, aku berjaya perangkap dia" bisik Bella sambil ketawa kecil

Boboiboy, Gopal dan Ochobot terus tepuk dahi mereka sendiri. Fang dengan bangganya, dia berdiri di hadapan Picu yang lebih besar dari kedai Tok Aba. Mata Picu mula berkelip-kelip dengan lidahnya terjulur keluar. Fang mula fikirkan sesuatu, perlu ke dia masuk ataupun gunakan kuasa bayang dia untuk tembus masuk ke dalam badan Picu? Ataupun suruh Picu muntahkan sahaja budak itu?

"Apa yang landak tengah fikirkan tu?"

"Aku tengah fikirkan macam mana nak masuk dalam badan Picu tu" balas Fang

"Ala, suruh aje si Picu tu telan kau sekali. Bolehlah aku tangkap gambar kau terperangkap dalam badan dia"

"Kau nak kena belasah dengan aku ke?" Fang terus berikan renungan maut dia kepada Gopal "Aku sudah lama tak belasah orang ni.. kau nak aku belasah kau dengan harimau bayang ke atau dengan penguin gergasi bayang?"

"Err..." Gopal terus sembunyikan diri dia di belakang badan Boboiboy

"Tahu takut" Fang cuit hidung dia dengan ibu jarinya seperti seorang remaja gangster "Sekarang untuk selamatkan budak nama Nooroo ni.. apasal lah pelik sangat nama dia"

"PICU! NAK PISANG?"

Tiba-tiba sahaja Lily hayun-hayunkan sesisir pisang di depan Picu. Mata Picu membulat besar kerana ternampak buah kuning itu. Dia mula muntahkan Nooroo dari badan hijau yang berlendir itu. Nooroo bergolek keluar dari mulut Picu. Badan Nooroo penuh dengan lendir hijau. Tubuh badan sang alien hijau itu mula menjadi kecil dan akhirnya, dia kembali kepada saiz asalnya. Picu melompat-lompat di kaki Lily kerana ingin makan buah pisang itu

"WEI! APASAL KAU MENGANGGU AKU UNTUK MENJADI BUDAK POPULAR DEKAT DUNIA NI!"

"Sebab landak lambat sangat. Jadi Lily mempercepatkan proses untuk selamatkan budak tu" Lily mencangkung di depan Picu sambil berikan sesisir pisang kepada alien hijau itu "Makan elok-elok yea Picu. Tak sangka Picu ada kebolehan lain selain daripada berguling dan melompat tinggi sampai ke angkasa. Lily sangat bangga dengan Picu si alien comel"

Aura-aura hitam mula muncul dari tubuh badan Fang. Kemarahan dia membuatkan hati dia terdetik untuk membelasah Lily. Dua ekor harimau bayang bermata merah keluar di sebelah kiri dan kanan Fang. Mata Lily berkelip-kelip seketika kerana dia terasa ada sesuatu yang berada di belakangnya. Dia menoleh kebelakang sedikit demi sedikit dengan badan dia mengeletar kerana ketakutan

"HA-HARIMAU!"

Lily pecut lari dari situ bersama dengan Picu. Dia genggam Picu di dalam tapak tangan kanannya. Fang mengejar Lily bersama dengan dua ekor harimau bayangnya. Bella mengeluh sedikit. Dia terpaksa pergi selamatkan kawan baiknya iaitu Lily. Keadaan taman itu kembali tenang dengan ketiadaan Fang dan Lily yang suka membuat huru-hara. Boboiboy pergi melutut di depan Nooroo yang sedang menangis pada ketika itu. Rainbow Bot cuba tenangkan Nooroo tetapi semakin lama, semakin kuat tangisan dari budak kecil itu

"Janganlah menangis" kata Boboiboy secara lembut "Nooroo takut saya akan benci pada kamu ke?"

"Yea.." jawab Nooroo dengan nada yang perlahan "Maafkan saya tapi... saya takut, saya memang tidak boleh dimaafkan sebab saya cuba nak menghukum abang Boboiboy. Tentu peminat abang akan benci dengan saya"

"Takdelah.. mereka akan faham tapi... sepatutnya saya yang patut minta maaf dekat kamu. Tentang anak kucing kamu tu, nanti saya akan berbincang dengan ayah saya" kata Boboiboy "Saya tahu ayah saya tidak sengaja. Jadi, maafkanlah dia. Nanti saya akan gantikan dengan kucing baru"

"Anak kucing baru"

"Yea" Boboiboy angguk kepalanya "Nak warna sama dengan anak kucing dulu pun ok juga"

"Warna dia.. warna putih. Ada sedikit warna oren di bahagian kepala dia. Anak kucing tu comel sangat" Nooroo mula mendongak sedikit untuk melihat senyuman Boboiboy "Ibu dan ayah saya yang berikan anak kucing tu"

"Ohh... jadi ibu dan ayah kamu tahu apa yang terjadi kepada anak kucing tu?"

"Tahu" balas Nooroo kepada Boboiboy "Tapi saya tak beritahu ayah kamu yang langgar kucing saya.. cuma..." Dia mengesat air matanya sedikit "Saya tipu mereka.. saya cakap, ada orang curi anak kucing tu"

"Tak baik tipu mereka" kata Tok Aba "Kamu kena beritahu mereka perkara yang sebenarnya"

"Betul tu" Lalu Ochobot berikan sebatang chocolate kepada Nooroo "Makanlah.. supaya diri tu rasa tenang sedikit"

"Terima kasih" Tangan Nooroo mencapai chocolate itu dari Ochobot. Lalu dia gigit sedikit demi sedikit chocolate itu

"Lepas ni, Boboiboy akan hantar kamu balik dan selesaikan masalah kamu hari ini juga. Ayah Boboiboy ada dekat KL sekarang ini sebelum dia bertolak pergi esok. Berbincanglah dengan mereka elok-elok. Jangan nak berdendam lagi"

"Ba-baik Tok Aba"

"Bagus" Tok Aba mengusap kepala Nooroo "Ibu kamu tahu ke kamu ada dekat sini?"

"Tak" Hati Nooroo mula kembali rasa sedih "Ibu sakit... dia ada dekat hospital. Ayah pula, dia sudah lama tiada. Sekarang ini, mak cik yang jaga saya dan ibu saya. Dia yang bekerja keras untuk menyara kehidupan kami berdua. Dia selalu sibuk sampai tak pernah bertanyakan tentang diri saya"

"Hmm.. patutlah Nooroo berdendam sangat. Kurang kasih sayang rupanya" Gopal angguk kepala dia sambil mengusap dagunya "Takpe takpe.. lepas ni, lagi banyak kasih sayang kau akan dapat.. hehehee"

"Abang Gopal nak berikan kasih sayang dekat dia ke?"

"Errr... tak kot. Abang suruh si Boboiboy aje yang berikan" Gopal tersengih sedikit kepada Idoli "Dia kan seorang superhero yang paling baik sekali"

"Ohh.. maksudnya abang Gopal ni superhero yang tak berapa baik sangatlah"

Terus muka Gopal berubah selepas sahaja dia dengar kata-kata Idoli tadi. Gopal bagaikan hendak sekeh kepala sang manusia kucing itu. Dia berikan senyuman yang menakutkan kepada Idoli tetapi sang alien kucing itu tidak hiraukan senyuman itu. Idoli tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepada Nooroo. Dia hanya mahu melihat Nooroo tersenyum

"Te-terima kasih semua kerana sudi menasihati diri saya" kata Nooroo yang tertunduk malu itu "Kalau tidak, mesti perangai saya akan menjadi lebih teruk"

"Jangan risaulah. Kami semua dekat sini baik-baik. Lagipun ada juga kawan kami dulu kaki buli tetapi sekarang ini, dia sudah menjadi seorang budak baik macam kami semua"

"Betul tu abang Boboiboy" kata Idoli "Siapa kaki buli tu? Abang Harraz ke? Tak pun abang Rizu?"

"Err.. nanti abang ceritakan dekat Idoli" Jawab Boboiboy sambil tersengih "Nooroo.. saya bawa awak berjumpa dengan ayah saya ok. Lepas tu kita pergi melawat ibu awak"

"Ok.." Nooroo tersenyum lemah

"Kalau begitu, aku akan gunakan kuasa teleportasi aku untuk ke rumah Boboiboy!"

"Hati-hati semua"

"Baik Tok Aba" balas Boboiboy, Ochobot dan juga Gopal "Kami pergi dulu!"

Satu cahaya terang muncul di tengah-tengah padang taman itu. Ianya terbuka sebuah pintu berbentuk bulat. Mata Nooroo bersinar-sinar melihat kuasa teleportasi dari Ochobot. Lalu Boboiboy menghulurkan tangan kanannya kepada budak perempuan itu

"Mari.. kita pergi" kata Boboiboy

Nooroo terus menggenggam tangan Boboiboy. Dia dan sang remaja bertopi oren itu melangkah masuk ke dalam portal bulat tersebut. Mereka diikuti oleh Gopal dan juga Ochobot. Idoli tidak mahu ikut kerana dia ingin duduk di kedai Tok Aba. Dia tidak mahu tinggalkan Tok Aba keseorangan di situ

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu, pintu portal bulat itu muncul semula di hadapan kedai Tok Aba. Orang pertama yang melangkah keluar dari pintu portal itu adalah Gopal. Di dalam tangan kanannya, ada sebiji donut yang sudah dimakan separuh. Di tangan kiri dia pula, ada sebungkus beg kertas yang dipenuhi dengan kuih donut. Seterusnya, Boboiboy dan Ochobot menyusuri keluar dari pintu portal itu. Selepas itu, pintu portal tersebut ditutup oleh Ochobot sendiri. Suasana kedai Tok Aba pada ketika itu, agak riuh sedikit kerana kehadiran pelanggan yang agak ramai. Semuanya sedang duduk di meja masing-masing sambil menjamu selera. Kaizo dan Lynna sibuk melayan pelanggan Tok Aba

"Hah, dah balik pun kamu bertiga" Tok Aba rasa gembira melihat kepulangan cucu dia "Macam mana? Semuanya ok?"

"Semuanya ok, Tok Aba" jawab Ochobot

"Wah, baguslah tu. Syukur kamu semua dapat selesaikan masalah ini dalam satu hari" muncul Lynna di sebelah Boboiboy. Di tangan kirinya terdapat sebuah dulang. Dia baru sahaja menghantar makanan kepada pelanggan Tok Aba

"Eh, kak Lynna pun ada dekat sini"

"Yea Boboiboy. Kak Lynna bantu Tok Aba sementara kamu semua tiada" balas Lynna secara lembut "Abang Kaizo pun ada dekat sini juga" Dia tunding jarinya ke arah Kaizo yang sedang mengambil pesanan dari beberapa orang remaja. Muka Kaizo pada ketika itu, hanya masam sahaja. Tiada senyuman mesra langsung dari kapten terkenal itu

"Tapi.. bukan ke sepatutnya si Idoli kena temankan Tok Aba dekat kedai?"

"Hmmm... dia tu pergi ikut Lily dan Bella masuk pertandingan haiwan peliharaan" balas Tok Aba sambil mengelap cawan-cawan yang sudah siap di basuh "Itu pun dia pastikan Tok Aba tidak keseorangan dekat sini. Dia tunggu sampai Kaizo dan Lynna sampai. Baru dia pergi ikut budak dua orang tu"

"Jadi.. Lily dan Bella pun tunggu sekali?"

"Yea Boboiboy, dia orang sanggup tunggu" balas Lynna kepada Boboiboy "Idoli yang hubungi kami berdua dan dia yang suruh kami datang ke sini"

"Baik betul budak tu. Sayang betul si Idoli dekat Tok Aba"

"Tahu takpe, Ochobot.. hehehe.. aku pula yang rasa cemburu dengan si Idoli tu" Boboiboy tersenyum sedikit "Fang pula mana? Dia ikut dia orang pergi sekali ke?"

"Entahlah, akak pun tak tahu"

"Entah-entah dia ada dekat kedai donut" jawab Gopal sambil kunyah donutnya "Kau tahu ajelah dia.. kalau ada peluang keemasan, dia mesti pergi kedai tu dan makan donut kesayangan dia tu sepuas-puasnya"

Tetapi sebenarnya Fang berada di dalam perpuskataan bersama Yaya dan Ying. Sebaik sahaja dia puas mengejar dan belasah Lily pada tengahari tadi, dia terus pulang ke rumah. Sewaktu dia dalam perjalanan ke rumahnya, dia terserempak dengan dua kawan perempuannya iaitu Yaya dan Ying. Dia telah diajak oleh mereka berdua untuk pergi mengulangkaji di perpuskataan bergerak milik adiwira dan rakan-rakan mereka

"Fang dan donutnya, memang tidak dapat dipisahkan" Boboiboy dudukkan dirinya di atas bangku kedai tersebut "Oh yea Tok Aba.. tentang Nooroo tadi. Ayah sudah minta maaf dekat dia. Ayah memang tak sengaja pun dan dia gantikan dua ekor anak kucing untuk dia! Ayah juga ada bantu Nooroo dan ibu dia. Lepas tu, anak kucing dia yang bernama Kiki tu, dia pun macam Idoli juga. Boleh berubah menjadi manusia kucing. Dia yang temankan ibu Nooroo dekat hospital sementara Nooroo datang ke sini"

"Lepas tu ayah Boboiboy ada belanja kita orang pergi makan.. dapat makan sedap-sedap!" Gopal teringat balik spagetti lobster yang dia makan pada waktu tengahari tadi "Rasa macam nak makan aje lagi" Kesedapan spagetti tadi masih lagi boleh dirasa pada tekak Gopal

"Makan sahaja kau tahu"

Gopal terkejut dengan suara tegas dari belakangnya. Lalu dia menoleh kebelakang dengan wajah ketakutannya. Muka garang Kaizo membuatkan Gopal menggigil sedikit. Dia selalu ditegur oleh Kapten Kaizo kerana suka makan sahaja dan latihan tempur selalunya, markah dia paling rendah. Gopal sudah cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan markahnya tetapi akhirnya, dia akui, dia tidak boleh menandangi kehebatan Boboiboy. Alangkah hebatnya kalau kuasa dia juga boleh berpecah kepada tujuh, fikir Gopal

"Kaizo janganlah marahkan dia sangat. Itukan minat Gopal yang suka makan tapi makan tu kenalah berpada-pada. Jangan melampau sangat, nanti boleh dapat penyakit"

"Hah, dengar nasihat dari kak Lynna tu, Gopal" tegur Boboiboy

"Hehehe.. baik kak Lynna" Terus Gopal sembunyikan bungkusan donut dia di belakang badannya sambil tersengih sedikit "Saya akan cuba kawal pemakanan saya! Tapi kalau perut sudah lapar sangat, saya akan makan banyak"

"Jangan risau Lynna, aku akan pastikan si Gopal ni akan menjalani latihan tempur setiap hari agar badan dia sihat"

"Bagus Kaizo" kata Lynna sambil tersenyum sedikit "Nanti, bolehlah aku join sekali"

"Kau akan menjadi cikgu mereka" kata Kaizo dengan nada tegasnya "Mereka perlukan latihan yang memcabar, agar semua misi yang mereka bakal hadapi dapat dijalankan dengan sempurna. Bukan semua misi yang kommander berikan adalah misi yang mudah. Kebanyakkannya adalah misi yang agak mencabar"

"Kaizo, apa yang kau membebel tu.. meh tolong atuk hantarkan air hot chocolate ni" Tok Aba hulurkan secawan hot chocolate kepada Kaizo "Hati-hati bawa air ni. Jangan bagi tumpah pula"

"Baik atuk" balas Kaizo yang terasa malu sedikit kerana tiba-tiba dipanggil oleh Tok Aba

Boboiboy dan Gopal menutup mulut mereka kerana tidak mahu gelakan mereka didengar oleh Kaizo. Mata merah Kaizo terus menusuk tajam ke arah mereka berdua. Boboiboy dan Gopal terdiam sebentar kerana takut dengan renungan dari Kaizo

"BBB-CHAN!"

Mata Boboiboy sudah membulat besar. Dia tahu siapa yang sedang memanggil diri dia pada ketika itu. Boboiboy tidak mahu menoleh kebelakang. Kaki dia sudah bersiap sedia untuk lari dari situ tetapi dia sudah terlambat kerana Lily sudah pun berada di belakangnya. Muka Lily kelihatan sedih tetapi berlainan pula dengan Idoli. Wajah ceria dari sang alien kucing itu membuatkan Lily rasa cemburu. Bella tersengih bak kerang busuk kerana dia tahu apa yang berlaku sewaktu pertandingan haiwan peliharaan itu

"Picu kalah ke?" Lily angguk kepalanya kepada Boboiboy "Picu makhluk alien yang comel pun boleh kalah. Mana dia?" Dia berikan senyuman simpati kepada Lily

"Ada dekat atas kepala aku" Mata hitam Bella terus tunjukkan ke atas kepala dia "Picu ni bukan setakat kalah aje tapi disingkir keluar sekali"

Picu melompat-lompat di atas rambut Bella. Dia langsung tidak rasa bersalah di atas kesilapan dia yang buat semasa pertandingan tersebut. Lily masih tidak boleh terima kenyataan tetapi pada masa yang sama, dia rasa gembira sedikit dengan kemenangan Idoli. Manakala si anak kucing alien menang dalam kategori kucing paling comel. Semua gaya yang dilakukan oleh Idoli, semuanya menabat hati para juri pertandingan tersebut

"Macam mana Picu boleh tersingkir keluar?"

"Begini BBB-CHAN"

Lily mula berdrama. Kaizo malas hendak dengar drama dari sang gadis pelik itu. Lalu dia pergi jalankan tugasnya sebagai pelayan. Lily mula bercerita apa yang berlaku di tempat pertandingan itu. Dia duduk di atas rumput bagaikan seorang puteri salju dari merak kayangan dan lalu dia terbayangkan ada satu sinaran cahaya sedang menyinari diri dia seperti dirinya berada di dalam sebuah pentas drama

"Sewaktu kami berada di tempat pertandingan itu. Terdapat pelbagai haiwan yang ada dan tiada satu pun haiwan alien yang ada di situ. Jadi kami berdua daftarkan Picu di bawah kategori alien. Tiba-tiba Idoli menyibukkan dirinya untuk masuk di dalam pertandingan itu tetapi dia di bawah kategori kucing kerana dia berubah menjadi seekor anak kucing. Tiada siapa yang mengetahui bahawa anak kucing itu adalah manusia kucing yang bernama Idoli. Sewaktu kategori haiwan berbakat sedang dijalankan, semua haiwan termasuklah Picu, sedang menunjukkan bakat mereka. Satu per satu mereka beraksi di pentas dan akhirnya giliran Picu pula.." Lily bangunkan dirinya dengan wajah yang pasrah. Lalu dia bercerita lagi "Dari situlah bermulanya kemusnahan impian Lily untuk melihat Picu menang di dalam pertandingan tersebut. Picu berdiri comel di tengah pentas dan Lily mengarah dia berguling tetapi..." Dia mula hilang ketabahannya untuk bercerita

"Sabar Lily, aku tahu kau boleh" pujuk Bella

"Terima kasih, Bella" Lily menarik nafas dan lalu sambung ceritanya "Picu tidak berguling di atas pentas tetapi dia melakukan aksi lain. Dia bukan lakukan lompatan tinggi dia tetapi dia pergi besarkan diri dia seperti alien gergasi! Lepas tu... DIA PERGI TELAN SEMUA HAIWAN DEKAT SITU.. UWAAAA! Terus dia di singkirkan dari pertandingan itu. WHY PICU-CHAN! WHY!"

Boboiboy rasa kasihan dengan cerita sedih Lily. Lalu dia lakukan sesuatu untuk membuatkan Lily gembira semula. Dia berubah menjadi Boboiboy Gempa. Mata Lily terus bersinar-sinar bagaikan dia sudah lama tidak bertemu dengan kekasih hatinya. Gopal dan Bella gelak ketawa sambil tersenyum kambing melihat gelagat comel Lily. Pada ketika itu, Lily tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terasa tiada apa yang dia perlu katakan. Hanya hati dia sahaja yang berdegup dengan lajunya. Dia seperti terdengar bunyi burung sedang berkicauan di atas pokok

"Lily, kamu ok ke?" tanya Lynna sambil periksa dahi Lily

"Dia ok tu kak Lynna. Cuma demam kemaruk dekat Boboiboy Gempa" Lily angguk kepalanya kepada Bella "Kan betul kata saya.. hehehe.. macam si Fang demam kemaruk dapat donut lobak merah dia"

Lily angguk kepalanya lagi. Tangan dia terkapai-kapai untuk memeluk Gempa tetapi kolar bajunya di pegang oleh Ochobot

"Gempa-chan" Akhirnya Lily bersuara juga "Terima kasih kerana muncul di depan mata ku yang lawa dan comel ini. Terima kasih kerana membuat hati Lily gembira tetapi rasa kesedihan itu, masih tidak dapat dihapuskan"

"Janganlah sedih, nanti aku belanja kau makan ice cream chocolate"

"YAHOOOO! THANK YOU GEMPA-CHAN! GEMPA-CHAN LAH YANG TERBAIK DARI YANG TERBAIK DAN LAGI BAIK DARIPADA LANDAK YANG TAK BERAPA NAK BAIK SANGAT!" Hati Lily terus berbunga-bunga, bagaikan orang sedang bercinta. Mata dia terus pandang langit biru "Oh indahnya hari ini" Tiba-tiba baju dia ditarik oleh seseorang. Dia menoleh ke tepi kanannya "Kenapa Idoli?"

"Kakak Lily jangan sedih. Idoli boleh berikan ribbon biru Idoli dekat Picu" Idoli dengan baiknya, dia cabut pin ribbon biru yang ada pada bajunya. Lalu dia berikan kepada Lily "Kakak Lily jangan sedih-sedih ok. Idoli suka tengok kakak Lily happy-happy"

"Betul ni Idoli nak bagi kakak Lily?"

"Betul" Idoli tersenyum ikhlas kepada Lily "Idoli pun nak tengok Picu menang juga. Kakak Lily pergilah pakaikan dekat Picu"

"TERIMA KASIH MY LOVELY NEKO-NEKO!" Lily terus peluk Idoli itu seerat-eratnya "UWAAAAA! LILY RASA SANGAT HAPPY SEKARANG NI"

"Hehehe... kami semua suka tengok Lily happy" kata Gempa "Tapikan... kenapa hari ini bukan Fang yang jadi watak utama yea?" Dia garu-garu kepalanya sambil fikirkan sesuatu "Adakah sebab Fang tiada benda menarik yang berlaku pada hari ini?"

"Mungkin juga" kata Gopal "Biarkan ajelah si Fang tu.. asyik dia sahaja yang jadi watak utama. Bagilah orang lain pulak, macam aku ke.. hehehe"

"Hehehe... asalkan kau gembira, Gopal" kata Gempa kepada Gopal

"PICU!" Lily mengangkat Picu dari atas kepala Bella "Picu dapat ribbon biru! Idoli bagi.. Picu suka tak?"

Tiada reaksi gembira dari makhluk hijau itu. Mata dia menjadi sebelah besar dan sebelah kecil. Manakala lidah dia, seperti biasa, terjulur keluar. Dia tidak melompat-lompat di atas tapak tangan Lily. Hanya berdiri sahaja tanpa membuat apa-apa

"Dia cakap, dia suka! YEAHHH!"

"Err.. macam mana Lily tahu?" Gempa garu-garu kepalanya kerana rasa kepelikan "Adeh.. apa-apa ajelah, asalkan semuanya happy! Hehehe.. memang terbaiklah hari ini"

Lily memakaikan pin ribbon biru tersebut di badan kecil Picu. Tiba-tiba Picu mengeluarkan bunyi menjerit yang sangat halus. Badan dia mula membesar di tapak tangan Lily. Kawan-kawan dia sudah rasa cemas dengan perubahan Picu pada ketika itu. Mereka semua lari ke tempat lain. Sekelip mata sahaja, Picu sudah pun kembali menjadi besar seperti gergasi dan Lily pula, dia berada di dalam badan hijau Picu. Pelanggan-pelanggan Tok Aba lari berkeliaran tetapi ada juga yang ingin bergambar dengan gergasi itu. Boboiboy dan rakan-rakan dia terpaksa memujuk Picu untuk keluarkan Lily dari tubuh badannya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ACHUMMMM!"

Fang mengosok hidungnya. Dia dapat rasakan aku orang sedang mengata tentang diri dia tetapi siapa? Bella? Boboiboy? Ataupun si pelik tu? Mungkin juga abang dia. Lalu dia hiruakan sahaja dan terus sambung menulis rancangan kenakalan dia di dalam sebuah buku notanya. Yaya dan Ying tidak tahu tentang idea nakal itu kerana mereka sangka, Fang hanya sibuk mengulangkaji sahaja

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Author sudah kembali! YAHOOO!

Maaf kalau chapter ini kurang memuaskan T_T atau kurang menarik

UWAAA! :3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top