Rumah Perangkap

"HAI! Saya pelajar baru.. NAMA SAYA ADALAH IDOLI dan idola saya adalah KAPTEN KAIZO!"

Itulah ayat yang asyik diulang oleh Idoli setiap kali dia bertemu dengan pelajar-pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Dia akan berjabat dengan mereka, tidak kira pelajar lelaki ataupun perempuan. Naik pening Kaizo melihat Idoli yang sukar dikawal itu

"Saya pula Lily! Tapi saya tak sekolah dekat sini"

Lily si anak kecil pun ada di situ juga. Dia berada di sini kerana ingin melihat hari pertama Idoli masuk ke sekolah. Dia juga menyimpan hasrat untuk masuk ke sekolah di situ juga tetapi ibu dan ayah dia menghantar dia ke sebuah sekolah khas yang ada di dunia lain. Kaizo rasa lega sedikit apabila waktu tengahari nanti, hanya dia sahaja yang berada di dalam rumah. Waktu persekolahan Idoli adalah petang, sama seperti Fang dan Faye. Bolehlah dia habiskan masa di kapal angkasa nanti. Lalu dia terfikir, mesti Rizu akan singgah ke rumah dia selepas sahaja dia pulang dari sekolah

"Takpelah, aku suruh dia pulang ke rumah terus ataupun duduk di rumah Emmy" bisik Kaizo

"Abang Kaizo cakap tentang apa?"

"Takde apa" balas Kaizo kepada Lily "Mari kita pulang.. si Idoli tu boleh jaga diri dia"

"Tapi.. tapi.. abang Kaizo tak nak pantau dia ke?"

"Tak perlu.. dia suka sangat pergi sekolah sampai diri aku dia lupakan" kata Kaizo sambil berkerut dahi "Mari kita balik"

"Abang Kaizo dan balik dah?" Idoli muncul di hadapan Kaizo

"Yea.. abang nak balik dah"

"Ok! Petang nanti jemput Idoli! BYE BYE!"

Idoli terus pergi berseronok dengan kawan baru dia. Idoli memang suka dengan suasana di sekitar sekolah itu. Pelbagai ragam pelajar yang dia jumpa. Ada yang duduk diam di tepi padang sambil baca buku. Ada juga yang suka duduk beramai-ramai dan berborak sampai tidak endah dengan persekitaran mereka. Idoli bagaikan dia di dalam mimpi indah. Dia sudah janji dengan diri dia dang juga dengan keluarga dia, bahawa dia akan belajar rajin-rajin. Ayah dia pesan, belajar setakat mana yang dia mampu. Jangan terlalu paksa diri itu kerana dia tidak mahu melihat anaknya tertekan dan jangan malas. Dia hanya mahu melihat anaknya cemerlang dengan baik

"SIAPA NAK DENGAR IDOLI NYANYI?"

Ramai pula yang angkat tangan. Idoli menjadi bertambah suka

"Aduh.. budak kecik ni.." Kaizo tepuk dahinya sendiri "Apasal lah dia ni terlampau peramah sangat"

"Kasihan abang Kaizo.. Idoli tu suka berkawan. Lily pun suka berkawan tapi Lily lebih suka berkawan dengan makanan! Contohnya.. ICE CREAM TU!" Lily si anak kecil berlari keluar dari pintu pagar sekolah. Dia nampak seorang pak cik sedang menjual ice cream kepada pelajar-pelajar sekolah itu "PAK CIK! SAYA NAK ICE CREAM!"'

"Sorang lagi... yang tu peramah, yang ni pula, pemakan.. pening kepala aku" bisik Kaizo "Terpaksalah aku melayan budak itik ni sebelum aku suruh Lynna hantar dia balik. Boleh pening kepala aku" Dia mengurut dahinya sedikit

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sebelah sekolah rendah pula, terdapat satu lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Pulau Rintis. Sekolah itu sama besar seperti sekolah rendah. Ianya luas dan terdapat beberapa bangunan yang dipenuhi dengan beberapa kelas. Fang kini berada di dalam perpustakaan sekolah kerana dia sudah lama tidak mengunjungi perpustakaan itu. Dia dapat belajar dengan tenang sekali kerana tiada gangguan daripada abang dia atau dari budak-budak kecil

"Fang.. psttt..."

Mata Fang melirik ke sebelah kiri. Dia tidak terkejut melihat Gopal berada di dalam perpustakaan. Ini pertama kali dia melihat Gopal berada di situ dengan sebuah buku latihan matematik

"Kau nak aku tolong kau dengan kerja sekolah matematik?"

"Ha ah.. aku nak suruh si Boboiboy tolong aku tapi.. kau tahulah dia pun macam aku, tak faham dengan formula-formula matematik ni" Gopal mula tersengih "Hehehe.. kau tolong aku yea, nanti aku belanja kau donut lobak merah"

"Betul ke ni?" Fang agak ragu-ragu sedikit

"Betul betul.. nanti aku suruh Boboiboy bawakan air hot chocolate untuk kita berdua sahaja. Orang lain tak payah"

"Kalau begitu.. bak buku kau, dan tunjuk aku soalan mana yang kau tak semua"

"Errr... sebenarnya, semua soalan aku tak faham"

Kepala Fang terus terbaring di atas meja perpuskataan. Dia tahu, kesabaran untuk mengajar seseorang adalah sangat tercabar. Maka, dia perlu belajar bersabar dan tidak mengamuk di dalam perpuskataan sekolah. Kalau tidak, dia akan di halau keluar. Fang angkat kepala dia sambil tenangkan dirinya

"Sebelum tu.. apasal kau tak suruh si Harraz ajar kau? Dia kan pandai macam aku"

"Hmm.. dia tu selalu ada dekat rumah, sampai sekolah mesti lambat sedikit. Lagipun, aku rasa malu nak datang rumah dia. Kau tahukan rumah dia tu besar, macam rumah agam"

"Ohh... jadi kau pun carilah aku dekat sini yea"

"Ha ah, aku nampak kau, jadi aku ikutlah kau sampai ke sini" Gopal tersengih lagi "Kau jangan marah aku yea"

"Tak, aku tak marah pun"

Gopal tolak sedikit buku latihan matematik dia kepada Fang. Soalan-soalan di buku itu, amat mudah untuk Fang selesaikan tetapi bukan Gopal. Bagi Gopal, dia tidak berapa faham dan apa yang dia nampak, hanyalah nombor-nombor berterbangan atau menari di atas permukaan buku itu. Makin lama dia perhatikan soalan itu, makin pening kepala dia

"Hah, tolong aku sekali boleh.."

Mata Fang melirik ke sebelah kanan pula. Kali ini sepupu dia pula yang ada di sebelah dia dan soalan matematik yang sama dengan Gopal, dia juga tidak begitu memahami

"Korang berdua ni.. sama aje" bisik Fang "Kalau korang masih tak faham lagi apa yang aku ajar, jaga korang"

"Relax lah Fang, kau tak boleh marah-marah kerana mengajar orang lain, ianya perlu kesabaran yang amat tinggi" jelas Faye "Kau jangan tentang aku. Kalau aku tak faham apa yang kau ajar, aku suruh si Bella yang ajar aku nanti"

"Hah, bagus bagus.." Lalu Fang palingkan mukanya ke arah Gopal "Kau pula? Kalau tak faham lagi, nak aku hentam kau ke?"

"Err.. aku suruh Yaya ataupun Ying aje yang ajar aku nanti" Gopal tersengih lagi "Tak pun, aku hentam sahaja soalan ni"

"Hmm... patutlah asyik dapat markah rendah aje" bisik Fang "Sudahlah.. mari aku ajar korang"

Faye tersenyum melihat sepupunya mengajar mereka seikhlas hati. Gopal pula, asyik fikirkan tentang ayam goreng sedang menari-nari di atas meja. Ayam goreng itu mula bertukar menjadi makanan kegemaran dia iaitu chocolate. Air liur dia meleleh keluar dan terus menitis di atas meja perpuskataan itu. Fang ketuk kepala Gopal dengan kotak pensilnya

"Woi, kau nak mengelamun ke atau nak belajar?"

"Err.. maaf Fang, aku terbayangkan makanan pulak"

"Isk kau ni, macam-macam betul" Fang sudah bermasam muka "Selamat Faye tak macam kau.." Dia paling mukanya ke arah Faye dan dapati sepupu dia sedang melukis reka bentuk pakaian di buku nota sekolahnya "Aduh.. sepupu aku pun sama juga"

"Alamak Fang! Maaf.. tiba-tiba aje aku idea baru untuk rekaan pakaian aku yang seterusnya"

"Sudahlah korang.. aku pergi cari ketenangan yang jauh daripada korang berdua" Fang kumpul buku-buku sekolahnya. Dia kemas dan terus bangun "Pandai-pandailah korang buat kerja sekolah korang. Semoga berjaya"

"Tapi Fang..." Gopal rasa menyesal kerana tidak berikan kerjasama kepada Fang "Fang!.. eh..."

Gopal dan Faye terkejut melihat Fang hilang bagaikan asap di hadapan mata mereka berdua. Buku yang dipegang oleh Fang tadi, jatuh ke atas lantai perpustakaan. Gopal bangun dari tempat duduknya. Dia merasai tempat yang Fang hilang. Tiada apa-apa di situ. Hanya udara sahaja. Dia dan Faye pandang satu sama lain dan terus lari dari situ untuk pergi menghubungi Kaizo tetapi malangnya, Kaizo juga seperti adiknya. Adik beradik alien itu hilang dari Pulau Rintis

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lily si anak kecil menangis sekuat-kuatnya bagaikan anak tekak dia hendak keluar. Orang ramai yang ada di situ, cuba tenangkan si anak kecil itu tetapi tiada siapa yang berjaya. Kebetulan, pada ketika itu, Yaya dan Ying lalu di kawasan depan sekolah rendah. Mereka pergi melihat apa yang terjadi. Sebaik sahaja Lily si anak kecil ternampak Yaya dan Ying ada di situ, dia terus berlari ke arah mereka dengan ice krimnya di tangan

"Kenapa ni?" tanya Yaya

"Abang.. abang.. Kaizo..hi-hilang" jawab Lily teresak-esak "Ta-tadi masa kita orang... ma-makan ice krim sama-sama... tiba-tiba.. abang Ka-Kaizo hilang" Dia menangis lagi

"Haiyaaa... macam mana boleh jadi macam ni" Ying angkat budak kecil itu untuk dukung dia "Yaya.. kita hubungi Fang, cakap abang dia hilang"

Orang ramai di situ sudah beransur pergi sebaik sahaja Yaya dan Ying membawa Lily si anak kecil ke tempat lain. Mereka tahu Fang berada di perpuskataan kerana si remaja alien itu sendiri yang mesej kawan-kawan dia supaya mereka tahu dia berada di mana. Mereka menuju ke sebuah sekolah yang terletak bersebelahan dengan sekolah rendah. Yaya cuba menghubungi Fang tetapi tidak berjaya. Dia tidak tahu apa yang berlaku tetapi dia tidak akan berputus asa. Semasa mereka berjalan menuju ke sekolah menengah, Yaya dan Ying nampak dua orang remaja sedang berlari ke arah mereka berdua

"Eh, itu Gopal dan Faye" kata Yaya

"KORANG! KORANG! FANG HILANG!" Jerit Faye pada ketika itu. Dia mula berhenti berlari sebaik sahaja tiba di hadapan dua orang gadis itu "Fang.. hilang... tak tahu apa yang berlaku"

"Fang hilang?" bisik Yaya

"HAH! ABANG FANG HILANG?"

"Kenapa Lily?" tanya Faye kepada si anak kecl itu

"Haiyaa... kita ada masalah besar kalau dua-dua hilang"

"MASALAH BESAR?!" Jerit Gopal dan Faye kepada Ying

"Ha ah, abang Kaizo pun hilang tadi" balas Yaya "Tadi masa kita orang on the way pergi sekolah, kita orang nampak si Lily ni menangis depan sekolah rendah. Dia cakap abang Kaizo hilang"

Lily si anak kecil angguk kepalanya dan air mata dia masih lagi mengalir keluar. Dia takut jikalau ada apa-apa yang berlaku terhadap Kaizo dan Fang. Dia mula makan ice creamnya untuk tenangkan hati dia buat seketika

"Susahlah macam ni.. kita kena beritahu Boboiboy. Jangan dia hilang sudah" Gopal mula takut kalau diri dia hilang pula selepas ini "AKU TAK HILANG JUGA!"

Gopal berlari sekeliling mereka sambil menjerit ketakutan. Yaya, Ying dan Faye pandang satu sama lain. Mereka tidak rasakan yang diri mereka akan hilang seperti Fang dan Kaizo. Lily si anak kecil mula tolak badan Ying sedikit kerana dia ingin turun ke bawah. Lalu Ying turunkan si anak kecil itu. Selepas itu, Lily si anak kecil berlari-lari juga seperti Gopal tetapi jeritan dia bukan jeritan biasa. Ianya adalah jeritan berbunyi itik

"QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK!" jerit Lily sambil mengimbas-gimbas kedua tangannya seperti seekor itik

"Adeh.. sudah jadi manusia pun, masih ada lagi semangat itik dia"

"Tahu takpe Yaya" kata Ying "Abang Kaizo dan Fang sudah hilang, kita hubungi Boboiboy pula"

"Tak pun kita hubungi kak Lynna. Dia mesti tahu nak buat apa nanti"

Ying setuju dengan kata-kata Yaya tadi. Dia terus menghubungi Lynna dan Yaya pula, menghantar mesej kepada Boboiboy untuk memberitahu apa yang berlaku

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo tidak tahu apa yang berlaku. Dia melihat diri dia berada di dalam sebuah bangunan seperti istana. Sekeliling dia penuh dengan tiang-tiang berbentuk silinder yang susun teratur. Lantai dan tiang itu berkilat dan terdapat ukiran pelik. Dia menoleh kebelakang. Sebuah pintu gerbang melengkung terletak tidak jauh daripada dia. Tiada tingkap yang ada di dalam bilik itu. Hanya dinding bercat perang dan juga beberapa lampu berbentuk bulat. Dia mula bergerak ke arah pintu gerbang itu

"Abang..."

Kaizo pusing kebelakang. Dia rasa bersyukur kerana dapat melihat adiknya ada di situ tetapi pada masa yang sama, dia tidak rasa sedap hati. Adakah ini adalah satu perangkap atau ada benda lain cuba menculik mereka berdua dan bawa ke sini?

"Bagaimana kau boleh berada di sini?"

"Entahlah abang.. adik pun tak pasti" kata Fang sambil mengusik sedikit tiang-tiang di situ "Yang adik ingat, adik berada di perpuskataan bersama kawan-kawan adik. Lepas tu, terus adik muncul dekat sini. Macam kita ada kuasa teleportasi kak Lynna"

"Hmmm... aku harap si itik tu tak menangis kerana aku ada dengan dia tadi"

"Macam mana kita nak keluar dari sini abang?"

"Hmm.. kau ikut sahaja aku. Jangan terpisah dengan aku" Fang angguk kepalanya kepada abang dia "Mari kita keluar dari sini"

Kaizo dan Fang bergegas keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja mereka tiba di bahagian luar bilik tersebut, Fang mula terpersona dengan bilik itu. Ianya terlalu indah bagaikan berada di dalam syurga istana. Di bahagian atas, mereka boleh lihat permukaan kaca yang membolehkan mereka melihat langit-langit di luar. Ruang itu pula seperti empat segi. Di setiap sudut mempunyai 4 buah tangga yang berlainan

"Tangga mana kita nak?" Fang berjalan ke sebuah tangga yang dekat dengan dirinya. Tangga itu berbatu dan di bahagian hujung tangga itu nampak gelap "Err.. tangga ni tak payah naiklah kot"

"Kau takut ke?" tanya Kaizo

"Takut ada sesuatu yang muncul keluar aje nanti. Adik malas nak menjerit"

"Hmm.. suka hati kaulah"

Kaizo berjalan ke sebuah tangga yang ada di hadapan tangga batu tadi. Tangga itu pula berkaca tetapi di bahagian atas dia boleh lihat sebuah pintu yang bersinar-sinar. Kaizo tidak begitu yakin untuk menaiki tangga itu kerana dia tidak mahu tangga itu retak dan pecah secara tiba-tiba. Fang pergi ke tangga sebelah kiri dia, iaitu tangga berkayu. Di bahagian hujung dia pula, terdapat sebuah pintu gerbang yang dihiasi dengan batu-batu permata. Di sebelah kanan dia pula, sebuah tangga yang diperbuat daripada besi. Di bahagian hujung tangga besi itu, sebuah pintu gerbang berkaca. Fang mula rasa pening, tangga mana satu yang harus dia ambil?

"Abang.. abang ada cadangan tak?"

"Hmm.. tiada" kata Kaizo "Aku tidak pasti pintu mana yang selamat untuk kita masuk. Rumah ini seperti sebuah rumah puzzle"

"Entah-entah..." Fang mengusap dagunya dan lalu berkata "Kita terperangkap di dalam dunia video game. Ini mesti si Emmy punya kerja! Budak tu, kalau buat game aje, mesti jadi begini. Nanti adik sekeh kepala dia"

"Kau ni, tak habis-habis nak sekeh kepala orang"

"Dah tu, abang tak bagi adik mengamuk dekat dia orang, jadi adik gantikan dengan sekeh kepala mereka! HAHAHAHAHAA!" Gelakan Fang bergema di dalam ruangan itu "Adeh.. rasa seram pula dengar gelakan sendiri"

"Sudah, jangan nak merepek lagi. Kita perlu cari jalan keluar"

"Hahahaa.." Fang terus rasa seram sejuk dengan gelakan yang muncul di situ "Hahahaa... kau kenal siapa aku? Kau tahu siapa aku?"

"Abang.. ada hantu ke dekat sini?"

"Itu bukan hantu.." Kaizo pandang mendongak ke atas untuk mencari dari arah mana suara itu datang "Itu suara si Crystallo... APA YANG KAU NAK? LEPASKAN KAMI BERDUA!"

"Aku boleh lepaskan kamu berdua tapi.." Crystallo tergelak lagi "Hehehe.. kau harus cari jalan keluar sendiri. Rumah ini adalah rekaan aku sendiri. Semuanya dibina dari planet Elektrica. Aku bina rumah ini untuk perangkap kau dan adik kau. Aku masih tidak puas hati dengan kehadiran kau pada hari itu. Jadi, aku teleportkan kamu berdua ke sini"

"Itu sahaja ke rancangan kau?" tanya Fang dengan nada malasnya

"Yea.. itu sahaja tapi, boleh ke kamu berdua berjaya keluar dari rumah ini secara selamat?" Hologram Crystallo muncul di hadapan mereka berdua "Aku bukannya biarkan rumah ini sunyi sahaja, pelbagai cabaran yang kamu berdua bakal hadapi.. hahahaha! Jangan risau, kawan-kawan kau pasti tidak akan dapat menjumpai kamu berdua" Lalu dia hilang semula "Semoga berjaya"

"Tak guna!" bisik Kaizo sambil menggenggam kedua tangannya "Pang, ayuh kita keluar dari sini"

"Baik abang"

"Kita guna tangga batu ni, selalunya lalui gelap mesti ada sesuatu yang selamat disebaliknya"

"Abang pasti ke?" tanya Fang yang tidak pasti dengan pilihan abangnya "Adik rasa.. mesti tangga kaca tu"

"Abang sebenarnya tak pasti" kata Kaizo dengan nada yang perlahan "Tapi kita harus cuba.. kalau aku dan kau duduk di sini sahaja dan fikirkan tangga mana harus kita ambil, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat keluar dari sini. Jadi, kalau ada halangan pun, kita mesti hancurkan halangan itu"

"Baik abang" balas Fang "Adik ikut sahaja pilihan abang"

Kaizo perhatikan balik laluan gelap yang berada di hujung tangga berbatu itu. Selepas itu dia alihkan pandangan dia ke arah tangga berkaca itu. Mungkin kalau tinggi risikonya, lagi selamat laluan mereka. Jadi dia mengambil pilihan ikut cakap adiknya untuk menaiki tangga berkaca itu

"Pang, kita naik tangga berkaca itu. Biar aku naik dulu, kau tunggu di bawah"

Fang angguk kepalanya. Dia perhatikan abangnya mula panjat tangga berkaca itu. Kaizo pijak anak tangga itu secara perlahan. Dia tidak mahu timbulnya retakan-retakan di permukaan kaca itu. Secara perlahan Kaizo naik ke atas. Sedikit demi sedikit, akhirnya dia sampai ke tingkat atas. Dia hadapannya terdiri sebuah pintu melengkup di bahagian atas. Pintu itu bersinar-sinar kerana adanya batu-batu permata di permukaan pintu tersebut

"Abang.. ada apa dekat atas?"

Kaizo pandang ke arah bawah. Lalu dia menjerit ke arah adiknya

"Kau naik secara perlahan, abang tunggu dekat sini" kata Kaizo kepada adiknya "Jangan terlalu cepat sangat naik, aku tak mahu melihat kau jatuh tergelincir"

Kaizo pergi meneliti pintu berbatu permata itu sementara dia menunggu adiknya naik ke atas. Tiada tulisan atau ukiran yang ada pada pintu itu. Hanya ada tombol berbentuk seperti berlian di tengah-tengah pintu tersebut. Dia rasa sangsi untuk membuka pintu itu kerana dia ada belajar, kalau luarnya nampak cantik tetapi di dalamnya, ianya penuh dengan kehitaman. Bagaimana kalau begitu akan berlaku? fikir Kaizo. Lalu dia fikir balik tentang tangga berbatu itu. Adakah dia tersalah pilih?

"Jangan fikir yang bukan-bukan" bisik Kaizo kepada dirinya "Walau apa-apa pun halangan yang aku perlu harungi, aku yakin dapat hancurkan halangan itu"

Kaizo pusing kebelakang. Adik dia sudah pun tiba di tingkat atas. Fang kelihatan agak resah sedikit. Apa yang dia fikirkan pada ketika itu, sama seperti abangnya. Kedua mereka tidak begitu yakin tetapi mereka harus mencari jalan keluar. Mereka tidak mahu terperangkap di dalam rumah itu selama-lamanya

"Kau sudah bersedia?" tanya Kaizo sambil pegang tombol berlian itu

"Sudah" balas Fang sambil menelan ludah

Kaizo pusing tombol itu secara perlahan. Pintu itu tidak berkunci. Maka Kaizo dapat membuka pintu itu dan lalu dia menolaknya sedikit demi sedikit. Dia menjenguk sedikit apa yang ada di dalam itu. Ianya adalah sebuah bilik yang penuh dengan harta karun. Kaizo terpegun seketika kerana begitu banyak sekali barang-barang kemas, berlian, wang emas dan barang-barang yang diperbuat daripada emas. Kaizo menolak luas pintu itu dan lalu dia masuk ke dalam. Fang yang berada di belakang abangnya, dia juga seperti abangnya, terpegun sehingga membuatkan mulut dia ternganga luas

"Harta karun?!"

"Yea Pang tapi aku tak nak kau sentuh apa-apa yang ada di dalam bilik ini" kata Kaizo sambil mencari jalan keluar dari bilik harta karun itu. Mata berhenti di sebuah pintu gerbang yang tiada pintunya "Situ.." tunjuk Kaizo kepada Fang "Ayuh, kita keluar dari tempat ini"

"Ok" Fang ikut abangnya dari belakang

Sebaik sahaja mereka berdua hampir tiba di pintu gerbang itu, ada sesuatu yang naik ke atas di bahagian tengah bilik itu. Sebuah meja berbentuk bulat terpapar di tengah-tengah bilik itu. Fang menoleh kebelakang sedikit. Mata dia terus tertumpu apa yang ada di atas meja bulat itu. Ianya adalah sebiji donut emas. Pada bahagian atas donut itu, terdapat berlian kecil-kecilan berwarna merah. Ianya seperti donut lobak merah

"Donut lobak merah?" Kaki Fang mula bergerak ke arah donut emas itu. Tangan dia cuba mencapai donut itu "Tak sangka dekat sini ada donut emas" Diri dia bagaikan dipukau oleh donut emas tersebut. Bisikan demi bisikan ianya memanggil nama Fang

Kaizo mula perasan ada sesuatu yang tidak kena. Lalu dia pusing kebelakang untuk melihat apa yang berlaku. Dia terkejut melihat adiknya sudah semakin hampir dengan donut emas itu. Lalu Kaizo pegang pergelangan tangan adiknya secara pantas. Dia cuba mengheret adiknya keluar dari bilik tersebut

"Pang, kau kena kuatkan diri" tegas Kaizo "Kau tidak boleh lemah.. kalau tidak, kita akan terperangkap dalam rumah ini selama-lamanya"

"Tapi adik nak donut emas tu... donut emas yang ada bau lobak merah" Tangan Fang terkapai-kapai sambil melihat diri dia sudah diheret jauh oleh abang dia sendiri "Jangan pisahkan adik dan donut emas itu"

Kaizo bergelut sedikit dengan adiknya. Fang cuba bergerak ke depan untuk pergi balik ke arah donut emas itu tetapi Kaizo mempunyai banyak tenaga untuk mengheret adiknya keluar dari bilik itu. Setelah kaki Fang mencecah keluar dari bilik tersebut, dia terus sedarkan diri. Fang menyedari perbuatan dia sebentar tadi. Sebuah pintu muncul di pintu gerbang itu. Ianya terus kunci secara tidak langsung

"Abang.. maafkan adik"

"Hmm... aku nak marah kau tapi aku tahu kau tadi seperti dipukau oleh sesuatu"

"Yea abang, donut emas tu macam memanggil diri adik untuk pegang donut tu" kata Fang yang rasa menyesal sedikit "Tak tahulah apa yang akan terjadi jika adik berjaya ambil donut emas itu"

"Sudah, jangan fikirkan lagi. Mari kita teruskan"

Kini mereka berada di dalam sebuah ruang yang mempunyai 4 laluan lorong koridor berasingan. Dari jauh kiri mempunyai laluan yang agak gelap sedikit. Hanya ada beberapa lampu malap di bahagian dinding laluan itu. Sebelah dia pula, laluan itu mempunyai dinding emas berkilauan. Kaizo dan Fang tidak masuk jalan di laluan itu. Laluan yang ketiga pula, dinding-dinding laluan itu seperti gua dan yang terakhir adalah laluan biasa. Cahaya lampu yang terang dan ianya terlalu mudah buat mereka berdua

"Abang, nak ikut jalan yang terakhir tu ke?"

"Kau rasa?"

"Adik rasa.. kita ikut jalan tu tapi adik ikut sahaja pilihan abang" jelas Fang

"Pang, aku rasa.. kali ini kita bekerjasama membuat pilihan" Mata Kaizo terus tertumpu dengan laluan gelap itu "Apa pendapat kau dengan lorong gelap tu?"

"Errr.. rasanya ada hantu tak?" Fang tersengih. Kaizo mengangkat kening sebelah sambil perhatikan adiknya "Bukan adik takut hantu, cuma... kalau diakhir laluan itu nanti ada sesuatu yang lebih selamat daripada bilik harta karun tu. Macam bilik anak-anak kucing ke.. hehee"

"Hmm.. kalau laluan macam gua tu?"

"Adik rasa, mesti ada satu masa kita kena merangkap untuk melepasi laluan itu"

"Baiklah.. kita tak perlu ambil laluan yang nampak biasa tu sebab abang rasa ragu-ragu dengan laluan itu. Nampak macam selamat tapi sebenarnya tidak"

"Ok abang" kata Fang tanpa membantah

Kaizo pejamkan mata dia sebentar. Dia akan ikut kata hatinya. Lalu dia membuka matanya dan pilihan dia adalah laluan gelap itu. Dia tidak tahu samada keputusan dia adalah tepat ataupun tidak, dia tetap akan teruskan juga

"Jom, kita lihat ada hantu ke tak"

"Errr.. ok" Fang menelan ludah "Abang jalan dulu.. adik jalan dekat belakang abang"

"Kau jangan mengada-gada nak takutkan aku pula. Kalau tidak, latihan tempur aku bagi dekat kau masa ini juga!"

"Mana adalah abang" Fang bersilang tangan sambil ikut belakang abangnya "Adik cuma tak nak hantu muncul depan adik sahaja"

"Bukan ke kau ni jenis tak takut hantu"

"Err.. sukar hendak dikatakan" itulah jawapan dari Fang "Tapi yang pasti, adik lebih berani daripada si Gopal tu.. hahahaa!"

Kaizo abaikan sahaja kata-kata adiknya yang terlalu bangga dengan sikap keberanian dia. Mereka berdua sudah masuk ke dalam lorong gelap itu. Laluan itu sunyi dan udaranya sejuk seperti ada aircond di situ. Fang menoleh kebelakang. Laluan yang mereka masuk tadi, sudah ditutup dengan sebuah dinding. Mereka tidak boleh lari keluar untuk pergi ke laluan lain. Mereka sudah tiada pilihan dan hanya perlu teruskan berjalan sahaja. Tiada bunyi pelik yang boleh mereka dengari kecuali bunyi tapak kaki mereka

"Abang.. jauh lagi ke perjalanan kita?" Fang sudah menjadi takut sedikit

"Tak tahulah" balas Kaizo sambil meraba-raba dinding di situ. Dia sedang mencari pintu rahsia yang menyamar sebagai dinding di situ "Aku yakin, mesti ada pintu rahsia"

"Kalau takde, macam mana?"

"Kalau takde pun, aku tetap akan cari"

Fang turut ikut seperti abangnya. Dia membantu abang dia mencari pintu rahsia itu sepanjang perjalanan mereka di dalam laluan yang tidak terlalu sempit itu. Semakin lama mereka berjalan, semakin gelap lorong koridor itu. Bunyi-bunyi mula timbul contohnya, datang satu tapak kaki sedang berjalan di belakang mereka. Fang kebelakang untuk melihat siapa yang sedang mengekori mereka berdua. Tiada apa yang berada di situ, hanya gelap sahaja. Kaizo pancarkan sedikit cahaya di jam kuasanya agar mereka dapat mengharungi kegelapan lorong itu. Dia jadikan jam kuasanya sebagai lampu suluh. Dia menyuluh di belakang adiknya. Memang tiada apa yang berada di belakang mereka tetapi sebaik sahaja Kaizo menyuluh ke arah lantai, sepasang anak patung sedang bergerak-gerak menuju ke arah Fang. Kuku jari anak patung itu kelihatan tajam dan muka mereka nampak seperti anak patung biasa yang suka berikan senyuman seram

"Pang... LARI CEPAT!"

Fang dan Kaizo lari dari situ. Bukan kerana takut dengan anak-anak patung itu tetapi mereka tidak mahu cedera akibat terkena kuku tajam mereka. Kaizo boleh lihat satu cahaya kecil di hujung koridor itu. Semakin lama, mereka semakin hampir dengan sebuah pintu keluar yang tiada pintunya. Dia pegang tangan adiknya untuk bergegas keluar dari situ tetapi timbul satu lagi halangan di depan pintu keluar mereka. Hantu-hantu badut muncul di situ sebagai penghalang. Muka hantu-hantu itu nampak ceria seperti badut. Senyuman mereka juga amat menakutkan. Kuku mereka tidak tajam seperti anak-anak patung tetapi gigi mereka kelihatan taring

"Apasal hantu kegemaran Gopal ada dekat sini?" Fang tidak begitu takut dengan hantu-hantu badut itu "Kalau Gopal ada, mesti dia sudah larikan diri"

"Yang kau sibuk pasal kawan kau tu kenapa? Cepat kita hapuskan mereka! sebelum kita diserang oleh hantu anak patung dan juga badut-badut ni!"

"IKATAN BAYANG!"

Kuasa bayang Fang mengikat kesemua hantu-hantu badut itu di dalam satu ikatan. Mereka cuba untuk lepaskan diri. Kaizo keluarkan pedang bayangnya untuk mencantas hantu-hantu itu

"ADOI!" Kaki Fang terkena sesuatu

Fang melihat ke bawah. Hantu anak patung tadi sudah berada di kaki dia. Satu lagi cakaran anak patung itu berikan di kaki Fang. Anak patung satu lagi bersembunyi di sebalik kegelapan itu. Ianya cuba hendak menyerang Kaizo

"ABANG HATI-HATI!" Fang tendang anak patung itu sehingga dia tidak nampak jauh mana tendangan dia tadi "Abang selesaikan badut-badut tu, adik cari satu lagi anak patung yang ada dekat sini"

Kaizo berlari dan mencantas kesemua badut-badut itu. Tubuh badan badut-badut itu melesap bagaikan abu-abu berterbangan di udara sebaik sahaja Kaizo berjaya mencantas mereka

"Mari kita keluar sebelum anak patung tu serang kita pula" Kaizo terus melangkah keluar dari lorong koridor gelap itu

Fang tidak sedar bahawa hantu anak patung yang dia cari sebentar tadi, rupanya melekat di bahagian belakang dia. Fang hanya keluar dari situ tanpa menyedari apa-apa. Anak patung itu mengangkat tangan kanannya. Dia cuba hendak menikam Fang dari belakang menggunakan kuku tajamnya. Fang mula perasan dengan satu bunyian. Dia seperti ada rasa seseorang sedang bernafas di belakangnya. Lalu dia pusing

"Hmm.. macam ada orang aje dekat belakang aku tadi" bisik Fang

Kaizo mula menoleh untuk melihat adiknya. Dia terkejut melihat anak patung itu sudah hampir untuk menikam adiknya. Lalu dia pegang kepala anak patung itu secara pantas. Dia cabutkan kepala anak patung itu dari badannya. Anak patung itu mula bergelut. Ianya mula membuka mulutnya untuk gigit tangan kanan Kaizo

"ARGHHHHH!" Tangan Kaizo digigit oleh anak patung itu "Berani kau gigit tangan aku!" Dia masih lagi bertahan walaupun anak patung itu masih gigit tangannya

Fang pegang badan anak patung itu. Kedua-dua adik beradik alien itu menarik anak patung itu seperti tarik tali. Darah mula mengalir keluar dari tangan Kaizo. Fang masih lagi tarik badan anak patung untuk pisahkan kepalanya dari tubuh badannya. Akhirnya tubuh badan anak patung itu berjaya dipisahkan. Kepala anak patung itu terjatuh di atas lantai. Fang mencampak badan anak patung itu sejauh mungkin

"Abang! Tangan abang ok?" Fang melihat kesan gigit di tangan abangnya

"Pang..." Kaizo melihat adiknya seketika "Kalau ada apa-apa yang berlaku, aku nak keluar dulu dari sini"

"Tak nak, adik tidak akan tinggalkan abang keseorangan di sini" Fang membuka jaket ungu. Lalu dia koyakkan sedikit untuk balut kesan luka tangan abangnya "Adik dapat rasakan abang tidak dapat berlawan dengan sempurna tapi tidak mengapa, biar adik sahaja yang melindungi abang"

"Terima kasih tapi kita harus lawan bersama. Aku tidak akan biarkan berlawan secara keseorangan"

Fang angguk kepalanya sambil balut tangan abangnya. Dia ikat balutan itu dengan ketatnya. Kaizo cuba menggenggam tangan kanannya. Ada terasa sakit sedikit tetapi dia yakin, dia masih boleh lagi berlawan dengan musuh-musuhnya. Mereka teruskan berjalan. Kali ini mereka berada di satu lari lorong koridor tetapi ianya tidak gelap seperti tadi. Tiada pintu hanya ada beberapa tingkap melengkung di sepanjang koridor itu. Kali ini, permandangan di luar tingkap itu adalah permandangan ruang angkasa lepas. Mereka berjalan sepanjang koridor itu. Tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah mereka sampai ke sebuah dewan makan

"Errr... musuh abang tu bagi kita orang makan ke?"

Fang terliur sedikit apabila dia melihat pelbagai hidangan yang ada di atas meja panjang. Ayam panggang, sayur-sayuran, sup cendawan, buah-buahan, kek dua tingkat, chocolate fountain dan roti perancis yang sudah dipotong. Kaizo tidak mahu makan makanan yang ada di atas meja itu. Dia tahu ini mungkin salah satu perangkap dari Crystallo itu

"Pang, mari kita keluar dari sini"

"Tapi abang.. dewan ni macam takde pintu keluar aje"

Apa yang dikatakan oleh Fang tadi, memang betul. Setiap dinding dewan itu dihiasi dengan rak-rak buku. Ada pelbagai buku dalam pelbagai warna, ketinggian dan ketebalannya. Fang begitu menyukai cara susunan buku-buku tersebut. Ianya amat teratur dan rapi sekali. Kaizo mula kembali mencari pintu rahsia yang terdapat di dalam bilik dewan itu

"Pang, ayuh cari pintu rahsia.. mesti pintu tu tersorok dekat mana-mana dalam dewan ni"

Kaizo dan Fang mula keluarkan setiap buku yang ada di dalam rak buku itu. Bilik dewan itu bersepah sedikit kerana buku-buku yang mereka keluarkan berlambak di atas lantai. Tiada pintu rahsia yang tersembunyi di sebalik rak-rak pintu itu. Kaizo masih tidak berpuas hati lagi. Lalu dia mengangkat sedikit permaidani yang terbentang luas di dalam dewan itu. Ianya juga tiada di bahagian lantai itu. Dia periksa di bawah meja panjang, ianya tiada di situ juga. Kaizo sudah berputus asa. Dia duduk di atas kerusi itu dan cuba fikirkan untuk mencari jalan keluar. Dia yakin, ini bukanlah jalan terakhir mereka. Semasa dia sibuk berfikir, dia terpandang luka di kaki adiknya

"Pang, kaki kau tu, ok ke?" Kaizo rasa bersalah sedikit kerana memilih lorong gelap tadi tetapi dia harus ingat, jalan mana-mana sahaja yang dia pilih, pelbagai benda boleh berlaku. Mungkin sesuatu yang lebih teruk daripada tadi

"Kaki adik ok.. masih lagi boleh berjalan" kata Fang sambil mengemas buku-buku yang bersepah di atas lantai "Abang.. masih tak jumpa jalan keluar?"

"Tak" Kaizo tenangkan hati dan tidak boleh ikut emosi dia sahaja "Hmm.. dalam situasi begini pun kau masih lagi boleh berkemas?"

"Hehehe... tak kanlah adik nak biarkan bersepah" jawab Fang sambil tersengih. Dia rasa pelik, buku apa yang terdapat di dalam rumah seperti istana ini?

Lalu Fang membuka salah satu buku tersebut. Buku itu agak tebal dan isi di dalam kandungan buku itu adalah tentang kekeluargaan. Dia tersenyum melihat sebuah gambar sepasang suami isteri sedang bermain dengan anak-anak mereka. Dia sentuh sedikit gambar itu. Dia bagaikan ingin menyertai mereka untuk bermain bersama

"Apa yang kau baca tu, Pang?"

"Takde apalah abang" Fang tutup buku itu "Abang.."

"Kau nak apa?"

"Abang mesti ingat apa yang kita selalu main dulu-dulu.. masa kita kecik" Fang simpan buku itu di tempat asalnya "Adik tak pernah ingat satu pun.. kalau adik cuba ingat, hanya bayang-bayang sahaja yang keluar"

"Hmmm... kau dan aku dulu selalu main perang angkasa, macam Rizu dan Idoli. Permainan mereka berdua selalu ingatkan abang tentang dulu. Ibu selalu buatkan makanan untuk kita orang selepas sahaja penat bermain"

"Ibu memang seorang yang baik" kata Fang

"Yea.. dia memang baik. Dia sentiasa sayangkan kau dan aku" Kaizo rasa sedih sedikit kerana teringat tentang ibunya "Ibu tidak pernah marah dan ibu akan sentiasa buat kau dan aku ceria. Dia tidak suka melihat anak dia bersedihan"

"Alangkah indahnya kalau adik ingat semua itu" Fang berjalan menuju abangnya. Sebaik sahaja dia tiba di tepi abangnya, dia pegang tangan kanan abang dia yang luka itu "Tapikan.. adik rasa bersyukur sangat dapat berjumpa dengan ibu dan ayah. Adik bersyukur dapat merasai pelukan dari mereka walaupun sekejap sahaja. Semenjak kak Lynna hadir di dalam kehidupan kita, boleh dikatakan kerap juga kita dapat berjumpa dan berborak dengan mereka"

"Betul tu Pang" Kaizo mula tersenyum sedikit "Abang rasa gembira dapat melihat mereka lagi"

"Abang duduklah dulu.. biar adik sahaja yang pergi cari pintu rahsia tu"

"Takpe, kita cari sama-sama"

"Kalau boleh.." Fang tersengih sedikit "Tolong adik kemaskan buku-buku ni semua"

"Hmm.. kau ni.." Kaizo terus bangun dari tempat duduknya "Kalau pasal mengemas, kau memang nombor satu"

"Ala.. kalau abang pula, nombor satu dalam bab-bab latihan tempur"

Kaizo tidak berkata apa. Dia hanya tergelak sedikit. Sudah lama dia tidak bergelak ketawa bersama adiknya. Ketika detik itu, Kaizo rasa seperti dia berada pada zaman semasa dia kecil lagi, gelak ketawa bersama adiknya. Dia tolong adiknya menyusun balik buku-buku yang dia buat sepah tadi. Sambil mereka mengemas, sambil itu mereka berborak

"Abang... abang perasa tak, yang abang ada kuasa magik sekarang ni"

"Tak tapi kenapa kau katakan begitu?" tanya Kaizo

"Sebab hari tu.. semasa kita nak selamatkan Boboiboy" balas Fang sambil membelek-belek sebuah buku berwarna hitam "Kawan kak Lynna beritahu yang ada krisal di dalam diri abang. Kristal tu terbentuk sebab abang nak selamatkan kak Lynna sebelum tu"

"Oh yea.. abang boleh lupa tentang itu tapi.. abang mana tahu sangat tentang dunia magik ni. Hanya kak Lynna sahaja yang tahu tapi bagi abang, dunia dia lebih rumit daripada dunia kita"

"Betul betul.. adik setuju!" Fang susun buku hitam itu di dalam almari rak "Dunia abang dan dunia kak Lynna, bila bergabung.. ianya akan menjadi sesuatu yang unik. Selama ini, adik tidak pernah terfikir tentang kewujudan dunia fantasi sehinggalah adik melihatnya dengan mata adik sendiri"

"Macam-macam dunia yang kita sudah lalui.. semuanya terdapat keunikan tersendiri"

"Adik unik ke?" Fang tersenyum lebar kepada abangnya

"Tak.." Terus Fang bermasam muka kepada abangnya "Sebab kau ni suka panas baran dan kegilaan kau terhadap popular, memang tidak dapat dibendung"

Kaizo susun buku-buku itu dengan tidak mengikut aturan. Lalu Fang menyuruh abang dia kemas balik. Kaizo mula merungut sedikit dan terpaksa menyusun balik buku-buku mengikut kemahuan adiknya. Beberapa minit kemudian, Fang masukkan buku yang terakhirnya. Dia undur kebelakang untuk melihat hasil kerja dia dan abangnya. Semuanya teratur dan mengikut sususan yang sama seperti buku merah bersama dengan buku merah. Tiba-tiba dinding di sebelah kiri mereka mula bergerak ke atas. Dinding itu mula naik ke atas sedikit demi sedikit

"Pang! Kau berjaya menjumpai pintu rahsia" Kaizo bangga dengan adiknya pada ketika itu

"Tak sia-sia dengan kekemasan adik sebentar tadi" Mata Fang terus bersinar-sinar "Jadi abang kenalah jadi seperti adik! Semuanya nampak sempurna dan tersusun"

Kaizo berikan senyuman ikhlas dia kepada adiknya. Mereka berdua tergelak seketika. Setelah dinding itu habis naik ke atas, terpaparlah sebuah lagi dewan tetapi kali ini, dewan itu dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hutan. Ianya nampak seperti hutan liar. Bunyi-bunyi serangga, burung dan binatang boleh didengari oleh mereka

"Mari" kata Kaizo

Fang dan Kaizo masuk ke dalam dewan yang berhutan itu. Sewaktu mereka menjejak masuk ke dalam hutan itu, dinding di belakang mereka mula tutup dan mereka tidak boleh berpatah balik ke dewan makan. Kaizo keluarkan pedang tenaganya untuk melibas-libas beberapa halangan seperti akar-akar hijau berjuntai dari pokok ataupun daun-daun besar yang menghalang pergerakan mereka

"Abang rasa.. ada harimau tak dekat sini?"

"Baik kau jangan cakap apa-apa" kata Kaizo sambil melangkah di celah batu-batu besar "Aku tidak mahu mana-mana haiwan tahu kedatang kami di sini"

"Ok" balas Fang dengan nada yang agak perlahan

Kaizo tidak tahu ke arah mana mereka sepatut pergi. Hutan itu tidak memberikan penunjuk ke arah mana yang mereka sepatutnya pergi. Kaizo dan Fang terpaksa meredah hutan itu dengan tiada petunjuk di mana jalan keluar. Fang asyik garu tangan dia yang kena gigit dengan serangga. Kaizo pula, dia akan berhenti seketika sambil perhatikan sekelilingnya dan selepas itu, dia akan sambung berjalan

"Abang tahu ke jalan mana nak pergi ni?"

"Tak" balas Kaizo. Tiba-tiba dia terdengar aliran sungai. Dia terus ke depan "Abang rasa kita sudah mendekati sungai"

"Sungai?" bisik Fang "Macam mana dalam rumah misteri ni ada sungai?"

"Entahlah" balas Kaizo

Kaizo turun dari tempat yang curam bersama adiknya. Ianya tidaklah setinggi mana. Sampai sahaja di bahagian bawah, mereka terus ke depan dan akhirnya sudah sampai di lereng sungai. Kaizo simpan pedang tenaganya. Lalu dia mencangkung di tepi lereng sungai itu untuk menyentuh permukaan air di situ. Ianya memang air. Kaizo membasuh mukanya sedikit. Fang mencekak pinggang sambil perhatikan dari hulu sungai sehinggalah ke bahagian hilir sungai

"Apa yang kau nampak?"

"Tiada apa yang ada dekat hujung sana" kata Fang "Jomlah abang, kita cari jalan keluar"

"Mari"

Kaizo bangun dari situ setelah dia selesai membasuh mukanya dengan sedikit air. Tiba-tiba kaki dia dibelit oleh lidah seekor makhluk dari air sungai itu

"PANG!" Kaizo keluarkan pedang tenaganya untuk memotong lidah itu "PANG! KAU LARI DARI SINI!"

Kaizo potong lidah makhluk itu sehingga ianya membuatkan makhluk misteri itu mengamuk. Makhluk itu mula keluar dari air sungai. Ianya adalah raksasa air. Ketinggian dia lebih tinggi daripada Kaizo dan Fang. Badan dia besar dan permukaan badan dia bersisik-sisik. Muka dia amat mengerunkan. Raksasa itu mempunyai dua tanduk di bahagian kepalanya. Kuku dia sangat tajam. Mata dia merah bagaikan seperti mata Kaizo. Fang pegang tangan abangnya

"Abang, mari kita lari dari sini" kata Fang

"Kau lari dulu.. biar abang uruskan raksasa ini"

"Mana boleh! Tak kan adik nak biarkan abang berlawan dengan raksasa tu seorang diri"

"SEBAB AKU TAK NAK KEHILANGAN KAU!"

Raksasa itu mula berjalan keluar dari air sungai itu. Lalu dia menyerang Kaizo dengan kuku jarinya. Kaizo sempat melompat dan terus menyerang di bahagian mata raksasa itu. Akan tetapi, raksasa itu menyedari gerakan Kaizo, raksasa itu mula menghayunkan tangannya sehingga terkena badan Kaizo

"ABANG!" Fang melihat abangnya jatuh ke dalam sungai "ABANG!"

Kaizo mula bangun. Dia bangunkan dirinya dengan menggunakan pedang tenaganya sebagai tongkat. Dia pegang bahagian tepi badannya di sebelah kanan. Ternyata diri dia tertusuk dengan serpihan kaca yang ada di dalam sungai itu dan darah mula mengalir keluar. Kaizo bergerak secara perlahan. Dia kuatkan dirinya untuk berlawan dengan raksasa itu

"Pang, kau lari dari sini" kata Kaizo sambil berjalan di dalam sungai itu "Biar abang hapuskan raksasa itu"

"TAK NAK! BIAR ADIK SAHAJA YANG URUSKAN DIA!"

Raksasa itu masih tidak puas hati lagi kerana tidak dapat hapuskan Kaizo. Kali ini, dia berlari ke arah Kaizo. Kuasa bayang Fang mula timbul di tubuh badannya. Dia tidak akan biarkan abangnya dalam keadaan terseksa kerana kesakitan di badannya. Betapa perit hati Fang melihat keadaan abangnya

"TUSUKAN SERIBU BAYANG!"

Kuasa bayang Fang mula menyerang raksasa itu. Ianya terus tebus di beberapa bahagian badan raksasa air itu. Kaizo tidak larat untuk menyerang raksasa itu dengan kuasa pedang tenaganya. Kedua kakinya mula rebah di dalam air itu. Raksasa tadi menjerit kesakitan akibat terkena serangan Fang tadi tetapi raksasa itu masih lagi mampu bergerak. Ianya tidak begitu mudah sekali untuk dihapuskan. Kaizo mendongak untuk melihat raksasa air itu sudah berada di hadapan matanya

"ABANG! BANGUN!" Jerit Fang sambil berlari di dalam air sungai itu

"Di-din-ding..." Kaizo tidak larat untuk keluarkan kuasanya

Lalu raksasa itu menumbuk kepala Kaizo sehingga menyebabkan Kaizo terhentak kepalanya dengan sebuah batu besar yang ada di dalam air sungai itu. Fang begitu marah sekali dengan raksasa itu. Kaizo masih tidak bangun lagi. Fang menyerang raksasa itu lagi dan kali ini, dia akan pastikan raksasa itu mati

"JAHANAMAN KAU! TUSUKAN JARI BAYANG!"

Fang pastikan serangan dia tepat terkena bahagian jantung raksasa itu. Dia rasa sedikit geram kerana serangan dia hampir terkena jantung raksasa itu tetapi Fang tidak akan berputus asa. Raksasa air itu mula menyerang Fang tetapi dengan kepantasan yang ada dari diri remaja alien itu, dia melompat dan berikan serangan yang seterusnya

"TANGAN BAYANG!"

Kuasa tangan bayang mencengkam tubuh badan raksasa itu dan seterusnya, dia berikan serangan yang terakhir dia iaitu seribu tusukan jari bayang. Setiap tusukan bayang itu terus ke arah jantung raksasa itu. Ianya mula menjerit meronta-ronta. Selang beberapa saat begitu, raksasa itu mula rebah dan akhirnya raksasa itu mati di dalam air sungai. Fang kelihatan penat tetapi dia tidak mahu duduk berehat di situ. Dia terus selamatkan abangnya yang terbaring di dalam air itu. Fang angkat kepala abangnya. Ada kesan darah di bahagian kepala Kaizo

"Abang.. abang.. bangun" Fang peluk kepala abangnya "Adik berjaya hapuskan raksasa tu" Tangisan dia mempunyai Kaizo bergerak sedikit

Tangan Kaizo mula bergerak dan pegang badan adiknya. Fang rasa bersyukur kerana abang dia masih lagi hidup. Dia menolong abangnya bangun dari situ. Pedang tenaga Kaizo tadi sudah disimpan oleh Fang sendiri

"Terima.. kasih... adikku" balas Kaizo. Dia kelihatan lemah tetapi dia sempat berikan senyuman lemah kepada adiknya

Fang memapah abangnya untuk berjalan keluar dari sungai itu. Dia terpaksa mencari jalan keluar dari hutan itu. Dia dan Kaizo berjalan di tepi lereng sungai sehinggalah mereka terjumpa sebuah air terjun. Fang sandarkan abangnya di tepi pokok, sementara dia pergi melihat keadaan di kawasan hutan yang lain. Fang mula perasan dengan sesuatu. Disebalik air terjun itu terdapat sebuah gua besar. Dia pergi masuk ke dalam gua itu untuk melihat keadaan di dalam itu. Dia tidak sangka, dia jumpa pintu keluar dari kawasan hutan ini. Dia berharap ianya adalah pintu keluar dari rumah misteri ini. Fang berlari keluar untuk pergi dapatkan abangnya

"Abang.. adik dah jumpa jalan keluar!"

"Bagus adik..." balas Kaizo dengan nada yang agak lemah "Kau sahaja yang pergi.. tinggalkan abang dekat sini"

"Tak, adik tak kan tinggalkan abang" Fang angkat tangan abang dia dan letakkan di bahagian belakang lehernya "Jom abang.." kata dia

Kaizo tidak larat untuk berkata. Dia terpaksa jalan sambil ditolong oleh adiknya. Mereka bergerak dan lalu di bawah air terjun. Mereka mula berjalan dengan pantas sehinggalah sampai ke sebuah pintu kayu. Fang membuka pintu itu dan akhirnya mereka berada di dalam sebuah bilik tidur. Fang tidak teragak-agak untuk pergi baringkan abangnya di atas katil berwarna putih itu. Cadar katil yang berwarna putih itu terus bertukar warna. Darah Kaizo mula menitis di atas cadar katil tersebut. Fang menangis apabila dia melihat serpihan kaca di badan abangnya. Dia cuba cabut kaca itu dari badan abangnya

"Abang.. abang tahan ok" kata Fang sambil mengesat air matanya

"Jangan Pang.. biarkan" kata Kaizo

"Tapi abang.."

"Jangan tapi tapi... abang hanya mahu melihat wajah kau sahaja" Tangan Kaizo mula mengusap pipi adiknya "Pang, kalau abang sudah tiada.. kau jangan lupakan abang"

"Abang! Adik tidak akan biarkan abang pergi.. adik masih perlukan abang! Adik sudah kehilangan ibu dan ayah. Adik tidak mahu kehilangan abang juga" Fang peluk abangnya "Adik akan hilang arah kalau abang tiada. Jangan tinggalkan adik"

"Abang tahu.. tapi.." Kaizo terdiam seketika. Dia tidak tahu berapa lama dia mampu bertahan "Kita tidak tahu berapa lama kita akan berada di dalam rumah ini. Jadi abang nak adik teruskan cari jalan keluar itu dan tinggalkan abang di sini"

"Tak.. adik hanya mahu berada di sisi abang. Adik tidak akan biarkan abang keseorangan"

"Maafkan aku, Pang" bisik Kaizo "Maafkan aku kalau abang pergi dulu"

"Abang.. jangan cakap macam tu. Adik tahu abang akan sentiasa ada di sisi adik" Tangisan Fang membuatkan Kaizo menangis juga "Jangan tinggalkan adik.. adik sayangkan abang"

"Pang.."

"Yea abang"

"Nyanyikan satu lagi untuk abang" bisik Kaizo "Abang nak dengar suara adik yang sumbang tu"

Fang tergelak di dalam dakapan abangnya. Lalu dia nyanyikan sebuah lagu yang dia pernah dengar sebelum ini. Dia bangun sambil melihat wajah abangnya yang sudah pucat itu. Kaizo kesat sedikit air mata adiknya dengan ibu jarinya. Fang mula bernyanyi di sisi abangnya

https://youtu.be/pSQk-4fddDI

I close my eyes and I can see
The world that's waiting up for me
That I call my own
Through the dark, through the door
Through where no one's been before
But it feels like home

They can say, they can say it all sounds crazy
They can say, they can say I've lost my mind
I don't care, I don't care, so call me crazy
We can live in a world that we design

'Cause every night I lie in bed
The brightest colors fill my head
A million dreams are keeping me awake
I think of what the world could be
A vision of the one I see
A million dreams is all it's gonna take
A million dreams for the world we're gonna make

There's a house we can build
Every room inside is filled
With things from far away
The special things I compile
Each one there to make you smile
On a rainy day

They can say, they can say it all sounds crazy
They can say, they can say we've lost our minds
I don't care, I don't care if they call us crazy
Runaway to a world that we design

Every night I lie in bed
The brightest colors fill my head
A million dreams are keeping me awake
I think of what the world could be
A vision of the one I see
A million dreams is all it's gonna take
A million dreams for the world we're gonna make

However big, however small
Let me be part of it all
Share your dreams with me
You may be right, you may be wrong
But say that you'll bring me along
To the world you see
To the world I close my eyes to see
I close my eyes to see

Every night I lie in bed
The brightest colors fill my head
A million dreams are keeping me awake
A million dreams, a million dreams
I think of what the world could be
A vision of the one I see
A million dreams is all it's gonna take
A million dreams for the world we're gonna make

For the world we're gonna make

Sebaik sahaja Fang tamatkan nyanyian dia, mata Kaizo mula tertutup

"Abang.. bangun abang" Fang gerak-gerakkan badan abangnya "Abang.. abang dengar tak adik nyanyi tadi?"

Mata Kaizo masih lagi tertutup. Dia masih lagi hidup cuma pernafasan dia sudah semakin lemah

"ABANG! BANGUN! JANGAN TINGGALKAN ADIK!" Fang meraung di situ "ABANG! JANGAN TINGGALKAN ADIK! ADIK PERLUKAN ABANG! ADIK TIDAK MAHU KESEORANGAN! ABANGGGGG!"

Kaizo masih tidak terjaga. Fang peluk kepala abangnya. Dia mengusap kepala abangnya. Dia menangis seorang diri di dalam bilik itu. Suasana bilik itu bertukar menjadi suram. Hanya tangisan Fang sahaja yang ada

"Abang.. adik sayangkan abang. Kalau abang takde, macam mana adik nak teruskan kehidupan adik tanpa abang. Siapa lagi nak buli adik lepas ni? Siapa lagi nak sekeh kepala adik atau tepuk kepala adik? Siapa lagi adik nak bermanja? Kehidupan adik akan sunyi selepas ini. Please abang, jangan tinggalkan adik... adik merayu dekat abang. Bangunlah abang, bukalah mata abang tu. Adik akan sunyi selepas ini... adik sayangkan abang"

Fang tidak larat untuk menangis lagi. Dia kucup dahi abang dan pada saat itu, badan abang dia mula bertukar menjadi angin. Sedikit demi sedikit, tubuh badan Kaizo mula hilang. Fang cepat-cepat memeluk tubuh badan abangnya tetapi akhir, dia hanya dapat memeluk angin sahaja. Kaizo sudah tiada di dalam bilik itu. Hanya tinggal Fang seorang sahaja di situ

"ABANGGGGGGGGGGGGG!"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari sudah berganti malam pada waktu itu. Kedai Tok Aba masih lagi belum ditutup. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying ada di situ bersama dengan Lynna. Mereka masih lagi berusaha untuk mengesan dimanakah Fang dan Kaizo berada. Petang tadi, Lynna sudah mengarahkan Bella, Faye dan Lily untuk jemput Idoli dari sekolah. Dia tidak benarkan mereka bertiga beritahu perkara yang sebenarnya kepada Idoli. Dia hanya suruh mereka bertiga pulang ke rumah selepas sahaja mengambil Idoli dari sekolah. Lily si anak kecil pula, Lynna sudah menghantar si anak kecil itu pulang ke dunia dia sebelum dia pergi mencari ke mana Fang dan Kaizo dibawa pergi

"Kak Lynna.. masih tak dapat cari mereka?" tanya Boboiboy

"Belum Boboiboy.. maafkan akak kerana gagal untuk menjumpai mereka" Lynna kecewa sedikit pada ketika itu

"Lynna.. kalau kamu tidak dapat mencari mereka hari ini, esok ada lagi. Eloklah kalau kamu semua pergi rehat dan tenangkan pemikiran tu"

"Terima kasih Tok Aba" balas Lynna dengan sedikit senyumannya

"Bukannya apa, atuk cuma risaukan tentang kesihatan kamu. Atuk tahu kamu semua risau tentang mereka tapi jangan abaikan kesihatan korang" tegur Tok Aba dengan nada yang lembut "Esok nanti, kamu berempat jangan nak ponteng sekolah macam hari ni"

"Hehehehe.. maaf Tok Aba" Boboiboy tersengih sambil garu kepalanya "Kak Lynna, kita sambung esok sahaja"

"Baiklah, kita sambung esok tapi biarkan akak cari sendiri sementara kamu semua pergi ke sekolah tengahari esok. Mungkin akak akan pergi ke stesen TAPOPS untuk minta bantuan daripada Komander Kokoci"

"Nanti hubungi kita orang kalau kak Lynna jumpa sesuatu"

"Yea Yaya, akak akan hubungi kamu semua" kata Lynna kepada Yaya "Sampai sekarang kita masih tidak dapat petunjuk dari mereka berdua.. akak harap Kaizo dan Fang dalam keadaan selamat"

"Mereka selamat" balas Boboiboy

"Yolah.. mereka berdua sangat handal dalam bab berlawan. Lebih-lebih lagi si abang Kaizo tu"

"Ha ah, betul tu Ying"

"Ala Boboiboy, kau pun sama hebat macam abang Kaizo. Mana taknya, abang Kaizo kan suka puji kau lebih daripada si Fang tu" kata Gopal

"Dia pun mesti ada puji Fang jugakan" Ochobot berikan hot chocolate kepada Gopal

"Hmm.. tak pernah pulak aku nampak Fang kena puji dari abang dia sendiri"

"Setiap orang lain caranya" kata Lynna kepada Boboiboy "Kaizo tidak akan berikan kata-kata pujian kepada Fang tapi adik dia tahu, Kaizo tetap bangga dengan pencapaian adiknya. Contohnya, Kaizo selalu buli adiknya tapi sebenarnya dia sayangkan adiknya. Fang pula, merungut macam mana pun dia, Fang akan tetap merasai kasih sayang dia dari abangnya. Dia sudah memahami diri masing-masing"

"Hehee.. betul ke kak Lynna" Boboiboy angguk kepalanya sebagai tanda setuju

"ABANG PAIZO!"

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Lynna pusing kebelakang. Mereka terkejut melihat Kaizo terbaring di tengah-tengah hadapan kedai Tok Aba dengan keadaan yang amat menyedihkan. Rizu ada di situ kerana dia ingin memberikan makanan kepada mereka. Dia tahu apa yang terjadi dengan abang angkatnya. Dia mahu berikan pertolongan tetapi dia tidak tahu bagaimana. Jadi dia menyuruh ibunya membuatkan bihun goreng untuk mereka semua. Sebaik sahaja dia tiba di taman, dia tidak sangka dia melihat Kaizo dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kepala Kaizo ada kesan darah dan serpihan kaca di bahagian tepi badannya masih lagi belum dicabut. Darah di merata-rata tempat terutama sekali di bahagian baju Kaizo

"ABANG KAIZO!"

"KAIZO!"

Mereka berlima berlari ke arah Kaizo. Tok Aba cepat-cepat mengambil sehelai kain bersih dan juga mangkuk berisikan air untuk cuci luka-luka Kaizo. Yaya dan Ying berpelukan kerana tidak sanggup melihat keadaan Kaizo yang begitu teruk itu. Gopal tidak terkata apa. Dia masih lagi dalam keadaan terkejut. Suasana terus bertukar menjadi suram

"Kaizo.. mana Fang?" tanya Lynna

"Tak kan abang Kaizo sahaja yang balik ke sini. Apa terjadi dengan Fang?"

"Tak tahulah Boboiboy, akak tak tahu" Lynna tidak mahu menangis di situ. Dia tahan dirinya dan terus kuatkan diri dia "Apa yang berlaku sebenarnya?"

"Kak Lynna.. abang Paizo masih hidup lagi ke?"

"Yea, dia masih hidup lagi cuma.. pernafasan dia sudah lemah" Lynna merasai nadi di pergelangan tangan Kaizo "Akak kena hantar dia ke hospital dengan segera. Kalau tidak, kita tidak akan dapat selamatkan dia"

"Kak Lynna, gunalah kuasa akak. Mesti dia akan pulih"

"Tidak semudah itu Ying. Kuasa healing itu bukan kuasa akak. Kawan akak ada beritahu, kuasa itu akan muncul apabila kuasa akak bergabung dengan kristal yang ada pada diri Kaizo" Lynna mengusap pipi Kaizo yang ada kesan darah itu. Tok Aba berikan sehelai kain bersih kepada Lynna untuk bersihkan kesan-kesan darah itu. Kain itu sudah dibasahi dengan air "Terima kasih Tok Aba"

"Lynna, kau harus pergi sekarang.. selamatkan nyawa dia"

"Baik Tok Aba"

Lynna lap pipi Kaizo sambil teleportasikan diri dia dan Kaizo untuk pergi ke hospital. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying pandang satu sama lain. Mereka semua berfikiran sama soalan pada ketika itu, dimanakah Fang berada sekarang? Bagaimana hendak selamatkan Fang?

"Abang Paizo akan selamat ke?" tanya Rizu dengan tangisan kecilnya

"Dia akan selamat" balas Boboiboy "Dia akan selamat. Fang juga pasti akan selamat. Mana kau Fang? Berikan kami petunjuk dimana kau berada sekarang ini" bisik Boboiboy sambil melihat langit yang gelap itu

---------------------------------------------------------------------

Hehee... sesiapa yang perasan tadi xD maaf.. akak pergi upload dekat season 3 pula :P maaf maaf... yang tak perasan tu, abaikan sahaja xD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top