Romantik

Lantai dapur sudah siap di mop. Lantai di bahagian ruang tamu sudah siap di mop juga. Bahagian yang lantai kotor dan hitam, dia sudah sental sehingga hilang kekotoran itu tanggal. Sekarang hanya tinggal untuk berehat sahaja. Fang sudah cukup berpuas hati kerana rumah dia pada hari ini nampak begitu kemas dan bersih. Semenjak awal pagi tadi lagi, dia sudah menghalau abang dia, sepupu dia dan juga Idoli keluar dari rumah. Kucing dia dua ekor, mereka berdua begitu sopan dan tidak menganggu Fang. Mereka hanya tidur di atas katil Idoli sahaja

"Akhirnya! Aku boleh rehat!" Fang menguap besar sambil menyimpan baldi dan sebatang mop di dalam bilik stor "Bolehlah aku tidur lepas ni" Lalu dia bau badan dia "Errr.. bau busuk!"

Fang dengan pantasnya, dia berlari naik ke tingkat atas dan terus masuk ke dalam bilik air. Dia mahu diri dia bersih dan wangi. Sewaktu Fang sedang sibuk mandi, Kaizo sudah pulang ke rumah dengan sebuah plastik makanan. Faye dan Idoli tiada bersama Kaizo kerana mereka berdua sudah pergi menonton movie di pawagam. Seperti biasa, Idoli ingin menonton movie hantu

"Bersih, wangi, kemas.. bagus budak Pang ni" Kaizo masuk ke dalam rumah itu secara berhati-hati supaya dia tidak berikan kotoran pada bahagian lantai rumah tersebut "Mana si budak Pang tu? Tidur ke budak tu? Aku sudah belikan donut lobak merah untuk dia sebagai ganjaran"

Tidak sampai seminit dia sudah lari turun ke bawah dengan sehelai tuala ikat di sekeliling pinggangnya. Fang boleh bau donut itu dari bilik air lagi. Kaizo tidak terasa terkejut dengan sikap adiknya terhadap donut lobak merah

"Hehehee.. donut lobak merah!" Tangan Fang terkapai-kapai untuk mengambil plastik makanan itu dari abang dia

"Kau ni.. PERGILAH MANDI DULU!"

"Hehehe.. baik abang tapi..." Fang mula buat muka comel kepada abangnya "Adik nak ambil satu boleh?"

Kaizo tepuk kepala adiknya. Fang faham maksudnya, dia terpaksa naik ke atas semula untuk sambung mandi. Kaizo tidak mengerti kenapa adik dia terlampau suka sangat dengan donut lobak merah? Bagi dia, rasa donut itu biasa sahaja dan bagi diri dia, sup lobak merah lebih sedap daripada donut itu. Tekak dia teringin pula hendak makan sup kegemaran dia

"Aku suruh dia buatkan untuk aku nanti" bisik Kaizo sambil masuk ke dalam dapur

Secara tidak langsung, Kaizo tergelincir jatuh kerana permukaan lantai dapur itu terlampau licin. Donut-donut di dalam beg plastik itu masih selamat tetapi kaki kanan Kaizo terseliuh sedikit. Siku dia terkena lantai dapur dan mengakibatkan siku rasa sakit sedikit. Kepala dia terhantuk pada lantai di bahagian luar dapur. Kaizo cuba bangunkan diri dia tetapi kesakitan di kakinya, membuatkan dia tidak mampu untuk bangun

"PANG! TOLONG ABANG!"

Pintu bilik Fang masih tertutup rapat. Mungkin adik dia masih sibuk mandi, fikir Kaizo. Dia tidak mahu menunggu adiknya habis mandi, lalu dia menghubungi Lynna untuk datang dengan segera. Lynna tidak menjawab panggilannya

"Dia masih marah dengan aku lagi ke"

Kaizo baringkan balik diri dia di atas lantai dapur itu. Dia mula berfikir, bagaimana dia hendak memujuk Lynna. Hanya kerana dia lupa temu janji mereka di sebuah cafe yang baru dibuka, Lynna terus merajuk. Agak lama juga Lynna menunggu Kaizo. Boleh dikatakan 2 jam dia tunggu di cafe itu seorang diri. Kaizo pula, dia sibuk dengan sesi latihan tempurnya di kapal angkasa dia sendiri. Pada ketika itu, dia langsung tidak terfikir tentang temu janji itu. Dia tidak menghubungi Lynna dan teruskan sahaja dengan latihannya. Keesokan harinya, Lynna datang ke rumah dan Kaizo pula, dia masih lagi tidak ingat tentang temu janjinya semalam. Lalu mereka bergaduh. Sampai sekarang Lynna masih merajuk dan tidak datang ke Pulau Rintis lagi

"Hmm... aku bukannya jenis reti nak pujuk orang. Yang aku tahu adalah bagaimana hendak menjadi seorang kapten yang terhebat"

"DONUT LOBAK MERAH!"

Kaizo terus dudukkan dirinya. Kaki dia masih lagi sakit. Dia perhatikan sahaja adik dia turun dari tingkat atas terus ke tingkat bawah. Riak wajah dia kelihatan ceria kerana tidak sabar untuk menikmati donut kegemarannya. Fang terus berhenti sebaik sahaja dia berada di hadapan muka pintu dapur. Dia rasa hairan kenapa abang dia duduk di atas lantai?

"Abang kenapa?"

"Pang, kau tolong abang" kata Kaizo tanpa menjawab soalan Fang tadi "Kaki abang terseliuh sebab lantai ni licin sangat. Kau cuci lantai sampai licin kenapa?"

"Sebab adik nak hilangkan kotoran degil dekat lantai rumah kita ni!" Fang bangunkan abang dia dan memimpin abang dia ke kerusi sofa "Adik tak naklah rumah kita ni kotor. Adik kenalah bersihkan. Kalau tidak, nanti abang juga yang bising sebab rumah kita ni kotor sangat"

"Hmm.. yelah tapi janganlah terlampau licin sangat lantai tu"

Kaizo duduk di atas kerusi sofa itu. Kaki kanan dia di angkat oleh Fang dan letakkan di atas meja ruang tamu. Dia bawah kaki kanan dia, adiknya sudah letakkan sebuah bantal cushion. Fang duduk di atas meja ruang tamu itu, bersebelahan dengan kaki abangnya. Dia menatap wajah abangnya dengan perasaan curiga sedikit

"Abang, kenapa adik nampak abang ni macam sedih aje"

"Aku nampak sedih ke?" Kaizo cuba sembunyikan perasaan sedih dia sedikit. Dia memaksa bibirnya untuk senyum sedikit "Abang mana ada sedih, abang ok aje ni"

"Yelah tu" Fang tetap menatap wajah abangnya begitu lama sekali "Adik tahu.. itu adalah senyuman paksa abang. Baik abang cerita dekat adik, sebelum adik pergi siasat kenapa abang tengah sedih"

"Hmm.. kau boleh ke tolong aku?"

"Tolong apa abang?" Tiba-tiba Fang teringat tentang donut lobak merah dia "Kejap yea abang, adik nak pergi ambik donut jap. Nanti adik datang balik, lepas tu abang boleh sambung kisah sedih abang tu"

Fang kutip beg plastik yang berada di atas permukaan lantai dapur itu. Dia melihat isi di dalamnya. Donut-donut kesayangan dia masih lagi dalam keadaan selamat di makan. Fang mencapai sebiji donut lobak merah dan terus ke ruang tamu bersama beg plastik tersebut. Dia kembali di tempat duduk asalnya

"Ok abang, cerita dekat adik kisah sedih abang tu"

Lalu Kaizo ceritakan kisah tentang Lynna merajuk dengan diri dia. Fang begitu tekun mendengar cerita itu sambil makan donut lobak merah dia, sebiji demi sebiji. Dia angguk kepalanya sahaja

"Begitulah kisahnya. Kau ada apa-apa pendapat ke?"

"Jadi..." Fang kunyah sedikit donutnya dan lalu dia telan "Abang sampai sekarang tak minta maaf dekat kak Lynna ke?"

"Err.. belum"

"Patutlah dia merajuk" Fang gelengkan kepala dia "Abang, abang.. minta maaflah dekat dia. Jangan buat tak tahu sahaja. Abang kena tahu, perempuan ni, hati dia lain daripada kita. Dia akan merajuk sampai bila-bila selagi kita tak minta maaf dan jangan ulangi kesilapan kita itu lagi! Tapi... kalau abang nak minta maaf, abang kena buat cara yang paling mengejutkan supaya hati dia terbuka untuk maafkan abang. Bukan hanya sekadar perkataan minta maaf sahaja.. hehehe"

"Hmm.. kau ni macam pernah buat budak perempuan merajuk aje" Kaizo perhatikan adik dia sambil mengangkat kening sebelah "Kau tengah bercinta ke sekarang ni?"

"Mana adalah abang!" marah Fang "Adik masih kecil lagi, mana tahu bab-bab cinta ni. Adik tahu tu pun sebab adik kan ada kawan perempuan.. hehehe.. sekarang ini, kita buat satu rancangan untuk memujuk hati kak Lynna yang sedang merajuk tu"

"Macam-macam rancangan kau ada" bisik Kaizo

"Abang nak minta pertolongan dari adik ke tak ni?"

"Nak" balas Kaizo walaupun sebenarnya hati dia tidak mahu pertolongan dari sesiapa, terutama sekali dari adik dia sendiri "Tapi kau jangan nak buat rancangan melampau pula"

"Adik tidak akan buat begitu" Fang bangunkan diri dia "Adik akan minta pertolongan dari kawan-kawan adik dan juga Faye. Kami akan menolong abang bagaimana untuk menjadi the perfect gentleman. Hati dia akan terus cari dan segala kemarahan dia terhadap abang akan hilang terus!"

"Sekarang ni abang tak nampak gentleman sangat ke?"

"Tak" balas Fang

Kaizo setuju sangat dengan rancangan adik dia. Kaizo akan lakukan apa sahaja untuk memujuk hati Lynna yang sedang merajuk itu. Dia bukanlah seseorang yang suka memujuk hati seseorang seperti adik dia sendiri. Jikalau adik dia merajuk, dia akan berikan hadiah sahaja ataupun donut lobak merah untuk gembirakan hati adiknya. Lain pula jikalau hati seorang perempuan sedang merajuk. Dia tidak pernah melalui situasi begini sebelum ini. Kalau tentang pergaduhan, ada kalanya, dia akan pergi bertapa di dalam bilik ataupun di kapal angkasa dia sendiri. Dia tidak pasti bagaimana dia dan Lynna boleh selesaikan perselisihan mereka. Kaizo malas hendak fikir panjang lagi. Sekarang ini dia hanya perlu tumpukan bagaimana hendak memujuk Lynna

"Abang"

"Kau nak apa lagi?"

"Kita kena bertindak cepat! Sebelum kak Lynna di pujuk oleh lelaki lain"

"APA YANG KAU MENGARUT TU!" Kaizo begitu marah sekali sehingga membuat dia berdiri dan abaikan rasa kesakitan di kaki kanannya

"Hehehe... abang marah tu" Fang ketawa sedikit

"Mestilah marah... adeh, sakit kaki aku ni" Kaizo kembali duduk dan angkat kaki kanan dia secara perlahan. Dia letakkan kaki kanannya di atas bantal cushion tersebut "Pang, kau pergilah panggil kawan-kawan kau, dan kita mulakan berbincang pada hari ini juga"

"Baik abang ku!"

Fang dengan gembiranya, dia terus menghubungi kawan-kawannya dan juga Faye untuk mengadakan perbincangan nanti. Dia juga perlu jemput seseorang kerana orang itu adalah mahir dalam hal-hal berkaitan dengan perempuan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kawan-kawan Fang sudah berkumpul di ruang tamu rumah dia. Faye juga sudah pulang ke rumah bersama dengan Idoli. Si anak kucing alien itu rasa sedih kerana tidak dapat menonton filem seram tadi sehingga habis kerana dia sudah diheret pulang. Idoli pula merajuk dan menangis di dalam biliknya. Dia berguling-guling menangis di atas katil sambil meraung begitu kuat sekali. Faye terpaksa memujuk Idoli dengan berjanji, dia akan belikan mainan baru untuk Idoli. Terus Idoli berhenti menangis kerana dapat mainan baru nanti

"Ok, semua ada dekat sini" Fang melihat satu per satu kawan-kawan dia "Eh.. mana si pelik tu? Abang aku dah halau dia balik ke?"

"Dia memang tak dapat nak datang sebab dia kena perintah berkurung" jawab Bella

"Perintah berkurung? Kenapa pula?" soal Boboiboy sambil garu-garu kepalanya

"Parents Lily tak bagi dapat ke sini sebab dia kena study untuk exam akhir tahun. Selagi exam belum start lagi, selagi itulah dia tak boleh datang ke sini. Bila dah habis nanti, baru dia boleh merayap ke sini" jelas Bella "Bertabahlah Lily, aku akan ceritakan semua kisah-kisah yang berlaku di sini semasa ketiadaan kau nanti"

"Oh bunga hatiku, jangan lupakan kami di sini terutama aku, Momoki"

"Apasal si Momoki ada di sini juga?" Kaizo berjalan terhenjut-henjut keluar dari dapur

"Sebab dia pakar dalam hal-hal perempuan" balas Fang "Baiklah, mari kita mulakan perbincangan kita hari ini"

"Perbincangan apa yang kau nak bincangkan?"

"Begini Yaya, perbincangan ini adalah tentang abang aku dan kak Lynna. Abang aku buat kak Lynna merajuk. Hari tu dia orang bergaduh dan kak Lynna marah dekat abang aku sampai sekarang"

"Ohh.. hal hubungan dia orang ni" Yaya angguk kepalanya "Jangan risau abang Kaizo, kami setia membantu abang Kaizo"

Bella dan Faye terus tersenyum lebar kerana dapat peluang untuk menghasil sesuatu yang romantik kepada mereka berdua. Mata mereka bersinar-sinar bagaikan dapat sinar harapan dari seseorang. Rugi Lily tiada di sini, tak dapat nak menjadi saksi kisah romantik Kaizo dan Lynna, kebetulan mereka berdua berfikiran sama. Momoki mula fikirkan sesuatu yang romantik dan sesuai untuk pasangan itu

"Ala, senang aje nak selesaikan masalah ini" kata Gopal secara tiba-tiba "Abang Kaizo masak aje untuk kak Lynna. Mesti kak Lynna akan minta maaf punya"

"Tapi masalahnya, masakan abang aku tu masin! Tak sedap langsung!"

Kaizo ketuk kepala adiknya kerana katakan makanan dia tidak sedap

"Kapten Kaizo"

"Yea Momoki, kau nak apa?"

"Saya ada soalan untuk Kapten Kaizo" Momoki bangun dari kerusi dia "Kapten Kaizo ada tak minta maaf dekat sang puteri Lynna?"

"Takde" jawab Kaizo "Aku biarkan kemarahan dia reda sahaja. Lama-lama nanti, dia akan ok balik"

Yaya, Ying, Bella dan Faye gelengkan kepala sahaja

"Itu adalah satu kesilapan besar" kata Momoki "Hati perempuan ni memang sukar hendak di fahami tetapi kita sebagai seorang lelaki, perlu jaga perasaan hati dia. Kalau boleh, Kapten Kaizo kurangkan ego yang ada di dalam diri itu. Minta maaf sahaja. Benda yang senang sahajakan tetapi Kapten Kaizo biarkan sahaja tanpa membuat apa-apa. Jadi, saya bagi satu cadangan, bawalah dia ke tempat yang romatik supaya kemarahan dia berubah menjadi ceria. Buatlah sesuatu yang sangat bermakna bagi diri dia, apatah lagi untuk diri Kapten Kaizo sendiri. Sebuah memori yang cukup indah sekali"

"Jadi, kau nak suruh aku bawa ke kapal angkasa dan terus minta maaf dekat dia?"

"Kapal angkasa sahaja tidak mencukupi" kata Momoki lagi "Lagipun Kapten Kaizo selalu bawa dia ke kapal angkasa untuk mengadakan sesi latihan tempur. Jadi kita ke tempat yang lebih istimewa dan penuh makna sekali"

"Aku tahu!" kata Faye sambil angkat tangan dia "Dekat planet ni, banyak tempat yang romantik. Boleh gunakan dekat rumah agam ataupun istana yang lawa-lawa ataupun berkelah tepi pantai di waktu malam.. bestnya!"

"Tak pun abang Kaizo hiaskan satu taman dengan bunga kegemaran kak Lynna, mesti hati kak Lynna teruja melihat keindahan taman itu" kata Bella

"SERONOKNYA!" Bella dan Faye berpegang tangan sambil menjerit "SUNGGUH ROMANTIK!"

Yaya dan Ying terbayangkan apa yang dikatakan oleh Bella dan Faye tadi. Memang sangat indah sekali. Boboiboy, Fang, Gopal dan Harraz tersengih sedikit kerana tidak memahami sikap budak perempuan. Mereka bukanlah budak lelaki yang minat tentang romantik ini

"Memang sangat romantik" kata Momoki "Aku kagum dengan idea-idea dari kamu berdua"

"Terima kasih Momoki!" kata Bella dan Faye secara serentak

"Hmmm... abang Kaizo kalau tak nak masak, boleh aje abang Kaizo nyanyikan sebuah lagu untuk kak Lynna" cadang Boboiboy "Kak Lynna mesti suka"

Kaizo terbayang dia nyanyikan sebuah lagu rock untuk Lynna. Adakah Lynna akan suka dengan lagu itu nanti? Dia bukanlah seorang kapten yang suka dengan lagu jiwang, dia minat dengan lagu rock sebab sikap dia yang ganas itu. Personaliti Kaizo dan Lynna amat berbeza tetapi saling memahami dan menghormati antara satu sama lain

"Agaknya, idea apa Lily akan bagi yea kalau dia ada dekat sini?" Faye mula terbayangkan wajah Lily yang sentiasa ceria itu "Mesti dia suruh abang Kaizo pergi belikan anak itik dan hadiahkan kepada kak Lynna"

"Anak itik tak best" muncul Idoli di ruang tamu itu "ANAK KUCING LAGI BEST!" Dia anak patung kucing dan tunjukkan di depan muka Faye "Anak kucing best! Abang Kaizo bagilah anak kucing dekat kak Lynna sebab kak Lynna suka kucing!"

"Best gak bagi hadiah ni" Bella angguk kepalanya "Tapi kalau bagi hadiah sebagai minta maaf rasa kurang romantik"

"Asalkan aku dah minta maaf" kata Kaizo

"Aku sudah fikirkan bagaimana hendak memujuk hati sang puteri" Momoki tersenyum bangga kerana bagi dia, rancangan dia sudah tentu paling gempak "Kita tak perlukan istana seperti di dunia sana ataupun sebuah kapal angkasa yang berada di luar sana. Kita hanya perlukan sebuah rumah agam yang ada kolam renang sahaja"

"Kenapa?" soal Yaya "Mana boleh buat begitu"

"Jangan bimbang sang gadis ayu. Idea aku sebenarnya begini... kolam renang itu kita taburkan dengan kelopak-kelopak bunga, dan di hujung kolam renang itu terdapat sebuah meja dan dua kerusi berwarna putih. Alunan muzik dimainkan pada ketika itu. Makanan sedap akan dihidangkan oleh sang pelayan. Makanan itu sendiri mungkin kita akan suruh Kapten Kaizo masak"

"Tapi.. masakan abang Kaizo" Boboiboy tersengih sedikit "Sangat menyedihkan"

"Betul kata si Boboiboy ni. Masakan aku boleh dikatakan tidak menyelerakan langsung tapi si Pang ni akan makan sahaja masakan aku walaupun masin"

"Itu sebab adik nak ambil hati abang" kata Fang sambil bersilang tangan "Kalau adik tak makan, mesti kena marah"

"Aku ada satu lagi idea!"

"Apa dia Harraz?"

"Begini Ying" Harraz rasa malu hendak berikan cadangan dia tetapi dia beranikan diri untuk berikan idea dia tersendiri "Kita buat satu musical. Maksud aku, kita semua nyanyi satu lagu khas untuk mereka berdua. Lagu kegemaran kak Lynna ataupun lagu kegemaran abang Kaizo"

Kaizo cuba bayangkan mereka semua membuat sebuah persembahan lagu rock. Dia tidak dapat bayangkan reaksi Lynna nanti. Adakah Lynna akan suka ataupun tidak? fikir Kaizo

"Idea yang bagus, Harraz" kata Momoki sambil berikan senyuman menawan dia "Tapi kita ubahkan idea itu. Kita akan suruh Kapten Kaizo sahaja yang nyanyikan sebuah lagu kegemaran sang puteri Lynna. Kita tak perlukan persembahan kerana ini masalah Kapten Kaizo sahaja. Tak perlulah orang lain tumpang sekali. Kita cuma membantu sahaja"

"Ok juga tu, Momoki" Fang angguk tanda setuju "Ok, kita kena maklumat apakah lagu kegemaran kak Lynna"

"Kita juga perlu ajar Kapten Kaizo memasak" Momoki mula bagi cadangan dia lagi "Semua makanan tersebut adalah makanan kegemaran sang puteri. Kalau nak letak sup lobak merah pun boleh juga. Kita bagi sama rata"

Kaizo hanya angguk sahaja. Dia setuju dengan semua cadangan mereka tetapi dia kurang setuju tentang mengajar dia memasak. Tak boleh ke mereka belikan sahaja makanan ataupun mereka masakan untuk dia dan Lynna, fikir Kaizo

"Pastu abang Kaizo kena berikan sejambak bunga dekat kak Lynna" Idoli pula berikan cadangan

"Dan kita perlu carikan pakaian yang sesuai untuk abang Kaizo" Kali ini Faye pula berikan cadangan "Mesti ada tari-menari nanti! WUUU! BESTNYA!"

"Wah, aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan pada hari itu nanti" Yaya terus mendongak sedikit sambil bayangkan keindahan kejutan Kaizo kepada Lynna nanti "Sangat romantik"

"Tahu takpe, Yaya" kata Ying

"Ok, semua setuju dengan rancangan ini?" tanya Fang dengan penuh semangat

"Aku ok aje" kata Boboiboy

"Aku pun!" kata pula Gopal

"KAMI PUN OK AJE!" jerit budak-budak perempuan yang ada di dalam rumah itu

"Idoli NAK ANAK KUCING!"

Mata mereka terkebil-kebil sambil melihat Idoli yang tiba-tiba sahaja nak anak kucing. Lalu mereka tergelak sedikit kecuali Kaizo. Dia hanya fikirkan, adakah rancangan mereka akan gagal ataupun tidak? Dia berharap dia dapat kemaafan daripada Lynna. Pada masa yang sama, dia terfikir juga tentang masa hadapan mereka berdua. Apa yang akan terjadi nanti? Adakah Lynna akan terima dengan pemergian dia nanti? Mungkin juga hati Lynna akan terluka. Dia tidak tahu apa yang berlaku nanti. Apa yang dia harapkan, semoga Lynna faham kenapa dia perlu pergi. Kalau dia buat Lynna tunggu kepulangan dia dan Kaizo masih tidak pulang ke bumi, mungkin juga hati Lynna menjadi bertambah sedih. Dia tidak mahu membuat Lynna sedih. Dia tidak mahu Lynna tunggu dan dia akan lepaskan Lynna jikalau ada orang lain membuat hati sang gadis itu kembali ceria

"Ok, masa untuk bahagikan kerja" Momoki seperti ketua di dalam misi itu "Baiklah, Boboiboy dan Gopal.. kamu berdua, cari maklumat tentang makanan kegemaran sang puteri. Kalau sudah dapat, berikan kepada Yaya, Ying dan Bella. Mereka bertiga akan bantu Kapten Kaizo untuk membuat persediaan makanan tersebut. Faye.. kamu pula, cari pakaian yang sesuai untuk Kapten Kaizo"

"Bagaimana dengan lagu kegemaran kak Lynna?"

"Itu tidak perlu risau, Boboiboy. Biar aku uruskan tentang lagu dan tempat yang romantik" kata Momoki "Oh yea, Bella.. cari maklumat tentang bunga kegemaran sang puteri"

"Idoli pula?"

"Err... Idoli pergi main dengan Rizu sahaja" Momoki terpaksa tersengih sedikit kepada Idoli "Mana dia? Rizu tak datang ke hari ini?"

"Abang Pizu ada dekat rumah kawan baik dia" balas Idoli "Takpelah, Idoli main sorang-sorang dekat dalam bilik. Main dengan Pikachu dan Shadow ajelah"

Idoli berjalan masuk ke dalam bilik dia dengan perasaan sedih. Faye mengajak Bella untuk pergi bermain dengan Idoli

"Jadi, aku pergi buat apa?" tanya Kaizo

"Harraz akan ajar Kapten Kaizo table manner semasa makan, bagaimana menjadi perfect gentleman dan juga tari-menari nanti. Itu pun kalau ada tetapi ini sebagai persediaan sahaja. Satu lagi, Kapten Kaizo perlu bantu aku cari lagu kegemaran tuan puteri"

"Baiklah, aku akan carikan lagu itu" kata Kaizo kepada Momoki "Kamu semua boleh bersurai dan jalankan kerja masing-masing"

"BAIK KAPTEN!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu, Boboiboy dan Gopal sudah kembali di rumah Fang. Mereka sudah mengenalpasti makanan kegemaran Lynna. Boboiboy dan Gopal telah meminta bantuan daripada kawan-kawan Lynna. Mereka menghubungi kawan-kawan Lynna secara senyap

"Jadi, apa makanan kegemaran dia?" soal Fang

Mereka kini berada di dalam dapur. Fang sibuk sediakan makanan malam untuk abang dia. Kadang-kala Fang rasakan abang dia hidup seperti seorang raja. Tak perlu masak, tak perlu bersihkan rumah, hanya berehat dan jalankan latihan tempur di kapal angkasa sahaja. Kalau ada misi, abang dia akan pergi dan akan kembali dalam masa beberapa hari. Itu sahajalah kerja abang dia

"Hehehe.. kak Lynna kan suka makan yang ada kaitan dengan kacang merah seperti pau kacang merah" balas Gopal "Sedap juga kalau dapat makan pau sekarang ni"

"Kau sangat bertuah Gopal sebab peti sejuk aku ada pau tapi kena kukuskan dulu" Fang terus buka peti sejuk di bahagian atas dan keluarkan sebungkus pau. Di dalam bungkusan itu ada 16 biji pau kacang merah "Kau nak tak?"

"Hehehe.. mestilah nak" Gopal tersengih-sengih kerana dapat makan pau "Baik pula kau hari ni"

"Tau takpe Gopal tapi aku tak naklah fikirkan yang bukan-bukan" kata Boboiboy

"Aku baik sebab aku memang baik pun" Fang membuka bungkusan itu. Selepas itu, dia keluarkan alat eletrik pengukus di dalam kabinet yang terdapat alat elektrik lain "Oh, selain daripada kacang merah, apa lagi kak Lynna suka?"

"Selain daripada itu, dia suka makan mee kari tapi... sesuai ke untuk rancangan kita ni?"

"Hmm.. itu kita tanya si Momoki tu. Dia tu pakar dalam hal-hal romantik" kata Fang kepada Boboiboy. Satu per satu pau kacang merah dia susun di dalam bekas alat pengukus "Kau tengoklah dia dekat sekolah, hampir setiap pelajar perempuan dekat sekolah kita, semuanya tergila-gilakan dia dan tiada seorang pun yang kecil hati. Dia orang semua di layan sama rata"

"Hehehe.. hebat betul si Momoki tu" kata Boboiboy "Tapi aku masih tak percaya perangai dia macam tu sebab masa pertama kali kita kenal dia, si Momoki hanya tahu nak singkirkan abang Kaizo sahaja"

"Tahu takpe" balas Fang

"Agaknya apa yang buat dia berubah fikiran yea" Gopal terus fikirkan bagaimana dan apakah yang membuat Momoki berubah hati "Yelah, bila dia berhenti jadi orang gila nak bunuh abang kau tu, terus dia jadi lelaki romantik.. hehehe.. tak dapat aku bayangkan"

"Ada orang nasihatkan dia lah tu. Sekarang ni pun, dia sudah mula sertai pasukan TAPOPS. Lagi sukalah si Kommander Kokoci tu" Fang tutup bekas pengukus "Sudah sudah.. kita tak perlu bincangkan pasal si Momoki tu. Sekarang ni, kita bincangkan tentang rancangan kita. Aku terfikir, kalau kita mulakan makanan mereka dengan makanan ringan macam sup"

"Ohh.. maksud kau macam three course meal!" Gopal terus bersemangat "Mula-mula appetizer, lepas tu main course dan last sekali adalah dessert!"

"Ok juga tu" kata Boboiboy sambil angguk kepala dia

"PIZU ADA CADANGAN UNTUK MENU-MENU TU!" Rizu muncul di dalam dapur itu "Mula-mula kita hidangkan sup lobak merah, makanan kegemaran abang Paizo. Lepas tu, kita buat lobster aglio olio! Last sekali kita buat dessert kek"

"Oh! Abang ada idea untuk kek tu!" Fang pula menjadi semangat kali ini "Kek kacang merah dan teh hijau! Gabungan makanan kegemaran mereka!"

Fang dan Rizu terus berikan satu high five di situ. Mereka tidak sabar untuk memberitahu Kaizo tentang cadangan menu tersebut. Mesti abang dia akan suka nanti, fikir Fang

"Tapi.. boleh ke abang kau buat?" tanya Gopal

"Jangan risaulah, budak-budak perempuan akan tolong abang aku nanti"

"Mana abang kau yea?"

"Dia ada dekat kapal angkasa. Harraz tengah ajar dia tentang table manner.. Momoki cakap, biar jadi macam prince charming.. hehehe.. bukan hanya setakat kapten sahaja, nak jadi putera pun boleh.. HAHAHAHA! ABANG AKU JADI PUTERA! Tak boleh aku nak bayangkan"

"Isk kau ni, abang kau tu kan ada ala-ala macam seorang putera"

Fang terus berikan renungan tajam kepada Boboiboy. Lalu dia kembali memotong lobak merah itu sekecil-kecilnya

"Tapi apasal abang kau perlu berada di kapal angkasa pula? Bukan ke Harraz boleh sahaja ajar dekat sini" soal Boboiboy

"Mengikut kata abang Paizo, dia tak nak kakak Lynna tahu tentang rancangan ini. Jadi dia perlu ke tempat yang jauh dan selamat daripada diketahui oleh kakak Lynna" jawab Rizu "Abang Paizo tak nak rancangan ini gagal. Jadi kita semua kena berhati-hati. Pizu pun tak boleh nak cerita sangat. Jadi Pizu kenalah tutup mulut ni sebelum Pizu cerita lagi panjang, lepas tu bocorkan rahsia ni"

"Bagus.. bagus.." Boboiboy tepuk-tepuk kepala Rizu secara lembut "Rizu dari rumah kawan baik Rizu ke?"

"Ha ah tapi Pizu dah lama sampai sini. Lepas balik dari kawan Pizu tu, terus datang sini. Lagipun Pizu tidur dekat sini malam nanti. Ibu takde dekat rumah dan dia benarkan Pizu tidur sini" jelas Rizu "Tadi Pizu main dengan Idoli sekejap tapi lama-lama, dia dah tertidur pula"

"Banyak sangat mainlah tu" Boboiboy terus tersenyum "Wei Fang, kalau aku dan Gopal makan malam dekat sini boleh? Sebab kita orang nak tunggu abang kau balik dan beritahu dia tentang menu tadi tu"

"Boleh aje tapi korang kena tolong aku"

Boboiboy dan Gopal tidak membantah, mereka terus menolong Fang membuat makanan malam. Rizu pula, dia pergi menonton rancangan kartun kegemarannya di ruang tamu

Malam itu, semasa waktu makan bersama, Kaizo, Harraz dan Momoki mendengar cadangan menu yang telah diberikan oleh Rizu pada petang tadi. Momoki setuju dengan menu itu. Kaizo tidak bercakap banyak, dia juga turut setuju. Selepas sahaja selesai makan malam, Kaizo terrus pergi mencari lagu-lagu kegemaran Lynna. Dia hanya tahu beberapa lagu sahaja. Kesemua lagu itu mempunyai makna yang tersendiri. Kaizo mendengar lagu-lagu itu berulang kali sehingga dia membuat keputusan muktamad

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Kaizo rasa janggal sedikit apabila Yaya, Ying dan Bella mengajar dia memasak dan membuat kek. Resepi kek kacang merah dan juga teh hijau, sudah dijumpai oleh Bella sendiri. Mereka akan cuba membuat kek itu dengan menggunakan resepi tersebut. Mereka kini berada di dalam dapur rumah Kaizo

"Apasal bukan adik aku yang ajar?" soal Kaizo sambil menghiris bawang merah

"Sebab Fang sibuk mencari tempat yang sesuai untuk kejutan abang Kaizo" jawab Yaya yang berada di hadapan Kaizo. Seperti Kaizo juga, dia menghiris bawang-bawang merah itu "Jadi kita pula akan ajar abang Kaizo supaya ianya dapat memberikan manfaat kepada diri abang Kaizo pada masa hadapan juga. Bukan waktu sekarang sahaja tapi abang Kaizo jangan risau, esok kami juga akan bantu abang Kaizo. Hari ini cuma berlatih sahaja, lebih-lebih lagi kek tu"

"Ha ah, lepas kita sudah siapkan buat sup dan spagetti olio ni, lepas tu kita akan ajar buat kek pula!" kata Ying dengan penuh semangat

"Hehehe.. terima kasih juga sebab benarkan kami beli lobster" Bella rasa bersalah pula kerana harga lobster itu agak mahal "Kami akan buat spagetti lobster itu jadi sedap!"

"Hmm.. sama-sama" jawab Kaizo "Sudah, jangan banyak cakap, cepat potong semua bahan ni, lepas tu ajar aku"

"Baik abang Kaizo!" kata ketiga gadis itu

Hampir 4 jam mereka berperang di dalam dapur itu. Kaizo melihat dan meneliti setiap penjelasan daripada tiga orang gadis itu. Idoli pula, dia selalu membuat percubaan mencuri-curi masukkan makanan kucing di dalam sup dan spagetti tersebut tetapi setiap percubaan dia selalu di gagalkan oleh Kaizo sendiri. Kek sudah pun dikeluarkan dari ketuhar. Bella letakkan kek loyang berbetuk bulat itu di atas meja. Kek itu masih panas dan bau dia, sungguh mengharumkan

"Idoli tak sabar nak rasa kek tu" Lidah Idoli menjilat bibirnya sendiri kerana bau kesedapan kek itu membuatkan dia teringin untuk merasai kek tersebut "Hehehe.. mesti sedapkan!"

"Mestilah sedap" kata Bella "Akak yang buat kek ni dan ajar abang Kaizo cara membuat kek kacang merah ni"

"Bila kita boleh rasa?" tanya Kaizo dengan nada yang serius

"Abang Kaizo tak sabar nak rasa ke?" Yaya tergelak sedikit "Kita biarkan kek ni sejuk dulu, baru boleh rasa"

"Baiklah" Kaizo duduk di kerusi meja makan itu dan perhatikan sahaja kek itu

"Haiyaaa.. abang Kaizo sudah tak sabar ke?"

"Hmmm... aku cuma mahu jaga kek itu. Kalau tidak, nanti ada sahaja yang makan tanpa kebenaran" jelas Kaizo sambil bersilang tangan "Kamu semua, boleh pergi habiskan makanan tadi"

"Eh, abang Kaizo tak makan sekali ke?"

"Takpelah, aku sudah merasai sedikit sebentar tadi.. tapi jangan habiskan sup lobak merah tu" Yaya dan Ying tergelak sedikit "Kenapa kamu berdua ketawa? Ada benda yang lawak ke?"

"Maaf abang Kaizo.. hehehe" Yaya tersengih sedikit

"Jadi, spagetti olio tadi ok tak rasanya?" tanya Ying dengan perasaan sedikit takut. Dia takut jikalau Kaizo tidak mahu spagetti itu dihidangkan dan tukar kepada makanan lain

"Ok" jawab Kaizo secara ringkas "Adik aku ada hubungi kamu semua?"

"Maaf abang Kaizo, dia takde menghubungi kami" jawab Yaya secara sopan "Mungkin dia belum jumpai tempat yang sesuai tu"

"Nanti-nanti dia orang jumpalah tu. Lagipun Momoki ada dengan si Fang tu. Mesti si Momoki cerewet sedikit. Dia kan nak tempat yang paling romantik" merungut Bella "Bagi aku, lebih baik berkelah di waktu malam dekat tepi pantai ke, dekat lereng bukit sambil tengok bintang-bintang di langit ataupun dekat rumah abang Kaizo sendiri"

"Bagi akulah kan" Yaya mendongak sedikit untuk melihat dinding rumah yang putih (Fang baru cat semalam) "Bagi bunga sebagai tanda minta maaf pun sudah memadai.. hehehe.. tapi setiap orang lain caranya. Ikut ajelah macam mana abang Kaizo nak"

"Betul kata kau" Tiba-tiba Kaizo mencelah "Setiap orang lain caranya tapi orang seperti aku ni, bukanlah yang memahami sangat tentang konsep romantik"

"Tapi abang Kaizo pernah aje bagi bunga dekat kak Lynna.. itu pun sudah kira romantik juga" kata Ying

"Yea ke.. aku bagi bunga sebagai tanda terima kasih sahaja. Tak pernah terfikirkan sampai begitu" Kaizo tersenyum sedikit "Selama ini, kalau ada benda aku nak ucapkan terima kasih kepada dia, aku selalunya bagi bunga ataupun bawa pergi makan sahaja. Kalau hal-hal pujuk memujuk ni, aku tak berapa reti sangat. Aku takut kalau bagi setakat bunga sahaja, seperti tidak mencukupi"

"Hehehe.. abang Kaizo ni lawaklah" Bella tergelak sedikit "Bagi bunga pun dah kira ok tapi jangan lupa ucapkan minta maaf dekat kak Lynna dan abang Kaizo juga kena janji, tidak akan lupakan setiap kali ada temu janji"

"Yelah, aku tak kan lupa" kata Kaizo "Kek tu dah boleh potong ke?"

"Abang Kaizo memang tak sabar betul" bisik Bella. Dia terus keluarkan sebilah pisau di dalam laci dapur itu "Saya akan potong kek ini khas untuk abang Kaizo"

Bella memotong kek itu secara perlahan-lahan. Kek itu berwarna hijau kerana mereka menggunakan serbu matcha atau kata lain, teh hijau. Lalu dia angkat potongan kek itu dan letakkannya di dalam piring kecil. Lalu Bella berikan sepotong kek itu kepada Kaizo

"Hmm... kacang merahnya mana?" tanya Kaizo

"Sebab kek ni belum siap lagi" balas Yaya "Kena potong supaya ada dua kek untuk bubuh cream dan kacang merah dekat tengah-tengah. Lepas tu kita jadikan kek ni seperti sandwich, and then kita lepas icing dipermukaan luar dia"

"Dekat atas kek tu boleh letak serbu matcha" tambah pula Ying "Lepas tu dah siap! boleh makan"

"Tapi disebabkan abang Kaizo tak sabar sangat, jadi terpaksalah saya potongkan untuk abang Kaizo" kata Bella dengan nada sedikit marah

"Oh.. maaf" kata Kaizo "Aku tak tahu tapi.. apa-apa pun, kek ni perlu dirasa dulu" Dia angkat sepotong kek itu dan gigit sedikit "Hmm..."

"Macam mana? ok tak?" soal Yaya yang rasa berdebar-debar itu

"Hmm.. ok" jawab Kaizo "Kau boleh siapkan kek tu dan bagi kawan-kawan kau yang lain rasa"

Yaya, Ying dan Bella terus rasa lega. Mereka dengan pantasnya, siapkan kek itu. Idoli cubit sedikit kek Kaizo tadi. Dia makan dan terus ingin memakan kek itu lagi. Kaizo sebenarnya agak risau sedikit kerana tempat yang mereka perlukan, masih belum jumpai tapi dia paling merisaukan adalah, jikalau Lynna tidak terima kemaafan dia. Jadi dia perlu pastikan semuanya sempurna pada hari esoknya

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Semalam dia tidak dapat tidur dengan tenang walaupun tempat yang mereka perlukan, sudah jumpa, makanan yang mereka buat memang menyelerakan, lagu yang dia cari sudah cukup sesuai untuk mereka berdua dan pakaian dia juga, sudah diuruskan oleh Faye sendiri, tetapi dia masih risaukan jikalau ada benda yang tidak kena nanti. Pagi itu, Kaizo bangun pagi dengan matanya lebam kerana tidak dapat tidur dengan lena. Dia turun ke bawah dan masuk ke dalam dapur. Rambut dia berselerak sedikit kerana dia belum mandi lagi. Dia ingin membuat teh hijau untuk dirinya supaya dia dapat tenangkan diri

"Selamat pagi abang!"

Fang sudah lama berada di dalam dapur. Hari ini dia telah sediakan teh hijau dan beberapa kepingan sandwich ayam untuk abangnya. Kaizo lega melihat teh hijaunya sudah tersedia di atas meja makan

"Abang nampak macam tak cukup tidur aje"

"Hmm.. aku tak dapat nak tidur dengan tenang malam tadi" balas Kaizo sambil keluarkan kerusi meja makan itu. Lalu dia duduk "Ini semua untuk abang ke?"

"Yea, ini semua untuk abang sebab hari ini abang perlukan tenaga untuk rancangan kita pada hari ini!" kata Fang dengan penuh semangat. Lalu dia duduk di sebelah abangnya "Abang tak cukup tidur sebab abang risaukan tentang malam ni ke?"

"Yea.. aku tak mahu buat silap sahaja nanti ataupun rancangan ini gagal"

"Adik yakin, rancangan kita tidak akan gagal" Fang berikan senyuman kepada abangnya sebagai tanda sokongan "Kalau tak berjaya pun, adik akan cuba memujuk kak Lynna sebab adik sayangkan dia juga. Adik tak suka kalau abang dan kak Lynna berpisah"

"Tapi nanti.." Kaizo terus berhenti berkata

"Itu.." Fang menghela nafas seketika "Lain kali aje abang fikirkan tapi adik harap, kak Lynna dapat menerima keputusan abang"

"Aku pun harap begitu" Kaizo minum sedikit teh hijaunya. Lalu dia merenung ke depan seperti dapat nampak apa yang berlaku di masa hadapan nanti "Pang, kalau kau tak nak ikut aku pulang ke angkasa, kau tolong jagakan dia untuk aku nanti"

Fang genggam tangan abang dia. Kaizo terus pandang adiknya. Dia ternampak sebutir senyuman dari bibir adiknya. Kaizo faham, adik dia akan jagakan Lynna semasa ketiadaan dia nanti

"Mari kita makan bersama. Ada banyak benda kita kena buat hari ini"

Fang dan Kaizo makan bersama di dalam dapur itu. Faye yang ingin melangkah masuk, dia terus pergi ke ruang tamu. Dia tidak mahu menganggu detik-detik indah itu. Biarlah mereka berdua sarapan pagi bersama tanpa gangguan daripada sesiapa

"Abang..."

"Kau nak apa lagi?"

"Hmm.. adik cuma nak tahu, lagu apa yang abang mainkan nanti?"

"Kau ingat tak lagu yang aku mainkan dekat website youtube tu" Fang angguk kepalanya kepada abang dia "Lagu itu yang akan dimainkan nanti tapi aku cadangkan, supaya aku tak nyanyikan untuk dia"

"Kenapa pula?"

"Sebab abang malas nak nyanyi" Kaizo gigit sandwich dia

Fang malas hendak yakinkan abang dia untuk nyanyikan lagu itu. Jadi dia biarkan sahaja. Mereka berdua habiskan makanan sarapan pagi mereka dan selepas itu, mereka bersiap-siap untuk jalankan tugas mereka pada hari itu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam sudah tiba. Kaizo rasa janggal melihat diri memakai pakaian tuxedo berwarna putih. Dia melihat diri dia di dalam cermin itu dan dia rasa, dia nampak begitu segak sekali. Dia sebenarnya tidak berapa menyukai memakai pakaian begitu tetapi pada hari itu, dia paksa diri dia untuk rancangan ini berjaya

"Abang Paizo sudah bersedia?" muncul Rizu di muka pintu bilik Kaizo

"Sudah"

"OK!" Rizu lari keluar dan lalu menjerit "ABANG OCHOBOT! ABANG PAIZO SUDAH SIAP! DAH BOLEH BUKA PINTU PORTAL TU!"

Jantung Kaizo berdebar-debar dengan lajunya sebaik sahaja dia mengangkat sejambak bunga daisy dan bunga lavender berwarna purple. Dia seperti hendak pergi melamar seseorang sahaja. Lalu dia cuba hilangkan perasaan itu dan juga tentang lamaran itu. Masih terlalu awal untuk di fikirkan. Adik dia, Fang, sudah berada di sebuah rumah yang telah disewakan kepada mereka. Rumah itu adalah sebuah rumah homestay. Ianya adalah sebuah rumah agam yang mempunyai kolam renang di bahagian tepi rumah tersebut. Makanan semuanya sudah dimasak di dalam rumah itu. Pada siang tadi, Kaizo telah dibantu oleh tiga orang gadis untuk siapkan makan malam dia bersama Lynna

"Abang Kaizo, semoga berjaya" kata Faye

"Terima kasih"

Faye betulkan sedikit baju abang sepupunya. Dia mahu semuanya kelihatan sempurna. Stylobot sudah bersedia di rumah agam tersebut. Dia hanya menunggu kedatangan Lynna sahaja. Dia akan menukar pakaian Lynna sebaik sahaja sang gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Kaizo sudah bersiap sedia, dia melangkah keluar dari biliknya dengan sejambak bunga daisy dan lavender di dalam pegangannya. Rizu meneman Kaizo turun ke bawah. Faye ikut mereka berdua turun ke bawah. Boboiboy sudah tersedia tunggu di pintu portal untk pergi ke rumah agam itu

"Wah, abang Kaizo nampak kacaklah!"

"Terima kasih" balas Kaizo kepada Boboiboy "Bagaimana dengan persediaan dekat sana?"

"Semuanya ok" kata Boboiboy "Fang sudah pergi untuk membawa kak Lynna ke sana nanti"

Tiba-tiba perasaan Kaizo berubah menjadi resah seketika. Adakah rancangan ini boleh memujuk Lynna nanti? Atau sebenarnya dia tidak perlu buat secara besar-besaran untuk minta maaf kepada Lynna. Adakah semua ini adalah satu kesilapan? Pelbagai soalan timbul dalam kepalanya

"Abang Kaizo ok ke?" tanya Boboiboy dengan nada kerisauan dia

"Abang Paizo nervous lah tu.. hehehe" Rizu berikan gula-gula perisa lemon kepada Kaizo "Nah, abang Paizo hisap gula-gula ni dulu sementara tunggu kakak Lynna sampai"

"Terima kasih, Rizu tapi abang tak perlukan gula-gula"

"Abang Kaizo perlukan anak kucing!" kata pula Idoli sambil berikan anak patung kucing kepada Kaizo "Abang Kaizo boleh peluk kucing ni.. hehehe. Nanti abang Kaizo takdelah rasa nervous"

"Tak perlu.. kau simpan aje anak patung tu. Biar aku sendiri mengharungi cabaran ini" Kaizo sudah bersedia

Kaizo pandang ke depan. Pintu portal itu sudah terbuka luas. Kaki dia melangkah ke depan sedikit demi sedikit. Pergerakan dia tetap seperti biasa. Akhirnya dia masuk ke dalam portal itu. Faye, Rizu dan Idoli tidak ikut mereka. Hanya Boboiboy dan Ochobot sahaja yang pergi. Idoli rasa sedih kerana tidak dapat pergi melihat apa yang akan berlaku nanti. Pintu portal itu terus tutup dengan sendirinya

"Kenapa kami berdua tak dapat ikut?" tanya Idoli kepada Faye

"Sebab abang Kaizo tak nak ramai sangat orang dekat sana. Jadi akak terpaksa tinggal untuk jaga korang berdua" jelas Faye. Dia sedikit pun tidak rasa kecewa "Jom kita pergi tengok movie best best!"

"JOM! IDOLI NAK TENGOK MOVIE HANTU!"

Faye dan Rizu pandang satu sama lain kerana masing-masing terpaksa ikut kehendak si anak kucing alien itu

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua kerusi dan sebuah meja bulat berwarna putih sudah disusun dengan sempurna di tepi kolam renang. Kolam itu berbentuk segi empat panjang. Momoki taburkan kelopak-kelopak bunga di atas permukaan air kolam itu. Cahaya-cahaya lampu putih menyinari di sekeliling kolam tersebut. Momoki rasa terharu melihat tempat itu berubah menjadi tempat makan malam yang sangat romantik. Dia mendongak ke atas untuk melihat cahaya bulan yang menyinari langit gelap itu

"Apasal kau tiba-tiba macam nak menangis ni?" tanya Gopal yang kebetulan mahu melihat tempat itu

"Sebab aku rasa bangga kerana dapat membantu Kapten Kaizo dalam hal romantik ini. Aku juga terharu kerana dapat berikan khidmat aku kepada dia. Aku sangat hormat Kapten Kaizo"

"Eleh, dulu kau juga yang nak pergi bunuh dia"

"Yea, aku akui dengan kesilapan aku tetapi.." Momoki letakkan tapak tangan kanannya di bahagian kiri dadanya "Adik aku si Mimiko telah mengajar aku tentang kehidupan sebelum ini. Dia lah berikan aku semangat dan berikan kata-kata nasihat supaya suatu hari nanti aku berjaya menjadi seperti Kapten Kaizo tanpa menghapuskan mana-mana pesaingan aku"

Tiba-tiba pula Gopal rasa terharu sedikit

"Aku mahu dihormati seperti Kapten Kaizo juga" tambah lagi dari si Momoki "Aku sertai pasukan TAPOPS kerana ingin menjadi seorang kapten ataupun kommander yang berjaya. Suatu hari nanti, impian aku akan tercapai juga. Kau pun sama, jangan sia-siakan pada waktu ini. Walaupun adakalanya diri kita akan jatuh tetapi jangan sesekali terus jatuh sampai tidak dapat bangun. Kita harus bangkit dan bina semangat baru. Jangan putus asa, ambil risiko kalau perlu dan jangan kata itu tak boleh, ini tak boleh. Kita harus cuba sehingga kita tahu setakat mana kita boleh"

"Yea Momoki, aku akan cuba dan berusaha untuk menjadi seorang chef yang terkenal!" Gopal terus peluk Momoki "Terima kasih Momoki.. terima kasih kerana berikan kepada aku, kata-kata semangat kau. Patutlah ramai budak perempuan suka dengan kau"

"Yea, memang ramai tapi aku tidak akan sesekali mempermainkan hati mereka" Momoki lepaskan pelukan dari Gopal. Lalu dia berikan senyuman menggoda dia "Kau pun jangan mempermainkan hati mereka"

Dari jauh, di sebalik tiang laman kolam renang itu, Boboiboy tersenyum-senyum, tergelak-gelak melihat gelagat Gopal rasa terharu dengan kata-kata Momoki sebentar tadi. Yaya cuit bahu Boboiboy sedikit. Lalu sang remaja bertopi oren itu menoleh kebelakang

"Eh Yaya.. kenapa?"

Yaya terus berikan sebakul buah kepada Boboiboy. Di dalam bakul tersebut, ada pelbagai buah yang boleh di makan seperti anggur, epal, pear, pisang dan buah oren

"Kau pergi letak dekat meja bulat tu" arah Yaya "Momoki suruh letak bakul buah ni. Lepas tu kata dekat Gopal, jangan lupa bunga daisy dekat atas meja tu juga. Kejap lagi Ying datang nak susun pinggan, sudu, garpu dan gelas dekat atas meja tu"

"Baik Yaya" kata Boboiboy

"Eh kejap.. Kau ada dekat sini, maknanya abang Kaizo sudah ada dekat sini lah yea"

Boboiboy angguk kepalanya. Lalu Yaya terbang pergi dengan pantasnya. Dia perlu menolong Bella untuk siapkan kek kacang merah dan teh hijau itu. Mereka tiada masa untuk melengahkan masa. Momoki pergi periksa radio untuk lagu yang hendak dimainkan nanti. Harraz yang bertanggungjawab dengan setiap lagu yang bakal dimainkan nanti. Gopal telah diberikan arahan oleh Boboiboy untuk pergi mengambil sepasu bunga daisy yang ada di bahagian ruang tamu. Kaizo tunggu di dalam rumah sebelum keluar ke laman kolam renang. Fang belum tiba lagi. Dia bermundar-mandir di sekitar ruang tamu itu sehinggalah dia ternampak bayang-bayang adiknya muncul di sebalik tingkap rumah itu. Dia terdengar perbualan antara Fang dan Lynna. Momoki menutup semua lampu dan menyuruh Stylobot bersiap sedia

"Kak Lynna.. kak Lynna jangan marah abang lagi"

"Akak sebenarnya masih marah dia lagi sebab dia sedikit pun takde nak datang KL nak pujuk kak Lynna. jadi akak pun malas nak tunggu, akak buat ajelah hal akak dekat KL" balas Lynna dengan nada kemarahan dia sedikit "Akak rasa kecewa dengan abang kamu sebab baru sekarang dia nak minta maaf"

"Hehehe.. biasalah abang saya tu. Ego dia tinggi sangat"

"Hmm.. akak sebenarnya memang nak datang rumah kamu hari ini tapi akak ada hal yang tidak dapat dielakkan" Lynna sambung lagi bercakap "Tapi tak sangka pula ada sesuatu untuk akak daripada abang kamu tu tapi... betul ke ini semua rancangan dia? Macam tak percaya aje"

"Errr... sebenarnya adik dan kawan-kawan adik yang tolong abang tapi kak Lynna tak kisah kan?"

"Tak" balas Lynna secara lembut

"Sebelum kita masuk, adik kena tutup mata kak Lynna dengan kain hitam ni"

"Ok"

Beberapa minit kemudian, pintu utama rumah itu dibuka. Stylobot terus tukarkan pakaian Lynna ke sehelai pakaian seperti ala-ala puteri. Gown pakaian berwarna putih itu kembang dan berlapik-lapik. Gown itu tidak mencecah lantai, ianya sehingga di bawah lutut sahaja. Pada lengan baju itu terdapat corak-corak bunga lace yang berwarna biru. Rambut Lynna telah diikat sanggul dan ada cekak putih di bahagian depan sanggul itu. Lynna tidak menyedari tentang perubahan pakaian dia sehinggalah ikatan pada matanya dibuka dan lampu rumah itu dipasang semula. Fang sudah hilangkan diri dari situ. Kaizo rasa kekok di situ dan tidak tahu hendak berkata apa. Lynna terkejut melihat penambilan Kaizo yang begitu segak. Dia tergelak sedikit

"Kenapa? Ada sesuatu tak kena ke?" tanya Kaizo sambil melihat pakaian dia sendiri "Baju aku terkena sesuatu ke?"

"Tak, kau nampak aneh aje"

"Aneh macam mana tu?"

"Hmmm.. entahlah" jawab Lynna "Jadi, ini ke rancangan kau dan adik kau untuk minta kemaafan dari aku?"

"Yea, jadi.. kau suka? Kau maafkan aku?"

"Hmm.. we'll see" kata Lynna sambil berikan senyuman dia sedikit "Apa lagi kejutan untuk aku?"

Kaizo ke depan sedikit dan hulurkan sejambak bunga kepada Lynna dengan sebuah senyuman manisnya. Lalu sebuah lagu kegemaran Lynna dimainkan pada saat itu

https://youtu.be/MhR8jbZKxtA

Let's meet up far away where astronauts and gravity
Have opened up the atmosphere
We'll be so safe up here
Navigating the space, we'll create our own star
And I'll name it after you
We'll be so calm up there, we'll fly around with the quiet air
The sun will bring us 'round again, inhaling and orbiting
Our great planet will fit on the tip of your thumb
You'll say I finally see how time stops
And everything that hurts us drops off

I'll be what you want
When everything is gone
Let the world disappear, there are places up here we can hide
We'll be safe way up high
Somewhere only we can find

Hmm, I know it's safe from being called out or evaluated
And people change on a whim, so cue the violence
Let's go rescue a planet that's been thrown away yeah
You'll name it after me
'Cause after all we're only one triumphant bang away
From resting in infinity or darkness or some brighter place
Let's not waste one more second on caring about
Trying to figure out what looks right
'Cause that can't take away that you're mine

I'll be what you want
When everything is gone
Let the world disappear, there are places up here we can hide
Somewhere only we can find
I'll be what you want
When everything is gone
Let the world disappear, there are places up here we can hide
We'll be safe way up high
Somewhere only we can fly

Mine, suddenly the stars got flash lights
The universe will make your eyes shine
Can't you feel away that time stops?
Everything that hurts drops off

Now I'll be what you want
When everything is gone
Let the world disappear, there are places up here we can hide
Somewhere only we can find
I'll be what you want
When everything is gone
Let the world disappear, there are places up here we can hide
We'll be safe way up high
Somewhere only we can find

"Kau ingat lagu kegemaran aku" Hati Lynna rasa terharu pada ketika itu. Lalu dia mengambil sejambak bunga dari tangan Kaizo "Dan kau juga ingat bunga kegemaran aku"

"Err.. yea aku ingat"

Sebenarnya Kaizo hanya ingat lagu kegemaran Lynna sahaja. Tentang bunga itu, dia suruh kawan-kawan adiknya mencari maklumat tentang itu. Dia suka melihat Lynna mengambil bau bunga-bunga itu

"Terima kasih kerana buat hati aku tersenyum semula" kata Lynna "Aku maafkan kau, Kaizo tapi ini sahaja ke kejutan kau? Kita berdua ni macam nak pergi majlis tari-menari sahaja"

"Tuan puteri, Kapten Kaizo"

Lynna melihat belakang Kaizo. Ternyata Momoki sudah menukar pakaian dia kepada pakaian seorang pelayan

"Di jemput ke laman utama" Momoki tunduk sedikit sambil menghulurkan tangan dia ke arah kiri secara sopan "Makanan kamu sudah dihidangkan"

Kaizo mengusung Lynna keluar dari rumah itu. Lynna terkejut dengan apa yang dia lihat pada ketika. Semuanya nampak romantik sekali. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Kaizo membawa Lynna ke meja makan mereka. Dua mangkuk sup lobak merah sudah disediakan di atas meja bulat itu. Dua gelas air apple juice sudah tersedia di atas meja. Kaizo ingat balik apa yang diajar oleh Harraz. Dia keluarkan sebuah kerusi dari meja itu dan lalu Lynna duduk di kerusi itu. Kaizo duduk di sebelah Lynna dengan perasaan gelisah. Tidak pernah dia merasai perasaan begitu. Adakah mungkin ini semua terlalu baru bagi dia

"Hidangan kita yang pertama adalah sup lobak merah. Sup kegemaran Kapten Kaizo sendiri" kata Momoki "Sup ini dimasak oleh Kapten Kaizo sendiri. Dia juga ada tiga orang pembantu untuk menjadikan sup sempurna. So, enjoy your meal"

Momoki beredar dari situ. Sebuah melody romantik dimainkan untuk membangkitkan suasana itu. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan juga Harraz, memerhatikan pasangan itu di dalam rumah. Bella sudah siap mengadakan video call dengan Lily

"Wuuu... so sweet! so romantik! Tapi..." Lily tergelak sedikit. Lalu dia berkata lagi "So un-Kaizo-ish.. miahahahahaa!"

"Tahu takpe.. abang aku bukan lagi macam seorang kapten tapi nampak macam.." Fang menghela nafas sedikit "Nampak macam seorang putera pula.. adeh.."

"Biarkan ajelah, bukannya selalu pun kita dapat melihat macam ni"

"Hehehe.. tahu takpe Boboiboy" kata Fang "Biarkanlah mereka di dalam dunia mereka tersendiri"

Lepas sahaja selesai dengan hidangan pertama mereka, Momoki terus hidangkan makanan utama mereka iaitu lobster aglio olio spagetti. Hidangan itu nampak menarik sekali kerana ada buah tomato, sayur parsley, ada cendawan, ada isi lobster dan paling penting sekali ialah keju parut. Setelah selesai menjamu selera dengan makanan utama, mereka dihidangkan pula dengan pencuci mulut. Kali ini Lynna tersenyum besar melihat kek teh hijau yang ada kacang merah di bahagian tengah kek

"Kek ini adalah kombinasi diantara kamu berdua, kacang merah dan teh hijau. Enjoy your meal" Momoki terus beredar dari situ

"Thank you, Momoki" kata Lynna

"Macam mana? Kau suka?"

"Suka" balas Lynna kepada Kaizo "Terima kasih Kaizo. Aku tidak akan lupakan detik-detik ini. Semuanya sungguh indah sekali. Terima kasih Kaizo, aku tak tahu nak cakap atau balas apa dekat kau"

"Jangan cakap apa-apa, kita hanya menikmati saat ini bersama"

Fang terus menangis di atas bahu Boboiboy. Kenapa dia menangis? Dia menangis kerana dia terlampau gembira sehingga dia tidak dapat mengawal emosi dia. Kawan-kawan dia yang lain tergelak melihat Fang menangis kerana gembira. Lynna dan Kaizo tahu ada mata-mata sedang memerhatikan mereka berdua tetapi pasangan kekasih itu abaikan sahaja dan terus menikmati saat-saat bersama

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hehehe... maaf kalau terlalu romantik sangat xD 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top