Rizu Hilang?
"Soalan pertama, apakah movie kegemaran Fang?"
Lily terus menekan butang loceng untuk menjawab soalan yang telah diberikan oleh Probe tadi. Die menekan butang itu berulang kali supaya Probe memilih dia untuk menjawab soalan tersebut. Kawan-kawan dia yang lain terpaksa berikan peluang kepada Lily. Probe terbang ke arah Lily yang masih menekan butangnya
"Yea cik Lily, apakah jawapannya?"
"LANDAK GORENG!" jawab Lily dengan penuh semangat
"WOI! Bila masa aku suka tengok movie landak goreng. Lagipun, wujud ke movie tu?" marah Fang
"Errr... tak wujud yea.. hehehehe" Lily garu-garu kepala dia sambil ketawa malu di situ "Ohhh! Baru teringat, landak goreng tu sebenarnya makanan kegemaran si landak"
Boboiboy dan Gopal menepuk dahi mereka sendiri. Yaya, Ying, Bella, Faye, Rizu dan Harraz hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Fang sudah berapi-api. Hati dia bagaikan hendak meletup dengan kemarahan dia sudah membuak-buak. Lily tersenyum lebar tanpa rasa bersalah
"Adeh.. jawapan cik Lily adalah SALAH!" kata Probe
"WHAT?!" Jerit Lily "Apa jawapan sebenarnya?"
"Jawapan sebenarnya adalah-"
"PROBE! SINI RUPANYA KAU! MAIN QUIZ PULAK DENGAN MUSUH-MUSUH AKU!" Adudu muncul di hadapan kedai Kokotiam Tok Aba. Muka dia bengis, kedua tangannya sudah mencekak pinggang dan dia masih lagi kelihatan pendek seperti biasa "Aku ketuk juga kepala besi kau tu!"
"Ala encik bos, saya ke sini sebab bosan duduk dekat markas kotak tu. Yelah, asyik kena tunggu idea baru dari encik bos untuk kalahkan Boboiboy"
"Kalau bosan tunggu, apasal kau bagi aje idea kau yang merapu tapi berguna kepada aku! Takdelah aku fikir sorang-sorang dekat markas kotak tu!"
"Sabar Adudu... sabar. Probe ni nak lepaskan perasaan bosan dia aje" kata Boboiboy sambil hulurkan cekodok kepada Adudu "Nah, makanlah.. bagi tenangkan hati yang tengah panas tu"
"Ermm.. boleh pulak kau berbaik dengan aku" Probe mengambil cekodok itu dari tangan Boboiboy dengan ganasnya
"Sebab kau tak serang aku, jadi aku berbaiklah.. hehehe" Boboiboy tersengih
"Tapi jangan terperdaya dengan dia ni, Boboiboy. Karang tak pasal-pasal dia serang kita secara mengejutkan"
"Betul kata kawan kau si Gopal tu tapi aku memang tak serang korang pun sebab tengah takde idea" Adudu makan cekodok itu. Selepas itu dia heret robot ungunya untuk pulang ke markas kotak "Jom Probe, aku nak sambung balik cari idea"
"Err.. tapi saya nak main dengan dia orang dulu"
"Takde tapi tapi.. kau kena tolong aku! Kalau tidak, aku cari robot baru nanti"
"Jangan encik bos! Saya akan sentiasa setia dengan encik bos kerana encik bos adalah alien kegemaran ku!" Adudu tersenyum lebar dengan kata-kata Probe tadi "Nanti saya buatkan makanan kegemaran encik bos yea.. hehehee"
"MASAKAN UNTUK LILY SEKALI!" Lily melambai-lambai ke arah mereka "Sekarang kita nak buat apa pulak?" Dia terus air minuman milik Boboiboy
"Adeh.. aku belum minum lagi, dia dah pergi minum" bisik Boboiboy sambil menepuk dahinya sendiri
"Hah! Apa kata kita pergi jalan-jalan dekat bandar" kata Yaya
"Aiyoo Yaya.. asyik jalan-jalan dekat sana, boleh bosan aku nanti maa.."
"Ala Ying, kita jalan-jalan dekat sana sambil selamatkan kucing-kucing yang mencari makanan dan tempat untuk lindungi diri dia dari mana-mana ancaman!"
"PIZU NAK IKUT!" Mata Rizu bersinar-sinar sambil melihat Yaya "Pizu suka kucing.. kucing dekat rumah Pizu dah gemuk. Lepas tu asyik nak tidur aje memanjang. Donut, lobak dan merah asyik makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur.. itu ajelah kerja dia orang.. hmm.."
"Tapi donut lobak merah abang tak pernah pemalas sebab ianya adalah sebiji donut yang boleh dimakan" Fang sudah terbayangkan donut yang gebu dan bau dia yang sedap "JOM PERGI KE KEDAI DONUT!"
"LILY NAK ICE CREAM!" Jerit Lily secara tiba-tiba
"Aku nak pergi ke kedai buku!"
"Faye nak ikut Harraz!" Faye terus angkat tangan kanannya "Sebab aku nak tengok majalah terbaru tentang fashion"
"Aku nak pergi shopping!" kata Bella
"Aik, semua nak pergi ke tempat lain. Kali begitu, aku nak pergi ikut Yaya" kata Ying
"Err.. korang pergilah buat kerja korang. Aku nak tolong Tok Aba dekat sini" Boboiboy tersenyum manis kepada atuknya "Nanti lepas tu, korang berkumpul dekat sini balik"
"OK!" kata mereka secara serentak
"Abang Fang tak ikut Pizu ke?"
"Tak, abang nak pergi menikmati donut kegemaran abang dekat kedai donut.. tekak ni tak sabar nak merasai kesedapannya" Fang teruskan berangan "Tunggu wahai kekasih hati ku!"
"Wuuu.. landak berangan.. hehehe.." Lily tergelak kecil di situ
"Eh Fang, abang kau mana?"
"Abang aku tu.. asyik ulang alik pergi ke stesen TAPOPS aje" jawab Fang kepada Yaya "Dia kan sekarang ni tengah mencari maklumat tentang si Virus tu tapi sampai sekarang langsung tiada perkembangan baru"
"Abang kau tak nak beli kapal angkasa baru ke?"
"Entahlah Boboiboy.." Fang mengeluh kecil "Dia tu sayang sangat dengan kapal angkasa dia. Jual ajelah kapal angkasa dia tu, boleh dapat duit sikit untuk aku ke.. hehehee... kapal angkasa abang tu dah jadi macam besi buruk"
"Err... Fang" panggil Boboiboy sambil tunjuk di belakang Fang
"Kau nak apa?" Fang bersilang tangan sambil perhatikan Boboiboy
"Abang kau ada dekat belakang kau" Boboiboy tersengih sedikit
Fang menoleh sedikit demi sedikit. Dia tidak terkejut dengan muka abangnya yang serius itu. Fang sudah menelan ludah kerana takut dengan wajah abangnya yang marah pada ketika itu. Fang terus tersengih kepada abangnya
"Apa kau cakap tadi? Kapal angkasa aku macam besi buruk" kata Kaizo sambil mengangkat kening sebelah "Kau sudah lupa ke, selama ini aku yang menjaga di kapal angkasa itu! Kau nak kena hukuman dari aku ke hah?"
"Ta-tak nak abang tapi abang jangan hukum adik" Fang tersengih lagi
"Baiklah, kau terlepas kali ini tapi lain kali.. aku akan cincang kau terus"
"ERK!" Terkejut Lily "Abang Kaizo nak buat dia jadi alien cincang ke?"
"Kau pun nak kena cincang dengan aku ke?" Lily terus gelengkan kepalanya kepada Kaizo "Kalau tak nak, baik kau duduk diam sebelum aku bagi kau hukuman"
"Abang Paizo ni, asyik bagi hukuman aje.. apa kata abang Paizo ikut Pizu, kakak Yaya dan kakak Ying pergi ke bandar"
"Untuk apa?" tanya Kaizo kepada Rizu
"Untuk selamatkan kucing yang terbiar.. dan berikan makanan kepada kucing yang kelaparan"
"Hmmm..." Kaizo mengusap dagunya "Abang bagi duit ajelah.. sebab abang ada hal lepas ni"
"Hal apa abang?" Fang menyibuk di situ "Bukan ke abang baru balik dari stesen TAPOPS"
"Itu urusan aku, jangan nak menyibuk"
"Ohhh... wuuuu.. wee... LILY TAHU!" Lily betulkan suara dia menjadi serius "Urusan itu adalah urusan penting yang ada kaitan dengan kak Lynna!" Dia berkelip-kelipkan matanya kepada Kaizo. Senyuman dia begitu lebar sehingga nampak gigi di belakangnya
"Yang kau sibuk nak tahu, kenapa?" Kaizo cuba menahan dirinya daripada mengamuk
"Hehehehe.. Lily ni bergurau aje. Abang Kaizo abaikan dia sahaja" kata Faye
"Hmm.. baiklah, aku akan abaikan dia" Kaizo terus beredar dari situ "Kamu semua jangan nak nakal-nakal dan jangan nak buat benda pelik macam si pelik tu! FAHAM!"
"FAHAM ABANG KAIZO!" jerit mereka
"Hehehee... dengar cakap Kaizo tu, jangan nak buat nakal"
"Baik tok Aba" kata mereka lagi
"Bagus bagus.. Ochobot, Boboiboy.. meh tolong atuk" Tok Aba terus berikan secawan hot chocolate kepada Boboiboy "Kau pergi hantar dekat meja sana ok.. Ochobot pergi ambik order dekat pelanggan sana tu"
"Baik atuk!" kata Boboiboy "Wei korang, jumpa lagi tau!" Dia terus menghantar cawan hot chocolate itu kepada pelanggang kedai Tok Aba
"Ok BBB-CHAN! Lepas Lily dah makan ice cream puas-puas.. Lily akan kembali ke sini dan bantu Tok Aba untuk menjadi pelayan yang terbaik di seluruh galaxy!"
"Eloklah tu.. hehehe" Tok Aba tergelak melihat gelagat Lily yang penuh semangat itu
"Kakak Yaya, kakak Ying.. kalau ada kucing rasa takut dengan kita, Pizu akan bertukar menjadi seekor kucing untuk memujuk kucing itu!"
"Eh.. Rizu ada kuasa ke?" tanya Yaya
"Rizu! Kenapa Rizu bocorkan rahsia tu" marah Fang
"Alamak! Maaf abang Fang.. Pizu tak sengaja" Kepala Rizu tertunduk sedikit "Pizu sebenarnya terima hadiah daripada Idoli. Dia bagi loceng dia dekat Pizu dan mengikut kata Idoli, loceng itu sebenarnya adalah power sphera"
"Power sphera?" Muncul Kaizo di belakang Rizu. Dia sudah kembali di kedai Tok Aba
"Aik, macam mana abang boleh dengar kita orang tengah berborak tentang power sphera. Abang ada letak mikrofon dekat sini ke?" Fang mencari-cari di sekitar kedai itu. Selepas itu dia meraba-raba tubuh badan dia kalau ada mikrofon di situ "Atau abang aku ada kuasa yang aku tidak tahu.. hmmm..."
"Itu kau tak perlu tahu" kata Kaizo "Rizu, abang tak kan suruh Rizu serahkan power sphera itu tetapi abang ingin nasihatkan kepada Rizu, jangan buat perkara jahat dengan power sphera itu. Jaga baik-baik"
"Tak abang Paizo.. Pizu hanya gunakan untuk kebaikan sahaja"
"Bagus" kata Kaizo "Faye!"
"Yea abang Kaizo!" Faye hampir nak tersedar kerana terkejut dengan panggilan abang saudaranya
"Mana power sphera kau?"
"Ada dekat rumah. Dia tengah tidur" jawab Faye sambil tersengih "Tapi abang Kaizo jangan risau.. dia cuma berehat sahaja"
"Kau buat apa dengan dia malam tadi?" tanya Kaizo dengan nada seriusnya
"Errr.. Faye main fashion show dengan dia malam semalam" Faye tersengih lagi "Sebab tu dia sudah tidak bertenaga.. hehehee..."
"Hmm.. patutlah" Kaizo beredar dari situ semula "Jangan nak buat nakal semasa ketiadaan aku!"
"OK ABANG KAIZO! KITA ORANG TAK BUAT NAKAL TAPI BUAT BENDA PELIK-PELIK! ABANG KAIZO JANGAN RISAU!"
Berkerut-kerut dahi Kaizo dengan jeritan Lily tadi. Yaya, Ying, Bella dan Faye ketawa kecil di situ. Rizu menarik-narik tangan kanan Fang
"Kenapa Rizu?"
"Errr.. Pizu nak tanya.." Rizu rasa sedikit malu untuk bertanyakan soalan dia tetapi dia harus berani "Errr... Pizu rasa pelik, macam mana kucing abang Fang boleh kurus-kurus dan tak gebu-gebu macam kucing Pizu?"
"Itu sebab abang Kaizo suka beli makanan kucing yang tidak akan mengemukkan mereka"
"Eh, ada ke jual makanan itu?" tanya Gopal
"Ada" balas Fang "Makanan kucing tu hanya jual dekat planet lain. Entah kenapa dia tak suka tengok kucing kita orang jadi gemuk"
"Mungkin abang lu tak mereka jadi pemalas kot" kata Ying
"Mungkin" Fang mengusap dagunya. Lalu dia teringat balik tentang donut kegemaran dia "Wei, wei.. aku nak pergi makan donut lobak merah dulu sebelum donut tu habis. Jumpa lagi semua"
"Jumpa lagi abang Fang!" Rizu melambai-lambai ke arah abang kesayangan dia "Kakak Yaya, kakak Ying.. jom kita cari kotak dan belikan makanan untuk kucing-kucing dekat bandar"
"JOM!" kata dua orang gadis itu
"Aku ke kedai buku. Faye, kau nak ikut tak?"
"Mestilah nak!" kata Faye kepada Harraz "Tak sabar nak beli majalah baru!"
"Bella, jom kita makan ice cream!"
"Ok Lily!" kata Bella
Gopal terpinga-pinga di kedai Tok Aba kerana tiada siapa ingin mengajak dia pergi ke mana-mana. Tinggal dia seorang duduk kedai Tok Aba sambil melihat kawan baik dia, Boboiboy menjadi pelayan di kedai Tok Aba
"Kau Gopal, tak ikut dia orang ke?" tanya Ochobot yang baru sahaja terima pesanan dari seorang pelanggan
"Hmmm.. aku tidak dijemput" Gopal terus kemurungan "Apalah nasib aku ni, sentiasa malang"
"Kau bukannya malang tapi mengharapkan seseorang belanja kau makan"
"Janganlah cakap macam tu Ochobot. Malu aku nanti" Gopal baringkan kepala dia di atas meja kauter
"Apa kata kau tolong Tok Aba"
"Errr... aku tolong tengok boleh?" Mata Gopal berkelip-kelip ke arah Ochobot
"Amboi, langsung tak nak tolong atuk yea" Kepala Gopal terus terangkat sambil melihat Tok Aba "Meh tolong atuk siapkan air ni"
"Boleh aje tapi nanti.." Gopal tersengih-sengih kepada Tok Aba kerana dia mahu air chocolate sebagai upahan
"Hmmm.. yelah"
Gopal dengan seronoknya, dia bangun dari tempat duduknya dan terus ke belakang kaunter. Dia memakai apron untuk bersiap sedia menolong Tok Aba. Boboiboy tergelak melihat gelagat Gopal membuat air hot chocolate. Gopal nampak begitu bergaya sekali, seperti hero di dalam cerita hindustan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata Fang sedang terkebil-kebil melihat beberapa donut lobak merah sudah tersusun cantik di dalam sebuah bekas. Dia ingin mengambil kesemua donut tersebut tetapi malangnya, duit dia hanya sedikit sahaja. Dia hanya dapat membeli dua donut lobak merah sahaja. Fang mengeluh kecewa sedikit tetapi dia harus bersyukur kerana dia dapat membeli donut kegemarannya. Dia terfikir tentang orang lain yang tidak dapat merasai makanan yang sedap-sedap. Tiba-tiba hati dia rasa bersalah pula kerana fikirkan tentang nasib orang lain
"Takpelah.. kalau aku nampak orang yang lebih memerlukan daripada aku, aku akan berikan kepada orang itu" bisik Fang
Tangan dia mengambil dua donut lobak merah dan terus letakkan di atas dulang makanan. Dia pergi ke kaunter untuk membayar donut itu. Selepas itu, dia pergi ke tempat yang kosong untuk menikmati donut itu. Dia tidak kisah kalau dia seorang sahaja di situ tanpa kawan-kawannya. Dia tidak mahu memaksa mereka mengikut dia ke kedai donut. Dia tahu mereka ada benda lain yang perlu dilakukan. Mata dia terus bersinar-sinar apabila dia keluarkan sebiji donut lobak merah dari plastik makanan itu
"Perut ku pasti akan gembira nanti" kata Fang sambil angkat donut lobak merah itu
Fang membuka mulutnya seluas-luasnya. Lalu dia mengambil gigitan yang agak besar. Dia kunyah sedikit demi sedikit untuk menikmati kelazatan donut tersebut. Hati dia terasa bahagia pada saat itu. Dia dapat bayangkan dia berada di dunia donut lobak merah. Semuanya terasa terhenti sahaja dan dia tidak mahu kebahagian itu tamat di situ sahaja tetapi malangnya, kebahagian dia terus dicemari dengan panggilan dari seseorang
"PANG!"
Fang tersembur keluar cebisan donut lobak merah dari mulutnya. Mata dia terus terpandang pintu kedai tersebut. Abang dia terpapar di pintu itu dengan wajahnya yang agak serius. Hati dia terus membara kerana abang dia telah merosakkan saat-saat kebahagian dia. Kaizo menuju ke tempat duduk adiknya
"Abang nak apa?" tanya Fang
"Abang ada sesuatu nak bincangkan dengan kau" Kaizo terus duduk di hadapan adiknya
"Bincangkan tentang apa?" Mata Fang terus membulat besar "ADAKAH ABANG INGIN BINCANGKAN TENTANG PEMBELIAN KAPAL ANGKASA BARU ABANG?"
"Bukan itu yang aku mahu bincangkan!"
"Adakah abang ingin bincangkan tentang kemasukan adik ke dalam sekolah asrama?" Fang terus menelah ludah. Kaizo pula berkerut dahi
"Dari mana pulak kau dapat idea nak pindah sekolah pulak ni? Kau memang nak masuk sekolah asrama ke? Abang boleh aje daftarkan kau sekarang juga tapi bukan di planet ini"
"ERK! Ma-mana adalah abang" Fang mula tersengih "Adik bergurau aje.. hehehe.. jadi abang nak bincangkan tentang apa?"
"Pang, aku ingin beritahu tentang musuh kita si Virus itu. Sekarang ini, abang masih lagi belum terima apa-apa maklumat dari stesen TAPOPS. Abang tanya mereka pun, tiada perkembangan baru. Tak tahulah kenapa hati abang mengatakan stesen TAPOPS sudah diserang oleh virus itu secara halus"
"Maksud abang?" Fang gigit sedikit donutnya
"Mereka semua sudah dipukau oleh virus itu termasuklah Kommander Kokoci sekali" kata Kaizo dengan nada seriusnya "Tapi abang perlukan kepastian.. abang perlukan seseorang untuk pastikan tekaan abang ini adalah betul"
"Abang nak suruh adik ke?"
"Tak, bukan kau" Kaizo mula berfikir siapakah yang sesuai untuk mengadakan misi ini
"Kak Lynna?"
"Aku tak nak dia terancam lagi seperti kejadian hari itu"
"Jadi siapa?" tanya Fang
"Hmmm... mungkin si Momoki kerana dia selalu ulang-alik dari bumi ke stesen TAPOPS"
"Abang pasti ke dia tidak terkena dengan pukauan virus tu?"
"Itu kau jangan risau. Kita boleh periksa diri dia dengan bantuan dari Emmy" Kaizo mengambil donut lobak merah kepunyaan Fang yang ada di dalam plastik makanan itu. Muka Fang terus berubah apabila melihat abang dia gigit donut itu "Kenapa? Tak boleh ke aku makan donut ni?"
"Err.. bukan abang tak suka makan donut ke"
"Abang lapar, jadi abang makan ajelah apa yang ada" balas Kaizo "Sambung balik perbincangan kita. Abang akan periksa dia dulu sebelum aku hantar dia ke stesen TAPOPS. Kemungkinan virus ini ada kaitan dengan budak lelaki yang aku jumpa hari tu"
"Dia masih lagi ada dekat stesen TAPOPS?"
"Yea, dia dan ibu dia masih lagi ada di situ"
"Abang nak halau mereka ke kalau tekaan abang betul?"
"Tak" balas Kaizo "Aku dapat rasakan juga ini bukan perbuatan dia tapi virus dan budak lelaki itu, mungkin ada hubung kait. Abang tak pasti apa.. tapi abang tak nak tuduh dia yang bukan-bukan"
"Kenapa abang beritahu adik semua ni? Kenapa abang tak beritahu kak Lynna?"
"Selalunya abang akan beritahu Lahap tapi... sekarang Lahap sudah dibawa lari. Abang tidak mahu menganggu Lynna dengan masalah kita tapi kalau abang dipukau lagi. Kau harus cari abang dan pulihkan diri abang. Jangan bagi abang bertindak lebih ganas"
"Dan bawa kak Lynna sekali?"
"Itu pun kalau kau dalam keadaan terdesak. Buat masa sekarang ini, biarlah dia dengan kehidupan dia di sana dulu" Kaizo menarik nafas seketika dan lalu dia berkat lagi "Kau pun perasan yang Lynna sudah jarang ke sini kerana aku yang meminta dia jangan datang ke sini selalu. Aku nak dia jauhkan diri daripada ini semua"
"Hmm.. dia mesti kecewa"
"Mungkin tapi dia memahami" kata Kaizo dengan nada lembutnya "Kita jangan menyusahkan dia sangat"
"Sebab abang nak melindungi dia.. heheheee" Fang tersenyum sedikit "Dulu ok aje abang dan dia menentang musuh bersama. Sekarang ini lain pulak cerita"
Kaizo tidak berkata apa. Dia hanya mahu melindungi Lynna dari ancaman musuh mereka kali ini. Lebih-lebih lagi musuh ini dapat memukau orang. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Dia dan Lynna terpaksa berpisah buat sementara. Selagi virus itu masih ada lagi, selagi itulah dia tidak benarkan Lynna ke sini. Dia juga harus berhati-hati kali ini
"Abang ok ke?" Wajah Fang kelihat risau apabila dia melihat abang dia seperti ada sesuatu yang tidak kena
"Aku ok.. kau habiskanlah donut kau" Kaizo menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya dan lalu dia keluarkan sekeping duit. Dia letak duit itu di atas meja "Nah, ambik duit ni. Abang gantikan donut yang abang makan tadi. Aku terpaksa pergi dulu... masa untuk mencari si Momoki tu"
"Semoga berjaga abang"
"Terima kasih.. kalau abang tak balik dalam beberapa hari, cari abang"
Fang hanya mengangguk kepalanya. Dia perhatikan sahaja abangnya keluar dari pintu kedai itu. Tiba-tiba Yaya dan Ying berlari masuk ke dalam kedai tersebut. Mereka hampir terlanggar Kaizo. Kedua gadis itu kelihatan cemas. Kaizo tidak beredar dari situ terus, dia masuk ke dalam kedai itu semula
"Apasal dengan korang berdua ni?" tanya Fang
"Rizu... kucing... hilang..." kata Yaya yang tercugap-cugap itu
"Kucing dia hilang?"
"Bukan Fang.." Ying mengambil tempat duduk Kaizo sebentar tadi "Rizu yang hilang"
"Macam mana dia boleh hilang?" muncul Kaizo di belakang Yaya dan Ying "Ada musuh culik dia ke?"
"Rasanya tiada siapa yang culik dia" jawab Yaya "Begini ceritanya.. tadi semasa kita orang tengah cari kucing dekat bandar, tiba-tiba Rizu nampak seekor kucing ni.. kucing tu nampak lapar. Jadi Rizu terus pergi dekat kucing tu dengan makanan. Kucing tu takut pula. Lepas tu Rizu tukarlah jadi kucing untuk pujuk kucing tu tapi.. dia lari pula. Kita orang tak bagi Rizu pergi kejar kucing tu tapi dia degil. Dia tetap nak pujuk juga. Dia terus lari kebelakang kedai. Kita orang ikutlah Rizu tapi dia sudah lari ke mana pun, kita orang tak nampak sebab dia lari terlalu pantas sangat"
"Bukan ke si Ying ni boleh lari laju" Mata Fang melirik ke arah Ying
"Hehehee... haiyaa.. jangan pandang aku macam tu maaa... kalau aku gunakan kuasa aku, nanti aku terlepas pandang pula tapi semasa aku gunakan kuasa perlahankan masa, kita masih tak jumpa dia juga. Tak tahulah dia pergi mana. Cari dia merata-rata tempat tapi takde" kata Ying "Mula-mula kita orang tak nak beritahu kau maa.. tak nak kau mengamuk nanti tapi terpaksa juga"
"Hmmm... tak kan si Rizu kena culik pula. Dia jadi kucing gebu ke?"
"Takdelah Fang, dia jadi kucing comel yang tak gebu sangat" balas Yaya "Tapi boleh jadi juga kalau ada orang pergi ambik dia"
"Kau bertiga pergi cari dia sekarang juga. Aku tak nak apa-apa terjadi dekat Rizu nanti. Aku tak nak risaukan ibu dia tentang anak dia jadi kucing" kata Kaizo sambil bersilang tangan "Kalau boleh, hubungi kawan-kawan kau dan minta pertolongan mereka juga. Cari sampai dapat. Aku ada hal perlu diselesaikan"
"Ok abang Kaizo" kata mereka bertiga
"Nanti beritahu aku kalau dah jumpa si Rizu tu"
Fang, Yaya dan Ying mengangguk kepala secara perlahan. Kaizo ingin menolong mereka bertiga tetapi dia ada perkara lain yang harus dia lakukan. Mungkin dia tangguhkan sedikit hal dia tetapi bagaimana kalau tiba-tiba mereka diserang oleh virus itu, fikir Kaizo. Dia rasa salah kalau tidak menolong mereka
"Abang.."
"Kau nak apa, Pang?"
"Abang pergilah uruskan masalah abang. Biar adik dan rakan-rakan adik selesaikan masalah Rizu" Fang bangun dari tempat duduk dia dan terus dia pergi memeluk abangnya "Abang jangan risau tentang kami kerana masalah kami hanya kecil sahaja. Abang buat apa yang abang perlu buat"
"Baiklah.. jaga diri kau elok-elok"
"Baik abang" Fang lepaskan abangnya
Kaizo beredar semula dari kedai donut itu. Fang tersenyum kecil sambil ucapkan semoga berjaya dihatinya. Mereka bertiga terus bergerak untuk jalankan operasi mencari Rizu. Fang berharap tiada apa yang berlaku ke atas diri adik angkatnya. Dia mulakan percarian adik angkatnya di belakang kedai dan selepas itu, dia terus mencari di lorong-lorong kecil. Semua kucing yang dia jumpai adalah bukan Rizu. Dia tidak akan berputus asa, dia akan tetap mencari adik kesayangan dia sehingga jumpa
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di dalam sebuah rumah kecil. Terdapat seekor kucing di dalam sebuah kotak kosong. Kucing itu mula bergerak. Mata dia terbuka sedikit demi sedikit. Seorang kanak-kanak perempuan tersenyum gembira apabila kucing itu sudah mula sedarkan diri
"ABANG! ABANG! Meow ni dah bangun" kata kanak-kanak kecil itu
Eh, Pizu dekat mana ni? Rizu bangun dan lalu dia melihat sekitar rumah itu
"Meow lapar tak? Nanti Ninie kongsi nasi dengan meow ok" Kanak-kanak perempuan itu belai kepala kucing comel yang ada di dalam kotak "Mana abang jumpa kucing ni?"
"Abang terlanggar dia tadi. Masa tu kucing comel ni tengah kejar kucing lain. Dia lalu depan basikal abang tapi abang tak sempat nak brek, terus terlanggar. Abang tak sampai hati nak tinggalkan dia macam tu aje. Jadi abang bawak dia balik"
"Bolehlah kita bela kucing ni!" Seorang lagi kanak-kanak perempuan muncul di bahagian ruang tamu rumah itu
"Tak bolehlah adik, kucing ni ada pemiliknya. Cuba tengok loceng dia" Lelaki remaja itu tunjuk seutas rantai loceng yang ada di leher kucing itu "Abang kena cari tuan dia"
"Alaa... Ophie baru nak bela kucing" kata kanak-kanak perempuan itu
"Jangan sedih, Ophie.. nanti abang cari kucing lain ok" kata abang kepada kanak-kanak perempuan itu "Mana Hisham?"
"Abang Hisham pergi beli lauk dekat kedai sebab mak tak sihat. Ophie nak tolong masakan tapi mak tak bagi pula"
"Takpe, mak tak nak kita buat sepah dekat dapur"
"Hmm.. tapi Ophie budak baik. Ophie akan kemas balik, betul tak kakak Ninie?"
"Betul betul" kata Ninie. Tangan dia masih lagi belai kepala kucing itu "Suka betul kucing ni.. tapi malangnya kita orang tak boleh nak bela kucing comel ni"
"Abang tahu Ninie suka kucing tapi kita harus pulangkan kucing ini kepada tuan dia. Kalau kita tidak pulangkan, nanti tuan dia mesti sedih. Abang tak nak kucing ini terpisah dengan tuan dia. Mesti tuan dia sedang mencari kucing comel sekarang ni" kata remaja lelaki itu yang bernama Halim
Rizu terus terfikirkan tentang abang kesayangan dia. Hati dia mengatakan bahawa abang Fang mesti dalam kerisauan kerana tidak tahu dimana dia berada sekarang ini. Dia mahu bercakap tetapi tidak nak takutkan mereka di situ. Dia terpaksa keluarkan bunyi seekor kucing sahaja. Mata dia melilau sekitar ruang tamu. Ianya nampak seperti rumah biasa tapi kebanyakkannya adalah barang lama. Rizu melompat keluar dari kotak itu
"Meow nak melawat rumah ni ke?" kata Ninie
"Meow" Rizu hanya membalas dengan suara kucing sahaja
"Jom kita melawat bilik Ninie dan Ophie" Ninie terus angkat kucing comel itu "Rumah ni hanya ada 3 bilik sahaja. Ninie kongsi bilik dengan Ophie, abang Halim kongsi bilik dengan abang Hisham. Mak dan ayah satu bilik... mak kita orang tak sihat, ayah pula tengah kerja. Kita orang hidup sederhana sahaja"
Rizu dibawa masuk ke dalam sebuah bilik kecil. Terdapat sebuah katil besar dan satu almari kecil sahaja. Di atas katil itu terdapat satu anak patung Hello Kitty, dua bantal dan satu selimut yang agak nipis. Baju sekolah mereka di gantung pada dinding bilik itu. Seterusnya, dia dibawa ke sebuah bilik milik Hisham dan Halim. Hanya ada satu katil kecil, meja untuk belajar dan satu almari baju. Di bawah katil itu terdapat satu tilam dan beberapa buku sekolah
"Ini bilik abang kita orang.. kecil aje bilik kita orang" kata Ninie "Bilik satu lagi adalah bilik untuk mak dan ayah tapi meow tak boleh masuk sebab tak nak ganggu mak"
"Meow ni mesti nak main dengan kita orang" kata Ophie "Tapi kita takde mainan nak main dengan dia"
"Takpe.. kucing ni mesti tak kisah kalau main dengan kertas aje, betul tak meow?"
"Meow meow" kata Rizu kepada Ninie
"Abang, bila abang nak cari tuan dia?"
"Kenapa Ninie?" tanya Halim kepada adik perempuannya
"Takde, Ninie dan Ophie nak main dengan dia dulu sebelum abang cari tuan dia"
"Ok Ninie.. sementara tu, kita bagi dia makan dulu. Mesti dia tengah lapar tu.. manalah abang korang si Hisham tu" Halim bangunkan diri dia untuk pergi melihat luar tingkap "Hmmm... kejap lagi dia sampailah tu kot" bisik dia
"Meow meow.. meow meow nak makan sama-sama dengan kita tak nanti?" Ophie mengusap kepala berbulu kucing itu
"Meow.." jawab Rizu
"Kucing ni macam tahu aje apa yang Ophie cakap tadi" Ninie rasa pelik tapi dia tidaklah meragui apa-apa "Mungkin dia sudah dilatih oleh tuan dia kot"
"Siapa agaknya tuan dia" tanya Ophie "Mesti tuan dia anak orang kayakan.. tinggal dekat rumah besar, setiap hari dapat makan makanan yang lazat.. bestnya!"
"Hehehee.. memang best tapi kita kenalah bersyukur apa yang kita ada"
"Betul tu Ninie!" kata Ophie. Umur dia dan Ninie tidaklah jauh beza, hanya jarak dua tahun sahaja "Meow nanti jangan lupakan kami tau. Kalau ada masa, datanglah melawat kami dekat sini"
"Meow meow" kata Rizu sambil tersenyum
"Eh, pandai pulak kucing ni senyum.. pelik sungguh tapi memang unik.. hehehee" kata Halim
Pintu rumah mereka dibuka oleh seseorang. Seorang remaja lelaki masuk ke dalam rumah dengan sebungkus makanan di tangan kanannya. Dia adalah Hisham, anak kedua kepada 4 adik beradik itu
"Maaf kalau lama sangat tunggu sebab ramai sangat orang dekat kedai tadi" kata Hisham
"Abang ada beli makanan untuk kita orang semua ke?" tanya Ophie
"Hmm... abang dapat sedikit aje sebab duit tak cukup tadi tapi takpe, korang makanlah dulu.. abang boleh makan biskut aje. Tinggal sedikit untuk mak nanti"
"Kasihan abang tapi Ophie dan Ninie nak kongsikan makanan dengan kucing ni" Ophie tunjuk ke arah seekor kucing yang ada di dalam dakapan Ninie
"KUCING?! Mana pulak korang jumpa kucing ni"
"Abang Halim yang jumpa" balas Ninie "Tapi kucing ni sudah ada tuannya. Nanti abang Halim nak cari tuan dia lepas ni. Sebelum tu, kita orang nak bagi dia makan dulu"
"Ha ah, Ophie nak bagi sedikit nasi Ophie dekat kucing ni.. rezeki kita, rezeki dia juga"
"Bagus betul adik abang ni, bangga abang dapat seorang adik yang comel ni" kata Halim sambil tersenyum "Abang pergi siapkan makanan ini ok"
Kedua remaja lelaki itu masuk ke dalam dapur untuk menyediakan makanan mereka. Rizu rasa bahagia apabila melihat keluarga itu. Walapun rumah mereka kecil dan tidaklah sebesar mana, tetapi mereka nampak begitu bahagia sekali. Tiada rungutan dari mereka. Malah mereka bersyukur apa yang mereka ada. Rizu terharu sedikit. Dia seperti ingin tinggal bersama mereka tetapi dia mempunyai keluarga tersendiri. Ibu dia pasti akan risau tentang diri dia. Mungkin dia akan kembali ke sini lagi tetapi sebagai manusia bukan seekor kucing
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Emmy sedang keluarkan sepasang cermin mata luar biasa dari sebuah bekas. Cermin mata itu bukanlah seperti cermin mata biasa. Ianya dicipta untuk melihat samada orang itu dibawah kawalan orang lain. Kaizo dan Momoki ada di dalam makmal itu untuk meminta bantuan daripada Emmy
"Kau nak buat apa dengan cermin mata itu?" tanya Kaizo
"Untuk misi abang beruanglah... dengan memakai cermin mata ini, kita boleh lihat jikalau orang itu sudah dipukau ataupun belum" Emmy memakai cermin mata itu. Dia melihat kedua lelaki di depannya kelihatan hijau "Korang berdua bebas dari pukauan virus itu. Jadi abang Mochi Mochi belum terkena lagi"
"Abang Mochi Mochi?" Momoki mengusap dagunya "Comel betul gelaran aku dari cik gadis kecil ini"
"Errr.. hehehee" Emmy tersengih "Jadi abang Mochi Mochi boleh siasat dekat stesen TAPOPS dengan menggunakan cermin mata ini. Kalau virus tu cuba pukau abang Mochi Mochi, ianya akan gagal"
"Tapi tak kan kau nak suruh dia pakai cermin mata ini pula. Nanti mereka akan dapat tahu tentang rancangan kita"
"Jangan risau abang beruang" Emmy cabutkan cermin mata itu "Cermin mata ini juga dapat sembunyikan diri daripada orang ramai.. macam invisiblekan diri dia. Hanya tekan butang kecil ini dan terus pakai. Ianya akan menjadi invisible terus. Mereka tidak akan tahu bahawa abang Mochi Mochi sedang memakai cermin mata itu"
"Begitu caranya.. aku amat kagum dengan ciptaan gadis kecil ini" kata Momoki "Kapten Kaizo, aku akan jalankan misi ini secara senyap. Aku akan cuba dapatkan maklumat dari stesen TAPOPS"
"Kau harus berhati-hati, jangan sampai mereka tahu tentang rancangan ini"
"Yea, aku tidak akan begitu cuai"
"Ingat, ini adalah misi rahsia. Kalau adik kembar kau tanya, kau jangan beritahu apa-apa kepada dia"
"Baik Kapten Kaizo" kata Momoki "Aku akan kembali ke bumi secepat mungkin. Aku akan cuba kumpul seberapa banyak maklumat yang aku dapat"
"Bagus, jalankan misi kau dengan baik"
"Ada apa-apa lagi yang aku perlukan untuk misi ini wahai gadis kecil?" tanya Momoki kepada Emmy
Muka Emmy terasa merah sedikit kerana senyuman dari Momoki tadi terus menggoda hati dia. Emmy rasa malu hendak bertentangan mata dengan jejaka alien yang kacak itu
"Err... takde apa-apa kot" kata Emmy dengan nada yang agak perlahan "Jangan lupa tekan butang kecil tu.. nanti orang lain tidak akan nampak cermin mata yang abang Mochi Mochi pakai"
"Aku tidak akan lupa wahai gadis kecil yang bijaksana. Aku akan kembali ke sini nanti. Semoga misi kita akan berjaya"
"Kau jangan terlalu leka pula"
"Aku tidak akan terlalu leka, Kapten Kaizo. Kau pergilah berehat, nanti aku akan hubungi kau setelah aku kembali ke sini" Momoki tetap berikan senyuman menggoda dia kepada sesiapa sahaja yang bercakap dengan dirinya
"Semoga berjaya, Momoki"
"Terima kasih, Kapten Kaizo"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang duduk termenung di bahu jalan. Matahari sudah hampir terbenam dan dia masih lagi belum menjumpai Rizu. Kawan-kawan dia sudah pulang ke rumah. Dia yang menyuruh mereka pulang dan biar dia sahaja yang sambung mencari Rizu seorang diri. Fang mengeluh dan pemikiran dia sudah bercelaru kerana tidak tahu dimana Rizu berada pada ketika ini. Mata dia melihat kenderaan-kenderaan sedang berjalan di bandar itu. Perut dia terasa lapar tetapi dia hiraukan sahaja
"Mana si Rizu ni.." bisik Fang "Aku tak naklah apa-apa terjadi dekat dia. Nanti ibu dia cakap apa pulak dekat aku. Lepas tu, langsung tak boleh berkawan dengan dia dah"
"Awak ada kehilangan kucing ke?..."
Fang mendongak sedikit. Mata dia terpandang seorang lelaki remaja sedang peluk seekor kucing. Rantai loceng di leher kucing itu membuatkan Fang kenal siapakah kucing itu sebenarnya. Dia bangun sambil tersenyum lebar kerana akhirnya, Rizu sudah dijumpai
"RIZU!" Fang seperti hendak menangis itu kerana terlalu gembira sangat
"Eh.. nama kucing awak ialah Rizu?" Remaja itu tergelak sedikit
"Err.. ha ah, nama dia Rizu" Fang mengambil kucing itu dari pelukan remaja lelaki itu "Terima kasih kerana menjumpai dia"
"Sebenarnya..." Remaja itu tersengih seketika "Saya terlanggar dia tapi awak tak perlu risau kerana tiada kecedera teruk yang berlaku. Dia cuma tidak sedarkan diri sahaja. Saya bawa dia balik tadi untuk jaga dia buat sementara"
"Terima kasih kerana menjaga dia" kata Fang sambil belai kepala kucing itu "Saya tidak tahu bagaimana ingin balas jasa kamu"
"Tidak perlu, saya tidak mahu apa-apa kecuali kamu berdua gembira kerana sudah bertemu semula" kata remaja lelaki itu "Oh yea, nama saya Halim... dan awak Fang kan.. superhero yang popular dengan keamukan dia"
"Ha ah, saya Fang"
"Selamat berkenalan.. tapi saya harus pergi sebab nak pergi beli makanan untuk adik beradik saya. Sehingga kita bertemu lagi" Halim beredar dari situ dan tinggalkan Fang dengan kucingnya
"Rizu! Selamat Rizu tak apa-apa.. abang risaukan Rizu, tahu tak!"
"Maafkan Pizu.. Pizu tiada niat nak buat abang Fang risau"
"Tapi Rizu jangan buat lagi lepas ni ok" Fang terus peluk kucing itu "Abang sayangkan Rizu.. kalau Rizu hilang, nanti ibu Rizu akan menangis dan akan salahkan abang kerana tidak menjaga Rizu dengan baik"
"Pizu tidak akan buat lagi" kata Rizu di dalam pelukan abang kesayangan dia "Abang Fang.."
"Yea Rizu"
"Esok boleh tak abang Fang tolong Pizu"
"Tolong apa?"
"Tolong Pizu dengan sesuatu.. hehehee... nanti esok abang Fang singgah rumah Pizu ok"
"Ok" balas Fang "Jom kita balik.. abang hantar Rizu balik rumah ok"
"Yeahhh!"
Rizu terlampau gembira sangat sehingga dia tidak mahu menukar dirinya menjadi manusia balik. Dia suka melihat dirinya di peluk oleh Fang. Dia akan berubah balik apabila dia sampai di rumah nanti
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, Fang dan Faye tidak sedar Kaizo sudah keluar dari rumah secara senyap. Mereka berdua sudah pun tertidur dengan nyenyak sekali. Kaizo berjalan ke sebuah lorong yang berhampiran dengan rumahnya. Di situ, dia akan berjumpa dengan Momoki untuk mengetahui apa yang berlaku di stesen TAPOPS. Sesudah sahaja dia sampai di lorong sunyi itu, dia menunggu kehadiran Momoki. Pada ketika itu, cuaca pada malam itu agak sejuk dan lorong itu pula, gelap sedikit
"Kapten Kaizo" Datang satu suara
Kaizo menoleh kebelakang. Momoki sudah pun tiba di lorong itu. Muka dia agak serius dan tiada senyuman godaan yang terpacar di wajahnya. Kaizo sudah mula mensyaki sesuatu yang buruk terjadi di stesen TAPOPS
"Maklumat apa yang kau dapat?" tanya Kaizo
"Sebelum itu... apa yang kau teka adalah tepat sekali" ujar Momoki dengan nada seriusnya "Hampir seluruh pekerja di stesen TAPOPS telah berjaya dipukau oleh virus itu kecuali 3 orang sahaja yang belum terkena pukauan virus itu"
"3 orang? Siapakah orang itu?"
"Remaja lelaki yang kapten jumpa hari tu dan ibu dia.. seorang lagi adalah Laksamana Tarung. Dia tu agak sukar untuk dipukaukan" kata Momoki
"Nampaknya virus itu berjaya mengawal Kommander Kokoci.. patutlah selama ini aku tidak terima apa-apa berita daripada dia" Kaizo mengusap dagunya "Maklumat apa yang kau dapat dekat dalam stesen TAPOPS?"
"Maklumat ini tentang si virus tu... nampaknya ianya memang ada kaitan dengan budak lelaki itu dan juga ibu dia. Aku tak tahu apa hubungan mereka"
"Kita kena siasat juga" Kaizo mula bermundar-mandir di sekitar lorong itu "Kalau virus itu adalah keluarga kepada lelaki itu, mungkin kerana itu dia tidak memukau mereka"
"Mungkin juga tapi kenapa dia perlu kawal semua yang berada di stesen TAPOPS"
"Untuk dapatkan power sphera" Kaizo berhenti bermundar-mandir "Power sphera kini dalam bahaya. Virus itu ingin musnahkan kesemua power sphera yang ada di dalam stesen TAPOPS. Kini misi kita adalah selamatkan power sphera itu"
"Kalau begitu, saya tawarkan kapal angkasa saya sendiri untuk menyimpan power sphera itu buat seketika"
"Hmm... boleh tapi virus itu sangat bijak, kita perlu simpan di tempat yang lebih selamat. Kapal angkasa kau juga nanti dia akan kawal"
"Aku rasa aku ada satu cadangan. Makmal cik gadis kecil itu selamat. Aku lihat betapa canggihnya makmal dia" Momoki tersenyum sedikit "Makmal dia sukar untuk dikawal oleh virus itu. Aku pernah cuba untuk memasuki sistem pertahanan makmal dia sebelum ini"
"Kau cuba mengawal makmal dia?" Nada Kaizo bertukar menjadi garang sedikit "Boleh ke aku percayakan kau?"
"Jangan fikir yang bukan-bukan, Kapten Kaizo. Pada ketika itu, aku cuba ingin dapatkan semula kuasa aku dari makmal itu" kata Momoki yang masih lagi tersenyum kecil "Tapi itu perkara lama.. kini aku sudah berubah. Aku tidak akan menjadi seperti dulu lagi"
"Bagus.. kalau begitu, kita perlukan kapal angkasa kau untuk bawa power sphera itu ke sini. Selepas itu kita pindahkan terus ke makmal Emmy"
"Bila kita akan jalankan misi ini?"
"Kita tidak mahu terburu-buru kerana aku tidak mahu mereka mensyaki apa-apa. Kita akan jalankan misi ini secara senyap. Kita perlukan pertolongan Emmy lagi untuk misi ini" kata Kaizo "Terima kasih kerana membantu aku"
"Sama-sama, Kapten Kaizo. Sehingga kita berjumpa lagi"
Momoki beredar dari lorong sunyi itu dan tinggalkan Kaizo keseorangan di situ. Kaizo menggenggam kedua belah tapak tangannya. Dia tidak sangka musuh dia kini sudah dapat mengawal stesen TAPOPS dan juga Kommander Kokoci. Dia akan dapatkan balik mereka semua. Dia akan musnahkan virus itu walapun ianya memakan masa yang agak lama
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi sudah menjelma, Fang dan Rizu sudah pun keluar dari rumah mereka untuk jalankan satu perkara. Mereka berdua mengangkat sebuah kotak besar yang penuh dengan mainan Rizu. Ada juga makanan dan buku yang Rizu letak di dalam kotak itu. Dia tersenyum kecil sepanjang perjalanan mereka ke sebuah rumah kecil. Di kawasan perumahan itu terdapat rumah-rumah kecil. Fang kenal kawasan perumahan itu kerana disitulah rumah Zakwan dahulu sebelum dia dan keluarga dia dihalau keluar dari rumah mereka sendiri. Kenangan pahit itu terus bangkit di pemikiran Fang. Dia rasa kasihan dengan nasib Zakwan pada ketika itu tetapi sekarang ini, Zakwan sudah kelihatan lebih ceria daripada yang dulu
"Rizu, barang semua ni untuk siapa?"
"Untuk abang semalam tulah" jawab Rizu
"Pizu tak kisah ke bagi mainan Pizu dekat dia orang? Terutama sekali anak-anak patung Pizu ni?"
"Pizu tak kisah sebab dia orang jaga Pizu dengan baik semalam, jadi Pizu nak buat sesuatu untuk mereka. Lagipun Pizu sudah besar, Pizu tidak perlukan lagi mainan ini semua. Biarlah orang lain pula dapat merasai bermain dengan mainan ini. Tentu mereka akan suka nanti dengan mainan yang Pizu berikan.. hehehee.." Rizu tergelak kecil di situ "Tapi Pizu simpan anak patung landak, itik dan penguin sebab mereka adalah Paizo, Pang dan Pizu!"
"Baiknya Rizu" kata Fang dengan bangganya "Baguslah Rizu buat begitu. Mainan ni pun suka nanti sebab dapat tuan yang baru.. hehee"
"Ha ah, mainan ni pun happy sebab Pizu tak buang dia orang" Rizu belok ke kanan bersama Fang "Balik nanti kita tengok cerita Toy Story ok.. Pizu suka tengok movie tu"
"Ok, nanti abang sediakan popcorn"
"Yeahh! Popcorn chocolate boleh? Tak pun kita order pizza sekali"
"Macam-macam betul permintaan budak ni.. heheehe.. tapi abang ok aje" kata Fang "Kita sudah sampai ke?"
"Sudah!" Rizu berhenti di hadapan rumah kecil
Halaman rumah itu nampak kemas dengan adanya pasu-pasu bunga tersusun rapi di tepi pagar rumah. Ada dua basikal tersandar pada dinding luar rumah itu. Beberapa kasut tersusun kemas di depan pintu rumah. Rizu dan Fang masuk ke dalam halaman rumah itu. Mereka letak kotak yang mereka angkat di hadapan pintu rumah kecil itu. Lalu mereka lari keluar dan terus pulang ke rumah. Mereka tidak menunggu dan melihat reaksi mereka tetapi apa yang mereka dapat bayangkan, reaksi 4 adik beradik itu sudah tentu membuatkan mereka berdua tersenyum. Ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah, Halim membuka pintu dan terkejut dengan mainan, makanan dan buku yang mereka dapat. 4 adik beradik itu tidak tahu siapa yang berikan kepada mereka. Halim mula terfikir kejadian semalam, mungkin ini adalah hadiah yang dia dapat kerana pulang kucing kepada tuan dia semalam. Dia akan jaga mainan dan buku-buku ini dengan baik. Makanan itu pula, mereka akan berkongsi bersama
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top