Rancangan Fang
"WEEEEEEEE!"
Fang baling segumpal kertas ke arah kepala Lily. Dia sudah bosan mendengar suara Lily yang sungguh nyaring itu. Pada ketika itu, Fang dan kawan-kawan dia berada di kedai Tok Aba. Mereka baru habis mengulang kaji di kedai itu. Lily menari-nari di hadapan kedai kerana akhirnya, dia dapat bersuka-ria dengan kawan-kawan dia. Berapa banyak gumpalan kertas yang dilempar oleh Fang, sang gadis itu tidak terdetik langsung untuk marah. Dia teruskan menari dan melompat-lompat di situ
"Kau memang takde kerja yea Fang, paling kertas dekat si Lily tu"
"Aku memang takde kerja pun" jawab Fang kepada Boboiboy "Jadi aku carilah benda untuk dibuat contohnya, paling kertas dekat si pelik tu"
"Daripada kau baling-baling kertas tu, baik kau makan ice cream chocolate. Lagi best!" kata Gopal. Lalu dia jilat sudu kecilnya "Sedapnya!"
"Tapi nak makan chocolate tu, janganlah berlebihan pula" nasihat Harraz yang ada di situ juga "Nak makan, makanlah tapi lebih elok makan makanan yang berkhasiat dan bagus untuk kesihatan kau. Otak kau pun rasa cergas"
Gopal terus rasa malu sedikit tetapi dia tidak nyatakan kepada Harraz. Dia hanya tersengih sahaja. Boboiboy tergelak sahaja. Kawan-kawan perempuan mereka sudah beredar dari kedai Tok Aba kecuali seorang. Yaya dan Ying hendak ke kedai buku. Manakala Bella pula, dia ada hal. Faye sudah pulang ke rumah kerana ada sesuatu yang dia ingin buat. Tinggal Lily sahaja yang ada di situ kerana dia ingin menatap muka comel Boboiboy
"Dengar tu Gopal. Jangan nak makan chocolate terlampau banyak sangat" tegur Tok Aba
"Hehehe.. jangan risau Tok Aba" kata Gopal "Amma saya sentiasa buat makanan sihat untuk saya!"
"Tapi kalau dekat luar, suka sangat beli junk food"
"Biasalah tu Boboiboy. Sudah menjadi kebiasaan aku" Gopal tersengih lagi
"Yang si Fang ni pula, dari tadi asyik baling kertas sahaja" Tok Aba terus mencekak pinggang "Fang, jangan nak cemarkan kedai Tok Aba ni. Kutip balik kertas-kertas tu nanti"
"Maaf atuk, adik saya tu memang macam tu" muncul Kaizo dengan cermin mata hitamnya "PANG! KENAPA KAU MENBAZIRKAN KERTAS-KERTAS TU! KUTIP BALIK SEBELUM AKU GUMPAL-GUMPALKAN KAU MACAM KERTAS TU!"
"ERK!
Terkejut Fang dengan suara garang abangnya. Lalu dia pergi kutip kertas-kertas tersebut satu per satu. Kaizo cukup puas hati kerana dapat tinggikan suara kepada adiknya. Dia berada di situ kerana dia sudah berjanji untuk menjadi cikgu kepada mereka semua sehinggalah peperiksaan akhir tahun tamat. Dia ingin memastikan mereka semua tidak bermain dan mengambil serius dengan peperiksaan ini. Lepas sahaja mereka habis peperiksaan, bolehlah dia benarkan mereka pergi bersuka-ria
"Abang Kaizo"
"Yea Boboiboy, kau nak apa?" Kaizo terus duduk di sebelah Gopal "Kau ada soalan yang sukar hendak di jawab ke?"
"Bu-kan" Boboiboy garu-garu kepalanya sambil tersengih "Abang Kaizo pakai cermin mata ni, nak pergi mana? Abang Kaizo nak pergi dating dengan kak Lynna yea"
"Bila masa aku nak pergi dating. Aku ada temu janji dekat bandar tu" jawab Kaizo
"Abang Kaizo dah break dengan kak Lynna ke?" Gopal terkejut sedikit pada ketika itu "ABANG KAIZO JUMPA ORANG BARU?!"
Terus Kaizo berikan jelingan maut dia kepada Gopal. Mata Gopal pandang ke tempat lain sebab tidak sanggup melihat jelingan itu. Ianya sangat menakutkan
"Wei, bila masa abang aku dan kak Lynna break up. Dia orang ok lagi tapi..." Fang melihat abang dia dari atas hingga ke bawah "HAH! ABANG MAIN KAYU TIGA YEA!"
"TOLAKAN TENAGA!"
"ABANGGGGGGGGGGGGGGGG!"
Menjerit Fang sekuat hati selepas sahaja diri dia terpelanting sampai ke langit biru. Lily pun terkena kuasa tolakan Kaizo tadi. Dia seperti Fang juga, terpelanting sampai ke langit biru
"Hmm.. kasihan dia orang" kata Ochobot "Kapten Kaizo suka berkelakuan ganas dekat adik sendiri. Sampai orang lain pun terkena juga"
"Kalau aku berlembut sangat dengan dia, aku takut perangai dia akan menjadi-jadi"
"Tapi perangai nakal dia tu, kamu sendiri pun tak dapat nak dibendungkan" kata Tok Aba kepada Kaizo "Cukup-cukuplah dengan keganasan kamu dekat dia tu. Tak kasihan ke?"
"Rasa kasihan? Adalah juga tapi kalau dia mula merepek, aku terpaksa menghukum dia"
"Hmm.. menghukum dia dengan menggunakan kuasa" jawab lagi Ochobot "Kapten Kaizo sebenarnya ada temu janji apa?"
"Temu janji yang penting ke?" tanya Boboiboy sambil berikan segelas air sejuk kepada Kaizo
"Yea, temu janji penting dengan seseorang" Kaizo mengambil segelas air itu dari tangan Boboiboy "Temu janji tentang sesuatu yang ingin aku beli"
"Abang Kaizo nak beli apa?" tanya Harraz
"Sebuah kapal angkasa berbentuk pod. Ianya kecil, ringan dan lagi pantas dari kapal angkasa aku" Kaizo minum air dia seketika. Lalu dia bersambung lagi "Kapal angkasa itu aku belikan khas untuk si Pang. Bolehlah dia guna nanti untuk belajar mengendali kapal angkasa"
"Bukan dia hari tu dah belajar ke?"
"Betul tu Boboiboy tapi aku belikan yang kecil supaya mudah untuk dia belajar" jelas Kaizo
"Hehehe.. untuk kami takde ke?" tanya Gopal tanpa rasa malu
"Kalau nak, pakai duit sendiri" kata Kaizo dengan muka serius "Kapal angkasa itu tidaklah semahal mana. Ianya muat untuk seorang sahaja. Tentang senjata untuk mempertahankan kapal angkasa itu, Kaizo masih fikirkan lagi pod kapal angkasa mana yang lebih sesuai. Mungkin tembakan plasma ataupun tembakan laser? fikir Kaizo
"Seronoknya Fang dapat kapal angkasa dia sendiri. Bolehlah dia pergi sana sini nanti tapi tak boleh bawa kita orang" Boboiboy rasa cemburu sedikit "Tapi takpe, satu hari nanti mesti aku sendiri akan dapat kapal angkasa! Motor angkasa ke, kereta angkasa ke.. hehehe"
"Ewah ewah, dah berangan nak dapat kapal angkasa sendiri"
"Hehehe.. jangan marah Tok Aba. Boboiboy bergurau aje tapi tak salah kalau nak berangankan"
"Boleh tu boleh tapi jangan terlampau berangan sangat sampai lupa nak hantarkan makanan ni dekat pelanggan kita tu" Tok Aba berikan dua pinggan kecil kepada Boboiboy "Nah, pergi hantar cepat"
"Baik Tok Aba!" Boboiboy mengambil kedua-dua pinggan waffle chocolate tersebut. Lalu dia pergi menghantar makanan itu kepada dua orang remaja lelaki yang sibuk berbual sesama sendiri
"Abang Kaizo tak belikan untuk diri sendiri juga ke?"
"Tak Harraz tapi.." Kaizo mengusap dagunya "Bagus juga idea kau ni. Bolehlah aku guna semasa aku jalankan misi"
Harraz rasa bangga sedikit dan lalu senyum tersipu malu. Dia kagum dengan sifat peribadi Kaizo dan selalu terbayangkan jikalau abang dia seperti Kaizo juga. Mesti rasa seronok selalu, bisik di hati Harraz. Semasa mereka sedang sibuk bersembang, Fang sudah pun kembali di kedai Tok Aba. Pakaian dia kelihatan basah, rambut dia penuh dengan daun dan ranting pokok
"Kenapa dengan kau?" soal Kaizo
"KENAPA DENGAN ADIK?!" Hati Fang penuh dengan api kemarahan dia terhadap abangnya "KALAU ABANG NAK TAHU! ADIK JATUH DEKAT POKOK, LEPAS TU ADIK TERSANGKUT DEKAT SITU. Tiba-tiba dahan pokok tu terus patah dan adik jatuh ke dalam tasik dekat taman tu!"
Memang benar cerita Fang. Dia tersangku pada pokok di tepi tasik. Nasib dia tidak begitu baik, dahan pokok itu patah kerana badan Fang yang berat. Lalu dia jatuh ke dalam tasik. Terpaksalah dia berenang keluar dari tasik itu
"Kenapa kau tak balik rumah sahaja lepas tu? Pergi mandi, tukar baju tapi ke sini juga kau nak datang, semata-mata nak jerit dekat abang"
Kuasa bayang Fang mula timbul di sekeliling tubuh badannya. Mata dia mula menjadi merah menyala seperti ada api kemarahan di situ. Kaizo tetap dengan hati yang tenang, melihat adiknya mula hendak mengamuk. Gopal dan Harraz sudah beredar dari kedai itu dan duduk di dalam gazebo sahaja. Mereka takut dengan keamukan Fang nanti
"Kapten Kaizo, cubalah tenangkan Fang tu dengan berita gembira. Mesti dia akan teruja" kata Ochobot
Kuasa bayang Fang terus hilang. Mata dia membulat besar sambil memandang abang dia. Berita apa yang boleh membuat dia teruja? fikir Fang
"Abang nak kahwin dah ke?" Fang tersenyum lebar sampai ke pipi
"Bukan" balas Kaizo dengan tenangnya "Tapi ini adalah sesuatu yang akan buat kau terkejut. Jadi aku akan rahsiakan untuk melihat reaksi kau nanti. KAU JANGAN PERGI MENGHENDAP AKU PULA!"
"Baik abang ku yang handsome" Fang peluk abangnya
Kaizo rasa nak marah adiknya kerana basahkan baju dia tetapi dia sabar dan tenangkan diri. Lalu dia berkata lagi kepada adiknya
"Kalau kau menghendap aku, kejutan untuk kau, aku terus batalkan!" Kaizo pandang ke arah kawan-kawan adiknya terutama sekali Gopal "Yang lain pun sama juga. JANGAN BAGITAU SI BUDAK PANG NI!"
Semua yang ada di situ, semuanya angguk kepala termasuk sekali pelanggan Tok Aba. Kejutan apa yang terlampau berahsia sangat itu? fikir Fang. Dia janji kepada dirinya, bahawa dia tidak akan ikut abangnya. Dia akan tunggu sahaja kejutan itu. Kaizo perhatikan riak wajah adiknya yang sedang tersenyum bersendirian sambil berangankan sesuatu
"Aku pergi dulu" Kaizo bangun dari situ "Kau Pang... duduk sini dan jangan gatal nak ikut"
"Ba-baik abang ku" Kaki Fang terasa nak ikut abang dia "Adik akan duduk sini diam-diam dan buat-buat tak tahu apa yang adik dengar tadi"
"Bagus"
Kaizo beredar dari situ. Fang duduk di bangku yang abang dia duduk sebentar tadi. Badan dia bagaikan menggeletar sedikit. Dia tidak tahu samada badan dia terasa sejuk ataupun dia tidak dapat menghendap abang dia untuk mengetahui kejutan tersebut
"Nah Fang, atuk buatkan lobak merah milkshake untuk buat kau lupakan tentang hal abang kau tu"
Fang pusing badan dia untuk dapatkan air tersebut dari Tok Aba. Wajah Tok Aba terus berubah apabila dia melihat Fang sedang tersenyum seperti orang gila
"Haih, kau ni kenapa Fang?" tanya Ochobot
"Aku ok aje, Ochobot.. aku ok, aku ok, aku ok..." Fang menghirup air tersebut. Lalu dia ulang balik kata-kata dia tadi "Aku ok, aku ok, aku ok, aku ok.."
"Hmm... si Fang ni dah tak betul rupanya" Muncul Boboiboy. Dia tolak-tolak kepala Fang dengan jari telunjuknya "Terpaksa melayan perangai dia yang tak betul ni"
"LANDAK TAK BETUL SUDAH MUNCUL!"
Boboiboy terkejut dengan jeritan Lily. Dia tidak sangka Lily boleh kembali di situ dengan baju dia koyak bahagian lengan kanan, siku dia luka, mulut dia ada kesan darah sedikit dan bahagian kepala dia, ada kesan lebam sedikit. Boboiboy tidak tahu di mana Lily jatuh tadi. Mungkin di tempat yang lebih teruk daripada Fang
"Aduh, Lily ni suka muncul tanpa diduga"
"Maaf BBB-CHAN" Lily tunduk kepala dia sedikit kepada Boboiboy "Tapi Lily suka melihat landak bila dia jadi tak betul! Kerana landak yang betul suka sangat mengaku. Manakala sang landak yang tak berapa nak betul, sentiasa menceriakan suasana sehingga membuatkan Lily tergelak!"
"Suka kau yea tengok Fang jadi tak betul" kata Ochobot
"Mestilah suka Ochobot" jawab Lily "Landak tak betul lagi best daripada landak yang suka mengamuk tak tentu pasal.. hehehehehe. Lily sentiasa menunggu kemunculan landak tak betul"
"Hah! Kalau macam tu, apa kata kau aje pergi dating dengan si tak betul ni" Gopal muncul semula di kedai Tok Aba "Tok Aba! Saya nak ice cream chocolate lagi!"
"Bayar dulu" jawab Tok Aba secara ringkas
"Ala... duit saya dah habis" Gopal letak balik mangkuk ice cream di atas meja dan tolak ke arah Tok Aba "Lain kali ajelah saya makan ice cream chocolate dekat sini"
Lily belai rambut Gopal kerana rasa simpati dengan kawan lelaki dia. Boboiboy juga rasa kasihan dengan Gopal. Lain kali dia akan belanja Gopal tapi di tempat lain. Itu pun kalau dia ada duit lebih, bisik di hati Boboiboy. Mata terlintas pandang seorang remaja lelaki sedang berlari ke arah kedai atuknya. Remaja lelaki itu adalah Adam. Muka dia nampak risau dan cemas. Boboiboy tidak pasti apa yang berlaku. Ada sesuatu yang berlaku di bandar ke? fikir Boboiboy. Setelah remaja itu tiba di situ, dia terus beritahu sesuatu
"Wei wei.. aku ada benda nak beritahu korang" kata Adam dalam kepenatan itu
"Kau nak beritahu korang apa? Ada musuh datang menyerang ke?"
"MUSUH?!" Fang terus berdiri "Mana musuh? Biar aku bagi dia penampar bayang! Hahahahaha!"
"Bukan musuh tapi kawan korang" Adam keluarkan sesuatu dari poket seluar dia "Kawan korang si Bella... ada sekumpulan remaja mempermainkan dia"
"Bella?!" Lily terkejut beruk di situ "SIAPA BERANI BULI BELLA! BIAR LILY BAGI PENAMPAR SUPER SONIC DEKAT DIA! ORANG!"
Adam tidak berkata apa. Dia hanya mainkan satu video kepada mereka semua. Di dalam video itu menayangkan beg Bella dirampas oleh sekumpulan remaja lelaki dan perempuan. Salah seorang remaja perempuan itu taburkan kesemua barang Bella di atas permukaan jalan. Muka Bella kelihatan marah dan para remaja itu, sibuk ketawakan Bella. Mereka langsung tidak hiraukan tentang perasaan Bella. Pada ketika itu, Bella bukan sahaja takat marah, malah dia sedih tetapi dia tidak mahu pamerkan kesedihan itu. Hanya hati dia sahaja yang menangis dalam diam. Para remaja itu mula beredar sambil memijak barang-barang kepunyaan Bella. Salah seorang remaja lelaki tidak bergajak. Dia hanya perhatikan Bella
"Lelaki tu nak tolong Bella ke?" tanya Boboiboy
"Bukan" jawab Adam
Remaja lelaki itu seperti katakan sesuatu kepada Bella. Malangnya, Adam tidak dapat merakamkan perbualan mereka. Bella tidak pandang lelaki itu. Dia hanya katakan sesuatu sambil genggamkan kedua-dua tangannya. Lalu remaja itu berbalas dan terus beredar dari situ sambil ketawakan Bella. Selepas itu, Bella mengutip satu per satu barang dia. Air muka dia berubah dari marah kepada sedih. Video itu terus berhenti
"Kenapa boleh jadi macam tu" Mereka tidak sedar Harraz ada di situ "Kenapa mereka buat begitu dekat Bella?"
"Aku tak tahu apa yang berlaku" kata Adam sambil simpan balik handphonenya "Aku masa tu, kebetulan lalu dekat situ tapi jauh sedikit dari tempat kawan korang. Aku nampak macam ada sesuatu tak kena. Jadi aku terus record"
"Terima kasih Adam kerana beritahu kita orang"
"Sama-sama Boboiboy" balas Adam "Aku tunjuk dekat korang sebab korang tidak akan biarkan perkara ini dibiarkan begitu sahaja. Aku tahu korang semua adalah kawan baik dan aku yakin dia tidak akan cerita kepada sesiapa tentang kejadian tadi. So, kalau dia marah aku sebab beritahu korang.. aku tak kisah sangat sebab ini demi kebaikan dia juga. Aku yakin korang dapat selesaikan perkara ini. Aku tak nak nanti budak-budak tu tadi ambil kesempatan untuk buli Bella lagi"
"Walaupun diri ku tidak mengenali siapakah budak lelaki ini.. tapi.." Lily mengesat air matanya sedikit "LILY INGIN UCAPKAN TERIMA KASIH! Jangan risau! LILY AKAN CINCANG-CINCANG BUDAK TU TADI! MIAHAHAHAHAA!"
"Ini siapa?" tanya Adam
"Itu kawan kita orang, nama dia Lily tapi dia sekolah dekat tempat lain. Dia suka menyibuk dekat sini sebab Boboiboy" jawab Gopal
"Ohhh..." Adam angguk kepalanya "Kalau begitu, aku pergi dulu.. aku ada hal penting dengan kawan-kawan aku. Jumpa lagi!" Dia terus beredar dari situ dengan perasaan lega kerana dapat memberitahu mereka tentang Bella
"Bye bye" Fang melambai-lambai ke arah Adam "Kenapa aku pernah nampak budak tu yea?"
"Kau lupa ke.. itu kan budak yang nak masukkan dalam kumpulan elite" kata Boboiboy
"Ohhhh... budak-budak yang perasan pandai, ajak aku masuk dalam geng elite dia orang tapi aku tolak sebab aku sayang korang terlebih kecuali Lily ni tapi aku masih sayang dia sebagai kawan. Dia nak apa tadi?" Fang terus berikan senyuman nampak gigi kepada kawan-kawan dia
"Adeh" Boboiboy menepuk dahi dia sendiri "Kau tadikan tengok video tu, tak kan kau tak faham lagi"
"Entah si landak ni.. tak kan Lily nak kena jelaskan apa yang berlaku terhadap kawan kita iaitu Bella"
"Sabarlah Boboiboy, Lily. Biar aku jelaskan kepada dia" Harraz cuba jelaskan kepada Fang dengan tenang "Fang, kawan kita si Bella. Dia kena buli dengan budak-budak yang kau nampak dekat video tadi. Apa yang aku nampak, Bella seperti di permainkan oleh mereka"
"OHHH! Aku faham, aku faham.. Dia orang ajak Bella pergi main tapi lepas tu, dia orang buli dia. Buat dia sedih" Fang terus bangun "Bella adalah kawan kita dan kita sebagai kawan dia, kita mesti ajar balik mereka! KITA BUAT MEREKA SEDIH PULA! HAHAHAHAHA!"
Harraz terus tersengih. Dia tidak pasti apa yang sudah berlaku dengan pemikiran Fang pada ketika itu. Alangkah baiknya jikalau Fang kembali menjadi normal bukan Fang yang pemikiran dia sudah tidak berapa nak betul sangat, fikir Harraz. Lily berikan tepukan kepada Fang kerana dia sokong untuk kenakan balik para remaja itu. Boboiboy menepuk dahi dia semula
"Mari kita susun strategi! Hehehe... kita lawan dia orang balik! KITA LAWAN BALIK! KITA LAWAN SAMPAI MEREKA MENANGIS TIDAK BERLAGU! MUAHAHAHAHAHA!"
"Ah sudah.. Fang dah jadi gila" Boboiboy menepuk dahi dia lagi
Lily menjadi terlebih suka. Dia sokong sahaja dengan cadangan Fang tadi. Gopal juga seperti Lily, dia sokong dengan mengajar para buli itu dengan cara balas dendam balik. Mereka tidak akan biarkan berduduk diam sahaja dan biarkan perasaan kawan mereka dalam sengsara. Boboiboy terpaksa ikut sekali dengan cadangan Fang
"Kau pastikan tiada pergaduhan atau peperangan besar nanti"
"Baik Tok Aba" kata Boboiboy "Saya akan pastikan, semuanya selamat"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Fang sudah mengenalpasti siapakah para remaja yang buli Bella semalam. Pada pagi itu, kawan-kawan dia berkumpul di rumahnya kecuali Bella. Hanya Bella sahaja Fang tidak panggil. Dia ingin jalankan misi ini secara rahsia dan akan beritahu Bella selepas sahaja misi rahsia mereka selesai
"Aku ingatkan Fang dah ok hari ni, rupanya belum lagi" bisik Boboiboy sambil perhatikan Fang hidangkan minuman pagi kepada mereka semua
"Tahu takpe, Boboiboy" Gopal mengambil sebiji donut yang sudah di hidangkan di atas meja makan "Apa rancangan kau Fang?"
"Rancangan aku.. senang sahaja tapi sebelum itu, jemput makan semua" Fang berikan setiap kawan-kawan dia sebiji karipap "Makan sampai kenyang sebab kita perlukan tenaga dan pemikiran yang cergas untuk kenakan balik kepada pembuli Bella!"
"Hmmm... kenapa Bella tak cerita dekat aku tentang kejadian semalam" Perasaan Faye pada ketika itu, agak sedih dan marah kepada pembuli itu. Selepas sahaja dia dengar cerita itu dari Lily dan juga sepupu dia, Faye terus terkesima seketika. Selama ini, Bella nampak berani dan kuat orang tetapi tidak sangka ada juga yang berani mengusik Bella "Aku masih tak boleh terima kenyataan" bisik Bella
"Lily pun" kata Lily. Dia tidak lalu untuk makan karipap kentang itu
"Semalam kau nampak bersemangat nak kenakan dia orang, hari ni kau nampak lemah semangat pula"
"Hehehe.. maaf Boboiboy" Lily tersenyum lemah "Lily cuma kecewa sebab Bella tak cerita apa-apa pun dekat kita orang berdua. Bukan ke Lily dan Faye adalah sahabat baik dia. Kenapa dia nak rahsiakan"
"Sebab dia tak nak menyusahkan kita semua" Fang duduk di kerusi meja makannya "Aku tahu perasaan itu. Aku pernah mengalaminya tetapi situasi yang berbeza"
Fang sudah kembali seperti diri dia sendiri. Pemikiran dia bukan lagi seperti orang tidak betul tetapi dia masih lagi ingin membalas dendam. Ianya bukan balas dendam secara kejam, cuma balas dendam yang boleh memalukan para pembuli Bella
"Fang, aku tak rasa kau patut buat begini"
"Kenapa pula Yaya?" Nada Fang bertukar menjadi marah sedikit "Tak kan kita nak berdiam diri sahaja. Kita harus bertindak. Kita tidak akan biarkan mereka buat begitu dekat Bella. Bella adalah kawan kita semua. Ya, aku akui Bella pernah buli aku sebelum ini tapi kita semua tahu kenapa dia buat begitu. Dia tidak mahu menjadi diri dia yang lemah sebelum ini tapi sekarang semuanya sudah berubah, dia tidak lagi buli aku atau sesiapa pun. Lagipun aku tak nak masalah buli ini berterusan. Aku tak nak keperitan di hati dia berleluasa kerana dia tidak mahu bantuan daripada kawan-kawan dia sendiri. Jadi aku ada satu rancangan"
"Rancangan apa tu?" soal Ying
"Rancangan dia adalah kita malukan mereka tanpa mengetahui kita yang buat" jawab Fang "Aku semalam sudah menghantar tiga pengintip untuk dapatkan maklumat tentang lima remaja itu. Yang kita tahu ada 3 lelaki dan 2 perempuan. Kita akan gunakan maklumat yang kita sudah perolehi untuk memalukan mereka di depan khayalak ramai"
"Siapa pengintip kau tu?" soal pula Boboiboy "Kau hantar robot ke?"
"Salah. Mereka adalah Rizu, Idoli dan Emmy" jawab Fang lagi
"Landak hantar pengintip budak kecik.. hmm.. boleh dipercayai ke?" Lily mengusap dagunya
"Mestilah boleh!" marah Fang "Emmy yang akan pastikan mereka berkelakuan baik dan tidak merayap ke tempat lain! Aku juga suruh mereka bertiga mengintip sebagai seekor kucing. Lebih senang nak dengar perbualan mereka.. hehehe"
Boboiboy menepuk dahi dia sendiri. Dia tidak sangka Fang boleh fikir begitu jauh sekali
"Wei, kau guna dia orang bertiga untuk rancangan kotor kau ni. Kenapa tak suruh kita orang sahaja?" marah Boboiboy
"Hehehe... kalau aku suruh pun, korang nak buat ke?" Soal Fang kepada setiap kawan-kawan dia dan juga sepupu dia sendiri "Mesti korang bantah rancangan aku ni!"
"Err.. tapi Lily sokong sahaja" kata Lily sambil angkat tangan dia sedikit "Hehehe.. kita jangan gaduh-gaduh dan teruskan penjelasan landak tentang maklumat kaki pembuli itu!"
Fang mula bermundar-mandir di sekitar dapur rumahnya. Faye dan kawan-kawan dia melihat sahaja Fang yang masih bermundar-mandir itu tanpa berkata-kata apa lagi. Mereka tunggu sahaja rancangan dari Fang itu. Gopal sudah malas menunggu, lalu dia makan sahaja dengan senang hati. Fang berhenti berjalan dan mula bercakap
"Baiklah, semalam Idoli, Rizu dan Emmy beritahu aku tentang dia orang berlima. Rancangan aku adalah untuk malukan mereka dan kita akan gunakan kelemahan mereka untuk memalukan mereka di depan orang ramai dan.." Fang mula tersenyum sinis "Ianya tidak akan berhenti di situ sahaja kerana aku ada rancangan yang lebih besar untuk mereka nanti di dewan sekolah semasa semua budak-budak sekolah dan guru sedang berkumpul"
"Maksud kau, semasa tengah perhimpunan ke?"
"Yea Ying.. semasa perhimpunan nanti. AKU AKAN MAINKAN VIDEO-VIDEO YANG SANGAT MEMALUKAN! BIAR SATU SEKOLAH TAHU! MUAHAHAHAHAHA!"
"Sah si Fang ni dah gila" bisik Boboiboy yang sedang mengeluh itu "Kalau kita orang tak nak guna rancangan tu, boleh ke?"
Lalu Fang mengangkat kening sebelah sambil melihat Boboiboy. Dia bersilang tangan dengan wajahnya berubah menjadi garang. Boboiboy terus tersengih. Selepas itu, Fang terus sambung semula dengan rancangan dia
"Baiklah, rancangan kita begini"
Fang mula jelaskan rancangan dia satu per satu kepada mereka. Dia bahagikan setiap bahagian kepada kawan-kawan dia dan juga Faye. Mereka akan berpecah untuk jalankan rancangan ini
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengahari itu, mereka sudah pun bersedia siap untuk jalankan misi ini. Mereka bergerak dari rumah Fang dan terus berpecah sebaik sahaja melangkah keluar dari kawasan rumah si rambut cacak itu. Fang satu kumpulan dengan Boboiboy dan Lily. Manakala Yaya bersama dengan Harraz dan Ying. Faye pula bersama dengan Gopal
"Wei Fang, macam mana kau nak cari budak perempuan yang kau nak kenakan tu?"
"Aduh.. kau ni Boboiboy" Nada Fang berubah menjadi marah sedikit "Kau lupa ke aku beritahu tadi. Kita sudah dapat jadual mereka semua dari tiga pengintip kita semalam. Rizu beritahu aku bahawa si budak bernama Nadia, hari ini dia ada kelas menari dekat satu rumah ni"
"Wuuu.. rumah apa tu"
"Rumah entah" jawab Fang kepada Lily "Ikut ajelah aku.. si Rizu sudah beritahu aku alamat budak Nadia ni dan pukul berapa kelas dia"
Mereka terus menuju ke kawasan perumahan Nadia. Kawasan itu adalah kawasan orang yang berada. Kebanyakkannya, rumah di situ adalah rumah besar termasuklah rumah seorang budak lelaki yang mereka kenal iaitu Adam. Mereka bertiga agak kagum dengan kemewahan rumah-rumah di situ. Lily bayangkan bagaimana rupa bahagian dalaman rumah. Sudah tentu rumah-rumah itu mempunyai banyak bilik. Boboiboy pula, tidak begitu kisah sangat kerana rumah dia di Kuala Lumpur sama besar dengan rumah-rumah di situ. Mata Fang terpandang budak perempuan sedang keluar dari pagar rumah. Lalu dia menyuruh mereka menyorok. Budak itu adalah Nadia, budak yang mereka ingin menghendap
"Ok, jangan bagi dia perasan yang kita sedang mengekori dia" bisik Fang
Boboiboy dan Lily mengangguk kepala. Lily sudah memakai misai palsunya dan topi berbentuk penguin. Fang berikan renungan dia kepada Lily
"Hehehe... supaya dia tak tahu ada orang sedang mengekori dia" Lily keluarkan lagi dua misai palsu "Nah! Dua misai palsu untuk korang"
"Dalam poket kau memang sentiasa ada misai palsu ke?"
"Betul tu landak!" kata Lily dengan penuh bangga "Lily sentiasa sediakan misai-misai ini untuk menghendap Boboiboy! Hehehehee... misai palsu ini adalah satu keperluaan. Manalah tahu ada kecemasan ke"
Boboiboy terus larikan diri kerana tidak sanggup lagi untuk dekatkan diri dia dengan Lily. Diri Fang tidak kisah jikalau Lily mahu pergi kejar si Boboiboy tetapi nampaknya, Lily tetap mahu teruskan misi itu. Lalu Fang mengambil misai palsu itu dari Lily dan memakainya. Dia rasa diri dia kelihatan seperti orang lain kerana tiba-tiba sahaja ada misai
"Jom kita ikut budak perempuan tu"
Mereka berdua berhati-hati semasa mengekori budak perempuan itu. Budak itu seperti tidak tahu bahawa diri dia kini sedang diekori oleh Fang dan Lily. Dia hanya teruskan berjalan tanpa menoleh kebelakang. Mereka berdua rasa seperti begitu senang sekali. Sebaik sahaja tiba di sebuah rumah kecil, Nadia masuk ke dalam rumah itu. Fang menyuruh Lily pergi mengintai apa yang budak itu sedang lakukan
"Errr... Landak ajelah yang pergi sebab.." Fang dapat rasakan ada perubahan dengan nada suara Lily. Ianya seperti ada sesuatu yang takutkan Lily "Landak.. Lily pergi dulu!"
"Woi! Kau nak pergi mana!" Fang terus menoleh dan terkejut dengan kehadiran abangnya "Abang?! ABANG BUAT APA DEKAT SINI?"
"Kau takde kerja lain ke" Kaizo bersilang tangan sambil berikan renungan tajam di mata adiknya "Kau pergi menghendap orang kenapa? Kau nak jadi macam si pelik tu ke?"
"Ma-mana ada!" marah Fang di dalam nada ketakutan dia
"Habis tu, kau buat apa dekat sini?"
"Adik... er..." Fang terus tersengih "Adik cuma jalan-jalan dekat sini dengan si pelik tu"
"Yelah tu.. korang berdua jalan-jalan dekat sini pakai misai palsu? Memang mencurigakan" Kaizo terus pegang lengan adiknya "SUDAH! MARI KITA PULANG! Kalau aku biarkan kau dekat sini, entah apa yang kau akan lakukan nanti"
"Ta-tapi.." Fang rasa kecewa kerana tidak dapat jalankan misi dia
Fang berharap kawan-kawan dia yang lain dan juga sepupu dia, dapat jalankan tugas mereka dengan sempurna. Dia tidak mahu rancangan ini gagal dan tidak dapat membalas dendam balik apa yang budak-budak remaja itu sudah lakukan terhadap Bella. Ini bukan soal dia perasaan terhadap Bella ataupun tidak, ini adalah dia ingin menolong kawan baik dia sendiri. Dia tahu perasaan Bella, dia tahu Bella tidak mampu untuk melawan balik. Hanya dengan rancangan ini sahaja, dia mampu menolong Bella
"Abang.." Fang diheret oleh Kaizo untuk pulang ke rumah mereka "Sebenarnya.."
"Sebenarnya kau ada buat sesuatu rancangankan.." Jawab Kaizo tanpa melihat wajah adiknya "Abang tahu sebab si Idoli dan si Rizu cerita dekat abang. Dia orang tu berdua, akan bercerita tentang apa-apa sahaja, macam si Idoli dan Lily si itik tu"
"Jadi abang tahulah"
"Yea, aku tahu.." Kaizo mula lepaskan tangan adiknya "Aku tahu niat kau baik tapi kau nak teruskan juga ke dengan rancangan ini?"
"Mestilah nak! Adik nak malukan mereka! Biar mereka sendiri rasa bagaimana perasan Bella masa dia orang buat hari tu"
"Kau memang seorang budak yang baik tapi baik kau tu... memang aku tak boleh nak berkata apa" Kaizo gelengkan kepalanya "Sebelum kau teruskan lagi, aku nak kau fikirkan dulu dengan tindakan kau ni"
"Adik sudah fikir puas-puas abang" jawab Fang
"Hmm... baiklah. Suka hati kaulah" Kaizo menoleh kepalanya ke sebelah kiri untuk melihat adiknya "Kalau itu yang kau mahukan, aku tidak akan menghalang kau dengan rancangan kau ni"
Tiba-tiba hati Fang rasa bersalah pada ketika itu dan dia juga rasa sedikit curiga dengan abangnya. Kenapa abang dia tidak bertindak sekeras-kerasnya untuk menghalang rancangan ini? fikir Fang. Sebenarnya Kaizo tahu adik dia akan berubah hati juga. Dia akan tahu kawan-kawan adiknya akan menegur dengan tindakan ini. Mungkin Boboiboy, mungkin orang lain atau tiada siapa yang akan membuka mulut dan biarkan sahaja rancangan ini diteruskan
"Abang..."
"Hmm... kau nak apa?"
"Jom balik" kata Fang secara tiba-tiba
"Bukan ke kau ada kerja hari ni.. kerja menghendap orang"
"Hehehe.. takpe, kawan adik yang lain boleh tolong buatkan" Fang terus tersengih "Lepas tu, adik tunggulah dia orang datang rumah dengan hasil mereka hari ni... hehehehe... adik akan tunggu di rumah sahaja! Adik tidak sabar untuk melihat apa yang mereka dapat di dalam misi ini"
Kaizo terus tepuk kepala adiknya tetapi Fang tetap ketawa seperti orang gila. Dia ketuk kepala adiknya kali ini tetapi masih sama juga, Fang ketawa sehingga Kaizo terpaksa heret adiknya pulang ke rumah. Dia malas hendak melayan karenh adiknya ketika itu. Kaizo hanya fikirkan tentang latihan tempur di kapal angkasa dan pod angkasa yang baru dia beli semalam. Hari apa yang sesuai untuk dia berikan kepada adiknya? fikir Kaizo
"Mungkin dia sudah habis exam, baru aku bagi" bisik Kaizo
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang tidak dapat duduk dengan tenang apabila hati dia ingin mengetahui apakah misi mereka menjadi ataupun gagal? Fang asyik memandang pintu rumah dia. Rizu dan Idoli sibuk menonton movie sambil menikmati popcorn karamel. Mereka tidak berkata apa kerana terlalu asyik melayan movie yang penuh dengan aksi itu. Fang tidak dapat menghayati movie tersebut. Mata dia asyik melirik ke arah pintu rumah. Makan pun tidak lalu. Dia hanya duduk bersandar bersama dengan dua orang budak kecil itu di kerusi sofa ruang tamu. Abang dia pula berada di dalam dapur sedang belajar menggunakan laptop. Entah apa yang dia ingin belajar di laptop adiknya. Fang terdengar sebuah lagu dari dapur. Lagu itu datang dari laptop dia sendiri
"Mana dia orang ni" bisik Fang sambil melihat jam di dinding "Dah petang, dia orang tak balik lagi"
"Abang Fang call ajelah dia orang"
"Ha ah! Betul juga tu" kata Fang kepada Rizu "Hehehe... macam mana abang boleh lupa nak hubungi dia orang"
"Abang Fang risau sangat tu" kata Rizu sambil kunyah popcorn dia "Abang Fang kena duduk relax macam Pizu dan Idoli. Abang Paizo pun duduk relax dekat dapur sambil dengar lagu tapi... kenapa bukan lagu rock. Selalunya abang Paizo suka dengar lagu rock. Ini lagu macam slow aje.. kenapa yea?"
"Entahlah. Abang pun tak boleh baca pemikiran abang Kaizo tu. Dalam otak dia tu ada macam-macam benda tapi paling utama sekali adalah latihan tempur dia dan juga buli adik dia sendiri!"
"KAU MENGATA AKU KE!" Jerit Kaizo dari dapur
"TAK!" Balas Fang dan Rizu
Mereka berdua ketawa seketika. Kepala Fang terus terangkat kerana dia terdengar satu ketukan dari pintu rumahnya. Dia dengan gembiranya, terus ke pintu rumah untuk membuka. Dia tahu kawan-kawan dia sudah pun tiba dengan maklumat yang dia perlukan. Fang terus membuka pintu itu dengan satu senyuman yang boleh dikatakan seperti senyuman orang tidak waras. Terkejut Boboiboy dengan senyuman itu
"Adeh.. kau ni Fang, buat orang terkejut betul" kata Boboiboy
"Entahnya kau ni.. sudahlah senyuman kau tu macam senyuman hantu badut" marah Gopal sedikit
"Hehehe... aku senyum sebab bahan-bahan untuk kenakan budak-budak pembuli tu sudah tiba! MUAHAHAHAHAHA!" Fang ketawa bangga di situ "Oh yea, mana Yaya, Ying, Faye dan si pelik tu?"
"Hmmm.. Yaya cakap, dia lepas dah dapat apa yang kau perlukan, dia tak nak masuk campur dah. Sama juga seperti Ying" jawab Boboiboy
Fang ketepi sedikit untuk memberi ruang kawan-kawan dia masuk ke dalam rumah
"Faye dan Lily pula, dia orang pergi rumah Bella sebab nak tengok keadaan Bella sekarang ini" kata Harraz sambil masuk ke dalam rumah Fang "Semua maklumat yang kau nak, semuanya kita orang sudah rakamkan. Lily pun ada rakamkan si Nadia dekat rumah studio kelas menari tu"
"Baik pulak dia" bisik Fang
"Hehehe.. semuanya ada di dalam kamera aku!" Gopal keluarkan tiga buah kamera dari beg galasnya "Kau nak gunakan video-video ni semua dekat sekolah ke?"
"Ha ah" Fang bawa mereka masuk ke dalam dapur "Aku nak siarkan video-video ni semasa perhimpunan nanti"
"Mesti dia orang akan naik malu nanti sebab rakaman yang kita orang tengok tadi, memang memalukan" Gopal tidak sabar untuk tunjukkan rakaman yang mereka dapat tadi "Mesti kau akan suka nanti"
Rizu berdiri di kerusi sofa itu dengan lututnya, dengan dirinya pusing kebelakang untuk melihat kawan-kawan abang angkat dia masuk ke dalam dapur. Idoli masih lagi tertumpu dengan movie itu. Dia seolah-olah tidak dengar perbualan mereka sebentar tadi. Dia seperti berada di dalam dunia dia sendiri. Mata Kaizo terpandang kawan-kawan adiknya yang sudah memasuki kawasan dapur itu. Lalu dia hentikan lagu yang dia sedang mainkan di laptop adiknya. Fang mengintai sedikit lagu apa yang abang dia pasang tadi. Dia nampak abang dia buka website Youtube. Fang rasa pelik, kenapa abang dia buka video lagu bukan genre rock tetapi ianya adalah genre lagu balada
"Kamu semua nak apa?" tanya Kaizo dengan nada serius
"Abang, adik nak guna laptop adik" kata Fang "Adik ada kerja nak buat"
"Kerja nak kenakan budak-budak tu ke?"
"Yea abang ku" balas Fang dengan nada malas "Abang sudah puas ke dengar lagu tu tadi?"
"Hmm.. sudah" Kaizo bangun dari tempat duduknya "Abang nak pergi mandi. Kau jangan lupa siapkan makanan malam"
Fang angguk kepalanya. Lalu dia mengambil alih tempat duduk abang dia sebentar tadi. Kaizo menoleh sedikit untuk melihat adik dia. Riak wajah adik dia kelihatan serius sedikit dan ada sedikit senyuman sinis di bibirnya. Kaizo gelengkan kepalanya dan lalu keluar dari situ. Boboiboy, Gopal dan Harraz berkumpul di belakang Fang. Wayar kabel kamera itu telah dicucukkan pada laptop Fang. Beberapa video keluar di skrin laptop tersebut
"Hehehee... bagus korang bagus. Ini dapat tumbangkan si budak-budak pembuli tu!" kata Fang sambil mainkan salah satu video yang ada di situ "Korang dah boleh balik. Tunggu sahaja hari Isnin nanti"
"Ala, aku nak tolong kau"
"Kau Gopal nak tolong aku?" Fang berikan satu pandangan sinis kepada Gopal dengan kening dia terangkat sebelah "Kalau bab-bab kenakan orang, kau mesti nak tolong tapi kalau bab lain, mesti nak sorokkan diri"
"Ala kau ni Fang, dah dia nak tolong.. terima ajelah pertolongan dari dia"
"Yelah yelah" marah Fang. Lalu dia kembali menonton video itu "Yang lain boleh balik kecuali si Gopal ni tapi dengan syarat, dia kena tolong aku masak"
"Baiklah Fang! Aku akan tolong kau nanti. Aku akan buatkan makanan yang paling sedap.. hehehe"
Fang tidak berkata apa kepada Gopal. Mata dia hanya menonton video itu, seorang remaja lelaki sedang menjerit-jerit kerana diri dia dikeliliingi dengan sekumpulan kucing. Pada ketika itu, budak lelaki itu ingin membeli makanan tetapi datang sekumpulan kucing-kucing jalanan untuk meminta makanan. Gopal tergelak melihat remaja itu menjerit dan pada masa yang sama, rasa kasihan kerana takut dengan kucing. Boboiboy dan Harraz meninggalkan mereka berdua dan beredar dari dapur itu secara senyap. Rizu masuk ke dalam dapur dan dia hanya perhatikan abang angkat dia membuat kerja di laptop itu
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Isnin sudah tiba. Fang sudah memasang wayar-wayar pada projector dan skrin besar berwarna putih sudah siap di gantung di atas pentas dewan. Murid-murid dan guru-guru sudah berkumpul di dalam dewan itu. Fang berada di tepi pentas untuk memastikan semuanya teratur dan tiada apa-apa masalah yang akan timbul
"Fang" panggil seseorang
Fang pusing kebelakang. Dia tidak terkejut melihat dua kawan perempuan dia berdiri di hadapan dia dengan muka mereka kelihatan serius. Fang seperti tahu sahaja apa yang mereka ingin katakan
"Fang, aku sebenarnya dari hari tu lagi tak berapa setuju sangat dengan rancangan kau ni" tegur Yaya
"Yolah, aku pun sama juga dengan Yaya tapi nampaknya, kawan kita yang lain sokong sahaja"
"Boboiboy pun sama juga seperti korang tapi dia macam biarkan sahaja aku teruskan dengan rancangan ini" Fang buat-buat sibuk pada ketika itu. Dia tidak mahu bersemuka dengan dua kawan perempuannya "Aku cuma nak ajar si pembuli Bella sahaja. Dia orang buat begitu dekat Bella, tak kan aku nak berdiam diri sahaja"
"Tapi apa yang kau buat ni macam mereka juga. Kau seperti gunakan kelemahan mereka dengan cara buli mereka"
Lalu Fang berhenti membuat kerja dia iaitu memeriksa wayar-wayar pada laptop dia. Kata-kata Yaya tadi membuatkan Fang berfikir balik
"Mungkin..." Fang menghela nafas seketika "Itu yang abang aku cuba katakan kepada aku cuma dia tak cakap pun. Dia suruh aku fikir balik adakah tindakan aku ini adalah betul ataupun tidak"
"Sebab abang kau tak nak melihat adik dia menjadi seorang pembuli seperti mereka" kata Yaya "Nanti setiap kali kawan kau kena buli, mesti kau akan balas dendam balik"
"Kami semua tak nak tengok kau berubah menjadi pembuli. Biarlah mereka dengan perangai mereka dan kita pula di sini, kita jangan abaikan Bella. Biar dia tahu yang dia masih ada kami" kata Ying
Kepala Fang tertunduk sedikit. Mungkin apa yang dikatakan oleh mereka adalah betul. Mungkin dia tidak perlu buat semua ini tapi hati dia ingin memalukan mereka yang suka membuli orang. Sudah tiba masanya untuk bertindak dan membanteras pembuli-pembuli di sekolah ini
"Sudahlah tu Fang. Kalau kita malukan mereka dekat sini, nanti mereka akan naik balik untuk buli pelajar lain. Mungkin lebih teruk lagi" Suara nada Yaya berubah dari tegas ke nada yang lebih lembut "Aku cuma takut mereka akan cari siapa yang tayangkan video itu untuk memalukan mereka. Aku takut kau pula yang akan mencari mangsa yang seterusnya. Sekarang ini, kita lindungi Bella sahaja"
"Terima kasih Yaya.. Ying" Fang tidak memandang dua kawan baiknya "Korang pergilah duduk. Biar aku sendiri yang selesaikan masalah ini. Kalau dia orang nak cari aku, carilah.. aku bukannya takut dengan dia orang pun"
Yaya dan Ying tidak membantah. Mereka sudah penat berikan nasihat kepada Fang. Lalu mereka berputus asa dan kembali ke tempat duduk mereka sendiri. Fang melihat sahaja laptop dia dengan pemikiran dia sedikit kusut. Dia termenung lama di hadapan laptopnya. Jari jemari dia menyentuh sedikit di papan kekunci laptop itu. Lalu dia membuat keputusan yang mungkin dapat menjejaskan reputasi dia
"Takpe, ini semua untuk kebaikan diri aku dan juga kawan-kawan aku" bisik Fang
Fang memejam matanya sambil menghela nafas seketika. Keputusan dia yang akan buat nanti adalah muktamad. Dia tidak akan ubah balik keputusan dia. Apa nak jadi, jadilah, bisik di hati Fang
Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Harraz dan tidak terkejut bagi mereka, Lily juga berada di situ dengan senyuman dia yang begitu lebar sehingga ke pipi, menunggu sahaja rakaman video di skrin putih itu. Boboiboy melihat riak wajah Yaya dan Ying. Mereka kelihatan sudah berputus asa. Boboiboy tidak perlu bertanya apa yang berlaku kerana dari reaksi wajah mereka, dia sudah tahu bahawa Fang tidak akan batalkan rancangan dia. Bella masih tidak tahu tentang rancangan itu. satu dewan menjadi senyap apabila tayangan video sudah mula dimainkan. Apa yang mengejutkan mereka adalah, video itu bukan tentang pembuli Bella hari itu tetapi ianya adalah sebuah video Fang dan Rizu sedang menyanyi dan menari di dalam pakaian penguin mereka. Satu dewan ketawa kerana video lucu itu
"Apakah?" Mata Boboiboy membulat besar kerana dia tidak sangka video itu yang keluar "Fang tersilap video ke?"
"Bukan" Fang muncul di sebelah Boboiboy "Apa yang Yaya dan Ying katakan tadi, membuatkan aku berubah hati. Jadi aku ganti video lain"
"Kau ok ke dengan video ni?"
"Aku ok sahaja, Yaya" kata Fang sambil melihat diri dia menari di dalam video itu "Aku nampak macam kelakar pula. Aku mana reti menari.. adeh.. tapi ini semua Rizu yang ajak, dia yang paksa.. aku pun buat ajelah" Sebutir senyuman terpacar di wajah Fang
Apa yang membuat dia ketawa selepas itu, Rizu naik ke atas pentas sambil mengikut nyanyian dia sendiri di dalam video itu. Lagu itu adalah lagu kegemaran dia di dalam sebuah rancangan kartun. Dia asyik memanggil nama Fang untuk naik ke pentas dan sama-sama nyanyi bersama dengan dia. Pelajar-pelajar di dalam pentas itu juga menjerit-jerit nama Fang supaya dia naik ke pentas. Tanpa segan silu, Fang terus naik ke atas pentas. Dia dan Rizu menari dan bernyanyi bersama-sama di depan khayalak ramai. Fang rasa, biarlah dia malukan diri dia sendiri daripada dia buat jahat dekat orang lain. Jauh dari pentas itu, Fang ternampak abang dia sedang bertepuk tangan seorang diri di tepi pintu dewan. Lalu dia berikan senyumannya kepada abang dia
"Bagus Pang, bagus.." bisik Kaizo "Malam nanti aku akan berikan pod angkasa kepada kau kerana hari ini, kau buat aku bangga"
---------------------------------------------------------------------------------
Thank you semua kerana sudi baca fanfic ini :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top