Popular
KRINGGGGGGGG!
"Alamak!"
Fang terpaksa berjalan laju sedikit kerana kaki dia masih lagi disimen. Dia berjalan dengan tongkatnya untuk sampai ke perkarangan sekolah tetapi ada seseorang yang buat dia takut. Fang terpaksa berhadapan dengan orang itu. Orang yang dimaksudkan oleh dia adalah Yaya. Pengawas Yaya memang seorang yang tegas dan suka berikan denda kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang sekolah contohnya, pelajar yang lewat sampai sekolah. Fang fikir bahawa dia mempunyai alasan kukuh kerana kaki dia
"Hah, lewat sampai sekolah. Denda untuk kau.. hmmm" Yaya perhatikan kaki Fang
"Ala Yaya, tak perlulah denda aku.. kasihanlah dengan aku. Kaki aku sakit sebab hari tu"
"Ok.. tapi lepas ni jangan buat lagi. Aku akan lepaskan kau tapi jangan datang lewat" tegas Yaya
"Macam mana aku tak lewat kalau aku jalan perlahan aje. Aku cuba keluar awal tadi tapi kau tahulah abang aku tu, mengarah aku sesuka hati aje. Dah tahu kaki aku belum sembuh lagi, dia masih lagi nak suruh aku buat itu ini. Sabar ajelah aku" Fang mengeluh kecil di situ
"Kasihan kau" Yaya berikan wajah simpatinya kepada Fang "Baik kau pergi masuk kelas cepat Fang, nanti kau kena marah dengan cikgu pula"
"Terima kasih Yaya"
"Sama-sama" kata Yaya "Oh yea, abang kau sudah jumpa kapal angkasa dia? Lahap macam mana? Sudah jumpa juga ke?"
"Tak" Nada Fang kelihatan sedih sedikit "Masih belum jumpa lagi. Sebelum aku pergi sekolah tadi, abang aku sudah pergi ke stesen TAPOPS. Mujurlah ada alien lain boleh ambik abang aku dekat bumi"
"Aku berharap abang kau dapat balik kapal angkasa dia dan juga Lahap. Eh.. baik kau masuk kelas cepat. Maaf sebab aku bertanya tadi"
"Takpe.. jumpa lagi" Fang mula berjalan secara perlahan
Fang rasa bersyukur sedikit kerana kelas dia pada tahun ini adalah di tingkat bawah sahaja. Dia tidak perlu naik tangga sekolah tetapi dia masih mengeluh kerana dia teringat tentang sesuatu. Waktu kelas pertama dia adalah waktu pendidikan jasmani. Maknanya, dia tidak dapat mengikut kawan-kawan dia yang bermain di padang sekolah. Dia terpaksa duduk di tepi sahaja dan melihat rakan-rakan dia yang lain berseronok bermain bola atau apa-apa jenis sukan. Fang teruskan perjalanan dia ke kelas. Mungkin dia hanya duduk sahaja di dalam kelas dan mengulangkaji. Dengan cara itu, dia tidak perlu rasa sedih. Dia akan gunakan masa ini untuk belajar
"Fang!" Lalu dia menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang memanggil dirinya
"Kau nak apa Boboiboy"
"Kenapa kau pergi sana. Jomlah kita ke padang atau kau sebenarnya lupa kita ada PJ hari ni"
"Mana ada" balas Fang "Aku tak lupalah"
"Cakap ajelah kau lupa macam si Boboiboy ni. Entah-entah kau sudah berjangkit dengan penyakit pelupa dari Boboiboy" muncul Gopal di sebelah Boboiboy
"WOI! Kau cakap baik-baik sikit" marah Fang
"Hehehe.. aku bergurau aje" Gopal tersengih sedikit
"Kalau kau tak lupa, kenapa kau nak pergi masuk kelas"
"Kau lupalah tu" Fang angkat kaki dia yang telah disimen itu dan tunjuk kepada Boboiboy dan Gopal "Aku mana boleh join korang main hari ni!"
"Aku tahu tapi tak kan kau nak duduk sorang-sorang dalam kelas. Kau duduk ajelah dekat tepi tengok kita orang main bola" kata Boboiboy
"Hmm.. yelah yelah" Fang terus pusing dan mara ke arah padang sekolah "Kalau aku rasa bosan, aku masuk kelas terus"
"Aiyaaa.. kau tak kan bosan punya" Ying pula muncul kali ini. Kelas dia juga sama seperti kelas mereka bertiga, begitu juga dengan kelas Bella "Tak pun kau pergi tengok si Bella berlatih main bola tampar seorang diri"
"Apasal dia main bola sorang-sorang" tanya Fang
"Dia cakap dia nak lepaskan tekanan. Cikgu pun tak berani nak dekat maaa sebab dia main bola tampar terlampau ganas sangat" jawab Ying
"Dasyat betul si Bella tu. Main sukan apa-apa dengan dia pun, dia tetap ganas tapi aku tabik dekat dia kerana bermain secara pasukan"
"Betul tu Boboiboy! Aku pun tak boleh nak main ganas macam dia" kata Gopal
"Hmm.. korang pergilah dulu. Aku nak tengok si Bella kejap... nanti aku datang"
"Takpe ke Fang?"
"Takpe Boboiboy" balas Fang "Ying, si Bella tu berlatih bola tampar dia dekat mana?"
"Dekat dalam dewan maa" Ying tunding jarinya ke arah dewan sekolah "Kau nak pergi kacau dia ke?"
"Takdelah, saja nak tengok dia ok ke tak"
"Tapi jangan gaduh-gaduh pulak" kata Ying
"Hmm.. ok" Fang terus berjalan ke arah dewan. Dia tinggalkan Ying seorang diri di situ
Boboiboy dan Gopal sudah lari ke padang kerana rakan sekelas mereka sudah panggil. Fang berjalan sambil melihat rakan-rakan dia berseronok di atas padang. Pelajar perempuan kelas dia sedang bermain bola jaring di gelanggang sekolah. Gelanggang itu tidak jauh dari padang sekolah. Ying sudah pun pergi menyertai rakan sekelas dia. Yaya baru selesai menjaga pintu sekolah dan dia terus menyertai Ying di padang sekolah. Fang sudah tiba di dewan sekolah. Dia menjenguk sedikit di pintu dewan itu. Bella seorang sahaja yang ada di situ. Dia terlalu sibuk berlatih dengan bola tamparnya. Dia melambung dan menampar bolanya sekuat hati bagaikan melepaskan semua kemarahan dia yang terpendam di dalam hatinya. Bella termengah-mengah sedikit kerana terlampau banyak gunakan tenaga. Dia meoleh ke kiri dan sedar dengan kehadiran Fang
"Kau buat apa dekat sini?" tanya Bella
"Aku saja nak tengok kau"
"Takde kerja lain ke nak tengok aku" Bella pergi ke botol air dia yang ada di atas kerusi "Pergilah tengok kawan kau main bola sepak dekat padang sekolah. Bukan ke hari ni kelas aku berlawan dengan kelas kau" Dia teguk air itu sedikit untuk hilangkan kepenatan dia
"Takde.. aku tengok kau sebab Ying cakap kau berlatih seorang diri sebab nak lepaskan tekanan. Kau ada masalah ke?"
"Hmm.. masalah.." Bella mengangkat sebiji bola putih yang ada di tepi kaki kerusi dan lalu dia pergi balik ke tengah gelanggang bola tampar "Masalah aku adalah aku sakit hati dengan si lanun tu.." Dia melambung bola itu dan terus dia melompat untuk menampar bola tersebut "Muka handsome tapi hati langsung tak handsome"
"Dengan watak buku tu pun kau nak sakit hati.. apa-apalah kau ni"
"Suka hati aku lerr tapi sebenarnya aku bukan sakit hati dengan lanun tu"
"Habis tu.. kau sakit hati sebab apa?"
"Aku sakit hati then bekas kawan-kawan aku yang tak guna dulu tu" Bella mengangkat satu lagi bola yang berdekatan dengan dia "Dia orang jumpa website cerita detektif aku. Kau nak tahu apa dia orang buat?"
"Err.. dia hack website kau?"
"Takde maknanya dia orang buat begitu. Dia orang tu bukannya pandai pun dalam hacking website" Bella melambung bola itu dan terus menampar bola tersebut "Dia orang bukannya taraf Harraz. Yang membuatkan aku sakit sebab dia orang pergi buruk-buruk aku dekat bahagian komen. Bila aku delete, nanti ada cakap aku ni penakut, pengecut dan macam-macam lagilah. Semuanya kutuk aku dan cuba nak jatuhkan aku"
"Jahatnya dia orang"
"Tak tahulah kenapa aku berkawan dengan dia orang" Bella cuba menahan air matanya "Mungkin sebab aku percayakan mereka bahawa mereka boleh menjadi kawan baik aku tapi aku silap. Semua ni terjadi semasa aku terpilih menjadi wakil pasukan bola tampar"
"Dia orang cemburulah tu"
"Yea, aku tahu.. aku ingat masa tu mungkin cemburu sekejap sahaja tapi rupanya berdendam juga mereka" Bella mengangkat lagi bola putih yang bergolek ke kakinya "Aku cuba berbaik dengan mereka dan tidak mahu lukakan atau cemburukan mereka lagi. Aku juga mahu mereka katakan tahniah dekat aku tapi yang aku cuma dapat, ucapan yang tidak ikhlas. Memang agak kecewa dengan mereka tapi bila pindah ke sini, aku bersyukur dapat bertemu dengan korang semua walaupun pada mulanya, aku ni agak berlagak dan suka cari pasal dengan kau"
"Itu semuanya sudah lepas. Kau tidak perlu fikirkan sangat. Kita semua sudah menjadi kawan dan sudah kenal antara satu sama lain. Kau pun rasa gembira dengan kita orang. Lebih-lebih lagi bila kau bersama Faye dan si pelik tu"
"Ha ah, betul kata Fang tu" muncul Yaya bersama Ying "Maaf kalau kita orang ganggu"
"Takpe.. kenapa korang ada dekat sini?" tanya Bella
"Sebab kita orang risaukan kaulah.. hehehee..." Ying tergelak sedikit "Apa kata kita 2 lawan 2"
"Ha ah, ok juga tu.. aku dan Ying, kau dengan Fang" kata Yaya
"Wei.. korang lupa ke.. KAKI AKU MASIH TAK OK LAGILAH!"
"ERK! ALAMAK! MAAF FANG!" Yaya dan Ying tersengih kepada Fang "Kami lupa pulak" kata mereka serentak
"Korang semua ni memang sudah terkena penyakit lupa si Boboiboy tu! Virus ni kena basmikan dengan cepat sebelum ianya menular ke seluruh Pulau Rintis"
"Dan cara kau cakap macam si Lily" kata Bella sambil mengangkat kening sebelah "Nampaknya virus Lily sudah berjangkit dekat si Pang ni.. hahaha!"
"Takde maknanya.. badan aku cergas dari segala virus yang ada!" kata Fang dengan penuh bangga "Tapi bayangkan kalau virus si pelik tu betul-betul wujud. Mesti ada penawarnya.. hmmm"
"Kau pergi hujung sana dan gunakanlah imaginasi kau untuk cerita virus kau tu. Aku dan kawan-kawan kau nak pergi main bola tampar. Ying, Yaya.. korang lawan dengan aku ok"
"Eh, takpe ke Bella? Rasa macam tak adil pula sebab kau sorang sahaja"
"Takpe Yaya.. lagipun berlatih begini pun bagus untuk aku juga.. hehehe.. jom!" Bella melantun-lantun bola itu sedikit "Korang sudah bersedia?"
"SUDAH!" Yaya dan Ying bergerak di kanan gelanggang. Manakala Bella pula, berada di sebelah kiri
Fang pergi duduk di atas kerusi yang ada di dalam dewan itu. Dia hanya mampu menjadi penonton sahaja. Hati dia terdetik untuk main sekali tetapi malangnya, kaki dia sakit. Mungkin selepas sahaja kaki dia sudah sembuh, dia akan berlawan dengan Bella dan juga dengan rakan-rakan dia yang lain. Dia mula terbayangkan diri dia telah dipilih untuk masuk ke dalam pasukan bola keranjang. Mesti dia akan menjadi lebih popular dan paling seronok sekali, nama dia akan menjadi sebutan pelajar-pelajar lain. Pemikiran dia sudah melayang jauh sehingga dia tidak sedar dengan kehadiran satu bola laju
"FANGG!" Jerit Yaya, Ying dan Bella
Fang tidak sempat mengelakkan diri dia daripada terkena bola itu. Kepala dia terus terkena dengan bola itu, mengakibatkan dia tidak stabil dan jatuh dari kerusi yang dia duduki. Kepala dia terhentak dengan permukaan lantai dewan itu. Fang mula tidak sedarkan diri. Yaya, Ying dan Bella berlari ke arah dia sambil menjerit-jerit nama Fang tetapi malangnya, Fang tidak dengar jeritan mereka
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Aduh.. sakitnya kepala aku" Fang pegang dahi dia yang terasa sakit itu "Ada juga nak kena keamukan dari aku ni"
"Maaf Fang, kami tak sengaja"
Fang mula membuka matanya. Dia terkejut melihat ada 3 wajah di hadapan matanya. Yaya, Ying dan Bella rasa bersalah kerana kesilapan kecil tadi. Fang bangunkan diri dia. Tangan dia mula meraba-raba lantai dewan itu untuk mencari cermin matanya
"Wei, mana cermin mata aku?"
"Cermin mata? Kau mana pernah pakai cermin mata" kata Yaya "Kau ok ke?"
"Aku ok tapi..." Fang mula sedar. Mata dia dapat melihat dengan jelas sekali. Dia tidak pasti apa yang berlaku sekarang ini "Betul ke aku tak pakai cermin mata selama ini? Aku tengah mimpi ke ni?"
"Wei, kau tak mimpi lah" kata Bella dengan nada marah sedikit
"Kalau aku tak mimpi, bukan ke aku memang pakai cermin mata"
"Haiyaa.. lu ni, apasal tiba-tiba fikir pasal cermin mata pulak ni. Jangan-jangan hantaran bola aku tadi menyebabkan kepala dia menjadi tak betul. Habislah aku kena marah dengan peminat dia. Macam mana ni Yaya, Bella?" Ying menjadi ketakutan sedikit "Kau tahulah peminat dia banyak ganas maa.. tak boleh tengok orang lain cederakan si Fang ni atau lukakan hati dia maa.."
"Jangan risaulah Ying. Kau bukannya sengaja pun tadi. Lainlah kalau memang sengaja, itu memang cari nahas dengan peminat dia" kata Yaya
"Peminat? Aku ada peminat ke?" Fang garu-garu kepala dia. Tiba-tiba mata dia terpandang kaki kanannya "Eh.. kaki aku dah ok" Kaki kanan dia tidak balut dengan simen. Dia gerakkan kaki dia sedikit. Tiada rasa kesakitan di situ
"Kenapa dengan kaki kau?"
"Tak kan kau tak ingat, Bella. Kaki aku hari tu terkena besi pagar rumah aku. Apasal tiba-tiba dah ok pulak" Fang rasa pelik sekarang ini. Adakah ini betul-betul mimpi atau semua ini adalah realiti ataupun ada musuh cuba mempermainkan minda dia "Korang tak rasa pelik ke?"
"Pelik? Apa yang pelik?" Yaya pandang Fang dengan perasaan hairan "Aku rasa.. kita patut hubungi abang dia dan bawa dia pulang"
"Tapi Yaya.. si Fang ada mini konsert petang nanti" kata Ying
"Mini konsert?" Fang garu-garu lagi kepala dia "Bila masa aku ada mini konsert pulak ni"
"Kau ni.. dah berjangkit virus pelupa dari Boboiboy ke?" Nada Bella agak marah pada ketika itu. Dia bersilang tangan dan terus berkata lagi "Kau kan popular dekat sekolah ni. Kau adalah seorang superhero yang terkenal di Pulau Rintis ini dah juga seorang penyanyi remaja yang dikenali ramai. Petang ni, sebelum habis sekolah.. kau ada mini konsert untuk para peminat kau"
"AKU POPULAR?!" Fang berdiri dengan serta-merta kerana dia tidak percaya dengan popularity dia "AKU POPULAR SEBAB AKU SUPERHERO DAN JUGA SEORANG PENYANYI! YAHOOOO!"
"Aiyaaa... sudah tak betul budak ni"
"Sabar ajelah Ying. Dia kalau tak betul, memang terus jadi tak betul tapi takpe, kita akan cuba ingatkan dia balik" kata Yaya
"Jadi, kita tak perlu hubungi abang dia?"
"Tak perlulah kot, Bella" kata Yaya lagi "Dia nampak sihat tapi lupa sahaja. Kita akan bantu dia untuk mengingati dia balik"
"Wei wei, aku lebih popular daripada si Boboiboy ke?" tanya Fang yang terasa bangga itu
"Yea Fang, popularity kau jauh lebih hebat daripada Boboiboy. Kau siap ada fan club lagi dan ketua club itu adalah Lily" jelas Yaya sambil tersenyum
"LILY!" Fang terkejut lagi "Apasal dia pula yang jadi ketua fan club aku? Bukan ke si pelik tu peminat gila Boboiboy"
"Dia memang minat Boboiboy dulu tapi apakah dayanya apabila Boboiboy selalu lari daripada dia aje" kata Bella sambil angguk kepala "Jadi pada suatu hari, hati dia terbuka dan terus tersedar bahawa Fang lebih popular dan tidak pernah lupakan peminat dia. Jadi dia tubuhkan satu club khas hanya untuk kau. Mini konsert ini pun, dia yang uruskan dan kau setuju untuk adakan konsert ini"
"Bagus betul si pelik ni.. heheee.. bagus bagus" Fang tersenyum sinis sambil fikirkan untuk membuli si Lily "Bolehlah aku suruh dia buat macam-macam.. hehehee..."
"Amboi, kau nak jadikan dia sebagai orang gaji pulak. Nanti dia lari, baru kau tahu" kata Bella
"Ala, biarlah dia lari" kata Fang dengan angkuhnya "Entah-entah dia kembali dekat BBB-CHAN dia tu.. mesti dia akan menyesal- WOI!" Fang terus berikan renungan dia kepada Bella
"Sanggup kau nak sakitkan hati peminat kau sendiri. Dia tu bertahun-tahun menunggu hati Boboiboy dia terbuka dan menerima diri dia sebagai kekasih" Fang rasa nak muntah dengan ayat Bella tadi "Tapi akhirnya dia pasrah dan terus dia pergi dekat kau sebab dia tahu, kau tidak pernah lari bila dia buat perangai pelik dia dekat kau"
"Errr... bukan ke Boboiboy ok aje dengan perangai pelik Lily. Makin pelik pulak mimpi ni" Fang garu-garu kepala dia lagi sekali
"Haiyaa.. ini bukan mimpi maaa.. sudah sudah, mari kita bawak lu pergi ke bilik rehat. Lu rehat sahaja dekat sana. Nanti bila mini konsert nak dekat bermula, kita orang panggil kau nanti"
"Hmm.. yelah Ying" Fang terus bersilang tangan "Tapi jangan beritahu abang aku pulak. Tak pasal-pasal dia heret aku balik rumah pulak. Takde konsert untuk peminat-peminat aku.. hehehee"
"Yelah, kita orang tak kan beritahu abang kau"
"Kalau beritahu Rizu takpe" kata Fang kepada Yaya "Kalau boleh, suruh dia bawak makanan sekali"
Yaya, Ying dan Bella pandang satu sama lain. Fang rasa pelik dengan reaksi mereka apabila dia menyebut nama Rizu. Ada sesuatu benda yang berlaku ke? Atau sebenarnya dia dan Rizu tidak pernah kenal satu sama lain? Lalu dia bertanya untuk tahu apa yang terjadi
"Kenapa dengan Rizu? Aku abaikan dia ke?"
"Bukan" kata Yaya "Kau tak abaikan dia cuma.." Yaya terdiam selepas itu
"Cuma?" Fang pandang mereka bertiga untuk mengetahui lebih lanjut lagi "Cuma apa? Jawablah!"
"Macam ni Fang.. kau mesti tak ingat apa yang berlaku tapi takpe, kita orang akan ingatkan kau balik" Lalu Yaya menarik nafas dan dia sambung bercerita "Semasa Rizu rapat dengan kau, para peminat kau tiba-tiba rasa cemburu melihat keakraban korang berdua. Apa yang mereka lakukan terhadap Rizu memang agak kejam. Dia orang buli Rizu, pulaukan Rizu dan tidak benarkan dia menghampiri kau. Kita orang juga yang melindungi diri dia daripada mereka"
"Jadi.. Rizu macam mana sekarang?"
"Dia hanya boleh lihat kau dari jauh sahaja" kata Ying "Lily cuba hentikan peminat kau daripada buli Rizu tapi dia sendiri tidak dapat mengawal mereka. Para peminat kau memang ganas"
"Aku.. aku tak sangka popularity aku ni membuatkan hati Rizu sedih. Mesti dia tidak seceria dulu"
"Betul tu Fang" kata Yaya "Kau cuba dekatkan diri dengan dia pun, Rizu terus larikan diri kerana dia tidak mahu perkara lama berulang semula. Jadi kita orang sahaja tempat dia boleh luahkan perasaan tapi malangnya, senyuman dia tidak seperti dulu. Kita orang hanya nampak senyuman paksa sahaja"
"Aku kena betulkan keadaan ini. Aku tidak akan benarkan sesiapa menyakiti adik angkat aku sendiri"
"Itu pun kalau kau berjaya" kata Bella "Kalau kau nak tahu, para peminat kau pun sebenarnya jealous tengok kau rapat dengan kita orang tapi dia orang tak berani nak kacau sebab aku ganas, Yaya dan Ying pula adalah superhero di Pulau Rintis ni. Boboiboy dan Gopal pun dia orang tak berani nak buat hal"
"Hmmm.. aku kena buat sesuatu. Aku tidak boleh biarkan sahaja" Fang melangkah keluar dari dewan itu sambil melihat beberapa pelajar perempuan cuba untuk mendekati dirinya "Aku akan fikirkan sesuatu tapi sebelum tu.. aku perlu berehat dan fikirkan rancangan terbaik untuk membuat Rizu tersenyum semula"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Pang.. bangun.. PANG!"
Fang terus tersedar dari tidurnya. Dia terkejut melihat abang dia ada di situ. Muka abang dia, seperti biasa sahaja, serius berpanjangan. Fang melihat sekelilingnya dan dia tersedar yang dia ada di dalam bilik rehat sekolah
"Eh.. adik sudah bangun dari mimpi tadi ke?"
"Kau mimpi apa pulak tadi?" tanya Kaizo sambil duduk di atas kerusi "Kau mimpi donut lobak merah ke?"
"Tak.. adik mimpi tentang popularity adik.. hehehe.. adik bukan sahaja superhero, tapi seorang penyanyi terkenal juga.. hehehee" kata Fang dengan penuh gaya "Tapi abang ni.. pergi kejutkan adik awal sangat apasal?"
"Kau ni memang dah tak betul ke?"
"Kenapa pulak?"
"Yang kau mimpi diri kau popular tu kenapa? Bukan ke impian kau untuk menjadi popular sudah tercapai" kata Kaizo dengan nada seriusnya "Superhero dan juga seorang penyanyi yang diminati ramai"
"Aduh... ingatkan dah ok, rupanya belum tapi.." Fang pegang kepala dia sedikit. Dia mahu bangun dari mimpi ini tapi bagaimana? Pada masa yang sama, dia rasa seronok sedikit sebab diri dia menjadi lebih popular daripada Boboiboy
"Tapi apa pulak kau ni? Kau nak aku batalkan mini konsert kau tu ke?"
"Eh jangan.. konsert tu penting buat peminat adik.. hehehe" Fang tersengih "Macam mana abang tahu adik ada dekat sini? Ini mesti kawan-kawan adik beritahu abang. Adik sudah cakap dekat dia orang, jangan beritahu tapi degil juga kawan-kawan adik ni. Ada juga nak kena dengan aku"
"Yang kau nak cari nahas dengan kawan-kawan kau kenapa? Abang tahu pun sebab dari twitter. Nama kau tiba-tiba jadi trending dan aku pergilah tengok sebab apa"
"Eh.. bila masa abang ada twitter?" Fang garu-garu kepala dia "Abang bukannya minat sangat dengan media sosial ni"
"Aku kenalah ada twitter sebab dari situ bolehlah aku tahu kalau apa-apa terjadi dekat kau. Diri kau tu dah jadi famous, mesti ramai akan tulis dekat twitter apa yang terjadi dekat kau"
"Hmm.. yelah" kata Fang sambil keluar dari katil bilik rehat itu "Abang sudah dapat cari ke kapal angkasa abang dan juga Lahap?"
"Belum lagi" kata Kaizo "Lagipun tadi abang ada event dekat satu planet ni. Nak lari dari situ pun tak boleh sebab terlampau ramai sangat peminat abang datang serbu"
"Eh.. abang pun popular juga?" Makin lama makin pelik Fang rasa dengan mimpi ini. Adakah abang dia juga popular seperti dirinya?
"Mestilah.. aku adalah seorang kapten dan juga seorang penyanyi terkenal di seluruh galaxy!" Kaizo keluarkan sekeping bekas CD di dalam poket bajunya. Di muka depan bekas CD itu mempunyai wajah Kaizo yang bergaya itu "Abang baru keluarkan album abang yang pertama. Semalam ada pelancaran album abang dekat planet lain. Kau ambiklah CD ni"
"Errr... terima kasih" Dalam hati Fang mengatakan bahawa abang dia memang mempunyai suara yang cukup macho tetapi tidak sangka pula abang dia juga popular seperti dia sehingga dapat mengeluarkan album tersendiri "Adik ada album juga ke?" Tangan Fang terus mengambil album itu dari abangnya
"Kau... kau sudah ada dua album"
"HAH! MAKNANYA ADIK LEBIH POPULAR DARI ABANG! HAHAHAA!"
Berkerut dahi Kaizo. Lalu dia tepuk kepala adiknya
"Kau popular dekat sini sahaja tapi abang lebih popular daripada kau! Popularity abang sampai seluruh galaxy" kata Kaizo dengan bangganya "Daripada aku melayan kau lebih-lebih, baik aku pergi makan. Masa rehat kau nak dekat tamat dah, cepat pergi makan dan masuk ke kelas kau"
"Err.. baik abang tapi nanti abang datang tak mini konsert adik?"
"Mestilah datang. Abang nak dengar suara sumbang kau tu"
"Dekat dalam mimpi aku pun, sama aje abang ni" bisik Fang sambil merungut kecil "Mana-mana aku pergi, mesti perangai abang aku sama aje. Tak boleh ke cakap elok-elok.. grrr.. selamatlah aku tak mengamuk"
"Apa yang kau sedang katakan itu?"
"Takde apa" Fang hanya tersenyum sahaja sambil keluar dari bilik rehat itu "Jumpa lagi yea abang.. adik pergi makan dulu!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, Fang dibenarkan keluar dari kelas lebih awal daripada yang biasa. Dia telah dipanggil oleh Lily untuk membuat persiapan di dalam dewan sekolah. Konsert mini itu akan diadakan di dalam dewan. Semasa dia di dalam perjalanan ke dewan, dia ternampak seorang budak kecil yang dia sangat kenali. Lalu dia menjerit nama budak lelaki itu
"RIZU!" Fang melambai-lambai ke arah Rizu dengan senyumannya "RIZU! ABANG ADA DEKAT SINI!"
Rizu terkejut dengan panggilan itu. Muka dia berubah menjadi takut dan terus lari dari situ. Fang tidak mahu Rizu larikan diri daripada dia. Fang perlu betulkan keadaan ini supaya Rizu tahu bahawa dia sayangkan Rizu seperti adik sendiri. Lalu dia mengejar Rizu di tepi koridor sekolah
"RIZU!"
"Ja-jangan kejar Pizu" Fang boleh dengar tangisan Rizu di dalam percakapan dia tadi "Pizu tak nak abang Fang berada dekat dengan Pizu.."
"Rizu! Abang tak kan buat apa-apa dekat Rizu. Abang akan lindungi Rizu daripada peminat abang"
Rizu berhenti dan terus menyorok di dalam sebuah kelas kosong. Dia menangis di dalam kelas itu seorang diri. Fang melangkah masuk untuk memujuk Rizu tetapi tangisan Rizu menjadi lebih kuat. Fang berjalan secara perlahan dan tangan dia terangkat sedikit untuk menyentuh Rizu
"Jangan datang dekat" kata Rizu yang terduduk di sebalik dinding "JANGAN DATANG DEKAT! PIZU TAK NAK ABANG FANG SAKITKAN HATI PIZU LAGI!"
"Bila masa abang sakitkan hati Rizu?"
"FANG!"
Fang menoleh kebelakang. Seorang budak lelaki bertopi oren sedang berdiri di muka pintu sambil mencekak pinggang. Muka dia agak marah sedikit. Fang tidak tahu kenapa Boboiboy kelihatan marah? Ada dia buat sesuatu dekat dia ke? Atau sebab Rizu? fikir Fang
"ABANG BOBOIBOY!" Rizu bangun dari terus lari ke arah Boboiboy
"Fang! Kenapa kau pergi takutkan Rizu?" tanya Boboiboy dengan nada marahnya
"Bila masa aku takutkan dia. Aku cuma nak bercakap dengan dia. Aku nak ceriakan hati dia sahaja"
"Ceriakan hati dia?" Fang angguk kepada Boboiboy "Yelah tu Fang, selama ini kau suka sakitkan hati dia. Aku tahu kau sudah popular tapi perlu ke kau sakitkan hati Rizu kerana kau nak jaga hati peminat kau"
"Hah?! Bila masa pulak aku nak sakitkan hati Rizu! Aku selama ini tidak pernah sakitkan hati dia. Kadang-kadang tu adalah juga kecewakan dia tapi aku akan minta maaf balik. Dia kan adik angkat aku. Sudah tentu aku akan jaga dia dengan baik. Aku sudah anggap dia seperti adik aku sendiri"
"Yelah tu... boleh ke aku percaya dengan kata-kata kau?" kata Boboiboy "Entah-entah, lepas tu kau sakitkan hati dia balik. Selama ini, kami yang menjadi tempat luahan dia. Kau hanya hidup dengan popularity kau!"
"Tapi aku tak lupakan korang.. betul tak?"
"Yea, kau tidak melupai kami tapi... kadang-kadang tu kau ada juga menyakitkan hati kita orang juga" Boboiboy terus pusingkan dirinya untuk pergi dari situ. Dia tidak mahu bergaduh dengan kawan dia sendiri "Aku pergi dulu.. jom Rizu"
"Ok.." Rizu menoleh kebelakang. Mata dia kelihatan sedih. Lalu dia pandang ke depan dan tinggalkan Fang bersendirian di dalam kelas itu
"Kenapa boleh jadi begini?" bisik Fang sambil menggenggam kedua tapak tangannya "Bagaimana ini boleh terjadi? Kenapa kawan-kawan perempuan aku tidak beritahu perkara yang sebenar? Aku kena betulkan balik kesalahan aku terhadap mereka, terutama sekali Rizu"
"Fang" Fang menoleh ke pintu kelas itu. Yaya dan Ying ada di situ
"Kenapa korang tak beritahu aku tentang aku sakitkan hati Rizu?"
"Maaf Fang. Kita orang sebenarnya tak nak kau menjadi seperti dulu. Kita orang nak Fang yang dulu bukan Fang yang sekarang" kata Yaya "Kita orang masih anggap kau seperti kawan kita orang walaupun sudah banyak kali kau abaikan kita orang, sakitkan hati kita orang, kecewakan kita orang tapi kita orang yakin, yang kau akan kembali seperti dulu. Kau terlalu hanyut dalam popularity kau sehingga sanggup sakitkan hati kawan sendiri"
"Betul apa yang Yaya katakan itu tapi kadang-kadang lu baik dengan kita orang. Lu tetap layan kita orang seperti biasa tetapi selalunya.. macam tidak kenal kita orang" kata Ying
"Betul ke apa yang korang cakapkan ni?"
"Betul Fang" Yaya melihat mata Fang ada rasa sedikit rasa bersalah. Pada masa yang sama, ada juga rasa kesalan di hati Fang "Kau boleh berubah, Fang. Aku percaya dengan diri kau"
"Terima kasih" kata Fang. Dia tidak dapat bayangkan diri dia menjadi orang lain. Semua yang mereka katakan, semuanya seperti bukan diri dia "Aku perlu buat sesuatu. Korang semua datang mini konsert aku kan?"
"Mestilah datang" kata Ying
"Ok, bawa Rizu sekali. Jangan bagi dia lari ok"
"Kau nak buat apa, Fang?" tanya Yaya
"Korang tunggu dan lihat sahaja. Aku ingin betulkan kesilapan aku dan aku akan buktikan kepada korang semua yang aku boleh berubah" Fang keluar dari kelas itu "Jangan lupa datang tau. Ini adalah sesuatu yang istimewa untuk korang, terutama sekali Rizu"
Yaya dan Ying mengangguk kepala sambil tersenyum sedikit. Mereka percaya ini bukan muslihat Fang. Mereka yakin Fang mahu berbaik dan minta maaf kepada adik angkat dia iaitu Rizu. Mereka sudah tidak sabar untuk melihat adik dan abang kembali bersatu seperti dulu. Mungkin Kaizo juga boleh berubah setelah sekian lama dia abaikan Lynna kerana terlalu sibuk dengan popularity dia. Semuanya akan berubah, bisik di hati Yaya
Fang naik ke atas pentas dewan. Dia melihat kerusi-kerusi kosong telah disusun rapat pada bahagian hadapan pentas. Sebuah banner besar telah ditampal pada bahagian tengah pentas. Dia melihat muka dia yang agak berlagak itu dan lalu dia tergelak sedikit. Begitu rupanya bila aku berlagak, bisik di hati Fang. Dia ternampak seorang gadis sedang bertungkus lumus siapkan kerjanya di belakang pentas. Lalu Fang pergi ke arah gadis itu. Muka gadis itu seperti tidak mencukupi tidur. Gadis itu sedang meletak sesuatu barang di dalam beberapa beg kecil
"Apa yang kau buat tu?" tanya Fang
"Ini adalah hadiah yang dapat menjawab soalan tentang diri landak dengan betul" kata Lily "Lily yang mengadakan pertandingan kecil ini. Mereka akan dapat sebuah album dari landak, chocolate Oreo, buku nota limited edition dan juga tanda tangan dari landak"
"Bagus betul kau ni tapi kenapa kau buat kerja seorang diri? Tiada siapa yang tolong ke?" Fang duduk bersila di sebelah Lily untuk menolong mempercepatkan proses itu "Kau nampak letih. Bagi aku tolong siapkan kerja kau ni"
"Eh takpe.. biar Lily sahaja yang buat!" kata Lily sambil cuba untuk naikkan semangat dia "Landak kan famous, mana boleh buat kerja ni semua"
"Tapi.. aku kan kawan kau. Aku kenalah tolong"
"Tapi landak popular.. biar Lily sahaja yang buat"
"Takde takde.. biar aku tolong kau" Lily terus tersenyum lemah "Kau pergilah berehat. Kalau tidak, nanti kau pengsan pulak"
"Ok" Lily rasa lega sedikit. Dia bangun dan terus duduk bersandar di atas kerusi yang ada di situ "Kenapa landak hari ni nampak macam landak dulu-dulu. Selalunya landak suka mengarah Lily buat macam-macam. ADAKAH LANDAH SUDAH KEMBALI KE PANGKAL JALAN?!"
"Err... ha ah, aku nak berubah sebab aku tak suka diri aku yang sebelum ni. Aku lebih suka diri aku yang lama! Seorang landak yang.. eh, bukan landak.. seorang alien yang baik dan sentiasa panas baran tetapi sebenarnya dia sangat menghargai kawan-kawan dia. Popularity ini telah membawa aku ke tempat yang sangat gelap sehinggalah aku nampak satu cahaya putih yang dapat menyedarkan diri aku" kata Fang sambil tersengih "Maaf kalau selama ini aku ada sakitkan hati kau"
"Eh. mana ada.. lagipun landak selalu layan Lily dengan baik sebab Lily adalah ketua fan club landak! Tanpa Lily, fan club ini tidak akan berjaya.. hehehee... tapi Lily sedih sebab BBB-CHAN tak pernah nak join fan club ni. Dia asyik sibuk aje"
"Sebenarnya.." Fang berhenti membuat kerja dia seketika "Aku buat keputusan untuk berhenti sahaja di sini. Aku mahu popularity aku tamat di sini sahaja. Biarlah aku jadi remaja biasa macam korang tapi superhero aku tetap kekal! Dan kau pun boleh bubarkan fan club ni dan pergi kerja balik Boboiboy kau tu"
"ERK! Betul ke landak?" Mata Lily membulat besar "Lily tidak perlu gila-gilakan landak lepas ni ke?"
"Errr.. tak perlu kot" Fang tersengih sambil rasa pelik macam mana Lily boleh tergila-gilakan diri dia? "Tapi kau jangan putus asa pulak kerana aku percaya, satu hari nanti hati Boboiboy akan terbuka juga.. hehehee"
"Lily tak kisah pun sebenarnya. Lily cuma bersyukur aje dapat berkawan dengan BBB-CHAN!"
"Ok lah tu.. kau takdelah letak harapan yang tinggi sangat" Fang keluarkan sekeping CD album dia dalam beg kecil itu. Dia melihat wajah dia pada kulit cover bekas CD itu "Aku nampak macam berlagak aje tapi aku memang berlagak.. tapi.. apasal aku tak rasa gembira sangat"
"Mungkin sebab landak tak begitu rapat sangat dengan kawan-kawan landak. Korang dulu-dulu memang tidak boleh dipisahkan. Asyik ke sana ke sini, bermacam-macam pengembaraan korang dah pergi tapi lepas tu, semuanya berubah. Abang Kaizo pun sama"
"Kenapa dengan abang aku?"
"Hmmm..." Lily mengusap dagunya "Abang kau sebenarnya telah mengabaikan kak Lynna sehingga dia lupa dengan kawan baik dia sendiri. Abang kau pun seperti kau juga. Seorang kapten yang selalu sangat sibuk"
"Mesti banyak lagi perubahan yang berlaku" kata Fang
"Ada.. seperti Rizu. Dia rindukan abang kesayang dia. Harraz pula, dia sudah tidak rapat dengan kita orang seperti dulu sebab semenjak kau jadi popular, pengembaraan kita semakin lama semakin jarang. Lama-lama begitu, dia sudah tidak rapat dengan kita orang. Zakwan pun sudah mula berhenti menghubungi kami semua. Faye masih ada dengan kami tapi dia tak rapat dengan kau. Ammy hanya lepak di makmal dia sahaja" Suara Lily kelihatan sedih. Fang boleh nampak air mata Lily mengalir keluar "Kita tidak seperti dulu lagi. Selalunya, mesti ada gelak ketawa dan diri aku pun.. tidak pelik macam biasa"
"Jangan risau, lepas ni kau boleh jadi pelik macam mana pun"
"Terima kasih landak" Lily mengesat air matanya "Lily nak kita semua bersatu semula"
"Aku tahu..." Fang bangun setelah dia selesai siapkan kerjanya "Aku nak buat perubahan dengan persembahan aku nanti. Aku nak nyanyi satu lagu khas untuk kawan-kawan aku"
"Lagu apa? WUUU! MESTI LAGU LANDAK YANG TERBARU!"
"Takdelah.. lagu orang lain, dan aku nak sampaikan lagu itu kepada mereka" Fang menjenguk di luar belakang pentas itu. Beberapa orang pelajar sudah masuk ke dalam dewan dan mencari tempat mereka "Aku nak nyanyikan lagu ini khas untuk kawan-kawan. Oh yea, sebelum konsert ini bermula.. kenapa kau tiba-tiba tubuhkan fan club ni?"
"Sebab BBB-CHAN ASYIK LARI DARIPADA LILY AJE.. UWAAAA! Jadi Lily pergilah dekat landak and landak layan Lily seperti biasa tapi suka mengarah Lily buat macam-macam. Landak pun tak kisah sangat kalau Lily buat perkara pelik" Lily terus tersenyum lebar "Tapi kalau lepas ni landak nak bersara dari bernyanyi.. Lily kenalah bubarkan juga fan club ini.. UWAAA!"
"Ala, kau buka ajelah fan club Boboiboy. Mesti dia akan suka"
Mata Lily terus bersinar-sinar bagaikan nampak sinaran harapan. Dia mula terbayangkan kehidupan dia menjadi ketua fan club Boboiboy. Macam-macam perkara yang dia akan diadakan nanti seperti pertandingan berpakaian seperti Boboiboy ataupun pertandingan melukis gambar Boboiboy atau bermacam-macam lagi. Pemikiran dia sudah jauh melayang sehingga membuatkan Fang tolak kepala Lily sedikit dengan jari telunjuknya
"Sah budak ni dah angau" bisik Fang "Wei pelik, aku pergi keluar untuk mulakan persembahan aku"
"Pergilah. Lily nak berangan sekejap.. MY BBB-CHAN! I LOVE YOU!" Lily tutup mukanya dengan kedua tapak tangan dia "Malunyaaa! Hehehee.."
Fang tersenyum kerana Lily sudah kembali menjadi diri dia sendiri. Lalu dia menarik nafas sambil mengambil sebuah guitar yang berdiri di sebuah kerusi yang Lily sedang duduk itu. Dia terus melangkah keluar untuk pergi ke tengah pentas. Para peminat dia sudah bersorakan dengan menjerit-jerit nama dia. Mata Fang mencari-cari kawan-kawan dia sehinggalah dia ternampak mereka berada di bahagian belakang dewan. Rizu ada bersama mereka. Dia melambai-lambai ke arah mereka. Boboiboy rasa janggal pula, lalu dia membalas balik lambaian Fang tadi. Rizu tersenyum sedikit kerana lambaian itu
"Errr... terima kasih semua kerana menghadirkan diri anda pada konsert saya pada hari ini" Ramai para peminat gadis teruja mendengar suara macho Fang "Saya ada pengumuman untuk para peminat saya dan juga kepada kawan-kawan saya tetapi sebelum itu.. saya ingin tujukan sebuah lagu khas untuk para sahabat saya yang sentiasa ada di sisi saya. Cuma saya melakukan perkara tidak baik kepada mereka.. saya ingin meminta maaf atas perbuatan saya, terutama sekali Rizu. Abang Fang selalu sayang Rizu sebab abang selalu anggap Rizu seperti adik sendiri"
"Eh.. dia nak berhenti jadi penyanyi ke?" bisik Boboiboy
"Abang Fang sudah kembali kepada yang dulu ke?" bisik pula Rizu
"Lagu ini khas untuk kawan-kawan ku yang aku sentiasa hargai" Fang menarik nafas. Tangan dia terus memetik tali guitar itu dan mulakan nyanyiannya
https://youtu.be/4JNtAtGGNRU
If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you
We find out what we're made of
When we are called to help our friends in need
You can count on me
Like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you
Like 4, 3, 2
You'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do
If you're tossin' and you're turnin'
And you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Every day I will remind you
We find out what we're made of
When we are called to help our friends in need
You can count on me
Like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you
Like 4, 3, 2
You'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do
You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye
You know
You can count on me
Like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you
Like 4, 3, 2
And you'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do
You can count on me 'cause I can count on you
Para peminat Fang bertepuk tangan. Ada yang menangis kerana suara Fang sungguh merdu. Ada juga yang rasa sedikit cemburu dengan Rizu tetapi Fang tidak kisah dengan itu semua. Dia hanya mahu kembali kepada kawan-kawan dia
"Terima kasih semua" kata Fang sambil tersenyum "Dengan ini, saya ingin mengumunkan bahawa saya akan bersara dari dunia seni ini. Saya ingin kembali dan menghabiskan masa saya bersama-sama para sahabat saya. Maaf semua"
"WHAT?!" Jerit seorang pelajar perempuan
"FANG NAK BERSARA? TIDAKKKK!"
"NOOOOOOO! ADAKAH INI MIMPI BURUK KU?"
Menangis para peminat Fang. Kebanyakkannya adalah peminat perempuan. Mereka semua tidak percaya dengan pengumunan tadi itu. Bagi kawan-kawan Fang pula, mereka sokong sahaja apa yang Fang ingin lakukan. Rizu menangis kecil kerana dia tahu abang kesayangan dia akan kembali. Mereka akan menjadi akrab semula seperti dulu. Kaizo muncul di situ dengan satu tepukan dari dia
"Aik, kenapa abang Kaizo bertepuk tangan?" tanya Boboiboy
"Kerana adik aku sudah mula sedar. Jadi giliran aku pula untuk sedarkan diri" kata Kaizo dengan nada serius "Aku perlu berbaik semula dengan Lynna. Aku telah lama abaikan dia kerana terlalu ghairah sangat hidup di dalam popularity ini. Aku akan ikut jejak langkah adik aku"
"Baguslah tu abang Paizo. Pizu gembira dengan keputusan abang Fang dan abang Paizo" Rizu melihat abang kesayangan dia sudah turun dari pentas dan berlari ke arah bahagian belakang dewan "Eh.. abang Fang tak sambung nyanyi dah ke?"
"Agaknya.. tadi tu lagu terakhir dia kot" kata Gopal
"Mungkin" Boboiboy tersenyum
Fang sudah menghampiri mereka. Orang pertama yang dia peluk adalah Rizu. Dia berjanji dengan dirinya, dia tidak akan sakitkan hati sesiapa, tidak abaikan sesiapa dan paling penting, tidak akan putus hubungan mereka sebagai sahabat ataupun adik beradik angkat
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Maafkan abang.. maafkan abang.."
"Aik, apasal dengan Fang ni?" Boboiboy pelik melihat Fang mula bercakap di dalam tidurnya "Dia buat salah apa sampai mengigau macam ni"
Pada waktu itu, Fang berada di dalam bilik rehat setelah kepala dia terkena bola dan jatuh dari kerusi. Kepala dia terhantuk pada lantai dewan. Dia tidak mula sedarkan diri dari situ. Yaya dan Ying dengan pantasnya, mereka memanggil Boboiboy dan Gopal. Bella memanggil cikgu untuk mengangkat Fang dan bawa ke dalam bilik rehat. Pada masa yang sama, Boboiboy terus menghubungi Kaizo. Sebagai seorang abang yang mithali, Kaizo terus pulang ke bumi untuk melihat keadaan adiknya yang tidak sedarkan diri itu. Di dalam bilik rehat itu dipenuh dengan rakan-rakan Fang
"Abang Fang dah mula sedarkan diri tapi dia mengigau pulak"
"Betul tu Rizu. Entah apa yang dia sedang mimpikan itu" kata Kaizo dengan suara seriusnya "PANG! BANGUN!"
"Abang Kaizo, mana boleh buat macam tu" tegur Yaya
"Habis tu, kau nak aku biarkan sahaja. Manalah tahu si Pang tu mengigau tentang benda buruk"
"Err..." Yaya tidak berkata apa. Lalu dia tersengih "Kalau nak bangunkan dia, abang Kaizo kejutkanlah dia secara betul"
"Biar Pizu aje yang kejutkan abang Fang!"
"Silakan" kata Kaizo
"Abang Fang, ini Pizu.. bangunlah. Abang Fang ok tak? Semuanya ada dekat sini. Abang Boboiboy, abang Gopal, kakak Yaya, kakak Ying, kakak Bella, kakak Faye, abang Harraz dan abang Paizo pun ada juga" Rizu sentuh sedikit lengan Fang. Dia goyang-goyangkan sedikit untuk kejutkan abang kesayangan dia "Abang Fang, Pizu ada dekat sini"
"HAH!" Fang terbangun dari tidurnya. Mata dia terkebil-kebil melihat rakan-rakan dia ada di dalam bilik itu. Lalu mata dia melirik ke arah Rizu "MAAFKAN ABANG RIZU!" Kedua belah tangan dia terus memeluk Rizu "Abang tidak akan abaikan Rizu dan tidak akan sakitkan hati Rizu juga"
"Err.. abang Fang ok ke?"
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba aje minta maaf dekat Rizu"
"Eh.. abang pun ada dekat sini" Fang mula sedar. Dia sudah tidak bermimpi lagi "YAHOOO! AKU TAK POPULAR DAH!"
"Aduh.. dah tak betul rupanya si Fang ni" Boboiboy menepuk dahinya sendiri
"Sabar ajelah Boboiboy" kata Gopal "Ini tiba-tiba tak nak popular dah.. apa kes dah budak ni"
"Tahu takpe Gopal" Boboiboy mengeluh kecil
"Aku rasa.. aku patut bawa balik si Pang ni. Tiba-tiba aje jadi tak betul. Bola tadi terkena kuat sangat ke?" Kaizo mengusap dagunya "Atau nak suruh aku bawa dia ke hospital untuk buat pemeriksaan kepala dia ni"
"ABANG! KEPALA ADIK BETULLAH!"
"Dah, tiba-tiba aje kau menjerit tak popular tu kenapa?"
"Sebab adik tak nak jadi popular dan lupakan diri" Kepala Fang tertunduk sedikit "Sehingga adik sanggup sakitkan hati kawan. Kalau adik nak popular pun, adik tidak akan berubah"
"Oh begitu.." kata Kaizo "Tapi yang penting sekarang ni, aku nak bawa kau ke hospital untuk periksa kepala kau tu!"
"ABANG! ADIK OKLAH!"
"JANGAN NAK MENGEGADA! IKUT AKU KE HOSPITAL!"
"TAK NAK!" Fang terus bersilang tangan
"Degil betul budak ni" bisik Kaizo "KALAU KAU TAK NAK PUN, AKU AKAN PAKSA KAU!"
"Aduh.. bergaduh pulak dia orang ni"
"Tahu takpe Boboiboy" Gopal dan Boboiboy terus menepuk dahi mereka sambil diikuti oleh rakan-rakan mereka yang lain
------------------------------------------------------------------------
Maaf kalau rasa tak best dengan chapter ni :(
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top