Pertempuran

Kenapa semuanya musnah? Mana kawan-kawan aku semua? Fang mencari kawan-kawan dia di sebalik debu dan asap tebal itu. Kedua mata dia terasa pedih akibat terkena asap-asap hitam dan juga debu-debu dari tanah. Di dalam asap-asap debu yang tebal itu, dia masih lagi gigih mencari kawan-kawannya. Lalu dia teringatkan tentang seseorang iaitu abangnya, Kapten Kaizo

"Abang! ABANG!" Fang menjerit nama abangnya "ABANG DEKAT MANA?"

Tiada sahutan di dalam kesunyian itu. Fang batuk sedikit akibat tersedut asap-asap hitam itu. Kaki dia memijak serpihan-serpihan bangunan yang sudah dimusnahkan. Dia tidak pasti bagaimana semua ini berlaku? Kenapa kawan-kawan dia dan juga abangnya tiada di situ. Adakah mereka.. tak, tidak mungkin mereka kalah di dalam peperangan ini, fikir Fang

"Abang Fang"

Fang menoleh kebelakang. Dari situ, dia ternampak seorang budak kecil yang dia sangat kenali. Muka dia penuh dengan kesan-kesan kotoran. Fang tidak tahu samada dia perlu senyum ataupun tidak kerana orang yang memanggil dia adalah Rizu. Seorang budak lelaki yang dia sangat sayangi. Rizu bukan lagi seperti dulu. Dia sudah berubah. Wajah dia juga turut berubah. Keceriaan yang ada di wajahnya, sudah lagi tiada. Hanya nampak seorang budak yang penuh dengan dendam

"Rizu.."

"Abang Fang nak main tak? Pizu ada banyak lagi kuasa yang abang Fang belum tengok"

"Apa yang Rizu katakan ni?"

"Abang Fang sudah lupa ke.." Rizu datang semakin dekat dengan Fang "Yang abang Fang gagal selamatkan Pizu.. abang Fang biarkan Pizu dibawa pergi. Abang Fang biarkan diri Pizu dijelajahi dengan kuasa-kuasa hitam. Dia juga yang menjaga Pizu dan mengajar Pizu untuk mengawal kuasa-kuasa Pizu"

"Tak, abang tidak pernah gagal.. abang akan mencari Rizu sampai dapat"

"Tapi abang tak datang pun. Pizu sudah puas menunggu kedatangan abang Fang. Setiap hari Pizu tunggu tapi abang Fang langsung tak muncul" Rizu mengangkat tangan kanannya. Sebuah cahaya merah keluar dari tapak tangannya "Abang Fang tipu Pizu.. sekarang abang Fang terimalah akibatnya!"

"JANGAN!

Fang terjaga dari mimpi buruknya. Dia mengusap mukanya sambil tenangkan dirinya. Petang tadi Rizu sudah dibawa pergi oleh musuh mereka. Apabila abang dia dapat tahu tentang berita ini, abang dia terus mengamuk. Abang dia juga tidak henti-henti menghubungi Momoki, Laksamana Tarung dan juga professor Falcon. Menurut kata Momoki dan Laksamana Tarung, mereka tidak boleh turun ke planet bumi sekarang kerana mereka sedang diawasi oleh ahli pasukan TAPOPS yang sudah dikawal oleh sang virus itu. Professor Falcon pula, dia dalam perjalanan ke planet bumi. Fang berdoa agar Professor Falcon sampai ke bumi dengan segera. Dia tidak mahu melengahkan masa lagi. Tiba-tiba satu cahaya terang terpacar di luar tingkap biliknya. Fang terus membuka tingkapnya untuk melihat apa yang berlaku. Ternyata, kapal angkasa Professor Falcon sudah pun tiba. Doa Fang termakbul akhirnya. Dia cepat-cepat keluar dari katil dan terus berlari keluar dari biliknya. Abang dia sudah pun keluar dari rumah untuk pergi menyambut Professor Falcon

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu, Professor Falcon dibawa pergi ke sebuah makmal milik seorang gadis kecil iaitu Emmy. Mereka ke situ kerana ingin tunjuk Professor Falcon tentang data-data yang Emmy perolehi dari tubuh badan Rizu. Para adiwira dan rakan-rakan mereka yang lain ada juga di dalam makmal itu. Professor Falcon meneliti setiap data-data yang terdapat di dalam komputer Emmy. Dia mengusap dagunya seperti dia tahu sesuatu

"Wuuuu... inilah Professor Falcon yang-" Mulut Lily terus diterkup oleh Bella

"Maafkan dia yea.. dia ni memang banyak sangat cakap tapi semua ayat dia yang bakal keluarkan adalah ayat yang pelik-pelik" kata Bella sambil tersengih

"Takpe" balas Professor itu "Kaizo..."

"Yea Professor" Kaizo ke depan sedikit untuk berdiri di sebelah Professor Falcon

"Saya kenal dengan ciptaan ini. Saya tahu siapakah penciptanya"

"Siapakah alien itu?" tanya Kaizo

"Wuuu.. adakah dia seorang alien-" Mulut Lily diterkup lagi sekali oleh Bella

Fang sudah pun keluarkan kuasa bayangnya untuk mencampak Lily keluar dari makmal itu. Dia hanya perlu bersiap sedia sahaja jikalau Lily membuka mulutnya lagi sekali

"Saya dan dia dulu belajar di sebuah university yang sangat terkenal di seluruh galaxy. Kami sama kelas tetapi dia lebih gemar bersendirian daripada bergaul dengan pelajar lain. Dia ni memang seorang yang genius, seperti gadis kecil ini" Muka Emmy terus naik merah kerana malu dipuji oleh Professor Falcon. Lalu Professor itu bercerita lagi "Pada tahun ke 3, dia dibuang dari university itu kerana masalah peribadi dia dan juga mencipta sebuah alat yang sangat merbahaya"

"Masalah peribadi? Dia tu gila ke?" kata Gopal sambil garu-garu kepalanya

"Gila? Mungkin ya, mungkin tidak" balas Professor itu "Selepas itu, saya tidak tahu ke mana dia pergi. Saya sendiri pun tidak dengar cerita perkembangan tentang dia sampai sekarang"

"Professor dapat tak pulihkan adik angkat kami?" tanya Kaizo

"Boleh" Professor Falcon "Tapi mungkin memakan masa yang lama. Saya harap kamu semua dapat bersabar sehingga aku dapat pulihkan dia sepenuhnya"

"Takpe professor, kami akan tunggu. Kami percayakan professor dapat buat dengan baik" Fang letakkan kepercayaan dia kepada Professor Falcon "Tapi kita perlu dapatkan dia dulu. Sekarang ni adik angkat kami dibawa pergi. Tak tahulah apa mereka nak buat dengan dia"

"Jangan risau, saya akan tunggu" jawab Professor Falcon dengan tenang "Sebenarnya, saya boleh sampai di sini lebih awal tetapi musuh kamu telah menyerang sistem kapal angkasa saya. Itu yang membuatkan saya lambat tiba di sini. Musuh kamu tu memang sudah merancang dengan sepenuhnya. Dia juga tahu saya boleh pulihkan adik angkat kamu tu"

"Terima kasih professor" Fang terus memeluk professor itu "Terima kasih kerana sanggup bantu kami"

"Sama-sama" Professor Falcon belai kepala Fang sedikit "Kamu anak kepada kawan lama saya iaitu Kai. Dia pernah beritahu, jikalau sesuatu berlaku terhadap diri dia.. dia suruh saya pastikan kamu dan abang kamu selamat"

Fang mengesat air matanya kerana teringatkan tentang ayahnya. Wajah ayah dia yang lembut itu, tersenyum di dalam pemikiran Fang. Dia mula rindukan ayah dan ibunya. Pada saat itu, dia mahu mereka berada di sisi dia. Mungkin mereka akan risau tentang diri dia kerana ingin pergi berjuang untuk dapatkan Rizu atau mereka mungkin berikan kata-kata semangat kepada diri dia dan juga abangnya. Dia yakin, ibu bapa dia akan sentiasa melindungi diri dia walapun mereka sudah tiada

"Sekarang kamu ada 2 misi untuk selesaikan"

"2 misi?" Gopal garu-garu kepalanya "Bukan satu sahaja ke?"

"Misi selamatkan power sphera dari stesen TAPOPS. Saya tahu sang virus tu sedang merancang untuk musnahkan kesemua power sphera yang berada di dalam stesen TAPOPS"

"Tapi professor.." Kaizo mencelah percakapan professor itu "Semua power sphera itu sudah berjaya diselamatkan"

"HAH! Sekarang power sphera tu ada dekat mana?" Mata Boboiboy membulat besar "Abang Kaizo yang pergi selamatkan ke? Tapi bagaimana?"

"Bukan aku yang selamatkan mereka"

"Habis tu siapa wahai Kapten Itik Hot yang serba hot dan macho, lagikan macho seperti cikgu Papa Zola.. hehehehe" Lily tutup mulut dengan rapat untuk menahan ketawanya "Antara Kapten Kaizo dan Cikgu Papa, siapakah paling hot.. hehehe.."

Berkerut-kerut dahi Kaizo dengan soalan Lily tadi. Kawan-kawan Lily yang lain, hanya diamkan diri dan tidak mahu menjawap pertanyaan itu tadi. Mereka takut jikalau Kaizo mengamuk tidak tentu pasal di dalam makmal itu. Fang terfikirkan jikalau perut abangnya seperti perut Cikgu Papa Zola. Dia tutup mulutnya dengan tangan untuk menahan gelak ketawa dari dirinya

"Sebenarnya.. abang beruang berikan kepada saya arahan untuk bantu misi abang terung dan juga abang Mochi Mochi. Misi mereka adalah untuk pindahkan kesemua power sphera dari stesen TAPOPS ke dalam makmal ini" kata Emmy dengan jelasnya "Semuanya sudah di simpan dalam bilik rahsia. Power Sphera tu dalam mode tidur"

"Err.. siapa abang Terung dan abang Mochi Mochi tu?" Professor Falcon mengusap dagunya kerana dia keliru siapakah mereka berdua itu

"Maafkan dia, professor. Mereka berdua adalah Laksamana Tarung dan juga Momoki" Begitu sopan sekali Lynna menjawab pertanyaan professor itu "Power sphera itu semuanya ada di sini. Kami juga meminta bantuan dari 2 power sphera yang ada di bumi iaitu Ochobot dan juga Stylobot"

"Patutlah aku tak nampak Ochobot selalu dekat sini. Pergi jalankan misi rupanya" kata Boboiboy sambil angguk kepalanya "Jadi sekarang ni kita hanya ada satu misi sahajalah yea"

"Betul, misi selamatkan Rizu" balas Kaizo "Professor boleh tinggal di makmal ini buat semantara. Kami semua akan pergi dapatkan Rizu dan kalau boleh, hapuskan virus itu sekali"

"Bolehlah professor ajar saya benda-benda baru" Mata Emmy berkelip-kelip kepada Professor Falcon. Dia bagaikan sudah menjumpai idola baru "Nanti saya sediakan makanan untuk professor"

"Seronok pula kau dapat jumpa professor ni"

"Mestilah abang beruang. Dia kan super genius! dan juga mahir dalam teknologi alien. Jadi Emmy kenalah belajar dari professor ni. Kalau nak ambik Emmy jadi anak angkat pun takpe" Emmy terus tutup mukanya kerana malu bercakap begitu tadi "Hehehe.. malunya saya"

"Haih, macam berjumpa dengan kekasih hati aje si Emmy ni tapi comel" kata Faye

"Ha ah, lagipun kita tak pernah nampak gelagat Emmy macam tu" Yaya tersenyum sedikit

"Ammy macam Lily.. begitulah sikap Lily setiap kali mata Lily ternampak wajah BBB-CHAN! Jantung ku berdegup dengan kuatnya dan hati ku berbunga-bunga setiap kali BBB-CHAN berikan senyuman manis dia kepada Lily" Mata Lily asyik memerhatikan wajah comel Boboiboy. Tangan dia mula rasa gatal kerana dia ingin mencubit pipi tembam Boboiboy "Kalaulah Ratu Lily ada di sini, sudah lama kami bergaduh kerana rebutkan Boboiboy... sekarang ni, rasa bosanlah pulak"

"Bertabahlah Lily. Mungkin ada orang lain yang akan berebut dengan Lily nanti" Bella tepuk bahu Lily secara lembut

"Seperti siapa? Tapi mesti orang tu tak sehebat Ratu Lily.. uwaaaaa!" Lily menghembus hingus di baju Bella "Adeh... hehehe.. maaf Bella"

"Err.. takpe" Bella tersengih

"Kamu semua ni..." Kaizo sudah bersiap sedia untuk menengking mereka semua "NAK SELAMATKAN RIZU ATAU NAK CERITAKAN TENTANG KEKASIH HATI MASING-MASING! ADA JUGA NAK KENA HUKUMAN DARI AKU NI!"

"Bertenang Kaizo, dia orang ni budak-budak lagi"

"Maaf professor" kata Kaizo "Mereka perlu serius di dalam hal ini tapi semenjak adanya si pelik ni, semuanya jadi kelam-kabut" Dia terus berikan renungan tajam ke arah Lily

"Tapi dia ada juga tolong kita masa misi-misi kita yang dulu tu" kata Lynna secara lembut "Sudahlah Kaizo, jangan marah lagi. Mari kita bergerak sekarang juga"

"Abang beruang sudah boleh bergerak sebab kapal angkasa abang terung sudah tiba di sini" Emmy tunjukkan signal kapal angkasa Tarung di komputer skrinnya "Dia tunggu korang semua dekat kedai Tok Aba"

"Bagus. Mari kita pergi tapi..." Kaizo melutut di depan Idoli "Maaf kerana aku tidak boleh bawa kau ikut sekali"

"Takpe... tangan Idoli cedera, tak dapat Idoli nak tolong" Idoli melihat tangan dia di balut kemas "Selamatkan abang Rizu yea. Idoli tak nak kehilangan abang Rizu"

"Jangan risau, kami akan bawa dia pulang dengan selamat" Kaizo belai kepala si anak kucing itu

"Hati-hati semua! Kalau abang Tarung bebel lagi pasal Idoli, cakap Idoli sayangkan dia!" Idoli berikan senyuman manis dia kepada para adiwira "Tapi kenapa ramai sangat nak pergi? Bukan abang Harraz, kakak Bella, kakak Lily dan kakak Faye tak perlu ikut. Dia orang mana ada kuasa"

"Err.. sebenarnya" Faye tersengih seketika "Stylobot ada berikan kuasa dekat dia orang"

"HAH? KUASA? LILY DAPAT KUASA APA!"

"Aduh.. janganlah teruja sangat Lily"

"Maaf BBB-CHAN" Lily tersengih sambil garu-garu pipinya "Lily teruja sebab dapat kuasa. Jadi, apa kuasa Lily?"

"Kuasa ini telah diberikan oleh Stylobot. Cekak yang dia berikan kepada kakak Milly adalah kuasa super sonic. Dia akan keluarkan mikrofon kecil dan kakak Milly hanya berikan jeritan dekat mikrofon itu" jelas Emmy

"Wuuuu.. kuasa jerit! LILY SUKA!"

"Kakak Nutella pula.. gelang tangan yang kakak Nutella pakai dekat kedua belah tangan, akan berubah menjadi sarung tangan" Bella meneliti gelang bersalut emas itu. Emmy berkata lagi "Ianya dapat keluarkan kuasa bebola api"

"Wah! Bolehlah aku main bola tampar berapi ni.. hehehe" Bella terus tersenyum sinis

"Kakak Faye?" Faye tunding jarinya kepada diri dia sendiri

"Kakak Pear pula... subang yang Stylobot bagi tu, ianya membolehkan kakak Pear dengar orang bercakap dari jarak jauh. Macam abang Fely sedang bercakap dekat luar rumah"

"Ohhh... hebat subang ni" kata Faye sambil pegang subang dia kedua belah. Subang itu berbentuk bintang berwarna ungu "Hehehe.. bolehlah aku menghendap orang" bisik dia

Lalu Kaizo tepuk kepala sepupu dia kerana ingin menggunakan kuasa itu untuk menghendap orang atau untuk kepentingan diri sendiri. Faye gosok-gosok kepala dia dan terpaksa insafkan diri

"Abang buku pula" Emmy berkata lagi "Cermin mata dia dapat melihat orang disebalik dinding atau benda-benda yang halang dari penglihatan kita"

"Patutlah hari tu Stylobot beriya sangat suruh tukar cermin mata aku" Harraz cabutkan cermin mata dia. Ianya memang nampak bergaya tetapi ianya mempunyai kuasa "Bolehlah aku tolong korang dengan kuasa ni"

"Bagus bagus.. aku berharap kamu berempat dapat gunakan kuasa kamu dengan sebaiknya" kata Kaizo "DAN KAMU SI PELIK, jangan memandai nak menjerit dekat dalam kapal angkasa. Kalau tidak, aku humban kau dekat planet mana-mana yang aku rasa nak letak kau"

"Err.. ba-baik Kapten Kaizo" Menggigil tangan Lily sambil berikan tabik hormat kepada Kaizo

"Sekarang, mari kita bergerak" Kaizo menjadi orang pertama menyusur keluar dari makmal itu

Emmy sudah pun siapkan air teh untuk Professor Falcon. Dia sudah tidak sabar untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada professor itu. Dia tersenyum kambing seorang diri di dalam makmal itu sambil hidangkan secawan teh idola pujaan dia

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terdapat sebuah kapal angkasa sedang bergerak dengan pantasnya untuk mengejar satu lagi sebuah kapal angkasa milik musuh mereka. Laksamana Tarung sedang mengendali kapal angkasanya dengan tenang tetapi hati dalam kemarahan kerana adik dia iaitu Idoli telah menjadi mangsa kepada musuh mereka. Dia tidak mahu salahkan Rizu kerana budak itu hanya dipergunakan oleh sang virus tersebut. Kaizo melihat sekeliling bilik kawalan itu. Dia dapati bahawa adiknya tiada di dalam bilik itu. Hanya kawan-kawan adik dia sahaja yang ada. Mereka sibuk bermain sebuah permainan berbentuk kad. Lily cuba menahan dirinya supaya tidak menjerit. Dia takut kalau Laksamana Tarung menjerit di dalam bilik itu. Lalu Kaizo keluar dari bilik tersebut. Lynna tidak pergi mengikut Kaizo. Dia biarkan sahaja Kaizo pergi bersendirian

"Tarung, berapa lama lagi kita akan sampai?"

"Hmmm... tidak sampai 1 jam kita akan tiba tetapi jikalau kapal angkasa itu mula bergerak dengan pantasnya, aku terpaksa mengejar dengan lebih laju lagi" kata Tarung kepada Lynna "Mengikut data yang aku terima, kapal angkasa dia seperti tidak bergerak ke mana-mana"

"Maksudnya.. dia seperti menunggu kehadiran kita"

"Yea" balas Tarung "Ianya seperti ada sesuatu sedang menunggu kita"

"Mungkin ini adalah perangkap dari mereka" Lynna mula menjadi musykil dengan rancangan musuh mereka "Kita perlu bersiap jikalau ada perangkap dari mereka"

"Betul tu" kata Tarung dengan seriusnya "Tapi adakah mereka sudah bersedia?" Dia menoleh kebelakang untuk melihat para remaja itu bermain dengan seronoknya. Dahi dia terus berkerut

"Err... walaupun dia orang ni suka sangat bermain, tapi mereka memang serius di dalam hal begini" jelas Lynna "Percayalah, mereka bukanlah selemah mana. Mereka akan bekerjasama untuk dapatkan balik Rizu. Mereka semua mempunyai kekuatan yang tersendiri"

"Baiklah, aku percaya kata kau. Aku sendiri pernah lihat bagaimana mereka berlawan di dalam sesi latihan ketal di stesen TAPOPS"

Jam di dinding kapal angkasa itu terus berbunyi. Ianya menunjukkan untuk masa sesi berehat. Laksamana Tarung terus hilang dari tempat duduknya. Lynna mencari-cari ke mana Tarung pergi. Rupanya dia pergi menyertai para remaja itu untuk bermain kad sekali. Lynna gelengkan kepala sahaja

"Mari mari, kita lihat.. siapakah yang boleh menang dalam perlawanan kad ini.. hahaha" kata Tarungd dengan senang hatinya

"Wuuu... Laksamana Tarung tiba-tiba nak join sekali"

"Hehehee.. Lily ni, lupa ke.. Laksamana ni, kalau time rehat, dia baik aje. Bila dah habis waktu rehat, terus jadi garang" jelas Boboiboy kepada Lily

"Ohh.. begitu. Jadi kita kena main puas-puas sebelum dia jadi garang balik" Lily menolak Gopal ketepi kerana dia mahu berlawan dengan Laksamana Tarung "Hehehe... giliran LILY THE AWESOME untuk menjadi pesaing Laksamana Tarung!"

"Wah, bersemangat betul gadis ni. Mari-mari, kita lawan.. kita lihat siapa yang menang"

"Adehh... sampai hati Lily tolak aku" bisik Gopal dengan hatinya mengeluh sedikit

Yaya dan Ying sudah sediakan makanan tengahari mereka di situ. Mereka berkelah di dalam bilik kawalan itu. Lynna terpaksa mengendali kapal angkasa itu sendiri. Selepas itu, Momoki hadir di dalam bilik kawalan itu untuk mencari bunga hatinya. Lily sudah siap-siap memakai rambut palsu, cermin mata hitam dan juga sebuah topi

"Hmm.. bunga hati ku tiada di sini. Tidak mengapa, bunga yang lain ada di sini" Momoki hulurkan sekuntum mawar merah kepada Faye "Lily tidak datang ke?"

"Errr..." Faye tidak tahu hendak menjawab bagaimana. Dia hanya tersengih sahaja

"Dia pergi ke tandas ke?" tanya Momoki dengan suara dia yang menggoda itu. Lalu dia terpandang seseorang iaitu Lily di dalam penyamarannya "Siapa gadis ini? Tidak pernah ku lihat sebelum ini? Kawan baru kamu?"

"Momoki ni, asyik nak berkasanova aje. Mari main kad dengan kami sekali" kata Laksamana Tarung "Cepat jalan.. aku sudah berikan kad terkuat"

"Hehehe... LILY THE AWESOME AKAN KALAHKAN KAD TERHEBAT ITU!"

"BUNGA HATI KU!"

"ALAMAK!" Lily terus cabut lari keluar dari bilik kawalan dalam keadaan kelam-kabut. Dia tidak sanggup melihat dirinya digoda oleh Momoki

"Kenapa bunga hati ku larikan diri"

"Sudah-sudahlah tu, mari sambung main" Tarung tepuk bahu Momoki secara kasar "Siapa mahu gantikan tempat si Lily tadi?"

"SAYA!" Boboiboy mengangkat tangannya setinggi mana yang dia boleh

Ketika mereka seronok bermain, Kaizo sudah pun menjumpai adik kesayangan dia iaitu Fang. Adiknya sedang duduk termenung di dalam sebuah bilik kosong. Fang hanya merenung luar tingkap kapal angkasa itu. Pemikiran dia sudah melayang jauh sehingga dia tidak sedar dengan kehadiran abangnya. Fang asingkan diri dia dari kawan-kawannya kerana dia tidak mahu tunjukkan emosi sedih dia. Fang tidak tahu bagaimana hendak mengawal emosi itu

"Pang"

Fang menoleh sedikit. Selepas itu, dia merenung balik di luar tingkap. Bintang-bintang di angkasa lepas itu, membuatkan dia ingin terbang jauh dari situ. Mungkin terbang bersendirian dan pergi selamatkan adik angkat dia tanpa memerlukan bantuan daripada sesiapa

"Pang, kenapa dengan kau?" Kaizo berdiri di sebelah adiknya. Tangan kiri dia pegang bahu adiknya "Kau ok ke?"

"Adik.. cuma.. takut dan sedih"

"Kenapa?" tanya Kaizo

"Adik takut jikalau Rizu menyerang kita orang dan adik sedih jikalau kita terpaksa berlawan dengan dia" Fang mula mengesat air matanya "Adik tak sanggup nak berlawan dengan dia. Rizu kan adik angkat kita"

"Yea, aku tahu" balas Kaizo "Beginilah Pang, kau duduk sahaja di dalam kapal angkasa ini. Biar abang yang pergi dapatkan dia balik"

"Abang jangan cederakan dia"

"Tak, mungkin abang buat dia pengsan sahaja"

"Pengsan?"

"Yelah, kalau dia melawan macam mana? Tak kan abang nak musnahkan dia pulak" Nada Kaizo sedikit garang "Abang akan tetap berusaha untuk bawa dia pulang. Macam mana cara pun, abang akan pastikan dia pulang dengan selamat. Professor Falcon akan pulihkan dia"

"Abang janji dengan adik"

"Yea, abang janji. Kau jangan sedih sangat"

"Baik abang" Fang memeluk abangnya "Kita tidak boleh kehilangan dia seperti mana kita kehilangan ibu bapa kita dulu. Adik tak nak hancurkan hati ibu Rizu. Adik tak nak buat ibu Rizu menangis"

"Semuanya akan selamat, Pang" Kaizo mengusap rambut adiknya "Semuanya akan selamat" bisik dia

"Semuanya akan selamat" Fang bisik sekali

"Kawan-kawan kau ada sekali, aku pasti perasaan mereka sama seperti kau cuma mereka tidak mahu tunjukkan perasaan itu. Mereka takut kalau perasaan kau akan mengawal diri kau. Nanti kau juga yang akan rasa lemah" Kaizo melutut di depan adiknya. Dia seperti nampak bayangan adiknya ketika dia masih kecil lagi. Dia mengesat air matanya dengan ibu jari dia "Kau kena tabahkan hati. Musuh kita sedang menguji kita semua. Kalau dia nampak kita lemah, dia akan gunakan kelemahan kita sebagai senjata dia. Jadi aku nak kau gunakan kelemahan kau sebagai senjata kau. Kalau kau nak ikut juga, kau ingatkan Rizu balik.. supaya dia ingat siapa diri dia yang sebenarnya"

"Baik abang, adik akan ingatkan dia. Adik akan berjuang untuk kita semua"

"Bagus" Kaizo peluk adiknya "Ingat kata-kata abang, jangan bagi peluang langsung dekat musuh kita"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah sejam mereka berada di kapal angkasa, akhirnya Laksamana Tarung sudah menjumpai kapal angkasa milik musuh mereka. Kapal angkasa itu tidak bergerak. Ianya cuma duduk diam sahaja di tengah-tengah angkasa lepas. Laksamana memandu secara perlahan ke arah kapal angkasa itu. Semakin lama semakin dekat kapal angkasa mereka. Tiada serangan dari kapal angkasa musuh mereka

"Itu ke mereka?" tanya Kaizo

"Yea tapi mereka tidak menyerang kita pula" kata Tarung

"Hmmm.. perangkap?"

"Mungkin juga" balas Tarung kepada Kaizo

"Perangkap macam mana sekali pun, aku pasti yang kita semua dapat hapuskan perangkap itu" ujar Lynna dengan nada seriusnya "Sebelum kita masuk, kita semua harus berpecah"

"Kenapa kita perlu berpecah?" tanya Kaizo

"Kapal angkasa itu luas dan besar. Nak cari dimana mereka berada, bukan sesuatu yang mudah. Mungkin mereka bukan berada di bilik utama" kata Lynna "Lagipun kalau kita berpecah, mungkin pasukan lain dapat menjumpai maklumat penting yang ada di dalam kapal angkasa itu"

"Baiklah.." Kaizo menarik nafas sedikit "Kita berpecah kepada 3 kumpulan. Kau, aku dan Tarung adalah ketua setiap pasukan"

"Bagus.. jadi aku ambik si Momoki tu, Harraz dan juga Gopal" kata Tarung

"Lynna, kau pula?" Kaizo alihkan pandangan dia kepada Lynna

"Aku pasti kau nak adik kau berada dengan kau.. jadi aku ambil Bella, Yaya, Ying, Faye dan Lily" kata Lynna sambil bersilang tangan "Biar semua budak perempuan dengan aku"

"Baiklah, Pang dengan aku.. dan juga si Boboiboy tu. Jikalau ada apa-apa yang berlaku, hubungi aku dengan segera"

"Kejap" Kaizo dan Lynna terus memandang Tarung "Aku rasa, kapal angkasa ini tidak boleh dibiarkan kosong sahaja. Lagipun ibu dan anak hari tu, ada di dalam kapal angkasa ini. Seseorang kena jaga kapal angkasa ini"

"Kalau begitu, biar Faye, Harraz dan Ying jaga kapal angkasa ini. Aku yakin mereka dapat jaga kapal angkasa ini dengan baik" kata Lynna "Semua setuju?"

"Aku setuju sahaja" balas Kaizo "Aku nak pergi tengok adik aku dulu sebelum kita mendarat"

"Kaizo.." Lynna pegang bahu Kaizo sedikit "Kau jangan terlalu memaksa dia nanti"

"Tak, aku tak kan paksa dia"

Kaizo beredar dari situ. Fang masih lagi berada di tempat yang sama. Dia tidak berganjat dari situ dari awal lagi sehingga sekarang. Ada juga beberapa orang kawannya mengajak dia pergi bermain kad permainan tetapi dia menolak secara lembut. Mereka terpaksa tinggalkan Fang dan tidak akan menganggu dia lagi. Lily pun seperti memahami apa yang Fang sedang fikirkan. Dia tidak akan ganggu atau membuat Fang mengamuk di dalam kapal angkasa itu

"Pang, kita akan tiba tidak lama lagi. Kau nak ikut atau nak tinggal di sini sahaja?"

"Adik nak ikut" Fang bangun dari tempat duduknya "Adik nak tolong. Adik tidak mahu berdiam diri sahaja di sini"

"Bagus" Kaizo melihat luar tingkap

Kapal angkasa Tarung sudah memasuki kapal angkasa musuh mereka. Kapal itu agak besar dan ianya seperti sebuah stesen. Pintu kapal angkasa itu terbuka luas. Seolah-olah mereka menjemput mereka semua masuk ke dalam kapal itu. Tarung mendaratkan kapal angkasanya secara berhati-hati. Kaizo sudah pun pergi ke pintu kapal angkasa Tarung bersama adiknya. Mereka akan tunggu di situ untuk bersama dengan yang lain. Kaizo melihat adiknya seketika

"Pang, apa-apa berlaku dekat abang.. aku nak kau pergi selamatkan diri kau dulu"

"Abang macam mana pula? Tak kan adik nak tinggalkan abang begitu sahaja"

"Tak perlu risaukan tentang abang" kata Kaizo "Keselamatan kau yang lebih penting. Kau dan Boboiboy tinggalkan aku dan pergi cari Rizu sampai dapat"

"Baik abang" kata Fang dengan nada yang agak perlahan

Tarung dan Lynna sudah pun tiba di situ dengan ahli pasukan mereka. Lily tersenyum lebar sambil menunggu isyarat untuk serang kapal angkasa musuh mereka. Bella pula, dia sudah bersiap sedia untuk berikan beberapa bola berapinya. Momoki sempat lagi berikan sekuntum bunga mawar kepada Lily. Bunga itu, Lily pergi berikan kepada Ying. Mengikut kata Lily, dia hanya terima bunga dari Boboiboy sahaja

"Kenapa bunga hati ku tidak bawa sekali bunga yang saya berikan tadi?"

"Err.. tak adil lah kalau bunga tu bagi dekat Lily seorang sahaja. Jadi Lily bagi dekat orang lain supaya mereka tidak rasa tersisih" kata Lily sambil tersengih besar "Momoki kan selalu bagi kata-kata semangat dekat semua gadis yang dekat bumi ataupun dekat dalam ni... hehehee... sekarang ini, mereka rasa tidak adil!"

"Betul juga cakap bunga hati ku" Momoki keluarkan sekuntum bunga mawar lagi dari poket jaketnya "Aku berikan bunga ini khas untuk Yaya dan Bella. Semoga kamu berdua dapat berjuang bersama untuk kalahkan musuh kita. Berhati-hatilah kamu berdua. Jikalau kamu perlukan pertolongan, jangan ragu-ragu untuk memanggil saya"

"Hmm.. memang kasanova betul budak ni" bisik Gopal

"Hehehe.. tapi berapa banyak bunga yang dia simpan dalam poket dia tu?"

"Entahlah Boboiboy" kata Gopal lagi "Takde ke gadis-gadis dekat sini nak berikan kata-kata semangat dekat kita?"

"Hehehe.. akak boleh bagi kata-kata semangat tu" Lynna berikan senyuman ikhlas kepada Boboiboy dan Gopal "Jangan mengalah, jangan takut dan jangan lari. Kita semua adalah satu pasukan walaupun kita terpaksa berpecah selepas ini"

"Macam kak Lynna dan abang.. sentiasa satu pasukan" Fang mencelah. Kaizo terus ketuk kepala adiknya "Ketuklah abang.. tapi abang dengan kak Lynna memang satu pasukan kan"

Kaizo abaikan sahaja kata-kata adiknya. Tarung membuka pintu belakang kapal angkasa dia. Sedikit demi sedikit pintu itu naik ke atas. Tangga diturunkan untuk memudahkan mereka semua turun ke bawah. Ying, Faye dan Harraz hanya perhatikan kawan mereka turun dari kapal angkasa itu. Secara perlahan, pintu itu ditutup semula. Tangga di naikkan ke atas dan pintu itu turun ke bawah untuk tutup bahagian belakang kapal angkasa Tarung. Mereka bertiga kembali ke bilik kawal

"Kau dan kau, ikut aku" kata Tarung kepada Gopal dan Momoki

"Pang dan Boboiboy, ikut aku. Kita akan pergi periksa semua bilik di bahagian kiri" kata Kaizo pula

"Kami bertiga?" tanya Yaya

"Yaya, Bella dan Lily.. ikut akak" Lynna membawa mereka bertiga terus ke hadapan "Kita akan cari Rizu sampai jumpa. Bersiap sedia jika ada serangan"

"BBB-CHAN! Hati-hati dan GOOD LUCK!"

"Baik Lily" Boboiboy

Sebuah senyuman terus terukir di wajah Lily. Hati dia menjadi cari sedikit apabila Boboiboy berikan sedikit senyuman kepada dirinya. Semangat yang ada pada diri Lily, semakin lama semakin melonjak naik. Dia bagaikan ingin menari-nari di situ kerana terlampau sangat gembira. Bella terpaksa kawal diri Lily dengan tepuk kepala kawan baiknya sedikit supaya Lily lebih tumpukan perhatian dengan misi mereka

"Hehee.. terima kasih Bella"

"Sama-sama" kata Bella "Kita ke mana kak Lynna?"

"Kita naik ke atas" Lynna membawa mereka ke sebuah tangga yang bertingkat-tingkat. Lynna naik ke atas dulu. Sementara tiga orang gadis itu tunggu di situ terlebih dahulu. Lynna mahu memeriksa apa yang ada di bahagia atas. Secara perlahan, dia naik sedikit demi sedikit. Dia menjenguk seketika dan pandang kanan dan kirinya. Tiada orang di bahagian atas. Hanya satu laluan sahaja yang ada. Permukaan dinding laluan itu penuh dengan ukiran-ukiran yang Lynna tidak fahami. Lalu Lynna memanggil mereka bertiga naik ke atas. Yaya, Bella dan Lily naik ke atas secara perlahan. Yaya asyik pandang ke bawah. Dia hanya mahu pastikan mereka tidak diekori oleh sesiapa

"Kak Lynna, ke mana pula lepas ni?" tanya Bella lagi

"Hmm... kejap" Lynna tidak pasti laluan kiri ataupun kanan mereka harus ambil "Kita ke kiri. Kalau depan sana jalan mati, kita patah balik dan ambik laluan kanan pula"

"Ok" balas Yaya

Lynna berada di depan. Manakala ketiga gadis itu berada di belakang Lynna. Mereka tidak menjumpai apa-apa sepanjang mereka berada di laluan itu. Ianya bagaikan sebuah laluan yang kosong dan sepi. Tiada tingkap, pintu ataupun skrin komputer yang ada di situ. Semakin lama semakin jauh mereka sudah jalan. Akhirnya mereka sampai di penghujung laluan itu. Terdapat sebuah pintu berwarna kuning di hadapan mereka. Pintu itu dibuka secara automatik. Lynna masuk ke dalam. Di tengah itu mempunyai sebuah jambatan yang agak panjang. Di bawahnya, agak jurang yang dalam. Sedalam mana jurang itu, Lynna sendiri tidak tahu. Dia melihat ke atas, ianya terdapat ruang yang agak luas. Bagaikan dia boleh terbang di situ. Lynna melihat ke depan. Jauh di depan dia, terdapat satu lagi pintu kuning. Dia terpaksa melintas jambatan ini. Dia tidak mahu berpatah balik kerana mungkin, di depan sana, mereka menjumpai Rizu ataupun tidak. Ini adalah cabaran pertama yang terpaksa mereka hadapi

"Ok, jalan perlahan-lahan. Pegang tepi tu dan jangan pandang bawah"

"Ok kak Lynna" Bella pegang railling jambatan itu

Yaya dengan senang hatinya, dia terbang sahaja. Lily pula, dia pegang baju Bella sambil tutup kedua matanya. Dia hanya bayangkan bahawa Boboiboy sedang menunggu ketibaan dirinya

"BBB-CHAN tengah tunggu Lily dekat sana... Lily kena teruskan berjalan" bisik Lily sambil bayangkan wajah comel Boboiboy. Dibelakang Boboiboy terdapat 7 pecahannya iaitu Halilintar, Taufan, Gempa, Blaze, Ice, Thorn dan Solar "Hehehee... comelnya dia orang" bisik dia lagi

"Kau jangan lepaskan baju aku pula" kata Bella

"Lily.. jangan tutup mata tu" kata Lynna sambil menoleh kebelakang sedikit

"Tapi.. tapi.. Lily takut" Kaki Lily mencari-cari permukaan jambatan itu. Kaki dia terkeluar sedikit dari laluan jambatan tersebut

"Takpe kak Lynna, biar saya jagakan dia" Yaya mendarat di belakang Lily. Dia pegang kedua belah bahu Lily dan mereka teruskan berjalan "Lily jalan perlahan-lahan tau. Aku ada dekat belakang kau"

"Terima kasih Yaya" Lily tersenyum sedikit "Kita nak dekat sampai dah ke?"

"Belum lagi Lily" balas Lynna

Tiba-tiba Lynna berhenti bergerak. Muka dia berubah menjadi serius. Dia tidak takut apabila sebuah robot bersenjata ada di hujung hadapannya. Robot itu mempunyai satu mata yang merah menyala. Kepala dia bulat dan kedua tangannya mempunyai senjata seperti pistol untuk menembak musuh mereka

"Kak Lynna.. kenapa berhenti?" Bella menjenguk sedikit di bahagian bahu Lynna "Alamak"

"Kenapa? Kenapa?" tanya Lily yang sudah rasa cemas itu "Patut ke Lily buka mata ni?"

"Kamu semua.. berundur dulu. Biar akak selesaikan dia" kata Lynna

"Tapi kami boleh bantu" pujuk Bella

"Tapi sekarang ni kamu semua berada di jambatan. Tak kan nak berlawan di sini pula" Suara Lynna bertukar menjadi garang sedikit "Cepat! Berundur sekarang juga!"

Bella, Lily dan Yaya tidak membantah lagi. Mereka bertiga berundur sedikit demi sedikit. Kaki Lily terseliuh dan lalu dia terjatuh dari jambatan itu. Yaya dan Bella sempat pegang tangan Lily. Jeritan Lily membuatkan Lynna menoleh kebelakang. Lalu satu tembakan telah dikeluarkan oleh robot itu. Lynna dengan pantasnya, dia mengangkat tangan kanannya untuk mencipta sebuah pelindung dinding berwarna ungu

"YAYA! GUNAKAN KUASA KAMU!" jerit Lynna sambil menahan pelindung dinding itu

"BAIK! KUASA APUNGAN GRAVITY!"

Lily telah dibawa naik ke atas dalam keadaan selamat. Lynna rasa lega sedikit apabila Lily selamat berada di dalam kuasa sfera Yaya. Dia terus pandang ke depan. Robot itu sudah bersiap sedia untuk menyerang mereka lagi. Lynna tidak berikan robot itu berpelung lagi untuk berikan tembakan laser dia. Dia angkat tangan kirinya untuk keluar kuasa api ungunya

"Alamak" Lynna menoleh kebelakang selepas sahaja dia terdengar bisikan Bella tadi

Satu lagi robot muncul di belakang mereka. Mereka kini dikepung oleh kedua robot itu. Lynna terpaksa hapuskan kedua robot itu tetapi Bella mengeluarkan bebola apinya

"BELLA! JANGAN!" jerit Lynna

Bella tidak dengar jeritan itu. Dia terlalu ghairah untuk hapuskan robot itu. Lalu dia keluarkan bebola api dari sarung tangannya. Dia lemparkan bebola apinya ke arah robot tersebut tetapi pada masa yang sama, robot itu berikan tembakan lasernya. Bebola api itu bertembung dengan laser tersebut. Sebuah letupan berlaku dan mengakibatkan jambatan itu roboh dan musnah. Bella, Lynna dan kedua robot itu terjatuh di dalam jurang itu

"BELLA! KAK LYNNA!" Jerit Lily di dalam sphera kuasa Yaya

"KUASA APUNGAN GRAVITY!"

Lynna dan Bella terselamat di dalam sphera kuasa Yaya yang berwarna pink. Secara perlahan, Yaya mengangkat kedua mereka. Lily menangis kerana kedua-dua mereka terselamat. Dia mengesat air matanya dan juga air hidungnya. Yaya membawa ketiga-tiga gadis itu ke penghujung jambatan yang sudah habis dimusnahkan. Mereka mendarat di tepi pintu kuning itu

"Terima kasih Yaya" kata Lynna dengan hati yang ikhlas. Sebenarnya, dia boleh selamatkan diri dia dan juga Bella. Dia juga mempunyai kuasa terbang tetapi Yaya lebih pantas dari itu

"Sama-sama" balas Yaya "Sekarang kita ke mana?"

"Kita maju ke depan" Lynna keluar dari tempat itu

Di depan mereka, terdapat sebuah lagi laluan tetapi kali ini, ianya mempunyai pintu-pintu putih di dinding besi kapal angkasa itu. Lynna terus berjalan bersama tiga orang gadis itu. Mereka periksa setiap bilik yang terlindung dari pintu putih itu. Setiap bilik mempunyai peralatan mesin teknologi yang berbeza-beza. Ada juga sebuah bilik tempat simpanan otak-otak alien. Lily rasa gerun melihat otak-otak itu, dengan pantasnya, dia terus tutup pintu bilik itu

"Agaknya, yang lain macam mana yea?"

"Maksud Bella, semua yang ada dalam bilik semua ni? Mesti ada hantu alien" kata Lily "Hantu alien nak kejar kita semua.. muahahahaa!"

"Bukanlah Lily.. maksud aku, kawan-kawan kita yang lain ok ke?"

"Tak tahulah. Mungkin mereka serangan dengan musuh macam kita tadi"

"Mungkin juga Yaya" kata Lynna "Mari kita cari Rizu dengan cepat sebelum robot yang lain muncul"

"Baik kak Lynna!" kata ketiga-tiga gadis itu secara serentak

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di bahagian kapal angkasa yang lain, Tarung dan dua orang budak lelaki sedang berlawan dengan beberapa robot. Gopal asyik tukarkan badan besi robot itu kepada makanan dan Momoki pula, dia mencantas robot makanan itu dengan pedangnya. Tarung pula bergelut dengan sebuah robot berbentuk beruang. Dia menolak robot beruang itu dengan kedua belah tangannya. Robot itu begitu kuat sekali apabila dia menghalang tolakan dari Tarung

"Laksamana Tarung, biar saya tukarkan dia jadi cekodok!"

"CEPAT LAKUKANNYA!" jerit Tarung

Momoki melindungi Gopal dan Tarung. Dia melompat dan berputar sambil berikan tendangannya kepada robot-robot itu. Satu per satu robot itu jatuh ke lantai kapal angkasa tersebut. Momoki menghayunkan pedangnya dan mencantas kepala robot. Kepala itu bergolek di atas lantai. Selepas itu, dia tunduk untuk menggelakkan diri daripada terkena tembakan dari beberapa robot yang baru sahaja tiba di situ

"TUKARAN CEKODOK ROBOT!"

Semua robot yang berada di situ, bertukar menjadi cekodok. Tubuh badan mereka menjadi bulat dan kawsan bahagian itu berbau cekodok yang baru siap dimasak. Gopal terasa teruja kerana cekodok-cekodok itu bulat besar. Makan seorang diri pun, pasti puas, fikir Gopal dengan air liur dia sudah meleleh keluar

"APASAL BERUANG NI TAK TUKAR JADI MAKANAN?"

"ERK! ALAMAK!" Gopal hilang seketika tadi kerana terlalu asyik dengan bau kesedapan cekodok itu "TUKARAN MAKANAN!"

Beruang robot itu bertukar menjadi biskut chocolate dan gula-gula. Tarung kagum dengan mereka tetapi dia masih tidak begitu berpuas hati dengan Gopal. Dia fikir bahawa Gopal perlukan banyak lagi latihan bukan hanya makan sahaja. Selepas sahaja misi ini selesai, dia akan pastikan Gopal akan menduduki latihan kental di stesen TAPOPS

"Bagus.. kita ke hadapan" Tarung tinggalkan tempat itu

Gopal dan Momoki ikut Tarung masuk ke dalam sebuah dewan besar. Di dalam dewan itu hanya ada sebuah kerusi berwarna putih yang terletak di tengah-tengah dewan. Mereka tidak pasti apakah tujuan bilik itu. Tarung mengajak mereka keluar dari situ sebelum terjadi apa-apa. Sebaik sahaja Tarung hendak keluar dari dewa sunyi sepi itu, secara tidak langsungnya, pintu dewan tersebut tertutup dengan sendirinya. Beberapa skrin hitam muncul dari atas, turun ke bawah. Gopal menyorokkan diri di belakang Momoki kerana takut jikalau ada kejutan dari skrin itu

"Apa yang berlaku ni?" tanya Momoki kepada Laksamana Tarung

"Bersiap sedia jikalau ada serangan"

Skrin itu terus menayangkan beberapa video dua budak kecil sedang seronok bermain di dalam sebuah taman. Tarung menjadi bingung seketika. Siapakah budak-budak itu? Apakah makna ini semua? Adakah budak dua orang itu pencipta virus jahat tersebut atau sebaliknya? Laksamana Tarung terus menonton video tersebut untuk mendapatkan jawapannya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo, Fang dan Boboiboy lalu di bahagian tepi kapal angkasa. Tingkap kaca yang besar dan panjang seperti sebuah dinding kaca, membolehkan mereka melihat keadaan di luar kapal itu. Bintang-bintang berkelipan di ruang angkasa lepas. Mereka tiba di sebuah pintu berwarna pintu. Secara tidak langsung, pintu itu terbuka dengan sendirinya. Kaizo masuk ke dalam pintu itu. Lalu dia melihat kiri dan kanannya. Semuanya kosong dan sunyi sahaja laluan itu. Dia benarkan mereka berdua masuk ke dalam. Selepas itu, Kaizo menyuruh mereka belok ke kanan. Dia tidak pasti ke arah mana yang mereka patut pergi. Kapal angkasa itu sangat luas dan sesiapa sahaja boleh sesat di dalamnya. Kaizo berjalan sampai penghujung laluan itu. Di akhir jalan itu terdapat sebuah lagi pintu. Bunyi dengup jantung Fang begitu kuat sekali sehingga abang dia sendiri boleh dengar. Kaizo perhatikan adiknya. Secara tidak langsung, pintu itu terbuka sendiri dan terpaparlah beberapa orang di sebalik pintu tersebut

"ARGHHH! HANTU KELAPA!"

"HANTU KELAPA KEPALA HOTAK KAU!" Kaizo ketuk kepala adiknya "Itu kak Lynna dan kawan-kawan kau"

"Adeh.." Fang mengosok kepalanya "Hehehe.. maaf"

"Kau ni Fang, macam tengok cerita hantu aje" kata Boboiboy

"BBB-CHAN!" Lily menyelit di tengah-tengah antara Lynna dan Bella "BBB-CHAN! Akhirnya, Lily jumpa BBB-CHAN!"

"Tak habis-habis dengan BBB-CHAN kau ni! AKU HUMBAN DIA DEKAT PLANET LAIN BARU KAU TAHU!" Lalu Kaizo tepuk kepala Lily tanpa rasa bersimpati atau rasa bersalah "Ini bukan masanya untuk berjejak kasih. Ini masanya untuk mencari Rizu! FAHAM!"

"Fa-faham abang Kaizo" kata Lily sambil tersengih

"Hehehe.. humban aje si Boboiboy tu, bolehlah aku jadi popular nanti" Fang tersenyum sinis

"KAU NI PUN SATU! ASYIK NAK POPULAR AJE! KEGILAAN POPULAR BETUL KAU NI! SERABUT KEPALA AKU DENGAN PERANGAI KORANG BERDUA!"

"Kaizo, jangan marah-marah" tegur Lynna "Lagipun dia gembira dapat jumpa korang balik. Tadi kita orang di serang oleh robot musuh kita"

"Serang? Kamu semua ok?" Nada Kaizo berubah menjadi risau

"Kami semua ok" balas Lynna

"Baiklah, kalau semua ok. Kita teruskan lagi.. dekat sebelah sana takde apa-apa?"

"Tiada Kaizo" balas Lynna "Kau pula, sebelah sana kau sudah habis periksa?" Dia tunjuk jalan di belakang Kaizo, Fang dan Boboiboy

"Belum" kata Kaizo "Kalau begitu, kita pergi ke sana. Kau nak kita berpecah lagi atau bersama?"

"BERSAMA!" Budak-budak itu pula menjawab soalan Kaizo tadi

Kaizo terus pandang seorang demi seorang dengan wajah garangnya. Masing-masing sudah tersengih kepada kapten yang terserba bergaya lagikan macho. Lynna tergelak sedikit melihat gelagat budak-budak itu. Tanpa membuang masa, Kaizo terus berpatah balik. Dia tenangkan dirinya dengan bayangkan teh hijau berada jauh di depan. Kalau tak dapat, dia boleh mengamuk tak tentu pasal. Lalu dia terfikir, apa akan terjadi kalau dia jadi tak betul seperti adiknya si Fang tu? Kaizo langsung tidak dapat bayangkan. Lynna berjalan di sebelah Kaizo sambil perhatikan wajah lelaki itu

"Ka-" Lynna terus berhenti apabila seseorang mengusik-usik bahunya. Dia menoleh kebelakang "Kenapa?"

"Kak Lynna..." Fang tunjuk di belakang mereka

Beberapa robot sedang berdiri dengan teguhnya. Robot-robot itu mengangkat kedua belah tangannya untuk menghalakan pistol itu ke arah mereka. Kaizo dan Lynna bertentang mata. Mereka seperti faham apa yang mereka harus lakukan. Robot-robot itu berikan beberapa das tembakan. Secara pantasnya, Lynna melindungi mereka dengan kuasa perisai dindingnya

"LARI CEPAT! LYNNA, BAWA MEREKA JAUH DARI SINI!" kata Kaizo

"Abang tak ikut?" tanya Fang

"Tak, abang kena halang mereka. Kau lari dulu"

"TAPI ADIK NAK TOLONG!"

"JANGAN DEGIL!" marah Kaizo

Lynna menarik tangan Fang untuk lari dari situ. Kawan-kawan Fang yang lain tidak membantah, mereka hanya ikut arahan dari Kaizo tadi. Fang pandang kebelakang untuk melihat abangnya bertarung seorang diri dengan robot-robot itu. Dia tetap degil seperti biasa

"SERANGAN BAYANG!"

"TETAKAN HALILINTAR!"

Boboiboy Halilintar dan Fang datang membantu Kapten Kaizo. Robot-robot begitu banyak sekali sehingga Kaizo sendiri tidak dapat hapuskannya sekali gus. Kaizo menggunakan dinding tenaganya untuk melindungi diri dia daripada terkena tembakan dari robot-robot itu. Lynna membawa budak-budak perempuan ke tempat yang selamat tetapi akhirnya, mereka diserang oleh robot lain pula. Kali ini robot-robot berbentuk labah-labah kecil menyerang mereka. Lily menjerit sekuat hati kerana dia takut dengan labah-labah. Lampu nyalaan mata robot labah-labah itu pecah dan musnah akibat jeritan super sonic dari Lily

"KUASA APUNGAN GRAVITY!"

"TAMPARAN BEBOLA API!"

Bella melemparkan beberapa bola api untuk musnahkan musuh mereka. Lynna kagum dengan kerjasama diantara Yaya dan Bella. Dia juga kagum dengan jeritan Lily yang begitu nyaring dan lantang sekali. Boboiboy, Fang dan Kaizo lari ke arah mereka. Musuh-musuh mereka tadi, sudah habis dihancurkan oleh tiga orang pemuda itu. Mereka kelihatan penat sedikit. Lily sudah siap duduk sambil bersandar di sebalik dinding besi itu. Mereka kini berada di tempat laluan yang luas. Ada sebuah tangga di penghujung laluan itu. Kaizo terpandang sesuatu yang sedang bergerak di tepi dinding besi itu

"Hati-hati.. ada robot dekat situ" bisik Kaizo

"Kita ikut laluan lagi" Lynna tunjuk sebelah kiri mereka. Laluan itu kosong, hanya dinding besi sahaja. Di penghujung laluan itu, ada laluan lain. Samada ke kiri atau ke kanan

"Dekat situ tiada penjaga robot?" tanya Boboiboy

"Rasanya tiada tapi hati-hati" Lynna bergerak terlebih dahulu. Dia menyuruh mereka tunggu di situ sebentar, sementara dia pergi periksa keadaan laluan itu. Tiada CCTV atau robot yang berada di situ. Semuanya selamat. Lalu dia memanggil mereka. Satu per satu daripada mereka berjalan menuju ke arah Lynna. Sampai sahaja di penghujung jalan, Lynna memeriksa kiri dan kanan mereka. Kedua-dua laluan itu kelihatan selamat untuk dilalui tetapi Lynna perlu pasti mereka dapat lalu dalam keadaan selamat. Lynna periksa di bahagian kiri dan Kaizo pula, di bahagian kanan. Sementara kedua mereka pergi memeriksa keadaan tempat itu, tiba-tiba lantai terbuka secara tidak langsung di bahagian bawah para adiwira dan kawan-kawan mereka. Boboiboy, Fang, Yaya, Bella dan Lily terjatuh ke dalam lubang itu. Lynna dan Kaizo tidak sempat untuk pergi selamatkan mereka kerana lantai itu tutup dengan begitu pantas sekali

"PANG!"

Tiba-tiba suatu lagi kejutan untuk mereka berdua pula. Sebuah dinding jatuh dari atas dan menutup laluan mereka berdua. Lynna dan Kaizo cemas pada ketika itu. Gas tidur disembur masuk ke dalam perangkap itu. Lynna cuba gunakan kuasanya untuk keluar dari perangkap tersebut tetapi gas itu terlalu kuat. Mereka berdua tidak berdaya lagi dan semakin lama, mereka semakin mengantuk dan terus tertidur di situ

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ying dan Harraz begitu ralat sekali mendapatkan data-data tentang kapal angkasa musuh mereka. Komputer kapal angkasa milik Tarung sedang membuat imbasan tentang kapal angkasa musuh mereka. Ianya memakan masa yang cukup lama untuk siapkan data tersebut. Mereka tidak sedar dengan kehilangan Faye di situ. Faye tiada di dalam bilik kawalan kerana dia terdengar sesuatu dari dalam kapal angkasa Tarung. Dia seperti terdengar perbualan diantara ibu dan anak. Dia pergi tanpa memberitahu dua kawannya

"Wei Faye, berapa lama kita kena tunggu ni?" Tiada jawapan dari Faye "Faye?" Ying menoleh kebelakang "Haiyaa... mana si Faye pergi"

"Dia pergi toilet kot" balas Harraz sambil membaca buku yang dia jumpa di dalam kapal angkasa itu

"Baru pergi atau sudah lama pergi?"

"Entahlah" Harraz menutup bukunya "Kau pergilah tengok.. aku takut dia pergi ikut dia orang aje pulak"

"Takpe ke atau tinggalkan lu sorang-sorang dekat sini?"

"Takpe" jawab Harraz sambil tersenyum sedikit "Lagipun aku ada peneman.. buku ni" Dia angkat buku tentang angkasa lepas dan tunjukkan kepada Ying

"Ok.. apa-apa hal, lu hubungi aku nanti"

Ying terus berlari keluar dari bilik kawalan itu untuk mencari Faye. Tiba-tiba sebuah image bergerak di dalam skrin komputer itu. Wajah Faye muncul di skrin itu. Dia kelihatan cemas dan seperti dia ada sesuatu yang dia ingin beritahu

"HARRAZ! MANA YING?"

"Ying cari kau" balas Harraz "Kenapa? Kau dekat mana tu?"

"Aku ada perkara penting yang aku tahu. Aku kena pergi cari abang Kaizo. Kau jaga kapal angkasa ni"

"HAH?! Perkara apa?"

Skrin kecil itu terus tutup dengan serta merta. Dia langsung tidak dapat mengetahui perkara apakah yang penting sangat itu. Harraz duduk tersandar di kerusi pusing itu. Dia rasa bosan pula duduk di dalam kapal angkasa itu. Dia rasa cemburu sedikit melihat kawan-kawan dia yang lain pergi berjuang untuk kalahkan musuh mereka dan juga selamatkan Rizu. Dia redha sahaja dan mungkin ada sebabnya juga dia berada di sini. Dalam beberapa saat kemudian, Ying muncul kembali di dalam bilik kawalan. Tetapi dia tidak keseorangan. Ignis, remaja lelaki hari tu dan ibunya ada bersama Ying. Muka mereka kelihatan risaukan tentang sesuatu. Harraz terus bangun dari kerusinya

"Kenapa? Ada masalah ke?" tanya Harraz

"Bukan masalah tapi aku tahu kenapa Faye keluar tadi. Ini tentang kewujudan virus itu dan sang penciptanya" balas Ying

"Yea.. orang ciptakan virus itu adalah kembar saya sendiri" kata Ignis dengan mukanya tertunduk sedikit "Kami berpisah semenjak kami kecil lagi"

"Masa tu keluarga saya mengalami kesesakan wang. Jadi saya tidak dapat membela kedua anak saya" kata wanita tua itu "Saya terpaksa serahkan anak saya kepada seorang professor dan Ignis pula, saya jaga dia"

"Macam mana puan tahu pencipta virus tu anak puan?" tanya Harraz dengan sopannya

"Kerana selama saya berada di dalam stesen TAPOPS, saya dapat mengetahui sedikit demi sedikit tentang penciptanya itu" Ignis yang menjawab soalan Harraz tadi "Tapi... kenapa kembar saya buat begini? Adakah dia marah dengan kami? Tapi tak mungkin, tak mungkin dia marah.. kalau dia marah, kenapa dia nak tolong kami semasa saya dipaksa untuk bantu buat kerja kotor dia"

"Mungkin.. ada sesuatu yang berlaku" kata Harraz "Ini tekaan saya sahaja.. mungkin virus itu berjaya mengawal kembar awak. Mungkin juga perkara itu boleh berlaku"

"Haiyaaa.. mesti kembar lu tahu macam mana nak hapuskan virus tu kerana dia yang menciptakannya. Jadi dia mesti tahu"

"Yea Ying, dia mesti tahu" kata Harraz "Aku harap Faye dapat jumpa abang Kaizo dan beritahu tentang hal ini"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy, Fang, Yaya, Bella dan Lily terjatuh ke dalam sebuah bilik yang penuh dengan skrin-skrin kecil. Di tengah bilik itu terdapat sebuah meja besar dan di atasnya ada sebuah hologram tentang angkasa. Di sebelah kanan mereka ada sebuah bekas air berbentuk silinder dan di dalam bekas itu, ada seorang remaja lelaki dalam keadaan tidur. Pada mulutnya ada sebuah masker oksigen untuk pernafasan dia

"Bilik apa ni?" tanya Boboiboy sambil bangunkan dirinya. Mata dia melihat sekitar bilik itu

"Bilik hantu?" bisik Lily

"Ini bukan bilik hantu lerr" marah Bella sedikit

"Korang semua ok? Ada yang cedera?" tanya Yaya dengan nada kerisauan dia

"Tangan aku aje yang rasa sakit" bisik Fang "Wei Boboiboy, apasal muka remaja tu macam si budak yang abang aku jumpa tu yea"

"Siapa? Si Ignis tu ke?" Boboiboy berjalan dekat kepada bekas air itu

"Yelah, si Ignis tulah" marah Fang

"Mungkin itu adalah kembar Ignis"

"Kau rasa begitu ke Yaya?"

"Aku teka sahaja, Boboiboy" balas Yaya "Lagipun, muka dia sama dengan Ignis. Tak mungkin mereka dapat tangkap Ignis dengan begitu cepat sekali"

"Jangan memandang rendah terhadap musuh kita, Yaya" kata Bella "Yea, aku akui yang mereka memang hebat dan kita harus bertarung sehabis-habisan supaya kita dapat menentang mereka"

"Betul kata kau" muncul satu suara

Skrin-skrin di bilik itu tidak lagi kelihatan gelap. Sebaliknya, muncul sepasang mata dan sebuat mulut. Lily menelan ludah kerana takut melihat wajah itu dalam semua skrin yang ada di dalam bilik tersebut. Boboiboy menggenggam kedua belah tangannya. Virus itu berkata lagi

"Kamu semua tidak boleh memandang rendah dengan kebijaksanaan aku.. hehehe..." Virus tergelak sinis "Apa yang dikatakan oleh gadis ayu, ianya adalah betul. Dialah pencipta aku dan dia adalah kembar kepada Ignis"

"Apa yang kau buat terhadap dia?" soal Fang dengan nada marah

"Hahahaa... aku hanya mahu menguasai seluruh galaxy ini" jawab Virus itu "Pada awal dulu, dia mencipta aku untuk menjadi teman dia kerana selama ini, kehidupan dia rasa sunyi walaupun dia ada professor sebagai ayah angkat dia. Mereka memang rapat tetapi pencipta aku mahukan seorang kawan yang dia boleh berkongsi segala-galanya. Jadi mencipta aku sebagai peneman sewaktu ayah angkat dia sibuk dengan hal kerja. Akulah tempat dia meluahkan segala-galanya tetapi semakin lama aku dapat berfikir dengan sendirinya. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mempergunakan professor. Aku mengawal professor dan tidurkan pencipta aku di dalam bekas itu"

"Kejamnya dia" bisik Bella "KAU MEMANG TAK GUNA! BEGINI KAU BERIKAN BALASAN KEPADA DIA! AKU AKAN HAPUSKAN KAU!"

"Boleh ke kau hapuskan aku? HAHAHAA!" Virus itu berkata lagi "Kau tidak boleh hapuskan aku kecuali sang pencipta aku sahaja yang tahu bagaimana untuk musnahkan ciptaan dia tapi... kau boleh ke bangunkan dia?"

"Kau jangan cabar kita orang!" kata Boboiboy "Kau nak serang kita orang macam mana pun, kita orang akan tetap berjuang dan akan bangunkan dia!"

"Marilah... aku mahu lihat sejauh mana yang kamu semua mampu"

Dinding-dinding bilik itu mengeluarkan senjata lasernya. Mereka dikepung dengan pistol laser. Fang mengeluarkan aura-aura kuasa bayangnya di kedua belah tangannya. Dia sudah bersiap sedia untuk melindungi mereka semua. Lily memeluk kawan baik dia iaitu Bella. Perasaan takut dia mula timbul dalam dirinya. Bella harus berani tetapi dalam hatinya, sudah rasai ketakutannya. Yaya bersama dua rakan lelaki dia, bersiap sedia untuk berlawan. Sebaik sahaja senjata itu melepaskan laser merah, Fang keluarkan pelindung bayangnya tetapi itu sahaja tidak mencukupi untuk melindungi mereka semua. Boboiboy berubah menjadi Boboiboy gempa

"TANAH PELINDUNG!"

"Lily takut" bisik Lily sambil menangis di dalam dakapan Bella

"Jangan takut, kita pasti akan selamat"

Boboiboy Gempa berubah menjadi Boboiboy biasa. Batu-batu tanah pelindung itu mula rapuh. Mereka menjadi cemas. Batu-batu kecil mula jatuh sedikit demi sedikit. Tanah pelindung itu masih lagi ditembak oleh pistol laser tanpa berhenti. Mereka tiada jalan keluar, hanya berdoa sahaja agar bantuan akan tiba untuk selamatkan mereka semua. Fang mula terbayangkan wajah abang dia dan selepas itu, wajah ibu bapanya. Dia tahu ini bukan masanya untuk dia pergi dan tinggalkan abang dia keseorangan. Ini bukan masa dia. Hati dia tidak terhenti-henti memanggil nama abangnya. Boboiboy cuba fikirkan sesuatu. Mungkin berpecah kepada tujuh dapat selamatkan mereka semua? fikir Boboiboy

"Fang, kalau tanah pelindung ni musnah, kau lindungi mereka. Aku akan musnahkan semua senjata dekat sini"

"Ok" kata Fang kepada Boboiboy

"Yaya, kau tolong Fang nanti"

"Ok Boboiboy"

Dinding batu itu mula bergoyang. Ianya seperti hendak robot dalam beberapa saat sahaja lagi

"BOBOIBOY KUA-"

"TUKARAN MAKANAN!"

Dinding batu itu mula jatuh tetapi ianya sempat bertukar menjadi biskut yang sudah hancur. Tembakan dari senjata laser tadi, sudah tiada kerana bilik itu semuanya bertukar menjadi makanan. Bertapa gembiranya mereka apabila kawan-kawan mereka muncul di dalam bilik itu. Gopal, Momoki dan Laksamana Tarung telah pun tiba untuk selamatkan mereka semua

"GOPAL!" jerit Boboiboy "Terima kasih kerana selamatkan kami semua"

"Hehehee... sama-sama" kata Gopal dengan bangganya

"Hmm.. kau jangan ingat diri kamu semua selamat" Suara virus itu kembali semula "Hahaha... ini baru permulaan. Pesaing kamu yang seterusnya.."

Sebuah pintu kuning di bahagian kiri mereka terbuka secara automatik. Seorang budak lelaki berjalan keluar dengan mukanya seperti tiada perasaan. Mata Fang membulat besar kerana budak itu adalah Rizu

"Rizu.." bisik Fang "RIZU!"

Rizu tidak menoleh kepalanya. Wajah dia nampak begitu garang sekali. Fang tidak pernah nampak wajah garang dari adik angkat dia. Fang mahu lari dan pergi memeluk adik kesayangan dia tetapi Boboiboy telah pegang lengan bahunya. Boboiboy tidak benarkan Fang datang begitu dekat kerana dia takut kalau Rizu menyerang

"Ini ke budak yang dia pergi culik?" tanya Tarung

"Yea, itulah Rizu" balas Yaya "Tapi... kami tak sanggup nak lawan dengan dia"

"Kenapa pulak?" tanya Tarung dengan nada marahnya

"Sebab dia adik angkat saya" jawab Fang dengan perasaan geram campur sedih "Kalau saya berlawan dengan dia.. nanti saya akan cederakan dia"

"Hahaha.. betul tu. Kamu semua tidak akan dapat menang kali ini" kata virus itu "Rizu.. pergi hapuskan mereka"

Kaki Rizu terus ke depan dan pusingkan badan dia untuk berhadapan dengan pihak lawan dia. Rizu seperti tidak kenal mereka semua. Hanya sebuah senyuman sinis sahaja yang terukir di wajahnya. Fang cuba maju ke depan. Kawan-kawan dia yang lain berundur sedikit demi sedikit kecuali Boboiboy dan Laksamana Tarung. Rizu mengangkat tangan kanannya

"Rizu.. apa Rizu ingin lakukan?" tanya Fang sambil mengambil satu langkah ke depan

"Hapuskan mereka" kata Rizu. Nada dia seperti robot "Rizu kena hapuskan mereka"

"Jangan Rizu, mereka adalah kawan-kawan Rizu juga" kata Fang lagi

"Fang, hati-hati" bisik Boboiboy

"Fang, kau cuba ingatkan dia balik" kata Yaya

"Aku tahu Yaya" jawab Fang "Aku kena cuba.. aku tidak boleh mengalah"

"Hmm... kau ingat, kau boleh kembalikan memori dia.. hahahaa..." Virus itu berikan gelakan kecilnya "Dia akan ingat semula sekiranya kamu semua berjaya hapuskan aku. Sekarang Rizu, jangan lengahkan masa lagi!"

Rizu keluarkan semburan api dari tangan kanannya. Api itu hampir terkena Fang. Boboiboy sempat menarik Fang kebelakang. Semburan demi semburan Rizu menyerang mereka. Selepas itu dia terus melompat ke atas. Dia menggenggam tangan kanannya dan terus mendarat ke bawah sambil menumbuk lantai kapal angkasa itu. Gegaran itu amat kuat sekali sehingga ianya boleh dirasai oleh orang-orang yang berada di dalam kapal angkasa Tarung. Fang dan rakan-rakan dia terjatuh akibat gegaran itu. Lantai bilik itu musnah sedikit. Rizu berdiri dengan megahnya. Dia berjalan ke arah Fang dan Boboiboy

"Rizu.. ni abang Fang, ingat tak?"

"Tak" balas Rizu

"Rizu.. cuba ingat balik. Ni abang Fang, abang angkat Rizu.. abang selalu melindungi Rizu. Abang selalu jaga Rizu dan.. Rizu pun ada kalanya selalu menasihati abang bila abang buat nakal" Fang cuba kembalikan memori Rizu "Rizu.. kalau Rizu tak ingat, abang akan tetap berusaha untuk mengingati Rizu"

Fang melangkah ke depan. Rizu mengangkat kedua belah tangannya. Boboiboy dan Yaya bergerak sedikit untuk selamatkan Fang, jikalau Rizu cuba menyerang kawan mereka. Selangkah demi selangkah, Fang maju ke depan dan semakin lama, semakin dekat diri dia dengan Rizu

"Habiskan dia Rizu" kata virus itu

"JANGAN!"

Boboiboy dan Yaya menjerit selepas sahaja Rizu terbang ke depan dan menuju ke arah Fang. Rizu mengheret Fang terus ke dinding bilik itu. Kedua belah tangan Rizu mencengkam leher Fang. Dia cuba hendak mencekik abang kesayangan dia. Fang bergelut di situ. Dia cuba hendak lepaskan kedua tangan Rizu tetap kekuatan Rizu amat luar biasa sekali. Fang sudah semakin hampir hilang pernafasan dia

"BERHENTI RIZU! BOBOIBOY HALILINTAR! GERAKAN KILAT!" Boboiboy Halilintar berlari sepantas kilat dan menolak Rizu ke tepi. Mereka berdua tergolek jatuh

Fang kelihatan lemah. Dia terduduk di tepi dinding. Kepala dia terasa pening. Lalu badan dia rebah di atas lantai dan pengsan di situ. Boboiboy Halilintar terpaksa berlawan dengan Rizu. Pedang Halilintar dia dipegang oleh Rizu dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Rizu tidak terkena renjatan elektrik. Badan dia begitu kebal sekali. Yaya terpaksa pergi menolong Halilintar tetapi dia takut kalau diri Rizu tercedera nanti. Kepala Bella tertunduk sedikit sambil menggenggam tangannya. Lily dan Gopal sudah sembunyikan diri di belakang Tarung

"Bella, saya tahu kamu mahu menolong tetapi jangan berdiri di situ sahaja. Kau perlu bertindak" kata Momoki

"Tapi... itu adalah Rizu. Adik angkat kepada Fang. Aku tak sanggup nak cederakan dia"

"Yea, aku tahu.. apa yang kau patut buat adalah cuba lemahkan diri dia buat sementara tapi jangan cederakan dia pula"

"Bagaimana?" tanya Bella kepada Momoki

"Saya pasti, cik gadis cantik tahu jawapannya" balas Momoki dengan nada yang menggoda

"KUASA APUNGAN GRAVITY!" Yaya terbang dan terapungkan Rizu di dalam kuasa sphera pinknya "RIZU! MAAFKAN AKAK!"

"YAYA! KITA KENA BUAT DIA PENGSAN! BARU DIA TAK MENGGANAS!" balas Bella setelah dia tahu apa yang dia perlu buat "LILY! JERIT SEKUAT HATI KAU!"

"OK!" Lily terus keluar dari belakang Tarung "Semua tutup telinga!" Dia membuka mulutnya tetapi ada sesuatu yang berlaku membuatkan dia terpelanting dan jatuh di luar bilik itu

"LILY!" Jerit Boboiboy Halilintar, Yaya, Gopal dan Bella

"BUNGA HATI KU!" Momoki berlari keluar untuk pergi periksa Lily

Walaupun Rizu terperangkap di dalam kuasa Yaya, dia masih lagi boleh menyerang dengan melempar bebola api ke arah Lily. Dia timbulkan lagi beberapa bebola api dan kali ini sasaran dia adalah Yaya. Dia melempar bebola api itu ke arah Yaya tetapi ianya sempat di halang oleh bebola api dari Bella

"HENTIKAN SEMUA INI RIZU!" jerit Bella

"TAK! AKU TAK KAN BERHENTI SELAGI MISI AKU BELUM SELESAIKAN! AKU AKAN HAPUSKAN KAMU SEMUA!" kata Rizu

"Bagus Rizu.. bagus.. hapuskan mereka semua" kata virus itu

"Menyemak pula suara virus ni" bisik Tarung. Lalu dia tumbuk beberapa skrin yang ada di dalam bilik itu

"Kau nak hancurkan sebanyak mana pun, aku akan tetap ada.. HAHAHAHAAA!" Gelakan Virus itu membuatkan Tarung menjadi lebih marah "HAHAHAAA! KAMU SEMUA TIDAK AKAN DAPAT HANCURKAN AKU! RIZU, HAPUSKAN MEREKA CEPAT!"

"Bebola api!" Akhirnya Yaya terkena bebola api Rizu. Dia terlepas keluar dari kuasa sphera Yaya "Siapa yang ingin cuba berlawan dengan aku lagi?"

"Biar abang berlawan dengan Rizu.. BOBOIBOY THORN!" Kali ini dia menjadi Boboiboy Thorn pula "DAUN MENJALAR!" Boboiboy Thorn bergayut dengan akar tali dia

"Boboiboy! CUBA IKAT DIA!" jerit Bella

"OK! BALUTAN DAUN!"

Beberapa helaian daun serbu di tubuh badan Rizu. Lalu ianya mengikat tubuh badan budak kecil itu seketat-ketatnya. Rizu cuba menggunakan kekuatan dia untuk lepaskan dirinya dari balutan itu. Sedikit demi sedikit, daun itu mula koyak. Thorn cuba mengikat lagi tubuh Rizu supaya ianya tidak lepas dari ikatan itu. Yaya terbang semula dan gunakan kuasa dia ke arah Rizu

"KUASA PEMBERAT GRAVITY!"

Rizu tidak dapat bergerak dengan sepenuhnya dengan tubuh badan dia masih lagi terikat dan juga dia boleh rasa badan dia seperti berat. Dia mengamuk di situ kerana terasa dirinya diseksa begitu. Mereka tidak sanggup melihat Rizu diseksa tetapi mereka terpaksa lakukannya untuk hentikan serangan Rizu

"Maafkan abang, Rizu" bisik Boboiboy Thorn. Dia kembali menjadi Boboiboy biasa "Sekarang, apa yang kita perlu lakukan?"

"Ketuk kepala dia?" Tiba-tiba pula Gopal menjadi berani sedikit "Bagi dia pengsan.. hehehe"

"Kuatkan lagi badan kau! LEPASKAN DIRI KAU, RIZU! Jangan bagi mereka hapuskan KAU!" kata Virus itu "Kau harus lawan! Jangan bagi mereka menang!"

Rizu meronta-ronta di dalam ikatan daun itu. Yaya masih lagi dapat tahankan Rizu dengan kuasanya. Dia tidak akan benarkan Rizu bergerak secara bebas. Virus itu rasa geram dengan gadis berpakaian pink itu. Lalu dia keluarkan sepucuk pistol laser dari dinding bilik itu. Ianya mengacukan pistol itu ke arah Yaya. Virus itu tersenyum sinis dan Bella mula perasan dengan perbuatan virus itu. Dia melihat sekitar bilik itu

"TAMPARAN BEBOLA API!" Bella melemparkan bola apinya untuk musnahkan pistol laser itu

"TAK GUNA KAU!" Virus itu menjadi semakin marah kerana pistol tadi itu berjaya di musnahkan oleh Bella "Tidak mengapa, aku sudah pun memanggil robot-robot aku yang lain. Mereka akan tiba tidak lama lagi"

"Kamu semua uruskan dia.. biar aku halang robot-robot itu masuk ke sini" kata Tarung "Momoki! Mari tolong aku!"

"Baik Laksamana" balas Momoki. Dia sudah pun angkat Lily dan baringkan di tepi sebuah mesin. Lily masih lagi tidak sedarkan diri, sama seperti Fang "Bunga hati ku, aku akan kembali" Dia terus berlari keluar untuk pergi menolong Laksamana Tarung

"Macam mana ni?"

"Kan aku cakap tadi, pengsankan sahaja si Rizu" kata Gopal kepada Boboiboy

"Baiklah, kita pengsankan dia" Boboiboy menarik nafas seketika "Er.. siapa nak pengsankan dia"

"Biar aku yang buat" Gopal ubahkan tangan kanan dia kepada besi "Hehehe.."

"Wei, besi tu macam kau nak cederakan kepala dia sahaja" marah Boboiboy

"Errr.. kalau emas ok ke?" Dia ubahkan balik tangan dia kepada emas

"Errr.. ok kot" Boboiboy tersengih

"Hmmm.. kau dapat pengsan dia tapi aku masih lagi ada dekat sini" Skrin-skrin yang masih belum hancur lagi, ianya bertukar menjadi warna merah "Kamu semua perlu ingat.. aku boleh kawal kamu.. HAHAHA!"

Wayar-wayar di dinding dan juga pada mesin-mesin yang ada di dalam bilik itu, mula menjalar keluar. Satu per satu wayar itu cuba melilitkan badan para adiwira dan kawan mereka. Fang dan Lily sudah diikat dengan wayar itu. Mereka sudah tergantung pada dinding besi. Boboiboy berubah kembali menjadi Boboiboy Halilintar. Dia mencantas setiap wayar yang cuba datang dekat dengan Yaya dan Bella

"Hahahaa! TANGKAP MEREKA!" Virus itu tergelak lagi "KALAU AKU TAK DAPAT NAK HAPUSKAN MEREKA, AKU BOLEH GUNAKAN MEREKA SEBAGAI ASKAR AKU! HAHAHAA!"

"Yelah" muncul Ying di tepi sebuah komputer

"YING!" Boboiboy, Yaya dan Bella gembira apabila kawan mereka ada di situ

"Tangkap dia sekali!" kata virus itu

"Marilah tangkap! HAHAHAA! LARIAN LAJU!" Ying berlari ke sana ke sini sepantas kilat sehingga wayar-wayar itu tidak dapat menangkapnya "TAK DAPAT! HAHAHA!"

"KAU JANGAN NAK TERLALU ANGKUH SANGAT! AKU PASTI AKAN DAPAT TANGKAP KAU!"

"Hahaha.. boleh ke?" Ying berhenti dan lalu keluarkan sekeping CD di dalam poket seluarnya "Apa jadi kalau aku masukkan CD ini didalam komputer ini?"

"Apa yang dia nak lakukan?" tanya Boboiboy Halilintar kepada Yaya dan Bella

"Tak tahu" balas Bella

Virus itu menjadi cemas apabila Ying masukkan CD di dalam komputer itu

"TIDAKKKKK!" Skrin virus itu bertukar menjadi pelbagai warna. Semakin lama semakin hilang virus itu "AKU AKAN KEM-" Terus ianya hilang. Virus itu akhirnya dapat dikalahkan. Tiada satu kesan pun yang ada di dalam komputer itu. Segalanya tentang virus itu berjaya dipadamkan

Wayar-wayar di dalam bilik itu, jatuh di atas lantai. Robot-robot yang berada di luar bilik, berhenti menyerang Momoki dan Laksamana Tarung. Rizu tidak lagi dibawah kawalan virus itu. Dia sudah kembali menjadi dirinya sendiri tetapi dia sudah pengsan di dalam ikatan daun dari Thorn. Lahap yang berada di planet lain untuk jalankan kerja-kerja kotor sang virus itu, terus tersedar dari bawah kawalan virus itu. Stesen TAPOPS dan semua penghuni di dalamnya, kembali pulih dan bukan lagi dikawal oleh virus tersebut. Boboiboy Halilintar kembali menjadi Boboiboy biasa. Dia rasa lega akhirnya semuanya sudah selesai

"Terima kasih Ying kerana selamatkan kita semua" kata Yaya dengan rasa syukur di dalam hatinya "Tapi bagaimana kau tahu nak hapuskan virus tu?"

"Ha ah, mana kau dapat CD tu tadi?" tanya Bella

"Hehehe... tadi dalam kapal angkasa Laksamana, kita orang scan kapal angkasa ni. Lepas dah siap scan, Harraz jumpa sesuatu yang aku sendiri tak nampak. Kuasa cermin mata dia tunjuk sesuatu yang boleh hapuskan virus itu... tapi.. kalau nak tahu cerita selebihnya, kena tanya dari Harraz maa.. aku buat ni pun sebab atas arahan dia sahaja"

"Jadi kita kena berterima kasih dekat Harraz" kata Boboiboy kepada Ying "Tapi... macam mana dengan budak tu?" Dia tunjuk ke arah silinder bekas air itu

"Itu jangan risau" Muncul seorang professor berbaju kot putih

"KAU! Kau nak apa lagi?" marah Boboiboy "Apa kau sudah buat dengan kawan kami?"

"Izinkan aku minta maaf dengan tindakan aku kerana.. sebelum ini, aku hanya dibawah kawalan virus itu. Dia yang membuat diri aku tangkap anak aku sendiri dan penjarakan dia dalam bekas air itu. Selama ini, aku sibuk dengan kerja aku sehingga aku tidak sangka dia mencipta virus itu sebagai peneman dia" Professor itu kelihatan sedih. Lalu dia bercerita lagi "Aku dan dia memang rapat. Dia adalah anak angkat aku.. aku yang jaga dia sewaktu dia kecil lagi. Aku yang membesarkan dia dan aku juga yang ajar dia tentang semua teknologi sehingga dia dapat mencipta sesuatu yang aku tidak sangka dia boleh buat. Dulu aku dibuang dari sebuah university kerana masalah peribadi aku sendiri dan mencipta alat yang merbahaya kepada orang ramai. Dari situ, aku rasa menyesal. Jadi aku senyapkan diri dan aku rasa sunyi, sehinggalah aku bertemu dengan seorang ibu bersama dengan anak kembarnya. Dia berikan salah seorang anak kembar dia kepada aku. Nama dia adalah Terra"

"Professor ni sebenarnya orang yang baik"

"Betul tu, aku bukanlah alien yang jahat. Cuma virus itu mengambil kesempatan dengan kebijaksanaan aku sahaja" kata professor itu kepada Yaya "Untuk kawan kamu semua, biarkan aku pulihkan diri dia balik. Aku yang buat dia jadi begitu dan aku sendiri akan betulkan balik keadaan diri dia"

"Terima kasih professor tapi.." Boboiboy berhenti seketika "Professor Falcon boleh pulihkan dia. Saya berharap, professor tak rasa kecil hati pula"

"Tak, aku tak rasa begitu" kata professor itu sambil tersenyum "Professor Falcon adalah seorang professor yang sangat terkenal di seluruh galaxy. Aku tahu dia dapat lakukannya dengan baik. Bawa Rizu pulang ke bumi dengan baik"

"Baik professor" kata Boboiboy

"Professor.. ermm... keluarga anak angkat professor tu ada dengan kami. Professor nak jumpa nak mereka ke?" tanya Ying dengan rasa serba malu sedikit

Wajah professor itu berubah menjadi gembira. Mereka boleh nampak wajah kegembiraan sebenarnya. Dia angguk sambil mengesat air matanya. Dia sudah lama tidak bertemu dengan keluarga anak angkat dia. Mungkin kali ini, dia akan menjaga keluarga anak angkatnya. Dia akan menjaga mereka dengan baik dan berikan sebuah kehidupan yang mereka inginkan. Dia sudah bersedia untuk bertemu dengan mereka

"Bawalah aku kepada mereka" Ying angguk kepalanya kepada professor itu

"Fang dan Lily ni macam mana?" tanya Boboiboy kepada Yaya

"Jangan risau, aku akan angkat mereka berdua! KUASA APUNGAN GRAVITY!" Yaya mengangkat kedua rakan dia dengan kuasa gravitynya "Jom kita pulang ke kapal angkasa"

Boboiboy, Yaya dan Bella beredar dari bilik itu. Professor itu cuba keluarkan anak angkatnya dari bekas air itu dengan bantuan daripada Ying. Manakala Laksamana Tarung dan Momoki pula, mereka pergi mencari Kaizo dan Lynna. Mereka masih lagi dalam keadaan tertidur. Mereka semua akan pulang ke bumi tidak lama lagi

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy rasa lega apabila kapal angkasa Laksamana Tarung sedang menuju pulang ke planet bumi. Akhirnya dia boleh duduk berehat tanpa fikirkan tentang apa-apa. Dia pejamkan matanya sambil sandarkan diri dia pada sebuah kerusi yang ada di dalam bilik kawalan. Fang ada di dalam bilik berehat bersama dengan abang dia yang masih lagi tidur. Rizu juga bersama mereka berdua. Manakala Lynna pula ada di dalam bilik berasingan dengan budak-budak perempuan yang lain

"BBB-CHAN!"

Mata Boboiboy terbuka besar dan bulat kerana terkejut dengan jeritan Lily tadi. Dia melihat kiri dan kanannya. Kawan-kawan dia semua sedang berehat di dalam bilik. Hanya ada dia, Lily, Laksamana Tarung, Momoki dan juga Faye yang berada di dalam bilik itu. Lily sebenarnya sudah sedarkan dirinya tetapi beberapa minit kemudian, dia tertidur dan terus mimpi sesuatu yang indah

"HAPPY BIRTHDAY BBB-CHAN!" kata Lily di dalam tidurnya "Nanti Pili Pili buatkan kek pisang, atas dia ada cream dan kerepek pisang.. khas untuk BBB-CHAN!" Dia kembali tidur di atas kerusi panjang yang meletak pada dinding besi kapal angkasa itu "Nanti kita buat birthday party BBB-CHAN"

"Sempat lagi si Lily ni.. apa-apa pun, terima kasih kerana mengingati aku hari ini adalah hari jadi aku" Boboiboy berikan senyuman kecil kepada Lily yang sedang mengosok hidungnya sehingga nampak merah sedikit "Hehehe... terbaik"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top