Perlawanan Quidditch Lagi

Rizu dan Fang berdiri di sebelah katil Kaizo sambil tersenyum sinis. Mereka berdua ketawa kecil di situ kerana ingin buat nakal terhadap Kaizo yang pada ketika itu sedang nyenyak tidur. Rizu perhatikan abang kesayangan dia sedang keluar sebuah wisel kecil dari poket seluarnya. Wisel itu terus di tiup oleh Fang sekuat-kuatnya tetapi Kaizo masih lagi tidur. Wajah dia tenang sahaja, seperti dia sedang bermimpi sesuatu yang indah

"Aik, pelik betul abang aku ni"

"Hmmm.. abang Paizo macam bertapa dalam tidur dia"

"Agaknya.. kalau abang buat begini, dia bangun ke tak" Fang terus kepit hidung abang dia tetapi Kaizo masih lagi tidur dengan nyenyaknya. Dia tidak lepaskan hidung abangnya selama beberapa saat "Hehehee..."

Masih lagi tidur. Fang dan Rizu rasa bosan pula kerana tidak dapat melihat Kaizo mengamuk. Fang terus lepaskan hidung abangnya dan dia terfikir untuk simbah air sejuk kepada abang dia

"Macam mana kalau abang aku masih tidur lagi walaupun sudah disimbah dengan air sejuk.. hmmm" bisik Fang

"Abang Fang, kita jangan kacau abang Paizo lah. Mungkin dia penat sangat tu" Rizu menarik-narik tangan abang kesayangan dia "Jom kita pergi ke kedai Tok Aba. Pizu nak makan ice cream dekat situ"

"Ok.. jom"

"Abang Fang belanja ok!"

Fang hanya berikan senyuman kecil dia kepada Rizu. Mereka berdua keluar dari bilik Kaizo secara senyap kerana tidak mahu Kaizo terjaga dari tidurnya. Selepas sahaja mereka melangkah keluar dari bilik itu, mata Kaizo tercelik sedikit. Dia tersenyum sinis kerana kenakalan mereka tadi tidak berjaya membuat diri dia mengamuk. Dia cukup berpuas hati dengan dirinya kerana dapat bertahan dari gangguan adiknya

"Siaplah kau nanti Pang" bisik Kaizo "Kau akan terima hukuman dari aku nanti.. hehehee"

Kaizo melihat jam dindingnya. Masih awal pagi lagi. Dia mahu sambung tidur tapi disebabkan diri dia sudah segar, dia terus bangun dan keluar dari katilnya. Fang dan Rizu sudah pun keluar dari rumah. Kini mereka dalam perjalanan ke kedai Tok Aba

"Bolehlah aku mengambil masa sedikit untuk ketenangan sebelum aku keluar"

Kaizo mengambil tuala mandinya dan terus masuk ke dalam bilik airnya. Akhir-akhir ini, dia tidak mendengar apa-apa berita dari Kommander Kokoci. Mungkin siasatan mereka belum lagi selesaikan. Sebelum dia dipanggil ke stesen TAPOPS, dia akan berehat secukup-cukupnya dan berlatih di kapal angkasa dia sendiri

---------------------------------------------------------------------------------------------

Fang dan Rizu sudah pun tiba di kedai Kokotiam Tok Aba. Mereka tidak terkejut dengan kehadiran seseorang tetapi mereka rasa sangat gembira kerana kawan lama mereka datang melawat di pulau ini. Zakwan baru tiba di Pulau Rintis malam semalam. Dia bermalam di rumah Harraz. Dia hanya dapat tinggal di sini beberapa hari sahaja kerana sekolah akan dibuka tidak lama lagi. Dia amat merindui kawan-kawannya yang tinggal di Pulau Rintis. Zakwan dan Harraz melambai-lambai ke arah mereka. Kawan-kawan mereka yang lain belum tiba di kedai itu lagi

"Ingatkan kau tak datang ke sini dah"

"Wei, aku mestilah nak datang ke sini sebab korang semua ada dekat sini" kata Zakwan kepada Fang "Oh yea, ibu aku ada buatkan kuih untuk kau. Bila aku cakap aku nak datang sini, terus dia buatkan kuih koci untuk kau"

"Wah, baik betul ibu kau" Fang terasa bangga di situ "Kuih tu semuanya untuk aku ke?"

"Amboi, tak nak kongsi dengan kita orang ke? Mentang-mentanglah kau anak emas kepada mak Zakwan tu" muncul Bella di sebelah Fang

"Sibuk aje kau ni" bisik Fang

"Tapi abang Fang mestilah nak kongsi dengan kita orang semuakan. Tak kan abang Fang nak makan sorang-sorang pula"

"Betul tu Rizu! Aku sebagai kawan yang terbaik.." Bella buat muka macam orang nak muntah kerana ayat Fang tadi "Aku akan berkongsi dengan kawan-kawan aku. Rizu nak ambik lebih pun takpe.. hehe"

"Jangan risaulah, ibu aku buat banyak" kata Zakwan. Dia angkat sebual bakul kecil yang terletak di atas meja kaunter kedai itu dan berikan kepada Fang "Korang semua makanlah"

"Aku dah rasa sedikit semalam" Harraz tersengih kecil di situ

"Oh.. jadi kau yang rasmikan dulu"

"Jangan marah, Fang. Itu pun sebab Zakwan dah pelawa aku makan, jadi aku makanlah"

"Takdelah, aku tak marah pun" kata Fang. Dia membuka bakul itu untuk melihat kuih-kuih koci itu "Hehehe.. teringat pula dekat Kommander Kokoci"

"Siapa tu?" tanya Zakwan

"Kommander untuk pasukan TAPOPS. Kau dah banyak sangat ketinggalan" balas Fang sambil membuka salah satu kuih koci itu "Hehehee.. jemput makan semua"

Rizu dan Bella menyertai Fang untuk makan kuih itu bersama. Tiba-tiba muncul satu tangan untuk mengambil sebiji kuih koci. Tangan itu adalah milik seorang remaja berbangsa india iaitu Gopal. Dia sudah terliur melihat kuih-kuih tersebut. Dia dan Boboiboy baru tiba di kedai Tok Aba

"Hehehe.. aku makan yea" kata Gopal

"Hmm.. makanlah kau" jawab Fang

"Aku dengar sekarang ni ada musuh baru menyerang korang" kata Zakwan secara tiba-tiba "Aku mesti dah terlepas dengan pengembaraan terbaru korangkan.. hmm"

"Jangan sedih sangatlah Zakwan. Lagipun pengembaraan kita orang bukannya menarik pun" muncul pula Faye di situ bersama Lily

"TAK MENARIK?" Lily menjerit sekuat hati "PENGEMBARAAN KITA SEMUA ADALAH SESUATU YANG MENAKJUBKAN! SEHINGGA SALAH SATU DARIPADA KITA SANGGUP KORBANKAN ROH DIA SENDIRI.. UWAAAA! I MISS MY RATU LILY!" Faye berikan sehelai tisu kepada kawan baik dia "Terima kasih kawan baik ku"

"Zakwan pun ada dekat sini" Datang seorang gadis yang bertudung pink. Di sebelah dia adalah kawan baik dia yang bernama Ying "Bila kau sampai?"

"Malam semalam.. korang semua ada dekat sini, seronoknya.. tapi mana si kucing alien tu?"

"Dia dah balik ke planet dia" jawab Boboiboy kepada Zakwan "Agaknya, bila dia dah balik.. kita dapat kawan baru tak nanti? Yelah, time Zakwan pulang ke kampung dia, muncul pulak si Harraz ni"

"Wuuu.. betul tu Boboiboy. Time Ratu Lily takde, muncul pula si alien kembar tu" kata Lily sambil angguk kepalanya "Adakah ini suratan atau kebetulan sahaja? Hmmm..."

"Mungkin suratan untuk kita bertemu wahai bunga hati ku" Muncul sekuntum bunga mawar di hadapan mata Lily. Momoki tiba di situ dengan senyuman menggoda dia "Bunga hati ku apa khabar?"

"Errr... LILY LARI DULU! TIDAKKKK!" Lily melarikan diri dan terus sorokkan diri di dalam sebuah kedai mainan

"Aduh.. macam-macam betul si Lily" Ochobot berikan segelas air hot chocolate kepada Zakwan "Korang takde rancangan yang menarik ke hari ni?"

"Hah, apa kata korang pergi bawak Zakwan jalan-jalan sebelum dia balik" kata Tok Aba

"AKU TAHU!" Faye sudah mendapat sebuah idea yang menarik "Apa kata kita main-"

"QUIDDITCH!" muncul pula Emmy kali ini "Kita main quidditch lagi sekali sebab jarang sangat kita dapat berkumpul ramai-ramai begini"

"Ok juga cadangan tu.. bolehlah aku tembus balik kekalahan aku pada hari itu. HAHAHAAA! Aku akan pastikan kemenangan ini menjadi milik aku!" Fang tersenyum bangga di situ

"Err.. Fang, kita main untuk berseronok aje. Tak perlulah kau nak bermain ganas sangat macam hari tu" tegur Boboiboy

"Eleh, cakap tak main ganas tapi pasukan kau ada orang main ganas.. si Bella dan si Zakwan" Fang terus bersilang tangan

"Itu sebab pasukan kita orang memang awesome" kata Bella sambil mencekak pinggang "Pasukan Boboiboy ada Gopal yang memang ternyata hebat menjadi penjaga goal, Zakwan semestinya hebat dalam pasukan bola sepak, Ying dan Mimiko boleh dikatakan hebat juga.. Rizu yang pernah memberikan kemenangan terhadapan pasukan kita dan yang terakhir adalah AKU! Hahahaa.. aku dalam mana-mana sukan, aku memang hebat"

"Amboi, berlagak betul kau ni" tegur Boboiboy "Sudahlah, jom kita berkumpul dekat padang sekolah"

"Wah! Tak sabarnya aku" kata Yaya "Agaknya, pasukan mana yang akan menang nanti tapi aku tak kisah kalau pasukan kita kalah"

"Betul betul.. asalkan kita bergembira maa" kata Ying pula

"Kita jumpa dekat padang sekolah. Emmy nak pergi ambil penyapu terbang dekat rumah. Jumpa dekat sana" Emmy terus beredar dari situ sambil melambai-lambai ke arah mereka

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Harraz, Zakwan, Rizu dan Momoki bergerak ke padang sekolah. Hati masing-masing sudah bersemangat untuk mulakan perlawanan ini. Mereka sudah tahu peraturan permainan itu. Fang sudah berkobar-kobar untuk menang dalam pertandingan Quidditch kali ini. Dia akan memimpin para pasukannya supaya mereka menang bersama. Dia tahu ini hanyalah untuk berseronok sangat tapi lebih seronok lagi kalau dia menang kali ini dan bukan si Boboiboy dan Bella. Fang sudah tersenyum sinis sepanjang perjalanan mereka ke padang sekolah. Boboiboy tidak tahu apa yang Fang sedang fikirkan pada ketika itu

------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah mereka tiba padang sekolah, mereka ternampak seorang gadis yang mempunyai misai palsu di bawah hidungnya. Mereka kenal siapakah gadis itu. Momoki sudah bersiap sedia dengan bunga mawarnya kerana bunga hati dia ada di situ. Walaupun penyamaran amatlah melucukan hati tetapi bagi Momoki, Lily tetap nampak begitu comel sekali. Entah apa yang Momoki nampak pada diri Lily

"Aku peliklah, macam mana Momoki ada dekat sini? Bukan ke dia sepatutnya ada dekat stesen TAPOPS"

"Kommander bagi dia cutilah tu" jawab Fang kepada Yaya "Tapi takpe.. dia adalah penjaga gol kita yang terbaik"

"Hmm.. itu pun sebab dia mengamuk, barulah jadi terbaik" balas Yaya

"Jangan risau gadis ayu.. aku tetap boleh menjadi penjaga gol yang terbaik untuk pasukan kita. Demi pasukan ini, para peminat ku dan juga bunga hati ku. Aku akan buktikan kepada mereka. Aku bukan hanya sekadar pakar menjadi penjaga gol apabila diri ku dalam keamukan sahaja. Aku boleh.." Momoki teruskan bercengkerama di situ tanpa dihiraukan oleh yang

"Tapi..." Lily palingkan mukanya ke arah Fang dengan senyuman comelnya "Boleh tak Lily tukar pasukan? Pili pili tak nak sama pasukan dengan si Mopiko tu"

"Tak boleh"

"Bolehlah landak! PLEASEEEEE!" Lily siap melutut di depan Fang dengan wajah sedihnya "Bolehlah landak.. Lily tak sanggup digoda oleh si Mopiko tu tapi Lily sanggup kalau MY BBB-CHAN menggoda hati ku yang sudah lama terpikat dengan wajah comel Boboiboy. Pipi dia gebu seperti pau kacang"

"Ada aku kisah" jawab Fang "Dulu kau sama pasukan dengan dia, elok aje"

"UWAAAA! Yelah yelah.." Lily bangunkan diri sambil berpura-pura menangis. Sehelai sapu tangan telah diberikan kepada dia. Mata Lily terkebil-kebil melihat sapu tangan berwarna Pink itu

"Kasihan kawan baik ku ni.. jangan menangislah, aku kan ada. Kaukan sama pasukan dengan aku" kata Faye

"Ha ahlah! Macam mana Lily boleh lupa!" Lily terus peluk Faye dan selepas itu, mereka turut disertai oleh Bella "Kami bertiga adalah sahabat baik selama-lama! TRIO HURU HARA SELAMA-LAMANYA!"

"Hehehee.. comelnya mereka bertiga" Yaya tergelak sedikit

"Betul tu maaa.. tapi.." Mata Ying melihat kawan-kawan dia seorang demi seorang. Dia terus teringatkan sesuatu "Tapi pasukan aku kurang satu orang maa.. sorang lagi kembar tiada di sini"

"Eh, aku baru perasan" kata Boboiboy "Mimiko takde dekat sini"

"Kita kenalah pergi panggil dia" kata Zakwan pula "Tak kan nak suruh Ying seorang sahaja jadi Beater. Kasihan dia nanti"

"Pandai pula kau kasihan dekat orang lain yea" Fang tersenyum sinis dengan matanya melirik ke arah Zakwan "Dulu-dulu kau takde pulak rasa kasihan dekat aku" sindir dia lagi

"Fang, kau jangan nak ungkit kisah lama lagi" tegur Yaya dengan nada tegasnya

"Ala, aku bergurau aje.. jangan ambik serius pulak" Fang berpura-pura senyum kepada Yaya

"Abang Fang tak senyum ikhlas" Tiba-tiba Rizu mencelah. Yaya terus mencekak pinggang sambil memberikan renungan maut dia kepada Fang "Hehehe... abang Fang nak kena marah dengan kakak Yaya!"

"Aiyaaa.. jangan nak bergaduh maa... kalau gaduh-gaduh, nanti tak seronok pula. Lagipun korang berdua dalam satu pasukan"

"Ha ah, betul tu.. itu pun Emmy" Boboiboy melambai-lambai ke arah Emmy yang baru tiba di padang sekolah "Mimiko pun ada dengan dia juga"

Emmy berjalan ke arah mereka sambil menarik sebuah kotak beroda. Di belakang kotak itu pula adalah Mimiko. Dia membantu Emmy menolak kotak beroda itu. Emmy telah memanggil Mimiko untuk mencukupi pasukan Boboiboy. Boboiboy pergi menolong Emmy untuk menarik kotak beroda itu. Kotak itu tidak terlalu berat tetapi Boboiboy adalah seseorang yang suka menolong orang lain. Hati Lily berbunga-bunga melihat Boboiboy. Faye dan Bella hanya mampu tergelak sahaja

"Oh yea.. Emmy ada jemput orang lain untuk datang tengok, takpe kan?"

"Errr.. takpe kot" Boboiboy tersengih "Nampaknya kita semua pun berada di sini"

"Kejap.. abang aku takde, dia kan pengadil"

"Itu tak perlu risau abang Fely, Emmy sudah pun panggil dia" kata Emmy sambil tersenyum lebar "Nanti dia datang dengan kakak puteri fantasy"

"Eh, kak Lynna ada dekat sini?"

"Yea kakak biskut tak sedap" Berkerut-kerut dahi Yaya sambil melihat Emmy masih lagi dengan senyuman lebar dia "Tapi Emmy terserempak dengan dia orang. Jadi Emmy beritahulah apa yang kita orang nak buat apa hari ni"

"Entah-entah dia orang baru nak pergi berdating tu.. hehe" kata Gopal sambil tersenyum sinis

"Boleh pulak kau fikir macam tu" Boboiboy gelengkan kepala dia "Sudahlah, jom kita mulakan"

Emmy dengan pantasnya, dia membuka kotak tersebut. 14 penyapu terbang ciptaan Emmy, tersusun di dalam kotak itu. Mereka pernah guna penyapu itu sebelum ini. Ada sedikit perbezaan dengan penyapu itu iaitu terdapat ukiran nama mereka di setiap penyapu itu. Emmy membawa keluar penyapu-penyapu tersebut dan berikan kepada mereka. Fang rasa lega sedikit kerana diukir dengan nama perempuan tetapi dengan nama betul dia. Selepas itu, Emmy melambung tiga gelung ke udara. Tiga di sebelah kiri dan tiga lagi di sebelah kanan. Kaizo dan Lynna baru tiba di padang sekolah. Kaizo juga turut mempunyai penyapu terbang dia sendiri

"Aku kena menunggang penyapu ni lagi" bisik Kaizo sambil membelek-belek penyapu dia

"Hehee.. tapi kau nampak hebat kerana dapat mengawal penyapu kau dengan baik" kata Lynna

"Hmm... yelah, aku nampak hebat tapi aku rasa janggal"

"Takpelah Kaizo, asalkan kau hiburkan hati mereka" Lynna sentuh sedikit bahu Kaizo "Nampaknya dia orang nak mula dah"

Boboiboy sudah berbaris di tengah padang bersama dengan pasukannya. Di hadapan dia pula, adalah pihak lawan dia iaitu kawan dia sendiri. Masing-masing sudah menunggang penyapu terbang mereka sendiri. Ying, Mimiko, Harraz dan Lily sudah pegang kayu pemukul kerana mereka adalah Beater. Tiba-tiba Probe muncul di situ bersama dengan mikrofon dia. Adudu ada di tepi padang itu sambil bersilang tangan kerana dia tidak tahu kena dia perlu ada di situ juga. Kaizo dan Lynna tahu mereka berada di situ bukan untuk menyerang tetapi kerana Probe suka sangat menjadi pengacara

"YAHOOO! Kita kembali dengan sukan kita yang bertarafkan antarabangsa! Sukan ini telah dicipta oleh seorang penulis yang terkenal dan buku dia memang sangat popular! Sukan ini juga diminati oleh ramai peminat novel Harry Potter! Hehehe.. baiklah, saya di sini sebagai pengulas acara sukan Quidditch!" kata Probe dengan begitu semangat sekali "Mari saya memperkenalkan setiap seorang di kedua-dua pasukan"

"Wei, kau boleh tak cepat sikit" marah Fang

"Err.. maaf yea landak" Probe garu-garu kepala besi dia "Baiklah, pasukan merah terdiri daripada kapten landak, Yaya, Faye, Momoki, Lily, Harraz dan juga si genius Emmy!"

Pasukan merah sudah pun menunggang penyapu mereka dan terus terapung ke udara sedikit. Ramai yang sudah menghadiri perlawanan itu. Mereka juga ada membawa makanan sebagai pengalas perut

"Seterusnya adalah pasukan biru yang terdiri daripada kapten Boboiboy, Bella, Zakwan, Gopal, Ying, Mimiko dan juga si penguin Rizu!"

Pasukan biru menunggang penyapu mereka. Seorang demi seorang sudah terbang ke udara dan mengambil posisi mereka yang ditempatkan. Gopal menjaga gol terapung sebelah kanan dan Momoki pula di sebelah kiri. Mereka semua berhadapan dengan pihak lawak mereka. Fang menggenggam penyapunya supaya dia tidak terjatuh nanti. Kaizo sudah terbang dengan penyapu dia. Kini dia berada di tengah-tengah dengan sebuah bola Quaffle. Bola Snitch dan juga dua buldger telah pun dilepaskan oleh Lynna sebentar tadi. Probe meniup wisel dia dan Kaizo melambung bola itu ke udara. Fang dan Boboiboy terus menuju ke atas untuk menangkap bola tersebut

"Nampaknya perlawanan ini sudah pun bermula. Boboiboy dan Fang sedang menuju ke arah bola Quaffle dan akhirnya bola itu dapat disambut oleh Fang. Si Kapten Landak begitu semangat sekali di dalam perlawanan ini kerana dia memenangi perlawanan sukan Quidditch. Landak buat yang terbaik yea.. nampaknya Fang baling bola itu ke arah Faye tetapi bola tersebut dapat di tangkap oleh Zakwan. Seorang pemain yang cukup handal"

"ZAKWAN! BALING BOLA TU DEKAT AKU!" jerit Bella

"Zakwan baling bola quaffle itu ke arah Bella tetapi Yaya dapat menangkap bola tersebut secara mengejut. Nampaknya Yaya cuba melempar bola itu ke arah Fang tetapi kali ini dapat ditangkap oleh ketua pasukan biru iaitu Boboiboy. Dia orang ni main tangkap-tangkap bola pulak.. hehehe" Probe tergelak sedikit "Boboiboy terus mara ke depan. Dia ingin memberikan jaringan gol yang pertama. Fang sedang mengejar Boboiboy tetapi bola itu terus dilempar ke arah Bella. Momoki kini sudah bersiap sedia di hadapan gol terapung dia"

"CEPAT BELLA!" jerit Boboiboy kali ini

Bella menoleh kebelakang. Dia sedang dikejar oleh tiga orang dari pihak lawannya iaitu Fang, Yaya dan Faye

"WOAH! Ying cuba menghalang mereka bertiga dengan menghantar bola bludger tetapi Harraz telah pun memukul bola bludger itu! WOAHH! Begitu dasyat sekali.. Bella sudah semakin hampir dengan gol terapung dia.. adakah dia berjaya memberikan jaringan gol pertama?"

Bella melempar bolanya ke arah gol terapung itu

"GOALLLL! 10 MARKAH UNTUK PASUKAN BIRU! HOOREYYY!" Probe berjoget-joget di tepi padang

Jaringan gol tadi membuatkan para penonton menjerit dan berikan tepukan yang gemuruh. Momoki nampak begitu kecewa kerana tidak dapat mempertahankan gol tersebut tetapi itu tidak bermakna dia berputus asa. Dia perlu fokuskan dirinya

"Momoki menghantar bola itu kepada pasukan dia dan kapten landak berjaya menangkap bola itu. Faye dan Yaya melindungi kapten merea.. macam bodyguard pulak dia orang ni.. hehehe... Boboiboy mengejar landak dengan begitu pantas sekali.. Eh eh.. landak memusing dan terus melintas Boboiboy, apa yang dia cuba lakukan?"

Fang melempar bolanya kepada Faye dan bola itu di sambut baik oleh Faye

"Faye berjaya menangkap bola itu. Nampaknya Zakwan cuba hendak memintas Faye untuk merampas bola itu tetapi Faye sudah melempar bola itu ke arah Yaya.. Cubaan Zakwan tadi tidak berjaya kerana Yaya sudah menyambut bola itu dengan begitu mudah sekali.. tapi dia hati-hati kerana kini giliran Bella pula mengejar Yaya... adakah gadis ganas ini berjaya ataupun tidak?"

"YAYA! BALING KE ARAH AKU!" Fang melambai-lambai ke arah Yaya

"Kapten landak kini berada di hadapan gol. Yaya cuba melempar bola itu tetapi ianya tidak berjaya kerana bola itu telah ditangkap oleh Boboiboy. Harraz cuba menghalang pergerakan Boboiboy tetapi dia gagal. Lily pula hanya perhatikan si buah hati dia.. nampaknya Lily akan dikenakan hukuman ketuk kepala nanti dari kapten landak dia sendiri.. hehehe... Boboiboy kini sudah semakin hampir dengan gol terapung dia.. adakah Momoki sudah bersiap untuk menghalang bola itu ataupun dia akan gagal nanti"

Para penonton berdebar-debar menyaksikan Boboiboy mara ke arah Momoki. Bola itu dipegang erat oleh Boboiboy

"Yaya dan Ying mengejar Boboiboy dan kapten mereka pula, hanya duduk di hadapan gol. Agaknya si Fang tu percayakan dua gadis itu dapat merampas bola itu dari Boboiboy.. eh eh eh.. Boboiboy melempar bola itu kepada Zakwan.. tapi Yaya melintas Boboiboy untuk menangkap bola itu. Nampaknya si gadis bertudung pink itu berjaya menangkap bola tersebut"

Fang mengangguk dan tersenyum dengan pasukan dia. Selepas itu Yaya melempar ke arah Faye dan dia pula, terus melempar ke arah Fang

"Bella sudah mara ke arah Fang untuk menangkap bola itu tetapi dia dihalang dengan bola bludger yang telah dihantar Lily.. Si pelik tu tersengih kepada kawan baik dia sendiri.. hehehehe.. comel Lily tersengih" Muka Lily naik merah sedikit kerana diri dia dipuji oleh Probe "Fang berjaya menyambut bola itu.. Bella memandu penyapu dia dengan begitu pantas sekali. Fang cuba untuk berikan jaringan gol untuk pasukan dia.. Bella tidak mahu mengaku kalah. Gopal sudah bersiap sedia di hadapan gol itu.. dan dan.. BOLA ITU BERJAYA DI HALANG OLEH GOPAL!"

Bella bersorak di situ kerana tiada gol untuk pasukan merah

"Landak sudah mula mengamuk. Gopal menghantar bola itu kepada Bella tetapi landak berjaya menangkap bola itu dengan begitu mudah sekali. Bella nampak begitu geram.. dia cuba hendak merampas bola itu tetapi Fang begitu pantas sekali. Ini kali kedua percubaan dia untuk jaringkan gol.. Mimiko menghantar bola bludger itu tetapi Fang begitu ghairah sangat untuk mendapatkan gol pertama.. ADAKAH GOPAL DAPAT MENGHALANG BOLA ITU?... TIDAKKK! DIA GAGAL! 10 MARKAH UNTUK PASUKAN MERAH!.. nampaknya bola bludger tadi terkena tangan Fang sedikit tetapi dia tidak begitu marah kerana dia sudah berjaya jaringkan gol pertama dia! TAHNIAH LANDAK!"

"Tahniah juga buat landak" kata Lily yang ada di tepi Probe

"Apasal hari ni cik Lily begitu tenang sekali?"

"Sebab Lily dapat melihat Boboiboy ku beraksi" Mata Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy mengejar Yaya "GOOD LUCK MY BBB-CHAN!"

"Wei, yang kau sokong dia apahal?" Fang muncul di sebelah Lily dengan renungan mautnya

"Hehehee.. LILY PERGI DULU!" Lily terus terbang ke tempat lain

"Nampaknya Fang telah dialihkan perhatian oleh sang pelik tadi dan dia tidak DAPAT MELIHAT GOL KEDUA UNTUK PASUKAN BIRU! 20 MARKAH UNTUK PASUKAN BIRU" Probe berjoget-joget kerana Boboiboy berjaya jaringkan gol lagi "Wuuu.. muka Fang nampak kemerah-merahan kerana marah bukan malu.. Eh, Rizu dan Emmy seperti nampak sesuatu. MEREKA SEDANG MENGEJAR BOLA SNITCH! Pada masa yang sama, Yaya sedang mara ke gol terapung untuk pasukan dia.. Bella dan Zakwan sedang mengejar dia.. Fang sudah datang untuk menolong Yaya"

Emmy dan Rizu sibuk mencari bola snitch semula kerana dalam beberapa saat sebentar tadi, mereka sudah kehilangan bola kecil itu. Yaya berhenti dan pusing sambil melempar bola quaffle ke arah Fang. Bola itu disambut baik oleh Fang. Selepas itu Bella memintas dan tolak bola itu dari pelukan Fang

"Bola itu di dalam tangan Bella sekarang ini. Nampak gayanya Fang seperti tidak berpuas hati. Bella melempar bola itu ke arah Boboiboy dan dia pula lemparkan kepada Zakwan. Eh, dia lempar balik ke arah Boboiboy dan Boboiboy lempar balik ke arah Zakwan.. main passing passing pulak dia orang ni tapi ini adalah teknik untuk kelirukan pihak lawan mereka.. bola itu kini di dalam tangan Zakwan dan bola itu dilempar ke arah Bella yang sudah berada di depan gol mereka. Faye muncul di belakang Bella. Dia ingin cuba merampas bola itu dari Faye.. tetapi tidak berjaya. Bola itu telah dilempar lagi ke arah Zakwan, lepas tu Boboiboy, lepas tu Zakwan.. lepas Boboiboy melambung bola dan Bella berjaya menangkap bola itu dari bahagian atas.. memang begitu dasyat sekali. Fang sedang mengejar Bella kali ini. Yaya berada di hadapan Bella. Mereka cuba mengepung Bella tetapi bola itu telah pun dilempar ke arah Zakwan... ahlil pasukan biru sudah menghampiri gol mereka. Harraz cuba menghalang Zakwan dengan hantaran bola bludger tetapi bola itu berjaya dipukul balik oleh Ying. Kali ini Lily pula cuba menghalang tetapi pukulan dia amat lemah sekali.. ZAKWAN SUDAH SEMAKIN HAMPIR, BOBOIBOY BERADA DI SEBELAH DIA.. MEREKA SEDANG CUBA MENJARINGKAN GOL LAGI.. ZAKWAN MELEMPAR BOLA ITU.. DAN MALANGNYA BOLA ITU DAPAT DITANGKAP OLEH MOMOKI!"

Zakwan rasa sedikit kecewa. Sorakan dari para penonton membuatkan Momoki memberikan senyuman menggodanya kepada para peminat dia. Ramai gadis terpikat dengan godaan tersebut. Lily sudah sorok di belakang Yaya kerana Momoki sedang mencari dia

"Momoki baling bola itu kepada kapten dia iaitu landak. Bola itu kini berada di dalam tangan Fang. Sekali lagi, dia terbang menuju ke gol terapung dia.. Bella dan Zakwan mengejar dia. Fang tahu dia dalam keadaan bahaya sekarang ini.. dia melempar bola itu terus ke Yaya dan selepas itu kepada Faye.. Faye sudah pun berada dekat dengan gol terapung itu. Gopal tidak tahu ke arah mana Faye akan baling bola itu tetapi dia tidak boleh hilang perhatian dia.. OH TIDAK! FAYE MELEMPAR BOLA ITU KE TEMPAT LAIN DAN FANG BERJAYA MENANGKAP BOLA ITU DAN.. DAN.. DAN GOL BUAT PASUKAN MERAH!"

Gopal tidak dapat menangkap bola itu kerana semuanya terlalu pantas. Para penyokong pasukan merah bersorak di situ. Ramai peminat Fang teruja dengan kepantasan Fang sebentar tadi. Emmy berlegar-legar di udara sambil berikan tepukan untuk pasukan dia. Rizu tersenyum bangga kerana abang kesayangan dia

"20 MARKAH UNTUK PASUKAN MERAH!" Probe berpusing-pusing di udara "Markah untuk kedua pasukan adalah seri tetapi perlawanan ini belum berakhir lagi kerana bola snitch belum ditangkap lagi oleh mana-mana pasukan. Gopal melempar bola itu ke arah Boboiboy. Fang membuat cubaan untuk menangkap bola itu tetapi gagal. Boboiboy baling kepada Zakwan dan selepas itu kepada Bella. Fang cuba memintas Bella untuk merampas bola itu tetapi dihalang oleh bola bludger yang telah dihantar dari Mimiko. Bella kekalkan kedudukan dia. Zakwan dan Boboiboy ada di kiri dan kanan dia. Yaya muncul di bahagian hadapan dan terus memecut ke arah Bella... ini adalah percubaan Yaya untuk merampas bola itu.. tapi Bella berjaya mengelakkan diri daripada dirampas oleh Yaya.. Bella melempar bola itu kepada Boboiboy. Tiada siapa yang menjaga bahagian Boboiboy dan Lily hanya perhatikan sahaja.. wuuuu... landak seperti ingin memarahi Lily kerana tidak menghalang Boboiboy. Faye terus mara ke depan untuk menghalang Boboiboy.. BOBOIBOY CUBA MEMBERIKAN JARINGAN GOL KETIGA, ADAKAH DIA BERJAYA? OH TIDAKK.. DIA TIDAK BERJAYA KERANA MOMOKI DAPAT MENANGKAP BOLA ITU!"

"Hehee.. begitu mudah sekali" bisik Momoki sambil tersenyum goda di situ

"Wei, baling bola tu dekat Faye" marah Fang. Dia sedikit lagi hendak mengamuk kerana ahli pasukan dia memang suka buat huru-hara "WEI LILY! FOKUS DAN JANGAN NAK TENGOK SI BOBOIBOY TU AJE!"

"KAD KUNING UNTUK KAU!" Kaizo sudah keluarkan kad kuning kepada adik sendiri

"APASAL PULAK?"

"Sebab aku tahu kau nak mula mengamuk nanti" balas Kaizo kepada adiknya

"Hehehe.. itu baru kad kuning, belum lagi kad merah.. baiklah, Momoki telah pun melempar bola itu kepada Faye. Dia mara ke depan walaupun pihak lawan dia sedang cuba untuk mengepung beliau. Bella dari depan, Boboiboy di sebelah kiri dan Zakwan di sebelah kanan. Nampaknya Faye jumpa Yaya dan terus dia melempar bola itu tetapi gagal kerana Bella dapat menangkap bola itu! Bella baling kepada kapten dia iaitu Boboiboy. Lily ada di situ tetapi dia tidak berbuat apa. Dia masih lagi berangan-angan menjadi kekasih hati Boboiboy.. adeh, nak kena ketuk si budak pelik ni"

Fang terus merampas pemukul beater itu dan lalu dia ketuk kepala Lily. Pada masa yang sama, Kaizo terus keluarkan kad merah kepada adiknya. Fang mengamuk di atas penyapu terbang itu. Lily tersengih dan rasa bersalah sedikit

"Kau pun sama juga, KAD KUNING UNTUK SI PELIK!" Kaizo melayang kad kuning di depan mata Lily

"WHAT?! Ke-kenapa Lily kena kad kuning?"

"Sebab kau tak fokus" balas Kaizo dengan nada serius dia

"Isk isk.. kasihan pasukan merah. Kali ini lebih teruk daripada yang lama.. harap Emmy dapat berikan kemenangan kepada pasukan merah" Probe melihat Emmy masih lagi tercari-cari bola snitch itu "Nampak gayanya kapten pasukan merah dikenakan penalty selama 1 minit. Selepas habis 1 minit, baru dia boleh main balik.. hehehe.. ini peraturan dari Kapten Kaizo sendiri. Dia yang buat.. kalau nak marah dia, silakan tapi rasanya... tiada siapa yang berani nak marah dia kot.. hehehe"

Fang terpaksa terbang ke tepi dan terapung di situ sambil perhatikan ahli pasukan dia bermain tanpa dia. Faye dan Yaya terpaksa berusaha kuat kerana mereka kekurangan 1 minit. Dalam 1 minit itu, apa-apa sahaja boleh berlaku

"Bola kini di dalam posisi Bella. Dia kekalkan kedudukan dia untuk mara ke arah gol terapung pasukan dia. Yaya dan Faye mengejar mereka, begitu juga dengan Lily dan Harraz. Adakah mereka mempunyai rancangan lain untuk merampas bola itu dari Bella. Bola tersebut dilemparkan ke arah Boboiboy kerana Bella tahu dia di dalam bahaya. Nampaknya Boboiboy melempar bola itu kepada Zakwan pula.. tapi LILY MENGHALANG DIA DENGAN MENGHANTAR BOLA BLUDGER! BOLA ITU TERLEPAS DARI TANGAN ZAKWAN DAN YAYA SEMPAT MENANGKAP BOLA ITU DENGAN SEKILAT PANTAS! DIA KEKALKAN KEDUDUKAN DIA. BOBOIBOY DAN BELLA MENGEJAR YAYA! MEREKA MEMECUT PENYAPU ITU UNTUK MENGEJAR YAYA TETAPI YAYA TERUS BERHENTI DAN TERUS TERBANG SECARA BERUNDUR. PIHAK LAWAN DIA MEMINTAS DAN TERLEPAS UNTUK MERAMPAS BOLA ITU. MEREKA TIDAK BERJAYA KERANA TIDAK SEDAR DENGAN TEKNIK DARI YAYA! BEGITU BIJAK SEKALI SI GADIS AYU TU! Ramai yang sudah berdebar-debar dengan perlawanan ini. Ada yang menggigit jari dan ada yang makan tak henti-henti.. Yaya masih kekalkan kedudukan dia"

"Bagus Yaya" bisik Fang

"Nampaknya Boboiboy dan Bella memusing untuk cubaan kedua mereka. Yaya sudah melempar bola itu ke arah Faye dan Faye kini sudah pun berada di depan gol terapung! Boboiboy dan Bella telah dipermainkan oleh pihak lawan mereka! FAYE BALING BOLA ITU DAN... GAGAL! Gopal berjaya menangkap bola itu.. kasihan mereka, begitu susah payah mereka mempertahankan bola itu tapi akhirnya kecundang.. isk isk"

Fang naik geram sedikit. Dia tidak kecewa kerana persembahan dari mereka berdua amat menakjubkan

"Abang Fang jangan risau, nanti lepas ni mesti dia orang akan jaringkan gol" Rizu muncul di sebelah Fang

"Terima kasih Rizu"

"Hehehe.. bila abang boleh keluar bermain?" tanya Rizu

"Hmm.. lagi beberapa saat" balas Fang "Tapi Rizu tak pergi ke cari bola kecik tu.. nanti Emmy jumpa, pasukan Rizu juga yang kalah"

"Pizu tak kisah pun sebab Pizu nak berseronok sahaja" Rizu berikan senyuman lebar dia kepada Fang "Pizu temankan abang dekat sini ok"

"Rasanya tak perlu kot sebab 1 minit abang dah tamat" kata Fang "Jom kita pergi"

Kaizo mengarah adiknya sambung bermain. Ketika itu, Faye sudah menyambut bola quaffle yang telah dibaling oleh Yaya.. Boboiboy dan Zakwan mengejar Faye. Harraz memukul bola bludger ke arah mereka berdua tapi Ying sempat membalas balik pukulan itu untuk melindungi dua ahli pasukan dia. OH TIDAK! NAMPAKNYA BOLA ITU BERJAYA DI RAMPAS OLEH BELLA! DIA TERUS MEMECUT KE TIANG GOL DIA DENGAN BANTUAN DARI RAKAN LELAKINYA. MEREKA BERTIGA KEKALKAN KEDUDUKAN MEREKA! LANDAK SUDAH PUN BERADA DI DEPAN MOMOKI UNTUK MENGHALANG JARINGAN GOL DARI BELLA! FANG ADA DI SITU UNTUK MENOLONG MOMOKI! Bola itu dibaling kepada Boboiboy dari Bella. BOBOIBOY MELEMPAR BOLA ITU TERUS KE GOL TERAPUNG DAN FANG JARI DIA SEDIKIT LAGI HENDAK MENOLAK BOLA ITU! GOALLL UNTUK PASUKAN BIRU! 30 MARKAH UNTUK PASUKAN BIRU! Momoki juga tidak berjaya menghalang jaringan gol itu!"

Fang kecewa sedikit. Mata dia terus melihat Emmy yang sedang mengejar sesuatu. Rizu ada di belakang Emmy. Mereka berdua kini mengejar bola snitch. Begitu pantas sekali mereka berdua memandu penyapu terbang itu. Tangan Emmy sudah pun ke depan untuk menangkap bola itu

"NAMPAKNYA EMMY SEMAKIN HAMPIR UNTUK MENANGKAP BOLA ITU!" Probe begitu teruja sekali menyaksikan perlawanan di antara Emmy dan Rizu "RIZU SUDAH PUN BERADA DI SEBELAH EMMY! DIA JUGA INGIN MENDAPATKAN BOLA KECIL ITU! RIZU KE DEPAN! EMMY KE DEPAN! RIZU KE DEPAN PULA! TANGAN RIZU HAMPIR MENCAPAI BOLA TAPI EMMY BERJAYA MENANGKAP BOLA KECIK KEEMAS-EMASAN! PASUKAN MERAH MENANG KALI INI! Happy lah landak lepas ni.. hehehe"

"YAHOOO! EMMY BERJAYA!" Jerit Emmy

"Tahniah kakak Emmy" Rizu berikan senyuman ikhlas dia kepada Emmy

Fang rasa gembira sehingga air mata dia mengalir sedikit. Yaya dan Faye tergelak sedikit melihat reaksi Fang pada ketika itu. Ahli pasukan yang lain terbang dan pergi ucapkan tahniah kepada Emmy. Kaizo rasa lega kerana perlawanan itu sudah pun tamat. Dia berharap selepas ini dia tidak perlu menunggang penyapu terbang lagi. Dia terus pergi mendarat di sebelah Lynna. Padang sekolah itu penuh dengan sorakan dari para penonton. Mereka sangat berpuas hati dengan perlawanan kali ini dan berharap ada lagi sukan quidditch yang boleh mereka menonton nanti

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas sahaja tamat perlawanan tadi, Fang dan Rizu pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Rizu tidak terlalu kisah kerana dia hanya mahu melihat abang kesayangan dia tersenyum lebar seperti dapat makan donut lobak merah. Mereka berdua bernyanyi-nyanyi kegembiraan sepanjang perjalanan mereka ke rumah

"Abang Fang nak Pizu belanja tak?"

"Eh, tak perlulah.. biar abang sahaja yang belanja Rizu"

"Tapi pasukan abang yang menang tadi. Pizu lah yang kena belanja" kata Rizu sambil tersenyum lebar

"Ok tapi belanja abang seorang sahaja bukan dia orang yea.. hehehe" Fang menoleh kebelakang sambil melihat kawan-kawan dia berborak rancak di situ "Tapi apasal lah rumah aku yang jadi tempat markas untuk raikan kejayaan ini" bisik dia

"Abang Fang tak suka ke?"

"Abang ok aje" balas Fang sambil bersilang tangan

"Kalau abang tak ok, kita boleh buat makan-makan dekat rumah Pizu"

"Takpe Rizu.. Rizu jangan risau ok. Kita order sahaja hari ni sebab abang malas nak masak untuk dia orang semua"

"MAKAN PIZZA!"

"Asyik pizza aje" Fang selerakkan rambut Rizu dan lalu mereka berdua tergelak mesra di situ

"Pizu suka makan pizza! DAN JUGA CHOCOLATE!"

"Ok ok.. nanti kita makan pizza dan kita suruh abang Kaizo yang belanja.. esok baru Pizu belanja abang ok"

"OK!" Rizu terus memeluk abang kesayangan dia "Pizu sayang abang Fang"

Mereka berdua teruskan berjalan. Mereka tidak sedar dengan sesuatu sedang menjalar ke arah Fang dan Rizu. Kayu akar itu melilit kaki Rizu dan terus dia mengheret Rizu kebelakang

"RIZU! BOBOIBOY THORN!" Boboiboy Thorn menjerit sambil berlari untuk selamatkan budak kecil itu "AKAR MENJALAR!"

Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Zakwan, Harraz dan Emmy berlari ke arah Rizu. Mereka juga mahu selamatkan Rizu

"ABANG FANG!" Tangan Rizu terkapai-kapai ke arah Fang. Air mata dia sudah mengalir keluar kerana dia tidak mahu ini kali terakhir dia dapat melihat abang kesayangannya "ABANG FANG!" Dia menjerit lagi sehinggalah tangan kiri dia di lilit oleh akar Boboiboy

"TALI BAYANG!" Tangan kanan Rizu di lilit pula oleh kuasa bayang Fang "Tarik dia Boboiboy!"

Boboiboy dan Fang cuba menarik Rizu tetapi akar itu terlampau kau. Ianya dapat menarik Boboiboy dan Fang sekali sehingga ikatan mereka berdua terlepas dari tangan mereka. Rizu diheret untuk masuk ke dalam portal hitam yang terbentuk di permukaan jalan raya

"KUASA SLOW-MO!" Ying datang untuk menolong

"TUKARAN MAKANAN!"

Akar itu tidak berubah. Ianya tetap kekal seperti biasa. Kuasa Ying dan Gopal gagal untuk selamatkan Rizu. Tiba-tiba datang satu gelakan sinis di situ. Mereka mencari dimanakah suara gelakan itu datang. Akhirnya muncul seorang wanita terapung di udara. Wanita itu mempunyai rambut panjang berwarna hitam. Mata dia berwarna merah seperti warna mata Kaizo. Akar itu berhenti mengheret Rizu. Dia sudah semakin hampir untuk dimasuk ke dalam portal itu

"SIAPA KAU?" soal Fang dengan nada kemarahan kau

"Aku adalah aku.. hehehe" jawab wanita itu

"Apa yang kau nak dari Rizu?" soal pula Boboiboy

"Oh.. aku sebenarnya bukannya mahukan si budak kecil tu.. hehee"

"Habis tu, apasal kau pergi tangkap dia?" soal Fang lagi "BAIK KAU LEPASKAN DIA SEBELUM AKU SERANG KAU!"

"Aku akan lepaskan dia sekiranya kau tunaikan permintaan aku" Wanita itu tersenyum sinis kepada Fang

"Apa permintaan kau?" Fang menggenggam kedua tangan dia

"Kuasa" kata wanita itu "Bukan kuasa dari kau tapi kuasa dari Lynna.. aku mahukan kuasa dia. Kalau kau tidak mahu tunaikan permintaan aku. Selama-lamanya kau tidak dapat melihat adik kesayangan kau ni"

"Abang Fang.." Rizu menangis di situ "Abang Fang jangan berikan kuasa kakak Lynna"

"Tapi.." Fang melihat adik angkat dia menangis teresak-esak. Hati dia hancur sedikit kerana dia tidak mahu kehilangan Rizu dan dia juga tidak mahu Lynna kehilangan kuasa dia

"PANG! KAU JANGAN DENGAR CAKAP DIA!" Kaizo muncul di situ bersama Lynna "BAIK KAU LEPASKAN DIA SEBELUM AKU HANCURKAN KAU!"

"Ohh.. kapten sudah munculkan diri.. hehehe.." Wanita itu tidak begitu takut dengan wajah garang Kaizo "Baiklah, aku akan lepaskan dia tapi..." Mata dia melirik ke arah Fang dan selepas itu ke arah Kaizo "Kau dan adik kau akan terima balasannya"

"Apa yang kau cuba lakukan?" tanya Lynna

Wanita itu hanya memetik jarinya. Akar di kaki Rizu sudah pun hilang. Begitu juga dengan portal tadi tetapi jantung Kaizo terasa sakit secara tiba-tiba. Kaizo terduduk di atas jalan sambil memegang dadanya

"ABANG!"

"KAIZO!"

Fang berlari ke arah abang dia. Jantung Kaizo semakin sakit dan pernafasan dia semakin sesak. Ada sesuatu yang sedang mencengkam jantung Kaizo. Pada masa yang sama, ada sesuatu menusuk jantung dia dengan pisau tajam. Wanita itu tadi tergelak kuat dan lalu dia berkata

"HAHAHA! Semakin kau dekat dengan abang kau.. semakin itulah jantung abang kau akan rasa kesakitannya"

Fang berhenti dan dia berundur kebelakang. Dia tidak sanggup melihat abang dia sakit begitu. Dia begitu marah sekali dengan perbuatan wanita itu. Lalu dia menyerang wanita itu dengan menggunakan kuasa bayangnya. Wanita itu dapat menggelakkan diri sambil ketawa kecil. Kaizo tidak berdaya untuk menyerang kerana kesakitan di dadanya. Dia genggam pergelangan Lynna supaya jangan pergi serang. Dia tidak tahu apa lagi yang wanita itu akan lakukan nanti

"HAHAHAA! Itu adalah sumpahan aku untuk abang kau! Aku akan tarik balik sumpahan itu sekiranya kau tunaikan permintaan aku.. HAHAHAHA!" Wanita itu terus hilangkan diri

"Pang.." Kaizo memanggil nama adiknya "Lynna.. bawak.. aku.. pergi dari.. sini"

Mata Kaizo kelihatan sedih sambil melihat adiknya menangis sedikit. Dia perlu jauhkan diri dia dari situ. Dia juga berharap adik dia tidak pergi tunaikan permintaan wanita itu tadi. Lynna pegang bahu Kaizo dan terus menghilangkan diri mereka dengan menggunakan kuasa teleportasi. Kaizo tahu ini bukan kali terakhir dia dapat bersama dengan adiknya. Mereka akan bersama lagi. Sumpahan ini akan dapat dimusnahkan

"ABANGGGGGG!" Fang terduduk di atas jalan dengan air matanya menitis di situ "Abang.."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top