Perang Air
"Tersebutlah kisah seorang lelaki muda yang kacak bergaya seperti seorang artis. Nama dia adalah Fang dan dia bukanlah seorang manusia tetapi adalah alien berasal dari planet lain. Fang adalah seorang lelaki yang suka berlagak tapi hati dia baik. Disebalik kebaikan di hati dia, terdapat satu lagi sikap yang dia ada iaitu sikap panas baran. Dia juga boleh dikatakan tetap dengan pendirian dia yang tersendiri. Dia mempunyai seorang abang yang jauh lebih tua daripada dia. Nama abang dia adalah Kaizo dan dia mempunyai sikap yang garang seperti singa. Muka dia sentiasa serius. Memang susah untuk melihat dia tersenyum. Mereka berdua duduk di bumi kerana si Fang tak nak balik ke angkasa lepas. Kaizo ikut adiknya tinggal di bumi kerana ingin melindungi adik kesayangan dia"
"Abang Fang.."
"Yea Rizu" Fang tutup sebuah buku yang dia sudah sekian lama tulis. Buku itu adalah buku catatan harian dia atau lebih dikenali sebagai diary
"Pizu tak tahu pula abang Fang ada diary. Abang Fang macam budak-budak perempuan lah.. hehehe.. patutlah kakak Emmy suka panggil abang Fang, abang Fely"
"Ala.. abang bukannya selalu pun tulis. Cuba Rizu tengok.. kosong ajekan" Fang membuka buku tersebut dan buktikan kepada Rizu yang dia sememangnya jarang menulis di dalam buku itu. Semuanya kosong dan ada juga beberapa lukisan yang dia lukis
"Comel lukisan abang Fang"
"Hehehe.. abang Fang memang comel pun" kata Fang dengan perasaan bangga dia "Lagi comel dari si Boboiboy tu.. hehehee"
Mereka kini berada di atas katil sambil mendengar sebuah lagu yang telah dipasangkan oleh Fang sendiri. Laptop dia terbuka dan game yang mereka main tadi, terganggu sekejap setelah Rizu menjumpai diary itu di dalam laci meja bilik Fang
"Tapi... kenapa abang Fang tulis tentang diri abang Fang? Kenapa abang Fang tak tulis tentang perasaan abang?"
"Itu untuk budak-budak perempuan sahaja. Abang tulis ni pun sebab abang tengah bosan. Jadi abang berlagaklah seorang diri dekat dalam bilik.. hehehee.. tapi Rizu jangan beritahu sesiapa tau, terutama sekali.. si abang Kaizo tu"
"Ok" bisik Rizu. Lalu dia menyimpan diary itu di dalam laci meja "Abang Fang, jom kita main dekat rumah pondok tu. Rizu teringin sangat nak tengok dalam rumah kecil tu"
"Abang pun belum tengok lagi.. itu pun jangan beritahu dekat abang Kaizo juga"
"Ok!"
"Bagi abang tutup laptop abang dulu" Fang tutup game yang mereka main tadi dan selepas itu, dia tutup laptopnya "Ok dah, jom"
"Tak sabar Pizu nak tengok rumah pondok tu" Rizu menarik Fang keluar dari bilik
Mereka berdua menuju ke tangga rumah sambil lalu di hadapan bilik Kaizo. Bilik itu sunyi kerana Kaizo tiada di rumah. Dia sudah berlepas ke kapal angkasa tetapi kali ini tanpa Lynna. Fang dan Rizu mengintai sedikit bilik itu. Ada sesuatu yang membuatkan mereka tersenyum sedikit. Sekeping gambar Kaizo dan Lynna bersama ketika mereka berada di planet Metallum, ketika mereka semua berseronok di planet itu. Gambar itu berada di dalam sebuah bingkai kecil dan diletakkan sebagai perhiasan rak buku
"Abang Fang rasa.. abang Paizo ada tak diary dia tersendiri?"
"Abang Kaizo ada buku diary? Hahahaaa.. dia tu pemalas kalau dalam bab-bab menulis. Tahu nak latihan tempur aje tapi..." Fang mengusap dagunya dan lalu terfikir "Bagaimana kalau selama ini dia memang ada diary.. hehee" Dia tersenyum sinis di hadapan bilik abangnya
"Errr... jomlah kita pergi" Rizu menarik tangan Fang "Pizu tak nak abang Fang pergi selongkar bilik abang Paizo. Pizu tak suka kalau abang Fang kena hukuman dari abang Paizo. Abang Paizo tu suka bagi hukuman berat-berat"
"Mana adalah. Bukan selalu pun dia bagi hukuman berat-berat dekat abang. Pernah sekali dia bagi hukuman yang paling best punya" Fang turun dari tingkat atas bersama Rizu dan lalu berkata lagi "Hukuman tu adalah abang kena meluangkan masa abang bersama abang Kaizo"
"WAH! Best tu!"
"Mestilah best sebab bukannya selalu dapat"
"Jadi.. abang Fang buat apa dengan abang Paizo pada hari tu?"
"Abang Kaizo bawa abang ke angkasa lepas. Kita orang bukannya adakan latihan tempur tapi... dia adakan sesi luahan hati. Abang ceritakan segala-galanya dekat abang Kaizo apa yang terpedam dalam hati ni tapi bukan itu sahaja.. kita orang siap main video game lagi. Abang Kaizo tu pantang kalau dia kalah. Asyik nak menang aje. Semuanya dia nak menang tapi memang seronok sangat. Kita orang ada juga menonton video lama kita orang. Rasa sedih masa tu sebab abang tak ingat apa-apa semasa abang kecil. Abang Kaizo peluk abang supaya abang tidak menangis. Dia cakap, jangan risau kalau tak ingat tapi kita jangan lupakan mereka"
Rizu terus genggam tangan Fang kerana dia tahu hati abang kesayangan dia mula rasa sedih. Jadi dia mahu mengatakan bahawa dia ada di situ untuk membuatkan rasa sedih itu pergi. Fang berikan sedikit senyuman kepada Rizu. Hati dia ceria sedikit kerana keluarga dia berkembang bukan berkurangan. Berkembang kerana kawan-kawan makin bertambah. Mereka juga sentiada ada di situ untuk menceriakan atau untuk menghuru-harakan keadaan dan dia amat menghargai mereka semua. Rizu bukanlah adik kandung dia tetapi Fang sudah lama anggap Rizu sebagai adik dia sendiri
"Abang Fang ok ke?"
"Abang ok" kata Fang sambil tersenyum sedikit
Mereka berdua lalu di ruang tamu dan dahi Fang terus berkerut sedikit kerana di meja ruang tamu bersepah dengan majalah-majalah milik Faye. Sepupu dia sudah pulang ke bumi semalam. Maka dengan itu, trio huru-hura sudah pun bersatu semula. Mereka terpisah hanya sekejap sahaja tetapi walaupun sekejap, mereka tetap merindui satu sama lain
"Pizu tahu abang Fang nak kemas majalah kakak Faye tu tapi.. kitakan nak pergi main dekat rumah pondok tu. Kalau abang Fang pergi kemas, nanti satu rumah abang Fang pergi kemas. Pizu terpaksa tunggu.. tapi kalau abang Fang nak pergi kemas juga, Pizu tak halang. Pizu tetap akan tunggu sehingg abang Fang siap kemas" Fang mengusap kepala Rizu sedikit "Kenapa abang Fang?"
"Takde apa.. Rizu tetap dengan kecomelan Rizu tapi tak tahulah kalau Rizu dah besar, kecomelan tu masih kekal lagi atau dah hilang.. hehehe"
"Makin handsome kot" Rizu tersenyum lebar di situ
"Mungkin" kata Fang sambil membuka pintu rumahnya "Nantilah abang kemas.. kita pergi main dulu"
"YEAH!" Rizu terus mengheret Fang ke arah sebuah pokok yang ada di halaman rumah itu
Mereka terdengar sebuah lagu dari pondok rumah itu. Terdapat beberapa suara berada di dalam pondok itu. Mereka berdua pandang satu sama lain dan rasa hairan, siapakah yang berada di dalam pondok itu? Lalu kepala seseorang keluar dari tingkap pondok itu dan muka Fang terus berubah menjadi masam
"WEI! APASAL KAU ADA DEKAT TREE HOUSE AKU?" jerit Fang kepada Bella
"Ala.. bukan kau punya seorang sahaja. Tree house ni kan kita share"
"BILA MASA ABANG AKU CAKAP AKU KENA KONGSI DENGAN KAU!"
"Abang Kaizo cakap dekat Faye semalam" kali ini muncul kepala Faye di tingakp itu. Lily muncul di sebelah Faye dan lalu berkata
"Betul betul.. Lily sokong sahaja! Tapi... Lily dah letak papan tanda dekat pintu pondok.. hehehee" kata Lily pula sambil tersengih besar "Lily tulis CLUBHOUSE TRIO HURU-HARA!"
Hati Fang mula berapi-api dengan mereka bertiga. Rizu cuba tenangkan abang kesayangan dia dengan cara mengusap-gusap lengan tangan abangnya. Fang dengan begitu geram sekali, dia pergi keluarkan kuasa bayangnya untuk menghalau mereka keluar dari rumah pondok tersebut
"TANGAN BAYANG!"
Tayang bayang itu mula mencengkam dahan pokok tersebut dan lalu Fang mengoyang-goyangkannya. Bella, Faye dan Lily masih lagi tidak beredar dari situ. Mereka tetap bertahan di dalam rumah pondok itu. Fang tetap tidak mahu mengalah sehinggalah dia terpaksa berhenti kerana abang dia sudah pulang dari kapal angkasanya. Fang cepat-cepat menghilangkan kuasa bayangnya dan lalu tersengih
"Apa kau sedang buat dekat sini?" tanya Kaizo
"Adik cuma.. cuma..." Fang masih lagi tersengih sambil mencari jawapan "Cuma..."
"Dia cuma nak main masak-masak dengan kita orang aje.. hehe" Bella menjadi tukang jawab di situ. Dia bersama dua rakan perempuannya tergelak di dalam rumah pondok tersebut. Hati Fang sudah kembali membara
"Main masak-masak?" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil memerhatikan adiknya
"Abang Paizo pun nak join sekali main masak-masak?"
"Hmmm... Rizu main ajelah dengan mereka tapi adik aku ni, macam budak perempuan pula nak main-main" kata Kaizo dengan nada seriusnya "Aku mahu pergi berehat tapi korang semua jangan nak buat bising"
"Baik abang Paizo!" balas Rizu
Mereka menunggu Kaizo masuk ke dalam rumah. Selepas sahaja Kaizo sudah pun berada di dalam rumah, Fang kembali mengamuk di situ. Dia tidak puas hati dengan kumpulan trio huru-hara itu
"AKU AKAN PAKSA KORANG KELUAR DARI SITU!"
"Berani ke?" kata Bella dengan nada sindirannya
"MESTILAH BERANI! Kau ingat aku ni lemah ke? Aku boleh aje halau korang dari situ dengan menggunakan kuasa aku sendiri.. hehehee" Aura-aura hitam mula timbul di tubuh badan Fang "Saksikanlah kuasa bayang aku"
"Saksikanlah kuasa air aku! TEMBAKAN AIR!" Bella tembak Fang menggunakan pistol air
Tembakan Bella tadi tepat terkena muka Fang. Selepas itu, Fang terkena belon air yang telah di campak oleh Lily pula kali ini. Habis basah kuyup Fang di situ. Rizu sudah larikan diri dan sorok di bawah pokok kerana tidak mahu terkena air. Semakin lama semakin mendidih api kemarahan Fang di hatinya. Dia bagaikan hendak meletup di situ. Fang menggenggamkan kedua belah tangannya dan lalu menjerit
"OH! JAGALAH KORANG NANTI! KORANG TUNGGULAH! AKU AKAN KEMBALI! AKU AKAN BALAS DENDAM DEKAT KORANG!" Fang berjalan sambil menghentak-hentak kakinya. Dia terus menuju ke pintu pagar rumahnya
"Abang Fang nak pergi mana?"
"Rizu tunggu aje. Nanti abang akan-" Belum sempat Fang habis berkata, dia terkena satu lagi belon air dari Lily "WOI!"
"Hehehee.. jangan marah landak. Lily bergurau aje" Lily tersengih sambil turunkan kepala dia dari tingkap itu
"RIZU TUNGGU TAU! ABANG NAK PERGI BUAT SESUATU! HAHAHAHAHAAA!" Fang keluar dari kawasan halaman rumahnya "AKU AKAN KEMBALI! JAGALAH KORANG!"
Rizu hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Dia terus kembali ke tengah-tengah halaman rumah itu dan lalu dia duduk bersila untuk menunggu kepulangan abang kesayangan dia. Bella, Faye dan Lily kembali bergossip di dalam rumah pondok itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1 jam kemudian, Fang sudah pulang dengan senyuman nakalnya. Rizu boleh lihat aura kenakalan di tubuh badan abang kesayangan dia. Pada masa yang sama, tiga orang gadis tadi mula menjenguk tingkap rumah pondok itu. Mereka melihat Fang pulang dengan tangan kosong. Bella tidak tahu rancangan apakah yang Fang mahu kenakan dia, Lily dan juga Faye. Pintu pagar mula dibuka oleh Fang dan lalu dia masuk ke dalam halaman rumahnya. Rizu bangun dari tempat duduk dia tadi
"Abang Fang! Abang Fang dah ok ke?"
"Hehehe.. abang sudah ok kerana abang telah mendapat sesuatu dari makmal Emmy!" Fang keluarkan satu kotak besi kecil dari poket dia "Kini giliran kita untuk balas dendam dekat mereka bertiga"
"Faye tak masuk campur!" jerit Faye dari tingkap itu
"Ada aku kisah! Dengan kau sekali aku akan kenakan.. hehehee" Fang campak kotak besi itu di tepi tembok pagar rumahnya "Rizu tengok apa yang Emmy berikan kepada abang tadi"
Bella, Faye, Lily dan Rizu mula terasa ingin tahu, apakah kotak besi itu boleh lakukan? Setelah kotak itu jatuh di tepi tembok pagar rumah, ianya lalu bergoyang-goyang sedikit dan kotak itu mula membesar sedikit demi sedikit. Sebuah pokok besi keluar dari kotak tersebut. Pokok itu sama tinggi dengan pokok rumah pondok mereka. Mata Fang bersinar-sinar apabila pokok besi itu keluarkan sebuah rumah pondok yang diperbuat daripada besi. Ianya kelihatan sangat canggih sekali. Hati Fang sudah teruja melihat rumah pondok itu. Dia sudah tidak sabar untuk guna rumah pondok tersebut. Jarak diantara rumah pondok Fang dan rumah pondok Trio Huru-Hara adalah tidak jauh sangat. Kawasan halaman rumah itu memang luas dan amat sesuai untuk mereka bermain perang air
"WUUUUUU! BESTNYA! JOM KITA PINDAH KE SANA!" Jerit Lily
"JANGAN HARAP! Itu aku yang punya! Lebih hebat daripada korang punya.. HAHAHAAA!" Fang tergelak bangga di situ "Jom Rizu, kita kenakan mereka bertiga"
"FAYE TAK MASUK CAMPUR!" Faye mula rasa marah dengan sepupu dia "Dia tak nak dengar, kita akan mulakan peperangan kita"
"Tapi macam mana, Faye? Tree house ni tak secanggih si landak punya"
"Jangan risaulah Lily. Aku akan panggil dua rakan kita yang mempunyai kuasa" Bella keluarkan telephone dia dan lalu dia hantar mesej kepada Yaya dan Ying "Dia orang akan tolong kita bertiga.. hehee"
"Kalau macam tu, Lily panggil BBB-CHAN!"
"Eh, tak perlu.. biar kita lawan dengan si landak goreng tu aje" kata Bella "Kalau dia boleh lawan dengan teknologi canggih dia, kita lawan balik dengan dua kuasa dari kawan superheroes kita"
"Betul tu! Kita sebagai pasukan Trio Huru Hara, KITA AKAN TUMPASKAN SI LANDAK BIN ALIEN PELIK!" kata Lily dengan penuh semangat "Hehehee.. Lily tak sabar nak goreng si landak tu" Dia mengosok-gosok kedua tapak tangannya sambil tersenyum sinis
"WAHAI PASUKAN TRIO HURU-HARA! KAU AKAN KALAH DENGAN AKU PADA HARI INI! WAHAHAHAHAA!" Jerit Fang di alat pembesar suara
Fang kini sudah pun berada di dalam rumah pondok besi dia bersama Rizu. Mereka berdua amat terkejut sekali melihat bahagian dalam rumah pondok itu. Ianya mempunyai ruang tamu dan dapur yang kecil. Terdapat juga sebuah skrin television yang begitu besar sekali tapi paling tertarik sekali bagi diri Fang adalah, sebuah lastik yang besar. Sesuai untuk baling belon air ke arah pihak lawan mereka. Ada beberapa pistol air yang sudah tersedia di situ. Pisto air itu akan mengisi semula sekiranya kehabisan air. Rizu teruja pula melihat sebuah buai di gantung pada dahan pokok besi itu. Ianya mempunyai balkoni kecil. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengambil udara di luar
"SEKARANG GILIRAN AKU PULA UNTUK MENYERANG KORANG!" Fang mengangkat sepucuk pistol air yang agak besar dan sudah bersiap sedia untuk menembak ke arah mereka "RASAKAN SERANGAN AIR AKU!"
Fang menembak beberapa serangan air ke arah rumah pondok milik pasukan Trio Huru Hara. Bella dan Faye sempat menutup tingkap rumah pondok mereka. Lily cepat-cepat mengisi semula air di dalam pistol air mereka. Belon-belon air mereka sudah pun diletak di dalam sebuah baldi. Sementara Fang membalas serangan dia secara bertubi-tubi, Rizu secara senyap menghubungi Boboiboy menggunakan jam komunikasi dia
"Abang Boboiboy.. tolong datang cepat ke sini sebab abang Fang dah jadi orang gila dekat sini" bisik Rizu kepada hologram Boboiboy
"Aik, apasal dengan abang kamu tu?"
"Dia tengah tak puas hati dengan kakak-kakak trio huru hara"
"Ohh begitu.. jangan risau. Nanti abang akan sampai secepat mungkin"
"Terima kasih abang Boboiboy" Rizu terus tutup hologram itu. Dia perhatikan abang kesayangan dia terlalu suka menembak pistol air itu
Seterusnya Fang keluarkan lastik besarnya dan beberapa belon air. Dia mahu mencuba lastik itu dan dia berharap air belonnya akan terkena sasaran dia. Sasaran utama dia sekali adalah Bella dan kedua adalah Lily
"Rizu, mari tolong abang"
"Errr.. ok" Rizu diberikan sebiji belon air oleh Fang "Abang Fang nak buat apa?"
"Kita lastik dia orang tu tapi..." Mata Fang melirik ke arah belon air yang ada di tangan Rizu. Lalu dia mendapat satu idea "Hehehe... kita cuba lastik tiga belon air sekali gus. Biar dia orang rasakan kehebatan rumah pondok ini! MUAHAHAHAA!"
"Abang Fang, kita mainlah benda lain. Tak bestlah main benda ni"
"Ala Rizu, sekali sekala aje. Bukannya dapat peluang macam ni pun. Hari ni aje ok" kata Fang sambil berikan senyuman dia kepada Rizu "Esok abang janji, abang bawa Rizu pergi jalan-jalan ok"
"Ok tapi abang Fang janji tau"
"Ok... cuma kalau abang kena denda dengan abang Kaizo, Rizu jangan marah abang ok" Hati Fang tiba-tiba terdetik mengatakan peperangan air ini akan membuatkan dia menerima hukuman dari abang dia nanti tetapi dia buangkan perasaan itu "Rizu jangan marah abang. Kalau esok abang tak dapat tunaikan janji abang kepada Rizu, abang akan bawak Rizu pergi jalan-jalan ke tempat yang jauh macam Disneyland ke.. hehee"
"Hmm.. tapi abang Fang ada duit ke?"
Fang terus tersengih kepada Rizu. Dia melihat di luar tingkap dan lalu terpandang wajah Faye yang ada di tingkap rumah pondok satu lagi. Dia terus mendapat satu idea dan dia juga perlukan dapat alatan itu dari Lily kerana alat yang dia ingin pinjam adalah alat untuk pergi kemana sahaja. Alat itu kini berada di tangan Lily supaya dia boleh datang ke Pulau Rintis dengan mudah sekali
"Rizu jangan risau, itu biar abang yang uruskan. Jom tolong abang"
Rizu pegang belon-belon air itu sambil melihat Fang menarik getah tali lastik itu kebelakang. Lalu mereka letak tiga belon air di getah itu secara berhati-hati supaya ianya tidak terlepas. Selepas itu, Fang dan Rizu pastikan sasaran mereka tepat pada tingkap rumah pondok satu lagi
"Ok.. tiga, dua, satu.. SERANG!" Fang dan Rizu lepaskan getah itu
Ketiga belon itu terbang keluar dan menuju ke tingkap rumah pondok Trio Huru-Hara. Fang sudah teruja untuk melihat mereka terkena air belon tersebut. Dia sudah dapat bayangkan muka Bella, Faye dan Lily basah akibat serangan mereka tadi
"PELAHANKAN MASA!"
"KUASA APUNGAN GRAVITY!"
Ketiga-tiga belon itu terperangkap di dalam sebuah sphera berwarna pink. Yaya dan Ying muncul di hadapan rumah pondok Trio Huru Hara. Ying tersenyum sinis sambil berdiri bangga di hadapan rumah pondok milik Trio Huru-Hara itu. Manakala Yaya apungkan diri dia dan berhadapan dengan Fang dan Rizu
"ALAMAK!" Fang terkejut dengan kemunculan mereka berdua "Apasal korang ada dekat sini?"
"Sebab Bella panggil kita orang maaa" kata Ying
"Eh, kakak Yaya pun nak join main perang air ke?" tanya Rizu sambil menjenguk di luar tingkap "Tapi kakak Yaya kan tak suka kalau kita orang main perang-perang macam ni. Kakak Yaya suka bagi kita orang nasihat yang tegas"
"Betul tu Rizu tapi abang kamu ni, suka sangat nak balas dendam balik. Rizu jangan risau, kakak Yaya join sekali ini sahaja.. hehehee"
"Hmm.. kakak Yaya dan kakak Ying pun sama juga" Rizu duduk bersila di atas lantai besi itu. Air mukanya menjadi sedih sedikit "Tak bestlah macam ni"
Fang tidak sedar dengan wajah kesedihan di muka Rizu. Dia terlalu sibuk untuk melindungi diri dia daripada terkena belon air dia tersendiri. Yaya baling belon-belon air yang terapung tadi itu ke arah Fang
"PAYUNG BAYANG!" Sebuah payung gergasi tercipta di situ dan melindungi diri dia daripada terkena air "Hehehee... tak kena"
"Takpe.. kita orang ada banyak lagi belon air dekat sini" kata Bella sambil melambung-lambung belon air di tangannya "Yaya, bersedia untuk serang si Pang tu lagi!"
"Baik!" kata Yaya "Rasa seronok pula main perang-perang air"
"Betul betul.. tahun depan nak masuk form 2 dah, diri kita sudah semakin tua dan menjadi semakin matang" kata Ying
"Tapi... MANA ADIL! KORANG LIMA ORANG! AKU DAN RIZU SAHAJA YANG ADA DEKAT SINI!" marah Fang "Kalau begitu, aku akan panggil Boboiboy dan Gopal!"
"Tapi masih tak cukup seorang maaa.." kata Ying
"Betul juga kata kau.." Fang mula berfikir, siapa dia hendak panggil "HAH! Aku kena panggil si Harraz tu juga walaupun dia bukanlah sehebat mana.. heheee"
"Kau tak perlu panggil kita orang, Fang! Kami sudah pun berada di sini" Boboiboy berdiri bangga di luar pintu pagar rumah itu bersama Gopal dan Harraz. Mata Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy dia terpacak comel itu "Hah! Jom kita main perang air! Aku tak sabar ni"
"Hmm.. abang Boboiboy pun sama juga" Rizu terpaksa ikut sekali bermain dengan mereka walaupun itu bukan yang dia mahukan "Abang Fang.."
"Rizu nak apa?" Fang palingkan mukanya ke arah Rizu. Dia mulai perasan dengan air muka Rizu "Kenapa Rizu nampak sedih?"
"Pizu sedih sebab Pizu nak main benda lain tapi jadi benda lain pula" Rizu mengesat air matanya yang mengalir sedikit "Tapi abang Fang jangan risau, Pizu akan ikut sahaja tapi abang Fang janji tau, esok kita keluar jalan-jalan ok"
"Abang janji" Fang mengusap kepala Rizu sedikit "Lagipun abang nak buangkan segala stress yang ada dekat kepala ni. Hari tu jam kuasa abang mengawal diri abang..." Nada dia mula berubah menjadi sedih "Sebenarnya.. abang takut kalau virus tu datang menyerang abang atau kawan-kawan abang yang lain. Bukan itu sahaja, abang takut kalau virus itu mula mengawal diri abang. Sebelum ni, abang banyak kali berubah menjadi jahat. Abang takut kalau perkara itu berulang lagi. Abang tak nak cederakan sesiapa, terutama sekali abang Kaizo dan juga Rizu. Abang terlalu sayangkan korang" Dia terduduk di situ
Lalu Rizu berikan satu pelukan kepada abang kesayangan dia. Mereka berdua berpelukan di dalam pondok besi itu. Rizu mula faham kenapa Fang mahukan keseronokan pada hari itu. Fang cuba ingin hilangkan tekanan yang ada pada dirinya. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah dilihat oleh Boboiboy, Gopal dan Harraz yang baru memasuki rumah pondok itu. Yaya mengintai sedikit dari tingkap kerana dia curiga kenapa Fang tidak menyerang mereka lagi. Hati dia tersentuh sedikit melihat Fang dan Rizu. Luahan Fang tadi membuat Yaya faham. Lalu dia terbang ke arah rumah pondok Trio Huru-Hara untuk memberitahu apa yang terjadi
"Jadi.. Fang hanya mahu hilangkan tension dia?" tanya Faye
"Ha ah, aku dengar luahan dia tadi" kata Yaya
"Ohh.. kalau macam tu, kita jangan buat dia stress sangat. Aku tak mahu si rambut cacak stress sampai keluarkan penguin bayang dia tu.. hehee" Ying tergelak di situ
"Baiklah, kita lakukan ini untuk Fang" kata Bella sambil tersenyum sedikit "Jom kita berseronok daripada bergaduh. Menang atau kalah, itu lain cerita. Aku hanya mahukan si Fang tu tersenyum sahaja"
"Lily pula mahu BBB-CHAN selamat dari belon air yang bakal menyerang mereka nanti!"
"Lily, Lily.. walaupun kau pelik tetapi kau memang unik" Faye peluk kawan baik dia dan lalu dia tergelak bersama Lily "Jom Lily, kita sediakan belon air untuk askar-askar kita!"
"Jom!" kata Lily
Di rumah pondok budak lelaki pula. Gopal sudah pun bersedia dengan pistol airnya. Mulut dia sedang kunyahkan biskut chocolate dan mata dia pula, memandang tepat ke arah rumah pondok budak perempuan. Dia memakai kaca mata hitam dan mengikat sehelai kain hijau pada dahinya. Dia sedang berangan yang dia adalah seorang pahlawan yang terkenal di dunia
"Abang Gopal ni... macam hero hindustan pulak" kata Rizu
"Abang memang hero hindustan pun.. hehehee.. tapi siapa nak mulakan dulu, dia orang atau kita?"
"Mestilah kita dulu" kata Fang dengan penuh yakin "Boboiboy, kau jadi Boboiboy air.. senang sikit nak serang dia orang.. hehee"
"Eh, takpe ke kita guna kuasa?"
"Ala, si Ying dan Yaya guna kuasa tadi. Jadi.." Fang tersenyum sinis sambil melihat rumah pondok budak perempuan "Hari ni kita main kotor.. muahahahaa!"
Rizu gelengkan kepala dia. Gopal dan Harraz berselindung di sebalik tingkap sambil memegang pistol air mereka. Boboiboy dengan senang hatinya, dia bertukar menjadi Boboiboy Air. Lalu dia keluarkan gumpalan air pada tapak tangan kanannya
"Ala, janganlah bagi air yang kecil sangat. Kita bagi ombak terus! Biar basah kuyup dia orang semua!"
"ABANG FANG! Janganlah main ganas sangat" marah Rizu
"Jangan risaulah, abang pasti Yaya dan Ying dapat menggelak diri mereka dengan serangan ombak nanti" Mata dia terpandang sesuatu yang sedang menuju ke arah tingkap mereka "ALAMAK! DIA ORANG SUDAH MULA MENYERANG KITA!"
"Jangan risau, biar aku selesaikan! TUKARAN MAKANAN!" Belon-belon air itu bertukar menjadi bentuk ice cream "Err.. hehee"
"Ice cream?!" Harraz menembak ice cream itu tanpa berhenti tetapi ice cream itu tetap menuju ke arah mereka. Tangan Harraz agak bergetar-getar sehingga tembakan air dia tidak terkena sasarannya "Wei wei! Tolonglah aku"
"Boboiboy Taufan! PUSARAN TAUFAN!"
Ice cream itu ditolak oleh angin dan pergi balik ke arah rumah pondok budak perempuan
"ALAMAK! DIA ORANG HANTAR BALIK!" Jerit Ying sambil meneropong pihak lawan dia "KUASA SLOW-MO!"
"Yaya! Hantar balik ice cream tu dekat mereka!" kata Bella
"TOLAKAN GRAVITY!"
"LAJUKAN MASA!"
"ALAMAK!" Gopal terlalu cemas ketika itu. Lalu dia menukar ice cream itu kepada air dan akibatnya, dia sendiri terkena air itu "Adeh.. aku juga yang kena"
"Hehe.. memang dasyatlah dia orang" kata Boboiboy
"Takpe, takpe.. sekarang kita pula untuk menghantar serangan" Fang pergi teropong apa budak-budak perempuan sedang lakukan ketika ini "Dia orang tengah isi air dekat dalam belon. Masa untuk bertindak!"
"Baiklah. BEBOLA AIR! TAMPARAN AIR!" Boboiboy air menampark bebola air itu terus ke arah kawan-kawan perempuan dia
"ALAMAK! DIA ORANG DAH SERANG KITA!" jerit Ying
"Tembak air tu! Tembak! TEMBAK! TEMBAK!" Lily tidak berhenti menembak pistol airnya. Dia tergelak di situ dengan hati yang gembira "HAHAHAAA!"
"Errr... Lily, kita perlu elakkan diri dari air tu" kata Faye sambil tersengih
"OHHH!.." Lalu Lily menjerit dengan nada cemasnya "YAYA CEPAT HALANG AIR TU!"
"TARIKAN GRAVIT!"
Air itu mula ditarik ke permukaan bumi dan ianya jatuh di atas halaman rumah tetapi serangan dari budak-budak lelaki tidak terhenti di situ. Satu lagi bebola air menuju ke arah rumah pondok budak-budak perempuan. Boboiboy air memecahkan bebola air itu kepada beberapa bebola air. Bella membaling belon air sebagai serang balas. Ying pelahankan masa supaya bebola air itu bergerak secara lambat
"TOLAKAN GRAVITY!"
Bebola air itu di tolak dan kembali ke arah rumah pondok milik Fang. Belon-belon air juga turut sama bersama bebola air tadi menuju ke rumah pondok itu. Lalu Fang melindungi diri mereka semua
"DINDING BAYANG!"
Bebola air dan belon-belon air itu terkena dinding bayang tersebut. Fang sangat berpuas hati kerana dia sempat melindungi mereka. Lalu dia hilangkan kuasa bayangnya. Tanpa dia sedari, datang satu lagi belon air dan terkena kepalanya. Belon itu pecah dan kepala Fang habis basah kuyup akibat terkena air
"Cheh! Tak guna" bisik Fang sambil melihat Lily meloncat kegembiraan
"Sabar abang Fang. Pizu akan serang mereka" Rizu menarik lastik getah itu dengan pertolongan dari Harraz "SERANG!"
Belon-belon itu berlepas dari lastik tersebut dan kini menuju ke arah rumah pondok para gadis. Yaya terbang keluar dari tingkap dan lalu dia menggunakan kuasanya
"MAMPATAN GRAVITY!"
Belon-belon itu melekat satu sama lain. Lalu Yaya menghantar balik belon-belon itu tersebut. Boboiboy air melindungi mereka dengan mengeluarkan ombak air yang begitu tinggi sekali sehingga rumah pondok besi itu tidak kelihatan. Disebalik ombak air itu, Fang keluar dari situ dengan helang bayang dia. Di tangan dia ada beberapa belon air untuk menyerang pihak lawannya
"WEI! MANA ADIL KALAU MACAM TU!" marah Ying
"APA AKU KISAH!" Fang tergelak bangga di situ sambil mengelakkan diri dari tembakan air dari Bella, Faye dan Lily "TAK KENA!"
"APUNGAN GRAVITY!" Yaya mengangkat keluar belon-belon air dari baldi dan lalu dia mencampak ke arah Fang "AMBIK NI! AMBIK NI!"
"LAJUKAN MASA!" Ying melajukan Yaya supaya belon-belon itu tepat terkena sasarannya
"HATI-HATI FANG!" Jerit Boboiboy air. Ombak dinding tadi sudah pun hilang dari rumah pondok dia "Kita kena tolong dia!"
"Rizu, cepat lastikkan belon air ni" kata Harraz
"TUKARAN AIR SIRAP!" Gopal menukar air-air tembakan dari Trio Huru-Hara "Heheee"
"Wei, yang kau pergi tukar jadi air sirap kenapa?" tegur Boboiboy air "Nanti melekitlah si Fang tu. Kau nak kena marah dengan dia ke?"
"Eh, ha ahlah! TUKARAN SEMULA!"
"ALA GOPAL!" Lily menjadi sedih sedikit apabila air di dalam pistol air dia menjadi air biasa sahaja
Mereka semua begitu sibuk sekali menyerang pihak lawan kecuali Rizu. Dia terfikir sesuatu kerana pada ketika itu, mereka sedang membuat bising dan bagaimana Kaizo boleh tidak dengar kebisingan itu? Sebenarnya pada ketika itu, Kaizo sedang menikmati air teh hijaunya di dalam dapur sambil mendengar lagu rock. Radio yang dipasang oleh Kaizo, begitu kuat sekali sehingga dia tidak mendengar bunyi bising di luar rumah. Tiba-tiba hati dia terdetik untuk melihat apa yang adik dia sedang lakukan di rumah pondok itu. Adakah, dia masih lagi bermain masak-masak dengan budak perempuan atau dia sudah pergi keluar berjalan-jalan dengan Rizu?
"Hmmm... apasal aku rasa lain macam pulak ni. Perasaan aku sahaja ke?" Kaizo menghirup air teh hijaunya sehingga habis. Lalu dia bangkit dari kerusinya
Radio masih lagi berbunyi dan dia tidak pergi menutup radio itu kerana pada ketika itu, dia asyik fikirkan adik dia sahaja. Kaizo keluar dari dapur dan menuju ke pintu rumahnya. Pergerakan dia agak laju dan apabila dia sudah sampai di pintu rumah, lalu dia membuka pintu itu secara perlahan. Pintu itu dibuka dan mata dia terbulat besar kerana melihat kawasan halaman rumah dia penuh dengan lecak. Adik dia pula sedang tergelak bangga di atas helang bayangnya. Di tangan kanan dia terdapat satu belon air. Kawan-kawan perempuan dia kelihatan basah akibat diserang oleh Fang tadi. Mulut Kaizo bergerak-gerak dan dia terus menjerit di situ
"PANG! APA YANG KAU SEDANG LAKUKAN NI?" Bergema satu Pulau Rintis dengan suara garang Kaizo "KAU TAKDE KERJA LAIN KE?"
"ERK!"
Mereka semua berhenti dan terkaku seketika kerana terkejut dengan jeritan Kaizo tadi. Lalu mereka kelam-kabut keluar dari rumah pondok tersebut dan lari ke arah Kaizo. Masing-masing sudah berdiri tegak seperti askar di hadapan Kaizo dan bersedia untuk menerima jeritan kemarahan dari kapten yang terhandal itu. Rizu menggigil sedikit kerana dia takut dengan kemarahan Kaizo
"Hmm.. korang semua ni memang tiada benda lain nak buat ke? Aku tak kisah siapa yang lakukan dulu tapi kamu kena ingat, hukuman tetap hukuman. Aku tahu permainan perang air yang korang main tadi memang seronok tapi apa yang korang sudah lakukan dengan halaman rumah aku! HABIS PENUH DENGAN LECAK! Esok, tepat pukul 9 pagi, kamu semua kena berada di sini. Tiada alasan yang aku akan terima nanti! Aku akan bawa kau ke tempat untuk menghukum kamu semua nanti kecuali Rizu"
"YAHOO! PIZU TAK KENA!" kata Rizu dengan gembiranya "Terima kasih abang Kaizo tapi..." Lalu dia senyap. Mata dia pandang ke arah Fang
Mereka tidak cemburu dengan Rizu kerana mereka sudah tahu kenapa Rizu dikecualikan. Mereka tidak mahu Rizu sakit akibat hukuman berat dari Kaizo nanti. Mereka semua sayangkan Rizu dan tidak mahu melihat dia jatuh sakit. Mereka hanya mampu tersenyum sahaja sambil melihat gelagat comel Rizu
"Kamu semua boleh pulang ke rumah" kata Kaizo
"Maaf abang Kaizo, kami cuma berseronok sahaja tapi apa-apa pun, kami tetap akan menerima hukuman itu"
"Bagus, itu yang aku mahukan" kata Kaizo kepada Boboiboy "Pang, pergi simpan bagi rumah besi kau tu. Aku tahu rumah tu boleh simpan balik"
"Yea abang" balas Fang dengan nada yang agak perlahan
Fang melambai-lambai ke arah kawan-kawan dia. Mereka semua terpaksa pulang ke rumah tetapi di hati mereka tidak berasa sedih, cuma rasa seronok sahaja walaupun keseronokan itu hanyalah sekejap sahaja. Faye masuk ke dalam rumah untuk bersihkan badan dia yang terkena air tadi. Fang pula, dia perlu simpan rumah pondok besi itu kepada asalnya iaitu kotak kecil tadi. Rizu tidak berganjat dari situ
"Kenapa Rizu masih ada di sini lagi?" tanya Kaizo. Nada dia berubah menjadi lembut sedikit
"Ermm.. abang Paizo boleh tak kalau esok abang Paizo tak hukum abang Fang? Sebab abang Fang janji nak bawa Pizu keluar jalan-jalan esok. Abang Paizo bolehlah hukum dia hari lain"
"Maaf Rizu, dia buat salah.. abang terpaksa denda dia"
"Ok" balas Rizu "Tapi takpe.. dia cakap kalau esok tak boleh, dia akan bawa Pizu ke Disneyland!"
"Banyak duit dia nak pergi ke Disneyland" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat Fang mengangkat sebuah kotak kecil "Atau dia cuba nak menggunakan kad kredit aku lagi"
"Hmm.. Pizu rasa tak kot tapi abang Paizo kurangkanlah hukuman dia sebab sebenarnya abang Fang tekanan sedikit. Dia tadi ada luahkan apa perasaan dia dekat Pizu. Abang Fang kata, dia stress sebab orang jahat selalu menjadikan dia sebagai sasaran. Lebih-lebih lagi menggunakan abang Fang untuk cederakan kawan-kawan dia dan juga abang Paizo. Pizu kasihan dengan dia" Muka Rizu berubah menjadi sedih sedikit "Pizu tak nak abang Fang stress.. abang Paizo tolong tunaikan permintaan Pizu"
"Hmm.. baiklah. Abang akan tunaikan permintaan Rizu. Abang akan kurangkan hukuman dia esok.." Lalu bibir Kaizo tersenyum sedikit sambil melihat Rizu "Dan tentang bawak Rizu pergi ke Disneyland atau mana-mana tempat tu, abang akan berikan sedikit duit kepada dia. Rizu pergilah berseronok dengan dia dan tunaikan permintaan abang juga, hilangkan tekanan yang ada pada diri dia. Abang mahu lihat wajah keceriaan dia"
"Pizu akan laksanakan permintaan abang Paizo!" Rizu berikan tabik hormat kepada Kaizo "Abang Paizo jangan risau, Pizu akan jaga abang Fang seperti mana abang Fang selalu jaga Pizu selama ini"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Fang, Faye dan rakan-rakan mereka berdua sudah pun berada di hadapan rumah sambil menunggu Kaizo keluar dari rumah tersebut. Tepat pukul 9 pagi, dia keluar dari rumahnya dan terus bawa mereka ke stesen TAPOPS. Mereka juga turut diikuti oleh Rizu kerana dia mahu melihat keindahan ruang angkasa. Kaizo tidak menghalang dengan kehadiran Rizu. Dia cuma benarkan Rizu duduk di tepi tempat sesi latihan tempur. Ada kalanya, Rizu di bawa berjalan-jalan di sekitar stesen TAPOPS oleh Laksamana Tarung. Momoki teruja bila apabila Lily berada di dalam stesen itu tetapi Lily tiada di tempat latihan tersebut
"Mana si Lily?" tanya Boboiboy
"Entah" balas Fang "Biarkan ajelah si pelik tu. Nanti-nanti muncullah dia tu"
"Hmm.. ok"
Sebenarnya Lily pergi merayap di sekitar stesen TAPOPS itu sehingga membuatkan diri dia sesat di dalam stesen itu. Lalu dia tersedar bahawa dia sudah pun berada di tempat lain dan tidak tahu bagaimana untuk mencari jalan balik
"BBB-CHAN! HELP ME! LILY SESAT! UWAAAA!"
Jauh dari situ, di tempat sesi latihan tempur. Boboiboy terasa seperti ada orang sedang menjerit nama dia. Mungkin perasaan dia sahaja, fikir Boboiboy. Lalu dia abaikan sahaja
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top