Peranan
Rumah adik beradik alien yang serba kacak dan penuh bergaya, hampir musnah sedikit. Hanya dinding-dinding di bahagian tepi kanan dan kiri rumah sahaja yang musnah teruk. Manakala, bahagian dalam pula, sebahagian perabot di dalam rumah, boleh dikatakan musnah teruk akibat pertempuran tadi. Ianya bagaikan dilanggar oleh puting-beliung. Gopal mengangkat serpihan kayu meja dan campak ke tepi dinding. Lily sudah diangkat masuk oleh Laksamana Tarung. Dia dibaringkan di atas kerusi sofa yang masih elok lagi. Kaki kiri Lily patah dan badan dia terasa sakit
"Kau ok tak, Lily"
"Lily ok aje, Ying" Dia tipu sebenarnya kerana dia tidak mahu kawan-kawan dia menjadi risau. Lalu dia paksa dirinya untuk senyum "Be-betul ke BBB-CHAN kena culik?"
"Ha ah, tapi jam kuasa Gopal dan Ying masih lagi selamat" balas Ali sambil mengangkat Comot yang sedang mengesel kepalanya di kaki tuannya
"Isk, kita kena selamatkan mereka" Ochobot baru tiba di situ apabila dia mendapat berita buruk tentang Boboiboy "Aku tak rasa senang hati pula sebab aku tak tahu apa mereka akan lakukan dekat Boboiboy dan yang lain-lain nanti"
Sebenarnya Ochobot ada bersama mereka hanya sekejap sahaja. Dia terpaksa pulang ke rumah untuk berehat dan kembalikan tenaganya. Jikalau tidak, tenaga Ochobot akan berkurangan. Gopal dan Ying rasa lega kerana robot kuning itu selamat. Jika Ochobot ada di dalam rumah itu, sudah tentu Ochobot akan menjadi mangsa Numeros. Kuasa Ochobot agak bahaya juga. Ianya boleh teleportasi ke mana-mana sahaja yang mereka ingin. Asalkan mereka ada koordinasi tempat tersebut. Kuasa teleportasi itu sangat bahaya kerana kita boleh melarikan diri secara pantas dan juga dapat masuk ke dalam bangunan atau sesuatu kawasan tanpa disyaki
"Kita kena cari mereka" kata Alicia "Tapi kita kena tahu tempat persembunyian mereka. Aku kena balik ke akademi untuk dapatkan bantuan"
"Saya nak ikut boleh?" soal Gopal sambil tersengih lemah kepada Alicia
"Mana boleh" marah Alicia "Akademi M.A.T.A adalah tempat rahsia dan kamu semua tidak boleh tahu dimana akademi tersebut"
"Tapikan Alicia" Bakar mengusap dagunya "Kalau kita tinggalkan mereka di sini, bukankah mereka berdua dalam keadaan bahaya"
"Ha ah, betul juga" setuju Ali
"Habis tu, nak kita kena marah dengan ketua-ketua teras dan juga jeneral?"
"Itu jangan risau" Laksamana Tarung mencelah di dalam perbincangan mereka "Aku boleh berbincang dengan ketua-ketua kamu. Bawa sahaja kami ke sana"
"Hmm.. yelah. Kalau kita kena tindakan, aku akan salahkan Ali"
"Eh! Aku pula" Ali terus bersilang tangan "Bukan ke uncle yang bagi cadangan tu"
"Amboi, nak salahkan uncle pula" Bakar gelengkan kepala "Jangan nak bergaduh. Kalau kita kena tindakan pun, uncle rasa apa kita lakukan ini adalah jalan yang selamat. Kalau Alicia tak setuju, takpe.. uncle beritahu sahaja kepada mereka, yang Alicia seorang sahaja yang tidak setuju dengan cadangan ini"
"Baiklah, kalau itu cadangan uncle. Saya tidak akan menolak. Lagipun, apa yang uncle cadangkan tu.. memang betul. Ying dan Gopal tidak boleh ditinggalkan di sini sahaja. Mereka akan bertindak lagi dan aku tidak mahu mereka mengambil peluang itu"
"Wuuuu.. kita orang dapat tengok akademi M.A.T.A! BESTNYA!" Kaki kiri Lily bergerak-gerak sedikit "Adoi! Adeh.. sakitnya.. tak boleh nak terlalu happy sangat"
"Maaf Lily, rasanya kau tidak boleh ikut kita orang"
"Ala Ying.. Pili Pili nak ikut" Lily mula membuat muka comel dalam kesedihan. Mata dia bulat besar "Adeh.. apasal tiba-tiba rindu dekat landak pulak ni"
"Kau mana boleh ikut!" marah Laksamana Tarung "Kaki tengah sakit tu, masih nak ikut lagi. Jikalau apa-apa terjadi dekat kau, siapa nak bertanggungjawab nanti?"
"Err.. pak cik jual laksa yang bertanggungjawab" Lily terus tersengih. Laksamana Tarung berikan renungan maut kepada Lily "Hehehe.. Lily bergurau aje"
"Lily duduk di sana maa.. aku sudah hubungi Bella dan Harraz untuk jaga kau. Lagipun kami perlukan lu untuk beritahu ibu Rizu apa yang terjadi nanti. Mesti dia akan risau jika kita berdiam sahaja"
"Ok" balas Lily kepada Ying "Lily akan cuba tenangkan ibu Rizu jika dia menangis sebab anak dia kena culik. Kasihan ibu Rizu bila dapat berita buruk ni nanti" Ying mula tersengih sambil garu-garu kepala
"Aku ikut korang sekali boleh?" soal Ochobot "Aku risau tentang Boboiboy"
"Tak boleh" jawab Laksamana "Ochobot jadi lebih selamat jika dia duduk di stesen TAPOPS buat sementara. Jika dia ada di sini, mesti musuh kita akan dapat tahu tentang kuasa dia. Lebih baik kita Ochobot sembunyikan diri ke sana dan jauh daripada bumi ini. Aku akan menghubungi kommander Kokoci untuk mengambil kau"
Ochobot terima sahaja walaupun sebenarnya dia tidak mahu ke stesen TAPOPS. Tetapi demi keselamatan diri dia dan juga rakan-rakan dia, lebih baik dia duduk sana di stesen TAPOPS sehinggalah misi ini selesai
"Hah, ada apa-apa lagi?" Bakar melihat Ali, Alicia, Gopal, Ying dan juga Laksamana "Kalau takde, mari kita ke akademi M.A.T.A" Lalu dia melihat sekeliling rumah itu "Adeh.. maaflah sebab rumah kawan kamu ni musnah sedikit sebab diserang oleh musuh kita tapi takpe.. uncle akan minta bantuan daripada M.A.T.A untuk baiki rumah kawan kamu ni!"
"Wah! Cunlah uncle!" Ali tersenyum lebar "Ok, mari kita bertindak segera! Hehehe.. pinjam ayat jeneral jap"
"Meow meow?" kata Comot
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lynna mengintai Kaizo dan ejen-ejen MATA (Karya, Geetha dan Leon) sedang bekerjasama untuk menjejaki tempat persembunyian kumpulan Numeros. Mereka terlalu tumpukan perhatian dengan pencarian itu sehingga tidak sedar kehadiran Lynna. Bilik itu adalah bilik khas untuk berbincang sesama ejen, mentor ataupun dengan ketua-ketua teras. Ianya juga sebagai fungsi untuk menyimpan segala data tentang mereka. Bukan itu juga, ianya boleh berfungsi sebagai mencari maklumat penting dan juga melihat peta-peta kemana yang mereka perlu pergi
"Lynna.. kamu berada di sini"
"Maafkan saya" kata Lynna kepada Geetha "Maaf kalau saya tiba-tiba menyibuk di sini"
"Tidak mengapa. Mari saya bawakan kamu pergi berjumpa dengan ejen-ejen muda"
Geetha membawa Lynna keluar dari bilik itu. Dia menoleh kebelakang untuk melihat Kaizo. Air muka dia tidak berubah dari semalam lagi. Begitu serius dan Lynna boleh nampak kemarahannya di sebalik air muka yang serius itu
"Maaf kerana semalam kerana tidak dapat bertemu dengan ejen-ejen muda" Lynna mula menoleh ke depan
"Tidak mengapa. Kami faham"
"Adik dia adalah satu-satunya yang dia ada. Ibu bapa dia sudah lama tiada" Nada Lynna mula menjadi sedih "Dia selalu risau tentang adik dia. Tak kisahlah adik dia sudah meningkah dewasa, dia masih lagi risau. Saya sendiri pun tidak dapat tenangkan dia semalam. Dia seperti tidak mahu bercakap dengan saya tapi takpelah, saya bagi ruang untuk dia"
"Kamu memang sangat memahami dengan diri dia"
Lynna tersenyum kecil sambil memikirkan hubungan dia dan Kaizo. Geetha bawa Lynna ke sebuah bilik khas, dimana ejen-ejen muda sedang berehat. Mereka semua sedang bersembang sesama sendiri. Ada yang sudah tertidur di atas kerusi sofa kerana terlampau penat dan ada juga yang sedang dengar muzik seorang diri sambil sandarkan diri di sebalik dinding
"Saya memperkenalkan, ejen-ejen muda kami"
"WAH! Lawanya dia ni!" muncul seorang gadis yang sentiasa ceria "Hai! Nama saya Moon"
"Hai Moon.. nama akak ialah Lynna"
"Kami nak panggil dia kakak ke atau nak panggil dia dengan nama lain?"
"Isk kamu ni Moon, mestilah panggil dia kakak. Dia kan lebih tua daripada kita" kata Iman "Nama saya pula ialah Iman"
"Tak kisahlah panggil apa-apa pun, akak tak kisah" Lynna berikan senyuman kepada mereka. Dia tidak mahu kelihatan sedih di hadapan ejen-ejen muda itu "Tapi jangan panggil akak 'ejen' pula sebab akak bukan seorang ejen"
"Ala.. kenapa bukan ejen?" Moon kelihatan kecewa sedikit "Kan bagus kalau kak Lynna diserap masuk ke dalam M.A.T.A"
"Kau ni, banyak sangat soal pula" kata Roza "Akak ada dekat sebab ada misi dengan ejen Rizwan ke?"
"Wei Roza, apasal kau tanya tentang tu" Khai mula cemas
"Jadi kamu semua tahu tentang misi kami" Geetha kelihatan marah sedikit kepada mereka "Kamu semua curi-curi dengar semalam"
"Tidak mengapa, Geetha" Lalu Rizwan masuk ke dalam bilik berehat itu "Lambat lanun, mereka akan tahu juga tentang misi kami tapi ingat, jangan masuk campur dalam misi ini"
"Ala.. baru nak join" Moon mengeluh sedikit "Oh yea, mana abang semalam tu?"
"Kaizo?" balas Lynna "Dia tentang siasat dekat mana musuh kami berada. Maaflah sebab tidak dapat bertemu atau mengajar kamu semua"
"Takpe kak Lynna, kami tak kisah pun" ujar Khai "Jadi akak dekat sini nak jadi mentor kita orang buat sementara ke?"
"Sementara dia ada di sini, dia akan mengajar kamu.. tapi apa kebolehan Lynna yea?" soal Geetha kepada gadis itu "Boleh tunjukkan kepada mereka semua?"
"Boleh tapi dengan satu syarat" kata Lynna
"Apa syaratnya?" Moon terlebih teruja pula
"Syaratnya, jangan beritahu sesiapa tentang kebolehan akak kerana ini adalah identiti akak sendiri"
"Ohhh... maksudnya akak ni macam ejenlah"
"Err.. boleh dikatakan begitu" Lynna tersengih kecil kepada Moon "Baiklah, kuasa akak yang pertama.. ianya bukanlah kuasa aktif, ianya cuma kuasa pasif sahaja. Akak boleh lihat masa depan atau masa silam kamu. Kuasa ini akan datang dengan sendirinya pada bila-bila masa sahaja"
"WOAH! Dasyatnya!" kata seorang ejen muda yang bernama Jet "Tapi.. ada ke gajet yang boleh buat begitu?"
"Ha ah, macam tak masuk akal" Iman rasa curiga dengan gajet yang digunakan oleh Lynna
"Sebenarnya akak tidak menggunakan gajet. Ini adalah kuasa semulajadi yang ada pada diri akak semenjak kecil lagi.. seperti kuasa ini" Lynna memetik jarinya, lalu sebuah api kecil muncul di hujung jari telunjuknya "Hmm.. mungkin ini nampak simple sahaja" Lalu dia memperbesarkan api kecil itu. Kemudian mengeluarkan beberapa bebola api. Bebola api itu terapung di udara. Lalu dia menghilangkan bebola api itu
"Naisu!" kata Khai
Moon bertepuk tangan kerana bagi dia, ianya sangat menakjubkan. Rudy seperti biasa, ekspresi wajahnya tetap seperti seorang lelaki yang sombong. Dia hanya bersandar di sebalik dinding sambil bersilangkan tangan. Di sebelahnya pula ialah Zas, mata dia menjadi bulat besar kerana terkejut dengan kuasa Lynna tadi. Bulat masih lagi tidur di atas sofa. Ejen-ejen muda yang lain cukup kagum dengan kuasa itu
"Bukan itu sahaja.. ada lagi" kata Lynna
"Err.. berapa banyak kuasa kak Lynna sebenarnya ni?" Khai garu-garu kepalanya kerana agak curiga sedikit dengan Lynna
"Tak banyak pula" balas Lynna "Akak juga boleh terbang" Dia terapung ke udara sedikit. Jet bertepuk tangan sambil gelengkan kepalanya
"Dasyat tu.. bolehlah kita terbang dekat udara sama-sama nanti" kata Jet "Hahaha.. bolehlah aku dapat tips-tips terbang dari kak Lynna nanti!"
"Hmm.. kau nak kak Lynna ajar sesuatulah tu" Jet tersengih kepada Roza
"Lagi kak Lynna?" Moon ingin melihat kuasa Lynna yang lain "Mesti ada yang lagi dasyatkan"
"Ada lagi.. akak juga boleh mengeluar sebuah dinding perisai yang dapat melindungi sesiapa sahaja dan kuasa terakhir akak" Lynna melihat kiri dan kanan dia "Err... kuasa yang ini pula, rasanya akak tak boleh nak tunjukkan kepada kamu semua"
"Kenapa akak?" tanya Iman
"Kerana kuasa yang terakhir itu adalah dia boleh letupkan sesuatu seperti sofa tu" Rizwan yang menjawab pertanyaan Iman tadi "Kuasa itu agak bahaya tapi kalau kamu semua ingin melihat bagaimana ianya berlaku, Lynna boleh tunjukkan"
Lynna ternampak secawan gelas di atas meja
"Boleh akak letupkan cawan itu?"
"Boleh kak Lynna!" Moon menjadi lagi teruja "Mesti menarik ni!"
"Tapi.. boleh tak kejutkan kawan kamu terlebih dahulu. Nanti dia terkena pula serpihan kaca"
Mika bangun dari kerusi rodanya. Kerusi itu mula berubah menjadi sebuah sut untuk membolehkan dia berjalan secara bebas. Gadis itu mula gerakkan badan Bulat untuk bangunkan dia dari tidur
"Woi bangunlah, kita ada mentor baru"
"Hah? Mentor baru?!" Bulat dengan kelam-kabutnya, dia bangun dari tempat tidurnya "Mana mentor baru kita?" Mata dia melirik ke arah kiri dan kanannya sehinggalah dia nampak seorang gadis yang dia tidak pernah nampak sebelum ini "Hehehe.. maaf sebab saya tidur tadi"
"Tidak mengapa, akak maafkan" kata Lynna sambil berikan senyuman kepada Bulat "Maaf yea, tapi awak kena jauhkan diri dari cawan kaca tu"
"Kenapa?"
"Jangan banyak tanya, buat ajelah" marah Mika kepada Bulat
Ejen-ejen muda tersebut, berkumpul di tepi kanan dan kiri Lynna. Bulat melihat kawan-kawan dia dan rasa hairan. Apa yang mereka ingin lakukan? Lalu dia perhatikan sahaja ke depan. Apa yang ada di hadapan mereka semua adalah sebuah meja dan secawan gelas yang ada di atas meja tersebut
"Perhatikan cawan itu" arah Lynna. Lalu dia mengangkat tangan kanannya ke depan
Dalam sekelip mata sahaja, cawan itu meletup dan serpihan-serpihan kaca tersebut berterabur di sekitar atas meja dan juga di tepi meja. Mereka bertepuk tangan kecuali Rizwan dan Rudy
"Naisu lah kak Lynna!" kata Khai
"Hehehee.. terima kasih" Lynna tersenyum kecil "Dan ini pula kuasa yang terakhir akak.." Dia hilangkan dirinya dari situ
Ejen-ejen muda mencari-cari ke mana Lynna menghilangkan dirinya. Rudy turut terkejut juga
"Saya ada di belakang"
Mereka pusing kebelakang. Lynna ada di sebalik dinding sambil tersenyum kecil. Mereka bertepuk tangan kecuali Rizwan dan Rudy
"Hebat betul akak ni" kata Roza "Jadi, abang yang bersama dengan akak pun, ada kuasa yang sama juga ke?"
"Tidak, dia lain sedikit" jawab Lynna "Dia adalah seorang alien, datang dari planet lain"
"ALIEN?!"
Geetha ketawa sedikit melihat anak-anak muridnya terkejut dengan jawapan Lynna tadi
"Ya, dia adalah seorang alien. Dia juga mempunyai kuasa tersendiri tetapi kuasa dari teknologi alien"
"WAH! Naisu betul lah!" Khai masih lagi tidak percaya dengan kewujudan orang seperti Lynna dan juga Kaizo "Tapi betul ke apa yang kita dengar ni? Janganlah main-mainkan kami"
"Kamu ingat, kami di sini main-mainkan kamu ke?" soal Rizwan dengan pertanyaan yang serius "Kamu semua perlu tahu, kita duduk di dunia ni, pelbagai perkara pelik boleh dijumpa cuma kita lihat mereka seperti orang biasa sahaja. Peranan mereka berdua juga, amat berlainan daripada kita"
"Apa peranan mereka?" soal Moon
"Peranan akak adalah melindungi orang-orang awal daripada diserang oleh makhluk-makhluk jahat. Mereka juga mahu merampas kuasa akak dan kawan-kawan akak sekali. Sebenarnya, kewujudan kami adalah rahsia. Tiada siapa yang tahu, termasuklah keluarga kami sendiri. Ianya sama seperti kamu tetapi keluarga kamu tahu tentang diri kamu sebagai seorang ejen muda"
"Abang Kaizo pula?" soal Moon lagi
"Peranan dia pula ialah melindungi dan menyelamatkan sphera kuasa yang ada di sekitar angkasa. Jam-jam kuasa yang musuh rampas hari itu, semuanya adalah datang dari teknologi alien sendiri"
"Fuh, memang dasyat" Bulat bertepuk tangan seorang diri "Menakjubkan"
"Peranan kita semuanya berbeza tetapi apa persamaan kita adalah melindungi dan menyelamatkan sesuatu atau seseorang.. seperti kamu semua melindungi Cyberaya" kata Lynna "Akak pula, melindungi dan menyelamatkan orang awan tak kira dimana jua orang itu berada, samada di luar negara ataupun di dalam negara. Kaizo pula, dia melindungi dan menyelamatkan power sphera yang adai di angkasa"
"Jadi... kak Lynna tak boleh jadi ejen macam kami semua?"
"Maaf Moon... akak tak boleh menjadi seorang ejen tapi akak boleh datang sekali-sekala menjadi mentor kamu"
"Kalau Lynna ada masa, saya akan panggil dia ke sini" kata Geetha "Mari semua, kita ke tempat latihan. Tunjukkan apa yang kamu sudah belajar di akademi ini. Rizwan? Kamu mahu ikut?"
"Maaf, aku perlu bantu ejen lain untuk mencari kumpulan Numeros"
Rizwan beredar dari situ tanpa melihat ejen-ejen muda itu. Geetha pelawa Lynna ke sebuah tempat lapang, yang dijadikan medan latihan untuk ejen-ejen muda MATA. Lynna hanya perlu menyaksikan bagaimana mereka bekerjasama di dalam sebuah kumpulan. Moon tidak sabar untuk menunjukkan kebolehan dia kepada Lynna. Iman rasa malu sedikit tetapi selepas sahaja dia masuk ke dalam medan latihan, sifat malunya terus hilang. Lynna tidak sabar untuk melihat sesi latihan itu. Tentu ianya lebih menarik. Mungkin lagi menarik dari latihan tempur yang Kaizo selalu lakukan. Lynna tergelak kecil sambil memikirkan latihan tempur Kaizo. Bagaimana sesi pencarian dia? fikir Lynna. Adakah berjaya ataupun tidak? Dia berharap pencarian itu membuahkan hasil
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Boboiboy, Fang, Rizu dan Idoli di campak masuk ke dalam sebuah penjara kecil yang terletak di dalam sebuah gua. Manakala Yaya dan Faye pula, mereka ada penjara lain yang berhadapan dengan penjara kawan lelaki mereka. Pintu penjara itu ditutup dan di kunci oleh Trez
"Wei, baik kau lepaskan kita orang" Fang goyang-goyangkan pintu penjara itu
"Buat apa nak lepaskan korang? Kamu semua bukannya boleh lepaskan diri dari sini pun"
"Betul tu Trez" muncul seorang gadis bernama Jenny "Apa khabar Rizu?" Dia tersenyum melihat anak kecil yang bernama Rizu itu "Kita sudah lama tidak jumpa, masih ingat saya lagi?"
"Ehh.. KAKAK JENNY!" Rizu lari ke pintu penjara "Kakak Jenny lepaskan kami!"
"Hmm... Trez, kamu lepaskan dia"
"Woi, tak kan dia sahaja. Lepaskan kamu semua juga!" marah Fang "Tapi kalau kau nak lepaskan Rizu seorang sahaja, aku tak kan benarkan. Biar dia bersama kami"
"Ada kita orang kisah?" Trez membuka pintu penjara itu. Lalu dia tolak Fang kebelakang "Kau, mari ikut aku" Dia genggam pergelangan tangan Rizu dan heret budak itu keluar dari penjara itu
"Jangan terlalu kasar dengan dia, Trez" kata Jenny
Trez membawa Rizu ke Jenny. Mata dia memerhatikan Fang dengan penuh rasa sedih. Dia ingin bersama dengan abang angkatnya tetapi dia dipaksa keluar dari penjara itu
"Apa kau nak buat dengan Rizu?" Boboiboy menarik tangan Fang yang terjatuh di tepi dinding gua itu "Kau jangan apa-apakan dia!"
"Jangan risau, kami akan jaga Rizu dengan baik" jawab Jenny "Kami tidak akan cederakan dia"
"Tapi.. tapi.. Idoli.." Dia terus memeluk Boboiboy kerana takut "Abang Boboiboy, kita kena selamatkan abang Rizu" bisik dia
Fang menggenggam kedua-dua tangannya. Dia menahan kemarahannya kerana dia tahu, dia tidak boleh berbuat apa di situ kerana dia dan rakan-rakan dia tidak mempunyai kuasa. Yaya menangis kerana Rizu dibawa pergi oleh dua orang jahat itu. Faye duduk di tepi dinding sambil menunggu dua orang itu keluar dari tempat tahanan musuh mereka. Dia kelihatan tenang sahaja. Fang tidak sanggup mendengar Rizu asyik memanggil namanya sehingga suara Rizu tidak didengari lagi. Kini tinggal mereka sahaja di situ. Lalu Faye bangun dari tempat duduknya
"Apasal kau nampak tenang aje?" soal Fang dengan nada marahnya
"Hehehe..." Faye tidak menjawab. Dia hanya mengeluarkan sesuatu yang terselit di dalam stokinnya. Sebuah telefon bimbit atau lebih dikenali sebagai Stylobot "TAADAA!"
"OOO.. patutlah kau senyap aje tadi" Fang tersenyum bangga. Api kemarahan dia terus reda "Hehehe... bagus Faye bagus. Kau memang sepupu aku yang terbaik!"
"Terbaiklah Faye. Sekarang ni kita perlu keluar dari sini"
"Nanti dulu Boboiboy" kata Yaya secara tiba-tiba "Terlalu awal untuk kita bertindak. Kita kena tunggu lama sedikit, baru kita lepaskan diri dari penjara ini"
"Hmm.." Fang mengusap dagunya "Betul juga, lagipun biarkan mereka fikirkan kita tengah sengsara di dalam penjara gua ni. Bila dia orang sudah terlalu leka dengan rancangan jahat dia orang tu, baru kita keluar dari sini"
"Tapi berapa lama kita nak tunggu dalam gua ni?" Tangan Boboiboy mengusap kepala Idoli yang masih lagi menangis
"Kita tunggu malam" jawab Fang "Kita menyelinap keluar dari sini secara senyap tanpa mereka sedari... Faye, jangan lupa tengok jam. Bila dah waktu malam, beritahu"
"Ok" Faye angguk kepalanya
Mereka tunggu sahaja sehingga waktu malam tiba
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rizu berjalan di sebelah Jenny sambil perhatikan sekeliling tempat itu. Dinding-dinding besi di bahagian kanan dan kiri dia. Tiada pintu ataupun tingkap yang dia nampak. Trez berada di hadapan dia. Rizu tidak dapat larikan diri. Lagipun dia takut jikalau dia bertindak untuk melarikan diri. Dia takut jikalau mereka apa-apakan diri dia
"Rizu lapar?" tanya Jenny secara tidak langsung
"Err.. lapar sikit" balas Rizu sambil memikirkan abang angkatnya
"Mari ikut akak" kata Jenny dengan penuh lemah-lembut "Akak akan berikan makanan kepada Rizu"
"Macam mana dengan abang Fang? Mesti dia lapar"
"Jangan risau, kami akan sediakan makanan untuk mereka juga" Jenny berikan senyuman manis kepada Rizu "Kami akan penuhi semua kehendak Rizu kecuali lepaskan mereka ataupun Rizu"
"Hah, Pizu jadi orang tahanan dekat sini ke? Nanti ibu risau macam mana?"
"Tentang ibu kamu, nanti kami akan uruskan"
"Wei Cinco, apasal kau baik sangat dengan budak tu?" soal Trez sambil menoleh kebelakang sedikit untuk melihat Jenny
"Sebab dia kawan kecil aku" balas Jenny "Tak salahkan aku layan budak ni dengan baik"
"Suka hati kaulah tapi kalau dia buat hal, aku tak agak-agak masukkan dia dalam penjara"
"Jangan risau, aku pasti dia tidak akan buat hal" kata Jenny sambil melihat Rizu "Akak ada bilik khas untuk Rizu. Dekat situ, kamu boleh berehat"
Trez berhenti di hadapan sebuah pintu. Jenny mengeluarkan tabletnya dan lalu dia menekan sesuatu pada tablet itu dengan pen khas. Pintu bilik itu naik ke atas
"Ini bilik kamu. Nanti kami akan hantarkan makanan. Kamu juga boleh menonton TV ataupun bermain video game di sini"
"Err.. terima kasih kakak Jenny. Abang Fang pula macam mana? Tak kan dia duduk dalam gua tu sahaja? Dia takde bilik juga ke?" Rizu melihat Jenny dengan penuh kerisauan "Kalau boleh.. bagilah dia orang bantal ataupun selimut"
"Trez, kau hantarkan makanan dan selimut kepada kawan dia"
"Yelah" soal Trez sambil beredar dari situ
"Rizu pergi berehat yea. Akak ada kerja. Nanti kita berbual lagi"
"Tapi.." Jenny menolak bahu Rizu untuk masuk ke dalam bilik itu secara lembut "Pizu nak abang Fang!" Rizu menghentak-hentak kakinya
"Jangan risau Rizu, kami akan jaga mereka dengan selamat" Jenny masih boleh lagi bersabar. Dia tetap akan tenangkan hati budak itu "Akak janji, mereka akan selamat. Kami juga akan berikan makanan kepada mereka" Lalu dia berikan senyuman manis kepada Rizu
"Ok.." ucap Rizu secara perlahan
"Pergi berehat. Nanti kita berjumpa lagi"
Rizu masuk ke dalam bilik itu secara perlahan. Hati dia ingin bersama abang Fang tetapi dia harus turuti perintah Jenny. Dia takut kalau dia ingkar kata-kata Jenny, sudah tentu nasib abang Fang dan juga yang lain, akan menjadi bertambah buruk. Jadi dia mengalah. Pintu bilik itu ditutup oleh Jenny. Sang kecil itu, terus menangis seorang diri di dalam bilik. Jenny tersenyum sinis di luar pintu bilik itu
"Cinco" panggil seseorang
"Kenapa?" Jenny pusing kebelakang "Kau nak apa, Dos?"
"Trez beritahu aku yang budak tu kau layan dengan baik. Kenapa?"
"Saja" balas Jenny dengan satu senyuman "Lagipun aku pernah berkenalan dengan dia dulu. Jadi aku mahu kenal rapat dengan dia"
"Hmm.. suka hati kaulah" Dos tidak berpuas hati dengan tindakan Jenny "Tapi jangan rosakkan rancangan kita"
"Jangan risau, Rizu akan menjadi ahli paling muda untuk kumpulan Numeros"
Itulah kata-kata dari Jenny dan itulah paling ditakuti oleh Fang. Dia takut jika mereka lakukan sesuatu terhadap Rizu. Dia tidak akan benarkan perkara berlaku. Dia akan hentikan. Itulah janji Fang
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata Gopal terkebil-kebil melihat bangunan akademi M.A.T.A di luar tembok akademi itu. Dia terbayangkan pelbagai alatan canggih yang simpan di dalam bangunan serba putih itu
"Ini ke akademi korang?" soal Gopal dengan matanya tidak alih ke tempat lain "Lawa betul akademi M.A.T.A ni. Aku macam nak join aje"
"Hehehe.. boleh kot" kata Ali yang ragu-ragu. Kucing kesayangan dia ada di dalam dakapannya "Boleh ke uncle kalau dia orang masuk?"
"Itu kena tanya ketua teras tapi rasanya, tak perlulah kot sebab Gopal dan Ying ni kan superhero Malaysia"
"Tau takpe" Ali rasa cemburu sedikit "Saya nak jadi superhero, tapi uncle tak bagi kerana peranan kita sebagai seorang ejen, kenalah rahsiakan daripada semua orang. Gopal pula, satu Malaysia tahu siapa dia. Entah-entah, orang dekat luar negara pun dah tahu pasal dia orang"
"Habis tu, kau pun nak bongkarkan identiti kau dekat semua orang? Biar satu dunia tahu kau ni ejen. Kau nak diri kau dalam bahaya ke?"
"Errr.. takdelah, aku cuma cemburu aje" Lalu Ali tersengih kepada Alicia "Lagipun aku sudah belajar kesilapan aku yang dulu. Jadi aku tidak akan ulangi"
"Hah, pandai pun kau" kata Bakar "Kita sebagai ejen rahsia ni, kenalah rahsia. Kalau tidak, orang-orang yang kita sayang, akan dalam bahaya"
"Wooo... susah betul mahu jaga identiti rahsia korang"
"Tau takpe Ying" kata Gopal "Kita ni lawan alien aje, terutama sekali si Adudu tu. Suka sangat cari masalah dengan kita orang"
"Tapi alien bukannya selalu datang ke bumi. Jadi korang berlawan dekat angkasakan?"
"Tak juga" Laksamana Tarung yang jawab pertanyaan Ali tadi "Ada kalanya, mereka terpaksa berlawan di bumi tapi sudah tentu di Pulau Rintis sahaja dan ada kalanya, mereka mempergunakan orang-orang yang rapat dengan superhero Pulau Rintis"
"Maksudnya.. orang-orang yang rapat dengan dia orang pun dalam bahaya juga?"
"Takde maaa..." balas Ying kepada Ali "Itu jarang berlaku tapi selalu yang kena adalah Rizu atau kawan baik kita orang. Kadang-kadang kami pun jadi mangsa alien-alien jahat dekat angkasa tu. Ada kalanya juga, musuh kak Lynna pun jadikan kami semua sebagai mangsa mereka juga"
"Eh, kak Lynna pun ada musuh?"
"Ha ah, kak Lynna yang hebat tu pun, mestilah ada musuh juga" kata Gopal "Jadi kita semua akan bekerjasama untuk memperbetulkan keadaan. Apa yang aku boleh katakan, musuh korang lagi bahaya dan kejam daripada musuh kita orang. Menakutkan betul"
Ali angguk kepalanya sambil mendengar kata-kata Gopal tadi. Semasa mereka semua melangkah masuk ke dalam kawasan Akademi M.A.T.A , secara tidak langsung, droid-droid M.A.T.A . muncul dengan tangan kanan mereka terangkat ke depan untuk menembak orang-orang yang tidak kenali iaitu Laksamana Tarung, Gopal dan Ying. Alat pengera berbunyi begitu kuat sekali sehingga membuatkan Ejen Leon keluar dari bangunan akademi itu
"Bakar, siapa mereka tu?" soal Ejen Leon
"Dia orang ni kawan" balas Bakar "Err.. jangan tembak dia orang pula"
"Kawan ataupun bukan, mereka tidak boleh memasuki kawasan ini" tegas Leon "Baik mereka beredar sini sebelum kami bertindak"
"Jangan Leon" Geetha muncul di sebelah Leon "Mereka bertiga adalah kawan kepada Kaizo dan Lynna. Mesti ada penjelasan kenapa mereka bertiga ada di sini bersama Bakar" Dia memadamkan bunyi alat pengera itu dan mengarahkan droid-droid M.A.T.A beredar dari situ
"Kawan kepada Kaizo dan Lynna?" Leon masih tidak berpuas hati "Jadi, mereka boleh masuk ke dalam akademi ini?"
"Rasanya boleh" kata Geetha. Lalu dia berkata kepada mereka bertiga "Maafkan kami kerana tadi. Kami terpaksa tingkatkan keselamatan supaya tidak dicerobohi masuk oleh orang-orang kami tidak kenali. Semenjak Rizwan membawa Kaizo dan Lynna masuk ke dalam akademi ini, ketua-ketua teras telah mengarah kami untuk letakkan droid-droid MATA di sekitar akademi ini"
"Hmm.. Bakar, kau perlu jelaskan kepada ketua teras dan juga jeneral" balas Leon "Hari tu jeneral dapat tahu tentang Rizwan membawa masuk Kaizo dan Lynna, terus dia mengamuk. Lepas ni, tiada lagi orang luar yang boleh masuk ke sini"
"Kalau kawan saya dapat melepaskan diri dari tempat musuh macam mana? Hehehe.."
"Dia orang tahu ke tempat ni?" Leon mengangkat kening sebelah sambil memerhatikan Gopal "Jangan cakap, kamu berikan koordinat akademi ini. Bakar?"
"Tak, saya tak beritahu pun dekat dia orang" Sebenarnya Bakar ada berikan koordinat kepada Ochobot sekiranya ada apa-apa yang berlaku "Lagipun, macam mana mereka nak larikan diri dari situ. Kumpulan Numeros tu bahaya"
"Jangan pandang rendah terhadap Boboiboy dan lain-lain maaa..." kata Ying dengan penuh bangga "Aku pasti dia orang mesti dapat larikan diri punya"
"Mari semua" Geetha memanggil mereka "Kamu semua boleh berehat di dalam. Ejen-ejen yang lain ada di padang latihan bersama Lynna. Jikalau kamu ingin melihat sesi latihan mereka, saya boleh bawakan"
"WAH! NAK TENGOK!" kata Gopal
"Nanti dulu!" suara garang Laksamanan Tarung membuatkan Gopal menelan ludah "Sebelum kita dapat bertemu dengan yang lain, kita harus minta maaf dulu dekat ketua-ketua teras kerana memasuki kawasan akademi ini. Ejen Bakar, bawa kami kepada ketua kamu"
Bakar mengajak mereka bertiga menaiki tangga itu untuk terus ke sebuah bilik khas. Ali dan Alicia terpaksa ikut sekali untuk jelaskan apa yang berlaku ketika mereka berada di Pulau Rintis
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Telefon bimbit Faye berbunyi. Dia cepat-cepat hentikan bunyi itu sebelum musuh mereka terdengar bunyi tersebut. Faye kejutkan Yaya yang sudah tertidur lena di dalam selimut. Dia dan rakan-rakan dia yang lain rasa bersyukur kerana diberikan selimut dan juga makanan. Mereka agak takut juga untuk makan makanan yang telah diberikan kerana takut jika ada makanan itu mengandungi racun. Faye telah menggunakan Stylobotnya untuk mengimbas kesemua makanan mereka supaya ianya selamat dimakan
"Yaya, bangun.. sudah pukul 12. Masa untuk bertindak" kata Faye secara perlahan
"Ok" balas Yaya sambil membuka matanya "Fang dan Boboiboy sudah bangun?"
Faye melihat penjara yang berada di hadapannya. Fang sudah pun terjaga. Dia kelihatan segar dan tidak kelihatan penat. Boboiboy duduk di tepi dinding sambil mendodoikan Idoli. Sang alien kucing itu terlena tidur di atas riba Boboiboy. Tangan dia mengusap kepala anak alien kucing itu
"Wei, jom kita bertindak segera" bisik Fang "Kau kejutkan Idoli"
Faye menyeru nama Stylobot untuk bertukar dari telefon bimbit ke sebuah robot bulat berwarna putih dan ada ribbon merah jambu di atas kepalanya. Telefon bimbit itu mula berubah dan akhirnya dia menjadi robot bulat yang terapung di ruang udara. Dia sangat gembira dapat berjumpa dengan Faye. Lalu dia memeluk Faye seerat-eratnya
"Kita dekat mana ni?" soal Stylobot sambil melepaskan pelukan dia
"Kita kena tangkap dengan musuh baru" jelas Faye "Kau boleh tolong kami untuk melarikan diri dari sini"
"Ok! Aku ada gincu berlaser" Stylobot mengeluarkan sebatang gincu dari hujung jarinya dan berikan kepada Faye "Kau gunakan gincu ini untuk memotong pintu penjara tu"
"Terima kasih Stylobot" kata Faye dan Yaya secara serentak
"Cepatlah gunakan laser gincu tu!" Fang sudah mula hilang sabar "Kita harus cepat sebelum dia orang datang"
"Sabarlah Fang" marah Yaya sedikit "Kita kena tenang, jangan terlalu panik sangat"
Fang bersilang tangan sambil memasamkan muka. Faye dengan begitu cermatnya, dia memotong pintu besi itu secara perlahan. Dia tidak mahu terlampau gelojoh sangat. Sedikit demi sedikit dia memotong pintu itu dan akhir dia berjaya memotong pintu tersebut. Dia angkat pintu yang sudah dipotong itu secara berhati-hati, lalu dia letak di tepi. Sekarang giliran penjara budak lelaki pula. Fang berundur kebelakang supaya dia tidak terkena percikkan api dari laser tersebut. Dari bawah, ke hujung atas, lalu dia belokkan laser itu kanan sehingga ke hujung pintu penjara itu. Dari situ dia terus sambung sehingga ke penghujung bawah. Akhirnya pintu itu sudah siap dipotong. Dia pegang pintu itu dan lalu dia mengangkat keluar. Fang terus ke hadapan. Dia sudah tidak sabar untuk keluar dari penjara itu
"Jom Idoli, kita keluar dari tempat ini" kata Boboiboy
"Ok" Idoli mengosok-gosok matanya "Tapi abang Rizu dan kakak Emmy macam mana? Tak kan nak tinggalkan mereka"
"Takdelah, kita selamatkan mereka juga" balas Boboiboy
"Stylobot, kau kembali jadi telefon bimbit balik. Aku tak nak musuh kita tahu tentang kau" Stylobot ikut arahan Faye dan terus kembali menjadi telefon bimbit. Faye menyelit telefon bimbit itu di dalam stokinnya "Ok, jom cari Rizu dan Emmy"
Sebelum mereka dapat keluar dari bilik itu, Faye mengaktifkan subangnya untuk mencuri dengar jikalau ada orang di luar permukaan pintu itu. Dia tidak mendengar sebarang percakapan atau apa-apa bunyi yang ada. Lalu mereka buka sebuah pintu untuk keluar dari ruang bilik penjara itu. Fang melihat kanan dan kirinya untuk pastikan musuh mereka tiada lalu lalang di situ. Semuanya sunyi sahaja. Sebelah kanan dia ada jalan mati, di sebelah kiri mereka adalah laluan yang entah ke mana akan membawa mereka pergi. Dia melangkah keluar secara senyap
"Ok, semua senyap dan jangan bising" bisik Fang
Dia mendahului kumpulannya. Mata dia berliar melihat sekeliling laluan yang hanya ada dinding besi sahaja. Setiap langkah mereka ambil, hati mereka berdebar-debar dan tiada siapa pun membuat bunyi. Setelah mereka tiba di sebuah tempat yang mempunyai 4 lorong di setiap sudut tepi, Fang perhatikan laluan itu
"Mana yang kita patut ambil?" soal Yaya
"Hmm... kita tidak boleh berpecah" kata Boboiboy "Kita cuma ada satu peluang sahaja untuk melepaskan diri"
"Boboiboy" panggil Faye sambil mengambil telefon bimbit dia iaitu Stylobot "Kalau apa-apa berlaku, aku nak kau pegang Stylobot"
"Eh, kau macam mana?"
"Aku?" Faye berikan senyuman lemah dia kepada Yaya. Mata dia kelihatan sedih tetapi hati dia begitu berani untuk menghadapi apa jua yang berlaku nanti "Aku akan cuba menghalang musuh kita dan korang, pergi larikan diri dari sini. Kau ambil Stylobot dan gincu laser tadi, biar aku simpan. Manalah tahu, aku boleh guna lagi kemudian hari"
"Tak kan kau seorang sahaja" bantah Yaya "Aku akan tolong kau. Biar Boboiboy dan Fang larikan diri dari sini. Korang berdua bawa Idoli sekali"
"Hah? Kakak Yaya dan kakak Faye tak nak ikut sekali?"
"Itu kalau kita sudah tiada pilihan" kata Faye kepada Idoli "Boboiboy, kau gunalah Stylobot dengan baik. Aku percaya kau dan Fang pasti akan cari jalan untuk meminta bantuan daripada kawan-kawan kita yang lain"
"Syhh..." Faye terdengar sesuatu dari subangnya "Ada orang datang.. aku tak pasti dari arah mana. Boboiboy, kau ambil Stylobot ni"
Boboiboy mengambil telefon bimbit itu. Dia simpan di dalam poket seluarnya. Tiba-tiba Trez muncul bersama dengan Dos. Faye menyuruh Boboiboy, Fang dan Idoli lari ke tempat lain. Dia dan Yaya akan cuba menghalang mereka berdua. Faye menggunakan gincu laser untuk memotong siling besi itu. Lalu ianya terjatuh di hadapan Dos dan Trez. Mereka berdua hampir terhempap dengan siling besi itu. Lalu Trez memandang Faye dan Yaya
"Dia orang cuba nak lari dari sini" Trez lari ke arah Faye "Korang ingat, korang boleh lepaskan diri!" Tetapi Faye membawa Yaya lari ke tempat lain
"Trez, aku akan halang mereka bertiga" kata Dos "Kau dapatkan lagi dua tu"
Boboiboy, Fang dan Idoli tidak tahu ke arah mana mereka patut pergi. Mereka hanya lari ikut laluan sebelah kiri sebentar tadi. Boboiboy dan Fang cuba mencari jalan keluar dari bangunan itu tetapi tiada satu pintu mereka jumpa. Semuanya hanyalah dinding besi berwarna putih sehinggalah Idoli terbau sesuatu. Idoli berhenti berlari seketika
"Kenapa Idoli? Kalau penat, abang boleh dukung Idoli"
"Bukan abang Boboiboy tapi.." Idoli cuba menghidu bau itu. Boboiboy dan Fang rasa pelik. Mereka tidak bau apa-apa di situ "Idoli ada bau abang Rizu! IKUT IDOLI!"
Dos semakin lama semakin dekat dengan mereka. Boboiboy dan Fang ikut lari bersama Idoli. Lalu sang kucing alien itu berhenti di hadapan sebuah pintu. Secara tidak langsung, pintu itu terbuka. Rizu terkejut melihat Boboiboy, Fang dan Idoli ada di luar bilik itu
"ABANG FANG!" Rizu berlari keluar dari bilik tersebut
Boboiboy menoleh kebelakang kerana dia terdengar orang sedang berlari ke arah mereka. Fang pegang tangan Rizu dan terus membawa dia lari dari situ. Mereka terus mara ke depan sehinggalah bertembung dengan sebuah laluan yang mempunyai dua laluan. Satu kanan dan satu lagi kiri. Boboiboy menjadi cemas kerana terdengar orang sedang berlari ke arah mereka semakin dekat. Lalu dia mengambil laluan kiri. Idoli masih cuba menghidu sesuatu jikalau dia terbau bau-bauan Emmy
"Mana kakak Emmy?" bisik Idoli
"Kalau tak jumpa, takpe.. kita akan selamatkan dia lain kali" kata Fang "Sekarang ni kita kena cari jalan keluar"
Idoli angguk kepalanya. Di hadapan mereka terdapat sebuah tingkap makmal yang besar. Mereka akhir menjumpai Emmy. Sang gadis itu terkejut melihat mereka berempat berlari masuk ke dalam pintu makmal tersebut. Idoli pergi memeluk Emmy. Tangisan Idoli boleh didengari oleh Boboiboy. Kepala Idoli diusap oleh Emmy
"Jangan menangis Idoli" kata Emmy. Hati dia rasa gembira dapat bertemu dengan kawan-kawan dia "Abang topi oren dan abang Fely kena lari dari sini. Tinggalkan sahaja Emmy di sini tapi bawa Picu sekali"
"Picu? Mana dia?" soal Fang sambil memerhatikan sebuah mesin besar yang terletak di bahagian tengah makmal itu. Di dalam kaca silinder mesin itu terdapat tiga jam kuasa "WEI! ITU JAM KUASA KITA ORANG!"
"Kita kena ambil balik jam kuasa kita" kata Boboiboy
"Ja-jangan" jerit Emmy sedikit "Nanti Emmy juga yang kena. Kalau Emmy keluarkan jam kuasa tu, nanti mesin tu akan berbunyi" Dia tunjuk tangan dia ada kesan-kesan luka "Dia orang seksakan Emmy.. Picu pun kena sekali" Jari dia tunjuk di mana Picu berada sekarang ini
Mata Boboiboy, Fang, Idoli dan Rizu membulat besar apabila mereka melihat Picu dikurungkan di dalam sebuah kotak kaca. Sang alien itu kelihatan pucat dan warna hijau dia seperti pudar. Dia tidak nampak begitu ceria. Ianya nampak tidak bermaya. Picu tidak diberikan makanan sebab itu dia menjadi pucat dan tidak bermaya. Boboiboy menggenggamkan kedua tangannya kerana kekejaman musuh mereka. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi orang sedang berjalan ke arah makmal. Boboiboy mengeluarkan Picu dari kotak kaca itu. Mereka terus menyorokkan diri di bahagian belakang almari yang besar. Mereka terpaksa berhempit sementara. Emmy terus sambung membuat kerjanya dan berpura-pura tiada apa yang berlaku di dalam makmal itu
"Hmm.." Dos perhatikan makmal itu dengan mata tajamnya. Dia juga ingin memastikan jam-jam kuasa itu masih ada lagi di dalam mesin tersebut "Kawan kau mana?"
"Ka-kawan?" Emmy berlakon seketika walaupun di dalam hati dia agak bimbang jikalau Dos dapat membaca pemikirannya "Si-siapa yang datang?"
"Betul kawan kau tiada di sini. Kau jangan nak tipu. Jika aku tahu kau tipu, kau juga tahu apa akibatnya nanti"
"Takde.. takde siapa yang masuk dalam makmal ni" ujar Emmy dengan penuh berani "Emmy hanya jalankan tugas sahaja"
"Teruskan dengan tugas kau"
Dos langsung tidak perasan tentang ketiadaan Picu di dalam kotak kaca itu. Mungkin dia tidak mengambil kisah tentang sang alien hijau itu. Lalu dia keluar dari makmal itu. Dalam beberapa saat kemudian, Boboiboy keluar dari tempat persembunyian dia secara berhati-hati. Dia takut jikalau Dos kembali ke makmal itu
"Emmy, mari kita ikut orang" kata Boboiboy
"Ha ah, kau lebih selamat dengan kita orang" kata Fang pula
"Tak boleh" jawab Emmy sambil tunjukkan kaki kanan dia digari oleh sebuah alat "Kalau kaki Emmy melangkah keluar dari makmal ni, nanti alat ni akan berbunyi"
"Kakak Emmy kan budak genius. Kakak Emmy mesti tahu cara macam mana nak bukakan gari tu"
"Maaf Rizu, akak cuba tapi ada aliran elektrik di dalam gari tu. Jadi akak tak boleh nak larikan diri. Korang semua pergilah, tinggalkan sahaja Emmy di sini. Kita pasti akan dapat bertemu lagi. Emmy akan jaga dengan baik jam-jam kuasa itu dan Emmy akan lakukan tugas Emmy secara lewa supaya dapat melengahkan masa mereka"
"Ok, teruskan dengan rancangan itu" kata Fang "Dan jaga diri baik-baik. Jangan bagi mereka alasan untuk menghukum Emmy"
"Kakak Emmy" Idoli memeluk Emmy lagi "Kami akan kembali untuk selamatkan kakak Emmy, kakak fashion dan kakak biskut tak sedap"
"Idoli, cepat keluar dari sini. Kakak tak nak melihat Idoli tersesat macam akak" Air mata dia mula menitis keluar "Jaga Idoli dengan baik" kata Emmy kepada Boboiboy dan Fang "Rizu pun, jaga diri elok-elok"
Fang terpaksa mengheret Idoli keluar dari situ. Alat pengera mula berbunyi. Mereka sudah tiada masa lagi. Emmy mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya. Dia melihat sahaja mereka lari dari situ. Hati dia rasa pilu sehingga dia tidak dapat mengawal perasaan emosi sedihnya. Dia terduduk sambil menangis seorang diri. Di dalam hatinya, dia berharap rakan-rakan dia dapat larikan diri jauh dari situ dengan selamat
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Boboiboy, Fang, Rizu dan Idoli berasa lega apabila mereka akhirnya dapat melepaskan diri dari tempat persembunyian musuh mereka. Walaupun mereka rasa lega dan gembira sedikit tetapi jauh dihati, mereka rasa geram dan marah kerana tidak dapat selamatkan Yaya, Faye dan juga Emmy. Apa yang mereka harapkan, ketiga-tiga kawan mereka dalam keadaan selamat bukan terseksa. Mereka terpaksa meredah hutan untuk jauhkan diri dari tempat musuh mereka dan paling penting sekali, supaya kumpulan Numeros tidak menjumpai mereka berempat. Setelah mereka berjalan di dalam hutan itu selama 1 jam, akhirnya mereka keluar dari hutan tersebut dan tiba di pinggiran pantai. Masing-masing sudah kelihatan letih dan ingin berehat sebentar
"Fang, aku kena cari buah untuk Picu" Boboiboy mengusap kepala Picu dengan ibu jarinya
"Kasihan Picu" kata Rizu "Dekat mana kita nak cari buah?"
"Kita cari dalam hutan tu" balas Fang "Kalau jumpa, kita terus sumbat dalam mulut Picu" Lalu dia berkata lagi kepada Rizu "Rizu duduk dekat sini dan jaga Idoli dan Picu. Biar abang dan abang Boboiboy pergi cari buah. Jangan pergi kemana-mana ok"
"Ok" Rizu tidak membantah. Lalu dia mengambil Picu dari tangan Boboiboy "Jom Picu, kita duduk dekat tepi pantai.. jom Idoli, ikut abang"
"JOM!" jerit Idoli
Boboiboy dan Fang kembali meredah hutan tersebut. Mereka terpaksa menggunakan Stylobot untuk mendapatkan cahaya. Suasana hutan itu sangat gelap. Fang mula risau kerana dia terpaksa tinggalkan Rizu dan Idoli di dalam kegelapan. Dia harus cepat mencari buah, apa-apa sahaja buah dan kembali kepada dua budak kecil itu. Setelah mereka puas mencari buah akhirnya, Boboiboy dan Fang menjumpai sepohon pokok manggis yang ada di dalam hutan itu. Mereka kutip seberapa banyak yang mereka mampu bawa. Selepas itu, mereka terus kembali ke pantai. Setelah mereka tiba di situ, kelihatan Idoli sudah nyenyak tidur di sebelah Rizu. Manakala Rizu pula, mata dia asyik memandang langit gelap. Fang tidak pasti apa yang di fikirikan oleh adik angkatnya. Mungkin ibu dia? fikir Fang
"Rizu, kami ada jumpa buah"
"Picu! Abang Fang ada jumpa makanan untuk Picu!" Fang teraburkan buah-buah manggis itu di atas pasir pantai "Picu, makanlah" kata Rizu
Picu makan buah manggis itu secara perlahan kerana badan dia terlalu lemah. Keadaan di situ mula menjadi terang sedikit apabila Stylobot mengeluarkan sebuah cermin yang boleh mengeluarkan cahaya
"Kita nak ke mana lepas ni, Boboiboy?" soal Fang sambil duduk di sebelah kawan baiknya "Kita kena hubungi seseorang"
"Hmm.. kita hubungi Gopal. Kita minta bantuan daripada dia tapi sebelum itu, aku kena hubungi Ochobot terlebih dahulu untuk pastikan dia tahu yang aku selamat. Aku tak naklah Tok Aba risau"
"Ok, hubungi Ochobot dahulu.. lepas tu si Gopal tu"
Boboiboy angguk kepalanya. Mereka menggunakan Stylobot untuk menghubungi Ochobot. Lalu skrin kecil muncul keluar dari badan Stylobot. Robot kuning itu muncul di permukaan skrin tersebut
"BOBOIBOY!"
"Ochobot!" Boboiboy rasa gembira dapat menghubungi Ochobot "Tok Aba mana? Aku kena beritahu atuk yang aku selamat"
"Tok Aba ada dekat bumi. Aku pula ada dekat stesen TAPOPS sebab Laksamana Tarung yang suruh aku ke sini" jelas Ochobot "Kau ok? Macam mana kau boleh larikan diri?"
"Stylobot yang bantu kita orang" kata Boboiboy "Baguslah kau ada dekat sana. Risau aku nanti kalau kau kena culik dengan musuh kita. Gopal dan Ying mana?"
"Dia orang pergi akademi MATA. Laksamana Tarung pun ikut sekali"
"Kau tahu tak akademi tu dekat mana?" soal Fang "Kalau kau tahu, bolehlah kita ke sana. Kita kena minta bantuan daripada mereka untuk dapatkan balik jam kuasa kita dan juga selamatkan Yaya, Faye dan juga Emmy"
"Dia orang masih terperangkap lagi?"
"Ha ah Ochobot.. dia orang sanggup menghalang musuh kita tu supaya aku dan Fang dapat larikan diri. Itu pun selamat dapat jumpa Rizu sekali. Aku patut ucapkan terima kasih dekat Idoli sebab dia yang jumpa Rizu" Mata Boboiboy melirik ke arah alien kucing itu "Jadi, kau tahu tak akademi MATA tu dekat mana?"
"Tahu" balas Ochobot "Ejen Bakar ada berikan koordinat kepada aku. Dia cakap untuk kecemasan"
"Bagus, kau kena hantar kita orang ke sana" kata Fang
"Jap.." Boboiboy mengusap dagunya "Kita gunakan cara lain untuk ke sana. Aku tak nak musuh kita dapat tahu tentang Ochobot. Aku tak nak kehilangan Ochobot. Biarlah dia duduk di stesen TAPOPS buat sementara. Kita di sini jangan libatkan Ochobot. Aku tahu, kita ada cara untuk ke akademi MATA"
"Habis tu, kau nak suruh kita jalan kaki ke?"
"Bukan" Boboiboy terfikirkan tentang seseorang "Lily!"
"Wei, apasal kau sebut nama si pelik tu. Dia tu bukannya boleh tolong kita pun. Menyusahkan kita adalah"
"Kau ni Fang.." Boboiboy banyakkan bersabar dengan kawan baik dia "Lily tu walaupun pelik macam mana pun, dia dah banyak bantu kita. Kau tu patut berterima kasih dekat dia. Lagipun aku teringat dekat Lily.."
"Sebab kau rindukan dia?" Kening Fang terangkat sebelah "Mengaku ajelah kau ada hati dekat si pelik tu"
"Mana adalah! Aku anggap dia sebagai kawan sahaja" Boboiboy berkata benar "Fang, kau lupa ke yang si Lily tu ada satu lagi gajet milik Faye"
"Gajet apa?" Fang garu-garu kepalanya
"Kau ni, gajet yang boleh membawa kita ke mana-mana. Lily selalu gunakan gajet untuk ke Pulau Rintis. Sebab itulah dia selalu ada dekat situ"
"Bukan ke abang aku dah ambil gajet tu, macam mana boleh ada dekat si pelik tu" Fang tidak begitu berpuas hati "Takpe, nanti aku suruh abang aku rampas balik gajet tu.. hehehee"
"Kau ni.." Boboiboy gelengkan kepalanya "Ochobot, aku kena pergi dulu. Apa-apa hal, aku akan cuba hubungi kau"
"Ok, hati-hati tau"
Skrin kecil itu terus hilang. Lalu Boboiboy menyuruh Stylobot menghubungi Lily tetapi orang lain pula yang menjawab panggilan itu. Wajah Bella terpapar di skrin tersebut. Fang terus bermasam muka dengan matanya melirik ke arah Rizu. Dia mula perasan, Rizu hanya duduk diam sahaja dan tidak bercakap apa-apa semenjak dia dan Boboiboy menghubungi Ochobot
"BOBOIBOY! KAU SELAMAT? MANA YANG LAIN?" Bella teruja dapat melihat kawan-kawan dia terselamat
"BBB-CHAN KE TU?!" datang suara Lily "BBB-CHAN! LILY ADA DEKAT SINI!"
"Adeh.. si pelik tu tak boleh duduk diam ke?" marah Fang "Wei Bella, kita nak bantuan daripada si pelik tu"
"Wuu.. landak nak bantuan apa dari Lily? Tapi Lily tak bolehlah nak lawan-lawan sebab kaki Lily tengah sakit. Musuh korang yang buat.. sedih tau! Tapi selamatlah Bella dan Harraz jagakan Lily sekarang ni. Nak tengok tak kaki Lily kena balut?"
"Tak nak" balas Fang dengan nada malas
"Hehehe.. maaflah Lily, aku sebenarnya nak pinjam gajet yang boleh pergi ke mana-mana tu"
"Boleh! Boleh! Apa-apa sahaja untuk BBB-CHAN KU! Tapi korang dekat mana tu?"
"Nanti Stylobot hantarkan koordinat dekat korang" Boboiboy berkata lagi "Korang datang ke sini. Nanti bagi aku gajet tu sebab aku dan Fang perlu ke akademi MATA"
"Kita orang nak balik macam mana nanti?" soal Bella
"Kita orang hantarlah korang balik dengan gajet ni cuma aku yang pegang gajet tu nanti"
"Ok" jawab Bella "Hantar koordinat tu cepat"
Skrin itu terus terpadam. Stylobot menghantar koordinat mereka terus ke gajet Lily. Dalam beberapa saat kemudian, Lily dan Bella muncul di pantai itu. Wajah Lily bersinar-sinar kerana dapat bertemu kembali dengan Boboiboy. Dia berlari ke arah Boboiboy kerana ingin memeluk kekasih hatinya walaupun itu bukan kekasih hati dia kerana mereka hanyalah kawan. Walaupun kaki dia sakit dan sudah dibalut dan disimen, dia tetap mahu lari kerana bagi dia, Boboiboy adalah kekuatannya. Lalu Bella pegang lengan baju Lily
"Lily!"
"Ala Bella.. baru nak happy sebab dapat jumpa BBB-CHAN" Lily menjadi sedih sedikit "Tapi takpe! Disebabkan sekarang ini kami di dalam situasi bahaya dan penting, Lily akan serahkan gajet milik Faye kepada BBB-CHAN! Hehehee... BBB-CHAN jaga elok-elok tau sebab gajet ini adalah gajet kegemaran Lily"
Boboiboy tersengih dengan tangannya mengambil sebuah gajet berbentuk empat segi. Di tengah gajet itu ada skrin kecil dan dibawahnya, terdapat butang-butang nombor dari 0 hingga ke nombor 9. Lily tersenyum lebar sambil melihat Stylobot masukkan koordinat akademi MATA yang dia telah terima dari Ochobot
"Lily nak ikut boleh?"
"TAK BOLEH!" balas Fang dengan nada yang tinggi "Kaki kau tengah sakit, lagi mau ikut! Apa-apa terjadi dekat kau, siapa nak bertanggungjawab nanti?"
"Err.. pak cik jual laksa" Lily tersengih sedikit "Hehehe.. apasal ayat landak tadi macam seseorang yea" Dia mula berfikir. Lalu Fang menghiraukan sang gadis itu
"Ok, aku sudah masukkan koordinat akademi MATA di gajet Faye" kata Stylobot
"Sebelum tu, kita hantar mereka pulang dulu, baru kita ke akademi"
"Bye bye BBB-CHAN. Hati-hati tau" kata Lily sambil membuat muka sedih "Kalau nak minta pertolongan lagi, hubungi sahaja Lily ok!"
"Err... ok" Boboiboy tersengih sambil menekan butang kecil di gajet ke mana sahaja
Lily dan Bella menghilangkan diri bagaikan asap. Boboiboy dan Fang bertentangan mata. Mereka berdua sudah bersiap sedia untuk ke akademi MATA. Tiba-tiba lengan baju Boboiboy ditarik oleh seseorang
"Eh, Idoli.. kau dah bangun. Kenapa? Nak buang air kecil ke?" soal Boboiboy
"Bukan tapi ini tentang abang Rizu"
Boboiboy dan Fang pandang satu sama lain. Mereka mengarah Stylobot perhatikan Rizu, sementara mereka pergi ke tempat lain yang jauh daripada Rizu. Idoli tidak mahu perbualan mereka didengari oleh Rizu. Pada ketika itu, Rizu sudah terbaring tidur. Idoli tidak mahu Rizu terjaga dan mencuri dengar perbualan mereka nanti
"Kenapa dengan Rizu?" soal Fang. Hati dia mula rasa cemas "Ada apa-apa berlaku dekat dia ke?"
"Errmm.. masa abang Fang dan abang Boboiboy tengah hubungi abang Ochobot, abang Rizu dengar sahaja dan tidak bercakap apa. Idoli masa tu memang tengah tidur tapi Picu pergi jilat-jilat muka Idoli. Lepas dah terjaga tu, Idoli nampak abang Rizu macam senyap aje. Mata dia nampak macam kosong. Lepas tu Idoli pura-pura tidur. Adalah juga Idoli mengintai sedikit. Lepas kakak Bella dan kakak Lily datang, abang Rizu macam keluarkan sesuatu. Dia menghubungi seseorang. Suara dia macam suara kakak Jenny yang dekat penjara tu"
"Kakak Jenny tu ada cakap apa-apa ke?" soal Fang lagi
"Ada.. dia cakap, pastikan alat yang abang Rizu pegang tu, aktifkan alat pengesan supaya dia orang tahu akademi MATA dekat mana"
"Isk, tak boleh jadi ni. Macam mana dia boleh jadi macam tu? Apa yang mereka telah lakukan terhadap Rizu?" Boboiboy menoleh kebelakang untuk melihat Rizu. Budak kecil itu masih tidur lagi sambil diperhatikan oleh Stylobot "Fang, kita kena buat sesuatu sebelum kita ke akademi"
"Bagi aku uruskan si Rizu tu"
Fang kembali ke tempat mereka tadi. Dia memanggil Stylobot. Boboiboy dan Idoli pergi memerhatikan Rizu. Mereka mahu pasti Rizu tidak lari dari situ
"Kenapa Fang?" soal Stylobot
"Kau ada sesuatu yang boleh membuatkan Rizu tidur selama mana yang boleh"
Secara bangganya, Stylobot mengeluarkan sebuah botol perfume dari badan robot bulatnya. Dia berikan perfume itu kepada Fang
"Sembur sahaja dekat muka Rizu. Dia akan tidur selama 12 jam sahaja"
"Terima kasih Stylobot dan alat untuk memusnahkan alat pengesan?" Fang membaca sesuatu pada permukaan botol itu "Betul ke boleh tidur sampai 12 jam?"
"Ha ah, 12 jam sahaja dan yang alat satu lagi tu" Stylobot mengeluarkan gincu berlaser dari hujung jarinya "Nah, kau tembak aje dekat alat pengesan tu"
Fang angguk kepalanya sambil mengambil gincu berlaser itu dari Stylobot. Secara senyap, Fang pergi menuju ke arah tempat Rizu sedang tidur lena. Fang memandang Boboiboy dan Idoli. Lalu dia angguk kepalanya untuk menjalankan misi dia dengan segera. Mata Rizu terbuka luas. Dia ternampak abang angkatnya sedang memerhatikan dia tetapi Fang lebih pantas daripada itu. Sebelum Rizu dapat lakukan sesuatu, Fang telah menyemburkan perfume tadi ke muka Rizu. Mata Rizu terus tertutup rapat dan akhirnya dia tertidur semula. Tanpa membuang masa, Boboiboy dan Fang mencari alat pengesan tadi. Tangan Fang menyelup masuk ke dalam poket seluar adik angkatnya. Alat pengesan itu ada di situ. Dia campak ke pasir dan terus menembak gincu berlasernya. Alat itu meletup dan musnah
"Sekarang ni, kita ke akademi" kata Fang dengan hati yang marah "Aku harap di akademi nanti, dapatlah kita selamatkan Rizu sebelum dia menjadi ahli Numeros selama-lamanya"
to be continued...
--------------------------------
Macam mana? Best tak? Hehehe... enjoy tak dengan cerita kali ini?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top