Pencarian
Bau harum menusuk lubang hidung Fang. Bibir dia terukirkan sebuah senyuman kerana dia kenal dengan bau itu. Ianya adalah bau kegemaran makanan dia iaitu donut lobak merah. Lalu mata dia terbuka sedikit demi sedikit. Adakah bau ini adalah benar atau hanya mainan mimpi dia sahaja, fikir Fang. Dia pergi cubit tangannya sedikit dan dapat rasakan kesakitan itu
"YES!" Fang bangun dari katilnya dan tidak sabar untuk merasai kelazatan donut lobak merah itu
Fang sudah terbayangkan diri dia sedang duduk di kerusi dapur dan di hadapannya pula, penuh dengan donut lobak merah yang sudah tersusun cantik seperti sebuah piramid. Dia tidak sedar air liurnya meleleh keluar. Mata dia bersinar-sinar bagaikan ada sinar harapan yang sedang menanti diri dia. Tiba-tiba datang satu suara yang membuatkan dia ingin masuk tidur semula
"PANG!" Kaizo menghempas buka pintu bilik adiknya
"Abang nak apa?" nada Fang pada ketika itu ada sedikit marah
"Cepat siap, abang nak pergi ke stesen TAPOPS!"
"Eh.. kommander panggil abang ke?"
"Yea Pang. Abang ada hal penting dengan dia tapi sebelum tu, kita singgah rumah Emmy terlebih dahulu"
"Ok tapi.." Fang berhenti sekejap dan lalu dia berkata lagi "Neko Neko tu kena pulang hari ni ke?"
"Yea" balas Kaizo "Kau jangan lupa ubahkan dia balik"
"ALAAA! Tapi dia comel apa jadi baby tiger. Boleh peluk peluk macam peluk teddy bear" Fang peluk bantal dia di dadanya sambil tersenyum lebar dengan matanya terpejam seketika untuk menikmati kebahagian itu bersama harimau kesayangan dia "Neko Neko my baby tiger"
"Sah budak ni tak betul" bisik Kaizo. Lalu dia pergi ke katil adiknya dan terus menepuk kepala adiknya "CEPAT SIAP! AKU TAK NAK MELENGAHKAN MASA!"
"Yelah" Fang bermasam muka sedikit "Mana Neko Neko?"
"Dia ada dekat dapur dengan Pikachu dan Shadow. Dia orang tengah makan donut kegemaran kau" kata Kaizo sambil keluar dari bilik tersebut "Kau jangan nak marah dia orang pulak"
"ERK! DONUT KU!" Fang cepat-cepat turun dari katil tersebut. Dia terus mengambil tuala mandi dan bergegas masuk ke dalam bilik air. Dia tutup pintu bilik airnya dan lalu menjerit "ABANG! JANGAN BAGI DIA ORANG HABISKAN DONUT ADIK!"
Kaizo dengar jeritan adiknya tetapi dia tidak berkata apa. Dia hanya turun ke bawah dan masuk ke dalam dapur. Dia mengangkat kening sebelah kerana kesemua donut lobak merah sudah pun dihabis makan oleh Pikachu, Shadow dan Neko Neko. Ketiga bintang itu berada di bawah mereka, sibuk menjilat kaki depan masing-masing kerana sudah kenyang makan donut itu tadi. Dia tidak tahu samada mahu marah haiwan-haiwan peliharaannya atau tersenyum sinis sahaja. Lalu dia keluar dari dapur dan berpura-pura tidak mengetahui tentang itu
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang perjalanan dari rumah ke rumah Emmy, Fang masih tidak berpuas hati kerana donut kegemaran dia sudah habis di makan oleh haiwan peliharaannya. Dia mahu memarahi mereka tetapi tidak sanggup pula kerana mereka hanyalah haiwan, bukannya manusia. Haiwan juga mempunyai perasaan. Jadi dia pendamkan sahaja di dalam hatinya. Kaizo tidak berkata apa kepada adiknya dan biarkan sahaja adiknya bermasam muka. Sampai sahaja di rumah Emmy, mereka lihat Lynna sudah pun berada di dalam makmal Emmy. Bukan Lynna sahaja yang ada di situ, Boboiboy dan rakan-rakan dia yang lain juga ada di situ. Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Bella, Lily, Faye dan juga Harraz ada di situ. Semuanya sedang menunggu kedatangan Fang dan Kaizo
"Abang Fang dah sampai tapi..." Rizu boleh lihat abang kesayangan dia seperti tidak berpuas hati dengan sesuatu "Abang Fang ok ke?"
"Abang ok aje" jawab Fang sambil berpura-pura senyum. Di dalam hati dia sedih kerana tidak dapat menikmati donut lobak merahnya "Emmy panggil kita orang kenapa?"
"Bukan dia yang panggil tapi abang yang suruh berkumpul dekat sini" kata Kaizo
Dia menuju ke depan dan lalu pusingkan badannya untuk melihat Lynna, Faye dan Fang dan juga rakan-rakan adiknya. Lalu dia berkatakan sesuatu kepada mereka dengan nada yang tegas dan serius. Wajah dia menunjukkan sesuatu yang serius
"Aku panggil kamu semua ke sini kerana-"
"NAK MENGHUKUM KAMI!" Lily memotong percakapan Kaizo
"Bukan.. aku panggil kerana-"
"NAK BUAT PROMOSI JUALAN ITIK!" Lily mencelah lagi
"AKU KATA BUKAN!" Kaizo berikan jelingan maut ke arah mata Lily "Lagi sekali kau cuba menganggu aku.. pedang tenaga akan ku berikan"
"Hehehe... ok" Lily tersengih di situ. Mata dia terus mengalih ke tempat lain kerana dia tidak mahu melihat renungan Kaizo "Lalalaa.."
"Sambung balik.." Nada Kaizo kembali serius "Aku panggil kamu semua kerana kita sudah mempunyai musuh baru. 2 hari lepas, musuh kita telah mempergunakan Yaya dan Ying sebagai anak patung dia. Aku tidak mahu dia mempergunakan kita semua dan kita harus tamatkan musuh dengan serta merta. Aku tahu sebahagian daripada kamu tidak mempunyai kuasa tapi kamu harus berhati-hati juga kerana kamu adalah kenalan rapat dengan Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga Pang"
"Untuk mengambil langkah berjaga-jaga, Emmy telah letak anti-virus dekat jam-jam kuasa kamu semua. Jadi virus jahat itu tidak lagi dapat mengawal kamu dengan menggunakan jam kuasa itu"
"Terima kasih Emmy" kata Boboiboy "Jadi kami tidak perlu risaukan lagi tentang jam kuasa kami?"
"Tidak perlu" balas Emmy "Tapi kalau ada benda-benda pelik yang berlaku dekat jam kuasa tu, berikan kepada Emmy dengan segera"
"Itu sahaja ke kau panggil kita orang ke sini" tanya Lynna
"Sebenarnya.. aku ingin kau dan Emmy untuk pergi ke planet itu untuk menyamar. Kommander telah pun mendapat maklumat mengenai planet itu" Kaizo masukkan sekeping disk di dalam komputer Emmy. Sebuah hologram planet timbul di hadapan skrin komputer itu "Nama planet ini adalah planet Urbs. Planet yang penuh dengan alien yang kaya raya. Kehidupan mereka cukup mewah sekali"
"Wuuu.. macam best aje planet tu" kata Lily
"Best ke tak best, itu soal lagi" Kaizo membelakangkan kedua belah tangannya belakang badannya. Lalu dia berkata lagi "Sekarang kita perlu mencari maklumat siapakah musuh kita selama ini"
"Kami yang lain ikut sekali ke?" soal Yaya
"Tak perlu. Aku nak yang lain temankan Pang menghantar pulang si anak harimau dia tu. Biar aku, Lynna dan Emmy sahaja yang pergi" balas Kaizo
"Aik, apasal Emmy boleh ikut?" tanya Ying
"Kerana aku perlukan dia. Hanya dia sahaja yang boleh bantu aku dengan mengesan dimanakah dia bersembunyi" balas Kaizo lagi
"Ingat adik boleh ikut tapi kena hantar Neko Neko pula" Fang rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat menyertai misi penyamaran itu tetapi dia terpaksa ikut dengan arahan dari abangnya
"Abang hanya mahu kau selamat dari serangan musuh. Jadi kau pergilah berseronok dengan harimau kau di planet Metallum" Kaizo melutut di depan adiknya "Maafkan abang kerana tidak membawa kau sekali di dalam misi ini. Kau faham kenapa aku harus buat begini"
"Faham tapi Emmy tu kan budak-budak lagi, adik pula adalah salah seorang pasukan superhero. Bawalah adik sekali" Kaizo gelengkan kepalanya sahaja "Hmm.. takpelah kalau tak boleh" Fang peluk leher abangnya "Abang hati-hati tau"
"Yea, abang akan berhati-hati" bisik Kaizo di telinga adiknya
"Fang jangan risau, akak akan melindungi Emmy dengan baik" Lynna belai sedikit rambut Fang "Kami akan pulang ke bumi selepas sahaja misi kami selesai"
"Ok"
"Kalau kau masih ada lagi dekat planet Metallum, abang akan singgah di situ kalau sempat" kata Kaizo. Dia bangunkan dirinya "Abang pergi dulu. Kamu semua, jaga diri elok-elok dan Pang, kau nak bawa balik mana-mana binatang pulak"
"Baik abang!" Fang berikan tabik hormat kepada abangnya "Kalau adik terbawa balik, jangan marah yea"
"Aku tak kan marah tapi aku akan menghukum kau"
"Itu ajelah kerja abang" bisik Fang
Kaizo, Lynna dan Emmy terus bergerak untuk menuju ke kapal angkasa. Kali ini mereka bertiga menggunakan kapal angkasa milik TAPOPS kerana kapal angkasa Kaizo akan diguna oleh Fang untuk menghantar pulang Neko Neko ke planet asal dia
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Planet Urbs adalah sebuah planet yang sangat kecil sizenya. Ianya lebih kecil daripada planet bumi. Penduduk di planet Urbs terdiri daripada golongan elite. Planet Urbs terkenal dengan pelancongan dia iaitu sebuah pantai yang besar. Laut yang luas dan mempunyai pelbagai kehidupan laut yang menarik. Ramai alien dari planet lain akan pergi melancong di situ kerana suasananya agak nyama dan tenang sekali. Kaizo, Lynna dan Emmy menjalankan misi penyamaran mereka sebagai sebuah keluarga. Kaizo rasa agak janggal pada ketika itu kerana dia terpaksa memakai sehelai kemeja bercorak floral. Seluar dia pendek sampai ke paras lutut dan dia juga memakai cermin mata hitam. Lynna dengan baju kemeja tanpa lengan berwarna biru dan skirt putih kembang labuh sampai ke buku lali. Dia memakai sebuah topi yang ada lilitan bunga. Dia juga memakai cermin mata hitam. Emmy memakai beg Hello Kitty milik dia sendiri. Baju dia lengan panjang dan berseluar panjang
"Emmy, kau sudah pasang alat pengesan kau?"
"Sudah abang beruang" kata Emmy
"Bagus" balas Kaizo "Kalau ada orang bertanya siapakah kami, kau jawab sahaja kami adalah ibu bapa kau. Jangan biarkan misi ini gagal"
"Sekarang kita nak mulakan dari mana?" Lynna melihat pantai planet itu. Pasirnya putih, air lautnya kebiru-biruan dan langitnya memang tiada awan tetapi udaranya begitu tenang dan sejuk sekali "Kita tidak boleh nampak seperti orang yang mencurigakan"
"Kalau begitu, kita pergi duduk dekat cafe sebab Emmy perlukan sedikit masa untuk dapatkan lokasi virus tu"
"Baiklah" Mata Kaizo mencari-cari cafe yang terdekat sehinggalah dia terjumpa sebuah kedai kecil di tepi pantai "Kita ke situ" Dia tunjuk sebuah kedai yang menjual pelbagai perisa ice cream
"WAH! CAFE ICE CREAM!" Emmy berlari ke arah kedai tersebut
Kedai itu kecil dan terbuka seperti kedai Kokotiam Tok Aba. Pelanggang boleh duduk di kaunter ataupun duduk di tempat yang sudah tersedia. Kaizo dan Lynna berjalan menuju ke kedai tersebut. Ianya kelihatan tidak begitu ramai orang. Emmy sudah mengambil tempat yang bersebelahan dengan sebuah gerai kecil yang menjual cenderamata. Dia begitu seronok melihat gambar-gambar ice cream di papan menu kedai tersebut. Pelbagai perisa yang ada dan perisa yang Emmy tidak pernah dengar ada jual di situ juga
"Emmy, kau jangan ingat kita ke sini untuk berseronok. Kau jalankan tugas kau" tegur Kaizo sambil duduk di sebelah Emmy
"Baik abang beruang!" Emmy terus keluarkan laptopnya dari beg Hello Kitty dia "Emmy akan jalankan tugas Emmy dengan segera"
"Aku pergi beli ice cream untuk kamu semua"
"Gunakan kad kredit aku" Kaizo menghulurkan sekeping kad kredit kepada Lynna "Jangan nak beli yang mahal sangat"
"Yea Kaizo, aku beli yang murah sahaja" Lynna mengambil kad kredit itu dari tangan Kaizo "Hmm.. rasanya kau suka ice cream apa yea" Dia terus pergi membeli 3 ice cream untuk mereka semua
Sementara Kaizo dan Emmy menunggu kedatangan ice cream mereka, Kaizo perhatikan sahaja Emmy membuat kerjanya. Begitu pantas sekali Emmy menaip di laptopnya. Semua data tentang virus itu sudah pun ada di dalam laptop Emmy. Dia cuma perlu mencari lokasi yang tempat di mana musuh mereka sembunyikan diri. Kaizo tidak sabar untuk berhadapan dengan musuh terbaru mereka tetapi dia tidak mahu berharap sangat. Mungkin benda yang tidak di sangkakan akan berlaku. Lalu dia pergi menghubungi adiknya untuk memeriksa keadaan di sana. Pada ketika itu, Fang dalam perjalanan ke planet Metallum untuk menghantar Neko Neko pulang ke planet asalnya. Fang tidak menjawab panggilan abangnya kerana dia terlalu sibuk bermain dengan harimau kesayangan dia
"Tak jawab pulak budak ni" bisik Kaizo
"Hehee.. sabar abang beruang. Mungkin abang Fely tengah berseronok dekat sana"
"Mungkin juga" balas Kaizo. Dia terus mengalih permandangan dia kepada keindahan pantai tersebut
Tidak jauh dari situ, Kaizo boleh nampak sebuah jeti terapung di atas permukaan air laut. Kapal-kapal mewah sedang berlayar di tengah-tengah laut. Beberapa anak kecil sedang bermandi-manda di tepi laut. Mereka nampak begitu gembira sekali dapat bermain dengan air laut. Ibu bapa mereka tidak henti-henti tergelak bersama anak-anak mereka. Suasana itu membangkitkan rasa perasaan rindu di hati Kaizo. Dia seperti nampak bayangan ibu bapa dia ada di pantai itu sambil bermain kejar-kejar bersama diri dia. Adik dia pula sedang membina sebuah istana pasir di tepi pantai. Kaizo tidak sedar dengan senyuman yang dia berikan
"Kaizo.." Lynna duduk di depan Kaizo sambil meletakkan sebuah dulang bulat di atas meja "Kau ok ke?"
Kaizo terus tersedar dari bayangan dia. Lalu dia melihat wajah kerisauan Lynna. Dia tidak berkata apa kepada Lynna. Dia hanya mengambil satu bekas mangkuk ice cream di dalam dulang bulat itu
"Kau ok?" tanya Lynna lagi sekali
"Aku ok.. kau tidak perlu risau" balas Kaizo. Tangan dia sudah mencapai sudu ice cream itu tetapi Lynna sempat mengambil balik ice cream vanilla tersebut dan lalu dia letakkan di tepi laptop Emmy
"Itu ice cream vanilla untuk Emmy. Kau punya aku belikan green tea milkshake" Lynna hulurkan segelas air milkshake kepada Kaizo "Ambiklah"
"Ermm... terima kasih" balas Kaizo sambil mencapai air itu dari tangan Lynna
"YEAH! Ice cream vanilla! Terima kasih kakak puteri fantasy" Emmy mengambil sudu ice creamnya untuk makan "Lagi sedikit lagi kita akan tahu lokasi si virus jahat tu. Harap abang beruang dan kakak puteri fantasy dapat bersabar"
"Baik Emmy. Jangan terburu-buru sangat" kata Lynna
"Tapi kita tidak boleh lambat. Kalau tidak, musuh itu akan larikan diri jikalau dia tahu kita berada di sini"
"Aku juga tidak mahu dia mengetahui tentang kita tapi aku tak naklah suruh Emmy membuat kerjanya terlalu cepat. Aku tak nak dia terburu-buru. Aku takut nanti dia buat kesilapan pula dan kau akan memarahi dia nanti"
"Yelah.. aku tak akan terlalu memaksa dia" kata Kaizo. Dia menghirup air milkshakenya dengan menggunakan sebatang straw
"YES!" Emmy begitu gembira sekali apabila alat pengesan dia sudah mendapat lokasi musuh mereka
"Kenapa Emmy? Kau sudah menjumpai lokasi dia?" Kaizo melihat laptop Emmy. Satu penanda bulat merah terpapar di skrin laptop itu "Dekat mana lokasi tu?"
"Lokasi itu tidak jauh dari sini. Kita perlu bertindak cepat sebelum dia menghilangkan diri"
"Bagus Emmy, aku bangga dengan kau. Mari kita beredar dari sini" Kaizo sempat habiskan air milkshake dia sebelum dia bangun dari tempat duduknya "Aku tidak mahu melengahkan masa lagi"
"Ok" Emmy simpan laptopnya di dalam beg Hello Kitty dia "Jom ikut Emmy"
"Emmy pastikan kita tidak sesat"
"Baik abang beruang!" Emmy periksa semula alat pengesannya "Mula-mula, kita jalan terus"
Kaizo menyuruh Emmy berjalan di antara dia dan Lynna supaya mereka tidak kelihatan mencurigakan. Mereka berjalan di tepi pantai sambil menikmati keindahan pantai pada hari itu. Emmy membawa mereka ke sebuah datara, bersebelahan dengan pantai. Dataran itu dipenuhi dengan pelbagai gerai menjual makanan dan juga cenderamata. Di dataran itu terdapat beberapa alien dalam pelbagai paras rupa yang datang ke situ. Mereka sedang sibuk melihat atau membeli makanan yang ada jual di gerai-gerai kecil itu. Ianya seperti pasar yang ada di planet bumi. Mereka boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga yang memuaskan hati mereka. Emmy seperti mahu pergi melihat pasar itu tetapi Kaizo sedang perhatikan diri dia. Lalu Emmy terpaksa belok ke kanan untuk melintas jalan
"Sekarang ni, kita kena lalu tepi-tepi kedai" kata Emmy
Kedai-kedai di situ menjual pelbagai barang antik. Setiap kedai yang mereka lihat, semuanya barangan antik. Lynna tertarik dengan seutas rantai yang ada batu permata berwarna biru di dalam bentuk hati yang pamer di tingkap kedai antik tetapi dia perlu ingatkan diri dia kerana ini bukan masanya untuk membeli belah. Lalu dia lupakan sahaja niat di hatinya. Kaizo perasan dengan apa yang Lynna melihat pada ketika itu tetapi dia tetap teruskan berjalan tanpa berkata apa. Emmy belok ke kiri. Mereka sudah pun berada jauh daripada pandai dan kini mereka berada di laluan yang penuh dengan kedai-kedai makanan. Laluan itu tidaklah sesibuk mana. Mereka teruskan berjalan lagi. Emmy terasa lapar apabila melalui jalan itu kerana bau-bau makanan di situ membuatkan Emmy ingin merasai makanan yang ada jual di situ. Bau-bau makanan itu menusuk masuk ke dalam lubang hidung mereka. Bau ayam panggang, ikan bakar, ayam goreng, keju pizza, sup cendawan dan pelbagai jenis bau yang boleh mereka hidu di laluan itu. Sampai sahaja di penghujung kedai, Emmy belok ke kanan. Mereka lalu di tepi kedai yang menjual makanan pencuci mulut. Di dalam kedai itu terdapat satu kolam pancutan air chocolate. Kanak-kanak yang berada di dalam kedai itu, begitu seronok sekali melihat pancutan air chocolate itu
"Bestnya" bisik Emmy
"Satu hari nanti, kita datang ke sini balik tapi sekarang ni, kita jalankan misi kita sahaja" kata Lynna
"Baik kakak puteri fantasy tapi janji tau bawa kami semua ke sini"
"Itu pun kalau si putera galaxy ni bawa kita orang ke sini.. hehehe" Lynna tersenyum sedikit sambil melihat Kaizo "Kau pun mesti nak beristirehat dekat sini dengan adik kau"
"Hmmm... itu pun kalau aku naklah" balas Kaizo dengan nada serius dia
"Kalau kau tak nak bawa dia, biar aku sahaja yang bawa dia dan juga rakan-rakan dia"
"Kau boleh ke terbang ke sini? Kau bukannya ada kapal angkasa"
"Yea, aku memang tidak memiliki sebuah kapal angkasa seperti kau tapi aku boleh sahaja pinjam kapal angkasa kau"
"Pinjam boleh tapi jangan lama-lama sangat" Kaizo memang sayangkan kapal angkasanya tetapi kalau ada sesiapa yang mahu pinjam, dia hanya berikan orang yang dia percayai sahaja "Tapi kalau kau bawa adik aku dan rakan-rakan dia, aku kena ikut sekali kerana aku tak naklah kau jaga mereka seorang diri sahaja"
"Baiknya abang beruang.. hehehe.. atau abang beruang takut alien lain mengambil kesempatan untuk menawan hati kakak puteri fantasy!" Emmy tersengih kepada Kaizo
"Kau pun macam adik aku.. jangan nak mengarut" Sebenarnya memang benar pun cuma Kaizo tidak mahu mengaku sahaja "Sekarang kita ke mana pula?"
"Kejap lagi kita akan sampai" balas Emmy sambil perhatikan alat pengesan dia
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang, Faye dan rakan-rakan mereka telah pun tiba di planet Metallum. Neko Neko begitu teruja sekali apabila dia sudah sampai di planet asalnya. Harimau itu sudah pun pulih kepada asal. Dia bukan lagi seekor anak harimau. Permaisuri Reina sudah lama menunggu kedatangan mereka dan dia telah pun mengadakan majlis kecil-kecilan untuk tetamu khasnya. Kesemua haiwan-haiwan yang ada di planet itu berkumpul di kawasan perkarangan istana untuk menyambut tetamu mereka. Seekor harimau yang lebih dikenali sebagai Tigris duduk di sebelah permaisuri Reina yang sedang berdiri di hadapan pintu gerbang istana. Harimau itu adalah haiwan peliharaan permaisuri Reina. Dia adalah seekor harimau paling setia dengan tuannya
"Selamat kembali ke planet Metallum"
"Terima kasih Permaisuri Reina" Yaya begitu lembut sekali dengan Permaisuri itu "Kami di sini bukan sahaja ingin menghantar pulang Neko Neko tetapi kami juga ingin melawat haiwan-haiwan di planet ini"
"Saya di sini sentiasa mengalu-alukan kedatang kamu semua" Lalu permaisuri itu tersenyum kerana ada sesuatu yang menarik perhatian dia "Nampaknya, kawan kamu tidak sabar untuk bermain dengan haiwan-haiwan di planet ini"
Semuanya pandang ke arah Lily yang sudah bersiap sedia dengan pakaian itiknya. Di dalam poket baju yang letak di bahagian tengah, terdapat satu makhluk kecil iaitu Picu. Dia agak selesa duduk di dalam poket baju itik itu. Rizu pula dengan pakaian serba penguin. Mereka berdua begitu semangat untuk bermain dengan haiwan kegemaran mereka. Yaya sudah pun membawa biskut dia yang dikatakan tidak begitu sedap itu
"Dia ni memang pelik tapi permaisuri boleh abaikan dia sahaja" jelas Fang
"Pelik tapi bersemangat" Permaisuri Reina bertepuk tangan dan pintu gerbang itu dibuka secara tidak langsung
Pelayan-pelayan keluar dari pintu itu sambil membawa dulang masing-masing. Pelayar-pelayar membawa pelbagai jenis makanan untuk tetamu Permaisuri Reina. Gopal sudah tidak sabar untuk merasai makanan-makanan tersebut. Dia boleh bau kelazatan makanan itu
"Mari kita duduk di tempat meja khas" Permaisuri Reina membawa mereka ke sebuah taman yang terletak di tepi istana
Di dalam taman itu terdapat beberapa meja bulat yang sudah tersedia khas untuk para tetamu Permaisuri Reina. Setiap meja terdapat 4 buah kerusi. Di atas meja itu sudah pun tersedia pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan juga gelas. Fang mengambil tempat yang berdekatan dengan pokok-pokok bunga tulip berwarna ungu. Dia duduk di situ dan Neko Neko baring di atas tanah. Datang seorang pelayan untuk menghidangkan makanan di atas meja itu. Pelayan itu meletakkan sepiring pinggan yang penuh dengan mini burger dan sup cendawan di dalam satu mangkuk besar
"Bestnya dekat sini. Aman, tenang, tiada bunyi bising dan haiwan-haiwan dekat sini semuanya jinak-jinak" kata Yaya
"Betul betul.. aku pun sangat suka maa.. hehee" Ying duduk di situ juga bersama Fang dan Yaya "Comel pula si Rizu main dengan anak-anak penguin tu"
"Rizu tu dah macam abang penguin. Yang lain-lain tu macam adik dia pula.. heheee.." Fang tergelak sedikit "Cuba tengok si Gopal tu, dia cuba nak dekatkan diri dengan beruang angkasa tu"
Fang, Yaya dan Ying perhatikan Gopal dari jauh. Pada ketika itu, Gopal cuba hendak mendekatkan diri kepada beruang itu. Berung itu sedang makan buah-buahan bersama anak-anaknya. Gopal mengangkat sebiji apple dan lalu dia hulurkan buah itu kepada seekor anak beruang. Ibu beruang itu tidak marah kerana dia percaya Gopal tidak akan mengapa-apakan anaknya. Seekor anak beruang merangkak ke arah Gopal. Tangan dia mencapai buah apple tu dari tangan Gopal
"Wuuuu... anak-anak abang Kaizo"
Mata Fang melirik ke sebuah kolam air pancut yang tidak jauh dari situ. Lily sibuk melayan anak-anak itik di situ. Ibu mereka hanya perhatikan Lily dari kolam air tersebut. Anak-anak itik itu berbunyi-bunyi bising kepada Lily. Ibu itik itu berenang ke tepi kolam untuk melihat apa yang anak-anak dia sedang bisingkan itu. Rupanya anak-anak itik itu ingin bermain dengan Picu
"Sabar anak-anak abang Kaizo, Lily akan berikan Picu kepada kamu semua tapi sebelum tu.. hehehe.. mainlah dengan Lily dulu" Lily berikan senyuman dia kepada anak-anak itik tersebut tetapi pada mereka, senyuman itu amat menakutkan sehingga mereka lari masuk ke dalam kolam itu "ERK?! Kenapa korang lari"
"Dia orang tak suka dengan kau kot" Bella muncul di sebelah Lily dengan sekeping pizza chocolate di tangannya
"Tapi.. tapi.. Lily nak main dengan anak-anak itik"
"Takpelah Lily, kita main dengan haiwan lain ajelah" pujuk Faye sambil pegang bahu Lily "Kita main dengan Rizu dan penguin-penguinnya nak tak? Tak pun kita pergi main dengan arnab ke.. hehee"
"WUUU! Main dengan landak angkasa pun seronok juga!" Lily terus kembali semangat. Dia keluarkan Picu dari poket baju itiknya dan letakkan makhluk hijau itu di tepi kolam "Picu main elok-elok yea. Jangan pergi makan pula anak-anak itik tu. Menangis abang Kaizo nanti"
Mata Picu membulat besar sambil melihat anak-anak itik itu datang dekat kepada diri dia. Mata anak-anak itik itu sama seperti Picu. Lalu Picu melompat-lompat dengan lidahnya terjulur keluar. Hati dia begitu gembira sekali kerana dapat bermain dengan anak-anak itik tersebut
Ketiga-tiga gadis itu tadi, terus menuju ke arah Rizu yang sedang berkelah dengan penguin-penguin comel. Penguin-penguin itu suka melihat Rizu yang berpakaian seperti penguin. Faye sempat mengambil gambar mereka. Selepas itu dia menangkap gambar Gopal sedang dipeluk oleh anak-anak beruang. Semuanya peluk kaki Gopal. Hati Gopal rasa sangat terharu dan bahagia pada ketika itu. Harraz sedang menulis sesuatu di dalam buku nota dia iaitu tentang kehidupan haiwan lain di planet lain. Dia perhatikan setiap haiwan yang ada di situ. Boboiboy pula sedang belai kepala kuda terbang ataupun lebih dikenali sebagai unicorn. Kuda itu berwarna putih dan ianya lebih suka dengan sentuhan dari para gadis. Kuda itu juga mempunyai sepasang sayap
"Seronoknya dia orang" kata Yaya. Dia masih lagi di tempat duduknya "Aku rasa aku nak bagi biskut ni dekat permaisuri tu rasa. Mesti dia akan suka dengan biskut aku"
"ERK!" Terkejut Fang dan Ying
Neko Neko terus bangun dan lalu dia lari dari situ kerana dia juga tahu dengan kisah biskut Yaya. Dia takut jikalau diri dia menjadi mangsa biskut yang tidak berapa sedap itu
"Yaya, tak perlulah susah-susah bagi dia biskut.. hehee" Ying tersengih kepada kawan baik dia "Lagipun sini sudah terlampau banyak sangat makanan maaa"
"Aku tahu tapi aku nak juga kongsi biskut aku dengan dia. Mesti permaisuri itu akan suka dengan biskut aku"
"Biskut apa tu?" Permaisuri Reina muncul di belakang Yaya
"Permaisuri, saya ada buat biskut. Permaisuri rasalah biskut yang saya buat" Yaya bangun dan angkat bakul dia yang berada di atas meja itu. Lalu dia mengambil sekeping biskut dan berikan kepada permaisuri itu
"Hmm.." Permaisuri Reina mengambil biskut itu. Sebelum dia makan biskut itu, dia membelek-belek biskut tersebut. Biskut itu di dalam bentuk hati "Menarik biskut ni tapi apakah rasanya"
"Eh permaisuri kena rasa mini burger ni" Fang sudah pun berada di tepi permaisuri "Rasa dia lain daripada yang lain"
"Saya tahu rasa burger tu memang lain sebab ianya adalah veggy burger"
"BURGER SAYUR?!" Fang terkejut seketika "Sayur pun sayurlah tapi permaisuri mesti nak makan lagikan" Dia tersengih di situ
"Fang, apa yang kau cuba lakukan?" tanya Yaya dengan nada seriusnya "Kau cuba nak sabotaj biskut aku ke? Atau sebenarnya kau nak biskut ni sebab abang kau selalu berikan biskut aku kepada kau" Mata Yaya terus bersinar-sinar sambil melihat Fang
"Ma-mana ada! Aku cuma nak berikan kepada Lahap aje. Dia kan peminat nombor satu biskut kau"
"Kalau begitu, apa kata kamu berikan biskut ni kepada kawan-kawan kamu sahaja dan biskut yang ada di tangan saya, saya akan makan" kata Permaisuri itu. Lalu dia beredar sambil merasa sedikit biskut itu. Muka dia terus berubah "Patutlah kawan dia tak bagi aku makan biskut ni" bisik dia. Biskut itu dia simpan di dalam poket skirt labuhnya
"Jadi kau memang betul nak bagi dekat Lahap?" tanya Yaya
"Ha ah! Dia kan suka sangat dengan biskut kau" Fang tersengih di situ dan hati dia berdebar-debar kerana dia juga tidak mahu menjadi mangsa kepada biskut itu
"Ok! Nanti kalau dia nak lagi, beritahu aku. Kalau kau nak biskut ni, ambiklah. Aku ada buat banyak"
"Hehehee.." Fang hanya mampu tergelak sahaja dengan tangannya sudah mengambil bakul biskut itu dari Yaya
"Jom kita pergi main dengan kuda terbang tu" kata Yaya sambil tunding jarinya ke arah Boboiboy yang masih membelai kepala kuda putih itu "Aku sudah lama tak naik kuda tu.. jom Ying"
"JOM!" kata Ying "Wei Fang, kau mahu ikut kami ke tak?"
"Nanti aku ikut" balas Fang. Dia sebenarnya ingin menghantar mesej kepada abangnya yang dia sudah pun tiba di planet Metallum
Neko Neko mengeselkan kepalanya di kaki Fang. Dia ingin memberitahu bahawa dia tidak perlu risaukan sangat tentang Kaizo kerana dia yakin Kaizo dapat melindungi diri dari ancaman musuh. Selepas sahaja dia menghantar mesej itu kepada abangnya, tangan Fang terus belai kepala harimaunya. Begitu manja sekali harimau itu terhadap tuannya
"Neko Neko, kalau kau nak tahu.. aku takdelah risaukan sangat dekat abang aku tu. Dia kan seorang kapten yang berani, handal, kuat dan juga garang. Tapi dia tidak keseorangan. Kak Lynna ada bersama dengan dia. Mereka berdua tu, sentiasa selamatkan satu sama lain. Agaknya, bila aku dah besar nanti, aku akan jumpa tak seorang gadis seperti kak Lynna?"
Neko Neko hanya mengaum sahaja kepada Fang. Kali ini badan dia bergesel-gesel di badan Fang
"Hehehe.. suatu hari nanti aku akan jumpa gadis itu tapi buat masa sekarang ini, aku hanya mahu tumpukan pelajaran aku sahaja dan juga meluangkan masa aku bersama rakan-rakan yang aku sayangi. Jomlah Neko Neko, kita pergi bermain dengan dia orang"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Emmy menjenguk sedikit di bahagian tepi bangunan kedai. Dia melihat lorong itu kelihatan sunyi dan tiada orang yang lalu lalang di situ. Lalu dia keluar dari situ bersama Kaizo dan Lynna. Dia melihat alat pengesannya untuk pastikan mereka berada di tempat yang betul. Mereka kini sudah berada jauh dari pantai dan juga dari orang ramai. Kawasan yang mereka berada sekarang adalah kawasan yang tidak mempunyai ramai penduduk. Kedai-kedai yang ada di situ, semuanya sudah tutup. Hanya tinggalan kedai-kedai kosong sahaja
"Emmy, akak rasa tak sedap hati pula. Betul ke musuh kita berada di kawasan ini?"
"Betul kakak puteri fantasy. Emmy sudah periksa 2 3 kali tapi tempat beginilah sesuai untuk alien-alien jahat sembunyikan diri" kata Emmy. Dia membawa mereka ke sebuah bangunan apartment lama dan lalu dia masuk ke dalam. Bangunan itu tidak mempunyai pintu kerana sudah habis di musnahkan. Rumput-rumput kecil tumbuh di atas lantai bangunan tersebut.
"Mengikut kata alat ni, musuh kita berada di tingkat atas"
"Jadi kita naik ke atas" kata Kaizo "Lynna, kau jaga di sini... biar aku dan Emmy pergi periksa"
"Ok" balas Lynna "Kau jaga Emmy dan jangan biarkan musuh cederakan dia"
"Yea, aku akan melindungi dia tapi kalau dia serang pun, aku akan suruh Emmy lari terus ke kau"
"Ok. Hati-hati" Lynna perhatikan Kaizo dan Emmy berjalan ke arah tangga bangunan itu
Bangunan itu mempunyai satu lif tetapi ianya sudah tidak berfungsi. Kaizo dan Emmy naik ke tingkat atas. Tinggal Lynna seorang diri di tingkat bawah. Dia tidak begitu takut kerana dia pernah menghadapi pelbagai situasi. Dia perhatikan keadaan di luar bangunan itu. Tiada orang yang lalu lalang. Boleh dikatakan tapak kawasan ini seperti kawasan berhantu. Dia terbayangkan musuh-musuh dia muncul di situ secara mengejutkan tetapi tak mungkin perkara itu akan berlaku kerana dia berada di planet lain. Lynna menuju ke sebuah bilik yang ada di situ. Bilik itu adalah sebuah pejabat dan satu-satunya pejabat yang ada di tingkat bawah. Kerusi dan meja masih lagi ada di situ. Begitu juga dengan almari yang masih lagi lengkap dengan dokument-dokument lama. Tangan dia mencapai salah satu dokument tersebut untuk melihat isi kandungan di dalamnya. Kaizo dan Emmy sudah pun berada di tingkat 3. Emmy membawa Kaizo ke sebuah rumah yang terletak di bahagian hujung bangunan
"Emmy, biar aku sahaja yang buka pintu ni. Kau duduk di belakang aku"
Emmy angguk kepala dia. Kaizo membuka pintu yang tidak berkunci itu. Lalu mereka melangkah masuk ke dalam secara perlahan. Rumah itu kosong, tiada perabut kecuali satu laptop yang terbiar di atas lantai rumah itu
"Ini sahaja yang ada?" Kaizo pergi periksa dua bilik yang ada di dalam rumah itu. Semuanya kosong "Pelik.. orangnya tiada"
"Abang beruang nak bawa balik laptop ni ke?"
"Yea Emmy.. aku perlu bawa laptop itu ke stesen TAPOPS untuk periksa apa yang ada di dalam laptop itu" Kaizo pergi ke ruang tamu untuk mengangkat laptop itu "Kalau tiada apa-apa, mari kita pulang ke stesen TAPOPS"
Kaizo pusingkan badannya untuk keluar dari rumah itu dan pada ketika itulah mata dia terpandang seorang budak lelaki sedang berdiri di muka pintu rumah itu. Budak lelaki itu terkejut dengan kehadiran Kaizo dan Emmy. Lalu dia lari dari situ untuk menggelakkan dirinya di tangkap oleh mereka berdua. Kaizo berikan laptop itu kepada Emmy
"EMMY JANGAN IKUT, BIAR ABANG SAHAJA YANG KEJAR DIA!" jerit Kaizo
Kaizo lari keluar dari rumah itu dan tinggalkan Emmy seorang diri di situ. Budak lelaki itu sudah pun turun ke bawah dan Kaizo masih lagi mengejar budak itu. Begitu pantas Kaizo turun dari tangga rumah itu. Emmy tidak ikut kejar budak lelaki itu. Dia terus turun ke bawah untuk mencari Lynna. Sampai sahaja di tingkat bawah, budak itu terjatuh dari anak tangga kerana Lynna muncul di hujung tangga
"Mana kau nak lari" kata Lynna dengan nada tegasnya
"Ja-jangan apa-apakan saya" kata lelaki itu. Muka dia kelihatan takut dan gelisah "Saya bukan sesiapa.. saya hidup susah"
"Kalau kau bukan sesiapa, kenapa kau menyerang kami di bumi?" Kaizo sudah pun berada di belakang budak itu "Baik kau jawab sebelum aku menghukum kau"
"Sa-saya ha-hanya diberikan arahan sahaja"
"Arahan? Dari siapa?" tanya Lynna
"Sa-saya tak tahu.. dia cakap dia boleh bantu mak saya. Dia boleh berikan wang kepada saya untuk kerana mak saya sedang sakit sekarang ini. Maafkan saya.. maafkan saya" Budak itu menangis dan merayu kepada Lynna dan Kaizo "Saya hanya orang suruhan sahaja. Saya buat kerja itu kerana saya sudah terdesak. Saya dulu hidup mewah tapi akhirnya, kehidupan saya berubah.. tolong jangan menghukum saya"
Lynna naik satu anak tangga dan lalu dia melutut di depan budak itu. Dia rasa kasihan dengan budak lelaki itu. Kaizo tetap dengan pendirian dia. Adakah cerita itu adalah benar atau satu tipuan sahaja untuk menggelakkan diri. Emmy sudah pun berada di situ. Di dalam dakapan dia sudah ada laptop budak itu
"Apa nama kamu?" tanya Lynna
"Na-nama saya Ignis"
"Betul ke yang Ignis katakan tadi?"
"Be-betul" balas Ignis "Saya boleh bawa kamu semua ke rumah saya. Mak saya ada di situ. Dia sakit, tidak dapat berjalan. Saya yang jaga dia setiap hari"
"Kasihan dia" bisik Emmy "Abang Kaizo janganlah masukkan dia ke dalam penjara pula"
"Aku tahu tapi kita perlu pastikan adakah cerita dia adalah benar atau palsu sahaja" kata Kaizo
"Kalau begitu.." Lynna bantu Ignis bangun dari situ "Bawa kami ke rumah kamu"
Ignis tidak membantah atau larikan diri. Kepala dia hanya tertunduk sahaja sambil membawa mereka keluar dari banguna itu. Rumah dia tidak jauh daripada situ. Ianya adalah sebuah rumah biasa yang sudah terputus bekalan elektrik dan air. Di kawasan perumahan itu, barulah Kaizo, Lynna dan Emmy nampak kehidupan orang-orang miskin di situ. Mereka duduk di kawasan yang tersorok dari dunia mewah. Kawasan itu kecil sahaja tetapi kehidupan di situ amat menyedihkan. Hati Lynna rasa sedih melihat anak-anak kecil kelihatan tidak terurus. Pakaian mereka nampak lusuh tetapi apa yang dia lihat, anak-anak kecil itu tidak kelihatan sedih. Mereka nampak gembira bermain di luar rumah bersama rakan-rakan mereka. Walaupun mereka tidak mempunyai gadget yang canggih untuk bermain tetapi mereka tetap gembira
"Seronoknya dia orang" bisik Lynna
"Mereka seperti kita dulu" kata Kaizo "Berseronok tanpa memerlukan gadget seperti tablet, iphone atau android tapi zaman sudah berubah. Makin lama makin maju"
"Dan semakin canggih!" Emmy mencelah
"Kita sudah sampai" Ignis membuka langsir pintu rumah dia "Maaf, rumah saya tiada pintu. Masuklah"
Kaizo, Lynna dan Emmy masuk ke dalam rumah itu. Di dalam rumah itu mempunyai satu ruang tamu yang bersambung dengan dapur, satu bilik dan satu bilik air. Ignis membawa mereka ke bilik ibunya. Ibu Ignis berada di atas katil. Muka dia cengkung dan pucat
"Mak.. mak.. ada tetamu datang untuk melawat mak"
Mata ibunya terbuka sedikit. Dia tidak terkejut melihat tiga orang yang tidak kenali datang melawat dirinya di situ. Lynna duduk di sebelah wanita itu. Mata Lynna bertentangan dengan wanita itu. Tiba-tiba tangan wanita itu menyentuh tangan Lynna dan lalu berkata
"Selamatkan anak saya dari dia" Nada suara dia agak perlahan dan lemah "Jangan bawa dia ke dunia gelap. Jangan bagi orang itu mempergunakan anak saya lagi. Saya tak nak terima rawatan dari duit dia"
"Jangan risau, saya dan kawan-kawan saya akan bantu dia" Lynna berikan sedikit senyuman kepada wanita itu. Lalu dia palingkan mukanya ke arah Kaizo "Kita perlu bawa ibu dia ke stesen TAPOPS. Dia perlukan rawatan dengan segera. Lagipun aku tak naklah dia keseorangan di sini dan anak dia kita bawak pergi ke stesen TAPOPS"
"Baiklah.. dan kau akan kami soal siasat. Di harap kau dapat bekerjasama dengan kami untuk menyiasat siapakah yang telah mempergunakan kau" kata Kaizo kepada Ignis "Lynna, kau boleh bawa ibu dia ke kapal angkasa dengan menggunakan kuasa teleportasi kau"
"Boleh" balas Lynna "Aku rasa aku boleh bawa kita semua ke sana. Tidak perlulah kau berjalan balik.. hehee"
"Hmmm.. yelah. Ayuh, mari kita pulang dengan segera. Misi kita sudah pun selesai"
Apa yang Kaizo mahukan adalah musuh dia tetapi apa yang dia dapat adalah sesuatu yang dia tidak sangka. Mungkin belum tiba masanya untuk berhadapan dengan musuh baru dia dan dia akan tunggu waktu itu akan tiba. Pada masa itulah dia akan berjuang untuk hapuskan musuh dia. Buat masa sekarang ini, dia tidak akan berhenti mencari dan siasat tentang musuh mereka
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top