Pelik
Dua hari. Dua hari dia akan pulih, itu yang difikirkan oleh Kaizo. Dua hari Kaizo terpaksa menghadapi perangai adiknya seperti Faye dan sepupu dia pula, berkelakuan seperti Lily. Gara-gara kejadian Adudu pada hari itu, Fang dan Faye terpaksa menanggung kesan sampingan dari proses pemulihan mereka. Emmy memberitahu Kaizo bahawa mereka akan pulih sepenuhnya selepas dua hari. Kaizo rasa lucu melihat adiknya bergaya pelbagai ragam dengan pakaian-pakaian yang serba fashion di hadapan cermin berdiri. Bagaikan dia melihat seorang remaja lelaki beraksi seperti budak perempuan
"Pang!"
"Yea abangku.. abang nak apa? Cantik tak baju adik?" Fang berpusing di hadapan abangnya dengan penuh bergaya "Stylobot yang berikan baju ni dekat adik"
Stytobot ada di dalam bilik Fang. Dia asyik menukar pakaian Fang setiap kali remaja lelaki itu memetik jarinya. Kaizo rasa hendak tepuk kepala adiknya atau berikan ubat tidur. Biarkan dia tidur selama dua hari tetapi itu nampak seperti kejam. Jadi dia biarkan sahaja
"Pang, mana sarapan pagi abang?"
"Err.. alamak! Adik lupa.. nanti adik sediakan ok tapi masakan adik takdelah sesedap mana. Biasa-biasa aje" kata Fang di hadapan cermin itu. Dia tidak alihkan pandangannya kerana asyik memperagakan pakaian dia sahaja "Abang tunggu dekat bawah, nanti adik datang"
"Sabar ajelah aku" bisik Kaizo "Baik aku suruh si Faye buatkan sarapan pagi"
Kaizo tutup pintu bilik adiknya. Dia tidak mahu melihat adiknya berperangai begitu tetapi dia harus bersabar. Hanya dua hari sahaja kesan sampingan itu dan selepas itu, semuanya akan kembali pulih seperti biasa. Kaizo menarik nafas dan terus turun ke bawah. Sampai sahaja di tingkat bawah, dia terus ke bilik Faye. Pintu bilik sepupunya terbuka luas. Faye sudah bersiap-siap untuk pergi keluar
"Faye, kau nak ke mana?" tanya Kaizo dengan nada tegasnya
"FAYE NAK PERGI JUMPA BBB-CHAN!" kata Faye dengan penuh semangat "Satu hari tak jumpa BBB-CHAN, macam rasa hidup ni tak lengkap pula
Berkerut dahi Kaizo. Dia rasa, kalau dia suruh Faye buatkan sarapan pagi, adakah Faye akan buat atau pelbagai alasan dia akan dapat nanti? Lalu dia berfikir, si pelik Lily tidak pernah buat sarapan pagi untuk dia kerana si pelik itu tidak tinggal di sini. Pening kepala Kaizo pada waktu pagi itu. Terpaksa dia buat sarapan pagi sendiri
"Masin pun masinlah" bisik Kaizo
Dia terus ke dapur pula kali ini. Idoli masih lagi tidur bersama Cattus. Semenjak adanya Cattus di rumah itu, Idoli suka sangat berubah menjadi kucing. Dia dan Cattus akan bermain sepanjang hari. Shadow dan Pikachu pula, hanya menjadi pemerhati sahaja. Kaizo masuk ke dalam dapur rumahnya. Dia terkejut melihat adiknya sudah pun berada di dalam dapur itu
"Abang! Adik buat simple aje ok.. adik buat nutella sandwich!" kata Fang sambil tutup sandwich maker itu untuk panaskan roti yang seterusnya. Sudah 3 keping roti sandwich dia buat "Abang makanlah"
"Hmm... terima kasih" balas Kaizo sambil tarik kerusi meja makan itu. Lalu dia duduk
"Bella mesti suka sandwich ni sebab dia suka chocolate nutella" Fang sapu chocolate nutella di atas sekeping roti "Nanti adik buat banyak lagi, lepas tu bawak pergi sekolah! Bolehlah adik kongsikan sandwich ni dengan kawan-kawan adik"
Kaizo seperti ingin tergelak sedikit. Dia kawal dirinya supaya tidak ketawa di situ. Selama ini, adiknya sejenis kedekut terutama sekali tentang donut lobak merah dia. Kaizo perhatikan sahaja adik dia sedang sediakan nutella sandwich
"FAYE PERGI DULU! FAYE NAK JUMPA BBB-CHAN DEKAT KEDAI TOK ABA! WAIT FOR ME MY BBB-CHAN!"
"OK! SEMOGA BERJAYA FAYE!" Jerit Fang kepada Faye "NANTI AKU SEDIAKAN SANDWICH BANYAK-BANYAK UNTUK KITA SEMUA MAKAN TIME WAKTU REHAT SAMA-SAMA!"
Kaizo hantuk kepala dia sedikit di meja makan itu. Dia perlu ingat, hanya dua hari sahaja bukan selama-lamanya. Kaizo tidak tahu samada dia dapat bertahan ataupun tidak dengan perangai mereka yang serba pelik ini. Dia perlukan bantuan, iaitu bantuan daripada Lynna untuk pastikan diri dia tidak mengamuk atau rasa diri dia seperti orang gila. Kaizo mengeluh sedikit. Fang hulurkan sekeping sandwich kepada abang dia
"Abang janganlah begitu.. kasihan adik tengok abang" kata Fang sambil tersenyum manis "Abang jangan risau, adik akan pulih. Abang makanlah dulu"
"Eh.. kau tahu ke apa yang terjadi dekat diri kau" Kaizo mengambil sandwich itu
"Yea.. adik ingat cuma.." Fang terdiam sebentar sambil ketawa kecil "Hati adik macam tak kisah pasal benda-benda yang adik rasa penting sebelum ni. Adik tahu ini bukan diri adik yang sebenarnya. Abang sabar ok, nanti adik akan kembali"
"Yea, aku akan bersabar" Kaizo berikan gigitan pertama dia kepada sandwich itu. Dia kunyah secara perlahan sambil perhatikan adik dia buat kerja
"Abang Kaizo" Baju Kaizo ditarik oleh seseorang. Kaizo menoleh ke tepi. Idoli sudah pun bangun dari tidurnya "Abang Kaizo.."
"Kenapa Idoli?"
"Err... kakak Faye bawa lari Cattus"
"DIA BAWA LARI CATTUS!" Kaizo terus bangun dari tempat duduknya "APA DIA NAK BUAT DENGAN KUCING TU?"
"Errr... Idoli dengar, dia nak bagi Cattus dekat abang Boboiboy"
"Kenapalah budak Faye tu jadi macam si Lily" Kaizo tepuk mukanya sendiri "Sabar Kaizo, sabar.. hanya dua hari sahaja" kata dia kepada dirinya
"Abang Kaizo sabar yea. Idoli akan bantu abang Kaizo supaya diri abang Kaizo tidak jadi gila kerana mereka berdua!" kata Idoli dengan penuh semangat "Idoli akan pastikan abang Kaizo tidak akan buat kerja gila kerana kegilaan ini! IDOLI TAK NAK TENGOK ABANG KAIZO JADI GILA!"
"Jangan risau, aku tidak akan jadi begitu" Kaizo menarik nafas dan terus makan sandwich nutella dia "Idoli pergi mandi. Kejap lagi kak Lynna sampai. Dia akan jaga kau buat sementara"
"Abang Kaizo nak pergi mana?"
"Ke kapal angkasa. Hari ini ada latihan tempur"
"IDOLI NAK IKUT!" Idoli terus peluk kaki kanan Kaizo. Dia gesel pipinya di kaki itu "Idoli nak ikut boleh? Ajaklah kak Lynna sekali"
"Ala comelnya Idoli ni" kata Fang secara lembut "Kalau abang pergi ke kapal angkasa, abang ambiklah sandwich ni sedikit tapi jangan bagi Idoli makan sebab dia mana boleh makan chocolate"
Kaizo tengah bayangkan diri dia sedang hantuk kepala dekat dinding. Dua hari sahaja, itu yang dia perlu ingatkan diri dia
"Idoli boleh ikut tapi kau kena pergi mandi dulu"
"OK!" kata Idoli dengan cerianya "Lalalalaa.. mandi! mandi! mandi!"
Fang terpaksa membuat sandwich nutella lebih banyak lagi. Kalau sempat, dia hendak buat bebola keju untuk rakan-rakan dia. Bolehlah dia berkongsi dengan rakan-rakan dia di sekolah nanti. Mesti seronok dapat berkongsi makanan, itu yang difikirkan oleh Fang
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"BBB-CHAN! FAYE DATANG BAWAK KUCING!"
Boboiboy meneliti pergerakan seorang gadis datang dengan lajunya ke arah kedai Tok Aba. Dia tidak tahu kenapa Faye berperangai seperti Lily. Adakah dia sedang bermimpi sekarang ini? fikir Boboiboy. Lalu dia cubit dirinya
"Adoi!"
"Haih, kenapa kau cubit diri sendiri? Buang tebiat ke?" tanya Ochobot
"Aku rasa pelik, kenapa Faye tiba-tiba jadi macam Lily?" Boboiboy garu-garu kepalanya kerana terasa pelik dengan Faye "Dia terkena virus Lily ke?"
"Isk kau ni, tak baik cakap macam tu" tegur Tok Aba "Apa salahnya kalau dia macam Lily"
"Tapi Tok Aba... selalunya Faye ni sopan santun, tak macam Lily. Dia orang berdua berbeza sungguh tapi kawan baik. Macam Boboiboy dengan kawan-kawan Boboiboy. Semuanya berbeza" kata Boboiboy dengan bangganya
Akhirnya Faye sudah pun tiba di kedai Tok Aba. Muka dia ceria apabila dapat bertemu dengan Boboiboy. Terus dia letak Cattus di atas meja dengan senyuman lebarnya. Boboiboy melihat kucing itu sambil tersengih kecil. Ochobot mengusap kepala kucing itu
"BBB-CHAN! Faye hadiahkan seekor kucing comel untuk BBB-CHAN!"
"Err.. terima kasih Faye" kata Boboiboy sambil tersengih "Mana Fang? Faye seorang sahaja ke?"
"Dia ada dekat rumah, tengah buat sandwich nutella" balas Faye sambil duduk di atas bangku kedai itu "Tok Aba! Faye nak waffle chocolate satu!"
"Saya pun nak ice cream chocolate juga! Lepas tu saya nak waffle chocolate empat keping, atas dia ada chocolate syrup, cekodok chocolate dan satu air chocolate shake! Hmm... sedapnya makanan yang aku sebut tadi" muncul Bella di sebalah Faye "Hati ku terbayangkan makanan dekat kedai Tok Aba. Kalau satu hari tak rasa, diri ni rasa tak lengkap"
Boboiboy teliti wajah Bella. Dia rasa perangai Bella seperti kawan baik dia iaitu Gopal. Hari ini hari tukar personality ke? fikir Boboiboy. Atau ini adalah kerja si Adudu lagi untuk kalahkan dia dan rampas semua power sphera yang ada di Pulau Rintis ini, ataupun ini adalah Emmy yang buat mereka jadi begini. Dia tahu Emmy suka mencipta sesuatu yang pelik tapi menarik
"Kau kenapa Boboiboy?" tanya Ochobot sambil buatkan air chocolate shake untuk Bella
"Aku cuma rasa pelik dengan Faye dan Bella" kata Boboiboy "Dia orang berkelakuan seperti Gopal dan Lily"
"Hmm... Kapten Kaizo takde beritahu kau apa-apa?"
"Takde Ochobot. Kenapa?"
"Mungkin ada sesuatu yang terjadi semasa Emmy pulihkan mereka" kata Ochobot kepada Boboiboy "Tapi selalunya Emmy dapat kembalikan mereka dengan cepat"
"Mungkin juga.. nanti aku tanya abang Kaizo. Aku tak tahulah kalau Fang pun jadi macam mereka juga"
"BBB-CHAN jangan risau, nanti kita orang akan ok!" kata Faye dengan matanya bersinar-sinar melihat Boboiboy "BBB-CHAN hari ni nak pergi sekolah sama-sama tak? Nanti Faye bawak kerepek pisang pergi sekolah. Bolehlah kita makan sama-sama"
"Dengan aku tak, kau tak nak bagi ke?" Nada Bella berubah sedikit sedih "Aku teringin nak makan kerepek pisang"
"Errr... esok ajelah aku bawakan untuk Bella. Hari ini, kerepek pisang hanya untuk MY BBB-CHAN!" Faye kelip-kelipkan matanya kepada Boboiboy sehingga membuatkan remaja bertopi oren itu tidak selesa "BBB-CHAN! Kenapa BBB-CHAN comel sangat yea?"
"Isk kamu ni Faye, tanya begitu pulak. Nah, ambik waffle chocolate ni" Tok Aba berikan sepinggan waffle kepada Faye "Jangan makan sambil bercakap pula, tak sopan nanti"
"Baik Tok Aba!" Faye berikan tabik hormat kepada Tok Aba "Faye akan makan secara sopan! Ala-ala puteri gitu.. hehehee"
"Hah, kamu Bella.. nah, ambik cekodok chocolate ni. Waffle kau, kejap lagi siap" Tok Aba berikan semangkuk cekodok chocolate kepada Bella kali ini "Selalunya, kamu ni tak makan banyak.. apasal hari ni jadi macam Gopal?"
"Entah" jawab Bella. Mata dia sudah pandang cekodok chocolate yang baru di goreng itu. Dia mengambil bau dari cekodok tersebut "Sedapnya bau dia! Tak sabar aku nak makan cekodok-cekodok ni semua"
"Haih, agaknya.. kawan aku yang lain ok ke tak?" bisik Boboiboy sambil mengeluh kecil
"Sabar ajelah Boboiboy.. mungkin dia orang ok kot" Ochobot tepuk-tepuk belakang badan Boboiboy secara perlahan "Kau pergilah tanya kawan kau yang lain"
"Hmm.. nanti aku akan hubungi si Fang. Entah-entah dia tengah tak betul sekarang ni" Boboiboy terbayangkan kelakuan Fang yang tidak betul dan Kaizo pula, pening dengan perangai adiknya "Hehehe.. kasihan abang Kaizo nanti"
"Dasyat sangat ke kalau si Fang tu tak betul?"
"Boleh dikatakan dasyatlah juga, Ochobot" kata Boboiboy "Dia kalau jadi macam tu, kalau dia tengah stress, tahan keamukan dia atau kepala dia kena ketuk sampai diri dia pengsan. Teringat balik kisah penguin bayang dekat karnival.. hehee"
"Macam-macam betul si Fang tu" kata Ochobot "Nah Bella, air chocolate shake"
Tangan Bella terkapai-kapai untuk mencapai cawan air chocolate shake itu. Dia berkelakuan seperti Gopal yang tidak sabar untuk mendapat sesuatu yang dia suka iaitu makan. Gopal memang suka makan tapi semenjak akhir-akhir ini, dia begitu rajin belajar memasak. Dia selalu menghadiri kelas memasak di sekolah dan juga bertukar-tukar menu dengan pelajar lain. Ada kalanya juga, dia rapat dengan Mimiko kerana masak. Berbeza pula dengan Faye, dia dan Faye adalah kawan yang suka makan. Boboiboy tidak mahu beritahu sesiapa, sebenarnya masakan Gopal lebih enak daripada Faye. Bukannya masakan Faye tidak begitu sedap tetapi masakan dia bukanlah sesuatu yang menarik. Sedap memang sedap tapi ada sesuatu yang tiada. Mungkin tidak melepasi tahap Gopal, Fang dan Yaya rasanya, fikir Boboiboy. Setiap orang ada kebolehan dan kelemahan yang berbeza-beza. Tidak semuanya sama. Contohnya, diri dia bukanlah pemain gitar yang terhebat seperti Fang dan Fang juga bukanlah seseorang yang boleh bersabar seperti Yaya dan Ying. Kawan-kawan dia semuanya unik tapi paling unik sekali adalah Lily. Agaknya, di dunia ini, mesti ada perangai seperti Lily tapi lebih pelik daripada itu. Boboiboy tersenyum bersendiri sambil melihat Faye dan Bella berkelakuan pelik
"Seronok dapat kawan yang pelbagai karenah. Aku tak kan lupakan korang semua" bisik Boboiboy di situ
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah sesi petang akan bermula tidak lama. Ramai pelajar-pelajar sesi petang sudah mula tiba di sekolah mereka. Ada yang masih lagi dalam perjalanan ke sekolah dan ada juga yang ponteng sekolah. Yaya dan Ying sudah pun berada di sekolah semenjak awal lagi. Hari ini mereka mengadakan sesi ulangkaji di perpuskataan sekolah. Setelah habis mereka mengulangkaji, kedua gadis itu terus menunggu rakan-rakan mereka di gazebo sekolah. Semasa mereka sedang menunggu rakan-rakan mereka, berlakunya sedikit kekecohan di perkarangan sekolah. Yaya keluar dari gazebo itu untuk melihat apa yang berlaku. Apa yang dilihat dia adalah seorang remaja lelaki berbadan gempal sedang berjalan dengan penuh gaya. Gopal berjalan menuju ke gazebo dengan cermin mata hitamnya. Gaya dia seperti adiwira di dalam movie hindustan
"Eh, kenapa dengan Gopal tu?" tanya Yaya kepada kawan baik dia iaitu Ying
"Entah.. mimpi ke apa si Gopal tu?"
"Tak tahulah tapi.. si Gopal tu bergaya macam mana pun, mesti ada aje yang tak kena tapi hari ini, elok aje"
"Aiyoo.. dia sudah berjaya menambat hati budak-budak perempuan" kata Ying "Tengok.. rambut dia sudah jadi macam si Fang. Ini mesti kerja Fang. Dia mesti ajar Gopal yang bukan-bukan"
"Isk, mana boleh tuduh begitu Ying. Kita kena tanya Gopal dulu" tegur Yaya dengan nada tegasnya "Setahu aku, si Fang mana reti nak ajar orang. Kalau ajar matematik pun, mesti dia akan mengamuk juga"
"Yolah yolah.. betul cakap lu" Ying angguk kepalanya sambil bersilang tangan "Tak faham aku dengan si Gopal, apasal dia mahu jadi macam Fang"
"Aku pun tak faham juga"
Gopal sudah tiba di gazebo itu. Pelajar-pelajar perempuan tadi sudah pergi jauh dari dia. Gopal tersenyum bangga sambil membuka cermin mata hitamnya dengan penuh gaya. Bagaikan ada sinaran cahaya matahari sedang menyinari diri Gopal. Kedua gadis itu menepuk dahi mereka kerana tidak pasti apa yang terjadi dengan rakan mereka. Adakah Gopal sedang bermimpi di siang hari atau ini adalah sesuatu berubah yang menakjubkan
"Gopal, lu ok ke?"
"Wei Ying, aku mestilah ok. Hari ini aku akan pastikan diri aku popular, lebih popular daripada si Boboiboy tu.. hahahaa!" Gopal tergelak sinis sambil masuk ke dalam gazebo "Aku akan pastikan diri aku dapat nombor 1 di dalam kelas nanti"
"Kau ni.. bunyi macam si Fang pulak" tegur Yaya
"Ini diri akulah.. bukan si Fang tu" kata Gopal sambil mencekak pinggang "Aku Gopal, bukan si Fang tu.. Fang tu buat apa. Dia tu tahu nak mengamuk sahaja"
Tiba-tiba kepala Gopal terkena sesuatu dari belakang iaitu sebiji bola yang telah dilempar oleh seorang gadis. Yaya dan Ying terkejut kerana gadis itu bukanlah gadis yang mereka kenali sebelum ini. Gadis itu adalah Lily. Wajah dia nampak begitu riak sekali. Boleh dikatakan mereka nampak diri Bella ada di dalam tubuh badan Lily
"WOI! SIAPA BALING BOLA DEKAT AKU?" jerit Gopal dengan nada marahnya
"Aku lah yang baling dekat kau" kata Lily sambil tersenyum sinis "Aku baling bola dekat kau sebab nak bagi diri kau tu sedar balik. Tak habis-habis dengan popularity kau"
"Wei, suka hati akulah kalau aku nak popular pun. Kau sibuk apasal"
Gopal dan Lily terus berpaling muka. Yaya dan Ying semakin keliru pada ketika. Gopal berkelakuan seperti Fang dan Lily pula, berkelakuan seperti Bella
"Wei Lily, bukan ke sekolah kau belum habis lagi. Kau ponteng yea"
"Aku dapat keluar awal lah" Lily pijak kaki Gopal sekuat hati "Jadi aku ke sini terus sebab nak jumpa kawan-kawan aku tapi apa yang aku dapat, adalah perangai kau yang sungguh menjengkelkan"
"Ada juga nak kena dengan aku ni" bisik Gopal
"Macam aku kenal aje pergaduhan dia orang ni"
"Tahu takpe Yaya. Mereka macam Fang dan Bella pula" kata Ying kepada Yaya "Haiyaa.. makin pening kepala aku. Jangan cakap kawan kita yang lain pun sudah bertukar personality"
"Jangan risaulah Ying, bukan semua yang tertukar" muncul Boboiboy di dalam gazebo itu. Riak wajah dia seperti risau sedikit "Aku tanya abang Kaizo, apa sudah terjadi dengan Faye dan Bella? Rupanya kawan-kawan kita yang terkena dengan pistol obses Adudu tu, ada kesan sampingan bila Emmy nak pulihkan mereka. Dia beritahu aku, kesan sampingan dia hanya dua hari sahaja dan lepas tu, dia orang akan menjadi diri sendiri balik"
"Oh, patutlah dia orang jadi begitu" kata Yaya sambil angguk kepalanya "Jangan si Adudu nak ambil kesempatan sudah. Habis dia kena belasah nanti"
"Aku rasa tak kot sebab dia tu mengambil masa yang lama sikit untuk fikirkan rancangan jahat dia yang seterusnya" balas Boboiboy "Buat masa sekarang ni, kita terpaksa menghadapi rakan-rakan kita ni.. adeh, pening kepala aku"
"BBB-CHAN pening kepala?!"
Boboiboy menoleh ketepi. Dia ingatkan Lily yang katakan tadi tetapi rupanya bukan. Faye yang ada di sebelah dia dengan sebotol air. Dia hulurkan botol air itu kepada Boboiboy. Botol air itu diterima oleh Boboiboy dengan senyuman kecilnya. Seterusnya, dia keluarkan sebungkus kerepek pisang dari beg sekolahnya
"Nah, Faye bawakan untuk BBB-CHAN! Air tu BBB-CHAN minum ok. Kasihan dia pening kepala" Faye tepuk-tepuk topi oren Boboiboy secara perlahan "Oh yea, Cattus pun ada ikut Faye juga. Dia rindukan BBB-CHAN"
"Patutlah aku rasa ada sesuatu dekat kaki aku" Boboiboy tunduk sedikit. Cattus begitu manja sekali dengan Boboiboy. Kepala dia asyik gesel di kaki Boboiboy "Hehehe... dia nak tinggal dengan aku pun boleh juga"
"Tinggal dengan kau?" Kali ini, Fang pula yang muncul dengan sebuah bakul rotan "Kau kenalah tanya abang aku dulu. Mana boleh main ambik aje. Aku tak nak abang aku tu mengamuk"
"Err.. nanti aku tanya dia" Boboiboy seperti hendak tergelak sedikit kerana kelakuan Fang seperti budak perempuan "Kau ok ke Fang? Kau bawa bakul tu untuk apa?"
Fang terus berikan senyuman manis dia kepada rakan-rakannya yang ada di dalam gazebo itu. Lalu dia keluarkan sebuah kamera ungu milik Faye
"Aku ada bawa bekalan makanan untuk rehat nanti. Bolehlah kita makan sama-sama, tangkap gambar sama-sama, berkelah sama-sama.. mesti seronok!" kata Fang dengan ala-ala nada Faye "Jom kita tangkap gambar sama-sama sebelum loceng sekolah berbunyi"
Boboiboy, Yaya dan Ying pandang satu sama lain. Mereka rasa hendak tergelak di situ kerana tidak sangka pula personality Fang bertukar menjadi Faye. Mereka juga perasan dengan perubahan rambut Fang. Ianya bukanlah rambut cacak lagi seperti biasa tetapi rambut mendatar dan di sikat tepi. Ada ala-ala sedikit seperti pelakon korea. Tangan Faye rasa gatal nak letak ribbon di rambut Fang
"Wei Fang, apasal kau nampak macam pondan. Kau dah tak betul ke?"
"Takdelah Gopal, aku betul aje ni tapi nanti aku oklah. Kau jangan risau ok" Fang melihat rakan-rakan dia. Dua orang rakan dia tiada di situ iaitu Bella dan Harraz "Hmm.. takpelah, time rehat ajelah bergambar dengan dia orang" Dia simpan balik kamera itu di dalam bakulnya
"Abang Fang nak tangkap gambar ramai-ramai ke?"
"Eh, bila Rizu ada dekat sini?" Wajah Fang berubah menjadi ceria. Dia kelihatan suka apabila adik angkatnya ada di situ "Rizu baru balik dari sekolah ke?"
"Ha ah, Pizu singgah sini kejap sebab nak tengok abang Fang tapi.." Rizu pandang Fang dari bawah terus ke atas "Abang Fang nampak kelakar"
"Dia ni memang nampak kelakar pun" kata Gopal dengan muka masamnya. Dia masih tidak berpuas hati dengan Lily "Entah apa benda yang rasuk dia sampai jadi lembik macam ni"
"Aku tak lembik yea" marah Fang "Cuma aku sekarang ini.. rasa macam lain semacam.. aku tak boleh nak mengamuk atau nak keluarkan harimau bayang untuk kejar si Gopal ni"
"Agaknya si landak ni mabuk kot" kata Lily sambil mengusap dagunya "Aku pun rasa pelik hari ni.. rasa macam nak main bola tampar aje. Tak pun rasa macam nak tampar si landak ni sebab geram sangat"
"Hehehe.. Lily dan perkataan landak dia memang tak boleh dipisahkan" Boboiboy ketawa sedikit
"Tahu takpe" kata Yaya dan Ying secara serentak
"Lily geram sangat dengan aku sebab apa? Aku kan kawan baik kau. Tak baik tau tampar kawan sendiri" Fang berikan senyuman manis dia kepada Lily "Nanti kau kena ada tau masa kita orang tengah rehat. Nanti sesiapa tolong beritahu Harraz dan Bella sekali ok. Rizu comel pun boleh join sekali"
"Err.. baiklah abang Fang" Rizu berikan tabik kepada Fang
"Bagus adik angkat aku ni" Fang cubit pipi Rizu secara lembut "Esok esok kita pergi shopping ok. Abang nak beli baju baru, pastu nak try makan dekat satu cafe ni. Kek dia nampak sedap aje"
"KEK?! Mana kek? Mana kek? Mana kek? Bella tercari-cari kek yang disebut oleh Fang tadi "Takde pun kek.. apasal kau permainkan hati ku!" Menangis Bella sambil makan kuih keria yang baru dibeli olehnya. Di tangan kiri dia ada sebuah beg kertas kecil, penuh dengan kuih keria
"Aku cakap ada satu cafe ni, aku nak cuba... boleh kita pergi cafe tu nanti sama-sama"
"Yahooo! terima kasih kawan baik ku, Fang!" kata Bella kepada Fang "Kau lah kawan baik aku yang terbaik sekali!"
Boboiboy, Yaya dan Ying tercengang sebentar. Selama ini Fang dan Bella suka bergaduh kerana hal remeh-temeh. Ada kalanya, mereka akan terpaksa bekerjasama. Mereka dulu bermusuhan tetapi sekarang ini, mereka berdua sudah pun berkawan. Mereka tidak pernah menyatakan kepada sesiapa yang mereka adalah kawan baik. Bagi mereka, hubungan mereka adalah kawan sahaja bukan sahabat tetapi bagi orang lain, mereka adalah sahabat baik
"Yaya, Ying... aku masuk kelas dulu.. rasa serabut kepala aku tengok dia orang"
"Kasihan kau, Boboiboy" kata Yaya "Bersabar ajelah... kita pun tak boleh nak buat apa. Hanya tunggu sehingga mereka pulih sepenuhnya"
"Hehee.. rasa lawaklah pulak tengok dia orang macam tu"
"Lawak tu memang lawaklah Ying tapi makin pelik aku tengok. Terutama sekali si Fang tu.. seram aku tengok" Tiba-tiba ada satu pancaran cahaya terkena mata dia. Pancaran itu adalah pancaran dari kamera "Faye! Apa kau buat ni?"
"Faye nak tangkap gambar dengan BBB-CHAN!" Faye sambung mengambil gambar dia dan Boboiboy di dalam gazebo itu "BBB-CHAN SMILE!"
Fang membuka bakulnya. Kamera ungu tadi rupanya sudah di ambil oleh Faye secara senyap. Dia tidak mengambil balik kamera itu dari tangan Faye. Dia hanya mengangkat Cattus dan mengusap badan kucing itu sambil melihat karenah Faye bersama dengan Boboiboy. Rakan-rakan mereka yang lain turut sertai dalam sesi bergambar dengan Boboiboy. Pelbagai aksi yang mereka lakukan. Ada yang bergaya berlagak, ada yang bergaya ayu seperti Yaya dan ada juga cubit pipi Boboiboy kerana comel sangat. Rizu cukup terhibur dengan mereka semua. Dia tidak kisah dengan kelakuan pelik dari abang angkatnya kerana dia tahu, ini hanya dua hari sahaja. Selepas itu, semuanya akan kembali seperti biasa. Biarlah dia bergembira dengan mereka daripada bersedihan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Kaizo begitu tenang sekali menikmati teh hijaunya pada pagi itu. Adik dia masih lagi tidur, Faye pula, sudah pergi menyibukkan diri ke kedai Tok Aba kerana hendak berjumpa dengan Boboiboy dan si alien kucing bernama Idoli, sedang sepahkan bilik dengan mainan-mainannya. Pada pagi itu juga, Lynna sudah pun berada di rumah Kaizo. Dia datang kerana ada sesi latihan tempur di kapal angkasa Kaizo
"Tenang aje kau" kata Lynna sambil duduk di hadapan Kaizo
"Aku rasa tenang sebab semalam tiada sesi pergaduhan dengan adik aku dan aku tahu, hari ini pun mesti tiada pergaduhan dari dia juga tapi..." Kaizo minum sedikit teh hijaunya. Lalu dia sambung bercakap "Esok dia akan kembali kepada perangai asal dia. Naik stress aku nanti sebab bergaduh dengan budak Pang tu"
"Hmm.. korang berdua ni, suka betul nak bergaduh"
"Sudah menjadi kebiasaan kami berdua" balas Kaizo dengan nada seriusnya "Dan mulai esok juga, aku akan hentam adik aku"
"Kau nak buli dia lah tu" Lynna angkat cawan teh dia secara sopan. Dia meneguk sedikit air teh itu "Hmmm.. asalkan kau bahagia"
"Terima kasih" kata Kaizo "Aku rasa.. dia pun bahagia kalau aku buli dia"
Berkerut dahi Lynna dengan jawapan Kaizo tadi. Dia sambung minum air tehnya tanpa berkata apa lagi. Kaizo tersenyum kecil kerana tidak sabar untuk buli adiknya pada hari esok. Dia sudah mula berfikir cara apa yang dia mahu buli adiknya yang degil itu. Sedang dia asyik berfikir, datang satu tangisan dari seorang budak kecil. Idoli berlari masuk ke dalam dapur dan terus peluk tubuh badan Kaizo. Lynna sudah bangun dari tempat duduknya untuk pergi tenangkan Idoli
"Kenapa ni?" tanya Kaizo
"Uwaaa... Idoli.. baru sedar.." Idoli mengesat air matanya di baju Kaizo "Cattus... Cattus.." kali ini dia mengesat air hidungnya di baju Kaizo juga "CATTUS HILANG! UWAAAA!"
"Cattus tak balik rumah ke?" tanya Lynna sambil berjalan menuju Idoli
"Semalam Idoli tak sedar langsung dia takde dekat rumah sebab Idoli penat sangat ikut abang Kaizo pergi latihan tempur dia" kata Idoli sambil mengesat lagi air matanya di baju Kaizo "Pagi ni.. masa Idoli tengah main dengan anak patung kucing, baru Idoli sedar yang Cattus takde dekat rumah"
"Macam mana pula Cattus boleh hilang pulak ni" Lynna belai kepala Idoli. Anak kecil itu sudah puas peluk Kaizo, dia pusing kebelakang dan peluk Lynna pula "Hehehe.. manja betul Idoli ni"
"Hmm.. terpaksalah aku pergi cari kucing tu kejap lagi"
"Kau nak aku ikut sekali ke?" tanya Lynna
"Tak perlu" balas Kaizo "Kau jaga Idoli dan adik aku"
"Ala.. Idoli nak ikut" Cepat-cepat Idoli peluk kaki Kaizo "Bolehlah abang Kaizo.. Idoli janji, Idoli jadi kucing alien yang baik. Idoli akan sentiasa dengar cakap abang Kaizo sebab Kapten Kaizo adalah idola Idoli!" Dia gesel pipinya di kaki Kaizo
"Hehehe.. bawalah dia sekali Kaizo" kata Lynna sambil tersenyum manis
"Hmm.. yelah yelah"
"YAHOOOO!" Dari kaki Kaizo, terus Idoli bangun dan peluk leher Kaizo "Sayang abang Kaizo!"
"SELAMAT PAGI SEMUA!"
Fang datang ke dapur dengan muka cerianya. Rambut dia diikat secara kecil dan ada bentuk ribbon pada ikatan itu. Kaizo mula berkerut dahi kerana dia tidak tahan melihat adiknya bersikap seperti perempuan. Kepala dia kembali serabut apabila dia melihat penampilan adiknya yang memakai baju jenis hoodie berbentuk penguin. Seluruh badan dia sudah mula bergerak-gerak kerana dia ingin sekeh kepala adiknya. Kaizo tenangkan hatinya. Dia minum air teh hijaunya sehingga habis. Lalu dia bangun dalam keadaan tenang
"Lynna-" Belum sempat Kaizo habis bercakap, Faye sudah muncul di dalam dapur
"WUUUUUUU! Fang nampak comel pakai baju penguin" Mata Faye terus bersinar-sinar melihat Fang. Dia baru pulang dari kedai Tok Aba tadi "Mana Fang beli hoodie tu?"
"Takdelah, aku suruh Stylobot buatkan baju ni. Cantik kan" kata Fang sambil bergaya dengan baju penguinnya
Kaizo masih lagi dalam keadaan tenang. Dia cuba bayangkan diri dia di dalam kapal angkasa sedang mengadakan sesi latihan tempur bersama ahli pasukan TAPOPS yang lain. Entah kenapa muka Lynna pula yang muncul dalam bayangan dia. Terus dia rasa malu sedikit. Selamat tiada siapa yang perasan pada ketika itu
"Kakak Faye.." Idoli tarik-tarik baju Faye "Kakak Faye semalam bawa Cattus pergi jumpa abang Boboiboy kan"
"Ha ah, akak bagi dia sebab Cattus tu sama comel macam Boboiboy" Faye peluk diri dia sendiri sambil goyang-goyangkan diri "Dan MY BBB-CHAN terima kucing itu dengan seikhlas hati.. dan.. dan... SENYUMAN BBB-CHAN SANGAT COMEL!" Dia terus tutup mukanya kerana malu
Kaizo masih lagi dalam keadaan tenang. Dia tidak mahu mengamuk pada hari itu tetapi orang lain pula yang mengamuk iaitu Idoli. Tubub badan Idoli bertukar menjadi seekor kucing. Bulu-bulu dia menegak sambil keluarkan bunyi marah. Faye menelan ludah kerana dia tahu, dia buat salah. Idoli terus menyerang Faye dengan kuku tajamnya. Faye berlari keluar dari dapur tetapi dia dikejar oleh Idoli
"HELP ME! ADA KUCING MENGAMUK NAK CAKAR FAYE! BBB-CHAN! HELP ME!"
Faye lari berkeliaran di dalam rumah itu. Idoli tetap mengejar Faye sehingga dia dapat mencakar kaki atau mana-mana tubuh badan untuk dicakar. Akhirnya Idoli dapat mencakar kaki Faye. Jeritan Faye dapat didengari oleh mereka yang berada di dapur. Kaizo keluar dari dapur. Dia bukan hendak pisahkan Idoli dari Faye tetapi dia terus naik ke atas. Lynna melihat diri Kaizo yang sudah semakin serabut itu
"Lynna.. aku rasa, diri aku macam nak demam. Latihan tempur pada hari ini, aku terpaksa batalkan"
"Eh.." Lynna terkejut sedikit "Kau nampak sihat aje tadi"
"Sebab aku pening dengan perangai dia orang" Luah Kaizo "Biarlah aku berehat.. lagipun hari ini adalah hari terakhir dan esok mereka akan kembali dengan perangai asal mereka"
"Ok, kau berehatlah Kaizo. Aku akan uruskan mereka"
Kaizo sambung naik ke tingkat atas. Dia berjalan menuju ke pintu biliknya dan lalu dia masuk. Pintu bilik dia ditutup rapat. Lynna pergi ke arah Faye yang cuba mengelakkan diri dia dicakar lagi oleh Idoli. Faye tutup mukanya dengan bantal sebaik sahaja di jatuh di atas kerusi sofa. Idoli panjant ke atas tubuh badan Faye. Dia angkat tangannya dan bersedia untuk berikan cakarannya tetapi dirinya sudah diangkat oleh Lynna. Dia bergelut di dalam pegangan Lynna
"Idoli, janganlah mengamuk lagi. Kasihan Faye" tegur Lynna secara lembut
Idoli kembali menjadi manusia kucing. Kemarahan dia sudah mula reda. Lynna turunkan Idoli dari pegangan dia sebentar tadi. Idoli sentuh kaki Faye yang dia telah cakarkan tadi. Faye rasa sedikit sakit
"Maafkan Idoli... Idoli cuma marah sebab kakak Faye tak bawa balik Cattus"
"Tak, sepatutnya akak yang kena minta maaf dekat Idoli" Faye mengusap kepala Idoli "Nanti Faye ambik balik Cattus dari Boboiboy ok"
Lynna rasa perasaan sedikit dengan perubahan Faye. Ianya seperti sikap Faye yang dulu sudah kembali sedikit demi sedikit. Mungkin juga Fang pun begitu. Lynna terus ke dapur untuk melihat apa yang Fang buat pada ketika itu. Dia terkejut kerana Fang sedang bubuh lenyekkan pisang dan tomato pada mukanya. Mungkin Fang lambat sedikit hendak pulih. Lynna gelengkan kepalanya kepada Fang. Terpaksalah dia melayan karenah Fang pada ketika itu. Muka Lynna menjadi mangsa Fang pada pagi itu
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hai kawan-kawan!"
"Datang dah si budak lembut ni" Gopal malas hendak pandang Fang pada ketika itu. Dia hanya duduk diam di gazebo sambil mengulangkaji matematik di bangku sekolah
Boboiboy, Yaya, Ying dan Harraz menahan gelakan mereka melihat Gopal begitu rajin sekali mengulangkaji dan Fang pula, hari ini rambut bergaya lain. Pakaian sekolah Fang juga turut diubahsuai menjadi lebih bergaya. Dia memakai baju sekolah berlengan pendek dan diluar baju itu ada kot hitam tanpa lengan. Terdapat satu poket kecil di bahagian kiri dada Fang. Di dalam poket itu terdapat sehelai sapu tangan yang sudah dilipat kemas. Pelajar-pelajar perempuan yang lalu lalang di situ, semuanya sudah mula jatuh hati dengan penampilan Fang yang terbaru itu. Masing-masing mahu bergambar dengan Fang
"Wuuu... Fang nampak macam pelakon korea" kata Faye pada ketika itu "BBB-CHAN bila nak jadi macam Fang? Bergaya tapi tetap comel!"
"Ala, Boboiboy tu bergaya macam mana pun, dia tetap nampak comel" kata Lily yang ada di situ juga
"Wei Lily, kau keluar awal lagi ke?" tanya Gopal dengan nada bosan dia
"Yelah, aku dapat keluar awal.. kenapa? kau cemburu ke?" Lily melantun-lantun bola tamparnya. Lalu dia hentikan latunan bola itu. Bola itu bergolek ke kaki dia
"Buang masa aku nak cemburu" balas Gopal "Sudahlah, aku nak pergi perpuskataan dulu" Dia tutup buku matematiknya dan terus bangun dari bangku itu
Lily hanya melambai-lambai ke arah Gopal sambil tersenyum sinis. Dia sempat lagi berikan jelingan lidahnya kepada Gopal. Selamat Gopal tidak menyedari perbuatan Lily pada ketika itu
"Ini last day kan dia orang jadi macam tu?" bisik Harraz kepada Boboiboy
"Ha ah, aku haraplah begitu.. kalau kekal macam ni selamanya, boleh naik gila aku" balas Boboiboy "Lebih-lebih lagi si Fang tu... aduh, kenapalah kesan sampingan dia jadi perangai perempuan"
"Tapi perangai dia macam perangai Faye"
"Tapi Yaya... Faye takdelah terlampau gedik sangat" kata Ying kepada Yaya "Kalau bab-bab fashion tu, memang sah macam Faye"
"Gopal pulak macam Fang" Boboiboy mengeluh sedikit "Aku nak tahulah, dia ulangkaji tadi tu.. faham ke tak?"
"Isk kau ni, Boboiboy. Mestilah dia faham" marah Yaya "Kan dia rajin ulangkaji tadi tu, mesti dia faham sikit-sikit"
"Hmm.. yelah tu Yaya. Entah-entah, dia nampak nombor-nombor tu semua, terus otak dia jadi blur" kata Lily sambil bersilang tangan "Makin lama dia tengok, makin timbul nombor tu semua. Berterbanganlah nombor-nombor tu dekat depan muka dia" Tetapi apa yang muncul depan mata Lily, adalah seketul ayam goreng "Eh?!"
"Kau nak ayam?" Rupanya Bella yang ada di sebelah Lily sambil tunjukkan ayam goreng di depan mata Lily "Aku baru beli dekat kantin sekolah tadi. Aku ada beli 3 ke 4 ketul ayam ni"
"Haih, makan aje kau"
"Ala Lily, nanti time tengah belajar, takdelah kosong perut aku. Kalau tidak, macam mana aku nak tumpukan perhatian apa yang cikgu ajar" Bella gigit ayam goreng dia "Agaknya, time rehat nanti.. ada tak nasi lemak? Hmmm... sedap pulak kalau aku dapat makan nasi lemak sekarang ni. Sambal dia yang pedas, nasi dia yang panas, telur dia yang bulat putih... sungguh menyelerakan" Perut Bella terus berbunyi. Dia tersengih di situ
"Makanlah Bella, selagi kau boleh makan" jawab Lily dengan nada bosannya "Si landak tu, makin popularlah pulak dengan gaya baru dia"
Fang kini dikelilingi dengan pelajar-pelajar perempuan, terutama sekali peminat dia dari sekolah rendah lagi. Ramai yang berebut-rebut untuk bergambar dengan Fang. Dia tidak rasa rimas dengan kehadiran mereka semua. Malah, dia lagi suka dan sudi bergambar dengan peminat-peminatnya. Momoki yang baru keluar dari kelasnya, dia tersenyum melihat Fang melayan pelajar-pelajar perempuan di situ. Tiba-tiba mata dia terpandang seorang gadis iaitu Lily
"Bunga hati ku!"
Lily angkat bola tampar dia dan terus lemparkan ke arah Momoki. Secara tidak langsung, Momoki terus pengsan apabila bola itu terkena dahi dia. Merah dahi Momoki. Lily berpuas hati dengan lemparan bola dia tadi
"Oklah, aku nak pergi dulu" Lily berjalan ke arah Momoki. Dia kutip bola tamparnya "Hmm.. ajak Rizu main bola tampar pun ok juga" Dia terus berjalan keluar dari sekolah itu
"Bye bye kawan ku!" kata Bella sambil kunyah ayam gorengnya
Fang masih lagi melayan peminat-peminat dia. Boboiboy, Yaya, Ying dan Harraz terpaksa beredar dari situ untuk pergi ke tempat lain. Mereka berikan ruang kepada Fang untuk berbahagia di dalam alam popularitinya. Agaknya, bagaimana reaksi Fang nanti apabila dia sudah kembali pulih? fikir Boboiboy. Dia terbayangkan Fang menjerit tidak sekuat hati ataupun dia tersenyum bangga kerana populariti dia semakin naik
"Hehehe... Fang, Fang.. kawan ku yang gila dengan popular. Asalkan kau bahagia" bisik Boboiboy sambil menoleh kebelakang untuk melihat Fang
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari sudah larut malam. Kaizo terjaga dari tidurnya. Buku yang dia baca tadi, berada di atas mukanya. Dia angkat buku tersebut dan letak di tepi kepala dia. Hari ini sahaja, dia habiskan masanya di dalam bilik tidurnya dengan membaca buku cerita seram dan juga buku misteri. Dia akan keluar hanya untuk pergi makan dan minum sahaja. Kepala dia sudah tidak serabut lagi. Hati dia rasa tenang, kepala dia rasa tenang dan segala-galanya tenang bagi dia. Kaizo bangun dari katilnya. Dia melihat jam kuasanya
"Hmm.. sudah pukul 1 pagi" bisik Kaizo "Maknanya adik aku sudah ok"
Kaizo keluar dari katilnya untuk pergi periksa adiknya. Kaizo membuka pintu biliknya. Dia melangkah keluar dari bilik itu. Ada sesuatu yang tidak kena dengan rumahnya. Dia perhatikan sekitar rumah itu. Dia melihat bahagian ruang tamu dari balkoni rumahnya. Semuanya kelihatan bersih dan kemas. Dia terfikir, adakah adik dia sudah kembali kepada yang dulu, seorang adik yang suka dengan kebersihan. Dia tidak berfikir panjang, dia masuk ke dalam bilik adiknya. Fang sudah nyenyak tidur di atas katil tetapi badan dia mula bergerak apabila dia terdengar bunyi tapak kaki abangnya
"Abang.." Fang terbangun sedikit sambil gosok matanya
"Pang, kau ok ke?" tanya Kaizo sambil menuju ke arah adiknya
"Adik ok.. abang tak tidur lagi?" Fang menguap sedikit
"Abang baru bangun" Kaizo duduk di tepi adiknya "Kau betul ke ok ni?"
"Betul lah adik ok.. abang tak percaya ke?"
"Manalah tahu kau masih lagi macam tak berapa nak ok sangat. Abang boleh aje ketuk kepala kau tu sampai kau ok balik"
"ABANG!" Kaizo terus peluk adiknya "Eh.. abang?"
"Selamat kembali, adikku" bisik Kaizo sambil mengusap badan belakang adiknya "Abang cuma nak pastikan sahaja"
"Jangan risau abang, adik sudah kembali. Adik sempat kemaskan rumah ni tadi" Fang tersenyum di sebalik pelukan abang dia "Abang pergilah tidur balik, esok pagi adik buatkan sarapan untuk abang"
Kaizo lepaskan pelukan adiknya. Lalu dia selerakkan rambut adiknya dengan senyuman kecilnya terukir di bibirnya. Fang rasa lain pula. Kenapa abang dia tiba-tiba senyum? fikir Fang. Entah-entah abang dia yang tidak ok, fikir Fang lagi
"Abang pulak ke yang tak betul sekarang ni?"
"Bila masa pulak aku yang tak betul, aku sekeh kau karang!"
"Sekehlah kepala adik ni" kata Fang "Kepala adik ni memang tempat khas untuk abang.. asyik kena sekeh, kena ketuk, kena-" Kaizo terus tepuk kepala adiknya "Hmm.. belum habis cakap, dah abang tepuk kepala adik"
"Kau jangan risau, abang seorang sahaja yang boleh buat perkara itu dekat kau" Fang hanya tersenyum sahaja kepada abang dia. Lalu Kaizo sambung bercakap lagi "Hmm.. kau tak risau ke dengan gambar kau siang tadi dekat sekolah"
"ALAMAK!" Mata Fang membulat besar "Aduh... apasal lah diri ku buat perkara pelik-pelik tapi.. popularity aku terus meningkat kerana perkara pelik yang aku lakukan! HAHAHAA! Maknanya aku lebih popular daripada Boboiboy!"
"Jadi kau nak aku sebarkan gambar ni sekali supaya popularity kau bertambah lagi"
Kaizo tunjuk sebuah image hologram dari jam kuasanya. Gambar itu adalah gambar Fang dengan pakaian penguin dia, rambut dia diikat dengan ribbon pink, mulut dia muncung sedikit seperti mulut itik dan tangan dia sedang berikan tanda 'peace'
"ABANG! DELETE GAMBAR TU!"
"Tak nak" kata Kaizo sambil tutup hologram itu
"ABANG! Delete lah gambar adik tu!"
"Tak nak.. abang nak simpan gambar kau untuk kegunaan masa hadapan nanti"
"ABANGGGGGGGGGGGGGGGG!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top