Ochobot

Sudah tiga hari Boboiboy ulang-alik dari sekolah, dari rumah, dari kedai Tok Aba ke makmal rumah Emmy. Dia ke sana kerana Ochobot. Dia ingin tahu perkembangan Ochobot dar semasa ke semasa. Dia menyesal dengan perbuatan dia terhadap Ochobot tempoh hari. Kawan-kawan dia mengatakan itu semua hanya tindakan bisikan jahat di hatinya. Dia haru bertenang dan tidak terlalu emosi sangat dengan situasi ini. Boboiboy boleh dikatakan selalu duduk di makmal Emmy sambil melihat sang robot kuningnya yang tidak bergerak. Emmy memberitahu Boboiboy bahawa robot kuning itu perlukan tenaga baru untuk hidupkannya kembali

"Tenaga baru?"

"Yea.. buat masa sekarang ni, dia macam koma" kata Emmy kepada Boboiboy "Tenaga itu mungkin wujud di angkasa lepas"

"Tak boleh ke guna kuasa kristal kak Lynna ke? minta bantuan daripada Adudu ke"

"Wei, karang tak pasal-pasal, si Adudu tu buat hal pulak nanti" marah Fang

"Hehehe.. maaf Fang, aku bagi cadangan sahaja" kata Boboiboy sambil tersengih "Lagipun, Emmy tengah cari jalan nak hidupkan semula Ochobot. Jadi aku kenalah tolong dia sekali untuk mencari tenaga itu"

"Kami faham maaa.. tapi lu jangan susah-susah sangat, kita orang pun ada dekat sini untuk tolong lu"

"Terima kasih Ying" Boboiboy menatap robot kuningnya yang terapung di dalam sebuah kotak lusinar. Ianya seperti ada magnetik yang membuatkan robot itu terapung di dalam kotak itu "Maafkan aku, Ochobot. Aku tiada niat nak buat kau macam tu.. tapi aku janji, aku akan kembalikan kau semula. Aku tidak akan kehilangan seorang sahabat yang aku sangat sayangi"

Gopal pegang bahu Boboiboy. Dia juga dapat merasai apa yang Boboiboy rasai pada ketika itu. Mereka semua kelihatan sedih tetapi mereka tidak mahu berputus asa. Fang, Gopal, Yaya dan Ying akan bantu Boboiboy mencari jalan untuk hidupkan semula Ochobot kerana robot itu adalah rakan mereka juga. Idoli menangis sedikit kerana dia selalu bermain dengan Ochobot ketika dia berada di kedai Tok Aba. Dia selalu panggil Ochobot, abang bebola kuning

"Bila abang bebola kuning nak bangun?"

"Hmm.. abang tak pasti bila tapi Idoli kena bantu abang untuk bangunkan Ochobot semula" kata Boboiboy kepada Idoli "Emmy.. dekat mana kita nak cari tenaga itu?"

Emmy terus ke komputer dia untuk dapat maklumat sumber tenaga untuk bangunkan Ochobot. Sebuah planet biru kehijauan muncul di dalam komputer tersebut. Ianya memberikan maklumat-maklumat tentang planet itu. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Idoli berkumpul di hadapan komputer tersebut

"Planet apa tu?" tanya Gopal

"Aku tahu tentang planet tu" balas Fang "Abang aku pernah bawa aku ke planet itu. Planet yang agak penuh dengan elektrik. Ianya mempunyai sebuah jana kuasa yang boleh membuat senjata, kenderaan, kapal angkasa dan beberapa lagi alat elektrik yang luar biasa.. tapi macam mana nak dapatkan tenaga kuasa dari situ?"

"Emmy tak pasti tapi mesti kapten itik hot.." Fang terus berikan renungan tajam ke arah Emmy "Hehehe... maaf, Emmy rindu dekat kakak Milly, terus terpanggil abang beruang kapten itik hot. Kalau tanya dia, mesti dia tahu. Tak pun tanya dekat Kommander kuih koci"

"Jadi kita kena pergi ke planet tu ke?" tanya Gopal

"Yelah, untuk dapatkan tenaga kuasa. Kalau tidak, macam mana nak hidupkan balik Ochobot" kata Fang dengan nada yang sedikit marah

"Adeh.. rasa malaslah pulak" Gopal mengeluh sedikit "Apasal tak guna kuasa kak Lynna aje.. dia kan ada kristal hebat. Selesai satu masalah"

"Tak naklah Gopal. Aku tak nak menyusahkan kak Lynna aje. Hari tu dia dah tolong Fang dan abang Kaizo untuk pulihkan aku. Jadi, kali ni.. aku nak kak Lynna berehat pula" kata Boboboi "Tapi kalau rancangan kita nak dapatkan tenaga tu gagal, kita akan cari jalan lain pula"

"Hmm.. kau letak kak Lynna sebagai jalan terakhir ajelah"

"Ok juga tu, Fang" Boboiboy kembali bersemangat "Sekarang ini, kita ke planet itu.. err.. apa nama planet tu?"

"Planet Electrica" jawab Fang dan Emmy bersama

"Ok, kita ke planet Electrica dan dapatkan sumber tenaga dekat sana untuk Ochobot!" Boboiboy melihat imej planet biru kehijuan itu di skrin komputer Emmy "Tapi aku rasa.. hanya kita-kita sahaja yang pergi. Yang lain tak perlu ikut. Aku tak melibatkan kawan-kawan kita yang lain"

"LILY PUN TAK BOLEH IKUT?!"

Boboiboy terlupa pula yang Lily ada di dalam makmal itu juga. Dia menoleh kebelakang sambil tersengih. Lily buat muka minta simpati kepada Boboiboy. Dia berharap sangat Boboiboy akan membawa dia ke dalam misi kali ini. Fang rasa hendak sekeh kepala Lily dan dia rasa pelik, kenapa Lily boleh ada di Pulau Rintis setiap hari. Tidak kira waktu sekolah, waktu cuti ataupun waktu mereka semua tengah tidur, Lily mesti ada. Paling penting sekali, mesti Lily akan berkunjung ke rumah Fang terlebih dahulu sebelum dia pergi ke rumah Boboiboy

"Hmmm... kepelikan betul" bisik Fang sambil mengusap dagunya

"Apa yang kau rasa pelik?"

"Aik, kau boleh dengar apa yang aku bisik tadi?" tanya Fang kepada Yaya

"Yelah, aku kan berdiri dekat sebelah kau.. sebab tulah aku boleh dengar apa yang kau bisikan tadi" balas Yaya dengan nada sopannya

"Wuu.. bisikan hati ke? Hehehe.." Gopal tergelak sedikit di situ. Ying tepuk kepala Gopal "DEY! Janganlah tepuk kepala aku.. kau pun nak jadi macam kapten itik hot ke?"

"Kau pun rindukan si pelik tu ke?" marah Fang sedikit

"Err... penyakit Lily sudah berjangkit dengan aku kot.. hehehe" Gopal tersengih kepada Fang

Lily masih lagi dengan muka simpatinya. Akhirnya Boboiboy terpaksa mengalah kerana Lily sudah pun keluarkan sebutir air matanya. Dia tidak mahu Lily menangis di dalam makmal itu atau membuat Fang mengamuk tak tentu pasal hanya kerana karenah Lily. Dia bertenang dan pergi berikan berita terbaik kepada sang gadis itu

"Err.. Lily boleh ikut"

"YEA KE!" Mata Lily sudah bersinar-sinar sambil melihat wajah kecomelan Boboiboy "KALAU BEGITU! LILY PERGI BERITAHU KAWAN-KAWAN KITA YANG LAIN! MISI BARU AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI!"

Boboiboy menepuk dahinya. Fang tepuk bahu Boboiboy sedikit. Dia ingin mengatakan agar Boboiboy dapat bersabar dengan perangai Lily itu

"Apa kata kita terus ke kapal angkasa abang aku. Dia ada dekat kapal angkasa, tengah buat latihan tempur. Kita pergi secara senyap" kata Fang

"Takpe ke? Nanti merajuk pulak si Lily tu"

"Dia merajuk, aku humban aje dalam longkang.. hehehee" Fang tersenyum sinis sambil bayangkan diri dia buli seorang gadis yang bernama Lily "Hehehee... biar dia rasakan macam mana aku buli dia nanti.. MUAHAHAA!"

"Tak baik tau buat macam tu. Dia tu kawan kau dan kita orang juga" tegur Yaya

"Abang aku tu tiap-tiap hari buli aku! Kau takde pulak tegur abang aku tu" Fang sudah pun bermasam muka akibat di tegur oleh Yaya tadi "Kau pergilah marah abang aku tu, asyik nak buli aku aje. Kak Lynna dah tegur dia pun, masih nak buli aku"

"Abang kau tu.. aku tak boleh nak kata apa tapi kau janganlah nak ikut perangai abang kau yang suka sangat buli kau"

"Yelah Yaya.. aku tak kan buli si Lily tu" kata Fang

"Bagus.. lagipun kau sekarang ni pun takde dah nak cari pasal dengan orang lain"

"Yolah yolah.. betul kata Yaya tu" kata Ying sambil angguk kepalanya "Sekarang apa rancangan kita, Boboiboy? Nak tunggu mereka ke?"

"Hmmm... kita ikut rancangan Fang. Kita pergi ke kapal angkasa abang Kaizo secara senyap" Walaupun dia rasa bersalah kerana tinggalkan Lily dan yang lain-lain tetapi dia tekad untuk tidak membawa mereka "Maafkan aku, Lily.. aku harap, dia akan faham kenapa dia tidak boleh ikut. Ini adalah misi aku dan tanggungjawab aku untuk hidupkan balik Ochobot"

"Jangan lupa, ini misi kita orang juga" kata Fang "Kau tak boleh buat misi ini seorang diri. Kita orang akan bantu kau"

"Betul tu maa" Ying berikan sedikit senyuman kepada Boboiboy "Lagipun misi ini tidak perlukan ramai orang"

"Kalau begitu, biar Emmy hantar kamu semua ke kapal angkasa kapten itik hot!" Berkerut dahi Fang. Emmy sambung bercakap lagi "Mari ikut Emmy... Emmy ada cipta sebuah mesin yang dapat hantar terus ke kapal angkasa abang beruang. Tak perlu susah-susah nak panggil abang maskot untuk ambil korang"

Emmy membawa mereka ke sebuah mesin teleportasi. Bentuk dia berupakan sebuah gelung besar. Di tepi gelung itu terdapat beberapa cahaya biru. Emmy menekan sebuah punat kecil, lalu gelung itu mula berpusing-pusing. Cahaya biru tadi bertukar menjadi warna hijau. Di tengah-tengah gelung tersebut, terbentuknya dimensi cahaya berwarna biru putih

"Err.. selamat ke ni?" tanya Gopal yang agak ragu-ragu dengan mesin teleportasi itu

"Mestilah selamat abang kuat makan.. Emmy sudah test mesin ni.. Emmy teleportasikan diri sendiri ke kapal angkasa abang beruang!"

"Lepas tu, abang aku tak kisah kau muncul dekat kapal angkasa dia secara tiba-tiba?" tanya Fang sambil bersilang tangan

"Abang beruang takde masa tu, ada abang maskot sahaja. Emmy siap makan tengahari dengan abang maskot dekat kapal angkasa lagi. BEST! Semalam Emmy pergi lagi, abang maskot bawa Emmy round-round satu galaxy.. seronok sangat! Kasihan abang maskot, takde orang nak temankan dia dekat kapal angkasa. Abang beruang suka sangat tinggalkan dia seorang diri"

"Hmm.. abang aku tu memang, takde perasaan punya alien!" kata Fang "Jom kita pergi sebelum si pelik tu kembali"

Boboiboy mencecah kakinya di hadapan gelung mesin teleportasi itu. Dia pandang kawan-kawan dia sebentar. Mereka semua menyuruh Boboiboy masuk terlebih dahulu. Dia pusing ke depan sambil menarik nafas. Tidak disedari olehnya, Fang melangkah ke depan dan terus tolak Boboiboy masuk ke dalam gelung dimensi itu. Yaya dan Ying agak marah sedikit dengan Fang kerana menolak Boboiboy. Tiba-tiba tangan Boboiboy muncul dan tarik baju Fang untuk masuk ke dalam dimensi itu

"Macam-macam betul dia orang ni" bisik Yaya kepada Ying "Jomlah kita masuk.. dia orang pun tak nak tunggu lama-lama dekat sana"

"Mari Yaya!" kata Ying

"Dey! Tunggu aku sekali!"

Gopal tergopoh-gapah berlari masuk ke dalam gelung tersebut. Yaya dan Ying tidak sempat masuk ke dalam gelung itu. Idoli pegang tangan Yaya kerana dia mahu ikut mereka juga. Wajah si anak kucing itu sentiasa ceria sahaja. Senyumannya tidak lenggang dari bibirnya. Yaya dan Ying pandang satu sama lain, selepas itu mereka pandang ke arah Idoli

"Idoli tak perlu ikut sekali"

"Ke-kenapa kakak Yaya?" Riak wajah Idoli berubah menjadi sedih sedikit "Kenapa Idoli tak boleh ikut?"

"Sebab Idoli kena temankan kakak Emmy... bantu dia jaga abang bebola kuning"

"Hmmm.. OK!" Tanpa berfikir panjang, Idoli ikut sahaja arahan Yaya "Hati-hati tau! Nanti balik cepat! Idoli tak sabar nak tengok abang bebola kuning bangun! Lepas tu, bolehlah Idoli main dengan dia puas-puas!"

"Hehee.. kami akan balik secepat mungkin" kata Yaya sambil melambai-lambai ke arah Idoli

Yaya dan Ying masuk ke dalam gelung dimensi. Emmy tutup pintu dimensi itu dengan menekan punat sebentar tadi. Lily sudah pun kembali ke dalam makmal Emmy. Dia melihat kiri dan kanannya untuk mencari Boboiboy. Adakah dia telah ditinggalkan oleh Boboiboy? fikir Lily

"MANA BBB-CHAN? BOBOIBOY CAKAP LILY BOLEH IKUT TAPI DIA TINGGALKAN LILY! UWAAAA!"

"Abang Boboiboy dah pergi tapi kakak Lily boleh temankan Idoli dekat sini" kata Idoli sambil berjalan menuju Lily "Kakak Lily jangan sedih ok.. nanti mereka akan kembali. Sementara itu kita jaga abang bebola kuning!"

"OK!" Lily juga seperti Idoli. Walaupun dia ditinggalkan oleh mereka, tetapi dia tidak mahu merungut. Dia akan sentiasa berfikiran positif "Lagipun.. kawan-kawan kakak Lily yang lain sekarang ni tengah sibuk pulak.. hmm.. dia orang kata, misi ini biarlah dia orang selesaikan. Bukan dia orang tak nak tolong tapi misi kali ini tidak perlukan ramai orang. Dia orang cakap, dia orang sayangkan Ochobot dan dia orang cakap lagi, semoga misi mereka berjaya"

"Hmm.. macam kawan-kawan kakak pelik faham pula apa yang dia orang katakan tadi" Emmy garu-garu kepala dia kerana rasa pelik "Hmm.. mungkin dia orang sudah faham satu sama lain kot.."

"Mungkin" kata Idoli "Jom kita pergi main game!"

"JOM!" jerit Lily dan Emmy secara serentak

"Wuuuu.. tak pun kita buat kek untuk BEBOLA KUNING!" Mata Lily terus bersinar-sinar

"IDEA YANG BAGUS!" kata Idoli dan Emmy pula kali ini

"MARI KITA BUAT KEK!"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo meneguk air botolnya sebentar sebelum dia sambung dengan sesi latihan tempurnya di medan latihan tempur. Dia tidak terasa penat ataupun lapar selepas sahaja 4 - 5 jam dia berlatih di dalam kapal angkasa dia sendiri. Latihan tempur adalah salah satu hobi dia, selain daripada membuli adiknya sendiri

"ABANG!"

Kaizo tersedak kerana terkejut dengan panggil adiknya. Bukan ke adik dia berada di planet bumi? Bagaimana dia boleh berada di sini? fikir Kaizo. Padahal kapal angkasa dia tidak turun ke bumi. Kaizo terbatuk-batuk sedikit akibat tersedak sebentar tadi. Fang dan rakan-rakan adiknya sudah pun berada di dalam kapal angkasa itu. Masing-masing kelihatan serba gementar sedikit seperti ada sesuatu yang mereka ingin sampaikan

"Apa yang kamu semua mahukan?" tanya Kaizo dengan nada garang dia

"Kami nak dua burger angkasa, ayam dan daging. Dua ketuk ayam spicy, 5 kotak nugget ikan, pas tu fries sekali.. bagi 5, ice cream chocolate sundae pun bagi 5 dan air ice lemon tea pun bagi 5.. itu sahaja abang" kata Fang sambil tersenyum lebar

Boboiboy, Yaya, Ying dan Gopal berundur sedikit kerana mereka tahu, Kaizo akan menjerit sebentar lagi. Perut Gopal sudah berbunyi dan dahi Kaizo sudah mula berkerut

"PANG! KAU DATANG SINI SEBAB NAK MINTA MAKANAN KE?"

"Eh.. takdelah abang, kita orang datang sebab nak minta bantuan daripada abang"

"Bantuan apa? bantuan nak duit sebab lapar?" Kening sebelah Kaizo terus terangkat sambil berikan renungan maut kepada adiknya "Atau kamu semua sahaja nak ganggu aku di sini? Bagaimana korang boleh sampai ke sini?"

"Bukan bantuan duitlah abang" Wajah Fang bertukar menjadi serius "Kita orang ke sini sebab nak minta tolong daripada abang. Kami nak dapatkan tenaga kuasa dari planet Electrica"

"Planet tu?" Kaizo berpusing untuk melihat suasana di luar kubah kapal angkasanya. Bintang-bintang berkelipan di merata ruang angkasa. Lalu dia berkata lapi "Planet itu adalah planet yang mengeluarkan pelbagai jenis senjata tetapi semuanya mahal. Hanya alien yang berduit sahaja yang mampu membelinya tetapi bukan senjata sahaja yang ada dijual di planet itu. Kapal angkasa pun ada tapi ianya adalah kapal angkasa tahap canggih. Kapal angkasa ini bukan tidaklah secanggih dia tapi aku tetap bangga dengan kapal angkasa ini" Entah kenapa dia rasa terharu dengan kapal angkasa dia sendiri

"Abang terharu ke?"

"Ma-mana ada! Sibuk aje kau ni" kata Kaizo sambil lap mukanya dengan sehelai tuala putih. Padahal dia ingin mengesat air matanya yang keluar sedikit "Jadi, kamu semua nak aku hantar korang ke sana ke?"

"Ha ah, kami nak ke planet tu sebab nak hidupkan balik Ochobot" kata Boboiboy

"Hmm.. tapi.." Kaizo menarik nafas sedikit "KORANG ADA KE DUIT NAK BELI TENAGA KUASA DEKAT SANA? BENDA TU MAHAL! BUKANNYA MURAH!"

"Ala abang.. kita orang gunalah kad kredit abang" Fang berkeliip-kelipkan matanya kepada Kaizo "Bolehkan abang ku yang terlajak hebat ni" Dia berikan senyuman comel dia seperti anak kucing kepada abangnya

Kaizo berkerut dahi. Tangan dia mula rasa gatal untuk sekeh kepala adiknya. Boboiboy berdiri di sebelah Fang. Dia cuba berikan wajah sedih yang comel kepada Kaizo. Mata dia membulat besar bagaikan orang dalam kesedihan. Yaya dan Ying tersengih sahaja. Manakala Gopal pula, dia tidak tahu samada dia sertai kawan-kawan lelaki dia membuat muka pujuk rayu kepada Kaizo, atau dia berdiri di situ sahaja sambil tersengih. Lama kelamaan, Kaizo mengalah

"Baiklah, kamu boleh guna kad kredit aku tapi ada syaratnya"

"Apa syaratnya abang?" tanya FANG

"Syarat dia.." Kaizo tersenyum sinis kepada adiknya "Kau jangan panggil aku abang apabila kita berada di planet itu nanti. Mereka tidak tahu tentang kau dan aku mahukan kekal begitu. Syarat kedua, biar aku sahaja yang berunding dengan alien-alien dekat sana nanti. Dekat situ, semuanya bukan boleh dipercayai.. tempat itu bukannya seperti pasar malam"

"Baik abang Kaizo!" kata Boboiboy "Jadi kita orang pun kena panggil kapten lah juga"

"Yea.." balas Kaizo "Aku hanya mahu adik aku selamat daripada mereka. Kalau mereka tahu si Pang ni adalah adik aku, sudah tentu dia akan mencari kau dan jadikan Pang sebagai tebusan"

"Dasyatnya.. kalau begitu, kita orang akan lebih berhati-hati!" kata Ying

"Jangan risau abang, adik akan berhati-hati" Fang berikan tabik hormat kepada abangnya. Tiba-tiba selepas itu, dia peluk tubuh badan abangnya "Terima kasih abang kerana sentiasa menjaga keselamatan diri adik dari anasir-anasir jahat"

"Sebab abang sayangkan kau.. kalau abang tak sayang, sudah lama kau jadi kuli alien dekat planet tu atau planet mana-mana" kata Kaizo "Oh yea... kau belum jawap soalan aku lagi. Macam mana kamu semua boleh berada di dalam kapal angkasa ini?"

"Senang aje.." Fang lepaskan abangnya. Lalu dia tersengih-sengih kepada abangnya. Kawan-kawan dia turut tersengih juga "Emmy telah mencipta sebuah mesin teleportasi.. dari makmal dia, terus ke kapal angkasa abang. Dia cakap, dia selalu datang sini sebab nak temankan Lahap"

Berkerut-kerut dahi Kaizo

"LAHAP!" Kaizo naik ke atas untuk pergi mencari Lahap

"Habislah Lahap.. kena bebel dengan abang aku.. heheheee!" Fang tersenyum lebar sehingga nampak gigi belakangnya

"Amboi, suka betul kalau orang lain kena bebel dengan abang kau"

"Betul tu Boboiboy! AKU MEMANG SUKA SANGAT! MUAHAHAHAHAHAAA!" Fang tergelak sinis di situ sehingga membuatkan Boboiboy menepuk dahi dia sendiri "Tapi tak tahulah kalau Emmy kena bebel ke tak lepas ni"

"Mesti kena juga tu.. ataupun mesin teleportasi dia kena rampas dengan abang Kaizo" Gopal mengusap dagunya "Atau dua-dua kena hukuman latihan tempur"

"Hmm.. betul juga kata Gopal tu" kata Yaya "Tapi kasihan Emmy kalau abang bagi dia hukuman latihan denda.. selama ini aku tak pernah lihat Emmy dan Rizu kena hukuman dari abang Kaizo. Asyik kita orang sahaja"

Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying melirik mata mereka ke arah Yaya kerana di dalam mereka semua, Yaya paling sedikit sekali kena hukuman latihan tempur. Fang fikir balik, rasanya Yaya tidak pernah kena hukuman latihan tempur dari abang dia. Fang rasa iri hati sedikit. Kapal angkasa itu mula bergerak. Nampaknya, misi mereka ke planet Electrica sudah pun bermula

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 setengah jam mereka berada di dalam kapal angkasa. Mereka kelihatan sudah kenyang kerana sebelum ini, mereka ada berhenti di sebuah restaurant angkasa untuk pergi makan sebentar. Perjalanan mereka agak lama. Kaizo meminta budak-budak perempuan pergi rehat di bilik Fang. Manakala Fang dan kawan-kawan lelakinya pergi berehat di bilik Kaizo

"Kapten, kita akan tiba di planet itu tidak lama lagi" kata Lahap yang mengendali kapal angkasa kaptennya. Kepala dia ada beberapa kesan benjolan kerana dihentam oleh kapten dia sendiri "Kapten, nak saya pergi panggil budak-budak tu ke?"

"Tak perlu.. biar aku sahaja yang panggil mereka"

Kaizo bangun dari kerusi kaptennya. Wajah dia serius seperti biasa. Dia keluar dari bilik kawalan itu untuk memanggil Fang dan kawan-kawan adiknya. Bilik adiknya tidak berada jauh daripada bilik kawalan. 10 saat begitu, Kaizo sudah pun berada di hadapan pintu bilik adiknya. Dia mengetuk pintu bilik itu terdahulu. Dia tahu Yaya dan Ying ada di dalam bilik tersebut. Beberapa saat kemudian, pintu itu dibuka oleh Yaya

"Bersiap sedia.. kita akan sampai tidak lama lagi" kata Kaizo

"Baik abang Kaizo"

"Tapi ingat.. sampai sahaja di planet itu nanti, panggil aku kapten"

Yaya angguk kepalanya kepada Kaizo. Dia terus menutup pintu itu sedikit untuk pergi memanggil Ying. Seterusnya Kaizo ke bilik sebelah iaitu bilik dia sendiri. Pintu bilik dia terbuka luas. Fang sedang sibuk bermain uno kad dengan kawan-kawannya

"Apa kamu bertiga sedang buat?"

"Kita orang tengah main game.. adik tengah nak kalahkan si Gopal ni.. hehehee.." Fang tersenyum sinis sambil melihat kad-kad yang ada di tangannya "Habislah kau Gopal. Kau akan kalah dengan aku nanti!"

"SUDAH! KITA NAK DEKAT SAMPAI! KAMU BERTIGA BERSIAP SEDIA DENGAN SEGERA!"

Fang merungut di dalam hatinya. Dia terpaksa berhenti bermain. Gopal rasa kecewa sedikit kerana tidak dapat habiskan permainan kad mereka. Boboiboy sudah berkobar-kobar untuk dapatkan tenaga kuasa dari planet Electrica. Dia menjenguk luar tingkap. Nampaknya, mereka sudah hampir dengan planet biru kehijuan itu. Planet itu mempunyai dua bulan. Apa yang menariknya tentang bulan itu, kedua-duanya berbentuk seperti bintang. Di planet itu pula, Boboiboy lihat beberapa cahaya elektrik sedang mengalir di merata tempat

"Boboiboy, kau sudah bersedia?"

Boboiboy angguk kepalanya kepada Fang. Mereka berdua berjalan keluar dari bilik itu. Gopal mengemas kad-kad uno tadi sebelum dia keluar. Fang yang mengarah dia menyimpan balik kad-kad uno itu

"Apasal aku yang kena kemas, padahal uno kad ni dia yang punya" merungut Gopal

5 minit kemudian, semuanya sudah berkumpul di bilik kawalan. Kaizo berdiri di sebelah Lahap sambil bersilang tangan. Mata dia perhatikan sahaja planet itu. Dia terkenang balik pertama kali dia sampai di planet itu. Pada ketika itu, Fang masih kecil lagi. Kaizo terpaksa tinggalkan adik dia bersendirian di dalam kapal angkasa. Pada waktu itu, dia menyamar menjadi seorang pembeli untuk membongkar kerja haram yang ada di dalam planet Electrica. Penyamaran dia telah dibongkar oleh seseorang sehingga menyebabkan kapal angkasa dia telah diserang oleh mereka. Kaizo terpaksa berundur kembali ke kapal angkasa dia dengan secepat mungkin. Dia dapati, adik dia sedang menangis di tempat penyembunyian dia iaitu di bawah katil Kaizo. Mereka berpelukan selepas itu

"Abang..." panggil adiknya "Abang ok ke?"

"Aku ok" jawab Kaizo tanpa melihat adiknya "Ingat.. jangan panggil aku abang di sana nanti"

"Baik abang" balas Fang

Lahap mendaratkan kapal angkasa itu di tempat yang lapang. Kaizo bergerak keluar bersama Fang dan kawan-kawan adiknya. Lahap pula, diarahkan menjaga kapal angkasa. Kalau ada apa-apa berlaku, dia akan dipanggil untuk memberikan bantuan kepada mereka semua. Mereka turun ke bawah dengan menggunakan lif silinder yang kecil itu. Kaizo dan adiknya yang turun dulu. Kemudian Boboiboy dan Gopal, dan yang terakhir sekali adalah Yaya dan Ying. Sesudah sahaja mereka berkumpul di hadapan kapal angkasa itu, mereka mula bergerak ke sebuah bandar yang canggih dengan teknologinya. Bangunan-bangunan tinggi, kereta terbang bergerak ke sana ke sini, alien-alien dalam pelbagai bentuk bergerak ke destinasi mereka dan kedai-kedai mewah kebanyakkannya menjual barang-barang yang berteknologi tinggi

"Kamu semua.. jangan merayap ke tempat lain" kata Kaizo

"Baik Kapten Kaizo" kata mereka secara serentak

Mereka berjalan di tepi-tepi kedai mewah. Boboiboy dan Gopal teruja apabila melihat seorang alien wanita sedang menempah baju dan serta merta, sebuah robot hasilkan rekaan bajunya di situ juga. Mata mereka membulat besar melihat robot itu bekerja dengan pantasnya. Seterusnya lalu di sebelah restaurant. Semua makanan boleh di pesan melalui hologram yang ada di meja masing-masing. Makanan mereka akan siap dengan segera

"Adeh.. rasa dahagalah pulak" bisik Gopal

"HAH! Adik nak beli air ke?" muncul seorang penjual alien dengan gerai kecilnya yang boleh ditolak ke sana sini "Katakan sahaja nak air apa, biar abang tunaikan"

"Errr..." Gopal terus menelan ludah kerana Kaizo sudah berikan renungan maut kepada dirinya "Takpelah abang.. lain kali ajelah.. hehehe" Dia tersengih

"Eh, mana boleh macam tu.. tadi kata dahagakan. Mehlah beli air dekat gerai saya ni, tak mahal mana pun"

"Kapten.." Fang tarik baju abangnya "Macam mana? Boleh ke si Gopal tu beli air? Atau kapten nak halau si alien tu dari sini?"

Kaizo berjalan ke arah alien berbaju jingga itu. Mata merah dia menusuk tajam ke arah mata alien itu. Lalu alien berbaju jingga itu lari dari situ dengan gerai berodanya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying begitu teruja dengan tenungan maut Kaizo sebentar tadi. Fang pula, dia amat berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri abangnya. Dia sudah tersenyum bangga di situ

"Ayuh, mari kita teruskan" kata Kaizo

Mereka sambung perjalanan mereka. 5 remaja itu tidak tahu kemana Kaizo mahu membawa mereka. Kaizo dapat merasai ada mata-mata sedang memerhatikan mereka berlima di situ. Dia tahu ada setengah alien amat kenali diri dia kerana dia adalah seorang kapten yang terkenal di seluruh galaxy. Apa yang mereka takuti jikalau musuh dia tahu yang adik dia ada di situ bersama dengan dia. Kaizo perlu berhati-hati dan adik dia juga perlu berhati-hati. Kaizo berhenti di sebuah bangunan kecil. Ianya nampak bangunan lama tetapi selepas sahaja mereka berlima masuk ke dalam bangunan itu, mereka seolah-olah berada di tempat lain. Ianya sangat berbeza dengan luarannya. Di dalam bangunan itu, terdapat pelbagai mesin teknologi dan paling penting sekali, ianya adalah tempat untuk menjana kuasa. Tempat itulah selalu di datangi dengan pembeli-pembeli yang ingin membeli tenaga kuasa

"Wah, Kapten Kaizo datang ke sini" seorang lelaki muda terbang ke arah Kaizo. Di kakinya terdapat sepasang kasut yang membolehkan dia terbang ke udara "Selamat kembali, Kaizo.. kau datang ke sini sebab nak menyamar lagi ke?"

"Bukan.. aku ke sini kerana aku ingin membeli tenaga kuasa yang ada jual di sini"

Lelaki itu terus tersenyum sinis. Lalu dia tergelak seorang diri di dalam bangunan itu

"Kau nak beli? HAHAHAA! Tak terfikir aku selama ini yang kau datang ke sini untuk beli.. bukan ke kau selalunya nak tumpaskan kerja-kerja haram aku"

"Ya, itu aku tidak akan lupakan" Kaizo masih lagi dengan nada seriusnya "Tapi bukan hari ini.. hari ini aku hanya mahukan tenaga kuasa itu sahaja"

"Boleh boleh" Lelaki pemuda yang bernama Crystallo mendarat di hadapan Kaizo "Boleh.. aku boleh bagikan kuasa tenaga itu tapi.." Lalu dia berikan senyuman sinisnya kepada Kaizo "Kau tak perlu bayar.. kau cuma perlu berikan jam kuasa kau dan mereka juga kepada aku"

"Dia ingat ini sistem barter ke" bisik Boboiboy kepada Gopal

"Jam-jam kuasa ini bukan boleh dipindah milik" kata Kaizo kepada Crystallo

"Oh.. jadi kau tak nak berikan jam kuasa itu, baiklah.. kau tidak akan dapat tenaga kuasa itu dari aku.. hahahaa" Crystallo mengarahkan droid-droid dia menghalakan senjata pistol mereka ke arah para adiwira itu "Aku tidak akan sia-siakan peluang ini.. hehehee.. kau akan kalah pada hari ini juga"

"Hmm... kau ingat kau boleh kalahkan aku?" Kaizo telah pun keluarkan pedang tenaganya

"TEMBAK MEREKA SEMUA!"

"DINDING TENAGA!" Kaizo melindungi mereka semua dari serangan droid-droid tersebut "LARI CEPAT! PERGI BALIK KE KAPAL ANGKASA KITA!"

"Tapi.." Boboiboy yakin mereka semua dapat kalahkan alien jahat itu. Dia mahukan tenaga itu juga "Saya tetap nak berjuang untuk dapatkan tenaga itu.. bagilah kami perluang"

"Aku tahu dan aku faham.. tetapi kita harus berundur sekarang sebelum dia keluarkan askar-askar dia yang lain"

"Boboiboy, dengar cakap kapten aku tu.. kita kena pergi" Fang menarik lengan Boboiboy "Kita akan cari jalan lain untuk kembalikan Ochobot"

Boboiboy sebenarnya, tidak mahu mengalah tetapi disebabkan Crystallo memanggil robot-robot yang lain, dia terpaksa tinggalkan tempat itu. Beberapa robot bola kecil mengeluarkan duri-duri tajam dan menyerang mereka. Fang berikan serangan bayangnya untuk selamatkan diri dia dan juga rakan-rakannya. Boboiboy mengarahkan Gopal, Yaya dan Ying keluar dari situ dulu kerana dia mahu menolong Fang. Dia melemparkan beberapa bebola api ke arah bola berduri itu. Kaizo masih mempertahankan kubah pelindungnya. Beberapa letupan kecil yang berlaku pada dinding pelindung itu

"Kenapa kamu berdua tidak lari dari sini?" Kaizo sudah hilang sabar. Lalu dia melompat keluar dari kubah pelindungnya "BELAHAN PEDANG TENAGA!"

Kaizo mencantas beberapa robot berbentuk ulat terbang yang mengeluarkan elektrik. Ulat-ulat itu semakin banyak walaupun ianya sudah dimusnahkan oleh Kaizo. Mereka menyegat bahagian badan Kaizo. Sengatan itu amat berbisa sekali. Badan Kaizo terkena beberapa sengatan elektrik itu. Dia menahan kesakitannya dan tumpukan untuk musnah askar-askar robot yang sudah diarahkan untuk menyerang dia. Satu sengatan elektrik terkena di tangan kanannya. Kaizo menjerit kesakitan. Pedang tenaga dia terlepas dari genggamannya. Dia mula terjatuh apabila ulat-ulat robot itu menyerang lagi dan lagi sehingga Kaizo tidak berdaya untuk kembali berdiri

"ABANGGG!" Fang berlari ke arah abangnya

"Oh.. jadi itu adalah abang kau dan kau adalah adik dia.. hahahaa!" Crystallo "HAHAHAHAHA! HADIAH BONUS YANG MENARIK UNTUK AKU! TANGKAP SI RAMBUT CACAK TU!"

"Pang.. kenapa kau panggil aku abang" bisik Kaizo yang masih cuba lagi untuk bangunkan diri

Beberapa lagi robot keluar dari bahagian belakang Crystallo. Kali ini mereka mempunyai tali libasan berelektrik. Mata Fang dan Boboiboy membulat besar apabila robot-robot itu melibas-libas tali mereka. Robot-robot itu melompat sambil berikan libasan mereka ke arah dua adiwira yang tercengang di situ. Boboiboy mula berubah menjadi Boboiboy Gempa

"TANAH PELINDUNG!"

Tanah-tanah seperti dinding melindungi mereka berdua daripada libasan elektrik itu tetapi pertahanan dinding tanah itu tidak begitu kuat. Ianya mula goyah. Kaizo tidak boleh biarkan mereka diseksa dengan libasan elektrik itu. Dia menahan kesakitannya dan bersedia untuk menyerang robot-robot bertali elektrik itu

"PEDANG TENAGA!"

Robot-robot bertali itu musnah akibat dicantas oleh Kaizo tetapi dia terlepas satu. Robot itu melibas bahagia belakang badan Kaizo. Dia menjerit kerana kesakitan yang perit sekali. Fang boleh nampak badan belakang abangnya kerana jaket dan baju dalam yang dipakai oleh Kaizo, telah musnah sedikit terkena tali elektrik itu tadi. Dia tersembam jatuh di atas lantai bangunan tersebut. Fang mengamuk bagaikan orang gila

"HELANG BAYANG!" Fang melompat dan menunggang helang bayangnya. Robot itu melemparkan tali elektrik kearah Fang tetapi tali dia sempat diikat oleh seseorang

"FANG! SERANG DIA CEPAT!" Thorn sudah pun munculkan diri. Dia genggamkan pegangan tali berakarnya supaya dia lepaskan ikatan tali elektriknya. Dia tarik tali elektrik untuk menghalang serangan robot itu

"TUSUKAN SERIBU BAYANG!"

Badan robot itu ditembusi oleh tusukan-tusukan bayang tersebut. Ianya meletup di tengah-tengah udara. Fang menolong abang dia untuk berdiri. Lalu dia memimpin abang dia keluar dari bangunan tersebut bersama Boboiboy. Mereka larikan diri dari situ dan terus ke kapal angkasa. Crystallo biarkan sahaja mereka larikan diri. Dia tersenyum sinis sambil fikirkan satu rancangan untuk menangkap adik kepada Kapten Kaizo iaitu Fang

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kapal angkasa Kaizo keluar dari planet itu. Rancangan mereka untuk dapatkan tenaga kuasa tidak berjaya. Boboiboy rasa kecewa. Dia jauhkan dirinya daripada kawan-kawan dia. Boboiboy termenung di depan tingkap kapal angkasa. Fang, Gopal, Yaya dan Ying tiba di situ. Mereka boleh baca isi hati Boboiboy yang kecewa itu. Fang ke depan sedikit. Lalu dia pegang bahu Boboiboy

"Boboiboy.. kita akan cari jalan lain. Kalau masih tak jumpa lagi, kita lakukan rancangan terakhir kita iaitu bantuan daripada kak Lynna"

"Aku tahu Fang" jawab Boboiboy sambil termenung lagi "Aku tidak mahu berputus asa. Aku akan cari tenaga untuk Ochobot selama mana yang boleh tetapi kalau masih tak jumpa lagi, kak Lynna adalah jalan yang terakhir. Aku tak nak kehilangan sahabat baik aku"

"Kita semua tak kehilangan dia juga" kata Yaya "Kita akan sama-sama cari tenaga itu"

"Bella, Faye, Lily, Harraz, Emmy, Idoli, Rizu.. mesti akan tolong kita nanti juga"

"Ha ah, betul kata Ying tu.. dia orang pun sayangkan Ochobot juga, sama macam kita" kata Yaya "Kita orang akan berada di belakang dan sokong kau. Jadi kau tidak akan keseorangan"

"Aku sokong! Aku sokong! Sebagai kawan baik kau, aku tidak akan tinggalkan kau!"

"Terima kasih Gopal" Boboiboy pusing kebelakang dengan satu senyuman. Semangat baru dia sudah bangkit di dalam hatinya "Kita akan cari merata tempat, tak kira sejauh mana kita perlu pergi tapi kalau... kita gagal, jalan terakhir adalah kak Lynna"

Mereka berlima berikan satu senyuman kepada satu sama lain. Masing-masing setuju dengan kata-kata Boboiboy tadi. Mereka tidak akan gagal. Mereka akan tetap teruskan perjuangan mereka dan hidupkan semula Ochobot. Satu tepukan telah diberikan oleh seseorang. Mereka berpusing kebelakang. Kaizo rupanya ada di situ dengan senyuman kecilnya

"Aku kagum dengan semangat dan persahabatan kamu semua" kata Kaizo sambil datang ke arah mereka "Aku juga rasa kecewa dengan rancangan kamu semua tadi. Kita gagal untuk dapatkan kuasa tenaga itu tapi aku bersama kamu semua, akan berjuang juga untuk mencari tenaga lain"

"Terima kasih abang Kaizo" kata Boboiboy

Fang tiba-tiba peluk abangnya. Dia sebenarnya rasa bersalah kerana memanggil abang dia dan bukan sebagai kapten

"Badan abang ok?"

"Belakang abang masih rasa sakit sedikit" balas Kaizo

"Abang.." Fang mendongak sedikit "Maafkan adik"

"Takpe.. bukan salah kau" Kaizo lepaskan pelukkan adiknya "Kamu semua pergi berehat. Kita akan pulang ke bumi dan fikir semula untuk hidupkan balik Ochobot"

"Baik abang Kaizo" kata mereka secara serentak

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"BBB-CHAN DAH BALIK!"

Lily melompat-lompat kegembiraan sambil bertepuk tangan. Idoli berlari ke arah Kaizo dan terus peluk. Lily pula, dia ingin pergi memeluk Boboiboy tetapi Emmy sudah mengikat gadis itu dengan robot mengikatnya

"WHAT?! Ke-kenapa AMMY IKAT LILY!"

Emmy endahkan sahaja jeritan Lily tadi. Dia maju ke depan untuk menerima berita baik atau buruk daripada mereka. Adakah para adiwira itu dapat tenaga kuasa untuk hidupkan kembali Ochobot ataupun tidak. Kawan-kawan mereka yang lain ada di situ juga. Hanya Rizu sahaja yang tiada kerana dia terpaksa ikut ibunya ke Kuala Lumpur. Mereka tunggu kepulangan para adiwira itu. Walaupun mereka tidak dapat menjalankan misi itu bersama tetapi hati mereka tetap berdoa agar misi itu berjalan dengan baik

"Maaf semua, kita orang tak dapat nak bersama dengan korang" kata Bella sambil membuka penutup bekas makanan "Aku dan Faye tadi buat chocolate chip cookies. Nak jual dekat sekolah. Kita orang suruh mak cik kantin jualkan"

"Ha ah, rasakanlah biskut kita orang" kata Faye

"Hah! Korang tak ajak aku pun sekali"

"Err... maaf Yaya" Bella tersengih kepada gadis bertudung pink itu "Lagipun asyik biskut Yaya aje dekat kantin sekolah tu. Mesti pelajar lain nak biskut yang berlainan juga"

"Hmm.. betul juga tu. Minggu depan aku buat biskut baru! Resepi baru!" Yaya yang sudah bersemangat untuk membuat biskut baru dia nanti

Muka masing-masing sudah berubah menjadi hijau kecuali Kaizo. Dia hanya tahu Lahap masih suka lagi dengan biskut itu dan masih anggap lagi bahawa adik dia suka dengan biskut yang tidak berapa sedap itu

"Aku pula.. tengah sibuk ulangkaji sebab aku ada ujian nanti" kata Harraz yang serba malu itu "Maaf yea semua" Lalu dia tersengih

"Takpe semua.. aku tak kisah sangat tapi aku ada berita tak baik" Suara nada Boboiboy berubah menjadi sedih "Sebenarnya misi kita orang gagal nak dapatkan tenaga kuasa tu. Maaf semua... maafkan aku, Ochobot"

"Takpe Boboiboy, kita orang faham" kata Bella sambil hulurkan sekeping biskut kepada Boboiboy "Nah, rasalah.. mungkin biskut ni dapat ceriakan hati kau sedikit"

"Terima kasih Bella" Boboiboy mengambil biskut berbentuk bulat itu. Lalu dia gigit sedikit

"Jangan lemah semangat, aku pasti Emmy akan cari jalan lain nanti"

"Yolah.. aku setuju dengan Harraz" tambah Ying

Boboiboy mula tersenyum sedikit sambil kunyah biskut chocolate chips itu. Lily rasa hendak menangis kerana terharu. Kaizo mengusap dahinya untuk fikirkan sesuatu. Tiba-tiba sahaja dia dapat satu idea yang boleh hidupkan semula Ochobot tetapi ianya perlu bantuan daripada Kommander Kokoci

"Aku rasa.. aku ada satu idea"

"Idea apa abang?" tanya Fang

"Kenapa aku tak fikirkan sebelum ini" bisik Kaizo "Aku sebenarnya teringat balik si Pang dan Boboiboy ceritakan kepada aku bagaimana Ochobot hidup balik apabila Klamkabot berikan semua tenaga dia kepada Ochobot tetapi akhirnya, diri dia yang terkorban"

"Abang nak power sphera yang lain berikan kuasa tenaga dia kepada Ochobot?" tanya Fang lagi "Sanggup ke mereka korbankan diri mereka untuk selamatkan Ochobot?"

"Yea tapi kali ini.. kita perlukan banyak power sphera, bukan satu sahaja. Mereka hanya perlu salurkan separuh tenaga mereka kepada Ochobot"

"Emmy rasa idea itu akan berjaya!" kata Emmy secara tiba-tiba "Emmy akan beritahu berapa banyak power sphera yang Ochobot perlukan.. abang kapten itik hot pergi minta izin dekat Kommander kuih koci. Nanti Emmy akan hubungi untuk beritahu berapa banyak power sphera yang kita perlukan"

Berkerut dahi Kaizo apabila diri dia dipanggil 'abang kapten itik hot'. Mata dia terus memandang ke arah Lily yang sedang ketawa sedikit itu. Mereka yang lain setuju dengan rancangan Kaizo dan Emmy itu. Lalu Kaizo terus keluar dari makmal itu untuk pergi ke stesen TAPOPS. Manakala yang lain, perlu pergi menolong Emmy untuk siapkan mesin salurkan kuasa kepada Ochobot. Faye telah diarahkan untuk membawa Stylobot dan Meowbot ke makmal itu

"Ala.. baru aku teringat, meowbot ada dekat Rizu"

"Takpelah Faye, kita ada lagi power sphera yang lain" kata Boboiboy kepada Faye "Kau pergi ambil Stylobot dekat kedai Tok Aba"

"Ok!"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 jam kemudian, semuanya sudah bersedia. Terdapat 10 power sphera berlainan bentuk dan warna di dalam sebuah kotak lutsinar yang berasingan. Stylobot kelihatan gembira kerana dia dapat salurkan separuh tenaga kuasa dia kepada Ochobot sebentar nanti. Selain daripada Stylobot, ada juga power sphera yang mereka kenali seperti Motobot, Bellbot, Rockbot dan juga Loopbot

"Semua sudah bersedia ke?" tanya Emmy

"SUDAH!" kata mereka yang berdiri dengan power sphera masing-masing kecuali Kaizo. Dia hanya angguk kepala sahaja

Power-power sphera itu mengelilingi Ochobot yang kelihatan kaku. Di kotak-kotak yang mempunyai power sphera itu, terdapat sebuah saluran getah yang telah menghubungkan dari kotak lutsinar itu ke kotak Ochobot. Hati Boboiboy berdoa agar rancangan ini akan berjaya. Emmy sudah memegang sebuah tombol berwarna merah. Lalu dia memusing tombol merah itu sedikit demi sedikit. Satu per satu power sphera itu mula keluarkan tenaga mereka. Tenaga itu mula disalurkan kepada Ochobot. Satu pancaran putih bersinar di dalam kotak lutsinar Ochobot. Sepasang mata terus timbul di robot kuning itu. Ochobot sudah kembali. Hati Boboiboy melonjak naik kerana dia tidak sangka, mereka berjaya hidupkan semula robot kuning itu. Emmy memusing tombol merah itu untuk hentikan saluran tenaga itu. Power sphera yang lain berteriakkan kerana mereka berjaya kembalikan balik Ochobot

"OCHOBOT!" jerit Boboiboy

Kotak Ochobot mula di naikkan. Robot itu terbang keluar dan secara tidak langsung, Boboiboy terus memeluk robot kesayangannya. Budak-budak perempuan menangis kerana terharu melihat Boboiboy sudah bersatu semula dengan Ochobot. Mereka berdua bagaikan adik beradik yang berlainan spesis. Lily menangis di bahu Bella kerana dia rasa, permandangan itu terlalu indah baginya

"Selamat kembali, Ochobot" bisik Boboiboy "Aku janji aku tidak akan buat begitu lagi dekat kau"

"Kau jangan salahkan diri kau pula, Boboiboy"

"Pada mulanya, aku memang salahkan diri aku tetapi bila fikirkan semula, itu bukan aku.. itu adalah hasut jahat yang membuatkan aku untuk hancurkan kau"

"Aku gembira kau sudah pulih" kata Ochobot "Terima kasih Boboiboy kerana kembalikan aku semula"

"Tapi kau harus berterima kasih kepada abang Kaizo kerana idea ini adalah dia punya" kata Boboiboy

"Nanti aku akan berterima kasih kepada dia. Sekarang ini, aku hanya mahu bersyukur kerana kau tidak jahat lagi.." Ochobot rasa lega melihat Boboiboy tidak lagi dirasuk oleh benda-benda jahat

Sedang mereka berpelukan, power sphera yang lain sudah dilepas keluar dari kotak mereka. Lalu mereka semua peluk Ochobot dan ucapkan selamat kembali. Lily terlupa hendak keluarkan kek yang dia buat bersama dengan Idoli dan Emmy tadi. Dia pergi ke dapur makmal dan membawa keluar sebuah kek besar. Kek itu berada di atas troli beroda

"Err.. Lily"

"Kenapa Yaya?"

"Bukan kek tu sepatutnya bentuk Ochobot tapi kenapa Boboiboy?"

Lily tersengih besar kerana fondant kek itu telah dibentukkan kepada wajah Boboiboy bukan Ochobot. Lalu dia ketawa malu di situ

"Hehehee... maaf semua, Lily asyik fikirkan tentang Boboiboy, terlupa pula tentang Ochobot" Lily ketawa lagi "Tapi apa-apa pun.. WELCOME BACK OCHOBOT!"

Ochobot tetap rasa gembira walaupun kek itu rupa Boboiboy. Dia menjemput kawan-kawan manusia dan juga alien, untuk makan kek yang telah dibuat oleh Lily, Idoli dan juga Emmy. Entah kenapa kek itu ada campuran kerepek pisang di dalamnya. Mengikut kata Fang, Lily dan kerepek pisang tidak dapat dipisahkan. Walaupun ada kerepek pisang di dalam kek itu, ianya tetap rasa sedap

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top