Misi Perangkap

Antena Picu keluar sedikit demi sedikit dari poket jaket Kaizo. Lalu dua biji mata dia keluar. Mata dia melirik ke arah kanan dan kiri penjara itu. Dia melompat keluar dari poket itu. Dia pusing kebelakang dan melihat Kaizo sedang pengsan di atas lantai. Dia kembali pusing kebelakang dan nampak seorang gadis masih lagi menangis di hadapan penjara. Dia melompat-lompat menuju ke depan dan terus keluar dari celah pintu pejara itu dengan begitu mudah sekali. Picu jilat tangan gadis itu sedikit demi sedikit. Mimiko mula bangunkan badannya. Mata dia terkebil-kebil melihat Picu

"Picu?" Mimiko mengesat air matanya dengan lengan bajunya "Macam mana Picu boleh ada dekat sini?"

Picu tidak menjawab. Mata dia hanya pejam kelip pejam kelip sahaja. Mimiko tadah tangan kanannya di hadapan Picu. Sang alien comel itu melompat naik ke atas tangan tersebut. Mimiko mengangkat tangannya. Lalu dia mengusap kepala Picu dengan jari kirinya

"Picu.. maafkan aku sebab ini semua salah aku" bisik Mimiko "Aku... aku perlu cari jalan untuk lepaskan Kapten Kaizo dari penjara ini. Mungkin lepas tu dia boleh bantu aku untuk selamatkan ibu bapa aku dan yang lain-lain juga"

Picu seperti biasa, hanya perhatikan wajah Mimiko yang suram itu. Lalu Mimiko kembali bercakap lagi

"Aku bukan budak jahat seperti dulu. Aku buat ini sebab arahan Kapten Vergo. Dia yang culik ibu bapa aku. Dia mempergunakan aku untuk dapatkan Kapten Kaizo. Sekarang ini, aku betulkan balik semuanya. Aku perlu selamatkan mereka. Picu boleh bantu aku?"

Picu berguling sedikit di atas tapak tangan Mimiko. Buat pertama kalinya, sang gadis itu tersenyum gelak kerana suka melihat kecomelan Picu. Tiba-tiba Kaizo mula bergerak. Kepala Kaizo tidak rasa sakit lagi. Badan dia tidak lagi rasa lemah. Kaizo mula buka matanya dan tangan dia mula bergerak-gerak. Dia melihat Mimiko sedang bermain-main dengan Picu

"Picu?" bisik Kaizo. Badan dia kini tidak berasa lemah. Dia mula bangun seperti biasa "Picu.. bagaimana kau boleh berada di sini? Kau culik dia juga ke?"

"Bu-bukan aku.. mungkin Picu yang ikut Kapten Kaizo" balas Mimiko dengan suara ketakutan dia "Kapten Kaizo.. aku boleh keluarkan kapten dari situ. Aku juga ingin tebus balik kesalahan aku" Dia bangun dari tempat duduknya "Aku ingin selamatkan semua orang"

"Hmm.." Kaizo kelihatan ragu-ragu dengan Mimiko "Adakah ini salah satu muslihat kau?"

"Bukan.. ini bukan muslihat aku" Mimiko menjawab dengan penuh keyakinan "Aku ingin betulkan balik kesalahan aku. Ya, aku mengaku.. aku sudah tersilap langkah tapi aku buat begitu kerana ibu bapa aku. Sepatutnya aku beritahu abang aku tetapi aku diam sahaja. Aku bukan seperti dia. Momoki sangat berani dan lantang bersuara tapi aku ni.. lemah"

"Kau tidak lemah.. kau mempunyai perasaan. Kau ingat lagi tentang kau ingin selamatkan abang kau dari buat kerja gila"

Mimiko angguk. Dia terkenang kembali tentang kejadian itu. Tentang abang dia ingin musnahkan Kaizo tetapi pada masa yang sama, Momoki musnahkan setiap seorang yang rapat dengan Kaizo. Mimiko terpaksa betulkan keadaan itu dengan menggunakan kuasa ulangan masa. Kuasa itu adalah kuasa ibunya sendiri yang telah diberikan kepada Mimiko. Malangnya, kuasa itu telah diambil oleh Emmy. Mimiko tidak mahu memiliki kuasa itu. Jadi dia menyuruh Emmy menyerap kesemua kuasa itu dan simpan kuasa itu dengan baik

"Aku ingat lagi" jawab Mimiko

"Itu adalah kekuatan kau tetapi... ianya boleh menjadi kelemahan kau sendiri. Jangan biarkan emosi sedih atau marah mengawal diri kau"

"Ya, aku tidak akan benarkan" Kepala Mimiko tertunduk sedikit. Lalu dia angkat kepalanya sedikit dan berikan satu senyuman yang penuh semangat kepada Kaizo "Aku akan jalankan misi ini dengan berhati-hati. Picu duduk dengan Kapten Kaizo ok... biar aku pergi dapatkan kunci penjara ini"

"Tak perlu.. kau bawa Picu itu sekali. Sekecil mana pun dia, si Picu tu ada kelebihan dia tersendiri"

Mimiko letakkan Picu di atas kepala rambutnya. Lalu dia berunsur pergi dan tinggalkan Kaizo bersendirian di situ. Kaizo tidak lagi kesakitan seperti pagi tadi. Badan dia sudah kembali semangat. Lalu dia keluarkan pedang tenaganya untuk cuba lepaskan diri dari penjara itu. Dia cuba mencantas pintu penjara itu tetapi apa yang berlaku seterusnya, ada sesuatu tenaga yang menolak dia kebelakang. Kaizo terjatuh dan pedang dia terlepas dari pegang dia. Kaizo tidak mahu berputus asa tetapi dia harus tenang dan serahkan kepercayaan dia kepada Mimiko. Lagipun mereka tidak boleh terburu-buru. Rancangan mereka harus dilakukan secara senyap dan berhati-hati

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying kini berada di dalam stesen TAPOPS. Mereka perhatikan sahaja kommander Kokoci sedang berbincang dengan Lynna di dalam bilik kawalan stesen itu. Muka kommander agak serius dan Lynna pula, riak wajahnya menunjukkan dia sedang bimbang tentang sesuatu. Sudah tentu Lynna bimbangkan tentang keselamatan sebahagian penduduk Pulau Rintis yang telah ditangkap oleh alien jahat. Bukan mereka sahaja yang di bimbangkan oleh Lynna. Sang gadis itu juga turut bimbangkan tentang Kaizo. Dia tidak mahu mereka semua diseksa oleh alien-alien jahat tersebut

"Kapal angkasa itu boleh dijejaki?" soal Lynna

"Boleh.. aku sudah hantarkan pasukan Sai dan Shielda untuk menjejaki mereka. Setakat ini, belum ada apa-apa berita dari mereka berdua. Lahap juga membantu mereka untuk menjejaki alien-alien itu. Sekiranya, kami sudah dapat tahu dimana mereka berada.. aku akan hantar kau dan mereka juga.." Maksud Kommander adalah pasukan Boboiboy dan rakan-rakannya "Ke sana dengan menaiki kapal angkasa Kapten Kaizo. Lahap akan bawa kamu semua ke sana"

"Terima kasih kommander" ucap Lynna dengan penuh sopan

"Adik aku kini selamat di bumi?" Laksamana Tarung munculkan diri dengan air mukanya yang garang

"Dia selamat Laksamana" Boboiboy yang membalas pertanyaan Laksamana Tarung tadi "Dia ada dekat makmal Emmy. Kami yakin alien-alien itu tidak akan kembali ke bumi. Lagipun Bella, Faye dan Lily akan pastikan para penduduk Pulau Rintis dalam keadaan selamat"

"Kamu yakin mereka bertiga boleh jaga keselamatan penduduk di situ?"

Boboiboy menelan ludah kerana takut dengan pertanyaan Laksamana Tarung dalam nada yang garang. Kawan-kawan dia juga rasa takut tetapi mereka harus berikan kepercayaan mereka kepada Bella, Faye dan Lily

"Kami yakin, Laksamana" balas Boboiboy dengan penuh keyakinan "Dia orang ada gajet tersendiri yang diberikan oleh Stylobot. Jadi, tiada masalah untuk mereka jagakan Pulau Rintis sementara kami tiada di situ"

"Hmm.. kalau kamu yakin. Aku terpaksa percayakan kamu semua"

"Hehehe.. terima kasih Laksamana" Boboiboy rasa lega sedikit "Kawan kami Momoki ada dekat situ juga"

"Tak" Tiba-tiba kommander Kokoci mencelah "Dia tiada di sana kerana kembar dia si Mimiko kemungkinan ditangkap oleh alien-alien jahat. Momoki kini dalam perjalanan untuk menjejaki kapal angkasa mereka. Dia akan bekerjasama dengan kita"

"Eh.. Mimiko pun kena tangkap?" Yaya rasa pelik

"Kenapa Yaya?" soal Lynna "Ada sesuatu yang tak kena ke?"

"Sebenarnya.." Yaya menarik nafas seketika dan lalu dia bercerita "Saya ada ternampak dia semasa saya sedang menolong Bella dan Faye. Tapi saya rasa pelik.. kerana masa tu, dia seperti relakan diri masuk ke dalam pod kecil tu. Dia tak nampak macam kena tangkap dengan musuh kita"

"Adakah dia pembelot?" Laksamana Tarung agak ragui dengan tindakan Mimiko "Atau sebenarnya dia ada rancangan lain? Tapi tak kan abang dia si Momoki tidak tahu tentang kembar dia sendiri. Ini sangat mencurigakan. Kalau begitu, kita perlu perhatikan Momoki juga"

"Baiklah, Laksamana Tarung akan perhatikan Momoki" arah Kommander Kokoci "Kamu yang lain. Kita tunggu sahaja berita perkembangan dari Sai, Sheilda dan Lahap. Kamu semua boleh bersurai"

Lynna membawa para remaja adiwira itu keluar dari bilik kawalan. Mereka berjalan terus menuju ke sebuah lif berbentuk bulat. Mereka tidak berkata apa semasa berada di dalam lif itu. Pintu lif itu ditutup secara tidak langsung dan lalu ianya bergerak ke bawah. Kepala Fang tertunduk sedikit kerana dia sedang fikirkan tentang abangnya. Dia tidak tahu apa musuh mereka akan lakukan terhadap abangnya. Bahu dia dipegang oleh Boboiboy. Fang menoleh kebelakang dan ternampak satu senyuman lemah dari Boboiboy

"Aku yakin kita dapat bertemu balik dengan abang kau. Lagipun abang Kaizo tu kan kuat" ujar Boboiboy

"Hmm... dia tengah sakit tu, kuat ke?" Nada Fang berubah menjadi marah "Entah-entah sekarang ni, dia orang tengah seksa abang aku! Tangan aku sekarang ni, macam nak cekik-cekik dasar alien jahat tu!"

"Fang!"

Mereka terkejut dengan jeritan Lynna yang amat kecil tetapi menakutkan. Ianya seperti nada yang garang. Seolah-olah dia marah kepada mereka berlima

"Maaf kak Lynna" Kepala Fang tertunduk semula

Pintu lif itu terbuka. Lynna melangkah keluar dari lif tersebut tanpa melihat para adiwira itu

"Akak nak pergi berehat dulu" Jauh di hati Lynna sebenarnya rasa bersalah dengan Fang. Sepatutnya dia perlu sembuhkan Kaizo dulu tetapi pada masa itu, dia terpaksa lari keluar untuk melihat keadaan yang huru-hara itu "Kamu semua jangan buat nakal"

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying melihat sahaja Lynna berjalan jauh dari disebalik alien mop yang sibuk dengan kerja mereka sehinggalah sang gadis itu hilang dari penglihatan para adiwira itu. Mereka pandang satu sama lain sehinggalah Fang berkata sesuatu

"Kenapa kak Lynna tiba-tiba macam marah aje?"

"Ada sesuatu yang tak kena ke?" soal Boboiboy "Kak Lynna selalunya ceria, tenang, lemah lembut tapi tadi... ada yang tak kena"

"Entah-entah kak Lynna kena rasuk dengan alien jahat" Ying terus tepuk kepala Gopal "Dey! Apasal kau tepuk kepala aku?"

"Aiyooo... mana ada alien boleh rasuk orang maaa"

Mereka berlima keluar dari lif tersebut dan bergerak ke bilik asrama mereka

"Aku rasa, aku perlu hubungi Lily"

"Kenapa?" Lalu Fang tersenyum sinis sambil menyiku-yiku tepi badan Boboiboy "Kau rindu dia ke?"

"Mana adalah. Aku cuma mahu pastikan semuanya dalam keadaan selamat" marah Boboiboy sedikit

"Betul kata Boboiboy tu" kata Yaya. Fang mula bermasam muka sambil bersilang tangan "Kau tak nak tengok keadaan Rizu ke?" soal dia kepada Yaya

"Mestilah nak!"

Lalu mereka berkumpul di bilik Boboiboy dan Gopal. Robot kesayangan Boboiboy ada di dalam bilik. Ochobot terbang dan pergi memeluk Boboiboy dengan begitu erat sekali

"Apa kata kommander?" soal Ochobot

"Kommander cakap.. Sai dan Shielda sedang menjejaki mereka. Lepas tu, kita perlu berhati-hati dengan Momoki" jelas Boboiboy

"Aik.. bukan Momoki sudah jadi baik ke?" Ochobot rasa curiga seketika "Dia ke yang buat rancangan semua ini?"

"Itu yang kami tak tahu lagi" kata Yaya "Sebab tadi aku yang nampak Mimiko pergi ikut alien jahat tu. Tak tahulah samada Momoki dengan kami atau dengan alien jahat tu. Laksamana Tarung tengah perhatikan dia sekarang ini"

"Tak boleh jadi ni.. aku harap dia bukan di pihak sana. Selama ini, dia sentiasa berikan pertolongan"

"Hmm.. aku pun berharap begitu juga, Ochobot" Boboiboy duduk di atas katil. Dia tidak mahu fikirkan tentang Momoki sekarang ini. Lalu dia menyuruh Ochobotu untuk menghubungi Lily ataupun Bella

"Bagus kau hubungi dia"

"Kenapa pula?" soal Boboiboy kepada Ochobot "Ada sesuatu yang terjadi dekat Pulau Rintis ke?" Dia terus berdiri dengan muka terkejut

"Bukanlah" jawab Ochobot "Lily tu, asyik tanya pasal kau aje.. baik kau hubungi dia dengan segera"

Boboiboy angguk kepalanya. Mereka hubungi Lily dengan menggunakan Ochobot. Tidak sampai 5 saat, skrin sederhana kecil terpancar dari badan bulat Ochobot. Wajah gembira Lily tertera pada skrin itu. Fang sudah menutup kedua-dua telinganya kerana dia tahu Lily akan menjerit sebentar lagi

"BBB-CHAN!"

Tekaan Fang memang tetap sekali. Boboiboy tersengih sahaja. Lily kebelakang sedikit dan lalu dia duduk di atas kerusi sofa rumah Fang. Di sebelah kanan sang gadis itu adalah Bella

"Hehee.. hai Lily" Boboiboy tersengih lagi sambil melambai-lambai ke arah gadis itu "Bagaimana keadaan dekat sana?"

"Semuanya terkawal" balas Bella "Kita orang tadi tenangkan semua yang menjadi mangsa alien tu. Rasa kasihanlah juga tengok budak-budak menangis sebab ibu dan ayah dia orang kena tangkap. Faye pun tengah sibuk layan dia orang"

"Faye dekat mana sekarang?" soal Yaya

"Dia ada dekat luar rumah. Main dengan dia orang" balas Bella lagi "Tadi pun Tok Aba ada hantarkan makanan untuk kita orang"

"Oklah tu.. si Rizu macam mana?" Kali ini Fang pula bertanya "Dia masih sedih lagi ke?"

"Si penguin tu tengah main dengan Comot and Idoli! Hehehehe... suka dia bila dapat main dengan kucing" Lily alihkan skrin ke arah Rizu yang sibuk bermain dengan dua ekor kucing di tepi tangga rumah itu "Jadi kita orang biarkan dia main dengan kucing-kucing tu"

Mereka terdengar Rizu sedang nyanyikan sebuah lagu kepada kucing-kucing tersebut. Fang tertawa sedikit kerana lagu tersebut adalah lagu kanak-kanak tetapi liriknya telah diubah sepenuhnya. Lily turut nyanyi bersama juga kerana Rizu asyik ulang lagu itu

"Ejen Ali ada kucing, nama dia Comot! C-O-M-O-T! C-O-M-O-T! C-O-M-O-T! Nama dia Comot!"

"Meow meow!" Comot yang balas nyanyian Rizu tadi

Yaya dan Ying suka dengan nyanyian comel Rizu tadi. Gopal tidak mengerti apa yang kedua gadis itu nampak. Adakah dia rasa comel dengan telatah Rizu? Gopal tidak rasa begitu. Boboiboy tersenyum suka dan hati dia rasa tenang sedikit melihat Rizu sudah berhenti menangis. Fang berharap kedua-dua ekor kucing itu dapat gembirakan hati Rizu sementara dia dan rakan-rakan dia pergi selamatkan ibu Rizu

"Wei, si Comot tu kau pergi kutip dekat mana?" Soal dari Fang yang membuatkan Lily pandang ke atas ke bawah sambil tersengih. Dia seolah-olah tidak mahu bertentangan mata dengan sang alien itu "Kau tak minta kebenaran dari si Ali ke?"

"Err.. tak" Lily masih lagi tersengih. Kali ini dia membuat percubaan muka comelnya kepada Fang "Landak marah ke?"

"Muka comel kau tidak akan berjaya untuk memperdayakan aku" jawab Fang dengan nada yang serius

"Ha ah, dari mana kau ambik Comot? Curiga juga aku" ujar Yaya

"Adeh.." Lily terpaksa ceritakan perkara yang sebenarnya "Sebenarnya.. Lily tadi pergi ke Akademi MATA... jadi Lily kutiplah Comot dekat situ tapi yang peliknya, si Comot tak mengamuk pulak.. mencurigakan betul dengan kucing ni"

"Ali pula? Dia tidak tahu?" soal Boboiboy

"Tak tahu" balas Lily

"Dan macam mana kau tahu koordinat akademi tu? Bukan ke tempat itu adalah tempat rahsia" soal Fang

"Sebab gajet dari Faye ni ada simpan koordinat tu! Jadi Lily pergilah singgah ke sana sekejap" balas Lily dengan hati yang tenang

Fang menepuk dahinya sendiri. Dia sepatutnya nasihatkan sepupunya untuk padamkan koordinat itu. Jauh di hatinya, dia rasa bagusnya juga Lily pergi bawa Comot khas untuk Rizu. Dalam masa yang sama, dia rasa geram kerana tidak minta kebenaran dari Ali terlebih dahulu

"So, apa perkembangan berita dekat sana?" soal Bella

"Hmm... kommander sekarang ni suruh Laksamana Tarung siasat si Momoki" balas Boboiboy. Lily tidak begitu terkejut. Bella pula, dia seperti hendak mencarut "Kita orang tak tahu apa hubungan alien jahat tu dengan si alien kembar tu. Aku berharap, Momoki tidak belot kami semua"

"Lily tak tahu nak cakap apa" Terus Lily tersengih "Cuma Lily berharap si Mopiko kembali ke jalan yang benar. Dia dulu adalah alien yang tidak berhati perut sehingga membuatkan kapten itik hot terseksa dan landak menangis tak henti-henti. Lepas tu Mopiko sudah insaf dan Lily sendiri tak tahu kenapa dia suka kacau Lily. Oh BBB-CHAN, Lily tahu BBB-CHAN rasa marah dan geram-"

Fang tutup skrin itu kerana dia sudah bosan mendengar drama Lily yang tidak terlalu drama. Kalau dibiarkan lama, nanti makin meluat si Fang. Mata Boboiboy melirik ke arah Fang

"Apa? Salah ke aku tutup?"

"Salah tetap salah" Yaya yang menjawab bukan Boboiboy "Tak baik tau kau tutup macam tu sahaja. Nanti Lily rasa kecil hati pulak"

"Hmm.. takpelah Yaya.. nanti aku hantar mesej maaf dekat dia orang" kata Boboiboy

"Oklah, aku dan Ying nak balik bilik kita orang. Korang rehat dulu sementara tengah takde perkembangan berita dari kommander"

"Ok Yaya" balas Boboiboy

Kedua gadis itu berunsur keluar dari bilik tersebut. Fang malas hendak balik ke bilik dia kerana dia tahu, dia akan berseorangan di dalam biliknya. Tiba-tiba dia terdengar kunyahan dari seseorang. Mata dia terpandang Gopal sedang menikmati sebatang biskut

"Laparlah tu" bisik Fang sambil perhatikan kawan dia si Gopal

Lalu mata mereka bertentangan

"Apa? Aku laparlah" jawab Gopal tanpa ditanya oleh Fang "Kau nak ke?"

"Aku tak nak..hmm.. kau sambunglah makan, Gopal. Aku nak tumpang tidur dekat bilik korang jap"

"Aik.. bilik kau kan ada" Boboiboy rasa pelik "Kau takut tidur sorang-sorang yea" Dia mula menyakat kawan baiknya

"Mana adalah.. aku cuma malas nak berjalan ke bilik aku. Dengan itu, aku tidur dekat sini sementara" Fang terus baring di atas katil Boboiboy "Kejutkan aku bila ada apa-apa berita"

Boboiboy biarkan sahaja sang alien itu tidur di atas katilnya. Sementara itu, Boboiboy pergi mencapai sebuah buku yang ada di atas meja. Lalu dia baca buku tersebut sambil menunggu berita baru dari kommander Kokoci. Buku yang dia baca adalah mengenai angkasa. Fang sudah pun nyenyak tidur. Sementara Gopal pula, dia masih lagi makan biskut bukan kerana lapar tetapi dia sebenarnya dia takut dengan musuh baru mereka

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agak lama Kaizo menunggu Mimiko kembali ke penjara itu. Dia bermundar-mandir di dalam penjara kecilnya. Hati dia cukup gelisah dan ianya membuatkan dia tidak senang duduk. Kaizo tidak tahu apa yang berlaku diluar sana. Penjara itu tidak mempunyai tingkap dan penjara sebelah kanan dan kiri dia adalah kosong. Nampak dia telah diasingkan daripada orang lain. Dia ada juga mencuba untuk musnahkan pintu penjara itu tetapi tiada kesan. Dia mengaktifkan topengnya dan menggunakan kuasa tahap keduanya. Lalu dia menyerang pintu penjara itu. Kemusnahkan kecil berlaku. Lalu dia mencuba lagi sehingga berjaya. Dia tidak boleh tunggu Mimiko kembali ke situ sahaja. Dia perlu buat sesuatu

"KAPTEN KAIZO!"

Topeng Kaizo terus naik ke atas. Gadis itu telah pun kembali bersama Picu. Di tangan kirinya mempunyai sebatang kunci. Mimiko bergegas ke pintu penjara tersebut. Sebaik sahaja dia masukkan kunci itu ke dalam lubang kunci tersebut, perisai penjara itu hilang. Pintu itu mula terbuka dengan automatiknya

"Bagus" kata Kaizo sambil menyimpan pedang tenaganya "Sekarang kita kalahkan si Kapten Vergo tu. Kau pergi selamatkan yang lain"

"Tapi tak kan aku seorang sahaja?"

"Jangan risau, mereka semua akan tumpukan kepada aku seorang sahaja. Jadi kau bebas untuk selamatkan mereka semua. Nanti kau hantar mesej terus ke stesen TAPOPS untuk meminta bantuan. Kommander Kokoci akan bantu kau dari situ"

"Baik Kapten Kaizo" kata Mimiko "Kapten Kaizo ambil Picu ni.. supaya dia dapat melindungi Kapten Kaizo"

"Hmm.. terima kasih" Mimiko serahkan sang alien kecil itu kepada Kaizo "Hati-hati dan semoga berjaya" ucap dia kepada gadis itu sambil menyimpan Picu di dalam poket jaketnya

Tanpa membuang masa, Kaizo terus bergegas keluar dari tempat penjara itu. Dia perlu mencari Kapten Vergo untuk menghalang rancangan jahat dia. Kaizo tidak akan biarkan kapten itu musnahkan kesemua power sphera. Mimiko hanya perhatikan Kaizo berlari pantas sehinggalah kapten itu hilang dari pandangannya. Mimiko juga turut beredar dari situ untuk jalankan tugasnya yang seterusnya. Sebaik sahaja Kaizo melangkah keluar dari tempat penjara itu, alat pengera berbunyi. Askar-askar alien sudah bersiap sedia dengan senjata mereka untuk menangkap Kaizo. Senyuman sinis terukir di bibir Kaizo. Lalu dia keluarkan pedang tenaganya untuk musnahkan setiap alien jahat yang cuba menghalang dan menangkap dia. Kaizo melibas, mencantas, melompat dan menendang setiap alien-alien askar itu. Dari satu bilik ke satu bilik dia periksa tetapi Kapten Vergo tetap tiada di situ. Kaizo tidak mahu berputus asa. Dia tetap akan cari sehingga dapat

Kaizo rasa pelik seketika. Tadi musuh dia begitu ramai untuk menangkap dia tetapi sekarang ini, tiada satu askar alien jahat yang dia temui. Adakah dia berjaya menghapuskan semua?

"Jangan nak mengarut" bisik Kaizo

Kaki dia mengatur langkah ke sebuah bilik utama yang kini berada di hadapannya. Pintu bilik itu terbuka luas, seolah-olah ianya mengalukan dia masuk ke dalam. Kaizo mengambil langkah berjaga-jaga. Sebelum dia melangkah masuk, dia menjenguk bilik itu seketika. Sunyi, tiada askar alien yang ada, akan tetapi, di tengah-tengah bilik itu terdapat seseorang sedang berdiri dengan kedua-dua tangannya kebelakang. Itu adalah Kapten Vergo. Mata dia sedang memerhatikan luar tingkap bilik itu. Lalu dia pusing kebelakang sambil tersenyum sinis

"Akhirnya, kau sudah pun tiba di bilik kawalan ini" kata kapten itu "Tahniah aku ucapkan kerana berjaya melepaskan diri dari penjara kecil tu"

"Terima kasih" balas Kaizo sambil mengenggamkan pedang tenaganya "Kau perlu tahu, kau tidak berjaya dengan rancangan jahat kau. Aku tidak akan benarkan kau musnahkan kesemua power sphera"

"Hmm... betul ke kau akan menghalang rancangan aku?" Kapten Vergo mengusap dagunya "Tapi kau seorang sahaja.. boleh ke kau halang rancangan aku? Tapi.. aku rasa.. kau patut dengar rancangan aku"

"Kenapa pula? Bukan ke kau mahu musnahkan kesemua power sphera yang ada di galaxy ini"

"Betul" Kapten Vergo masih tersenyum sinis "Tapi aku musnahkan mereka kerana ada sebabnya.. aku bukan sahaja ingin berkuasa di angkasa ini tetapi aku mahu tiada pergelutan kuasa diantara jahat dan baik. Biarlah mereka hidup tanpa ada kuasa dari sesiapa. Biarlah mereka hidup dalam sama taraf... tiada yang dibawah, tiada lagi berada diatas"

"Dan kau? Akan musnahkan mereka?" Kaizo masih tidak berpuas hati dengan alasan dari Kapten Vergo

"Aku? Musnahkan mereka?" Kapten Vergo tergelak sinis sambil tersenyum "Kaizo.. Kaizo... aku tidak akan musnahkan mereka. Aku akan biarkan mereka hidup dalam keadaan aman dan damai tapi sesiapa sahaja yang musnahkan keamanan itu. Aku yang berkuasa, akan musnahkan mereka yang cuba ganggu keamanan itu tanpa belas kasihan.. aku sendiri akan uruskan mereka. Kristal yang kau miliki itu, akan membantu aku"

"Kristal aku?" Kaizo memegang dadanya "Tak.. aku tidak akan benarkan kau mengambil kristal ini"

"Yea, tapi kau lupa ke aku katakan pada kau... si dia akan berikan kepada aku semata-mata untuk selamatkan kau dan yang lain" Kapten Vergo ketawa sinis lagi "Tapi aku ada juga tawaran untuk kau"

"Tawaran?" Kaizo sedia mendengar tawaran itu

"Yea.. apa kata kau sertai dengan rancangan aku" Kapten Vergo berjalan dekat kepada Kaizo "Sertai aku dan kita sama-sama menjaga keamanan galaxy ini. Tiada lagi yang berkuasa selain daripada kita. Tiada lagi perebutan kuasa. Kau dan aku akan dihormati"

"Ini tawaran kau?" Kaizo tidak begitu yakin dengan tawaran Kapten Vergo "Lagipun, semua itu adalah kerja gila!"

"Kerja gila? Ini bukan kerja GILA! Ini adalah satu rancangan untuk kekalkan keamanan galaxy ini! Biar aku sahaja yang berkuasa! Biar aku kawal mereka semua! Tiada lagi peperangan, tiada lagi perebutan kuasa.. SEMUANYA AKAN TERTUMPU KEPADA AKU! Dan semua ini juga boleh menjadi milik kau.. dan aku juga benarkan kau bawa kekasih hati kau ikut kami. Sama-sama kau dan dia menjaga keamanan galaxy ini"

"Tapi kau mahu musnahkan kesemua power sphera! Bagaimana jikalau wujudnya senjata-senjata baru yang lebih berkuasa daripada kau? Dan mereka ingin jatuhkan kau"

"Hmm.. kau ingat aku begitu mudah untuk dikalahkan? Aku ada ramai pengikut.. semuanya mahukan apa yang aku mahukan. Tiada perebutan kuasa, tiada lagi kemusnahan tempat tinggal mereka, tiada lagi kehilangan ahli keluarga mereka.. aku akan tunaikan impian mereka. Kita hapuskan kesemuanya! Supaya yang lain boleh hidup dengan aman" jelas Kapten Vergo

"Kenapa kau tidak berbincang dengan ketua-ketua jahat yang lain? Kenapa tidak berikan amaran sahaja kepada mereka. Kenapa perlu musnahkan mereka?"

"Kau ni.." Kapten Vergo tergelak seperti ada sesuatu benda yang lucu "Hahahaha... kalau aku bincang dengan dia orang pun.. adakah mereka akan terima? Oh tidak, mereka tidak akan terima. Mereka akan bergaduh satu sama lain. Masing-masing ingin berkuasa di galaxy ini. Masing-masing ingin tunjukkan kekuatan mereka dan tunjukkan siapa yang lebih berkuasa. Baik aku musnahkan satu-satunya yang mereka mahukan selama ini.. iaitu kuasa. Kuasa yang datang dari power sphera. Selain daripada itu juga, aku akan musnahkan orang-orang jahat yang cuba mengacau-bilaukan keamanan di sesebuah planet"

"Hmm.. bukan ke kau tu salah satunya orang jahat? Kau culik sebahagian penduduk Pulau Rintis. Kau gunakan Mimiko untuk dapatkan aku.. kau ugut dia supaya dia lakukan kerja kotor kau!"

"Betul tapi aku tidaklah sejahat mana.."

"TAPI KAU MEMANG KEJAM!" Kaizo terus menyerang Kapten Vergo itu. Dia melompat ke atas "PEDANG TENAGA!"

Kapten Vergo melindungi diri dia dengan mengeluarkan pedangnya sebagai perisai. Serangan Kaizo tadi agak kuat tetapi Kapten Vergo tidak berganjak dari situ. Kaizo berikan serangan dia yang seterusnya. Berlian-berlian di pedang Kapten Vergo mula bernyala

"APAKAH?" Kaizo terkejut tetapi dia tidak mahu hilang tumpuan "SERANGAN BELAHAN PEDANG TE.. ARGHHHHHH!"

Kaizo jatuh bergolek. Pedang tenaganya terlepas dari tangannya. Pedang itu berputar-putar di atas lantai dan lalu ianya berhenti berputar. Kapten Vergo memijak pedang itu. Kaizo menoleh kebelakang sedikit. Kaki dia luka akibat terkena tembakan dari seseorang. Mata dia terbeliak luas kerana terkejut siapa yang menembak kakinya tadi

"Mimiko? KENAPA KAU BELOT AKU?"

"Ma-maaf" kata Mimiko. Nada suara dia agak ketakutan sedikit "Semasa Mimiko cuba hendak mencuri kunci penjara tadi, dia berjaya menangkap aku..Ini bukan yang aku mahukan tetapi setelah dia ceritakan tentang niat dia yang sebenarnya. Hati aku terbuka untuk mengikut pemerintahan dia. Tadi.. aku bebaskan Kapten Kaizo hanyalah untuk kapten pergi mencari dia. Kapten Vergo yang mengarahkan askar-askar dia menyerang Kapten Kaizo sebelum kapten dapat jumpa dia"

"Kenapa kau termakan kata-kata dia!" Kaizo sakit hati dengan Mimiko yang membelot dia "Baik kau berhati-hati. BUKAN SEMUANYA BOLEH DIPERCAYAI! Aku tidak akan percaya dengan kata-kata dia. AKU TIDAK AKAN TERIMA TAWARAN KAU, KAPTEN VERGO!"

"Tidak mengapa..." Kapten Vergo tolak ke tepi pedang Kaizo. Lalu dia berjalan ke arah sang kapten itu. Mata dia memerhatikan Kaizo yang cuba hendak bangunkan dirinya "Aku tidak kisah jikalau kau tidak mahu mengikut aku. Lagipun aku lebih suka melihat kau terseksa KERANA APA YANG KAU AKAN MENYAKSIKAN SESUATU YANG MENARIK! Lihatlah di luar tingkap"

Kaizo terkejut kerana kapal angkasa Kapten Vergo sudah menghampiri stesen TAPOPS. Beratus-ratus kapal serangan kecil dari kapal angkasa itu mula keluar dari hanger mereka. Lalu ianya pergi menyerang stesen TAPOPS. Mereka berikan tembakan laser ke stesen TAPOPS

"TANGKAP DIA!" kata Kapten Vergo "IKAT DIA SEKALI! Biarkan dia saksikan sendiri kemusnahan TAPOPS! HAHAHAHA! Jangan lepaskan dia" Lalu dia beredar dari situ sambil berikan kata-kata terakhir dia kepada Kaizo "Bukan setakat TAPOPS sahaja akan musnah.. adik kau, power sphera, orang-orang yang kau rapat dan sayang, semuanya aku akan musnahkan! Aku akan musnahkan sesiapa yang cuba menghalang aku"

Kaizo bergelut dan menjerit apabila tangan dan kaki dia diikat dengan besi. Lalu dia di dudukkan di atas kerusi sambil menyaksikan TAPOPS diserang oleh askar-askar Kapten Vergo. Mimiko telah diheret keluar oleh Kapten Vergo. Dia juga mengarahkan askar-askarnya untuk menghumban Mimiko ke dalam penjara. Dia masih ragu-ragu dengan sang gadis itu. Dia takut jikalau Mimiko berubah pemikiran balik. Dia tidak akan mengambil peluang itu. Dia harus berhati-hati supaya rancangan ini berjaya

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang terjatuh dari katil. Tiba-tiba bilik itu terasa terumbang-ambing. Boboiboy dan Gopal terus menjenguk luar pintu bilik mereka. Ternyata, alien-alien mop sedang bergegas ke sana ke sini kerana ada kecemasan. Alat pengera sudah dibunyikan

"BOBOIBOY!"

Yaya terbang ke arah bilik mereka

"Yaya, apa sudah terjadi?" soal Boboiboy "Kita kena serang ke?"

"Aiyooo... siapa mahu serang kita?" Gopal mengigit kuku jarinya kerana cemas dan takut

"Askar-askar alien jahat tadi. Mereka sudah serang kita!" balas Yaya. Lalu dia berkata lagi "Ying tengah tolong kommander dekat bilik kawalan"

"Sudah panggil kak Lynna ke?" kali ini Fang pula yang bertanya

"Aku sudah panggil dia dekat bilik tapi.." Yaya menghela nafas seketika "Kak Lynna tiada dekat dalam bilik dia! Aku tak tahu dia dekat mana"

Fang terfikir. Mungkin Lynna sudah pergi membantu Kommander Kokoci. Mungkin Lynna sekarang ini sedang berlawan dengan askar alien-alien jahat. Tanpa membuang masa lagi, Yaya membawa mereka bertiga ke bilik kawalan. Semasa mereka dalam perjalanan ke sana, beberapa letupan kecil berlaku. Mereka terpaksa berhenti dan berikan bantuan yang perlukan sebelum sambung balik ke bilik kawalan. Sesudah mereka sampai di bilik kawalan, kelihatan Kommander Kokoci sedang berikan arahan kepada alien-alien mop untuk berlawan balik dengan askar alien-alien jahat itu

"Sampai pun korang" kata Kommander Kokoci secara tidak langsung "Kamu berempat, pergi tolong Ying di luar sana. Dia dan Laksamana Tarung ada dekat luar stesen. Motobot akan berikan kamu semua kenderaan bermoto untuk lawan alien-alien jahat di luar sana"

"WOOO! Kita dapat motor" kata Gopal dengan terujanya "YAHOOO!"

"Tapi kommander, siapa nak jaga keselamatan dekat dalam ni?" soal Boboiboy "Hantar saya seorang sahaja untuk uruskan dekat luar sana. Saya boleh berpecah kepada tujuh"

"Hmmm.. baiklah. Gopal, Fang dan Yaya bantu aku dekat sini"

"Alaaa.." Gopal kecewa sedikit "Baru nak beraksi dekat atas motor"

Tiba-tiba sahaja satu lagi letupan yang dasyat berlaku. Mereka semua terpelanting kebelakang. Asap-asap hitam mula berkumpul di dalam bilik kawalan itu. Boboiboy terbatuk-batuk sedikit. Lalu dia membuka matanya sedikit. Dia cuba mencari kawan-kawannya di sebalik asap-asap hitam itu

"Boboiboy" Boboiboy terdengar suara Fang tetapi dia tidak tahu dimana kawan dia berada "Hati-hati.. ada orang datang"

Memang benar kata Fang. Boboiboy ternampak satu bayangan di sebalik asap hitam itu. Semakin lama semakin dekat bayangan itu. Lalu ianya keluar disebalik asap-asap hitam itu. Wajah dan tubuh badannya tertera di hadapan Boboiboy. Senyuman sinis dia terus tepat kepada Boboiboy

"Siapa kau?" soal Boboiboy

"Aku... RETA-"

"Woi, silap skript lah!" jerit Fang

"Silap pulak" Lelaki itu kembali menjadi serius dan lalu dia bersambung balik berkata "Aku adalah KAPTEN VERGO! Aku di sini kerana ingin-"

"Sebab kau nak KUASAKAN!" Jerit Fang lagi disebalik asap-asap hitam itu. Boboiboy seperti tidak berpuas hati dengan Fang

"Bukan.. AKU HANYA MAHU MUSNAHKAN SETIAP POWER SHPERA YANG ADA DI DALAM STESEN INI! Termasuklah jam-jam kuasa kamu semua" jelas Kapten Vergo

"APA?!" Fang terus bangunkan diri dia untuk mencari kapten itu "AKU AKAN HALANG RANCANGAN JAHAT! SERANGAN BAYANG!"

Kapten Vergo seperti dapat mengesan dimana serangan itu berada. Dia melompat ke atas. Lalu serangan itu hampir terkena Boboiboy. Sang bertopi oren itu bergolek ke kanan untuk mengelakkan diri daripada terkena serangan itu. Kapten Vergo nampak dimana Fang berada ketika itu. Lalu dia menyerang Fang dengan mengeluarkan pedangnya. Berlian-berlian pada pedangnya mula bercahaya. Dia terus menuju ke arah remaja alien itu

"TUMBUKAN PADU!" Yaya menyelamatkan Fang daripada terkena serangan Kapten Vergo itu

Sang kapten itu terjatuh setelah Yaya menumbuk bahagian tubuh badannya

"Woahh.. dasyat si Yaya" bisik Boboiboy "Baiklah.. giliran aku pula.. BOBOIBOY TAUFAN! SEMBURAN ANGIN!"

Boboiboy Taufan menyembur angin-angin di dalam mulutnya untuk menghilangkan asap-asap hitam tersebut. Dia sudah nampak kedudukan rakan-rakannya, kommander Kokoci dan juga Kapten Vergo. Kelihatan Kapten Vergo sudah mula bangkitkan dirinya. Dia kelihatan marah kerana diserang secara mengejut. Lalu dia pacakkan pedangnya di atas lantai bilik kawalan itu

"Aik, sudah menyerah kalah ke?" Gopal tiba-tiba terasa bangga seketika "Tak kan dah kalah lepas kena tumbuk dengan Yaya"

"Wei Gopal, janganlah cakap macam tu" kata Boboiboy Taufan yang tidak berada jauh daripada kawannya

"Hati-hati semua" kata pula Kommander Kokoci "Aku tidak tahu apa yang dia mahu cuba lakukan"

Boboiboy Taufan mula bertukar menjadi Halilintar. Dia sudah bersiap sedia mengeluarkan dual pedang Halilintarnya. Kapten Vergo tidak begitu gerun dengan kedatangan Halilintar yang sedang memecut ke arah dia. Sang kapten itu hanya berdiri di belakang pedangnya sambil bersilang tangan. Mata dia memandang tepat ke arah mata Halilintar. Lalu dia memegang pegangnya. Berlian-berlian pada pedangnya mula bercahaya. Lalu ianya mengeluarkan beberapa sambaran kilat untuk menyerang Halilintar dan juga yang lain. Kawan-kawan Halilintar semuanya terkena sambaran kilat itu. Hanya Halilintar sahaja yang dapat menahankan diri daripada serangan itu. Fang, Gopal, Yaya dan juga Kommander Kokoci menjerit kesakitan dan lalu mereka pengsan tidak sedarkan diri. Halilintar begitu marah dengan kapten itu

"SEKARANG GILIRAN AKU PULAK!" Halilintar melompat ke atas "BELAHAN DUAL PEDANG HALILINTAR!"

Pedang Kapten Vergo mula bercahaya. Lalu pedang itu menyerap kesemua serangan Halilintar. Mata Halilintar terbuka luas kerana terkejut tetapi dia tidak henti di situ sahaja. Dia lakukan serangan yang seterusnya. Kapten Vergo mengangkat pedangnya dan terus menyerang Halilintar. Pedang dia mula mengeluarkan beberapa pancaran kilat. Lalu dia dan Halilintar bertembung. Mereka berdua mula berlawan pedang. Kapten Vergo begitu kuat dan pandai mengawal semua pergerakan Halilintar. Dia melibas dan mempertahankan dirinya daripada terkena pedang Halilintar. Begitu tangkas sekali Kapten Vergo berlawan. Halilintar sudah mula hilang tumpuan. Pergerakan Kapten Vergo terlalu pantas buatnya. Akhirnya pedang Kapten Vergo berjaya menolak pedang Halilintar ke atas. Pedang itu terlepas dari tangan Halilintar. Pedang itu berputar-putar di udara dan lalu ianya jatuh begitu jauh sekali

"Cis.." kata Halilintar sambil mengelap peluh di dahinya "BOBOIBOY SOLAR!"

Kapten Vergo berikan senyuman sinisnya kepada Solar. Dia menunggu serangan dari sang adiwira itu. Dia hanya berdiri tegak dengan senyuman sinisnya. Seolah-olah dia sedang mengejek Solar. Mata dia begitu tajam perhatikan Solar. Dia genggamkan pedangnya dan berikan ruang untuk Solar menyerang dirinya

"SERANGAN CAHAYA GERHANA BULAN!"

Kedua-dua mata Solar mengeluarkan sebuah pancaran cahaya berwarna putih kekuningan. Serangan cahaya itu terus tepat ke arah Kapten Vergo. Lalu salah satu berlian pedang sang kapten itu mula bercahaya. Ianya mengeluarkan sebuah perisai bulat di hadapan kapten itu. Serangan cahaya tadi itu terkena perisai itu lalu ianya memantul balik ke arah Solar

"Hah?" Solar menjadi cemas

Pantulan itu terlalu pantas dan ianya terus terkena seluruh tubuh badan Solar. Dia menjerit sehinggalah diri dia menjadi lemah dan akhirnya dia rebah ke atas lantai. Diri dia kembali menjadi Boboiboy biasa. Boboiboy mula tidak sedarkan diri. Kapten Vergo melihat sekeliling bilik kawalan itu. Semuanya sudah tewas dan dia sangat berpuas hati. Lalu dia beredar dari situ. Dia mula menuju ke bilik simpanan power sphera. Sebenarnya dia tidak sedar dengan sesuatu. Salah satu power sphera ada di dalam bilik kawalan itu iaitu Motobot. Power sphera itu sedang menyembunyikan diri. Dia tunggu sehingga Kapten Vergo sudah beredar pergi jauh dari bilik itu, barulah dia keluar dari tempat persembunyian dia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pintu bilik simpanan power sphera itu meletup. Kapten Vergo melangkah masuk ke dalam bilik itu. Mata dia melihat beberapa power sphera yang ada di dalam bekas masing-masing. Kapten Vergo sudah tidak sabar untuk musnahkan setiap power sphera yang ada di situ. Dia mengangkat pedangnya dan berlian-berliannya mula bercahaya

"Hahahahaha! AKU AKAN MUSNAHKAN KESEMUANYA!"

"Dan aku akan halang kau" datang satu suara dari belakang kapten itu

Kapten Vergo pusing kebelakang. Orang yang dia nanti-nantikan sudah tiba. Mata dia memandang tepat ke arah Lynna. Dia tersenyum sinis dan lalu berkata

"Sampai pun kau" kata dia dengan penuh lagak "Aku tertunggu-tunggu, bila kau akan munculkan diri. Jadi kau ke sini untuk menghalang aku musnahkan kesemua power sphera ini"

"Tepat sekali" kata Lynna. Kali ini dia pula tersenyum sinis "Mana Kaizo? Apa kau sudah lakukan kepada dia?"

"Dia? Kapten Kaizo ada di kapal angkasa aku.. tapi.." Kapten Vergo berjalan menuju ke arah Lynna "Aku tidak boleh lepaskan dia selagi aku tidak dapat miliki apa yang aku idamkan"

"Apa? Power shpera? Bukan ke kau nak musnahkan power-power sphera itu"

"Ohh.. bukan itu sahaja yang mahukan.." Kapten Vergo halakan pedangnya ke arah Lynna "Aku juga mahukan kristal yang kau dan Kapten Kaizo miliki. Serahkan kristal itu dan aku akan lepaskan dia"

"Tidak semudah itu" balas Lynna "Aku tidak akan serahkan kristal ini"

"Baiklah.. kau lebih rela melihat dia terseksa" Kapten Vergo tersenyum sinis lagi "Oh yea... jangan lupa juga orang-orang yang aku tangkap. Mereka juga aku akan seksa. Baik kau dengar cakap aku sebelum mereka menjadi mangsa kedegilan kau!"

"Degil macam mana pun aku, AKU TETAP TIDAK AKAN SERAHKAN KRISTAL INI KEPADA KAU!"

Kapten Vergo tetap tenangkan diri. Dia tidak mahu emosi marah mengawal dirinya. Lalu dia memecut ke hadapan untuk menyerang Lynna. Sang gadis itu tidak berbuat apa. Dia seperti relakan dirinya di serang oleh kapten itu. Kali ini, wajah Lynna berubah menjadi serius. Kapten Vergo tidak dapat baca apa yang gadis itu cuba lakukan

"LEBIH BAIK KAU MENJADI PENGIKUT AKU!" Kapten Vergo melibas pedangnya ke arah Lynna "TIADA LAGI PEREBUTAN KUASA! TIADA LAGI PEPERANGAN! HANYA KEDAMAIAN SAHAJA YANG ADA!" Pedang dia hampir terkena tubuh badan Lynna

"TOLAKAN TENAGA!"

Tubuh badan sang kapten itu bagaikan ditolak oleh sesuatu yang tidak nampak. Dia bergolek dan terkena pada palang bilik itu. Kapten Vergo terkejut dengan kemunculan Kaizo. Dia bangunkan dirinya dan lalu berkata

"KAU? Bagaimana kau terlepas?" Dia agak keliru seketika "Bukan ke kau sudah diikat tadi?"

"Kau ingat aku begitu mudah sangat ditewaskan?" Kali ini Kaizo pula tersenyum sinis "Aku ada pertolongan kecil"

Picu mula munculkan dirinya di bahu kanan Kaizo. Mulut dia mengunyah sesuatu. Kapten Vergo ketawa terbahak-bahak kerana dia tidak percaya sang alien kecil itu membantu Kaizo melepaskan diri

"Kenapa? Kau tidak percaya?" soal Kaizo "Dia yang mengalahkan semua askar kau. Walaupun dia kecil, tetapi dia terlalu hebat. Dialah askar aku yang paling hebat"

"Kecil macam tu pun, dia boleh kalahkan askar-askar aku?" Kapten Vergo masih tidak percaya lagi "TAK! AKU RASA KAU TIPU!"

"Terpulang kepada kau samada nak percaya ke tak" kata Lynna dengan satu senyuman manis "Jangan terlalu sangka, orang yang kecil adalah orang yang lemah. Mereka boleh jadi lebih hebat daripada kau"

Kapten Vergo naik berang dengan mereka berdua. Dia menggenggam erat pedangnya dan terus menyerang Kaizo dan Lynna. Dia berlari ke arah mereka. Lynna melompat ke atas dan manakala Kaizo pula, dia seperti meluncur ke bawah. Kaizo akan menyerang kapten itu dari bahagian bawah. Lynna pula, dari bahagian atas dan juga belakang sang kapten tersebut

"PEDANG TENAGA!"

Kaizo melibas pedangnya ke arah tubuh badan Kapten Vergo. Lynna pula, dia mengelurkan bebola api ungu dan lempar ke arah belakang sang kapten itu. Kapten Vergo terperangkap di dalam serangan mereka berdua. Pedang Kaizo terkena sedikit di bahagian kaki sang kapten itu. Bebola api Lynna pula, terkena tubuh badan bahagian belakang kapten itu. Kapten Vergo mula rebah dan lemah. Dia pacakkan pedangnya di atas lantai sambil cuba bangunkan diri dia

"Kau tidak akan menang" kata Kapten Vergo secara lemah "Aku akan menang.. aku akan dapat apa yang aku mahukan"

"Kau tidak akan berjaya" Lynna mendarat di hadapan Kapten Vergo

"Hahahaha... aku pastikan akan berjaya" Kapten Vergo masih boleh lagi tersenyum sinis "Kau adalah seorang puteri. Ya, aku ada buat sedikit siasatan tentang kau. Aku tahu kau mahukan kehidupan yang biasa. Kehidupan yang idam-idamkan. Dunia kau penuh dengan makhluk-makhluk yang mahukan kuasa. Apa kata, kau ikut aku.. kita hancurkan mereka semua dan kau akan dapat hidup biasa seperti orang lain"

"Lynna... kau jangan dengar kata dia"

"Aku tahu Kaizo" balas Lynna. Lalu dia berikan tenungan yang tajam kepada Kapten Vergo itu "Ya, itu kehidupan yang aku mahukan tetapi aku tahu, aku tidak boleh lari dari takdir aku. Walaupun aku sudah bertahun-tahun hapuskan mereka tetapi... mereka akan tetap datang juga. Mereka cuba menganggu kehidupan orang lain dan cuba mengambil kuasa aku dan kawan-kawan aku. Jadi, bagaimana kau mahukan hapuskan mereka sekali gus? Bagaimana kau akan tahu mereka tidak akan ganggu aku dan kawan-kawan aku lagi?"

"Dengan kuasa kristal kau dan kuasa dari berlian-berlian aku" jawab Kapten Vergo "Kita boleh mengawal mereka. Kita juga boleh hapuskan mereka. Kita boleh bina dunia baru! Dunia yang penuh dengan keamanan. Kita akan musnahkan sesiapa sahaja yang cuba hancurkan keamanan itu"

"Itu yang kau mahukan.. kita semua mahukan benda yang sama tapi aku tidak akan menjadi pengikut kau. Aku tidak akan musnahkan mereka. Aku akan cuba menentang mereka" Lynna pergi berdiri di sebelah Kaizo. Dia melihat wajah Kaizo dan lalu berkata "Kami akan cuba sebaik mungkin untuk menjaga keamanan galaxy ini. Sesiapa yang cuba huru-harakan keamanan itu, kami akan cuba menentang mereka. Kami tidak akan musnahkan mereka. Kami bukan seperti kau. Kami cuma simpati dengan mereka kerana hati mereka sudah gelap!"

"Kau tahukan.. walaupun kau berjaya memenuhi impian kau. Aku pasti, ramai lagi akan bangkit untuk menentang kau" tambah Kaizo

"Kamu berdua memang tidak faham apa yang aku alami sebelum ini" Kapten Vergo cuba berdiri tegak walaupun badan dia terasa amat sakit "Aku dulu dihina teruk oleh puak-puak atasan. Aku hampir kehilangan separuh keluarga aku sendiri. Jadi aku bangkit. Aku akan hapuskan mereka dan aku akan pastikan tiada siapa lagi merasai apa yang aku lalui dahulu. Aku hanya mahu semuanya hidup dengan aman tanpa peperangan, tanpa perebutan kuasa, tanpa permusuhan.. itu yang aku mahukan. Jadi aku perlu kuat, aku perlu kumpul kesemua kuasa supaya aku dapat menentang mereka"

"Ya, aku faham dan aku pernah rasai kesakitan itu. Kau tahukan aku kehilangan ibu bapa aku dahulu. Hati aku memang sakit dan sedih kerana apa yang terjadi dengan mereka tapi.. aku tidak mahu simpan rasa dendam itu" kata Kaizo "Aku teruskan kehidupan aku bersama dengan adik aku. Kau tahukan aku berdepan semula dengan orang yang bunuh ibu bapa aku sendiri. Aku sendiri yang hapuskan dia tetapi dia kembali sebagai roh. Dia masih tidak berpuas hati. Dia masih ingin teruskan untuk memburu dan membunuh aku tapi.." Kaizo memandang Lynna dengans satu senyuman "Lynna berjaya memujuk dia untuk berubah hati"

"Bukan aku sahaja.. si Boboiboy pun berjaya mengubah dia. Tiba-tiba rasa rindu pula Ratu Lily dan Lily selalu gaduh pasal Boboiboy" Lynna ketawa sedikit "Tapi lepas tu, Ratu Lily tidak henti-henti untuk menembus kesalahan dia terhadap korang berdua, lebih-lebih lagi si Fang"

"Bosan pula aku dengar cerita korang" bisik Kapten Vergo "SUDAH! AKU MALAS NAK DENGAR CERITA KORANG BERDUA!"

"MALAS KAU CAKAP?"

Suara itu bukan dari Kaizo ataupun Lynna. Ianya datang dari seorang lelaki remaja iaitu Boboiboy Gempa

"Kau?" Kapten Vergo rasa menyesal kerana tidak hapuskan dia terlebih dahulu "Tapi tidak mengapa, kamu semua tetap akan aku tewaskan! KEMENANGAN INI AKAN MENJADI MILIK AKU!"

"Kita tengah bertanding ke?" muncul seorang lagi Boboiboy iaitu Boboiboy Thorn "Kalau begitu.. SAYA PUN NAK BERTANDING JUGA!"

Gempa menepuk dahinya sendiri. Kaizo dan Lynna ketawa sedikit kerana gelagat Thorn terlalu comel

"INI BUKAN PERTANDINGAN!" marah Kapten Vergo

"Lorr.. tadi cakap nak menang" Thorn menjadi sedih sedikit "Lepas tu cakap ini bukan pertandingan pula. Nak merajuklah macam ni"

Kapten Vergo sudah mula hilang sabar. Dia tidak lagi nampak kesakitan. Tangan dia mula untuk menggenggam pedangnya. Gempa harus bertindak cepat

"Thorn! IKAT DIA!" arah Gempa "Kalau Thorn nak menang, kita kena kalahkan dia"

"OK!" Thorn terlebih suka pula "AKAR PENGIKAT!"

Kapten Vergo terkejut melihat akar-akar sedang menjalar ke arah dirinya. Akar-akar itu mengikat tubuh badannya sehingga dia tidak dapat bergerak langsung. Lalu Thorn menarik akar-akar itu. Pedang Kapten Vergo terlepas dari pegangnya tadi. Kali ini Gempa pula bertindak

"CENGKAMAN TANAH!"

Tubuh badan Kapten Vergo dicengkam dengan tanah. Dia bergelut di dalam cengkaman itu. Dia tidak dapat menggunakan kuasa berliannya pada pedang itu. Dia tidak mahu mengalah. Kapten Vergo cuba melepaskan diri tetapi cengkaman itu terlalu kuat. Lalu Blaze muncul dengan bebola apinya

"HAHAHAHA! Sekarang, tengok siapa menang!" kata Blaze dengan penuh bangga

"KITA MENANG! YAHOOO!" Thorn meloncat-loncat kerana terlalu gembira "YAHOOO! BOLEHLAH ABANG KAIZO BELANJA KITA MAKAN NANTI!"

Kaizo menepuk dahinya sendiri. Lynna tersengih sedikit

"Rasakanlah bebola api dari aku!" Blaze terapung ke atas dengan kedua-dua belah tangannya mempunyai bebola api yang agak besar "Tak pun aku buatkan bebola api ni lagi besar!"

"Blaze!" panggil Lynna

"Err.. kenapa kak Lynna?" soal Blaze "Saya baru nak hentam si kapten ni! Janganlah ganggu saya" suara dia agak marah sedikit. Dia seperti mahu mengamuk "Lagipun dia memang patut terima padahnya! SIAPA SURUH PERGI CULIK ORANG-ORANG DEKAT PULAU RINTIS TU!"

"Sabar Thorn sabar.. kita kan sudah menang. Biarlah dia kalah daripada hentam dia lagi" pujuk Thorn sambil memberikan air muka yang comel kepada Blaze "Sabar yea Thorn.. apa kata kita sambung dengar cerita kak Lynna dan abang Kaizo. Cerita dia orangkan menarik"

"Ha ah, betul juga tu. Kak Lynna suka bercerita dekat kita orang" tambah Gempa. Dia berharap Blaze akan padamkan bebola api itu "Lagipun tadi si Kapten Vergo cakap, dia bosan dan malas dengar cerita kak Lynna dan abang Kaizo. Apa kata kita buatkan cerita mereka sebagai hukuman untuk Kapten Vergo"

"WOO! AKU SUKA DENGAN IDEA TU" Thorn terus alihkan pandangan dia kepada Lynna. Dia berikan senyuman comel kepada sang gadis itu "Kak Lynna, cepatlah bercerita

"Lynna, baik kau pandang ke tempat lain" bisik Kaizo "Kecomelan dia tu, sukar untuk dikalahkan" Mata Kaizo terus pandang ke arah lain

Thorn masih menunggu lagi cerita-cerita menarik dari Lynna. Sang gadis itu tidak memandang wajah kecomelan Thorn. Mata hitamnya pandang ke tempat lain supaya dia tidak bertentangan mata dengan Thorn

"Kak Lynna cepatlah.. saya tak sabar ni" pujuk Thorn tetapi kali ini dengan suara comel dia pula

Lynna rasa bersalah jikalau dia menolak permintaan Thorn. Dia tidak sanggup melihat Thorn berubah menjadi sedih. Dia seperti mahu mengalah tetapi keadaan diselamatkan oleh Kommander Kokoci. Kommander itu datang dengan salah seorang pekerja stesen TAPOPS iaitu Nut

"Bagus Boboiboy sekalian. Kamu berjaya menangkap si Kapten Vergo ni" kata Kommander Kokoci "Nut, kau pergi periksa berlian dekat pedang dia tu"

"Baik kommander" balas Nut

Lynna rasa lega tetapi dia tetap rasa bersalah dengan Thorn. Wajah Thorn berubah menjadi sedih seketika. Lalu Gempa pegang bahu Thorn sedikit. Blaze pergi berdiri di sebelah Nut untuk melihat apa yang sang alien itu sedang lakukan. Bermacam-macam soalan Blaze tujukan kepada Nut. Setiap kali Blaze mahu menyentuh berlian-berlian itu, Nut terpaksa menempis tangannya

"Kommander, bagaimana keadaan di luar?" soal Kaizo

"Keadaan dalam terkawal. Semua askar-askar Kapten Vergo berjaya dimusnahkan. Sekarang ini Yaya, Fang dan Gopal sedang menolong Sai, Shielda, Ying dan Laksamana untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dari kapten tu. Kapal mereka, kita sudah berjaya takluki. Berita tentang Momoki pula, dia tiada kaitan dengan Kapten Vergo. Dia juga tidak tahu apa yang adik dia sudah lakukan. Sekarang ini, dia berada dengan ahli-ahli keluarganya" jelas Kommander "Mungkin mereka akan bawa pulang Mimiko buat sementara"

"Semoga dia tidak trauma dengan apa yang telah terjadi"

"Bukan itu sahaja Lynna" Kaizo pandang tepat ke arah Kapten Vergo "Aku berharap Mimiko sedar yang dia buat kesilapan besar kerana menjadi pengikut dia"

"Aku harap begitu" ujar Lynna

"Kommander, apa kita nak buat dengan Kapten Vergo tu?" soal Gempa sambil tudingkan jarinya ke arah sang kapten itu "Kommander nak kami hantarkan dia ke bilik penjara ke?"

"Atau nak suruh kak Lynna bercerita sehingga buatkan dia rasa bosan" Thorn terus tersenyum lebar

Kaizo, Gempa dan Kommander Kokoci menepuk dahi masing-masing. Lynna ketawa kecil. Thorn tidak mengerti kenapa Lynna ketawa dan kenapa yang lain menepuk dahi. Dia hanya garu-garu kepalanya sambil melihat mereka berempat dengan perasaan pelik

"Kommander!" panggil Nut "Berlian-berlian ini semuanya mempunyai kuasa tersendiri"

"Hahaha.. betul tu" Mereka semua terkejut dengan gelakan dari Kapten Vergo. Lalu sang kapten itu berkata lagi "Kalau kamu semua ingin tahu... kuasa dari berlian-berlian itu semuanya datang dari power sphera. Aku dapat menangkap salah satu power sphera yang mempunyai kuasa penyerapan. Ianya dapat menyerap kesemua kuasa"

"Hmmm... apa jadi dengan power sphera yang kau tangkap tu?"

"Aku sudah musnahkan, Kapten Kaizo" jawab Kapten Vergo dengan penuh sinis "Aku hanya mahukan kuasa mereka sahaja"

"Kau sebenarnya nak musnahkan kesemua power sphera di sini dan juga mengambil kuasa-kuasa mereka sekali" Kapten Vergo terus berikan senyuman sinis kepada Lynna "Kau memang licik"

Kapten Vergo ketawa besar seperti orang gila. Thorn menggigil kerana takut dengan gelakan dari kapten itu. Akhirnya Blaze pergi tumbuk muka sang kapten itu sehingga membuatkan Kapten Vergo pengsan. Mata Thorn terus membulat besar kerana tidak sangka Blaze akan buat begitu. Gempa tidak tahu samada mahu bangga ataupun marah tetapi ianya lebih baik daripada lempar bola api dekat kapten itu

"Maaf" Blaze tersengih sedikit "Lagipun saya geram sangat. Jadi saya tumbuk ajelah muka dia sebab berlagak sangat"

"Hmm.. tidak mengapa" Kommander terus berikan arahan kepada Kaizo "Kaizo.. kau bawa si dia ni ke bilik penjara. Yang lain boleh bersurai. Nut, kau keluarkan berlian-berlian itu dari pedang tu dan simpan tempat yang selamat. Aku pergi pergi tinjau keadaan. Ada apa-apa, hubungi aku dengan segera"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kapal-kapal pengangkutan TAPOPS dipenuhi dengan penduduk Pulau Rintis. Mereka semua dihantar pulang ke pangkuan keluarga mereka. Fang dan Kaizo menaiki kapal angkasa mereka sendiri. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Lynna ada bersama dengan mereka berdua. Fang gembira kerana abang dia selamat. Dia memeluk abangnya dengan begitu lama sekali

"Macam setahun tak jumpa aku" kata Kaizo kepada adiknya

"Kenapa? Tak boleh ke" Fang lepaskan pelukan dia tadi

"Hmm.. boleh" balas Kaizo

Mereka berdua di bahagian bilik kawalan. Kaizo duduk di atas kerusinya. Manakala Fang berdiri di sebelah abangnya. Mereka hanya melihat Lahap mengendali kapal angkasa itu turun ke bumi. Picu masih lagi setia di atas kepala Kapten Kaizo

"Abang..."

"Kau nak apa lagi?" soal Kaizo sambil memalingkan wajahnya ke arah adiknya

"Selamat hari jadi abang"

Kaizo hanya membalaskan satu senyuman manis kepada adiknya. Dan dengan pertama kalinya, Picu tersenyum lebar melihat adik-beradik alien itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akak tahu birthday Kaizo dah lepas xD tapi nak juga ucapkan Happy Birthday dekat kapten itik hot :3

Anyway, lepas ni tiada chapter baru sebab akak nak berehat.... dan akak akan sambung pada tahun hadapan~ thank you semua sebab sudi baca fanfic ini dan maaf sebab lambat sangat update xD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top