Misi Mencari Fang

"Kommander"

Kommander Kokoci pusing kebelakang untuk bersemuka dengan dua orang ahli TAPOPS iaitu Sai dan Shielda. Dia sudah tidak sabar untuk mendengar berita dari mereka berdua tetapi adakah ianya berita baik atau berita buruk?

"Bagaimana? Sudah jumpa dia?" tanya Kokoci dengan nada tegasnya

"Sudah" balas Shielda "Kami berjaya menangkap dia di sebuah planet yang menjadi tempat persembunyian dia"

"Bagus" Kommander mengangkat sedikit cermin mata hitamnya "Dimana dia berada sekarang?"

"Dalam penjara TAPOPS" kata Shielda lagi

"Baiklah, aku akan hubungi mereka di bumi. Kamu berdua, jaga penjara tu dan jangan bagi dia terlepas"

Sai dan Shielda angguk kepala mereka. Lalu mereka berdua keluar dari bilik kawalan itu untuk pergi terus ke bilik penjara. Kokoci pergi ke komputer skrin untuk menghubungi seseorang yang tinggal di planet bumi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rizu begitu tekun sekali lap muka Kaizo dengan sehelai tuala basah. Sudah tiga hari Kaizo berada di dalam hospital tetapi keadaan dia masih sama juga. Dia masih lagi belum sedarkan diri. Sepanjang tiga hari itu, Lynna akan datang untuk melawat Kaizo. Adakalanya, dia akan duduk sambil bercerita kepada Kaizo, agar pemuda alien itu dengar suara Lynna dan bangkit dari komanya. Di mulut Kaizo ada alat bantuan pernafasan. Pada tangan kanan Kaizo pula, ada tiub untuk masukkan ubat

"Rizu baliklah rumah. Biar akak jaga dia dekat sini"

"Tapi.. Pizu nak temankan kak Lynna"

"Jangan risaulah Rizu. Abang kan ada dekat sini" kata Boboiboy sambil berdiri di sebelah Rizu "Abang temankan kak Lynna dekat sini. Rizu balik ok"

"Kakak Yaya dan kakak Ying boleh hantar Rizu balik"

"Terima kasih kakak Ying" Rizu rendamkan tuala basah itu di dalam besen kecil. Lalu dia bisik di telinga Kaizo "Nanti Pizu datang balik ok" Dia cium pipi Kaizo sedikit

Lynna mengusap kepala Rizu sebelum budak kecil itu keluar dari bilik wad itu bersama Yaya dan Ying. Keadaan di dalam bilik itu menjadi sunyi. Lynna duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan katil Kaizo. Dia menatap wajah Kaizo sambil fikirkan apakah nasib Fang pada ketika ini. Adakah pasukan TAPOPS sudah menjumpai Fang ataupun belum? Atau penjenayah yang menangkap Fang dan Kaizo pada hari itu sudah ditangkap? Semua persoalan timbul di dalam kepala Lynna

"Kak Lynna tak nak pergi berehat ke?" tanya Boboiboy

"Takpe, akak tak penat sangat"

"Tapi kalau kak Lynna penat, akak boleh balik. Kita orang boleh jaga abang Kaizo dekat sini" kata Gopal pula

"Kamu berdua memang baik tapi hari pun nak dekat malam. Kamu baliklah rumah dulu.. biar akak jaga dia sampai ke pagi"

"Eh takpe kak Lynna, bagi kita orang sahaja yang jaga abang Kaizo. Lagipun, kejap lagi Tok Aba akan sampai. Dia cakap, biar dia tolong jagakan abang Kaizo"

"Baiknya atuk kamu, Boboiboy" Lynna memang kelihatan penat pada ketika itu. Mata dia nampak kusam sedikit seperti orang tidak berehat dalam beberapa hari "Boboiboy.. akak nak tanya boleh?"

"Err.. boleh" jawab Boboiboy

"Kamu sudah hubungi keluarga Kaizo?"

"Sudah!" Gopal yang menjawab soalan Lynna tadi "Sebenarnya.. Faye cuba hubungi atuk dan nenek dia tapi... dia orang pergi melancong pula. Susah nak hubungi mereka sebab signal tak cukup buat. Sampailah Faye terpaksa hubungi ibu bapa dia untuk beritahu apa yang berlaku. Idoli pula, Faye cakap dia nampak tak semangat nak pergi sekolah. Emmy pun ada temankan dia dekat sekolah, terutama sekali waktu rehat"

"Faye kata juga.. pagi esok mereka akan sampai. Ibu bapa Faye sudah maklumkan kepada atuk dan nenek abang Kaizo" kata Boboiboy

"Lama betul mereka nak tiba di sini tapi apa-apa pun, mereka sudah tahu apa yang sudah terjadi kepada cucu mereka" Lynna menatap wajah Kaizo. Wajah dia kelihatan sedih melihat keadaan Kaizo "Bila agaknya dia akan bangun" bisik Lynna

"Eh.." Boboiboy mendapat satu panggilan dari jam kuasanya. Lalu dia menjawab panggilan itu

"Boboiboy" Hologram Kommander Kokoci muncul di jam kuasa Boboiboy "Aku ada berita penting untuk Lynna.. mana dia?"

"Saya ada di sini" Lynna pergi berdiri di sebelah Boboiboy "Berita penting apa yang kommander ingin beritahu saya?"

"Crystallo sudah berjaya ditangkap. Sekarang aku meminta kamu datang ke sini untuk soal siasat si penjenayah itu"

Lynna terus menggenggamkan kedua tangannya. Dia tidak sabar untuk mendapatkan jawapan dari Crystallo. Mungkin dia terpaksa gunakan kekerasan untuk mendapat jawapan yang dia mahukan. Sekarang ini adalah misi mencari Fang dan selamatkan dia

"Baiklah, saya akan ke stesen TAPOPS sekarang juga" kata Lynna dengan nada tegas. Hologram terus hilang dari jam kuasa Boboiboy "Kamu berdua, jaga Kaizo di sini. Akak ingin pergi dapatkan jawapan dari si tak guna tu"

"Ba-baik kak Lynna" Boboiboy rasa gerun melihat Lynna yang tidak pernah nampak segarang Kaizo "Nanti beritahu kami kalau ada apa-apa perkembangan tentang Fang"

"Jangan risau, akak akan beritahu tapi sebelum itu, akak mahu uruskan si penjenayah itu"

"Kak Lynna jangan ada dendam dekat dia"

"Tak Boboiboy, akak tidak akan berdendam" Lynna menarik nafas sedikit untuk tenangkan hatinya yang marah itu "Akak cuma mahu jawapan sahaja. Akak nak selamatkan Fang, agar dia dapat kembali bersama abangnya"

Lynna sentuh sedikit jari Kaizo. Air muka bertukar menjadi sedih seketika. Dia berharap, kekuatan yang ada pada dirinya dapat berikan dia satu semangat untuk berhadapan dengan musuh mereka nanti. Dia juga berharap, jawapan yang dia mahu akan dijawab oleh Crystallo. Jauh dalam hatinya, dia tidak mahu gunakan kekerasan tetapi kalau musuh mereka masih degil, dia terpaksa lakukannya

"Kaizo, aku akan kembali" bisik Lynna "Doakan aku semoga misi ini selamat dan berjalan dengan lancar. Aku tahu kau dengar sekarang, aku nak kau berikan aku semangat untuk mulakan misi ini dengan hati yang kental. Kau jaga diri baik-baik"

Lynna meninggalkan bilik itu sambil perhatikan wajah Kaizo yang tergerak sedikit itu. Mungkin itu adalah petanda yang Kaizo dengar dengan bisikan dia tadi. Lynna keluar dari bilik itu tanpa berpatah balik

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kommander Kokoci, Sai, Shielda dan juga Momoki yang kebetulan ada di stesen TAPOPS, menemai Lynna pergi ke bilik penjara Crystallo. Lynna telah dihantar oleh Lahap untuk terus ke stesen TAPOPS. Lahap seperti yang lain, sedih dan geram dengan apa yang berlaku keatas kapten kesayangan dia

"Ini dia penjara si Crystallo tu"

Lynna berhenti di hadapan sebuah penjara. Crystallo bangun dari tempat duduknya. Dia tersenyum sinis melihat Lynna. Mata dia terus merenung tajam ke arah Lynna. Gadis itu tidak takut dengan renungan Crystallo. Wajah Lynna berubah menjadi garang sedikit. Lalu dia ke depan. Pintu dinding lutsinar itu menjadi penghalang diantara Lynna dan Crystallo

"Kau siapa wahai gadis cantik? Salah satu ahli pasukan TAPOPS?"

"Aku ke sini cuma ingin tahu.. dimana kau sembunyikan Fang?" Nada Lynna berubah menjadi garang

"Tapi kau tidak jawab soalan aku dulu. Siapa kau?" Crystallo masih tersenyum sinis lagi

"Aku hanyalah manusia dari planet bumi sahaja"

"SALAH!" Lalu Crystallo tergelak di dalam penjara itu "HAHAHAHAAA! Jawapan kau adalah SALAH! Sebelum aku culik Kapten Kaizo dan adiknya, aku telah mengumpul kesemua maklumat tentang Kapten Kaizo dan dimanakah dia berada sekarang ini. Kau adalah gadis istimewa yang berjaya menambat hati dia. Kau juga bukan manusia biasa tetapi seorang manusia yang mempunyai kebolehan tersendiri.. hehehe"

"Jadi? Kau sudah tahu jawapannya kenapa kau tanya aku lagi?"

"Sebab aku nak dengar jawapan dari mulut kau sahaja.. hehehe"

"Lynna, kau hati-hati dengan dia ni" tegur Kommander Kokoci kepada Lynna "Kau jangan biarkan dia masuk ke dalam kepala kau" Lynna angguk kepalanya kepada Kokoci

"Sekarang aku nak jawapan dari kau pula. Dimana kau sembunyikan Fang?" Kali ini suara Lynna lebih garang daripada sebelum ini. Crystallo berdiam diri sahaja perhatikan Lynna "Aku akan ulang balik soalan aku, dimana dia berada sekarang ini?"

"Bukan ke Kommander Kokoci mempunyai ahli TAPOPS yang hebat sampai dapat menangkap aku? Kenapa perlu tanya aku? Dan bukan tuan puteri mempunyai kuasa yang luar biasa. Kenapa perlu soalan aku? HAHAHA! Kenapa? Sebab kamu semua tidak percaya dengan kebolehan yang ada di dalam diri masing-masing? HAHAHAHAA!"

Lynna menggenggamkan kedua tangannya. Dia tidak boleh biarkan kemarahan dia mengawal dirinya. Dia cuba tenangkan diri tetapi Crystallo tidak henti-henti berikan gelakan sinisnya kepada dia. Sai, Shielda dan Momoki cuba hendak tenangkan Lynna agar tidak bertindak ganas

"Kau geram kerana tidak dapat apa yang kau mahukan? Hahahaa... cubalah lagi, aku nak lihat sejauh mana kau sanggup lakukan untuk dapatkan jawapan dari aku sendiri"

"Kau jangan nak cabar aku" tegas Lynna

"Aku cabar kau? Hahaha.. marilah, aku cabar kau untuk gunakan kekerasan kau terhadap aku" Crystallo cuba hendak retakkan hati Lynna yang penuh dengan kebaikan "Aku tahu kau tidak mahu berdendam dengan aku tapi... kau tidak terfikir ke, kalau kau terlalu baik dan biarkan aku mereput di sini, bukan ke satu hari nanti, aku akhir dapat lepaskan diri. Sudah tentu akan pergi cari musuh aku si Kapten Kaizo untuk habiskan dendaman aku terhadap dia. Sudah tentu juga adik dia akan menjadi mangsa. Sekarang ini pun, adik dia sudah terseksa seorang diri di tempat yang misteri dan Kapten Kaizo pula.. hahaha.. tekaan aku, mesti dia belum bangun lagi. Kalau aku kembali, mesti aku akan lakukan yang lebih dasyat daripada sebelumnya. Kau pasti akan menyesal"

"Lynna, jangan dengar cakap dia" Kokoci mula risau apabila Lynna tidak berkata apa lagi. Sang gadis itu hanya perhatikan Crystallo dengan begitu lama sekali "Lynna, baik kau beredar. Biar kami gantikan tempat kau"

"Betul tu tuan puteri. Kami akan bantu kau" kata pula Momoki

"Lynna, baik kau berundur sebelum kami bertindak" kata Kokoci dengan nada serius

"Si gadis ni nak berundur? Dia tidak akan berundur... dia tidak akan mengalah" Crystallo menuju ke depan sedikit untuk bersua muka dengan Lynna "Dendam akan muncul di dalam hati kau wahai tuan puteri. Kau akan gunakan dendam itu untuk hapuskan aku tapi sebelum itu.. kau masih tunggu lagi jawapan yang kau cari-carikan"

"Baik kau beritahu aku sekarang juga, DIMANA FANG BERADA SEKARANG INI!"

Terjadinya letupan kecil di beberapa lampu yang ada di dalam bilik itu. Ianya terjadi apabila kemarahan Lynna tidak dapat dikawal dengan baik. Emosi dia sudah mengawal Lynna. Tangan kanan Lynna sudah keluarkan sebuah cahaya api yang kecil

"Lynna! Baik kau hentikan!" marah Kokoci "Sai! Momoki! Cepat bawa Lynna keluar dari sini"

Tetapi sebuah dinding berwarna ungu lutsinar timbul diantara Lynna dan mereka berempat. Kokoci, Sai, Shielda dan Momoki tidak dapat mendekati diri mereka kepada Lynna Dia tidak mahu sesiapa menganggu dirinya untuk dapatkan jawapan yang dia mahukan

"Hahaha... cepat keluarkan kemarahan kau lagi. Aku ingin saksikan kehebatan diri kau untuk menyeksakan diri aku"

"JANGAN DENGAR CAKAP DIA!" Jerit Kokoci

"Tuan puteri adalah seorang gadis yang lemah lembut bukan seorang gadis yang ganas. Aku yakin kau dapat kembali tenang, percayalah pada diri sendiri, wahai tuan puteri" Momoki tidak akan berputus asa untuk selamatkan diri Lynna "Percayalah, ini bukan jalannya. Nanti tuan puteri akan menyesal"

Lynna tidak berkata apa lagi. Cahaya api di tangannya sudah terpadam tetapi Crystallo tidak mahu mengalah. Dia tetap mahu melihat seorang gadis berhati baik berubah menjadi kejam dan bersifat dendam

"Kau nak dengar kata-kata mereka? Kau nak biarkan aku di sini tanpa membuat apa-apa? Aku boleh sahaja kembali dan hancurkan semua orang yang kau sayang. Keluarga kau, kawan kau dan terutama sekali, si Kapten Kaizo tu. Aku akan seksa mereka sedikit demi sedikit. Aku akan ambil nyawa mereka dan akan pastikan kau merana"

"KAU JANGAN BERANI DEKATI MEREKA!"

Dinding pintu penjara Crystallo terus meletup dengan kuatnya. Crystallo terpelanting kebelakang. Badan dia terkena pada dinding bilik kecil penjara itu. Dia masih lagi boleh tersenyum kerana dia berjaya membuat Lynna marah. Kokoci, Sai, Shielda dan Momoki menjerit-jerit nama Lynna untuk hentikan perbuatan dia. Mereka tidak mahu Lynna jatuh ke dalam muslihat Crystallo tetapi malangnya, Lynna endahkan sahaja jeritan mereka. Lynna berjalan masuk ke dalam bilik kecil itu. Dia angkat tangannya untuk hapuskan musuhnya

"Hahaha.. marilah hapuskan aku" Crystallo tergelak sinis "Tapi jangan salahkan aku jika hati kau ada setitik hitam kerana perbuatan kau. Walaupun ianya hanyalah setitik sahaja, ianya boleh merebak dan hati kau akan menjadi hitam selama-lamanya. Kehidupan kau akan penuh dengan dendam. Setiap manusia ataupun alien yang cuba musnahkan orang-orang yang kau sayang, kaulah akan menjadi orang pertama hapuskan mereka dulu. Tiada lagi sang gadis yang mereka kenali sebelum ini, kerana diri kau sudah berubah. Sedikit demi sedikit, kejahatan akan menguasai kau juga"

"Diam! Kau memang betul-betul nak mati di tangan aku. Baiklah, aku akan hancurkan kau!"

"Marilah! Aku sudah lama bersedia"

Lynna makin ke depan dengan perasaan dendamnya. Aura-aura hitam mula timbul di tubuh badanya. Dia tidak kisah apa tentang akibatnya nanti. Apa yang dia tahu, Crystallo mati di hadapan dia. Dendam mula menguasai diri Lynna. Jeritan-jeritan dari ahli TAPOPS sudah tidak bermakna lagi buat Lynna. Kedua tangannya mula keluarkan bebola api berwarna ungu. Crystallo tergelak seperti orang gila. Dia seperti sudah berjaya mengubah seorang puteri menjadi seseorang yang mempunyai perasaan dendam

"Jangan Lynna"

Lynna terus berhenti. Bebola apinya terus hilang. Dinding pelindung dia berwarna ungu lutsinar turut hilang. Hati Lynna menjadi tenang seketika kerana suara yang dia dengar adalah suara seseorang yang dia sangat sayang. Lynna menoleh ke kiri bahunya. Boboiboy ada di situ dengan sebuah tablet. Di skrin tablet itu mempunyai image Kaizo. Boboiboy berjaya membuat video call dari stesen TAPOPS terus ke bumi

"Jangan Lynna.. jangan biarkan dia menang" kata Kaizo dengan nada yang agak lemah

"Kau sudah bangun?"

"Yea, aku sudah bangun tapi kau jangan terpedaya dengan kata-kata dia. Lynna yang aku kenal adalah seorang yang penyayang, mempunyai empati yang aku sendiri tiada dan kau juga seorang gadis yang suka memberikan kata-kata nasihat. Sifat dendam bukan salah satu sifat kau. Aku kenal kau, Lynna.. kau jangan masuk ke dalam dunia gelap"

"Kaizo.." Kepala Lynna tertunduk sedikit. Air mata dia mula menitis di atas lantai "Maafkan aku... aku terlalu ikutkan emosi"

"Lynna, aku percaya kau dapat jalankan misi ini dengan baik. Aku juga percaya yang kau dapat selamatkan adik aku"

Lynna terus terduduk di atas lantai bilik penjara itu. Dia menangis kerana malu dengan perbuatan dia. Dia juga malu kerana termakan kata-kata Crystallo tadi. Boboiboy melutut di tepi Lynna

"Jangan menangis kak Lynna" kata Boboiboy "Kita sama-sama jalankan misi. Kak Lynna gunakan kuasa akak untuk kebaikan. Boboiboy percaya dengan diri akak"

"Terima kasih Boboiboy" Lynna mengesat air matanya sambil tersenyum

Crystallo sudah ternyata gagal untuk mempergunakan Lynna. Jadi dia mengambil peluang ini untuk larikan diri daripada mereka. Kommander Kokoci mula perasan Crystallo cuba hendak lepaskan dirinya. Lalu dia menyuruh Sai, Shielda dan Momoki untuk tangkap Crystallo semula. Sai melemparkan topi perisai dia ke arah Crystallo. Topi dia tepat terkena badan Crystallo dan akhirnya dia jatuh bergolek di atas lantai

"Mana kau mahu lari" Momoki halakan pedang dia ke arah dada Crystallo "Aku tidak akan maafkan kau kerana mempergunakan tuan puteri kita. Hati perempuan bagaikan batu permata yang suci. Kita sebagai seorang lelaki tidak sepatutnya mengotori batu permata itu supaya ianya kekal suci. Kita juga sepatutnya membawa mereka ke jalan yang betul bukan ke jalan yang penuh dengan kegelapan. Sayang sekali kau bukanlah seorang lelaki alien yang mithali"

"Cheh, sempat lagi si kasanova ni" bisik Boboiboy "Tapi.. ok juga nasihat dia tu"

Kaizo pun turut sama setuju dengan kata-kata Boboiboy. Lalu skrin tablet itu menjadi hitam. Kaizo sudah tamatkan video call mereka. Boboiboy menolong Lynna untuk bangun dari situ. Crystallo telah dimasukkan ke dalam sebuah bilik penjara yang lain

"Kommander Kokoci"

"Yea Lynna"

"Maafkan saya kerana gagal untuk dapatkan jawapan dari dia" Kepala Lynna tertunduk sedikit. Mata dia tidak pandang ke arah Kokoci kerana dia rasa bersalah dengan Kommander itu "Saya akan memperbetulkan balik kesilapan saya sebentar tadi"

"Tak perlu Lynna" balas Kokoci "Sekarang ini kita perlu cari jalan lain untuk mencari Fang"

"Tapi... macam mana nak cari Fang?" tanya Boboiboy

"Hmmm.. mengikut kata Sai dan Shielda, tempat persembunyian Crystallo pada masa itu adalah si sebuah planet yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan pelik"

"Jadi kommander rasa Fang ada di planet itu?" tanya Boboiboy lagi

"Tak, aku tak rasa begitu kerana planet itu tiada teknologi yang canggih" Kommander Kokoci membuka cermin mata hitamnya "Tapi pendapat aku, ada sebuah planet yang dekat dengan planet itu. Planet yang sunyi sepi tetapi pada suatu ketika dahulu, planet itu penuh dengan pengunjung alien dari planet lain kerana ianya mempunyai sebuah taman tema yang sangat luar biasa"

"Taman tema? Jadi sekarang ini.. planet itu sudah lagi tiada penghuni?"

"Yea Lynna.. planet itu menjadi planet terbiar. Tiada kehidupan yang wujud di situ lagi. Hanya peninggalan taman tema itu sahaja. Ada yang pernah pergi ke planet itu, mereka kata permainan-permainan itu masih boleh digunakan lagi"

"Jadi, kita harus siasat. Kemungkinan Fang di sembunyikan di situ" Boboiboy yakin Fang ada di planet itu "Kita harus cepat. Kita sudah tiada masa lagi"

"Betul tu Boboiboy. Biar aku bawa kau dan tuan puteri ke sana" kata Momoki sambil tunduk sedikit kepada Lynna sebagai tanda hormat "Kapal angkasa aku alu-alukan untuk membantu tuan puteri"

"Kalau begitu.. Sai dan Shielda akan temankan kamu semua ke sana"

"Crystallo ni bagaimana?" tanya Shielda

"Jangan risau, aku akan letakkan dia dibawah permerhatian Laksamana Tarung" Kokoci memakai cermin mata hitam dia balik "Kamu semua boleh pergi sekarang dan semoga berjaya"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perjalanan mereka ke planet terbiar mengambil masa yang agak lama. Kapal angkasa Momoki agak kecil berbanding dengan kapal angkasa Kaizo. Momoki mengendali kapal angkasanya dengan begitu cermat sekali. Sai dan Shielda ada bersama Momoki di bilik kawalan. Lynna pula, dia sempat menghubungi Kaizo untuk memberitahu perkembangan mereka di angkasa. Dia juga sempat bertanyakan beberapa soalan kepada Kaizo. Setiap soalan yang ditanya oleh Lynna, Kaizo dapat menjawabnya dengan sempurna. Kaizo ceritakan suasana rumah itu tersebut kepada Lynna dan juga tentang planet terbiar itu

"Aku harap, apa yang aku dapat sampaikan, ianya akan menjadi petunjuk buat kau untuk mencari Pang"

"Aku berharap begitu Kaizo. Kau rehatkan diri kau di sana dan jangan fikirkan sangat tentang kami di sini. Aku tak nak melihat kau sakit lagi"

"Baiklah wahai tuan puteri"

Lynna tergelak sedikit. Kaizo tersenyum apabila dia melihat gelakan Lynna tadi. Tiba-tiba Rizu menyibuk di sebelah Kaizo untuk memberikan kata-kata semangat kepada Lynna

"Kak Lynna! Pizu yakin kak Lynna dapat selamatkan abang Fang dan bawa dia pulang ke sini! Kak Lynna jangan risau, Pizu akan jaga abang Paizo dengan baik. Kakak Faye pun ada dekat sini. Dia tidak makan dekat sana. Abang Paizo dah makan. Tok Aba yang bawakan makanan untuk abang Paizo. kakak Faye cakap, kejap lagi atuk dan nenek abang Paizo akan sampai. Tak sabarnya Pizu nak jumpa dia orang!"

"Hehee.. nanti kirim salam dekat mereka ok"

"Baik kak Lynna!" Rizu berikan tabik hormat kepada Lynna "Kak Lynna jalankan misi dengan baik yea"

"Yea Rizu"

"Rizu.. bagi abang pula cakap dengan dia" Rizu alihkan diri dia dari skrin itu. Dia terus pergi menyertai Faye untuk makan nasi goreng bersama "Lynna.. aku tak tahu bagaimana keadaan adik aku sekarang ini. Aku tidak mahu fikirkan yang bukan-bukan tapi aku nak kau jangan terlalu beremosi sangat bila kau sudah menjumpai dia"

"Kenapa aku akan beremosi pula nanti?"

"Aku takut.. kau akan rasa sedih dengan keadaan dia nanti. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi dengan adik aku"

"Kaizo.. kalau kau rasakan begitu, mungkin sekarang ini dia dalam keadaan lemah atau dia menjadi buas kerana tidak tahu dimana kau berada sekarang ini"

"Itu yang membuatkan aku risau. Aku takut dia menjadi buas dan bertindak ganas apabila dia nampak kau dan yang lain-lain" kata Kaizo. Dia cuba bangunkan dirinya sedikit "Aku tidak mahu kehilangan dia. Aku juga harus berfikiran positif yang dia akan selamat tapi hati aku kata lain. Aku macam tak tahu nak fikir apa"

"Kau harus bertenang dan berehat sahaja, Kaizo. Aku tak nak kau sakit. Aku nak apabila adik kau sudah kembali, dia dapat melihat abang dia dalam keadaan selamat. Jadi, aku nak kau berikan kekuatan kepada diri aku"

"Yea Lynna, aku akan sentiasa ada di hati kau. Walaupun misi ini adalah untuk kau, tapi kita tetap satu pasukan"

"Satu pasukan" bisik Lynna sambil berikan senyumannya kepada Kaizo "Aku harus pergi. Aku akan menghubungi kau lagi"

Lynna tamatkan video call itu. Dia menuju ke arah tingkap untuk melihat keadaan luar. Di dalam fikirannya, dia bimbang dengan kesihatan Fang dan juga Kaizo pada ketika ini. Dia bimbang jikalau misi ini gagal, kesihatan Kaizo akan merundum. Kaizo baru sahaja bangkit dari komanya. Dia tidak mahu melihat Kaizo sakit ataupun lebih teruk, jauhkan dirinya daripada semuanya. Lynna juga terfikir, kalau mereka berjaya menjumpai Fang tetapi semuanya berlambat. Ini pasti hati Kaizo hancur. Kaizo pasti akan kesunyian di kelak hari. Dia gelengkan kepalanya untuk buang semua pemikirannya

"Kak Lynna ok ke?"

Lynna pusing kebelakang. Boboiboy melihat mata Lynna ada sedikit berkaca. Lynna mahu menangis di situ tetapi dia menahan dirinya daripada buat begitu

"Kak Lynna jangan sedih. Boboiboy ada dekat sini. Sai, Shielda dan Momoki pun ada dekat sini untuk menolong kak Lynna" Boboiboy berikan senyuman ikhlas dia kepada Lynna "Akak nak tahu tak kenapa Boboiboy ada dekat stesen TAPOPS tadi?"

"Ceritakanlah kepada akak"

"Sebab abang Kaizo yang suruh Boboiboy pergi ke stesen TAPOPS" kata Boboiboy. Lalu dia bersambung lagi "Beberapa jam begitu, abang Kaizo bangun. Dia sebut nama kak Lynna.. dia dapat rasakan diri kak Lynna dalam bahaya. Jadi dia hantar Boboiboy untuk selamatkan diri kak Lynna. Nampaknya, tekaan abang Kaizo memang tepat sekali"

"Dan tablet tadi tu Boboiboy dapat dari mana?"

"Hehehe.. Emmy yang bagi. Dia ada datang semasa kak Lynna tiada. Dia suruh Boboiboy bawa tablet untuk cuba kekuatan signal untuk membuat panggilan video" Boboiboy tersengih sedikit "Kak Lynna pergilah berehat"

"Boboiboy tak nak pergi berehat juga?"

"Err.. takpelah kak Lynna.. Boboiboy ok aje ni" Boboiboy tersengih lagi. Lalu dia bertanyakan sesuatu "Kak Lynna.. kenapa abang Kaizo tak nampak sedih?"

"Sedih?"

"Yelah, nyawa adik dia dalam bahaya dan tidak tahu dimana Fang berada sekarang ini. Abang Kaizo pula, macam tak nampak sedih sangat

Lynna duduk di atas kerusi yang melekat di tepi dinding kapal angkasa itu. Dia memandang luar tingkap dan lalu dia bercakap

"Sebenarnya hati dia tengah sedih tetapi dia tidak mahu tunjukkan kesedihan itu kerana dia tahu, kalau dia bersedihan sahaja, kesihatan dia pula akan terjejas. Jadi dia perlu kuatkan diri tetapi pada masa sekarang ini, dia tidak mempunyai kekuatan lagi untuk pergi selamatkan adiknya. Kaizo sekarang ini hanya mampu berikan semangat dan kekuatan dia kepada akak untuk mencari dan menyelamatkan Fang"

"Abang Kaizo mesti susah hati tapi pada masa yang sama, dia harus tenang dan rehatkan dirinya"

"Betul tu Boboiboy" kata Lynna

"Tuan puteri, kita sudah sampai" Momoki mendarat kapal angkasa di sebuah tempat yang lapang "Selamat datang ke planet terbiar"

Boboiboy melihat di luar tingkap. Planet itu bagaikan planet padang pasir. Tiada tumbuhan hijau yang ada di planet itu. Taman-taman tema yang dikatakan oleh Kokoci, boleh dilihat dari jauh lagi. Permainan-permainan di situ nampak usang dan ada yang sudah termusnah sedikit. Setelah kapal angkasa itu selamat mendarat, Momoki membuka pintu bahagian belakang kapal angkasanya. Mereka semua turun dari kapal angkasa itu

"Memang tiada kehidupan langsung di sini?"

"Yea, memang tiada. Air pun tiada di sini. Dulu memang ada tetapi semuanya sudah kering" balas Shielda kepada Boboiboy "Taman tema di sini memang meriah tetapi makin lama, ianya makin merosot sehinggalah ianya menjadi kosong tanpa pengunjung. Dari situ, ramai pekerja berhenti kerja dan hanya tinggal pengusaha taman tema itu sendiri. Akhirnya, dia tinggalkan sahaja taman tema ini begina sahaja. Kemana dia pergi, ramai tidak tahu" jelas dia

"Agaknya, apa yang terjadi dengan taman tema itu sampai tiada siapa yang ingin datang ke sini lagi"

"Itu kami tidak pasti, Boboiboy" kata Momoki "Ramai yang membuat cerita bahawa taman tema itu berhantu"

"Berhantu!" terkejut Boboiboy

"Kau takut?" Sai tersenyum sinis sedikit

"Err.. takdelah.. hehehe" Boboiboy tersengih sambil garu-garu kepalanya

Perjalanan mereka ke taman tema itu tidak memakan masa yang lama. Hanya 10 minit sahaja. Semasa mereka tiba di taman tema itu. Mereka boleh lihat pintu gerbang masuk ke dalam taman tema itu, sudah musnah sedikit. Warna dia yang berwarna-warna sudah menjadi pudar. Di hadapan mereka mempunyai beberapa gerai makanan dan juga cederamata. Semua gerai-gerai itu ditutup rapi tetapi ada sebahagian daripada gerai itu, terbuka luas kerana ada juga yang datang untuk mencuri barang di situ. Di dalam taman tema itu juga terdapat sebuah tasik yang luas tetapi malangnya, ianya sudah kering. Sampan-sampan berbentuk angkasa, hanya beratur di tepi-tepi tasik kering itu. Rollercoaster yang sangat memukaukan, masih lagi boleh dinaiki. Ferris wheel pula, malangnya, ianya tidak boleh dinaiki lagi kerana ianya tidak selamat untuk digunakan. Jauh dari situ, terdapat dua jenis rumah permainan. Satu rumah ialah rumah hantu dan satu lagi adalah rumah misteri

"Apa yang Kaizo cerita pada akak, tak mungkin rumah itu adalah rumah hantu"

"Tuan puteri, aku rasa Fang tiada di rumah misteri juga"

"Kenapa kau katakan begitu?" tanya Lynna kepada Momoki

"Kerana bumbung rumah misteri itu, separuh daripadanya sudah hilang. Jikalau Fang dan Kapten Kaizo disembunyikan di situ tempoh hari, sudah tentu mereka boleh keluar dari rumah itu secara selamat"

"Betul juga kata kau" Lynna melihat sekitar itu lagi. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena "Baiklah, kita semua berpecah. Jika jumpa sesuatu yang memelikkan, hubungi aku dengan segera. Boboiboy, kamu ikut akak"

"Tuan puteri" panggil Momoki

"Kenapa Momoki?"

"Izinkan aku untuk menyiasat di dalam rumah misteri itu. Mungkin aku tersilap dan tidak"

"Baiklah, tapi hati-hati bila kau siasat tu"

Momoki tunduk sebagai tanda hormat. Dia terus menuju ke arah rumah misteri itu. Sai dan Shielda pergi ke arah bertentangan dengan Lynna dan Boboiboy. Mereka berlima tidak akan berhenti menyiasat dan mencari sehingga semua tempat sudah diperiksa. Boboiboy rasa sedikit ketakutan kerana teringat balik kisah karnival hantu pada tahun lepas. Dia tersengih apabila dia menjumpai Merry-Go-Round yang ada di dalam taman tema itu. Dia dan Lynna berjalan agak jauh sedikit. Mereka terjumpa sebuah kedai kecil. Dinding-dinding kedai itu diperbuat daripada kaca. Keadaan kedai itu seperti tidak pernah disentuh oleh sesiapa. Ianya seperti sebuah kedai yang baru. Di dalamnya pula, ada barang-barang yang masih tersusun cantik. Semunya nampak sempurna. Tiada yang cacat cela. Lynna mula rasa pelik. Lalu dia masuk ke dalam kedai itu

"Pelik" bisik Lynna

"Apa yang peliknya kak Lynna?"

"Boboiboy tak rasa pelik ke sebab kedai ini macam baru dibina" kata Lynna sambil menyentuh barang-barang cenderamata yang ada di dalam kedai itu seperti buku nota, magnet, bingkai gambar dan bermacam-macam lagi "Mungkin Crystallo sembunyikan Fang di dalam planet ini tetapi persoalannya, dimana?" Dia sentuh sebuah globe kecil yang mempunyai salji-salji putih didalamnya

Pada ketika itu jugalah Lynna mendapat sebuah firasat tentang Crystallo tetapi ianya berkenaan dengan masa yang sudah berlalu. Di dalam kuasa firasat itu, Lynna melihat Crystallo sedang membaca semua data-data tentang Kaizo dan juga Fang. Di atas meja itu terdapat sebuah kertas biru menunjukkan tentang rekaan sebuah rumah. Di bahagian atas itu terdapat satu simbol yang Lynna tidak kenali. Ianya seperti simbol seekor burung dalam bentuk bulat. Crystallo pada ketika itu ada di dalam kedai itu tetapi dalamnya sangat berbeza. Tiada barang cenderamata yang dipamerkan. Hanya kerusi, meja, papan kenyataan yang penuh dengan maklumat tentang Kaizo, Fang dan juga diri dia iaitu Lynna. Firasat itu terhenti di situ

"Kak Lynna?"

"Boboiboy... kedai ini sebenarnya adalah tempat Crystallo membuat kajian tentang Kaizo, Fang dan juga akak. Fang pasti ada di sekitar planet ini"

"Kalau takde, macam mana?"

"Kalau takde, kita akan tetap teruskan pencarian ini" kata Lynna dengan hati yang penuh semangat "Dekat dalam firasat akak tadi.. ada satu simbol yang akak nampak dekat kertas biru. Akak tak tahu apa maksud simbol itu"

"Akak ingat tak bentuk dia macam mana?"

"Ingat" Simbol yang dia nampak tadi masih jelas di dalam ingatan Lynna

Lalu hologram Momoki muncul di jam kuasa Boboiboy

"Boboiboy, bawa tuan puteri ke sini. Ada sesuatu yang dia perlu lihat"

Terus hologram itu ditamatkan oleh Momoki sendiri. Lynna dan Boboiboy bergegas keluar dari kedai itu dan terus ke rumah misteri. Sebaik sahaja mereka tiba di rumah misteri itu, Momoki sudah pun menunggu mereka di pintu masuk rumah tersebut. Di tangan dia terdapat sebuah peti berwarna hitam. Peti itu berkunci dan di bahagian atasnya terdapat satu simbol yang Lynna nampak di dalam firasatnya

"Simbol itu!"

"Kenapa dengan simbol ini?" tanya Momoki "Setahu aku, simbol ini adalah simbol dari satu planet yang ketika dahulunya Ratu Lily datang menyerang. Simbol ini merupakan simbol planet asal Fang dan Kapten Kaizo"

"Adakah Fang berada di planet dia sendiri?" Sai baru tiba di situ bersama Shielda "Kalau betul dia ada di sana, kita perlu siasat"

"Tapi.. apa dalam peti tu?" tanya Boboiboy

Tanpa berfikir panjang, Lynna letupkan mangga kunci pada peti itu. Mangga itu terjatuh selepas sahaja ianya hancur akibat diletupkan tadi. Lynna membuka peti itu. Kesemua maklumat tentang Kaizo, Fang dan Lynna tersimpan di dalam peti itu. Lynna mengangkat sebuah file tentang diri dia. Nampaknya, Crystallo sudah mengkaji segalanya tentang Lynna

"Crystallo ni bukannya bijak sangat tapi kalau dalam bidang mencipta sesuatu, aku kagumi dengan kebijaksanaan dia" kata Shielda "Begitu mudah sekali untuk menjejaki dia tapi aku takut kalau dia ada muslihat lain"

"Ada ke takde, kita mesti ke planet asal Fang juga. Mari kita bergerak sekarang"

"Baik tuan puteri" jawab Momoki dengan sopannya

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy, Lynna, Sai, Shielda dan Momoki sudah kembali ke kapal angkasa mereka. Momoki terus mengendali kapal angkasanya untuk keluar planet terbiar itu. Lynna pula, dia membawa peti tadi ke dalam sebuah bilik yang pernah di duduki oleh seorang gadis yang bernama Mimiko. Lynna duduk di atas katil sambil membuka peti itu. Dia mengambil sebuah file tentang Kaizo. Dia membaca semua data-data peribadi milik Kaizo

"Kak Lynna"

Lynna mengangkat sedikit kepalanya. Boboiboy masuk ke dalam bilik itu dengan sebuah tablet di tangannya. Wajah Kaizo terpapar di tablet itu. Lynna simpan kembali file-file itu di dalam peti hitam

"Kaizo? Kenapa hubungi aku?"

"Aku cuma ingin tahu perkembangan kau di sana"

"Hmm... adik kau masih belum lagi dijumpai" balas Lynna dengan perasaan sedihnya "Kami sekarang ini dalam menuju ke planet asal kau"

"Planet asal aku?"

"Yea abang Kaizo. Tadi kita orang jumpa file-file tentang abang Kaizo, Fang dan juga Lynna"

"Mana file itu sekarang?" Nada Kaizo bertukar menjadi marah sedikit "Kalau boleh, bawa ke sini selepas sahaja misi kamu selesai"

"Ba-baik abang Kaizo" Boboiboy terus serahkan tablet itu kepada Lynna "Boboiboy tunggu dekat luar"

Boboiboy keluar dari bilik itu tanpa melihat kebelakang. Lynna kelihatan sedih dan Kaizo pula, nampak marah pada ketika itu. Mereka berdua tidak berkata apa sehinggalah Kaizo katakan sesuatu

"Lynna.. kenapa kau nampak sedih?"

"Sebab adik kau masih belum dijumpai. Aku tak dapat bayangkan betapa lemahnya diri dia ketika ini" Air mata Lynna membasahi pipinya. Lalu dia lap pipinya dengan lengan baju dia "Maaf sebab aku tiba-tiba menangis"

"Jangan risau, aku faham perasaan kau" kata Kaizo "Tentang file-file itu nanti, aku akan hapusrkan atau kau sendiri hapuskannya untuk aku"

"Nanti aku akan hapuskan"

"Kau ada baca file tu?"

"Err.. ada sikit" Lynna rasa bersalah "Maaf sebab aku ada baca data-data tentang kau"

"Takpe, aku maafkan" kata Kaizo "Oh yea, bagaimana kau tahu adik aku ada di planet asal kami?"

"Kerana simbol di peti itu" Lynna halakan tablet itu di bahagian atas peti tersebut "Momoki beritahu aku simbol ini berasal dari planet kau"

"Kalau kau nak tahu, sebenarnya Crystallo itu berasal dari planet kami juga" jelas Kaizo. Dia bangunkan diri dia sedikit "Aku tahu kerana aku pernah menyiasat tentang diri dia. Aku rasa digunakan planet terbiar itu untuk menyiasat tentang kami tanpa ada gangguan. Dia tahu planet terbiar itu agak jarang untuk orang datang"

"Aku pun fikir begitu, Kaizo" Lynna tersenyum sedikit "Atuk dan nenek kau sudah sampai?"

"Sudah.. kawan adik aku si pelik tu bawa dia orang pergi makan jap. Aku seorang sahaja dekat dalam bilik ni. Kawan-kawan adik aku yang lain, aku sudah arahkan mereka untuk kemaskan rumah aku"

"Ohh.. erm.. Kaizo, jauh ke dari planet terbiar ke planet asal kau?"

"Tidaklah terlalu jauh sangat tapi aku nak kau rehat secukupnya. Kau perlukan tenaga untuk jalankan misi ini" nasihat Kaizo kepada Lynna "Kau berhati-hatilah di sana nanti. Aku percayakan kau"

"Terima kasih Kaizo kerana percaya kepada aku untuk jalankan misi"

"Pergilah berehat Lynna. Nanti aku akan hubungi kau lagi"

Selepas sahaja mereka tamatkan panggilan video itu, Lynna terus baring di atas katil untuk berehat seketika. Dia tidak tahu cabaran apakah yang dia bakal hadapi. Dia cuma berharap semuanya berjalan dengan lancar

Fang, akak datang untuk selamatkan kamu.. tunggu akak, jangan pergi ke mana-mana. Abang kamu sedang menunggu kepulangan kamu, bisik di hati Lynna

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Maaf Lynna.. saya kejutkan Lynna kerana kita sudah sampai di planet Avem"

Lynna membuka matanya. Dia telah dikejutkan oleh Shielda sendiri. Lynna terus bangun dan keluar dari katilnya sambil ucapkan terima kasih kepada gadis alien itu. Shileda membawa Lynna ke pintu keluar kapal angkasa itu. Boboiboy, Sai dan Momoki sudah menunggu kedatang mereka di situ

"Tuan puteri, sudah puas berehat?" tanya Momoki dengan hormatnya "Aku harap, katil Mimiko buatkan tuan puteri rasa selesa"

"Terima kasih Momoki, katil dia memang selesa" jawab Lynna secara sopan

"Mari kita pergi" kata Sai setelah bahagian pintu belakang kapal angkasa itu turun ke bawah "Adakah kita perlu berpecah?"

"Planet ini terlalu luas untuk mencari Fang.. hmm" Lynna terpaksa fikirkan sesuatu untuk mencari Fang "Kalau nak hubungi Fang.. signal jam kuasa Boboiboy tidak dapat menembusi tempat persembunyian dia"

"Oh.. sebab itu ke kamu semua tidak dapat mengesan Fang dan Kapten Kaizo tempoh hari?"

"Yea Momoki" kata Lynna sambil berjalan turun dari kapal angkasa itu "Mungkin... mungkin dalam peti tu ada petunjuk dimana Fang berada.." Dia terus berlari naik ke atas semula untuk dapatkan peti itu "Kamu semua tunggu di situ!" jerit Lynna

Beberapa minit kemudian, Lynna kembali dengan helaian lipatan kertas. Dia membuka kertas itu tunjukkan kepada Boboiboy, Sai, Shielda dan Momoki. Di atas kertas itu menunjukkan rekaan sebuah rumah untuk merangkap Fang dan Kaizo. Di bahagian bawah rekaan itu terdapat satu peta dimana rumah itu akan dibina

"Kamu bertiga tahu tentang tempat ini dimana?" tanya Lynna

"Mari aku bacakan peta itu" Lynna berikan kertas itu kepada Momoki "Hmmm.. nampaknya ianya berada di bawah tanah. Kawasan yang dia tulisan di sini adalah tempat yang pernah Ratu Lily musnahkan dulu"

"Maknanya.. rumah binaan dia ada di bawah rumah Fang?"

"Mungkin juga Boboiboy" balas Momoki

"Tapi.. apa yang aku lihat.. ianya berada di kawasan lapang. Aku tahu di kawasan perumahan Fang dan Kaizo ada sebuah padang yang tidak jauh dari rumah mereka" kata Shielda

"Bukan ke pada suatu ketika dahulu, tempat ini pernah adanya janakuasa yang sama hebat seperti di planet Elektrica"

"Aku ingat tentang jana kuasa itu" Shielda seperti dapat meneka dimanakah Fang berada sekarang ini "Kalau betul tekaan aku, rumah itu ada dibawah tempat janakuasa itu. Crystallo mesti telah hidupkan semula janakuasa itu"

"Kalau betul, mari kita pergi" kata Lynna

Lalu mereka berlima bergerak terus ke kawasan perumahan Fang dan Kaizo ketika mereka kecil lagi. Rumah-rumah yang ada di kawasan itu, semuanya menjadi peninggalan sahaja. Lynna terkenang balik kisah dia berada di zaman silam Kaizo. Jalan-jalan yang dia lalui sekarang ini membuatkan dia tersenyum kerana pada ketika itu, dia dan Kaizo ada bergaduh sedikit. Ada perselisihan diantara mereka berdua tetapi akhirnya, masalah mereka dapat diselesaikan juga. Mereka tidak ikut jalan ke rumah Fang dan Kaizo pada suatu ketika dahulu. Mereka hanya terus ke sebuah padang yang lapang. Taman permainan yang ada pada suatu ketika dahulu, sudah tiada lagi di situ. Hanya tinggal tapaknya sahaja

"Itu bangunan janakuasa" kata Shielda "Nampaknya, janakuasa itu telah di aktifkan semula"

Sebuah bangunan kecil berwarna putih yang terletak di hujung padang dan di bahagian atas bangunan itu mempunyai satu palang. Palang tersebut terdapat kuasa-kuasa elektrik berwarna biru. Sesiapa yang terkena elektrik itu, pastinya nyawa mereka tidak akan selamat. Shielda membawa mereka ke bangunan itu. Di sebelah kanan bangunan itu, terdapat sebuah pintu berwarna biru. Dia membuka pintu yang tidak berkunci itu. Hanya terdapat beberapa mesin yang berbunyi bising sedikit. Di atas lantai bangunan itu terdapat satu lagi pintu. Sai cuba membuka pintu itu tetapi ianya berkunci

"Biar akak buka pintu ni" kata Lynna

Mereka berempat berundur sedikit dan Lynna maju ke depan. Dia letupkan pintu tersebut menggunakan kuasanya. Sebaik sahaja pintu itu hancur berkecai, Lynna boleh lihat sebuah tangga untuk turun ke bawah. Keadaan tangga itu agak gelap sehingga tidak nampak anak-anak tangga yang lain. Boboiboy keluarkan cahaya apinya untuk menyinari tangga tersebut

"Fang pasti ada di bawah" kata Boboiboy

"Boboiboy, kamu jalan ke depan" arah Lynna "Kerana kamu ada cahaya untuk menyinari perjalanan kita ke bawah nanti"

"Baik kak Lynna!"

Boboiboy turun dari situ. Satu per satu daripada mereka turun ke bawah. Tiada apa yang menarik berlaku di situ. Hanya sunyi sepi sahaja yang ada. Semakin lama, semakin ke dalam mereka masuk. Kini mereka sudah memasuki kawasan gua. Sampai sahaja di bawah, mereka menjumpai sebuah pintu gerbang yang tiada pintunya. Mereka masuk ke dalam

"Tempat apa ni?" tanya Boboiboy sambil padamkan kuasa apinya kerana tempat itu sudah pun bercahaya

Di hadapan mereka terdapat beberapa pintu besi yang tertutup rapi. Lynna ke depan sedikit. Adakah salah satu pintu ini akan membawa dia terus ke Fang? Atau ini adalah satu perangkap?

"Apa yang tuan puteri sedang fikirkan?"

"Maaf Momoki.. akak cuma nak pastikan kita dapat menjumpai Fang dengan segera" jelas Lynna "Tapi kita sendiri tidak tahu apa di sebalik pintu-pintu ini"

"Jangan risau.. biar aku periksa satu per satu" kata Sai "LEMPARAN TOPI PERISAI!" Topi Sai terus musnahkan sebuah pintu di hujung kiri. Tiada apa yang keluar di situ "Aku pergi periksa ada apa di dalam itu"

Lynna anggukkan kepalanya. Dia benarkan Sai pergi memeriksa apa yang ada di dalam itu. Sebaik sahaja dia masuk, dia terus berlari keluar kerana di dalamnya ada telur-telur katak raksasa dan juga ibu kepada telur-telur tersebut. Sai gelengkan kepalanya dan tidak benarkan sesiapa masuk ke dalam bilik itu. Dia tahu betapa bahayanya katak raksasa itu kerana katak itu boleh mengeluarkan sejenis yang dapat melumpuhkan mana-mana musuhnya, termasuklah sesiapa sahaja yang cuba menganggu dia. Pintu seterusnya, Sai pegang tombol hitam itu dan lalu dia membukanya dengan mudah sekali

"Apa yang ada di dalam itu?" tanya Lynna

"Hanya sebuah bilik kosong tetapi ada satu lagi pintu di dalamnya" jawab Sai

"Baiklah, kita akan pergi siasat apa yang ada di situ"

Boboiboy, Lynna, Shielda dan Momoki masuk ke dalam bilik tersebut bersama dengan Sai. Bilik itu memang kosong. Tiada perabut atau permaidani ataupun barang-barang perhiasan. Hanya ada sebuah pintu berbentuk empat segi tepat. Di tepi pintu itu terdapat satu mesin untuk masukkan kod-kod kata laluan. Pintu itu akan dibuka apabila mereka dapat masukkan kata laluan yang betul

"Bagaimana kita nak masuk dalam tu? Kata laluan pun kita tak tahu" tanya Boboiboy sambil garu-garu kepalanya

Lynna tidak mahu berfikir panjang. Dia terus letupkan pintu besi itu dengan kuasanya. Mata Boboiboy terus membulat besar dan lalu dia tersengih kerana dia tidak fikirkan untuk hancurkan pintu itu pula. Lynna masuk ke dalam pintu itu terlebih dahulu. Dia rasa dia seperti tempat yang betul kerana perhiasan di dalam itu betul-betul seperti di dalam rumah. Tangga, beberapa pintu yang ada di belakang tangga itu dan juga dua buah kerusi panjang di bahagian hadapan tangga tersebut

"FANG!" Jerit Lynna sambil mencari Fang di dalam rumah itu "FANG! KAK LYNNA ADA DEKAT SINI!"

"FANG! KITA ORANG DATANG NAK SELAMATKAN KAU!"

Tiada sahutan dari remaja alien itu. Lynna masih tidak berpuas hati. Dia berlari ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik pertama yang dia nampak. Bilik itu adalah sebuah bilik tidur. Di dalam bilik itu ada sebuah katil berwarna putih. Dia agak terkejut sedikit kerana ada kesan darah-darah kering pada cadar katil itu

"Itu.. darah Kaizo?" bisik Lynna

"KAK LYNNA!"

Lynna terus berlari keluar dari bilik tersebut. Jeritan itu tadi datang dari Boboiboy. Mungkin dia telah menjumpai Fang. Lynna bergegas turun ke bawah untuk melihat apa yang terjadi. Tekaan dia memang tepat. Fang ada di situ tetapi dia kelihatan seperti trauma

"KORANG SEMUA HANYALAH HALUSINASI AKU SAHAJA!"

"Fang! Jangan kata begitu!" Lynna cepat-cepat pergi ke hadapan Fang "Kami ke sini untuk selamatkan kamu"

"TIPU! KORANG SEMUA PENIPU! SERIBU JARI BAYANG!"

Lynna melindungi mereka semua dengan kuasa ungunya. Shielda sempat melindungi diri dia dengan perisai dia. Sebaik sahaja kuasa bayang itu terkena perisau Shielda, ianya melantuk balik terus ke Fang. Lalu Fang melompat setingginya untuk elakkan diri daripada terkena kuasanya sendiri. Dia mendarat di tempat asalnya balik

"FANG! JANGAN SERANG KITA ORANG!" jerit Boboiboy

"Aku akan tetap serang korang! KAU TAHU TAK BETAPA PERITNYA HATI AKU DEKAT SINI! ABANG AKU SUDAH TIADA! IBU BAPA AKU PUN SUDAH LAMA TIADA! HANYA TINGGAL AKU SEORANG SAHAJA! DAN KORANG PULA MEMPERMAINKAN AKU! KORANG BUKANNYA KAWAN AKU YANG SEBENARNYA! INI SEMUA TIPU SAHAJA!"

"Fang! Jangan begitu.." Lynna maju ke depan sedikit demi sedikit "Ini kak Lynna.. akak datang ke sini untuk selamatkan Fang.. ini bukan halusinasi kamu dan bukan perangkap Crystallo juga. Percayalah cakap akak"

"Jangan dekat aku cakap!" jerit Fang. Tangan kanan dia sudah keluarkan kuasa bayangnya. Dia sudah bersiap sedia untuk menyerang Lynna "Kau bukan kak Lynna... kau mesti halusinasi aku!"

"Kak Lynna hati-hati" Boboiboy menjadi takut apabila dia melihat Lynna semakin lama semakin dekat dengan Fang

"Tak Fang.." kata Lynna secara lembut "Akak tahu Fang sedang trauma kerana keseorangan di sini dan melihat abang kamu hilang dari mata kamu sendiri tapi sebenarnya.. abang kamu selamat"

"TIPU!" Fang berundur sedikit kerana tangan Lynna makin sedikit lagi untuk menyentuh muka "Jangan datang dekat.. kalau tidak, aku akan serang kau!"

"Fang.. akak nak pulihkan minda kamu, agar diri kamu tidak lagi trauma"

Fang tidak berkata. Dia juga tidak serang Lynna. Dia bagaikan serba takut. Dia seperti ingin lari dari situ. Dia pandang kiri dan kanannya, dan lalu dia tolak Lynna sehingga gadis itu terjatuh di atas lantai. Fang lari masuk ke dalam sebuah bilik

"FANG!" Jerit Boboiboy

"Sai, Shielda.. Momoki, kamu bertiga tunggu di sini. Biar akak dan Boboiboy pergi dapatkan dia" kata Lynna sambil bangunkan diri dia balik "Mari Boboiboy"

Boboiboy dan Lynna masuk ke dalam bilik yang Fang masuki tadi. Bilik itu dipenuhi dengan rak-rak buku tetapi bukunya hanya sedikit sahaja. Fang sedang duduk sambil memeluk lututnya. Dia menyorokkan dirinya di bahagian belakang bilik. Dia meraung sambil memanggil nama ibunya

"Ibu.. adik nak abang.. adik tak nak tinggal sorang.. adik nak abang.. mana abang? Abang dah pergi tinggalkan adik ke?"

Tangisan Fang tadi membuatkan hati Lynna menangis. Dia menahan air matanya dan perlu kuatkan diri dia. Boboiboy tidak sanggup melihat diri kawannya terseksa begitu. Dia tidak tahu apa yang dia perlu lakukan untuk tenangkan diri Fang

"Ibu.. ayah... kenapa abang tinggalkan adik seorang diri dekat sini?"

"Fang.." panggil Lynna secara lembut

"Ibu?" Fang mendongak sedikit "Kau.. kau.. bukan ibu aku.. apa yang kau nak? Kau tak puas lagi ke tengok diri aku terseksa? Kau pergi dari sini! KAU BUKAN KAK LYNNA! KAU HANYA HALUSINASI SAHAJA!"

"Bukan Fang.. ini kak Lynna yang sebenarnya" Lynna melutut di hadapan Fang. Pada ketika itu, badan Fang sudah menggeletar sedikit "Fang.. dengar cakap ok. Ini kak Lynna, dan kawan kamu, Boboiboy. Kami semua datang untuk selamatkan Fang. Abang kamu selamat. Dia ada di hospital"

"Abang selamat?" Mata Fang terkebil-kebil sedikit

"Yea.. abang kamu selamat" Lynna sentuh kepala Fang sedikit "Bagi akak tenangkan pemikiran kamu. Fang tidak perlu lagi trauma. Akak ada dekat sini. Akak akan sentiasa menjaga kamu"

Sebuah pancaran cahaya keluar dari tangan Lynna. Dia tenangkan pemikiran Fang. Wajah Fang tidak lagi kelihatan takut tetapi wajah dia berubah menjadi tenang. Pemikiran dia bukan lagi kucar-kucir seperti sebelum ini. Cahaya itu hilang dari tangan Lynna. Secara tidak langsung, Fang terus memeluk Lynna sambil menangis sedikit

"Kak Lynna.. adik nak jumpa abang. Selama adik berada di sini, adik ingatkan keluarga adik sudah tiada. Tinggal adik seorang sahaja. Adik juga tunggu untuk sesiapa selamatkan adik tetapi tiada siapa yang datang. Adik jadi tak tentu arah. Setiap hari, kalau adik nak makan.. adik kena lalui halangan yang ada di dalam rumah ini. Memang ada makanan di dalam rumah ini tapi adik ingatkan racun, rupanya bukan"

"Maafkan akak kerana sampai lambat"

"Adik maafkan" balas Fang "Bawa adik jumpa abang.. adik rindukan abang"

"Akak akan bawa kamu pergi jumpa abang kamu. Jangan menangis lagi, Fang. Semuanya sudah selamat" Lynna kepala belakang Fang sedikit "Mari kita pulang. Semua sedang menunggu kepulangan Fang"

Fang lepaskan pelukannya. Dia tersenyum sambil melihat wajah Lynna. Dia mengesat air mata Lynna dengan ibu jarinya. Lalu mereka berdua tergelak di situ. Boboiboy rasa bahagia melihat keakraban mereka berdua. Dia dapat rasakan Fang sangat bertuah dapat berkenalan dengan seorang gadis yang penyayang. Boboiboy terfikir, bila agaknya Lynna akan menjadi kakak ipar kepada Fang? Tahun ini? Mungkin tahun depan? 5 tahun lagi? Agaknya bila tu? Hehehee...

Abang, tunggu adik pulang. Kita akan bersama semula. Abang dan adik selamanya

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top