Misi Kejutan

Kaizo terjaga dari tidurnya kerana ada satu jeritan yang sudah membuat bising pada pagi itu. Dia kenal suara siapakah yang membuat bising di luar rumahnya. Dia keluar dari katil itu untuk mengajar budak itu kerana menjerit sesuka hati di rumah orang. Kaizo terus ke pintu biliknya dan lalu dia buka. Dia melihat adiknya sudah bergegas untuk pergi membuka pintu rumah mereka. Jadi dia hanya berdiri di balkoni rumah untuk melihat apa yang berlaku nanti. Adakah adik dia akan mengamuk di pagi hari atau sebaliknya

"BBB-CHAN! LILY DATANG NI!"

Pintu rumah itu dibuka dengan ganas oleh Fang sendiri. Lily terus berhenti menjerit apabila dia nampak wajah kemarahan dari Fang. Lalu dia tersengih di situ

"Selamat pagi, landak! BBB-CHAN ada dekat sini tak?"

"BBB-CHAN kau sudah balik KL. Ibu dan ayah dia ada dekat KL" jawab Fang dengan nada serius dia "Sekarang, kau boleh balik"

"Errr.. Faye ada tak? Hehehee"

"Faye balik planet dia" jawab Fang dengan nada malas pula kali ini "Ada apa-apa lagi soalan?"

"Ada! Bella ada tak?"

"Bella pergi holiday, Yaya balik kampung dengan keluarga dia. Ying pergi holiday juga. Gopal... aku tak pasti dia pergi mana"

"Gopal ada dekat rumah. Tadi Lily singgah rumah dia sekejap sebab nak cari Boboiboy tapi dia takde pulak. Gopal cakap, jangan ganggu dia hari ni sebab dia nak habiskan game terbaru dia" kata Lily sambil mengangguk kepalanya "Rizu pun takde juga ke?"

"Rizu pergi KL, dia ikut mak dia" balas Fang "Sekarang, aku nak tutup pintu ni dan kau boleh balik rumah. Kacau orang tidur betul!"

"Ala landak... Lily takde kawanlah macam ni"

"Ada aku kisah.." Fang mula hendak menutup pintu rumahnya. Wajah Lily mula berubah menjadi sedih dan ianya boleh dilihat dia sedang cuba menagih simpati dari Fang "Wei, kau pergi ajelah jalan-jalan dengan Mimiko ke.. atau si Momoki ke"

"MOMOKI? HANTU MOMOK TU! ADIK BERADIK MOPIKO TU?!" Lily menolak pintu rumah Fang dan terus sorok di belakang kawan dia

"Apahal kau ni?" Fang menoleh kebelakang "Aku sebut nama dia, terus kau panik.. kalau aku sebut nama Boboiboy.."

"MANA BOBOIBOY?" Lily berlari keluar dari rumah itu sambil mencari Boboiboy "Takde pun dia! Landak mempermainkan hati dan perasaan ku!"

"Malas aku nak melayan kau" bisik Fang

Dia terus menghempas tutup pintu tersebut dan pada waktu yang sama, nama dia telah dipanggil oleh seseorang. Suara itu agak garang

"PANG!"

Fang terkejut. Dia seperti dapat rasakan jantung dia terhenti seketika. Lalu dia pusing kebelakang dan mula melihat wajah abangnya yang sentiasa serius itu. Tangan abangnya sudah pun bersilang. Fang fikirkan yang abang dia mahu bincangkan tentang sesuatu atau membuli dia atapun menyuruh dia membuat sarapan pagi

"Abang nak apa?" tanya Fang dengan nada kemalasan dia

"Yang kau pergi tutup pintu tu kenapa?"

"Aik, abang nak jemput si pelik tu masuk ke?"

"Bukan" jawab Kaizo. Muka dia masih lagi serius "Aku cuma nak kau pergi keluar bermain dengan kawan kau. Jangan nak duduk rumah sahaja. Kau nak jadi pemalas ke?"

"Eh, tak nak.. adik tak nak jadi pemalas macam si Gopal tu. Asyik dengan video game dia, 24 jam sehari"

"Bagus"

Fang tidak berkata apa lagi, dia terus ke dapur untuk menyiapkan sesuatu. Kaizo membuka pintu rumah dia semula. Lalu dia mengangkat kening sebelah apabila dia terlihat Lily sedang memanjat sepohon pokok. Di tangan kanan dia ada sepasang teropong. Kaizo hanya gelengkan kepala. Dia tidak tahu kenapa sikap Lily sebegitu dan kenapa adik dia boleh berkawan dengan Lily? Adakah ini kesilapan Boboiboy mempunyai seorang kawan yang berperangai pelik? Tetapi dia harus akui, kesemua rakan-rakan adik dia tergolong daripada pelbagai sikap. Dia tidak akan menghalang pergaulan adiknya dengan mereka. Dia juga harus menasihati adiknya supaya memilih kawan yang betul dan juga ikhlas. Bukan berkawan dengan orang yang suka tikam belakang sahaja

"Apa yang abang tengah tengok tu?" muncul Fang di sebelah abangnya

"Si pelik tulah. Entah apa yang dia nak pergi teropong"

"Teropong si Boboiboy kot.. hehehe.. dia kan suka menghendap si Boboiboy tu"

"Kau pasti ke?" Kaizo mula perhatikan Lily sudah pun duduk di sebatang dahan pokok. Lalu dia pergi teropong ke arah kawasan perumahan Fang dan Kaizo "Apalah yang dia pergi menghendap tu?

"Kan adik sudah beritahu tadi. Dia menghendak Boboiboy dia. Mungkin teropong itu adalah ciptaan khas dari si Emmy tu. Teropong yang dapat melihat seseorang dari mana-mana sahaja tapi kalau betullah teropong itu boleh lakukan begitu, kenapa dia perlu datang ke sini? Kenapa dia tidak teropong dari rumah dia sahaja" Fang mengusap dagunya sambil berfikir "Mungkin teropong itu hanyalah teropong biasa sahaja"

"EH EH! MAMA LANDAK LAH!"

Terkejut Fang dengan jeritan Lily. Dia takut melihat senyuman lebar dari Lily. Ianya seperti dia melihat sesuatu yang menarik. Kaizo dapat tahu kenapa Lily memanggil Fang dengan panggilan itu kerana adiknya memakai sehelai apron berwarna merah jambu

"WEI PELIK! AKU BUKAN MAMA LANDAKLAH!"

"Yang kau pergi pakai apron warna pink, kenapa?" Fang terus palingkan mukanya ke arah abang dia. Bibir Fang terus bertukar menjadi masam

"Abang yang pergi beli apron ni untuk adik. Sudahlah apron adik warna purple tu abang pergi kotorkan.. UWAAAA!" Lalu Kaizo ketuk kepala adik dia "SUDAH! Malas aku nak melayan kau. Abang nak pergi mandi dan kau.. pergi layan kawan pelik kau tu. Jangan nak huru-hurakan rumah ni. Kalau tidak, abang akan tendang kau pergi ke planet lain"

"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang dengan hati dia sudah membara seperti api membara di gunung berapi

Kaizo terus menuju ke tangga rumah untuk naik ke biliknya. Fang perhatikan Lily sudah pun turun dari pokok itu. Sampai sahaja di atas tanah, Lily sudah memanggil namanya

"LANDAK! JOM KITA PERGI KE KEDAI TOK ABA!"

"Hmmm... yelah yelah!" Fang membuka ikatan apronnya dan lalu dia campak ke tepi "Tapi kau tunggu dekat sini kejap. Aku nak pergi tukar baju"

"Ok!" kata Lily dengan senang hati "Lily akan duduk dediam dekat tangga ni sambil bayangkan muka Boboiboy ku ada di langit biru. BBB-CHAN! LILY AKAN TUNGGU BBB-CHAN PULANG KE PULAU RINTIS!"

"Bagus" Fang terus tutup pintu rumah dia. Lalu dia menarik nafas untuk tenangkan diri dia "Takpe, hari ini sahaja aku lepak dengan budak pelik si katak pili tu. Hari ini sahaja.. one day only.. you can do this!"

Fang terus naik ke atas dalam keadaan tenang. Dia tidak mahu fikirkan apa yang akan terjadi nanti tapi apa yang dia pasti, akan berlakunya huru-hara di kedai Tok Aba nanti. Jikalau tiada kehadiran Lily, tidak mungkin keadaan akan menjadi huru-hara. Setiap kali Lily ada, setiap detik mereka bersama, bermacam-macam benda akan berlaku. Tidak kiralah, perkara yang pelik ataupun perkara yang biasa sahaja akan berlaku. Selepas sahaja dia masuk ke dalam bilik, Fang mula menukar bajunya

Tidak sampai 10 minit, dia sudah siapkan dirinya dengan penuh bergaya. Jikalau orang lain melihat diri dia, ianya seperti ingin pergi berdating tetapi bukan. Dia hanya sekadar pergi ke kedai Tok Aba untuk melayan kawan pelik dia iaitu Lily. Rambut dia sudah terurus cacak seperti duri-duri landak. Lalu dia terfikir, apa terjadi kalau dia buat gaya rambutnya seperti abang dia? Adakah kawan-kawan dia akan memanggil dia itik pula? Atau nama lain selain daripada itik. Dia berdiri di muka pintu selama 2 minit untuk memikirkan tentang perkara itu. Kaizo keluar dari biliknya dan melihat adik dia sedang sibuk fikirkan sesuatu. Kening sebelah dia terangkat dan lalu dia menjerit

"PANG! APA KAU TENGAH BUAT TU? NAK JADI TUKUL KAYU KE ATAU NAK JADI TIANG RUMAH?"

"ABANG! JANGANLAH MENJERIT!"

"Abang tak kan menjerit kalau kau tak berdiri dekat situ macam kayu"

Hati Fang mula membara. Kemarahan dia membuak-buak di hatinya dan mulut dia ingin membalas dengan kata-kata jeritan dia kepada abangnya, tetapi dia hanya tarik nafas dan tenangkan diri dia. Lalu dia beredar dari situ. Dia berjalan di hadapan abangnya dalam keadaan tenang sambil terbayangkan donut lobak merah. Kaizo berasa pelik dengan sikap adiknya tetapi dia biarkan sahaja adiknya pergi. Dia perhatikan adiknya turun dari tingkat atas, terus ke ruang tamu dan terus ke pintu rumah. Fang membuka pintu rumah tersebut. Dia tidak terkejut melihat Lily duduk di atas tangga sambil menikmati kerepek pisangnya

"Jom" kata Fang

"YIPEEEEE! HARI NI LANDAK BELANJA LILY MAKAN CEKODOK CHOCOLATE!"

Berkerut-kerut dahi Fang. Hati dia tetap bersabar. Dia keluar dari rumahnya sendiri dan terus menutup pintu rumah itu. Kaizo tersenyum seketika kerana dia boleh jalankan tugas dia yang seterus. Kaizo mengangkat tangan kirinya untuk menghubungi Lahap dan Lynna dengan menggunakan jam kuasanya. Dua hologram berasingan timbul dari jam kuasa dia

"Lynna.. Lahap.. kamu berdua boleh datang ke sini dengan segera"

"Baik kapten" kata Lahap

"Ok!" kata Lynna

"Jangan lupa barang-barang yang aku pesan tu"

"OK!"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Landak, landak... landak bergaya semacam ni sebab nak mengurat budak perempuan yang akan lalu lalang dekat sini atau yang bakal datang ke kedai Tok Aba nanti?"

"Bila masa aku nak buat kerja macam tu.. buang masa aku sahaja" balas Fang sambil bersilang tangan "Aku bergaya seperti ini kerana aku mahu kekalkan imej aku yang popular tu"

"Isk isk isk.. mengaku kalah ajelah wahai landak, yang diri landak bukanlah popular seperti MY BBB-CHAN!" Lily senyum seorang diri sambil bayangkan diri dia berada di sisi Boboiboy. Mereka berdua berjalan-jalan di sebuah taman yang penuh dengan bunga-bunga mawar berwarna merah jambu "Bestnya" bisik dia

Fang tidak mahu bertanya kerana dia tahu pada ketika itu, kawan perempuan dia sedang berangan-angan tentang Boboiboy. Fang hanya berdiamkan diri sahaja sambil melihat orang yang lalu lalang di kawasan perumahan itu. Dia terserempak dengan Harraz. Pada ketika itu, Harraz baru pulang dari perpuskataan Pulau Rintis. Dia tidak pergi menyertai kawan-kawan dia ke kedai Tok Aba. Dia hanya terus pulang ke rumah. Selepas itu, Fang terserempak dengan sekumpulan pelajar elite. Mereka sedang sibuk berbincangkan tentang sesuatu sehingga tidak sedar Fang lalu di sebelah mereka. Fang tidak begitu kisah. Dia hanya teruskan berjalan bersama Lily

"Landak!"

"Kau nak apa lagi?"

"Hehehee... Lily nak tanya.."

"Tanya apa?" Fang palingkan mukanya ke arah Lily yang ceria itu

"Hmmm... Lily sebenarnya tengah ragu-ragu ni"

"Ragu-ragu tentang apa? Tentang kenapa kau masih berada di sini dan kenapa kau tidak pulang sahaja ke rumah selepas sahaja mengetahui BBB-CHAN kau tu ada dekat KL? Atau kau ragu-ragu tentang perasaan kau dekat si Boboiboy tu?"

"Errr... bukanlah!" marah Lily. Lalu dia betulkan suara dia dan kembali kepada nada yang ceria "Lily sebenarnya ragu-ragu tentang hubungan kak Lynna dan kapten itik hot. Adakah benar yang mereka telah pun bersama? Atau dia orang sebenarnya berpura-pura sahaja untuk mengelakkan diri mereka di soal lagi atau mereka hanya mahu menjaga hati landak supaya landak tidak kelihatan sedih sahaja!"

"Wei! Yang kau nak ragu-ragu buat apa. Semenjak kejadian hari tu, hubungan mereka terus berubah! Aku sendiri dengar apa yang abang aku katakan. Hubungan mereka lebih daripada kawan!"

Lily angguk kepala dia sebagai tanda faham tetapi dia masih lagi ragu-ragu. Lalu dia bertanya lagi

"Ok tapi.. abang Kaizo tu ada ke cerita yang dia ada luahkan hati dan perasaan dia yang suci murni bagaikan air yang suci dari segala kekotoran!"

"Hmm.. cerita tentang luahkan perasaan, dia takde pulak cerita tapi kalau aku tanya aje, macam biasalah jawapan dari abang aku..." Fang terus tiru suara abang dia yang sentiasa serius itu "Jangan nak merepek, yang kau nak tahu kenapa dan paling best sekali, itu kau tidak perlu tahu.. itu ajelah jawapan dari abang aku. Kalau tanya kak Lynna, seperti biasa.. dia akan senyap dan senyum sahaja. Apa-apa ajelah dia orang tu"

"Hehehe.. bersabarlah wahai landak. Dua merpati sejoli tu memang begitu tapi masa kak Lynna luahkan tu, landak tak dengar apa yang dia katakan lagi?"

"Tak" balas Fang "Lepas sahaja aku dengar kak Lynna luahkan perasaan dia.. aku terus pengsan. Bila aku bangun sahaja, aku sudah berada dekat hospital balik"

"Hmm.. kena siasat ni! Mesti Yaya ataupun Ying dengar apa-apa masa tu. Heheeee... LILY THE AWESOME AKAN CUBA UNTUK MEMBONGKAR SEGALA RAHSIA DI ANTARA KAPTEN HOT DAN PUTERI HOT!" Lily mengosok-gosok kedua belah tapak tangannya sambil tersenyum sinis. Dia terlupa orang yang ketiga berada di tempat kejadian itu iaitu Emmy "Hehehee..."

"Suka hati kaulah" Fang rasa lega apabila mereka sudah pun sampai di taman perumahan Pulau Rintis

Dari jauh lagi mereka berdua boleh lihat kedai Tok Aba. Ochobot tiada di situ kerana dia ada di Kuala Lumpur bersama Boboiboy. Pada ketika itu, tiada pelanggang yang berada di kedai tersebut. Tok Aba hanya sibukkan diri dengan mengelap cawan-cawan yang baru sahaja habis di basuh. Musim cuti begini, selalunya ada ramai pelanggang yang datang mengunjungi kedai Tok Aba tetapi pada hari ini, lain pula ceritanya. Mereka sudah menghampiri kedai itu dan Tok Aba mula perasan dengan kehadiran mereka berdua

"Hah, datang pun korang. Ingatkan tak nak datang.. hehehee.. tapi baguslah, takdelah atuk keseorangan dekat sini"

Fang dan Lily mengambil tempat masing-masing. Mata Lily sudah memandang menu-menu yang tetera di papan menu kedai tersebut. Bukan ke Lily sebentar tadi inginkan cekodok chocolate? fikir Fang. Lalu dia malas hendak berfikir panjang

"Gopal takde datang ke sini, atuk?" tanya Fang

"Takde pulak dia" balas Tok Aba "Selalunya kalau dia ada pun, mesti suruh bagi free atau berhutang dengan atuk"

"Gopal tu.. dulu-dulu dah tolong dia habiskan bayar hutang atuk tapi masih lagi buat balik. Apa nak jadi dengan Gopal tu" Fang gelengkan kepala sahaja. Mata dia terus melirik ke arah sebuah rancangan yang terpapar di television kedai itu. Jari telunjuk dia asyik mengetuk-getuk meja kaunter kedai tersebut

"Hah, Lily.. sudah siap nak order apa?"

"SUDAH TOK ABA!" Kata Lily "Saya mahu Ice Blended Chocolate satu, cekodok chocolate satu, waffle chocolate satu dan ice cream chocolate satu!"

"Banyak betul kau order. Lapar ke ni?"

"Hehehee... lapar sebab terlalu rindukan Boboiboy! Tapi Tok Aba jangan risau, Lily tak kan berhutang dengan atuk kepada Boboiboy! Si landak ni akan bayarkan segala makanan yang saya order!"

"Cheh, tak guna punya Lily" bisik Fang

"Tok Aba, bagi saya hot chocolate satu!"

Fang menoleh ke sebelah kiri dia untuk melihat siapa yang berikan pesanan tadi. Ternyata Gopal ada di situ secara mengejutkan. Fang berasa hairan, bagaimana Gopal boleh berada di sini dan bukankah dia sedang bermain video game di rumah?

"Bila masa kau ada dekat sini?" tanya Fang dengan penuh keraguan

"Hehehe... entah kenapa tiba-tiba hati ku terdetik untuk pergi ke kedai Tok Aba yang tersangat comel ni" kata Gopal sambil tersengih di situ. Lalu dia berkata lagi "Tetapi selepas sahaja aku sampai di sini, aku terdengar bahawa kawan aku si Fang nak belanja, jadi aku mengambil kesempatan ini!"

Fang menggenggam kedua belah tangan dia dan dahi dia mula berkerut-kerut. Tok Aba hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Gopal dan Lily tersenyum gembira kerana mereka tidak perlu bayar semua makanan yang telah dipesan sebentar tadi

"Isk korang ni.. suka sangat nak kenakan aku. Kalau abang aku, takpelah juga sebab aku tahu dia tu memang suka buli aku tapi.. KORANG NI SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN!"

"Ala, relaxlah Fang.. bukannya selalu pun kita orang buat macam ni, betul tak Lily?"

"BETUL BETUL!" kata Lily dengan penuh semangat. Mata dia asyik perhatikan cekodok chocolate dia sedang di goreng oleh Tok Aba. Bau haruman chocolate itu menusuk ke lubang hidung Lily dan Gopal "Sedapnya bau chocolate ni"

"Tau takpe.. bau chocolate dari kedai Tok Aba ni memang sentiasa sedap! Sungguh menyelerakan! Makan sekali, mesti nak lagi! Hehehee.."

"Haih, puji lebih nampak.. nak percumalah tu" kata Tok Aba dengan sindiran dia

Lalu Gopal tersengih di situ sambil garu-garu kepala dia

"Wei Fang, abang kau tak datang ke?" tanya Gopal secara tiba-tiba

Fang mengangkat kening sebelah sambil perhatikan Gopal dengan begitu lama sekali. Ianya membuatkan Gopal tidak begitu senang duduk. Dia masih tersengih lagi di situ dan akhirnya Fang terus palingkan mukanya ke tempat lain

"Abang aku tak datang pun. Lagipun dia yang suruh aku keluar dari rumah. Entah-entah dia pun sebenarnya nak keluar tapi halau aku dari rumah dulu. Ini mesti nak keluar dengan kak Lynna!" Fang menghentak tapak tangannya ke atas meja kaunter "Sesuka hati aje nak halau aku keluar dari rumah. Cubalah berterus terang. Ini tidak, asyik nak berahsia aje.. ini nak berahsia, itu nak berahsia! Semuanya nak berahsia"

"Eleh, kau pun dulu berahsia dengan kita orang juga.. tak nak beritahu identiti sendiri" kata Gopal

Cekodok chocolate Lily sudah pun siap. Tok Aba letakkan cekodok tersebut di hadapan Lily. Mata Gopal bersinar-sinar melihat cekodok chocolate yang masih panas itu. Lily hanya makan seorang diri tanpa bertanyakan Gopal jikalau dia nak ataupun tidak

"Wei, aku kenalah rahsiakan identiti aku daripada korang sebab aku kan tengah jalankan misi. Lagipun abang aku yang suruh aku rahsiakan, kalau tidak.. sudah tentu misi kita orang tidak akan berjaya"

"Hmm.. yelah" balas Gopal dengan nada kemalasan dia

"Lupa pula.. Lily nak tanya Gopal. Semasa si landak ni pengsan, Gopal ada tak dengar luahan apa-apa lagi daripada kak Lynna"

"Haih, yang kamu nak tahu ni kenapa?" Suara Tok Aba ketika itu boleh dikatakan tegas sedikit "Itukan urusan mereka berdua, jangan nak masuk campur"

"Ala Tok Aba, biarlah kami nak tahu juga" jawab Gopal "Tapi... masa tu aku dan Boboiboy sampai lewat sedikit. Jadi kita orang tak tahu apa yang terjadi. Yang ada masa tu pun, Yaya dan Ying sahaja" Dia terlupa Emmy ada pada hari kejadian tersebut "Masa kita orang dah tiba, si Fang dah pengsan dan kesan jahitan dia terbuka sedikit. Masa dia pengsan tu, abang Kaizo sudah sedarkan diri tapi tak tahulah kalau dia dengar ke tak apa yang kak Lynna katakan masa tu"

"Hmm..." Lily mengusap dagunya sambil kunyah cekodok chocolate di dalam mulutnya "Kita kena tunggu Yaya dan Ying untuk lanjutkan siasatan ini tapi.. kalau kita pergi menghendap kak Lynna dan abang Kaizo masa sekarang ni, best juga... hehee"

"Entah-entah.. dia orang sebenarnya kahwin lari, sebab tu abang kau halau kau tadi"

"PENGIKAT BAYANG!"

Gopal diikat dengan tali bayang Fang dan diri dia digantung pada dahan pokok. Menjerit-jerit Gopal di atas pokok tersebut. Hanya kaki dia sahaja yang dapat bergerak-gerak kerana seluruh badan dia sudah diikat rapi

"JANGANLAH BUAT AKU MACAM NI, FANG! TURUNKANLAH AKU!" merayu-rayu Gopal kepada Fang yang kini sedang berpura-pura tidak dengar rayuan itu "FANG! KAU KAN KAWAN BAIK AKU! TURUNKANLAH AKU!"

"Kasihan si Gopal tu.." kata Lily sambil perhatikan Gopal dengan mata yang sudah terkebil-kebil. Dia seperti menyaksikan sesuatu yang menarik "Apalah nasib dia mendapat seorang kawan berbangsa alien yang suka sangat panas baran"

"Wei, kau pun nak kena juga macam dia ke?"

"Errr.. tak nak" Lily terus tersengih "Kita sambung balik dengan perbincangan kita"

"Tak habis lagi dengan perbincangan tu.. haih, baik korang tanya ajelah dekat Kaizo dan Lynna tu, tak payah nak susah-susahkan diri"

"Tapi Tok Aba.. dia orang bukannya nak bagi jawapan yang kami inginkan" kata Fang dengan nada tidak buat hati "Tapi... ok juga kalau aku pergi menghendap abang aku.. hehehee.. aku nak korek rahsia dia"

Tok Aba gelengkan kepala dia sambil hulurkan Ice Blended Chocolate kepada Lily. Pemikiran Fang terus memikirkan tentang rancangan nakal dia yang bernas itu. Dia tidak boleh duduk diam sahaja, selagi dia tidak dapat jawapan yang dia mahukan. Lalu dia terfikir, bagaimana kalau apa yang dia fikirkan sebelum ini adalah sesuatu yang dia tidak jangkakan. Sebelum ini dia pernah sebarkan khabar angin tentang abang dia dan Lynna akan berkahwin tetapi rupanya bukan. Apa yang dia dengar adalah sesuatu yang membuatkan dia salah faham

"Landak tengah fikirkan apa?" tanya Lily. Kali ini dia sedang kunyah sepotong waffle yang telah dipotong oleh diri dia sendiri "Adakah landak sedang fikirkan sesuatu yang menakjubkan?"

"Senyaplah kau" balas Fang

"Errr.. Lily ada buat salah ke?"

"Takde pun tapi baik kau duduk senyap dan bagi aku fikir"

Lily perhatikan Fang yang begitu ghairah sangat memikirkan tentang sesuatu. Mata dia terkebil-kebil melihat Fang sehingga dia tidak perasan ada sedikit chocolate sos meleleh jatuh di atas baju dia yang berwarna oren itu. Lalu dia makan waffle tersebut sambil perhatikan Fag lagi. Tangan kiri dia mula meraba-raba meja kaunter itu untuk mencari bekas air chocolate dia. Apabila dia sudah mencapai bekas airnya, lalu dia minum air chocolate itu

"HAH!" jerit Fang

Lily tersembur air chocolate dia sehingga Fang terkena percikan itu. Lalu dia tersengih kepada Fang tetapi Fang abaikan sahaja semburan tadi. Fang sudah tersenyum sinis dengan idea kenakalannya

"Hehehee... aku telah membuat keputusan untuk pergi menghendap abang aku sendiri!"

"Hmmm... jangan salahkan sesiapa kalau diri tu kena denda dengan abang sendiri" tegur Tok Aba "Tak baik menghendap orang ni, lepas tu pergi sebarkan khabar baik.. baik siasat betul-betul"

"Jangan risaulah Tok Aba. Saya tidak akan ulangi perkara itu lagi" Fang mengambil waffle terakhir dari pinggan Lily dan lalu dia makan "Aku akan siasat secara mendalam.. heheheee.."

"Waffle ku.." bisik Lily dengan nada kesedihan dia "LANDAK GORENG MAKAN WAFFLE LILY! UWAAAAAA!"

"Wei, kau suruh aku yang bayarkan.." Lily angguk kepalanya kepada Fang "Jadi maknanya, waffle itu adalah sebahagian daripada aku!"

"Cheh.. tak guna punya landak" Berapi-api hati Lily dengan Fang "Takpe.. Lily akan kenakan landak balik.. hehehee.. so, sekarang ni, kita nak pergi menghendap kapten itik hot ke?"

"Betul tu! Operasi menghendap Kapten Kaizo"

"WEI WEI! AKU PUN NAK IKUT SEKALI! JANGANLAH TINGGALKAN AKU DEKAT SINI!"

"Yelah yelah" Fang hilangkan tali bayangnya dan biarkan Gopal jatuh dari situ "Mari kita jalankan operasi kita. Semoga operasi ini berjaya"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang, Gopal dan Lily mengintai sedikit dari sebalik tembok pagar. Mereka berada jauh sedikit dari rumah Fang dan Kaizo. Mereka berasa hairan melihat sebuah lori berada di depan pintu pagar rumah itu. Mereka perhatikan Lahap sedang keluarkan kepala dan kaki katil yang belum siap dipasang lagi dari lori tersebut. Dua ekor kucing iaitu Pikachu dan Shadow sedang sibuk bermain dengan sehelai kain berwarna ungu. Lynna pula sedang mengangkat sebuah kotak keluar dari pintu pagar tersebut. Mereka juga boleh lihat Kaizo sedang berdiri di tepi pintu pagar dengan tangan dia bersilang

"Apa yang abang kau cuba lakukan?" tanya Gopal sambil makan cekodok chocolate dia

"Mana aku tahu" balas Fang

"Hmmm... adakah.. mungkinkah... tapi..."

"Apa yang kau cuba katakan?" tanya Fang sambil perhatikan abang dia keluarkan sesuatu dari lori itu

"Err... hehehee.. takde apalah" Lily tersengih di situ

"Cakap ajelah" marah Fang

"Tapi landak jangan marah tau.." Lily menarik nafas seketika dan lalu berkata sesuatu yang membuatkan Fang marah sedikit "Mengikut teori Lily yang tak berapa nak betul sangat, mungkin teori Gopal adalah betul iaitu kahwin lari dan selepas itu mereka kembali di sini sebagai suami isteri dan mungkin kak Lynna sudah berpindah ke sini dan mungkin katil itu adalah katil baru mereka! Dan mereka telah beli perabut baru untuk kehidupan baru mereka!"

"Wei, tak kanlah dia orang kahwin lari pula.. lepas tu datang ke sini balik"

"Wei Fang, dia orang kahwin senyap-senyaplah tu tapi.. kalau teori Lily tak betul, apa cerita dengan katil baru, langsir baru, cat baru.. apa lagi yang baru"

"Manalah aku tahu" Fang tidak begitu puas hati dengan teori mereka. Dia perlu siasat sebelum terjah abang dia sendiri "Kita perlukan bukti lagi"

"Tanyalah si alien maskot tu" kata Lily sambil tunding jarinya ke arah Lahap yang sedang mengangkat keluar sebuah meja kecil dari lori itu "Tapi macam mana nak tanya alien maskot tanpa diketahui oleh abang Kaizo.. hmmm..."

"Hehehee.. kita umpan dia dengan biskut Yaya" Fang keluarkan sebungkus biskut Yaya dari poket seluarnya

"Dey, yang kau bawa biskut Yaya ke hulur ke hilir ni kenapa?"

"Biskut Yaya ni sangat berguna jika kita dalam kecemasan. Yelah, biskut tak sedap ni memang sesuai sangat untuk pengsankan orang kecuali si Lahap tu. Dia tu peminat makanan yang bertoksik" Fang membuka bungkusan tersebut dan lalu berkata lagi "Korang tunggu dekat sini.. aku cuba nak umpankan si Lahap tu"

"Jangan sampai abang kau nampak sudah tapi elok juga kalau abang kau nampak. Bolehlah aku tengok persembahan landak kena kejar dengan abang dia sendiri.. hehehee" Lily tergelak sinis di situ

Fang mula berikan renungan maut dia kepada Lily. Bayang-bayang gelap dia mula timbul di tubuh badan dia. Ini menandakan bahawa Fang pada ketika itu berasa geram dengan kata-kata Lily tadi. Dia berharap rancangan dia menjadi dan bukannya bertukar menjadi kucar-kacir atau lebih teruk lagi, kena hukuman latihan tempur yang tahap ganas itu. Abang dia selalu katakan hukuman latihan tempur itu adalah untuk menguji kemahiran dia tetapi bagi Fang, abang dia saja nak cari alasan untuk buli dia setiap kali ada peluang keemasan. Lalu dia teringatkan tentang sesuatu. Dia mula ingat kata-kata abang dia bahawa musim pada musim cuti sekolah, abang dia hendak mengajar dia memandu kapal angkasa dan juga motor kapal angkasa. Fang mula kembali bersemangat kerana dia tidak sabar dengan latihan tersebut

"Wei Fang, apasal kau duduk berdiri dekat situ. Pergilah jalankan rancangan kau tu" bisik Gopal

Pada ketika itu, Fang masih lagi berdiri di depan Gopal tetapi pemikiran dia sudah melayang ke tempat lain. Fang terus sedarkan diri dia. Fang mula palingkan mukanya ke arah rumah dia. Mata dia melirik ke arah Lahap yang begitu rajin sekali mengangkat keluar almari baju dari lori tersebut. Almari itu berwarna ungu dan ada sedikit ukiran berbentuk huruf F pada pintu almari itu

"Eh.. almari baru untuk bilik aku ke? Abang aku tukar semua sekali ke?" bisik Fang sambil perhatikan almari ungu itu

"Wuuuu... almari baru untuk landak. Yelah, kehidupan baru untuk abang Kaizo, jadi dia tukarlah segala-galanya tapi kenapa dia tak tukar adik dia jadi baru.. hehehee.. asyik landak aje, tukarlah adik dia jadi adik itik ke.. hehehee" Lily ketawa kecil di situ

Fang malas hendak melayan karenah Lily pada ketika itu. Dia hanya terus menuju ke tengah jalan kawasan perumahan itu. Dia perhatikan Lahap turun dari lori itu dan akhirnya mata Lahap terpandang Fang. Tangan Fang terangkat sedikit demi sedikit untuk menunjukkan sekeping biskut Yaya kepada Lahap. Muka Lahap berubah menjadi gembira apabila biskut kegemaran dia ada tidak jauh dari situ. Lalu Kaizo mula perasan dengan leftenan dia

"Lahap" panggil Kaizo secara serius "Kau jangan nak tinggalkan kerja ni"

"Maaf kapten tapi..."

"Tapi apa?" Kaizo mula keluar dari kawasan halaman rumah dia

Fang mula bergerak untuk sorokkan diri dia. Kaizo pandang ke arah tempat adik dia berdiri tadi. Ternyata tiada siapa berada di situ tetapi Kaizo dapat mengagak adik dia ada di situ sebentar tadi. Dia dari jauh lagi boleh hidu bau chocolate, kerepek pisang dan juga donut lobak merah

"Lahap, teruskan dengan kerja kau. Kita sudah tiada masa lagi" kata Kaizo

"Baik kapten" Lahap masuk ke dalam halaman rumah sambil mengangkat almari baju itu

Selepas itu, Kaizo masuk balik ke dalam perkarangan halaman rumah dia. Fang terpaksa batalkan rancangan tersebut. Jika dia tetap mahu teruskan lagi, dia akan tahu bahawa pengakhiran dia adalah hukuman latihan tempur. Niat di hati dia juga, dia terpaksa lupakan. Lalu Fang berjalan ke arah bandar Pulau Rintis. Gopal dan Lily pandang satu sama lain dan terus mengikut Fang. Mereka tidak tahu apa yang Fang fikirkan pada ketika itu. Mereka hanya ikut sahaja

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gopal dan Lily melihat Fang makan ice cream vanilla dia dengan begitu lahap sekali. Fang tidak berkata apa kepada mereka sepanjang perjalanan mereka ke kedai ice cream itu. Dia hanya diamkan diri sambil fikirkan tentang abang dia dan juga Lynna. Dia terpaksa terima kenyataan bahawa abang dia sudah berkahwin tapi betul ke mereka sudah berkahwin?

"Betul ke?" bisik Fang "Atau ini semuanya adalah untuk kenakan aku?"

"Wei, kau ni ok ke tak?"

"Aku oklah" balas Fang kepada Gopal "Tapi aku tak pasti apa yang berlaku sekarang ni. Apa kes dengan barang-barang baru tu. Apasal abang aku suruh si Lahap buat kerja seorang diri, yang dia pula.. berdiri dekat situ aje. Sabar ajelah"

"Alahai si landak ni, tak kan landak tak tahu.. abang Kaizo tu kan kapten yang suka mengarah orang sahaja"

"Betul juga" Fang mengusap dagu dia "Tapi tak kan sampai dia suruh kak Lynna buat kerja sekali! Suami apa macam tu.. tak guna punya abang!" Dia terus sambung makan ice creamnya dengan begitu ganas sekali. Hati dia tidak begitu berpuas hati dengan sikap abangnya yang suka mengarah orang sahaja

"Sabar ajelah wahai landak yang garang. Apa kata landak berikan hadiah kepada dia orang berdua"

"Hadiah?" Fang mula fikirkan tentang hadiah yang sesuai untuk mereka berdua "Aku nak bagi hadiah apa?"

"Dey, kau bagi ajelah hadiah periuk ke, cerek ke, kuali ke.. tak pun bagi beras. Sesuailah untuk kak Lynna. Boleh dia masak untuk abang kau"

"Wei Gopal, kau ingat rumah aku takde periuk, cerek dan kuali ke?"

"WUUUUU! LILY TAHU!"

"Apa yang kau tahu?" Fang ragu-ragu dengan cadangan dari Lily tetapi dia ingin mendengar cadangan itu terlebih dahulu "Kau jangan nak suruh aku berikan kepada mereka barang yang pelik-pelik ok"

"Err... bukanlah landak. Lily cadangkan landak belikan sebuah kereta untuk abang Kaizo. Bolehlah dia orang pergi jalan-jalan lepas ni" Mata Lily terus bersinar-sinar kerana dia sudah terbayangkan diri dia di dalam sebuah kereta yang hanya mempunyai dua tempat duduk sahaja. Di sebelah dia pula adalah Boboiboy. Dia begitu teruja sekali melihat Boboiboy memandu kereta tersebut. Kereta itu berwarna merah dan tidak mempunyai bumbung "Bestnya.."

"Mulalah dia ni"

"Biarkan ajelah dia" kata Gopal

"Wei, aku mana ada duit nak beli kereta untuk dia orang" Fang tolak kepala Lily sedikit dengan menggunakan jari telunjuknya "Fikirkanlah benda lain"

"Hmm.. bagi bunga" Lalu Lily pergi ambil ice cream vanilla kepunyaan Fang. Dia terus makan ice cream tersebut tanpa minta kebenaran dulu "Bungakan best.. tapi yang tak bestnya, nanti bunga itu akan layu. Bunga yang BBB-CHAN bagi dekat Lily tahun lepas pun dah layu.. oh tidakkk!"

"Sesuka hati kau aje makan ice cream aku" bisik Fang. Lalu dia tenangkan diri supaya tidak mengamuk

Sudahlah dia mahu pergi ke kedai donut untuk menikmati donut lobak merahnya tetapi pada hari ini, donut kegemaran dia tidak dijual pada hari ini. Hati Fang hancur selepas dia dapat tahu tentang berita sedih itu. Dia terpaksa pergi ke kedai ice cream. Alangkah indahnya jikalau ada ice cream berperisa donut lobak merah. Sudah tentu hati Fang akan meloncat gembira. Lalu dia bersambung kata lagi

"Tapi.. ok juga bagi bunga tu. Hehehe.. untuk menunjukkan aku setuju dan gembira dengan perkahwinan mereka berdua!" Fang mengetuk meja kedai itu begitu kuat sekali sambil bangunkan diri dia dari kerusinya "Aku akan dapatkan sejambak bunga mawar untuk mereka!"

"Wuuu.. bagus bagus" kata Lily sambil bertepuk tangan

"Tapikan..." Fang kembali duduk di atas kerusinya "Aku pernah nampak satu bunga ni dekat planet lain"

"Bunga apa?" tanya Gopal "Bunga yang boleh makan orang ke?" Menggigil Gopal kerana terbayangkan diri dia di dalam sebuah bunga gergasi

"Bukan bunga makan oranglah. Bunga yang aku maksudkan adalah sekuntum bunga yang akan kekal selama-lamanya. Bunga itu tidak akan layu cuma.. kalau kita petik kelopak dia sehingga habis, bunga itu akan mati"

"Wuuu.. Lily nak bunga tu boleh?" tanya Lily dengan penuh harapan

"Tak boleh! Lagipun nak cari bunga tu bukannya senang. Aku jumpa bunga itu pun sebab nasib tapi kalau nak pergi cari... tak kan aku nak pinjam kapal angkasa abang aku. Lagipun aku belum belajar lagi bawa kapal angkasa abang aku tu.. hmm.. beli bunga biasa-biasa ajelah" Fang baringkan kepala dia di atas meja "Aku harap abang dan kakak aku akan suka dengan hadiah aku yang tidak seberapa tu"

"Janganlah risaulah landak. Abang kau akan sentiasa menghargai hadiah daripada adik dia yang serba tak betul ni. Sebagai kawan kepada kawan Boboiboy, Lily akan berada di belakang landak untuk berikan sokong. Katak pili sentiasa bersama dengan landak"

"Mengaku pulak kau tu katak pili" kata Fang sambil angkat kening sebelah

"Hehehee... yelah, Lily nak hiburkan hati landak yang tengah sedih, runsing, pelik, marah dan bermacam-macam lagi" kata Lily

"Apa-apa ajelah" balas Fang "Cepat habiskan ice cream tu, aku nak pergi beli bunga dan kalau boleh, aku nak beli ice cream sekali untuk abang dan kakak aku. Green tea untuk abang aku dan chocolate chip cookies untuk kakak aku"

"Jangan lupa chocolate ice cream untuk aku" Gopal tersenyum lebar dengan hatinya penuh harapan agar Fang akan belanja dia makan ice cream

"Ingat comellah tu tapi disebabkan mood aku tengah baik sedikit.. aku akan belanja kau tapi lepas ni, jangan haraplah"

"TERIMA KASIH KAWAN KU SI ALIEN" Gopal terus memeluk kepala Fang. Hati dia sangat terharu sehingga air mata dia mengalir keluar sedikit "Aku tak kan lupakan jasa mu ini"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo sudah pun menghubungi adiknya untuk balik ke rumah dengan segera. Dia tidak sabar untuk berikan kejutan kepada adiknya. Dia tahu adiknya mengintai ketika mereka sedang jalankan kerja. Dia tidak tahu apa yang adik dia sedang fikirkan pada ketika itu dan dia bersyukur kerana adiknya tidak datang untuk mengetahui apa yang dia sedang lakukan. Semuanya berjalan dengan lancar. Dia gembira dengan bantuan dari Lahap dan juga Lynna untuk siapkan kejutan itu

"Mana si budak Pang ni" kata Kaizo sambil mencekak pinggang. Mata dia asyik memandang luar tingkap rumah sahaja "Aku sekeh juga budak tu kalau dia lewat"

"Kaizo, cubalah bersabar. Kejap lagi dia sampailah tu. Aku tahu kau tak sabar nak tunjukkan kejutan kau kepada dia tapi kau harus bersabar" tegur Lynna

"Yea, memang aku tidak sabar tapi apa-apa pun, terima kasih kerana membantu aku untuk jayakan misi ini"

"Errr... ini misi ke?" Lahap garu-garu kepala dia sambil melihat kaptennya yang berwajah serius itu

"Misi kejutan untuk si Pang" balas Kaizo

"Aku harap dia akan suka dengan kejutan ini" Lynna hulurkan secawan teh hijau kepada Kaizo "Minum dulu, bagi hati kau tu tenang"

"Errmm... terima kasih" Kaizo mengambil cawan itu dari tangan Lynna "Aku buat kejutan ni sebab dia selalu merungut dekat aku. Aku tahu aku suka buli dia tapi itu tidak bermaknanya aku tidak sayangkan dia. Aku sayangkan dia. Mungkin cara aku agak kejam ataupun ganas tapi itu adalah sikap aku. Diri aku bukan seperti dulu. Aku bukan seperti Kaizo yang dulu, aku berubah kerana aku ingin melindungi adik aku.."

"Dan juga galaxy" tambah Lahap

"Yea.. dan juga galaxy. Aku tidak mahu musuh aku pandang aku secara rendah. Aku mahu mereka gerun dengan aku"

"Aku rasa dia orang bukan rasa gerun tapi menjadi semakin berani untuk jatuhkan kau" kata Lynna "Tapi kau.. kau tidak pernah mengalah. Kau akan tetap bangkit walaupun sudah beberapa kali di jatuhkan oleh mereka. Semangat kau tidak dapat dipatah oleh musuh kau sendiri kecuali diri kau. Kalau kau mengalah, ertinya kau sudah kalah dan tidak yakin dengan diri kau tetapi aku yakin, kau bukan begitu"

"Yea, aku bukan begitu" Kaizo menghirup air teh hijaunya "Kau pun jangan mudah mengalah"

"Tak, aku tak kan mengalah" balas Lynna dengan senyuman kecil dia

"Aku pun tidak akan mengalah dan aku akan sentiasa berada di sisi kapten aku" kata Lahap dengan bangganya "Aku akan berusaha untuk membantu kapten aku"

"Bagus Lahap, teruskan dengan usaha kau" Lahap berikan tabik hormat kepada kapten dia "Hmmm... lama lagi ke budak ni nak sampai"

"Kejap lagi dia sampailah tu" Lynna masuk ke dalam dapur sekejap untuk mengambil sesuatu

Kaizo kembali melihat di luar tingkap. Dia letakkan cawan teh hijaunya di atas meja ruang tamu dan selepas itu dia terus ke pintu rumahnya. Adik dia sudah pulang dengan dua kawan baik dia iaitu Gopal dan Lily. Di tangan adiknya ada sejambak bunga mawar merah dan satu plastik makanan. Kaizo membuka pintu rumahnya untuk adik dia masuk ke dalam rumah tetapi adik dia tercengang melihat sebuah rumah pondok di atas pokok yang ada di halaman rumah dia. Pondok itu kelihatan kecil dan ianya hanya sesuatu untuk 3 atau 2 orang sahaja untuk duduk di dalam pondok tersebut

"Eh, dari mana tree house tu datang?" tanya Fang

"Wuuuu... landak ada tree house lah! Bolehlah landak main masak-masak nanti.. hehehee"

"Boleh aku tumpang tidur dekat pondok tu" kata Gopal sambil tersenyum lebar

"Entah-entah... ITU ADALAH PONDOK UNTUK ANAK MASA DEPAN ABANG AKU? MASA HADAPAN AKU SEMAKIN CERAH!" Mata Fang sudah bersinar-sinar melihat pondok rumah itu

"BILA MASA AKU DAH KAHWIN? DAN APASAL KAU BELI BUNGA NI?" Fang terkejut dengan suara garang abangnya yang muncul secara tiba-tiba

"Errr... bunga ni untuk abang dan kak Lynna lah. TAHNIAH ABANG!"

"Tahniah?" Kaizo mengangkat kening sebelah

"Yelah, abangkan dah kahwin dengan kak Lynna. Jadi adik bagi bungalah dan juga ice cream untuk korang berdua" Fang tersengih di situ sambil hulurkan sejambak dan juga satu plastik makanan "Nah abang, hadiah dari adik"

"APA YANG KAU MEREPEK NI? ABANG BELUM KAHWIN LAGILAH!"

"Belum? ABANG BELUM KAHWIN LAGI? YEAHHHH!" Fang menangis sedikit "Abang ku belum kahwin lagi.. YAHOOOO!"

"Aik, apasal si Fang tu gembira?" tanya Gopal dengan perasaan pelik "Bukan dia lagi suka ke kalau abang dia kahwin? Dah tak betul si Fang ni"

"WEI! AKU BETULLAH!" Fang boleh dengar percakapan Gopal tadi "Aku gembira kerana aku boleh menjadi salah satu saksi untuk menyaksikan perkahwinan dia orang nanti! Takdelah dia orang kahwin lari.. hehehee"

"Tak habis-habis dengan merepek kau ni. Banyak sangat makan kerepek pisang dari si pelik tu!"

"Mana ada! Kerepek pisang si pelik tu ranggup dan sedap! Tapi mana ada buat adik merepek" Kaizo ketuk kepala adiknya "ABANG!"

"Abang ketuk kepala kau sebab abang nak kepala kau tu betul, bukannya tak betul dengan benda-benda merapu dari kau!"

"Atau sebenarnya abang saja nak cari alasan untuk kepala adik. Ingat kepala adik ni batu ke"

"Kepala kau memang batu pun! SEBAB TU KAU KERAS KEPALA!"

"BILA MASA ADIK KERAS KEPALA! ABANG YANG KERAS KEPALA!"

"Ah sudah, dia orang mula bergaduh balik" bisik Gopal

"Tahu takpe.. kerepek pisang?" Lily hulurkan sebungkus kerepek pisang kepada Gopal "Tapi seronok juga tengok drama adik beradik alien ni bergaduh. Hehehee..."

"SUDAH! BERHENTI BERGADUH!" Lynna muncul di muka pintu dengan muka garangnya "Tak habis-habis nak bergaduh korang berdua ni. Kaizo pun satu, suka sangat nak cari pasal dengan adik kau. Cubalah cakap baik-baik dengan dia. Bila adik kau sakit, baru kau ok. Bila adik kau segar dan cergas, mulalah korang berdua"

"Maaf kak Lynna.. kita orang memang selalu macam ni tapi kak Lynna jangan risau, kita orang selalu sayang menyayangi satu sama lain. Adik tetap sayangkan abang walaupun selalu kena buli, kena hukuman dari abang, kena buat semua benda yang dia suruh dan bermacam-macam lagilah" Fang berjalan sedikit demi sedikit ke arah Lynna. Lalu dia hulurkan sejambak bunga mawar merah dan juga satu plastik makanan yang di dalamnya mempunyai dua bekas ice cream

"Apa ni?" tanya Lynna. Tangan dia mengambil dua barang itu secara ikhlas

"Hadiah untuk abang dan kak Lynna tapi..." Kepala Fang tertunduk sedikit kerana dia rasa malu apa yang dia hendak katakan nanti "Tapi... adik sebenarnya... ingatkan... kak Lynna dan abang sudah kahwin secara senyap-senyap tapi ini semua salah si Gopal dan si pelik kerepek pisang tu!"

"Hmm... Fang ada beritahu orang lain ke?" tanya Lynna lagi

"Takde.. sebab adik tak nak ulangkan perkara yang dulu tu lagi. Adik tahu adik buat salah.. sebab tu tadi adik nak siasat betul ke tak tapi... hehehee" Fang garu-garu kepala dia sambil tersengih malu "Tapi kalau bukan apa yang adik sangkakan.. apa korang buat tadi? Yelah, ada almari baru, katil baru... siap ada rumah pondok lagi"

"Mengikut tekaan Lily yang 5% betul.." Muncul Lily di sebelah Fang dengan kerepek pisang dia. Sambil dia bercakap, sambil itu dia kunyah kerepek pisang. Sisa-sisa kerepek itu tersembur keluar dari mulut Lily dan terkena muka Fang "Lily dapat mengeka bahawa barang-barang perabut baru itu adalah untuk rumah pondok itu dan abang Kaizo menghalau adiknya keluar dari rumah dan duduk di rumah pondok"

"Woi, buat apa abang aku nak halau aku pulak" marah Fang

"Hehehe.. manalah tahu abang kau nak suruh kau berdikari ke" Gopal mencelah perbualan mereka "Tapi mesti seronokkan duduk dekat rumah pondok tu"

"Kalau aku katakan betul macam mana?" tanya Kaizo dengan nada serius dia. Riak wajah dia memang nampak serius sehingga membuatkan Fang menelan ludah

"Be-betul ke abang?" Tergetar-getar suara Fang

"Tak" balas Kaizo "Mari ikut aku" Dia masuk ke dalam rumahnya

Fang dan yang lain-lain ikut Kaizo naik ke atas dan terus menuju ke bilik Fang. Kaizo berhenti di depan bilik adiknya dan lalu dia pusing kebelakang untuk katakan sesuatu kepada adiknya

"Pang, apa yang abang ni adalah kerana abang sudah bosan mendengar kau merungut sebab bilik kau warna pink dan penuh dengan perabut Hello Kitty. Jadi aku telah buatkan sesuatu yang istimewa untuk kau. Abang bukan buat benda ini seorang sahaja, Lahap dan Lynna juga menolong aku untuk jayakan misi kejutan ini. Jadi... aku harap kau suka dengan kejutan ini" Kaizo membuka pintu bilik adiknya

Fang melangkah masuk ke dalam bilik dia. Dia terkejut melihat perubahan biliknya, lain daripada yang sebelum ini. Tiada lagi perabut Hello Kitty, tiada lagi cat dinding berwarna merah jambu dan semuanya berlainan. Katil dia berwarna ungu dan ada ukiran huruf F di tengah kepala katil tersebut. Almari yang dia nampak tadi ada di dalam bilik itu juga. Dinding bilik dia kini sudah berwarna ungu dan ada hiasan bintang-bintang dan juga planet-planet yang ada di angkasa pada dinding bilik itu. Dia rasa diri dia berada di angkasa. Lampu meja dia berbentuk sebuah planet berwarna ungu dan rak-rak buku dia turut di tukar baru. Ada sebuah potrait gambar semasa Fang dan Kaizo masih kecil lagi. Fang didukung oleh ibu dia dan Kaizo berdiri di sebelah ayahnya. Gambar itu di gantung pada dinding bilik tersebut. Sebelah gambar itu adalah sebuah lagi gambar Fang bersama rakan-rakan dia di dunia fantasi. Muka abang dia kelihatan ceria sedikit pada ketika itu. Fang rasa sangat terharu dengan kejutan itu. Air mata dia mengalir sedikit kerana dia tidak sangka abang dia buat kejutan yang begitu indah sekali

"Sungguh... mengasyikkan" bisik Gopal sambil mengesat air matanya

"Hehehee.. boleh upload dekat instagram ni" kata Lily sambil muat turun gambar Gopal yang dia tangkap tadi "Lepas ni Gopal akan menjadi perbualan ramai!"

"DEY! APA KAU BUAT NI!"

"Lily letak gambar Gopal dekat instagram aje" Lily tunjuk skrin phone dia kepada Gopal. Gambar wajah Gopal kelihatan sedih tetapi sebenarnya terharu "Tengok, Bella dah post satu komen.. dia cakap Gopal nampak basi.. heheheee"

"Cheh, tak guna punya kawan" bisik Gopal

"Terima kasih abang" Fang peluk abangnya sambil menangis sedikit "Adik tak sangka abang buat ini semua untuk adik tapi..." Dia lepaskan abangnya dan lalu berkata lagi "Tree house dekat luar tu, untuk siapa?"

"Untuk kau dan Rizulah.. takdelah korang buat bising dekat dalam rumah. Lepas ni, korang berdua boleh main dekat dalam pondok tu. Kalau si itik tu ada, main dekat situ sahaja"

"Ohhh.. jadi abang tak nak sesiapa menganggu ketenangan abang di dalam rumahlah ni" kata Fang sambil angguk kepala dia sebagai tanda faham "Hehehee.. terima kasih abang!"

"Oh yea.. PELIK!" Lily dengan serta merta muncul di sebelah Kaizo "Nah, aku ada jumpa surat untuk kau dari Ratu Lily"

"ERK!" Fang tidak sangka abang dia boleh jumpa surat itu tetapi pada masa yang sama, hati dia sudah mula berapi-api kerana dia tahu abang dia selongkar barang-barang peribadi dia

"Surat dari Ratu Lily? RATU LILY HANTAR SURAT DEKAT LILY?!" Lily mengambil surat itu dari tangan Kaizo "Mana abang Kaizo dapat surat ni? Bukan dia sudah lama tiada ke"

"Aku jumpa dekat dalam laci berkunci si Pang ni" jawab Kaizo

"LANDAK TAK BAGI SURAT NI DEKAT LILY?! SAMPAI HATI LANDAK BUAT MACAM TU DEKAT LILY... UWAAAAAAA! JANGAN RISAU KAWAN KU MUSUH KU, LILY AKAN BACA SURAT NI DAN AKAN JAGA DENGAN BAIK SURAT NI" Lily sempat lagi lap air matanya dan juga hingusnya di jaket biru Kaizo

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Dia cuba tidak mengamuk pada ketika itu kerana dia ingin menikmati saat-saat itu dengan penuh ketenangan. Lynna dan Lahap tersenyum melihat Fang melihat bilik baru dia

"Terima kasih abang, adik sangat suka" bisik Fang sambil melihat sekeping gambar dia dan abangnya ketika mereka bercuti di Kuala Lumpur

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top