Last Chapter

Kelihatan lima orang remaja sedang duduk di dalam sebuah kedai sambil menikmati ice cream masing-masing. Kelima para sahabat itu ingin menyegarkan badan masing-masing kerana cuaca yang panas terik pada hari itu. Gopal memesan sebuah ice cream sundae yang besar, manakala kawan-kawan dia yang lain, hanya satu scoop sahaja ice cream mereka

"Wei Gopal, boleh ke kau habiskan ice cream kau tu?"

"Mestilah boleh" jawab Gopal kepada Fang

"Biarkanlah dia, asalkan kawan kita ni bahagia"

"Aku memang bahagia pun Boboiboy!" Gopal menyuap dirinya sedang sesudu ice cream "SEDAPNYA!"

"Lepas ni kita nak pergi ke mana pula?"

"Entahlah Boboiboy" kata Fang sambil bermain dengan sudu ice creamnya "Aku mana ada rancangan apa-apa hari ni. Abang aku pun tak ajak kita orang ke kapal angkasa dia tu"

"Dia ajak kak Lynna?" soal Ying

"Tak" balas Fang "Dia cakap, hari ni kak Lynna sibuk" Tiba-tiba mata dia terpandang seseorang sedang berlari laju menuju ke arah kedai ice cream itu "Wei Boboiboy, nampaknya bakal buah hati kau datang ke sini"

"ERK!"

Boboiboy dengan pantasnya, dia lari keluar dari pintu belakang kedai itu. Beberapa minit kemudian, Lily sudah pun munculkan diri di dalam kedai itu sambil menjerit nama Boboiboy

"BBB-CHAN! LILY SUDAH KEMBALI!" Lily melihat Boboiboy tiada bersama mereka "MA-MANA BBB-CHAN?"

"Dia dah lari" kata Fang

"ALA! Kenapa dia lari" Lily terus duduk di sebelah Yaya dengan muka sedih "Baru nak ajak BBB-CHAN jadi boyfriend Lily.. hehehe.. ala, macam landak dan Bella hari tu. Berlakon macam loving-loving couple" Lalu dia melihat wajah Fang "MIAHAHAHAHAHA! Landak jadi loving boyfriend? Miahahahahaha! Tak masuk akal betul"

"Hahaha... itu lakonan sahaja ok"

"Baiklah landak" Lily terus berikan tabik hormat kepada Fang "Hmm.. patut ke Lily pergi cari BBB-CHAN atau habiskan ice cream dia yang super duper sedap ni?"

"Bagi akulah kan" Fang mula tersenyum sinis "Baik kau pergi cari BBB-CHAN kau tu. Lepas dah jumpa tu, jangan bagi dia lari"

"WUUUU! Idea yang bagus tu!" Mata Lily terus bersinar-sinar "Tapi sebelum tu.. ABANG ICE CREAM, BAGI SAYA ICE CREAM SUNDAE SATU!"

Fang tepuk dahinya sendiri. Yaya dan Ying hanya mampu gelengkan kepala sahaja dan Gopal pula, dia bagi thumbs-up kepada Lily sebagai tanda bagus. Abang penjaga kedai dan juga penjual ice cream itu, angguk sahaja kepala dan terus sediakan ice cream yang dipesan oleh Lily tadi. Boboiboy mengintai sedikit dari luar tingkap kedai, ternyata Lily masih ada di situ tetapi sang gadis itu tidak perasan dengan kehadirannya. Dia terlalu sibuk bergurau senda dengan kawan-kawannya

"Wei Lily, macam mana kau tahu Boboiboy ada dekat sini?"

"Sebab Pizu-chan beritahu my BBB-CHAN ada dekat sini" Lily terus tersenyum lebar "Landak nak marah dia ke?"

"Tak" balas Fang

"Landak jangan marah dia. Kalau tidak nanti Pizu-chan akan merajuk 10 hari 10 malam"

"Hehehe.. rasanya Rizu tak kan merajuk 10 hari 10 malam" tergelak Yaya

"Tahu takpe, Yaya" Fang mula bermuka masam "Wei Lily, bukan ke kau sepatutnya ada dengan Faye dan Bella?"

"Memang Lily ada dengan dia orang tadi" Pekerja kedai itu hidangkan ice cream sundae di hadapan Lily "WEEEE! TERIMA KASIH ABANG ICE CREAM!" Pekerja itu tersenyum sahaja dan lalu Lily sambung bercerita "Tadi Lily terserempak dengan Pizu-chan dekat taman permainan. Dia dengan kawan-kawan sekolah dia. Lepas tu dia beritahu yang BBB-CHAN ada dekat sini! Tapi.. tapi BBB-CHAN LARI PULA!"

"Agaknya, si Lily tahu ke tak yang Boboiboy suka larikan diri bila dia datang" bisik Fang kepada Yaya dan Ying

"Entahlah" jawab Yaya "Tapi kalau dia tahu pun, apasal Lily tak nampak sedih"

"Aiyaa.. dia kan pelik. Boboiboy lari ke, reject ke, tak layan ke, si Lily tetap happy sahaja maa"

"Betul betul!" kata Lily sambil angguk kepala "Lily setuju sahaja! Hehehe" lalu dia bersambung lagi "Lily tak kisah pun kalau BBB-CHAN nak larikan diri daripada Lily kerana ianya membuatkan hati Lily menjadi lebih semangat!"

Yaya dan Ying tergelak melihat ragam Lily yang melucukan itu. Gopal tidak dengar perbualan mereka kerana dia terlalu sibuk menghabiskan ice creamnya

"Hmm... baguslah tu" kata Fang "Teruskan sahaja dengan kegilaan kau terhadap Boboiboy. Jangan menyerah kalah"

"Baik landak! Lily tidak akan berputus asa!" Lily terus suapkan diri dia dengan sesudu ice cream dan lalu berkata lagi dengan penuh hati yang berkobar-kobar "Lily akan berjuang dan tidak akan sesekali lemah semangat! Sejauh mana BBB-CHAN lari, Lily akan pastikan tunggu di penghujung untuk bersama BBB-CHAN sebagai kawan ataupun..." Lalu dia tersenyum malu "Sebagai buah hati BBB-CHAN!"

Naik loya tekak Fang pada ketika itu

"Hmm... fikirkan balik. Kita semua ni masih sekolah lagi, masih muda lagi tapi kenapa nak fikirkan sampai nak ada pasangan masing-masing"

"Betul kata Yaya tu" Ying angguk kepalanya "Kita masih muda lagi dan banyak benda kita kena belajar maaa.. bukan setakat lu suka orang tu atau kita suka orang tu sahaja. Aku mahu mengembara bersama sahabat-sahabat baik aku"

"Samalah dengan aku, Ying" kata Yaya

"Cakap pasal mengembara ni, rindu pula nak pergi mengembara" Muka Fang berubah menjadi sedih sedikit "Rasa macam tiada sesuatu yang menarik berlaku"

"Kau ni, macam doakan sesuatu yang buruk akan berlaku aje" marah Yaya

"Wei! Mana adalah!" marah Fang balik kepada Yaya "Aku cuma nak pengembaraan yang seronok dan tidak memberikan tekanan kepada kita semua. Macam mengembara dekat dunia kak Lynna tu... dunia fantasi dia tulah"

"Aku pun rindu juga dengan pengembaraan yang mengembirakan tu" balas Yaya "Tapi... kak Lynna tak kisah ke kalau kita nak pergi ke sana lagi?"

"Lily pasti.. KAK LYNNA PASTI AKAN TERUJA!"

"Aik, apasal teruja pula?"

"Errr... entahlah" Lily tersengih kepada Lily "Kalau pergi ke planet lain pun best juga.. hehehe"

"Boleh dapat merasai makanan lain daripada yang lain" Gopal tiba-tiba bersuara selepas sahaja dia selesai habiskan kesemua ice creamnya "Wei Fang, dekat planet lain ada tak makanan yang sedap sedap macam burger angkasa hari tu?"

"Mestilah ada" kata Fang "Tapi korang nak ke makan? Semua makanan dekat planet lain tu, semuanya nampak pelik tapi sedap"

Yaya dan Ying terus tersengih. Gopal masih terbayangkan lagi burger angkasa yang dia pernah rasai pada ketika dahulu. Kelembutan daging tersebut membuatkan ianya cair di dalam tekaknya dan sebaik sahaja burger itu diberikan satu gigitan, keju-keju dan sos-sosnya meleleh keluar. Air liur Gopal pula meleleh di tepi bibir mulutnya

"Kau kenapa Gopal?" tanya Yaya

"Teringat burger angkasa" balas Gopal sambil berangan dia sedang makan burger tersebut "Bilalah aku dapat makan lagi burger tu"

"Hmm.. apa-apa ajelah kau" Mata Fang terpandang jam kuasanya sedang berkelip-kelip. Lalu dia membuka skrin kecil jam itu. Wajah cemas Boboiboy muncul di dalam skrin itu

"FANG!"

"BBB-CHAN!" Mangkuk ice cream itu hampir tertumpah kerana Lily teruja melihat Boboiboy

"Kenapa Boboiboy? Ada kecemasan ke?" Tiba-tiba Fang ditolak oleh Lily "WOI!"

"BBB-CHAN! BBB-CHAN dekat mana?"

"Lily, beritahu Fang yang abang dia dalam bahaya sekarang ni" Percakapan Boboiboy agak laju pada ketika itu "ALAMAK! Aku kena pergi dulu... CEPAT DATANG FANG! BOBOIBOY GEMPA!" Skrin kecil itu terus hilang dari jam kuasa Fang

Fang terus bergegas keluar dari kedai itu tanpa berkata apa. Boboiboy sempat hantar koordinat dimana dia berada sekarang ini

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"BELAHAN PEDANG TENAGA!"

Sang gadis berbaju hitam, rambut diikat secara tinggi, riak wajah seperti orang sombong dan pergerakan dia yang pantas, dapat mengelakkan diri daripada serangan Kaizo tadi. Sebaik sahaja Kaizo membuat percubaan yang kali kedua, gadis itu melompat dan berputar di udara sambil mengeluarkan tenaga elektrik untuk hancurkan serangan Kaizo tadi

"ARGHH!" Kaizo terjatuh apabila serangan dia terkena tenaga elektrik tadi

"Abang Kaizo!"

"Jangan bantu aku!" jerit Kaizo "TUMPUKAN PERHATIAN KAU UNTUK MUSNAHKAN MUSUH KAU!"

"Aku musuh kau berdua?" Gadis tersenyum sinis sambil terapung di udara "Tapi Lynna dan kawan-kawan dia adalah musuh aku, bermaknanya korang juga musuh aku!"

"Kenapa kau serang kami?" soal Kaizo sambil bangunkan dirinya

"Kerana aku ada sebabnya" Gadis itu mula berkata lagi

"BERITAHU KAMI! APA RANCANGAN KAU SEBENARNYA?" Boboiboy genggamkan kedua tangannya dengan perasaan geram

"Buat apa aku beritahu" Gadis itu bersilang tangan sambil perhatikan wajah Boboiboy "Apa kata kau tunggu dan lihat sahaja rancangan aku sebentar nanti"

"BERITAHU AKU APA RANCANGAN KAU SEBENARNYA?"

Gadis itu masih lagi tersenyum sinis kepada Boboiboy. Lalu dia tergelak bersendirian seperti orang yang sombong dan angkuh dengan kekuatan pada dirinya. Boboiboy tidak dapat menahakan diri dia lagi. Lalu dia berubah menjadi Boboiboy Halilitar akibat terlampau marah sangat

"JAGA KAU!" Halilintar melompat ke atas sepantas kilat "PEDANG HALILINTAR! TETAKAN HALILINTAR!"

"SERAPAN KUASA HALILINTAR!"

Kesemua kuasa Halilintar di serap oleh sang gadis itu. Semakin lama dia menyerap kuasa itu, semakin kuat gadis itu. Dia mengumpul lebih banyak lagi kuasa petir itu. Halilintar melayang jatuh ke atas jalan raya. Dia mula berubah menjadi Boboiboy biasa. Badan dia mula rasa lemah. Dia seperti orang tiada tenaga untuk melawan balik

"Kau sudah kalah!" Gadis itu melempar kuasa Halilintar ke arah Boboiboy "RASAKAN KEHEBATAN KUASA KAU SENDIRI!"

"SHIELD!"

Boboiboy bersyukur pada ketika itu kerana Lynna sudah muncul dengan kuasa pelindungnya. Letupan besar berlaku di luar dinding pelindung itu. Gadis itu tersenyum sinis kerana orang yang dikehendaki sudah pun muncul. Kaizo berlari ke arah lega melihat kemunculan Lynna tetapi pada masa yang sama, perasaan risau mula timbul di hatinya

"Lynna!" sahut Kaizo

Lynna tidak menoleh kebelakang. Mata dia hanya tertumpu dengan musuhnya

"KENAPA KAU DATANG KE SINI?" Soal Lynna kepada gadis yang bernama Poizen

"Aku ke sini kerana aku ingin melihat rancangan terhebat aku makbul di sini" kata Poizen dengan nada sinisnya "Watak utama rancangan aku sudah pun tiba. Baik aku mulakan rancangan ini!"

"Rancangan?" Lynna menoleh kebelakang dan melihat wajah Kaizo. Muka dia berubah menjadi pucat. Lalu dia berlari ke arah Kaizo "KAIZO!"

"ABANG!"

Fang baru tiba di situ. Dia melihat Poizen sudah mula keluarkan bebola elektriknya di tapak tangannya. Dia memusing-musingkan bebola elektrik itu sebelum dia menyerang

"PANG! JANGAN DATANG DEKAT!"

Fang tidak berhenti berlari. Dia tetap keras kepala kerana itu adalah satu-satunya abang dia. Poizen melirik ke arah Fang sambil tersenyum sinis. Kaizo kelihatan cemas apabila Poizen mula hendak melempar bebola elektriknya ke arah Fang. Dia perlu bertindak dulu sebelum adik dia menjadi mangsa

"PEDANG TENAGA MAKSIMA!"

"BEBOLA ELEKTRIK BERTUBI-TUBI!"

Poizen tidak menyerang Fang tetapi dia terus menyerang serangan Kaizo tadi. Bebola elektrik itu lebih besar daripada yang biasa. Ianya mampu memusnahkan serangan Kaizo. Lynna mempertahankan diri dia dan juga Kaizo dengan kuasa pelindung dinding tetapi ianya tidak dapat bertahan lama. Dinding pelindung Lynna musnah, mengakibatkan Lynna rebah di atas jalan

"BERANI KAU!" Fang tidak tahan melihat abang dia dan juga Lynna di seksa begitu. Lalu dia berikan serangan terhebat "TUSUKAN JARI BAYANG!"

Malangnya, Poizen dapat mengelakkan diri daripada serangan Fang tadi. Dia tidak memberikan serangan balas kepada Fang kerana dia mahu tumpukan perhatian kepada Kaizo dan Lynna

"Lynna.. bangun" Kaizo menolak-nolak bahu Lynna agar dia terjaga "Bangun.. kita tidak boleh kalah"

"Kak Lynna bangun" kata Boboiboy "Kuasa Boboiboy pun dia pergi serap"

"BEBOLA ELEKTRIK BERTUBI-TUBI!"

"PELINDUNG BAYANG!" Fang menahan pelindung bayangnya. Lalu dia menoleh kebelakang sedikit "ABANG! Bawa kak Lynna dan Boboiboy lari dari sini"

"PANG! APA YANG KAU CUBA LAKUKAN!" Kaizo tidak mahu tinggalkan adik dia seorang diri. Lalu dia berkata sesuatu kepada Boboiboy "Kau bawa Lynna jauh dari sini!"

"Baik abang Kaizo!" Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Gempa "GOLUM TANAH!" Seekor raksasa golum muncul di situ

Gempa menyuruh golum itu mengangkat Lynna, agar mereka dapat larikan diri jauh dari tempat itu. Kaizo mula menolong adiknya. Dia akan pastikan Poizen tidak dapat apa yang dia mahukan. Poizen terkejut melihat golum tanah muncul keluar dari pelindung bayang itu. Di tapak tangan golum tersebut, ada seorang gadis sedang terbaring di atasnya. Poizen mula rasa geram. Lalu dia menyerang golum tersebut

"TALI LIBASAN ELEKTRIK!"

"TALI BAYANG!"

"SIAPA YANG BERANI MENGHALANG AKU?" Poizen menyalurkan kuasa elektrik itu terus ke tali bayang Fang "RASAKAN!"

"ARGHHHHHHH!"

Fang menjerit kesakitan. Kaizo begitu marah dengan tindakan Poizen. Lalu dia melompat dan terus berikan satu libasan kepada sang gadis itu. Poizen tersenyum sinis sambil melihat Kaizo. Lalu dia mengangkat tangan kanannya. Tanpa diberikan amaran, tubuh badan Kaizo ditolak oleh seseorang. Kaizo terjatuh di tepi jalan. Dia terkejut kerana Lynna sudah terjaga tetapi malangnya, badan Lynna makin lama makin terurai. Dia menjerit sekuat hati dan akhirnya, dia hilang dari pandangan Kaizo dan tinggal hanyalah sebutir kristal putih

"LYNNA!"

"KAK LYNNA!"

"HAHAHAHAHA!" Poizen mengambil kristal itu "AKHIRNYA KRISTAL INI MILIK AKU! SEKARANG GILIRAN KAU PULA!" Dia menghala tapak tangannya ke arah Kaizo

"TUMBUKAN TANAH!"

Poizen melindungi dirinya dengan menggunakan kuasa kristal itu. Tumbukan tadi tidak berjaya. Gempa menggenggamkan tangannya dan tidak akan berputus asa. Kaizo dan Fang menyerang Poizen secara serentak tetapi serangan mereka tidak begitu kuat untuk memecahkan dinding pelindung dia

"Serangan kita tidak berjaya" kata Fang "Apa yang kita perlu lakukan, abang?"

"Jangan mengalah selagi kita tidak dapat kristal tu dari dia" kata Kaizo dengan nada serius

Fang angguk kepalanya. Lalu mereka berdua menyerang lagi. Kali, mereka disertai oleh Boboiboy. Poizen mula hilangkan diri. Serangan mereka tidak berjaya. Boboiboy, Fang dan Kaizo melihat sekeliling mereka dalam tahap berjaga-jaga

"Jangan bagi dia berikan serangan mengejutkan" kata Kaizo

"Baik abang Kaizo" Boboiboy melihat kiri dan kanannya "Dia lari ke?"

"Aku tak rasa dia lari" kata Fang. Lalu dia melihat abangnya "Abang.. abang ok ke?"

"Aku..." Kaizo tidak boleh lupakan saat-saat tubuh badan Lynna terurai hilang dari pandangan dia "Aku..." Dia berhenti berkata-kata kerana ada sesuatu sedang cuba mencabut nyawanya

"Abang?" Lalu Fang terkejut kerana apa yang berlaku terhadap Lynna tadi, ianya berlaku pada diri abangnya "ABANG!" Dia cuba hendak pegang tangan abangnya tetapi semakin lama, badan abangnya terurai dan hilang terus dari pandangan dia. Kini tinggal sebutir kristal terapung di situ

Fang terlampau geram kerana Poizen rupanya berada di belakang abangnya. Dia menggenggamkan kedua tangannya. Dia cuba hendak menangkap kristal itu tetapi Poizen terlalu pantas buat dirinya. Poizen berjaya mengambil kristal itu. Lalu dia terbang ke atas

"KEDUA-DUA KRISTAL INI ADALAH MILIK AKU!" Poizen mengangkat tinggi kedua-dua kristal itu "SEKARANG GILIRAN KAU BERDUA UNTUK AKU MUSNAHKAN!"

"PULANGKAN ABANG AKU!" Fang keluarkan helang bayangnya "MARA! DAN SERANG SI JAHANAM TU!"

"FANG! HATI-HATI!"

"Aku tahu Boboiboy!"

Poizen menggunakan kedua kristal itu untuk menghapuskan helang bayang itu. Begitu mudah sekali dia hancurkan kuasa bayang itu. Fang tergaman seketika. Kuasa dia dan Boboiboy tidak dapat kalahkan Poizen. Walaupun mereka berdua mempunyai kuasa yang terhebat tetapi bagi Poizen, kuasa mereka agak lemah. Kedua kristal itu mengeluarkan sebuah sinaran cahaya yang menyilaukan mata Boboiboy dan Fang. Poizen mengambil kesempatan untuk menyerang mereka berdua. Dia menghantar sebuah bola elektrik gergasi ke arah mereka. Boboiboy dan Fang tidak tahu apa yang berlaku. Mereka merasakan badan mereka lemah seperti tiada tenaga untuk berlawan

"HAHAHA!" Poizen ketawa besar kerana dia yakin, diri dia berjaya merampas kedua kristal putih itu

"DINDING PELINDUNG!"

"LINGKARAN BEBOLA API!"

Boboiboy dan Fang tidak tahu apa yang berlaku. Mereka hanya dapat mendengar suara-suara yang mereka tidak kenali. Bunyi orang sedang berlawan membuatkan Fang membuka kedua-dua matanya sedikit. Nampaknya dia dan Boboiboy diselamatkan oleh kawan-kawan Lynna

"Kak Fairuz? Kak Juria? Kak Sofiah?" bisik Fang sedikit "Korang ada dekat sini"

"Eh..." Boboiboy sudah membuka matanya juga "Dia datang nak selamatkan kita orang ke?"

"Mungkin" jawab Fang

Mereka melihat Juria memberikan serangan api sehabis-habisan. Kuasa api Juria dapat mengatasi kuasa Poizen. Di hadapan Boboiboy dan Fang, seorang gadis bernama Fairuz melindungi mereka berdua daripada terkena serangan Poizen. Dinding pelindung milik kuasa Fairuz dapat menahan seberapa lama yang dia boleh. Juria tidak bertindak seorang diri, Sofiah ada di dalam gelanggang perlawanan mereka dengan Poizen. Sofiah keluarkan kuasanya iaitu dapat mengubah cuaca seperti ribut taufan. Awan-awan hitam mula muncul di kawasan itu. Kilat kian sambar menyambar. Sofiah menyambar Poizen dengan kuasa halilintar. Manakala Juria berikan serangan apinya ke arah Poizen. Sang gadis itu menjerit kesakitan kerana diri disambar petir halilintar dan juga hantara api dari Juria. Akhirnya badan dia meletup dan berkecai menjadi asap-asap hitam. Kedua kristal putih itu terapung di udara. Asap-asap hitam itu hilang dari ruang udara

"Fuh, susah juga nak musnahkan si Poizen ni" kata Sofiah

"Hmm.. tapi kenapa Poizen datang ke sini?" soal Fairuz. Lalu dia pusingkan kebelakang "Boboiboy.. Fang.. korang berdua sudah selamat sekarang ni"

"Saya ada soalan"

"Soalan apa Fang?" tanya Fairuz

"Kenapa kuasa kita orang tak dapat kalahkan dia? Kuasa Boboiboy yang hebat pun, masih tak dapat kalahkan dia"

"Mungkin kuasa korang tidak cukup untuk berlawan dengan kuasa dia" jawab Fairuz kepada Fang "Kuasa korang datang dari kuasa teknologi. Kuasa dia dan kami adalah kuasa semulajadi. Mungkin sebab itu tidak dapat berlawan dengan dia"

"Kak Fairuz dapat kembalikan abang saya dan kak Lynna?"

"Boleh" Fairuz berikan senyuman ikhlas dia kepada Fang "Tapi.. kita perlukan seorang lagi kawan kami. Dia sibuk pula hari ni tapi jangan risau, dalam apa-apa kecemasan seperti situasi ini, dia akan datang juga"

"Aku akan hubungi dia" kata Juria "Sofiah, ambil kristal-kristal tu"

Sofiah angguk dan terima arahan itu. Dia menggunakan kuasa anginnya untuk terbangkan kedua-dua kristal itu ke tapak tangannya. Boboiboy dan Fang amat kagum dengan kuasa mereka sebentar tadi. Ketiga-tiga gadis itu memang mahir dalam mengawal kuasa mereka

"BBB-CHAN!"

"Alamak" Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Lalu dia pusing kebelakang sambil tersengih "Hai Lily"

"BBB-CHAN!" Lily melompat-lompat sambil berjalan ke arah Boboiboy "BBB-CHAN! JOM KITA PERGI JALAN-JALAN!"

"Macam mana? Semuanya sudah selesai ke?" Yaya mendarat di hadapan Boboiboy dan Fang

Ying dan Gopal ada di situ juga

"Sudah cuma abang dan kak Lynna belum pulih sepenuhnya lagi" balas Fang kepada Yaya "Apasal korang lambat sangat datang?"

"Maaf" ucap Yaya "Tapi semuanya dah ok kan?"

"Memanglah dah ok! Tapi musuh kita orang terlampau kuat sangat sampai kita orang kena belasah teruk!" Fang terus bersilang tangan "Kalau korang sampai awal tadi, mungkin takdelah seteruk mana"

"Aiyaa! Janganlah marah-marah maaa... bersyukurlah korang sudah ok maa"

"Tahu takpe, Ying" kata Yaya "Oh yea, apa jadi dengan abang Kaizo dan kak Lynna?"

"Dia orang masih hidup cuma..." Sofiah datang ke arah mereka sambil tunjukkan dua kristal putih itu "Mungkin mereka terperangkap di dalam kristal mereka sendiri"

"WUUU! So shiny" Mata Lily bersinar-sinar melihat kristal itu "Nak pegang boleh?"

"Boleh tapi jangan jatuhkan" kata Sofiah

"Ini kalau jual, mesti kaya aku nanti" bisik Gopal. Tiba-tiba Ying tepuk kepala dia "Dey! Sakitlah! Lagipun aku bergurau aje"

Ying hanya diam sahaja. Gopal gosok-gosok kepala dia sedikit. Sewaktu Lily hendak sentuh kristal itu, mereka tidak sedar dengan kemunculan asap hitam di bawah kaki Lily. Asap hitam itu terus menyerap masuk ke dalam tubuh badan Lily dengan sekilat pantas. Mata Lily berubah menjadi hitam. Dia tersenyum sinis. Mereka tidak nampak riak wajah Lily berubah menjadi jahat kerana kepala dia tertunduk sedikit. Kedua-dua kristal itu kini di hadapan matanya. Lalu Lily merampas kristal-kristal itu dari tangan Sofiah dan dengan serta-merta, dia terus menghilangkan diri sebelum mereka dapat menghalangnya

"LILY!"

Fang terduduk di atas jalan kerana kedua kristal itu berjaya di rampas balik oleh Poizen yang kini sudah merasuk tubuh badan Lily

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang bermundar-mandir di sekitar ruang tamunya. Dia sudah tidak sabar untuk pergi selamatkan abangnya dan juga Lynna. Hati dia penuh dengan perasaan marah. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat sang remaja alien itu. Idoli menangis-nangis di pakuan Yaya kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa idola dia sudah tiada lagi

"Janganlah menangis Idoli"

"Ta-tapi kakak Yaya" Idoli mengesat air hidungnya di baju Yaya "Abang Kaizo dah takde. Kakak Lynna pun dah takde"

"Dia orang tak hilang" kata Fang secara tiba-tiba "Kak Sofiah beritahu aku tadi, mereka berdua masih hidup lagi. Kita cuma perlu dapatkan balik kristal tu dari si pelik tu! Aku leyek-leyek juga si pelik tu jadi lempeng"

"Haiyaa.. ini bukan salah Lily maaa.. cuma dia kena rasuk sahaja"

"Aku tahulah Ying" kata Fang "Tapi aku tetap nak salahkan dia juga.. HAHAHAHAHA!"

Boboiboy dan Gopal tepuk dahi mereka sendiri

"Sekarang ni, kita duduk sahaja di sini ke?" tanya Boboiboy "Kawan-kawan kak Lynna tak beritahu kau apa-apa ke?"

"Dia orang cakap, dia orang sekarang ni tengah cari jalan untuk pergi ke dunia fantasi sebab pintu masuk dekat cermin bilik Faye tu, si pelik tu dah sekat pintu masuk ke dunia sana" jelas Fang. Lalu dia berkata lagi "Sekarang ni, dia orang tengah cari jalan lain untuk sampai ke istana Lynna secara pantas. Kalau ikut laluan cermin dekat club house dia orang, memang lamalah nak sampai istana kak Lynna"

"Jadi kita terpaksalah tunggu" kata Boboiboy

"Yea, kita kena tunggu" Fang duduk di atas meja ruang tamu "Aku risau kalau si pelik tu gunakan kuasa kristal tu untuk kepelikan dia"

"Dey, apa salahnya kalau pelik"

"Tak salah pun Gopal" balas Fang "Kita semua ada kepelikan yang tersendiri"

"Hehehe... hah, tahu pun kau" kata Yaya "Setiap kita semua ada keunikan yang tersendiri tetapi Lily punya keunikan memang tidak dapat ditandingi"

Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying angguk kepala mereka sebagai tanda setuju dengan kata-kata Yaya tadi

"Kakak Yaya" Idoli mendongak sedikit dan melihat wajah Yaya dengan matanya yang bulat besar itu

"Kenapa Idoli?" Yaya mengusap kepala Idoli kerana pada ketika itu, Idoli kelihatan comel

"Abang Pizu tahu ke tentang abang Kaizo dan kak Lynna? Kawan-kawan kakak Lily tahu ke tentang ni?"

"Rasanya tak kot" balas Yaya secara sopan

"Err.. aku sebenarnya dah beritahu Faye apa yang berlaku tadi" Gopal mula tersengih kepada Yaya "Aku beritahu Faye, Bella dan Harraz sahaja"

"Kau tak beritahu Rizu?"

"Tak Boboiboy" jawab Fang "Biarlah dia berseronok dengan ibu dia daripada dia tahu tentang ni. Aku tak nak bagi dia risau"

Fang dapat bayangkan jikalau Rizu dapat berita tentang Kaizo dan Lynna. Sudah tentu Rizu akan menangis dan risau dengan keadaan Kaizo dan Lynna. Jadi Fang biarkan Rizu tidak mengetahui berita itu. Lalu dia bangun dari tempat yang dia duduk tadi. Kemudian dia terdengar satu ketukan kuat di pintu rumahnya. Fang bergegas ke pintu rumah itu. Lalu dia buka pintu tersebut dan terkejut dengan jeritan Bella dan Faye

"KENAPA LILY YANG KENA RASUK?" Jerit Bella dan Faye secara serentak

"Manalah aku tahu" jawab Fang sambil alukan dua gadis itu masuk ke dalam rumah "Mungkin sebab si pelik tu sesuai untuk dirasuk.. hehehe"

Bella terus tepuk kepala Fang

"Woi!" marah Fang

"Kau ni, dalam kecemasan macam ni, masih lagi kau boleh bergurau" marah balik Bella kepada Fang "Kau tak risau ke tentang abang dan kak Lynna?"

"Mestilah risau" Fang terus tutup pintu rumahnya setelah Bella dan Faye melangkah masuk "Aku tengah tunggu kawan-kawan kak Lynna datang. Dia orang akan beritahu apa yang kita harus buat seterusnya"

"Lambatnya dia orang nak cari jalan ke dunia sana"

"Wei, kau tak boleh sabar ke?" kali ini Fang marah kepada Gopal pula "Mestilah dia orang kena fikirkan bagaimana untuk ke istana kak Lynna tanpa berjalan jauh!"

"Betul tu Fang" kata Boboiboy "Apa-apa pun kita tunggu dan bersabar"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

30 minit kemudian, Juria, Fairuz dan Sofiah sudah tiba di rumah Fang. Mereka telah dapat satu idea bagaimana hendak ke dunia sana dan tidak perlu berjalan jauh untuk ke istana Lynna

"Kami bertiga dapat menghubungi Kidi di sana dan dia cadangkan kami semua menggunakan laluan di rumah kawan si kecil kamu iaitu Lily si itik" kata Fairuz

"Kami sudah beritahu ibu bapa dia yang kami akan ke sana menggunakan cermin yang ada di dalam bilik Faye itu untuk ke rumah mereka" kata pula Sofiah

"Rumah Lily si itik, jauh tak dari istana kak Lynna?"

"Tak" balas Fairuz kepada Boboiboy "Dekat sahaja rumah mereka dengan istana tu. Mereka juga beritahu, orang-orang di dalam istana itu, semuanya sudah menjadi batu kerana Poizen menggunakan kuasa kristal itu"

"Abang Kidi dapat selamatkan diri?" Yaya terkejut sedikit

"Ya" kata Juria "Dia dapat lepaskan diri tetapi tidak sempat untuk selamatkan yang lain. Sekarang ini dia di bawah pelindungan ibu bapa Lily si itik. Dia juga ada letak sumpahan di sekeliling istana Lynna. Poizen tidak dapat keluar dari kawasan istana itu untuk menyebarkan kuasa jahatnya"

"Apa jadi kalau dia keluar? Dia mati ke?" tanya Gopal

"Bukan mati. Kalau dia mati, mungkin kawan kamu sekali kita tidak dapat selamatkan. Lagipun, kalau dia gunakan sumpahan itu, mungkin ianya menjadi kelebihan Poizen untuk ugut kita semua" jelas Juria kepada mereka "Jadi dia hanya letakkan sumpahan yang tidak begitu bahaya. Kuasa dia akan menjadi lemah jikalau dia cuba untuk melepaskan diri dari kawasan istana itu. Malah diri dia juga akan menjadi lemah"

"Wah, bijak juga abang Kidi tu" kata Boboiboy dengan kagumnya "Jadi, kita bolehlah dapatkan balik Lily dan hapuskan roh si Poizen"

"Boleh tapi kuasa korang semua tidak dapat menghapuskan roh dia. Nanti Kidi akan beritahu cara untuk keluarkan roh si Poizen itu dari badan kawan korang" kata Juria lagi "Ayuh, kita harus bergerak sekarang"

"Tapi tak semua boleh ikut" kata Sofiah

"Siapa yang boleh ikut?" tanya Yaya

"Aku rasa, biar aku dan Boboiboy sahaja yang pergi" cadang Fang "Yang lain, duduk sahaja di sini"

"Hmm..." Fairuz melihat satu per satu dikalangan mereka "Akak rasa, yang ada jam kuasa sahaja boleh pergi. Yang lain tak perlu ikut kerana kami tidak mahu kamu dalam bahaya. Tunggu sahaja kami di sini"

"Idoli nak ikut boleh?" tanya Idoli sambil tarik-tarik tangan Fairuz. Mata sedih dia membesar bulat seperti dia ingin mencuba memujuk Fairuz

"Err... maaf, tapi kamu tak boleh ikut" balas Fairuz sambil tersengih

"Ala" Idoli berjalan perlahan dan lalu dia masuk ke dalam bilik dia sendiri. Sebaik sahaja dia baring di atas katil, terus dia meraung sekuat hati

Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Yaya dan Ying tidak sampai hati melihat Idoli menangis tetapi mereka tahu, alien kucing itu tidak boleh ikut mereka ke dunia sana

"Biarkanlah si Idoli" kata Fang "Jomlah pergi sebelum dia pujuk kita lagi nak pergi sana"

"Hati-hati dekat sana" kata Faye "Jangan risau tentang Idoli. Tahulah macam mana kita orang nak pujuk dia, dengan mengumpan cerita hantu dekat budak kecik tu"

"Haih, siapalah ajar dia tengok cerita hantu ni" mengeluh Bella

Fang dapat rasakan bahawa abang dia sendiri yang mengajar Idoli menonton cerita-cerita seram. Boleh dikatakan juga Kapten Kaizo adalah idola kepada Idoli, fikir Fang. Lima sekawan itu terus masuk ke dalam bilik Faye. Kawan-kawan Lynna turut masuk ke dalam bilik itu. Cermin berdiri di bilik itu sudah membuka pintu ke rumah Lily si anak kecil itu. Blueish dan Smiley sudah menunggu kedatangan mereka. Kedua mereka sedang berdiri di sebalik cermin itu. Satu per satu daripada mereka melangkah masuk ke dalam cermin itu. Lily si anak kecil suka melihat kehadiran mereka tetapi malangnya, Idoli tiada bersama mereka. Dia rasa sedikit kecewa

"Ala.. kenapa tak bawak Idoli? Lily rindukan dia"

"Hah! Apa kata Lily pergi main dengan Idoli dekat sana" cadang Boboiboy. Lily si anak kecil terus tersenyum lebar

"MAMA! PAPA! LILY PERGI MAIN DEKAT SANA OK!"

"Main elok-elok" kata Blueish sambil melihat anak dia berlari masuk ke dalam cermin "Hmm.. suka betul dia bila dapat main dengan Idoli"

"Dia takde kawan ke dekat sini?" soal Fang

"Ada, adik dia sahaja" jawab Blueish secara lembut "Oh yea, Kidi sedang menunggu kamu semua di luar rumah"

Blueish dan Smiley membawa para tetamu dia pergi ke halaman rumah. Di situ, terdapat seorang jejaka kacak sedang duduk sambil menikmati air yang telah dihidangkan sebentar tadi. Muka lelaki itu kelihatan tenang sahaja

"Kidi, mereka sudah sampai" kata Blueish

Lalu Kidi bangun dari kerusi kayu itu. Dia tersenyum melihat mereka semua. Tiada perasaan risau ataupun marah yang ada di hatinya. Dia seperti seseorang yang sentiasa tenang dan tidak mudah melatah dalam apa-apa situasi. Lalu dia berkata

"Mari sini semua" Kidi menghulurkan tangan dia ke depan. Muncul satu botol kecil berwarna putih di tapak tangannya "Bawa botol ini ke istana itu dan masukkan roh Poizen ke dalam botol ini. Dia tidak akan dapat keluar dari botol ini selagi penutup botol ini tertutup tapi jangan risau, botol ini saya akan simpan dengan baik"

"Kawan kami pula macam mana nanti?" tanya Boboiboy

"Kawan kamu mungkin akan tidak sedar apa yang berlaku nanti" jawab Kidi "Untuk masuk serapkan roh Poizen masuk ke dalam botol ini, salah satu daripada kawan Lynna perlu lakukan dan sebut mantera di permukaan botol itu"

"Abang saya dan kak Lynna pula?"

"Abang kamu dan Lynna akan selamat. Hanya kawan-kawan Lynna sahaja dapat kembalikan mereka" jawab Kidi dengan tenang "Ada apa-apa soalan lagi?"

"Saya ada soalan" Gopal tersengih sedikit "Tadi abang Kidi minum air apa? Nampak macam sedap aje"

Boboiboy terus tepuk dahinya sendiri. Fang bagaikan hendak mengamuk kerana pertanyaan Gopal tadi. Yaya dan Ying hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Manakala Juria, Fairuz dan Sofiah tergelak sedikit kerana gelagat Gopal tadi

"Oh.. air tadi" Kidi tetap melayan Gopal seperti biasa "Blueish hidangkan saya air juice bunga. Bau air itu memang bau bunga dan rasanya, memang tidak dapat diperkataan kesedapan dia. Apabila air juice itu menyentuh deria rasa saya, badan saya rasa ringan, seakan-akan kesemua kebeban yang ada pada diri saya, semuanya hilang"

"Macam best aje" bisik Fang

"Tapi maaflah Kidi" kata Sofiah secara tiba-tiba "Kita orang kena cepat. Tak boleh duduk sini lama-lama minum juice bunga tu. Kalau tidak, nanti ada juga yang risaukan tentang abang dia" Mata Sofiah melirik ke arah seseorang iaitu Fang

"Eh.. mana ada saya risau sangat.. hehehe" Fang tergelak sambil tersengih sedikit "Risau tu risaulah juga tapi sedikit sahaja. Saya tahu abang saya selamat sebab kristal tu masih ada lagi"

"Bagus betul si Fang ni" puji Sofiah sambil angguk kepalanya "Ya, kristal itu tidak akan hilang dan dia masih lagi selamat"

"Kalau kristal tu dah takde, apa maksudnya?" soal Yaya

"Maksudnya, selama-lama dia tidak akan kembali" Juria yang membalas pertanyaan Yaya tadi "Tapi kristal itu tidak mungkin akan musnah. Ianya akan wujud selama-lamanya. Jikalau Kaizo dan Lynna sudah tiada lagi di dunia ini, maknanya kristal itu akan menjadi lemah sedikt demi sedikit"

"Maksudnya, abang Kaizo dan kak Lynna masih wujud lagi sekarang ini, mereka cuma hilang sahaja dan kristal-kristal itu masih lagi berkuasa?"

"Yea Boboiboy" jawab pula Kidi "Kedua-dua mereka masih lagi hidup. Sudah, jangan membuang masa lagi. Ambil botol ini dan terus ke istana Lynna"

Boboiboy mengambil botol kecil itu dari tangan Kidi. Dia simpan botol tersebut di dalam poket jaket orennya. Mereka terus bergerak ke sebuah istana yang tidak jauh dari situ. Dari rumah Blueish dan Smiley sahaja, mereka boleh nampak istana yang berdiri dengan gahnya. Dinding sumpahan boleh kelihatan dari situ. Istana itu di dalam sebuah kubah yang berwarna sedikit hitam. Dari rumah itu ke istana Lynna hanya memakan selama 10 minit sahaja

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying ikut sahaja para gadis 3 orang itu. Mereka ikut laluan sebuah kebun bunga yang dijaga oleh Blueish dan Smiley. Jalanan itulah akan membawa mereka terus ke sebuah jambatan. Dari jambatan itu, mereka akan tiba di sebuah pintu gerbang untuk memasuki kawasan istana. Di situlah permulaannya dinding sumpahan Kidi tadi. Pengawal-pengawal keselamatan yang berdiri di tepi-tepi pintu gerbang, semuanya menjadi batu. Begitu juga dengan orang-orang yang lalu-lalang di kawasan itu. Sebuah kereta kuda yang ingin menuju ke pintu gerbang utama istana juga menjadi batu. Ianya bagaikan sebuah kerajaan yang penuh dengan ukiran-ukiran batu berpatung. Juria mengarahkan mereka tunggu di luar sebentar sementara dia melangkah masuk ke dalam dinding sumpahan itu. Nampaknya tiada apa yang berlaku. Diri dia masih lagi selamat. Lalu dia mengarah mereka masuk ke dalam

"Rasa macam takut pula nak masuk" bisik Gopal yang masih berdiri di luar dinding itu. Kawan-kawan dia yang lain sudah melangkah masuk ke dalam kawasan istana itu

"Masuk ajelah Gopal" kata Boboiboy "Aku yakin, tiada apa-apa yang berlaku dekat diri kita nanti"

Gopal berjalan selangkah demi selangkah dan kaki kanan dia masuk ke dalam kawasan itu. Lalu dia pejamkan mata dan terus mara ke depan. Tiada apa-apa yang berlaku terhadap diri dia

"Sekarang kita ke mana?" soal Yaya kepada tiga gadis itu

"Kita ke bilik takhta. Poizen mesti ada di situ" jawab Fairuz "Atau korang ada cadangan lain?"

"Kita berpecah?" Boboiboy tersengih

"Kita tidak perlu berpecah. Aku tahu dia masih berada di dalam bilik itu" kata Juria sambil menggenggam kedua-dua tangannya "Aku tahu dia sedang menunggu kedatangan kami"

"Hmm.. kalau dia tunggu, apasal dia pergi sekat cermin dekat bilik kak Lynna. Apa punya musuhlah. Dia boleh aje tunggu depan cermin tu"

"Bukan begitu Gopal" kata Fairuz "Sebenarnya dia mahukan kita semua berada di dalam bilik takhta. Dia mahu kita semua lihat dia sudah berjaya rampas takhta Lynna"

"Tapi rancangan dia pastikan tak kan berjaya" kata Sofiah dengan angkuhnya "Dia mesti kalah punya"

"Wah, kak Sofiah begitu yakin ya" tegur Ying

"Hehehe... yakin tu yakinlah tapi kadang-kala tak sangka pula benda lain akan berlaku" Sofiah tersengih kepada lima remaja itu "Sudahlah, kita harus bergerak ke bilik takhta"

Mereka mula bermara ke depan dan terus berjalan sehingga mereka tiba di pekarangan istana. Di tengah-tengah pekarangan itu terdapat sebuah kolam air pacut berbentuk bulat. Air pancut memancut keluar berulang kali dari kolam itu. Seorang perempuan dan anaknya sedang duduk di tepi sambil membaca buku. Malangnya mereka dalam bentuk batu. Yaya dan Ying rasa simpati dengan apa yang terjadi terhadap kedua-dua orang itu

"Sedihnya" bisik Yaya

"Jangan risau, ini semuanya hanya sementara sahaja" kata Fang dengan penuh yakin

"Aku tahu tapi.." Nada suara Yaya berubah menjadi sedih sedikit "Bagaimana kalau si Poizen tu berjaya mengubah kita semua menjadi batu? Siapa akan datang untuk selamatkan kita semua?"

"Bella?" balas Ying

"Dia dan Faye datang nak selamatkan kita semua?" Fang rasa hendak tergelak sedikit "Mungkin dia orang akan datang bersama abang Kidi dan selamatkan kita semua"

"Dan juga kawan kita orang seorang lagi" kata Fairuz secara tiba-tiba "Kawan kita orang tak dapat nak tolong sebab dia ada hal sedikit. Jadi kita orang sahaja yang dapat bantu korang semua"

"Walaupun kuasa korang tidak dapat kalahkan dia, tapi korang semua jangan berputus asa. Gunakan segala kuasa yang korang ada"

"Baik kak Sofiah!" jawab Boboiboy dengan penuh semangat

Mereka menaiki tangga istana itu untuk menuju ke pintu gerbang istana. Tangga itu tidaklah terlalu tinggi. Hanya beberapa anak tangga sahaja. Pintu gerbang itu terbuka sedikit. Suara Poizen bergema di situ

"Masuklah.. kamu semua akan terima nasibnya nanti"

Mereka pandang satu sama lain. Gopal menelan ludah sambil melangkah masuk ke dalam istana itu. Semuanya kelihatan sunyi kerana pengawal istana, pembantu istana dan dayang-dayang istana, semuanya menjadi batu tetapi kali ini, mereka dalam keadaan cemas. Mereka tahu bahawa mereka telah diserang oleh Poizen. Beberapa pengawal istana berlari di tangga dalam keadaan seperti ukiran batu. Juria, Fairuz dan Sofiah membawa kelima remaja itu ke tangga utama istana itu. Bilik takhta itu berada di tingkat atas. Mereka menaiki tangga tersebut sehingga tiba di bahagian atas. Lalu mereka terus ke depan untuk menuju ke bilik takhta. Mereka berjalan di atas karpet merah yang menghalakan mereka terus ke bilik takhta. Sepanjang perjalanan mereka, di tepi-tepi dinding kiri dan kanan mereka, terdapat beberapa potrait Lynna dan jumpa gambar-gambar Lynna bersama rakan-rakan dia. Semakin lama semakin dekat perjalanan mereka ke bilik itu. Akhirnya mereka tiba di hadapan pintu masuk bilik takhta. Pintu bilik itu terbuka luas dan di hujung bilik tersebut terdapat seorang gadis sedang duduk di atas kerusi takhta. Dia bersuka ria di atas kerusi itu sambil memakai sebuah mahkota berbentuk seperti tali halus

"Akhirnya tetamu aku sudah pun tiba" kata Poizen di dalam tubuh badan Lily "Silakan masuk kerana aku ada persembahan khas untuk kamu semua"

"Persembahan magik ke?" tanya Gopal dengan perasaan takut sedikit

"Mungkin ya, mungkin tidak" Poizen tersenyum sinis di situ

"Wei Gopal, kau jangan buat lawak dengan dia. Aku takut kau yang jadi mangsa dia nanti" tegur Boboiboy secara bisik

Juria, Fairuz dan Sofiah ke hadapan untuk melindungi kelima sahabat baik itu. Mereka tidak mahu para remaja itu di cedera oleh Poizen dan ini adalah tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan budak-budak itu

"Boboiboy, jaga botol tadi dengan baik" kata Juria dengan nada serius

"Baik kak Juria" Boboiboy merasa poket jaketnya. Botol itu masih lagi di dalam poketnya

"Kau ingat kau boleh lindungi mereka?"

"Boleh tapi kita ramai dan kau seorang sahaja" Sofiah tersenyum sinis kepada Poizen "Lagipun kau akan kalah nanti"

"Hahahaha!" Poizen ketawa sinis kepada Sofiah

"Wei Poizen yang rasuk si pelik tu!" Fang terus ke depan sambil menolak Fairuz dan Sofiah ke tepi "MANA ABANG AKU? MANA KAK LYNNA? KEMBALIKAN MEREKA!"

"Dia orang selamat" Poizen hulurkan genggaman tangan dia ke depan. Lalu dia membuka genggaman itu. Kedua-dua kristal bercahaya itu ada di situ "Mereka ada dengan aku tapi jangan risau, aku akan jaga mereka dengan baik. Lagipun kita orang akan bekerjasama untuk hapuskan kamu semua! Betul tak Lynna? Betul tak Kaizo?"

"Tak guna kau!" Kedua-dua tangan Fang mula timbul kuasa bayang "Aku akan rampas balik kristal-kristal tu dari kau! PENGIKAT BAYANG!"

Poizen genggamkan kedua-dua kristal itu dan gunakan kuasa kristal itu untuk hilangkan kuasa bayang Fang. Lalu ikatan bayang itu muncul di tubuh badan Fang. Diri Fang yang diikat dengan kuasa bayangnya sendiri. Kali ini Boboiboy pula menyerang Poizen. Dia berpecah kepada tiga iaitu Halilintar, Blaze dan Solar

"Boboiboy! Hati-hati!" jerit Yaya

Poizen terbang ke atas sebaik sahaja Halilintar menyerang dengan dual pedang merah hitamnya. Di bahagian atas pula, Blaze menghantar bebola api bertubi-tubi. Solar pula menyerang di bahagian bawah dengan tembakan sinaran solarnya. Poizen terus melindungi dirinya di dalam sebuah sphera

"TUKARAN CEKODOK PISANG!" Gopal cuba gunakan kuasanya

Sphera Poizen cuba berubah menjadi cekodok pisang tetapi ianya tidak berjaya. Poizen terus hilangkan diri dan muncul di belakang Gopal. Lalu dia sentuh bahu Gopal

"GOPAL! HATI-HATI!" jerit Fang

"ERK!" Gopal terus pusing kebelakang

"KAU JANGAN APA-APAKAN DIA!" Juria gunakan kuasa telekinesis. Dia hayunkan tangan kanannya dan terus Poizen terpelanting keluar dari bilik takhta itu "Gopal, kau ok tak?"

"Sa-saya ok.. terima kasih kak Juria" Gopal menggigil sedikit

"Fairuz, kau jaga Gopal" kata Juria "Aku akan pergi tolong dia orang"

"Ok" Fairuz munculkan dinding pelindung untuk melindungi diri mereka berdua

Fang cuba lepaskan dirinya dari ikatan bayangnya sendiri tetapi ikatan itu terlampau kuat. Dia cuba untuk hilangkan ikatan bayang itu, tetapi tidak berjaya. Dia tidak tahu apa yang membuatkan kuasa bayangnya terlampau kuat sehingga dia sendiri tidak mampu lepaskan diri

"Fang, kau ok tak?"

"Tak" balas Fang kepada Ying "Wei, kau pergi tolong dia orang"

"Ok!" Ying terus larikan diri "KUASA PERLAHANKAN MASA!"

Poizen hanya dapat bergerak sedikit demi sedikit tetapi tidak sampai beberapa saat, dia dapat bergerak seperti biasa. Lalu dia menyerang Ying dengan mengubahkan Ying menjadi batu

"YING!" Jerit Halilintar, Blaze, Solar, Fang, Gopal dan Yaya secara serentak

"BERANI KAU BUAT BEGITU DEKAT KAWAN AKU!" Yaya mula naik angin "TUMBUKAN PADU!"

"YAYA! JANGAN!" Fang pula menjerit kali ini

"JANGAN CEDERAKAN LILY!" Ketiga-tiga pecahan Boboiboy menjerit

Yaya terus tersedar. Dia hampir menumbuk kawan dia sendiri. Tumbukan dia sedikit lagi hendak kena wajah Lily. Lalu Poizen berikan senyuman sinis dia kepada Yaya. Tangan Yaya di pegang oleh Poizen

"Hehehe.. apa kata kau sertai kawan baik kau"

"JANGAN HARAP!" Halilintar muncul di sebelah Poizen dan berikan serangan dia "AKU TAK BOLEH CEDERAKAN LILY TAPI AKU MAMPU LEMAHKAN KAU! SERANGAN PEDANG DUAL HALILINTAR!"

"KAU LAGI!" Poizen lepaskan tangan Yaya "SERAPAN KUASA HALILINTAR!" Dia menyerap kesemua kuasa Halilintar sehingga membuatkan Boboiboy bercantum semula

"KUASA GRAVITY PEMBERAT!"

Diri Poizen terus ditarik ke bawah. Dia cuba terbangkan diri dan Yaya mempertahankan kuasanya tetapi kuasa Poizen terlampau kuat. Yaya hanya mampu bertahan dalam beberapa minit sahaja sehinggalah Poizen dapat terbang ke atas. Lalu dia menyerang Yaya kali ini. Tiba-tiba Fang datang dengan helang bayangnya. Nampaknya dia dapat lepaskan diri dari ikatan bayang dia tadi. Fang menyerang Poizen dengan mencakar wajah Lily

"WEI FANG! KAU CAKAR MUKA KAWAN KITA KENAPA?" marah Boboiboy

"ERK! ALAMAK!" Fang baru tersedar. Tiba-tiba badan dia ditolak oleh Poizen dan menyebabkan Fang terjatuh dari helang bayang dia sendiri. Kepala dia terhantuk sedikit di atas lantai bilik itu

"HAHAHA! Nampak sangat si landak tu tak sayangkan kawan dia sendiri"

"Adeh" kata Fang sambil gosok kepalanya sendiri "Tu Poizen yang cakap atau si pelik yang cakap?"

"Fang, kau ok tak?" tanya Yaya

"Aku ok" kata Fang "Tapi macam mana nak kalahkan si Poizen tu? Dia terlampau kuat bagi kita"

Fang dan Yaya melihat Juria dan Sofiah membalas serangan Poizen. Setiap serangan mereka tidaklah sekuat mana kerana mereka tidak mahu cederakan tubuh badan Lily, apatah lagi muka Lily sudah tercakar tadi. Lalu Fairuz datang menolong kerana dia ingin pergi kalahkan Poizen itu. Dia sempat menyuruh Gopal keluar dari bilik itu. Fairuz gunakan kuasa hentikan masa. Poizen terus berhenti kaku di ruang udara itu. Dia tidak bergerak tetapi dia mampu untuk melawan balik. Hanya beberapa saat sahaja dia akan kaku di situ

"Boboiboy! Cepat serahkan botol tadi kepada kami!" kata Fairuz

Boboiboy terus keluarkan botol kecil dari jaket poketnya dan dia lontarkan botol itu kepada yang terdekat dengan diri iaitu Juria. Botol itu disambut baik oleh Juria. Badan Poizen mula bergerak-gerak sedikit. Juria harus cepat. Sofiah teragak-agak untuk gunakan kuasa terhebatnya. Dia takut kalau dia apa-apakan tubuh badan Lily. Boboiboy masih lagi dalam keadaan lemah. Kesemua kuasa dia tadi telah diserap oleh Poizen sehingga dia tiada tenaga untuk berlawan balik. Akhirnya Poizen dapat bergerak. Dia terus hilangkan diri dan muncul di belakang Juria

"KAK JURIA!" Fang menolak Poizen sebelum sang penjahat itu jadikan Juria sebagai patung batu

"FANG!" Boboiboy dan Yaya terduduk kerana terkejut dengan tindakan berani Fang sebentar tadi

Keberanian Fang tadi membuatkan dia menerima nasib yang sama seperti Ying, iaitu menjadi patung batu. Juria pusing kebelakang dan terkejut melihat Fang. Poizen mula kembali menyerang Juria. Dia ingin dapatkan botol itu. Sofiah terpaksa bertindak kasar untuk hentikan kegilaan Poizen

"Maafkan akak, Lily" bisik Sofiah sambil menangis sedikit "MAAFKAN AKAK! SAMBARAN PETIR!"

Poizen terus disambar oleh petir. Lalu dia terjatuh di atas lantai bilik itu. Badan dia menjadi semakin lemah. Dia tidak dapat menahan kesakitan dan meraung sekuat hati. Sambar demi sambar Sofiah lakukan sehinggalah Boboiboy menjerit berhenti. Terus Sofiah hentikan serangan itu. Boboiboy menangis sambil melihat tubuh badan Lily yang sudah kelihatan lemah. Poizen tidak dapat bangun dari situ. Pernafasan dia semakin lama menjadi semakin lemah

"Kak Juria, lakukan sekarang!" kata Boboiboy sambil mengesat air matanya

Juria bacakan mantera yang tertera di permukaan botol itu. Lalu penutup botol itu terbuka dengan sendirinya. Mereka melihat roh Poizen yang berwarna hitam gelap, keluar dari tubuh badan Lily dan masuk ke dalam botol kecil itu. Penutup botol itu terus menutup botol itu dengan sendirinya. Sang gadis pelik itu rebah di situ setelah ketiadaan roh Poizen dalam tubuh badannya. Boboiboy dan Yaya lari ke arah Lily. Muka dan badan Lily penuh dengan kesan-kesan lebam akibat perbuatan Poizen tadi. Dia juga kelihatan agak pucat sedikit. Mata Lily terbuka sedikit. Dia tersenyum apabila Boboiboy dan Yaya ada di situ. Pada masa yang sama, kesemua orang-orang, termasuk Fang dan Ying, kembali menjadi manusia dan juga manusia alien iaitu Fang. Kedua kristal milik Kaizo dan Lynna terapung di tengah-tengah bilik tersebut tetapi mereka berdua masih belum kembali lagi

"BBB-CHAN" Nada Lily agak perlahan dan lemah "BBB-CHAN selamatkan Lily"

Lalu dia kembali tidak sedarkan diri. Kidi mula muncul di pintu bilik itu dengan sebuah senyuman yang amat membanggakan. Dia bertepuk tangan kerana mereka semua berjaya perangkap Poizen di dalam botol kecil tadi

"Abang Kidi!" panggil Boboiboy dengan penuh semangat "Kami sudah berjaya!"

"Syabas! Syabas!" kata Kidi

"Abang Kidi!" Fang berlari ke arah Kidi "Macam mana nak kembalikan abang saya dan juga kak Lynna? Tak kan dia orang tidak akan kembali selama-lamanya"

"Dia orang akan kembali" Kidi berikan senyuman kecil kepada Fang

"Fang kena tunggu kejap yea. Kita orang nak panggil kawan kita orang seorang lagi" Sofiah tersengih sedikit "Maaf kalau lewat sangat. Akak tahu Fang tak sabar nak jumpa abang Fang balik"

"Sebenarnya.."

"Sebenarnya apa Kidi?" Juria berikan renungan maut kepada Kidi "Kau ada sesuatu nak katakan ke?"

"Sebenarnya tak perlu panggil Fitrah. Kita hanya perlu berdiri mengelilingi kristal itu dan percaya kepada hati bahawa Kaizo dan Lynna ada dengan kita. Sebutkan nama mereka sekali"

"Macam itu sahaja?" Juria masih tidak berpuas hati. Kidi hanya angguk sahaja kepala dia

"Juria, adakah kita patut hentam si Kidi ni SEBAB LAST MINIT BARU NAK BERITAHU!" marah Sofiah secara tiba-tiba

"Sabar akak-akak sekali.. hehehe" kata Boboiboy sambil tersengih "Mungkin abang Kidi lupa nak beritahu kita orang"

"Dia ni mana boleh lupa" jawab Fairuz dengan nada marah sedikit

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying mula tersengih kerana tidak pernah mereka melihat ketiga-tiga gadis itu berapi-api dengan Kidi yang sentiasa tenang di dalam situasi apa jua pun. Dia memang tidak mudah rasa cemas. Kalau rasa cemas pun, kadang-kala sahaja. Lalu Gopal bertanyakan sesuatu kepada Kidi

"Saya ada soalan"

"Soalan apa tu, Gopal?" tanya Kidi dengan sebuah senyuman

"Kenapa abang Kidi tak kalahkan si Poizen tadi? dan keluarkan roh si Poizen dari tubuh badan Lily?"

"Sebab saya cuma menyelamatkan seluruh dunia ini daripada kejahatan Poizen" balas Kidi "Kalau saya berlawan dengan dia, kemungkinan besar, saya akan kalah dan tidak dapat selamatkan semua orang. Jadi saya membuat keputusan untuk gunakan kesemua tenaga saya untuk hasilkan sebuah sumpahan di sekeliling istana ini. Orang-orang yang berada di kawasan istana ini memang saya tidak dapat selamatkan. Saya letakkan kepercayaan saya kepada kamu semua"

"Ohh begitu" kata Gopal sambil angguk kepalanya

"Mari semua, kita berikan tumpuan kita untuk kembalikan Kaizo dan Lynna" Kidi mula menyuruh mereka berdiri di sekeliling kedua kristal tersebut

Mereka berdiri di dalam sebuah bulatan kecil. Fang pejamkan matanya dan bayangkan abang dia ada di depan matanya

"Salurkan kuasa kamu untuk kembalikan mereka berdua" kata Kidi secara perlahan "Jangan risau, ada kuasa ke tiada kuasa ke, yang penting hati dan niat kamu untuk kembalikan mereka berdua. Tumpukan perhatian kamu semua untuk Kaizo dan Lynna"

Masing-masing sudah menutup mata dan bayangkan Kaizo dan Lynna ada di hadapan mereka. Fang mula terbayangkan diri dia dipeluk erat oleh abangnya. Selepas itu dia mula teringat balik saat-saat mereka beramas mesra sebagai adik beradik. Kasih sayang dia terhadap abangnya tidak pernah pudar walaupun sesaat. Dia terbayangkan wajah abang dia yang sentiasa serius itu. Lalu dia terbayangkan wajah Lynna yang sentiasa lembut. Wajah abang dia dan Lynna memang sangat berbeza. Apatah lagi personaliti mereka yang jauh berbeza itu

"Pang"

Fang mula membuka matanya. Kedua kristal tadi sudah tiada tetapi telah digantikan dengan dua orang yang mereka cuba kembali iaitu Kaizo dan Lynna. Fang tidak sangka abang dia sudah kembali bersama Lynna tetapi apa yang buat dia terkejut adalah kenapa ada sebakul ayam goreng di tangan abangnya?

"Mana pula datang ayam goreng tu?" bisik Fang sambil garu-garu kepalanya sendiri "Abang pergi makan dengan kak Lynna ke tadi?"

"Mana ada!" marah Kaizo sedikit "Abang pun tak pasti mana datang ayam goreng ni"

"Err.." Gopal mula bersuara "Sebenarnya.. saya asyik terfikirkan ayam goreng sebab perut ni rasa lapar pula"

Semua memandang Gopal. Ada yang ketawa sedikit dan ada juga yang gelengkan kepala sahaja. Lalu Kaizo serahkan bakul ayam goreng itu kepada Gopal. Pada saat-saat itu, Fang terus pergi memeluk abangnya. Dia rasa sebak di hati kerana abang dia sudah kembali. Kaizo mengusap kepala adiknya sambil tersenyum sedikit

"Kenapa dengan Lily?" Lynna terus ke arah Lily yang terbaring di tepi dinding "Apa yang sudah terjadi tadi?" Dia melutut di tepi Lily dan lalu dia merasai nadi jantung di pergelangan tangan Lily

"Dia ok ke, kak Lynna?" soal Yaya

"Dia ok cuma lemah sahaja" balas Lynna "Kidi, dia perlukan rawatan dengan segera" lalu dia bangun dan terus pergi berdiri di sebelah Kaizo

"Jangan risau, aku akan merawat si gadis pelik ini" kata Kidi dengan tenangnya "Dia perlu berehat"

"Dia boleh berehat di bilik aku" kata Lynna

"Dan mungkin juga dia akan duduk di sini untuk beberapa hari sehingga dia sihat sepenuhnya" kata Kidi lagi

"Hah! Kalau begitu, kami juga mahu duduk di sini!" Ying terus bersemangat "Kami juga ingin bercuti di sini! Boleh tak?"

"Kau nak cuti dengan sini?" tanya Kaizo sambil melihat kawan-kawan adiknya. Semuanya angguk sahaja tanda mahu "Baiklah, aku benarkan tetapi.. kamu semua perlu minta izin dari penjaga korang! Jangan nak sesuka hati nak bercuti di sini tanpa kebenaran! FAHAM?"

"FAHAM ABANG KAIZO!"

Terus Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying meluru keluar dari bilik itu untuk pulang ke dunia sana. Mereka mahu pergi mengambil barang kepunyaan masing-masing, meminta izin dari ibu bapa mereka (dalam kes Boboiboy, Tok Aba dia) dan juga panggil kawan-kawan mereka yang lain untuk menyertai percutian mereka di dunia fantasi itu. Fang juga perlu mengajak Rizu sebelum adik angkat dia merajuk sebab tak ajak. Ketika sedang memerhatikan abang dia berborak dengan Lynna, Kidi berdiri di sebelah Fang sambil berkatakan sesuatu

"Kisah mereka akan bermula tidak lama lagi"

"Bukan kisah dia orang sudah lama bermula ke?"

"Ohh.. itu baru kisah kecil-kecilan sahaja tapi.." Kidi mula tersenyum manis sambil melihat Kaizo dan Lynna "Kisah yang lebih besar dan lebih menarik akan bermula tidak lama lagi"

"Ohh.. kalau macam tu, saya tidak mahu lepaskan peluang ini untuk menyaksikan kisah menarik tu!"

"Bagus" kata Kidi "Saya perlu pergi dulu sebab kawan kamu perlukan rawatan"

"Ala, biarkan dia... hehehehe... biarkan dia tidur dekat sini selama-lamanya.. MUAHAHAHAHAHAHA!"

Kidi gelengkan kepala sahaja. Lalu dia pergi angkat Lily untuk dibawa ke bilik rawatan. Juria, Fairuz dan Sofiah pula kali ini berdiri di belakang Fang. Apa yang mereka sedang lihat sekarang, kemesraan di antara Kaizo dan Lynna. Kisah mereka akan bermula tidak lama lagi, seperti apa yang dikatakan oleh Kidi tadi

-THE END-

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah chapter yang terakhir dan tamatlah Kisah Aku Abang, Kau Adik (Sampai season 4 sahaja) T_T  lepas ni akan ada fanfic baru :3 tapi tahun depan lah yea xD hehehehee... bagilah akak berehat dan berguling dekat atas katil sebelum akak sambung menulis kisah-kisah mereka :P

Harap semua enjoy dengan kisah-kisah mereka! Jumpa lagi semua!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top