Lapan Boboiboy?

Makmal Emmy adalah sebuah makmal rahsia yang tersembunyi di dalam sebuah rumah sederhana yang terletak di kawasan perumahan Pulau Rintis. Di situlah tersimpannya pelbagai ciptaan dari si gadis genius. Semuanya di simpan dengan sempurna agak ianya tidak rosak. Pada hari itu, Boboiboy dan Fang datang melawat makmal Emmy kerana mereka sudah tidak lama pergi ke sana

"Abang topi oren, abang Fely.. hari ni korang nak tengok ciptaan terbaru dari Emmy?"

"Boleh" kata Boboiboy sambil melihat mesin-mesin dalam pelbagai bentuk "Emmy cipta mesin apa kali ini?"

"Ini bukan mesin tetapi ianya adalah sebiji PIL!"

"WAH! PIL UNTUK MENJADI POPULAR!"

Lalu Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Dia tidak tahu berapa lama Fang masih dengan kegilaan popularity itu. Emmy keluarkan satu botol kecil dari poket kot putihnya. Di dalam botol itu terdapat satu biji pil berwarna merah. Lalu dia keluarkan pil merah itu dari botolnya. Dia hulurkan pil itu kepada Boboiboy.

"Emmy, kau nak buat si Boboiboy jadi popular ke?"

"Bukanlah abang Fely" kata Emmy "Pil itu keluarkan ketujuh-tujuh element abang topi oren tanpa menggunakan kuasa"

"Wah! Menarik tu" Lalu Boboiboy mengambil pil itu dari jari Emmy "Tapi berapa lama ianya akan kekal?"

"Hmmm.. itu tak pasti sebab Emmy belum experiment lagi berapa lama ianya akan bertahan. Jadi abang topi oren sila cuba dan Emmy akan record kan ke dalam buku nota Emmy"

"Untuk abang Fely takde ke?" tanya Fang dengan muka masamnya

"Err.. abang Fely boleh pergi main dengan Picu dekat istana belon tu"

Jari Emmy tunjuk di tepi sudut makmal, tempat menjadi ruangan bermain untuk Idoli, Picu, Lily si itik dan juga Rizu. Istana belon itu kelihatan besar, tinggi dan luas. Ianya memang tempat mainan khas untuk anak-anak kecil. Budak-budak besar juga boleh main di dalam istana belon itu tetapi mereka tidak boleh naik gelongsor yang ada di dalam istana tersebut

"Emmy nak uruskan abang topi oren sekejap" kata Emmy

Picu begitu seronok meloncat-loncat seorang diri di dalam istana belon itu. Lidah dia terjulur keluar seperti biasa

"Cheh.. ingat aku budak kecik ke" bisik Fang

"Baiklah, abang topi oren sila makan. Lepas tu nanti kesemua element abang topi oren akan muncul" ujar Emmy "Kita akan lihat samada personality mereka akan berubah atau kekal selepas sahaja abang topi oren makan pil itu nanti. Harap-harap samalah"

"Kalau aku yang makan pil tu apa akan terjadi yea?"

"Landak akan jadi kelabu asap.. miahahahaa!"

Fang melirik matanya ke sebelah kanan. Ternyata, gadis yang membuatkan dia menjengkelkan ada di situ. Dia tidak tahu bagaimana Lily berada di dalam makmal itu kerana selama dia berada di situ, tiada pula kekacauan daripada si gadis pelik itu

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" soal Fang dengan nada tegasnya

"Lily sudah lama ada dekat makmal Ammy ni.. Lily tadi sibuk main dekat dalam istana belon tu dengan Picu. Kita orang lompat-lompat, guling-guling dan lepas tu Lily terjatuh keluar dari istana belon. Adeh.. sungguh malang nasib Lily tapi sekarang ini, Lily mahu lihat hasil dari pil merah tu! Tak sabar nak tengok Gempa-chan muncul! HOORAY!"

Boboiboy tersengih sedikit. Lalu dia telan pil itu sambil diperhatikan oleh tiga orang kawannya. Emmy sudah bersiap sedia dengan buku notanya. Lily pula, dia sudah tidak sabar dengan kemunculan Gempa. Fang hanya bersilang tangan sangat. Riak wajah dia seperti wajah orang tidak kisah langsung. Tekak Boboiboy mula rasa perit sedikit. Tubuh badan dia seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari kulit badannya. Secara tidak langsung, satu per satu pecahan Boboiboy keluar dari tubuh badan itu. Mata mereka terbeliak luas kerana Boboiboy yang asli masih ada di situ bersama dengan pecahan tujuh dia. Kesemua tujuh pecahan itu melambai-lambai ke arah mereka

"BOBOIBOY ADA LAPAN?!" Jerit Lily yang hampir hendak pengsan di situ

"Emmy, macam mana aku boleh ada dekat sini lagi?" Boboiboy melihat pecahan dia satu per satu "Adeh.. boleh pening aku lepas ni"

"Err.. Emmy tak pasti apa yang berlaku tapi ini adalah sesuatu yang menarik!" Emmy terus masukkan nota ringkas di dalam bukunya "Abang-abang topi oren sekalian, bagaimana perasaan kamu semua?"

"Hmm... menarik tapi kenapa Boboiboy asli ada dekat sini sekali?" tanya Gempa

"Entahlah" jawab Boboiboy yang asli

"Perasaan saya sangat teruja kerana dapat jumpa Boboiboy yang sebenarnya!" kata pula Thorn sambil melihat sekeliling makmal itu "WAH! MENARIKNYA TEMPAT NI!"

"Ya, tempat ini menarik.. macam-macam aku boleh belajar. Buku-buku dekat sini pun agak menarik juga" kata Solar sambil mengangkat sebuah buku sains milik Emmy

"ISTANA BELON!" Taufan dan Blaze terpandang istana belon yang ada di dalam makmal itu "JOM KITA MAIN DEKAT SITU!"

"AKU NAK JOIN SEKALI!" jerit Thorn

"Wei wei, janganlah merayap ke sana pula" tegur Gempa tetapi mereka bertiga sudah pun berlari ke istana belon "Kita kena bercantum semula"

"Kenapa kena bercantum semula. Lily baru nak dating dengan Gempa-chan tapi..." Lily mula berikan mata sedih dia kepada Boboiboy "Nanti BBB-CHAN rasa Lily abaikan dia pula sebab hari ini Lily dapat bersama dengan Gempa-chan.. oh BBB-CHAN, janganlah berdendam dengan kembar mu"

"Bila masa aku rasa dendam dengan Gempa pulak ni" bisik Boboiboy

"Hmm.. kau abaikan sahaja si budak pelik ni" balas Fang

"Mana abang topi biru cair yea?" Emmy mencari-cari Ice di sekitar makmal itu "Korang nampak dia tak?"

Gempa, Halilintar, Boboiboy dan Fang tunjuk ke mana Ice berada sekarang ini. Rupanya Ice berada di dalam dapur makmal sambil menikmati makanan snack yang ada di situ. Dia makan makanan yang ada di dalam dapur itu tanpa menghiraukan tentang orang lain. Emmy terus menulis sesuatu di dalam buku notanya

"Sekarang ni tinggal abang topi merah hitam.. apa perasaan kamu?"

"Tiada perasaan" kata Halilintar "Tapi apa tujuan kita orang berada di sini? Nak berlatih berlawan ke? Aku sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan sesiapa pada hari ini"

"Err.. bukan" jawab Emmy

"Habis tu.. kenapa panggil kita orang?" soal Gempa

"Macam ni abang topi perang.. Emmy hanya nak uji kaji sebiji pil ciptaan Emmy sendiri" jelas Emmy "Pil tu Emmy suruh abang topi oren makan dan lihat kesannya, kesemua tujuh pecahan abang topi oren muncul! Tapi yang peliknya, abang topi oren pun masih ada di sini sekali.. hmm.. kena perbaiki lagi pil tu"

"Jadi kita orang semua ni jadi bahan uji kaji?"

"Yea abang topi merah hitam" Lalu Emmy keluarkan sebuat alat kecil dari poket tali pinggangnya "Emmy nak scan sekejap.. nak lihat berapa lama korang semua boleh bertahan, adakah kuasa korang boleh digunakan atau ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka"

"Scan Gempa dulu! Lily nak dating dengan dia!"

Emmy ketawa sedikit sambil mengimbas badan Gempa dan Halilintar dengan menggunakan alat yang dia keluarkan tadi. Segala maklumat telah dikeluarkan pada alat itu. Emmy angguk kepalanya sambil membaca maklumat yang dia dapat

"Ada apa-apa berubahan ke Emmy?" tanya Boboiboy

"Ada" jawab Emmy sambil berikan senyuman kecil kepada Boboiboy "Mereka semua adalah pecahan elemental yang original tapi... kalau Emmy bagi makan lagi pil tu, nanti semua pecahan yang lain akan muncul juga"

"Maksudnya, yang lain tu semua adalah tiruan?"

"Betul tu abang Fely" balas Emmy. Lalu dia berkata lagi "Kalau abang topi oren gunakan kuasa dia untuk keluarkan pecahan dia.. pecahan itu akan keluar juga tapi yang membezakannya nanti adalah kuasa. Pecahan abang topi oren sekarang ini tiada kuasa tapi kalau abang topi oren gunakan jam kuasa itu untuk keluarkan pecahan abang topi oren, ianya akan ada kuasa"

"Adeh.. pening kepala Lily dengan penjelasan Ammy tadi.. Tak faham"

"Lily tak faham pun takpe, aku pun tak faham juga" kata Gempa kepada Lily

Wajah Lily terus berseri-seri sambil perhatikan Gempa. Hati dia berbunga-bunga bagaikan orang pertama kali jatuh cinta. Fang naik bosan melihat Lily. Lalu dia bertanya kepada Emmy

"Kalau abang Fely yang makan pil tu, nanti ada satu lagi kembar macam aku ke?"

"Ha ah abang Fely tapi pil tu khas untuk abang topi oren sahaja.. maaf yea" Emmy tersengih sedikit "Nampaknya banyak lagi Emmy kena baiki dengan pil tadi tu"

"Jadi, berapa lama mereka akan berada di sini?"

"Hmmm... mengikut data yang Emmy terima" Emmy melihat semula data yang tertulis di dalam alat imbasannya "Selama 3 jam sahaja mereka akan muncul. Lepas tu, dia orang akan hilang"

"WHAT?! 3 JAM SAHAJA!" Lily buat muka terkejut "Gempa-chan! Jom kita dating sekarang juga!"

"Err.. takpelah Lily, saya nak kena jaga kembar-kembar saya yang lain ni"

"Ala Gempa, pergi ajelah. Aku kan ada dekat sini" Halilintar tolak kedua bahu Gempa untuk pergi berdiri di sebelah Lily "Korang berdua pergilah dating puas-puas yea"

"Kau jangan nak buat hal pula, Halilintar" tegur Gempa

"Jangan risau, aku dan Halilintar akan pastikan-"

BOOM!

Bunyi meletup berlaku di dalam makmal itu. Bunyi itu datang di tempat Solar sedang membuat experiment dengan pelbagai bahan-bahan kimia. Muka dia penuh dengan kesan-kesan hitam. Solar terbatuk-batuk sedikit dan tangan dia mengibas-gibas kerana asap-asap putih di sekeliling kepala dia. Rupanya experiment dia tadi telah di ganggu oleh seseorang iaitu Blaze

"Hehehe.. maaf Solar. Aku cuma terpukau dengan warna-warna air dekat dalam balang ni. Lepas tu kau campur air-air tu, aku pun ikut sekali.. tiba-tiba terus meletup tapi letupan tadi menghasilkan warna-warna pelangi!"

"Ada juga nak kena dengan aku ni" bisik Solar "Bukan ke kau sepatutnya main dengan Thorn dan Taufan dekat istana belon tu! Apasal kau menyibuk dekat sini! ROSAK EXPERIMENT AKU!"

"Sabar Solar sabar" kata Gempa "Kau tahu ajelah Blaze tu suka bermain. Dia macam Thorn dan Taufan juga tapi mana dia orang?"

Thorn dan Taufan tidak kelihatan di tempat istana belon. Mereka berdua sedang bermain dengan seekor alien hijau iaitu Picu. Setiap kali Thorn picit kepala Picu, alien hijau itu akan keluarkan bunyi halus. Mereka berdua begitu seronok sekali memicit kepala Picu tetapi alien hijau itu tidak terasa marah. Dia kelihatan lebih suka. Solar pula, dia sudah halau Blaze dari tempat dia membuat experiment. Sesiapa sahaja tidak boleh membuat bising atau menganggu dia. Jika tidak, dia akan hilang sabar. Blaze terus merajuk dan pergi menyertai Thorn dan Taufan semula

"Hmm.. macam kanak-kanak ribena betul dia orang ni" kata Halilintar sambil bersilang tangan

"Tahu takpe" Fang setuju dengan kata-kata Halilintar tadi "Aku dan kau sentiasa nampak cool tapi.. kalau tentang popular, aku tetap nombor satu! Hahaha"

"LANDAK PERASAN!" Jerit Lily

"Senyaplah kau" bisik Fang. Lalu dia terpandang Boboiboy sedang duduk di atas kerusi dengan muka kemurungan dia

"Kau kenapa Boboiboy?"

"Takde apalah Fang" balas Boboiboy

"Habis tu, apasal kau nampak sedih aje? Sebab Lily nak berdating dengan Gempa ke?"

"Aku tak sedih pasal tu pun" Boboiboy mengeluh sedikit "Aku sebenarnya sedih sebab KENAPA 3 JAM SAHAJA! WHY EMMY-CHAN WHY!"

Fang berikan renungan begitu lama kepada Boboiboy. Adakah virus Lily sudah tersebar masuk ke dalam badan Boboiboy? Dia perlu selamatkan kawan baik dia sebelum semuanya terlambat. Dia tidak sanggup mempunyai seorang lagi kawan berkelakuan pelik seperti Lily. Cukuplah seorang sahaja bukan beribu-ribu kawan pelik. Dia sendiri boleh hilang sabar dengan perangai Lily. Lalu Fang ketuk kepala Boboiboy dengan senaskah buku tebal

"Wei! Apasal kau ketuk kepala aku?"

"Entah si landak ni. Kasihan tau dengan kepala comel my BBB-CHAN! Tapi... WHY AMMY-CHAN WHY! KENAPA 3 JAM SAHAJA!" Lily goyang-goyangkan kepala Gempa sambil menjerit dan meroyan kerana tidak puas hati "WHY AMMY-CHAN! WHY!" Pening kepala Gempa

"Grrr... ada juga nak kena sepak dengan aku ni" bisik Fang

"Aku nak join sepak sekali, boleh?"

"Boleh" jawab Fang kepada Halilintar "Tapi kau nak sepak siapa dulu? Si Boboiboy tu atau si pelik tu?"

"Aku sepak diri aku sendiri si Boboiboy tu lah.. hehehe" Halilintar terus tersenyum sinis. Fang angguk kepalanya kerana setuju dengan Halilintar "Seronok juga dapat sepak diri aku tu"

"Aduh.." Gempa tepuk dahi dia sendiri "Korang ni dah kenapa.. main sepak-sepak orang pula. Halilintar, janganlah kau terikut-ikut perangai Fang ni. Tak pasal-pasal kena hukuman dari abang Kaizo"

"Ala, yang kena nanti mesti si Fang. Aku mesti dah hilang lepas tu"

"Tak guna punya kawan" Fang bermasam muka selepas itu "Takpe-takpe, nanti aku suruh si Emmy buat pil baru lagi.. lepas tu aku balas dendam balik dekat kau"

"Korang jangan buat bising boleh tak" Nada Solar agak menakutkan pada ketika itu. Dia nampak seperti marah kerana kebisingan mereka tadi "Aku cuba nak belajar dekat sini tapi ada sahaja bunyi-bunyi yang boleh menganggu diri aku sedang asyik belajar!"

"Wei, jom kita pergi ke tempat lain" Gempa tolak kedua bahu Halilintar "Takut pula aku tengok muka si Solar tu, macam nak makan orang"

"Jom jom.. Solar-chan, belajar elok-elok!" kata Lily sambil berikan kata-kata semangat kepada Solar "Jangan marah-marah tau.. hehehe.. nanti cepat tua, lepas tu muka tak cute dah. Hilang popularity Solar nanti"

Boboiboy, Halilintar, Gempa, Fang, Emmy dan Lily tinggalkan Solar di meja experiment. Solar sambung semula membaca buku-buku tentang kimia. Dia tidak perasan bahawa Blaze mengambil satu bekas yang mengandungi air berwarna merah. Lalu dia pergi menyertai semula Thorn dan Taufan. Dia ingin menggunkan air itu ke atas diri Picu. Dia ingin melihat jikalau ada apa-apa berubahan terjadi pada diri alien hijau tersebut

"Mana Ice yea? Bukan dia tadi ada dekat dapur ke?" tanya Gempa apabila mereka semua sudah berada di dalam dapur makmal

"Dia ada dekat situ" Jari Halilintar tunjuk di mana Ice berada sekarang ini

Ice kini berada di sebelah istana belon. Dia sedang duduk rilek di dalam sebuah kerusi malas dalam bentuk bean bag. Separuh badan dia seperti tenggelam ke dalam kerusi tersebut. Mata dia tertutup rapat tetapi mulut dia sedang sibuk menghirup air chocolate sejuk menggunakan batang straw. Mereka tidak tahu samada Ice pada ketika sedang tidur ataupun tidak? Dia kelihatan tenang sahaja walaupun ada kebisingan sebentar tadi

"WAH! ALIEN NI JADI DUA LAH!" jerit Blaze

Emmy menjadi cemas seketika. Dia bergegas lari ke tempat Blaze berada sekarang ini. Wajah dia berubah apabila mata dia melihat dua Picu di atas meja. Lalu Blaze berikan beberapa lagi titisan air merah tadi ke atas diri Picu. Alien hijau itu mula mengeluarkan beberapa alien hijau lagi. Thorn dan Taufan berasa seronok melihat alien hijau semakin banyak dan mereka dengan bahagianya, memicit setiap kepala alien hijau itu. Setiap alien tersebut akan mengeluarkan bunyi yang berlainan

"ABANG TOPI MERAH! BERHENTI!" Jerit Emmy dengan nada cemasnya

"Kenapa? Aku ada buat salah ke?"

"Ada abang topi merah" balas Emmy "Air tu adalah salah satu kompenen untuk membuat pil yang Emmy berikan kepada abang topi oren tapi... tapi..."

Emmy menjadi lebih cemas apabila Picu-Picu sekalian mula melompat-melompat dan bergerak untuk keluar makmal itu. Di bahagian atas mereka pula, terdapat Taufan dan Thorn sedang baring di atas mereka. Ianya bagaikan mereka di angkat oleh Picu-Picu sekalian. Mereka berdua rasa diri mereka di bawa ombak lautan Picu. Blaze bertepuk tangan sambil mengarah mereka untuk keluar dari makmal itu. Mereka bertiga ingin bermain dengan alien-alien itu di luar rumah. Emmy rasa sesak nafas kerana dia tidak dapat mengawal keadaan. Boboiboy terus memimpin kedua tangan Emmy untuk dudukkan dia di atas kerusi

"Emmy ok ke?" soal Boboiboy

"Ammy nak air?"

"Terima kasih kakak Milly tapi Emmy tak nak air.." jawab Emmy. Dia mula bernafas seperti biasa "Emmy cuma nak kamu semua kumpulkan Picu-Picu tu semula dan bawa masuk ke sini sebab... air itu tadi akan membuat Picu membiak lagi setiap 1 jam. Picu-Picu itu tidak akan hilang seperti abang-abang sekalian. Ianya akan membiak dan membiak dan tidak berhenti membiak. Selamanya akan membiak!"

"Jadi maksudnya Picu akan keluarkan satu lagi Picu dan akan menjadi beribu-ribu Picu dan pulau ini akan dipenuhi dengan Picu-Picu sekalian!"

"Betul tu kakak Milly"

Lily mula rebahkan dirinya tetapi diri dia sempat di sambut oleh Gempa. Berdebar-debar jantung Lily apabila dia mendongakkan kepalanya dan ternampak senyuman Gempa yang memukau itu. Dia terasa diri dia berada di dalam sebuah drama korea. Boboiboy, Halilintar dan Fang gelengkan kepala sahaja. Fang terus berpura-pura batuk

"Wei, sekarang ini kita kena pergi kumpulkan balik Picu-Picu tu semula dan bawa mereka ke sini"

"Betul tu abang Fely" Emmy mula bangunkan diri dia "Emmy akan buatkan satu formula untuk hilangkan Picu-Picu tu semua"

"Tapi.. janganlah hilangkan Picu original.. nanti kak Lynna sedih sebab alien perliharaan dia hilang" Lily mula berdrama "Alien itu adalah pemberian dari abang Kaizo kepada kak Lynna.. sepatutnya untuk adik dia yang serba landak itu tetapi, dia rasa sang buah hati dia lebih layak menerima alien hijau bernama Picu itu.. apasal Lily teringat dekat Pizu yea" Dia mula garu-garu kepalanya

"Mungkin sebab nama dia seakan-akan seperti Picu" jelas Boboiboy "Baiklah-" Tiba-tiba Gempa mencelah kerana diri dia selalu dijadikan sebagai ketua pasukan

"Baiklah, Emmy siapkan formula itu. Biar kita orang pergi kutip satu per satu alien hijau itu. Kita juga perlukan satu bekas khas untuk mengumpul mereka semua supaya ianya tidak lari. Kita berpecah supaya kerja ini menjadi lebih senang. Kalau boleh, panggil sekali Yaya, Ying dan kawan-kawan kita yang lain. Jangan tinggalkan satu pun. Faham semua?"

"FAHAM!"

"Lily faham Gempa-chan!" Lily berikan tabik hormat kepada Gempa, seolah-olah sang remaja lelaki itu seorang kapten yang berwibawa

"Emmy akan berikan beberapa bekas untuk mengisi Picu-Picu.. kalau dah penuh, datang ke sini dan tuangkan ke dalam bekas besar tu" Emmy tunjukkan sebuah kotak lutsinar yang besar dan tinggi dia sampai mencecah siling makmal "Kita kumpulkan kesemua Picu dalam kotak itu. Jangan risau, Picu tidak boleh pecahkan kotak itu kerana ianya mempunyai kaca yang tebal. Memang susah nak dipecahkan" ujar Emmy

Satu per satu Emmy berikan sebuah beg lutsinar. Beg itu juga mempunyai mesin seperti vakum. Mereka akan vakumkan satu per satu alien hijau itu untuk masuk ke dalam beg tersebut. Di tepi beg itu, terdapat satu saluran penyedut untuk mereka sedut alien hijau itu. Mereka semua memakai beg vakum itu kecuali Solar dan Ice

"Solar, kau tak nak tolong ke?"

"Aku memang nak tolong tapi.. lebih elok aku bantu si Emmy untuk siapkan formula itu" kata Solar kepada Gempa "Lagipun, bolehlah aku belajar serba sikit tentang kimia dari si gadis genius ini"

"Hmm.. ok!" Gempa mengalih pandangan dia ke Ice pula "Adeh.. dia dah tidur pula"

"Kau nak aku kejutkan dia ke?" tanya Halilintar

"Tak perlulah kot. Biarlah dia tidur" kata Gempa "Marilah kita pergi.. lagi lama kita berborak, lagi bertambah banyak alien-alien itu nanti"

"Nama alien tu ialah Picu tapi... janganlah hilangkan Picu sekali"

"Kakak Milly jangan risau, Emmy tidak benarkan Picu hilang sekali"

"Semua sudah bersiap sedia?" soal Gempa dengan penuh semangat

"SUDAH!"

"Mari kita pergi kumpulkan Picu Picu sekalian!"

Gempa terus lari keluar dari makmal itu bersama Boboiboy, Halilintar, Fang dan juga Lily

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ochobot sedang sibuk mengemas pinggan-pinggan yang baru dibasuh. Dia menyusun pinggan-pinggan itu dalam kabinet yang sudah tersedia di dalam kedai Tok Aba. Pelanggan pada hari itu, tidaklah seramai mana. Dia juga tidaklah sesibuk mana. Rizu dan Idoli seperti biasa, mereka akan menolong Tok Aba apabila mereka mempunyai masa lapang. Kaizo dan Lynna tiada di bumi pada ketika itu. Mereka berdua kini berada di stesen TAPOPS kerana mereka telah dipanggil oleh Kommander Kokoci. Faye dan Bella pula, mereka berdua ada di bandar Pulau Rintis. Sepatutnya Lily keluar berjalan-jalan dengan mereka berdua tetapi dia terus menyimpang masuk ke dalam rumah Emmy. Mata dia terpandang Boboiboy pada ketika itu, dan terus mengikut si remaja bertopi oren itu. Boboiboy dan Fang tidak sedar mereka telah diekori oleh Lily pada ketika itu. Yaya dan Ying pula, mereka berdua sedang mengulangkaji di tepi pantai. Mereka beralih arah pula dari rumah Yaya ke kedai Tok Aba dan sekarang berada di pantai pula. Sementara Gopal pula, dia sedang menuju ke kedai Tok Aba kerana tekak dia teringinkan Ice Blended Chocolate

"Tok Aba! Ada pelanggan cantik ni nak makan ice cream chocolate double scoop!"

"Baik Idoli!" jawab Tok Aba sambil keluarkan mangkuk ice cream dari ruang kabinet "Bagus betul Idoli tolong Tok Aba hari ini"

"Hehehe.. Idoli memang bagus pun! Tapi bukan Idoli seorang sahaja.. abang Rizu pun tolong juga"

"Betul betul!" muncul Rizu di sebelah Idoli "Nah Tok Aba, duit pelanggan tadi. Dia bayar air dan makanan dia"

Sejuk hati Tok Aba melihat dua anak kecil menolong dia di kedai. Alangkah indahnya jikalau Boboiboy datang menolong dia juga pada hari itu. Adakalanya, Boboiboy akan tolong tetapi jikalau dia sibuk dengan hal-hal lain, hanya Tok Aba dan Ochobot sahaja di kedai. Kadang-kala, Stylebot ada membantu mereka berdua

"TOK ABA!"

Tok Aba hampir jatuhkan mangkuk kaca dia kerana jeritan dari seseorang iaitu Taufan. Dia terkejut melihat Taufan berada di situ bersama dengan Thorn. Mereka berdua tersenyum lebar sehingga nampak kesemua gigi-gigi mereka. Tiba-tiba meja kaunter kedai itu di naiki dengan alien-alien hijau. Semuanya sedang melompat-lompat naik ke atas meja kaunter tersebut

"KE-KENAPA BANYAK SANGAT PICU NI?" Mata Idoli terkejut melihat Picu mempunyai kembar yang begitu ramai

"Apa yang terjadi ni?" Tok Aba cuba menghalau alien-alien hijau itu dari meja kaunternya "Taufan, Thorn.. cuba jelaskan kepada atuk apa yang terjadi ni?"

"Kita orang cuma nak main-main dengan dia orang ni. Alien ni comel sangatlah, Tok Aba" kata Taufan "Dekat Blaze pun ada alien-alien hijau ni juga tapi dia bawa ke tempat lain"

"Macam mana Picu boleh jadi banyak macam ni?" soal Ochobot

"Sebab Blaze bubuh air merah banyak sangat.. tak tahulah air apa, tapi nampak macam air sirap aje" kata Thorn sambil garu-garu kepalanya "Blaze cakap, kalau kita minum, nanti kita jadi banyak macam alien ni tapi dia pergi tuang air tu sampai habis. Tak sempat Thorn nak minum"

"Aik, apasal kau nak minum air tu?"

"Sebab aku pun nak ada kembar ramai-ramai macam alien ni!" jawab Thorn kepada Ochobot

"Aduh.. cucu aku sorang ni" Mengeluh Tok Aba "Kau tu sudah ada kembar-kembar yang lain, apasal nak lagi kembar kau sendiri?"

"Sebab kalau saya ada kembar seperti diri saya, semuanya satu kepala! Boleh kita orang huru-harakan keadaan!"

"Boleh pulak dia fikir macam tu" bisik Ochobot

"Sekarang ni, siapa nak buang semua Picu Picu ni"

"ERK! TOK ABA NAK KITA ORANG BUANG SEMUA PICU PICU NI!" Idoli terus peluk Picu Picu sekalian, sebanyak mana yang dia mampu "Jangan buang mereka! Idoli sayangkan Picu! Kita hantar dia orang balik ke planet asal dia orang kecuali Picu yang asli"

"Picu yang asli" Taufan teringat balik kali pertama dia bertemu dengan Picu "Rasanya.. Picu yang asli ada dekat dalam topi aku" Dia membuka topi biru pekatnya, ternyata Picu yang sebenarnya ada di dalam topi itu

"PICU!" Idoli menangis kerana gembira dapat tahu Picu yang asli masih selamat "Picu! Idoli sayang sangat dengan Picu tapi ada ramai-ramai Picu ni, rasa seronoklah pula! JOM KITA MAIN!"

Idoli berubah menjadi seekor anak kucing. Picu Picu sekalian melompat-lompat dan lalu mereka semua pergi berkejaran di sekeliling kedai Tok Aba. Anak kucing seronok di kelilingi dengan alien-alien hijau. Mereka melompat, berguling, meloncat ke sana ke sini sehingga membuatkan Picu yang asli, terasa rindu dengan perkampungan dia. Muka Picu berubah menjadi sedih sedikit

"Kenapa dengan Picu?" Ochobot angkat Picu dari kepala Taufan "Muka dia sedih aje"

"Hmm... mungkin dia sedih sebab dia tak dapat pergi bermain kot" jawab Taufan "Ataupun dia sedih sebab diri dia bukan lagi seekor alien pelik di planet bumi ini"

"JANGAN RISAU PICU! THORN AKAN BAWA PICU JUMPA KELUARGA PICU! Tapi.. planet dia dekat mana?" Thorn tersengih sambil melihat wajah Picu yang comel itu "Tapi... Picu jangan sedih, Picu anggap sahaja Picu Picu dekat sini adalah kembar Picu sendiri! Lagi banyak, lagi best! Macam Thorn dan kembar-kembar Thorn.. hehehe"

"Hmm... kembar sementara ajelah" bisik Ochobot "Mana kembar kau yang lain?"

"Dekat makmal Emmy lagi kot tapi yang peliknya... si Boboiboy yang original ada lagi! Walaupun kita orang ada!" jawab Thorn dengan penuh semangat "Jadi bukan kembar 7 tapi kembar 8! Best best!"

"Eh.. macam mana boleh macam tu?" Soal Ochobot "Jam kuasa buat hal ke?"

"Dia orang kata sebab pil yang Emmy buat" jawab pula Taufan "Hehehe... kasihan Boboiboy jadi bahan uji kaji"

Tiba-tiba Picu Picu sekalian menjadi huru-hara kerana mereka di sedut ke dalam sebuah alat vakum. Idoli menjadi cemas apabila satu per satu alien hijau itu ditarik masuk oleh vakum itu. Suasana kedai Tok Aba terus menjadi hirup-pikuk. Picu-Picu itu melompat dan melantunkan diri mereka untuk selamatkan diri dari disedut masuk oleh vakum itu. Boboiboy dan Fang adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengumpul kesemua Picu tersebut. Lautan ombak Picu melompat pergi dari situ untuk menyelamatkan diri mereka dari dua remaja itu. Para pelanggan yang ada di situ, teruja melihat apa yang berlaku di kedai Tok Aba. Ada yang sempat merakamkan video tentang kejadian tersebut

"BOBOIBOY!" Jerit Ochobot yang masih lagi memegang Picu di tangan kanannya "Kenapa kau pergi sedut dia orang?"

"Sebab kita orang kena kumpul dia orang dan bawa balik ke makmal Emmy. Mengikut kata Emmy, dia orang akan membiak setiap satu jam. Kalau tidak, habislah pulau ini penuh dengan Picu" Boboiboy terpandang Picu yang asli di tangan Ochobot "Hah! Picu tu pun nak kena sedut dengan vakum ni"

"Eh jangan, ini Picu yang original punya" kata Ochobot

"Ohhh... kalau macam tu, kau jaga yang tu, kita orang pergi tangkap yang lain. Jom Fang!"

"Elok-elok tangkap kembar-kembar Picu tu, jangan dia membesar macam hari tu sudah. Habis Pulau Rintis ni nanti"

"Baik Tok Aba!" kata Boboiboy dan Fang secara serentak

Kedua remaja lelaki itu terus mengejar alien-alien hijau tersebut. Idoli pergi sorokkan mereka semua di tempat yang Boboiboy dan Fang tidak tahu. Taufan dan Thorn tidak pergi menolong kerana mereka sibuk memesan beberapa makanan di kedai Tok Aba. Manakala Rizu pula, dia meminta izin dahulu sebelum pergi menolong abang angkatnya

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo dan Lynna baru sahaja tiba di Pulau Rintis beberapa minit yang lalu. Mereka berada di stesen kapal angkasa TAPOPS. hanya sekejap sahaja. Setelah kommander Kokoci habis berbincang sesuatu dengan mereka berdua, Kaizo dan Lynna terus pulang ke bumi. Semasa mereka dalam perjalanan ke bandar, lautan alien-alien hijau melintas di hadapan mereka berdua. Kaizo dan Lynna melihat sahaja alien-alien hijau itu melompat pergi. Di belakang alien-alien hijau itu pula, ada seorang remaja yang mereka kenali sedang mengejar alien-alien tersebut. Dia memakai sebuah beg lutsinar dan di dalam beg itu terdapat alien-alien hijau tersebut

"Itu macam Boboiboy Gempa"

"Dan kenapa si Gempa kejar kembar-kembar Picu?" soal Kaizo

Lalu mereka berdua pandang satu sama lain. Ada apa-apa terjadi sewaktu mereka di stesen TAPOPS? Kebetulan, mereka berfikiran yang sama. Gempa terus berhenti di hadapan mereka. Mata dia terkebil-kebil melihat Kaizo dan Lynna

"Eh.. abang Kaizo dan kak Lynna buat apa dekat sini? HAH! KORANG PERGI DATING YEA!"

Berkerut-kerut dahi Kaizo

"KAMI BUKANNYA PERGI BERDATING!" Gempa terus berdiri tegak seperti askar kerana takut dengan suara garang Kaizo "Kami berdua baru sahaja tiba di sini. Kami ingin pergi makan dahulu di bandar sebelum Lynna pulang ke KL"

"Ohhh... tapi.. macam..." Gempa tersengih seketika kepada Kaizo. Lalu dia teringat balik apa yang dia perlu lakukan ketika itu "ALAMAK! Saya kena pergi dulu! Nak kena tangkap si alien-alien hijau tu!"

"Kenapa dengan Picu tu?"

"Dia membiak dengan banyak!" jawab Gempa kepada Lynna

Gempa tidak menjelaskan lagi kepada Kaizo dan Lynna kerana dia sudah pergi lari untuk menangkap kembar-kembar Picu tersebut

"Membiak? Picu beranak ke?"

"Entahlah Kaizo, aku sendiri pun tidak boleh menjawab soalan kau tu tapi... aku curiga betul dengan jantina si Picu tu. Dia betina ke jantan?"

Lalu mereka berdua pandang satu sama lain sekali lagi. Mereka ketawa seketika di situ dan lalu pergi untuk menolong Gempa menangkap kembar-kembar Picu yang begitu ramai itu. Tidak jauh dari situ, Lily memanggil kembar-kembar Picu dengan nyanyian dia yang tidak begitu sumbang. Kembar-kembar Picu itu melompat-lompat mengikut Lily dari belakang seperti mereka mengikut ketua mereka sendiri. Bella dan Faye terserempak dengan Lily sedang nyanyi dengan riang-rianya

"Mari Picu Picu sekalian! Kita melompat-lompat ke rumah Ammy!"

Alien-alien hijau itu melompat lagi tinggi dan tidak rasa ragu-ragu dengan ketua mereka. Lily menyanyi lagi sehingga ada Picu yang bersembunyi, keluar dari tempat persembunyian mereka untuk menyertai kembar mereka yang lain. Bella dan Faye tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, mereka pergi mengikut Lily untuk mengetahui apa yang terjadi. Kebetulan pada ketika itu, Yaya terbang di atas mereka kerana dia dan Ying juga menyaksikan lautan Picu sedang melompat-lompat di tepi pantai

"Bella! Faye! Kenapa banyak sangat Picu?" Yaya mendarat di tepi Bella

"Tak tahulah Yaya!" balas Faye "Itu kita orang ikut si Lily tu. Mungkin dia tahu cerita yang sebenarnya"

"Ok!" kata Yaya "Tadi aku nampak Halilintar dekat tepi pantai. Dia macam nak tangkap kembar-kembar Picu ni tapi.." Yaya tergelak sedikit "Peminat dia pula yang asyik kejar dia. Kasihan Halilintar. Jadi Ying terpaksa pergi tolong si Halilintar tu, sementara aku pula pergi siasat apa yang berlaku"

"Jadi begitulah ceritanya" Bella angguk kepalanya sebagai tanda faham "Baiklah! Mari kita bantu mereka tapi.. berapa banyak Picu yang ada dekat pulau ni"

"Banyak tu banyaklah juga" muncul Boboiboy di sebelah Bella. Beg dia penuh dengan alien-alien hijau dari bawa sehinggalah ke bahagian atas. Mata mereka pejam kelip, pejam kelip sambil melihat dunia luar "Beg aku ni pun dah penuh. Aku kena pergi kumpulkan kesemua Picu ni dekat makmal Emmy"

Yaya, Bella dan Faye ternganga seketika kerana selama ini, Boboiboy tidak pernah muncul sekali bersama pecahan dia yang lain. Kalau paling dekat dengan personality Boboiboy ialah Gempa. Mata Boboiboy terkebil-kebil melihat wajah mereka yang penuh musykil. Lalu Yaya berkata sesuatu

"Macam mana kau boleh muncul pula, Boboiboy? Kau sudah bercantum balik ke? Aku nampak pecahan kau si Halilintar dekat pantai tadi"

"Pas tu aku dan Bella ada nampak Gempa tengah kejar kembar-kembar Picu sebelum kita orang bertembung dengan Lily"

"Betul tu Faye" kata Bella "Cepat betul kau gabungkan diri kau semula"

"Err.." Boboiboy tersengih sedikit "Sebenarnya panjang cerita dia.. pecahan-pecahan aku memang ada dekat sini tapi aku tak gunakan kuasa aku. Emmy yang bagi aku satu pil ni, terus pecahan-pecahan aku muncul"

"Maknanya, ada lapan Boboiboy dekat pulau ni?"

Boboiboy angguk kepalanya kepada Yaya sambil tersengih lagi. Suasana terus berubah apabila datang satu bunyi riuh-rendah datang dari belakang mereka. Satu per satu daripada mereka, menoleh kebelakang untuk melihat apa yang berlaku. Fang sedang mengejar kembar-kembar Picu sambil menjerit dengan ganasnya. Rizu ada di belakang abang angkatnya sambil menjerit sesuatu

"WOI PICU! MARI SINI KAU!" jerit Fang dengan garangnya

Alien-alien hijau itu kelihatan cemas. Mereka melantun-lantun dari permukaan jalan ke dinding tembok pagar dan ada juga yang berguling-guling untuk selamatkan diri mereka daripada di sedut oleh vakum milik Fang

"DINDING BAYANG!"

Fang menghalang alien-alien hijau itu dengan menggunakan kuasa bayangnya. Alien-alien itu berhenti melompat dan lalu mereka berpatah balik tetapi Fang dengan pantasnya, mengepung mereka dengan mengeluarkan satu lagi dinding bayang. Mereka menjadi cemas dan terus melantun-lantun di dalam perangkap itu. Mereka kelihatan takut dan menggigil sedikit. Mereka tidak boleh melompat keluar kerana di bahagian atas juga sudah tertutup dengan kuasa bayang

"WAHAHAHAHA! SENANG KERJA AKU UNTUK TANGKAP KORANG!"

Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Dia tidak tahu apa yang tidak kena dengan kawan dia sendiri. Bella seperti ingin baling sesuatu ke arah kepala Fang. Dia hanya mahu sedarkan Fang supaya tidak berkelakuan ganas terhadap semua makhluk, termasuklah alien pelik. Yaya mencekak pinggang sambil mengelengkan kepalanya. Manakala Faye pula, dia tidak berkata apa. Hanya hati dia berbisik agar kembar-kembar Picu itu dalam keadaan selamat. Fang melangkah masuk ke dalam perangkap itu dengan tangan dia sudah bersiap sedia dengan mesin vakumnya. Mereka di luar boleh dengar gelakan Fang seperti orang gila

"Fang ni.. memang takde belas kasihan langsung"

"Abang Fang memang macam tu. Pizu cakap jangan kejam sangat tapi dia tetap tak nak dengarlah" Rizu muncul di sebelah Yaya

"Tahu takpe, Rizu" kata Boboiboy "Baik aku pergi tengok si Fang itu. Entah apa dia akan buat nanti dekat kembar-kembar Picu tu"

Perangkap bayang itu mula hilang. Tiada seekor Picu pun yang ada di situ. Semuanya sudah diserap masuk ke dalam beg lutsinar itu. Fang berikan gaya berlagaknya kepada kawan-kawan dia. Senyuman berlagak dia membuatkan Bella rasa menjengkelkan. Lalu dia bayangkan diri dia sedang menghempuk kepala Fang dengan meja kayu

"Kau ni Fang, kau tak rasa kejam sangat ke kau buat dekat Picu-Picu tu?"

"Mana ada kejam" jawab Fang kepada Boboiboy "Aku rasa biasa aje.. hehehee.. lagipun beg aku sudah penuh dengan hijau-hijau ni. Jom kita hantar dekat makmal Emmy"

"Agaknya, yang lain macam mana yea?" bisik Boboiboy

Adakah pecahan dia yang lain berjaya menangkap kesemua Picu? Adakah mereka tertinggal mana-mana Picu yang ada di sekitar kawasan itu? Pelbagai soalan timbul di dalam kepala Boboiboy. Mereka tidak membuang masa lagi, terus menghantar Picu-Picu yang sudah di tangkap ke makmal Emmy

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Halilintar rasa geram pada ketika itu kerana dia tidak dapat mengunakan kuasanya untuk menangkap alien-alien hijau itu di tepi pantai. Dia memang tiada kuasa dan Ying terpaksa menggunakan kuasa manipulasi masa untuk memperlahan pergerakan alien-alien itu. Halilintar juga terpaksa menghadapi masalah lain iaitu para peminat dia. Halilintar menyuruh Ying perlahankan mereka agak dia dapat jauhkan diri dia daripada mereka

"Haiyaa... apasal peminat lu terlampau ramai sangat"

"Manalah aku tahu" jawab Halilintar secara ringkas "Mungkin aku watak paling popular rasanya"

"Baik jangan sebut pasal popular, nanti si Fang muncul pula"

"Biarlah dia muncul" Halilintar menyedut masuk beberapa Picu yang sedang bergerak secara perlahan "Dia tu hantu popular. Entah apa yang best sangat jadi popular"

Angin kencang mula bertiupan di situ. Pokok-pokok kepala mula bergoyang-goyang. Topi merah hitam Halilintar terus ditiup angin. Ianya melayang ke tempat lain. Ying gunakan kuasa dia untuk memperlahankan gerakan topi. Lalu dia melompat dan mencapai topi tersebut

"Wah, hebat betul Ying"

Halilintar dan Ying menoleh kebelakang. Lynna dan Kaizo tiba di situ bersama dengan seorang lagi pecahan Boboiboy iaitu Gempa

"Hehehe.. ala kak Lynna, saya tidaklah sehebat kak Lynna" kata Ying dengan perasaan malu "Kak Lynna dan abang Kaizo buat apa dekat sini?" Lalu dia menjenguk sedikit di belakang mereka. Dia melihat Gempa sedang mengejar segelintir kembar-kembar Picu di sekitar pantai

"Kita orang nak tolong kamu semualah" jawab Lynna sambil tunjukkan sebuah radio kecil kepada Halilintar

Lynna dan Kaizo sebenarnya perhatikan Lily ketika dia sedang mengumpul kesemua kembar-kembar Picu. Alien-alien sang kecil itu sangat suka dengan sebuah melody lagu yang tenang. Mereka akan kelihatan tenang di dalam keseronokan itu. Dari situ mereka berdua mendapat idea bagaimana untuk kumpulkan kembar-kembar Picu secara mudah. Kaizo ada juga berikan cadangan untuk umpan mereka dengan buah tetapi ianya memerlukan duit yang banyak untuk beli buah yang banyak. Jadi mereka hanya gunakan alunan muzik yang tenang. Lynna memasang sebuah lagu yang tiada penyanyinya. Kembar-kembar Picu itu berhenti seketika lalu pergi melompat-lompat ke arah alunan muzik yang mendayu-dayu

"Wah! Suka betul mereka dengan muzik tu"

"Betul tu Ying" kata Lynna. Bibir dia tersenyum melihat kembar-kembar Picu berdiri sambil hayunkan diri mereka ke kiri dan ke kanan kerana alunan muzik itu

Gempa tidak sangka alien-alien hijau itu boleh duduk diam begitu sahaja. Lagipun, ianya memudahkan kerja mereka untuk membawa pulang alien-alien itu ke makmal Emmy. Hanya pasangkan lagu yang mereka suka, dan alien-alien itu akan ikut sahaja. Mereka belum lagi dapat tangkap kembar-kembar Picu yang berada dengan Blaze. Mereka tidak tahu di mana Blaze berada sekarang

"Kamu semua, bawa radio ini terus ke makmal Emmy. Jangan tutup lagu ni pula. Kalau tidak dia akan lari"

"Kak Lynna nak pergi mana pula?" tanya Gempa dengan perasaan curiga terhadap Kaizo dan Lynna

"Akak dan abang Kaizo nak pergi cari kembar-kembar Picu yang lain. Kami akan pastikan tiada Picu yang tertinggal" jelas Lynna "Kembar-kembar Picu ni semua ada dengan siapa lagi?"

"Ermmm... tak tahulah" jawab Gempa secara ringkas

"Mungkin mereka ada dengan Taufan, Thorn dan Blaze tapi tak tahulah kalau Boboiboy dan Fang sudah dapat tangkap alien-alien ni dekat mereka bertiga" ujar Halilintar

"Kalau begitu, biar kami berdua cari mereka" balas Lynna kepada para remaja itu "Kamu berdua, terus ke makmal Emmy. Kaizo, mari kita pergi cari kembar Picu yang lain"

"Jikalau korang berdua jumpa mana-mana kembar Picu yang ada dekat jalan tu, tangkap dan bawa sekali. Jangan sesekali lepaskan" kata Kaizo dengan nada tegasnya

"Baik abang Kaizo!" balas Gempa dan Halilintar

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Taufan dan Thorn kini berada di dalam sebuah taman rekreasi yang berdekatan dengan bandar Pulau Rintis. Mereka ke taman itu selepas sahaja mereka berdua selesai menjamu selera di kedai Tok Aba. Kebetulan mereka bertemu dengan Blaze dan para kembar Picu di taman itu. Kembar-kembar Picu itu sedang melompat-lompat di taman permainan. Segelintir kanak-kanak kecil yang ada di situ, bersuka ria dengan alien-alien hijau tersebut. Ada yang ingin membawa balik kembar Picu untuk dijadikan haiwan peliharaan. Blaze terus benarkan si anak kecil itu membawa pulang kembar Picu tersebut. Kanak-kanak itu melompat gembira kerana mendapat seekor alien sebagai haiwan peliharaan. Hati Blaze rasa seronok melihat kegembiraan kanak-kanak itu

"Wah, senyum kau sampai ke pipi" tegur Taufan

"Mestilah.. aku rasa seronok tengok budak tu dapat bela seekor alien dari planet lain" kata Blaze yang sedang menahan air matanya "Korang berdua buat apa dekat sini?"

"Saja!" kata Thorn "WAH! SERONOKNYA TAMAN PERMAINAN NI! PICU-PICU SEKALIAN! JOM MAIN!"

Thorn berlari mengejar Picu-Picu di dalam taman permainan itu

"Taufan, mana kembar-kembar Picu yang ada dekat kau?" tanya Blaze

"Hmmm..." Muka dia berubah sedih sedikit "Boboiboy dan Fang dah tangkap dia orang. Yang tinggal pun, Picu yang original. Tu pun ada dekat Ochobot. Dia tak bagi kita orang bawa dia jalan-jalan. Kasihan Picu tu"

Rupanya, penjelasan Taufan tadi tidak didengari oleh Blaze dan Thorn kerana mereka berdua sibuk bermain dengan kembar-kembar Picu. Blaze mengangkat satu per satu kembar-kembar alien hijau itu untuk turun dari bahagian atas gelongsor, terus ke bawah. Alien-alien itu bukan main seronok bermain di gelongsor itu sehingga mereka beratur supaya Blaze dapat mengangkat mereka satu per satu. Manakala Thorn pula, dia bermain katak lompat dengan kembar-kembar Picu itu. Dia mencangkung sambil melompat-lompat seperti katak. Kembar-kembar Picu itu melompat sekali mengikut Thorn. Kedua bahu dan di atas kepala Thorn, penuh dengan kembar-kembar Picu kerana mereka rasa seronok dapat beriang-ria bersama Thorn

"Cheh.. dia orang tak dengar apa yang aku cakap tadi" bisik Taufan dengan rasa sedikit marah kepada mereka berdua "WEI! BAGILAH AKU SEDIKIT PICU! AKU PUN NAK MAIN DENGAN DIA ORANG JUGA!"

Taufan melompat dan terjun ke atas lautan Picu. Tiba-tiba alien-alien hjiau itu melompat-lompat ke tepi. Taufan tidak dapat mengawal dirinya, lalu dia tersembam jatuh di atas pasir-pasir taman permainan itu. Alien-alien hijau itu mula melompat naik ke atas badan Taufan

"Adeh.. sakitnya hidung aku" bisik Taufan "Rasa menyesal pula aku pergi terjun tadi" Hidung dia merah sedikit

Thorn sudah berguling di atas rumput-rumput hijau. Dia tidak berhenti berguling sehingga tubuh badan dia berguling di atas alien-alien hijau itu. Mereka menjadi penyek seperti lempeng. Ada yang melekat di badan Thorn. Sebagai sahaja Thorn bangun, tubuh badan dia penuh dengan alien-alien hijau itu. Kembar-kembar Picu itu melekat di sekeliling tubuh badan Thorn, dari atas, sehinggalah ke hujung kaki. Hanya mata dia sahaja yang kelihatan

"Sini pun korang" muncul Lynna bersama Kaizo

"Eh.. kak Lynna ada dekat sini!" kata Thorn dengan penuh semangat "Korang buat apa dekat sini? Hah! Ini mesti nak dating kan kan kan"

"Mesti dia orang tengah berkelah dekat dalam taman ni" kata pula Taufan

"BILA MASA AKU NAK BERDATING PULA NI!" marah Kaizo

Suara garang Kaizo tadi, membuatkan kanak-kanak kecil yang berada di dalam taman permainan itu, berlari dan menangis sambil mencari ibu bapa mereka. Lynna bersilang tangan sambil berikan renungan tajam dia ke arah Kaizo

"Hehehe.. kak Lynna marah" bisik Taufan kepada Thorn

"Kenapa kak Lynna marah? Bukan ke abang Kaizo yang marah tadi" Mata Thorn terkebil-kebil melihat Taufan

"Adeh si Thorn ni" Taufan tepuk dahi dia sendiri

"Kamu bertiga, mari kita hantar balik kembar-kembar Picu ni ke makmal Emmy"

"Ala kak Lynna, kami baru nak main-main dengan dia orang" Taufan terus melutut depan Lynna dengan mata sedihnya "Picu Picu ni semua adalah kawan baik kami. Walapun baru dapat kenal sekejap sahaja, kami rasa.. diri kami amat rapat dengan mereka"

"Betul tu" Blaze juga turut melutut di depan Lynna "Bagilah kita orang main-main dengan dia orang. Saya pun kadang-kadang teringin juga nak ada alien peliharaan. Selama ini, kami tak pernah ada"

"Habis tu, si Picu yang original tu bukan alien peliharaan kita semua ke?"

"Hehehe.. itu lain cerita, abang Kaizo" Taufan tersengih sedikit "Tapi.. kalau tak boleh, kami ikut sahaja kata kak Lynna dan abang Kaizo tapi... BELANJA KITA ORANG MAKAN ICE CREAM!"

"SAYA PUN NAK ICE CREAM JUGA!" Thorn melompat-lompat tetapi alien-alien di badannya tetap melekat

Lynna tergelak sedikit melihat gelagat mereka bertiga

"Oh yea, kalau kak Lynna dan abang Kaizo nak semua ahli persatuan Picu, tadi Blaze ada bagi seekor dekat seorang kanak-kanak perempuan ni"

"Jangan risau, aku sudah pun dapatkan alien itu dari kanak-kanak tu" Kaizo tunjukkan seekor alien hijau sedang duduk diam di dalam sebuah bekas botol kecil "Aku belanja dia ice cream untuk dia serahkan alien itu kepada aku"

Thorn dengan semangatnya, dia tanggalkan seekor alien hijau itu dari badannya, lalu dia berikan kepada Kaizo

"Nak ice cream juga" kata Thorn "Kalau tak cukup satu, saya boleh berikan lagi alien-alien hijau ni"

"Ermm... apa kata kau pergi serahkan kesemua alien ini dekat makmal Emmy, baru aku suruh Lynna belanja kamu bertiga"

"KAIZO!" marah Lynna tetapi hati dia akan belanja mereka makan ice cream

"BAIK ABANG KAIZO!" kata mereka bertiga

Taufan, Blaze dan Thorn mengajak alien-alien hijau itu ke rumah Emmy dengan begitu mudah sekali. Mereka tidak perlu mengejar atau menjerit atau berkelakuan kejam seperti Fang untuk menangkap kembar-kembar Picu itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebuah bekas besar sudah terkumpulnya alien-alien hijau di dalam makmal Emmy. Mereka bertindih satu sama lain dan tidak memberontak di dalam bekas itu. Boboiboy, Halilintar, Gempa, Taufan, Blaze, Thorn, Fang dan Lily tersenyum bangga kerana dapat mengumpul kesemua kembar Picu di dalam masa yang singkat. Mereka juga berterima kasih di atas bantuan Yaya, Ying, Kaizo, Lynna, Bella, Faye dan juga Rizu, menolong mereka menangkap kesemua kembar Picu

"Saya dan abang topi putih sudah pun mencari formula untuk hilangkan kesemua kembar Picu. Ianya adalah gas berwarna putih" jelas Emmy

"GAS?" Thorn tiba-tiba buat muka terkejut "Gas tu beracun tak?"

"Err... Emmy tak tahu"

"Rasanya gas itu tidak beracun cuma gas yang kami hasilkan itu tidak mendatangkan bau busuk ataupun wangi"

"Macam mana kau tahu gas tu tidak beracun, Solar?" soal Gempa

"Sebab aku ada sembur sedikit dekat hidung Ice" jawab Solar sambil menoleh kepalanya ke arah kanan "Tengok, Ice masih ada lagi di situ. Tidur dengan tenangnya"

Ice masih lagi berada di kerusi malasnya. Dari awal sehingga sekarang dia tidak berganjak dari kerusi itu. Riak wajahnya kelihatan tenang sahaja, bagaikan dia sedang bermimpi indah. Emmy masukkan satu botol silinder ke dalam sebuah ruang yang ada di tepi bekas besar itu. Dia tutup ruangan itu dan lalu dia menekan sebuah butang hijau. Gas-gas putih tadi keluar dari botol silinder itu dan terus masuk ke dalam ruangan yang ada alien-alien hijau tersebut. Thorn menangis apabila satu per satu kembar Picu itu mula hilang dari bekas itu

"Thorn ok ke?" Lynna sentuh bahu Thorn sedikit

"Saya ok tapi... tak sanggup nak ucapkan selamat tinggal dekat dia orang" Thorn mengusap air matanya

"Lily pun sama.. GEMPA-CHAN! UWAAAAA!"

"Lily jangan sedih ok. Picu yang original masih ada lagi" Gempa tepuk-tepuk sedikit kepala Lily secara lembut "Nanti Lily mainlah dengan Picu tu"

"Ok" Lily terus menangis dengan lebih kuat lagi "UWAAAAAA! GOODBYE PICU-PICU-SAN!"

"Rasanya si pelik akan menjadi lebih sedih sebab tinggal 1 jam aje lagi si Gempa akan ada dekat sini" Fang tersenyum sinis dan tidak sabar untuk melihat reaksi Lily

"WHAT?!" Lily berguling menangis di atas lantai "GEMPA-CHAN! PLEASE DON'T LEAVE ME!"

Kaizo dan Fang hanya perhatikan Lily. Lagu alunan muzik sedih mula berkumandang di dalam makmal itu. Ianya membuatkan hati Lily menjadi bertambah sedih. Lagu itu dipasang sendiri oleh Fang kerana dia perlukan hiburan. Lalu Kaizo mengetuk kepala adiknya kerana mempergunakan perasaan orang lain sebagai hiburan sendiri

"Picu-Picu tu sudah hilang" kata Yaya "Mesti Picu akan rasa rindu dengan kembar-kembar dia tapi apa boleh buat, kalau tidak, makin ramailah kembar-kembar Picu dekat pulau ini"

Bekas besar itu sudah pun kosong. Tiada satu kembar Picu yang tertinggal di dalam bekas itu. Taufan, Blaze dan Thorn kelihatan sedih sedikit tetapi mereka telah dijanjikan oleh Lynna untuk belanja mereka semua makan ice cream. Lily mula bangunkan diri dia dan terus mengheret tangan Gempa untuk keluar dari makmal itu

"Lily.. kita nak pergi mana ni?"

"PERGI DATING!" kata Lily yang sudah berubah dari sedih, terus ke perasaan gembira "Kita hanya ada satu jam sahaja! Jom Gempa!"

"Err.. ok"

Gempa memandang kembar-kembar dia lain untuk datang selamatkan dia dari Lily tetapi, tiada seorang pun yang kisah. Boboiboy siap berikan senyuman dia kepada Gempa sambil melambai-lambai. Halilintar hanya tersenyum sinis. Solar sudah pergi memilih buku baru untuk dibaca. Taufan, Blaze dan Thorn mula mengusik ciptaan Emmy lain pula untuk dibuat main. Makin pening kepala Emmy melihat mereka bertiga. Ice seperti biasa, tidur sampai tidak ingat dunia. Lalu Emmy membawa mereka semua masuk ke dalam dunia game untuk berseronok. Manakala Kaizo dan Lynna, sambung balik dengan rancangan awal mereka iaitu pergi menjamu selera di bandar Pulau Rintis

"HAH! PERGI DATING LAH TU!" jerit Fang sebelum dia masuk ke dalam dunia game

Berkerut dahi Kaizo. Lalu dia humban adik dia ke dalam dunia game dan menyuruh Emmy mainkan game paling susah supaya adik dia tidak boleh menang di dalam permainan video game itu. Selepas itu, dia terus beredar tanpa melihat adik dia sedang menjerit-jerit di dalam game itu. Kawan-kawan Fang yang lain, terpaksa pergi menolong dia untuk selesaikan game tersebut

"Sekali lagi ada yang sebut aku pergi dating, aku bagi terus latihan tempur tahap ganas"

Lynna hanya mampu gelengkan kepala sahaja

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf semua sebab lambat sangat update :(

Maaf jikalau ada kekurangan di dalam chapter ini

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top