Kuasa
Kaizo melirik matanya ke sebelah kanan sofa yang dia sedang duduk itu. Adik dia tiba-tiba sahaja sibukkan diri untuk menyiasat tentang virus itu. Fang begitu rajin sekali membaca data-data yang terpapar di skrin laptop yang ada di atas meja ruang tamu. Lalu Kaizo tepuk kepala adiknya kerana sibuk dengan urusan dia
"ABANG!"
"Kau ni.. apasal tiba-tiba nak sibuk dekat sini? Selalunya, kau biarkan sahaja abang buat kerja abang" kata Kaizo dengan nada seriusnya
"Sebab adik nak ajar si virus tu! SANGGUP DIA CULIK RIZU! LEPAS TU DIA PERGI UBAHSUAIKAN TUBUH BADAN RIZU!"
"Dia ubahsuaikan si Rizu tu?" Fang angguk kepalanya kepada abang dia "Apa yang dia telah lakukan?"
"Hmmm.." Fang sandarkan dirinya di kerusi sofa itu "Tadi.. masa adik bawa Rizu ke makmal Emmy untuk periksa Rizu. Apa yang kita orang dapat, sebahagian tubuh badan Rizu seperti ada besi, teknologi yang dia tak kenali dan penyakit jantung dia, terus takde. Kita orang semua mula risau kalau virus tu ada di dalam tubuh badan Rizu tapi Emmy periksa semula, virus tu takde. Adik rasa pelik, kenapa dia buat begitu dekat Rizu? Apa motif dia? Apa yang dia nak?"
"Abang pun tak tahu" Kaizo tutup laptop itu "Tapi kita tidak boleh biarkan Rizu bersendirian. Jangan bagi virus itu cuba kawal badan Rizu"
"Adik tahu" balas Fang. Mata dia ternampak beberapa helaian kertas bahasa english di tepi laptop "Abang.. abang sudah siap ke habis tanda markas kertas english kita orang?"
"Belum.. abang sibuk sangat tentang si virus ni, sampai terlupa nak tanda kertas korang"
"Kalau macam tu! BIAR ADIK YANG TANDAKAN.. heheheee"
"Jangan harap!" marah Kaizo "Biar abang sahaja yang tandakan" Dia ternampak nama adiknya salah satu kertas essay itu "Hah! Ini pun kertas kau.. abang bagi D terus!"
"D?! ABANG NI! MAIN-MAIN PULAK!" marah Fang balik kepada abangnya "Abang tak baca pun apa yang adik tulis, lepas tu sesuka hati nak bagi adik D.. ini tidak adil!"
"Dah tu, kau yang pergi lari keluar dari kelas apasal?"
"Sebab adik tahu, kalau abang yang ajar, mesti tahap sadis. Tiada belas kasihan langsung!" kata Fang dengan nada sinisnya "Tengok macam adik, walaupun adik ni panas baran, suka mengamuk tetapi adik tidaklah bersikap begitu sadis sangat macam abang!"
"APA KAU CAKAP!" Tangan Kaizo sudah gatal untuk sekeh kepala adiknya "Kalau kau hebat sangat, kau pergilah tanda kertas kawan-kawan kau"
"Elok juga tu! Sebab adikkan bijak daripada yang biasa.. hehehee"
"Bijaklah sangat" bisik Kaizo
Fang terus kumpulkan kertas-kertas essay rakan sekelas dia. Lalu dia mencari dua nama yang terpapar di dalam pemikirannya iaitu Boboiboy dan Gopal. Dia tersenyum sinis apabila dia sudah menjumpai dua nama itu. Lalu dia tergelak kecil di dalam hatinya. Kaizo perhatikan sahaja apa yang adik dia ingin lakukan. Fang sudah tersenyum sinis sambil mengangkat sebatang pen merah
"Hehehe.. kau Boboiboy, kau dapat D dan kau pula Gopal, asyik main game aje.. kau dapat E! HAHAHA- ADOI!" Kaizo berpuas hati dapat tepuk kepala adiknya "ABANG!"
"Kau pun sama aje!" marah Kaizo "Sudah! Pergi sibuk tempat lain pulak, jangan nak menyemak dekat sini. Pergi kacau orang lain"
"Nak kacau siapa... semuanya tengah sibuk" kata Fang sambil bersilang tangan
"Pergilah jaga si Rizu tu. Kata abang mithali" Kaizo cuba menyindir adiknya "Dia mesti tengah lapar tu, masakan untuk dia tapi jangan kacau dia tengah tidur dekat atas tu"
"Hmm.. yelah" balas Fang
"Abang Fang" Fang palingkan mukanya ke arah tangga rumah
"Eh.. Rizu tak tidur ke?"
"Tak abang Fang. Pizu tak boleh tidur sebab abang Fang dan abang Paizo buat bising. Jadi Pizu turun ajelah nak tengok korang buat apa" Rizu berjalan menuju ke arah sofa yang diduduki oleh Fang dan Kaizo "Korang tengah buat apa?"
"Tengah tanda kertas ni.. abang buat kerja ni dekat atas jelah. Kamu berdua, jangan nak buat bising dan jangan nak ganggu abang pula" Kaizo kumpul kertas-kertas essay itu dan juga laptop. Lalu dia angkat dan bawa barang-barangnya naik ke atas "Kalau lapar, suruh si Pang tu masakan"
"Ok tapi Pizu tak rasa lapar"
"Rizu ok tak hari ni?" tanya Fang "Rizu kalau rasa sakit atau rasa ada benda pelik-pelik berlaku dekat badan Rizu, bagitahu abang ok"
"Ok, terima kasih abang kerana risaukan tentang diri Pizu" Rizu duduk di sebelah abang kesayangan dia "Abang kenapa tak pergi pratice dengan kakak Bella? Bukan ke abang ada pertandingan battle of band hari sabtu depan"
"Abang rasa, abang lebih patut jaga Rizu daripada pergi berlatih"
"Tapi.. abang Paizo kan ada. Dia boleh jagakan Pizu dekat sini" kata Rizu dengan nada yang agak lemah sedikit "Abang Fang memang betul-betul sayangkan Pizu, sampai abang langsung tak nak pergi berlatih dengan kawan-kawan abang. Pizu faham tapi abang ada kehidupan abang tersendiri juga. Pizu tak nak lah abang terlalu tumpukan perhatian dekat Pizu"
"Hmmm.. tapi abang tak nak terjadi apa-apa dekat Rizu. Ini sudah menjadi tanggungjawab abang untuk menjaga Rizu" kata Fang dengan tegasnya
"Kalau begitu.. Pizu ikut abang pergi berlatih"
"Ok, tapi Rizu jangan nakal ok. Rasanya Idoli pun ada dekat situ juga nanti"
"Idoli sudah boleh tinggal dekat sini balik?"
"Ha ah, ayah dia bagi tinggal sini" kata Fang sambil tersenyum "Nampaknya rumah ni akan kembali menjadi huru-hara balik. Selamatlah si itik tu tak tinggal sini. Kalau tidak, naik pening kepala aku.. adeh"
"Kasihan abang Fang" Rizu tepuk-tepuk belakang Fang "Jomlah abang Fang, kita pergi tengok kakak Bella nyanyi tapi... Pizu lebih suka tengok abang Fang main gitar! Macho dan bergaya!"
"Abang memang macho dan bergaya pun.. hehehe" Fang terasa bangga sedikit dengan pujian yang dia dapat daripada Rizu "Jom, mesti dia orang dah mula melalak tu"
"Ermm.. korang berlatih dekat mana?" tanya Rizu
"Dekat makmal Emmy.. tempat yang luas dan jauh daripada orang ramai... hehehe" Fang terlalu yakin sangat dengan kumpulan band mereka. Dia dapat rasakan kemenangan itu akan menjadi milik mereka semua "HAHAHAHAA!"
"Adeh abang Fang ni.. tiba-tiba aje gelak macam orang gila" Rizu tepuk dahinya sendiri
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semasa Fang dan Rizu dalam perjalanan ke rumah Emmy, mereka berdua terserempak dengan dua orang gadis iaitu Yaya dan Ying. Mata Fang terpandang sebuah bakul yang ada di tangan Yaya. Lalu dia menelan ludah kerana biskut Yaya adalah biskut paling tidak sedap yang dia pernah rasa. Fang berundur sedikit demi sedikit dan dia sudah bersiap sedia untuk cabut lari dari situ tetapi tangan dia sudah dipegang oleh Rizu
"Abang Fang nak lari ke mana?"
"Errr.. takde mana. Abang cuma... cuma lupa sesuatu! HAH! Abang lupa sesuatu dekat rumah" Fang tersengih besar kepada Rizu
"Abang lupa apa?"
"Errr... jaket ungu abang" balas Fang sambil tersengih lagi
"Bukan ke ada dekat pinggang abang tu" Muka Fang terus jadi merah "Kenapa abang Fang?"
"Takde apa" Fang mengeluh sedikit "Jomlah kita berhadapan dengan dia orang.." Dalam hati Fang mengatakan, terpaksalah dia mengharungi biskut Yaya yang tidak sedap itu "Rizu, sebelum kita bergerak, abang ingin ucapkan... semoga diri abang tabah menghadapi cabaran seterusnya"
"Err.. ok, semoga berjaya abang Fang" kata Rizu dengan perasan peliknya
Yaya dan Ying nampak mereka berdua. Lalu dua gadis remaja itu melambai-lambai ke arah mereka. Fang melambai balik sambil tersengih besar. Yaya dan Ying berjalan menuju ke arah mereka. Mata Fang yang tertumpu kepada bakul biskut Yaya sahaja. Bakul itu tertutup rapi dengan sehelai kain. Dia sudah mula berpeluh-peluh dan perut dia rasa serba tidak kena. Dia seperti ingin muntah di situ tetapi dia menahan dirinya dan terpaksa senyum kepada dua gadis itu
"Korang nak pergi mana ni?" tanya Yaya
"Kita orang nak pergi rumah kakak Emmy" balas Rizu "Pagi tadi baru aje Pizu pergi rumah kakak Emmy sebab nak periksa tubuh badan Pizu"
"Jadi, apa keputusannya" tanya pula Ying kali ini
"Hmmm... dalam badan Rizu macam ada besi dan juga teknologi lain yang ada. Jantung dia pun dah ok" kata Fang sambil bersilang tangan "Aku tak tahulah kenapa si virus tu buat begitu dekat Rizu. Macam ada sesuatu yang dia sedang rancangkan"
"Emmy tak boleh pulihkan dia balik ke?"
"Tak boleh Yaya" balas Fang "Emmy bukan pakar bedah pun, itu bukan bidang dia.. karang jadi apa-apa, Emmy juga yang akan dipersalahkan. Sekarang ni aku cuma mampu pantaukan Rizu sahaja"
"Ha ah, Pizu dapat kebenaran dari ibu untuk tidur rumah abang Fang dan abang Paizo! Ibu sebenarnya tak tahu tentang ini sebab Pizu tak ibu risau"
"Jangan risau Rizu. Kita orang akan pastikan ibu Rizu tidak mengetahui tentang ini tapi berapa lama perkara ini akan berterusan?"
"Tak tahulah Yaya" balas Fang "Tapi aku ada fikirkan juga, adakah benda ini baik untuk diri Rizu kerana penyakit jantung dia sudah pulih? Atau ada benda buruk akan berlaku selepas ini? Aku pun tak boleh nak agak apa yang akan berlaku tapi kita cari jalan untuk pulihkan badan Rizu sepenuhnya. Aku tak naklah Rizu hidup seperti diri dia seorang robot manusia"
"Pizu takut kalau tiba-tiba sahaja Pizu serang korang semua. Pizu tak nak benda itu berlaku"
"Rizu jangan takut sangat maaa.. Rizu kena lawan dan jangan biarkan si virus tu mengawal diri Rizu! Kita semua di sini akan jaga Rizu dengan baik"
"Terima kasih kakak Ying" kata Rizu sambil tersenyum lemah "Kakak Emmy ada juga cakap, virus tu takde dalam badan Pizu. Entah apa yang si virus tu nak"
"Pelik betul" kata Yaya "Hmmm.. kalau kita minta bantuan dari kak Lynna, macam mana?"
"Ok juga tu tapi kena minta kebenaran dari abang aku dulu"
"Haiyaa.. apasal pulak?" tanya Ying kepada Fang
"Aku tak naklah abang aku mengamuk kalau aku tak tanya dia dulu. Mungkin dia ada jalan lain"
"Kalau abang Paizo tak bagi, Pizu akan pujuk abang Paizo sampai dia cakap boleh.. hehehee.. Pizu kena gunakan teknik manja!" Rizu terus tersenyum sinis "Hehe... mesti abang Paizo akan cair punya"
"Amboi, pandai betul si Rizu ni.. hehehe" Yaya tergelak sedikit "Korang nak pergi rumah Emmy kan, kita orang pun nak ke sana juga. Boboiboy dan Gopal yang minta kita orang datang ke sana. Kebetulan aku dekat rumah ada buat kuih, bolehlah aku berkongsi dengan korang semua"
"Errr.. kuih aje kan, bukan biskut kan?" tanya Fang sambil tersengih
"Aku tak buat biskut hari ni. Aku buat.." Yaya terus angkat kain di atas bakulnya itu "Kuih karipap dan kuih keria!"
Mata Rizu terus bersinar-sinar kerana dua kuih itu adalah kuih kegemaran dia. Yaya hulurkan bakul dia kepada Rizu dan Fang. Lalu Rizu mencapai satu kuih keria. Fang yakin dengan kuih Yaya kerana sebelum ini dia pernah rasai kuih-muih yang Yaya pernah buat. Fang mengambil sebiji karipap sambil tersenyum lebar kerana mereka tidak perlu makan biskut Yaya yang tidak sedap itu
"Wah! Banyaknya kuih" muncul Lynna di belakang Fang dan Rizu "Pandainya Yaya buat"
"EH! KAK LYNNA!" Jerit mereka berempat kerana teruja melihat Lynna ada di situ
"Bila kak Lynna sampai?" tanya Yaya
"Baru je" balas Lynna "Akak on the way nak pergi jumpa Kaizo tapi terserempak pula dengan korang"
"Bukan ke abang tak bagi kak Lynna datang ke sini?" tanya Fang "Atau sebenarnya abang yang panggil kak Lynna ke sini! Bukan ke abang tengah sibuk sekarang ni?"
"Hehehe... betul tu Fang, dia yang panggil akak datang ke sini" jawab Lynna "Tadi akak singgah bandar sekejap sebab nak beli ice cream green tea untuk dia. Donut lobak merah pun ada akak belikan"
Mata Fang bersinar-sinar apabila dia mendengar perkataan donut lobak merah. Dia rasa terharu kerana kakak kesayangan dia tidak pernah lupakan diri dia. Lynna menghulurkan sebungkus plastik yang mengandungi 2 bungkus donut lobak merah di dalamnya. Rizu tergelak sedikit kerana gelagat Fang pada ketika itu seperti seorang kanak-kanak membawa sebuah permainan
"Kamu berempat nak pergi mana ni?"
"Kami nak pergi ke rumah kakak Emmy" balas Rizu "Kakak Lynna nanti jumpa abang Paizo dekat rumah ke?"
"Tak, dia cakap jumpa dia dekat kedai Tok Aba"
"Ohh.. abang ajak berdatinglah tu.. hehehehe" Fang tergelak sinis sambil gigit kuih karipapnya "Bukan ke abang sibuk nak buat kerja dia, sampai tak bagi adik kacau dia. Lepas tu, tengok-tengok dia keluar berdating pulak.. ada juga nak kena sekeh ni"
"Ataupun, abang lu nak bincangkan sesuatu dengan kak Lynna.. lu jangan tuduh bukan-bukan maa"
"Yelah Ying, aku tak tuduh apa-apa pun" Fang mengeluh sedikit "Oklah akak, adik pergi dulu. Kalau ada masa, nanti singgahlah rumah Emmy. Kita orang tengah berlatih main lagu untuk pertandingan Battle of The Band"
"Haih, bukan ke sekolah korang baru buat pertandingan menyanyi hari tu?" tanya Lynna dengan perasaan kepelikan dia
"Pertandingan ini pun khas untuk budak tingkatan 1 dan tingkatan 2 aje" balas Yaya "Cikgu kata, awal tahun, enjoylah sikit-sikit tapi nanti, nak masuk pertengahan tahun, memang kena banyak belajarlah"
"Ohh begitu.. nanti akak singgah ok. Jumpa lagi semua"
"Jumpa lagi!" kata mereka berempat kepada Lynna
Lynna beredar dari situ sambil diperhatikan oleh Fang, Yaya, Ying dan Rizu. Selepas itu, mereka juga turut beredar dari kawasan perumahan itu dan terus ke rumah Emmy. Dalam perjalanan mereka ke rumah Emmy, Adudu sempat memerhatikan mereka berempat. Dia sedang mencari pelung yang sesuai untuk menyerang para superhero itu. Musuh dia paling utama dia adalah Boboiboy tetapi remaja lelaki bertopi oren itu tiada dengan mereka. Tidak mengapa, dia akan tunggu peluang itu tiba. Buat masa ini, dia akan hanya perlu perhatikan mereka. Kali ini dia sudah cukup bersedia untuk menghantar bala tenteranya untuk musnahkan mereka dan rampas jam-jam kuasa yang sangat berharga itu
"Hehehe.. kau tunggu ajelah Boboiboy, aku akan kalahkan kau dan jam-jam kuasa itu akan menjadi milik aku.. HAHAHA"
"Bagus encik bos, bagus.. tak sabar saya nak melihat encik bos kalahkan Boboiboy"
"Aku pun dah tak sabar dah. Sekarang ni, kita tunggu dan lihat sahaja. Jom kita sorokkan diri"
"JOM!" Jerit Probe sekuat hati
Fang, Yaya, Ying dan Rizu terdengar jeritan tadi tetapi Probe sudah pun menyorokkan diri di sebalik dahan-dahan pokok bersama encik bosnya. Mereka mencari-cari daripada jeritan itu muncul. Selepas itu, mereka mengalah dan teruskan berjalan. Kepala Probe kena ketuk dengan cawan tin dari encik bosnya secara tiba-tiba. Adudu berharap, kali ini dia akan berjaya menentang musuh utamanya
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah Fang, Yaya, Ying dan Rizu tiba di makmal Emmy. Mereka telah dibawa ke sebuah bilik bawah tanah oleh sebuah robot adroid. Bilik itu adalah sebuah bilik yang mereka pernah gunakan untuk latihan tempur pada tahun lepas. Ianya juga sesuai untuk membuat party dan sekarang ini, mereka menggunakan bilik itu untuk berlatih bernyanyi. Dari situ, Fang, Yaya, Ying dan Rizu turun ke bawah dan lalu mereka tergaman seketika kerana suasana bilik itu. Idoli sedang mengetuk-getuk drum dengan sebatang kayu sambil menjerit ikan goreng berulang-ulang kali
"IKAN GORENG! IKAN GORENG!" Nada Idoli seperti orang sedang menyanyi "IKAN GORENG!"
Bella dan Faye pula, sedang sibuk memilih baju untuk persembahan mereka nanti. Stylobot telah bertukar menjadi bentuk handphone yang berbentuk hati. Faye menukar pakaian mereka dengan menggunakan handphone itu. Dari pakaian serbakan rock and roll, ke pakaian yang serba berwarna-warni. Gopal dan Boboiboy ada di tepi hujung bilik itu. Mereka sedang sibuk bermain game menari yang telah disediakan khas oleh Emmy. Harraz ada di dalam bilik itu juga. Dia cuba belajar memain gitar sambil melihat nota-nota muzik di dalam buku yang dia bawa. Lily pula, mereka berempat rasa pelik kerana tiba-tiba sahaja ada beberapa ekor anak itik sedang dikejar oleh Lily. Yang paling memelikkan adalah anak-anak itik itu berlainan warna
"QUACK QUACK QUACK!" Jerit Lily sambil mengejar anak-anak itik itu di sekitar bilik
"Kenapa boleh jadi huru-hara ni?" tanya Yaya
"Ermm.. tapi macam mana ada anak-anak itik dalam bilik ni?"
"Entahlah Rizu" balas Fang "Ini mesti si pelik tu-"
"ITIK!" Lalu Rizu turut mengejar sekali anak-anak itik itu kerana terlalu comel "PIZU PUN NAK TANGKAP ANAK ITIK JUGA!"
"Adeh" Fang menepuk dahinya sendiri "Macam mana nak berlatih kalau semuanya tengah buat hal masing-masing"
"OH! AKU TAHU!" Ying tersenyum sinis. Dia angkat kedua belah tangannya dan lalu menjerit "KUASA SLOW-MO!"
Semuanya bergerak secara perlahan. Ying dengan senang hatinya, dia berlari laju dan menolak satu per satu kawan dia terus ke tengah bilik. Ying berhentikan kuasa perlahan masa. Mereka akhirnya dapat bergerak seperti biasa
"Eh, korang dah sampai.. maaf tak sedar pulak tadi" kata Boboiboy sambil tersengih. Mata dia tiba-tiba melirik ke sebelah kiri kerana Lily ada di sebelah dirinya. Mata Lily pada ketika itu sudah bersinar-sinar kerana jejaka pujaan dia ada di situ "Err.. hai Lily"
"HAI BBB-CHAN!"
"Wei pelik! Jangan menjerik boleh tak?"
"Maaf landak.. hehehee" kata Lily sambil garu-garu kepalanya "Wah, kita semua ada dekat sini sebab apa yea? Lily lupa pula"
"Adeh.." Fang menepuk dahinya sendiri "Penyakit lupa Boboiboy sudah berjangkit dekat si pelik ni"
"Kakak Lily, mana datangnya anak-anak itik ni?" tanya Rizu sambil mencangkung di depan anak-anak itik. Tangan Rizu membelai setiap kepala anak-anak itik itu "Kakak Lily beli ke atau kakak Lily ada kandang itik dekat rumah?"
"Mana adalah my penguin-chan" Lalu Lily betulkan suara dia kepada serius "Anak-anak itik ini adalah hasil kerja dari si Milly tu! Dia nak buat bahan uji kaji, tiba-tiba terus menjadi anak itik dalam pelbagai warna. Selamat tak jadi anak angkat abang Kaizo.. hehehee"
"Jadi, kau nak bela anak-anak itik ni semua ke?" tanya Boboiboy
"Ha ah, BBB-CHAN boleh jadi ayah kepada anak-anak itik ini!" kata Lily sambil angguk kepalanya "Dan Lily akan menjadi ibu mereka... so sweet! Hehehee.."
"Sweetlah konon" bisik Gopal
"Memandangkan kita semua sudah pun ada dekat sini. Mari kita mula berlatih" kata Faye "Harraz tak perlu main gitar dah sebab Fang dah ada dekat sini. Aku main keyboard, drum siapa yang nak main?"
"IDOLI!" Si anak kucing manusia itu sudah kembali ke tempat peralatan drum itu. Lalu dia mengetuk-getuk permukaan drum itu sambil menjerit "IKAN GORENG! IKAN GORENG!"
Gopal berjalan menuju drum itu. Dia berhenti sebelah Idoli dan lalu dia tersenyum lebar. Idoli pandang Gopal dengan wajah comelnya
"Idoli nak makan ikan tak?" tanya Gopal
"NAK! NAK!" Jerit Idoli "Abang Gopal nak belanja Idoli ke? Idoli nak ikan goreng, burger ikan, tuna sandwich, fish and chips, fish fillet, ikan bakar.. ermm... apa lagi yea"
"Errr... apa kata Idoli suruh abang Fang yang belanja. Dia kan banyak duit.. hehehe" Gopal tersenyum sinis sambil melihat Fang yang tidak dengar percakapan dia tadi "Idoli pergi pujuk abang Fang pergi beli makanan sekarang juga"
"Tak nak" balas Idoli. Dia sambung balik ketuk-ketuk drum itu "IKAN GORENG! IKAN GORENG! IKAN GORENG!"
"Adeh.." Gopal tetap bersabar dengan karenah anak kecil itu "Bagilah abang main drum. Idoli pergilah main ajak Rizu main menari-nari dekat sana"
"Tak nak" balas Idoli lagi
Gopal tetap bersabar lagi. Dia menarik nafas dan cuba untuk memujuk Idoli secara lembut. Fang sudah perhatikan mereka berdua. Dia tersenyum sinis dan hati dia dia berharap sangat dapat melihat Gopal terkena cakaran dari seekor kucing. Dia tidak sedar dengan usikan dari Lily. Bahu dia di sentuh-sentuh oleh Lily kerana inginkan sesuatu
"Landak ni pekak ke?" bisik Lily
"Kau ketuk aje si Fang tu dengan gitar dia. Baru dia tak pekak dah" balas Bella dengan selambernya "Entah apa yang dia tengah fikirkan tu. Entah-entah tengah fikirkan kekasih hati dia iaitu donut lobak merah. Oh donut lobak merah ku, terimalah hakikatnya yang kau akan bersemandi di dalam perut ku"
"Hehehe.. kakak Bella ni lawaklah" tergelak Rizu
"Aku rasa.. si Gopal tu cuba pujuk Idoli tapi entah berjaya ke tak tu" Boboiboy garu-garu kepala dia. Beberapa saat kemudian, Idoli bertukar menjadi seekor anak kucing dan lalu menyerang Gopal "Hmmm... nampaknya tidak berjaya"
Gopal lari sekitar bilik itu kerana takut dengan cakaran dari Idoli tadi. Muka dan kaki dia habis dicakar oleh Idoli. Akhirnya Emmy muncul di dalam bilik luas itu dengan makanan kucing. Idoli terus berhenti kerana terhidu bau makanan kucing itu. Dia berlari ke arah Emmy dengan lidahnya terjulur keluar kerana makanan kegemaran dia ada di situ. Idoli terus melompat dan mendarat di depan mangkuk makanan kucing itu. Dia makan makanan itu dengan hati gembira. Emmy belai kepala Idoli sedikit. Gopal sudah terbaring di atas lantai kerana diri dia sudah terkulai lemah
"Haih Gopal, dah penat ke?" tanya Boboiboy dengan mukanya muncul di hadapan mata Gopal
"Yelah.. si kucing tu pergi cakar aku, kejar aku, gigit aku.. macam mana aku nak elak sebab dia tu terlampau cepat sangat"
"Kasihan kau yea" balas Boboiboy "Tapi aku rasa pelik, apasal kucing tak suka kau yea?"
"Hmm.. itu pula yang kau fikirkan" Gopal bangun dari situ "Sudahlah, jom kita berlatih sebelum si anak kucing tu pergi main drum lagi"
"Wei, kau boleh ke main drum?" tanya Fang sambil mengangkat kening sebelah
"Kau ingat aku ni reti main game dan makan aje ke?" Gopal berjalan ke arah alat muzik drum itu, yang tersedia di tengah bilik itu
Gopal duduk di kerusi khas yang berbentuk bulat. Dia mengangkat dua batang pemukul drum tersebut. Dia menarik nafas dan terus mainkan sebuah muzik yang senang. Dia bukanlah seseorang yang pakar di dalam bermain drum tetapi dia tahu bagaimana hendak bermainnya. Kawan-kawan dia cukup kagum dengan Gopal pada ketika itu. Fang pula hanya mengangguk kepalanya sebagai tanda bagus. Selepas sahaja Gopal sudah berpuas main dengan drum itu, dia tersenyum bangga kepada kawan-kawannya
"Macam mana? Hebat tak aku?" tanya Gopal
"Hebat!" balas Boboiboy
"Hehehe... aku bukan sekadar main game dan makan sahaja ok. Aku juga tahu dalam bermain drum tapi tahap senang sahaja, tahu masak sikit-sikit dan juga tahu menarik!"
"Yelah Gopal" kata Fang "Jadi kau main drum.. aku dengan gitar aku"
"Dan aku pula akan sediakan makanan untuk korang!" kata Yaya sambil tunjuk bakul kuihnya "Hah! Nanti lepas habis berlatih, kita makan sama-sama ok!"
Mereka tersengih sedikit kecuali Fang dan Ying kerana mereka berdua tahu di dalam bakul itu adalah kuih-muih, bukan biskut Yaya. Rizu tidak dengar perbualan mereka kerana dia terlalu sibuk bermain dengan anak-anak itik
"BBB-CHAN tak berlatih sekali ke?" tanya Lily
"Takdelah Lily, aku sekadar menjadi penonton sahaja dan juga menjadi penyokong mereka"
"Wuuu... kalau begitu, Lily pun jadi penyokong mereka juga. GO BELLA! YOU CAN DO IT!" Jerit Lily
Fang, Gopal, Bella dan Faye sudah mengambil kedudukan mereka. Fang dengan gitar elektriknya, Gopal pula dengan drum dia, Faye sudah bersiap sedia berdiri di belakang keyboard dan Bella, dia memberikan isyarat kepada mereka bertiga untuk mainkan muzik yang mereka ingin berlatih. Bella dengan penuh keyakinan, dia terus nyanyikan sebuah lagu yang mereka sudah pilih. Boboiboy, Yaya, Ying, Lily, Rizu, Harraz dan Emmy hanya duduk di bahagian tepi bilik untuk melihat kawan-kawan mereka berlatih. Mereka akan berlatih dan berlatih sehinggalah hati masing-masing sudah cukup berpuas hati dengan latihan mereka. Selama 2 jam mereka berlatih supaya semuanya menjadi sempurna
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tepat pukul 4 petang, mereka sudah pun berhenti berlatih. Emmy berikan minuman kepada para tetamunya dan Yaya pula, dia hidangkan kuih-muih yang dia bawa. Setelah mereka habis menjamu selera, mereka meminta diri untuk pulang ke rumah. Idoli sudah kepenatan kerana terlampau banyak sangat bermain dengan anak-anak itik dan juga dengan Rizu. Anak-anak itik itu telah dikurungkan balik ke dalam sangkar mereka. Wajah Lily terus berubah kerana dia terpaksa berpisah dengan anak-anak itik itu. Mereka sudah kembali ke dalam makmal Emmy
"Kakak Milly datanglah lagi. Bolehlah main dengan anak-anak itik ni" kata Emmy
"Betul ni?"
"Betul kakak Milly" balas Emmy "Kakak Milly jangan risau, anak-anak itik ini tidak akan membesar. Mereka akan kekal menjadi anak-anak itik selamanya!"
"Eh, tak rasa kejam sangat ke tu?"
"Kakak biskut tak sedap jangan risau. Anak-anak itik itu hanyalah hasil dari air tangan Emmy sahaja. Bukan dari itik betul pun"
"Hmm.. ok tapi suatu hari nanti, Emmy kenalah besarkan mereka. Lepas tu boleh kita bebaskan anak-anak itik ni dekat tasik" Yaya melihat anak-anak itik itu sudah tidur lena di dalam sangkar mereka "Dia orang pun nak hidup bebas juga seperti kita orang"
"Kakak pun sokong juga dengan kakak Yaya" kata Ying
"Ok tapi... tengoklah dulu bila Emmy nak lepaskan dia orang"
"Tak pun Ammy bagi kakak Lily jaga mereka!" Lily terus mencekak pinggang dengan perasaan bangga dia "Lily akan menjaga mereka dan tidak fikirkan tentang konsparsi itik! Lily akan menjaga mereka lebih baik daripada landak jaga itik dia dulu-dulu! Betul tak BBB-CHAN!" Mata dia melihat kiri dan kanan dia. Boboiboy tiada di dalam makmal itu "MANA BBB-CHAN?"
"BBB-CHAN kau dah keluar pun" jawab Gopal dengan nada kemalasan dia
"WHAT?" Terkejut Lily "BBB-CHAN tak tunggu Lily pun"
"Dia keluar dengan Fang dan Rizu tadi" kata Faye "Jomlah Lily, kita balik rumah.. kau nak singgah rumah aku tak? Bolehlah kau kacau abang Kaizo dekat rumah nanti"
"Err.. Lily nak cari Boboiboy dulu! Lepas tu baru Lily pergi kacau si abang Kaizo.. hehehee" Lily gosok kedua tapak tangannya sambil tersenyum sinis "Mesti abang Kaizo akan pening dengan kepelikan Lily!"
"Bukan ke abang Kaizo keluar berjalan dengan kak Lynna?" Lily terus pandang Yaya. Senyuman dia menjadi bertambah lebar "Err.. kenapa Lily?" tanya Yaya
"Hehee.. pelung terbaik untuk-" Diri Lily terasa tidak seimbang. Kaki dia seperti hendak jatuh ke atas lantai makmal itu kerana ada satu gegaran di dalam makmal tersebut "Ke-kenapa ni?"
"KAKAK YAYA! KAKAK YING! ADA KECEMASAN!" Jerit Rizu yang sudah kembali di dalam makmal Emmy
"HAH! KECEMASAN!" Yaya dan Ying begitu pantas sekali keluar dari makmal itu. Mereka tidak mahu melengahkan masa dan terus pergi melihat apa yang berlaku
"Cheh, nama aku dia panggil" Gopal bersilang tangan sambil bermasam muka "Tak guna punya budak kecik" bisik dia lagi
Mereka semua keluar dari rumah Emmy untuk melihat apa yang berlaku. Mata mereka terkebil-kebil melihat sebuah robot dinosaur t-rex gergasi sedang berjalan di kawasan perumahan. Robot dinosaur itu adalah kepunyaan Adudu. Rancangan dia adalah untuk kalahkan Boboiboy dan rakan-rakannya. Adudu yakin yang dia akan dapatkan jam kuasa Boboiboy dan rakan-rakannya. Bella, Faye, Lily, Rizu, Harraz, Idoli dan Emmy, pergi melindungi diri mereka di dalam kawasan halaman rumah Emmy
"HABISLAH KAU BOBOIBOY! AKU AKAN KALAHKAN KAU!" Jerit Adudu yang berada di dalam badan robot dinosaur itu. Dia mengawal pergerakan robot itu
"Ala, robot kau boleh aje aku nak musnahkan seperti sebelum-sebelum ni" kata Boboiboy dengan angkuhnya "Kau ingat dinosaur kau tu dapat hapuskan kita orang ke?"
"Eh, robot aku bukan satu aje TAPI 3 ROBOT DINOSAUR! HAHAHAA!" Adudu ketawa besar sambil menekan satu butang hijau "MEMPERKENALKAN ROBOT PTERODACTYLUS!" Sebuah robot dinosaur bersayap muncul di langit. Lalu ianya mengeluarkan semburan api dari paruhnya
"PELINDUNG BAYANG!"
Fang melindungi mereka semua dengan kuasa bayangnya. Robot bersayap itu mengeluarkan semburan api dia lagi sehingga Fang terasa bahang kerana kepanasan dari api itu. Dia sudah tidak dapat bertahan lama. Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Air
"BEBOLA AIR!" Boboiboy Air melembar beberapa bebola air ke arah robot bersayap itu "AMBIK NI PULAK! PANCUTAN AIR!"
Air-air muncul di atas permukaan jalan raya itu. Ianya pancut ke atas untuk menyerang robot bersayap itu. Robot bersayap itu berhenti menyerang dan terbang ke lebih jauh dan lebih tinggi supaya tidak terkena pancutan air tersebut. Adudu tidak berpuas hati, lalu dia pusingkan dinosaur T-rexnya dan hayunkan ekor dinasour itu. Ekor robot itu terkena Boboiboy dan menyebabkan Boboiboy terpelanting ke dinding tembok pagar rumah orang
"BOBOIBOY!"
"Isk, tak boleh jadi ni! PENGIKAT BAYANG!" Fang cuba menarik robot t-rex itu dengan tali bayangnya "YAYA! YING! GOPAL! TOLONG AKU!"
"Baik! TUMBUKAN PA- ARGHHH!" Yaya tercampak kebelakang sebaik sahaja dia diserang oleh robot dinosaur yang bernama Ankylosaurus. Robot itu menggunakan ekornya. Pada hujung ekor itu berbentuk bulat dan pada permukaan robot dinosaur itu mempunyai duri-duri tajam
"YAYA!" Ying mengenggamkan kedua belah tangannya "BERANI KAU SERANG YAYA! KUASA SLOW-MO! TENDANGAN SERIBU LAJU- ARGHHHH!"
Serangan Ying dihalang oleh robot dinosaur yang bersayap. Tinggal Gopal seorang sahaja untuk menyerang ketiga-tiga dinaosaur itu. Dia menggigil ketakutan tetapi dia harus beranikan diri untuk menghadapi serangan-serangan dinasour itu. Boboiboy bangun dari tempat yang dia jatuh. Diri dia sudah kembali menjadi Boboiboy biasa
"Gopal, kita kena hapuskan mereka" kata Boboiboy dengan nada yang lemah "Kita tidak boleh mengalah"
"Betul kata Boboiboy. Berani dia buat kacau lagi dekat sini.. SERANGAN BAYANG!"
"Kau ingat, kau dapat serang aku! KUASA LANTUNAN SEMULA!" Adudu keluarkan kuasa perisai pada robot T-rexnya. Serangan Fang tadi dilantunkan semula. Dia terpelanting kebelakang seperti kawan-kawannya tadi "HAHAHAHAAA!" Adudu tergelak seorang diri di dalam badan robot dinosaurnya
"ABANG FANGGG!" Rizu berlari keluar dari halaman rumah Emmy. Dia tidak sanggup melihat seorang demi seorang dihentam oleh serangan Adudu. Mata dia mula menjadi merah kerana marah dengan perbuatan Adudu sebentar tadi. Rizu berlari sepantas kilat dan terus menumbuk kaki dinosaur T-rex itu. Robot dinosaur itu tumbang diatas permukaan jalan raya dan menyebabkan beberapa getaran yang dapat di rasai sekitar kawasan perumahan itu. Rizu masih belum berpuas hati lagi. Dia pegang ekor bulat milik robot dinosaur Anklosaurus. Dia menggenggam erat pegangannya dan lalu Rizu putar-putarkan dinosour yang sedang bergelut itu. Para superhero dan rakan mereka tidak percaya apa yang mereka lihat pada ketika itu. Rizu bukan lagi seperti Rizu yang dulu
"Dia macam dah jadi super human" bisik Emmy "Macam Superman"
"Menakutkan betul tapi tak kan kita nak biarkan dia begitu?"
"Tak tahulah kakak Nutella.. Emmy tidak tahu macam mana nak keluarkan benda-benda asing dalam badan dia tu kerana semuanya adalah teknologi alien"
"Jadi.. dia akan menjadi begitu selama-lamanya" tanya Harraz
"Mungkin juga" balas Faye "Mungkin juga ada cara lain. Aku akan tanya ayah aku"
Rizu sudah masih lagi putarkan dinosaur itu seperti kipas. Dia seperti sudah lupa siapakah dirinya kerana dia ingin membalas dendam apa yang Adudu telah buat pada para superhero Pulau Rintis. Fang bangun dengan rasa kesakitan di badannya. Dia berjalan sedikit demi sedikit ke arah adik angkatnya
"Rizu.." Fang tidak berdaya untuk memanggil nama adik angkatnya "Rizu!"
Rizu terus tersedar. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Dia mencampak dinosaur itu terus ke arah dinosaur yang bersayap itu. Kedua dinosaur itu bertembung dan lalu ianya meletup di langit biru itu. Asap-asap hitam memenuhi ruang udara di sekitar itu. Rizu terduduk di atas jalan raya kerana dia tidak tahu apa yang berlaku ke atas dirinya sebentar tadi. Semakin lama dia fikirkan, semakin takut yang dia rasai pada ketika itu. Dia bangun dan terus melarikan diri
"RIZU!" Fang mengejar Rizu untuk tenangkan adik angkatnya "RIZU! TUNGGU!"
Boboiboy tidak benarkan rakan-rakan dia yang lain pergi mengikuti Fang. Dia tahu pada ketika itu, Rizu perlukan abang angkat lebih daripada mereka semua. Sementara itu, dia akan hapuskan robot dinosaur T-rex sebelum ianya menyerang lagi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rizu masih lagi berlari dan cuba jauhkan dirinya daripada orang-orang yang dia sayangi. Dia ingin sorokkan dirinya dan tidak mahu bersemuka dengan sesiapa. Dia takut dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Dia takut jikalau kuasa kekuatan dia membuatkan orang lain tercedera. Dia tidak mahu perkara itu berlaku. Rizu berhenti berlari. Dia kini berada di hadapan sebuah gudang terbiar. Dia masuk ke dalam gudang itu untuk sembunyikan dirinya. Dia tidak tahu bahawa abang angkat dia ada di belakang. Rizu dudukkan diri dia di tengah-tengah gudang itu sambil peluk kedua lutut dia
"Rizu.."
"Abang Fang jangan dekat dengan diri Rizu"
"Kenapa pula?" Fang semakin lama semakin dekat dengan diri Rizu
"Sebab Pizu tak nak abang Fang dekat dengan Pizulah!" kata Rizu dengan matanya hanya memandang lantai gudang itu. Dia tidak mahu bersemuka dengan abang kesayangan dia "Abang Fang mesti takut dengan Pizu kerana kuasa Pizu tadi. Pizu tak minta untuk adanya kuasa ini. Pizu tak nak.. sebab Pizu tak nak sesiapa cedera kerana kuasa ini"
"Abang tahu sebab kuasa ini diberikan oleh musuh kita tu" Fang duduk di sebelah Rizu "Tapi Rizu perlu kuatkan diri. Jangan biarkan orang jahat itu menguasai diri Pizu"
"Kalau Pizu tak kuat macam mana? Semua orang tahu Pizu ni lemah" Air mata Rizu menitis di atas lengannya "Pizu bukannya macam abang Fang. Kadang-kadang Pizu takut tapi Pizu cuba menguasai diri Pizu supaya tidak takut. Kadang-kadang tu Pizu akan gagal"
"Hmm.. gagal macam mana pun, Rizu tetap berani dan Rizu bukan lemah. Ingat tak dulu, semasa Rizu kena buli.. Rizu tetap ke sekolah juga. Rizu juga berani untuk tegur abang yang serba suka mengamuk ni"
"Itu pun kakak Yaya yang paksa Pizu. Kalau tidak, Pizu masih lagi takut dan malu untuk mendekati abang Fang"
"Tapi Rizu tetap beranikan diri. Rizu masih lagi bercakap dengan abang pada masa tu. Rizu tak lari pun. Dengan abang Kaizo pun, Rizu tak takut sangat.. dia tu garang tapi Rizu berani.. hehee" Fang tergelak sedikit
"Ha ah, garang macam harimau" Rizu tersenyum sedikit. Dia mula beranikan diri untuk bersemuka dengan Fang "Pizu tetap kuat walaupun diri ni selalu kena ejek dengan budak-budak yang suka buli Pizu"
"Rizu juga seorang yang bijak dan kreatif. Ingat tak foodtruck kita iaitu Superhero Milkshake" Rizu angguk kepalanya kepada Fang "Itu semuanya idea Rizu. Macam sock puppet yang Rizu buat tu. Rizu yang ajar abang. Lepas tu kotak-kotak yang tak pakai dah, Rizu akan buat jadi istana, kereta, pedang dan bermacam-macam lagi. Rizu juga berani semasa bermain Quidditch. Rizu yang membawa kemenangan kepada pasukan Rizu sendiri. Abang masih lagi bangga dengan kejayaan Rizu"
"Terima kasih abang Fang kerana mengingatkan diri Pizu" Rizu mengesat air matanya. Itu bukan air mata sedih tetapi air mata kegembira. Dia terharu dengan semua pencapaian dia selama ini
"Rizu patut bangga dengan diri sendiri"
"Baik abang Fang"
"Abang juga tidak akan tinggalkan Rizu. Abang akan tetap berada dengan Rizu. Kalau ada orang jahat cuba nak mengawal Rizu, abang akan datang dan selamatkan Pizu"
"Tapi kalau dia berjaya menguasai diri Pizu, macam mana pula?"
"Abang akan tetap cuba selamatkan Pizu. Abang tidak akan biarkan mereka terlepas" kata Fang dengan seriusnya "Abang akan pastikan mereka akan terima balasannya nanti"
"Terima kasih abang Fang kerana sentiasa bersama Pizu" Dia mula tersenyum sedikit. Fang balas balik senyuman dia kepada Rizu
"Abang pun akan sentiasa bersama Rizu" Fang dan Rizu melihat bahagian kiri mereka. Kaizo ada di situ. Dia duduk bersila di sebelah Rizu
"Abang Paizo pun ada dekat sini" Rizu pergi memeluk Kaizo kerana terlampau gembira sangat "Abang Paizo pun abang kesayangan Pizu juga"
"Kak Lynna, Rizu tak sayang ke?" muncul satu suara lembut yang ada di sebelah Kaizo
"Eh, kakak Lynna pun ada" Rizu tersenyum lebar sambil melihat Lynna "Mestilah sayang, Pizu sayangkan kakak Lynna sebab selalu jaga Pizu dengan baik. Kalau Pizu buat salah, kamu semua tidak akan marah Pizu. Hanya berikan kata-kata nasihat sahaja"
"Betul tu!" kata Fang
"Tapikan abang Fang, selalunya Pizu yang selalu bagi nasihat dekat abang Fang.. hehehee" Rizu tergelak sedikit "Tapi kita berdua tetap berikan nasihat sesama sendiri"
"Baguslah macam tu" Lynna duduk di sebelah Kaizo "Korang berdua ni, sudah macam adik beradik tapi yang lainnya, kalau Kaizo dan Fang suka sangat bergaduh. Fang dan Rizu pula, suka bergurau senda tapi apa-apa pun, kamu semua memang rapat. Kemesraan dan keakraban korang membuatkan orang lain rasa cemburu"
"Jadi.. kakak Lynna pun cemburu dengan kita orang ke?"
"Takdelah Rizu, akak tak rasa cemburu pun. Akak cuma rasa bahagia melihat kamu bertiga" kata Lynna
"Ohh... tadi abang Paizo dan kakak Lynna nampak ke apa yang terjadi tadi?" Suara nada Rizu kembali menjadi sedih "Mesti korang terkejutkan"
"Yea, kami berdua nampak apa yang Rizu telah lakukan tadi" jawab Kaizo "Semasa kami dalam perjalanan ke bandar, kami telah menyaksikan Rizu beraksi. Memang sungguh mengagumkan tapi pada masa yang sama, abang agak risau dengan rancangan musuh kita yang seterusnya"
"Abang Paizo.. macam mana nak keluarkan benda-benda teknologi alien dalam badan Pizu? Pizu tak nak kuasa ni, Pizu tak suka"
"Abang sudah menghubungi seorang professor. Dia akan bantu kita semua" kata Kaizo "Dia akan pulihkan Rizu seperti sediakala"
"Bila professor tu akan sampai?" tanya Fang
"Mungkin dalam 2 3 hari kerana dia berada jauh dari planet bumi" balas Kaizo "Sementara kita tunggu kedatangan professor itu, kita kena melindungi Rizu dan pastikan virus itu tidak cuba menguasai diri Rizu"
"Terima kasih abang Paizo kerana tidak berputus-putus melindungi Pizu" Rizu mengesat air matanya sambil tersenyum lemah "Kalau boleh, Pizu nak kalahkan virus tu dengan kuasa yang dia berikan.. hehehee... biar dia rasa sendiri!"
"Hehee.. comelnya Rizu ni. Dah besar pun, tetap comel juga" Lynna membelai kepala Rizu dengan penuh manja sekali "Kaizo, aku rasa... aku perlu datang ke sini selalu untuk melindungi Rizu. Tentang kejadian hari itu, aku pasti dia tidak akan mengawal kau lagi kerana rancangan dia kali ini, mungkin adalah Rizu"
"Kakak Lynna, Pizu takut kalau diri Pizu kena lawan dengan kakak Lynna"
"Hmm.. kalau terjadinya begitu, akak akan gunakan segala kuasa akak untuk dapatkan Rizu balik. Rizu jangan sedih lagi ok. Ramai yang ingin selamatkan Rizu contohnya, abang-abang angkat kamu"
"Ok, Pizu tak kan sedih!" Rizu tersenyum bangga di dalam gudang lama itu "Oh yea, tadi abang Paizo dan kakak Lynna pergi dating ke?"
"Isk Rizu ni, kenapa tanya begitu?" Tiba-tiba Fang tersenyum sinis kepada abangnya "Tapi betul ke abang pergi berdating dengan kak Lynna tadi? Kata sibuk dengan kerja"
"Apa yang kamu berdua mengarut ni" Nada Kaizo berubah menjadi garang "Aku panggil Lynna datang ke sini untuk semak balik markah yang aku berikan dekat kertas-kertas essay korang! Bukannya berdating!"
"Aik, apasal abang Paizo suruh kak Lynna semak balik?" Rizu garu-garu kepalanya
"Karang bila aku balik kertas essay kau.. ada juga bunyi markah tak adil contohnya KAU!" Kaizo terus palingkan muka dia ke arah Fang "Kau tu suka sangat bising bila abang tak begitu adil dengan kau"
"Jadi.. abang bagi adik A lah kan!" Mata Fang terus bersinar-sinar bagaikan mendapat sebuah harapan baru "Mesti abang tak nak dengar adik merungut, sebab tu abang terus bagi adik A! TERIMA KASIH ABANG KU KAPTEN KU YANG TERLEBIH KACAK NI!"
"Errr.. sebenarnya, dia bagi Fang.." Lynna tersengih sedikit "Markah B aje"
"APA! KENAPA BUKAN A? Kak Lynna dah bacakan essay adik yang serba hebat tu, mestilah sesuai untuk dapat A" kata Fang yang tidak berpuas hati itu. Dia terus bersilang tangan dan bermuka masam seperti tertelan cuka
"Kenapa kau dapat B? Sebab bagi abang, essay kau masih boleh lagi diperkemaskan dan kak Lynna sendiri setuju dengan abang yang essay kau memang patut dapat B. Kalau abang bagi kau A, nanti kau akan berlagak dan menunjuk-nunjuk dekat kawan baik kau tu, si Boboiboy dan si Gopal. Jadi, aku nak kau belajar dari kesalahan kau dan aku juga mahu kau rendah diri sahaja, BUKANNYA BERLAGAK!"
"MA-MANA ADIL!" Jerit Fang dengan nada kemarahan dia
"Akak pun setuju dengan abang Kaizo katakan tadi. Fang ikut nasihat abang ok" Lynna berikan senyuman lembut dia kepada Fang
"Pizu pun setuju juga!"
"Rizu pun sama?!" Fang terbaring di atas lantai gudang itu "B pun B lah.. lepas ni kenalah berusaha lagi kerana aku adalah FANG! AKU TIDAK AKAN MENGALAH! HAHAHAHAHAAA!"
"Hmmm.. lepas tu berlagak lagi, apa nak jadi dengan adik aku ni" bisik Kaizo sambil mengeluh kecil
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Professor, bagaimana dengan proses budak itu?"
Virus itu kini berada di dalam sebuah makmal kapal angkasa. Dia hanya muncul di skrin komputer sahaja. Tiada siapa tahu bagaimana rupa sebenar virus itu. Adakah dia alien atau hanya wujud di dalam alam maya sahaja. Professor itu tersenyum sinis kepada ketuanya
"Semuanya berjalan dengan lancar, tuan" kata professor itu "Dia sudah menggunakan kuasa kekuatannya"
"Bagus bagus.. sebelum kita bawa dia pulang, kau kumpulkan lagi data-data tentang kuasa budak itu. Aku lupa pula, aku ingin ucapkan tahniah kerana berjaya mengubahsuai badan budak itu. Sekarang kita lihat sahaja perkembangan budak itu"
"Baik tuan"
Professor berserba kot putih itu, terus melihat data-data tentang badan Rizu. Di dalam tubuh badan Rizu, terdapat pelbagai teknologi alien yang telah di masukkan pada tempoh hari. Semuanya berjalan dengan lancar dan mereka akan teruskan dengan rancangan ini sehingga seluruh galaxy adalah milik sang virus itu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top