Kaizo Sakit?

Kerja sekolah Fang akhirnya siap. Dia baringkan pensilnya diatas meja belajarnya dengan penuh kepuasan. Lalu dia menguap besar kerana terlalu penat fikirkan jawapan untuk soalan matematik. Walaupun soalannya agak susah tetapi Fang berjaya mencari jawapan tersebut. Dia bangun dari kerusi dan menuju keluar dari biliknya. Dia berhenti bergerak kerana dia rasa pelik. Selalunya, abang dia akan panggil untuk buatkan sesuatu tetapi hari ini, sunyi sahaja. Tiada jeritan dari abangnya. Fang hanya dengar Idoli bermain dengan permainannya di ruang tamu bersama dengan Faye. Lalu dia pergi ke bilik abangnya

"Abang" Fang menolak pintu bilik abangnya "Abang..."

Bilik itu gelap. Langsir bilik itu ditutup rapat sehingga tiada satu cahaya pun yang dapat masuk. Apabila pintu bilik itu terbuka, cahaya masuk sedikit dan Fang boleh lihat abangnya sedang berbungkus di dalam selimut. Ada sesuatu yang tidak kena dengan abangnya, fikir Fang. Kaizo tidak pernah bangun lewat. Selalunya, dia paling awal bangun dan paling lambat untuk masuk tidur

"Abang ok ke?" Fang berjalan ke arah katil abangnya

Kaizo pusingkan badannya. Mata dia kelihatan kuyu, pipi dia merah dan pernafasan dia, turun naik seperti orang sukar untuk bernafas

"Abang demam ke?"

"Tak tahulah" kata Kaizo "Selalunya abang ni sihat tapi hari ini entah kenapa. Badan abang rasa lemah. Abang nak bangun pun, rasa tak larat"

"Abang.. adik bawa abang ke stesen TAPOPS. Biar dia orang yang merawat abang" Fang cukup prihatin dengan kesihatan abangnya "Adik panggil Lahap ok"

"Tak perlu.." Kaizo cuba bangunkan diri dia tetapi badan dia seperti tidak mampu lakukan "Abang rasa, ini demam biasa sebab abang banyak sangat habiskan masa dengan latihan tempur. Kau buatkan sahaja sup lobak merah untuk abang"

"Betul ke abang?" Wajah Fang berubah menjadi risau

"Betul.. kau tak perlu risaukan aku" Kaizo terbatuk sedikit "Abang nak sambung rehat, kau pergilah buat sup lobak merah" Dia pusingkan badan dia sambil pejamkan matanya

Fang tidak mahu buat abang dia marah. Lalu dia keluar dari bilik itu secara senyap. Dia rasa, dia harus menghubungi Lynna. Mungkin sang gadis itu dapat pujuk Kaizo untuk pergi dapatkan rawatan di stesen TAPOPS atau mungkin dia dapat jaga Kaizo sementara Fang berada di sekolah nanti. Fang turun ke bawah untuk pergi buatkan sup lobak merah permintaan abangnya. Sampai sahaja dia di dalam dapur, dia senyap-senyap menghubungi Lynna tanpa pengetahuan abangnya

"Kenapa Fang?" Wajah Lynna tertera di skrin jam kuasa Fang

"Kak Lynna.. adik nak minta tolong boleh?"

"Fang nak akak tolong apa?"

"Err.. tolong pujuk abang" Fang tersengih sedikit "Dia tengah tak sihat. Adik cuba nak bawa dia ke stesen TAPOPS tapi.. dia tak nak"

"Hmm.. nanti akak cuba pujuk dia tapi kalau akak tak berjaya, Fang jangan kecewa pula"

"Tak.. adik tahu akak sudah buat yang terbaik" Fang tersenyum lemah kepada Lynna "Nanti kak Lynna datang tau sebelum adik pergi sekolah. Adik nak pergi buatkan sup untuk abang"

"Ok Fang"

Skrin kecil itu hilang serta-merta dari jam kuasa Fang. Dia melihat kanan dan kiri dapur rumahnya, lalu dia terus ke peti sejuk untuk mulakan memasak. Fang tidak sedar ketika itu, Picu sedang tidur di dalam salah satu kabinet dapur

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang Fang" panggil Idoli yang ada di dalam dapur untuk mengisi perutnya

"Idoli nak apa?" Fang mengambil semangkuk sup lobak merah dan letakkan di atas dulang

"Hmm.. Idoli nak duduk dekat rumah boleh? Idoli nak jaga abang Kaizo" Idoli suapkan dirinya dengan sup lobak merah "Kalau tidak nanti, dia sorang sahaja dekat rumah. Kasihan abang Kaizo"

"Takpe.. abang sudah panggil kak Lynna. Harap-harap kak Lynna berjaya pujuk dia"

"Pujuk abang Kaizo?" Mata Idoli terkebil-kebil melihat "Kenapa? Kak Lynna ada buat apa-apa dekat abang Kaizo ke?"

"Err.. takde apa-apa.. Idoli sambung makan balik ok"

"Ok.." Lalu Idoli bertanya lagi "Abang Fang.. boleh ke tak Idoli duduk dekat rumah jaga abang Kaizo?"

Fang menarik nafas dan jawab soalan Idoli tadi dengan penuh sabar

"Idoli boleh ke jaga abang Kaizo sorang-sorang?"

"Ermm.. boleh kot. Kalau abang Kaizo lapar, Idoli bagi ajelah biskut kucing"

Fang mula terbayangkan abang dia makan biskut kucing. Dia mula tergelak seorang diri dan membuatkan Idoli rasa pelik dengan Fang pada ketika itu. Fang tepuk-tepuk kepala Idoli secara lembut dan perlahan

"Kenapa abang Fang?"

"Takde apa.. hehehehe" Fang ketawa kecil "Idoli ni pandai betul buat lawak"

"Tapi Idoli tak buat lawak"

"Abang tahu" Fang tersenyum kecil "Abang nak hantar sup ni dekat abang Kaizo. Idoli makan cepat, kejap lagi abang nak hantar Idoli ke sekolah"

Semasa Fang naik ke atas, pintu rumah dia diketuk oleh seseorang. Idoli berlari keluar dari dapur untuk buka pintu tersebut tetapi Faye sudah pun buka pintu rumah mereka. Lynna sudah tiba dan dia membawa buah tangan sedikit untuk mereka. Idoli terlalu teruja dengan buah tangan tersebut dan tidak sabar untuk melihat di dalam beg kertas itu

"Sabar Idoli" kata Lynna

"Biasalah kak Lynna.. budak-budak, mana reti sabar" Faye tersenyum kecil sambil melihat Idoli "Kak Lynna datang sebab nak jaga abang Kaizo ke?"

"Hmm.. akak datang sebab nak cuba pujuk dia tapi kalau tak berjaya. Terpaksalah jaga dia sementara korang dekat sekolah" Idoli tarik-tarik tangan Lynna sambil tunjukkan kecomelan dia "Hehehe... budak ni, tak sabar betul"

"Kak Lynna bawa apa untuk kita orang"

"Akak bawakan biskut kucing" Lynna bawa Idoli ke ruang tamu. Lalu dia keluarkan sekotak biskut kucing dan berikan kepada Idoli "Makan sikit-sikit, jangan habiskan dalam satu hari"

Mata Idoli terus bersinar-sinar kerana terlalu suka melihat makanan kucing tersebut. Dia ambil kotak tersebut sambil ucapkan terima kasih kepada Lynna. Lalu sang alien kucing itu memeluk kotak tersebut di dadanya. Faye tergelak melihat gelagat Idoli ketika itu. Kemudian Lynna keluarkan beberapa keping chocolate dan berikan kepada Faye

"Wah, terima kasih kak Lynna" Faye terima chocolate-chocolate itu dengan seikhlas hati "Nanti Faye kongsikan chocolate ni dengan kawan-kawan"

"Adik tak dapat apa-apa ke?" muncul Fang yang baru sahaja menghantar sup lobak merah kepada abangnya

"Untuk Fang mestilah ada" Lynna keluarkan sebuah kotak kecil dan berikan kepada Fang "Akak sempat belikan donut lobak merah untuk Fang"

Mata Fang sama seperti Idoli tadi. Ianya bersinar-sinar bagaikan melihat kekasih hatinya ada di depan mata. Fang terima kotak donut itu dengan gembiranya. Dia tidak akan makan donut itu sekarang tetapi dia akan menikmati makanan kegemarannya pada waktu sekolah nanti. Idoli juga berfikiran sama. Dia juga ingin membawa makanan biskut kucingnya ke sekolah. Fang mengintai sedikit ke dalam beg kertas itu. Ada bekas makanan berbentuk bulat

"Itu abang punya ke?"

"Ha ah Fang" balas Lynna "Akak bawakan sup ayam untuk dia"

"Hehehe.. bagusnya akak. Mesti dia sukan dengan sup ayam yang akak masak ni"

"Err.." Lynna tersengih sedikit "Sebenarnya akak beli sup ayam ni. Akak tak sempat nak masak apa-apa untuk dia.. hehehehe.. harap-harap sup ni sedaplah"

"Abang tu, sedap ke tak sedap ke.. jawapan dia tetap sama, bolehlah.. itu ajelah jawapan dia" Fang dekatkan hidung dia kepada kotak itu untuk mengambil bau "Tak sabarnya nak makan dekat sekolah nanti" Bau donut itu membuatkan Fang tidak dapat mengawal perasaan dia tetapi dia harus cekalkan hati dia untuk bersabar

Idoli sudah sumbatkan kotak itu ke dalam beg sekolah dan paling lucu sekali, semua buku sekolah dia pergi keluar. Hanya kotak makanan kucing sahaja yang ada di dalam beg sekolahnya. Faye dan Lynna ketawa kecil melihat gelagat Idoli yang terlalu comel itu. Idoli seperti seorang budak terlalu 'innocent' dan kadang-kala ada sedikit naive. Orang marah dekat dia macam mana pun, dia tetap dengan muka comelnya

"Akak naik atas dulu ok. Nak tengok keadaan Kaizo macam mana"

"Meh adik temankan"

Fang membawa Lynna ke bilik Kaizo. Semasa mereka masuk ke dalam bilik. Kaizo sudah nyenyak tidur. Sup lobak merah dia, tidak di sentuh olehnya. Mangkuk itu hanya berada di atas meja tepi katil Kaizo. Mata sang kapten itu terbuka sedikit

"Kenapa abang tak makan sup tu?" soal adiknya

"Abang tak larat nak bangun" kata Kaizo. Dia keluarkan tangan dia sedikit untuk mencapai sudu di dalam mangkuk sup tersebut tetapi tangan dia menggeletar teruk "Pang, kau suapkan abang" Lalu dia masukkan balik tangannya ke dalam selimut

"Kaizo, kau sakit teruk ni" Lynna cuba periksa dahi Kaizo dengan meletakkan belakang tapak tangannya "Macam tak demam tapi kenapa kau sakit?"

"Aku tak tahulah" balas Kaizo

"Mari kita ke stesen TAPOPS. Mungkin mereka disana dapat merawat kau"

"Tak perlu" kata Kaizo kepada Lynna "Mungkin aku terlalu penat sampai badan aku tidak berdaya nak bangun"

"Tapi.." Terus Kaizo memotong percakapan Lynna

"Jangan tapi tapi.. kau pergi sahaja hantar mereka ke sekolah"

"Hmm... kalau sudah melarat sangat, aku akan hantar kau ke stesen TAPOPS juga" tegur Lynna dengan nada garang "Kau tak boleh nak cari alasan lagi"

"Yea yea.. kalau teruk sangat, aku akan ikut kau ke sana. Aku janji"

Fang terpaksa suapkan abang dia sedikit demi sedikit. Kaizo seperti tidak begitu selera dan tekak dia rasa sedikit pedih apabila dia cuba menelan kunyahan lobak merah itu. Lalu dia menyuruh Fang berikan sup sahaja. Secara senyap, Lynna beredar dari situ. Dia menoleh kebelakang sedikit sebelum kaki dia melangkah keluar dari bilik itu. Lynna bersandar di tepi dinding sambil memikirkan tentang penyakit Kaizo

"Ada serangan dari musuh aku ke?" bisik Lynna "Tapi kalau ada pun, sudah tentu Kaizo beritahu aku. Kalau banyak sangat berlatih, tak kan sampai teruk macam tu sekali tapi apa-apa pun, aku tetap akan bawa dia ke stesen TAPOPS. Kalau aku bawa ke hospital, takut mereka tidak dapat mengesan penyakit dia" Dia memicit dahinya sedikit. Dia takut jikalau Kaizo terkena penyakit alien yang doktor bumi tidak tahu. Dia mengintai sedikit

Kaizo sudah mula kembali tidur. Dia tidak begitu larat untuk menghabiskan kesemua sup tersebut. Asalkan Kaizo makan sedikit sudah memadai, bisik di hati Lynna. Dia tersenyum melihat Fang pastikan kaki dan tangan abangnya di dalam selimut. Lalu dia mengunsur keluar dengan mangkuk sup tersebut

"Kak Lynna boleh jaga dia kan"

"Boleh. Nak akak temankan korang ke sekolah tak?" soal Lynna dengan nada yang lembut

"Adik ok aje tapi abang tu. Takut apa-apa terjadi dekat dia semasa kita orang takde nanti"

"Hmmm.." Lynna cuba fikirkan sesuatu "Apa kata, akak gunakan kuasa akak untuk ke sana dan kembali ke sini balik secepat mungkin. Takdelah dia rasa seorang diri dekat rumah"

Fang setuju dengan cadangan Lynna tadi. Lynna mengambil mangkuk sup itu dari tangan Fang. Lalu dia menyuruh sang alien itu pernah menukar pakaian rumahnya kepada pakaian seragam sekolah. Sementara Lynna menunggu Fang, Faye dan Idoli bersiap-siap, dia mengemas dapur itu untuk meringankan beban mereka. Alien peliharaan mereka iaitu Picu, entah hilang ke mana selepas dia bangun dari tidur

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Terima kasih kakak Lynna sebab hantar Idoli ke sekolah" Tanpa amaran, sang kucing alien itu terus memeluk Lynna "Terima kasih juga sebab bagi biskut kucing dekat Idoli. Nanti Idoli share dengan kawan-kawan"

Fang menepuk dahinya sendiri. Pada masa yang sama, dia rasa kelakar pula Idoli kongsikan makanan kucing dengan rakan sebayanya. Faye hanya mampu tersenyum sahaja. Dia menahan dirinya daripada ketawa kerana tidak mahu kecilkan hati si kecil itu

"Idoli pergi masuk.. akak nak kena jaga si abang Kaizo korang tu"

"Ala kak Lynna.. kalau tinggalkan dia sorang-sorang pun takpe, lagipun Picu kan ada. Bolehlah dia temankan abang.. hehehehe.. tapi rasa tak baiklah pulak" Fang tersengih sedikit "Kalau dah teruk sangat abang tu. Kak Lynna bawa dia terus ke TAPOPS ok. Nanti hubungi Lahap, dia akan bantu kak Lynna. Kalau boleh, beritahu adik nanti"

"Baiklah Fang. Kalau ada apa-apa masalah, akak akan hubungi Fang" Lynna berikan senyuman kecil untuk pastikan Fang tidak begitu cemas "Kamu semua pergi masuk cepat"

"Ala kak Lynna... loceng sekolah lambat lagi nak bunyi" kata Fang

"Ha ah, kita orang sampai awal sebab kak Lynna hantar kita orang guna kuasa" Idoli suka bila dia dapat merasai kuasa teleportasi Lynna "Kakak Lynna bawalah kita orang jalan-jalan. Sekolah lambat lagi nak mula. Kita pergi main-main dekat taman hiburan ke"

"Maaf Idoli" Lynna belai rambut Idoli "Akak tak boleh bawa kamu jalan-jalan. Hari minggu baru boleh. Sekarang ni Idoli duduk sahaja dekat sekolah, ulangkaji mata pelajaran ataupun Idoli pergi main dengan kawan. Idoli ramai kawan kan"

"Ha ah, kawan Idoli ramai. Tak tahulah kenapa semuanya nak berkawan dengan Idoli"

"Idoli kan paling popular dekat sekolah" Faye tidak sangka si kucing alien comel ini disukai ramai "Kak Lynna.. Faye masuk sekolah dulu ok"

Lynna hanya angguk sahaja. Faye pergi ke sekolahnya yang bersebelahan dengan sekolah Idoli. Kebetulan ketika itu, Faye terserempak dengan Bella, kawan baiknya. Faye menjerit nama Bella supaya mereka dapat jalan bersama. Fang masih tidak berganjat dari situ. Sama juga dengan Idoli. Mereka berdua cuba memujuk Lynna untuk bawa mereka berjalan-jalan sementara ada masa. Lynna mengeluh dan lalu dia mengalah. Semangat Idoli terus melonjat naik kerana sang gadis itu bersetuju untuk bawa mereka bersiar-siar tetapi di bandar Pulau Rintis sahaja

"Takpe kak Lynna.. janji kita dapat jalan-jalan" kata Idoli yang terlampau gembira itu

"Lagipun kita ada masa 20 minit aje lagi untuk loceng sekolah berbunyi"

"Tapi Fang.. akak dapat bawa kamu jalan-jalan dalam 10 minit sahaja. Akak bawa kamu berdua ke kedai makanan, kamu pilih sahaja makanan apa yang kamu nak. Akak akan bayar"

"Kita makan dekat sana ke?" soal Idoli

"Bukanlah. Kamu beli makanan untuk makan waktu rehat nanti"

Fang terus memikir untuk beli donut lobak merah lagi. Bolehlah dia makan sepuas-puasnya nanti. Kesedapan donut lobak merah yang gebu itu dapat meningkatkan semangat dia untuk belajar. Sinar harapan mula menyinari hati Fang. Dia mendongak sedikit untuk melihat langit yang cerah dan indah tanpa kehadiran awan-awan hitam. Dia tersenyum seorang diri seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan dia rasa tenang

"Kenapa dengan abang Fang?"

"Entahlah Idoli" Lynna gelengkan kepala dia "Mari kita pergi tapi sekejap sahaja ok. Akak nak kena pergi tengokkan abang Kaizo kamu"

"Kak Lynna ni.. gunakan ajelah kuasa kristal korang yang sangat istimewa tu. Terus dia sembuh"

"Ha ah, betul juga kata Fang tu" Tiba-tiba Lynna tersengih kecil "Macam mana kak Lynna boleh lupa.. adeh.. tapi Fang juga yang beriya-iya suruh akak pujuk dia untuk dapatkan rawatan di stesen TAPOPS. Maknanya Fang pun lupa juga"

Kali ini Fang pula tersengih sambil garu-garu pipinya. Idoli tergelak kecil melihat mereka. Mata dia terpandang ke arah langit. Dia seakan-akan nampak sesuatu sedang menuju ke Pulau Rintis. Objek yang sekecil semut itu, turun ke bumi dan akhirnya, apa yang dia lihat adalah sebuah kapal angkasa yang dia tidak pernah nampak sebelum ini. Orang-orang ramai yang berada di bawah kapal angkasa itu, terkaku sekejap kerana kemunculan kapal angkasa itu. Para pelajar yang berada di dalam bangunan sekolah, berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku. Lynna mengetap bibirnya kerana dia tidak tahu apa tujuan kapal angkasa itu datang ke bumi

"Kak Lynna.. pergi selamatkan abang" kata Fang secara tiba-tiba

"Fang tahu ke mereka adalah musuh?"

"Adik tak pasti" balas Fang "Tapi apa-apa pun, kita kena bersedia"

"Baiklah" Lynna memandang Idoli yang masih lagi melihat kapal angkasa itu "Fang, bawa Idoli jauh dari sini. Pastikan dia dalam keadaan selamat. Akak pergi selamatkan abang kamu dan mungkin juga sembuhkan dia"

Lynna angguk kepala sambil melihat kapal angkasa tersebut. Dia terus teleportasikan dirinya untuk ke rumah Fang. Sebaik sahaja Lynna tiba di ruang tamu rumah Fang dan Kaizo, dia mendapat satu panggilan dari kommander Kokoci

"Lynna"

"Yea kommander"

"Pulau Rintis kini dalam serangan musuh baru. Aku mahu kau mengambil alih tugas Kaizo sementara dia tidak sihat"

"Tapi" Lynna tidak terlalu teruja dengan keputusan kommander "Saya boleh pulihkan Kaizo. Berikan saya masa untuk pulihkan dia"

"Kau yakin?"

"Yea.. kommander jangan risau. Dia akan sembuh dengan serta-merta. Saya dan dia akan halau alien itu keluar dari planet ini"

"Baiklah. Aku akan serahkan kepada kau. Semoga berjaya"

Lynna berlari naik ke atas. Kaizo masih lagi dalam keadaan terbaring di atas katil tetapi kali ini, dia cuba hendak bangunkan dirinya. Dia dengar bunyi bising dari luar tingkap biliknya. Dia tidak tahu apa yang berlaku tetapi dia tahu, ada sesuatu yang cuba menyerang Pulau Rintis

"Lynna.. mereka perlukan aku. Kommander baru sahaja hubungi aku tapi dia suruh kau mengambil alih tugas aku" kata Kaizo dengan nada yang lemah "Tapi aku mahu berjuang bersama dengan kau"

"Aku tahu Kaizo" Lynna berjalan menuju ke tepi katil sang kapten itu. Tangan dia mula hendak menyentuh tangan kanan Kaizo "Aku akan pulihkan kau dengan gunakan kuasa kristal kita. Itu sahaja kita dapat sembuhkan kau dari penyakit misteri ini"

"Baiklah" Kaizo sudah bersiap sedia

Tiba-tiba ada satu letupan berlaku. Lynna terkejut sebentar. Sejurus itu, suara-suara jeritan datang meminta tolong dari luar rumah itu. Keadaan bertukar menjadi kelam-kabut. Lynna menjadi cemas

"Kaizo, aku kena selamatkan mereka. Kau rehat sahaja. Nanti aku akan kembali"

"Tapi.." Tangan Kaizo terangkat sedikit sebaik sahaja Lynna berlari keluar dari bilik itu. Mata dia hanya memandang Lynna sehinggalah gadis itu tiada lagi di dalam biliknya "Hati-hati Lynna" bisik dia

Ketika itu, Picu berada di dalam bilik air Kaizo. Dia sedang berguling di atas lantai bilik air tersebut

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keadaan di Pulau Rintis bertukar menjadi huru-hara. Kapal angkasa itu mengeluarkan pod-pod kecil untuk menangkap sebahagian penduduk di pulau itu sebagai tebusan. Pod-pod itu berterbangan di sekitar pulau itu untuk mencari mangsa. Pod kecil itu akan menangkap sesiapa sahaja, tidak kira tua ataupun muda. Ada yang terpisah dari ibu bapa mereka. Ada anak-anak kecil menangis di dalam pod itu sambil menjerit meminta tolong. Ada yang sorok di tempat yang sukar dijumpai untuk melindungi diri mereka dan ada juga yang cuba hendak berlawan dengan pod-pod itu. Seterusnya askar-askar alien keluar dari kapal angkasa itu untuk menangkap lagi para penduduk pulau tersebut. Mereka nampak seperti manusia biasa tetapi sebenarnya mereka adalah alien. Para adiwira di pulau itu, terpaksa berlawan untuk selamatkan orang-orang cuba ditangkap oleh askar alien itu

"Wei Bella! Kau bawa dia orang lari dari sini" ujar Fang sambil berikan tolakan bayang ke arah sekumpulan askar alien "Bawa mereka ke makmal Emmy.. Idoli ada dekat situ"

Bella mengumpul penduduk-penduduk yang yaris menjadi orang tahanan musuh mereka, dan bawa mereka lari keluar dari bandar itu. Dia dan Faye mengunakan gajet yang pernah diberikan oleh Emmy sebelum ini. Faye menggunakan subang dia untuk mengesan bunyi-bunyi dari jarak jauh atau dari tempat persembunyian

"Yaya, kau lindungi Bella dan Faye" arah Boboiboy "Aku akan cuba halang mereka!"

"Bagilah aku lindungi mereka" Gopal kelihatan takut sedikit "Biar Yaya yang tolong korang"

"Isk kau ni.. superhero tapi penakut! Cubalah beranikan diri tu" marah Fang

"Yelah yelah" Gopal mengalah "Aku akan cuba tukarkan senjata dia orang tu! TUKARAN BISKUT KEJU!"

Tentera askar alien itu terkejut melihat senapang mereka menjadi biskut panjang berperisa keju. Lalu mereka keluarkan bom tangan dan baling ke arah Boboiboy, Fang dan Gopal. Boboiboy terpaksa bertukar menjadi Boboiboy Blaze. Dia melempangkan beberapa bebola api ke arah bom-bom itu. Bebola api Blaze bertembung dengan bom-bom tangan itu dan lalu meletup. Fang melindungi semua orang di kawasan itu dengan mengeluarkan pelindung bayang

"Gopal, kau nak tolongkan tadi"

"Kenapa Fang? Aku perlu buat apa?"

"Kau bawa orang-orang yang ada dekat sini dan lari dari sini. Lindungi mereka" arah Fang "Ying, kau pergi bantu Gopal"

"Baik!" kata Ying

"Aku dan Fang akan cuba hapuskan mereka" kata Boboiboy Blaze "Wei Fang, abang kau masih belum sembuh lagi ke?"

"Belum.. tak kan kak Lynna tak sembuhkan dia" Fang menjadi hairan seketika "Atau kak Lynna biarkan dia sakit"

"Aku rasa kak Lynna tengah tolong orang-orang yang ada dekat kawasan perumahan" muncul Harraz. Dia juga datang untuk menolong mereka "Tadi aku nampak dia berlawan dengan alien-alien ini. Rasanya dia tak sempat nak sembuhkan abang kau" Dia membuka tabletnya untuk melihat jikalau ada orang yang terperangkap di mana-mana

"Ada tak?" soal Boboiboy Blaze sambil melemparkan beberapa bebola api ke arah askar alien itu

Satu per satu alien tersebut dapat dihapuskan oleh Blaze dan Fang. Sekumpulan askar alien, semakin lama semakin sedikit. Kapal angkasa itu tidak mengeluarkan lagi para tenteranya. Kapten kapal angkasa itu biarkan sahaja kerana apa yang paling penting sekali, dia sudah mengumpul penduduk pulau itu sebagai tahanannya

"Fang, mari kita pergi hancurkan pod-pod tu sebelum ianya kembali ke kapal angkasa"

Fang angguk dan terus keluarkan helang bayangnya. Blaze kali ini bertukar menjadi Taufan. Kedua-dua remaja itu pergi selamatkan orang-orang yang terperangkap di dalam pod-pod berkenaan. Gopal diarahkan untuk menjaga Harraz dan sambil itu, mereka harus mencari penduduk yang terperangkap di mana-mana tempat. Tablet yang digunakan oleh Harraz, ianya dapat mengesan setiap manusia yang ada di muka bumi. Mata Harraz terpandang sesuatu di tabletnya. Manusia yang berwarna hijau dan manakala alien pula, berwarna merah di skrin tablet tersebut

"Gopal, kita harus ke taman.. ada sekumpulan remaja dikepung oleh alien jahat"

"Ta-tapi" Gopal menelan ludah "Aku kena bawa orang yang kita berjaya selamatkan ke tempat lain"

"Jangan risau. Kau, Ying dan mereka dapat bekerjasama untuk selamatkan mereka" Segelintir orang-orang di situ angguk sebagai tanda setuju untuk pergi selamatkan sekumpulan remaja itu

"O-ok" Gopal memandang orang-orang yang terselamat. Mereka mula bergerak ke arah taman Pulau Rintis

"Harraz, nanti dulu" Ying hentikan pergerakan mereka "Gopal pergi pastikan mereka semua ditempat yang selamat. Biar aku dan Harraz pergi selamatkan mereka. Aku takut nanti jadi apa-apa pula nanti"

"Hah! Aku setuju sahaja tapi tak kan aku seorang sahaja!"

"Ala, lu ni.. jangan terlalu takut sangat maa.. aku yakin kau boleh lakukan dengan terbaik. Kalau apa-apa terjadi, hubungi kami dengan segera"

Gopal mengalah. Lalu dia mengarah yang lain untuk ikut dia ke tempat lain. Bandar itu sudah bersih dari serangan alien tersebut tetapi masih ada lagi pod-pod kecil untuk mencari mangsa tembusan mereka. Sebelum Ying dan Harraz bertolak ke arah taman, mereka berdua ingin pastikan Gopal dan yang lain-lain keluar dari bandar itu dalam keadaan selamat. Semasa Harraz sibuk mencari mangsa-mangsa musuh mereka, dia tidak sedar dengan kehadiran salah satu pod kecil tersebut. Pod itu membuka bahagian tengahnya dan lalu ianya menyedut Harraz masuk ke dalam pod tersebut. Badan dia terangkat ke udara. Ying sempat pegang pergelangan tangan Harraz. Dia menarik Harraz dengan kekuatan yang dia ada

"Ying, lepaskan tangan aku" jerit Harraz

"HAH? Kau gila ke?" Ying tidak akan lepaskan tangan Harraz "Aku tidak akan lepaskan kau!"

"YING! LEPASKAN SAHAJA!"

"TAK NAK!"

Gopal terdengar jeritan mereka. Lalu dia pusing kebelakang dan patah balik untuk bantu Ying. Dia arahkan orang-orang yang dia perlu bawa ke tempat yang selamat, lari dari situ. Manakala dia pula, berlari ke arah Ying dan Harraz. Tanpa pengetahuan Gopal, ada dua alien terserempak dengan kejadian itu. Mereka menghalakan tembakan itu ke bahagian kaki Gopal. Taufan memecut hoverboardnya untuk selamatkan Gopal. Dia menolak Gopal dan mereka berdua jatuh bergolek di atas jalan. Fang mengikat kedua-dua alien itu dan lalu dia campak alien tersebut ke arah laut. Mereka tidak sempat selamatkan Harraz. Sedutan pod itu terlalu kuat dan pegang Ying tadi terlepas. Akhirnya Harraz terperangkap di dalam pod tersebut bersama dengan tabletnya. Malangnya, dua remaja di taman tadi itu, juga berjaya ditangkap oleh pod-pod kecil

"Kau ok tak, Gopal?"

"Aku ok... tapi Harraz kena tangkap!" Gopal tuding ibu jarinya ke arah pod Harraz yang sudah dibawa masuk ke dalam kapal angkasa "Kita kena selamatkan dia!"

Tetapi mereka sudah terlewat. Kapal angkasa itu mula bergerak selepas sahaja pod terakhir masuk ke dalam kapal itu. Mereka hanya dapat melihat kapal angkasa itu terbang menuju ke angkasa. Ying terduduk di situ. Hati dia kecewa dan geram kerana tidak dapat selamatkan Harraz. Air mata dia mula membasahi permukaan bumi

"Kenapa mereka pergi tangkap orang-orang yang tidak bersalah? Apa tujuan mereka sebenarnya?" Ying menggenggamkan kedua-dua tangannya dengan kepala dia tertunduk sedikit "INI TIDAK ADIL!"

"Sabar Ying" pujuk Boboiboy "Aku pun rasa marah tapi kemarahan kita bukan boleh bawa mereka pulang ke bumi. Kita kena selamatkan mereka tapi sebelum itu, kita harus periksa jikalau ahli keluarga kita selamat ataupun tidak"

"Boboiboy!" Yaya mendarat di hadapan Ying dan Boboiboy "Korang ok tak?"

"Dia orang ok, aku aje yang tak ok" Lutut Gopal luka sedikit kerana terseret seketika Boboiboy selamatkan dia "Yang lain semua selamat?"

"Semua selamat" kali ini muncul Bella bersama dengan Faye "Kami tadi pergi periksa keluarga korang semua"

"Tok Aba selamat?" Boboiboy menjadi risau seketika

"Dia selamat" balas Faye. Boboiboy menjadi lega seketika "Ochobot teleportasi Tok Aba dan orang-orang yang ada dekat taman ke stesen TAPOPS. Keluarga kami semua ok tapi aku belum periksa abang Kaizo lagi"

"Eh.." Fang keluarkan helang bayangnya. Dia tunggang helang itu untuk terus pulang ke rumah

Boboiboy dan rakan-rakannya mula risau jikalau Kaizo menjadi salah satu mangsa musuh mereka. Tanpa membuang masa, mereka juga menuju ke rumah Fang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ABANG!"

Pintu rumah Fang ditolak dengan kasarnya. Fang tidak berhenti berlari dan terus naik ke atas untuk memeriksa keadaan abangnya. Setelah dia tiba di pintu bilik abangnya, dia terkejut melihat Lynna terduduk di atas lantai sambil menangis. Kaizo tiada di atas katil. Tingkap bilik itu pecah dan serpihan-serpihan kaca tingkap tersebut, berterabur di atas selimut dan juga di atas lantai

"TAK GUNA!" Fang menjadi geram

"Fang!" Lynna bangunkan dirinya. Lalu dia pergi memeluk Fang sambil berkatakan sesuatu "Maafkan akak.. ini salah akak kerana tidak sempat sembuhkan dia.. maafkan akak, Fang"

Air mata Lynna menitis di atas bahu baju Fang. Dia tidak henti-henti menangis. Sedikit demi sedikit, tangan Fang membalas balik pelukan Lynna tadi

"Kak Lynna.. jangan salahkan diri sendiri" bisik Fang sambil cuba memujuk hati Lynna yang sedih itu "Kita sendiri tidak tahu benda ini terjadi. Kak Lynna jangan menangis ok. Kalau tidak, adik pun menangis juga"

Lynna ketawa sedikit. Dia lepaskan Fang. Hati dia rasa sedikit lega

"Kak Lynna.." panggil Fang "Apa tindakan kita yang seterusnya?"

"Kita hubungi kommander Kokoci untuk menjejaki alien jahat tu. Kita perlu siasat siapa ketua askar-askar alien tadi dan kenapa dia pergi tangkap sebahagian penduduk pulau ini"

"Betul juga tu kak Lynna" Fang mengusap dagunya "Apa yang dia mahukan? Tapi adik tidak boleh maafkan mereka kerana culik abang. Dia orang akan terima akibatnya nanti"

"Akak pun tidak boleh maafkan mereka tapi kita perlu berfikiran rasional.." Lynna mengeluh sedikit. Dia cuba hilangkan rasa bersalah terhadap Fang tentang abangnya yang kena culik "Fang.. kamu hubungi kommander dengan segera. Kita perlu cari abang kamu dan yang lain"

Ketika Fang hendak menghubungi kommander Kokoci, dia terdengar suara tangisan kecil. Lalu dia dan Lynna berlari ke balkoni rumah. Fang tidak terkejut melihat Rizu sedang menangis sambil ditenangkan oleh Yaya. Rizu masih lagi di dalam pakaian sekolahnya. Sang gadis bertudung pink itu tidak berputus-putus untuk tenangkan si kecil itu. Yaya mendongak sedikit. Lalu dia terbang menuju ke Fang dan Lynna

"Kenapa dengan Rizu?" soal Fang. Riak wajah dia bertukar menjadi risau "Dia sedih sebab abang aku kena culik ke?"

"Syhhh! Jangan cakap kuat-kuat" bisik Yaya. Dia pandang ke bawah. Rizu tidak dengar percakapan Fang tadi. Lalu dia berkata "Abang kau pun kena culik?"

"Yea.." Fang menggenggamkan kedua-dua tangannya "Abang aku tengah sakit, alien jahat pergi culik dia pula. Memang mengambil kesempatan betul! Aku rasa ada seseorang yang merancang kesakitan dia tu" Hati dia begitu kuat mengatakan begitu. Siapa dan bagaimana abang dia boleh sakit, dia akan siasat sampai ke lubang cacing "Hah, si Rizu tu kenapa?"

"Ibu dia" jawab Yaya. Wajah dia kelihatan sedih. Dia seperti hendak menangis di depan Fang "Masa kita orang menuju ke kedai Tok Aba. Kita orang ada juga periksa lagi sekali untuk pastikan semuanya selamat. Aku terjumpa Rizu dekat taman permainan. Aku tanya dia kenapa. Terus dia cakap, alien jahat tangkap ibu dia. Jadi aku bawa dia ke sini. Kau kan abang angkat dia. Mungkin kau dapat tenangkan dia sedikit sebab aku sudah cuba, dia tak henti-henti menangis"

"Hmm.. ini kalau dia tahu abang aku kena culik, mesti Rizu akan bertambah sedih lagi" Fang mengeluh kecil "Kak Lynna, ada cara tak untuk tenangkan dia?"

Lynna fikirkan sesuatu

"Rasanya ada" kata Lynna "Tapi..." Dia menarik nafas dan lalu berkata "Akak terpaksa tidurkan dia, agar dia tenang. Kalau tidak, akak takut nanti dia jatuh sakit pula"

"Tapi kak Lynna.. berapa lama nak tidurkan dia?"

"Entahlah" balas Lynna kepada Fang "Dia akan bangun setelah kita berjaya selamatkan Kaizo dan yang lain. Itu sahaja cara yang akak ada untuk Rizu. Selagi kita masih boleh belum selamatkan mereka, selagi itu Rizu akan tidur"

Fang seperti ragu-ragu dengan cadangan Lynna. Dia takut jikalau Rizu mimpi buruk pula. Lagi teruk Rizu kena nanti tetapi kalau Rizu dalam keadaan terjaga seperti sekarang, mungkin agak sukar untuk tenangkan Rizu. Lebih-lebih lagi jikalau Rizu hilang selera makan dan jatuh sakit. Fang pada ketika itu, dia tidak mahu tinggalkan Rizu bersendirian tetapi dia harus pergi untuk selamatkan abang dia. Perasaan dia ketika itu berbelah bahagi. Rizu perlukan seseorang yang boleh berikan dia semangat dan tenangkan hati dia dalam keadaan gentir ini

"Yaya, kau rasa si pelik tu boleh jagakan Rizu tak buat sementara ni?"

"Lily? Boleh kot.. kenapa?" soal Yaya

"Aku rasa, Lily seorang sahaja yang boleh selain daripada aku, abang aku dan kak Lynna.. Lily pun rapat dengan dia"

"Kalau kau yakin Lily boleh jaga dia, kau hubungilah dia" kata Yaya dengan satu senyuman "Lily tu suka ceriakan keadaan. Tak kiralah dalam bahaya ke, sedih ke, marah ke.. dia tetap cuba ceriakan semua orang"

"Tapi.. aku tak rasa ceria pun" kata Fang dengan nada bosan. Lalu dia menghubungi Lily terlebih dahulu sebelum dia menghubungi kommander Kokoci

Selepas sahaja Fang menghubungi Lily. Tiba-tiba muncul seorang gadis di pintu utama rumah itu. Gadis itu adalah Lily. Begitu pantas sekali dia tiba di Pulau Rintis. Lily menggunakan gajet khas dari Faye yang boleh pergi kemana-mana sahaja

"RIZU! MY LITTLE PENGUIN! I'M COMING TO HELP YOU!"

Rizu berlari terus ke arah Lily kerana terlampau sedih sangat. Fang biarkan sahaja kerana dia perlu menghubungi kommander Kokoci pula. Skrin kecil muncul di jam tangan Fang

"Fang, aku sudah tahu apa yang berlaku. Kami di sini sedang menjejaki mereka"

"Terima kasih kommander" ucap Fang "Tapi kommander, kapten Kaizo telah diculik oleh mereka. Saya takut jikalau mereka lakukan apa-apa dekat dia. Kommander tahu dia tengah sakit sekarang ini"

"Kapten Kaizo KENA CULIK? Tak boleh jadi ni... aku akan mengambil kamu semua dari bumi. Bersiap sedia semua!"

Skrin itu terus hilang. Fang, Yaya dan Lynna perlu beritahu Boboiboy, Gopal dan Ying untuk berkumpul di kedai Tok Aba dan tunggu kapal angkasa TAPOPS tiba dibumi. Sebelum mereka beredar, Fang pergi berjumpa dengan Rizu terlebih dahulu. Dia tidak patut tinggalkan Rizu tanpa mengucapkan sesuatu. Rizu sudah kembali ke kerusi sofa. Lily cuba memujuk Rizu untuk berhenti menangis. Dia siap membawa Comot sekali iaitu kucing kepada ejen Ali, untuk menceriakan hati Rizu sedikit. Entah dari mana Lily kutip Comot

"Rizu" Fang turun dari tangga dan menuju ke arah adik angkatnya

"A-abang Fang.." Rizu mengesat air matanya "Ibu... ibu... dia orang tangkap ibu... Pizu pegang tangan ibu kuat-kuat tapi.." Dia terus memeluk Lily kerana tidak sanggup mengingat kejadian tadi "Abang Fang selamatkan ibu..." bisik Rizu di dalam dakapan Lily

"Meow" Comot mengesel kepalanya di kaki Rizu. Dia juga turut rasa sedih "Meow meow"

"Wei, kau pergi culik Comot ke?"

"Errr... hehehe" Lily tersengih kepada Fang "Ala, ini pun untuk kebaikan Rizu! Landak jangan risau. Lily akan jaga Rizu dengan baik sementara landak pergi selamatkan semua orang dari alien tak guna tu!"

"KAMI AKAN KALAHKAN ALIEN JAHAT TU! Mari Yaya! Kak Lynna.. kita pergi berjuang!"

Lily bangga dengan semangat Fang. Dia berikan tabik kepada Fang sambil melihat mereka bertiga beredar dari rumah itu dengan semangat baru. Mereka akan kembalikan orang-orang yang tersayang dan akan pastikan alien jahat itu tidak boleh menyerang mereka lagi. Ketika Kaizo di culik oleh alien jahat, Picu ada di dalam jaket baju Kaizo. Kini Picu berada dengan sang kapten itu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepala Kaizo terasa sakit. Tangan dan kaki dia begitu lemah untuk bergerak. Dia tidak mampu untuk keluarkan pedang tenaganya. Dia tidak berdaya untuk berlawan dan mencari jalan keluar dari penjara kecil itu. Kaizo merangkak ke arah pintu penjara yang berbesi itu. Mata dia terpandang sepasang kaki berdiri di luar penjaranya. Lalu dia mendongak untuk melihat siapa

"Mimiko?" Kaizo tidak percaya apa yang dia nampak "Kau? Kenapa kau buat kerja jahat? Bukan ke kau dan kembar kau sudah berubah"

Mimiko terduduk sambil menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Dia menangis. Agak sukar untuk Kaizo percaya adakah tangisan itu adalah betul atau berpura-pura sahaja. Lalu Mimiko membuka cerita sebenarnya

"Ma-maafkan aku" kata Mimiko "Ini memang salah aku kerana..." Dia mengesat air matanya. Lalu dia memandang Kaizo dengan penuh sayu "Ibu bapa aku telah diculik oleh seorang kapten jahat. Dia mempergunakan mereka untuk dapatkan aku"

"Jadi? Apa kena mengena dengan aku?" soal Kaizo yang makin keliru

"Kerana dia juga mempergunakan aku. Kalau aku tidak mengikut arahan dia, ibu bapa aku akan menjadi mangsa. Abang aku tidak tahu tentang ini. Dia tahu abang aku akan tidak akan dengar cakap dia. Jikalau aku beritahu abang aku tentang perkara ini, ibu bapa aku akan terima akibatnya" Mimiko memandang Kaizo dan cuba meraih simpati dari sang kapten itu "Maafkan aku, Kapten Kaizo.. maafkan aku"

"Bagaimana aku nak maafkan kau sebab kaulah orang yang terima nasib yang sama! Kau pisahkan mereka dari keluarga mereka!"

"Aku tahu.. aku tak patut terima kemaafan dari kau" Mimiko menyesal dengan perbuatan dia

Kaizo memang marah kepada gadis itu tetapi pada masa yang sama, dia ada rasa sedikit kasihan. Mimiko bukan seorang yang lantang bersuara seperti kembar dia. Kaizo memahami situasi Mimiko tetapi dia marah dengan gadis itu kerana tidak mencari jalan lain untuk selamatkan ibu bapanya. Mungkin Kaizo sendiri dapat bantu Mimiko ataupun pasukan TAPOPS boleh berikan bantuan kepada gadis tersebut. Kaizo mula mengesot dirinya kebelakang. Dia tidak mahu melihat wajah Mimiko lagi

"Maafkan aku" ulang Mimiko lagi yang masih terduduk lagi di atas lantai "Maafkan aku kerana bukan sahaja mempergunakan kau dan..." Dia menelan ludah dan tidak sanggup melihat wajah garang Kaizo "Aku juga yang buat kau sakit. Aku yang berikan kau makanan tempoh hari. Aku yang hantar sup lobak merah dekat rumah kau. Aku memang tak nak buat kau sakit tapi... aku takde niat nak buat macam tu dekat kau tapi... AKU TERPAKSA!" Dia meraung kuat seperti jeritan meminta simpati "AKU TERPAKSA! INI BUKAN DIRI AKU!"

Mimiko membongkokkan dirinya untuk menangis di lantai. Dia masih ingat lagi kejadiaan itu. Pada ketika itu, Fang mengadakan jamuan kecil-kecilan di kedai Tok Aba. Mimiko mengambil kesempatan dan berikan sup lobak merah kepada mereka. Hanya sup lobak merah Kaizo sahaja yang dia bubuhkan ubat secara senyap

"Kau? Kau buat baik pada aku dan adik aku... tapi semuanya adalah rancangan jahat dari kau?!" Kaizo cuba meninggikan suaranya "KAU.. memang.. TAK GUNA!"

"Bukan.. ini bukan diri aku.. aku bukan jahat seperti dulu.. Maafkan aku.. maafkan aku.." Mimiko mengesat air matanya. Kedua-dua matanya kelihatan bengkak sedikit kerana banyak sangat menangis

"Kau bukannya dapat kemaafan dari dia pun" Kapten kepada kapal angkasa itu sudah munculkan diri. Dia pacakkan pedangnya di atas lantai kapal tersebut "Hahaha.. tak pernah selama ini aku nampak kau sakit macam tu. Ini membuatkan aku amat teruja"

Alien itu adalah Kapten Vergo. Rupa dia seperti manusia. Dia mempunyai jambang yang pendek dan rupanya agak kacak. Dia memakai subang berbentuk gelang disebelah telinga kanan. Rambut dia tercacak sedikit. Pedang milik dia mempunyai pelbagai hiasan berlian. Kepala Mimiko tertunduk sedikit apabila rambut dia diusap sedikit oleh Kapten Vergo. Mimiko terdiam kerana takut

"Bagus Mimiko.. kau ikut arahan aku" kata Vergo "Tapi kau perlu ingat, ibu bapa kau masih dalam tahanan aku lagi. Mereka akan dapat dilepaskan sekiranya Kapten Kaizo berikan kristal dia kepada aku"

"Kristal?" bisik Kaizo "Aku mana ada kristal!"

"Hmm.. betul kau tiada?" Vergo bermundar-mandir di belakang Mimiko. Lalu dia berkata "Betul ke kau tidak memiliki kristal yang berkuasa tu? Aku tahu kau mempunyai kristal yang aku idam-idamkan tu. Kristal itu muncul apabila kau dan dia bergabung. Ya, kristal yang sangat tinggi nilainya. Aku inginkan kristal itu. Aku ingin memiliki kuasa yang tiada siapa boleh kalahkan aku. Semua alien-alien di galaxy ini akan menghormati aku! DAN TIADA SIAPA DAPAT BULI AKU LAGI! Dulu aku ditendang, dihina tetapi sekarang ini.. AKU AKAN DISANJUNGI!"

"Kristal itu.. aku tidak akan berikan kepada kau" kata Kaizo

"Kau tak kan beri.. tapi dia akan berikan kepada aku" Maksud 'dia' di dalam ayat Vergo adalah Lynna "Dia akan buat apa sahaja untuk selamatkan kau dan penduduk-penduduk Pulau Rintis yang aku berjaya tangkap... HAHAHAHAHA! Kristal itu akan menjadi milik aku" Dia angkat pedangnya dan halakan ke arah Kaizo "Dan kesemua power sphera aku akan musnahkan, termasuklah jam-jam kuasa yang ada di bumi. Hanya aku sahaja yang akan bermahajela di galaxy ini"

"Kau tidak... akan berjaya..." Kepala Kaizo menjadi lebih sakit. Bagaikan ada sesuatu yang tajam cucuk di kepalanya "Kau.. akan... tewas.."

Akhirnya Kaizo jatuh pengsan di atas lantai. Kapten Vergo tersenyum sinis dengan matanya memandang Kaizo. Lalu dia tinggalkan tempat itu. Dia hiraukan sahaja tangisan dari Mimiko. Dia tiada perasaan simpati atau belas kasihan terhadap sesiapa pun. Dia akan lakukan apa sahaja untuk berkuasa di galaxy itu. Sesiapa yang cuba menghalang rancangan dia, mereka akan pasti terkorban

to be continued...

-------------------------------------------

Maaf sebab lambat sangat nak update T_T

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top