Genie
"Abang bangun!"
Kaizo pusingkan dirinya kerana tidak mahu diganggu oleh adiknya. Dia masih lagi berada di atas katil sambil memeluk bantal peluk. Fang panjat di atas badan abangnya dan lalu dia peluk. Dia menjerit di telinga abangnya
"Abang! Bangunlah! Ibu ada buat pancake untuk kita orang. Abang tak makan ke?"
"Hmm..." Kaizo malas hendak membuka matanya. Dia hiraukan sahaja adiknya
"Kalau abang tak nak bangun, takpelah"
Tidak sampai 1 saat, telinga Kaizo terus digigit oleh Fang. Lalu Kaizo terkejut dan dia menjerit
"IBU! ADIK GIGIT TELINGA ABANG!"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rupanya semua itu adalah mimpi sahaja. Kaizo terjaga dari mimpi yang berakhir dengan telinganya kena gigit. Cahaya matahari di luar tingkapnya, menyinari sedikit bilik tidur Kaizo. Kedengar budak-budak sedang membuat bising diluar halaman rumahnya. Mereka hanya lalu sahaja untuk menuju ke sesuatu tempat. Semuanya sedang berseronok kerana cuti sekolah yang panjang. Kaizo tidak rasa hendak kembali tidur. Dia turun dari katilnya dan terus pergi ke bilik adiknya. Fang tiada di dalam bilik itu. Malah, rumah itu kelihatan sunyi sahaja. Faye juga tiada kerana dia sudah pulang ke planet asalnya. Idoli pula, dia pergi mengikuti abangnya mengembara di angkasa lepas
"Budak ni mesti keluar. Semalam dah keluar, hari ni nak keluar lagi" mengeluh Kaizo. Lalu mata dia terpandang sehelai nota yang berada di atas meja belajar adiknya. Lalu dia mengangkat kertas itu "Hmm... hari ini keluar dengan Rizu. Kita orang pergi main dekat tepi pantai"
Kaizo terus buang nota kertas itu ke dalam tong sampah. Dia turun ke bawah dan masuk ke dalam dapur. Kali ini ada nota lain pula yang ada di atas meja makan. Lalu Kaizo membaca nota tersebut
"Adik ada buat sup lobak merah untuk abang. Ada dekat dalam periuk besar tu" Mata Kaizo melirik ke arah periuk besar yang ada di atas dapur "Bagus betul budak Pang ni. Lepas makan, aku nak pergi berlatih dekat kapal angkasa"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Main pasir! main pasir! Main pasir! Kita buat istana pasir!"
Rizu mengali pasir pantai itu. Sebahagian daripada pasir tersebut, dia masukkan ke dalam baldi mainan. Fang ada di tepi adik angkatnya. Dia sedang baring di atas tikar yang telah dibentangkan di pantai tersebut. Suasana pagi itu sangat nyaman. Angin bertiupan bersepoi-sepoi, ombak berdayu-dayu di lautan, kanak-kanak sedang berkejaran dengan seronoknya dan juga Picu berguling-guling di atas pasir putih
"Bestnya baring dekat sini" bisik Fang dengan matanya tertutup rapat
"Abang Fang ni.. kata nak tolong Pizu buat istana pasir"
"Kejap lagi" jawab Fang sambil terfikirkan kesedapan donut lobak merah "Rizu mainlah dulu yea"
"Apalah landak ni"
Suara itu membuatkan Fang hilang selera untuk memikirkan donut lobak merahnya. Kening dia berkerut sedikit. Dia tahu siapakah pemilik suara itu. Dia cuba memikirkan pemilik suara itu hanyalah mainan pemikirannya. Lalu dia membuka matanya sedikit dan berharap orang itu tiada di situ. Malangnya, selepas sahaja Fang mencelik matanya, sang gadis bernama Lily ada di situ. Lily tersenyum lebar sambil memahan topi besarnya daripada ditiup angin
"LANDAK! Landak dah bangun!"
"Hehehe.. kakak Lily buat apa dekat sini?"
"Ala Rizu.. dia ada dekat sini mestilah sebab nak cari BBB-CHAN dia tu!" Fang yang menjawab pertanyaa Rizu tadi
"BETUL TU!" Suara Lily membuatkan orang lain pandang ke arah Lily seketika "So, mana BBB-CHAN? Dia lewat sampai ke?" Dia mencari-cari Boboiboy di sekitar pandai itu "Atau sebenarnya LANDAK SEMBUNYIKAN DIA DARIPADA LILY!"
"Takde maknanya aku nak sorokkan dia daripada kau" Fang bangunkan dirinya untuk duduk di atas tikar tersebut "Dia ada dekat kedai Tok Aba. Ayah dia datang hari ni"
Mata Lily terus bersinar-sinar. Rizu menepuk dahinya kerana dia tahu, Lily mesti akan buat kecoh di kedai Tok Aba sebentar lagi. Fang seperti ingin pergi ke kedai Tok Aba kerana hati dia begitu kuat mengatakan, dia perlu menyaksikan Lily berdepan dengan ayah Boboiboy. Sesuatu yang menarik akan bakal berlaku nanti, fikir Fang
"Wuuu! Bakal bapak mertua ku ada di sini! LILY PERGI DULU! I'M COMING BBB-CHAN!"
Lily terus bergegas lari ke kedai Tok Aba sehingga dia tidak hiraukan tentang topinya yang sudah melayang ke tempat lain. Rizu tergelak sedikit. Dia suka melihat gelagat Lily yang sentiasa ceria itu. Lalu Fang bangun dari situ dan gulung tikar tersebut
"Abang Fang nak pergi mana?"
"Abang nak pergi kedai Tok Aba" balas Fang "Jom Rizu"
"Ala.. tapi abang Fang nak tolong Pizu buat istana pasir"
"Nanti kita datang balik sini. Lepas tu abang janji, abang akan tolong Rizu" Fang berikan senyuman ikhlas dia kepada Rizu "Lepas tu abang belanja ice cream ok! Bawa si Picu tu sekali"
Rizu mengemas mainan dia. Tangan dia mengangkat Picu dan masukkan sang alien itu ke dalam baldi mainannya. Sebelum mereka ke kedai Tok Aba, mereka singgah ke kedai donut untuk membeli sedozen donut lobak merah. Mereka ke sana dengan menunggang helang bayang. Rizu rasa takut sedikit tetapi lama-kelamaan, dia suka pula. Setelah mereka sudah membeli donut, mereka terus ke kedai Tok Aba. Sampai sahaja di kedai itu, Lily sudah sampai di kedai Tok Aba pada tepat masanya. Fang membentang tikar di hadapan kedai itu untuk menonton drama Lily dan Boboiboy dengan ayahnya. Rizu gelengkan kepalanya kerana abang angkat dia ketika itu, terlampau gembira
"BBB-CHAN! LILY DAH SAMPAI!" Lily melambai-lambai ke arah Boboiboy yang sudah tersengih sedikit
"Siapa tu?" soal ayah Boboiboy kepada anaknya "Kawan kamu ke?"
"Bukanlah. Itu bakal kekasih hati Boboiboy" Ochobot menyapuk
"BAKAL KEKASIH HATI?!" Terkejut Amato. Dia hampir tersembur air yang diminum olehnya "BOBOIBOY! Kamu masih sekolah lagi. Mana boleh fikir pasal cinta"
Fang tergelak melihat kawan baiknya ditegur oleh ayahnya. Rizu mengeluh. Lalu dia bermain dengan Picu kerana malas hendak melayan abang angkatnya. Boboiboy melirik matanya ke arah Ochobot dengan muka marah
"Ochobot ni bergurau aje" kata Tok Aba sambil gelengkan kepalanya "Ochobot, pergi hantar makanan ni dekat pelanggan sana" Ochobot mengambil sepiring pancake dan lalu dia terbang pergi
Lily sudah tiba di kedai itu. Dia kelihatan penat dan tercungap-cungap kerana banyak sangat berlari
"Tok Aba, air kosong satu!" kata Lily. Lalu dia kembali bersemangat kerana Boboiboy ada di situ "BBB-CHAN!"
"Hehehe... ayah.. ini kawan saya. Nama dia Lily"
"Ohhh... inilah Lily yang selalu kamu sebutkan tu" Amato gembira dapat jumpa dengan gadis ceria itu "Apa khabar Lily?"
"Saya baik sahaja!" Lily duduk di atas kerusi bangku kedai itu bersebelahan dengan ayah Boboiboy "Uncle apa khabar? Betul ke BBB-CHAN selalu ceritakan tentang diri saya? Sukanya saya! WEEEEE!"
"Uncle khabar baik. Anak uncle ni selalu ceritakan tentang kawan-kawan dia dekat sini. Adalah juga dia cerita tentang awak" balas Amato dengan penuh hemah "Dia kata, awak ni suka ceriakan keadaan tak kiralah dalam situasi macam mana pun"
"Betul betul! Lily tak suka tengok orang lain sedih, panik, marah-marah, rasa macam nak mengamuk seperti landak" Fang terus memandang tepat ke arah Lily. Lalu sang gadis itu berkata lagi "Kerana itulah sifat Lily.. happy go lucky!"
"Wah.. uncle suka tengok kamu yang sentiasa ceria"
"Terima kasih uncle!" Lily suka melihat Amato. Lalu dia memandang Boboiboy. Mereka berdua mempunyai beberapa helaian rambut yang berwarna putih "Kalaulah saya tahu uncle datang ke sini. Sudah lama saya bawakan kek oren. BBB-CHAN suka dengan kek oren saya! Betul tak BBB-CHAN?"
"Errr.. betul tu!" balas Boboiboy sambil tersengih lagi "Kek yang dia buat tu, memang sedap"
Mata Lily terus bersinar-sinar. Fang masih lagi ketawa terbahak-bahak sambil kunyah donut kesayangan dia. Lalu dia hampir tercekik kerana banyak sangat ketawa. Rizu terus berikan air minuman kepada abang angkatnya
"Oklah, Boboiboy nak bawa ayah pergi jalan-jalan dekat bandar"
"Elok-elok dekat bandar tu nanti" pesan Tok Aba
"Wuuu... Lily nak ikut!" Sang gadis itu berikan senyuman manisnya kepada Boboiboy dan juga Amato "Mesti seronok dapat jalan-jalan dengan bakal kekasih hati ku dan juga bakal bapa mertua ku!"
Boboiboy terus menepuk dahinya. Fang berguling sambil ketawa kerana tidak tahan melihat gelagat Lily dan juga reaksi Amato. Rizu gelengkan kepala sahaja
"Boboiboy?! APA MAKNYA SEMUANYA NI?"
"Maaf ayah.. dia ni bergurau sahaja" Boboiboy garu-garu pipinya dan cuba tidak membuat ayahnya rasa cemas
"Aduh.. kamu ni Boboiboy. Kalau tidak mahu terima dia, berterus-terang sahaja. Jangan buat dia berharap sangat"
"Tapi ayah.." Boboiboy mengeluh seketika "Boboiboy sudah beritahu dia tapi... entahlah.. perangai dia memang macam tu. Kawan ke tak kawan ke, dia tetap Lily seperti biasa"
"Jangan risau uncle" Lily cuba tenangkan ayah Boboiboy dan berikan penjelasan kepadanya "Walaupun hati ku tetap pada BBB-CHAN. Lily tetap terima apa sahaja keputusan dia. Kalau tidak dapat menjadi bakal kekasihnya, Lily tetap akan suka menjadi sahabat dia" Mata dia berkelip-kelip kepada Boboiboy
Amato ketawa kecil. Dia anggap sang gadis itu sangat comel. Lalu dia bertanyakan sesuatu kepada Lily
"Kenapa kamu suka panggil anak saya BBB-CHAN?"
"Sebab dia comel" balas Lily dengan penuh semangat "Lagipun, pipi pau dia membuatkan anak uncle ni terlampau comel sangat dan jari saya seperti ingin mencubit pipi dia yang gebu tu"
"Hahaha.. anak uncle ni memang comel pun" Boboiboy terasa malu seketika. Ayah dia mencubit pipinya dan lalu berkata lagi "Lily kalau nak ikut kami pergi jalan-jalan, uncle benarkan sahaja. Bolehlah uncle berkenalan dengan kamu lebih rapat lagi"
Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Ochobot ketawa kecil. Tok Aba tersenyum sahaja sambil sediakan air hot chocolate untuk para pelanggan dia. Fang ketawa berguling-guling di atas tikar. Donut lobak merah dia sudah habis dimakan. Rizu sibuk bermain dengan Picu kerana dia tidak mahu ambil tahu. Boboiboy dan ayahnya meminta diri untuk bergerak pergi ke bandar Pulau Rintis. Lily begitu gembira kerana dapat mengikuti mereka
"Uncle... kenapa aunty tak ikut sekali?"
"Ohh.. dia sibuk dekat KL" balas Amato kepada Lily "Kamu berdua bolehlah bawa tempat makanan yang sedap-sedap ataupun pergi jalan-jalan dekat pandai"
"Boleh aje ayah"
Boboiboy terharu apabila ayah dia turun ke Pulau Rintis. Walaupun dia rasa sedikit sedih kerana ibu dia tidak dapat datang tetapi dia tetap bersyukur ayahnya ada di situ. Fang bingkas bangun dan terus gulung tikarnya
"Abang Fang nak ikut dia orang ke?" soal Rizu sambil masukkan Picu ke dalam baldi mainannya
"Takdelah" kata Fang "Kan abang janji dekat Rizu yang kita akan ke pantai balik"
"YAHOOO! ISTANA PASIR!"
Rizu terus mengheret abang angkatnya ke pantai
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang duduk bersila di atas pasir pantai sambil memerhatikan Rizu mengali lubang. Istana pasir mereka masih lagi dalam proses pembinaan. Fang asyik terbayangkan bagaimana keadaan Boboiboy sekarang ini. Adakah Boboiboy menepuk dahinya banyak kali? Adakah Lily asyik ceritakan tentang Boboiboy sahaja? Adakah Amato anggap Lily itu amat menjengkelkan? Pelbagai persoalaan yang tertera di dalam pemikiran Fang
"Abang Fang termenung apa tu?" soal Rizu secara tiba-tiba "Abang Fang terfikirkan tentang kakak Yaya yea!"
"MANA ADA!" Fang meninggikan suara dia "Kenapa Rizu fikirkan Yaya pulak? Apa kena mengena dia dengan abang?"
"Hehehe.. takde apa" Rizu tersenyum sahaja "Abang Fang nampak comel hari ni"
Fang rasa bangga apabila diri dia dipanggil comel. Lalu dia tersenyum bangga dan pergi menolong Rizu membina istana pasir. Sedang Rizu asyik mengali lubang itu, tiba-tiba dia terfikirkan tentang Picu. Mata dia melirik ke arah timbunan pasir yang ada di sebelah dirinya
"ALAMAK! Pizu tertanam Picu!" Rizu cepat-cepat mencari Picu di dalam timbunan pasir itu
"Rizu, Picu ada dekat tikar tu. Tengah tidur"
Fang tunding jarinya ke arah sang alien sedang nyenyak tidur di atas tikar mereka. Rizu rasa lega dan terus sambung mengali lubang tadi. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang terkambus di dalam pasir itu. Rizu mengambil keluar object itu. Dia terkejut kerana ianya adalah labu sayong. Ianya kecil dan berwarna perang. Di sekeliling labu sayong itu terdapat ukiran-ukiran halus berwarna biru
"Abang Fang, Pizu ada sesuatu untuk abang"
"Hmm.. apa dia?" Fang tidak mengalih pandangan dia ke arah adik angkatnya. Dia terlalu asyik membina istana pasir "Rizu jumpa harta karun ke?"
"Hehehe.. bukan tapi Pizu jumpa labu sayong!" Fang terus angkat kepalanya sedikit. Rizu berikan labu sayong kecil itu kepada abang angkatnya "Abang Fang ambil lah hadiah dari Pizu"
"Macam harta karun aje?" Fang mengambil labu sayong itu dan lalu dia membelek-beleknya "Tapi macam mana boleh ada dekat sini? Ada orang tanam ke? atau ini adalah harta karun dari zaman dulu-dulu. Kalau jual ni, boleh jadi kaya ni!"
"Kalau abang Fang jadi kaya, jangan lupa belanja Pizu makan pizza!" kata Rizu dengan penuh semangat "Atau abang Fang bawa Pizu jalan-jalan dekat Disney Land ke.. hehehe"
"Amboi.. tapi betul ke dari zaman dulu-dulu" Fang membelek lagi labu sayong tu "Nampak macam baru aje" Lalu dia gosok labu sayong itu sedikit
Tiba-tiba penutup itu tercabut dengan sendirinya. Asap-asap biru keluar dari lubang labu sayong itu. Asap-asap tersebut berkumpul dan lalu ianya membentuk seorang lelaki. Fang dan Rizu terkejut dengan kehadiran lelaki yang tidak dikenali itu. Fang melindungi Rizu dan bersiap sedia untuk berlawan
"Kau siapa?" soal Fang dengan nada yang garang
"Aku?" Lelaki itu tuding jarinya ke diri sendiri. Dia pandang kanan dan kiri dan lalu dia terlalu teruja "Aku adalah seorang GENIE! Wah! Terima kasih sebab bawa aku keluar dari tempat sempit tu. Sudah bertahun-tahun aku hidup dalam tu tapi aku rasa bosan sangat. Setiap hari aku menunggu untuk orang keluarkan aku dari benda alah tu"
"Kau genie?" Fang masih tidak mengerti lagi "JADI KAU NI ORANG JAHAT KE?"
"Bukanlah abang Fang" Lalu Rizu jelaskan kepada abang angkatnya "Genie tu sejenis makhluk yang suka tunai permintaan kita"
"Betul tu tapi bukan kau yang keluarkan aku dari situ kan?"
"Bukan" balas Rizu "Abang saya yang keluarkan abang Genie"
"Alahai, comel betul budak ni" Genie itu cubit pipi kanan Rizu sedikit. Lalu dia berkata kepada Fang "Disebabkan kamu yang mengeluarkan saya tadi dengan mengosok tempat tinggal aku yang terlampau kecik tu, aku sebagai genie kamu akan tunaikan permintaan kamu. Jadi kamu nak buat permintaan apa? Kamu nak kereta mewah? Nak jadi kaya? Atau kamu hendak mempunyai kuasa yang terhebat ataupun kamu inginkan sesuatu yang istimewa"
"Sesuatu yang istimewa?" Fang mengusap dagunya sambil fikirkan sesuatu "Tapi aku boleh percaya si genie ni?" kata dia dengan perasaan ragu-ragu
Sang Genie itu hanya tersenyum lebar sehingga nampak gigi putihnya. Dia berharap Fang tidak akan lepaskan peluang ini. Rizu suka melihat pakaian Genie itu. Baju biru tidak berlengan, seluar panjang biru dan ada sedikit manik di sekeliling baju biru itu
"Apa yang kamu nak selama ini?" soal Genie
"Apa yang aku nak.." Fang merenung ke arah lautan biru itu. Dia tahu apa yang dia mahukan iaitu kembalikan ibu bapanya di dunia itu "Aku ada satu permintaan tapi.." Nada dia berubah menjadi sedih sedikit
"Wah! Permintaan apa yang kau mahukan tu?" Genie itu berkelip-kelipkan matanya kepada Fang. Lalu dia bercakap lagi "Tapi sebelum aku tunaikan permintaan kamu tu.. kamu perlu tahu syarat-syaratnya. Aku tidak boleh membuat orang lain jatuh cinta dengan kau atau dengan orang lain ataupun buatkan kau jatuh cinta dengan sesiapa sahaja. Aku juga tidak boleh kembalikan orang yang sudah mati dan akhir sekali, aku hanya boleh tunaikan 3 permintaan sahaja"
Hati Fang merundum sedikit. Dia tidak mahu tunjukkan kesedihannya kepada Genie itu dan juga Rizu. Lalu dia dipaksakan dirinya untuk senyum. Dia fikirkan betul-betul apa yang dia mahukan
"Kamu juga boleh buat permintaan untuk tambahkan lagi kecomelan budak ni" Genie mencubit pipi Rizu lagi sekali "Ataupun buatkan diri kamu jadi lebih comel dan berkuasa!"
"Hmm... aku dah ada kuasa pun. Buat apa aku nak kuasa lagi" balas Fang
"Wah! Ada kuasa rupanya tuan aku ni. Bagus bagus..." kata Genie sambil angguk kepalanya "Ataupun kamu ingin menjadi lebih kuat atau menjadi popular? Bagaimana? Menarik tak? Atau kamu ada idea lain"
"HAH! AKU TAHU!" Fang terus tersenyum sinis "Genie, aku nak kau tunaikan permintaan aku yang aku dapat menikmati kelazatan donut lobak merah sepanjang masa!"
Genie apungkan dirinya dan berikan satu senyuman kepada Fang
"Permintaan kau, akan ku tunaikan" Dia angguk kepalanya sambil bersilang tangan dan tiada apa-apa yang terjadi di situ. Hanya debu-debu berwarna-warni sahaja yang keluar
Fang rasa pelik. Dia melihat kiri, kanan dan belakangnya. Tiada donut kegemaran dia muncul. Lalu dia berubah menjadi marah
"Wei, mana donut aku?" Fang bermasam muka "Kau tipu aku!"
"Tak, saya tak tipu kamu" kata Genie itu dengan penuh yakin "Tapi.. kalau kamu kata saya ni penipu, saya masuk baliklah dalam labu sayong tu. Merajuklah saya dengan tuan saya yang garang ni. Takut betul saya tengok muka tuan saya"
Rizu tergelak melihat Genie itu menyindir abang angkatnya. Fang masih tidak berpuas hati. Dia mahukan donut lobak merahnya sekarang juga tetapi kali ini, hati dia tidak lagi mempercayai sang makhluk itu
"Kau masuk balik dalam labu sayong ni. Lepas tu aku nak campak jauh-jauh"
Genie ikutkan sahaja arahan dari tuannya. Asap-asap biru mula berkumpul di sekeliling tubuh badannya. Lalu ianya berputar-putar dan terus masuk ke dalam lubang labu sayong tersebut. Fang cepat-cepat tutup lubang itu
"Jom Rizu, kita balik"
"Ala.. Pizu tak puas main lagi"
"Maaf Rizu.. abang rasa bad mood sebab si penipu Genie tu!" Fang mengulung tikar sambil mengetap giginya. Dia tidak sedar dia tergulung Picu sekali. Lalu dia berkata lagi "Kejap lagi abang nak campak si Genie dekat tempat jauh"
"Tak pun bagi kak Lynna. Kan Genie tu macam dari ala-ala dunia kak Lynna"
"Hmm.. betul juga cakap Rizu tu. Pandai adik kesayangan abang ni" Rizu tersenyum bangga kepada abang angkatnya. Fang mula berkata lagi "Jom, kemas mainan Rizu. Kita balik rumah. Tiba-tiba perut ni rasa lapar"
"Hehehe.. baik abang Fang!" Rizu mengumpul kesemua cangkul mainannya dan campak semuanya ke dalam baldi mainannya "Abang Fang cakap Pizu pandai. Pizu memang pandai pun!"
"Pandai memang pandai tapi sampai hati Rizu jadikan ejen Rizwan tu sebagai idola baru. Hati abang kecewa tau. Bukan ke abang adalah idola Rizu dan Rizu juga adalah peminat nombor satu abang"
Rizu merenung ke arah abang angkatnya dengan muka bosan. Dia dengar sahaja kata-kata abangnya yang sangat dramatik dan juga sedih. Sepanjang perjalanan mereka, Rizu senyap sahaja. Hanya Fang sahaja yang bercakap
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Jadi, kau memang bawa periuk besar ni ke kapal angkasa tadi?"
Pintu rumah dibuka. Sepasang kekasih masuk ke dalam rumah itu dengan perbualan mereka. Lynna rasa agak kelakar melihat Kaizo membawa periuk besar ke kapal angkasa. Tiada sisa-sisa sup lobak merah yang tertinggal di dalam periuk itu. Semuanya dihabiskan oleh Kaizo sendiri setelah dia penat menjalani latihan tempur simulasi
"Ya, aku bawa sebab nanti aku lapar, adalah makanan untuk aku makan" balas Kaizo "Kau tadi pergi mana?"
"Aku.. aku jalan-jalan dekat shopping cari barang baru. Beli makanan dan juga.." Lynna keluarkan sesuatu dari beg plastiknya "Teh hijau untuk kau!"
Hati Kaizo tersenyum tetapi diwajahnya, masih serius seperti biasa. Sudah lama dia tidak menikmati keharuman air teh hijau, air kegemarannya. Lynna tahu Kaizo ingin senyum tetapi sang kapten itu mengawal emosi gembiranya. Dia tidak akan tunjuk, lebih-lebih lagi di depan adiknya sendiri. Jikalau adiknya tiada di situ, dan hanya Lynna sahaja yang ada. Mulanya berikan sedikit senyuman atau bergurau-senda dengan Lynna. Sebuah senyuman yang adik dia sendiri tidak pernah nampak
"ABANG PAIZO SUDAH BALIK! Eh.. kak Lynna pun ada sekali" Rizu suka denga kedatangan Lynna "Kak Lynna.. abang Paizo.. tadi kita orang jumpa labu sayong dekat pantai"
"Hmm.. lepas tu? Korang buang ke?" soal Kaizo sambil berjalan menuju ke dapur bersama dengan Lynna
"Bukanlah" Rizu ikut Kaizo masuk ke dalam dapur "Abang Fang gosok-gosok labu sayong tu, dan terus keluar genie"
"GE-GENIE?!" Lynna terkejut. Dia letakkan beg-beg barangan pembelian dia tadi di atas meja dapur "Jadi, Fang ada buat permintaan ke?"
"Ada"
Lalu Rizu mengheret Kaizo dan Lynna keluar dari dapur itu. Dia tunjuk ke arah sofa ruang tamu. Diatas sofa itu terdapat seorang remaja sedang menikmati kerepek yang ada di dalam bekas besar. Paling mengejutkan mereka berdua adalah diatas meja ruang tamu itu penuh dengan makanan. Donut lobak merah, kerepek kentang, kerepek pisang, biskut chocolate, biskut vanilla, oreo dan pelbagai makanan lagi. Fang duduk dan makan kerepek-kerepek itu dalam posisi malas. Baju Fang penuh dengan sisa-sisa makanan. Ianya lebih teruk daripada Gopal
"PANG!"
"Yea abang" Fang menjawab dengan nada malas "Abang nak cuba kerepek ni? Sedap sangat.. sehingga adik tak boleh nak berhenti makan" Dia suapkan dirinya dengan beberapa kerepek di dalam tangannya "Sedap abang.. semua adik makan, semuanya rasa donut lobak merah"
"Rizu, tadi Fang buat permintaan apa dekat Genie tu?" soal Lynna dengan penuh curiga
"Abang Fang buat permintaan, dia dapat menikmati kelazatan donut lobak merah sepanjang masa. Lepas tu tak keluar apa-apa. Abang Fang marah dekat Genie tu. Lepas tu dia bad mood, ajak Pizu pulang. Tiba-tiba abang Fang rasa lapar. Dia pergilah beli makanan. Bila dia makan aje, ada rasa donut lobak merah tapi bila Pizu rasa, takde pula rasa donut lobak merah. Lepas tu tiba-tiba abang Fang pergi beli makanan lain sebab dia nak cuba lagi sekali. Betul ke apa yang dia rasa tadi. Pizu rasa takut bila abang Fang beli makanan banyak-banyak. Pizu sekarang ni risau kalau abang Fang jadi gemuk"
"Takpe, nanti abang marah dia" kata Kaizo kepada Rizu
"Abang tak baik tau marah adik" Tiba-tiba Fang menjawab "Adik baru nak rehat-rehatkan diri, nak menikmati kehidupan ini dengan makanan-makanan yang ada dekat sini. Semunya rasa donut lobak merah" Dia menjilat dan menghisap setiap jari-jemarinya "Sedapnya! Rasa macam tak nak berhenti makan"
"PANG! CUKUP!"
Tetapi Fang mengendahkan sahaja teguran Kaizo tadi. Dia tetap mengunyah kerepek-kerepek itu sambil menonton sebuah drama di kaca television. Kaizo memandang Lynna. Mata mereka bertentangan. Lynna seperti tahu apa yang Kaizo ingin katakan kepadanya. Lalu Lynna cuba untuk menegur dan memujuk Fang
"Fang.." panggil Lynna secara lembut "Sudah-sudahlah tu makan. Nanti Fang tidak lagi kacak dan bergaya. Macam mana nak jadi popular"
"Hmm... takpe kak Lynna. Asalkan adik dapat menikmati donut lobak merah sepanjang masa" balas Fang dengan matanya masih memandang ke arah television itu
"Fang tak kisah ke kalau jadi gemuk?"
"Biarkan dia gemuk, Lynna. Baru dia tahu badan dia besar macam badak"
"Kaizo!" Lynna memukul bahu Kaizo sedikit "Biar aku cuba pujuk dia. Kalau tidak berjaya, aku cuba pecahkan sihir Genie ni"
Kaizo bersilang tangan. Dia teruskan memerhati bagaimana Lynna hendak memujuk Fang. Sang remaja alien itu mencapai sebungkus kerepek kentang berperisa pedas. Dia langsung tidak dapat merasai kepedasan kerepek tersebut. Tekak dia hanya dapat merasai donut lobak merah sahaja. Tiba-tiba sahaja tangan Rizu menyeluk masuk ke dalam bungkusan makanan tersebut. Mata Kaizo terus merenung Rizu
"Hehehe.. Pizu pun nak makan juga" Rizu tersengih kelat "Kerepek pedas ni sedap!"
Kaizo menepuk dahinya sendiri. Lynna pergi duduk di sebelah Fang. Lalu dia mengambil bungkusan kerepek itu dari tangan Fang
"Eh! Kak Lynna.. kenapa ambil kerepek adik?"
"Sebab akak nak hentikan kamu daripada makan lagi" jelas Lynna "Akak tak nak melihat kamu jadi kaki makan. Asyik makan aje. Nanti kamu jadi pemalas pula. Badan Fang akan berubah dan kamu juga akan rasa menyesal nanti. Setiap hari melihat cermin, hati mesti rasa sedih dan tak suka dengan diri sendiri. Apa yang kamu akan lakukan, kamu akan cari makanan untuk sedapkan hati kamu"
"Bukan sedapkan hatilah kak Lynna tapi sedapkan tekak adik ni" Fang merampas balik bungkusan kerepek itu dari Lynna "Kak Lynna jangan ganggu adik!"
"PANG! AKU TUNJAL-TUNJAL! TONYOH-TONYOH KEPALA KAU!"
"Buatlah, ada adik kisah" Fang sambung makan kerepek pedas dia yang tidak rasa pedas tetapi sebaliknya, rasa donut lobak merah
"FANG! Cukuplah tu! Fang kena lawan dan musnahkan sihir Genie ni"
Fang hiraukan sahaja kata-kata Lynna tadi. Rizu sudah memeluk Kaizo kerana dia risau dan takut dengan abang kesayangannya. Dia hampir menangis kerana tidak sanggup melihat abang angkatnya. Lynna tidak mahu berputus asa. Dia akan tetap cuba sehingga dia berjaya
"Fang, dengar nasihat akak. Tak elok makan banyak-banyak. Fang yang akak tahu adalah seseorang yang tidak kuat makan. Dia sentiasa menjaga pemakanannya walaupun suka sangat makan donut lobak merah"
"Pang, baik kau dengar nasihat Lynna" tegur Kaizo di dalam nada yang lembut
"Akak dan abang ni bising betul!"
"Kita orang bukan marah tapi tegur sahaja" kata Lynna "Kalau Fang nak teruskan makan juga. Apa kata Fang tukarkan semua makanan ini kepada pemakanan yang sihat seperti buah-buahan"
"Kita orang dah beli tadi tapi..." Rizu mengeluh sedikit "Picu pula yang pergi makan semua buah. Tak sempat abang Fang nak makan"
"Picu mana?" soal Kaizo
"Ada dekat dalam sink dapur. Dia tengah tidur sebab terlampau kenyang sangat" jawab Rizu dengan nada mengeluh lagi
Kaizo mengusap dagunya dan mula fikirkan untuk bagi sedar adiknya dengan perbuatan buruk itu. Lynna mula mengambil makanan-makanan yang ada di atas meja ruang tamu. Dia ingin menyorok kesemuanya daripada Fang
"KAK LYNNA! JANGANLAH AMBIK MAKANAN ADIK!"
"PANG! Dia buat macam tu untuk kebaikan kau juga! ADA FAHAM?"
Fang tidak begitu takut dengan suara garang dari abangnya. Dia tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Lalu dia menjerit nama Genie. Dengan segeranya, labu sayong yang ada di tepi television, bergerak-gerak dan keluarlah seekor Genie. Lynna dan Kaizo terkejut dengan kemunculan Genie tersebut. Kaizo sudah pegang pedangnya. Dia berharap dapat berlawan dengan sang Genie itu
"Kenapa tuan?"
"Ini ke Genie tu?" soal Kaizo kepada Rizu
"Ha ah, itulah Genie" balas Rizu sambil kunyah kerepek pedas
"Fang, apa kamu cuba lakukan?" Lynna kelihatan risau dengan matanya memandang tepat ke arah Genie itu "Kamu jangan cuba-cuba nak lakukan sesuatu yang buruk. Baik Fang pulihkan diri tu"
"Bisinglah kak Lynna ni!" Kaizo cukup terkejut dengan nada Fang yang agak meluat itu "GENIE! PERMINTAAN AKU YANG SETERUSNYA ADALAH DIAMKAN ABANG DAN KAKAK AKU!"
Genie itu terus mengangguk kepalanya sambil bersilang tangan. Kaizo menjerit nama adiknya tetapi tiada satu patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Dia memandang Lynna. Kali ini sang gadis itu cuba mengeluarkan suaranya. Tiada juga. Kaizo mengamuk di situ tanpa bersuara
"ABANG FANG! APA YANG ABANG SUDAH LAKUKAN?" marah Rizu
"Jangan risau Rizu.. nanti-nanti abang kamu kembalikanlah suara mereka" Genie itu mengenyit mata sebelah kepada Rizu "Sekarang ini, tuan Fang cuma ada satu sahaja permintaan yang tinggal"
Kaizo sudah keluarkan pedang tenaganya. Dia menghalakan pedangnya itu ke arah Genie tersebut. Dia mahu berkata sesuatu kepada Genie itu tetapi masih sama juga, hanya angin yang keluar. Kaizo ketuk-ketuk kepala adiknya tetapi Fang abaikan sahaja. Dia hanya kembali sambung makan kerepek pedas itu sambil menonton sebuah rancangan di television. Lynna mengheret Kaizo ke dapur. Lalu dia mencari pensil dan kertas untuk menulis sesuatu. Di luar dapur itu, Rizu kelihatan sedih dengan sikap abang angkatnya
"Abang Fang!" Rizu tinggikan suaranya "Abang Fang pergi kembalikan suara abang Paizo dan kak Lynna!"
"Bisinglang Rizu ni"
Hati Rizu terasa sedikit. Dia bagaikan hendak menangis di situ. Fang memandang Rizu dan lalu dia mengajak adik angkatnya duduk di sebelah dia
"Maafkan abang" kata Fang "Meh duduk sebelah abang. Kita makan kerepek sama-sama sambil tengok TV ok. Rizu nak tengok cerita apa?"
Kembali ke dapur. Lynna memberitahu Kaizo bahawa dia terpaksa tinggal di pulau itu sehingga suaranya kembali. Dia tidak boleh kembali ke rumah dengan ketiadaan suara. Kaizo setuju sahaja. Mereka berdua berharap dapat selesaikan masalah Fang secepat mungkin
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah dua hari Boboiboy tidak nampak kawan aliennya. Dia ada juga bertanya kepada kawan-kawan dia yang lain tetapi malangnya, tiada siapa yang nampak Fang. Lebih malang lagi, Lynna tidak boleh pulang ke KL dengan ketiadaan suaranya. Boboiboy ada pergi melawat Lynna di rumah Emmy. Sang gadis itu terpaksa tinggal di rumah Emmy buat sementara. Emmy berikan bantuan kepada Lynna iaitu menelefon keluarganya. Emmy terpaksa menggunakan mikrofon mengubah suara. Dengan menggunakan alat itu, Emmy dapat menyamar suara menjadi Lynna seketika. Boboiboy mengetuk pintu rumah Fang. Beberapa saat kemudian, pintu itu dibuka oleh seseorang
"Eh, kau ke tu Fang?"
Boboiboy terkejut melihat perubahan fizikal terhadap diri Fang. Badan sang remaja alien itu kelihatan bulat sedikit. Rambut dia agak serabai, tangan dia sedang memeluk bungkusan makanan. Mulut dia comot kerana sisa makanan
"Yelah, ini aku lah" kata Fang dengan perasaan menjengkelkan "Apasal kau ada dekat sini?"
"Aku datang nak melawat kau lah"
"Ohhh... datang nak melawat aku" Fang ke tepi sedikit untuk menjemput Boboiboy masuk ke dalam "Kau risau pasal aku ke?"
"Mestilah risau. Kau kan kawan aku tapi bila aku tengok kau..." Boboiboy merapatkan bibirnya seketika sambil melihat Fang dari atas hingga ke hujung kaki. Lalu dia berkata "Aku menjadi bertambah risau. Kau macam lebih teruk daripada Gopal"
"Apasal pulak?"
Fang terus kembali ke ruang tamu kerana dia tidak mahu mendengar bebelan dari Boboiboy. Dia biarkan sahaja Boboiboy berdiri di depan pintu rumah. Lalu Boboiboy masuk ke dalam. Dia gelengkan kepala apabila dia ternampak pelbagai jenis makanan yang ada di atas meja
"Kenapa boleh jadi begini Fang? Kau rasa sedih sebab ayah aku datang ke sini ke?"
"Apasal aku nak rasa sedih pulak" Fang duduk bersandar di kerusi sofa. Dia kembali sambung menjamu selera sambil menonton sebuah rancangan di television
"Yelah.. ibu bapa kau sudah lama tiada. Sudah tentu kau rasa sedih sebab aku masih ada ibu bapa aku lagi. Mesti hati kau rasa pedih, sedih dan rindu kepada mereka. Aku faham dengan perasaan kau tapi kau jangan bawa kesedihan kepada makanan. Ini bukannya boleh selesaikan masalah kau. Bukan ke selalunya abang kau ada di sisi kau dan akan bawa kau ke planet asal kau untuk menziarahi kubur mereka"
Fang diam sahaja. Dia sudah hilang selera makan. Tiba-tiba air matanya mengalir. Bungkusan di tangannya, jatuh di atas kerusi. Isi makanan di dalam bungkusan itu berterabur keluar. Dia bangun dari sofa itu. Boboiboy melihat kawan baiknya pergi masuk ke dalam bilik Faye. Lalu dia ikut. Dia melihat Fang sedang berdiri di hadapan cermin sambil memerhatikan tubuh badannya
"Fang, kau ok?" soal Boboiboy dengan penuh prihatin
"Aku... apa aku sudah lakukan terhadap diri aku?" Fang bagaikan ingin menumbuk cermin itu tetapi dia menahan dirinya. Dia benci melihat keadaan diri sekarang ini "Ini bukan diri aku.. tapi terima kasih Boboiboy kerana sedarkan aku. Sebenarnya jauh di hati, memang aku rasa cemburu sedikit tetapi aku tidak mahu tunjukkan kepada semua orang terutama abang aku. Jadi aku biarkan sahaja perasaan itu. Sedih tu memang sedih tapi aku diamkan diri sahaja. Aku hanya gelak ketawa sewaktu melihat gelagat Lily dengan ayah kau "
"Kasihan kau Fang tapi janganlah kau gunakan makanan untuk hilangkan kesedihan kau"
"Yea, aku tahu tapi.." Fang menarik nafas dan lalu dia cerita kisah yang sebenarnya kepada Boboiboy "Rizu takde beritahu kau atau yang lain-lain kenapa aku jadi macam ni kan?"
Boboiboy gelengkan kepala sahaja. Dia sedia menjadi pendengar setia
"Sebenarnya masa aku dan Rizu kembali ke pantai. Kita orang main pasir, buat istana pasir dan masa tu jugalah, si Rizu jumpa satu labu sayong ni" Fang pergi duduk di atas katil Faye "Labu sayong tu bukanlah labu sayong biasa. Ada makhluk Genie duduk dalam labu sayong tu. Dia boleh tunaikan permintaan kita orang tapi hanya 3 sahaja, tak boleh lebih. Di sebabkan aku yang pergi gosok labu sayong tu. Genie tu keluar"
"Lepas tu kau suruh dia tunaikan permintaan kau?"
"Ya tapi sebelum tu aku agak ragu-ragu tapi lepas tu, aku buat permintaan yang aku dapat merasai kesedapan donut lobak merah sepanjang masa. Lepas tu, aku jadi gila dengan semua makanan sebab setiap makanan yang aku rasa, semuanya rasa macam donut lobak merah. Aku tak berhenti walaupun kak Lynna dan abang aku sudah bebel dekat aku" Fang tiba-tiba rasa menyesal dengan perbuatan dia sepanjang dua hari itu "Aku jadi tak tentu arah sebab apa.. sebab setiap makanan aku rasa, mesti rasa donut lobak merah dan ianya seperti donut lobak merah ibu aku buat sewaktu aku kecil lagi. Pertama kali aku merasai donut lobak merah, adalah donut dari ibu aku sendiri. Setiap kali aku makan, aku seperti ibu aku ada di situ dan berikan donut lobak merah yang dia buat. Ianya dapat mengubati rindu aku pada ibu dan ayah aku"
Air mata Fang menitis di atas lantai bilik itu. Dia tidak mahu berhenti menangis. Dia mahu menangis kerana hati dia tidak begitu kuat. Hati dia memanggil-manggil nama ibu dan ayahnya. Hati dia mahu mereka masuk ke dalam bilik itu dan peluk dia seerat-eratnya. Boboiboy biarkan kawan dia menangis. Tiba-tiba Fang dipeluk oleh seseorang. Ianya bukan Boboiboy tetapi orang itu adalah Kaizo. Fang terkejut dengan pelukan dari abangnya. Kaizo mendengar luahan adiknya. Dia peluk dan mengusap kepala adiknya. Dia mahu berkatakan sesuatu tetapi dia masih lagi bisu
"Abang, maafkan adik.." bisik Fang "Adik tak kuat seperti abang. Adik tak dapat melawan nafsu ni.. maafkan adik"
Kaizo gelengkan kepala sedikit. Kali ini air mata Boboiboy pula mengalir keluar. Dia terharu melihat adik-beradik alien itu. Dia tersenyum sambil mengesat air matanya
"Adik akan kembalikan suara abang dan juga kak Lynna" kata Fang "GENIE!"
Labu sayong itu muncul di atas lantai. Sang Genie itu melayang keluar dari labu sayong itu. Dia berdiri di situ sambil tersenyum kambing. Fang mengesat air matanya sebelum dia berkata kepada Genie itu
"Genie, aku nak kau kembalikan suara abang aku dan juga kak Lynna. Dan aku mahu kau batalkan permintaan aku yang pertama tempoh hari"
"Eh.. kalau aku batalkan permintaan pertama kau.." Genie mengusap dagunya. Lalu dia terapung sedikit "Maknanya, kau ada satu lagi permintaan"
"Jadi?" Fang mengangkat kening sebelah sambil melihat Genie itu "Kau nak aku suruh kau tunaikan permintaan aku yang terakhir ke?"
"Betul tu! Tapi sebelum itu.. aku akan kembalikan suara mereka!" Genie itu memetik jarinya "Aku sudah tunaikan permintaan kau! dan aku sudah batalkan permintaan kau yang pertama itu"
Kaizo cuba keluarkan suaranya
"Pang" Kaizo tersenyum sedikit apabila dia dapat mendengar suaranya sendiri "PANG!"
"ABANG!"
Kali ini Fang memeluk abangnya. Dia gembira kerana dia dapat mendengar suara abangnya yang garang itu
"Akhirnya.. suara abang sudah kembali" kata Fang sambil lepaskan pelukan dia "Adik janji lepas ni adik tidak akan buat abang bisu lagi" Kaizo mula merenung tajam ke arah adiknya "Errr.. kenapa abang tengok adik macam tu?"
"Sebab abang suka tengok badan kau bulat macam bola.. perut kau pun dah buncit! INI PELUANG ABANG UNTUK MENGHUKUM KAU!"
"ABANG!" Fang mula bermasam muka "Nantilah dulu.. bagi adik buat permintaan adik yang terakhir"
"Kau nak kenakan abang ke?" Kaizo bersilang tangan dengan matanya masih lagi memerhatikan adiknya "Kau nak lari dari hukuman aku ke?"
"Bukanlah!" kata Fang
"Habis tu apa?"
Fang mengalihkan pandangan dia ke Genie tersebut. Dia tahu apa yang dia mahukan. Mulut dia sudah terbuka untuk menyatakan permintaan dia yang terakhir tetapi Lynna pula yang muncul. Wajah Lynna kelihatan gembira
"KAIZO! SUARA AKU! SUDAH KEMBALI!" kata Lynna dengan gembiranya
"GENIE! AKU NAK KAU TUNAIKAN PERMINTAAN AKU YANG TERAKHIR IAITU ABANG AKU PERGI DATING DENGAN KAK LYNNA HARI INI!"
Kaizo terkejut dengan permintaan itu. Sebenarnya permintaan Fang adalah lain tetapi sebaik sahaja dia nampak kemunculan Lynna. Dia terus ubah permintaan dia. Genie itu petik jarinya dan Genie tersebut hilang. Ianya sudah kembali ke dalam labu sayong. Kaizo tidak dapat memarahi adiknya kerana diri dia seperti dikawal oleh sesuatu. Dia dan Lynna terus beredar dari rumah itu. Kaizo sempat menjerit nama abangnya
"PANG! ESOK JUGA KAU KENA HUKUMAN LATIHAN TEMPUR DARI AKU!"
Fang tersenyum suka. Manakala Boboiboy menepuk dahinya sendiri
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hehehehehehe... akak terpaksa tulis chapter ni sebelum idea tu hilang xD Jumpa tahun depan! Bagi akak rehat dulu yea :P
Jangan lupa EJEN ALI THE MOVIE! YAHOO!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top