Fanella

"PENGUIN-PENGUIN BAYANG!"

Sekumpulan penguin comel muncul di sebuah kedai milik Tok Aba. Penguin-penguin bayang itu mula mengangkat Fang dan Rizu, lalu mereka dilambung-lambung ke ruang udara oleh sekumpulan penguin tersebut

"YAHOOO! CUTI SEKOLAH TAK LAMA LAGI!"

"PIZU TAK SABAR! YAHOOOO!"

"BOLEHLAH KITA PERGI JALAN-JALAN NANTI!"

"ABANG FANG JANGAN LUPA BAWA PIZU!"

"OK!"

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat sahaja gelagat mereka dua dilambung ke udara dengan perasaan gembira. Kaizo ada di situ juga tetapi dia sedang sibuk menikmati teh hijaunya

"Biarkan si Pang tu gembira" kata Kaizo

"Kenapa abang Kaizo?" tanya Boboiboy

"Sebab cuti sekolah nanti, tiada lagi dia akan rasa kegembiraan itu" Kaizo terus tersenyum sinis "Sesi latihan tempur dan sesi latihan mengendali pod angkasa dia"

"Ohhh... kasihan Fang" Boboiboy rasa simpati dengan nasib Fang nanti "Ermm.. kalau saya nak join latihan tempur tu nanti boleh?"

"Boleh" balas Kaizo "Yang lain pun boleh sertai latihan tempur itu nanti"

Boboiboy, Yaya dan Ying suka kerana dapat menyertai latihan tempur itu nanti tetapi Gopal pula, lain cerita. Hati dia memang menyatakan, dia tidak mahu menyertai kerana dia hanya mahu duduk di rumah dan bermain dengan video game

"Nanti latihan tu diadakan dekat stesen TAPOPS ke?"

"Boleh juga kalau kau nak latihan tempur dekat stesen TAPOPS" jawab Kaizo kepada Boboiboy "Tiada masalah untuk mengadakan latihan tempur di situ. Kamu semua nak tidur bermalam di situ pun, tiada masalah juga"

"Wah! Mesti seronok dapat tidur dekat angkasa tu" kata Yaya dengan penuh semangat

"Yolah yolah.. setiap hari boleh tengok bintang maaa.. boleh juga jalan-jalan di sekitar galaxy"

"Percutian yang menyeronokkan!" Boboiboy suka dengan rancangan itu

"Ala, aku nak ikut tapi.." Gopal mula tersengih sedikit "Kalau aku tak nak buat latihan boleh?"

"Ikut suka hati kau lah tapi yang paling wajib sekali adalah adik aku si Pang tu!" Kaizo menghentak meja kaunter kedai Tok Aba dengan genggaman tangannya. Air teh hijau tertumpah akibat hentakan tadi "Erk!"

"Kaizo" Nada Tok Aba pada ketika itu agak marah sedikit "Nah, lap air yang tumpah tu" Dia berikan sehelai kain kepada Kaizo

"Maaf Tok Aba" Kaizo ambil kain itu dari Tok Aba dan terus dia lap air yang tumpah tadi

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tergelak sedikit. Kaizo terus pandang mereka dengan renungan marahnya

"APA YANG LAWAK SANGAT HAH?"

"ERK!"

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terus berhenti ketawa. Mereka tersengih sedikit. Beberapa saat kemudian, datang satu jeritan dari seorang remaja perempuan yang sedang berlari ke kedai itu

"FANG!"

"Hmm... kenapalah timbul satu suara yang aku tak begitu gemar sangat" bisik Fang yang masih lagi dilambung oleh penguin-penguin dia

"Abang Fang tak suka dengan suara kakak Bella?"

"Ha ah, dia dan suara si pelik tu"

"Hehehe.. apalah abang Fang ni. Suara kakak Bella tu serak-serak basah, suara kakak Lily pula, nyaring dan Pizu suka suara dia. Kakak Faye pula, suara dia lembut" jelas Rizu

"Sebab tulah abang rasa macam nak hentam si pelik tu sebab suara dia yang begitu menjengkelkan!" Fang bermasam muka sambil bersilang tangan. Lalu dia berkata lagi "Baiklah penguin-penguin sekalian, korang boleh berhenti dan turunkan kita orang sekarang"

Penguin-penguin itu dengar arahan Fang tadi. Mereka turunkan Fang dan Rizu dengan cermatnya. Selepas itu, penguin-penguin itu hilang dengan sendirinya. Bella sudah pun berada di kedai Tok Aba bersama dengan Harraz. Muka Bella kelihatan seperti hendak marah seseorang

"Wei Fang!" panggil Bella sambil berjalan ke arah Fang "KAU JADI BOYFRIEND AKU!"

"HAH?!" Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Harraz dan Tok Aba tercengang dengan Bella

Kaizo tergelak sedikit. Ochobot tidak tahu apa yang terjadi kerana dia baru sampai. Tadi dia pergi ambil barang di rumah. Keadaan menjadi tegang sedikit apabila Fang dan Bella mula bertentangan mata. Mulut mereka tertutup rapat dan kedua-duanya kelihatan marah. Rizu melihat Fang dan selepas itu dia melihat Bella dengan perasaan bingung

"Wei gila! Apasal kau tiba-tiba suruh aku jadi boyfriend kau?"

"Wei! Aku bukan gilalah, gila!" balas Bella dengan nada kemarahan

"Aku tak gilalah! Yang gila tu, abang aku tu!"

Kaizo tersembur air teh hijaunya dan semburan dia terkena di muka Tok Aba

"Alamak.. maaf Tok Aba!" kata Kaizo yang sudah rasa cemas. Dia terus lap muka Tok Aba "Hari ini juga saya kerja untuk Tok Aba. Saya akan jadi pelayan untuk kedai Tok Aba"

"Hmm.. baguslah tu" kata Tok Aba yang tetap bersabar "Mari tolong atuk buatkan hot chocolate ni"

Kembali balik dengan drama Fang dan Bella. Mereka berdua seperti hendak berlawan di depan kedai itu. Gopal sudah bergigit kuku kerana tidak dapat bayangkan apa yang berlaku seterusnya. Yaya dan Ying cuba hendak leraikan mereka berdua tetapi Boboiboy suruh mereka rilek. Boboiboy yakin, tiada pergaduhan besar akan berlaku nanti. Harraz sebenarnya tahu apa yang berlaku dengan Bella sebelum mereka sampai di sini

"Wei, apasal kau tak jawab soalan aku tadi?"

"Sebab kau panggil aku gila tadi!" marah Bella "Anyway, aku suruh kau jadi boyfriend aku sebab budak lelaki yang buli aku hari tu, yang acah-acah nak jumpa aku, nak dating dengan aku tapi sebenarnya dia dan kawan-kawan dia nak malukan aku depan orang ramai, tiba-tiba hari tu sampai ke hari ini, dia asyik nak ajak berdating aje. So, kau sebagai penyelamat aku untuk menjadi boyfriend aku dalam beberapa hari sahaja"

"Jawapan aku adalah.. NO!" Fang terus beredar dari Bella dan terus ke kedai Tok Aba

"WEI!" Bella kejar Fang untuk ceritakan cerita yang sebenarnya "Aku belum habis bercerita lagi!"

"TAK NAK DENGAR!"

"Dengar ajelah Fang" kata Harraz

"Tak nak" balas Fang "Apa kata kau aje yang jadi boyfriend dia aje. Entah-entah si Bella tu cuba mengambil kesempatan! Aku tidak akan termakan dengan kata-kata rayuan dia!"

"Tapi kenapa budak tu macam terhengeh-hengeh nak dekat Bella selepas sahaja dia malukan Bella depan orang ramai?" soal Yaya dengan nada yang agak serius "Macam ada sesuatu yang tidak kena sahaja"

"Itulah.. aku pun rasa macam tu. Macam dia nak mempermainkan aku lagi" kata Bella "Jadi aku perlukan si budak penguin ni untuk berpura-pura jadi boyfriend aku dalam beberapa hari sahaja. Mesti dia akan mengalah dan tidak menganggu aku lagi"

"Apasal kau tak report dekat abang kau sahaja?" soal Fang dengan nada tidak puas hati

"Aku malas nak kacau dia" balas Bella

"Apasal kau tak jadikan si Harraz ni boyfriend kau?" Fang soal lagi

"Sebab dia tidaklah sehebat kau dan aura kau yang separuh popular tu" balas Bella lagi

"Kau suruhlah si Boboiboy tu" kata Fang lagi "Dia tu suka bantu orang"

"Karang Lily hentam pula aku nanti" jawab Bella

"Kau suruhlah si Gopal" Fang masih tidak puas hati lagi

"Gopal buat apa. Nanti tak pasal-pasal, dia pergi buli Gopal, lepas tu cari aku" Gopal angguk kepala dia dan ianya membuatkan Bella tersenyum sinis "See.. Gopal setuju dengan aku"

"Suruhlah si Momoki tu"

"Dia tu jujur sangat" balas Bella kepada Fang "Dia mana suka tipu budak-budak perempuan"

"Betul maaa... aku selalu nampak dia berterus terang dengan semua budak perempuan tapi tiada siapa yang terasa ataupun kecil hati" kata Ying

"Ala, suruhlah dia rahsiakan" Fang terus bersilang tangan "Momoki tu mesti guna ayat-ayat dia untuk hentikan budak lelaki tu jangan ganggu kau lagi"

"Hmmm..." Bella mula fikirkan sesuatu "Ok juga tu tapi aku tetap nak gunakan plan A aku! Kalau tak menjadi juga, aku akan cari si Momoki tu!"

"Cheh" bisik Fang "Suruhlah abang aku tu"

"Abang kau buat apa? Karang orang ingat abang kau tak setia dengan kak Lynna"

"Betul kata kawan kau tu" muncul Kaizo di dalam kedai Tok Aba "Kau ingat aku ni suka permainkan perasaan orang ke? Selepas sahaja aku berjaya memujuk hati dia, tak kan aku nak hancurkan hati dia pula"

"Eleh, itu pun abang yang minta tolong daripada adik" Fang mula menyindir abangnya "Abang bukan kaki romantik tapi kaki kejam. Suka sangat buli adik yang terlalu kacak ni"

"Loya pulak tekak aku" bisik Bella

"Kejam macam mana pun, aku kejam sebab aku sayang dekat kau" balas Kaizo sambil genggam cawan kaca milik kedai Tok Aba "Aku sayangkan kau dari kecik sampai sekarang tapi..." cawan itu terus pecah akibat genggaman dia yang terlalu kuat "Alamak!"

"Kaizo!" Tok Aba sudah mencekak pinggang

"Maaf Tok Aba, nanti saya gantikan yang baru"

"Sudah tiga kali Tok Aba panggil nama abang Kaizo.. hehehe" kata Boboiboy "Abang Kaizo jangan buat hal lagi lepas ni"

"Yea, aku akan menjadi lebih berhati-hati lepas ni" Kaizo kutip seperhan cawan tadi di lantai kedai itu "Dan aku akan tembus balik kesalahan aku kepada Tok Aba. Hari ni hari nasib malang aku ke?"

Tok Aba hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Ochobot pergi membantu Kaizo untuk bersihkan lantai kedai itu. Bella terus sambung balik cerita dia kepada Fang

"Anyway, back to the story" Bella duduk di sebelah Yaya untuk ceritakan apa yang berlaku sebentar tadi "Masa aku tengah on the way ke rumah Fang, sebab aku janji dengan Faye yang kita orang akan bawa Idoli ke pusat hiburan. Tiba-tiba si budak tu ikut aku. Dia asyik panggil nama aku. Jadi aku stop and marah dekat dia. Aku cakaplah, jangan ganggu aku lagi tapi dia nampak macam desperate sangat. Mana aku tak angin time tu. Selamatlah aku terserempak dengan Harraz. Aku terus pergi dekat Harraz. So, aku rasa selamatlah sikit. Jadi aku dapat satu idea dan idea itu adalah aku perlukan si potato boy ni jadi boyfriend aku untuk beberapa hari sahaja. Yelah, supaya dia tahu yang aku sudah ada someone"

"Ohhh... so kau memang tak nak dia ganggu kau lah ni"

"Yes Boboiboy" jawab Bella

"Tapi macam mana kalau dia tahu ini semua hanyalah lakonan sahaja nanti?"

"Itu.. aku tahulah Yaya tapi aku memang tak nak dia ganggu aku lagi" Bella mengeluh sedikit "Tapi kalau dia tahu pun.. mungkin aku tiada pilihan lain, aku terpaksa beritahu abang aku"

"Betul tu, beritahu abang kau" Tiba-tiba Kaizo mencelah "Jangan rahsiakan perkara ini. Aku cuma takut kalau budak lelaki tu cuba sesuatu dekat kau sahaja nanti"

"Ha ah, aku pun macam abang Kaizo juga" kata Boboiboy "Kau kena berhati-hati. Jangan pergi mana-mana seorang diri"

"Biar aku dan Yaya temankan kau nanti!" kata Ying dengan penuh semangat

"Terima kasih korang" Bella rasa terharu dengan mereka

"Jadi kau tak perlukan aku lah kan" Fang sudah tersenyum lebar sampai ke pipi

"Tak, aku masih perlukan kau lagi wahai potato boy. So, from now on, you'll be my boyfriend"

Riak wajah Fang terus berubah dari senyuman lebar dia, berubah menjadi masam. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Harraz tergelak sedikit sambil menutup mulut masing-masing dengan tangan. Ochobot terbang ke arah Fang dan lalu dia mengusap kepala si anak alien itu kerana rasa simpati dengan nasib malang Fang

"TIDAKKKKK!" Fang tidak dapat menerima hakikat pada ketika itu "AKU NAK BALIK RUMAH! AKU TAK NAK JADI BOYFRIEND KEPADA SI MINAH GEDIK TU!"

Kaizo tepuk kepala adiknya

"Yang kau menjerit tak tentu pasal ni kenapa?"

"Abang!" Hati Fang mula membara "Abang pergi mengamuk dekat budak kacau si Bella tu! Adik tak sanggup diri adik di pergunakan oleh Bella"

"Kau lah yang pergi mengamuk. Aku ada kerja yang perlu dilakukan. Aku perlu bantu Tok Aba dan kau pula, bantu kawan kau tu. Jangan mengada nak larikan diri. Kalau tidak, segala donut lobak merah kau, aku akan cincang-cincang sampai lumat!"

"Yelah" kata Fang

"Yes! Thank you abang Kaizo!" Bella melompat-lompat kegembiraan "Jangan risaulah, hanya beberapa hari sahaja untuk dia stop kacau aku. Lepas tu, kau boleh kembali kepada kekasih kau si donut lobak merah tu"

"Hehee.. aku rasa simpati dengan kau, Fang" Boboiboy tersengih sedikit "So, sekarang ni, kau nak suruh Fang buat apa pula?"

"Hmmm.." Bella mula tersenyum sinis sambil melihat Fang "Sekarang ni, aku nak Fang bawa aku pergi jalan-jalan dekat bandar. So biar budak tu nampak dengan mata dia sendiri yang aku sudah mempunyai boyfriend"

"Fake boyfriend ok"

"Yea yea, fake boyfriend" Bella terus heret tangan Fang untuk beredar dari situ "Jom kita pergi ke pusat hiburan. Ingatkan aku untuk mesej si Faye, nanti risau pula dia"

Hati Bella meloncat gembira. Dia bagaikan berada di awang-awangan mimpi yang terindah. Fang pula, makin lama makin masam riak wajah dia. Hati dia panas bagaikan ada air panas sedang mendidih tetapi ada juga yang perasaan sedih di antara kawan-kawan mereka berdua. Dia tidak tunjukkan perasaan sedih itu. Hanya sebuah sebuah topeng senyuman sahaja untuk mengaburi kesedihan itu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Fang masih tidak percaya apa yang berlaku semalam. Semangat dia kian merundum dari semalam lagi. Makan tidak lena, tidur tidak lena, nak belajar pun tidak dapat naikkan semangat dia balik. Fang berjalan agak perlahan semasa dia dalam perjalanan ke sekolah. Dia bersyukur kerana Bella tidak tunggu depan rumah dia untuk pergi ke sekolah bersama-sama

"Kau ok tak ni?" muncul Boboiboy di sebelah Fang

"Aku..." Fang menarik nafas seketika dan lalu dia merayu-rayu kepada Boboiboy "Tolong aku Boboiboy! Tolong keluarkan aku dari rancangan gila ni! Aku masih muda lagi! Aku tak faham apa benda berdating ni!"

"Ala, rileklah Fang. Bella pun cakap, ini untuk beberapa hari sahaja. Lepas tu, kau bolehlah kembalikan diri kau kepada donut lobak merah kau tu"

"Baiklah, aku akan cuba berpura-pura dengan baik" kata Fang "Aku akan selesaikan masalah si Bella itu dengan cepat! MUAHAHAHAHA!"

"Dey, kau ni ketawa macam orang gila kenapa?" muncul Gopal di sebelah kiri Fang "Meh rasa aku punya kuih vadai. Aku yang buat sendiri" Dia hulurkan bekas makanan berbentuk bulat kepada kedua-dua kawan lelakinya

"Wah! Pandai kau buat yea" Boboiboy mengambil salah satu kuih vadai itu

"Biasalah, aku kan nak jadi seorang chef yang berjaya. Jadi aku perlulah belajar sekarang untuk mencapai impian aku menjadi seorang chef yang berjaya dan popular"

"Wei, popular tu aku yang punya"

"Hmm.. yelah, kau punyalah" balas Gopal kepada Fang "Kau tak nak rasa ke?"

"Aku nak rasalah ni" Fang mengambil kuih vadai itu "Aku sebenarnya tak pernah rasa kuih ni. Nampak macam sedap aje"

"Rasa dia memang sedap" Mata Gopal terus bersinar-sinar apabila dua kawan baik dia mencubai kuih vadai tersebut "Macam? Ok tak?"

"Ok!" kata Boboiboy "Sedap betul kau buat"

"Hehehe.. biasalah! Aku buat mesti sedap punya! Inilah pencapaian aku yang membuatkan aku bangga dengan diri sendiri!" Air mata dia keluar setitik kerana terharu dengan pencapaian dirinya sendiri "Aku akan berusaha lagi selepas ini"

"Eloklah tu" kata Fang "Tapi jangan lupa berusaha dalam belajar juga"

"Dey! Exam dah habislah"

"Dah habis ke, belum habis ke, kau kena berusaha supaya kita tidak akan gagal" Fang terus bersemangat "Aku akan pastikan.. AKU DAPAT NOMBOR 1! HAHAHAHAHAHAHAHA!"

"Itu pun kalau kau tak sama kelas dengan Yaya dan Ying"

"Tahu takpe, Boboiboy" Semangat Fang terus kembali merundum "Oh yea, kuih Gopal ni memang sedap. Terima kasihlah buat hati aku gembira walaupun sedikit"

"Kasihan kau" Boboiboy tepuk bahu Fang secara lembut "Apa yang terjadi semalam?"

"Hmm... semalam" Fang mendongak ke langit dan cuba ingatkan balik kejadian semalam "Si Bella bawa aku ke tempat pusat hiburan. Budak yang dia cakap tu, memang ada dekat situ. Budak tu asyik perhatikan kita orang sahaja. Time kita orang tengah main game menari tu, dia asyik pandang sahaja. Aku rasa tak selesa sangat. Jadi aku heretlah si Bella ke tempat lain. Kita orang main bowling pula lepas tu TAPI AKU TAK PUAS HATI SEBAB AKU KALAH DENGAN MINAH GEDIK TU!"

"Sabar Fang, sabar" Boboiboy tepuk bahu Fang lagi "Kau perlu berlatih lagi untuk kalahkan Bella"

"Lepas tu apa jadi?" soal Gopal

"Lepas dah main bowling tu, si Bella heret aku dekat mesin ambil gambar tu, photobooth tu lah. Dia paksa aku buat muka lawak. Jadi aku berikan dia semua muka masam.. HAHAHAHA!" Boboiboy gelengkan kepala. Fang sambung lagi dengan cerita dia "Gambar tu, dia siap pergi hiaskan sebelum gambar tu di printkan tapi aku tak simpanlah. Si Bella yang simpan gambar tu"

"Budak lelaki tu tak ikut korang?"

"Rasanya tak kot Boboiboy" balas Fang "Lepas time kita orang beredar dari game menari tu, terus tak nampak dia dah"

Mereka bertiga belok ke kiri. Jauh di hadapan mereka adalah sekolah menengah Pulau Rintis. Ada segelintir para pelajar dalam perjalanan ke sekolah juga. Ada yang menaiki basikal dan ada juga yang berjalan kaki sahaja. Mereka tidak bertembung dengan sesiapa yang mereka kenal

"Dey, apa nama budak tu?" tanya Gopal

"Bella cakap nama budak tu ialah Ammar dan dia tua setahun daripada kita" jawab Fang "Dia ada juga kawan sama kelas dengan Bella tapi entahlah... aku pun sebenarnya tak berapa nak faham sangat kenapa tiba-tiba si Ammar tu beriya-iya sangat nak dekat Bella. Padahal dia dan kawan-kawan dia yang buli Bella dulu. Sekuat-kuat Bella pun, ada juga orang yang nak buli dia.. hmm..."

"Kau pun kena buli juga dulu. Kau sehebat mana pun, ada juga yang nak buli kau" kata Boboiboy "Aku pun tak faham juga, Fang tapi apa-apa pun, dalam hal ini, kita kenalah lindungi kawan kita"

"Kita sama-sama lindungi kawan kita" Fang tersenyum sedikit

"Dey, kau semalam sebenarnya rasa seronokkan?"

"Seronoklah juga tapi dalam hati sebenarnya tak puas hati" jawab Fang "Aku tak dapat nak bayangkan apa si Bella tu akan suruh aku lakukan hari ni. Janganlah benda merepek"

"Aiyaa... takde maknanya Bella suruh kau buat benda merepek" muncul pula Ying kali ini "Hehehe.. jadi lu memang happy lah semalam?"

"Err.. bolehlah juga" Fang tersengih sedikit "Ala, aku happy sebab dapat main game dekat pusat hiburan aje. Bukannya pasal aku dapat keluar dengan Bella"

"Ohh.. ok" kata Ying

"Mana Yaya?" Boboiboy pandang kanan dan kiri mereka. Yaya tiada bersama mereka "Dia terbang pergi sekolah ke?"

"Takdelah, dia datang awal maaa sebab dia nak ulang kaji dekat perpustakaan" beritahu Ying "Yang peliknya, dia tak ajak aku pun. Haiyaa.. rasa sedih pula dia tak ajak aku sekali maa.. dari semalam dia nampak macam tak berapa nak happy sangat"

"Yea ke, aku nampak dia ok aje"

"Aiyooo.. kau ni Boboiboy" Ying marah sedikit pada ketika itu "Aku sebagai kawan baik dia, mestilah aku nampak apa yang lu tak nampak. Dia cuba gembirakan diri dia sedikit. Aku nak tanya dia tapi aku takut dia tak nak jawab pula. Jadi aku biarkan sahaja"

"Dia sedih sebab biskut dia takde siapa nak makan ke?" Fang garu-garu kepala dia "Atau ada sesuatu yang buat dia sedih?"

"Entahlah" kata Boboiboy "Aku harap dia takdelah sedih sangat. Risau pula aku nanti"

Ying terpandang Fang seketika. Lalu mata dia membulat besar kerana dia tahu apa yang membuatkan Yaya rasa sedih. Ying tidak mahu beritahu perkara yang sebenarnya. Dia hanya tersenyum sahaja sebaik sahaja mereka berempat sampai di hadapan pintu pagar sekolah. Fang terserempak dengan Bella yang sedang menunggu kedatangan dirinya

"Fang!" Bella melambai-lambai ke arah Fang "SINI SINI! Aku ada bawa makanan untuk kau ni!"

"Adeh" Fang menepuk dahinya sendiri "Oklah semua, aku terpaksa pergi layan si minah gedik tu"

"Bertabah ajelah Fang" Boboiboy menepuk bahu Fang "Kau kena ingat, semua ini hanyalah lakonan sahaja. Ini adalah untuk kebaikan Bella sahaja"

"Kebaikan dia konon" bisik Fang

Fang terus beredar dari situ dan menuju ke arah Bella. Muka dia kelihatan masam seperti biasa. Bella abaikan sahaja riak wajah Fang pada ketika itu. Dia hanya menghulurkan sebuah bekas berbentuk hati kepada Fang

"Nah, aku bagi kau makanan tengahari kau" kata Bella "Bolehlah kau makan time rehat nanti"

"Wei, kau tak perlulah buat makanan untuk aku. Ini semua hanyalah lakonan sahaja"

"Aku tahulah" balas Bella dengan nada yang agak perlahan "Sebab tu aku perlukan jadikan hubungan kita nampak real. Nanti tiada siapa nampak kita macam berpura-pura. Just go with the flow ok"

"Yelah yelah" Fang terus mengambil bekas makanan itu "Terima kasihlah sebab buatkan makanan ni untuk aku. Nanti aku makan"

Bella terus tersenyum dengan hati dia berbunga-bunga. Dia sedar ini semuanya hanyalah lakonan sahaja. Jadi dia tidak mahu terlalu berharap sangat. Boboiboy, Gopal dan Ying tersenyum-senyum sahaja melihat gelagat mereka berdua. Lalu mereka berjalan menuju ke gazebo di mana Harraz sedang menunggu kedatangan mereka. Yaya juga ada di dalam gazebo itu. Dia sibuk mengulang kaji bersama Harraz. Dia sudah puas berada di dalam perpustakaan, dia ingin pergi menikmati udara segar sambil mengulang kaji. Jadi dia memilih gazebo yang kebetulan Harraz ada di situ juga

"Eh Yaya, aku ingatkan kau ada dekat perpustakaan lagi" Boboiboy melangkah masuk ke dalam gazebo itu

"Hmm.. takdelah Ying. Aku dah puas belajar dekat dalam perpustakaan tu, jadi aku datanglah ke sini" balas Yaya sambil tersenyum lemah "Kebetulan Harraz pun ada dekat sini juga. Jadi aku belajar sama-sama dengan dia lah"

"Tapi.. bukan ke exam kita sudah habis? Buat apa nak belajar lagi" Ying terus ketuk kepala Gopal "DEY! Apasal ketuk kepala aku ni!"

"Aiyooo! Lu ni, dah habis exam ke, belum habis exam ke.. kita kenalah belajar. Jangan asyik main sahaja maa. Tahun depan kita ada exam paling penting maa.."

"Tapi aku nak rehatkan otak ni" Gopal mengeluh sedikit "Tahun depan ajelah aku ulang kaji"

Ying gelengkan kepala sahaja

"Hai korang!" Muncul Faye dengan wajah berseri-serinya "Hehehe... nampaknya si Fang dan si Bella telah berjaya membuatkan budak tu cemburu!"

"Macam mana kau tahu, Faye?" soal Boboiboy

Lalu Faye tunjuk ke arah seorang budak lelaki yang berdiri di tepi padang sekolah sambil memegang sebiji bola. Mata budak lelaki itu perhatikan sahaja Fang dan Bella duduk di atas bangku sekolah. Bella asyik tergelak riang dan manakala Fang pula, dia angguk sahaja sambil dengar cerita dari Bella

"Hehehe... adakah budak tu akan lupakan Bella ataupun tidak nanti?" soal Gopal

"Hmm.. mestilah dia akan lupakan" Tiba-tiba Yaya mencelah tanpa mengalihkan pandangan dia dari buku "Aku rasa, dia akan lupakan si Bella tu dan akan teruskan kehidupan dia nanti. So Fang dan Bella boleh berhenti berlakonan"

"Aku tak rasa begitu"

"Kenapa pula Harraz?" soal Boboiboy

"Sebab pendapat aku.." Harraz menutup buku teksnya dan mata dia melihat budak lelaki yang bernama Ammar "Aku dapat rasakan budak lelaki itu akan cuba untuk memenangi hati Bella walaupun si Bella sudah bersama dengan Fang. Kita tahu hubungan itu cuma lakonan sahaja tetapi bagi dia, dia ingatkan hubungan mereka adalah betul. Mungkin juga dia akan buat apa yang patut sebagai tanda minta maaf kepada Bella selepas apa yang dia telah buat dekat Bella"

"Mungkin juga" kata Boboiboy "Tapi... hehehe.. aku no komen sebab aku mana reti dalam hal-hal ni"

"Takpe, aku pun tak reti juga. Ini cuma pandangan aku sahaja" balas Harraz "Lagipun adalah juga tengok drama-drama melayu, korea, jepun, cina dekat TV tu.. hehehe" Dia rasa malu sedikit

"Aik, kau tengok TV?" Ying rasa comel melihat Harraz malu-malu kucing

"Ha ah Ying" balas Harraz "Aku bila rasa tension aje, aku mulalah tengok drama. Nak tahu juga apa perkembangan dalam dunia drama ni. Aku tak naklah digelarkan sebagai ulat buku sahaja"

"Jangan risaulah, gelaran ulat buku tu ok aje" tegur Yaya "Lagipun aku kagum dengan kau sebab kau dapat bahagikan masa untuk belajar, bermain, tengok TV dan bersuka ria dengan kita semua"

"Hehehe.." Pipi Harraz naik merah sedikit "Aku semenjak berkawan dengan korang, aku mula belajar untuk berseronok"

"Baguslah tu" Boboiboy tepuk belakang badan Harraz "Kami pun suka melihat kau berseronok dengan kita orang tapi nanti, bila kau dapat masuk asrama, jangan lupakan kita orang"

"Takdelah, aku tak kan lupakan korang semua. Koranglah yang membuatkan aku tersenyum semula. Sebelum ni, aku macam senyum paksa"

"Jangan ingatkan balik kisah lama maa.. sekarang ni kita enjoy!" kata Ying dengan penuh semangat "Eh.. mana si Bella dan Fang pergi?"

"Entah" jawab Gopal

Mereka mencari-cari dimana Fang dan Bella pergi. Nampaknya mereka berdua tiada di sekitar kawasan itu. Fang dan Bella sebenarnya pergi ke tempat lain untuk bincangkan tentang rancangan mereka yang seterusnya. Budak lelaki yang bernama Ammar tadi, dia juga tiada di tepi padang. Nampaknya Ammar sedang mengekori mereka berdua. Jauh dari gazebo itu, Fang dan Bella duduk di kantin dan mulakan berbincang. Bella melihat sekitarnya seketika supaya tiada siapa yang sedang mencuri dengar berbincangan mereka berdua nanti

"Ok, tadi aku nampak dia sudah mula cemburu" kata Bella

"So? Apa rancangan kau lepas ni?"

"Kita teruskan sahaja sehingga dia betul-betul mengalah. Kalau lakonan kita sampai di sini sahaja, nanti dia akan ganggu aku lagi"

"Hmm.. aku harap lakonan kita ni, takde sampai ke minggu depan"

"Apasal?" Bella meneliti wajah Fang seketika. Lalu dia menjerit sedikit "Hah! Kau ada suka seseorang yea! Kau tak nak buat orang tu terasa.. hehehe.. siapa? siapa?"

"Woi! Aku mana ada minat sesiapa" marah Fang

"Hehehe.. jangan marah. Aku bergurau aje" kata Bella "Anyway, thank you lah sebab sudi berlakon jadi fake boyfriend aku dan semalam, aku memang betul-betul rasa happy sangat" Entah kenapa jantung dia berdegup dengan kencangnya. Adakah dia mula rasa malu? Padahal sebelum ini dia memang suka dekat Fang tetapi dia tidak pernah merasai perasaan begitu

"Hmm.. sama-sama" balas Fang dengan nada malas "Wei, aku tahu kau suka dekat aku tapi kau kena ingat, ini semua hanyalah lakonan sahaja"

Hati Bella mula kecewa sedikit. Dia terima dengan hakikatnya bahawa Fang anggap diri dia sebagai kawan sahaja. Bella tersenyum lemah sambil angguk sedikit

"So rancangan kita bukanlah terlalu extreme" jelas Bella "Just kita buat macam biasa cuma macam abang Kaizo dan kak Lynna"

"Jadi kau nak kita jadi macam dia orang?" Bella angguk kepalanya kepada Fang. Lalu sang remaja alien itu berkata lagi "Boleh tapi... jangan paksa aku belikan bunga untuk kau"

"No problem" kata Bella "Biar aku sahaja yang uruskan makanan kita untuk waktu rehat sahaja"

"Yelah" kata Fang

"Hehehe.. kau tak kisahkan?"

"Tak, janji ada lobak merah"

"Sudah tentu ada" Bella kembali rasa gembira sedikit "Ok, nanti lepas habis sekolah, kau hantar aku balik"

"Kenapa?"

"Sebab selalunya dalam cerita drama, budak lelaki selalu temankan girlfriend dia balik rumah" Bella mula terbayangkan dia dan Fang jalan bersama sambil menikmati keindahan cuaca pada ketika itu "Sweetnya!"

"Suka hati kau lerr" Fang mula bangun dari kerusi kantin itu "Wei, aku pergi dulu"

"Nantilah dulu!"

Fang tidak kembali duduk. Dia hanya beredar dari situ sambil melambai-lambai ke arah Bella. Sebenarnya Fang malas hendak berlakon menjadi pasangan kekasih kepada Bella. Dia lebih gemar kalau orang lain lakukan perkara itu. Dia juga tidak mahu bertindak seperti seorang kekasih kepada Bella kerana dia takut, kalau Bella masih lagi menaruh harapan dekat diri dia. Jadi Fang kena ingatkan Bella ini hanyalah lakonan sahaja

"Maafkan aku Bella" bisik Fang "Aku selama ini hanya anggap kau sebagai kawan sahaja, maafkan aku"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu rehat sudah tiba. Bella mengheret Fang pergi berehat di tepi padang sekolah. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye dan Harraz menghendap mereka berdua dari jauh. Yaya menyorok mukanya di sebalik buku teks sejarah. Dia seperti mahu dan tidak mahu melihat gelagat Fang dan Bella

"Apa yang kamu semua sedang perhatikan?" muncul Kaizo di belakang mereka

"Erk!" Boboiboy pusing kebelakang "Eh.. abang Kaizo buat apa dekat sini?"

"Aku nak hantar makanan dekat si Pang tu" jawab Kaizo "Mana dia?"

"Dia ada dengan Bella dekat sana" Gopal tunjuk ke arah dua budak remaja sedang duduk di bawah pokok "Tapi abang Kaizo jangan kacau, dia orang tengah berdating tu"

"Berdating?!"

"Yelah abang Kaizo" kata Boboiboy "Bukan ke semalam abang Kaizo suruh Fang bantu Bella untuk selesaikan masalah Bella"

"Aku lupa pula" Kaizo terasa malu sedikit "Jadi tak perlulah aku hantar makanan ni untuk Pang"

"Tak perlu" jawab Boboiboy "Abang Kaizo ke yang buat makanan tu?"

"Tak, kak Lynna yang buatkan" Kaizo duduk di sebelah Boboiboy "Dia bagi aku tapi... aku rasa, baik aku berikan dekat adik aku"

"Lerr abang Kaizo ni" Yaya gelengkan kepala "Kak Lynna buatkan khas untuk abang Kaizo tapi abang Kaizo nak bagi dekat orang lain pula"

"Ala, bukannya aku bagi dekat orang yang aku tidak kenali. Aku cuma bagi dekat adik aku tu aje"

"Aiyoo.. nanti kak Lynna tanya macam mana dengan makanan tu. Sedap ke tak?"

"Aku cakap ajelah sedap" balas Kaizo kepada Ying "Tapi setahu aku, semua makanan yang dia pernah masakan untuk aku, semuanya sedap"

"Jadi abang Kaizo sanggup tipu kak Lynna?"

Terus Kaizo tidak menjawab pertanyaan Yaya tadi. Nada Yaya agak menakutkan pada ketika itu. Dia seperti sedang marahkan dengan sesuatu tetapi Kaizo abaikan sahaja. Lalu dia beredar situ dan terus menuju ke tempat adiknya sedang berehat bersama dengan Bella

"Adeh, abang Kaizo nak pergi kacaulah tu" Boboiboy tepuk dahinya sendiri

"Hehehe... seorang abang mestilah sentiasa bersikap tegas dengan adiknya" kata Harraz "Cuma abang aku aje yang tak terlalu tegas dengan aku. Ambik kisah pun agak jaranglah juga"

"Agaknya, apa yang abang Kaizo nak lakukan dekat Fang tu?"

Mereka semua sama-sama menyaksikan Kaizo menjerit nama Fang pada ketika itu

"PANG!"

Fang berdiri bangun dengan tegaknya seperti seorang askar. Dia sebenarnya terkejut dengan jeritan dari abangnya. Bella tergelak sedikit melihat gelagat Fang

"Pang!"

"Abang ada ke sini kenapa?"

"Sebab abang nak bagi kau makanan tetapi disebabkan kau sudah mempunyai makanan sendiri.. jadi aku tetap nak bagi juga" Kaizo terus hulurkan bekas makanan itu di tangan adiknya "Makan! Jangan tak makan. Kak Lynna yang buatkan"

"Hmm.." Fang rasa curiga dengan makanan yang diberikan oleh abangnya "Kenapa kak Lynna nak buatkan untuk adik pula? Bukan ke sebenarnya dia buatkan untuk abang?"

"Banyak soal pula budak ni. Aku ketuk karang kepala tu"

"Ketuklah!" marah Fang "Abang datang ke sini sebab nak ganggu adiklah tu!"

"Yea, sebab aku nak ganggu kau" jawab Kaizo secara jujur "Dan juga untuk berikan makanan ini kepada kau"

"Tapi itukan untuk abang!" Fang mula tinggikan suara sedikit "Kak Lynna yang buatkan untuk abang! Apasal nak bagi adik pula!"

"Sebab aku nak bagi kaulah! BANYAK ALASAN PULA BUDAK NI!"

"Bukan adik yang banyak alasan tapi abang yang banyak alasan!"

Bella terus tersengih di situ kerana dia tidak tahu samada dia perlu lari ataupun tidak kerana pergaduhan diantara dua beradik itu sudah mula menarik perhatian pelajar-pelajar di sekolah itu. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye dan Harraz beredar dari situ kerana tak sanggup melihat mereka bergaduh. Nampaknya, pergaduhan Fang dan Kaizo bertukar menjadi sebuah peperangan. Bella terpaksa bertindak lari dari situ

"HARIMAU BAYANG!"

"PEDANG TENAGA!"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu, sewaktu pulang ke rumah. Fang temankan Bella pulang ke rumah. Muka Fang penuh dengan kesan luka, calar-balar di sana sini dan ada sedikit lebam di tangannya. Mereka berjalan di sebuah kawasan yang berdekatan dengan rumah Bella. Jauh di depan mereka ada sebuah taman permainan

"Kasihan kau" kata Bella. Tangan dia terasa gatal untuk sentuh luka di muka Fang. Dia kawalkan dirinya "Kau dan abang kau memang suka bergaduh sampai tahap gunakan kuasa"

"Kita orang dah terbiasa" jawab Fang

"Jadi, siapa menang tadi?"

Fang berhenti berjalan. Lalu dia bergerak ke arah sebuah taman permainan. Bella juga masuk ke dalam taman permainan tersebut. Tiada kanak-kanak yang berada di situ. Hanya mereka berdua sahaja. Fang duduk di atas buai dan lalu dia menghayunkan dirinya

"Siapa menang?" Fang cuba mengingati balik kejadian tadi "Aku rasa... macam.. tak ingat tapi yang aku ingat, makanan tu aku yang kena habiskan. Abang aku, terus balik rumah"

"Maksudnya, kau kalahlah yea"

"Ma-mana ada aku kalah!" marah Fang "Hmm.. apalah nasib kak Lynna dapat abang aku perangai macam tu"

"Well.." Bella duduk di atas buai sebelah kanan Fang "Apa yang kak Lynna nampak dekat abang kau, mesti ada sesuatu yang tertarik dimata dia. Aku sendiri pun boleh tertarik juga sebab abang kau tu kacak.. hehehe"

"Sebab tu aje ke?"

"Takdelah" balas Bella "Yang lain tu, mungkin kak Lynna nampak sesuatu yang kita sendiri tak nampak. Macam aku nampak kau"

"Aku?" Fang menoleh ke kiri untuk melihat Bella

"Contohnya... kau nampak macam budak lelaki yang cool, suka marah orang tapi sebenarnya, hati kau tu lembut.. hehehe... lepas tu haiwan kegemaran kau ialah penguin" Bella tergelak sedikit "Tak pernah aku nampak seorang budak lelaki sukakan penguin. Penguin tu kan comel"

"Err..." Fang tidak tahu bagaimana hendak menjawab

"And then.. kau ni tidak mudah mengalah" kata Bella lagi "Orang buli kau macam mana pun, ejek nama kau pun, mesti kau tenang aje"

"Yelah tu" balas Fang "Nampak tenang tapi dalam hati, rasa macam nak mengamuk dekat situ"

"Yea ke" Bella tersenyum sedikit "Oklah tu, kau dapat mengawal keamukan kau. Kalau tidak, tak tahulah siapa bakal menjadi mangsa kau nanti"

"Aku tahu kawan-kawan aku yang jadi mangsa nanti.. hehehe.. dulu aku memang suka mengamuk pun tapi sekarang ni, kena belajar bersabar"

"Bagus bagus.. teruskan bersabar"

"Kau pun, jangan nak cari pasal dengan aku" marah Fang sedikit

"Bila masa aku cari pasal dengan kau?"

"Bila masa kau cakap?!" Hati dia mula naik marah sedikit "Kau tak ingat ke, kau suka sangat kacau aku dengan benda-benda merepek! Suka sangat tengok aku mengamuk. Kau dan si pelik tu sama aje"

"Hehehe.. itu sebab kau nampak comel bila kau mengamuk" Bella tergelak sedikit "Lily tu memang suka kacau orang walaupun dia tu macam lurus bendul sedikit"

"Dia memang lurus bendul pun" Fang rasa seperti dia boleh dengar gelakan Lily di dalam kepalanya "Adeh.. apasal tiba-tiba suara gelakan dia muncul dalam kepala otak aku ni" bisik dia "Wei Bella, tadi aku dan abang aku.. dasyat tak kita orang bergaduh?"

"Boleh dikatakan dasyatlah juga" balas Bella "Korang berdua ni kalau bergaduh, memang tahap ganas. Aku dan abang aku pun tak pernah bergaduh macam tu. Mostly kita orang ni loving loving punya sibling. Susah nak bergaduh. Tadi pun, ramai yang lari sebab tak sanggup melihat korang bergaduh macam dalam medan perang. Memang huru-hara dekat padang sekolah tu"

"Kita orang memang macam tu, suka bergaduh tapi lepas tu, berbaik balik.. hehehe.. dan lepas tu, aku buat nakal dekat abang aku balik"

"Hmmm... macam-macam betul korang ni tapi comel"

"Comel konon" Fang turun dari buainya "Wei, oklah.. aku nak balik dulu. Rumah kau dekat depan sana sahajakan. Kau boleh jalan sendirikan tanpa aku teman"

"Ala" Hati Bella sedikit kecewa "Tak nak temankan sudah. Jumpa lagi esok"

"Bye"

Fang tidak pandang ke arah Bella. Dia hanya terus berjalan ke depan. Bella pula, dia perhatikan Fang keluar dari kawasan taman permainan itu sehingga dia hilang dari permandangan Bella. Hati Bella terasa sedih sedikit tetapi dia masih lagi mampu untuk bersenyum. Dia katakan kepada dirinya, dia tidak akan memaksa membuat hati Fang suka kepada dirinya. Dia lebih bahagia melihat hubungan persahabatan mereka kekal sepanjang hayat. Lalu dia beredar dari situ dengan sebuah senyuman

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"FANG! BANGUN! BANGUN!"

Fang terjaga dari tidurnya. Dia mengosok kedua-dua matanya. Dia masih lagi mengantuk dan hendak sambung balik tidur tetapi dia terpaksa bangun juga kerana dia tahu, dia ada kerja yang perlu dilakukan iaitu bersihkan rumah sebelum pergi ke sekolah

"Fang!"

"Apa dia!" Fang membuka matanya. Faye ada di sebelah katil dia "Kau nak apa Faye?"

"Bella tadi datang nak bagi kau ni" Faye berikan sebuah keychain. Ianya mempunyai dua teddy bear dan kedua-dua teddy bear itu berpenampilan seperti Fang dan Bella "Dia cakap nanti kau letak dekat beg sekolah kau"

"Hmmm.. keychain?" Fang melihat sahaja keychain itu "Apasal dia beriya-iya bagi aku keychain? Bukan ke semua ini hanyalah lakonan sahaja"

"Dah tu, dia nak bagi nampak real. Dia suruh kau letak dekat beg sekolah kau nanti" kata Faye "Lagipun Bella ada cakap, lagi cepat si Ammar tu mengalah, lagi bagus. Bolehlah korang berdua berhenti berlakon"

"Baik pulak si Bella ni" Fang mengambil keychain itu "Mana dia?"

"Dia dah balik" balas Faye "Kau tahu dia sukakan kau tapi dia tak nak menyeksakan diri kau dengan lakonan ni. Dia tahu kau tak suka"

"Atau sebenarnya dia nak hal ini selesai dengan cepat sebelum perasaan dia dekat aku betul-betul mendalam terhadap kau"

"Aku pun rasa begitu juga" Faye duduk di tepi katil Fang "Aku tahu dia suka dengan lakonan ni tapi pada yang sama, dia cuba kawal perasaan dia tapi apa yang aku nampak, dia nampak terseksa jugalah. Dia mengadu dekat aku malam tadi. Dia kata dekat aku, yang dia selalu ingatkan diri dia ini semua hanyalah lakonan sahaja"

"Baguslah tu dia ingatkan diri dia"

"Tapi kau jangan nak mengamuk atau marah dia pula" tegur Faye "Dan jangan buat hal, jangan bagi rancangan ini gagal pula"

"Ala, dia yang selalu buat hal dengan aku. Suka buat aku marah adalah"

"Hehe.. korang berdua ni, memang tak suka mengaku kalah" Faye mengeluh sedikit "Dua-dua mesti nak menang tapi apa boleh buat, korang berdua ni perangai sama aje"

"Yea ke sama"

"Betul lah sama" kata Faye "Cuma dia tak kejar populariti sahaja. Kau tu, gila dengan populariti"

"Mestilah, aku kan hebat dan bergaya.. hahahaha! Mestilah kena popular"

Faye rasa menjengkelkan dengan ayat dari sepupu dia tadi

"Suka hati kau lerr" Faye bangun dari situ "Oh yea, abang kau tengah tunggu dekat dapur tu"

"Hmm.. dia tengah tunggu makanan lah tu" Fang garu-garu kepalanya sambil menguap besar "Nanti aku turun, aku nak pergi mandi kejap"

Faye keluar dari bilik itu dan tinggalkan Fang bersendirian di atas katil. Fang mula fikirkan Bella dan rancangan mereka. Tidak tahu kenapa hati dia mengatakan rancangan ini mungkin tidak akan dapat selesaikan dengan segera. Mungkin lagi lama yang mereka jangkakan. Fang tidak mahu fikirkan begitu. Lalu dia turun dari katil dan terus masuk ke dalam bilik air

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang di fikirkan oleh Fang memang tepat sekali. Sudah 5 hari Ammar asyik perhatikan mereka berdua. Dia sedikit pun tidak menunjukkan dia mahu mengalah. Dia akan mencari peluang untuk menenangi hati Bella sewaktu ketiadaan Fang seperti semalam, semasa Bella duduk seorang diri di pondok hentian bas. Ada kalanya dia mengajak Bella keluar pergi makan bersama tetapi akhirnya dia ditolak dengan penuh sopan

"Wei, bila dia nak mengalah dan terima sahaja yang kau ada seseorang walaupun ini semua hanyalah lakonan sahaja" kata Fang pada suatu hari

Pada ketika itu, Fang dan Bella duduk di atas tembok tepi pantai sambil menikmati air kelapa masing-masing

"Manalah aku tahu" jawab Bella "Dia nampaknya betul-betul nak dengan aku tapi.. maaflah, aku memang tak nak dekat dia"

"Then, kau pergilah jelaskan kepada dia. Habis cerita" kata Fang dengan nada yang agak marah sedikit. Mata dia asyik perhatikan sebuah keluarga sedang bermandi-manda di tepi laut

"Kalau dia tak nak terima macam mana?"

"Aku akan ketuk kepala dia sampai dia boleh terima kenyataan"

"Hahaha... cara kau cakap, macam kita ni dalam hubungan yang betul aje" Bella tergelak sedikit. Fang mula bermasam muka "Tapi kalau kau nak lakonan ini dihentikan, aku boleh cari dia dan jelaskan kepada dia apa yang berlaku sebenarnya"

"Kau pasti ke?" Nada Fang berubah menjadi risau sedikit

"Aku pasti" Kepala Bella tertunduk sedikit "Aku tahu kau tak berapa selesa sangat dengan lakonan ni. Jadi, baik aku hentikan sahaja daripada berterusankan lagi" Hati dia sedikit sedih tapi dia menerima dan akan terus tabahkan hati

"Tapi.."

"Tapi apa Fang?"

"Tapi kita menikmati air kelapa ni dulu sebelum kita berterus terang dekat dia. Aku akan temankan kau. Aku tak nak kau pergi seorang diri"

Hati Bella mula berubah jadi sedih kepada perasaan berbunga-bunga. Dia memang cair dengan kata-kata Fang tadi. Muka dia mula naik merah kerana malu. Dia rasa kedua-dua pipinya, dan terasa sedikit panas. Dia cepat-cepat turun dari tembok itu untuk pergi bersiar-siar di sekitar pantai bersama air kelapanya

"Wei, kau nak pergi mana?"

"Jalan-jalan" balas Bella yang tidak memandang langsung sang remaja alien itu "Kau duduklah dekat situ diam-diam. Na-nanti aku kembali"

"Apa-apa ajelah" Fang menghirup batang strawnya

"Hai Fang"

Fang menoleh ke sebelah kanan. Dia tidak terkejut dengan kehadiran Yaya

"Kau dengan Bella ke?" tanya Yaya

"Ha ah tapi dia pergi jalan-jalan dekat pantai sekejap" jawab Fang "Kau pula, seorang sahaja ke?"

"Takdelah, aku tengah tunggu Boboiboy, Ying dan Gopal" Yaya mula duduk di sebelah Fang "Kita orang nak main bola tampar dekat sini nanti"

"Kau ajaklah si Bella tu nanti. Dia kan hebat dalam bola tampar"

"Boleh juga"

"Faye dan Harraz, kau tak ajak sekali?" soal Fang

"Faye ada hal dengan Lily" jawab Yaya sambil melihat seorang kanak-kanak perempuan sibuk berlari ke sana sini dengan bola mainannya "Dia cakap, dia orang nak bawa Idoli dan Rizu pergi karnival. Ini mesti dia orang guna alat Faye yang boleh ke mana-mana tu"

"Seronoklah dua budak kecik tu dapat pergi jalan-jalan" Lalu Fang tersenyum kecil "Harraz?"

"Dia tak dapat nak join kita orang sebab family dia nak pergi kenduri" Yaya mula menoleh ke arah Fang dan lalu bertanyakan sesuatu "Fang, kau dan Bella macam mana? Ada apa-apa perkembangan tak dengan lakonan korang?"

"Hmm.. budak tu macam tak nak putus asa sahaja" balas Fang dengan hati yang mengeluh sedikit "Cuma aku dapat rasakan ini semua hanyalah lakonan sahaja. Aku pun tak tahulah sampai bila lakonan ni akan berterusan"

"Korang kenalah buat sesuatu"

"Aku tahu" kata Fang "Bella pun ada cakap dengan aku tadi tapi apa-apa pun, aku tak kan biarkan dia pergi jumpa budak tu seorang diri. Aku akan temankan dia"

"Kau memang seorang sahabat yang baik" Yaya berikan senyuman manis kepada Fang "Kalau korang berdua perlukan bantuan, beritahu sahaja dekat aku ataupun Boboiboy"

"Ok"

Boboiboy, Gopal dan Ying sudah berada di situ. Mereka bertiga melambai-lambai ke arah Fang dan Yaya. Boboiboy menyahut nama Fang untuk menyertai perlawanan bola tampar mereka. Lalu Fang dan Yaya bangun dari situ untuk pergi menyertai kawan-kawan mereka

"Wei, aku nak sama kumpulan dengan kau"

"Kenapa pula?" tanya Yaya

"Sebab aku nak kalahkan si Bella tu.. HAHAHAHA!"

"Hmm... jangan terlalu yakin sangat, Bella tu pandai main bola tampar. Tak pasal-pasal, pipi kau kena tampar dengan bola dia nanti.. hehehe" Yaya tergelak sedikit

"Jadi aku mestilah berusaha untuk kalahkan dia" kata Fang dengan penuh semangat "Aku pun hebat juga"

"Hebat dalam mencari populariti dan juga hebat dalam kenakalan kau"

"Pandai kau" Fang terus tersenyum bangga "Aku mahu kalahkan populariti si Boboiboy tu.. hahahahaha! Bukan setakat dekat sini sahaja, tapi di seluruh galaxy! MUAHAHAHAHA!" Lalu kepala dia terkena sebiji bola. Fang terus naik angin "WOI! SIAPA NAK KENA KEAMUKAN AKU?" Mata dia terpandang seorang gadis di sebelah Ying. Bella tersenyum seperti orang tidak bersalah sambil berkelip-kelipkan matanya kepada Fang

"Kau nak mengamuk ke?" soal Yaya

"Boleh dikatakan begitu" Aura-aura gelap Fang mula timbul di sekeliling badannya "Yaya, bersiap sedia untuk kalahkan si Bella tu"

"Err.. ok"

"AKU AKAN KALAHKAN KAU BELLA!"

"JANGAN HARAP!" Jerit Bella balik

"Mulalah Fanella bergaduh" Boboiboy tepuk dahinya sendiri

"Fanella tu apa?" tanya Gopal

"Maksudnya, nama Fang dan Bella digabungkan. Jadilah Fanella" jelas Boboiboy kepada Gopal yang sudah angguk kepalanya tanda faham

Bermulalah perlawanan diantara kumpulan Bella dan kumpulan Fang. Kumpulan Bella adalah terdiri daripada Boboiboy dan Ying. Manakala kumpulan Fang pula ialah Yaya dan Gopal

"Apasal bukan lelaki lawan budak perempuan?" soal Ying sambil mencekak pinggang

"Entahlah. Yang aku tahu si Fang nak kalahkan si Bella tu. Jadi ikut ajelah" balas Boboiboy "Takpelah, asalkan kita gembira"

"Baiklah! SEMUA SUDAH BERSEDIA?" Bella melihat kawan-kawan dia sudah angguk kepala tanda sedia "TERIMALAH TAMPARAN BOLA BERAPI!"

Habis Fang kena hentam dengan Bella. Muka dia penuh dengan kesan-kesan lebam sebab asyik terkena bola sahaja. Kawan-kawan dia tidak tahu nak rasa kasihan ke atau rasa kelakar. Fang tidak marah apabila dia kalah di dalam perlawanan itu. Dia sedar, dia perlukan banyak lagi berlatih. Di dalam hati Fang, lain kali dia ingin berlawan bola keranjang dengan Bella

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Fang dan Bella dalam perjalanan ke sekolah bersama. Mata kanan Fang masih lagi lebam akibat terkena bola semalam. Pada hari itu, mereka berdua membuat keputusan untuk tamatkan lakonan mereka dan berterus terang sahaja dengan budak yang bernama Ammar. Bella sebenarnya belum bersedia tetapi berlain pula dengan Fang, wajah dia kelihatan bersemangat kerana akhirnya, lakonan mereka sampai hari ini sahaja

"Wei, kalau budak tu tak nak terima macam mana? Dan dia akan ganggu kau lagi macam mana?"

"Aku beritahu abang aku" kata Bella "Abang aku tu walaupun cacat, tetapi ada juga yang takut dengan dia"

"Abang kau memang hebat yea"

"Biasalah, abang aku hebat, mestilah adik dia pun sama hebat juga" Bella tersenyum bangga dengan dirinya

"Hmm... sama-sama hebat" bisik Fang "Aku dan abang aku sama hebat juga"

"Nope" jawab Bella secara ringkas

"Kenapa pulak?"

"Well pretty boy" Lalu Bella jelaskan "Abang kau seorang kapten yang terhebat di galaxy dan adik dia pula, gilakan donut lobak merah sampai anggapkan donut tu seorang kekasih. Hebat sangat ke tu? Bila nampak donut lobak merah aje, terus jadi lemah"

"WEI! AKU HEBATLAH!"

"Hebat sedikit.. hehehe.. but kau kenalah akui, abang kau dan Boboiboy lagi hebat daripada kau"

"Tak nak!" Fang tidak mahu mengaku. Dia cuba mengubah topik perbualan mereka "Wei, kau tahu tak semalam abang aku tanya kenapa muka aku penuh dengan lebam"

"Lepas tu kau jawab apa?"

"Aku jawablah muka aku kena bola yang kau tampar semalam"

"Lepas tu?"

"Lepas tu dia gelakan aku" kata Fang dengan nada kemarahan dia "Ada ke patut dia ketawakan aku! Sepatutnya dia berikan rawatan kepada adik kesayangan dia ni! Geram aje aku"

"Hahaha.. sabar ajelah, Fang"

"Aku memang sabar pun"

Fang dan Bella sudah pun tiba di hadapan pintu pagar sekolah. Ammar ada di tepi pagar sekolah itu. Dia sedang menunggu kehadiran mereka berdua. Fang dan Bella berjalan menuju ke arah Ammar. Bella rasa agak gementar sedikit untuk memberitahu Ammar tetapi dia kuatkan hati dan berdoa banyak agar semuanya dipermudahkan

"Hai Bella" kata Ammar "Kau nak jumpa aku dekat sini sebab apa?"

"Kita orang nak explain something dekat kau" balas Bella. Dia menarik nafas dan lalu berkata "Sebenarnya, hubungan aku dan Fang ni adalah fake sahaja"

"Hah! Aku dah agak dah" kata Ammar dengan bangganya

"Kita orang buat begitu supaya kau lupakan aku dan teruskan sahaja dengan kehidupan kau" Bella teruskan berkata lagi "Bukannya apa, aku rasa tak selesa apabila kau asyik ajak aku pergi sana sini and aku lagi tak minat apabila kau pernah buli aku sebelum ini. Kau tahukan betapa peritnya hati ni pada ketika itu. Aku ingat kau ajak aku untuk berkenalan dan berkawan tapi lain pula jadinya. Kau dan kawan-kawan kau malukan aku depan orang ramai"

"I know, i know... i'm sorry ok" Kepala Ammar tertunduk sedikit "Aku tahu salah aku sebab masa tu, aku memang ajak kau pergi makan dekat satu tempat ni tapi kawan-kawan aku tahu pula tentang itu. Jadi mereka mengambil kesempatan untuk buli kau. Dia orang sebenarnya tidak berapa suka sangat dengan kau. Aku pun tak tahu sebab apa"

"So kau sebenarnya memang suka dia lah"

"Yes" balas Ammar kepada Fang "Tapi disebabkan aku buat kau tak selesa, aku nak minta maaf dekat kau. Minta maaf sebab sikap aku hari tu dan minta maaf sebab kawan-kawan aku buat begitu dekat kau. Minta maaf juga sebab masa tu aku lempar kata-kata kesat dekat kau pada masa tu. From now on, aku tidak akan kacau kau lagi. Aku janji"

"Thank you, Ammar" Bella mula berikan senyuman kepada remaja lelaki itu "Mungkin kita dapat berkawan pada masa hadapan nanti. We'll never know"

Ammar malu dengan senyuman manis yang diberikan oleh Bella tadi. Lalu dia beredar dari situ dengan perasaan yang tenang. Bagaikan satu bebanan sudah menyusur pergi dari bahunya

"Yahooo!" Tiba-tiba Fang terasa gembira pula "Akhirnya, aku bebas!"

"Sukalah tu"

"Mestilah suka!" kata Fang "Wei, aku pergi dulu. Aku nak pergi meraikan perasaan ini dengan membeli donut lobak merah!"

Fang terus berlari ke arah kantin sekolah. Bella berdiri di situ seorang sambil melambai-lambai ke arah remaja alien itu. Sedih tetapi gembira pada masa yang sama. Lalu Bella menuju ke arah gazebo sambil nyanyikan sebuah lagu

"I lie awake at night, see things in black and white, I've only got you inside my mind, you know you have made me blind..."

https://youtu.be/dDaJL5EHOOk

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Akhirnya! DONUT LOBAK MERAH KU!"

Fang peluk bungkusan donut itu di dadanya dengan penuh rasa kasih sayang. Dia sudah tidak sabar untuk menikmati rasa sedap donut tersedap. Tekak dia sudah lama menanti rasa manis donut lobak merah itu. Dia buka bungkusan donut tersebut sambil berjalan keluar dari kantin itu. Dia terlalu asyik membuka bungkusan itu, dia terlanggar seseorang iaitu abang dia sendiri

"Pang! Mata kau letak dekat mana?"

"Erk!" Fang terkejut abang dia ada di hadapan dirinya "Apa abang buat dekat sini?"

"Nak bagi kau makananlah" Kaizo terus berikan bekas makanan kepada Fang "Kak Lynna buatkan untuk kau"

"Betul ke?" Fang perhatikan wajah serius abangnya "Mencurigakan betul"

"Kau ingat aku nak tipu?"

"Manalah tahu abang nak tipu adik ke"

"Takde maknanya abang nak tipu kau" Fang dengan rela hati dia mengambil bekas makanan itu. Lalu Kaizo berkata lagi "Abang terus terang dengan dia. Makanan hari tu abang tak makan tapi kau yang makan.."

"Itu pun sebab abang yang paksa adik" bisik Fang

"Abang ingatkan dia nak marah, rupanya dia gelak sahaja. Dia cakap, kalau nak bagi dekat Fang, apasal tak beritahu dia. Jadi dia buatkan makanan ni untuk kau dan aku sekali" jelas Kaizo "Yang abang punya, abang dah makan dekat rumah"

"Terima kasih kak Lynna" bisik Fang sambil melihat bekas makanan yang berbentuk penguin itu "Abang lepas ni nak pergi mana?"

"Abang nak balik rumah dan tidur sebab tadi dah puas berjalan dengan Lynna dekat KL"

Kaizo selerakkan rambut adiknya dan terus tinggalkan adiknya. Fang cuba betulkan balik rambut dia tetapi ditangan dia penuh dengan makanan. Dia terpaksa masuk balik ke dalam kantin untuk betulkan rambut dia yang kelihatan selerak sedikit. Fang letakkan bekas makanan dan bungkusan donut itu di atas meja kantin. Lalu dia betul-betul rambut dia supaya nampak cacak seperti landak, telinga dia terdengar sebuah lagu yang dimainkan di corong radio kantin itu. Sambil dia mendengar lagu itu, mata dia terpandang seorang gadis bertudung pink sedang masuk ke dalam kawasan sekolah bersama dengan seorang kawan baik gadis itu

"Do you ever think when you're all alone, all that we can be, where this thing can go? Am I crazy or falling in love? Is it real or just another crush? Do you catch a breath when I look at you? Are you holding back like the way you do? Cause I'm trying and trying to walk away. But I know this crush ain't goin' away-ay-ay-ay-ayy, goin' away-ay-ay-ay-ayy..."

https://youtu.be/vl_wmxuqwnI

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Hehehe.. semoga korang enjoy dengan chapter ini :P


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top