Cerita Rekaan

"TADAAAA!"

"WAH! PERPUSTAKAAN KITA SUDAH ADA KOMPUTER LAH!"

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Harraz dan juga Rizu, teruja melihat dua buah komputer telah disediakan di dalam perpustakaan itu. Emmy telah menghadiahkan dua buah komputer itu kepada perpustakaan mereka. Dia juga ada memasang wifi internet di perpustakaan itu. Dia mahu memberikan kemudahan kepada orang-orang yang datang mengunjungi perpustakaan itu. Perpustakaan itu masih lagi berada di hadapan kedai Tok Aba. Ramai yang ingin masuk ke dalam perpustakaan itu tetapi ianya masih tutup. Perpustakaan itu masih belum lagi bersedia untuk menerima mana-mana orang yang datang untuk gunakan perkhidmatannya

"Bestnya! Bolehlah aku main video game dekat sini tanpa diganggu oleh sesiapa, terutama sekali appa aku!" Lalu Fang tepuk kepala Gopal "Dey! Apasal kau tepuk kepala aku?"

"Woi, orang nak guna komputer untuk buat kerja, bukan untuk bermain"

"Entahnya Gopal" marah Boboiboy sedikit "Perpustakaan bukannya untuk bermain game tapi untuk menimba ilmu"

"Betul kata Boboiboy tu. Jadi kita kenalah guna perpustakaan ini dengan baik. Contohnya, untuk mengulangi mata pelajaran yang kita sudah belajar di sekolah ataupun, untuk mencari sumber-sumber ilmu yang ada di dalam perpustakaan itu"

"Aku sokong kata-kata Yaya tu" Ying tersenyum bangga di sebelah kawan perempuannya "Selain itu, kita boleh mengisi masa kita dengan membaca buku. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak pengetahuan yang kita akan dapat!"

"Yelah yelah.. aku akan gunakan perpustakaan itu dengan baik" Gopal menghela nafas sedikit "Aku main game dekat rumah ajelah"

"Hehehe.. kan dah kena membebel dengan kawan-kawan kau secara free" Bella tergelak sedikit "Oh yea.. hari tu aku ada idea nak beritahu korang. Idea aku ni mesti korang akan suka!"

"Idea apa yang menarik sangat tu sampai tak sabar nak beritahu kita orang?" tanya Fang dengan nada yang agak kasar sedikit

"Kau nak tahu ke, Pang?" Mata Bella berkelip-kelip kepada Fang "Tapi si potato boy ni tak boleh lari daripada aku punya idea. Setiap seorang kena sertai idea aku ni! MUAHAHAHAHA!"

"Ah sudah, si Bella dah jadi hantu nenek gila"

Bella terus pijak kaki Fang kerana memberikan gelaran hantu nenek gila. Selepas itu, mereka berdua bertentangan mata seperti mahu berlumba siapakah dapat menahan mata mereka daripada berkelip. Rizu pandang kedua-dua mereka dengan perasaan mencurigakan

"Kenapa dia orang suka bergaduh yea?"

"Haih Rizu ni.. meh abang beritahu" Lalu Gopal jelaskan kepada Rizu "Si Fang ni suka mengamuk, si Bella ni suka sangat cari dengan si landak kuat mengamuk tu. Lepas tu dia orang akan bergaduh, lepas tu berbaik balik, lepas tu bergaduh balik.. tapi yang pasti, mereka tetap berkawan baik. Tapi Rizu pun tahukan, si Bella ni suka dekat abang kau yang suka sangat mengamuk"

"Ohh... tapi.. kalau suka, kenapa perlu cari gaduh?" tanya Rizu lagi

"Errr... itu kena tanya kakak Bella" Boboiboy terus tersengih "Abang bukannya mahir sangat bab-bab bercinta ni"

"Sudahlah, jangan nak cerita benda yang Rizu tak kan faham" kata Yaya secara tiba-tiba "Hah Bella, cepatlah cerita idea menarik kau tu"

"Begini.." Bella betulkan suara dia sedikit "Idea aku ni ada berkaitan dengan komputer. Kita semua di sini ada 11 orang dan aku cadangkan kita menulis sebuah cerita dekat komputer tu"

"Ala.. macam tak best aje" kata Gopal sambil bersilang tangan

"Itu aje ke?"

"Bukan itu sahaja wahai landak" Bella bersambung lagi dengan idea dia "Setiap seorang mesti tulis cerita itu dan kita jadikan ianya sebuah cerita tapi kenalah cerita bersambung. Cerita itu mestilah kreatif dan ikut idea tersendiri. Contohnya, aku mulakan dulu.. panjang mana aku nak tulis, suka hati akulah kan tapi.. aku kenalah stop somewhere dan sambungan dia, aku suruh Faye dan dia pula, akan sambung cerita itu mengikut citarasa dia pula. Watak dalam cerita kita tu adalah watak yang sama tak boleh tiba-tiba jadi watak lain. Nak tambah watak pun boleh tapi pastikan watak utama ada di dalam cerita itu"

"Ohh.. maksudnya cerita itu akan menjadi lain setiap kali orang lain tulis.. faham faham" Boboiboy angguk kepalanya tanda faham "Idea yang menarik! Aku ok aje dengan idea ni"

"Wuuu! Lily pun ok juga!" kata Lily sambil mengangkat tangan kanan dia setinggi mana yang dia mampu

"Aku suka maa dengan idea Bella tu tapi... bila boleh kita mulakan?" tanya Ying

"Esok ataupun hari ini juga kita mulakan! Satu hari, seorang sahaja yang boleh tulis. Yang lain kena tunggu" kata Bella dengan penuh semangat "Tapi sebelum tu.. korang ada apa-apa lagi soalan?"

"Ada!"

"Apa dia Yaya?" tanya Bella

"Bella, kita boleh ke baca orang lain tulis sebelum ni.. contohnya, kau mulakan dulu, lepas tu aku tulis tapi sebelum tu aku baca dulu"

"Ohh.. boleh aje tapi, kita hanya boleh baca orang sebelum kita sahaja. Yang bahagian orang lain, tak boleh baca. Kita juga boleh tulis sepanjang mana yang kita mahu. Macam mana? Menarik tak?" Bella tersenyum bangga dengan idea dia "Kalau boleh.. aku nak mulakan hari ini juga!"

"Errr.. kalau aku tak join boleh?" Gopal tersengih sedikit "Aku tak reti nak tulis cerita ni"

"Kau tu tahu makan aje" Fang tolak kepala Gopal secara lembut dengan menggunakan jari telunjuknya "Aku tak kisah pun kalau nak mulakan hari ni ataupun esok.. atau minggu depan ke. Bila-bila masa ajelah kita orang free"

"Hehee.. kalau begitu, kita mulakan hari ini juga!" Mata Bella terus bersinar-sinar sambil berkelip-kelipkan matanya kepada kawan-kawan dia "Aku yang terlebih gembira pula.. hehee"

"Baiklah, kita mulakan hari ini tapi siapa nak start dulu? dan siapakah watak utama kita nanti?"

"Wuuuu... soalan yang bagus wahai BBB-CHAN!" Lily mengambil cermin mata Ying dan lalu dia pakai. Dia bayangkan diri dia adalah seorang professor terkemuka di universiti antarabangsa "Biar Lily yang mulakan dulu dan watak utama dia adalah... LILY SENDIRI! HEHEHEHEHE" Dia pulangkan balik cermin mata itu kepada tuannya iaitu Ying

"Woi, jangan nak perasan kau tu watak utama" marah Fang

"Habis tu? Kita nak tulis siapa watak utama dalam cerita ni?" tanya Yaya

"OHHH! Aku tahu! Kita buat kak Lynna dan abang Kaizo jadi watak utama.. lepas tu kita orang suruh dia baca hasil cerita ini nanti"

"Ok juga tu, Ying" kata Boboiboy "Aku setuju dengan cadangan Ying tadi!"

"Pizu pun setuju juga!" kata Rizu sambil angguk kepalanya

"Baiklah, kakak Milly boleh rasmikan komputer ini dulu kerana dia akan menulis permulaan cerita bersambung ini! Mesti menarik nanti"

"Betul tu Ammy! Kakak Lily akan pastikan watak utama iaitu kak Lynna dan kapten itik hot akan menerima layanan yang baik dan buruk dari kita semua!" Lily terus duduk di hadapan komputer itu "Baiklah, Lily akan mulakan sekarang tapi korang semua tak boleh tengok!"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lily

Tersebutlah kisah tentang sang angsa dan sang kapten itik hot

"WOI! Apasal kau tulis sang angsa dan sang kapten itik hot pulak? Tulislah nama dia orang!" marah Fang

"LANDAK MAIN TIPU!"

Boboiboy terpaksa mengheret Fang jauh dari Lily. Lalu si gadis pelik yang bernama Lily itu sambung semula menulis ceritanya di dalam komputer itu

Tersebutlah kisah tentang Kaizo dan Lynna di dalam pengembaraan mereka di dunia yang serba fantasi. Dunia ini selalunya berkaitan dengan dunia mistik. Pelbagai jenis hantu mereka pernah jumpai di dunia mistik. Hantu jembalang, hantu langsuir, hantu pontianak yang bernama Ratu Lily pun mereka pernah bersemuka tetapi itu tidak bermakna mereka akan lari kerana takut. Oh tidak, mereka tidak akan lari. Mereka akan hapus-hapuskan semua jenis hantu yang mereka pernah bertembung. Kisah kali ini tiada berkaitan dengan hantu. Ianya berkaitan dengan makhluk-makhluk yang berkaitan dengan dunia fantasi

Pada suatu hari, sedang mereka berdua bersiar-siar di dalam sebuah taman, sang puteri bernama Lynna terjumpa sebuah perigi yang telah lama tidak digunakan. Perigi itu dikelilingi dengan lalang-lalang sudah tumbuh hampir mencecah ke paras pinggang Lynna. Dia rasa agak curiga dengan perigi itu. Lalu dia menuju ke arah perigi secara perlahan. Dia tidak dengar dengan panggilan dari sang putera yang bernama Kaizo

"Lynna! Lynna! Dimanakah kamu?"

Lynna tidak menjawab panggilan itu. Dia teruskan berjalan sehingga dia sampai di perigi itu. Lalu seekor pari-pari timbul di perigi tersebut. Nama pari-pari itu adalah Lily. Dia adalah pari-pari bunga. Pakaian dia diperbuat daripada kelopak bunga mawar. Pari-pari itu ada memakai beg sandangnya yang juga diperbuat daripada kelopak bunga mawar. Lily suka berkawan dengan para manusia yang ada di dunia fantasi itu

"NAMA SAYA LILY!"

"Nama saya pula ialah Lynna" kata sang puteri yang ayu itu "Salam berkenalan, Lily tetapi kenapa kamu harus menjerit?"

"Ohh.. ingatkan badan saya yang kecil ini, suara saya pun kecil sampai sang puteri tak dengar suara saya yang serba lemah lembut ni.. hehehehee" Lily tersipu malu sambil berikan gelakan sopan dia

"Kamu tidak perlu menjerit lagi sebab saya boleh dengar suara kamu dengan jelas sekali" kata Lynna

"Kau bercakap dengan siapa tu?" muncul Kaizo yang gagah perkasa itu "Jangan cakap, kau bercakap seorang diri pula. Adakah kawan aku sudah tidak betul seperti adik aku si landak tu"

"Isk kau ni.. aku bercakap dengan pari-pari comel ni dan lagi satu.." Lynna piat telinga Kaizo dan lalu berkata "Sampai hati kau panggil adik kau tu tak betul"

"Dah dia bercinta dengan donut lobak merah.. tak betul lah tu kan?"

Lynna lepaskan telinga Kaizo. Merah telinga itu sehingga Kaizo terpaksa mengusap telinganya sendiri. Lily tergelak sakan melihat gelagat mereka berdua

"Hehehee... kasihan putera itik hot"

"APA KAU PANGGIL AKU!"

"Err... jangan marah yea sang putera" Lily tersengih sambil berkelip-kelipkan matanya "Oh yea, Lily ingin meminta bantuan daripada korang berdua"

"Bantuan apa?"

"Bantuan nak kurungkan diri kau dalam balang?" Kaizo tersenyum sinis sambil bayangkan dia kurungkan pari-pari itu di dalam balang dan lalu dia goncang-goncangkan balang itu "Hehehee... idea yang bagus" bisik dia

"Lily sebenarnya... Lily sudah terpisah dengan kekasih Lily iaitu my BBB-CHAN! Lily sangat rindukan dia tetapi dia telah ditangkap oleh si landak yang suka mengamuk tu!"

"APA! ADIK AKU PERGI CULIK KEKASIH KAU?" marah Kaizo. Muka dia merah semerah-merahnya seperti buah tomato

"Sabar Kaizo, sabar.. aku tak rasa adik kau si landak tu yang culik. Mesti landak yang lain culik kekasih hati dia"

"Mungkin juga" Kaizo kembali bertenang "Jadi.. landak ni adalah bukan landak adik aku?"

"Bukan!" balas Lily "Dia adalah ketua landak! Dia tinggal di bawah tanah! Sudikah kamu berdua menolong sang pari-pari yang kerdil ini?"

"Baiklah, saya akan bantu kamu" kata Lynna dengan seikhlas hati

"YAHOO!" Lily alihkan pandangan dia kepada Kaizo pula "Sang putera pula?"

"Kalau aku tak nak tolong boleh?"

"Kalau tak nak tolong takpe" Lily keluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Dia mengambil segenggam dust fairy dan semburkannya ke arah Kaizo

"Apa kau buat dekat diri aku?" Kaizo terbatuk-batuk sedikit

"Hehehee... Lily berikan hadiah kepada sang putera itik hot! IAITU HADIAH PUTERA KAIZO AKAN IKUT SAHAJA APA YANG LILY SURUH! Contoh, Lily nak putera Kaizo lompat-lompat sambil hisap ibu jari!"

Kaizo tidak dapat mengawal dirinya. Lalu dia buat apa yang disuruh oleh Lily tadi. Kaizo melompat-lompat di tepi perigi itu dengan ibu jari kanannya berada di dalam mulutnya. Lily ketawa guling-guling di ruang udara itu. Lynna gelengkan kepala

"Lily, tak baik buat begitu" tegur Lynna

"Tapi dia tak nak tolong Lily.. UWAAAAAAA!" Lily terus buat drama di situ "Kalau sang puteri nak tahu, Lily sebenarnya datang dari jauh untuk mencari my BBB-CHAN. Lily cari gua landak tu tapi malangnya, Lily tak tahu dekat mana. Lily ada tanya beberapa manusia tapi.." air mukanya berubah menjadi sedih "Dia orang macam tak ambik endah tentang pari-pari yang kerdil ni. TIADA SIAPA NAK TOLONG LILY! UWAAAAAAAA!"

"Kasihan dia" Lynna tadahkan tangan kanannya. Lily hinggap di atas tangan itu "Saya akan pujuk si putera tu tapi dengan syarat, Lily kena pulihkan dia balik"

"Baik tuan puteri!" Lily berikan tabik hormat kepada Lynna

Lily berikan segenggam dust fairy kepada Kaizo lagi. Sang putera itu berhenti melompat. Mata dia terus melirik ke arah Lily si pari-pari itu. Muka dia merah kerana marah. Lily terus terbang dan sembunyikan dirinya di belakang telinga Lynna

"Kaizo, jangan marahkan dia" kata Lynna secara lembut "Dia hanya perlukan pertolongan tapi kau tolak pula. Dia terpaksa guna dust fairy itu untuk membuat kau tolong dia"

"Baiklah, aku akan tolong dia tapi... kalau dia buat aku lagi, aku akan tepuk dia dengan tangan aku sendiri! FAHAM!"

"FA-FAHAM PUTERA ITIK HOT!"

Maka bermulalah pengembaraan mereka bertiga mencari seorang budak lelaki yang bernama Boboiboy

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faye

Kaizo, Lynna dan Lily tiba di sebuah bandar yang amat terkenal dengan fashion. Bandar itu mempunyai ramai penduduk yang tergolong daripada orang-orang yang berada. Lily terbang ke sana dan ke sini kerana dia teruja melihat baju-baju yang dipamerkan di tingkap-tingkap setiap kedai. Hati dia rasa sedih sedikit kerana tiada pakaian yang dijual untuk size kecil seperti dirinya

"MARI MARI! JUALAN MURAH!"

"PAKAIAN BARU! REKAAN BARU! HARGA PUN MURAH!"

"BELI SATU! TIADA PERCUMA TAPI BELI DUA! DAPAT SATU PERCUMA!"

"Banyaknya baju best-best dekat sini!" Naik juling mata Lily melihat harga-harga pakaian di setiap kedai

Harganya amat berpatutan dan rekaan pakaian juga agak menakjubkan. Lily bayangkan dirinya dapat memakai setiap pakaian yang ada di situ. Dia berpusing-pusing sehingga diri dia terlanggar sebuah tingkap kedai. Pening kepala dia pada ketika itu

"Adeh... pening kepala aku" kata Lily sambil mengosok-gosok kepalanya

"Kau ni macam tak pernah tengok baju aje"

"Hehehe.. maaf putera itik hot. Saya memang selama ini tidak pernah nampak pakaian cantik-cantik seperti dekat dalam kedai ni"

"Jadi, selama ini Lily tak pernah tukar baju?" tanya Lynna

"Erk! Pernahlah! Cuma..." Wajah Lily berubah menjadi sedih dan lalu berkata "Semua pakaian saya semuanya rekaan yang sama sahaja. Tak pernah nampak lain daripada yang lain. Apa boleh buat, saya ni tak reti menjahit"

"Alahai, kasihan dia" Lynna mengusap kepala Lily dengan menggunakan ibu jarinya "Lily duduk dekat bahu saya, supaya Lily tidak hilang"

"Baik tuan puteri!"

"Kalau aku jentik dia boleh?" tanya Kaizo dengan selambernya

"KAIZO!" marah Lynna

"Aku bergurau aje"

Lily terbang ke arah Lynna dan lalu dia duduk di bahu kanan gadis itu. Kaizo dan Lynna teruskan berjalan sambil bertanya kepada orang-orang yang lalu lalang di situ tentang gua landak. Ramai yang tidak tahu sebenarnya tentang gua itu. Ada yang mengatakan gua itu tidak wujud. Semakin lama, hati Lily semakin sedih. Muka dia tidak seceria seperti sebelum ini. Semangat dia sudah hilang

"Jangan putus asa, Lily. Saya pasti.. mesti ada yang tahu tentang gua landak itu" pujuk Lynna

"Tapi.. apa yang saya lihat, ramai yang tidak tahu tentang gua itu. Seolah-olah gua landak itu tidak wujud" kata Lily dengan nada yang sedih

"Kau pasti ke gua itu wujud? Atau ini hanyalah permainan kau sahaja"

"Mestilah gua tu wujud!" balas Lily. Hati dia rasa geram dengan sang putera itu "Semasa dia orang culik my BBB-CHAN, Lily terdengar salah seorang landak cakap tentang gua mereka. Lily ada juga nak cari maklumat tentang gua itu dekat arkib istana tapi... BUKU DIA ORANG TERLAMPAU BESAR SANGAT! Lily tak larat nak angkat satu per satu"

"Hah! Kita pergi arkib yang ada dekat sini untuk mencari maklumat tentang gua landak tu!"

"Bandar ni ada ke arkib?" tanya Kaizo kepada Lynna

"Hmmm... kita tanya penduduk di sini dulu" kata Kaizo

Lalu dia pergi bertanya dengan seorang pak cik berjalan menggunakan tongkatnya. Pak cik itu sedang menunggu sesuatu di tepi jalan raya

"Pak cik, boleh saya bertanyakan sesuatu"

"Boleh tapi kamu ni siapa?" tanya pak cik itu yang tiada gigi dua batang

"Nama saya Kaizo. Saya datang dari sebuah kerajaan yang tidak jauh dari sini"

"Ohh... kamu ialah putera Kaizo yang berkawan dengan puteri Lynna tu yea. Kacak sungguh kamu ni. Ini pertama kali pak cik dapat melihat kamu secara jelas di depan mata saya. Dulu saya pun kacak macam kamu tapi sekarang ni dah tua. Saya tengah tunggu cucu saya datang ambil saya dekat sini. Dia cakap nak bawa saya pergi bersiar-siar dekat taman"

"Errr..." Kaizo tidak sempat berkata lagi kerana pak cik itu belum puas lagi berkata

"Kalau kamu nak kenal dengan cucu saya, boleh.. dia tu perempuan. Belum kahwin lagi. Cantik orangnya. Dia tu pandai menjahit baju. Masak pun pandai juga. Untungnya kalau kamu dapat dia. Kejap lagi sampailah dia tu"

"Maaf pak cik tapi saya nak cepat"

"Ohh.. maaflah sebab pak cik banyak cakap tadi. Hah, tadi kamu nak tanya sesuatukan.. kamu nak tanya apa?"

"Dekat bandar ni ada tak arkib buku lama-lama?"

"Rasanya sini memang takde arkib buku lama-lama tapi ada satu tempat ni, memang khas untuk buku-buku lama dan juga barang peninggalan lama-lama. Tempat tu macam istana besar dan ianya tak jauh daripada sini"

"Terima kasih pak cik" kata Kaizo "Maaf yea pak cik, saya terpaksa pergi dulu"

"Hati-hati jalan tu" kata pak cik tua itu. Lalu dia ternampak puteri Lynna yang tidak jauh dari situ "Ah, tuan puteri.. tak sangka kamu ada di sini bersama dengan putera Kaizo. Kamu berdua sedang cari arkib buku-buku lama ke?"

"Yea" kata Lynna dengan sopannya "Tapi kami terpaksa pergi dulu. Kalau saya ada masa lagi, saya akan singgah ke sini. Mungkin dapat bertemu kembali dengan pak cik dan cucu pak cik"

"Pak cik ada anak saudara yang belum kahwin lagi. Dia tu kacak dan sesuai untuk tuan puteri"

"Err... kami minta diri dulu, pak cik" Lynna tersengih sedikit sambil berikan tunduk hormat kepada pak cik itu "Sehingga kita dapat bertemu lagi"

Kaizo dan Lynna cepat-cepat beredar dari situ sambil melambai-lambai ke arah pak cik tua itu. Jikalau mereka berdiri di situ lama-lama, kemungkinan, pak cik itu tidak akan berhenti bercerita tentang cucu atau anak saudara dia. Lily tergelak sakan di atas bahu Lynna. Dia tidak sangka pak cik itu cuba jodohkan mereka dengan cucu dan anak saudara dia sendiri. Tiba-tiba Lily di jentik oleh seseorang. Berguling Lily di atas udara sambil meninggalkan bahu Lynna

"KAIZO!"

Kaizo berpura-pura tidak tahu apa yang dia telah lakukan kepada Lily tadi. Lynna pijak kaki Kaizo dan terus beredar dari situ dengan muka masamnya. Lily menjelir lidahnya kepada Kaizo dan terbang ke arah Lynna. Sepanjang perjalanan mereka ke istana arkib itu, Lynna langsung tidak menegur Kaizo. Dia merajuk sedikit dengan sang putera itu. Sebaik sahaja mereka tiba di arkib istana itu, mulut masing-masing sudah ternganga luas kerana arkib istana itu sangat besar. Itu baru di bahagian luar, mereka belum lagi melihat bahagian dalam arkib istana tersebut

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Emmy

Di dalam arkib istana itu terdapat pelbagai ruang untuk membaca ataupun mencari sumber-sumber yang mereka perlukan. Ada juga beberapa bilik khas untuk buku-buku yang tertentu. Kaizo dan Lynna tidak tahu bahagian mana yang mereka harus mencari buku tentang gua landak. Lalu mereka berpecah. Lily sudah kembali duduk di atas bahu Lynna. Sang puteri itu membawa Lily ke bahagian tingkat atas. Manakala Kaizo pula, dia hanya mencari buku tentang gua landak di tingkat bawah. Mereka tidak tahu tentang satu lagi arkib yang terletak di bawah istana itu tetapi untuk memasuki ke bahagian itu amatlah sukar. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh menggunakan arkib itu

Mata Kaizo tidak berhenti membaca setiap tajuk buku-buku di situ. Ada yang dia membawa keluar untuk melihat kandungan di dalam buku itu tetapi ianya bukan tentang gua landak. Semakin lama, semakin sukar mereka mencari maklumat tentang gua landak. Lily tertidur di atas bahu Lynna kerana terlampau penat sangat. Akhirnya Lynna mengalah. Dia terduduk dan bersandar di sebalik rak buku. Mata dia terpandang sebuah buku tentang pari-pari. Lalu dia mengambil buku itu keluar dari raknya

"Hmm..." Lynna membelek-belek buku tersebut "Pari-pari adalah sejenis makhluk yang suka dengan bunga. Mereka mempunyai keistimewaan tersendiri yang sangat unik.. hmm.."

"Betul tu.. kita orang ada keunikan yang tersendiri" Lily baru bangun dari tidurnya. Dia menguap besar dan lalu berkata lagi "Contohnya seperti kawan Lily ni... dia pandai mencipta sesuatu yang menarik dan my BBB-CHAN pula, dia boleh berpecah kepada tujuh"

"Dasyat juga korang ni"

"Hehehe.. walaupun diri kami kerdil, tapi kami mampu melawan musuh-musuh kita orang" kata Lily dengan bangganya

"Tapi kenapa Lily tidak meminta bantuan daripada kawan-kawan Lily?"

"Sebab Lily tak nak menyusahkan mereka" Nada dia berubah menjadi sedih "Lagipun dia orang mesti ada kehidupan dia orang juga. Jadi Lily pergi tanpa memberitahu mereka"

"Nanti mereka risaukan Lily pula"

Lily terdiam sebentar. Air mata dia meniti di atas bahu Lynna. Lalu dia mengesat air matanya. Lynna rasa simpati dengan pari-pari itu

"Janganlah menangis, Lily. Biar saya dan Kaizo menolong kamu untuk selamatkan Boboiboy dari landak-landak tu. Kami juga akan pastikan Lily dan Boboiboy akan pulang dengan selamat"

"Te-terima kasih" Lily tersenyum lemah sambil mengesat air matanya lagi

"Mari kita cari lagi buku tentang gua landak tu"

"Kalau tak jumpa, macam mana?"

"Pada mulanya, saya memang mengalah tetapi selepas sahaja melihat kamu menangis, saya dapat rasakan yang diri saya tidak seharusnya mengalah. Saya seharusnya berusaha sehingga kita dapat tahu tentang gua landak itu"

Lynna bangun dari tempat duduknya. Dia kembalikan balik buku yang dia baca tadi. Hati dia sudah kembali bersemangat untuk mencari maklumat itu. Dia tidak akan duduk diam selagi dia tidak dapat apa yang dia mahukan. Arkib ini terlalu luas untuk mencari maklumat itu tetapi dia tidak akan mengalah. Lalu dia pergi ke bahagian lain. Dia terjumpa sebuah bilik yang menyimpan barang-barang peninggalan zaman dahulu. Dia masuk ke dalam bilik itu untuk melihat barang-barang lama yang ada di situ. Mata Lily membulat besar apabila dia ternampak sebuah kolam air pancut kecil seperti diri dia. Kolam air pancut itu sudah tidak mempunyai air tetapi ianya sangat berharga di alam pari-pari kerana ianya mempunyai kuasa yang tersendiri

"ITU ADALAH LAGENDA KOLAM AIR PANCUT! Tak sangka Lily dapat melihatnya di sini!"

"Apa keistimewaan kolam itu?" tanya Lynna

"Air dia dapat menyembuh pelbagai penyakit. Tak kiralah orang itu manusia ataupun makhluk-makhluk yang ada di dunia ini tapi... mengikut kata nenek saya, ramai yang mencari kolam air pancut tu tapi ramai yang gagal" Lily terbang ke arah kolam itu "Tak tahulah macam mana kolam air ni boleh ada dekat sini"

"Mungkin tempat ini juga tempat melindungi barang-barang yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Contohnya pedang itu" Lynna tunjuk ke arah sebilah pedang yang tergantung pada dinding bilik itu

"Pedang tu boleh buat apa?"

"Pedang itu.. saya pernah melihatnya sebelum ini" Lalu Lynna bercerita "Masa itu, saya masih kecil lagi.. pemilik pedang itu adalah salah seorang ahli wira kesatriaan. Saya sangat kagum melihat dia mengawal pedang itu dengan cukup tangkas. Pedang itu sebenarnya boleh menghapuskan pelbagai jenis hantu"

"Wah! hebatnya pedang tu!"

"Betul tu Lily" kata Lynna "Hanya pedang itu sahaja yang mempunyai kebolehannya yang tersendiri dan mesin itu pula.." Dia tunjuk sebuah mesin seperti pintu. Pada permukaan pintu tersebut terdapat butang nombor untuk memasuki tahun yang mereka ingin pergi dan lihat "Ianya adalah pintu masa. Seorang gadis pintar yang mencipta pintu masa itu tetapi malangnya, pada suatu hari.. dia masuk ke dalam pintu itu dan tidak kembali sehingga sekarang"

"Macam mana tuan puteri tahu tentang kisah itu?"

"Kerana gadis yang mencipta pintu masa itu adalah salah seorang ahli istana saya" kata Lynna dengan nada sedihnya

"Ohh.. agaknya, kalau kita masuk.. kemana kita akan pergi yea?"

"Mungkin ke zaman silam atau pada masa hadapan kita" Lynna tersenyum sambil fikirkan untuk kembali ke zaman silam dia "Mesti seronok dapat melihat diri kita semasa masih kecil lagi"

"Lily masa kecil dulu, selalu jatuh sahaja sebab tak reti terbang dengan betul. Lily masa tu mana reti nak kawal kepak Lily yang cantik ni"

"Hehehe.. tapi lama-lama Lily pandai terbang jugakan"

"Pandai!"

Lily terbang mengelilingi tubub badan Lily. Dia berpusing-pusing sehingga kepala dia terasa pening. Lalu Lily terbang dalam keadaan terhuyung-hayang. Lynna terpaksa kepit kepak Lily dengan kuku jarinya. Mata Lily berpinar-pinar pada ketika itu. Lynna keluar dari bilik itu dan teruskan dengan tujuan utama mereka. Kaizo masih lagi berada di tingkat bawah. Dia kini berada di dalam sebuah bilik bacaan. Di dalam bilik itu tidak mempunyai rak-rak buku tetapi ianya dipenuhi dengan kerusi dan juga meja. Hanya ada beberapa orang sahaja di dalam bilik itu. Mereka kelihatan begitu tekun membaca buku yang ada di hadapan mereka. Lalu dia keluar dari bilik itu kerana tidak mahu menganggu orang-orang di situ. Dia pergi ke satu sudut yang ditempatkan khas untuk bagi mereka yang dalam kelaparan. Di situ, terdapat beberapa makanan ringan yang telah disediakan. Air-air seperti air putih, kopi dan teh, turut disediakan juga

"Agaknya, teh hijau ada tak?" bisik Kaizo sambil mengusap dagunya

"Teh hijau tiada di sini" kata seseorang "Tapi teh oren adalah. Rasa dia seperti buah oren"

Kaizo pusing kebelakang. Seorang gadis kecil yang bermata bulat, hidung penyek dan rambutnya diikat dua. Di tangan gadis itu ada sepiring cawan teh oren. Dia ingin berikan teh itu kepada Kaizo

"Minumlah" kata gadis comel itu

"Err.. terima kasih" Kaizo mengambil cawan teh itu dari tangan gadis yang bernama Amelia "Siapa kau?"

"Saya adalah pemilik arkib istana ini. Nama saya adalah Amelia" Gadis itu berikan tunduk hormat kepada Kaizo "Saya kenal kamu"

"Kau kenal aku?"

"Yea, kamu adalah putera Kaizo" kata gadis itu dengan sopannya "Putera Kaizo datang ke sini untuk mencari apa?"

"Hmm.. kau ada buku tentang gua landak?"

"Ohh! Tahu tahu.. tapi bukan tentang adik kamu yang selalu dikenali sebagai landak kan?"

"Bukan" kata Kaizo sambil berkerut dahi

"Hehee.. putera Kaizo tunggu yea, nanti saya datang balik dengan maklumat yang putera Kaizo nak tu"

Kaizo tunggu di situ sambil menikmati teh orennya. Dia tunggu Amelia muncul dengan maklumat itu selama 1 jam dan Kaizo tetap setia menunggu. Dia tunggu dan tunggu dan tunggu sehinggalah Kaizo tertidur di tepi dinding

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ying

Setengah jam kemudian, dia terjaga dari tidurnya. Gadis itu tadi tidak kembali lagi. Kaizo sudah puas menunggu, lalu dia pergi mencari sendiri gadis bernama Amelia itu. Dia mencari di celah-celah rak buku, di bahagian belakang arkib itu dan juga di dalam sebuah bilik peninggalan barang-barang lama. Kaizo mula rasa pelik

"Tak kan budak tadi tu hilang macam tu sahaja" bisik Kaizo

Dia ternampak seorang lelaki tekun membaca bukunya. Kaizo pergi bertanya kepada pemuda lelaki itu. Dia berharap lelaki itu nampak di mana Amelia berada sekarang ini

"Maaf.. tumpang tanya boleh"

"Boleh" Lelaki itu melihat Kaizo dengan sebuah senyuman "Eh.. kamu putera Kaizo"

"Err.. yea, saya putera Kaizo. Kenapa?"

"Takde apa" kata lelaki itu "Kalau putera Kaizo ada di sini, maknanya puteri Lynna pun ada di sini juga. Kamu berdua tidak pernah terpisah. Selalu ke sana ke sini bersama"

Kaizo tidak berkata apa kerana apa yang dikatakan oleh lelaki itu memang benar. Dia dan Lynna memang rapat. Boleh dikatakan mereka adalah sahabat sejati. Kaizo terus bertanya kepada lelaki itu

"Ada tak nampak seorang gadis, nama dia Amelia dan dia pemilik arkib istana ni"

Wajah lelaki itu terus berubah menjadi pucat. Ianya seperti dia ternampak hantu. Kaizo mula rasa tidak sedap hati. Hati dia mula mengatakan dia harus keluar dari arkib istana ini tetapi sebelum itu, dia harus mencari Lynna terlebih dahulu

"Nampaknya kamu telah berjumpa dengan gadis itu" Lalu pemuda itu bercerita "Sebenarnya pemilik arkib istana ini adalah sepasang suami isteri. Mereka memilik seorang cahaya mata yang bernama Amelia tetapi malangnya, gadis itu ditimpa kemalangan. Amelia mati kerana dihempap rak buku. Ibu bapa dia rasa sedih tentang kematian anak mereka. Mereka tidak mahu mengingati kembali kenangan pahit itu di sini, lalu mereka pindah ke tempat lain. Arkib istana ini telah diberikan kepercayaan kepada kami untuk menjaganya dengan baik. Selang beberapa hari ibu bapa Amelia pindah, jelmaan anak mereka berlegar-legar di dalam istana ini. Paling sedih sekali adalah gadis itu mencari-cari ibu bapanya sehingga sekarang"

"Kamu tidak memanggil mereka datang ke sini untuk tenang itu?"

"Kami pernah cuba tetapi.." Nada dia berubah menjadi sedih "Kami gagal mencari mereka. Kami tidak tahu kemana mereka pergi"

"Amat menyedihkan"

"Betul tu putera Kaizo tapi... roh Amelia tidak pernah ganggu kami di sini. Dia ada juga datang menolong kami untuk mencari buku yang kami mahukan. Amelia memang seseorang pencinta buku. Semasa dia masih kecil lagi, pelbagai jenis buku yang dia pernah baca. Ada sebuah sudut khas untuk buku-buku yang dia pernah baca sebelum ini"

"Boleh bawa saya ke tempat itu?"

"Boleh"

Pemuda lelaki itu membawa Kaizo ke sebuah bilik yang khas untuk buku-buku Amelia pernah baca atau miliki. Di bilik itu juga penuh dengan gambar-gambar Amelia bersama dengan kedua orang tuanya. Wajah mereka bertiga kelihatan bahagia sebelum bencana itu berlaku. Kaizo rasa simpati apa yang terjadi dengan gadis itu. Dia masuk ke dalam bilik itu dengan matanya meneliti setiap buku yang ada pada rak itu. Susunan buku-buku itu amat kemas dan semuanya mengikut abjad. Pemuda itu tadi tinggalkan Kaizo keseorangan di dalam bilik itu

"Hah! Dah jumpa buku yang kamu cari tu?"

Terkejut Kaizo dengan kemunculan Amelia. Jantung Kaizo bagaikan hendak meletup

"Belum" kata Kaizo

"Oh belum... mari kita cari buku itu bersama" Amelia berdiri di sebelah Kaizo dengan wajah cerianya "Tak ingat pula saya pernah baca ke tidak buku tentang gua landak tu. Rasanya pernah.. tapi dekat mana yea"

"Tidak mengapa. Kita cari sama-sama"

"Ok!" kata Amelia dengan penuh semangat "Rasanya putera Kaizo sudah tahu kisah tentang diri saya"

"Yea, saya sudah tahu" balas Kaizo "Kisah kau amay menyedihkan. Aku rasa simpati dengan apa yang telah terjadi kepada diri kau"

"Terima kasih" kata gadis itu dengan sopannya "Saya memang rasa sedih. Setiap hari saya menunggu ibu bapa saya kembali ke sini tetapi jauh di hati saya, mengatakan mereka tidak akan kembali. Jadi saya hanya gembirakan hati ini dengan menolong orang-orang yang datang mengunjungi istana arkib ini. Saya suka melihat orang yang suka mencari ilmu yang ada di sini"

"Jadi kau tidak akan tinggalkan tempat ini?"

"Mungkin tidak tapi mungkin.. suatu hari nanti, saya akan pergi dengan tenang"

Kaizo tidak berkata apa lagi. Dia hanya berikan sedikit senyuman ikhlas kepada gadis pemilik mata bulat itu. Amelia suka melihat senyuman itu. Lalu mereka berdua teruskan mencari buku yang mereka mahukan

"Boleh saya tanya, kenapa putera Kaizo ingin tahu tentang gua landak itu?"

"Sebab ada seekor pari-pari, kawan dia telah ditangkap oleh landak-landak tak guna. Nama pari-pari yang kami ingin tolong adalah Lily dan nama kekasih dia adalah Boboiboy"

"Ohhh... saya suka pari-pari! Tapi tak pernah bertemu dengan pari-pari. Bestnya putera Kaizo dapat berkawan dengan pari-pari tu!"

Kaizo hanya diam sahaja. Dia hanya teruskan sahaja pencarian dia sementara Amelia pergi mencari buku tentang pari-pari di tempat lain. Kaizo biarkan sahaja gadis itu pergi ke tempat lain. Dia tidak mahu membuat gadis itu berasa sedih. Biarkan sahaja dia gembira daripada bersedihan, bisik di hati Kaizo

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gopal

"Adeh.. aku mana reti buat cerita" mengeluh Gopal sambil perhatikan skrin putih di komputer itu "Hmm... apa yang aku patut buat yea"

"Ala, kau reka ajelah apa-apa" Boboiboy mencelah di situ

"Dey! Kau mana boleh tengok apa yang aku nak tulis nanti"

"Tapi kau tak tulis pun lagi"

"Memang pun" kata Gopal "Kau pergi main jauh-jauh.. bagi aku fikirkan sambungan cerita dari Ying"

Boboiboy tinggalkan Gopal bersendirian di dalam perpustakaan itu. Gopal mula berfikir kisah sambungan dari Ying. Sebelum itu, dia baca balik apa yang kawan perempuan dia tulis. Dia harus ingat, dia tidak boleh baca bahagian orang lain sebelum Ying

Makanan. Itulah yang terfikir oleh Lily. Perut dia sudah mula bergoncang-goncang kerana lapar. Mata dia kelihatan kuyu dan tenaga dia, sudah semakin rendah. Dia hanya berguling di atas bahu Lynna sepanjang mereka mencari buku tentang gua landak. Tiba-tiba Lily terhidu sesuatu yang mengasyikkan. Dia terbang bersendirian dan meninggalkan Lynna di situ. Mata Lily terpandang sebuah dapur yang ada di dalam arkib istana

"Wuuu.. tak sangka dalam istana ni ada dapur! MASA UNTUK MAKAN!"

Lily hinggap di atas meja kaunter yang luas itu. Di atas meja itu terdapat sebuah bakul buah dan di dalamnya ada beberapa buah apple dan juga buah oren. Lily teruja melihat warna kemerahan buah apple itu. Lalu dia terbang dan masuk ke dalam bakul buah itu. Dia berikan gigitan kecilnya pada permukaan buah apple tersebut. Rasanya sangat ranggup

"Sedapnya buah ni" kata Lily yang terasa dirinya berada di dalam syurga buah "Agaknya, ada makanan apa lagi yea"

Mata dia terpandang beberapa balang biskut yang ada di dalam almari dapur itu. Dia terbang ke arah almari itu. Lalu dia membuka almari itu secara perlahan. Lalu dia terfikir, bagaimana dia hendak membuka penutup balang itu. Badan dia kerdil dan balang itu besar. Dia terus fikirkan satu idea iaitu tolak balang itu sehingga jatuh ke atas lantai. Bekas balang itu sudah tentu jatuh berkecai dan diri dia bolehlah makan biskut itu nanti. Mata Lily terus bersinar-sinar. Tiba-tiba dia terbau lagi yang mengasyikan itu. Dia mencari-cari dari mana datang bau itu. Rupanya bau itu datang dari sebuah kotak berbentuk empat segi tepat. Di atas kotak itu tertulis perkataan pizza

"PIZZA!" jerit Lily dengan gembiranya

Lily terbang ke arah kotak itu. Dia mendarat di hadapan kotak tempat untuk membukanya. Lalu dia angkat sedikit demi sedikit kotak itu. Bau pizza itu menusuk ke lubang hidung Lily. Bagaikan dia mahu melayang di udara kerana bau pizza itu amat menyelerakan. Tekak dia mula terasa pepperoni pizza ataupun cheese pizza ataupun seafood pizza. Lily terliur di situ

"Oh pizza pujangga hati ku.. akan ku makan kau sepuas hati"

"Aik, bukan ke si Boboiboy tu pujangga hati kau?"

Terkejut Lily dengan kemuncul seorang lelaki remaja berbadan gempal di situ. Dia rasa pelik, bagaimana remaja itu tahu Boboiboy adalah kekasih hatinya dan bagaimana remaja itu tahu nama dia? Mata Lily terus membulat besar

"INI MESTI HANTU YANG TAHU SEGALA-GALANYA!"

"Dey! Aku bukan hantulah! Yang aku tahu, ada hantu nama Amelia dekat arkib istana ni. Dia tu bukannya hantu yang menakutkan. Dia macam hantu dalam cerita Casper"

"Ohh.. jadi dia putih-putih, kepala botak dan tiada kaki?"

"Err.. tak. Maksud aku, dia tu hantu baik macam hantu Casper" balas remaja lelaki itu "Hah, kau cuba nak curi makanan aku yea"

"Ma-mana ada! Aku cuma nak makan aje.. aku lapar" Lily berkelip-kelipkan mata dia kepada remaja lelaki itu "Boleh tak tuan..."

"Gopal.. panggil aku, Gopal"

"Baiklah Gopal. Boleh tak kau kongsikan pizza ini bersama dengan aku?"

"Boleh" Gopal ambil sekeping pizza dan terus letak di sebelah Lily "Makanlah"

"Terima kasih Gopal. Kaulah penyelamat nyawa ku yang sedang kelaparan ini"

"Hehehe.. sama-sama" Gopal tersenyum lebar kepada Lily "Kau ada dekat sini bersama dengan puteri Lynna kan?"

"Erk!" Lily gigit sedikit pizza yang lebih besar daripada diri dia "Macam mana Gopal tahu? Adakah Gopal ini sebenarnya adalah seorang ahli sihir yang tahu segala-galanya?"

"Bukanlah, aku ni orang biasa sahaja" Gopal tersenyum lagi "Aku sebenarnya terdengar hantu Amelia bercakap dengan putera Kaizo. Jadi aku dapat rasakan puteri Lynna mesti ada dekat sini. Tekaan aku memang betul sebab tadi baru sahaja aku terserempak dengan dia dan sekarang ni, aku sudah bertemu dengan kawan dia orang si pari-pari"

"Hehehee... jadi, kau ada dekat arkib istana untuk mencari buku apa?"

"Errr.." Gopal tersengih sedikit sambil kunyah pizza dia "Aku sebenarnya mana minat baca buku tapi.. aku dengar dekat sini ada buku-buku resepi yang best dan paling dasyat sekali, ada juga buku resepi untuk membuat makanan sebagai senjata"

"Wuuuu! Dasyat tu. Kau sudah jumpa ke buku macam tu?"

"Belum" kata Gopal dengan nada sedihnya "Aku pun tak tahu buku tu dekat mana. Adeh.. susahnya macam ni"

"Hehehe.. jangan mengalah Gopal. Kita akan cari sama-sama!"

"Baiklah! aku tidak akan mengalah" Gopal telan sekeping pizza dengan sekali gus sahaja. Lily cukup kagum dengan kebolehan Gopal "Oh yea.. kau sudah dapat ke maklumat tentang gua landak?"

"Belum" Wajah ceria Lily berubah menjadi sedih "Kalau aku dah jumpa, dah lama aku keluar dari arkib istana ni"

"Kalau aku jumpa resepi buat makanan jadi senjata tu, sudah tentu aku akan berkongsi dengan kau dan bolehlah kau gunakan untuk selamatkan buah hati kau"

Lily terbayangkan wajah Boboiboy yang comel itu. Mata Boboiboy bersinar-sinar sambil melihat diri Lily membelasahi musuh-musuh mereka iaitu kaum landak-landak sedunia. Lily sudah tentu akan berikan tendangan berbisa dia, tamparan maut dia dan juga beberapa hentakan di kepala musuh-musuh dia. Apa yang pasti, selepas itu, mereka berdua dapat bersatu balik

"Dey, kau tengah berangan ke?"

"Ha ah Gopal" Lily duduk terbang dan duduk di atas buah apple "Lily seakan-akan nampak masa depan Lily dengan Boboiboy"

"Hmm.. apa-apalah kau" Gopal makan pizza dia dengan tenang

Dia biarkan Lily berangan lagi. Beberapa minit kemudian, Lynna memanggil Lily kerana dia sudah pun menjumpai sebuah buku tentang gua landak. Gopal terpaksa bawakan si pari-pari itu kepada Lynna kerana Lily masih lagi di dalam angan-angannya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy

"Alamak... aku bukannya kreatif sangat dalam menghasilkan sebuah cerita"

"Kau hentam sahajalah" kata Fang kepada Boboiboy

"Aik, bila masa kau ada dekat sini?"

"Hehehee.. saja nak tengok apa yang kau tulis" Fang terus tersenyum sinis "Kau takde idea ke nak tulis apa?"

"Isk kau ni.. sibuk aje" kata Boboiboy sambil perhatikan skrin komputer itu "Aku yakin, aku boleh buat! Tapi kau jangan nak tengok apa yang aku tulis pulak"

"Tak, aku tak tengok pun tapi aku baca aje"

"Aik, bukan sama ke tu?"

Fang terus larikan diri sambil ketawa macam orang gila. Boboiboy geleng kepalanya kerana dia tidak faham dengan perangai kawan baik dia. Lalu dia menarik nafas dan mulakan sambungan cerita itu dari bahagian Gopal

Lynna terkejut melihat seorang budak lelaki gempal pulangkan Lily si pari-pari kepada dia. Budak lelaki itu tersipu malu melihat Lynna. Lalu dia beredar dari situ dan terus kembali ke tempat asalnya

"Apasal dengan budak tadi tu?"

"Dia teruja kot dengan keayuan puteri Lynna" kata Lily secara tiba-tiba. Dia baru selesai berangan "Puteri Lynna panggil Lily kenapa?"

"Saya sudah mendapat maklumat tentang gua landak tu"

Lynna dan Lily pergi mengambil tempat duduk yang kosong. Lynna letakkan sebuah buku yang agak berat dan tebal di atas meja itu. Tiba-tiba Kaizo muncul di hadapan mereka. Muka dia kelihatan tidak bertenaga kerana lapar

"Kaizo, kau ok ke?" tanya Lynna dengan nada kerisauannya

"Aku ok.. cepatlah baca tentang gua landak tu. Ianya tiada kena mengena dengan adik aku kan?"

"Mestilah tiada kena mengena dengan adik kau" kata Lynna sambil membuka buku tebal itu. Lily terbang dan duduk di atas kepala Lynna untuk membaca sekali "Baiklah.. kita sama-sama baca tentang gua landak tu"

"Wuuuu... dia cakap gua landak tu terletak di bawah tanah. Jalan masuk dia memang agak sukar untuk di cari kerana pintu masuk ke dalam gua landak itu terletak di tengah-tengah hutan... dia tak cakap pula dekat hutan mana"

"Hmmm.. susah juga ni"

"ALA! Macam mana Lily nak selamatkan my BBB-CHAN! UWAAAAAA!"

Boboiboy rasa kekok pula menulis ayat-ayat Lily kerana selama ini dia menganggap Lily sebagai kawan sahaja. Lalu dia teruskan menulis sambil tersengih setiap kali dia menulis ayat-ayat Lily

"Sabarlah wahai sang pari-pari. Kita akan cari hutan itu"

"Hutan?" muncul seorang remaja berbadan gempal yang bernama Gopal dengan sekeping pizzanya "Hutan apa yang korang nak terjah tu?"

"Errr.. siapakah budak ni? Menganggu kami di sini sahaja!"

"ERK!" Gopal takut dengan suara garang Kaizo "Maafkan saya putera Kaizo. Saya bukan nak ganggu tapi cuma nak tahu sahaja.. hehehe.. kalau saya ni penyibuk sahaja, saya akan pergi dari sini tanpa berkata apa-apa lagi"

"Sebelum kau pergi.. kau tahu ke hutan manakah yang ada gua landak tu?"

"Maaf putera Kaizo, saya tak tahu. Saya cuma tahu makan sahaja"

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Dia sambung baca buku itu sambil mengendahkan Gopal yang sibuk berkatakan sesuatu kepada Lynna dan Lily

"Tapikan.." Gopal terus berkata lagi "Ada seorang nenek tua ni, dia ni seperti tahu segala-galanya tentang dunia ini. Rasanya dia boleh bantu korang mana nak cari gua landak tu. Lagipun landak yang korang nak cari tu, ianya bukanlah landak biasa"

"Betul betul.. bukan landak biasa" Sambung Lily "Gigit dia orang tajam macam duri-duri dekat belakang badan dia orang. Kuku dia orang pun tajam juga. Mata dia orang merah kemerahan seperti mata putera Kaizo. Duri-duri dia orang tu, bila patahkan... ianya akan tumbuh balik duri baru. Dia orang ni memang makhluk ajaib"

"Badan dia orang besar" kata Gopal

"Dan mereka juga amat berminat dengan pari-pari kerana kuasa mereka yang luar biasa" kata Kaizo dengan matanya masih membaca buku tebal itu lagi "Apa yang dikatakan di dalam buku ini, mereka akan makan pari-pari itu untuk dapatkan kuasa mereka"

"ERK!" Terkejut Lily "WHAT! Dia orang nak makan my BBB-CHAN! TIDAKKKKK!"

"Lily! Jangan menjerit" tegur Lynna

"Maaf" balas Lily dengan hatinya pasrah dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa buah hatinya bakal di makan oleh kaum landak "Lily takut kalau kita sudah terlambat" air matanya membasahi pipi dia "Lily tak nak kehilangan dia"

Boboiboy terus berhenti menulis kerana dia tidak sanggup lagi menulis. Diri dia memang rasa sangat kekok pada ketika itu

"Kalau Lily baca ni, mesti dia akan pandang aku semacam. Habislah aku lepas ni" Boboiboy mengeletar sedikit "Sampai di sini sahajalah kot aku tulis. Maaf yea Fang sebab kau kena sambung apa yang aku tulis ni.. hehehe"

Tapi apasal aku tulis diri aku kena makan dengan landak pula, fikir Boboiboy sambil tepuk dahi dia sendiri

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang

Berkerut dahi Fang kerana apa yang di tulis oleh Boboiboy hanya pendek sahaja. Dia terpaksa menulis sambungan cerita itu sepanjang mana yang dia mampu dan mungkin juga dia akan buat sesuatu dengan watak sang pari-pari itu

"Hehehe... habislah kau Lily. Orang suruh buat watak utama abang aku dan kak Lynna sahaja tapi kau tambah diri kau jadi watak utama yea... MUAHAHAHAHA!"

"Ermm.. kenapa abang Fang gelak macam orang gila?"

Fang melirik matanya ke sebelah kiri. Rizu ada di situ dengan kerepek pisangnya. Mata dia terkebil-kebil melihat abang angkatnya

"Hehehe.. takde apalah Rizu" jawab Fang sambil tersengih "Rizu pergi makan jauh-jauh yea, abang nak tulis cerita ni"

"Ok!"

Kaizo, Lynna dan Lily telah pun menjumpai sebuah rumah yang terletaknya di dalam kawasan terpencil. Rumah itu dikeliling dengan hutan-hutan liar dan di hapadan rumah itu ada sebuah kincir air. Lumut-lumut hijau tumbuh di bahagian tepi rumah. Di situlah tempat tinggal seorang nenek tua yang telah diperkatakan oleh Gopal ketika mereka berada di istana arkib. Kaizo dengan beraninya, dia mengetuk pintu itu secara kasar

"Ada orang ke tak ni?" tanya Lily dengan nada ketakutannya

"Saya pun tidak pasti" balas Lynna

Pintu rumah itu masih tidak dibuka. Lalu Kaizo mengetuk lagi dan ketukan Kaizo lebih kuat daripada ketukan pertama dia. Pintu itu dibuka secara tidak langsung. Seorang nenek tua yang bertongkat, tersenyum melihat kehadiran mereka bertiga. Dia menjemput mereka masuk ke dalam

"Lily rasa takutlah pulak"

"Jangan takut, Lily. Puteri ada di sini untuk melindungi kamu" kata Lynna dengan tenangnya

Nenek tua itu menjemput mereka duduk di tepi sebuah meja bulat. Di tengah-tengah meja itu terdapat satu bola crystal lutsinar. Bola itu ialah crystal ball untuk mereka yang bergelar ahli sihir. Nenek tua tadi duduk di kerusinya sambil melihat ketiga-tiga pengunjung rumahnya

"Kami di sini.." Nenek tua itu terus angkat tangan dia untuk hentikan percakapan Lynna

"Saya tahu kenapa kamu bertiga ke sini" kata nenek tua itu "Sebelum itu, saya memperkenalkan nama saya terlebih dahulu. Nama saya adalah Bella dan kamu ke sini kerana ingin tahu dimanakah jalan masuk gua landak itu"

"Betul tu wahai nenek Bella" Lily terbang di atas crystal ball tersebut "Bolehkah nenek Bella tunjukkan dimana jalan masuknya"

"Kasihan kamu yea" kata nenek tua itu

Lily rasa ragu-ragu pula. Lalu dia garu-garu kepalanya. Nenek tua itu tiba-tiba menghembuskan sesuatu kepada Lily. Ianya membuatkan sang pari-pari itu kelihatan pening dan percakapan dia mula rasa pelik

"Hehehee... putera itik hot nak tampar saya tak?" kata Lily sambil terbang terhuyung-hayang "Meh tampar pipi Lily yang gebu ni"

Tanpa berkata apa dari Kaizo, dia terus tampar Lily tetapi bukan pipi Lily yang kena. Seluruh tubuh badan Lily ditampar oleh Kaizo dan menyebabkan pari-pari itu terjatuh ke dalam baldi emas. Lalu Lily pengsan di dalam baldi itu. Lynna berikan renungan maut dia kepada Kaizo

"Apa? Dia yang minta.. jadi aku tampar sahajalah dia" kata Kaizo kepada Lynna

"Kamu berdua jangan bergaduh di sini pula" tegur nenek tua itu "Sebenarnya saya ada sesuatu hendak memberitahu kamu berdua"

"Tentang gua landak itu?"

"Bukan tuan puteri" balas nenek Bella "Ianya berkaitan dengan pari-pari kamu. Sebenarnya sudah sekian lama pari-pari kamu berhalusinasi"

"Maksudnya budak yang bernama Boboiboy tu tak wujud?" terkejut Kaizo

"Dia wujud" kata nenek Bella secara tenang "Pada suatu ketika dahulu, seorang budak bernama Boboiboy tinggal berdekatan dengan taman pari-pari. Dari situ, Lily mula jatuh hati dengan manusia itu tetapi diri dia sangat malu untuk dekatkan dirinya kepada Boboiboy. Setiap kali Boboiboy keluar dari rumah, Lily akan pergi melihat apa yang budak lelaki itu lakukan. Pada suatu hari, Lily cuba yakinkan dirinya untuk berkenalan dengan lelaki itu tetapi.. apabila dia tiba di rumah Boboiboy, hati Lily terus berkecai kerana Boboiboy sudah pindah tanpa diketahui oleh Lily sendiri. Hati dia sedih dan setiap hari dia menunggu kepulangan Boboiboy. Akhirnya dia seperti bayangkan bahawa Boboiboy di culik oleh kaum landak. Dari situlah dia pergi mengembara bersendirian untuk mencari Boboiboy"

"Sedihnya kisah dia" Lynna rasa simpati dengan apa yang menimpa pada diri Lily

"Aku tak rasa sedih pun" kata Kaizo "Siapa suruh tak tegur awal-awal, kan dah terlewat"

"Habis tu, kau nak cakap padan muka dekat Lily?"

"Boleh dikatakan begitu"

Lynna bersilang tangan sambil bermasam muka. Kaizo suka membuat Lynna rasa marah pada diri dia kerana Kaizo anggap ianya comel

"Hehee.. mesti abang aku akan tepuk kepala aku nanti tapi apa aku kisah! MUAHAHAHAHAA!"

"Abang Fang ok ke?" tanya Rizu sambil makan kerepek pisangnya

"Abang ok.. Rizu pergi duduk diam-diam atau pergi baca buku ke, kacau orang ke.. abang nak siapkan cerita ni"

"Ok!" Rizu terus beredar dari situ

"Nenek, ada tak cara untuk mengubati Lily?" tanya Lynna dengan sopannya

"Ada" Nenek Bella mengusap-usap bola kristal itu tanpa sentuh. Lalu keluar sebuah imej buah pada bola kristal itu "Ini adalah buah ceri tapi.. kamu berdua harus mencari buah ceri berwarna emas" Buah ceri tadi bertukar menjadi emas "Dan rebuskan ceri ini untuk dijadikan minuman. Air itu berikan kepada pari-pari kamu"

"Satu ceri sahaja ke?" tanya Kaizo

"Kalau boleh, dua buah ceri emas"

"Tapi nenek.. macam mana kita orang nak cari ceri emas ni?" tanya Lynna kali ini

"Di sebuah ladang buah yang berdekatan dengan istana puteri Lynna. Di situ kamu akan bertemu dengan seorang budak kecil. Budak itu akan membantu kamu untuk mencari ceri emas itu"

"Terima kasih nenek kerana sudi menolong kami" kata Lynna dengan senyuman manisnya

"Sama-sama" Nenek Bella berikan senyuman balas kepada Lynna "Kamu berdua, jangan nak bergaduh pula nanti"

"Tak, kami tidak akan gaduh" kata Kaizo "Oh yea.. sebelum kami beredar, saya ada pertanyaan"

"Apakah pertanyaan itu?"

"Sebenarnya wujud ke gua landak tu atau hanya rekaan si pari-pari ni?" tanya Kaizo dengan nada seriusnya

"Gua landak tu memang wujud tetapi pintu masuk ke gua itu sudah tertutup beribu-ribu tahun yang lalu. Jikalau pintu gua itu terbuka, maka bersiap sedialah kamu untuk menghadapi peperangan besar" Wajah nenek Bella berubah menjadi menakutkan "Kerana itulah pintu gua itu terpaksa disembunyikan dan ditutup supaya orang tidak menjumpainya"

Lynna dan Kaizo pandang satu sama lain. Mereka berdua pastikan alam ini akan sentiasa dilindungi dari ancaman besar. Istana Kaizo dan istana Lynna adalah kubu kuat di alam itu. Mereka sering bekerjasama untuk mempertahankan negara mereka. Lynna dan Kaizo meminta diri dahulu. Mereka beredar dari situ dengan sebuah balang kecil yang di dalamnya ada seekor pari-pari bernama Lily

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rizu

"Hmmmm..."

"Abang Rizu kenapa?"

Idoli perhatikan sahaja Rizu duduk di hadapan komputer sambil fikirkan apa yang patut dia sambung dengan cerita dari abang angkat dia semalam. Jari jemari asyik menghentak-hentak meja komputer itu secara berombak. Idoli makan kerepek pisang dia sambil menunggu jawapan dari Rizu

"Abang peninglah.. abang tak tahu nak tulis apa"

"Ala, abang Rizu kan pandai buat komik. Apa kata abang Rizu gunakan kebolehan itu tapi secara menulis! Idoli bantu abang Rizu ok!"

"Hehehe.. tapi jangan beritahu yang lain. Nanti abang juga yang kena marah"

"Kalau abang Rizu kena marah, abang Rizu buatlah muka comel macam Idoli" Rizu tergelak melihat Idoli membuat muka comel seperti kucing "Hehehe.. jom abang Rizu, kita buat sama-sama"

Ladang ceri terletak jauh dari istana Kaizo tapi dekat dengan istana Lynna. Ladang itu telah dijaga oleh dua budak kecil yang bernama Rizu dan Idoli. Mereka adalah adik beradik comel. Ibu bapa mereka sakit dan perlukan wang untuk membeli ubat. Maka dengan itu, dua beradik comel itu terpaksa bekerja keras untuk menjaga dan menjual ceri-ceri yang ada di dalam ladang mereka. Ada kalanya, hasil jualan mereka tidaklah sebanyak mana. Pada suatu hari, dua beradik comel itu teruja melihat kedatangan putera dan puteri ke ladang mereka

"Wah! Putera Kaizo dan puteri Lynna datang ke sini!" kata Fang dengan gembiranya

Idoli membersihkan baju dan seluarnya yang penuh dengan kesan-kesan tanah. Dia tidak mahu kelihatan sekeh di depan puteri dan putera

"Cantik ladang pokok ceri kamu" kata Lynna "Dan kamu ialah?"

"Saya adalah pemilik ladang ini!" kata Rizu "Nama saya Rizu dan ini adalah adik saya, nama dia adalah Idoli"

"Mana ibu bapa kau?"

"Dia orang sakit, putera Kaizo" kata Rizu dengan nada sedih "Jadi kami berdua yang jaga ladang ini setiap hari"

"Bagusnya kamu berdua tapi selepas ini, saya akan hantar beberapa orang untuk menolong kamu untuk jaga ladang ini"

Rizu terus peluk Lynna kerana dia rasa bersyukur dapat bantuan daripada puteri Lynna. Idoli mahu memeluk Kaizo tetapi dia rasa segan. Lagipun pakaian dia masih lagi kelihatan kotor. Dia tidak mahu kotorkan pakaian putera Kaizo

"Terima kasih tuan puteri" kata Rizu di dalam dakapan Lynna. Lalu dia lepaskan dari pelukan itu "Tuan puteri dan tuan putera datang ke sini untuk apa? Nak beli buah ceri ke? Kami boleh kutipkan"

"Err.. sebenarnya.." Lynna menyuruh Kaizo tunjukkan balang pari-pari Lily tadi "Kami ke sini kerana ingin meminta bantuan dari kamu"

Kaizo turunkan sedikit balang itu supaya Idoli dan Rizu dapat melihat pari-pari itu secara jelas. Mata Idoli terus bersinar-sinar dan senyuman dia berubah menjadi senyuman kucing

"WAH! PARI-PARI!" Idoli ketuk-ketuk balang itu dengan menggunakan jari telunjuknya "Hehehe.. Idoli suka pari-pari tapi tak pernah pari-pari datang ke ladang kami"

"Saya tahu yang pari-pari ni suka menari tapi kenapa dengan pari-pari tu? Dia tidur ke?"

"Bukan Rizu. Dia hanya pengsan sahaja" balas Lynna "Kami perlukan pulihkan dia sebelum halusinasi dia semakin melarat. Lily hanya mahu selamatkan Boboiboy dia tapi rupanya itu hanya halusinasi dia sahaja. Boboiboy tidak di culik oleh kaum landak tetapi dia sudah pindah ke tempat lain. Boboiboy tu bukanlah pari-pari seperti Lily. Dia hanyalah manusia biasa sahaja. Kami telah diberitahu oleh nenek Bella untuk rebus dua biji buah ceri emas"

"CERI EMAS!" terkejut Idoli dan Rizu

Kedua beradik itu pandang satu sama lain. Wajah Rizu berubah menjadi kemurungan. Lynna dapat rasakan ada sesuatu yang membuatkan hati sang budak kecil itu sedih

"Kenapa Rizu?" tanya Lynna

"Sebenarnya.. ceri emas tu, kami perlukan untuk merawat ibu bapa kami tapi... kami perlukan bahan-bahan yang lain juga tapi semuanya mahal" jelas Rizu dengan nada kesedihannya "Nenek Bella tu ada beritahu kita orang, penyakit ibu bapa kami menang sukar untuk diubati kerana bahan-bahan yang diperlukan, semuanya jarang untuk ditemui dan ada juga bahan-bahan yang dijual, agak mahal harganya. Ada kami jumpa satu ubat tapi mahal sebab bahan-bahan dia. Apa yang kami hanya perlu lakukan, beli sahaja bahan-bahan itu dan berikan kepada nenek Bella untuk buatkan ubat tersebut. Ceri emas tu.. kami ada dua sahaja" Air mata Rizu mula mengalir keluar

"Abang, janganlah menangis" Idoli pegang tangan abangnya "Dia orang nak selamatkan pari-pari tu, dan kita pula, nak pulihkan ibu bapa kita"

"Abang tahu tapi... abang tak naklah kata tak boleh kepada dia orang"

"Beginilah Rizu.." Lynna melutut di hadapan Rizu "Kamu simpan sahaja buah ceri emas itu untuk ibu bapa kamu dan kami akan cari jalan lain untuk mengubati pari-pari kami"

"Tapi.." Rizu terdiam sebentar

"Jangan tapi-tapi.. ikut sahaja kata dia" kata Kaizo "Mesti dia tempat lain ada juga buah ceri emas"

"Dan kami berdua akan tolong kamu untuk pulihkan ibu bapa kamu"

"Betul ke ni puteri Lynna?"

"Betul Idoli" Lynna mengusap kepala si anak kecil yang bernama Idoli itu "Semuanya kami akan tanggung. Jangan menangis lagi yea"

"TERIMA KASIH PUTERI LYNNA! TERIMA KASIH PUTERA KAIZO!"

Adik beradik comel itu berikan buah-buah ceri yang mereka kutip pada hari itu kepada putera dan puteri itu. Kaizo dan Lynna ucapkan terima kasih kepada mereka berdua dan lalu beredar situ. Mereka terpaksa mencari jalan lain untuk pulihkan Lily

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bella

"Apasal tiba-tiba ada nenek Bella? Ini mesti kerja si budak kentang tu! Aku sekeh juga kepala si Pang tu" Berkerut dahi Bella ketika itu

Kaizo dan Lynna pulang ke istana sang puteri yang tidak jauh dari ladang ceri tersebut. Lynna perlu mencari maklumat lagi dimana mereka perlu cari ceri emas selain daripada ladang Rizu dan Idoli tadi. Mereka tidak akan berputus asa sehingga jumpa jawapannya. Setelah mereka tiba di istana sang puteri itu, mereka terus ke perpustakaan istana tersebut. Kaizo letakkan balang sang pari-pari di atas mereka dan seterusnya, dia pergi mencari buku tentang ceri emas

"Kaizo.."

"Kenapa Lynna?" tanya Kaizo sambil membelek-belek sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan

"Bagaimana kalau buah ceri emas itu hanya ada di ladang dua beradik itu?"

"Jadi kau nak paksa mereka serahkan ceri emas yang mereka perlukan tu?"

"Aku tak nak paksa mereka tapi..." Lynna terdiam sebentar "Mesti ada ceri emas lagi yang tumbuh di dalam ladang itu. Tak kan mereka jumpa dua sahaja"

"Hmmm.. itu aku tak pasti" Kaizo kembalikan buku itu di raknya "Tapi aku tak naklah kita memaksa mereka sangat"

"Aku pun sama" Lalu Lynna tersenyum kecil "Kita jangan berputus asa.. mesti ada jalan lain"

"Ehem ehem.."

Kaizo dan Lynna pandang ke arah pintu masuk perpustakaan itu. Adik sang putera ada di situ bersama dengan anak patung landak dia. Kaizo bagaikan hendak tergelak melihat adiknya memeluk anak patung itu dengan ragam manjanya. Lynna tersenyum melihat Fang ada di situ

"Abang dah balik rupanya.. ingatkan abang tak nak balik dah"

"APA KAU CAKAP!" marah Kaizo

"Adik cakap.. INGATKAN ABANG TAK NAK BALIK RUMAH DAH!"

Kaizo berjalan menuju ke arah adiknya dan lalu dia hempuk kepala adiknya dengan senaskah buku tebal. Pening kepala Fang akibat terkena ketukan tadi. Lynna sudah bermasam muka. Lalu dia berkata kepada Fang

"Fang buat apa dekat istana akak?"

"Adik pergi main dengan anak-anak patung yang ada dekat bilik permainan istana ni. Dekat istana kak Lynna ni lagi seronok daripada istana kita orang dekat seberang sana! Kalau kak Lynna nak tahu, abang pergi buang semua mainan adik dekat dalam sungai. ABANG KEJAM SANGAT!"

"Kau tu dah besar! TAK KAN NAK MAIN DENGAN PERMAINAN BUDAK KECIK! SEDARLAH DIRI TU SIKIT!"

"Kaizo, janganlah marahkan dia sangat" marah Lynna kepada Kaizo "Biarlah dia nak main pun. Lagipun dia bosan duduk dekat istana sana sebab takde kawan"

Fang angguk kepalanya dengan wajah kesedihan dia. Lalu Fang peluk abangnya sambil gesel-geselkan pipi dia di tubuh badan abangnya. Kaizo terpaksa melayan karenah adiknya yang manja itu

"Abang.. abang bawa balik apa tu?"

Fang tunjuk ke arah sebiji botol balang yang ada di atas meja belajar perpustakaan itu. Lily masih lagi pengsan di dalam balang itu. Wajah dia kelihatan pucat sedikit dan ianya seperti sudah hilang semangat untuk teruskan hidup

"ABANG AKU CULIK PARI-PARI KE?"

"Mana ada! Abang cuma nak selamatkan pari-pari ni daripada berangankan tentang si Boboiboy tu"

"Ohhhh.. macam pernah dengar aje nama Boboiboy" Fang mengusap dagunya "Dekat mana yea adik dengar nama tu"

"Kau pernah dengar nama tu?"

Fang berjalan ke meja belajar perpustakaan itu sambil fikirkan dimana dia pernah dengar nama Boboiboy. Dia sumbat kepala anak patung dia di dalam mulutnya dan lalu duduk sambil berfikir. Fang menepuk dahinya sendiri

"Adik aku ni dah tak betul ke?" bisik Kaizo "Pang, kau pernah berkawan dengan budak yang bernama Boboiboy ke?"

Fang keluarkan anak patung landak itu dari mulutnya dan lalu dia berkata

"Rasanya pernah tapi adik lupa dekat mana" Fang garu-garu kepalanya dan selepas itu dia ketuk-ketuk kepalanya dengan anak patung landak

Kaizo tidak tahu apa kena dengan adiknya. Adakah Fang sudah disampuk oleh hantu? Atau adik dia berpura-pura perangai begitu untuk meminta perhatian sahaja. Kaizo bagaikan hendak ketuk kepala adiknya

"Erk! Salah aku ke hempuk kepala dia dengan buku tadi?" Kaizo terus mengusap kepala adiknya "Maafkan abang kerana selalu sangat ketuk kepala kau sampai diri kau dah jadi tak betul. Takpelah, nanti aku hantar kau ke sekolah istimewa"

"Abang ingat adik ni gila ke?" kata Fang dengan nada kemarahan dia sedikit

"Tak, abang tak fikirkan kau tu gila tapi berikanlah kepada abang untuk buat kau tergelak sakan"

Fang tersenyum di situ. Ingatan dia terus teringat dimana dia pernah dengar nama Boboiboy itu. Lynna dapat melihat air muka Fang berubah menjadi ceria. Dia terus ke arah Fang untuk mengetahui lebih lanjut tentang budak bernama Boboiboy

"Kak Lynna, adik dah tahu siapa Boboiboy!"

"Siapa?" tanya Kaizo yang sudah tidak sabar

"Dia sebenarnya cucu kepada Tok Aba yang buka kedai Kokotiam dekat dengan istana kita" kata Fang kepada abangnya "Adik selalu ke kedai atuk si Boboiboy tu. Adik pernah lah juga berborak dengan Boboiboy. Dia cakap, diri dia sebenarnya adalah seekor pari-pari yang mempunyai kuasa"

"Boboiboy adalah pari-pari? DIA BUKAN MANUSIA BIASA?" terkejut Lynna

Fang angguk kepalanya

"Bagaimana dia boleh menjadi manusia?" tanya Kaizo

"Dia cakap... ayah dia pernah membuat permintaan dengan satu ahli sihir ni. Dia cakap, dia nak jadi manusia kerana dia sudah puas menjadi pari-pari. Jadi ahli sihir itu tunaikan permintaan itu dan satu keluarga menjadi manusia yang mempunyai kuasa" jelas Fang "Tapi dengan syarat, mereka tidak boleh kembali menjadi pari-pari. Mereka akan kekal menjadi manusia selama-lamanya"

"Kalau begitu, kita ke istana kau, Kaizo" kata Lynna "Mari kita bertemukan Lily dengan Boboiboy semula"

"Kau tak nak pulihkan kan si Lily tu ke?"

"Mungkin, selepas sahaja dia nampak Boboiboy, kemungkinan besar Lily tidak akan berhalusinasi lagi. Dia tidak akan katakan lagi yang Boboiboy kena tangkap dengan landak" kata Lynna kepada Kaizo "Sekurang-kurangnya kita sudah cuba"

"Baiklah, aku akan ikut rancangan kau tapi kalau rancangan ini gagal, kita kena cari ceri emas itu"

Kaizo, Lynna dan Fang terus ke istana sang putera. Sepanjang perjalanan mereka ke istana Kaizo, Fang asyik hisap anak patung dia macam hisap puting susu. Kaizo rasa serba salah. Dia peluk adiknya dan lalu dia menangis sekuat hati. Kedua adik beradik itu menangis dan Lynna mula jauhkan diri daripada mereka berdua

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yaya

Kaizo, Lynna dan Fang sudah pun tiba di perkarangan istana sang putera. Kaizo menyuruh adiknya bawakan mereka ke kedai Kopitiam. Fang dengan gembiranya, dia akan bawa mereka berdua ke sana

"Sebelum tu, abang kena belanja adik makan ice cream dekat kedai tu nanti"

"Hmm.. baiklah. Ada apa-apa permintaan lagi?"

"Ada abang!" Fang peluk abangnya selama 1 minit "Adik rindu nak peluk abang lama-lama"

"Oh adik ku! Abang pun rindu nak peluk kau juga!"

Lynna tepuk dahinya sendiri. Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi dengan mereka berdua. Adakah alien sudah merasuk mereka ataupun hantu yang merasuk mereka berdua? Lynna peluk balang pari-pari di dadanya. Dia takut hendak berikan kepada Kaizo kerana dia tidak tahu apa yang sang putera itu akan lakukan nanti. Kepak Lily mula bergerak-gerak di dalam balang itu. Lily sudah semakin hampir sedarkan dirinya

"Mari Fang, kita pergi ke kedai itu"

"Baik kak Lynna"

Fang berjalan di hadapan Kaizo dan Lynna sambil memeluk anak patungnya. Dia tersenyum bangga kerana dia fikirkan diri dia amat penting di dalam misi untuk mencari Boboiboy. Fang berjalan dengan penuh bangga. Dia bayangkan diri dia adalah tuan besar yang suka memeluk anak patung landak. Mereka ikut laluan berbatu bata untuk sampai ke sebuah bandar yang terkenal dengan jual beli barang. Bermacam-macam barangan yang jual di dalam bandar itu. Bandar itu dipenuhi dengan manusia-manusia yang ingin membeli barang

"ABANG KASSIM!"

"Errr..." Kaizo terus tersengih apabila seorang lelaki memanggil dia

"Abang Kassim?" Fang pusing kebelakang untuk melihat abangnya "Apasal dia panggil abang, abang Kassim? Ada sesuatu yang adik perlu tahu ke?"

"Kaizo, kau cuba sembunyikan sesuatu dari kita orang ke?"

"Err.. ma-mana ada" Kaizo tersengih lagi "Dia silap orang kot"

"Abang Kassim! Bila nak cuci kapal layar saya lagi?"

Fang dan Lynna mula berikan renungan tajam kepada Kaizo. Lalu Kaizo garu-garu kepalanya sambil tersengih. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Hati dia mengatakan dia perlu lari dari situ. Mungkin sejauh mungkin yang dia mampu

"Abang Kassim.. esok jangan lupa yea, cuci kapal layar saya" kata seorang pemuda lelaki "Saya baru balik dari belayar semalam. Habis kotor kapal saya tu. Bagi polish sikit yea. Biar berkilat. Jumpa esok yea"

Pemuda lelaki itu melambai-lambai ke arah Kaizo. Dia tinggalkan Kaizo tersengih lagi kepada Lynna dan Fang

"Abang, sila jelaskan kepada adik. Siapakah abang Kassim itu?"

"Kaizo, adakah kau menyamar menjadi abang Kassim?"

Lalu Kaizo mengalah. Dia mengeluh kecil kerana rahsia dia sudah terbongkar. Selama ini, dia membuat bisnes cuci kapal untuk mengumpul wang kerana dia ingin membeli sesuatu yang istimewa kepada seseorang yang dia ingin melamar

"Aik, bukan ke abang tu seorang putera macam adik, dan mempunyai banyak wang dekat istana besar kita tu"

"Tapi..." Kaizo mula berdrama "Abang ingin merasai titik peluh abang sendiri untuk membeli sesuatu yang istimewa. Barulah abang dapat merasai kepuasannya daripada guna duit kita yang banyak tu"

"Oh begitu" kata Fang sambil bersilang tangan "Baguslah tu abang Kassim, teruskan lagi dengan usaha abang"

"Tapi kenapa perlu Kaizo menyamar jadi abang Kassim?" tanya Lynna

"Supaya mereka tidak tahu yang aku adalah putera Kaizo" balas Kaizo

"Bukan ke muka Kaizo dan Kassim adalah sama... itu pun dia orang tak reti bezakan" Lynna mengusap dagunya "Atau Kassim ada perbezaan sedikit dengan Kaizo?"

"Hehehe..." Kaizo terus kembalikan wajah dia yang serius "Sudah! Jangan nak sibuk dalam hal aku. Mari kita pergi jumpa si Boboiboy tu!"

Fang mula membawa mereka ke sebuah kedai yang terletak pada hujung bandar itu. Keadaan di situ tidak sesak sangat seperti di tempat lain. Kaizo sendiri tidak pernah menjejak kaki dia di kawasan itu. Ianya agak lenggang sedikit. Mereka sudah tiba di sebuah kedai kecil. Kelihatan seorang lelaki tua dan seorang remaja lelaki sedang sibuk menyediakan makanan untuk pelanggang mereka. Kaizo dan Lynna duduk di atas bangku kerusi itu sambil melihat remaja lelaki yang berpakaian oren

"Eh... Boboiboy?" Lily sudah bangun dari pengsannya tadi. Mata dia membulat besar dan terus bersinar-sinar "BBB-CHAN!"

Boboiboy terangkat kepalanya sedikit kerana terdengar satu jeritan kecil dari seseorang. Mata dia terpandang satu balang yang atas di atas meja kaunter. Dia tersenyum melihat pari-pari comel itu

"Dari mana pari-pari ni datang?" tanya Boboiboy

"Pari-pari ni sebenarnya mencari kamu" balas Lynna dengan sopannya "Dia datang dari jauh untuk mencari kamu dan akhirnya dia dapat bertemu dengan kamu juga"

"Lily sudah ingat balik..." Lily mula tersenyum di dalam tangisan gembiranya "Boboiboy tidak di tangkap oleh landak tetapi dia sudah duduk jauh daripada Lily. Kalau boleh, Lily nak berkenalan dengan Boboiboy lebih dekat. Itu pun kalau Boboiboy izinkan"

"Saya sudi berkenalan dengan kamu, Lily. Nama saya Boboiboy dan saya sebenarnya adalah seekor pari-pari juga seperti kamu"

Hati Lily terus meletup-letup kerana dia tidak sangka manusia yang dia suka selama ini adalah seekor pari-pari tetapi bagaimana Boboiboy boleh berubah menjadi manusia? Kalau boleh, dia ingin menjadi manusia juga seperti Boboiboy. Mesti ada caranya. Dia akan cari ataupun lakukan apa sahaja untuk menjadi manusia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harraz

Kebetulan pada ketika itu, datang seorang ahli sihir yang cantik bagaikan bidadari. Fang, Kaizo dan Boboiboy terpegun dengan kecantikan dia. Ahli sihir itu terdengar percakapan Boboiboy tadi. Lalu dia berkata sesuatu kepada remaja itu

"Kau adalah pari-pari?"

"Yea, saya dulu pari-pari tetapi sekarang ini, saya adalah manusia" kata Boboiboy

"Oh, jadi kau tak nak kembali menjadi pari-pari?" tanya ahli sihir itu lagi

"Tak nak, saya seronok menjadi manusia bersama dengan atuk saya" Boboiboy tunjuk Tok Aba yang sedang memasak sesuatu di belakang "Kedai ni pun, saya dan atuk saya yang buka. Walaupun kami tidak mempunyai pelanggang yang ramai tapi bisnes kami tetap berjalan dengan baik. Saya pasti suatu hari nanti, kedai ini akan menjadi tumpuan orang ramai"

"Baguslah tu" Ahli sihir itu tersenyum di situ "Dan kamu Lily.. adakah kamu ingin menjadi manusia juga? Kerana apa yang saya nampak di mata saya, kamu ingin bersama dengan dia"

"Betul tu! Lily nak berkawan dengan Boboiboy"

"Kalau begitu.. saya akan tunaikan permintaan kamu tetapi jikalau kamu menjadi manusia, kamu tidak dapat kembali menjadi pari-pari balik"

"Takpe, Lily tak kisah" kata Lily dengan seikhlas hati "Lagipun Lily sudah jumpa apa yang Lily inginkan. Lily ingin berkawan dengan Boboiboy. Kalau boleh, Lily juga ingin berkawan dengan putera Kaizo, puteri Lynna dan yang rambut macam landak tu"

"NAMA AKU FANG LAH!" marah Fang

Ahli sihir tergelak sedikit. Lynna membuka balang tersebut. Lily terbang keluar dari balang itu. Ahli sihir itu menyuruh Lily terbang ke tengah jalan supaya dia dapat menukarkan tubuh badan Lily dengan sempurna. Dia mengeluarkan tongkat saktinya. Kuasa yang akan dia gunakan agak kuat dan dia perlukan semua tenaga yang ada di dalam dirinya. Lily menutup matanya sebaik sahaja ahli sihir itu menghalakan tongkat saktinya ke arah dia. Satu cahaya besar keluar dari tongkat sakti itu. Lalu cahaya itu keluarkan beberapa pancaran cahaya yang lain. Tubuh badan Lily mula di kelilingi dengan cahaya-cahaya kuning. Mereka tidak nampak apa yang berlaku kepada Lily kerana pari-pari itu telah dilindungi oleh cahaya kuning. Beberapa saat kemudian, cahaya itu mula hilang sedikit demi sedikit. Seorang gadis manusia berpakaian putih, skirtnya labuh sehingga mencecah  permukaan jalan itu, muncul di kawasan itu. Kepak-kepak dia sudah tiada. Hanya sebuah senyuman yang terukir di wajah gadis itu

"Lily, kau sudah menjadi manusia" kata Kaizo

"Yea, dia kini adalah seorang manusia seperti kita semua" kata ahli sihir itu "Semoga kehidupan kau lebih bermakna lagi selepas ini"

"Terima kasih, terima kasih.." kata Lily sambil menangis kerana terlalu gembira "Lily tidak akan lupakan saat-saat ini. Akhirnya, Lily dapat menikmati kehidupan baru sebagai manusia! YAHOOOO!"

Mereka semua tergelak melihat gelagat Lily. Pada saat itu, Lily dan Boboiboy terus berkenalan dan akhirnya, mereka berdua menjadi sahabat baik selama-lamanya. The End

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"CERITA KARUT APAKAH INI!"

Berkerut-kerut dahi Kaizo selepas sahaja dia habis membaca cerita yang telah dibuat oleh kawan-kawan adiknya termasuklah adik dia sekali. Lynna suka dengan cerita itu. Dia rasa cerita mereka sangat menarik

"Abang tak suka ke dengan cerita kita orang?" tanya Fang dengan tangannya bersilang

"Jawapan abang... TAKDE CERITA LAIN KE KORANG NAK BUAT?"

"Janganlah marah dia orang, Kaizo. Lagipun, ianya bukanlah sebuah cerita percintaan. Betul tak?"

"Errr... entahlah" kata Fang sambil tersengih "Tapi kak Lynna sukakan dengan cerita ni"

"Suka" balas Lynna

"Hah! Abang Kaizo kalau tak suka, kita orang boleh buat cerita lain" kata Boboiboy "Abang Kaizo suka cerita hantu kan. Nanti kita orang buatkan cerita seram, khas untuk abang Kaizo"

"Ala Boboiboy, tak payahlah buat cerita lagi. Aku penat menulis cerita. Sampai lenguh jari-jari aku ni. Otak aku pun dah lenguh juga ni"

"Haih, sampai sekarang masih lenguh jari dan otak kau?" tanya Boboiboy sambil angkat kening sebelah dia. Gopal angguk kepalanya dengan wajah kesedihannya "Hmm.. macam-macam betul kau ni"

"Biasalah si Gopal tu. Kalau bab main game atau makan, laju aje"

"Sudahlah Fang, jangan nak cari gaduh pula. Mari semua kita pergi print cerita kita ni. Lepas tu kita letak dekat perpustakaan kita nanti!"

"JOM!"

"LILY NAK PRINT KAN SATU UNTUK DIRI LILY!"

Kaizo dan Lynna hanya tersenyum melihat gelagat Fang dan kawan-kawan dia di dalam perpustakaan itu. Kaizo sebenarnya, dia suka dengan cerita tersebut. Cuma dia tidak mahu beritahu sahaja. Biarlah hati dia sahaja yang tahu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thank you kerana berikan kata-kata get well soon dekat akak! Hehee..

akak suka sangat tengok Kaizo menyamar jadi Kassim tu xD jadi akak pergi letak juga si Kassim tu dekat dalam chapter ni.. ahakzz!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top