Cabaran Rizu

"OHHH ABANG!"

Kaizo terus tutup kepala dia dengan bantal. Dia merungut di dalam hatinya kerana adik dia sudah mula buat kacau di dalam bilik tidurnya. Fang tersenyum lebar sambil melihat abang dia sedang baring di atas katil dengan kepalanya sudah ditutup oleh sebuah bantal

"ABANG! BANGUNLAH!" Jerit Fang sambil tarik selimut abangnya "Bangunlah! Kata nak pergi sekolah Rizu untuk temankan dia dekat sekolah"

"1 minit lagi abang akan bangun" kata Kaizo di sebalik bantal itu

"Adik akan tunggu dekat sini selama 1 minit, kalau abang tak bangun juga.. adik akan ganggu abang! ADIK TAK KISAH-" Kepala Fang terkena sebuah bantal milik Kaizo "Akhirnya, abang bangun juga sebab tak tahan dengan perangai adik yang pelik ni"

"Kau pun nak ikut perangai si pelik tu ke?"

"Mana ada.. adik cuma buat begitu bila abang jadi pemalas aje"

"BILA MASA AKU JADI PEMALAS!" Jerit Kaizo sambil bangun dari katilnya. Rambut dia kelihatan kusut-masai. Fang tergelak kecil di situ "Kenapa kau ketawakan aku?"

"Takde apa wahai abang ku yang terlebih macho.. HAHAHAHAAA!"

"PEDANG TENAGA!"

Fang melompat kebelakang untuk menggelakkan dirinya terkena pedang tenaga abangnya. Fang mula hendak mengamuk kerana tindakan abang dia yang suka menyerang dia secara mengejutkan. Hati dia mula panas tetapi dia tenangkan dirinya dengan memikirkan tentang donut lobak merah

"Abang ni, memang suka sangat nak serang adik sesuka hati tapi selamatlah adik tak serang abang balik"

"Kalau kau serang balik, ingat abang tak reti nak mempertahankan diri ke" kata Kaizo sambil mengemas katilnya "Kau tu.. apasal suruh aku yang pergi temankan Rizu dekat sekolah. Bukan ke kau tu abang terbaik, abang mithali buat dia"

"Sebab kerja sekolah adik tak siap lagi" kata Fang dengan nada malas dia "Jangan nak salahkan adik, ini semua salah abang! Malam semalam abang pergi bagi adik latihan tempur. Penat adik berlari sekitar taman Pulau Rintis. Jadi abang yang kena temankan dia"

"Hmm.. yelah yelah" balas Kaizo

"Petang nanti siapa pulak yang akan jaga dia?"

"Kak Lynna yang akan jaga dia nanti" balas Kaizo lagi "Kau jangan nak perasan dapat ponteng sekolah pulak. Biar kak Lynna sahaja yang jaga dia"

"Baiklah abang ku"

"Kau kata semalam, nanti kau ada sediakan bekal untuk si Rizu. Kau sudah buat ke?"

"Sudah" jawab Fang "Adik buat nasi goreng aje, sebab terasa malas sedikit nak masak hari ni.. hehehe"

"Bila masa kau jadi pemalas ni?" tanya Kaizo sambil perhatikan adiknya "Kau sudah terkena penyakit malas ke?"

"Bukan malas tapi penat sebab latihan tempur abang semalam" Fang menguap besar di situ

Kaizo rasa kasihan dengan adiknya yang kelihatan penat itu. Riak wajah adiknya memang nampak lesu tetapi semangat dia tetap ada. Kaizo terfikir, boleh ke adik dia buat kerja sekolah dalam keadaan penat begini? Nanti tertidur pula atas meja belajar atau dia suruh cikgu lain berikan masa lagi untuk adiknya siapkan kerja sekolah. Tapi itu tidak adil pula nanti, fikir Kaizo. Ataupun dia yang buatkan kerja sekolah adiknya. Itu pun kira tidak adil dan tidak jujur, fikir Kaizo lagi

"Adik pergi siapkan kerja sekolah" Fang beredar keluar dari bilik abangnya "Malam nanti, kalau sempat, adik buat makanan sedap-sedap untuk abang yea"

"Hmm.. yelah" balas Kaizo

Setelah Fang keluar dari bilik abangnya, dia terus masuk ke biliknya sendiri. Kaizo pula, dia sudah mencapai tuala mandinya untuk bersihkan badannya. Dia terus masuk ke dalam bilik mandi. Fang sudah keluarkan kerja-kerja sekolah yang dia perlu siapkan pada pagi itu. Mata dia kuyu sahaja. Di atas meja belajarnya, sudah tersedianya secawan kopi. Lalu Fang terbayangkan abang dia minum kopi. Entah apa abang dia akan lakukan nanti. Dia sendiri tidak boleh bayangkan. Apa yang pasti, tenaga Kaizo akan menjadi berkali-kali ganda daripada yang biasa dan juga terlebih sadisnya

"Perangai pelik-pelik aje abang aku ni" bisik Fang sambil buka buku latihan matematik "Tapi sekarang ni untuk tumpukan perhatian dengan soalan matematik, bukannya fikirkan tentang abang aku tu"

Tanpa berfikir panjang, dia terus membaca soalan matematik itu di dalam hatinya. Bagi diri dia, matematik adalah paling senang sekali dan mata pelajaran yang paling susah, mungkin tiada pada diri Fang. Dia rasa diri dia sudah cukup pandai untuk dapatkan markah yang sungguh membanggakan. Itu sifat Fang, terlalu yakin dan suka berlagak tetapi mempunyai hati yang baik walaupun suka mengamuk. Fang menjawab soalan matematik itu dengan senang hati

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ibu... jangan tinggalkan Pizu!"

"Kau bukan anak ibu! Anak ibu bukan seorang alien seperti kau!"

"Tapi Pizu bukan alien.. kuasa ni orang jahat yang bagi. Dia orang yang letak sesuatu dalam tubuh badan Pizu. Percayalah cakap Pizu"

"KELUAR DARI SINI! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI!"

Apa yang dia gambarkan di dalam kepalanya, adalah sesuatu yang tidak benar. Rizu selalu fikirkan benda buruk yang akan terjadi kepadanya. Lebih-lebih lagi jikalau ibu dia mula tidak menyayangi dia, hanya kerana kuasa yang dia tidak mahu. Rizu berjalan agak perlahan semasa dia dalam perjalanan ke kantin sekolah. Setiap langkah yang dia jejaki, dia akan terdengar bisikan-bisikan dari pelajar lain. Dia boleh dengar bisikan mereka, bagaikan mereka memang sengaja mahu Rizu mendengar bisikan dan kutukan berbisa daripada mereka. Semakin lama semakin sedih hati Rizu. Dia tidak dapat mengawal emosinya tetapi dia perlu kuatkan diri dan teruskan berjalan. Dia terpaksa pekakkan telinga supaya dia dapat tunjukkan dirinya kepada mereka yang dia adalah kuat dan tabah. Rizu cuba fikirkan tentang makanan yang ada jual di kantin sekolah. Dia cuba letakkan diri dia di dalam seseorang iaitu Gopal

"Mesti ada nasi lemak ayam goreng. Tak sabar nak makan" bisik Rizu dengan tenangnya "Roy mesti tengah tunggu dekat kantin"

Pemikiran dia sudah melayang ke tempat lain sehingga dia terlanggar seorang budak lelaki. Rizu mendongak sedikit kerana pelajar lelaki itu agak tinggi daripada dirinya. Wajah Rizu berubah menjadi pucat. Badan dia terasa lemah sedikit kerana pelajar yang dia langgar tadi adalah seorang pelajar yang suka membuli dia

"Amboi, mentang-mentanglah diri kau tu dah kuat. Sesuka hati kaulah nak langgar aku. Selamatlah aku tak jatuh" kata pelajar lelaki itu "Kau nak pergi mana sampai langgar orang ni? Nak tunjuk kehebatan kau?"

"Mana ada! Aku nak pergi kantin ajelah" jawab Rizu dengan tegasnya

"Ohhh.. pergi kantin" Lelaki itu berikan senyuman sinis dia kepada Rizu "Apa kata kau join geng aku. Bolehlah kau bantu aku untuk dapatkan makanan lazat untuk aku dan kawan-kawan aku"

"Tak nak" kata Rizu

"Janganlah begitu.. kita jadi kawan ok. Aku akan melindungi kau, sekiranya kau menjadi kawan aku tapi... aku rasa kau akan melindungi aku sebab kau kan dah kuat sekarang. Macam mana? Tiada siapa akan dapat buli kau lepas ni"

"Jangan harap" Rizu menggenggam kedua belah tangannya "Aku tak nak kawan dengan kau tu pembuli! DARI DULU SAMPAI SEKARANG!"

"Oh takpe.. jagalah kau nanti" kata pelajar lelaki itu. Dia tolak bahu Rizu dengan begitu kuat sekali "Aku sudah berikan kau peluang tapi kau tolak. Kau nak tahu apa yan dia orang bisikan tentang kau... dia orang cakap, kau tu cemburu bila tengok abang angkat kau adalah superhero tapi kau tu lembik. Sebab tulah kau tiba-tiba ada kuasa.. bolehlah kau berlagak dengan dia tapi bagi aku, sekuat mana pun kau.. kau tetap nampak lemah di depan mata aku"

"Jomlah bro, jangan layan si lembik ni.. tak pasal-pasal nanti dia mengamuk atau dia mengadu dekat abang angkat dia tu" kata kawan kepada pelajar lelaki itu

"Dia nak mengamuk, biarlah dia.. aku nak lihat, dia berani ke tak gunakan kuasa dia dekat kita orang.. hehehee.. dia ni dah lah kecik, lembik dan suka sangat menangis simpati dan kasih sayang dari orang lain. Baik dia blah dari sini daripada menyusahkan orang lain... hahahaa.. jomlah kawan" Pelajar lelaki itu masih lagi ketawa bersama rakan-rakan dia

Rizu menangis. Air mata dia menitis di atas permukaan tanah. Dia berdiri di situ sambil fikirkan kata-kata mereka itu tadi. Adakah dia selalu menyusahkan orang lain? Terutama sekali orang-orang yang dia sayang? Sekarang ini pun, dia seperti menyusahkan abang angkat dia kerana memiliki sesuatu yang dia tidak ingini. Dia seperti mahu keluarkan jantungnya dan remukkan. Dia seperti tidak mahu hidup lagi. Rizu mengesat air matanya dan terus lari keluar dari kawasan sekolah. Kawan baik dia, Roy nampak apa yang berlaku. Dia tidak sempat untuk memujuk kawan baiknya. Dia juga ada sedikit menyesal kerana tidak pergi mempertahankan kawan baik dia sendiri

"Kau kawan baik Rizu kan" Roy menoleh kebelakang

"Eh, abang Kaizo"

"Kenapa dengan Rizu tu? Kenapa dia lari dari sekolah?"

"Rizu kena buli dengan budak-budak tadi. Tak tahulah apa yang dia orang cakap dekat Rizu sehingga membuatkan diri lari dari sini. Abang Kaizo pergilah dapatkan Rizu balik. Saya tak nak tengok dia kelihatan sedih sahaja. Saya rindu dengan gelak ketawa dari dia" kata Roy "Semenjak dua tiga hari ni, dia asyik termenung aje. Senyum pun macam senyum paksa tapi dia tetap nak ceriakan keadaan walaupun dia ada masalah"

"Hmm.. jadi kau tidak kisah dengan kuasa yang ada pada diri dia?"

"Tak" balas Roy "Saya tidak akan tinggalkan dia seorang diri kerana dia adalah sahabat saya. Kami selalu mengharungi susah senang bersama"

"Baiklah, aku akan pujuk dia. Kau jaga diri elok-elok di sini"

"Baik abang Kaizo!" Tiba-tiba Roy peluk tubuh badan Kaizo. Lalu dia lepaskan "Abang Kaizo, saya percaya Rizu dapat diselamatkan sekiranya ada orang jahat cuba mengawal dia"

"Rizu ada beritahu kau tentang segala-galanya ke?"

"Ada" kata Roy sambil angguk kepalanya "Dia mana pernah simpan rahsia dengan saya"

"Hmmm... kau mempunyai seorang sahabat yang sangat percayakan kau sehingga semua rahsia dia pergi cerita dekat kau" kata Kaizo dengan nada serius "Hargailah persahabatkan kamu dengan dia dan jangan putuskan persahabatan kamu berdua"

"Yea, saya akan hargai persahabatan dia" Roy tersenyum kecil kepada Kaizo "Abang Kaizo.. hmmm... kalau dia tak nak kembali ke sekolah, pastikan dia berada di tempat yang selamat"

"Aku akan pastikan dia selamat"

"Sebelum abang Kaizo pergi, abang Kaizo perlu tahu.. tempat yang dapat tenangkan diri adalah rumah kucing. Abang Kaizo tahukan dekat mana"

"Tahu" kata Kaizo "Terima kasih kerana beritahu"

"Sama-sama!" Sebelum Roy beredar dari situ, dia sempat lagi berikan satu lagi pelukan kepada Kaizo "Akhirnya, saya dapat peluk abang Kaizo sebanyak dua kali!"

Kaizo tersenyum sahaja kerana rasa lucu dengan kata-kata budak kecil itu. Dia akan tunaikan permintaan budak itu sebentar tadi. Dia akan bawa Rizu pulang jikalau Rizu tidak mahu kembali ke sekolah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Meow meow"

Rizu terlalu gembira apabila kucing-kucing jinak berkeliaran di sekeliling dirinya. Mereka begitu manja dengan Rizu setiap kali budak lelaki itu datang ke sini. Rizu selalu membawa makanan untuk mereka. Tempat ini menjadi tempat Rizu untuk lupakan masalah atau kesedihan buat sementara. Kucing adalah salah satu haiwan kegemaran Rizu. Dia adalah seorang pencinta haiwan. Dia tidak suka apabila melihat mana-mana binatang di seksa begitu teruk. Haiwan tidak mempunyai akal tetapi mempunyai perasaan. Manusia mempunyai akal tetapi ada juga yang tiada berhati perut. Ianya seolah-seolah perasaan mereka telah ditenggelami dengan kegelapan

"Meh sini dekat dengan Pizu.. hari ni Pizu tak bawak makanan untuk korang" Wajah Rizu berubah menjadi sedih "Maaf semua.. lain kali Pizu bawak ok.. Pizu datang ke sini sebab Pizu sedih"

Seekor kucing berwarna hitam putih geselkan badannya di tangan Rizu. Kucing itu seperti memahami apa yang dikata oleh Rizu tadi. Lalu Rizu membelai kepala kucing itu

"Pizu sedih sebab budak-budak dekat sekolah.. hmmm..." Rizu terus duduk bersila di halaman rumah kucing itu. Seekor kucing putih naik ke atas pangkuan Rizu "Kalau Pizu cerita, nanti korang pulak yang rasa sedih. Jadi dia happy happy ok.. sayang korang semua!"

"Baiknya Rizu dengan kucing-kucing ni" kata seorang remaja perempuan. Dia adalah penjaga rumah kucing itu "Ada orang buli Rizu lagi ke?"

Rizu angguk kepalanya tetapi dia tidak mahu bercerita. Remaja perempuan itu faham dan tidak mahu memaksa Rizu. Jadi dia beredar dari situ dan tinggalkan Rizu bersendirian bersama kucing-kucingnya. Kaizo tiba di rumah kucing itu. Mata dia terpandang Rizu yang cuba mengembirakan hatinya. Kadang-kadang dia melihat Rizu seperti dia melihat adiknya sendiri. Sewaktu dia masih kecil lagi, dia akan cuba sedaya-upaya untuk gembirakan hatinya iaitu Fang. Kali ini, dia tidak akan biarkan Rizu bersedihan. Dia juga seperti Fang, dia sudah anggap Rizu seperti adiknya sendiri

"Rizu"

Kepala Rizu terus terangkat sedikit. Senyuman di wajah Rizu terus terukir dengan lebarnya. Kaizo suka melihat senyuman itu. Hati dia akan rasa lega apabila melihat orang yang dia sayang tersenyum gembira

"ABANG PAIZO!" Rizu bangun dan terus lari ke arah Kaizo "Abang Paizo buat apa dekat sini?"

"Abang datang sebab nak tengok Rizu"

"Hehehe.. tengok Rizu atau tengok kucing?"

"Mestilah tengok Rizu" kata Kaizo "Rizu lari dari sekolah ke?"

"Ha ah" Wajah Rizu kembali menjadi sedih "Kalau abang Paizo nak paksa Pizu kembali ke sekolah, Pizu tak nak pergi. Pizu tak nak berdepan dengan pembuli Pizu sebab.." Dia terdiam seketika "Pizu takut kalau tiba-tiba Pizu mengamuk kerana tidak tahan dengan kata-kata mereka. Pizu tak nak cederakan mereka, Pizu tak nak gunakan kuasa ni untuk membalas dendam balik. Pizu tak nak perkara itu berlaku. Sebab tu Pizu lari dari sekolah"

"Abang tidak akan paksa" kata Kaizo "Mari kita pulang ke rumah. Rizu boleh bermain dengan Idoli dekat rumah nanti"

"Betul abang Paizo tak paksa?"

"Betul" jawab Kaizo sambil tersenyum sedikit "Rizu nak ganggu si Pang tu boleh"

"Hehehe... tapi Pizu nak main dengan Idoli. Sudah lama tak main perang-perang dengan dia, rasa rindu pula"

"Mainlah puas-puas. Tadi sebelum abang keluar, dia sudah sepahkan bilik dia dengan mainan yang dia bawak"

"Idoli memang begitu, suka sepahkan mainan dia" kata Rizu "Tapi... sebelum kita pulang, Pizu nak main dengan kucing-kucing ni dulu boleh?"

"Boleh, asalkan Rizu gembira. Abang tak suka melihat Rizu dalam kesedihan"

"Terima kasih abang Paizo" Rizu peluk tubuh Kaizo seerat-eratnya "Terima kasih kerana memahami diri Pizu"

"Sama-sama, Rizu"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengahari itu, Rizu temankan abang angkatnya ke sekolah. Dia suka berjalan dengan abang angkatnya iaitu Fang. Mereka selalunya akan gelak ketawa, bernyanyi-nyanyi ataupun bincangkan sesuatu yang serius. Pada ketika itu, Fang tidak mahu bangkitkan balik tentang kejadian di sekolah Rizu. Dia juga seperti abangnya, tidak mahu melihat Rizu di dalam keadaan sedih. Mereka berdua sudah pun melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Boboiboy ada di bangku sekolah tetapi dia tidak sedar dengan kehadiran mereka berdua kerana terlampau sibuk melihat pelajar-pelajar lain bermain bola di padang sekolah

"BBB-CHAN!" Seorang gadis memintas Fang dan Rizu dengan pantasnya "BBB-CHAN! LILY ADA DI SINI!" Lily sudah melambai-lambai ke arah seorang remaja lelaki bertopi oren

"Aduh.. si pelik ni sudah sampai" Fang menepuk dahinya sendiri

"Abang Fang sabar ajelah dengan kakak Lily tu"

"Abang memang sabar ni. Kalau diikutkan hati, sudah lama abang campak dia jauh-jauh dari sini tapi itu macam terlampau kejam sangat"

"Tak baik tau campak dia jauh-jauh" kata Rizu "Abang Fang kena layan kakak Lily dengan baik, dengan cara pelik pun takpe. Mesti lagi best dan lebih menarik! Heheheee..."

"Hmmm.. entah-entah lagi huru-hara jadinya" Fang mengeluh sedikit "Kenapa Idoli tak ikut kita tadi?"

"Abang Fang lupalah ni.. dia kan dah tidur dekat rumah sebab banyak sangat main dengan Pizu. Kita orang main perang-perang angkasa! Planet landak kena serang dengan alien penguin yang comel! Ratu Lily telah diculik oleh mereka! Kapten Rizu dan Prebet Idoli pergi menyelamatkan mereka dan juga melindungi planet landak.. hehehee"

"Seronoknya korang bermain"

"Memanglah seronok abang Fang" Rizu tersenyum lebar kepada abang kesayangan dia "Oh yea, abang Paizo sampai lambat ke?"

"Dia kata dia nak tunggu kak Lynna sampai" balas Fang "Kalau dia pergi, nanti siapa nak temankan Idoli dekat rumah. Sambil dia tunggu tu, sambil tulah dia minum air teh hijau dia untuk berikan ketenangan kepada diri dia.. tak habis-habis dengan teh ketenangan dia tu. Bila mengajar aje, terus takde ketenangan. Macam singa tengah cari mangsa"

"Wuuu... agaknya landak kot yang jadi mangsa dia.. hehehehe" Muncul Lily di sebelah Fang

"Apasal kau tiba-tiba muncul dekat sini? Bukan ke sepatutnya termenung tengok muka BBB-CHAN kau tu" Fang terus bersilang tangan. Mata dia melirik ke arah Boboiboy yang masih lagi melihat budak lain bermain bola sepak "Dia tak sedar kau panggil dia ke?"

"Dia sedar tapi Lily saja nak tegur landak"

"Kakak Lily mesti rindukan abang Fang kan!" Tiba-tiba kepala Rizu dipeluk oleh Lily "Ke-kenapa kakak Lily?"

"How are you my little penguin? Kakak Lily risaukan tentang Rizu semenjak kejadian hari tu. Maafkan akak kerana tidak pergi melawat Rizu dekat rumah... UWAAAAAA!"

Pelajar-pelajar lain terhenti sekejap, mereka semua memandang ke arah Lily yang sedang berdrama sedih itu. Beberapa pelajar tergelak sedikit melihat gelagat Lily dan ada juga yang menggelengkan kepala mereka sahaja. Fang sudah tinggalkan mereka berdua kerana tidak mahu masuk ke dalam drama Lily. Dia terus berjalan menuju ke arah Boboiboy

"Wei Boboiboy, apasal kau tak layan si pelik tu" Fang tundingkan jarinya ke arah seorang gadis sedang memeluk seorang budak kecil yang masih lagi berdrama di tengah-tengah perkarangan sekolah "Kau memang malas nak layan dia kan"

Boboiboy menoleh ke arah Fang sambil tersengih besar. Dia tahu diri dia buat silap kepada Lily tetapi dia berharap sangat Lily akan ganggu Fang bukan diri dia. Fang bersilang tangan sambil menunggu jawapan dari kawan baik dia

"Hehehe.. maaf Fang, aku tak sengaja tapi janganlah marah" kata Boboiboy yang masih tersengih lagi

"WHAT! BBB-CHAN TAK NAK LAYAN LILY! WHY LANDAK WHY!" Lily goyang-goyangkan bahu Fang "APA YANG LANDAK SUDAH LAKUKAN KEPADA BOBOIBOY!"

"Sabar kakak Lily, abang Boboiboy tak sengaja atau dia tak perasan yang kakak Lily ada dekat sini" kata Rizu

"Adeh.. sakit kepala aku" Fang rasa pening sedikit setelah Lily lepaskan bahu dia "Wei, kau ni memang nak buat aku mengamuk! Aku campak kau jauh-jauh baru kau tahu!"

"Amboi, ada hati nak campak kawan baik aku yea" Muncul Bella di belakang Fang dengan bola tamparnya. Faye ada di sebelah Bella "Kau buat macam tu dekat dia, aku hantuk kepala kau dengan bola ni"

"Terima kasih kawan ku kerana selamatkan Lily dekat sini" Lily peluk Bella sambil berpura-pura menangis "Si landak ni memang suka sangat nak mengamuk. Apa salah Lily! WHY WHY WHY!"

"Kasihan Lily" Faye mengusap kepala Lily serba lembut "Sepupu aku tu memang macam tu, asyik nak marah aje. Kalau time dia tengah bahagia, memang macam orang gila"

"Wei, kau cakap elok-elok ok" Fang sudah bermasam muka

"Aduh, pening kepala aku dengan korang semua" Boboiboy mula mengeluh di situ "Kan bagus kalau korang semua boleh hidup berdamai, tiada pergaduhan. Ini tidak, asyik nak bergaduh aje. Rasa tak seronok pulak"

"Betul betul! Pizu sokong" kata Rizu sambil angguk kepalanya "Apa kata Pizu cabar abang Fang"

"Rizu nak cabar abang?"

"Yea abang Fang.. Pizu cabar abang Fang, jangan mengamuk dan jangan nak marah orang sahaja. Kakak Bella pula, jangan nak cari gaduh dan bersikap ganas. Kena lemah lembut. Kakak Lily.. tak boleh berdrama dan juga tidak boleh berkelakuan pelik"

Mata mereka terkebil-kebil melihat Rizu. Adakah Rizu serius dengan cabaran itu atau hanya lawak jenaka sahaja? Tetapi bagi Fang, cabaran macam mana pun, dia tidak boleh mengaku kalah. Dia tidak akan merungut dan akan tetap menerima cabaran itu dari Rizu. Sebagai alien yang terbaik, dia akan lakukan cabaran ini kepada Rizu untuk membuktikan dia bukanlah hanya sekadar mengamuk atau marah orang sahaja. Lily garu-garu kepalanya sendiri kerana dia sedang fikirkan bagaimana untuk menjadi budak biasa yang tiada kepelikannya?

"Abang akan terima cabaran ini" kata Fang dengan penuh semangat "Abang akan buktikan kepada Rizu"

"YEAH!" Rizu terus peluk abang kesayangan "Pizu percaya abang Fang dapat lakukan dengan baik"

"Hehehe.. bolehlah tengok si Fang jadi tak betul" muncul Gopal dengan ayam gorengnya. Fang terus berikan renungan maut kepada Gopal "Dey, janganlah pandang aku macam tu. Ingat aku takut ke.. kau mana boleh mengamuk atau marah aku"

"Hmm... nasib kau begitu baik sekali" kata Fang

"Akak pun akan terima cabaran ini juga" Bella tidak mahu kalah dengan Fang "Akak akan menjadi gadis ayu selama seminggu!"

"Wah! Bella jadi ayu, tak sabar aku nak melihatnya" kata Yaya sambil bertepuk tangan "Mesti ramai yang akan terpikat dengan keayuan kau nanti"

"Wah! Aku tak sabar nak tengok juga" kata Ying "Ini sudah menjadi cabaran yang menarik! Hehehe.. Rizu mahu cabar siapa lagi?"

Rizu garu-garu dagu dia sambil melihat pelajar-pelajar yang ada di sekitar sekolah itu. Mata dia berhenti di hadapan Gopal. Pada ketika itu, Gopal tidak perasan dengan Rizu memerhatikan dirinya. Rizu tersenyum kecil. Selepas itu dia ternampak seorang budak lelaki sedang berjalan sambil membaca sebuah buku teks sekolah. Senyuman Rizu menjadi semakin lebar

"HAH! PIZU CABAR ABANG HARRAZ!"

Terkejut Harraz dengan jeritan Rizu tadi. Buku yang dia pegang tadi, terlepas dari tangannya dan lalu terjatuh di atas perkarangan sekolah. Harraz pandang kanan dan kirinya kerana dia tidak tahu kenapa Rizu menjerit namanya tadi

"Kenapa Rizu jerit nama abang?" tanya Harraz sambil angkat buku dia yang terjatuh tadi

"Hehehe... Pizu cabar abang Harraz untuk tidak membaca buku selama seminggu! Tapi buat kerja sekolah tu, masih boleh lagi"

"Err.. jadi abang tak boleh nak baca buku apa-apa untuk ulangkaji?"

"Yea" balas Rizu

"YAHOOOO!" Harraz terus simpan buku dia di dalam beg sekolahnya "Seminggu tanpa baca buku! BOLEH REHATKAN OTAK!"

"Aik, suka pulak dia ni" Boboiboy tersengih dan tergelak sedikit melihat gelagat Harraz "Hehe.. tak sabar pulak aku ingin melihat kesannya nanti tapi yang pasti, si Fang akan jadi tak betul"

"Wuuuu.. kegemaran Lily tu. Landak menjadi tak betul adalah salah satu kegemaran Lily!"

"Woi!" marah Fang sambil menggenggam tangan kanannya "Ada juga nak kena dengan aku ni"

"Haip, abang Fang kan tak boleh marah-marah dan juga mengamuk. Abang Fang kena belajar untuk mencari ketenangan macam abang Paizo"

"Betul juga tu Rizu" Lalu Fang mendapat satu idea yang bernas. Mungkin idea ini juga dapat mengawal segala kemarahan dia "Hehehee... dengan cara ini, aku akan pastikan kemenangan milik aku"

Terus Rizu tepuk dahinya sendiri. Lalu dia pandang ke arah Gopal yang masih lagi sedang makan. Rizu tersenyum lebar dengan matanya asyik memerhatikan Gopal

"Abang Gopal"

"Errr.. kenapa Rizu?" Gopal dapat merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi kepada diri dia "Rizu nak apa? Nak ayam goreng ni ke? Hehee.." Dia tersengih kepada budak kecil itu

"Bukan, Pizu nak bagi cabaran dekat abang Gopal" kata Rizu dengan penuh keyakinan "Abang Gopal hanya boleh makan buah dan sayur-sayuran sahaja"

"Ala.. kacang aje tu" kata Gopal dengan bangganya

"Tapi.." Rizu tersenyum lagi

"Erk! Ada tapi pulak.." Gopal mula terasa berpeluh-peluh

"Tapi abang Gopal tak boleh pergi ke kedai Tok Aba sebab Pizu tahu, chocolate adalah kegemaran abang Gopal. Takut nanti abang Gopal tergugat tengok orang lain makan chocolate dekat situ"

"Jadi, jadi... abang tak boleh nak dapatkan bau chocolate dekat kedai Tok Aba?!" Rizu angguk kepalanya kepada Gopal "TIDAKKKKKKKK!" Gopal terduduk di situ sambil mengenang nasib dirinya

"Bertabahlah kawan baik ku" Boboiboy tepuk bahu Gopal secara lembut "Aku pasti, kau mengharungi cabaran ini"

"Terima kasih kawan ku" kata Gopal secara lemah

"Jadi cabaran ini hanya seminggu sahaja?"

"Yea kakak Yaya dan ianya bermula sekarang!" jawab Rizu "Hmmm... rasanya sudah cukup orang Pizu bagi cabaran ni.. hehehe.. tapi.." Lalu Rizu mendongak ke atas sambil fikirkan seseorang "Kalau Pizu cabar abang Paizo jangan minum air teh hijau dia selama seminggu boleh ke?"

"JANGAN!" Kata mereka semua "HABISLAH PULAU RINTIS NI NANTI!"

"Ke-kenapa?" Terkejut Rizu dengan jeritan mereka semua

"Rizu kena dengar cakap abang" Fang pegang kedua bahu adik angkatnya. Mata dia terus merenung tajam ke arah Rizu seperti dia ingin pukaukan adik angkatnya dengan sesuatu "Jangan sesekali pisahkan abang Kaizo dan teh hijaunya kerana teh hijau itu sahaja dapat tenangkan abang Kaizo. Kalau tidak, pulau ini akan menjadi huru-hara akibat keganasan abang Kaizo. Abang ulang lagi sekali, jangan pisahkan abang Kaizo dan teh hijaunya" Nada dia pada ketika itu berubah menjadi suara yang agak menyeramkan

"Ok.. Pizu faham" Rizu tersengih kecil

"Apa yang kau faham?" muncul Kaizo di situ bersama dengan buku-buku teks english yang telah dipeluk pada dadanya

"Takde apalah abang" Fang tersengih "Kita orang cuma berborak pasal soalan matematik yang Rizu tak faham. Jadi adik ajar dia sampai dia faham"

Kaizo perhatikan adiknya dengan begitu lama sekali. Mata dia merenung masuk ke dalam mata adiknya. Renungan itu membuatkan rasa berpeluh-peluh. Fang mula menelan ludah kerana takut jikalau abang dia tahu yang dia menipu tadi. Dia tahu menipu itu adalah perbuatan yang tidak baik tetapi dia terpaksa lakukan kerana tidak mahu abang dia mengamuk dan menghukum dirinya

"Hmmm... bagus kau ajar si Rizu sampai dia faham" Terus Fang rasa lega sedikit. Lalu Kaizo berkata lagi "Pang, hari ni abang balik lewat sikit tapi kau jangan nak merayap ke mana-mana pula nanti"

"Baik abang" Fang tersengih sedikit "Kak Lynna dah ada dekat rumah kita ke?"

"Yea" balas Kaizo "Lepas dia sudah sampai, abang terus ke sini"

"Jadi abang Paizo sudah habis minum air ketenangan dekat rumah" Cepat-cepat Fang pergi terkup mulut Rizu

"Air ketenangan?" Kaizo mengangkat kening sebelah

"Yelah, air teh hijau tu. Abang Kaizo kan sentiasa tenang bila minum teh hijau" kata Boboiboy "Muka abang Kaizo nampak tenang dan sangat berpuas hati"

Kaizo cuba hendak tersenyum sedikit tetapi bibir dia tidak bergerak-gerak. Riak wajah dia masih kekal lagi seperti biasa iaitu serius. Mata terus menjeling ke arah seorang gadis yang suka membuat keadaan menjadi huru-hara. Dia tidak tahu kenapa Lily ada di situ

"Apasal si pelik ni ada dekat sini?" tanya Kaizo "Kau tak pergi sekolah ke?"

"Ma-mana ada!" balas Lily "Kalau abang Kaizo nak tahu kenapa Lily ada di sini kerana.. pagi tadi Lily demam. Lily cuba hendak kuatkan diri untuk pergi ke sekolah tetapi ibu Lily tidak mengizinkan Lily menjejak kaki ku ke sekolah. Jadi Lily angkur sahaja. Lily diberikan ubat demam dan disuruh berehat di dalam bilik. Maka dengan itu, Lily tidur sambil dibuai mimpi indah. My BBB-CHAN muncul di dalam mimpi Lily. Mimpi itu begitu indah sekali, sehingga Lily terasa demam Lily sudah pulih!" Lily palingkan mukanya ke arah Boboiboy dengan matanya sudah bersinar-sinar "BBB-CHAN telah sembuhkan diri Lily dengan munculkan dirinya di dalam mimpi Lily! Sekarang ini Lily sudah sihat walafiat! YAHOOOOO!"

"Kakak Lily gagal dalam cabaran ini" kata Rizu dengan sadisnya

Jantung Lily bagaikan ditusuk dengan sebilah pisau tajam. Lily terduduk di situ kerana tidak dapat menerima yang diri dia sudah gagal di dalam cabaran Rizu berikan sebentar tadi. Dia mahu menjerit di situ tetapi dia terus tersenyum lebar kerana dia boleh melakukan perkara pelik-pelik yang dia mahukan. Lily bangunkan diri sambil ketawa seperti orang gila

"Hehehee... AKHIRNYA LILY BEBAS DARI CABARAN RIZU! YAHOOOO!" Lily memandang Boboiboy lagi. Kali ini dengan hatinya yang sudah berbunga-bunga "Nanti kita pergi jalan-jalan ok, BBB-CHAN"

"Tapi kakak Lily kena belanja Pizu makan pizza sebab gagal dalam cabaran tu"

"ERK!" Terkejut Lily "Tapi takpe, kakak Lily akan join sekali makan PIZZA! YAHOOO!"

"Kalau begitu, aku nak kau hantar dia pulang ke rumah aku. Jangan nak merayap ke mana-mana kecuali kedai pizza" kata Kaizo dengan serius kepada Lily "Kalau ada apa-apa yang berlaku, hubungi aku dengan segera"

"Err.. abang, si pelik ni boleh dipercayai ke?" tanya Fang sambil garu-garu kepalanya

"Entahlah tapi abang yakin, si pelik ni akan menghubungi abang jikalau ada musuh datang menyerang"

"Ok" balas Fang

"Kapten itik hot jangan risau! Lily akan jaga si penguin comel ini dengan baik!" Lily terus berikan tabik hormat kepada Kaizo "Kalau ada musuh datang menyerang, Lily akan panggil BBB-CHAN DULU!"

Berkerut-kerut dahi Kaizo tetapi dia abaikan sahaja gadis pelik itu. Dia tidak berkata apa. Dia hanya terus ke depan untuk naik ke bilik guru. Dia tinggalkan adiknya dan kawan-kawan adiknya di situ untuk bergembira sebelum loceng sekolah berbunyi. Kaizo menoleh sedikit untuk melihat Rizu seketika. Rizu tidak seperti pagi tadi. Dia seperti sudah lupakan masalah yang dia hadapi pada waktu pagi. Ini semua kerana adiknya yang selalu berada di sisi Rizu untuk menceriakan hati si kecil itu

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Fang masih lagi dapat bertahan dengan cabaran Rizu. Dia masih lagi mampu menahan kemarahan dia dan juga menahan diri dia daripada mengamuk tak tentu pasal. Donut lobak merah dia sudah bersiap sedia di dalam beg sekolahnya. Ianya adalah untuk kecemasan, jikalau dia tidak dapat mengawal kemarahan dia. Gopal pula, dia asyik terbayangkan kedai Tok Aba yang dipenuhi dengan semua makanan kegemaran dia iaitu chocolate. Sambil dia makan buah apple, sambil itulah dia bayangkan diri dia sedang menikmati sebuah chocolate. Lain pula dengan Harraz. Dia menikmati setiap saat dan setiap masa dengan menghabiskan masanya dengan pelbagai aktiviti. Satu buku dia tidak sentuh kecuali buku-buku latihan sekolah yang guru dia suruh buat di rumah. Manakala Bella pula, dia mengubah penambilan dirinya seperti gadis ayu. Dia bersikap sopan santun sebaik sahaja tiba di sekolah. Ramai pula pelajar lelaki yang terpikat dengan sikap sopan santunnya

"Wah, tak sangka pula si Bella ni dapat perhatian ramai" kata Yaya yang berada di dalam gazebo sekolah bersama Ying

"Yolah, dia macam seorang puteri pulak" kata Ying pula sambil perhatikan Bella bergelak sopan dengan seorang remaja lelaki "Hehehe... tapi aku rasa jangkal pula melihat kelakuan Bella seperti itu. Selalunya dia tu ganas macam budak lelaki"

"Ala, biarlah dia lembut-lembut macam tu. Takdelah dia nak cari pasal dengan aku nanti.. hehehee... takdelah aku nak bergaduh dengan dia" kata Fang sambil tersenyum sinis "Aku harap, hari ni tiada siapa dapat menaikkan kemarahan aku!"

"Sebab kau nak menang dalam cabaran ni?"

"Betul tu Yaya! Tapi kalau aku jadi tak betul.. hmmm..." Fang mula berfikir "Kalau aku berkelakuan tak betul, itu maknanya aku takde perasaan nak marah orang. Perasaan nak mengamuk pun takde"

"Tapi nanti ayat kau keluar yang pelik-pelik aje" balas Yaya

"Yea ke"

"Betul maaa" kata Ying kepada Fang

"Tak perasan pulak aku" Fang garu-garu kepala dia "Mungkin sebab waktu tu aku tak fikirkan tentang apa-apa dan terus tak ingat apa yang aku katakan"

"Mungkin" kata Yaya "Rizu mana? Dia ok tak hari ni?"

"Dia ok" jawab Fang "Abang aku temankan dia dekat sekolah. Rizu takut kalau dia menyusahkan diri dia sahaja tapi abang aku macam tak kisah aje. Dia elok aje dekat sekolah Rizu tadi"

"Jadi.. kau pergi menghendap abang kau dekat sekolah Rizu ke tadi?" tanya Yaya

"Hehehe.. aku nak pastikan abang aku ok aje" balas Fang sambil tersengih "Sekarang ni, abang aku ada dekat sini.. kak Lynna pula yang mengambil alih. Rizu ada tanya, kenapa tak suruh dia duduk sahaja dekat makmal Emmy. Abang aku jawab, Emmy masih kecil lagi. Rizu perlukan pengawasan dari orang dewasa"

"Baguslah tu. Abang kau memang tegas dalam hal-hal begini sampai keselamatan Rizu pun dia ambik berat" kata Yaya "Aku risau juga kalau dalam beberapa hari ni tiba-tiba Rizu dikawal oleh virus tu dan menyerang kita semua"

"Hmm.. abang aku pun risaukan tentang itu" balas Fang. Dia duduk di bangku gazebo itu dan lalu berkata lagi "Sekarang ni... kita orang masih lagi menunggu kedatang seorang professor yang dapat pulihkan Rizu sepenuhnya"

"Siapa professor tu?" soal Ying

"Professor Falcon" Fang mendongak sedikit dan pandang ke arah langit biru "Dia adalah kawan lama ayah aku dan cermin mata aku adalah pemberian dari dia juga. Aku berharap kali ini dia dapat menolong Rizu"

"Kita sama-sama berusaha untuk menolong Rizu"

"Betul kata Yaya, kita semua sayangkan Rizu maaa.." Ying tersenyum sedikit "Orang tak nak sayangkan dia pun takpe, biar kita orang sahaja yang sayangkan dia"

"Siapa pulak yang tak nak sayangkan dia?" Bella sudah pun tiba di gazebo. Muka dia kelihatan letih sedikit "Adeh.. letih betul jadi gadis sopan ni. Sudahlah tadi ada yang cuba nak cari gaduh dengan aku tapi aku balas balik dengan gaya yang sopan. Terus budak tu gelakkan aku. Takpe takpe.. habis sahaja cabaran ni, aku lempar bola tampar dekat muka dia... hehehe"

"Hmm.. kau tak puas hatilah tu" kata Fang

"Memang tak puas hati pun" Bella dudukkan dirinya di gazebo itu "Korang cerita tentang siapa tadi?"

"Tentang Rizu" balas Yaya

"Itu yang korang cakap tiada siapa yang sayangkan dia. Ala, ramai lagi yang sayangkan dia. Contohnya adalah si budak Pang ni.. abang angkat kesayangan kepada Rizu tu. Abang yang mithali, yang suka mengamuk tetapi Rizu masih setia lagi dengan abang kesayangan dia.. hehee" Bella terus berikan senyuman sinis dia kepada Fang

"Nak aje aku marah si Bella ni" bisik Fang "Sabar.. sabar.. fikirkan tentang donut lobak merah"

"Hai korang!"

Muncul Harraz di gazebo itu pula. Muka dia kelihatan merah kerana terlampau penat sangat bermain badminton dengan pelajar lain. Hari ini sahaja dia sudah melakukan aktiviti yang dia tidak pernah cuba, contohnya mewarnai kain batin di kelab seni. Selain itu, dia ada pergi belajar bermain piano di kelas muzik bersama dengan seorang guru lelaki. Bella rasa cemburu melihat Harraz dapat bermain badminton. Dia tahu, kalau dia dapat bermain mana-mana sukan, secara tidak langsungnya, dia akan bertukar menjadi ganas. Lalu dia kawal hati dan perasaannya. Dia terpaksa berikan senyuman ayu dia

"Aku rasa bertenaga pulak hari ni. First time main badminton, memang teruk kena smash dengan budak-budak tadi tapi aku tetap nak main juga.. hehee.. Bella, nanti lepas habis cabaran ni, kita main badminton sama-sama ok" kata Harraz dengan penuh semangat

"Ok" balas Bella "Tapi kau nak tinggalkan buku-buku kau ke? Dan menjadi ahli sukan lepas ni?"

"Takdelah, buku tetap di hati aku" jawab Harraz dengan seikhlasnya "Kita main badminton time aku nak rehatkan diri aje. Nanti aku nak belanja si Rizu tu sebab bagi aku cabaran yang sangat baik untuk diri aku"

"Oklah tu, baguslah untuk diri kau tapi aku.." Gopal terus duduk mencangkung di lantai kayu gazebo itu. Muka dia kelihatan sedih "Hmm.. rasa macam tak dapat nak bau kedai Tok Aba macam mana dah. Selalunya, sebelum pergi sekolah, aku akan singgah kedai Tok Aba dulu. Dapat merasai kesedapan air hot chocolate. Sekarang ni, semangat aku dah hilang pulak"

"Kasihan kau yea" kata Yaya "Mana Boboiboy? Bukan dia selalu sampai awal daripada kau ke?"

"Hmm.. si Boboiboy demam" jawab Gopal

"Aik, dia berjangkit dengan Lily ke?" Ying rasa pelik seketika "Haiyaaa... si Lily bawak penyakit pulak"

"Hehee.. mesti si pelik tu menyesal sebab bawak virus demam dekat si Boboiboy" Fang tersenyum sinis sambil terbayangkan Lily menangis kerana menyesal "Mesti si pelik tu melantun-lantun sebab buat Boboiboy demam"

"Ataupun dia melantun-lantun sebab gembira" kata Bella sudah terbayangkan Lily melantun-lantun seperti sebiji bola

"Apasal pulak?"

"Ala kau ni Fang, dia gembira sebab bolehlah dia pergi melawat si BBB-CHAN dia tu dekat rumah. Dia mesti bawa makanan khas untuk Boboiboy" Bella dapat bayangkan Lily dengan gembiranya membawa sup ayam untuk pergi ke rumah Boboiboy "Lepas tu.. si Lily terus menangis kerana ada satu signboard terpacak dekat depan pintu rumah Boboiboy"

"Aik, apasal dia menangis pulak?" Ying rasa pelik dengan cerita Bella

"Hehehe.. dia menangis sebab signboard tu tulis Orang yang bernama Lily, dilarang masuk.. hehee" Bella tergelak sedikit secara sopan "Kejam betul aku bayangkan macam tu"

"Kejam memang kejam tapi Lily tu kan kawan baik kau. Boleh pulak kau fikirkan macam tu"

"Ala Yaya, biarlah si Bella tu bayangkan macam tu" Fang terus berikan senyuman bangga kepada Bella "Biarkan si pelik tu menangis tak tentu hara dekat depan rumah Boboiboy.. MUAHAHAHAA!"

"Tapi kan... bukan ke Bella kena jadi sopan satun, tak boleh jadi ganas. Aku beritahu Rizu nanti apa yang kau buat" Tiba-tiba sahaja Yaya tersenyum sinis kepada Bella "Apa yang Bella bayangkan tadi tu, bukan ke ganas dan tidak elok untuk imej seorang gadis yang sopan-santun"

"Mana ada ganas sangat. Oklah tu Lily menangis di hadapan rumah Boboiboy. Kalau nak lagi ganas, aku bayangkanlah Boboiboy berpecah menjadi tujuh untuk menghalau si Lily tu.. hehehee.. tapi sebagai seorang gadis yang ayu" Bella mula duduk di atas bangku gazebo seperti seorang puteri yang sopan "Aku akan katakan.. semoga Lily dapat menjaga Boboiboy dengan baik. Semoga Boboiboy dapat kembali ke sekolah setelah dia sembuh dari demamnya"

"Kalau si Fang jadi tak betul, apa yang kau akan katakan" tanya Gopal sambil gigit sebiji buah apple

"Aku akan cakap..." Fang mengubah nada percakapan dia seperti seorang gila "Boboiboy tu demam sebab dia pun nak merasai apa yang si pelik lalui semalam. Nak sehati sejiwa katakan.. hehehee"

"Elok sangatlah tu" bisik Bella "Wei, Faye mana? Aku tak nampak pun dia dari tadi"

"Faye ada dekat klub menjahit" jawab Harraz "Dia cakap dia nak lancarkan fashion dia dekat sini. Besar sungguh impian dia. Aku tengok design-design baju dia, memang lawa. Sangat mengagumkan"

"Sepupu aku nak keluarkan koleksi fashion dia!" Fang mula berpusing-pusing di tengah gazebo itu "Semoga berjaya Faye! Jangan lupakan kami di sini!" Selepas itu, dia terus bermasam muka sambil bersilang tangan

"Kau ni, ok ke tak ok?"

"Aku ok aje, Yaya" kata Fang "Aku masuk kelas dulu"

"Nak pergi bersihkan kelaslah tu"

"Betul tu Bella! Kebersihan itu adalah penting!" Fang dengan pantasnya, dia terus lari keluar dari gazebo itu "JUMPA MASA REHAT NANTI!"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ketiga cabaran Rizu. Salah seorang dari peserta cabaran itu sudah mula goyah. Dia adalah Gopal. Dia asyik terbayangkan kedai Tok Aba ada di depan matanya. Sehingga semua masakan ibunya, bau seperti chocolate. Gopal mula hilang arah sehinggalah pagi itu, dia sudah pun berada di kedai Tok Aba

"ATUK! HOT CHOCOLATE SATU! WAFFLE CHOCOLATE SATU! CEKODOK CHOCOLATE PUN SATU!" kata Gopal seperti orang sudah hilang akal

"Haih, kau nak putus asa ke?"

"Ha ah Boboiboy, aku tak tahan sangat.. jadi aku mengambil keputusan untuk mengalah ajelah" Gopal baringkan kepalanya di atas meja kaunter kedai itu "Nak rasa menyesal, takdelah juga.. tapi asalkan aku dapat menikmati makanan chocolate dekat kedai atuk kau"

"Amboi, hidup tak boleh nak aman tanpa makanan dekat kedai atuk yea" Tok Aba rasa kasihan melihat Gopal yang sudah kelihatan lemah seperti orang tidak makan selama sebulan "Nah, ambik air chocolate ni. Minumlah puas-puas"

Tok Aba letak segelas air chocolate di tepi kepala Gopal. Dengan serta-mertanya, Gopal mengangkat kepalanya dengan sebuah senyuman yang terukir di bibirnya

"TERIMA KASIH ATUK!"

"Sama-sama, tapi jangan lupa bayar yea"

"Adeh, ingatkan percuma tadi, rupanya kena bayar" Kepala Gopal terus kembali di atas meja kaunter itu "Bayar pun bayarlah, asalkan dapat minum air chocolate ni"

"Hehehe... kasihan kau" kata Boboiboy sambil mengelap pinggan yang sudah siap dibasuh "Agaknya macam mana yang lain yea. Dia orang pun dah mengalah macam kau ke?"

"Entahlah Boboiboy" balas Gopal "Entah-entah, si Fang tu mula jadi tak betul hari ni"

Tekaan Gopal pada ketika itu, memang tepat. Fang sudah mula rasa dirinya tidak betul kerana malam semalam, dia terpaksa menahan kemarahan dia. Kaizo telah memaksa dia membuat pelbagai kerja, termasuklah mengemas bilik Idoli yang bersepah itu. Boboiboy mula risau apabila Fang tiba di kedai Tok Aba dengan beberapa ekor anak itik yang berwarna-warni. Anak-anak itik itu adalah kepunyaan Emmy. Dia ingin meminjam anak-anak itik tersebut kerana haiwan itu mengigatkan tentang abangnya iaitu Kaizo. Anak-anak itik itu ikut sahaja ke mana Fang pergi

"Err.. Fang, kau ok ke?"

"Aku ok aje, Boboiboy. Tengok anak-anak abang aku ni, semuanya comel aje" Fang terasa seronok apabila anak-anak itik asyik memanggil dia "Sabar yea anak-anak itik, nanti uncle Fang akan berikan korang makanan"

"Aduh.." Boboiboy menepuk dahinya sendiri "Dia dah mula jadi tak betul. Kalau berterusan begini selama seminggu, tak tahulah apa dia akan buat nanti"

"Dey, apasal kau panggil anak-anak itik ni anak abang kau?"

"Itulah kau Gopal, Kan si Lily selalu panggil abang aku Kapten Itik Hot, jadi terbayangkanlah abang aku tu seekor itik dan anak-anak itik ni adalah anak dia. Comel tak anak abang aku?" Fang mengangkat satu per satu anak itik itu dan letakkannya di atas meja kaunter kedai "Anak-anak itik nak makan chocolate tak?"

"Fang, anak itik mana ada makan chocolate. Kau ni demam ke apa?" Tok Aba terus merasai dahi Fang dengan tangannya "Tak demam, apasal tiba-tiba tak betul ni?"

"Hmm.. panjang ceritanya atuk" kata Boboiboy "Dia ni terkena cabaran dari Rizu. Tak boleh marah atau mengamuk selama seminggu. Fang akan jadi tak betul bila dia menahan kemarahan dia, macam sekarang ni"

"Hehehee.. betul tu! Ramai yang suka tengok aku jadi tak betul! Terutama sekali si pelik tu!" kata Fang dengan penuh semangat "Dengan perangai aku yang serba tak betul, aku akan menjadi popular.. hehee.. hahaha"

"Jadi, apa yang kita perlu buat sekarang ni" soal Gopal kepada Boboiboy

"Tak perlu buat apa-apa" muncul Kaizo di belakang Gopal "Biarkan adik aku ni jadi macam ni selama seminggu. Aman hidup aku untuk sementara. Kalau tidak, asyik nak cari gaduh aje si Pang ni"

"Ala abang.. kita gaduh-gaduh manjalah" Fang tumbuk-tumbuk lengan abangnya secara lembut "Abang jomlah, kita lawan-lawan, gusti-gusti, gaduh-gaduh manja.. tentu seronok. Anak-anak abang pun seronok aje tengok kita nanti"

"Anak aku?" Kaizo mengangkat kening sebelah

"Yelah, anak-anak itik ni kan anak abang. Yang warna hijau tu nama dia Hulk, yang merah tu Ironman, yang kuning tu Minion, yang biru tu Captain America dan yang warna purple tu, nama dia Prebet Pang" Fang mengusap satu per satu kepala anak itik itu "Semuanya comel-comel macam abang. Dia orang-" Belum sempat Fang habiskan ayat dia, Kaizo sudah pun ketuk kepala adiknya sehingga dia pengsan

"FANG!" Terkejut Boboiboy dengan tindakan Kaizo tadi

"Kaizo, apa yang kau buat dekat adik kau ni" marah Tok Aba

"Maaf atuk, saya terpaksa ketuk kepala dia yang serba tak betul ni" kata Kaizo "Kamu berdua, pulangkan anak-anak itik ini dekat Emmy. Biar aku hantar si Pang ni pulang ke rumah. Kalau aku suruh dia pergi sekolah hari ni, entah apa yang dia akan buat nanti. Biarlah dia duduk dekat rumah sahaja hari ini"

"Err.. tapi kalau esok dia macam ni juga, abang Kaizo nak buat apa? Nak suruh Rizu batalkan cabaran ini?" tanya Boboiboy

"Itu, biar aku fikirkan dulu" balas Kaizo "Sebelum tu... Tok Aba, air chocolate green tea satu"

"Sempat lagi" bisik Gopal sambil bermain-main dengan anak itik

"AIR KOPI UNTUK ABANG AKU SATU!"

Fang sudah mula sedarkan diri. Lalu Kaizo ketuk balik kepala adiknya. Fang kembali pengsan selepas itu. Boboiboy gelengkan kepala sahaja sambil berkatakan terbalik di dalam hatinya yang suci murni itu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari keempat, Fang duduk di kantin sekolah sambil makan donut lobak merahnya seorang diri. Pada ketika itu, loceng sekolah belum lagi berbunyi. Sekolah belum bermula lagi. Donut-donut itu telah dibelikan oleh Kaizo untuk adiknya yang sudah tidak adiknya dapat mengawal dirinya yang serba tidak betul itu. Mulut Fang comot kerana ada sisa-sisa krim donut itu. Yaya dan Ying tiba di kantin sekolah dan rasa kasihan dengan kawan mereka

"Aiyaa... tak kan si Rizu nak biarkan si Fang ni jadi macam ni selama seminggu?"

"Entahlah Ying. Aku takut kalau Fang tiba-tiba keluarkan penguin gergasi dia dekat sekolah ni" Yaya cukup risau pada ketika itu

"PENGUIN?! Mana penguin?" Fang terus bangun dari tempat duduknya. Dia menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari penguin itu "Takde pun penguin"

"Fang duduk balik ok. Nanti kita orang carikan penguin" kata Yaya

"Ok.. tapi jangan lupa bawa Neko Neko sekali. Rindu pula dengan harimau comel lotey tu. Rasa macam nak peluk-peluk aje" Donut yang dia pegang pada ketika itu, terus dia peluk di dadanya. Baju sekolah Fang menjadi kotor sedikit "Agaknya, Neko Neko sihat tak hari ni? Dia rindu aku tak?"

"Mestilah dia rindukan Fang" kata Yaya

"Yolah yolah.. kita orang pun rindu sama dia juga maa" kata Ying pula

Fang berlari keluar dari kantin sekolah. Yaya dan Ying menjadi cemas apabila melihat Fang melompat-melompat dengan kepalanya mendongak ke langit sambil memanggil nama harimau kesayangan dia. Bella yang tiba di situ bersama Faye, mereka juga terkejut dengan kelakuan Fang pada ketika itu. Bella sudah tidak tahan dengan perangai keanak-anakan Fang pada ketika itu, dia terus batalkan hasratnya untuk menang di dalam cabaran Rizu. Dia pergi mengambil sebiji bola yang ada pada seorang pelajar lelaki

"Bella, apa yang kau ingin lakukan" tanya Faye pada ketika itu

"Aku nak si Pang tu pengsanlah" Bella dengan bangganya, dia melempar bola itu terus kepada kepala Fang "YES!"

Fang pengsan di situ. Bella tersenyum bangga kerana berjaya membuat Fang pengsan. Dia tidak rasa bersalah pun pada ketika itu Faye menepuk dahinya sendiri

"Aiyaa.. sekarang siapa nak angkat si budak cacak ni?" Ying melutut di tepi Fang

"Takpe Ying, biar aku sahaja yang angkat dia" kata Yaya. Dia keluarkan kuasa gravitynya untuk mengangkat Fang. Kuasa bebola pink muncul untuk mengangkat Fang "Aku hantar dia terus ke bilik rehat. Lepas tu kita beritahu abang dia"

"Errr.. kalau boleh, jangan beritahu abang Kaizo tentang aku yang buat adik dia pengsan.. hehehe" Bella tersengih sedikit

"Tak payah beritahu pun takpe, aku sudah nampak segala-galanya" Kaizo muncul di belakang Bella "Aku ingatkan dia akan kembali seperti biasa setelah dia dapat donut lobak merahnya tetapi rupanya bukan. Nampaknya terpaksa aku batalkan cabaran ini"

"Alaaa... saya baru nak menang dah" Harraz terus mengeluh kecil. Hati dia rasa kecewa dengan keputusan Kaizo sebentar tadi

"Aik, dari mana lu datang?" tanya Ying

"Hehehee.. aku baru balik dari kelas sesi memasak hari ni" Harraz terus tunjuk masakan dia pada hari itu "Tengok, Momoki ajar aku cara-cara untuk buat tom yam. Tak silap aku, si Gopal pun ada dekat kelas tu. Dia ada juga offerkan diri dia untuk ajar aku buat laksa"

"Wah! Bagus betul si Gopal tu... hehehe.. dia tu kan nak jadi chef yang terkenal, jadi dia kenalah belajar memasak dari sekarang supaya impian dia tercapai"

"Betul tu Yaya" kata Bella

"Sudah sudah... kau.." Kaizo tunding jari dia kepada Yaya "Tolong aku hantar si Pang pulang ke rumah. Yang lain, beritahu kepada cikgu kelas dia, si Pang tak dapat menghadiri ke sekolah lagi kerana masalah otak dia yang tidak betul itu"

"Baik abang Kaizo" balas Faye

"Selamatlah kelas yang aku nak ajar, lambat start" bisik Kaizo

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di dalam sebuah bilik yang luas dan penuh dengan hiasan bintang di dinding, seorang budak lelaki terbaring di atas katil. Fang masih belum sedar lagi. Dia juga tidak sedar bahawa seekor makhluk hijau sedang berdiri di atas bahunya. Makhluk itu adalah Picu. Lidah Picu terjulur keluar sambil memerhatikan Fang. Lalu dia menjilat pipi Fang sehingga kisan air liur hijau melekat pada pipi itu. Mata Fang mula bergerak-gerak

"Ja-janganlah jilat pipi aku. Gelilah" kata Fang yang masih lagi tidak bangun. Mata dia pejam, umpama dia sedang tidur

"Fang.. bangun Fang"

Kedua belah mata Fang mula terbuka sedikit demi sedikit. Penglihatan dia agak samar sedikit pada ketika itu. Dia hanya nampak seorang wanita sedang memegang segelas air

"Ibu? Ibu ke tu? Adik dekat mana ni, ibu?"

"Ini bukan ibu kamu, Fang" kata seorang gadis. Suara dia lembut seperti ibu Fang "Ini kak Lynna.. abang kamu yang suruh akak jaga Fang"

"Kak Lynna?" Fang mengosok-gosok matanya untuk melihat orang itu dengan jelas. Ternyata orang yang berdepan dia adalah Lynna "Apa yang terjadi tadi akak?"

"Fang tak ingat?"

"Tak" balas Fang sambil geleng kepalanya "Abang mana?"

"Abang ada dekat sekolah. Akak ada dekat sini sebab nak jaga Rizu dan Idoli" kata Lynna. Lalu dia berkata lagi "Abang dan kawan kamu balik sekejap sebab nak hantar kamu. Kasihan Fang sebab pengsan lagi macam semalam"

"Abang ketuk kepala adik lagi ke?"

"Hmm.. dia cakap, kawan kamu yang buat. Dia baling bola dekat kepala kamu"

"Cheh, ini mesti kerja si Bella tu" bisik Fang sambil bermasam muka

"Kepala Fang ok tak?"

"Kepala adik ok aje, terima kasih kak Lynna" Fang mula tersenyum sedikit. Dia melihat Picu sudah melompat keluar dari katil itu "Si Picu tu, sesuka hati aje nak jilat pipi orang"

"Dia risaukan tentang diri Fang, sebab tu dia suruh Fang bangun" kata Lynna "Nah, minum air ni sedikit" Dia menghulurkan segelas air itu kepada Fang

"Terima kasih" Fang mengambil gelas itu dari tangan Lynna "Rizu dan Idoli mana?"

"Dia orang tengah main dekat luar. Akak tak benarkan dia orang pergi main jauh-jauh, jadi akak suruh dia orang main dekat halaman rumah sahaja"

"Ohh.. nanti bolehlah adik tolong akak jagakan mereka lepas ni"

"Boleh" Lynna mengusap kepala Fang "Nanti akak masakan sesuatu yang menarik untuk kamu semua.. hmm... korang suka makan apa yea?"

"Kak Lynna buat aje donut lobak merah.. hehehee"

"Hehe.. ok tapi bukan ke Fang dah makan dekat sekolah tadi"

"Erk! Macam mana akak tahu?"

Lynna tersenyum sambil tunjuk kesan kotor pada baju sekolah Fang. Lalu mereka berdua tergelak bersama. Fang rasa bahagia pada saat itu. Dia melihat Lynna seperti dia melihat abang dia sendiri. Kedua mereka mempunyai perwatakan yang berbeza tetapi Fang tetap sayangkan mereka sama rata. Fang ingin mengatakan sesuatu kepada Lynna tetapi mereka berdua telah dikejutkan dengan satu jeritan

"KAK LYNNA! KAK LYNNA!"

"Eh.. itu bukan suara si pelik ke?"

"Lily?" Lynna lari keluar dari bilik itu untuk melihat apa yang terjadi

Fang letakkan gelasnya di tepi katil. Dia terus keluar dari katil untuk berlari keluar dari biliknya. Dia berdiri di tepi koridor dan nampak Lily sedang memegang seekor anak kucing di dalam kesakitan. Kucing itu adalah Idoli. Wajah Lynna berubah menjadi pucat. Dia turun ke bawah untuk melihat anak kucing itu dengan jelas. Fang juga turut turun ke bawah dan terus ke runag tamu. Lily baringkan anak kucing itu di atas kerusi sofa. Dia kelihatan hendak menangis kerana tidak sanggup melihat kecederaan di badan anak kucing itu

"Apa yang terjadi, Lily? Mana Rizu?"

"Rizu yang serang Idoli tadi, kak Lynna" kata Lily dengan suara yang agak lemah

"Rizu serang?"

"Ha ah landak" Lily terduduk di atas meja ruang tamu. Muka dia nampak terkejut sedikit kerana dia menjadi saksi apa yang berlaku sebentar tadi "Masa Lily sampai, Rizu sudah mula menyerang Idoli. Pada masa yang sama, ada satu kapal angkasa datang untuk mengambil Rizu"

"Maksudnya, Rizu kena culik ke?"

"Bukan kak Lynna. Rizu macam relakan diri masuk ke dalam kapal angkasa tu. Lily tak sempat nak selamatkan Rizu.. maafkan Lily" Dia mula menangis dengan perasaan rasa bersalah "Kalaulah Lily sampai awal, Lily mungkin dapat selamatkan Rizu"

"Tapi kalau Lily sampai awal, nanti Rizu akan menyerang kamu pula" Lynna cuba memujuk Lily pada ketika itu "Jangan menangis Lily. Ini semua bukan salah Lily"

"Betul tu.. bukan salah kau. Ini semua salah si virus tu" Fang menggenggam kedua belah tapak tangannya "Aku akan cari jalan untuk dapatkan Rizu balik. Aku tidak akan biarkan dia menyebar kejahatan dia di seluruh galaxy. Sudah tiba masanya untuk kita bertindak"

"Kenapa landak macam abang dia yea" bisik Lily

"Mereka kan adik beradik"

"Hehehe.. betul tu kak Lynna" Lily mula tersenyum sedikit "Landak, Lily akan bantu landak untuk dapatkan penguin-chan! Lily akan tumbuk si virus tu!"

Fang mengangguk kepalanya sedikit. Dia sudah bersiap sedia untuk pergi berlawan dengan musuh mereka iaitu sang virus, penjahat yang cuba menakluki seluruh galaxy. Dia pasti, dia, abang dia dan rakan-rakan dia akan halang rancangan si virus itu. Kali ini, mereka tidak akan berduduk diam lagi

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top