Bye Bye Idoli
Fang membuka matanya sedikit. Pertama sekali yang dia nampak adalah kipas siling sedang berputar dengan lajunya. Badan dia diselaputi selimut bercorakkan Hello Kitty. Cermin mata dia ada di tepi katilnya. Fang boleh dengar sebuah lagu kegemaran Faye yang telah dipasangkan dari luar biliknya. Dia pandang ke arah pintunya yang terbuka sedikit. Selepas itu, dia ternampak sebuah bayang-bayang di hadapan pintu bilik itu. Bayangan itu bukanlah dari kuasa bayang dia tetapi bayang-bayang itu adalah abang dia sendiri iaitu Kapten Kaizo. Fang tersenyum kecil melihat abangnya masuk ke dalam bilik dia dengan semangkuk bubur lobak merah. Dia mengambil cermin matanya dan terus pakai. Fang tidak begitu sihat pada hari ini kerana dia demam panas
"Kau sudah bangun" tanya Kaizo dengan nada yang agak rendah
"Adik baru bangun" Fang bangunkan sedikit dirinya. Kaizo terus hulurkan mangkuk itu kepada adiknya "Abang suapkan untuk adik boleh?"
"Isk kau ni.. nak suruh abang suapkan pulak. Suaplah sendiri"
"Hmm... kalau abang suapkan untuk adik, mesti adik berselera. Lagipun adik cemburu tengok kawan-kawan adik"
"Cemburu sebab apa?" tanya Kaizo. Dia duduk di tepi katil adiknya
"Cemburu sebab... masa adik melawat Ying dengan kawan-kawan adik, ibu dia siap suapkan untuk dia. Mereka nampak manja sangat"
"Jadi, kau nak aku jadi macam ibu ke?" tanya Kaizo
"Hehehee.. kalau tak boleh, takpelah. Adik buat sendiri"
"Tak perlu.." Kaizo hulurkan sudu itu ke arah mulut adiknya "Biar abang suapkan kau. Sudah besar panjang, masih lagi nak bermanja"
Fang hanya tersenyum sambil makan bubur lobak merah itu. Kaizo tidak begitu kisah sangat kerana dia sayangkan adiknya. Dia mahu adiknya kelihatan gembira dan terutama sekali apabila adik dia sebutkan tentang ibu bapa mereka. Dia tidak begitu suka kalau adiknya kelihatan sedih kerana rindukan ibu bapa mereka. Dia akan berusaha untuk gembirakan hati adiknya seperti melepaskan rindu mereka dengan menonton video-video simpanan mereka yang lama itu
"Abang.."
"Hmm.. kau nak apa?" tanya Kaizo
"Abang tak nak cerita ke tentang hubungan abang dengan kak Lynna"
"Apasal kau nak tahu sangat"
"Sebab adik kenalah tahu! Adik kan adik kepada Kapten Kaizo.. hehehee.."
"Itu kau tidak perlu tahu" kata Kaizo sambil suap ke dalam mulut adiknya "Hubungan abang dengan kak Lynna adalah urusan kami berdua sahaja. Kau tidak perlu fikirkan sangat"
"Yelah.." bisik Fang. Dia lap mulutnya dengan lengan bajunya "Rizu tak datang hari ni?"
"Tak, dia cakap dia pergi mengaji dengan kawan kau si Yaya tu"
"Ohh.. Idoli pula?"
"Dia tengah sepahkan bilik dia" balas Kaizo "Orang suruh kemas, dia pergi sepahkan"
"Hehehe.. budak-budak" Fang tergelak di atas katilnya "Nanti abang ada anak, macam tu juga nanti. Orang suruh kemas, dia pergi kemas main-main. Lepas tu abang suruh kak Lynna kemaskan dan abang pula, goyang kaki aje"
"Jangan nak mengarut"
"Adik bergurau aje. Abang janganlah serius sangat"
"Yelah yelah.. abang tak terlampau serius sangatlah" Kaizo hulurkan sudunya di bibir Fang. Mulut Fang mula buka sedikit dan dia makan bubur itu "Kalau nak tahu apa hubungan abang dengan kak Lynna.. hubungan kami adalah kawan baik tapi lebih daripada itu"
"Hehehe.. dah agak dah" Fang tersenyum lebar di situ. Ada sedikit nasi melekat di bibir dia "Tahniah abang! LEPAS NI ABANG AKAN MELAMAR KAK LYNNA!" Lalu Kaizo ketuk kepala adiknya dengan mangkuk bubur itu
"JANGAN NAK MENGARUT!"
"Yelah yelah.. adik tak mengarut. Hubungan korang masih baru lagi" balas Fang
"Hmmm.. sudah, abang malas nak cerita tentang hubungan kita orang. Tukar topik lain"
"Baik abang ku" kata Fang "Topik kita yang seterusnya adalah... esok Idoli nak balik dah. Apa perasaan abang nanti?"
"Kurang seekor kucing dekat rumah tapi... aku punya stress tak pernah nak kurang sebab kau masih lagi ada dekat dalam rumah ni"
"Abang nak halau adik ke?" tanya Fang dengan senyuman sinis dia "Kalau abang nak adik keluar dari rumah ni. Boleh aje.. adik pergi duduk dekat rumah kawan adik si Boboiboy tu"
"Pergilah.. abang alu-alukan"
"Cheh.. ingatkan abang nak cakap jangan mengarut. Rupanya dia lagi suka" bisik Fang "Jadi abang nak ketenanganlah tu. Duduk seorang diri dekat rumah sambil menikmati teh hijau abang tu"
"Kenapa? Tak boleh ke?" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil berikan renungan tajam ke arah adik dia
"Boleh aje..." jawab Fang "Nanti bila Idoli dah balik, mesti Rizu rasa sunyi aje dekat rumah"
"Ala.. si itik tu ada, tak pun si pelik tu.. memang tak sah kalau rumah ni takde huru hara dari mereka semua"
"Betul tu! Lebih-lebih si pelik yang semakin lama semakin pelik! Dia kalau tak pelik satu hari, memang tak sah!"
"Hmm.. apa-apa ajelah dia tu" Kaizo suapkan adik dia lagi "Kau ni.. nak abang suapkan sampai habis ke?"
Fang angguk kepalanya sambil tersenyum lebar di situ. Kaizo tidak bercakap apa, dia teruskan lagi suap adiknya. Fang rasa bahagia sekali pada ketika itu. Manakala Kaizo pula, hati dia tersenyum sedikit melihat kelakuan adiknya yang begitu manja sekali. Faye sempat mengintai dua adik beradik itu di luar bilik. Lalu dia mengambil gambar mereka sebagai kenang-kenangan
--------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, demam Fang sudah mula turun sedikit. Dia mula tersenyum apabila melihat Rizu membawa sekotak donut lobak merah dan juga satu bekas makanan yang penuh dengan ayam goreng. Fang rasa pelik dan fikirkan kenapa Rizu bawa ayam goreng ke rumah dia? Fang masuk ke dalam dapur untuk mengambil segelas air. Dia agak terkejut melihat makanan yang begitu banyak di atas meja makan. Faye yang berada di dalam dapur itu, sedang mengelurkan beberapa pinggan dan cawan dari kabinet dapur tersebut
"Faye.. ini semua untuk apa?"
"Lupalah tu.." Faye letak beberapa pinggan ke atas meja makan "Hari ni kita orang nak buat jamuan kecil-kecilan untuk Idoli. Esok dia nak balik dah"
"Abang Fang lupalah tu" Muncul Rizu di sebelah Fang "Tapi takpe, Pizu faham kenapa abang Fang lupa sebab abang Fang demam.. sakit kepala sampai tak boleh fikir. Pizu bawa donut lobak merah ni pun, untuk abang Fang juga. Supaya abang Fang kelihatan lebih semangat nanti. Abang Fang cepat sembuh tau!"
"Terima kasih Rizu"
"Abang Fang pergi rehat. Biar kita orang uruskan semua ni!"
"Takpe ke?"
"Takpe" Rizu mula tolak Fang keluar dari dapur tersebut "Abang Fang nak apa, cakap sahaja dekat Pizu"
"Errr.. ok.. abang nak air kosong"
"Pizu akan bawakan air kosong untuk abang Fang" kata Rizu dengan senyuman comelnya "Abang Fang pergi tengok TV or main video game ke. Pizu ada bawa video game. Bolehlah kita main sama-sama nanti. Ibu Pizu bagi Pizu tidur sini malam nanti. Pizu nak main puas-puas dengan Idoli nanti. Lepas ni mesti Pizu akan rasa sunyi sebab Idoli takde dah dekat sini. Harap-harap Idoli boleh kembali ke sini lagi. Pizu sudah mula merindui Idoli. Mana Idoli yea? Pizu tak nampak dia dari tadi lagi"
"Abang Kaizo bawa Idoli pergi ke kapal angkasa" balas Fang. Dia terus ke kerusi sofa ruang tamu dan lalu dia duduk dengan selesanya. Fang mengangkat remote television dan terus dia menekan butang ON
"Nah, air untuk abang Fang! Pizu pergi tolong kakak Faye dekat dapur ok"
"Ok" Fang menukar rancangan television itu. Dia bosan melihat rancangan orang menyanyi "Takde cerita best ke?"
Fang terpaksa menonton sebuah movie tentang kehidupan seorang lelaki di sebuah pulau terbiar. Orang itu terpaksa hidup bersendirian di pulau itu. Semakin lama semakin berat mata Fang kerana bagi dia, movie itu terlalu bosan buat diri dia. Rizu ternampak Fang sudah hampir tertidur di atas sofa. Lalu dia letakkan sebuah mangkuk besar di atas meja makan yang ada di ruang makan bersebelahan dengan dapur. Selepas itu, dia pergi kejutkan abang kesayangan dia
"Abang Fang" Rizu goyang-goyangkan lengan Fang sedikit
"Hmmm... apa dia Rizu?" tanya Fang yang sudah mengantuk itu. Mata dia kuyu sahaja
"Abang Fang nak main game baru tak?"
"Game apa?"
"Game ni adalah ciptaan kakak Emmy. Watak utama game ini adalah kakak RATU LILY! dan pembantu dia ialah ROBOT BADUT!" Fang rasa ragu-ragu pula dengan game ciptaan Emmy ini. Dia takut kalau tiba-tiba sahaja mereka berdua termasuk ke dalam game itu
"Errr... jadi, watak Ratu Lily tu kena buat apa?" tanya Fang sambil melihat Rizu memasang video game tersebut di television
"Senang aje abang Fang.. kakak Ratu Lily kena pergi selamatkan abang Boboiboy. Kakak Lily adalah watak jahat di dalam game ni dan dia telah menghantar askar-askar dia untuk musnahkan kakak Ratu Lily. Kuasa kakak Ratu Lily di dalam game ini adalah kuasa penumbuk! Heheheee... dan juga kuasa api tapi kuasa api tu terhad"
"Macam best aje"
"Memang best pun abang Fang tapi... kalau kakak Lily tahu, mesti kakak Lily rasa macam nak hentam Emmy.. hehehee" Rizu terus duduk di sebelah Fang dengan dua controller di tangannya "Abang Fang jadi watak kakak Ratu Lily dan Pizu jadi robot badut"
"Ok" balas Fang "Rizu nak tahu sesuatu tak.."
"Apa dia abang Fang?" Rizu melihat Fang dengan muka comelnya
"Sebenarnya... sehari sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Dia ada bagi abang satu surat tapi surat tu untuk Lily. Abang tak bagi pun dekat Lily sebab abang ingatkan dia bagi surat tu untuk kenakan Lily tetapi rupanya bukan. Surat tu adalah seperti surat selamat tinggal kepada Lily"
"Jadi.. abang Fang dah baca isi kandungan surat tu?"
"Sudah" Mata Fang hanya memandang kaca television itu. Lalu kaca television itu bertukar menjadi gelap dan muncul seorang watak yang dia kenali sebelum ini iaitu Ratu Lily. Senyuman Ratu Lily di television itu membuatkan dia rindu dengan persahabatan mereka
"Apa yang kakak Ratu Lily tulis dalam surat tu?"
"Dia cakap.. dia berterima kasih dekat Lily sebab sudi berkawan dan juga menjadi musuh dia sepanjang persahabatan mereka. Dia tulis lagi.. kalau boleh, dia nak kekalkan persahabatan mereka sampai bila-bila. Dia juga ada tulis yang dia tidak sangka seekor hantu mempunyai kawan manusia yang begitu ramai. Dia rasa sangat bertuah mendapat keistimewaan itu. Abang pun rasa tidak sangka juga. Dulu abang bencikan dia sebab ibu bapa abang tetapi lama-kelamaan, dia mula sedar dengan perbuatan dia. Dia sudah mula menyesal dan mula belajar untuk menjadi ratu yang baik. Agaknya, kalau Ratu Lily tidak menyerang tempat tinggal abang dulu, mungkin abang tidak dapat mengenali Rizu dan yang lain-lain dekat sini. Mungkin kehidupan kita semua berbeza dengan sekarang ini dan mungkin juga.. abang tidak begitu garang ataupun ganas"
"Abang Fang suka ke lihat abang Paizo tak garang?"
"Kadang-kadang tu suka, kadang-kadang tu nampak pelik sangat tapi.. macam mana pun sikap abang Kaizo, dia tetap sayangkan adik dia" kata Fang "Dan abang tetap sayangkan dia"
"Seperti abang Fang selalu katakan.. abang dan adik selamanya!" Fang terus peluk kepala Rizu "Hehehehe.. abang Fang suka tak Pizu jadi adik angkat?"
"Mestilah suka sebab Rizu kan comel dan Rizu mempunyai hati yang baik. Lebih baik daripada orang yang suka buli Rizu"
"Terima kasih abang Fang tapi.. Pizu pernah buat salah dekat abang Paizo dan kakak Lynna. Pizu tahu masa tu Pizu sudah melampau sangat" Rizu mengesat air matanya yang sudah terkeluar sedikit "Pizu masa tu takut kalau abang Fang marah Pizu sebab buat begitu"
"Abang tak marah tapi Rizu sudah belajar dari kesilapan Rizu kan"
"Betul tu!" Rizu terus kembali tersenyum di situ "Abang Fang... Pizu fikir kalau ibu bapa abang Fang masih hidup lagi, mungkin abang Paizo masih lagi menjadi seorang kapten dan abang Fang pula, terus kekal tinggal di bumi seperti sekarang. Lepas tu ibu bapa abang Fang pun ikut sekali tinggal di sini dengan anak-anak dia orang"
"Abang pun pernah bayangkan begitu juga, Rizu" Fang tersenyum sedikit "Abang bayangkan ibu bapa abang selalu ajak Rizu datang ke sini, bermalam di sini dan juga ibu Rizu berborak mesra dengan ibu bapa abang. Rasa sangat bahagian tapi itu semua hanyalah bayangan abang sahaja"
"Takpelah abang.. walaupun kita tak dapat apa yang kita mahukan tapi apa yang kita ada sekarang, Pizu sudah cukup bersyukur. Jomlah abang kita main game sama-sama"
"Jom" Fang menekan butang Start untuk mulakan permainan video game mereka
Fang dan Rizu tidak sedar dengan kepulangan Kaizo dan Idoli. Pintu rumah itu telah dibuka secara perlahan. Kaizo masuk ke dalam rumah sambil mendukung Idoli yang sedang tidur nyenyak itu. Idoli terlampau penat sangat dengan latihan-latihan yang telah diberikan oleh Kaizo di kapal angkasa sebentar tadi. Kaizo akan merindui anak kecil itu nanti. Lebih-lebih lagi telatah comelannya bersama Lily si anak kecil. Mereka berdua selalu bermain di rumah itu. Selepas ini, tiada lagi kebisingan dari mereka berdua. Kaizo masuk ke dalam bilik Idoli dan baringkan anak kecil itu di atas katil. Barang-barang mainan milik Idoli sudah di simpan didalam beberapa kotak. Semuanya akan dibawa pulang ke planet asal Idoli iaitu planet Mau
"Eh, abang Kaizo dah balik" muncul Faye di muka pintu bilik
"Yea... macam mana dengan persiapan jamuan untuk malam ini? Semuanya sudah siap?"
"Sudah" balas Faye
"Adik aku tu.. demam dia dah ok ke?"
"Rasanya sudah turun kot. Tengok dia elok aje main video game dengan Rizu"
"Bagus" Kaizo keluar dari bilik tersebut "Pang!"
"YEA KAPTEN!" Fang terus berdiri tegak seperti tiang kerana terkejut dengan jeritan dari abangnya
"Kau ni apasal?" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat adiknya. Rizu ketawa kecil di situ
"Dah abang pergi panggil adik secara mengejut. Jadi adik tersasul panggil abang kapten.. hehehe... tapi adik rindulah nak panggil abang kapten"
"Panggil abang kapten pun takpe sebab kau sudah lama tidak memanggil aku dengan panggilan itu" kata Kaizo dengan nada serius dia "Demam kau sudah ok?" Dia merasai dahi adiknya
"Dah turunkan"
"Hmmmm... bagus" balas Kaizo "Tapi jangan lupa habiskan ubat demam kau tu. Aku nak pastikan kau betul-betul sembuh"
"Jangan risau abang Paizo! Pizu akan pastikan abang Fang sembuh dan sihat seperti biasa" jawab Rizu sambil bermain video game dia "Abang Paizo pun kenalah jaga diri tu. Rehat-rehatkan badan tu. Kalau tidak, nanti demam macam abang Fang juga"
"Terima kasih Rizu"
"Baiknya Rizu yang comel ni. Geram betul akak dengan Rizu penguin ni" Faye cubit pipi Rizu sebab terlampau geram sangat "Rizu main elok-elok yea, akak nak pergi sambung buat kerja"
"OK! Tapi kakak Faye pun jangan kerja kuat sangat. Nanti semuanya demam. Siapa nak jaga abang Fang, abang Kaizo dan kakak Faye nanti? Tak kan Pizu kena jaga tiga orang sekali. Kasihan Pizu nanti. Idoli pula kecik lagi, tak kan nak suruh dia pula tapi Idoli nak balik esok dah. Tinggal Pizu sorang-sorang dekat sini. Lily si itik pun mesti takde kawan dah tapi takpe, Pizu masih ada lagi Lily si itik tu.. hehehee tapi... mesti Lily si itik jarang datang sini dah sebab kawan dia takde. Pizu pun tak sama sekolah lagi dengan abang Fang.. tahun depan Pizu nak darjah 5 dah. Agaknya orang ketawakan Pizu tak kalau Pizu bahasakan diri Pizu lagi? Yelah, makin lama makin dewasa Pizu ni.. bukan lagi budak kecik.."
"RIZU!"
"Yea abang Paizo" Rizu tekan butang Pause untuk melihat Kaizo "Abang Paizo nak apa?" Dia berdiri di atas kerusi sofa itu
"Mari kita pergi cuba kek yang kakak Faye buat tadi tu" Sebenarnya Kaizo hanya mahu hentikan celotehan Rizu sebentar tadi. Jadi dia terpaksa mencari satu alasan iaitu makan "Entah sedap ke tak kek tu"
"Mestilah sedap! Kek ni adalah kek kegemaran Faye" kata Faye dengan bangganya "Fang, jom rasa kek aku sekali sementara kita tunggu kawan-kawan kita sampai"
"Hmm.. kek apa yang kau buat tu?" Fang terus ke dapur bersama dengan abang dia dan juga Rizu
"Kek strawberry banana chocolate! Nyum nyum... mesti Bella akan suka dengan kek aku! Tapi aku sudah pasti tidak dapat melawan kebolehan dia di dalam membuat dessert yang sedap-sedap!"
"Hmm.. cuba kau lawan masak dengan Yaya, gerenti kau akan menang.. hehehee" Fang duduk di atas kerusi meja makan
"Errr.. itu memang tak boleh nak cakap apa tapi... kasihan kau asyik jadi mangsa biskut Yaya aje"
"Kenapa adik aku jadi mangsa biskut kawan dia tu? Bukan ke si Pang ni memang suka sangat makan biskut tu" kata Kaizo dengan nada serius dia "Kenapa? Ada sesuatu yang tidak kena dengan biskut tersebut sehingga si Pang ni suruh aku rasa sahaja" Mata merah Kaizo terus melirik ke arah adik dia
"Errr.. bu-bukan macam tu abang. Adik nak abang rasa sebab adik tak abang rasa rugi kalau tidak merasai biskut kegemaran si Lahap tu" Fang tersengih
Faye juga turut tersengih sambil berikan potongan kek kepada abang saudaranya iaitu Kaizo. Dia dan Fang tidak mahu Kaizo mengsyaki apa-apa dari mereka berdua. Mulut Rizu telah ditutup dengan tangan Fang supaya tidak memberitahu Kaizo perkara yang sebenarnya. Hati Fang berdebar-debar apabila mata merah abangnya merenung tajam ke arah dia. Ianya bagaikan Kaizo dapat membaca apa yang Fang sedang fikirkan pada ketika itu
"Abang Kaizo.. rasalah kek ni" Faye selamatkan keadaan sebelum Kaizo "Mesti abang Kaizo suka dengan kek ni"
"Hmmm..." Kaizo mengambil secubit kek itu. Dia terus menelan kek itu "Rasa dia... bolehlah" Tangan Kaizo masih lagi cubit kek itu sedikit demi sedikit
"Wah! Abang Paizo suka makan kek dari kakak Faye! Pizu pun suka! Tapi Pizu tak reti masak. Kalau Pizu-" Mulut dia terus di sumbat dengan donut lobak merah oleh Fang "SEDAPNYA DONUT NI!"
"Hehehee... Rizu kunyah elok-elok yea" Fang belai kepala Rizu sambil tersengih "Lambat lagi ke kawan-kawan kita nak sampai?"
"Entahlah.. tapi kalau dia orang sampai pun, Idoli tengah tidur lagi" kata Faye. Dia melihat jam di dapur dinding rumah itu. Lagi beberapa minit untuk pukul 5 "Abang Kaizo tak ajak kak Lynna ke?"
"Mestilah dia ajak.. dia orangkan.. lalalaa.." Kaizo tepuk kepala adiknya tetapi Fang abaikan sahaja sambil tersenyum sinis "Hehee.. bolehlah aku kenakan dia orang lepas ni. Lepas satu sindiran ke satu sindiran.. MUAHAHAHAA!"
"Aku belasah juga si Pang ni" bisik Kaizo "Untuk pertanyaan Faye tadi tu.. yea, aku memang ada jemput dia datang. Tak tahulah pukul berapa dia akan sampai ke sini"
"Kan betul cakap aku, abang aku akan ajak kekasih hati dia. Kalau tak ajak, nanti kak Lynna merajuk.. hehehee" Kaizo tepuk kepala adiknya lagi sekali. Fang masih lagi buat-buat tidak tahu sahaja. Dia hanya makan kek itu dengan hati yang gembira
"Sabar ajelah aku.." bisik Kaizo. Lalu dia berdiri dan keluar dapur kerana dia terdengar beberapa ketukan dari pintu rumahnya
"ASSALAMUALAIKUM! ABANG KAIZO OH ABANG KAIZO! LILY DATANG NAK HURU-HARAKAN KEADAAN!"
Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila mendengar suara jeritan Lily. Hati dia mengatakan dia tidak mahu membuka pintu rumah itu tetapi semakin lama semakin bising jeritan Lily itu tadi. Faye hanya memerhatikan abang saudaranya dari dapur. Dia ingin melihat apa yang Kaizo ingin lakukan nanti setelah pintu dibuka. Adakah Kaizo akan menjerit balik dekat Lily, halau Lily dari situ atau menjemput Lily masuk ke dalam. Kaizo dengan tenangnya, dia membuka pintu rumahnya. Kelihatan bukan Lily seorang sahaja di pintu rumah itu. Boboiboy dan rakan-rakan dia yang lain ada di situ juga. Semuanya tersenyum sambil melihat Kaizo. Wajah masing-masing kelihatan ceria dan ditangan mereka terdapat sebuah hadiah untuk Idoli. Kaizo menjemput mereka masuk ke dalam rumah dengan muka serius dia
"Ini majlis hari jadi ke atau majlis perpisahan?" tanya Kaizo
"Sebenarnya... hari ni memang birthday Idoli pun" jawab Boboiboy sambil tersengih "Sehari sebelum dia balik.. hehehe.. dah besar dah budak kecik tu"
"Macam mana aku boleh tak tahu hari ni hari jadi dia"
"Sebab abang Kaizo sibuk sangat berdating! HAHAHAHAHAAA!" Kaizo melirik matanya ke arah Lily "Errr... heheheee... jangan marah yea abang Kaizo yang serba hot ni. Abang Kaizo lupa sebab banyak sangat perkara yang abang Kaizo perlu fikirkan! Terutama sekali musuh-musuh yang ada di angkasa untuk kalahkan kapten yang teranggun dan terhebat ini.. HAHAHAHAAAA!" Lily terus tergelak bangga di situ sambil mencekak pinggang
"Wei pelik! Baik kau pergi tolong kawan baik kau ni daripada gelak macam orang gila dekat situ" jerit Fang dari dapur
"OK! Jom BBB-CHAN! Kita pergi tolong Faye dan Bella dekat dapur.. by the way landak, Yaya ada bawakan biskut kegemaran kau" Lily tersenyum sinis sambil mengheret Boboiboy ke dapur "Lily hari ni ada bawa kerepek pisang! Bolehlah kita semua makan sama-sama"
"Wei wei, kenapa suruh Yaya bawa biskut dia tu" Fang keluar dari dapur dengan perasaan geramnya
"Bukan Lily yang suruh" balas Lily
"Jangan tengok aku pula, bukan aku yang suruh" kata Boboiboy
Mata Fang terus memandang seorang budak lelaki india. Hati dia sudah berapi-api dengan Gopal tetapi dia perlu dapat kepastian dulu. Mata dia tidak mengalihkan permandangan dia dari Gopal yang asyik bermain dengan video game bersama Rizu. Tangan dia sudah mula timbul kuasa bayangnya. Dia ingin menyerang Gopal tetapi ada seseorang mengetuk kepala dia
"ABANGGG!"
"Wei, bukan abang kau ketuk kepala kau" Mata Fang terus melirik ke arah sebelah kiri dia
"Kau ke punya kerja yang suruh Yaya bawa biskut dia"
"Betul tu! Aku tidak mahu lepaskan peluang untuk membuli kau! HAHAHAAAAA!" Bella ketawa bangga di situ
Demam panas Fang mula naik kembali apabila dia sudah mengetahui siapakah yang menyuruh Yaya membawa biskut tidak sedap itu. Kaizo malas hendak melayan karenah mereka semua. Lalu dia naik ke atas untuk pergi berehat di dalam biliknya. Dia perlukan ketenangan dan bukannya jeritan dari kawan-kawan adiknya. Bella dan Fang mula bergaduh di ruang tamu. Yaya dan Ying sudah keluarkan makanan yang mereka bawa dari rumah. Makanan itu sudah siap di susun di atas meja makan yang bersebelahan dengan ruang tamu. Boboiboy, Faye dan Lily berborak di dalam dapur sambil sibukkan diri dengan kerja masing-masing. Gopal, Harraz, Emmy dan Rizu pula, mereka sedang berseronok bermain video game di ruang tamu. Idoli masih lagi tidur nyenyak di dalam bilik dia
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
"HAPPY BIRTHDAY IDOLI!"
Idoli teruja sekali melihat sebuah kek bulat berperisa strawberry yang berada di atas meja ruang tamu. Dia sangat gembira kerana dapat menyambut hari jadinya bersama rakan-rakan dia yang tinggal di bumi. Pada masa yang sama, dia rasa sedih kerana keesokan harinya, dia terpaksa pulang ke planet Mau
"WAH! Terima kasih semua! Idoli tak sangka Idoli dapat birthday party! Selalunya ayah dan ibu celebrate birthday Idoli sederhana sahaja. Kita orang selalu pergi berkelah waktu malam sambil tengok bintang-bintang di angkasa"
"Seronoknya" Yaya mengusap kepala Idoli "Hari tu Idoli sudah merasai berkelah di sini.. hehee..."
"Sudah! Rasa seronok sangat! dan Idoli nak ucapkan terima kasih kerana buat jamuan kecil-kecilan ini. Idoli pasti akan merindui kamu semua terutama sekali abang Rizu"
"Pizu pun akan rindukan Idoli juga" Rizu hulurkan sebuah hadiah kecil kepada Idoli "Selamat hari jadi adik kecil ku"
"Hehehee.. abang Rizu panggil Idoli adik!" Idoli memeluk tubuh badan Rizu sambil menerima hadiah itu "Terima kasih abang ku dari bumi. Idoli tidak akan melupai abang Rizu di sini"
"Nanti bila Idoli sudah ada masa lagi, Idoli datang ke sini" kata Boboiboy "Masa tu mesti Idoli sudah sertai pasukan TAPOPS"
"Itu adalah impian Idoli. Sertai pasukan TAPOPS, menjadi seorang kapten seperti abang Kaizo dan juga menjadi seseorang yang hebat dan handal seperti abang Kaizo dan abang Tarung!"
"Bagus Idoli.. teruskan berlatih dengan abang kamu nanti" kata Kaizo "Aku percaya suatu hari nanti, kau akan menjadi seperti abang kau"
"Terima kasih abang Kaizo" kata Idoli. Dari pelukan Rizu tadi, dia terus memeluk Kaizo kali ini "Idoli akan berusaha dan akan sentiasa ingat apa yang abang Kaizo sudah ajar Idoli"
"Bagus betul budak ni. Kecil lagi sudah ada cita-cita yang besar"
"Betul tu kak Lynna. Yaya bangga dengan impian Idoli. Rasa cemburu pun ada juga" Yaya memotong kek hari jadi Idoli yang ada di atas meja ruang tamu "Yaya kalau boleh, Yaya nak biskut Yaya menjadi famous dan disukai ramai"
"Memang dah famous pun tapi..." Fang tidak habiskan ayat itu kerana dia tahu ada seseorang sedang memerhatikan dia iaitu Bella "Sibuk betul si minah ni" bisik dia
"Itu impian Yaya.. saya punya impian ialah ingin menjadi seorang gadis yang bijaksana dan dapat sambung belajar di luar negara!" kata Ying "Kak Lynna, apa impian akak dulu-dulu?"
"Hmmm... impian akak masa akak kecik dulu adalah untuk menjadi seorang angkasawati!"
"Wuuuuuu... bestnya kak Lynna tapi impian kak Lynna akan tercapai setelah menjadi isteri kepada Kapten Kaizo pada suatu hari nanti!" kata Lily dengan penuh semangat "Lily yakin, abang Kaizo akan membawa kak Lynna jauh dari sini dan pergi berhoneymoon di planet lain! BESTNYA!"
Muka Lynna berubah menjadi merah dan panas sedikit kerana malu. Dia tidak berkata apa. Dia cuma mengambil sepiring kek strawberry yang telah dihulurkan oleh Yaya tadi. Mereka ketawa sedikit melihat Lynna berubah menjadi malu
"Apalah yang kau merepek ni"
"Betullah apa yang Lily katakan tadi, abang Kaizo" Lily mencekak pinggang dia dan lalu berkata lagi. Bella dan Faye tidak sabar untuk mendengar kata-kata Lily "Abang Kaizo, Lily tidak merepek tapi apa yang Lily katakan tadi itu memang betul. Kapten Kaizo datang dari planet alien lain dan apabila abang Kaizo berkahwin dengan seorang gadis di planet bumi, maka dengan itu.. abang Kaizo telah merealisasikan impian kak Lynna! Mungkin selama ini dia tidak sangka dapat suami alien! Heheheeee... suami alien.. HAHAHAA!"
Fang ketuk kepala Lily dengan anak patung itik kepunyaan Idoli. Kaizo cuba tenangkan diri dia daripada mengamuk di situ. Boboiboy hulurkan teh hijau kepada Kaizo. Gopal pula, hulurkan buku novel cerita hantu. Kaizo mengambil kedua barang itu dan terus ke dapur
"Fuh, selamat abang Kaizo tak mengamuk" Harraz rasa lega sedikit
"Ini semua si Lily punya pasal!" marah Fang "Kalau nak bergurau dengan abang aku tu, kena bergurau secara betul.. kalau tidak, dia akan mengamuk dan kita semua yang kena hukuman latihan tempur"
"Yelah.. semuanya salah Lily. Landak suka sangat salahkan Lily tapi... BBB-CHAN tak pernahkan salahkan Lily kerana dia sayangkan Lily" Mata Lily terus bersinar-sinar melihat Boboiboy yang sedang sumbat sepotong kek ke dalam mulut dia sendiri. Ada sedikit krim di tepi-tepi bibir Boboiboy "COMELNYA!"
Lily terus duduk di sebelah Boboiboy dengan senyuman lebarnya. Mata dia asyik pandang Boboiboy makan kek itu dengan enak sekali. Fang ketuk kepala Lily dengan bantal pula kali ini. Faye dan Bella menolong Ying dan Yaya mengangkat hadiah hari jadi Idoli dan letakkan hadiah-hadiah itu di ruang tamu. Mereka susun hadiah-hadiah tersebut supaya kelihatan kemas dan cantik. Faye mengambil gambar Idoli bersama hadiah-hadiahnya
"Apasal hari jadi aku tak semeriah ni?" tanya Gopal secara tiba-tiba "Tapi.. bila aku fikirkan balik... korang mana pernah nak sambut birthday aku. Sedih betul hati aku" Hati dia menjadi cemburu sedikit. Dia cemburu melihat kek hari jadi Idoli. Dia cemburu melihat hadiah-hadiah yang Idoli terima
"Haiyaa... bukan kau seorang sahaja maaa.. birthday aku dan Yaya pun, dia orang sekadar bagi ucapan sahaja" Ying gelengkan kepala dia kepada Gopal "Tahun depan kita kena ada peraturan baru supaya semua dapat sama rata!"
"Ala, janganlah sedih sangat.. aku ada berikan kek hari jadi yang aku buat sendiri!" kata Bella dengan bangganya
"Yelah yelah... tahun depan, aku nak majlis hari jadi macam si Fang dan Boboiboy"
"Baiklah Gopal" balas Yaya "Jangan nak cerita sedih lagi.. Idoli sudah tak sabar nak buka hadiah dia"
Mata Idoli asyik pandang setiap hadiah-hadiah dia yang tersusun cantik itu. Ada yang besar, ada yang kecil dan Idoli sudah tidak sabar untuk melihat hadiah yang dia terima. Dia ingin membuka kesemua hadiah tersebut kerana dia ingin mengetahui apakah hadiah misteri yang dia dapat. Rizu duduk di sebelah Idoli untuk menolong Idoli membuka hadiah tersebut
"Idoli nak buka hadiah dari abang Rizu dulu"
Hadiah itu sangat kecil. Jari jemari Idoli menyentuh permukaan bungkusan hadiah itu dan lalu dia goncang-goncangkan hadiah tersebut. Dia cuba meneka apakah hadiah yang diberikan oleh Rizu. Lalu dia mengoyak sedikit bungkusan hadiah itu. Rizu terlebih seronok melihat anak kecil itu sudah semakin teruja apabila Idoli mengetahui hadiah yang dia dapat iaitu sekotak pencil warna. Idoli terus memeluk kotak pencil dengan penuh ikhlas
"Terima kasih abang Rizu" kata Idoli
"Sama-sama" Rizu belai rambut Idoli "Sekarang buka hadiah yang lain pula!"
"Hmm... Idoli buka yang paling besar punya" Idoli bangun dan ambil sebuah hadiah yang lebih besar daripada hadiah yang lain "Hadiah ini datang dari abang Kaizo dan kak Lynna!"
Kaizo terus keluar dapur dengan secawan teh hijau di tangan kanannya. Dia tersenyum sambil melihat gelagat Idoli mengoyakkan bungkusan hadiah itu
"Kalau abang Paizo dan kak Lynna yang bagi, mesti hadiah yang mahalkan"
"Mestilah! Abang Paizo kan kaya! Hehehee..." Idoli tergelak dan mata dia sudah semakin bersinar-sinar. Dia sudah hampir tahu hadiah tersebut
"Wah! Apa yang dia orang bagi dekat Idoli tu?" tanya Yaya
Bungkusan hadiah itu sudah dibuka sepenuhnya dan Idoli menjerit kegembiraan. Dia begitu teruja dengan hadiah itu. Dia bangun dan melompat-lompat sambil bertepuk tangan. Lalu dia pergi peluk leher Lynna
"Hehehee... suka betul Idoli ni"
"Mestilah suka, kak Lynna. Idoli dapat kereta mainan!" Idoli cium pipi Lynna dan selepas itu, dia terus peluk kaki Kaizo yang masih lagi berdiri di tepi pintu dapur "Terima kasih abang Kaizo!"
"Sama-sama" balas Kaizo
Dia teringat lagi semasa dia dan Lynna pergi beli kereta mainan itu di planet lain. Kereta mainan itu bukanlah mainan biasa. Kereta mainan itu boleh dipandu sendiri di atas jalan atau terbang ke mana sahaja tetapi ada hadnya. Ianya tidak boleh terbang tinggi ke langit atau pandu jauh melebihi beberapa kilometer dan sentiasa ada orang dewasa untuk mengawasi. Kaizo dan Lynna memilih hadiah kereta mainan yang mempunyai teknologi tinggi dan keselamatan yang baik
"Yeahhh! nanti Idoli nak cuba bila Idoli dah balik planet Mau!" Idoli berlari menuju ke arah hadiah-hadiah dia "Heheee.. banyak lagi hadiah yang Idoli kena buka"
"Hah! Apa kata Idoli buka hadiah dari abang Gopal!"
"Mana satu hadiah abang Gopal?" tanya Idoli
"Yang hadiah warna hijau tu"
Idoli mengangkat sebuah hadiah kecil berwarna hijau. Hadiah itu dekat dengan hadiah pemberian Boboiboy. Jari jemari Idoli sudah mula koyakkan hadiah itu sedikit. Air liur dia mula meleleh keluar kerana terlampau gembira. Selama ini, dia tidak pernah dapat hadiah hari jadi yang begitu banyak sekali. Sedikit demi sedikit bungkusan itu sudah dikoyakkan dan mata dia membulat besar melihat hadiah yang dia terima. Hadiah itu adalah merupakan seutas rantai kucing yang ada locengnya. Idoli tergelak melihat hadiah daripada Gopal
"Wei, yang kau bagi dia loceng apasal?"
"Dey, dia kan kucing.. jadi aku bagilah rantai kucing" jawab Gopal kepada Fang
"TERIMA KASIH ABANG GOPAL! Nanti Idoli pakaikan rantai ni dekat anak patung kucing" Idoli letak hadiah itu di sebelah hadiah Rizu
Gopal menepuk dahinya sendiri. Fang dan Boboiboy tergelak kecil di situ. Mereka tidak sedar dengan kehadiran Picu di situ. Mata Picu terpandang kek hari jadi Idoli. Di dalam kek tersebut ada buah strawberry dan air liur hijau dia mula meleleh. Lalu dia melompat naik ke atas meja ruang tamu untuk makan kek tersebut. Mereka yang lain terlalu sibuk menyaksikan gelagat Idoli membuka hadiah yang mereka berikan. Seterusnya adalah hadiah dari pemberian Emmy
"Apa kakak Emmy bagi yea" Hadiah yang Idoli pegang adalah di dalam bentuk bulat. Dia goncang-goncang sedikit hadiah itu "Kakak Emmy bagi bola ke?"
"Idoli kenalah bukak dulu" kata Emmy
"Kau rasa si Emmy bagi bola ke?" tanya Faye kepada Lily
"Hmmm.. mengikut firasat Lily.. itu adalah bukan bola! Lily rasa itu adalah sebuah crystal ball yang dapat melihat masa depan kita! Wuuuu.. bolehlah Lily pinjam nanti. Adakah masa depan Lily adalah bersama Boboiboy ku?"
Lily mula berangan Boboiboy melamar dia di sebuah taman yang sangat indah. Taman itu penuh dengan pokok bunga sakura. Rumput-rumput di taman itu dipenuhi dengan bunga-bunga sakura yang sudah berguguran dari pokoknya. Mata dia mula bersinar-sinar melihat Boboiboy melutut satu kaki dan tangan Boboiboy sudah menghulurkan sebentuk cincin berlian berwarna oren. Hati Lily berdegup-degup dan Faye boleh dengar dengupan jantung kawan baik dia. Faye hanya gelengkan kepala sahaja kerana dia tahu kawan dia memang kuat berangan
"WAH! Kakak Emmy bagi apa ni?" Idoli mengangkat sebuah bola besi yang ringan. Di permukaan bola itu ada sebuah skrin yang kecil "Ini komputer ke?"
"Bukanlah.. bola itu boleh menghubungi kita orang dekat sini. Bila Idoli rindukan kita orang, Idoli hubungilah kami di sini" kata Emmy
"Terima kasih kakak Emmy" Hati Idoli rasa terharu dan dia mula hendak menangis di situ "Idoli tak tahu nak cakap apa.. Idoli sangat hargai kamu semua dekat sini sebab melayan Idoli dengan begitu baik sekali. Idoli tahu pada awal dulu, abang Fang cemburu dengan Idoli sebab cuba nak mengambil perhatian abang Kaizo"
"Erk.. Idoli tahu"
"Yea abang Fang... Idoli nampak dekat riak wajah abang Fang. Jadi Idoli nak minta maaf dekat abang Fang" Nada suara Idoli agak sedih dan kepala dia tertunduk sedikit "Idoli tak sengaja pada ketika itu sebab Idoli gembira sangat dapat jumpa idola Idoli!"
"Abang maafkan" balas Fang "Bukalah hadiah abang untuk Idoli"
Idoli mengangkat sebuah hadiah sederhana. Hadiah itu lebih besar daripada hadiah Boboiboy. Hadiah itu tidak begitu berat dan tidaklah terlalu ringan. Idoli dengan pantasnya, dia membuka hadiah itu dan tiba-tiba sahaja Bella menjerit. Idoli berhenti membuka bungkusan hadiah dia untuk melihat apa yang berlaku
"PICU!"
Mereka semua pandang ke arah Picu. Kek di atas meja sudah habis dimakan oleh Picu. Perut Picu kelihatan buncit dan lidah dia terjulur keluar kerana ianya menandakan dia suka dengan kesedapan kek tersebut. Bibir Picu penuh dengan kesan-kesan sisa krim kek tersebut
"Picu! Nakal betul Picu ni" Lynna angkat Picu yang terdampar di atas pinggan kosong "Picu tidur dekat atas kepala akak ok"
"Air liur tak keluar ke kak Lynna?" tanya Boboiboy sambil belai tubuh badan Picu
"Tak, Picu ni baik" Lynna terus letak Picu di atas kepala dia
Tidak sampai saat, Picu sudah tertidur di situ. Lynna terus kembali Idoli membuka hadiah daripada Fang. Idoli telah mendapat sebuah set permainan lego star wars. Dia menjerit sekuat hati di situ kerana dia sangat suka dengan hadiah yang dia dapat. Fang tidak sedar bahawa abang dia sedang berikan renungan secara senyap dari tepi pintu dapur. Dia mula berfikir adakah adik dia curi-curi gunakan kad kredit dia atau adik dia mengumpul duit untuk membeli hadiah tersebut. Satu demi satu hadiah telah dibuka oleh Idoli. Kebanyakkan dia dapat adalah mainan. Idoli menghargai semua hadiah yang dia dapat dan dia tidak akan lupakan saat-saat itu bersama
"JOM KARAOKE!" Jerit Lily dengan mikrofon dia yang sudah tersedia di dalam beg tangan dia "LET'S PARTY!"
Berkerut-kerut dahi Kaizo. Dia malas hendak mengamuk atau menjerit di dalam rumah dia sendiri, lalu dia terus keluarkan diri dia dari rumah dia sendiri. Dia ingin pergi menjalankan latihan tempur seorang diri. Bella, Faye dan Lily sudah bersiap sedia dengan lagu karaoke mereka. Mikrofon sudah berada di dalam genggaman mereka dan mata mereka sudah memakai cermin mata hitam
https://youtu.be/Q91hydQRGyM
[Chorus:]
Let's get loud, let's get loud
Turn the music up, let's do it
C'mon people let's get loud
Let's get loud
Turn the music up to hear that sound
Let's get loud, let's get loud
Ain't nobody gotta tell ya
What you gotta do
If you wanna live your life
Live it all the way and don't you waste it
Every feelin' every beat
Can be so very sweet you gotta taste it
You gotta do it, you gotta do it your way
You gotta prove it
You gotta mean what you say
Life's a party, make it hot
Dance don't ever stop, whatever rhythm
Every minute, every day
Take them all the way you gotta live 'em ('cause I'm going to live my life)
You gotta do it, you gotta do it your way
You gotta prove it
You gotta mean what you say
You gotta do it, you gotta do it your way
You gotta prove it
You gotta mean what you say
[Chorus:]
Let's get loud, let's get loud
Turn the music up to hear that sound
Let's get loud, let's get loud
Ain't nobody gotta tell you
What you gotta do
[Break]
Life is meant to be big fun
You're not hurtin' anyone
Nobody loses
Let the music make you free
Be what you wanna be
Make no excuses
You gotta do it, you gotta do it your way
To gotta prove it
You gotta mean what you say
You gotta do it, you gotta do it your way
You gotta prove it
You gotta mean what you say
[Chorus x2]
Begitu meriah sekali majlis hari jadi Idoli pada hari itu. Di dalam hati Idoli, dia tidak mahu pulang ke planet dia tetapi dia tahu, keluarga dia sedang menunggu kepulangan dia. Mungkin satu hari nanti, dia akan kembali ke sini dan mereka semua akan bersatu semula
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan paginya, Tarung begitu tekun sekali mengangkat dan membawa kesemua barangan milik Idoli ke kapal angkasa yang mendarat di halaman rumah Kaizo. Begitu mudah sekali Tarung mengangkat barang-barang adiknya yang berat itu. Boboiboy dan kawan-kawan dia teruja melihat kehebatan Tarung dan tidak lupa juga dengan senyuman mengoda dia. Bagaikan ada sinaran matahari memacar di atas diri Tarung. Mereka semua sedang berkumpul di halaman rumah Kaizo. Emmy dan Harraz tidak dapat datang kerana mereka ada hal masing-masing
"Abang Tarung tu... memang sangat terbaiklah" kata Boboiboy
"Tahu takpe, Boboiboy. Aku pun nak jadi hebat macam dia" Mata Gopal bersinar-sinar melihat Tarung
"Hehehee... dia tu Laksamana Tarung, seorang yang hebat macam abang aku" kata Fang
"Sedap nama tu" kata Yaya
"Aku teringat nak makan laksa pulak" Gopal terus terbayangkan diri dia sedang menikmati laksa seorang diri "Sedap betul kalau dapat makan sekarang"
"Haiyaaa... lu ni, asyik fikir pasal makanan sahaja"
"Biarkan ajelah dia Ying. Asalkan dia bahagia"
"Hehehe.. betul tu Yaya" Ying peluk kawan baik dia dari tepi "Lepas ni... kita mesti rindukan si budak kucing tu"
"Itulah.. rumah aku pun sunyi aje nanti" Faye keluar dari rumah dia dengan sehelai tisu di tangan dia dan terus menuju ke arah kawan-kawan dia sedang berdiri di tepi tembok pagar rumah "Tak seronok pula takde Idoli nanti. Selalunya dia dan Lily si itik tu suka buat bising dekat rumah dan juga buat sepah. Yang jadi tukang kemas, Fang juga.. bukan abang dia si Kapten Kaizo tu.. hehehee"
"Abang dia mana reti mengemas maaa..."
"Takdelah Ying. Dia memang reti mengemas tapi... nanti si Fang kemas balik sebab tidak mengikut kekemasan dia"
"Biasalah tu Faye, si budak Pang tu kan OCD yang terlebih OCD" Bella terus silangkan tangan dia "Mana si budak Pang tu? Tidur ke atau tengah cuci bilik air?"
"Wei, aku ada dekat sinilah" muncul Fang di belakang Bella "Kau mengutuk aku yea. Takpe, takpe... nahas kau nanti" Tiba-tiba kepala Fang di tepuk oleh seseorang. Dia menoleh kebelakang dan terus bermasam muka
"Tak habis-habis nak mengamuk aje kerja kau" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Tapi abang pun suka mengamuk juga. Abang mengamuk, adik pun mengamuk.. adik beradik yang kuat mengamuk katakan"
Berkerut-kerut dahi Kaizo. Tangan dia mula gatal untuk keluarkan pedang tenaga milik dia. Perasaan dia pada ketika itu adalah untuk menghukum adiknya tetapi dia menahan kemarahan dia kerana pada hari itu. Mata dia terus pandang ke arah lain iaitu langit biru untuk mencari ketenangan tetapi ketenangan itu hanya sekejap sahaja kerana dia terdengar suara-suara yang membuatkan dia berkerut dahi lagi
"Nanti Lily takde kawan dah"
"Lily jangan sedih, nanti Idoli datang lagi"
Kaizo mengangkat kening sebelah dan mata dia terus ke pintu rumah dia. Lily yang dimaksudkan tadi bukanlah Lily si pelik tetapi Lily si anak kecil. Idoli dari tadi lagi menunggu kehadiran kawan baik dia di depan cermin berdiri di dalam bilik Faye. Dia dan Rizu sangat teruja melihat Lily si anak kecil datang dengan kedua ibu bapanya. Mereka bertiga selalu bermain di dalam rumah Kaizo dan Fang. Gelak ketawa mereka selalu memenuhi ruang rumah itu dan Kaizo tidak pernah halang gelakan mereka. Dia suka dengar gelakan dari mereka bertiga. Ianya mengingatkan ketika dia dan adiknya semasa mereka kanak-kanak lagi
"Adik ku Lily!"
"Kakak ku Lily!"
"Aduh... si Lily besar dan kecil sudah bergabung" Fang menepuk dahinya sendiri
"Hehehee... selamatlah mereka bukan adik beradik kalau tidak, memang pening dengan nama dia orang yang sama tu" kata Boboiboy
"Itu salah abang aku.. dia pergi namakan si itik tu, Lily" Fang silangkan tangannya sambil perhatikan kedua Lily itu berpelukan
Ibu bapa Lily berdiri di tangga pintu rumah dengan gelak ketawa mereka kerana gelagat lucu anak mereka dengan Lily si pelik. Mereka siap bermain tepuk tangan di situ. Lynna dan Kaizo mula perasan dengan perut Blueish. Mereka tersenyum kerana tidak lama lagi, Lily si anak kecil bakal mendapat seorang adik
"Abang Kaizo mesti rasa sunyi dekat rumah seekor lagi haiwan sudah tidak tinggal di rumah dia"
"Betul tu Lily. Kasihan dia" kata Idoli kepada Lily si anak kecil
"Tapi... Lily itik ada bawa anak itik tu untuk apa?" tanya pula Lily si pelik "Adakah anak itik untuk abang Kaizo untuk memenuhi kesunyian dia nanti?"
"Betul tu kakak Lily!" Lily si anak kecil mengambil seekor anak itik yang ada di tapak tangan ayahnya iaitu Semiley "Anak itik ni untuk abang Kaizo dan Lily belum namakan dia lagi"
"Wuuuuu... Lily namakan dia Lily junior!" kata Lily si pelik
Berkerut-kerut dahi Kaizo lagi. Fang dan kawan-kawan dia tergelak di situ. Lynna dan Faye tersenyum kecil dan menahan gelakan. Lily si anak kecil berjalan ke arah Kaizo dengan anak itik. Kaizo terpaksa tunduk sedikit. Dia tidak berkata apa, dia hanya tadahkan tangan kanannya dan anak itik itu berjalan ke atas tapak tangan Kaizo
"Heheee... comelkan anak itik tu" kata Idoli
"Memang comel macam Idoli tapi bukan macam abang Kaizo.. hahahaa!" Kaizo terpaksa bersabar dengan adiknya yang tergelak besar di situ "Tapi kita orang sudah ada Pikachu dan Shadow. Tak perlulah tambahkan lagi haiwan peliharaan kita orang"
"Kamu ni Fang, dia sudah berikan anak itik tu secara ikhlas. Terima ajelah" kata Tarung sambil menepuk bahu Fang "Boleh kamu berdua jaga anak itik ni dengan baik"
"Tapi..." Lily si pelik datang ke arah Kaizo dan perhatikan anak itik itu secara teliti "Hmmm..." Dia mengusap dagunya sambil fikirkan sesuatu
"Apa yang kau fikirkan tu?" tanya Boboiboy
Yaya, Ying, Bella dan Faye rasa pelik dengan kelakuan Lily pada ketika itu. Mata dia asyik perhatikan anak itik itu. Tangan kiri Kaizo sudah bergerak-gerak untuk ketuk kepala Lily. Gopal hanya sebagai penonton sahaja di situ. Lynna tenangkan Kaizo supaya tidak bertindak ganas di situ. Lalu Lily si pelik angguk kepalanya seperti dia mengetahui sesuatu
"Anak itik ni mesti adik kepala Lily si anak kecil!"
"Bukanlah kakak Lily" kata Lily si anak kecil "Adik Lily belum lahir lagi. Dia ada dekat dalam perut mama" Jari telunjuk dia terus ke arah ibu dia yang masih lagi berdiri di tangga rumah bersama Smiley
"Mama Blueish mengandung?" Mata Lily berkelip- kelip melihat Blueish "LILY JADI KAKAK! DAN LILY SI KECIK JADI ABANG!" Dia meloncat-loncat dan berpusing-pusing di hadapan Kaizo, Laksamana Tarung dan juga Lynna
"Aduh.. makin meroyan si Lily ni" Boboiboy menepuk dahinya sendiri
"Meroyan macam mana pun, kawan kita orang tetap nampak comel"
"Betul tu Bella!" kata Faye "Keunikan Lily memang sentiasa comel.. hehehee.. aku sangat bertuah mendapat seorang kawan yang begitu unik dan comel sekali"
"Comel? Unik?.. naik muntah aku" bisik Fang
"Mama Blueish, Papa Semiley... nanti Lily dapat adik girl or boy?" tanya Lily kepada pasangan itu dengan mata dia bulat besar dan senyuman dia sampai ke pipi "Apa nama dia nanti? Adakah nama dia adalah Lily the third? Sebab sekarang ni ada Lily the first dan Lily the second"
"Hehehee... namakan adik kita Lily junior lah" kata Lily si anak kecil
"Berapa banyak Lily lah nanti. Habis pening kepala aku" bisik Fang lagi. Wajah dia semakin lama semakin masam. Dia tidak tahu apa akan terjadi sekiranya ada tambahan haiwan ataupun manusia yang bernama Lily di dalam kehidupan dia "Boleh dikatakan aku lari balik ke stesen TAPOPS"
"Hmm.. kau nak balik ke stesen TAPOPS?" tanya Kaizo yang terdengar bisikan adiknya sebentar tadi
"Mana adalah abang.. adik bergurau sahaja" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat wajah adik yang sedang tersengih itu "Heheheee.. abang jangan ambik serius pulak"
"Tapi adik kecil ku si Lily.. tak kan ada dua Lily junior pula" Lily mengusap dagunya "Kita kena pilih nama lain untuk salah satu ni" Mata dia melirik ke arah anak itik dan selepas itu, ke arah perut Blueish
"Dey, namakanlah si anak itik tu dengan nama makanan ke.. macam Cookies, Nutella ke, Ayam Goreng ke... sedap juga kalau dapat makan ayam goreng sekarang ni" Gopal menjilat bibir dia
"Tapi Idoli tak suka kalau nama anak itik itu ayam goreng.. OH! IDOLI TAHU!"
"Apa yang Idoli tahu?" tanya Rizu
"Nama anak itik ni ialah KAIZO JUNIOR!" kata Idoli dengan penuh semangat
Mereka semua menepuk dahi sendiri secara berjemaah kecuali Kaizo, Lynna, Blueish, Semiley dan Laksama Tarung. Dahi Kaizo berkerut-kerut lagi. Kalau diikutkan, dia memang sudah lama mengamuk di situ tetapi dia harus menghormati orang lain juga terutama sekali dengan adanya Laksaman Tarung, Blueish, Semiley dan juga Lynna. Kalau adik dia dan kawan-kawan adiknya, mereka sudah tentu kena keamukan dia
"Kaizo Junior.." Idoli belai kepala kecik anak itik itu "Kaizo junior tinggal dekat sini dan jadi anak itik yang baik ok"
"Apa kata Idoli ambil anak itik ni sebagai haiwan peliharaan kamu" Lynna mengangkat anak itik itu secara berhati-hati. Idoli tadah kedua tapak tangannya "Idoli jaga anak itik ni elok-elok" Idoli tersenyum melihat anak itik itu berada di atas tangan dia
"Ok juga tu, Idoli ambiklah anak itik ni sebagai hadiah hari jadi dari Lily. Nanti Idoli jangan lupakan kami dekat sini. Lepas ni Lily takde kawan dah" Lily si anak kecil mula hendak menangis. Mata dia sudah berkaca. Dia menatap wajah kawan baik dia dengan senyuman sedih dia "Nanti Idoli datang balik ok"
"Yea, Idoli janji.. Idoli akan ke sini lagi"
"Terima kasih Idoli" Lily si anak kecil mengesat air matanya yang sudah mengalir keluar
"Idoli jangan pergi goreng si itik tu jadi itik goreng sudah"
"ABANG FANG!" Rizu tepuk tangan abang kesayangan dia "Tak baik tau cakap macam tu. Tak kan Idoli nak makan haiwan peliharaan dia pulak"
"Hehehee.. abang bergurau aje" Fang tersengih di situ
"Idoli, sudah masanya untuk kita pulang" Idoli terus pegang tangan abangnya. Tangan dia lagi sebelah pula, memegang anak itik tadi "Kau nak cakap apa-apa lagi dekat kawan-kawan kau?"
"Hmmm... terima kasih semua! Kalau ada peluang lagi, Idoli akan datang lagi. Masa tu mungkin Idoli sudah besar.. hehehee"
"Idoli jangan nakal-nakal" kata Yaya
"Yolah, jangan nak panas baran sangat macam si Fang ni.. hehehee" kata Ying
"Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian Idoli nanti" Boboiboy berikan senyuman dia kepada Idoli
"Errr... jangan lupa makan tau!" Gopal tersengih
"Baik abang Gopal! Idoli pergi dulu! Sehingga kita bertemu lagi"
Idoli dan abang dia naik tangga kapal angkasa itu. Mata Idoli menatap wajah seorang demi seorang. Perasaan dia pada ketika itu sedih bercampurkan gembira. Dia sedih kerana terpaksa tinggalkan mereka. Dia gembira kerana dia sudah tidak sabar untuk berjumpai kembali keluarga dia. Idoli tidak akan lupakan mereka dan dia tidak akan lupakan juga pengalaman dia bersama rakan-rakan dia. Dia akan mengabadikan setiap senyuman dari rakan-rakan dia. Suatu hari nanti, dia akan kembali ke planet bumi. Idoli sudah pun masuk ke dalam kapal angkasa itu bersama abang dia. Tangga kapal angkasa itu naik ke atas secara tidak langsung dan pintunya tertutup rapat. Mereka semua kebelakang sedikit kerana kapal angkasa itu mula naik ke atas
"BYE BYE IDOLI!"
Lily si anak kecil dan Rizu melambai-lambai ke arah kapal angkasa itu. Mereka tersenyum sambil menangis sedikit. Jeritan mereka berdua membuatkan Idoli dengar dan terus melihat luar tingkap kapal angkasa itu. Lalu dia membalas lambaian dua rakan dia. Sedikit demi sedikit, kapal angkasa itu sudah naik ke angkasa dari hilang dari penglihatan mereka. Sehingga kita berjumpa lagi Idoli
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top