Bunga Hitam
Bunga hitam adalah sejenis bunga yang agak jarang tumbuh di dunia ini. Bagi mereka yang pernah melihatnya, ianya bukan sesuatu yang mendatangkan nasib yang baik. Bunga hitam adalah satu lambang kecelakaan yang bakal ditimpa pada mana-mana manusia yang menjumpainya. Ramai ahli sihir yang ada di bumi cuba hapuskan bunga-bunga hitam ini tetapi mereka sendiri terkena sumpahan dari bunga hitam itu. Akibatnya, mereka mati. Tiada siapa tahu dari mana kewujudan bunga hitam ini. Ada yang mengatakan bahawa bunga hitam ini adalah pemilik seorang ahli sihir yang jahat. Dia mahukan manusia-manusia di muka bumi ini menurut perintahnya dan ada juga mengatakan bahawa ahli sihir itu di sumpah dan bertukar menjadi bunga hitam
Pada suatu hari, di sebuah pulau yang lebih dikenali sebagai Pulau Rintis, wujud sekuntum bunga hitam di laman rumah seseorang. Pemilik rumah itu adalah seorang warga tua. Ramai yang memanggil dia sebagai Tok Aba. Dia tinggal bersama dengan seorang cucu lelaki dan sebuah robot bulat. Mereka adalah Boboiboy dan Ochobot. Ketika warga-warga Pulau Rintis sedang tidur nyenyak, bunga hitam itu muncul di laman rumah Boboiboy. Ianya datang secara senyap. Bunga hitam itu mula berkembang dengan mekarnya. Ianya sudah mendapat sasarannya iaitu adiwira Pulau Rintis, Boboiboy
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, sewaktu Boboiboy sedang membuka tingkapnya. Dia menjenguk ke bawah dan terkejut kewujudan bunga hitam tumbuh di tepi rumahnya. Dia tidak pernah melihat bunga hitam sebelum ini
"Apa yang kau tengah tengok tu" datang Ochobot ke dalam bilik Boboiboy dengan sedulang nasi goreng Tok Aba "Kau nak terjun ke?"
"Isk kau ni, bila pulak aku nak terjun dari tingkap ni" Boboiboy terus pusingkan dirinya untuk pergi ambil pinggan yang ada di atas dulang Ochobot "Aku nampak bunga hitam dekat bawah tu"
"Bunga hitam?"
"Ha ah Ochobot. Selama ini aku tak pernah nampak bunga hitam. Ini baru pertama kali aku nampak" Boboiboy duduk bersila sambil makan nasi goreng itu "Agaknya, ini adalah pernemuan baru. Aku kena beritahu kawan-kawan aku ni"
"Tapi kau kena hati-hati. Manalah tahu bunga hitam tu dari planet lain dan ianya adalah raksasa bunga yang makan segala-galanya"
Boboiboy terbayangkan raksasa bunga sedang hancurkan Pulau Rintis. Dia dan kawan-kawan dia terpaksa mempertahankan pulau itu dengan menggunakan kuasa mereka. Sudah tentu dia akan menggunakan kuasa terkuat dia iaitu berpecah kepada tujuh. Mereka akan lawan bersama sehingga raksasa bunga itu musnah. Boboiboy tersenyum kecil sambil suap dirinya nasi goreng
"BBB-CHAN!" Boboiboy tersedak sedikit "BBB-CHAN! LILY DATANG NI!"
"Haih, awal-awal pagi lagi si Lily dah datang" Ochobot terbang ke tingkap "Hmmm... kau nak aku ajak dia masuk ke?"
"Tanya Tok Aba dulu" kata Boboiboy "Tak pasal-pasal nanti, aku yang kena marah sebab ajak dia masuk"
"Ok" balas Ochobot
"BBB-CHAN! LILY ADA BAWAK LANDAK SEKALI SEBAB LILY TAHU, NANTI MESTI TOK ABA TAK BAGI LILY MASUK! JADI LILY SURUH LANDAK TEMANKAN LILY! DAN LILY TAK SANGKA LANDAK SETUJU. HATI LANDAK MEMANG SUNGGUH SUCI MURNI TAK BERDEBU!"
Pintu rumah Boboiboy telah dibuka oleh seseorang. Boboiboy dan Ochobot turun ke bawah untuk melihat Tok Aba menegur perbuatan Lily yang suka menjerit itu. Sambil makan, sambil itulah Boboiboy duduk di tangga. Lily tersengih sambil melihat Tok Aba mencekak pinggang di muka pintu rumah
"Hehehe.. apa khabar atuk" kata Lily
"Atuk khabar baik" balas Tok Aba "Yang kamu ni pagi-pagi menjerit kenapa? Tak elok buat bising, nanti marah jiran sebelah. Meh masuk, atuk ada buat nasi goreng hari ni"
"Terima kasih atuk.. Lily janji, Lily tidak akan menjerit lagi! Kecuali dekat rumah landak"
"Ada juga nak kena dengan aku ni" bisik Fang
Lily dan Fang masuk ke dalam rumah Tok Aba. Mata Lily terus bersinar-sinar apabila dia ternampak Boboiboy duduk di tangga sambil makan nasi goreng. Pipi Boboiboy nampak kembung sedikit kerana kunyah nasi. Ochobot tepuk kepala Boboiboy dan menyuruh remaja bertopi oren itu pergi duduk di kerusi meja makan. Lily hanya berdiri di tepi meja sambil melihat wajah Boboiboy yang serba comel itu. Fang sudah pun duduk di kerusi meja makan. Dia hanya perhatikan muka Lily. Hati dia bagaikan hendak jentik hidung Lily
"Lily, kenapa tak duduk lagi tu" Tegur Tok Aba "Jemput makan.. atuk ada buat banyak nasi goreng ni"
"Terima kasih atuk" Lily dengan sopannya, tarik keluar kerusi itu dan lalu duduk
Boboiboy mahu duduk di sebelah Fang tetapi kaki Fang sudah berada di situ. Fang tersenyum sinis kepada Boboiboy. Dia memang sengaja untuk kenakan Boboiboy dengan perangai Lily yang pelik itu. Boboiboy terpaksa redha dan duduk di sebelah Lily
"BBB-CHAN!" Ochobot tepuk kepala Lily "Err.. hehehe.. maaf.. Lily lupa pula"
"Boboiboy! Kawan kau sorang lagi datang" kata Tok Aba sambil menjemput seorang gadis masuk ke dalam rumah
Boboiboy dan Lily menoleh kebelakang. Mereka tidak menyangka Yaya datang ke rumah dengan sekeping pinggan plastik di tangannya. Ada beberapa kuih-muih di dalam pinggan tersebut
"Eh.. kau datang ke sini kenapa?" tanya Boboiboy
"Aku datang sebab mak aku suruh hantar kuih" jawab Yaya "Masa aku nak datang sini, aku ternampak Lily dan Fang... dia orang sarapan pagi dekat sini ke?"
"Takdelah.. aku dah sarapan pagi pun tapi si pelik ni asyik paksa aku datang sini. Jadi aku terpaksalah pergi sebelum abang aku mengamuk dekat rumah" kata Fang. Tangan dia sudah mencapai senduk nasi "Kuih apa yang kau bawak tu?"
"Kuih karipap, kuih koci, kuih seri muka dan kuih donut tapi bukan donut lobak merah" Yaya letak pinggan kuih itu di atas meja "Tapi aku cuma nak hantar kuih aje.. lepas ni aku kena pergi sekolah. Ada mesyuarat pengawas hari ni"
"Haih, hari sabtu pun ada mesyuarat juga"
"Hmm... nak buat macam mana, cikgu yang pilih hari" kata Yaya kepada Fang "Oklah, jumpa lagi semua"
Yaya melambai-lambai ke arah mereka dan seterusnya, dia terbang keluar dari rumah itu melalui tingkap. Tiba-tiba dia patah balik dan masuk balik ke dalam rumah. Yaya tersengih sekejap. Tok Aba sudah bukakan pintu. Yaya minta maaf kepada Tok Aba dan terus dia keluar dengan sopannya. Mata Lily berkelip-kelip melihat kuih yang dibawa oleh Yaya tadi
"Makanlah Lily, jangan tengok aje" kata Ochobot
"Hehehe... manalah tahu Lily tak boleh makan sebab kuih ni untuk Boboiboy dan Tok Aba" Lily mengambil satu kuih seri muka. Dia berikan kepada Boboiboy "Nah BBB-chan, Lily ambilkan untuk BBB-chan. Landak boleh ambil sendiri"
"Terima kasih Lily. Susah-susah aje kau ni" Boboiboy ambil kuih itu dari tangan Lily sambil tersengih. Fang dan Ochobot hanya menjadi penonton sahaja di situ. Tok Aba sudah masuk ke dalam dapur untuk buatkan air
"Ala, Lily akan sentiasa berikan yang terbaik untuk BBB-chan!"
"Terima kasih Lily" Boboiboy tersengih lagi "Kenapa kau tak ajak Faye datang ke sini sekali? Dia tidur lagi ke dekat rumah?"
"Faye ada kelas menjahit dekat sekolah. Dia cakap, dia orang nak mengadakan fashion show dekat sekolah. Nak ajak Bella tapi dia pula, tengah ada latihan bola tampar dekat sekolah juga. Jadi Lily terpaksa ajak si landak ni.. nak ajak Rizu tapi dia takde pula dekat rumah. Nak bawak si kucing alien tu, tapi dia keluar dengan Rizu pula. Abang Kaizo kata, kak Lynna bawa dia orang pergi jalan-jalan. Cattus pun dia orang bawak sekali. Agaknya, sebab itu kot landak masam muka aje. Kasihan landak sebab ditinggalkan oleh bakal kakak ipar sendiri.. Lily sangat simpati dengan landak"
"Hehee.. kasihan Fang" Boboiboy pandang ke depan. Fang sudah tiada di tempat duduknya "Eh, mana Fang?"
"Dia dah balik pun" kata Ochobot sambil angkat pinggan Fang "Dia cakap, dia malas nak tengok drama Lily"
"Lerr.. dah balik ke. Atuk baru buat air teh untuk dia sekali" Tok Aba baru keluar dari dapur dengan sedulang air teh "Apasal dia awal sangat balik?"
"Entahlah Tok Aba" jawab Boboiboy
"Sampai hati si landak tinggalkan Lily seorang diri dekat sini!" Lily berpura-pura sedih pada ketika itu. Tidak sampai seminit, dia terus kembali bersemangat seperti biasa "BBB-chan takde aktiviti dekat sekolah ke?"
"Takde, hari ini tolong Tok Aba dekat kedai aje" balas Boboiboy
"Ohh.. kalau begitu, Lily pun nak tolong Tok Aba dekat kedai juga! Lily akan menjadi seorang pelayan yang terkenal di kedai Kokotiam Tok Aba! Hahahahaa!"
Boboiboy tersengih sambil garu-garu pipi dia
"Eloklah tu Lily" Tok Aba hidangkan secawan teh kepada Lily "Tapi kau jangan asyik nak tengok cucu atuk sahaja. Fokuskan diri tu kalau nak tolong atuk. Kau sekarang ni, takde benda lain nak di fokuskan ke?"
"Hmmm.. ada kot" Lily fikir sebentar
Dia tumpukan diri dia kepada sesuatu. Boboiboy dan Ochobot perhatikan sahaja Lily tetapi tidak lama selepas itu, Lily tertidur di atas meja. Tok Aba gelengkan kepala. Selamat cawan teh tadi tidak terkena kepala Lily
"Agaknya dia fokuskan diri untuk tidur kot" kata Ochobot
"Agaknyalah kot" Boboiboy tersenyum sedikit "Hehehe.. Lily ni memang pelik tapi pelik yang comel" Tanpa disedari oleh Boboiboy, Lily tersenyum kecil di dalam tidurnya
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo tidak mengadakan sesi latihan tempur pada hari ini. Dia ingin berehat sahaja di rumah sambil menonton cerita seram di television. Di atas meja ruang ada sebungkus biskut tetapi ianya tidak terusik oleh Kaizo. Babak-babak seram dan mencemaskan di filem itu, tidak membuatkan Kaizo rasa takut. Wajah dia tetap serius sahaja. Pintu rumah dia dibuka, Kaizo tidak menoleh untuk melihat siapakah yang datang. Dia hanya tertumpu dengan cerita seram itu
"Abang tak takut ke tengok cerita hantu sorang-sorang?" Kaizo mengangkat kening sebelah setelah dia terdengar suara adiknya "Abang.."
"Kau nak apa Pang? Kacau betul kau ni"
Fang duduk rapat dengan abangnya sambil tunjukkan muka comelnya seperti kucing. Kaizo mula tahu. Adik dia hanya mahu bermanja sahaja. Lalu Kaizo tolak kepala adiknya jauh sedikit. Fang tidak mahu mengalah. Dia lentukkan kepalanya di atas bahu Kaizo
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak jadi kucing atau kau sebenarnya kena rasuk dengan hantu kucing. Serabut kepala aku ni"
"Abang ni.. adik nak bermanja pun tak boleh" kata Fang sambil bermasam muka. Lalu dia berkata lagi dengan nada sedih "Dengan siapa lagi adik nak bermanja? Abang sahajalah yang adik ada. Ibu dan ayah sudah lama tiada. Kalau dia orang ada, sudah lama adik bermanja dengan mereka berdua. Kasih sayang mereka akan buatkan diri adik bahagia selama-lamanya. Kalau adik nak bermanja dengan abang, mesti ada aje alasan dari abang tapi kadang-kadang tu, dapatlah juga. Itu pun jarang. Kenapa abang! kenapa! kenapa abang.." Kaizo terus sumbat sekeping biskut di dalam mulut adiknya
"Kau pun nak jadi macam si pelik tu ke? Berdrama lebih. Semenjak kau berkawan dengan si pelik tu, perangai kau pun sama aje macam dia"
"Yer ke.. adik tak perasan pun" kata Fang sambil kunyah biskut dia "Abang.. adik nak tanya sesuatu ni"
"Tanya apa?" Mata Kaizo terus tertumpu satu babak dimana hantu sedang mengejar seorang gadis di dalam rumah terbiar
"Ermm... ini berkaitan dengan Idoli"
"Apa masalah dia?" Kaizo masih lagi menonton babak filem itu. Kali ini hantu itu menerkam mangsa dia dari belakang "Idoli ada buat hal ke?"
"Takdelah" balas Fang "Dia kan sudah 7 tahun.. abang tak nak hantar dia pergi sekolah ke?"
"Hmm.. itu abang kena minta izin ayah dia dulu. Kalau ayah dia bagi, abang akan daftarkan dia dekat sekolah lama kau" Kaizo menoleh ke kiri "Apasal kau tiba-tiba ambik tahu pasal Idoli?"
"Takdelah, dia kan sudah duduk dekat sini balik. Tak kan nak biarkan dia tak bersekolah, asyik duduk dekat rumah aje. Takdelah dia menyusahkan abang nanti"
"Bagus kau ni" Fang tersenyum kecil kepada abang dia. Kaizo berkata lagi "Bolehlah Rizu dan Emmy tolong tengokkan dia nanti dekat sekolah"
"Tapi darjah satu sekarang ni sekolah petang"
"Hmmm.. aku suruh Lynna pergi tengokkan dia dekat sekolah nanti"
"Cheh, suruh orang lain pulak" bisik Fang "Abang pulak.. tak nak sambung jadi cikgu ke? Hehehe.."
"Tak nak. Biarlah abang jadi cikgu sementara. Kalau abang jadi cikgu, macam mana abang nak jalankan misi nanti. Nanti jawatan kapten akan diambil balik!"
"Hmm.. itu pulak yang abang risaukan" bisik Fang lagi "Abang jadi cikgu best sebab bolehlah adik tengok abang garang macam harimau.. hehehee.. tapi.. kalau abang jadi cikgu, mesti tak best sebab asyik tengok muka abang aje. Balik rumah, abang ada, pergi sekolah pun, abang ada juga dekat situ. Boleh naik muak adik tengok muka abang"
"Dah tu, kau juga yang suruh abang jadi cikgu. AKU SEKEH KARANG KEPALA KAU TU!" Suara garang Kaizo bergema di dalam rumah itu "Meh sini, biar aku sekeh kepala kau sepuas-puasnya!"
"Sekehlah kepala adik!" kata Fang dengan nada marah dia "Adik beritahu ibu dan ayah sebab abang suka sekeh kepala adik"
"Kau nak beritahu mereka macam mana? Dia orang bukannya hidup lagi"
"Boleh aje adik beritahu dia orang. Nanti kalau ibu dan ayah muncul dalam mimpi adik, adik beritahulah mereka. Lepas tu dia orang masuk dalam mimpi abang, dia orang marah abang sebab suka buli adik"
"Pandai yea kau buat cerita"
"Adik memang pandai pun" Fang menjelir lidahnya kepada abang dia
"PANG!"
Fang terus larikan diri. Dia kembali keluar dari rumah itu. Kaizo tidak berpuas hati dengan sikap adiknya tadi. Dia terpaksa kejar adiknya dan terpaksa tinggalkan filem seram itu. Lain kali sahajalah dia akan habis menonton cerita seram itu, fikir Kaizo. Apa yang dia mahukan pada ketika itu, iaitu menghentam adiknya sepuas hati. Dia pergi cari adiknya di sekitar kawasan perumahan itu. Fang sudah hilang entah ke mana. Kaizo tetap akan cari Fang sampai jumpa. Dia terus ke rumah kawan adiknya iaitu Boboiboy. Kaizo tahu, kalau Fang ada masalah atau mahu lari dari abang dia, mesti Fang akan sembunyikan diri di rumah Boboiboy. Sesudah sahaja dia tiba di rumah Boboiboy, dia tidak membuang masa. Dia mengetuk pintu rumah itu. Semasa dia menunggu pintu rumah itu dibuka, mata Kaizo terpandang sekuntum bunga hitam yang ada di tepi rumah tersebut
"Eh, abang Kaizo buat apa dekat sini?"
Kaizo terus melihat ke depan. Boboiboy sudah pun membuka pintu rumahnya
"Adik aku ada tak dekat sini?" tanya Kaizo
"Tadi ada, lepas tu dia balik. Si Lily tu pun dah balik sebab Tok Aba tak bagi dia tidur dekat sini"
"Kalau dia datang ke sini balik, jangan bagi dia pergi ke mana-mana. Aku nak tangkap si budak Pang tu" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Ba-baik abang Kaizo" Boboiboy tergetar-getar untuk berikan senyuman kepada Kaizo "Apa dia buat dekat abang Kaizo?"
"Takde apa pun" balas Kaizo "Aku cuma nak sekeh kepala dia aje" Dia terus pandang bunga hitam itu lagi sekali "Mana kau dapat bunga hitam tu?"
"Tak tahulah abang Kaizo. Tiba-tiba aje bunga tu tumbuh dekat sini. Abang Kaizo pernah nampak tak bunga tu dekat mana-mana planet"
"Tak pernah" balas Kaizo "Kau harus hati-hati dengan bunga hitam tu. Aku takut ianya adalah sejenis makhluk ataupun tumbuhan yang boleh membinasakan kau atau sesiapa pun" Boboiboy angguk kepalanya kepada Kaizo "Bagus.. aku nak pergi cari dia sampai dapat. Kalau kau nampak dia, beritahu aku dengan segera"
Kaizo beredar dari situ. Boboiboy garu-garu kepalanya sambil perhatikan Kaizo berjalan menuju ke taman kawasan perumahan itu. Selama Kaizo dan Fang tinggal di sini, selama itulah Boboiboy menyaksikan keakbraban mereka berdua. Ada kalanya nampak manis dan ada kalanya, bergaduh bagaikan nak hancur rumah mereka. Boboiboy sudah masak dengan perangai mereka berdua yang suka bergaduh itu. Boboiboy mula hendak menutup pintu rumahnya tetapi mata dia tertumpu dengan bunga hitam itu. Dia seperti ada sesuatu yang menarik dirinya untuk sentuh bunga tersebut. Kaki Boboiboy mula berjalan ke arah bunga hitam itu. Tangan dia mula terangkat sedikit demi sedikit. Dia tundukkan dirinya untuk sentuh bunga tersebut. Ochobot rasa hairan, kenapa Boboiboy tidak masuk lagi ke dalam rumah. Lalu dia keluar dan nampak Boboiboy pada ketika itu
"Boboiboy.. apa kau nak buat tu?"
Boboiboy tidak menjawab soalan Ochobot. Dia hanya tertumpu dengan bunga hitam tersebut. Ochobot menyedari apa yang Boboiboy ingn lakukan. Dia tarik badan Boboiboy dan juga tangan remaja lelaki itu tetapi tidak mengendahkannya. Dia masih lagi ingin menyentuh bunga itu. Dia tolak Ochobot ketepi. Sebelum sempat Ochobot menghalang Boboiboy, jari remaja lelaki itu menyentuh kelopak bunga hitam itu. Bunga hitam tersebut bertukar menjadi asap. Lalu ianya meresap masuk ke dalam tubuh badan Boboiboy. Ochobot terbang secara cepat dan pegang kedua bahu Boboiboy
"Boboiboy, kau tak apa-apa ke?"
"Aku..." Mata Boboiboy bertukar menjadi hitam. Selepas itu ianya kembali seperti biasa "Aku... rasa..." Dia terus tersenyum sinis. Ochobo tidak menyukai dengan senyuman tersebut "Badan aku rasa lain macam.. macam ada sesuatu berikan aku kekuatan baru kepada diri aku"
"Boboiboy, kau jangan terpegaruh dengan kuasa tu. Kau kena cuba kawal diri kau"
"Aku tak boleh Ochobot" kata Boboiboy "Aku rasa... macam suka dengan kekuatan ini"
"Boboiboy, aku tahu kau kuat"
"Yea, aku memang kuat dan aku tak perlukan.." Mata Boboiboy kembali menjadi hitam sepenuhnya "KAU!" Dia pegang robot kesayangannya dan panaskan robot kuning itu dengan kuasa apinya. Badan Ochobot berubah menjadi merah akibat kepanasan api itu
"BOBOIBOY! APA KAU BUAT NI! JANGAN BUAT BEGINI!"
"Apa aku pedulik! HAHAHAHAAA!" Boboiboy tidak mahu lepaskan Ochobot. Dia mahu robot kuning itu musnah. Dia tidak fikirkan tentang persahabatan mereka selama ini. Dia hanya mahukan kuasa sahaja "Terima kasih kerana berikan aku kuasa.. sekarang, aku akan buktikan kuasa aku yang hebat ini"
"Kuasa kau... untuk..." Suara Ochobot semakin lemah "Kuasa.. adalah.. untuk.. menjaga... keselamatan dunia... ini... dan.. juga... power... sphera..." Mata Ochobot juga semakin kuyu
"Ada aku kisah tentang itu" balas Boboiboy
"Boboiboy..." Akhirnya Ochobot tidak bernyawa lagi
Boboiboy lepaskan robot kuning itu. Rasa belas kasihan di hatinya sudah tiada lagi. Dia tendang robot kuning itu. Ochobot bergolek sehingga dia berhenti di tepi pagar kawasan rumah Boboiboy. Kebetulan, Yaya pulang ke rumah dia untuk mengambil barang. Dia terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia tidak sangka dengan tindakan Boboiboy tadi. Dia tidak tahu apa yang berlaku tetapi dia harus sedarkan Boboiboy
"Apa yang kau sudah lakukan dekat Ochobot?" Yaya terbang ke rumah Boboiboy "Itu sahabat kau.. sanggup kau buat begitu. Kau tendang dia macam kau tendang tin kosong"
"Isk, kau ni memang menyusahkan betul. Aku tak tahulah kenapa aku perlu menjadi kawan kau" Terguris hati Yaya dengan kata-kata Boboiboy tadi
"Kenapa dengan kau ni?" Yaya mendarat di tepi Ochobot. Lalu dia angkat robot kuning itu "Kau musnahkan kawan kau sendiri"
"Suka hati akulah!" Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Taufan. Pakaian dia bukan lagi berwarna biru tetapi hitam. Ada sedikit jalur biru di bahagian topi dan pakaian dia "Kalau kau rasa kasihan sangat dengan robot tu, kau sahajalah yang bela dia.. itu pun kalau kau dapat hidupkan dia balik... HAHAHAHAA!" Boboiboy Taufan terus terbang dari situ dengan menggunakan hoverboard dia
"Apa jadi dengan Boboiboy?" bisik Yaya "Aku kena beritahu yang lain" Dia melihat robot kuning itu dan lalu dia peluk seratnya "Jangan risau Ochobot, kami akan cari jalan untuk hidupkan kau balik. Kami tidak akan kehilangan kau dan juga Boboiboy"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang melihat kiri dan kanan kawasan perumahan itu. Dia ingin pastikan dia tidak terserempak dengan abang dia. Tiada orang yang lalu di kawasan itu tetapi dia tidak begitu yakin. Dia tahu abang dia suka muncul secara mengejutkan. Dia harus berhati-hati. Dia menoleh kebelakang untuk pastikan tiada siapa yang berada di belakangnya. Dia rasa lega sedikit. Dia pandang ke depan dan terus terkejut. Abangnya ada di hadapan dia. Fang pandang ke atas secara perlahan kerana dia takut hendak melihat wajah garang abangnya
"Sini rupanya kau" kata Kaizo sambil bersilang tangan
"Hehehe... abang, jom kita pergi makan. Adik lapar ni" Fang tersengih kepada abangnya
"Lapar yea.. tunggu abang sekeh kepala kau, baru kita pergi makan"
"Abang ni! Suka sangat sekeh kepala adik! Merajuklah macam ni"
"Pandai pula kau nak merajuk dengan aku" Kaizo jentik dahi adiknya "Selama ini, tidak pernah aku nampak kau merajuk dengan aku"
"Sebab abang suka buli adik!"
"Sebab abang rasa bahagia dapat buli kau" Kaizo terus tersenyum sinis
"Grrr... gigit karang, baru tahu" bisik Fang dengan hatinya mendidih kerana terlampau marah terhadap abangnya "Malaslah adik nak pergi makan dengan abang. Baik adik pergi makan sorang-sorang. Baru rasa aman. Tiada siapa nak kacau adik nanti"
"Pergilah makan sorang-sorang" kata Kaizo "Abang nak pergi makan sedap-sedap dengan kak Lynna, Idoli dan juga Rizu. Kau jangan nak sibuk pulak nanti"
"Abang!" Fang cuba hendak pijak kaki abang dia tetapi Kaizo begitu pantas sekali. Dia pijak kaki adiknya "ABANG!"
"Kau cuba nak pijak kaki aku.. terimalah balasannya dari aku"
Kemarahan Fang semakin mendidih. Ianya seperti hendak meletup dalam beberapa saat ataupun minit lagi. Kaizo tidak begitu hirau dengan kemarahan dari adiknya. Dia hanya perhatikan sekitar kawasan perumhan itu. Rumah-rumah di situ semuanya besar, bagaikan rumah orang-orang kaya. Sebuah banglo besar yang mempunyai tembok pagar berwarna putih, berdiri dengan mewahnya di hadapan mata dia. Kaizo bayangkan terdapat sebuah kolam renang yang kecil di dalam taman banglo itu. Selain itu, dia ternampak beberapa kuntum bunga hitam tumbuh di atas tembok pagar itu. Dia rasa pelik. Lalu dia melihat rumah kediaman yang lain. Kaizo terkejut kerana kawasan perumahan itu ditumbuhi dengan bunga-bunga hitam. Akar-akar hijau menjalar di tepi-tepi pagar setiap rumah yang ada di situ. Jalan raya di kawasan itu dipenuhi dengan akar-akar hijau tersebut. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena
"Pang.."
"Abang nak apa!" Fang tidak sedar dengan kehadiran bunga hitam itu kerana terlampau asyik sangat fikirkan cara untuk kenakan abang dia
"Pang, kita kena cari kawan kau si Boboiboy tu"
"Kenapa abang?" Fang terus menyedari dengan bunga-bunga itu. Tangan dia secara tidak langsung, pegang tangan abang dia "Abang.. mana datang bunga hitam ni?"
"Dari rumah kawan kau" balas Kaizo "Kita harus cari dia sekarang juga!"
"Ke-kenapa abang? Kenapa dengan Boboiboy?"
"Jangan banyak tanya" kata Kaizo "Kau ikut abang, jangan lari ke mana-mana. Aku tak nak terjadi sesuatu dekat diri kau"
Fang hanya angguk kepala dia. Sepanjang perjalanan mereka ke rumah Boboiboy, tangan Fang tidak renggang dari tangan abangnya. Dia menggenggam erat tangan abangnya. Dia tidak mahu terpisah dengan abangnya. Setiap perjalanan mereka, bunga-bunga hitam itu tetap ada. Ianya sudah merebak di sekitar Pulau Rintis. Apa yang membuat mereka rasa takut sedikit, penduduk-penduduk di pulau itu mula bergaduh sesama sendiri. Mereka bagaikan terkena sumpahan dari bunga hitam tersebut. Fang terserempak dengan salah seorang kawan dia iaitu Gopal. Dia tidak tahu samada dia perlu gelak ataupun rasa kasihan terhadap Gopal kerana pada ketika itu, Gopal sedang bergaduh dengan seekor kucing. Mereka bergaduh hanya seketul ayam goreng
"Pasal ayam goreng pun nak bergaduh juga" bisik Fang
"Kau jangan nak pergi ke mana-mana. Ikut sahaja aku" kata Kaizo. Mata dia terpandang dua orang budak lelaki bergaduh kerana tidak persefahaman. Dia mahu pergi leraikan mereka tetapi setiap jalan yang dia lalu, mesti ada pergaduhan di antara manusia ataupun haiwan "Kalau kita biarkan begini sahaja, mesti ada yang tercedera nanti"
"Adik tahu abang.. adik juga mahu mereka semua hentikan semua ini tapi adik seperti abang juga, kena cari dimana datang puncanya"
"Bunga hitam itu" kata Kaizo
"Bunga hitam?" Fang perhatikan wajah serius abangnya "Abang pasti ke?"
"Abang pasti" kata Kaizo "Cuba kau lihat sekitar kau. Bunga hitam tu sudah tersebar luas di pulau ini tapi kita hapuskan bunga hitam yang asal. Kalau kita matikan bunga-bunga hitam yang ada di sini, aku tidak yakin ianya dapat hentikan pergaduhan ini"
"Kalau betul apa yang abang katakan, kita kena cepat"
Dua beradik alien itu terus bergegas ke rumah Boboiboy. Semasa mereka dalam perjalanan itu, Kaizo mula perasaan adiknya seperti hendak mencari gaduh. Fang berhenti berlari dan terus pandang abang dia dengan mata tajamnya. Mulut dia bergerak-gerak sedikit. Kaizo pegang bahu adiknya. Fang terus sedarkan dirinya. Tiada lagi perasaan marah yang ada pada hatinya
"Pang, kau ok?"
"Adik ok.." kata Fang "Tadi rasa macam nak terkam abang. Lepas tu, tiba-tiba kemarahan adik tu hilang bila abang pegang bahu adik"
"Hmmm..." Kaizo tidak lepaskan bahu adiknya. Dia tidak mahu melihat Fang terjebak sekali dengan misteri bunga hitam itu "Kau.. pegang tangan aku dan jangan sesekali lepaskan"
"Baik abang.." Fang terus pegang tangan abangnya "Rasanya.. kak Lynna ok tak? Rizu, Idoli dan Cattus dengan kak Lynna. Adik takut mereka pun terkena sekali"
Kaizo tidak berkata apa. Dia sambung berjalan menuju ke rumah Boboiboy. Dia terfikirkan nasib Lynna dan yang lain-lain. Adakah mereka selamat ataupun tidak? fikir Kaizo. Dia mengharapkan Lynna membawa budak-budak itu ke tempat yang jauh daripada Pulau Rintis. Dia hanya mahukan mereka selamat daripada semua ini. Kaizo teruskan berjalan. Dia tidak tahu kenapa diri dia tidak terkena dengan sumpahan bunga hitam itu?
"Diri aku seperti ada sesuatu yang melindungi diri aku daripada terkena sumpahan itu ke?" bisik Kaizo
"Abang?" Fang mendongak sedikit untuk melihat abangnya
"Takde apa" kata Kaizo "Abang cuma terfikir, kenapa diri abang yang tidak terkena dengan sumpahan bunga hitam tu?"
"Hmmm... adik pun rasa pelik" Fang masih lagi pegang tangan abangnya "Kalau abang tidak kena dengan sumpahan tu, mesti kak Lynna selamat jugak kan"
"Itu aku tidak pasti"
"Kita hubungi mereka"
"Nanti dulu. Kita cari kawan kau" Kaizo berhenti berjalan. Mereka sudah pun tiba di hadapan rumah Boboiboy "Apasal aku rasa lain macam"
"Kenapa abang?"
Kaizo tidak menjawap. Badan dia terasa seram sejuk apabila dia melihat rumah Boboiboy. Bagaikan ada sesuatu yang ada di rumah itu. Tiba-tiba, sekeliling dia menjadi gelap gelita. Adiknya tiada di sebelah dia. Hanya diri dia seorang sahaja yang ada di dalam kegelapan itu. Kaizo melihat kiri dan kanannya. Semuanya gelap. Dia cuba menjerit nama adiknya tetapi tiada suara yang keluar. Dia tidak tahu apa yang terjadi
Kapten Kaizo... kapten yang terhebat di galaxy
Datang satu suara di dalam kepala dia. Suara itu seperti suara Boboiboy. Dia menoleh kebelakang. Tiada apa yang berada di dalam belakang dia
Kapten Kaizo.. kenapa kau seorang sahaja yang tidak terkena sumpahan dari bunga hitam itu? Apa rahsia kau sebenarnya? Tapi tidak mengapa, aku akan bongkarkan rahsia itu. Walaupun diri kau selamat ketika ini tetapi di lain masa, kau akan terkena sumpahan itu.. hahaa.. dan akhirnya, Kapten Kaizo akan kecundang juga.. HAHAHAAAAAA! DAN AKU BERJAYA KALAHKAN KAPTEN YANG TERHEBAT INI! HAHAHA! TIADA LAGI KAPTEN KAIZO DI GALAXY INI! HAHAHA! Siapa yang akal bakal menjadi penganti kau nanti? Adik kau? Dengan dia sekali aku akan hapuskan.. HAHAHA!
Kaizo sudah kembali di dunia nyata. Mata dia terkebil-kebil melihat rumah Boboiboy. Dia menoleh ke tepi. Adik dia ada di situ. Fang melihat wajah abangnya. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang membuatkan abang dia kelihatan resah
"Abang?" panggil Fang. Abang dia tidak menjawab "Abang.. kenapa? Ada sesuatu yang terjadi ke?"
"Pang.. aku rasa, kawan kau kena rasuk dengan bunga hitam"
"Maksud abang.. Boboiboy kena rasuk?"
"Yea" jawab Kaizo "Aku tak rasa dia berada di rumah sekarang ini.. tadi abang boleh dengar bisikan dia"
"Apa yang dia katakan?"
"Dia mahu hapuskan aku" balas Kaizo dengan nada yang agak perlahan "Dan dia juga ingin tahu bagaimana abang boleh selamat dari sumpahan bunga hitam ini"
"Abang pakai ilmu apa sampai diri abang selamat dari sumpahan ini?" Fang mengusap dahinya sambil meneliti tubuh badan abang dia dari atas hingga ke paras bawah "Abang ada kuasa lain yang abang cuba sembunyikan dari adik ke?"
"Jangan nak mengarut! Ini bukan masanya untuk berlawak. Kita kena cari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah ini!" Suara Kaizo agak garang sedikit pada ketika itu "Pang, kalau ada sesuatu yang terjadi dekat sini.. aku nak kau pergi jauh dari pulau ini. Panggil Lahap dan ambil kau dari sini. Kau duduk dekat kapal angkasa aku sehingga semuanya kembali pulih"
"Tapi.."
"Tapi?" Kaizo berikan renungan tajam kepada adiknya "Jangan nak tapi tapi.. ini adalah arahan! Aku tak nak kehilangan kau nanti!"
"Tapi abang macam mana? Adik tak nak kehilangan abang" Fang lepaskan tangan abangnya. Kemarahan di hatinya mula timbul "ABANG NAK ADIK KEHILANGAN ABANG KE? Abang sanggup gadaikan nyawa abang untuk melindungi adik? ABANG SANGGUP BUAT BEGITU?"
Kaizo cepat-cepat pegang tangan adiknya untuk redakan kemarahan itu. Dia melutut di depan adiknya. Hati Kaizo rasa sedih pada ketika itu. Dia menatap wajah adiknya dengan begitu lama sekali. Dia memang sayangkan adiknya. Dia sanggup gadaikan nyawa dia sendiri, semata-mata untuk adiknya. Dia tidak pernah lupakan janji dia kepada ibunya. Walaupun apa-apa yang terjadi, dia akan melindungi adiknya
"Abang.." Fang pegang pipi abangnya "Abang jangan tinggalkan adik.. dengan siapa lagi adik nak bergaduh manja nanti?" Kaizo tergelak sedikit. Dia tersenyum di dalam kesedihan itu
"Abang tidak akan tinggalkan adik" Kaizo genggam tangan adiknya dan terus letak di dada Fang "Abang.. ibu.. ayah.. sentiasa ada di dalam hati kau"
"Dan mereka juga ada di hati abang.." Fang terus peluk leher abangnya "Abang.. janji dengan adik, yang abang akan kembali"
"Itu abang tidak boleh janji" bisik Kaizo di telinga adiknya "Kau jangan tunggu abang.. kau pergi jauh dari sini dan berdoa agar semuanya dipermudahkan" Air matanya menitis di atas bahu adiknya. Dia tidak boleh menangis di situ kerana dia tidak mahu ini adalah yang terakhir dia dapat melihat adiknya. Dia tahu adiknya rasa begitu juga
Sewaktu mereka sedang berpelukan, sebuah bebola api maksima sedang meluru ke arah mereka dengan begitu pantas sekali. Kaizo sempat melindungi mereka berdua dengan mengeluarkan dinding tenaga. Mereka kini berada di dalam sebuah kubah berwarna biru. Kaizo mempertahankan dinding tenaga itu agar ianya tidak hancur dimusnahkan oleh bebola api itu. Beberapa bebola api datang lagi ke arah mereka
"KAU INGAT, KAU BOLEH SELAMAT DALAM KUBAH TU!"
Fang mendongak sedikit. Dia terkejut dengan suara nada suara Boboiboy. Nada suara itu agak sadis sedikit. Boboiboy menyerang mereka lagi dengan bebola api. Dia masih tidak berpuas hati kerana dinding tenaga itu tidak retak tetapi Fang dan Kaizo terasa agak bahang di dalam pelindungan itu. Kaizo memeluk erat adiknya sambil melihat sekeliling dinding tenaga itu. Mereka terperangkap di dalam dinding tenaga itu dan diluar mereka, di kelilingi dengan api membara. Kaizo cuba mencari jalan keluar untuk selamatkan mereka berdua
"Abang.."
"Kau ada idea ke, Pang?"
"Kita ikut jalan tanah.. kuasa abang boleh gerudikan?"
"Kuasa kau pun boleh lakukan" kata Kaizo "Kita lakukan bersama"
"Baik" balas Fang yang sudah bersiap sedia untuk menggunakan kuasanya
Tiba-tiba api semarak di sekeliling dinding tenaga Kaizo, hilang dari situ. Mereka terkejut dengan kemunculan Lynna di luar pelindungan mereka. Lynna sedang berhadapan dengan Boboiboy pada ketika itu. Boboiboy menyerang Lynna dengan kuasa api dan pada masa yang sama, Lynna menggunakan kuasa apinya. Semburan api dari mereka berdua bertembung dan ianya membuatkan beberapa percikan api terkena pagar rumah, pokok-pokok dan juga kenderaan yang ada berdekatan dengan mereka berdua. Lynna menolak semburan apinya supaya jauh daripada diri dia tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu cederakan Boboiboy. Lynna perlu buat sesuatu. Lalu dia menoleh kebelakang. Dua adik beradik itu masih lagi berada di dalam kubah pelindung itu. Mereka berpelukan sambil melihat diri Lynna
"KAIZO! FANG! KAMU BERDUA LARI DARI SINI CEPAT!" Jerit Lynna
"Fang.. kau lari dulu" Kaizo lepaskan adiknya. Dia berdiri di situ sambil melihat Lynna "Aku perlu jauhkan diri Lynna dari Boboiboy"
"Kalau adik lari, nanti adik terkena sumpahan itu" kata Fang dengan cemasnya
"Kau tidak perlu risaukan tentang itu. Yang penting, semasa abang pegang kau.. kau akan kembali seperti biasa. SEKARANG, LARI DARI SINI!"
Kaizo hilangkan dinding tenaganya. Fang berundur sedikit demi sedikit dan lalu dia pusing. Dia lari dari situ tanpa menoleh kebelakang. Kaizo melompat ke atas untuk menyerang Boboiboy. Dia tahu Boboiboy adalah seorang budak remaja yang baik tetapi di dalam masalah ini, Boboiboy telah dirasuk oleh sesuatu yang jahat. Boboiboy tidak sedar apa yang berlaku di belakang Lynna. Dia hanya tertumpu dengan gadis itu. Boboiboy menolak semburan apinya sehigga api ungu itu semakin dekat dengan diri Lynna
"Aku tak boleh tahan" kata Lynna. Api ungu dia dan api Boboiboy semakin lama semakin dekat "Kuasa Boboiboy terlampau kuat"
"TOLAKAN TENAGA!"
Boboiboy tercampak kebelakang. Kedua kuasa api dari Boboiboy dan Lynna, sudah terpadam. Lynna terduduk di atas permukaan jalan itu kerana terlampau penat. Dia kelihatan lemah sedikit
"Kau tak apa-apa?" tanya Kaizo sambil hulurkan tangannya kepada Lynna
"Aku ok.." jawab Lynna. Dia pegang tangan Kaizo dan lalu dia bangun dari situ "Mana adik kau?"
"Aku suruh dia lari dari sini, sementara aku selamatkan kau"
"Kalau begitu, kita harus cari Fang dan keluarkan dia dari pulau ini" kata Lynna "Hanya pulau ini sahaja yang kena sumpahan bunga hitam itu"
"Tapi.. bagaimana kau selamat dari sumpahan itu?"
"Nanti aku cerita dekat kau. Sekarang ni, kita cari adik kau dulu"
Kaizo dan Lynna sudah bersiap sedia untuk larikan diri dari situ tetapi seseorang muncul di depan mata mereka berdua. Boboiboy sudah berubah menjadi Boboiboy Halilintar. Mata dia hitam, pedang halilintar dia berwarna hitam juga dan mereka boleh lihat aura-aura hitam timbul di tubuh badan Halilintar
"KORANG INGAT, KORANG BOLEH LARI! HUJAN HALILINTAR!"
Kaizo keluarkan dinding tenaga untuk melindungi mereka berdua daripada terkena sambaran halilintar. Lynna juga turut keluarkan sebuah perisai berwarna ungu sebagai pelindung tambahan. Halilintar tidak begitu puas hati dengan mereka berdua
"SERANGAN DUO PEDANG HALILINTAR!"
Halilintar mencampak kedua-dua pedangnya ke arah mereka berdua. Lynna cuba halang serangan itu dengan menggunakan kuasa letupan dia. Lynna meletupkan kedua pedang halilintar itu. Kaizo tidak dapat bertahan lama kerana dinding tenaga dia semakin lama semakin lemah. Halilintar keluarkan lagi hujan halilintarnya
"Hahahaa! Bagaimana kalau aku hapuskan korang dengan menggunakan kuasa terhebat aku" Halilintar tersenyum sinis sambil melihat Kaizo dan Lynna kelihatan cemas di dalam kubah dinding tenaga. Dia hentikan serangannya. Dia kembali menjadi Boboiboy biasa "BOBOIBOY KUASA TUJUH!"
Boboiboy berpecah kepada tujuh. Pakaian mereka berbeza daripada sebelum ini. Pakaian mereka semuanya berwarna hitam dan hanya jalur-jalur itu sahaja yang ada berbeza warna pada setiap pecahan itu. Kali ini, mereka serang Kaizo dan Lynna secara serentak
"TUMBUKAN TANAH!"
"CAKERA UDARA!"
"HUJAN HALILINTAR!"
"SEPAKAN BEBOLA API MAKSIMA!"
"TEMBAKAN AIS!"
"CAKERA DAUN!"
"TEMBAKAN BOLA CAHAYA!"
Kuasa pecahan Boboiboy itu terlampau kuat sehingga kuasa pelindung Kaizo dan Lynna musnah akibatnya. Letupan yang kuat berlaku di kawasan perumahan itu. Kaizo dan Lynna terbaring di atas permukaan jalan. Tubuh badan mereka ada kesan-kesan hitam dan juga kesan luka di merata badan. Jari jemari Kaizo bergerak sedikit. Dia masih lagi hidup. Begitu juga dengan Lynna. Pecahan Boboiboy sangat berpuas hati dengan serangan mereka tadi. Pecahan dia terus bercantum semula menjadi satu. Dia bergerak ke depan dan pijak kaki Kaizo sedikit
"Hahaha... sekarang kita sudah tahu, siapa yang paling hebat"
"DAN JAWAPAN DIA BUKAN KAU!" Fang terjun dari helang bayangnya "TUSUKAN JARI BAYANG!"
"KAU MASIH ADA LAGI DI SINI!" Boboiboy menggenggemkan kedua tangannya. Dia melompat kebelakang untuk mengelakkan diri dari serangan Fang tadi "AKU AKAN HAPUSKAN KAU!"
"HAHAHA! KAU INGAT KAU BOLEH HAPUSKAN AKU DENGAN BEGITU MUDAH SEKALI!" Fang mendarat di depan badan abangnya "Aku akan balas dendam apa yang kau sudah buat dekat abang aku. Kau memang tidak boleh dimaafkan!"
"Hapuskanlah aku kalau kau boleh" Boboiboy serang Fang dengan kuasa airnya "SERANGAN OMBAK!"
"PELINDUNG BAYANG!" Kuasa air ombak Boboiboy tidak terkena Fang
"Isk! Jaga kau nanti!" Boboiboy tumbuk permukaan tanah itu "TUMBUKAN TANAH BEROMBAK!"
Permukaan jalan raya itu bergoyang-goyang bagaikan ada gempa bumi di situ. Tiba-tiba ianya bergerak bagaikan ombak. Tanah-tanah keluar bagaikan bukit kecil dan terus meluru ke arah pelindung bayang Fang. Retakan tanah itu sampai ke dalam tempat pelindungan Fang. Tumbukan tanah itu terkena badan Fang. Dia tercampak keluar dari pelindung bayangnya. Fang terjatuh jauh daripada abangnya. Dia tidak mahu mengalah. Fang bangunkan diri dia walaupun badan dia terasa sakit sedikit
"Masih hidup lagi kau" Boboiboy kali ini berjalan menuju Kaizo dan Lynna "Bagaimana perasaan kau apabila aku hapuskan orang-orang yang kau sayangi"
"Jika kau begitu, aku akan hapuskan kau!"
"Marilah" kata Boboiboy dengan beraninya "Kita lihat, siapa akan kalah nanti"
"Kau jangan terlalu yakin sangat" Fang keluarkan aura bayangnya di kedua belah tangannya. Dia nampak mata abanynya mula terbuka sedikit. Dia perlu alihkan perhatian Boboiboy "HARIMAU BAYANG!" Seekor harimau bayang muncul di hadapan Fang "SERANG DIA!"
Boboiboy hanya berdiri di situ sahaja tanpa membuat apa-apa. Fang tidak terfikir apakah tindakan Boboiboy yang seterusnya. Dia hanya mahukan Boboiboy kalah di dalam pertarungan mereka
"SERANGAN HARIMAU BAYANG!"
"BOBOIBOY THORN!" Boboiboy Thorn muncul di situ "AKAR BERDURI! TUSUKAN AKAR BERDURI!"
Akar-akar hijau itu menusuk badan harimau bayang. Begitu mudah sekali Thorn musnahkan serangan Fang tadi. Giliran Thorn pula untuk menyerang Fang. Akar-akar hijau menjalar ke arah Fang dan lalu ianya cuba melilit badan remaja alien itu. Fang cuba hendak selamatkan diri dengan mengeluarkan helang bayangnya tetapi akar itu sempat mengikat tangannya. Dia bergelut di situ. Thorn ketawa di situ seperti orang gila
"PEDANG TENAGA!"
Kaizo sudah sedarkan diri. Dia mencantas beberapa akar-akar hijau yang ada di situ. Kaizo pegang bahu adiknya. Fang mula sedarkan diri. Kemarahan dia bertukar menjadi sedih kerana Boboiboy, kawan baik dia sendiri sanggup menyerang sesiapa sahaja tanpa belas kasihan
"Pang, mari kita lari dari sini"
"Kak Lynna mana?" tanya Fang
Thorn mula bergerak ke arah mereka berdua. Dia menyeru akar-akar hijaunya untuk menyerang mereka berdua tetapi kali ini, Lynna pula menyerang akar itu dengan kuasa apinya dari belakang. Thorn mula naik angin. Lynna dengan pantasnya, dia teleportkan dirinya ke arah Fang dan Kaizo. Selepas itu dia muncul di tengah-tengah Fang dan Kaizo. Dia pegang tangan dua beradik itu dan terus hilangkan diri. Dia membawa mereka ke tempat yang selamat, jauh dari Pulau Rintis. Thorn mengamuk di situ kerana dia tidak dapat apa yang dia mahukan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo, Fang dan Lynna munculkan diri mereka di sebuah rumah apartment yang terletak di Kuala Lumpur. Lynna terduduk di atas kerusi kerana badan dia masih lagi lemah. Rizu, Idoli dan Cattus ada di dalam rumah itu juga. Rumah itu adalah clubhouse milik 5 orang gadis. Ianya adalah sebuah markas untuk mereka berlima beroperasi untuk hapuskan musuh mereka dan juga untuk beristirehat
"ABANG PAIZO! ABANG FANG!" Rizu berlari dan peluk badan Fang "Korang berdua selamat"
"Macam mana Rizu ada dekat sini?" tanya Fang
"Lynna yang bawa mereka ke sini" Seorang gadis yang bernama Fairuz, keluar dari dapur dengan sedulang air untuk mereka "Dia yang menyuruh akak jaga mereka sementara dia pergi selamatkan yang lain"
"Terima kasih kerana jagakan mereka" kata Lynna "Dan juga terima kasih kerana pinjamkan aku rantai kristal rebirth stone kau" Dia membuka seutas rantai yang ada di lehernya. Dia letakkan rantai itu di atas meja ruang tamu
"Sama-sama" kata Fairuz sambil hidangkan air di atas meja makan
"Aku tak faham, apa yang sebenarnya yang berlaku? Kamu berdua tahu ke tentang bunga hitam itu?"
"Hmm..." Lynna bangun dari kerusi sofanya "Bunga hitam itu boleh dikatakan sebagai cerita mitos dari dunia kami tetapi sebenarnya, cerita itu adalah benar. Sebelum ini, kita orang tidak pernah bertemu, apatah lagi berlawan"
"Bunga hitam itu sebenarnya adalah orang?"
"Boleh dikatakan begitu Fang" jawab Lynna "Dia wujud beratus-ratus tahun yang lalu.. selepas itu, dia cuba untuk menguasai sebuah kerajaan yang terletak di bahagian eropah tetapi seorang wizard telah mengurungkan dia dan jadikan dia sebagai sekuntum bunga hitam. Belum sempat wizard itu hendak menyimpan bunga itu, ahli sihir itu hilangkan dirinya yang sebagai bunga itu"
"Jadi kita kena hapuskan bunga itu"
"Yea Kaizo.. tapi aku tak tahu bagaimana untuk hapuskan bunga itu sendiri"
"PIZU TAHU!" kata Rizu sambil angkat tangan kanannya "Mula-mula kita pijak bunga tu, petik kelopak dia satu per satu.. lepas tu gunting batang dan akar dia! Hehehe.."
"Alahai Rizu ni" Lynna mengusap rambut Rizu "Bukan semudah itu Rizu.. di dalam dunia magik ni, macam-macam boleh berlaku. Walaupun kita dapat pijak bunga itu, ianya akan dapat kembali balik sebab kita tidak hapuskan ahli sihir yang terkurung dalam bunga tersebut tapi Rizu kena ingat, sekarang ini, ahli sihir itu telah merasuk Boboiboy. Kita kena cari jalan untuk keluarkan orang jahat itu dari badan Boboiboy"
"Hmm.. kakak Lynna ada idea ke macam mana nak keluarkan orang jahat tu?"
"Ada tapi bila kita dapat keluarkan, ianya mungkin dapat merasuk orang lain. Jadi akak kena pergi ke dunia fantasi untuk mencari jawapan"
"Mungkin kawan kau yang lelaki tu tahu jawapannya" kata Kaizo
"Yea, mungkin dia tahu" Lynna melihat Kaizo dan lalu berkata "Kau duduk di sini bersama adik kau. Aku akan dapatkan jawapan dari kawan aku"
"Tak, aku kena ikut kau.. aku ingin tahu kenapa diri aku seperti ada sesuatu yang melindungi dari terkena sumpahan bunga hitam itu"
"Adik pun nak ikut sekali" kata Fang kepada Kaizo dan Lynna "Adik pun nak tahu juga"
"Pizu nak ikut boleh?" tanya Rizu dengan matanya terkebil-kebil sedikit "Pizu boleh bawa Idoli dan Cattus sekali"
"Oh yea, mana dia orang berdua?" tanya Fang kepada Rizu
"Idoli ada dekat dalam bilik belakang. Dia tengah main video game dengan Cattus" jawab Rizu
Lynna tidak tahu samada dia perlu bawa Fang dan Rizu sekali ataupun tinggalkan mereka di sini. Kalau dia suruh mereka duduk di sana sahaja, sudah tentu Fang akan berkeras kepala kerana dia mahu ikut abangnya. Mesti Fang ingin tahu sekali kenapa Kaizo tidak terkena sumpahan bunga hitam itu. Lynna terpaksa membawa mereka berdua. Dia mencapai sebuah beg kecil yang ada di dalam ruang tamu itu
"Fairuz, kau jaga budak dua orang tu. Aku pergi ke sana sekejap" kata Lynna sambil pakai beg itu
"Ok!" kata Fairuz sambil berikan senyuman kecil dia kepada kawan baiknya "Hati-hati dekat sana nanti"
"MEOW! MEOW! GRRR!"
Idoli dan Cattus bergelut dengan video game mereka. Kebisingan dari mereka berdua membuatkan Kaizo berkerut dahi. Rizu mahu menyertai permainan video game itu bersama mereka tetapi hati dia ingin sangat ikut abang dan kakak angkat dia pergi ke dunia sana. Dia suka pergi mengembara di dunia fantasy kerana terdapat banyak benda unik yang dia boleh jumpai contohnya buku-buku di perpuskataan istana yang penuh dengan kuasa magik. Lynna membawa mereka bertiga masuk ke dalam bilik utama. Di situlah terletaknya sebuah cermin berdiri yang boleh membawa mereka pergi ke dunia lain. Dunia itu lebih dikenali sebagai Unseen World tapi Lynna memanggil dunia itu sebagai dunia fantasi. Seorang demi seorang masuk ke dalam cermin itu dan meninggal Fairuz di clubhouse untuk menjaga dua ekor kucing alien. Lynna keluar laluan cermin itu dan akhirnya, dia sudah kembali di dunia fantasi yang dia sudah lama tidak menjenguk
"Selamat kembali, tuan puteri" kata seorang dayang yang sentiasa mengemas dan menunggu kepulangan tuan puterinya
"Terima kasih" kata Lynna kepada dayang itu
Kaizo, Fang dan Rizu turut keluar dari cermin itu. Mereka tidak mempunyai banyak masa untuk berseronok di situ. Lynna bergegas ke sebuah bilik dewan yang khas untuk prihal tentang magik seperti membuat ubat-ubatan magik. Di situlah tempat yang mereka akan berjumpa dengan kawan baik Lynna iaitu Kiddi. Beliau sentiasa berada di dalam bilik itu kerana dia adalah seorang ahli yang mahir di dalam bidang magik secara mendalam. Bilik itu terletak di bahagian bawah istana. Agak jauh perjalanan mereka ke situ. Kaizo, Fang dan Rizu ikut sahaja Lynna ke mana dia pergi, dari tingkat atas sehinggalah ke tingkat bawah. Mereka perlu melalui tangga bawah tanah untuk sampai ke destinasi mereka. Apabila mereka sudah sampai, bilik itu tidaklah kelihatan gelap. Ianya dipenuhi dengan cahaya-cahaya bulat yang terapung di atas siling bilik itu. Bilik itu seperti sebuah dewan besar. Di bahagian belakang bilik itu terdapat sebuah bilik khas untuk buku-buku berkenaan dengan magik. Di tepi kiri bilik itu mempunyai beberapa almari khas untuk tumbuh-tumbuhan pelik yang boleh dijumpai di dunia itu. Di tengah bilik itu terdapat sebuah meja panjang dan di atasnya ada sebuah buku terbuka luas. Di tepi buku itu mempunyai sebuah kawah kecil untuk membuat ubat. Mereka boleh terhidu bau-bau pelik dari bilik itu
"Lynna!" Kiddi terkejut dengan kedatangan kawan baiknya "Apa kau buat dekat sini? Ada apa-apa yang boleh aku bantu?"
"Kiddi.. Pulau Rintis kena serang dengan sumpahan bunga hitam"
Kiddi tidak berkata apa. Mata dia hanya membulat besar dan terus meninggalkan mereka berempat di situ. Dia masuk ke dalam perpuskataan dia untuk mengambil sebuah buku mengenai bunga hitam itu. Beberapa saat kemudian, dia kembali dengan sebuah buku besar berwarna hitam kehijauan. Dia membelek-belek buku itu sehinggalah dia berhenti di satu mukasurat. Dia letak buku itu di atas meja panjang tersebut. Dia pusingkan buku itu supaya Lynna, Kaizo, Fang dan Rizu dapat melihat apa yang dia ingin tunjukkan
"Itu bunga yang aku nampak dekat rumah Boboiboy" kata Kaizo. Lalu dia baca informasi tentang bunga hitam itu "Kuro adalah salah seorang ahli sihir dari sekumpulan yang mengamalkan ilmu hitam. Ianya dipanggil black magik. Ramai dikalangan mereka mengamalkan ilmu hitam beratus-ratus tahun dahulu di zaman medieval. Kuro ingin menguasai seluruh dunia bersama ahli-ahlinya. Kuro adalah ahli sihir yang terkuat sekali. Ramai ahli-ahli dia telah dimusnahkan dengan menggunakan white magik. Kuro tidak begitu mudah untuk dimusnahkan kerana kuasa yang dia miliki terlalu kuat. Apa yang mereka boleh lakukan, adalah tukarkan sifat fizikal dia menjadi sekuntum bunga hitam. Kuro dapat larikan diri walaupun diri dia hanyalah sekuntum bunga hitam. Tiada siapa tahu kemana dia pergi dan sembunyikan dirinya. Ada yang menjumpai bunga hitam itu tetapi ramai yang mengalami nasib yang sama. Manusia biasa yang sentuh bunga itu, ianya akan membawa nasib malang. Jikalau di sentuh oleh seseorang yang mempunyai kuasa luar biasa, Kuro akan menguasai tubuh badan itu dan menggunakan kuasa itu untuk membawa binasa kepada makhluk yang ada di bumi. Ramai yang mengatakan kisah Kuro adalah cerita dongeng sahaja tetapi ianya adalah benar.. tengok, dekat buku ini ada tulis bagaimana hendak menangkap roh dia"
"Kenapa kita kena tangkap roh dia pulak?" tanya Rizu sambil garu-garu kepala dia
"Sebab bentuk fizikal dia terlampau kuat walaupun ianya hanyalah sekadar bunga sahaja. Bunga hitam ini agak sukar untuk melemahkan atau untuk dimusnahkan" jelas Kiddi kepada Rizu "Hanya ada satu cara sahaja untuk hentikan kegilaan dia iaitu menangkap roh dia dan perangkapkan roh dia di dalam sebilah pisau belati"
"Pisau?" bisik Fang "Pisau luar biasa ke?"
"Ya.. pisau ini adalah rekaan khas untuk menangkap mana-mana roh yang ada di bumi ini. Tak kira jahat ataupun baik, dia akan menjadi sebuah perangkap untuk roh itu" jelas Kiddi lagi
"Jadi roh alien dia tak boleh nak tangkaplah" Kaizo tepuk kepala adiknya "ABANG!"
"Kau nak aku letak roh kau dalam pisau tu ke?"
"Abang sanggup ke?" Fang sahaja sindir abangnya "Abang akan buat apa sahaja untuk menjadi superhero terkenal kan kan kan" Kaizo ketuk kepala adiknya kali ini
"Bila masa aku nak jadi popular macam kau"
"Betul tu abang" kata Fang sambil angguk kepalanya "Abang memang tiada masa untuk mengejar popularity tetapi bagi adik, setiap masa, setiap minit dan setiap saat.. adik harus kekalkan popularity adik ni!"
Rizu gelengkan kepalanya. Dia tidak faham mengapa abang angkat dia begitu taksub dengan popularity? Adakah popular itu akan membuatkan diri dia lebih berkuasa atau dapat makan sedap-sedap, fikir Rizu. Lalu dia bayangkan diri dia popular di seluruh dunia kerana buku komik yang dia terbitkan. Rizu tersenyum kambing di dalam bilik itu
"Sudah sudah.. jangan nak start bergaduh lagi" kata Lynna "Kiddi, mana kita nak cari pisau tu?"
"Pisau itu ada di sini" Kiddi masuk ke dalam sebuah bilik lain yang penuh dengan barang-barang luar biasa
"Pisau tu agaknya besar ke atau kecik?" tanya Rizu sambil membelek-belek buku yang Kaizo baca sebentar tadi. Lalu dia berhenti di satu muka surat "Wah! Dia cakap ahli sihir yang bernama Merlin memang wujud.. WAH! Pizu rasa macam nak jumpa aje Merlin tu. Mesti Lady Morgana tu pun wujud sekali"
"Hehehe.. kalaulah Rizu tahu cerita yang sebenarnya" bisik Lynna sambil tersenyum sedikit
"Lynna.. bagaimana kau dapat selamatkan diri dari sumpahan bunga tu?"
"Masa aku bersiar-siar dengan Rizu, Idoli dan Cattus.. aku mula sedari beberapa bunga hitam mula tumbuh di sekitar bandar Pulau Rintis. Aku rasa tak senang hati. Jadi aku bawa mereka ke tempat yang selamat iaitu clubhouse aku sendiri" kata Lynna. Lalu dia sambung bercerita lagi "Aku kembali ke Pulau Rintis sebab nak lihat keadaan tapi sebelum itu, aku pinjam batu kristal kawan aku sebagai pelindung"
"Kakak Lynna punya mana?" tanya Rizu
"Akak rasa.. kali terakhir akak nampak, ada dekat Lily si itik tu" balas Lynna "Masa akak tiba di Pulau Rintis, akak nampak Kaizo dan Fang dalam bahaya. Akak tak sangka Boboiboy dirasuk oleh roh jahat"
"Pizu pun tak sangka juga sebab selalunya abang Fang yang kena. Abang Fang tu ada macam orang jahatlah juga" Berkerut dahi Fang dengan kata-kata Rizu tadi "Tapi abang Fang sebenarnya baik, tak jahat. Yang jahat adalah orang jahat yang mempergunakan kita semua, contohnya diri Pizu sendiri. Pizu tidak akan lupakan kejadian itu. Pizu berharap ianya tidak akan berulang lagi. Pizu tak nak jadi orang jahat. Pizu tak nak lawan dengan abang-abang dan kakak-kakak yang Pizu sayang"
"Jangan risau Rizu, tiada siapa akan mempergunakan Rizu lagi" kata Kaizo dengan nada seriusnya
Kiddi sudah kembali tetapi kali ini dia kembali dengan sebilah pisau belati. Pisau itu berwarna hitam dan tempat pemegang dia ada ukiran ayat-ayat yang mereka tidak kenali kecuali Kiddi. Pisau itu telah dihulurkan oleh Kiddi kepada Lynna. Secara hati-hati, Lynna mengambil pisau belati itu. Mata pisau itu agak tajam. Dia terfikir, adakah mereka perlu menikam Boboiboy untuk menangkap roh Kudo? Lynna simpan pisau itu di dalam beg poketnya
"Ya, kau perlu menikam Boboiboy" Lynna terkejut kerana Kiddi boleh baca apa yang terbisik di dalam hatinya "Tetapi kamu semua tidak perlu risau. Kawan kamu akan selamat jikalau kamu semua tidak tikam di bahagia jantungnya"
"Jadi, macam mana nak selamatkan dia? Hantar Boboiboy terus ke hospital?"
"Tidak perlu" jawab Kiddi kepada Fang "Kuasa Lynna dan Kaizo dapat selamatkan dia"
"Aku ada kuasa?" Kaizo melihat kedua tangannya. Adakah dia selamat ini mempunyai kuasa istimewa yang tidak memerlukan jam kuasa? "Aku hanyalah alien sahaja, bukan seperti Lynna"
"Sebenarnya.." Kiddi mula bercerita "Ingat tak tentang sumpahan sebelum ini, kamu dan adik kamu tidak boleh berjumpa kalau tidak, dada kamu akan terasa sakit"
Kaizo masih ingat lagi kejadian itu. Ianya sangat perit apabila dia menenang kembali memori itu. Dia bagaikan seperti orang tidak siuman yang kehilangan sesuatu tetapi dengan bantuan daripada Lynna, dia akhirnya dapat kembali bersama adiknya. Lynna pula yang menjadi mangsa yang seterusnya. Dia tidak akan lupakan pergorbanan Lynna pada masa itu. Pada ketika itu, diri Lynna terseksa akibat dia datang untuk menolong Kaizo hapuskan musuh mereka. Kaizo tidak sanggup melihat diri Lynna menderita sehingga membuatkan air mata dia terkeluar sedikit. Air mata dia bertukar menjadi kristal dan dari itu, kuasa kristal itu musnahkan musuh mereka
"Kristal itu ada di dalam diri Kaizo" kata Kiddi "Kerana itulah diri kau dilindungi dari sumpahan bunga hitam itu. Sesiapa yang pegang atau sentuh diri kau, mereka akan dilindungi juga. Gunakan kuasa kristal itu untuk pulihkan Boboiboy. Hanya kau dan Lynna yang boleh selamatkan dia"
"Saya tak boleh selamatkan dia sekali ke?" tanya Fang
"Boleh, kamu juga boleh turut sertai mereka" balas Kiddi "Kamu bertiga hanya perlu sentuh tempat kesan tikaman itu dan fikirkan untuk selamatkan Boboiboy bukan benda lain. Dia akan kembali pulih"
"Terima kasih Kiddi" kata Lynna "Kami akan lakukan dengan baik. Kami pergi dulu" Dia tunduk sedikit kepada Kiddi sebagai tanda terima kasih kerana membantu mereka
"Lynna.." Kiddi keluarkan sesuatu dari poket jubahnya
"Kenapa Kiddi?"
"Aku ingin pulangkan kristal rebirth stone kau" Kiddi berikan seutas rantai kepada Lynna "Hari itu Lily si itik dan ibu bapa dia datang ke sini untuk pulangkan rantai kau. Jadi aku simpan dengan baik sehingga kau kembali ke sini. Jaga elok-elok kristal kau"
Lynna memakai rantai kristal dia. Akhirnya, rantai kristal dia sudah kembali kepada dirinya. Dia tidak perlu pinjam rantai kawannya lagi. Sewaktu mereka berempat beredar dari bilik itu, Rizu menoleh kebelakang. Dia seperti nampak Kiddi sedang melihat bola kristalnya untuk melihat sesuatu. Rizu ternampak image di dalam bola kristal itu. Adakah ianya tentang masa depan seseorang kerana ada wajah seorang bayi comel, fikir Rizu. Kalau betul ianya tentang masa depan seseorang, dia sudah tidak sabar untuk mengenali bayi itu
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pulau Rintis kini bukan lagi tempat yang ceria seperti biasa tetapi suram. Pulau itu telah diselubungi dengan kabus-kabus tebal dan suasana pulau itu agak gelap sedikit. Sewaktu Kaizo, Fang dan Lynna tiba di situ, mereka dapat merasakan seram sejuk di situ. Keadaan begitu sunyi sekali. Rizu tidak dibenarkan kembali ke pulau itu. Mereka terpaksa tinggalkan Rizu di clubhouse sebagai keselamatan diri dia
"Apa terjadi dekat sini?" tanya Fang
Penduduk-penduduk di situ tidak lagi bergaduh sesama sendiri tetapi sebaliknya, mereka semua dalam keadaan tidur. Tiada siapa yang terjaga kecuali Boboiboy. Mereka tidak tahu dimana Boboiboy berada sekarang ini. Fang ternampak dua kawan dia iaitu Yaya dan Ying. Mereka terbaring di tepi pondok perhentian bas
"YAYA! YING!" Fang berlari ke arah mereka. Dia terduduk di antara Yaya dan Ying "Dia orang masih hidup lagi ke?"
Lynna merasai nadi kedua gadis itu. Dia angguk kepalanya kepada Fang. Mereka masih lagi hidup tetapi hanya tidur sahaja. Beberapa kesan luka terdapat di wajah Yaya dan Ying. Lynna tidak pasti samada kesan luka itu disebabkan oleh Boboiboy ataupun mereka bergaduh dengan menggunakan kuasa
"Kita nak biarkan dia orang dekat sini sahaja ke?"
"Kau nak suruh abang angkat dia orang dan letak dekat rumah?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah kepada Fang "Kita tiada masa untuk selamatkan kawan-kawan kau. Aku pasti mereka dalam keadaan selamat. Sekarang ini kita fokuskan diri untuk tangkap si budak Boboiboy tu"
"Maafkan aku kawan-kawan.. nanti aku datang balik" kata Fang kepada kedua kawannya "Aku, abang aku dan juga kak Lynna.. akan betulkan keadaan. Korang tunggu ok" Tangan dia mahu sentuh kedua gadis itu tetapi pengelangan tangan dia dipegang oleh Lynna
"Sudah, mari kita pergi" kata Kaizo
Mereka bertiga beredar dari situ. Fang menoleh kebelakang. Dia terkejut akar-akar hijau menjalar di atas badan Yaya dan Ying. Kemudian, akar-akar itu ditumbuhi dengan bunga-bunga hitam. Dia terus pandang ke depan kerana tidak sanggup melihat kawan-kawan dia terseksa walaupun mereka dalam keadaan tidur. Semakin jauh mereka melangkah pergi dari pondok perhentian bus itu
"Macam mana kita nak cari Boboiboy?"
"Kau nak panggil dia datang ke sini ke?" tanya Kaizo kepada adiknya
Fang melihat kawasan perumahan itu. Dia rasa tempat itu tidak sesuai untuk berlawan dengan Boboiboy. Mereka perlukan tempat yang luas dan jauh daripada orang ramai. Lagipun di atas jalan raya itu terdapat beberapa orang sedang terbaring tidur di situ. Dia tidak mahu nyawa orang lain terancam akibat pertarungan mereka nanti. Lynna turut fikir seperti Fang juga
"Kita ke padang sekolah" kata Fang
"Tapi kalau ada budak-budak ke situ, kita ke tempat yang jauh iaitu kilang terbiar yang jauh dari bandar ini"
"Tak, kita pergi sahaja ke tempat terbiar itu" kata Kaizo dengan nada seriusnya "Aku tak nak melengahkan masa"
Fang dan Lynna angguk kepala sedikit sebagai tanda setuju. Lynna pegang tangan Fang dan juga Kaizo. Dia akan membawa mereka secara pantas dengan menggunakan kuasa teleportasinya. Sewaktu mereka hendak berangkat gerak ke kilang terbiar, Fang terdengar satu suara sedang memanggil dirinya
"Landak... landak.."
"Eh.." Fang mencari dari mana suara itu datang "Ada orang panggil adik"
"Dia dalam bahaya ke?" tanya Kaizo
"Landak... Lily dekat sini.." Fang menoleh di sebelah kirinya. Lily tersandar duduk di tepi tembok rumah. Mata dia kelihatan kuyu bagaikan dia mahu tidur "Landak..." Tangan kanan dia ada kesan luka yang dalam. Beberapa kesan darah yang ada di baju Lily
"Lily!" Lynna bergegas ke arah Lily "Lily ok ke? Kenapa dengan tangan ni? Siapa yang buat?"
"Lily.. bergaduh tadi... Lily macam nampak Ratu Lily wujud balik.. Lily bergaduh dengan dia" kata Lily yang agak lemah itu "Tak tahulah kalau mata Lily yang mempermainkan Lily ataupun itu adalah Ratu Lily yang betul"
"Hmm... mungkin bayang-bayang sahaja yang membuatkan si pelik ni nampak benda-benda pelik"
"Mungkin juga abang" kata Fang "Lily.. kau ok ke kalau kau duduk dekat sini sahaja? Kita orang nak pergi belasah si Boboiboy tu" Kaizo tepuk kepala adiknya "ABANG! Betul lah adik cakap.. nak belasah kawan adik tu"
"Bukan ke kita nak tangkap roh jahat tu, BUKANNYA NAK BELASAH KAWAN KAU TU!"
"Ala samalah tu" kata Fang sambil bermasam muka "Biar adik hentam dia secukup-cukupnya.. hahaha!"
"Landak... Lily ok. Lily cuma rasa macam nak tidur dah ni" Lily menguap kecil di situ "Landak pergi selamatkan BBB-CHAN tapi jangan..." Dia tertidur di situ
"Tapi apa?" Fang usik-usik pipi Lily. Gadis itu tidak terjaga dari tidurnya "Hmm.. dah tidur dah.. mungkin si pelik ni nak cakap.. tapi jangan pandang rendah dengan kuasa BBB-CHAN dia dan kita perlu belasah dia sepuas-puasnya! HAHAHAHA!"
Lynna hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Dia terus bawa mereka pergi ke kilang terbiar dengan menggunakan kuasa teleportasinya. Mereka muncul balik di hadapan pintu masuk kilang terbiar itu. Sekitar kawasan itu amat sunyi sekali. Bunga-bunga hitam turut tumbuh di kawasan kilang itu juga
"Pang, biar abang dan kak Lynna yang panggil dia. Kau pergi sembunyikan"
"Kenapa pulak abang?" tanya Fang dengan perasaan tidak puas hati "Adik boleh aje tolong abang.. bagilah adik tolong. Adik tahu abang risaukan tentang keselamatan adik tapi jangan risau, adik akan ok"
"Bukan itu yang abang risaukan cuma abang nak kau sembunyikan diri dulu. Tunggu sehingga kami dapat lemahkan Boboiboy dan ikat dia. Selepas itu, baru kau keluar dari tempat persembunyian kau"
"Fang.. akak berikan amanah ini kepada Fang" Lynna keluar pisau belati dari beg poketnya. Dia berikan pisau dan beg dia kepada Fang "Hati Fang perlu tabah"
"Adik akan lakukan dengan terbaik" Fang pegang pisau itu sambil melihat mata pisau yang tajam itu. Tangan dia mula mengeletar "Maafkan aku, Boboiboy.." bisik dia
Kaizo menyuruh adiknya lari kebelakang kilang tersebut dan cari pintu masuk pintu yang lain. Manakala Kaizo dan Lynna, mereka masuk ke dalam kilang dengan menggunakan pintu gerbang tersebut. Mereka berdua melihat sekitar kilang yang kosong itu tanpa manusia atau makhluk lain. Hanya ada beberapa kotak tersusun rapi di tepi dinding. Beberapa mesin besar terdapat di tengah-tengah kilang itu. Semuanya sudah berhabuk dan penuh dengan sarang labah-labah. Setiap langkah yang Kaizo ambil, dia akan berhenti dan cuba mendengar jikalau ada sesuatu di dalam kilang tersebut
"Kaizo, sudah tiba masanya untuk panggil Boboiboy"
Kaizo angguk kepala. Dia mengarah Lynna sorok di belakang mesin besar itu. Dia mahu Lynna menyerang Boboiboy secara mengejut tetapi Boboiboy sudah pun muncul di dalam kilang itu sebelum sempat Lynna sorokkan diri
"Akhirnya korang sudah kembali ke sini" Boboiboy berdiri di atas mesin besar yang berbentuk kawah besar. Lalu dia terjun ke bawah
"Boboiboy.. kamu tahu yang kami akan selamatkan kau daripada kuasa kegelapan itu"
"Aku tahu kak Lynna" Boboiboy mendarat di depan mereka berdua "Tapi aku akan hapuskan korang sebelum korang dapat selamatkan aku.. hahahaa! Tak sia-sia aku sentuh bunga hitam itu tadi. Segala kuasa yang ada pada bunga itu, sekarang ini milik aku!"
"Milik kau atau milik ahli sihir yang ada di dalam badan kau?"
"Sudah tentu milik aku" jawab Boboiboy kepada Lynna "Dia yang mengajar aku menggunakan kuasa baru yang aku tidak pernah miliki. Dia juga bisik kepada diri supaya aku dapat lebarkan sumpahan bunga hitam ini diseluruh dunia! Dan aku akan tunaikan impian dia selama ini! HAHAHAA!"
"Jangan biarkan dia guna kuasa terkuatnya" kata Kaizo sambil keluarkan pedang tenaganya
"Ok" Lynna menggenggamkan tangan kanannya. Kuasa api dia mula menyala di genggaman tangannya "Kau serang dari kiri, aku serang dari kanan"
"Mahu serang aku? JANGAN HARAP! BOBOIBOY HALILINTAR! GERAKAN KILAT!"
Halilintar bergerak ke kiri dengan pantasnya. Dia menghalang pedang Kaizo dengan pedang halilintarnya. Kaizo melompat kebelakang. Dia melibas-libaskan pedangnya untuk berlawan dengan Halilintar. Mereka berdua beradu pedang di dalam kilang itu. Kaizo dengan kecekapannya, dia dapat membaca gerak-geri Halilintar
"TOLAKAN TENAGA!"
Halilintar sempat melompat ke atas. Dia kali ini keluarkan pedang keduanya. Lalu dia menyerang Kaizo sekali lagi tetapi dia tidak sedar dengan kehadiran Lynna dari tepi. Lynna terbang dan berpusing untuk berikan tendangan ke arah Halilintar. Perut Halilintar terkena tendangan itu. Dia jatuh di atas kotak-kotak lama. Lalu dia bangkit balik dengan perasaan marah. Dia berubah menjadi Boboiboy biasa
"Kau ingat, aku dapat kalahkan dengan begitu mudah. Kamu berdua sudah silap.." Jam kuasa Boboiboy mula bernyala "BOBO-"
"SERANGAN BAYANG!"
Sekali lagi Boboiboy tercampak ke tepi dinding. Kali ini Fang yang menyerang dia
"Pang! Apa kau buat dekat sini?" marah Kaizo
"Maaf abang" kata Fang "Tapi adik tak nak dia gunakan kuasa terkuat dia. Kalau tidak, ianya akan menjadi sukar untuk kita kalahkan Boboiboy"
"Betul kata Fang tu" ujar Lynna "Sekarang bukan masanya untuk bergaduh.. mari kita sama-sama lemahkan Boboiboy. Fang, kamu bersiap sedia dengan pisau itu"
Boboiboy muncul lagi sekali tetapi dia telah berubah menjadi Halilintar. Dia bergerak ke arah Fang dengan gerakan kilatnya. Dia marah kerana serang dia sebentar tadi. Dia melibas-libas pedang halilintarnya. Fang melompat kebelakang, melompat ke atas mesin besar itu dan terus berikan serangan dia yang seterusnya
"TUSUKAN SERIBU BAYANG!"
"BAYANG-BAYANG KAU BUKANNYA BOLEH KALAHKAN AKU!" Halilintar mencantas kuasa bayang itu "SEKARANG RASAKAN TUSUKAN HALILINTAR AKU!"
"GARI TENAGA!"
Halilintar jatuh ke atas lantai kilang itu akibat tangan dan kaki dia di gari oleh kuasa Kaizo. Halilintar berubah menjadi Boboiboy biasa. Dia bergelut di dalam ikatan tenaga itu. Dia menjerit sekuat hati supaya mereka dapat lepaskan dia. Fang mendarat di hadapan Boboiboy. Dia keluarkan sebilah pisau belati dari poket beg yang telah diberikan oleh Lynna
"Pang, cepat lakukan" kata Kaizo yang ada di belakang adiknya
Tangan Fang tergetar-getar untuk lakukannya. Dia melihat kawan baiknya yang ada di hadapannya. Boboiboy kini dalam keadaan terseksa. Fang tidak sanggup tambahkan seksaan kepada Boboiboy. Dia melihat kawan baiknya dan lalu dia melihat pisau belati itu. Dia terkaku sebentar. Pemikiran dia bercelaru. Adakah perkara yang dia akan lakukan adalah betul? Dia tidak sanggup tikam kawan baik dia sendiri. Bagaimana kalau sesuatu yang buruk terjadi ke atas diri Boboiboy? Dan kawan baik dia tidak dapat diselamatkan? Mesti ada cara lain, fikir Fang
"Pang, kenapa kau berdiam diri di situ?"
"Fang.. kau tak nak lakukan ke?"
Fang gelengkan kepalanya kepada Lynna. Wajah dia berubah menjadi sedih. Dia menangis sedikit. Dia bukanlah sekejam itu tetapi dia harus lakukan untuk selamatkan Boboiboy dan juga menangkap roh jahat yang berada di dalam diri kawan baik dia sendiri. Dia beranikan diri sambil mengambil langkah ke depan
"Apa yang kau fikir? Tak sanggup nak bunuh kawan kau sendiri?" kata Boboiboy sambil tersenyum sinis "Marilah bunuh diri aku jikalau kau mahukan pulau ini selamat"
"Tak, aku tak kan bunuh kau! AKU HANYA MAHU ROH JAHAT YANG ADA DI DALAM DIRI KAU!"
"Kalau kau mahukan roh jahat itu, marilah tikam aku.. hehehe.." Boboiboy tergelak sinis kepada Fang "Apa yang lagi, marilah tikam aku dengan pisau tajam tu"
"Fang, kalau kamu tak nak lakukan.. kamu boleh berikan pisau itu kepada akak"
"Tapi.." Titisan air mata Fang menitis di atas lantai kilang itu "Tapi.. mesti ada cara lain. Ini bukan cara yang terbaik.. ADIK TAK SANGGUP BUAT BEGITU DEKAT KAWAN BAIK ADIK SENDIRI. ADIK SAYANGKAN KAWAN-KAWAN ADIK! Pertama kali adik kenal Boboiboy, adik akui, adik memang cemburu dengan dia tetapi lama-lama begitu, adik hormat dia sebagai kawan adik. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying.. mereka adalah sahabat adik yang pertama di planet ini. Walapun adik sebelum ini banyak buat silap, suka kacau mereka dan selalu juga kena rasuk.. tapi mereka tetap berkawan dengan adik dan tidak akan tinggalkan adik bersendirian"
"Jadi.. kau nak biarkan aku begini?" tanya Boboiboy dengan nada sinisnya "Kau sanggup melihat aku menguasai dunia ini?"
"Tak.. aku tak kan biarkan kau begitu" Fang berikan renungan tajam ke arah Boboiboy "Aku akan cari jalan lain untuk keluar roh jahat dalam diri kau! Aku tak kan berhenti sehingga aku berjaya!"
"Hahahaa.. aku nak lihat, berapa lama kau dapat bertahan.. HAHAHAHAHAHA!"
Tiba-tiba pisau belati itu bercahaya. Mata Fang berkebil-kebil melihat pisau itu yang ada di dalam pegangannya. Dia tidak tahu apa yang berlaku tetapi ada sesuatu yang bisik di dalam hati. Dia dekatkan mata pisau itu di tubuh badan Boboiboy. Asap-asap hitam mula keluar dari tubuh badan Boboiboy. Fang tidak lepaskan pisau itu. Dia biarkan asap-asap hitam itu meresap masuk ke dalam pisau belati itu
"APA YANG KAU CUBA LAKUKAN?" Boboiboy menjerit di situ sambil merotan-rotan kerana tubuh badan dia sedang berlawan dengan roh jahat itu
"Apa yang berlaku ni?" tanya Kaizo
"Aku rasa.." Lynna tersenyum sedikit sambil melihat apa yang berlaku pada ketika itu "Adik kau sudah menjumpai jalan lain untuk keluarkan roh itu. Kristal yang pinjam dari kawan aku, nampaknya membantu Fang. Seolah-olah kristal itu seperti faham apa yang Fang mahukan"
"Kristal kau dan kawan kau memang sangat berkuasa"
"Ya Kaizo.. kristal ini tidak boleh jatuh di tangan musuh-musuh aku" kata Lynna sambil pegang kristal dia sendiri "Ianya melindungi kami semua.. seperti kristal yang ada di dalam diri kau"
Kaizo tidak berkata apa lagi. Dia terus ke depan dan pegang pisau belati itu bersama adiknya. Kuasa kristal Kaizo membantu pisau itu untuk menyerap masuk roh hitam itu. Sedikit demi sedikit asap hitam itu masuk ke dalam pisau belati. Boboiboy sudah tiada tenaga lagi. Dia akhirnya tidak sedarkan diri di situ. Roh jahat itu sudah lagi tiada di dalam badan Boboiboy. Pisau belati itu tidak lagi bercahaya. Bunga-bunga hitam di seluruh Pulau Rintis, akhirnya layu dan bertukar menjadi debu. Penduduk-penduduk di pulau itu mula terjaga dari tidur
"Tahniah Fang" kata Lynna "Kamu berjaya selamatkan Boboiboy"
"Dia akan ok ke?"
"Jangan risau, kawan kamu ok. Cuma dia pengsan sahaja" Lynna mengambil pisau belati itu dari tangan Fang "Sekarang, akak perlu pulangkan pisau ini kepada kawan akak. Dia akan simpan dengan baik dan tempat yang selamat"
"Jangan lupa kristal kawan akak.. katakan terima kasih kepada dia" Fang keluarkan kristal itu dari poket dia
"Aku ikut kau ke dunia sana.. Pang, kau uruskan kawan kau"
"Ala, cakap ajelah abang nak pergi dating dengan kak Lynna lepas tu"
"APA KAU CAKAP!"
Lynna berikan senyuman manis kepada kedua adik beradik itu yang sudah mula dengan pergaduhan mereka. Kaizo sekeh kepala adiknya. Pada ketika itu, mereka tidak sedar Boboiboy sedang menangis di dalam keadaan pengsan itu. Dia termimpi tentang Ochobot. Dia tidak boleh maafkan dirinya kerana apa yang dia telah lakukan terhadap Ochobot
Maafkan aku, Ochobot
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hehe.. ok tak? Kalau tak ok... maaf semua T_T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top