Buih
Sudah seminggu berlalu episode para adiwira bertarung dengan musuh mereka iaitu sang virus yang cuba menguasai seluruh galaxy. Akhirnya mereka berjaya menewaskan virus itu. Tiada musuh baru ataupun serangan baru yang muncul dalam seminggu itu. Rizu pula, dia rasa bersalah dengan perbuatan dia cuba mencekik abang kesayangan dia. Fang telah maafkan dia tetapi hati Rizu tidak begitu semangat setiap kali dia nampak abang angkat dia. Bermacam-macam cara Fang cuba gembirakan hati adik angkat dia tetapi apa yang dia dapat hanyalah, senyum paksa sahaja. Mungkin Rizu masih lagi dalam keadaan trauma dan dia perlukan masa lagi untuk tenangkan dirinya. Jadi dia tidak memaksa Rizu lagi. Biarlah dia tenang dengan sendirinya. Pada pagi hari sabtu, Fang masih lagi tidur di atas katil dia sendiri. Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya dengan muka garangnya. Lalu dia mengambil sebuah bantal dan lemparkannya di muka Fang
"PANG! BANGUN!"
"BAGILAH ADIK TIDUR DENGAN TENANG!"
"AKU KATA BANGUN! BANGUNLAH!"
"YELAH YELAH! ADIK BANGUNLAH!"
Fang terus bangun dari tidurnya dengan wajah masam dia. Hati dia mula merungut kerana dia telah dipaksa bangun awal pada hari itu. Entah apa yang abang dia mahukan pada pagi itu
"Bagus.. bangun pun kau" kata Kaizo "Cepat siap, kita ke pasar tani"
"Hmm.. apasal abang tak pergi sendiri aje"
"Sebab abang perlukan bantuan daripada kau"
"Nak suruh adik angkat kotaklah tu" Fang menguap sedikit sambil garu-garu pipi dia "Lepas tu.. sampai rumah, terus kena masakan untuk abang"
"Pandai pun kau" Kaizo mengambil sehelai tuala mandi yang sangkut di belakang pintu bilik. Lalu dia lemparkan pada muka adiknya "Sudah, mandi cepat. Kita sudah tiada masa lagi"
"Kalau adik tak nak mandi boleh?"
"Suka hati kaulah" balas Kaizo sambil keluar dari bilik itu "Kalau tak nak mandi, gosok gigi tu!"
"Baiklah abang ku yang garang" bisik Fang sambil menjejak kakinya ke lantai bilik itu
Beberapa minit kemudian, Fang sudah kelihatan segar sedikit. Mukanya sudah dicuci, gigi dia sudah digosok dan dia malas hendak mandi. Dia cadangkan lepas balik dari pasar nanti, baru dia akan mandi sepuas-puasnya. Fang turun ke bawah dan kelihatan abang dia sudah pun berada di muka pintu rumah mereka
"Kau keluar secara senyap. Jangan sampai si Idoli terjaga pulak nanti" kata Kaizo dengan nada yang agak perlahan
"Apasal abang tak nak bawak dia?"
"Kau tahukan dekat pasar tu banyak jual ikan segar"
"Ohhh.. baru adik faham kenapa selama ni abang tak nak bawak dia" kata Fang sambil berjalan begitu perlahan "Faye ada dekat rumahkan?"
"Ada.. biar dia jaga si Idoli tu"
Fang sudah pun berada di pintu rumah sebaik sahaja Kaizo keluar dari rumah mereka. Semuanya berjalan dengan lancar tetapi ianya berhenti disitu sahaja kerana mereka terdengar suara seorang budak kecil
"Abang Kaizo dan abang Fang nak pergi mana?"
Fang menepuk dahinya sendiri. Idoli sudah terjaga dari tidurnya. Fang pusing kebelakang sambil tersengih besar. Dia terpaksa tipu walaupun dia tahu perbuatan itu adalah perbuatan yang tidak baik
"Kita orang nak pergi senaman dekat taman" Fang masih tersengih lagi
"Ohh.. Idoli nak ikut"
"Tapi kita orang lama nanti" jawab Fang
"Nak ikut juga!" Muka Idoli berubah menjadi sedih. Fang takut kalau dia meraung di situ atau paling menakutkan, dia akan mengadu dekat abangnya iaitu Laksamana Tarung "NAK IKUT! NAK IKUT! NAK IKUT!"
"Ok ok.." Fang terpaksa mengalah
Kaizo rasa seperti hendak hempuk kepala adiknya dengan kerusi tetapi dia tenangkan dirinya. Idoli begitu gembira sekali kerana dapat ikut Kaizo dan Fang pada pagi itu. Fang mengeluh sedikit apabila Idoli pegang tangan dia. Mereka bertiga terus bergerak menuju ke bandar Pulau Rintis. Idoli rasa seronok pada pagi itu kerana dia dapat pergi berjalan-jalan dengan dua orang alien yang sama hebat tetapi bagi dia, Kaizo paling hebat sekali. Tidak sampai 30 minit, mereka sudah tiba di bandar Pulau Rintis. Idoli rasa pelik, kenapa mereka bukan di taman Pulau Rintis? Apa yang dia nampak adalah orang ramai sedang sibuk berjalan, menjual dan juga membeli barang-barang yang ada di pasar. Mata Idoli terus berhenti di sebuah gerai kecil yang menjual pelbagai ikan segar. Ada yang besar dan ada yang kecil. Air liur dia mula meleleh keluar
"IKAN!" Tangan Idoli terlepas dari tangan Fang "IKAN! IKAN! IKAN!"
"Sebab itulah abang tak nak bawak dia" kata Kaizo dengan nada marahnya
Idoli berdiri di hadapan meja kecil dengan matanya sudah bersinar-sinar melihat ikan-ikan yang ada di situ. Dia menjilat bibirnya dan tekak dia terasa gatal untuk makan kesemua ikan tersebut. Pak cik penjual ikan itu terhibur dengan gelagat Idoli. Fang mengeluh sedikit dan terpaksa pergi beli ikan segar untuk Idoli. Kalau dia melarang, sudah tentu Idoli akan bertukar menjadi kucing dan Fang akan menjadi mangsa. Kaizo pula, dia sudah pergi mencari lobak merah yang dia ingin beli. Mungkin juga dia akan borong semua lobak merah yang ada di pasar itu
"Abang Fang, Idoli nak semua ikan ni" kata Idoli dengan penuh semangat
"Err... abang tak cukup duit nak beli semua"
"Alaaaa.. suruhlah abang Kaizo yang bayarkan nanti" kata Idoli dengan matanya tidak alih pandangan ke tempat lain. Dia hanya perhatikan ikan-ikan itu sahaja "Pak cik, saya nak ikan besar tu! BAGI SEMUA SEKALI!"
"ERK! Idoli! Belilah yang kecik punya" Fang mengeluh lagi sekali
"Tak nak! Nak nak yang besar tu juga"
"Yelah yelah.. adeh.. melayanglah duit aku... tak dapat nak makan donut lobak merah hari ni" Fang keluarkan beberapa keping wang kertasnya dari poket seluar dia "Tapi takpe! Abang aku mesti beli lobak merah banyak-banyak.. hehehee"
"Terima kasih pak cik!" Idoli terus mengambil dua bungkus plastik yang penuh dengan ikan segar
"Aik.. dah bayar?" terkejut Fang
"Idoli guna duit yang abang Tarung bagi.. lagipun abang Kaizo tu kan kedekut. Jadi Idoli guna duit sendiri dan abang Fang boleh beli donut lobak merah tu"
Fang rasa terharu dengan sifat si anak kucing alien itu. Dia seperti ingin memeluk budak kecil yang comel itu. Lalu dia menangis kerana terlampau terharu sangat. Idoli tepuk-tepuk lengan Fang supaya bertenang
"Idoli juga yang terbaik. Lagi baik daripada si abang Kaizo tu" kata Fang sambil mengesat air matanya "Jom kita pergi beli sarapan pagi"
"JOM!" Idoli terus tarik tangan Fang ke sebuah gerai kecil yang menjual pelbagai kuih-muih
Disebelah gerai itu, terdapat seorang gadis sedang sibuk menjual kerepek pisangnya. Fang terkejut seketika kerana gadis itu adalah Lily. Seorang gadis yang terkenal dengan suara yang nyaring dan juga terkenal dengan kegilaan dia terhadap Boboiboy. Dia pergi ke kedai sebelah untuk menyiasat, kenapa Lily menjual kerepak pisang di bandar itu?
"KEREPEK PISANG! KEREPEK PISANG! MURAH MURAH!"
"Wei pelik, apasal kau ada dekat sini?" tanya Fang dengan nada tidak puas hati
"Landak.. landak.. cuba tanya elok-elok sikit. Pagi-pagi yang indah begini, boleh pulak landak tanya macam nak makan orang" kata Lily sambil berikan sebungkus kerepek pisang kepada seorang remaja lelaki "Landak salah makan ke pagi ni? Heheheee... atau landak mimpi buruk malam tadi? Hehehehee..."
"Bila masa aku mimpi buruk atau tersalah makan ke" balas Fang "Aku tanya macam tu sebab asyik nampak muka kau aje setiap hari"
"Hehehe.. sebab landak cemburu dengan wajah Lily yang serba ayu dan serba comel ni!" Lily berpusing-pusing bagaikan seorang ballerina "Landak nak beli apa-apa tak dekat gerai Lily ni? Tapi tiada discount yea"
"Hehehe... Lily pun jual kerepek pisang dekat sini" Muncul Yaya bersama Ying di gerai kecil itu
"Ha ah, Lily jual ni kerana Lily ini kumpul duit dan belikan sebuah hadiah hari jadi untuk Boboiboy ku! Hadiah yang paling bermakna sekali" Lily mendongak kepalanya sambil terbayangkan wajah comel Boboiboy ada di langit biru "My BBB-CHAN sentiasa comel"
"Mula dah si pelik ni berangan" bisik Fang "Wei, bagi aku 3 bungkus kerepek pisang"
"Aik, kau beli juga?"
"Yelah Yaya.. walaupun aku agak geram dengan si pelik ni sampai aku rasa nak sekeh kepala dia tu, tetapi kerepek pisang dia memang sedap"
"Wah! TERIMA KASIH LANDAK! Nanti Lily hantar banyak-banyak dekat landak" Lily terus masukkan 3 bungkusan kerepek pisang di dalam sebuah plastik merah "Hehehe.. oh yea.. nanti bagi dekat Rizu.. Lily rindu pula dekat si penguin tu"
"Lama tak nampak Rizu.. dia sudah ok ke?" tanya Yaya
"Hmmm.. aku pun tak nampak dia juga. Aku ada juga nak datang rumah dia tapi.." Fang menarik nafas sedikit "Tapi.. dia tak bagi aku datang. Aku tanya dia melalui mesej pun, dia jawab dia ok aje.. tak tahulah macam mana nak hilangkan kesedihan dekat hati Rizu tu"
"Bagi dia masa maaa" kata Ying "Tak pun lu datang rumah dia secara mengejut tapi bawaklah sesuatu yang boleh ceriakan hati dia"
"Ha ah, lepas tu kau berborak dengan dia" ujar Yaya
"Wuuu... macam heart to heart lah" Lily angguk kepala dia "Kalau macam tu, Lily bagi kerepek pisang lagi dekat landak dan berikan dekat Rizu! Mesti dia suka nanti!"
"Atau kau bawak seekor anak kucing"
"Kau nak aku suruh bawak si Idoli ke?" kata Fang kepada Yaya
"Ok juga kau bawa Idoli.. dia kan suka main dengan Idoli"
"Hmm.. tengoklah dulu" balas Fang kepada Yaya. Dia pandang ke gerai sebelah untuk melihat Idoli tetapi si anak kucing alien itu tiada di situ "ERK! Mana si Idoli tu"
"Itu dia!" Ying tunjuk ke arah Idoli yang ada di tepi-tepi gerai makanan "Siapa budak dua orang itu?"
Fang berjalan ke arah Idoli untuk menyiasat apa yang berlaku. Malangnya, budak perempuan dua orang tadi itu sudah pergi tinggalkan Idoli. Si anak kucing alien itu melambai-lambai kedua budak perempuan itu dengan perasaan gembiranya. Fang rasa pelik dengan Idoli, adakah dia kenal mereka itu?
"Idoli.." Fang pegang bahu kanan Idoli "Siapa mereka tu? Kawan Idoli ke?"
"Bukan.. Idoli baru aje kenal" jawab Idoli "Tadi Idoli nampak dia orang tengok-tengok kuih dekat sebelah gerai kakak Lily. Dia orang takde duit nak beli kuih sedap-sedap. Muka dia orang nampak lapar aje"
"Ibu bapa dia orang mana?" tanya Fang lagi
"Idoli tak tanya pula.. hehehe" Idoli tersengih seketika sambil garu-garu kepala dia "Lepas tu Idoli belanja dia orang beli kuih sedap-sedap. Muka dia orang terus gembira"
"Baiknya Idoli ni.. lagi baik dari abang Kaizo"
"KAU CAKAP AKU TAK BAIK?" Muncul Kaizo di belakang Fang "Aku akan buktikan kebaikan yang ada dalam diri aku ni.. PELIK! AKU NAK BELI SEMUA KEREPEK PISANG KAU!"
"ABANG KAIZO NAK BELI SEMUA?!" Lily agak terkejut sedikit. Selepas itu mata dia terus bersinar-sinar "YAHOOOOO! ABANG KAIZO PALING BAIK SEKALI DARIPADA SI LANDAK GORENG TU!"
Berkerut-kerut dahi Fang. Lily dengan besar hatinya, dia bungkus kesemua kerepek pisang di dalam sebuah kotak besar. Lalu dia menyuruh Yaya dan Ying untuk tolong dia angkat kotak-kotak tersebut kerana dia pada ketika itu, sedang angkat sebuah kotak yang penuh dengan lobak merah. Lily mula terfikir, hadiah apa yang dia ingin belikan untuk Boboiboy. Dua tiket konsert untuk mereka tapi best ke? fikir Lily
"Oh! Lily tahu!" Dia mula tersenyum kambing seorang diri
"Apa yang kau tahu?" tanya Kaizo
"Ala abang.. abang tak perlu tahu pun apa si katak pili ni nak buat" balas Fang sambil bersilang tangan "Yang adik tahu, dia mesti nak bagi dekat BBB-CHAN, hadiah yang paling best, paling gempak, paling menawan dan yang paling penting, pandai membuat hati Boboiboy gembira sampai tak ingat dunia"
"Kau cemburu ke?"
"BILA MASA ADIK NAK CEMBURU! Buang masa aje" balas Fang kepada abangnya
"Hehehee... pandai landak! Tapi hadiah ni.. Lily perlu lakukan sekarang! Yahooo!"
Belum sempat Kaizo hendak membayar kesemua kerepek pisang itu, Lily sudah lari jauh dari situ tanpa fikirkan tentang apa-apa. Hanya ada Boboiboy sahaja tersirat di dalam hati dan kepalanya. Yaya dan Ying ketawa sedikit melihat gelagat Lily
"Kakak Lily selalu hiburkan hati Idoli! Kakak Lily is the best kakak!" kata Idoli sambil tersenyum bangga "Tapi abang Fang aje yang stress dengan kakak Lily"
"Sebab dia sungguh menjengkelkan!" Fang terus bersilang tangan "Rasa macam nak tonyoh-tonyoh aje kepala pelik dia tu"
"Kau ni Fang, tak baik tau buat dekat dia macam tu" tegur Yaya
"Cubalah lu layan Lily tu dengan baik maaa.. dia layan lu baik aje, tapi lu layan dia, macam nak belasah dia aje"
"Yelah yelah, lain kali ajelah aku layan dia baik-baik" kata Fang kepada Ying "Si pelik tu tak nak ambik duit dari abang aku ke? Kepala dia penuh dengan BBB-CHAN dia aje. Entah-entah, masa ujian pun.. dia jawab semuanya nama Boboiboy" Dia terbayangkan semua jawapan di kertas ujian, semuanya penuh dengan nama Boboiboy
Kaizo sudah pun simpan duit dia tadi tetapi Lily muncul balik di situ sambil tersengih besar kepada Kaizo. Dia tahu dia terlupa hendak mengambil duit kerepek tadi dari Kaizo. Dia tidak tahu macam mana hendak meminta duit itu dari Kaizo. Dia hanya mampu tersengih sahaja sambil pandang Kaizo dengan begitu lama sekali. Kaizo keluarkan balik duit dia tadi dan terus Lily tadah tangannya
"Lain kali, jangan nak lari dulu" kata Kaizo dengan nada seriusnya "Lagi sekali kau buat begini, jangan harap aku nak bayar kerepek ni semua"
"Ba-baik abang Kaizo" Lily masih tersengih lagi "Terima kasih abang Kaizo. Lily pergi dulu!"
Lily lari balik dari situ dengan tangan kanannya penuh dengan kepingan duit. Hati dia menlonjak gembira kerana dia membuat sesuatu untuk Boboiboy. Kaizo tidak tahu apa yang istimewa sangat si Boboiboy di mata Lily. Mungkin sifat Boboiboy yang jauh lebih baik daripada Fang yang membuatkan Lily jatuh hati kepada remaja bertopi oren itu, fikir Kaizo
"Abang, jom balik"
"Hmm.. jom" Kaizo terus pandang ke arah dua remaja gadis itu "Kamu dua.. tolong aku angkat semua kerepek pisang ini"
"Baik abang Kaizo!" balas Yaya dan Ying secara serentak
"Mana si Idoli?" tanya Kaizo sambil mencari-cari si anak kecil itu "Pang, mana Idoli? Kau hilangkan dia ke?"
"Adik tak hilangkan dialah!" Fang terus tuding jarinya ke arah sebuah gerai kecil "Dia ada dekat situ.."
"IKAN!" Idoli menjerit sekuat hati di gerai ikan yang lain "IKAN! IKAN!"
Kaizo menepuk dahinya sendiri kerana kegilaan Idoli terhadap ikan. Dia tahu kucing suka makan ikan tetapi tidak pernah pula dia melihat kegilaan seekor kucing alien seperti ini
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengahari itu, Fang berada di hadapan pintu rumah Rizu. Dia membawa beberapa bungkusan kerepek pisang yang dia beli pada pagi tadi. Kerepek pisang adalah salah satu makanan kegemaran Rizu selain daripada chocolate dan pizza. Dia ada di situ kerana dia tidak mahu hubungan mereka sebagai adik beradik angkat renggang kerana sang virus itu membuat sesuatu pada tubuh badan Rizu. Virus itu sudah pun dimusnahkan oleh mereka atau lebih jelas lagi, Harraz yang berjaya musnahkan virus itu selama-lamanya dengan bantuan daripada Ying. Selepas sahaja kejadian itu, Professor Falcon pulihkan tubuh badan Rizu kepada yang asal kecuali jantungnya. Jantung Rizu bukan lagi seperti dulu. Penyakit jantung dia menjadi sembuh sehingga membuat Rizu takut jikalau virus itu kembali dan mengawal diri dia lagi. Professor Falcon tenangkan diri Rizu yang segala-galanya selamat. Virus itu tidak akan kembali lagi. Fang menarik nafas seketika sebelum dia mengetuk pintu rumah adik angkatnya
"Rizu.. abang harap, kau tidak akan abaikan kedatangan abang ni" bisik Fang
Lalu dia ketuk pintu rumah itu secara lembut. Beberapa saat kemudian, pintu itu dibuka sedikit. Rizu menjenguk sedikit untuk melihat siapa yang ketuk pintu rumahnya tadi. Dia terkejut melihat abang kesayangan dia ada di hadapan rumahnya. Dia cuba hendak menutup pintu itu tetapi Fang berjaya menghalang. Fang pegang pintu itu dan Rizu mengalah. Rizu terus membuka pintunya dengan luas dan berikan Fang masuk ke dalam
"Abang Fang datang sini sebab apa?" tanya Rizu dengan kepalanya tertunduk ke bawah. Dia mahu melihat wajah abang angkatnya kerana malu
"Abang datang sebab abang bawak kerepek pisang untuk Rizu" Fang hulurkan sebuah beg kertas. Di dalam beg itu ada beberapa bungkusan kerepek pisang
"Terima kasih abang Fang" balas Rizu dengan nada yang agak perlahan. Dia ambil beg itu dari tangan Fang. Lalu dia garu-garu lengan tangan kanannya kerana tidak tahu apa yang dia perlu katakan seterusnya
"Rizu.." panggil Fang
"Abang Fang datang nak hantar itu sahaja ke?"
"Sebenarnya.. abang Fang ke sini sebab abang rindukan Rizu" kata Fang dengan seikhlas hati "Bukan abang seorang sahaja, semuanya rindukan Rizu"
"Tapi... Pizu buat salah dekat abang Fang. Pizu cederakan abang Fang. Mesti abang Paizo marah dekat Pizu"
"Tak, abang Kaizo tak marah pun" Fang melutut di depan Rizu "Rizu jangan salahkan diri sendiri. Abang sudah beritahu Rizu sebelum ini, si virus jahat tu yang mengawal diri Rizu. Jadi pada masa itu, Rizu bukan lagi diri Rizu kerana abang kenal dengan sikap Rizu seperti budak-budak. Rizu tak kan cederakan sesiapa yang Rizu sayang. Rizu jangan sedih lagi ok. Abang ada dekat sini, abang akan sentiasa melindungi diri Rizu. Kalau ada orang jahat culik Rizu dan mempergunakan Rizu, abang akan hentam dia sepuas-puasnya. Dia dia rasa keamukan abang yang serba dasyat ni... hehehe"
"Hehehe.. abang mengamuk memang dasyat. Siap keluarkan penguin gergasi lagi" Rizu mula tersenyum sedikit
"Rizu nampak comel bila tersenyum" kata Fang "Lepas ni kita ke kedai Tok Aba ok. Si pelik tu suruh datang ke sana"
"Dia panggil abang seorang sahaja ke?"
"Takdenya.. dia panggil semua datang ke sana termasuklah si Boboiboy tu. Entah apa si pelik tu nak" Fang bangun dan mula terbayangkan Lily menjerit-jerit apabila nampak Boboiboy "Apasal aku bayangkan si pelik tu.. adeh"
"Abang Fang"
"Yea Rizu"
Rizu menarik tangan Fang dan lalu mereka berdua duduk di atas kerusi sofa. Rizu merapatkan kedua bibirnya sambil melihat Fang. Dia ingin mengatakan sesuatu tetapi malu. Fang hanya tunggu sahaja sehingga Rizu membuka mulutnya untuk bercakap
"Abang Fang tahukan tentang jantung Pizu"
"Tahu" balas Fang sambil tersenyum "Rizu sekarang ni boleh bersukan macam budak-budak lain. Bolehlah lepas ni abang main bola keranjang dengan Rizu"
"Boleh" Rizu teruja sangat apabila dia dapat bermain bola keranjang dengan abang kesayangan dia "Nanti kita boleh main lumba lari, atau naik rollercoaster.. hehehe.. best best!"
Keceriaan Rizu semakin lama semakin kembali seperti dulu. Fang mula rasa lega apabila dia melihat wajah adik kesayangan dia kembali ceria. Begitu lama dia tidak nampak keceriaan itu, baru sekarang ini dia dapat melihatnya. Dia berharap keceriaan itu tidak akan bertukar menjadi sedih ataupun hilang buat selama-lamanya
"Abang Fang nak tahu tak.. ibu Pizu terkejut bila dia dapat tahu jantung Pizu sudah sihat. Dia menangis kerana bersyukur Pizu sudah tiada lagi penyakit. Ibu pesan kepada Pizu, walaupun sihat tapi Pizu jangan berubah perangai. Jangan bersikap sombong atau mempersendakan orang yang kurang nasib dari kita. Pizu cakap, Pizu tak kan buat begitu kerana Pizu ada juga seorang kawan yang tangan dia kudung. Dia pun kadang-kadang kena ejek juga tapi dia jauh lebih kuat daripada Pizu. Dia abaikan sahaja ejekan daripada mereka"
"Bagus betul kawan Rizu tu"
"Dia memang bagus! Kawan Pizu tu perempuan. Dia dan Roy adalah sahabat baik Pizu dekat sekolah. Kita orang selalu rehat sama-sama. Masa kelas sukan, Pizu selalu duduk tepi sambil tengok dia orang main dekat padang"
"Eh, kawan Rizu yang kudung tu pun bersukan juga?"
"Ha ah abang Fang" balas Rizu "Dia suka main lumba lari. Dia lari memang laju. Lebih laju daripada budak-budak lain. Dia pernah cuba lari lompat pagar. Memang dasyat, sampai cikgu kagum dengan semangat dia. Pizu pun kagum dengan dia"
"Bagus betul kawan Rizu tu. Bolehlah Rizu bawa dia berjumpa dengan kakak Bella nanti. Mesti dia orang akan menjadi kawan baik ataupun si Bella tu jadi mentor kepada kawan Rizu tu"
"Hehehee... boleh boleh" kata Rizu sambil angguk kepalanya "Abang Fang boleh jadi jurulatih kepada Pizu! Abang Fang ajar Pizu main bola keranjang! Pizu ingin menjadi pemain bola keranjang yang terhebat dan terkenal macam abang Fang!"
"Boleh aje Rizu" Fang mengusap rambut Rizu "Tapi kalau bola sepak, abang tak reti.. hehehe"
"Itu Pizu suruh abang Boboiboy aje yang ajarkan" balas Rizu dengan penuh semangat "Abang Paizo suka bersukan tak?"
"Entahlah"
Fang mula terfikir. Selama ini, dia tidak pernah nampak abang dia bersukan. Adakah abang dia tidak begitu minat sangat bersukan? Atau abang dia lebih suka dengan latihan tempur? fikir Fang. Dia terbayangkan abang dia bermain bola sepak di padang. Dia boleh lihat abang dia tidak reti tendang bola seperti diri dia juga. Fang tergelak sedikit
"Kenapa abang Fang?"
"Takde apa-apalah Rizu" Fang berikan senyuman dia kepada Rizu "Jom kita pergi ke rumah abang. Rizu mesti rindu dengan Idoli"
"Rindulah juga" balas Rizu dengan nada yang perlahan "Abang Paizo ada dekat rumah ke?"
"Ada kot.. tapi kalau dia ada pun, Rizu jangan takut ok"
"Ok, Pizu tak kan lari" jawab Rizu. Dia kelihatan takut sedikit "Pizu akan cuba beranikan diri"
"Jangan takut, abang Kaizo faham apa yang berlaku hari tu. Dia tak kan marah Rizu kerana abang Kaizo pun sayangkan Rizu"
"Betul ke abang Paizo sayangkan Pizu?"
"Betul"
"Ok, kalau begitu.. jom pergi" Rizu terus bangun dari kerusi sofa "Kalau dia marah, abang Fang cepat-cepat bagi dia teh hijau supaya abang Paizo tenang. Tak pun abang Fang panggil kakak Lynna. Mesti abang Paizo suka kalau kakak Lynna ada. Hari ni abang Paizo tak pergi jalan-jalan dengan kakak Lynna ke?"
"Errr.. tak kot" kata Fang garu-garu kepalanya "Abang Kaizo tak pulak cakap hari ni dia nak keluar atau pergi mana-mana"
"Abang Paizo takde latihan tempur dia hari ni?"
"Takde, dia bagi Lahap cuti hari ni"
"Ohh..." Rizu tarik kedua belah tangan Fang "Jom abang Fang, Pizu tak sabar nak peluk-peluk Idoli.. hehehee... Pizu rindu dengan anak kucing tu alien tu!"
"Ok ok.. tak sabar betul Rizu ni"
Fang bangun dari kerusi sofa itu. Jam kuasanya tiba-tiba berbunyi. Dia mendapat satu mesej dari seorang gadis yang bernama Lily. Di dalam mesej itu, Lily menyuruh Fang datang ke kedai Tok Aba sekarang juga. Kalau boleh, bawa Rizu sekali, itu yang ditulis di dalam mesej tersebut. Fang mengeluh sedikit
"Kenapa abang Fang?"
"Kita kena ke kedai Tok Aba sekarang juga. Jomlah kita pergi tengok apa si pelik tu buat"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang dan Rizu tiba di sebuah taman yang terletak di kawasan perumahan Pulau Rintis. Di dalam taman itu terdapat sebuah kedai kecil milik seorang atuk tua yang lebih dikenali sebagai atuk kepada superhero terkenal iaitu Boboiboy. Fang terkejut sedikit apabila ada sebuah benda besar yang ditutupi dengan sehelai kain berwarna oren. Lily sudah berada di situ bersama rakan-rakan perempuan dia iaitu Bella, Faye, Yaya, Ying dan Emmy. Kawan-kawan Lily tertanya-tanya, apakah yang ada di bawah kain itu? Kenapa hadiah Boboiboy besar sangat? fikir mereka
"Kakak Lily hadiahkan teddy bear besar ke?" tanya Rizu
Hadiah itu agak besar dan ketinggian dia lebih kurang sama dengan ketinggian kedai Tok Aba. Setelah tibanya Boboiboy di situ bersama Gopal dan Harraz, mata dia terkebil-kebil melihat benda misteri itu. Fang pergi duduk di bangku kedai itu sambil bersilang tangan. Dia tidak sabar untuk melihat reaksi Boboiboy sebentar nanti. Adakah Boboiboy akan larikan diri kerana takut dengan hadiah dia nanti? Atau Boboiboy teruja dengan hadiah misteri itu? Fang terus tersenyum sinis sambil mencapai sekeping waffle dari pinggan Lily
"Abang Fang tengah fikirkan apa tu?" tanya Rizu
"Err.. takde apa, Rizu duduk sebelah abang. Kita saksikan drama dari si kakak pelik tu.. hehehe" Fang tergelak sinis
"Abang Fang ni mesti fikirkan yang bukan-bukan"
"Mana adalah Rizu" Fang terus tersengih sambil gigit waffle itu
"Atuk! Bagi ice chocolate satu!" Muncul Gopal dengan semangat baru iaitu makan sepuas hati "Dan saya nak ice cream chocolate satu"
"Makan aje kau ni" bisik Tok Aba tetapi dia tetap buatkan untuk Gopal "Hah Lily, apa yang kau hadiahkan dekat Boboiboy tu? Bukan ke hari jadi dia sudah lepas"
"Hehehee... walaupun birthday BBB-CHAN sudah berlalu.. Lily tetap mahu berikan hadiah yang terbaik untuk Boboiboy!" kata Lily dengan matanya bersinar-sinar sambil melihat langit biru "Lily harap, Boboiboy akan terima hadiah ini kerana pemberian Lily ni sangat ikhlas"
"Terima kasih Lily tapi kan..." Boboiboy mula tersengih "Janganlah susah-susahkan diri nak belikan hadiah untuk aku. Mesti mahal hadiah ni"
"Memang mahal pun" jawab Lily sambil angguk kepalanya
"Jadi duit tadi tu, lu beli hadiah sebesar ni?"
"Ha ah Ying" Lily pegang kain hadiah misteri itu "Hehehe.. mesti semua tak sabar nak tengok hadiah Lily untuk BBB-CHAN kan"
"Cepatlah kakak Lily, Pizu nak tengok" Rizu bertepuk tangan secara lembut bagaikan seorang kanak-kanak tidak sabar untuk mendapat sesuatu "Cepatlah! Cepatlah! Mesti bestkan hadiah abang Boboiboy tapikan... birthday abang Fang tak lama lagi. Pizu kena belikan hadiah untuk abang Fang"
"Err... tak perlulah Rizu" kata Fang
"Kalau tak nak, kita buat birthday party!"
"Hah! Ok juga tu Rizu.. bolehlah kakak Yaya buatkan biskut untuk birthday party tu" kata Yaya sambil melihat kawan-kawan dia yang sudah tersengih itu "Kenapa korang?"
"Takde apa.. hehehe" balas Faye "Hah Lily, cepatlah buka kain tu"
Tanpa membuang masa, Lily tarik kain itu dan terpaparlah sebuah mesin yang mempunyai gelung besar. Mereka teruja melihat mesin gelung itu kecuali Emmy kerana mesin itu adalah ciptaan dia sendiri. Dia agak bangga dengan hasil ciptaan dia
"Err.. dekat mana kau beli mesin ni?" tanya Harraz dengan perasaan pelik dia
"Lily beli dari Ammy" Lily tuding jari dia ke arah Emmy "Tadi Lily pergi shopping dekat makmal Ammy dan terus Lily jatuh cinta dengan mesin buih ni"
"Mesin buih?" terkejut Boboiboy "Apa buih tu boleh buat?"
"Err.. Ammy, tolong terangkan"
"Cheh, dia yang beli, suruh orang lain yang terangkan" bisik Gopal yang sudah duduk di bangku kedai Tok Aba. Air chocolate dia sudah siap tetapi Gopal tidak minum kerana ingin melihat apa yang mesin buih itu boleh lakukan "Mesin tu boleh tukarkan orang jadi buih ke?"
"Mana adalah abang kuat makan" jawab Emmy "Mula-mula Emmy pasangkan suis ini dan abang topi oren sila lalu dekat dalam gelung ni"
Boboiboy rasa ragu-ragu dengan mesin buih itu tetapi dia ingin tahu, apa buih itu akan buat pada diri dia. Lalu dia melangkah masuk ke dalam gelung itu. Secara tidak langsung, diri Boboiboy berada di dalam sebuah buih besar. Buih itu mula terapung di udara. Kawan-kawan Boboiboy teruja dan ingin mencuba mesin buih itu kecuali Fang. Dia hanya duduk diam sambil minum air Gopal. Pada ketika itu, Gopal tidak sedar air dia telah habis di minum oleh Fang
"PIZU NAK CUBA!" Rizu turun dari bangku kerusinya
"Rizu hati-hati" kata Fang
"Baik abang Fang!" Rizu masuk ke dalam gelung itu tetapi dia tidak sedar pula Lily masuk sekali bersama dia. Lalu mereka berdua terapung dengan buih besar itu "Kakak Lily kenapa masuk dengan Pizu?"
"Sebab kakak Lily ingin menjaga keselamatan Rizu! Kakak Lily tidak akan benarkan sesiapa mengambil Rizu dari kita semua!"
"Hehehee... Pizu ok ajelah" Rizu tergelak sedikit
"Lily... terima kasih dengan hadiah kau ni" Buih terapung Boboiboy ada di sebelah Lily dan Rizu "Tapi.. macam mana aku nak simpan nanti? Besar sangat hadiah tu"
"Errr... kita tanya Ammy kemudian, sekarang ni kita ENJOY DULU!"
Satu per satu kawan-kawan Fang masuk ke dalam buih dan terapung di udara. Tok Aba dan Ochobot perhatikan mereka bermain-main di ruang udara. Gopal siap duduk bersila sambil makan ice cream chocolatenya di dalam buih dia. Kawan-kawan Fang yang lain berlanggar satu sama lain dan ianya melantun sedikit secara perlahan. Mereka berseronok dan bergelak ketawa di ruangan udara itu. Ianya menimbulkan suasana yang ria. Fang masih lagi duduk di kedai Tok Aba sambil perhatikan mereka. Entah kenapa dia tidak begitu teruja sangat. Mungkin dia rasa penat atau dia ingin menjadi pemerhati sahaja pada hari itu
"Fang tak pergi berseronok ke?"
Fang menoleh kepalanya ke tepi. Dia tidak terkejut melihat Lynna berada di situ bersama Kaizo dan Idoli. Fang hanya berikan senyuman kecil dia kepada Lynna
"Adik nak duduk dekat sini sahaja, kak Lynna"
"Kau ni ok ke tak ok?" tanya pula Kaizo kepada adik dia
"Adik ok lerr"
"Betul ke ok?" Kaizo rasa pelik dengan adiknya "Biasanya kau akan ikut mereka sekali tapi hari ni, kau duduk diam aje. Ada sesuatu yang tak kena ke?" Lalu Kaizo merasai dahi adiknya "Tak demam, kau sihat seperti biasa. Kalau kau tak betul pun, kau tak kan demam juga. Kau ada masalah ke?"
"Adik takde masalah lerr... adik cuma nak lihat Rizu berseronok aje" kata Fang
"Baru kak Lynna perasan, Rizu sudah kembali seperti biasa" Lynna perhatikan riak wajah Rizu yang asyik tergelak dan tersenyum itu "Akak suka bila tengok Rizu senyum macam tu. Akak akan rasa sedih bila Rizu sedih"
"Samalah dengan adik" kata Fang lagi
"Kakak Lynna, jom kita naik buih juga" Idoli tarik tangan Lynna dan bawa diri mereka ke mesin buih itu "Kalau Idoli ajak abang Kaizo, mesti dia tak nak. Abang Kaizo tu macam tak suka berseronok aje"
Berkerut-kerut dahi Kaizo. Tangan terasa gatal untuk menghentam seseorang. Lalu dia terfikir, dia memang seseorang yang tidak pernah fikir untuk pergi berseronok. Kalau tentang untuk berehat, dia akan tenangkan diri dengan cara minum teh hijaunya ataupun pergi duduk di tepi pantai sambil menikmati angin bertiupan di situ. Dia terus membuat keputusan untuk tidak menyertai bermain buih di dalam taman itu. Dia seperti adiknya juga, hanya duduk di kedai Tok Aba, sebagai pemerhati sahaja. Fang melihat Idoli dan Lynna sudah pun berada di dalam buih
"Bye bye abang Fang! Bye bye abang Kaizo" Idoli melambai-lambai ke arah Fang. Buih dia terus terapung dan bergerak secara perlahan
"Ammy! Lily ada satu soalan!"
"Kakak Milly nak tanya apa?"
Lily dekatkan buih dia kepada buih Emmy
"Macam mana kita orang nak keluar dari buih ni? Letupkan sahaja ke?"
"Bukan kakak Milly" Lalu Emmy jelaskan kepada mereka semua "Buih ini hanya dapat bertahan selama 30 minit sahaja. Selepas itu, ianya akan turun ke bawah. Sampai sahaja di atas permukaan bumi, buih itu akan meletup dengan sendirinya"
"Ohh.. jadi kita kena duduk dalam buih ni selama 30 minit"
"Betul tu abang topi oren" kata Emmy kepada Boboiboy
"HABIS TU! MACAM MANA ABANG NAK PERGI TANDAS NANTI! AIYOOO! AMMA! APPA!"
"Haiyaaa.. Gopal ni, lu nak pergi tandas ke?"
"Takdelah Ying, aku saja nak buat panik.. hehehe" Gopal tersengih kepada Ying "Rasa sejuk aje duduk dalam buih ni.. nyaman dan bahagia"
"Nak tidur pun boleh tapi 30 minit ajelah.. hehehee" Bella duduk bersila di dalam buihnya yang terapung-apung di udara
Buih Bella terlanggar dengan buih Faye. Mereka tidak rasa getaran pada buih itu. Ianya hanyalah berundur sedikit dan terapung ke tempat lain. Yaya pula, dia terbang bersama-sama dengan buih itu. Kawan-kawan dia lain rasa cemburu pula kerana Yaya dapat gerakkan buih dia begitu cepat. Ying tidak mahu mengalah, dia mempercepat buih dia dan menyebabkan dia bergerak jauh lebih pantas daripada Yaya. Dia tolak buihnya sehingga sampai ke bandar Pulau Rintis. Lalu dia kembali balik ke taman itu dengan sekelip mata. Boboiboy hanya berdiri dan perhatikan permandangan laut yang jauh dari situ. Dia boleh lihat sampan-sampan kecil di berada di tengah laut. Harraz cuba tidur di dalam buih itu tetapi mata dia asyik terbuka sahaja
"Abang Boboiboy suka tak dengan hadiah dari kakak Lily?" tanya Rizu secara tiba-tiba
Lily tolak dan bawa buih dia pergi ke tepi buih Boboiboy kerana dia ingin mendengar jawapan dari remaja bertopi oren itu. Hati dia sudah berdebar-debar dan pipi dia mula terasa panas sedikit apabila Boboiboy pandang wajah Lily yang serba comel itu
"Mestilah suka.. hadiah ni memang menarik. Terima kasih Lily"
"Sama-sama" jawab Lily secara malu
"Hehehe.. tapi kenapa kakak Lily perlu bayar mahal nak beli mesin buih ni?" tanya Rizu lagi
"Sebab kakak Lily nak beli mesin buih ni. Kalau kakak Lily ambik aje, nanti sudah tentu hadiah ini dari Ammy, bukan dari kakak Lily"
"Ohh.. begitu" Rizu angguk kepala dia sebagai tanda faham "Mesti mahal sampai duit kakak Lily habis sebab nak beli mesin buih tu"
"Memang mahal tapi kakak Lily tidak akan mengalah! Kakak Lily teruskan bersemangat untuk kumpul duit demi hadiah Boboiboy!" Lily pandang ke arah laut sambil berkata lagi dengan nada yang penuh drama "Akhirnya usaha Lily tidak sia-sia. Setelah kakak Lily habis jual semua kerepek pisang kepada kapten itik hot, kakak Lily terus fikirkan apakah hadiah paling istimewa dan paling bermakna sekali untuk BBB-CHAN. Lalu kakak Lily teringat ada sebuah mesin buih dekat makmal Ammy, jadi kakak Lily beli mesin itu dengan duit yang kakak Lily ada"
"Woah.. bagus betul kakak Lily ni" Rizu tepuk tangan sedikit
"Hehehe... semangat kenalah ada kalau nak sesuatu" ujar Boboiboy "Yang penting, jangan putus asa dan berusahalah sebaik mungkin"
"Betul tu Boboiboy" Muncul pula Yaya di situ "Jadi Rizu pun kena berusaha untuk buangkan rasa bersalah tu. Baru hari ni akak nampak wajah ceria Rizu"
"Yolah, jangan nak salahkan diri tu sangat. Kami semua faham apa yang berlaku" tambah Ying
"Kita orang semua rindukan Rizu" kata Bella
"Terima kasih semua" Kepala Rizu tertunduk sedikit. Titisan air mata dia menitik di atas permukaan buih itu "Terima kasih kerana tidak berputus asa dengan Pizu"
"Hehehe.. itu sebab semuanya sayangkan Rizu" Lynna tersenyum melihat Rizu yang kecil itu
"HAH! Apa kata kita tangkap gambar.. macam seronok aje bergambar dalam buih ni ramai-ramai" Faye keluarkan kamera ungu dia dari poket seluarnya "Bukannya selalu dapat macam ni"
"Panggil abang Fang dan abang Paizo sekali" Rizu melompat-lompat di dalam buih itu "ABANG FANG! ABANG PAIZO! JOM TANGKAP GAMBAR DALAM BUIH!"
"Errr.. Rizu ajelah tangkap gambar dengan dia orang" balas Fang
"ALA! ABANG FANG NI!" Rizu berpura-pura sedih. Lalu dia berkata lagi "ABANG FANG TAK MAIN DENGAN KITA ORANG SEBAB ABANG FANG CEMBURU YEA DENGAN HADIAH ABANG BOBOIBOY!"
"MA-MANA ADA!" Fang terus bangun "Rizu tunggu dekat situ! Abang datang"
"YEAHH!" Rizu melompat-lompat lagi di dalam buih itu "YEAHHH! ABANG PAIZO PUN KENA DATANG SINI JUGA!"
Kaizo menarik nafas sebelum dia beredar dari kedai Tok Aba. Dia dan adiknya berjalan menuju ke mesin buih itu. Mereka berdua melangkah ke dalam gelung itu dan terus berada di dalam sebuah buih. Mereka dapat merasai betapa nyamannya berada di dalam buih itu. Seolah-olah ada angin bertiupan di dalamnya. Buih mereka mula terapung. Mereka semua berkumpul dan berdiri secara dekat. Faye rasa sedikit kecewa kerana diri dia tiada di dalam gambar itu nanti. Tiba-tiba Ochobot terbang ke atas dengan sebuah kamera milik seseorang iaitu Tok Aba. Mereka semua senyum di hadapan kamera tersebut. Tiba-tiba muncul Picu di atas kepala Lynna dengan lidahnya terjulur keluar. Pada saat itu, buih-buih mereka bercantum menjadi satu. Mereka kini di dalam satu buih besar. Emmy tidak tahu mengapa jadi begitu tetapi dia melihat kawan-kawan dia, semuanya rasa seronok dapat berkumpul ramai-ramaidi dalam satu buih. Ochobot terus mengambil gambar mereka setiap detik sebagai sebuah memori yang mereka tidak akan lupakan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, Rizu dan Idoli sedang berguling di depan television ruang tamu rumah Fang dan Kaizo. Meja dan kerusi sofa di ruang tamu itu telah di tolak pada tepi dinding rumah. Tilam telah dibentang di ruangan kosong itu. Mereka berdua akan tidur di situ bersama Fang. Bantal dan selimut sudah berselerak di atas tilam itu akibat mereka berdua bermain dengan begitu seronok sekali
"Abang Fang! Abang Fang!" panggil Rizu
Fang keluar dari dapur dengan semangkuk popcorn caramel. Dia telah berjanji dengan mereka berdua bahawa pada malam itu, mereka akan menonton sebuah movie kartun sama-sama. Kaizo tidak mahu menyertai mereka bertiga. Dia hanya kurung sahaja di dalam bilik selepas sahaja selesai makan malam. Faye pula, dia pergi bermalam di rumah Bella kerana Lily ingin mengadakan slumber party bersama rakan-rakan perempuannya termasuklah Yaya dan Ying sekali. Gopal ada bertanya kepada rakan-rakan lelaki dia, kenapa budak lelaki tidak mengadakan slumber party? Fang jawab, kerana mereka bukan budak perempuan
"Abang Fang! Abang Fang! Cepatlah!"
"Sabarlah Rizu.. abang tengah buat popcorn tadi" Fang terus duduk bersila di atas tilam "Kita nak tengok movie apa ni?"
"HANTU!" Jerit Idoli sambil tersenyum lebar
"Pizu nak tengok movie kartun, tak nak movie hantu" Rizu ambil DVD sebuah movie disney dari rak television itu "Pizu nak tengok movie Finding Nemo dan Finding Dory!"
"TENGOK MOVIE TENTANG IKAN!" Idoli sungguh teruja pada ketika itu "Cepat abang Rizu, cepat pasang movie tu! Idoli nak tengok! Idoli nak tengok!"
"Hyper betul budak ni" bisik Fang sambil makan popcorn dia "Korang berdua, jangan nak buat bising.. duduk diam dan jangan ganggu orang lain"
"Baik abang Fang!" jawab Rizu dan Idoli secara serentak
Rizu terus pasangkan DVD movie itu. Idoli sudah peluk bantal dan plushie penguin. Fang masih lagi duduk bersila sambil makan popcorn seorang diri. Selepas itu, Rizu duduk di sebelah Fang untuk menonton movie yang dia pasang tadi iaitu movie Finding Nemo. Fang menggunakan kuasa jari bayangnya untuk menutup lampu ruang tamu. Beberapa minit kemudian, Rizu mula tanyakan sesuatu kepada Fang
"Abang Fang.." panggil Rizu secara perlahan
"Rizu nak apa?"
"Hari jadi abang nanti, abang Fang nak apa?"
"Abang nak jadi popular.. hehehee" Fang tersenyum sinis di dalam gelap itu
"Pizu mana reti nak jadikan abang popular.. abang Fang mintalah benda lain"
"Abang tak kisah pun, Rizu.. janji hadiah tu ikhlas dari Rizu sendiri"
"Ok" jawab Rizu "Pizu akan pastikan hari jadi abang Fang adalah yang terbaik daripada yang terbaik! Mungkin hadiah yang lebih mahal daripada abang Boboiboy"
"Jangan lupa juga, LAGI POPULAR DARIPADA BOBOIBOY! HAHAHAHAHAA!"
"ABANG FANG! ABANG RIZU! Idoli nak tengok movie ikan! Janganlah bising"
Mereka terkejut dengan suara garang Idoli. Lalu Rizu dan Fang tergelak sedikit. Mereka berdua kembali menonton movie itu secara aman. Tiada lagi perbualan dari mereka semua. Rizu mula terfikir, apa agaknya pengembaraan mereka yang seterusnya? Mungkin sesuatu yang menarik, atau mungkin sesuatu yang membuat diri dia sedih. Apa-apa pun, dia sudah tidak sabar untuk mulakan pengembaraan baru nanti
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top