Bintang
Yaya dan Ying rasa hairan melihat dua rakan mereka duduk termenung di kaunter meja kedai Tok Aba dalam posisi yang sama iaitu dagu mereka bertongkatkan dengan kedua-dua tapak tangan mereka. Boboiboy dan Lily tidak menyentuh makanana mereka iaituchocolate waffle kerana mereka terlalu asyik memikirkan tentang seseorang
"Kenapa dengan dia orang ni?" soal Yaya
"Hmm.. dia orang rindukan Fang" balas Ochobot, kebetulan baru mengambil pesanan dari pelanggan Tok Aba
"Haiyaa.. masih lagi nak fikirkan si budak Fang tu.. entah berapa lama dia nak pergi"
"Korang tak kan tak rindukan si Fang tu?" soal Boboiboy sambil mengangkat garpu dan pisaunya untuk mula makan waffle di
"Adalah juga" jawab Yaya "Tapi mesti dia ada hal penting sampai tinggalkan kita dalam 2 3 hari ni"
"Bukan landak sahaja yang takde.. kawan baik ku si Faye takde juga.. UWAAA! Si kucing alien comel tu pun takde juga, si alien Picu pun takde.. maknanya, LANGSUNG TAKDE ALIEN DEKAT PULAU RINTIS NI!"
"Adeh Lily ni" Boboiboy sabar dan tenang dengan sifat Lily yang suka menjerit itu "Tapi Adudu dan Probe masih ada dekat sini lagi. Entah bila dia orang nak tinggalkan pulau ni"
"Tapi kalau takde dia orang, mesti tak seronok. Tak dapat BBB-CHAN nak belasah dia kalau si alien kepala tu buat nakal"
"Tapi ada juga orang lain yang buat nakal dekat sini" kata Boboiboy "Tapi aku sedihlah bila si Fang tu tak beritahu kita orang. Dia pergi senyap-senyap, lepas tu langsung tak hubungi kita orang dekat sini"
"Ala, nanti-nanti dia hubungi korang nanti" kata Tok Aba "Mungkin dia ada masalah sampai tak boleh nak hubungi korang. Jangan nak sedih-sedih. Nah, minum ice chocolate ni"
4 ice chocolate dihidang kepada mereka berempat
"Terima kasih Tok Aba!" ucap Ying dengan tangan dia mencapai salah satu bekas minuman air ice chocolate itu
"Rizu mesti sedih sebab Fang takde" Yaya terkenang dengan nasib Rizu "Mesti dia tak bersemangat sekarang ni"
"Takde maknanya Yaya" kata Boboiboy secara tidak langsung "Tadi aku ada pergi rumah Rizu nak tengok keadaan dia tapi pembantu rumah dia cakap Rizu pergi rumah Gopal"
"Kenapa Rizu pergi rumah Gopal?" Lily garu-garu kepalanya "Bukan ke Rizu tu tak berapa nak rapat sangat dengan Gopal?"
"Biar aku pergi siasat!"
Ying terus pecutkan larian dia untuk ke rumah Gopal. 10 minit kemudian, Ying kembali ke kedai Tok Aba. Dia nampak ceria seperti biasa
"Hah, sampai pun kau.. apa laporan siasatan kau?"
"Begini Boboiboy" Lalu Ying ceritakan kepada mereka "Rizu ada dekat rumah Gopal sebab dia nak tengok kartun sama-sama dengan Gopal maa.. Rizu ada beritahu aku, yang si Fang tu selalu buat bising masa bila dia orang tengok kartun sama-sama. Kalau dengan Gopal, mereka siap boleh nyanyi lagu tema sama-sama lagi. Lepas tu mak Gopal ajak aku makan pula.. hehehe"
"Hmm.. patutlah ada bau kari" Terus Ying tersengih kepada Yaya "Apalah si Fang ni, tak baik buat macam tu dekat Rizu. Kasihan dia"
"Beginilah nasib Rizu si budak comel yang ada seekor alien sebagai abang angkat dia.. isk isk isk" Lily gelengkan kepala dia "Tapi Rizu jangan risau, KAKAK LILY AKAN MENGGANTIKAN TEMPAT SI LANDAK ALIEN TU! MUAHAHAHAHA!"
"WOI! JANGAN NAK PERASAN!"
Boboiboy, Yaya, Ying dan Lily pusing kebelakang. Riak wajah mereka terus berubah menjadi ceria. Fang sudah kembali ke bumi tetapi dia tidak pulang dengan tangan kosong. Dia membawa buah tangan untuk kawan-kawan baiknya
"LANDAK DAH BALIK!"
"Hmmm.. suka pulak kau yea" kata Fang sambil mengangkat kening sebelah
"Mestilah!" Lily tersenyum lebar "Landak menghilangkan diri dan membuatkan BBB-CHAN sedih, sampai Lily pun turut menjadi sedih sebab BBB-CHAN sedih. Bila landak ada, terus BBB-CHAN senyum dan Lily pun senyum sekali.. hehehehe.. Lily tak sanggup melihat BBB-CHAN ku sedih sepanjang masa"
"Mana ada sepanjang masa. Aku cuma sedih dan kecewa sebab Fang tak beritahu pun kita orang kau pergi mana"
"Maaf semua" ucap Fang "Abang aku yang ajak aku pulang ke planet asal aku dulu. Waktu tu sudah lewat malam. Tak sempat nak beritahu korang. Masa aku dan abang aku dekat karnival tu, aku terus terlupa nak beritahu korang.. hehehehe..."
"SAMPAI HATI KAU LUPA NAK BERITAHU KITA ORANG!" Yaya terapung sedikit di udara "KITA ORANG CUKUP RISAU TENTANG KAU TAPI KAU BOLEH LUPA!"
Fang terkejut dengan kemarahan dari seseorang iaitu Yaya. Mata Fang melirik ke kanan dan ke kiri kerana dia tidak tahu hendak buat apa pada ketika itu. Lidah rasa kelu seketika
"Haiyaa Yaya.. jangan marah-marah maa.. kita orang dekat sini pun marah tapi takdelah marah macam luu maa" kata Ying yang rasa keliru dengan Yaya pada ketika itu
"Eh" Terus Yaya tersedar "Err.. aku pergi dulu!" Terus dia terbang pergi meninggalkan kawan-kawan dia dengan perasaan curiga
"Apasal dengan Yaya tu?" soal Boboiboy
"Hmm.. BBB-CHAN tak tahu ke?"
"Apa yang aku perlu tahu?" Boboiboy garu-garu pipi dia sambil tersengih "Ada yang aku ketinggalan apa-apa ke?"
"Senang cerita.. BBB-CHAN tak perlu tahu.. hehehehe.. lagipun landak ni pun, macam biasa, landak tak tahu apa-apa kerana pemikiran landak penuh dengan donut lobak merah! Landak hanyalah landak sahaja"
"Yelah, aku ni landak alien paling kacak dan paling bergaya! HAHAHAHA!"
"Mengaku pulak kau ni landak" bisik Boboiboy "Oh yea, tadi Ying cerita dekat kita orang.. kau suka kacau time Rizu tengok cerita kartun dia"
"Ala.. aku bukannya kacau pun. Aku hanya nyanyi lagu kartun dia sahaja" kata Fang
"Nyanyi lagu sahaja? Tapi apasal dia cakap kau suka buat bising" marah Ying
"Lerr.. aku ubah lirik lagu dia, tu pun dia cakap bising" Fang bermasam muka seketika "Takpe, aku tak nak bagi dia hadiah yang aku belikan untuk dia"
"Wuuu.. landak beli hadiah!" Mata Lily terus bersinar-sinar. Lalu dia buat muka comel kepada Fang "Hadiah untuk Lily ada tak, wahai landak yang handsome"
"Puji aku nampak" Fang mengangkat kening sebelah sambil melihat Lily "Hadiah kau.. ada"
"YAHOOOO!"
Lily melompat-lompat kerana terlampau gembira. Fang letakkan kesemua beg kertas yang dibawa olehnya, ke atas meja kaunter kedai Tok Aba. Mereka semua perhatikan Fang keluar satu per satu barang di dalam beg-beg itu kecuali Tok Aba kerana sibuk menyediakan makanan untuk para pelanggannya
"Ini untuk si pelik" Fang berikan anak patung plushie bentuk alien "Khas untuk kau. Alien pelik, memang sesuai untuk kau"
"Errr.." Lily tersengih sambil melihat plushie alien pelik itu "Terima kasih landak. Lily sangat terharu sebab dapat juga hadiah daripada kau. Selalunya Lily akan dapat hadiah kena kejar dengan bayang-bayang landak sahaja"
"Hmm.. apa-apa ajelah" Fang keluarkan sehelai baju berwarna oren "Ini untuk Boboiboy. Lepas tu ada topi untuk Ochobot"
"Wah! Aku pun dapat sekali"
"Mestilah" Fang hulurkan topi itu kepada Ochobot "Kau kan kawan kita orang"
"Terima kasih Fang" ucap Ochobot. Lalu dia memakai topi itu
"Ini pula untuk Ying. Aku belikan kotak pencil" Fang hulurkan bekas kotak pencil kepada Ying "Aku tak tahu nak beli apa untuk kau"
"Terima kasih! Aku tak kisah maa dapat apa-apa pun" Ying suka melihat bentuk dan corak kotak pencil itu. Ianya berbentuk segi empat panjang dan ianya mempunyai corak flora "Bolehlah aku guna esok!"
"Mana si Gopal?" soal Fang dengan tangannya mengeluarkan sepasang stokin berwarna hijau "Aku belikan stokin untuk dia aje. Ada gambar gajah lagi"
"Err.. dia ada dekat rumah. Adik angkat kau pun ada dekat rumah Gopal"
"Rizu ada dekat rumah Gopal?" Dahi Fang mula berkerut "Apasal dia ada dekat rumah Gopal? Apa yang Gopal sudah buat dekat dia?"
"Apalah landak ni" Lily gelengkan kepala. Lalu dia berkata lagi "Rizu lari dekat Gopal sebab landak suka buat bising semasa landak menonton cerita kartun kegemaran dia! Landak sesuka hati ubah lirik lagu kartun dia! Sebab tu my little penguin pergi ke rumah Gopal sebab kami sebagai kawan dia, tahu bahawa Gopal memang minat menonton cerita kartun"
"Cheh!" Fang tidak berapa berpuas hati dengan adik angkatnya "Ala, aku nyanyi lagu macam ni aje.. abang ku pulang dari kota, abang ku makan sebiji kereta, kereta kecil warna merah, abang ku telan kesemuanya.. macam tu aje. Itu pun dia kata bising!"
Lalu Lily ketuk kepala Fang dengan hadiah plushie tadi. Dia sebenarnya rasa macam mana hendak marah kepada Fang tetapi, Lily tetap tenang dan kembali ceria seperti biasa
"Woi, apasal kau ketuk kepala aku?"
"Sebab kepala landak penuh dengan ego! Jadi Lily kenalah ketuk supaya ego-ego keluar dari kepala landak" jawab Lily dengan satu senyuman cerianya "Macam mana? Masih ada lagi?"
"Entah" balas Fang "Hmm... sudahlah. Baik aku pergi cari kawan kita yang lain. Aku ada banyak lagi hadiah nak berikan kepada mereka"
"Wuuu.. hadiah apa landak belikan untuk mereka?"
"Sibuk" bisik Fang "Kerongsang bunga kristal untuk Yaya, buku komik untuk Harraz sebab aku nak sabotaj kebijaksanaan dia.. MUAHAHAHAHAHA! Pin rambut comel untuk Bella dan untuk si Rizu tu, aku belikan video game! Hehehe.. mesti dia suka nanti!" Tiba-tiba bahu dia diusik oleh seseorang
"Landak, landak.."
"Kau nak apa pelik?" nada Fang agak garang ketika itu
"Hmm.. Faye mana? Dia tak balik lagi ke?"
"Ha ah, mana Faye? dia tak ikut kamu balik ke? Picu pula mana? Abang lu mana? Idoli tak ikut sekali ke?" soal Ying. Percakapan dia agak pantas sehingga Fang sendiri rasa pening sedikit
"Faye balik esok. Picu ada dekat rumah tengah tidur, Idoli ada dekat stesen TAPOPS lagi dan abang aku.. sampai bumi aje, terus dia pergi jumpa kak Lynna. Rindu sangatlah tu"
"Biarkanlah Fang, asalkan abang kau bahagia" Boboiboy tersenyum sedikit sambil menyentuh bahu kawan baiknya, Fang "Abang kau tak belikan apa-apa untuk kak Lynna ke?"
"Ada tapi abang aku tak beritahu"
"Wuuu.. mesti cincin! Tak pun emas! Tak pun subang! ataupun berlian! ataupun.." Lily terbayangkan diri dia didalam lautan berlian dan emas "Hehehe.. kaya Lily kalau macam ni"
"Baik aku pergi sekarang daripada melayan si pelik ni" Fang keluarkan helang bayangnya. Lalu dia lompat dan menunggang helang bayang itu "Jumpa lagi"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gopal dan Rizu begitu seronok melayan rancangan kartun kegemaran mereka di television iaitu kartun Phineas and Ferb. Ibu Gopal suka melihat kehadiran Rizu di dalam rumahnya. Dia telah menyajikan pelbagai juadah hidangan untuk tetamu si kecil itu. Rizu suka dengan setiap makanan yang dihidangkan seperti maruku, kuih vadey, capati cicah dengan kari ikan dan bermacam-macam lagi
"Kalau Pizu duduk sini, boleh jadi gemuk Pizu ni"
"Hehehe.. sebab tu badan abang besar tapi ianya tidak bermakna abang ni gemuk!" kata Gopal "Macam ejen Bakar cakap, badan besar tapi sihat dan kuat"
"Hehehe.. betul betul! Rindu pula Pizu dengan abang ejen Ali, kakak ejen Alicia, pak cik ejen Bakar dan paling Pizu rindu sekali ialah abang ejen Rizwan. Bilalah kita dapat berjumpa dengan dia orang balik"
"Entahlah Rizu. Abang pun rindukan akademi MATA tu.. seronok aje tengok gajet dia orang yang terlampau canggih tu" Gopal mengeluh sambil gigit kuih maruku "Rasa macam nak pergi sana balik aje"
"Pizu pun tapi.." Rizu mula rasa sedih dan rindu kepada ejen-ejen MATA "Apa boleh buat, Pizu tak dapat nak masuk akademi tu. Abang ejen Rizwan suruh Pizu belajar dengan abang Fang tapi... abang Fang tu, asyik sibuk aje"
"Sabarlah Rizu" Gopal pujuk Rizu dengan memberikan kuih vadey "Makan ni.. mesti tak rasa sedih dah! Hehehe.. apa kata, Rizu minta abang Boboiboy ajarkan. Dia mesti ajar punya"
"Boleh juga" Rizu mengambil kuih itu dengan senang hati "Abang Boboiboy pun ok juga. Mesti dia berpecah kepada tujuh! Wah! Ramainya yang ajar Pizu nanti"
"Ajar Rizu apa?"
Gopal dan Rizu terkejut dengan kemunculan suara Fang. Gopal hampir tercekik dengan makanan yang dikunyah olehnya. Dia cepat-cepat meneguk segelas air yang ada di atas meja ruang tamu
"Abang Fang! Lain kali janganlah terkejutkan kita orang!"
"Entahnya, sampai tercekik aku dibuatnya" Gopal batuk-batuk sedikit "Kau datang sini sebab nak bawa balik adik angkat kau ke?"
"Tapi Pizu tak nak balik. Pizu nak duduk sini sebab abang Gopal best. Dia suka tengok kartun sama seperti Pizu"
Gopal rasa bangga dengan dirinya dan jauh dihati, dia rasa terharu sedikit. Dia hendak senyum di situ tetapi dia buat seperti biasa. Dia hanya kembali sambung makan maruku sambil menonton rancangan kartun. Hati Fang bagaikan terkena panah petir kerana cemburu. Lalu dia keluarkan sesuatu dari beg kertas
"Rizu, maaflah sebab abang buat Rizu terkejut tadi. Abang rindukan Rizu" Fang berikan senyuman ikhlas dia kepada Rizu "Abang ada belikan sesuatu untuk Rizu"
"Hmm.. abang Fang belikan apa untuk Pizu? Kalau Pizu tak nak ikut abang Fang balik macam mana? Sebab ini adalah teknik abang Fang untuk pujuk Pizu kan"
"Err.." Fang tersengih sedikit "Ha ah, abang nak pujuk Rizu sebab abang suka buat salah dekat Rizu" Tangan dia masih hulurkan lagi video game kepada Rizu "Janganlah merajuk dengan abang. Nanti time cuti sekolah, kita suruh abang Kaizo bawa kita pergi jalan-jalan dekat angkasa ok"
"Tak kan bawa Pizu seorang sahaja? Ajaklah ramai-ramai!"
"Hmm.. yelah" Fang tidak berapa suka dengan cadangan Rizu tadi. Jadi dia berpura-pura suka sambil berikan senyuman palsu dia kepada Rizu "Kita ajak mereka yea.. tapi Rizu tak nak ke video game ni? Abang belikan untuk Rizu tau"
"Mestilah nak! Tapi Pizu nak tengok kartun dengan abang Gopal"
"Ok" Fang mengeluh sedikit "Tapi jangan lama-lama sangat tau"
"Jangan risau Fang, nanti aku hantar dia balik ke rumah kau dan aku juga akan pastikan keselamatan dia terjamin"
"Wuuuu... landak jealous!"
Fang menoleh kebelakang. Dia tidak terkejut dengan kemunculan Lily, Boboiboy, Yaya dan Ying di tingkap rumah Gopal. Wajah mereka kelihatan ceria
"Bila masa aku jealous!" marah Fang tetapi memang benarnya pun. Dia memang cemburu pada waktu itu "Korang buat apa dekat sini?"
"Hehehe.. aku tadi nampak kau pergi rumah Gopal. Lepas tu tak sangka pula Boboiboy, Ying dan Lily pun pergi ke rumah Gopal sekali. Jadi aku ikutlah sekali" jelas Yaya "Gopal tak nak jemput kita orang masuk ke?"
"Hah Gopal, ajak kawan-kawan kamu masuk. Amma sudah masak kari daging"
Perut Gopal terus berbunyi. Setiap kali dia terdengar perkataan kari, perut dia tiba-tiba rasa lapar. Ibu Gopal sudah buka rumahnya untuk menjemput kawan-kawan anaknya masuk ke dalam. Mereka semua masuk ke dalam dapur dan duduk di kerusi meja makan sementara ibu Gopal hidangkan makanan diatas meja. Gopal mengambil bau untuk menaikkan lagi selera dia
"Landak landak sebongkok tiga, siang malam asyik terjaga. Mencari donut kegemaran dia, bilalah landak nak gemuk gedepol.. hehehe"
"Wah! Kakak Lily pun pandai ubah lagu!" Rizu bertepuk tangan sementara Fang pula, merenung tajam ke arah Lily sambil bersilang tangan
"Sudah sudah, jangan nak bermasam muka dekat sini. Ibu Gopal sudah sediakan makanan untuk kita semua" tegur Yaya "
"Aiyoo.. makan lagi aku" bisik Ying. Perut dia masih kenyang lagi tetapi terpaksalah dia makan sedikit. Dia tidak mahu kecilkan hati ibu Gopal
"Makan semua.." kata ibu Gopal "Jangan malu-malu yeaa.. amma sudah masak banyak ni. Selalunya Gopal yang tukang habiskan tapi anak mak cik ni, aiyoyooo.. perut dia tidak pernah rasa kenyang. Badan makin lama makin besar"
"Mana ada makin besar amma" kata Gopal "Saya masih maintain lagi tapi amma jangan lupa, badan besar pun tapi tetap cergas seperti biasa"
Ibu Gopal hanya gelengkan kepala sahaja. Dia menyenduk satu senduk nasi dan letakkan di dalam pinggan Rizu. Mereka semua makan tengahari di situ sambil berborak riang
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo tidak lagi berada di dunia asal. Dia sebenarnya berada di dunia lain iaitu dunia fantasi Lynna. Dia ada di situ kerana ingin mencari Lynna. Kawan-kawan gadis itu memberitahu Kaizo bahawa Lynna berada di perpustakaan istana dunia fantasi itu. Kaizo terus ke dunia itu tanpa singgah Pulau Rintis terlebih dahulu. Dia menuju ke perpustakaan itu dengan membawa satu hadiah untuk Lynna. Sebaik sahaja dia tiba di perpustakaan itu, dia ternampak rambut sang gadis itu terlindung dari buku bertingkat-tingkat di hadapannya. Kaizo berjalan ke meja tersebut. Lynna begitu teliti membaca sebuah peta yang tidak fahami oleh Kaizo
"Kau cari apa tu?"
Lynna mendongak sedikit dan dia terus tersenyum
"Kau sudah pulang" kata Lynna
"Hmmm... sudah" balas Kaizo "Itu peta apa?"
"Ohh.. ini peta dunia fantasi. Aku sedang mencari sebuah tempat yang dikatakan penuh dengan bintang"
"Penuh dengan bintang? Bukan ke kau boleh melihat bintang-bintang di langit pada waktu malam. Dekat kawasan sini tak kan tiada bintang? Bukan selalunya ada ke"
"Betul tu Kaizo tapi tempat yang aku cari ni adalah tempat bintang yang paling istimewa. Aku ada dengar bahawa bintang-bintang itu berada di darat bukan di langit"
Kaizo mengambil kerusi di meja lain. Lalu dia duduk di sebelah Lynna kerana rasa curiga dengan tempat yang Lynna katakan tadi. Dia sebenarnya pernah dengar tentang sebuah tempat yang mempunyai bintang di darat. Tempat itu boleh dikatan sebuah tempat lagenda
"Aku pernah dengar tentang tempat itu" kata Kaizo. Kepala Lynna pusing ke arah Kaizo "Ibu aku pernah ceritakan kepada aku tentang bintang-bintang yang berada di darat bukan di langit. Dia kata tempat itu hanyalah kisah lagenda sahaja tetapi sekarang ini, aku rasa curiga. Adakah tempat itu betul-betul wujud atau hanya sekadar cerita sahaja?"
"Ibu kau pernah dengar?"
"Yea" balas Kaizo "Apa yang aku ingat, tempat ini mempunyai bintang-bintang ini sebenarnya adalah berlian yang menyinari tempat itu. Jikalau kita melihatnya dari pandangan atas, seolah-olah kita melihat ianya berada di angkasa. Ibu aku juga ada mengatakan, tempat itu mempunyai keajaibannya tersendiri"
"Hmmm... ibu kau seolah-olah tahu tentang kewujudan dunia ini... hehehe.. mungkin kebetulan sahaja. Mungkin di planet lain, ada juga wujud tempat yang aku sedang mencari ini"
"Mungkin" kata Kaizo "Tapi kau memang betul-betul nak cari ke?"
"Yea Kaizo. Semenjak kau pergi jalan-jalan dengan adik kau dekat angkasa. Aku rasa bosan sedikit. Musuh aku pun tak pulak nak buat hal. Jadi aku ke sini untuk mencari pengembaraan sendiri. Manalah tahu aku jumpa benda yang menarik ke.. hehehe.. baru rasa seronok!"
"Cheh, pergi mengembara sendiri tak ajak aku" bisik Kaizo "Jadi, kau memang nak pergi sendirilah ni? Kau tak rasa bahaya ke pergi seorang diri?"
"Well, aku boleh jaga diri sendiri but if Kapten Kaizo risau sangat, you can be my knight in shinning armour" Lynna berikan senyuman manja kepada Kaizo "Macam mana? Nak ikut sekali ke wahai Kapten Kaizo?"
"Wahai tuan puteri, aku sedia menjadi peneman kamu"
"Ini kalau Fang ada, sudah tentu dia akan menjerit tak tentu pasal" kata Lynna sambil tergelak sedikit "Kau tahu-tahu ajelah dia tu"
"Biarkan.. dia tu penyibuk nombor satu" Kaizo terbayang wajah adik dia yang tersengih-sengih kerana suka "Jadi, kau nak mulakan sekarang ke?"
"Why not? Aku tengah takde kerja lain. Jadi kita mulakan hari ini juga!"
"Tapi sebelum itu" Kaizo keluarkan sebuah kotak kecil dari poket jaketnya "Nah, aku belikan sesuatu untuk kau" Dia letakkan kotak itu di atas meja dan lalu dia tolak kotak tersebut di hadapan Lynna
"Kau cuba nak melamar aku ke?" soal Lynna sambil mengangkat kening sebelah
"Ma-mana ada!" Kaizo terasa cemas sedikit "Ini bukan cincin atau apa-apa barang kemas!"
Lynna tergelak kerana lucu melihat gelagat Kaizo yang cemas itu. Lalu dia membuka kotak itu. Dia terkejut melihat rantai loket emas di dalam kotak tersebut. Lynna mengangkat keluar loket berbentuk bujur itu. Loket itu boleh dibuka dan ianya sesuai untuk meletakkan gambar di dalamnya
"Terima kasih Kaizo. Aku suka.. bolehlah aku pakai sekarang" kata Lynna. Dia membuka rantai dia dan lalu dia sarungkan loket itu di dalam rantai tersebut "Sebelum kita pergi, kau tak nak beritahu adik kau dahulu ke?" Dia memakai balik rantainya tadi. Loket dia sekarang ini bersama dengan batu permata berwarna biru
"Tak perlu kot"
"Kau nak buat dia risau?" nada Lynna bertukar menjadi garang sedikit
"Biarkanlah dia.. yang pasti, dia tahu aku ada dengan kau"
"Suka hati kaulah.. jangan dia marah kau sebab buat dia risau sudah" kata Lynna sambil gulungkan peta dunia itu "Mari kita gerak sebelum matahari terbenam. Maklumat yang aku sudah kumpul, tempat itu tidak berada jauh dari sini"
Mereka berdua mengemas kesemua buku-buku di situ sebelum bertolak pergi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang jatuhkan diri dia di atas kerusi sofa untuk rehatkan dirinya. Perut dia penuh dengan makanan kerana siang tadi, ibu Gopal tidak henti-henti menjamu mereka dengan makanan sedap. Rizu rasa kasihan melihat abang angkatnya yang sudah tidak larat untuk bangun atau lakukan sebarang kerja
"Abang Fang nak apa-apa tak? Pizu boleh tolong"
"Bagikan abang.. donut lobak merah" kata Fang dengan nada yang lemah "Rasanya, ada ruang lagi tak untuk donut kegemaran abang?"
"Abang Fang ni! Nanti muntah baru tahu" tegur Rizu "Baik abang Fang berehat sahaja"
"Ok.. Rizu nak tidur dekat rumah abang ke?"
"Hehehe.. mestilah nak!" kata Rizu dengan riangnya "Tapi esok abang Fang kena hantar Pizu pergi sekolah dan jangan lupa singgah rumah Pizu ambil beg sekolah"
"Hmm.. ok. Rizu tu jangan lupa beritahu dekat ibu Rizu. Nanti dia risau pula sebab Rizu tak balik rumah"
"Pizu dah mesej ibu pun"
"Mesej sahaja? Kenapa tak call dia?"
"Sebab ibu tak angkat phone. Jadi Pizu mesej ajelah. Lagipun ibu dah reply mesej Pizu. Dia bagi Pizu tidur sini dan ibu pesan, jangan merayap kemana-mana kecuali kalau abang Fang dan abang Paizo ada. Dia tak bagi Pizu merayap seorang diri" jelas Rizu "Ibu sebenarnya takut Pizu berkawan dengan abang Fang sebab abang Fang kan superhero macam kawan-kawan abang Fang juga. Dia takut kalau diri Pizu dalam situasi bahaya sebelum ini tapi dia percaya abang Fang pasti dapat selamatkan Pizu. Sebelum ini, ibu pernah juga larang Pizu berkawan dengan abang Fang tapi Pizu pujuk ibu. Pizu cakap, tanpa abang Fang, tak mungkin Pizu berubah seperti sekarang. Masa Pizu kena culik hari tu, sebenarnya kakak Lily tak beritahu pun perkara yang sebenarnya. Dia tak sanggup melihat ibu menangis. Jadi dia cari alasan lain. Tak tahulah kakak Lily beritahu apa dekat ibu. Sampai sekarang ibu langsung tak tahu tentang itu"
"Rizu rahsiakanlah daripada ibu Rizu ok. Takut nanti dia halang lagi" Fang bangunkan badan dia untuk mengubah posisi dia kepada duduk "Rizu nak ikut abang pergi tengok bintang tak nanti?"
"Tengok bintang? Dekat kapal angkasa abang Paizo ke?"
"Bukanlah, kita tengok bintang dekat atas bukit. Jauh dari bandar. Kita tengok bintang sama-sama"
"Tapi.." Rizu melihat abang angkatnya dengan perasaan pelik "Bukan ke abang Fang sudah melihat bintang dekat angkasa? Kenapa nak tengok lagi?"
"Itu dekat angkasa tapi kali ini, abang nak tengok dari bumi pula"
"Abang Paizo?"
"Dia tu? Biarkanlah dia.. entah bila dia nak balik. Reti merayap aje, tapi tak reti nak pulang ke rumah. Bila ada dekat rumah aje, mesti abang juga yang kena buli. Suruh buat tu, suruh buat ni.. sabar ajelah"
"Hehehe.. kelakarlah abang Fang dan abang Paizo ni" Rizu tergelak sedikit "Tak sabarnya nak tengok bintang malam nanti! Pizu bawa makanan boleh?"
"Boleh" balas Fang "Abang nak pergi berehat sekejap sebelum kita pergi tengok bintang"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo dan Lynna berada jauh dari istana. Mereka melintas jambatan istana untuk ke sebuah bandar. Dari bandar itu, mereka keluar dari bandar tersebut dan terus menuju ke perkampungan pari-pari. Dari situ pula, mereka berjalan di tepi sungai sehinggalah mereka berada di hadapan air terjun. Lynna membuka segulung kertas peta dunia
"Jangan cakap, kita sudah sesat. Lagipun tadi kau cakap, tempat tu tak jauh daripada istana kau tapi.. aku rasa kita jauh daripada istana kau" marah Kaizo yang sudah hilang sabar "Mungkin tempat tu tidak wujud. Ianya hanyalah rekaan cerita sahaja"
"Tak, aku yakin tempat tu wujud" kata Lynna yang tidak alih pandangan dia "Kita cuma perlu.." Mata dia melirik tepat pada air terjun itu "Lalu bawah air terjun itu"
"Kau gila ke?"
"Hehehe.. gila untuk mencari tempat indah ini" Lynna gulung balik kertas peta dunia itu dan simpankannya di dalam beg sandangnya "Jom kita pergi"
"Hmm... aku tidak pernah melihat kau bersemangat macam ni" Kaizo mula berjalan sebelah Lynna "Betul ke kau ni ok? Atau sebenarnya kau tengah demam sekarang ni"
"Aku sihat sahaja Kaizo. Aku bersemangat macam ni, sebab aku nak buktikan tempat ini wujud!"
"Yelah.. aku akan ikut kau untuk melihat tempat tu wujud ke tidak tapi aku tak melihat kau kecewa nanti. Aku tak nak melihat kau putus asa"
"Aku tidak akan putus asa, Kaizo" Lynna meloncat-loncat dari satu batu ke satu batu sungai yang lain "AKU HANYA MAHUKAN SATU KEPUASAN UNTUK DIRI INI!" Jerit Lynna sambil mendepakan kedua-dua tangannya untuk merasai kebebasan dia di situ
Kaizo tersenyum seorang diri melihat gadis itu. Ini pertama kali dia melihat Lynna bersikap seperti seorang gadis periang. Selalunya dia hanya melihat sifat Lynna yang lemah-lembut dan mudah tersenyum. Ada kalanya, dia takut melihat gadis itu menggunakan suara garangnya. Lynna tidak pernah menyimpan dendam atau bersikap dingin dengan seseorang. Mungkin itulah istimewanya tentang Lynna di mata Kaizo
"Kaizo, cepat cepat! Kita kena lalu bawah air terjun tu" Lynna mengangkat seluarnya sedikit. Lalu dia meredah air sungai yang sejuk itu
"Ok" Kaizo ikut sahaja arahan dari Lynna
Mereka berdua lalu di bawah air terjun tersebut. Habis basah seluruh pakaian mereka kerana terkena air terjun itu. Lynna menggeletar sedikit tetapi ianya tidak mematahnya semangat dia. Lynna tetap mahu teruskan mencari tempat itu walaupun mereka temui jalan mati di sebalik air terjun itu. Lynna duduk di atas batu besar. Dia keluarkan peta dunianya untuk melihat semula laluan mereka
"Lynna, aku harap kau tidak bawa kita ke tempat yang salah" kata Kaizo sambil membuka jaketnya yang basah itu. Lalu dia ikat jaketnya pada bahagian pinggangnya
"Tak, aku tak rasa kita di tempat yang salah. Peta ini, aku sendiri yang lukis. Semua yang aku maklumat yang aku kumpul, semuanya ada di dalam peta ini tapi..." Mata Lynna memandang sekitar gua itu "Tak kan jalan mati. Semua buku yang aku baca, aku cari maklumat dan aku kaji dan aku kumpulkan semua maklumat yang aku dapat.. tapi kenapa.." Dia masih tidak berpuas hati
Lynna bangun dan lalu berfikir sambil meneliti setiap sudut gua itu. Kaizo duduk di atas batu sambil membuka kasutnya. Dia terbalikkan kasutnya untuk keluarkan air yang bertakung di dalam kasut itu. Selepas itu dia buka stokin basahnya
"Mungkin sampai di sini sahaja" kata Kaizo
"Tak, aku tak rasa sampai di sini sahaja. Aku yakin, laluan yang seterusnya, ada di dalam gua ini tapi di mana"
Tiba-tiba mata dia terpandang sesuatu di tepi bawah gua dinding itu. Lalu dia membongkokkan dirinya. Dia ternampak satu laluan kecil yang hanya boleh lalu secara merangkak. Lynna gembira kerana dia sudah jumpa laluan yang seterusnya. Dia simpan balik peta dunianya
"KAIZO! KAIZO! SINI SINI!"
Kaizo memakai kasutnya semula secara pantas. Lalu dia pergi ke arah Lynna yang berada di belakang gua. Lynna kini melutut sambil melihat di dalam lubang kecil itu
"Kita kena merangkak untuk ke destinasi kita yang seterusnya" kata Lynna yang sangat teruja itu
"Biar aku pergi dulu. Kau ikut aku dari belakang"
Lynna angguk kepalanya. Kaizo merangkak masuk ke dalam laluan kecil yang sempit itu. Ianya gelap dan Kaizo terpaksa meraba-raba sekitar laluan sempit itu supaya dia tahu ke arah mana dia patut pergi dan juga supaya kepala dia tidak terhantuk dengan batu. Giliran Lynna pula merangkak masuk dan ikut Kaizo dari belakang. Tiba-tiba Kaizo terjatuh ke dalam satu lubang. Diri dia gelongsong ke bawah sambil menjerit nama Lynna
"LYNNA!"
"KAIZO!" Lynna merangkak secara pantas untuk mencari Kaizo tetapi dia pula jatuh dan mengelonsong ke bawah
Sebaik sahaja Kaizo mendarat. Dia cepat-cepat bangun sebelum Lynna jatuh ke atas dirinya. Dia melihat sekelilingnya. Dia masih lagi berada di dalam gua dan di pada hujung gua tersebut, dia ternampak satu cahaya kecil. Dia mendongak ke atas dan ternampak Lynna gelongsong keluar dari lubang kecil. Dia jatuh di tepi kaki Kaizo
"Kau ok?" soal Kaizo sambil menghulurkan tangan kanannya
"Aku ok tapi kita di mana?" Lynna mencapai tangan Kaizo dan lalu dia bangun
"Aku rasa, kita masih lagi berada di dalam gua" balas Kaizo "Aku ada nampak satu cahaya dekat hujung sana. Mungkin jalan keluar"
Kaizo dan Lynna berjalan menuju ke arah cahaya itu. Secara berhati-hati mereka bergerak kerana takut jika ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan mereka. Semakin lama, mereka semakin dekat dan cahaya itu datang dari pintu masuk ke dalam gua satu lagi. Mereka masuk ke dalam. Gua itu tidaklah segelap mana. Ianya sangat luas dan di permukaan atas gua itu pula, terdapat cahaya air dari sebuah tasik. Air itu seperti terapung di dalam gua tersebut. Tiada satu titisan air yang menitik ke bawah
"Kaizo" Lynna pegang lengan bahu Kaizo "Kau nampak tak apa yang aku nampak"
Mata Kaizo tidak berkelip kerana apa yang dia lihat sekarang ini, adalah tempat yang mereka cari. Gua itu penuh dengan batu-batu hitam dan pada permukaan batu itu, terdapat cahaya-cahaya kecil seperti bintang. Cahaya-cahaya itu menyinari gua tersebut. Di samping itu juga, bayang-bayang air turut menyumbangkan keindahan lagi batu-batu hitam dan bintang-bintang di situ
"Inilah tempat yang aku cari" kata Lynna dengan gembiranya "Bintang yang ada di darat bukan di langit"
"Aku macam tak percaya.. apa yang ibu aku cerita pada suatu ketika dahulu, akhirnya ianya menjadi kenyataan" Kaizo terasa ingin menangis di situ
Kaizo dan Lynna bergerak secara perlahan untuk menikmati keindahan gua berbintang itu. Mereka lalu celah-celah batu hitam itu sambil menyentuh setiap cahaya kecil yang bersinar pada permukaan batu-batu tersebut. Lynna menangis kerana terlampau gembira dengan kejayaan pencarian dia
"Aku rasa, kita perlu lihat dari atas"
"Bagaimana?" soal Kaizo
Lynna menghulurkan kedua-dua tangannya kepada Kaizo. Tanpa ragu-ragu, sang kapten itu pegang kedua-dua tangan sang gadis itu. Lynna terapungkan mereka berdua sedikit demi sedikit. Semakin tinggi mereka terbang, semakin indah permandangan itu dari bahagian atas. Bintang-bintang itu tadi tersusun secara indah dan ianya bagaikan seperti melihat bintang bima sakti yang sebenarnya
"Begitu indah sekali tempat ini. Aku patut berterima kasih kepada kau kerana membawa aku ke sini"
"Sama-sama Kaizo" Lynna berikan senyuman manis dia kepada sang kapten itu "Rugi pula aku tak bawa kamera"
"Kamera phone kau kan ada"
"Aku tak bawa" Lynna mengeluh sedikit "Sebab aku tak nak phone aku rasa nanti. Manalah tahu kena menyelam dalam air ke.. hehehe"
"Hmm.. sekarang ni, macam mana nak keluar dari tempat ni?"
Lynna mendongak ke atas. Mungkin mereka boleh keluar dari tasik itu. Mereka cuma perlu tembus air tasik tersebut. Lynna terbangkan diri mereka berdua ke arah tasik tersebut
"Tapi kau sudah bersedia untuk tinggalkan tempat ini?" soal Kaizo secara tidak langsung "Atau kau nak duduk di sini lagi"
"Takpe, kita sudah tahu dimana bintang ini berada. Mari kita keluar. Sedia?"
Kaizo keluarkan dinding tenaganya untuk melindungi mereka berdua dari terkena air tasik tersebut. Mereka menimbusi air tasik itu untuk ke permukaan atas. Sebaik sahaja mereka berjaya keluar dari situ, Lynna mendaratkan mereka berdua secara perlahan dan lembut. Kaki mereka mencecah permukaan bumi itu dan dinding tenaga Kaizo hilang serta-merta. Mereka kini berada di tepi tasik yang dikelilingi oleh hutan-hutan tebal. Air tasik itu sangat jernih sehingga mereka boleh lihat pelbagai jenis ikan berenang-renang di dalamnya. Malangnya, mereka tidak boleh lagi melihat gua berbintang itu. Ianya telah dilindungi oleh pasir-pasir tasik itu
"Patutlah tempat itu tersembunyi" kata Lynna "Selama ini, ianya duduk di bawah tasik ini sahaja tapi bagus juga tempat tu tersembunyi. Kalau tidak, mesti tak jadi misteri dah.. hehehe.. ianya sesuatu untuk seseorang yang suka mengembara seperti aku"
"Lepas ni kau nak cari apa pula?"
"Hmmm.. pedang Excalibur?" Mata Lynna terus bersinar-sinar "Menurut buku yang aku baca, pedang itu wujud cuma ianya telah disembunyikan oleh sahabat King Arthur"
"Cari pedang pulak lepas ni"
"Yup! Tapi bukan dekat sini.. ianya dekat luar dunia sana, dunia realiti kita" kata Lynna lagi "Kau nak join aku sekali ke?"
"Boleh juga" Kaizo duduk bersila di tepi tasik itu "Mungkin ada perkara yang menarik aku akan jumpa nanti"
"Hehehe.. aku kalau boleh, aku ingin menjadi seorang pencarian harta karun yang terkenal di dunia! Mesti seronok!"
"Sukalah kau" Kaizo tergelak kecil
"Tapi.. cari harta karun ni bukan sesuatu yang mudah. Kena banyak pengetahuan yang kita perlu ada.." Lynna tetap tersenyum walaupun hati dia kecewa sedikit "Tapi aku tak kisah pun.. kerana setiap hari adalah satu pengembaraan baru untuk aku"
"Hmm.. asalkan kau bahagia"
"Terima kasih" kata Lynna. Dia cecahkan kakinya ke dalam air tasik itu. Kaki dia hanya merasai pasir-pasir lembut di dasar tasik tersebut "Tasik ini betul-betul melindungi gua berbintang itu.. kalau nak pergi lagi sekali pun, terpaksalah ulang semula.. hehehe.. tapi aku rasa seronok dapat menerokai tempat baru yang menakjubkan" Dia alihkan pandangan dia ke arah Kaizo. Dia ternampak sesuatu yang melekat pada rambut Kaizo "Ada sebutir bintang di rambut kau"
"Hah?" Kaizo melihat jari jemari Lynna mengambil bintang kecil itu yang melekat pada rambutnya
"Cuba kau hajat" kata Lynna sambil berikan bintang bercahaya itu kepada Kaizo
"Boleh ke bintang ni tunaikan hajat aku?"
"Entah" balas Lynna "Tapi orang selalu kata, kalau jumpa a shooting star, don't forget to make a wish. Walaupun ini bukanlah shooting star tapi tak salahkan kalau kau cuba buat hajat"
"Hmm.. apa yang aku inginkan sekarang ini, untuk bertemu dengan ibu bapa aku tapi.." Kaizo melihat bintang berkelipan di hujung jari telunjuknya "Aku tak nak pentingkan diri aku sahaja. Aku mahu hadiahkan kepada adik aku. Biarlah dia dapat bertemu dengan mereka semula. Aku tahu dia merindui mereka, sama seperti aku tapi aku ingin berikan keutamaan ini kepada adik aku. Semasa hari kantin hari tu, aku tidak hadir dan biarkan dia rasa keseorangan kerana kawan-kawan dia yang lain datang dengan keluarga mereka. Faye pun jemput ibu bapa dia sekali. Jadi, kali ini biarlah dia dapat merasai kebahagiaan itu"
"Kau memang seorang abang yang baik, Kaizo" Hati Lynna tersentuh dengan sifat penyayang Kaizo "Adik kau mesti teruja dan terkejut nanti"
"Biarlah dia teruja" Kaizo meniup bintang kecil itu. Ianya terbang terus ke udara dan akhirnya ke angkasa "Samada hajat aku tercapai ataupun tidak, aku hanya mahu melihat adik aku melepaskan kerinduan dia kepada ibu dan ayah. Marilah kita pulang. Aku rasa rimas pula dengan baju basah ni"
Lynna tergelak sedikit sambil melihat Kaizo
"Jom"
Lynna sentuh tangan Kaizo sedikit. Lalu dia menggunakan kuasa teleportasi dia untuk pulang ke istana
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang baring di atas rumput hijau untuk melihat keindahan bintang pada malam itu. Dia dan Rizu sudah berada di puncak bukit yang mempunyai tanah lapang. Rizu ada di sebelah Fang. Dia juga turut baringkan dirinya untuk menikmati bintang-bintang yang berjuta di langit gelap
"Bestnya" kata Rizu sambil makan kerepek pisang yang dibawa olehnya "Banyak betul bintang malam ni"
"Betul tu Rizu. Kalau kita lihat dari bandar, tak kan nampak bintang yang banyak macam ni sebab dekat bandar, cahaya terlampau terang sangat sehingga kita tak nampak bintang-bintang dekat langit"
"Abang Fang"
"Yea Rizu"
"Abang Fang teringat dekat siapa bila tengok bintang?" soal Rizu
"Hmm.." Mata Fang pejam seketika "Abang teringat dekat ibu dan ayah abang. Hari tu abang Kaizo bawa abang pulang ke planet asal abang tapi kita orang ke sana bukan nak menziarahi kubur mereka. Abang Kaizo nak bawa abang ke karnival. Lepas tu, keesokan harinya, baru abang Kaizo bawa abang kubur ibu dan ayah abang"
"Abang Fang rindukan mereka?"
"Yea Rizu. Abang sangat merindukan mereka" Fang terbayangkan wajah ibu dan ayahnya di langit gelap itu "Bila abang rindu, abang akan menonton video-video lama yang ayah abang simpankan. Kadang-kala, abang seperti ingin berborak dengan mereka tapi.. hati ni sedih sangat. Jadi abang diamkan diri sahaja"
"Kasihan abang Fang. Pizu pun kadang-kadang nak juga berborak dengan ayah Pizu" kata Rizu dengan nada yang lemah "Pizu nak ceritakan segala-galanya dekat ayah. Mesti ayah akan suka dengan cerita-cerita Pizu"
"Mestilah dia suka sebab Rizukan anak dia" Fang tersenyum lemah
"Abang Fang..." Rizu terduduk kerana dia nampak sesuatu yang berada di hadapan mereka berdua "Abang Fang.. tengok tu"
Fang bangunkan diri dia. Lidah dia terkelu seketika kerana apa yang dia nampak pada ketika itu, membuatkan hati dia menjerit gembira. Pada masa yang sama, dia sedih kerana kemunculan ibu dan ayahnya dalam keadaan roh sahaja. Mereka cuma hanya melambaikan kepada anak mereka sambil hadiahkan sebuah senyuman kepada Fang
"Ibu! Ayah!" Fang menangis kerana gembira "Walaupun adik tak dapat nak berborak dengan ibu dan ayah tapi hati adik, sangat gembira dapat berjumpa dengan ibu dan ayah semula"
Ibu Fang mendepakan kedua-dua tangannya untuk menyambut anaknya. Lalu Fang berlari ke arah roh ibunya. Fang tidak dapat memeluk ibunya tetapi dia dapat merasai kehangatan pelukan ibunya. Sedikit demi sedikit, roh ibu dan ayah Fang melayangkan ke udara dan berubah menjadi dua butir bintang yang bersinar di angkasa
--------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top