Bersatu

Ketika dua orang gadis sedang melarikan diri daripada dikejar oleh Trez, mereka termasuk ke dalam perangkap sendiri. Di hadapan mereka adalah jalan mati. Yaya dan Faye pandang satu sama lain. Hanya gincu berlaser sahaja menjadi senjata mereka. Itu sahaja yang mereka ada untuk mempertahankan diri mereka daripada Trez

"Faye, kau potong dinding tu" kata Yaya

"Tapi.. kalau sebalik dinding tu ialah batu macam mana?"

"Takpe, kita harus cuba. Kalau kita tak cuba, kita tak tahu"

Faye angguk dan terus memotong dinding itu. Yaya kelihatan ketakutan ketika dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang sedang berjalan ke arah mereka. Dia akan cuba menghalang orang itu untuk memberikan masa kepada Faye. Dia tidak tahu samada mereka berjaga melepaskan diri ataupun tidak, sekurang-kurang dia sudah cuba. Lalu dia terfikirkan tentang Boboiboy dan Fang, adakah mereka berjaya melarikan diri dari sini?

"Itu pun korang berdua"

Suara Trez membuatkan Yaya berundur kebelakang. Faye masih lagi memotong dinding itu. Tangan dia bergetar-getar dan dia mula hilang tumpuan kerana takut. Muncul seorang gadis berwarna Jenny di sebelah Trez. Dia tersenyum sinis sambil menghalakan sepucuk pistol kecil ke arah dua orang gadis itu

"Kamu berdua, memang menjengkelkan" kata Jenny "Baik kamu hentikan kerja sia-sia kamu dan serahkan diri kamu kepada kami"

"TAK!" jerit Yaya "Kami tetap akan lawan!"

"Yaya.." Faye berhenti memotong dinding besi itu. Lalu dia terduduk kerana sudah putus asa "Kita sudah tiada pilihan, Yaya"

"Faye!" Yaya menoleh kebelakang

Lalu Jenny menembak kedua orang gadis itu tetapi tembakan dia terkena dinding besi tersebut. Satu letupan kecil berlaku dan mengakibatkan Yaya dan Faye mula hilang sedar setelah dinding itu runtuh dan terkena mereka

"Trez, bawa mereka ke bilik penjara" kata Jenny dengan nada yang agak marah "Aku perlu ajar si Emmy tu kerana menipu tentang kawan-kawan dia sorok di dalam makmal dan biarkan mereka terlepas. Dia ingat aku tak tahu! Tapi tidak mengapa, biarkan mereka lari.. asalkan Rizu ada bersama mereka"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Munculnya 2 orang manusia dan 3 alien di sebuah pulau rahsia yang tiada siapa tahu tentang kewujudan pulau itu. Mereka adalah Boboiboy, Fang, Idoli, Rizu dan seekor makhluk hijau yang bernama Picu. Fang terpaksa mendukung Rizu yang sedang tidur itu. Hati dia masih membara dengan api kemarahan. Dia akan pastikan musuh-musuh dia akan terima akibatnya. Sebelum ini, dia sudah berjanji untuk memastikan keselamatan Rizu terjaga. Dia tidak mahu melihat Rizu menjadi alat permainan musuh-musuh dia lagi

"Itu ke akademi MATA?" soal Idoli sambil perhatikan sebuah bangunan serba putih di hadapan matanya

"Rasanya" kata Boboiboy "Jom kita masuk"

Sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk ke dalam pekarangan akademi itu, mereka terkejut apabila bunyi alat pengera dilaungkan bersama dengan kemunculan robot-robot droid dan juga drone menghalakan tembakan laser ke arah mereka

"LARI!" jerit Boboiboy sambil melindungi Idoli dari terkena tembakan itu

Boboiboy mendukung Idoli dan bergegas ke arah tangga di bangunan akademi itu. Fang tundukkan dirinya sambil melindungi Rizu di dalam dukungan dia. Picu melompat dan melekatkan dirinya di permukaan jaket belakang Fang. Tiba-tiba datang seseorang dengan sebilah pedang. Kapten Kaizo munculkan diri bersama dengan pedang tenaganya. Dia melompat dan mencantas setiap robot droid-droid. Dia menggunakan tolakan tenaga untuk menolak drone-drone tersebut. Semasa Kaizo menghapuskan setiap robot-robot dan juga drone, jeneral Rama yang berada di dalam bilik operasi, dia terkejut dengan bunyi alat pengera tadi

"Apa yang terjadi dekat luar tu? Siapa yang berani masuk ke dalam akademi ini? Bakar! PERGI LIHAT APA YANG TELAH TERJADI"

"Err.. jeneral" Bakar melihat skrin kecil di komputer. Lalu dia tersengih "Kapten Kaizo tengah hapuskan droid-droid kita"

"APA? KENAPA DIA BUAT BEGITU!"

"Sebab adik dia sudah tiba di sini" muncul Rizwan di belakang Bakar "Nampaknya adik dia telah berjaya melarikan diri dari pangkalan musuh kita"

"Aduh.. kenapa dia pergi musnahkan robot-robot kita. Buat masalah betul!" Jeneral Rama memicit kepalanya sedikit dan lalu berkata "Bakar! Kamu pergi tenangkan Kapten Kaizo tu sebelum dia musnahkan kesemua robot kita"

"Baik jeneral"

Bakar lari keluar dari bilik operasi. Muka dia agak cemas dan takut jikalau Kaizo ada rosakkan kesemua droid-droid MATA. Bukannya senang ataupun murah nak dapatkan satu robot. Dia sudah berada di luar bangunan dan agak terkejut melihat kesemua droid-droid sudah hancur dibelasah oleh Kaizo. Dia juga terkejut dan rasa hairan apabila dia ternampak Kaizo duduk bersila di atas tangga sambil menikmati air teh hijau

"Aik, dah tenang dah?"

"Hehehe.. maaf sebab tadi Kaizo pergi hancurkan kesemua robot yang ada dekat sini" kata Lynna yang ada di situ "Lagipun, dia buat begitu kerana dia ingin melindungi adiknya daripada terkena tembakan dari robot-robot itu"

"Ohhh.. takpe, tapi.. macam mana dia boleh tenang terus?" Bakar garu-garu kepalanya

"Itu sebab saya berikan air teh hijau kepada dia. Air teh hijau dapat tenangkan Kaizo" jelas Lynna

"Boleh pulak begitu" Bakar gelengkan kepalanya "Jadi, dia memang betul-betul dah tenanglah tu?"

"Ha ah, dia sudah pun tenang" Lynna memandang Kaizo dengan sebuah senyuman "Tapi jangan sesekali bagi dia air kopi. Dia boleh jadi gila. Bukan sikit tapi banyak. Sesiapa yang ada dekat depan mata dia, mesti dia nak berlawan tapi kalau dia termakan buah durian, dia terus jadi emosi"

"Pelik juga si Kapten Kaizo ni" Lalu Bakar melihat Lynna dengan satu senyuman nakal "Tapi cik Lynna, jikalau saya bagi gula-gula dekat cik Lynna, mesti cik Lynna akan menjadi bertambah manis"

"Ehem! ejen Bakar nak buat abang saya mengamuk ke?"

Mata Bakar melirik ke arah kanan dia. Fang ada di situ dengan muka marahnya. Dia masih lagi mendukung Rizu dan di sebelah kanan dia pula, Boboiboy sedang mendukung Idoli yang sedang menggigil ketakutan kerana tembakan dari droid-droid MATA tadi. Mereka berdua kelihatan penat tetapi masih ada lagi tenaga

"Kenapa dengan kawan kamu ni?" soal Bakar

"Adik angkat saya, dia macam kena sesuatu.. si Jenny tu buat macam ikut cakap dia" balas Fang dengan nada kerisauannya "Ejen Bakar boleh tak pulihkan dia? Saya mahu adik angkat saya semula"

"Isk, tak boleh jadi ni" Bakar mengambil Rizu dari dukungan Fang tadi "Takpe, uncle akan bawa dia ke tempat yang selamat. Uruskan segalanya kepada kami. Kamu berdua, boleh pergi berehat. Kawan kamu si Gopal dan Ying ada dekat dalam. Lynna boleh bawakan kamu berdua dan Kapten Kaizo pula.."

Mereka memandang Kaizo yang sedang menghirup teh hijaunya

"Nanti dia masuk tidurlah tu" kata Bakar "Rasanya, Boboiboy boleh kongsi bilik dengan Gopal. Tak tahulah kalau dia sudah tidur ke belum. Nanti Lynna akan tunjukkan bilik dia. Fang pula, boleh kongsi bilik dengan abang dia dan yang si kecil ni.."

"IDOLI! ADIK KU!"

"ABANG!"

Idoli melompat keluar dari dukungan Boboiboy. Dia berlari ke arah abangnya. Adik beradik itu bersatu semula. Laksaman Tarung mengangkat adiknya dan lalu dia memeluk adiknya yang kecil. Begitu mesra sekali pelukan mereka. Idoli mengeselkan pipi dia di pipi abangnya

"ABANG! ADIK SUDAH PULANG!" Fang pula ingin bermesra dengan abangnya

"Yea, selamat pulang" kata Kaizo. Lalu dia menghirup air teh hijaunya

"Abang tak gembira ke adik ada dekat sini?"

"Suka tapi.." Kaizo menghirup teh hijaunya seketika dan lalu berkata "Aku tengah minum air teh hijau ni. Jangan kacau"

"Cheh, tak guna punya abang" Fang bersilang tangan sambil membuat muka masam "Abang ni! Langsung tak tanya adik ok ke tak! Merajuklah adik!"

"Merajuklah.. ada aku kisah" kata Kaizo dengan suara yang tenang

"ABANG!"

"Err.. uncle pergi dulu yea" Bakar terus melarikan diri kerana tidak mahu melihat pergaduhan adik beradik alien itu. Lagipun dia perlu uruskan Rizu yang masih lagi tidur itu

Boboiboy mengeluh seketika. Fang mula mengamuk kerana abang dia tidak layan. Lynna pula, dia membawa Boboiboy ke bilik Gopal sambil menoleh kebelakang untuk melihat adik beradik alien itu. Kaizo mula bangunkan diri dan pergaduhan di antara dia dan adiknya itu, akan bermula dalam masa beberapa saat sahaja nanti

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pintu bilik Gopal dibuka. Mata-mata yang berada di dalam bilik itu terus menoleh ke arah pintu untuk melihat siapa yang datang. Wajah Gopal berubah menjadi ceria apabila kawan baik dia melangkah masuk ke dalam bilik asrama itu

"BOBOIBOY!" Gopal bangun dari tempat duduknya dan terus memeluk Boboiboy "Macam mana kau boleh larikan diri dari tempat musuh?"

"Hmm... nanti aku cerita" Boboiboy gembira dapat berjumpa dengan Gopal tetapi jauh dihati dia, rasa sedikit sedih kerana Yaya, Faye dan Emmy masih terperangkap di tempat musuh "Kau tengah buat apa tu?"

"Hehehe.. aku tengah main game dengan kawan baru aku" kata Gopal "Mari aku memperkenalkan Khai, Zass dan Chris"

Khai yang memakai cermin mata, melambai-lambai ke arah Boboiboy. Zass pula, dia hanya berikan senyuman sahaja sambil memegang alat controller video game. Chris dengan pakaian tidurnya dan rambut dia terpacak ke atas, ala-ala jambul

"Hai semua" kata Boboiboy "Nama saya Boboiboy. Salam berkenalan semua"

"Aku Khai" kata Khai dengan senyuman mesranya "Ini pula, robot R-O aku"

"Wah! Comelnya robot ni" Boboiboy teruja melihat robot merah itu. Robot itu bagaikan haiwan peliharaan Khai "Eh.. mana Ali? Dia tak join main video game dengan korang ke?"

"Tak" jawab Gopal "Dia kena balik rumah"

"Ha ah, lagipun dia tak boleh duduk dekat sini sebab ayah dia tak tahu tentang diri dia sebagai seorang ejen" jelas Khai "Semalam dia jalankan misi pun, itu pun dia cakap dekat ayah dia.. yang dia ikut uncle dia pergi jalan-jalan. Padahal dia tengah jalankan misi dekat pulau korang"

"Ohh.. korang pula? Ibu bapa korang tahulah tentang diri korang sebagai seorang diri?"

"Tahu! Ayah aku tahu tentang aku sebagai ejen dan aku tidak akan menghampakan dia" kata Khai "Macam mana kau boleh larikan diri dari tempat musuh kita orang tu?"

"Hmm.." Boboiboy keluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya "Kawan aku, robot dia yang selamatkan kita orang" Dia rasa sedih mengenang nasib Faye, Yaya dan juga Emmy "Sebenarnya, cuma aku, Fang, Idoli dan Rizu sahaja yang berjaya keluar. Kawan perempuan kita orang yang masih terperangkap dekat sana. Aku tak senang hatilah sebab kawan-kawan kita yang lain"

"Jangan susah hati, kami di sini sebagai ejen.. akan menolong korang untuk selamatkan kawan-kawan korang"

Zass dan Chris angguk kepala mereka sebagai tanda setuju dengan kata-kata Khai tadi. Kesedihan Boboiboy reda sedikit dan dia berikan senyuman lemah kepada ketiga-tiga ejen muda itu

"Terima kasih, korang" balas Boboiboy "Walaupun jam kuasa aku takde, tapi aku akan tetap bantu korang semampu mana yang aku boleh. Kita sebagai superhero dan juga ejen, kita kenalah berjuang dan tidak akan berputus asa!"

"Ambo setuju" kata Chris

"Tapi sebelum kita berjuang tu, kau pergilah berehat dulu" Gopal menepuk bahu Boboiboy "Aku nak main game dengan kawan-kawan baru aku ni. Seronok wooo duduk sini! Ada sorang ejen tu, nama dia Bulat. Dia pun suka makan, macam aku tapi dia tu genius! Boleh reka cipta macam-macam dengan gajet bulat dia. Yang Zass ni, dia tak cakap tapi dia ni cool! Jalan pun laju macam Ying. Siang tadi, dia orang berdua lumba lari dekat tempat latihan arena dia orang. Memang seronoklah tengok dia orang berlumba"

"Siapa menang?"

"Seri. Dua-dua sama handal, sama pantas" jawab Gopal kepada kawan baiknya dengan nada bosan "Yang Khai ni pula, dia ada robot comel. Dia pandai dalam hack-hack komputer. Yang tu pula Chris, dia tu pandai main keris. Memang dasyat"

"Wah! Memang bestnya korang semua" Boboiboy tersenyum bangga melihat kawan-kawan baru Gopal "Lagi lagi! Aku nak dengar lagi tentang dia orang"

"Lepas tu, ada seorang ejen ni.. nama dia Rudy. Dia tu macam ala-ala si Fang lah. Rambut pun boleh dikatakan macam landak"

"Dia tu pendiam tapi licik juga" jelas Khai "Dia selalunya serius tak macam kita orang, suka bergelak ketawa. Kita orang dekat sini ada bermacam-macam jenis perangai. Yang hyper aktif pun ada juga"

"Hehehe.. seronoknya dapat berkenalan dengan korang semua. Aku tak sabar nak jumpa yang lain"

"Aku pun tak sabar nak tengok kuasa dari jam kuasa kau" kata Khai lagi "Gopal ada tunjukkan kuasa dia. Boleh jadi sesuatu object kepada makanan. Bulat memang seronok tengok kuasa si Gopal ni. Aku dengar, kau boleh berpecah tujuh"

"Ha ah" Boboiboy garu-garu kepalanya dan rasa malu sedikit "Tapi maaflah aku tak dapat nak tunjukkan kuasa tu"

"Takpe, aku faham" Khai tersenyum manis

"Khai, ambo nak masuk tidur dulu. Hari sudah lewat ni"

Khai melihat jamnya. Memang sudah lewat. Ianya sudah hampir pukul 1 pagi

"Alamak, aku kena pergi tidur dulu. Nanti mentor marah pula kalau kita bangun lambat. Jumpa esok ok"

Zass hanya melambaikan tangan sahaja. Dia bersama dua kawan ejennya, menuju ke pintu bilik asrama untuk kembali ke bilik masing-masing. Boboiboy baringkan dirinya di atas katil sambil membelek-belek telefon bimbit milik Faye. Dia tidak dapat bayangkan jikalau kawan-kawan dia terseksa di sana. Gopal menutup video gamenya dan lalu berkata

"Kau ok ke?"

"Hmm.. tak sebenarnya" balas Boboiboy dengan nada yang lemah "Aku sebenarnya, nak aje pergi dekat sana balik dan selamatkan Faye, Yaya dan Emmy tapi.. aku tak mampu nak buat begitu seorang diri"

"Jadi, kau nak aku suruh ikut kau ke?"

"Takdelah.. itu ikut hati aku sahaja tapi kalau aku pergi pun, mesti abang Kaizo akan mengamuk" Boboiboy mengeluh sedikit

"Kau pun nampak penat. Baik kau pergi tidur. Esok bolehlah kau fikir secara rasional"

"Ok" kata Boboiboy. Lalu dia lelapkan matanya dan dia terdengar suara Gopal mengucapkan 'Selamat malam' kepada dia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang terbaring di atas katil bilik asrama dengan badan dia rasa sakit-sakit akibat diserang oleh abangnya sendiri. Fang tidak sedar dia terbaring di atas Picu. Sang alien hijau itu masih lagi melekat di belakang bajunya. Lalu alien hijau itu penyek seperti lempeng di atas cadar katil

"Abang, kenapa pergi belasah adik tadi?"

"Sebab kau buat bising. Jadi aku belasah kau untuk senyapkan kau daripada aku dengar bebelan kau tu"

"Cheh, macam tu pula" Fang berguling ke sebelah kanan katil. Picu masih lagi penyek di atas cadar katil itu "Abang ni, sesuka hati aje nak belasah adik. Macam tak sayang adik aje"

"Siapa cakap aku tak sayang kau?"

"Err.. adik yang cakap" Fang tersengih sedikit. Kaizo mula melirikan matanya ke arah adiknya "Hehehe... jangan marah yea abang"

"Kau ni.. memang sengaja nak cari masalah dengan aku" Kaizo membuka jaket birunya "Sebenarnya.. aku sangat lega bila kau ada di sini. Semasa aku dapat tahu kau kena culik dengan mereka, aku terus jalankan siasatan dan mencari kau sampai dapat tapi akhirnya, kau dapat juga melarikan diri kau dari tempat musuh kita"

"Tapi..." Fang dudukkan dirinya "Kawan-kawan adik yang lain masih terperangkap dekat sana. Itu pun sebab Faye berikan Stylobot dekat kita orang. Dia suruh kami gunakan Stylobot untuk lari dari sini dan terus ke sini"

"Nanti kita akan sama-sama pergi selamatkan mereka" Kaizo duduk di atas katil satu lagi bersebelah dengan katil adiknya. Di dalam bilik itu ada dua katil tunggal. Satu untuk Kaizo dan satu lagi untuk Fang "Tapi aku rasa, lebih baik kau duduk sahaja di sini, demi keselamatan kau"

"Tapi adik nak ikut!"

"Tak payah!" Nada suara Kaizo agak tinggi pada ketika itu "Kalau terjadi apa-apa dekat kau nanti, macam mana? Lagipun kau baru sahaja lari dari tempat tu. Tak kan kau nak pergi balik. Lebih baik kau duduk di sini. Biar kami sahaja yang uruskannya"

"Hmm.. yelah" Di dalam hati Fang, dia akan cari jalan untuk ikut abangnya nanti "Adik tahu, yang abang tak tengok adik cedera kan?"

"Betul tu" Kaizo tenung mata adiknya seketika "Lagipun abang sudah berjanji dengan ibu yang abang akan menjaga kau dengan baik. Kau satu-satunya adik aku. Abang dan adik selamanya"

"Selamanya" Fang tersenyum lemah dengan kepalanya tertunduk sedikit "Terima kasih kerana selalu risaukan tentang keselamatan adik"

"Dan maafkan aku kerana dulu, aku lupa hendak menjaga kau dengan baik. Aku abaikan kau sehingga keselamatan kau juga terabai"

"Takpe abang, itu semua sudah lepas" Fang bangun dan terus peluk abangnya "Kita semua buat kesilapan. Dari kesilapan itu juga, kita akan belajar"

"Yea, abang belajar dari kesilapan abang yang dulu" Kaizo membalas pelukan adiknya. Kali ini, dia memang adiknya dengan begitu erat "Aku janji, aku tidak akan abaikan kau seperti dulu"

"Tapi.." Fang berundur kebelakang untuk melihat wajah abangnya "Abang lepas ni nak tinggalkan bumi.. abang nak bawa adik sekali ke?"

"Kau nak kekal tinggal di sini, abang tidak akan bantah. Abang akan menghubungi kau bila aku ada masa tapi kalau abang tiada menghubungi kau, aku harap kau faham kerana aku terpaksa jalankan misi secara rahsia"

"Adik faham abang tapi.. kak Lynna? Abang nak tinggalkan dia tanpa beritahu dia ke? Tak kan takde langsung penjelasan dari abang"

Kaizo terus diamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana dia hendak katakan kepada Lynna nanti. Lalu dia terus baring kepalanya di atas bantal dan lelapkan matanya

"Hari sudah lewat. Baik kau pergi tidur dan rehatkan diri kau. Selamat malam" ucap Kaizo

Fang pasti, abang dia akan pergi tanpa memberitahu Lynna. Mungkin abang dia ada rancangan lain? fikir Fang. Lalu dia kembali baring di atas katilnya. Picu masih lagi melekat di atas cadar katil itu. Dia mula kembali menjadi keadaan asalnya. Picu melompat keluar dari katil itu dan melompat masuk ke dalam katil Kaizo. Entah kenapa, pada malam itu, Picu tidur di sebelah kepala Kaizo

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang Fang?"

Tangan Rizu bergelut untuk lepaskan tangan dia keluar dari gari besi. Kedua-dua tangan dia digari pada lengan kerusi. Mata dia ditutup rapi supaya dia tidak boleh melihat keadaan di sekelilingnya

"Abang Fang! Kenapa gelap? Siapa tutup mata Pizu?" Suara bergetar-getar sedikit kerana takut "Abang Fang! Abang Fang! Abang Fang mana? Pizu nak abang Fang!"

Dia menangis di dalam kegelapan itu. Fang berada di luar bilik itu hanya mampu melihat adik angkatnya diikat begitu pada tingkap bilik tersebut. Mata dia mula berkaca. Dia tidak sanggup melihat Rizu dalam keadaan begitu. Lalu pusingkan dirinya dan berdiam diri sambil menahan dirinya daripada menangis. Kaizo pegang bahu Fang sedikit

"Pang, aku tahu ini agak sukar bagi kau tapi.. kita tidak boleh biarkan dia lihat dimana dia berada sekarang"

"Tapi kita sudah musnahkan alat pengesan tu!" kata Fang dengan nada marah

"Yea, aku tahu kau sudah musnahkan tetapi kita harus mengambil langkah berjaga-jaga" kata Rizwan sambil memegang lolipopnya "Alat itu sudah diberikan kepada Ejen Geetha. Ianya memang musnah teruk dan tiada alat lain untuk mengesan dimana kita berada"

"Jadi.. maknanya, kita selamat lagi dekat sini" soal Boboiboy

"Yea, masih selamat lagi tetapi itu tidak bermakna kita semua boleh duduk dengan senang. Apa-apa sahaja boleh terjadi dan kita semua harus bersiap sedia untuk menghadapinya" balas Rizwan

"Bagaimana dengan Rizu? Adakah kamu semua boleh pulihkan dia?"

"Mungkin boleh" balas Rizwan kepada Lynna "Apa yang tahu sekarang ini, pemikiran Rizu telah di cuci oleh oleh musuh kita. Kata erti lain, dia telah di brainwash"

"Rizu di brainwash oleh mereka?" bisik Fang. Dia pusing balik untuk melihat adik angkatnya "Kak Lynna! Kak Lynna ada kuasa tu kan.. untuk pulihkan ingatan dia! Supaya dia tidak berpihak kepada musuh"

"Hmm... mungkin boleh" Lynna bersilang tangan sambil perhatikan Rizu yang masih lagi bergelut di kerusinya "Tapi.." Dia rasa tidak sedap hati pula

"Kenapa? Kau ada masalah ke? Kuasa kau terganggu lagi ke?" Begitu prihatin sekali Kaizo kepada Lynna "Jangan cakap, kuasa kau ada masalah"

"Bukan begitu Kaizo. Aku rasa macam ada sesuatu tak kena"

Kaizo dan Rizwan pandang satu sama lain. Adakah ini cuma perasaan Lynna sahaja? Atau dia dapat merasakan sesuatu

"Abang Fang! Pizu takut!" Rizu goncang-goncangkan badannya sehingga kerusi itu bergoyang sedikit "ABANG FANG! SELAMATKAN PIZU!"

Fang tidak sanggup lagi mendengar jeritan dari adik angkatnya. Dia tutup kedua-dua telinganya dengan tapak tangannya. Boboiboy menggenggamkan kedua-dua tangannya. Dia kalau boleh, dia mahu lepaskan Rizu dari kerusi itu tetapi apakah dayanya, jika dia buat begitu, sudah tentu dia akan dimarahi oleh mereka. Pintu bilik itu terbuka ke atas. Jeneral Rama masuk ke dalam bilik itu dengan kedua-dua tangannya kebelakang. Dia bukannya berada di situ sebenarnya, dia hanyalah hologram sahaja. Di belakang dia pula ialah ejen Karya

"Ini ke budak kecik tu?" soal jeneral

"Yea jeneral" kata Rizwan "Kami sedang cari jalan untuk betulkan balik pemikiran dia"

"Cepat selesaikan. Saya tidak mahu dia tahu tentang semua maklumat yang ada di akademi ini"

"Kalau begitu, biar saya cuba gunakan kuasa saya" kata Lynna sambil berjalan ke arah pintu untuk masuk ke dalam bilik pertahanan Rizu

Mereka perhatikan Lynna berdiri di hadapan Rizu. Lalu dia membongkokkan dirinya sendiri. Tangan kanan dia naik ke atas sedikit demi sedikit sehingga jari-jemari dia sentuh tepi dahi kepala Rizu. Dia pejamkan matanya dan lalu dia dapat melihat apa yang berlaku ke atas diri Rizu. Diri dia bagaikan sendiri berjalan di dalam sebuah video yang dimainkan semula. Dia melihat Rizu masuk ke dalam sebuah bilik. Di dalam bilik itu hanya ada sebuah katil dan sebuah television berskrin besar. Seorang wanita berambut pendek menutup pintu itu dan tinggalkan Rizu keseorangan di dalam bilik itu. Di dalam bilik tersebut, terdapat sebuah television besar yang melekat pada dinding bilik itu. Rizu duduk bersila sambil memeluk lutut kakinya. Dia kelihatan takut. Beberapa saat kemudian, television itu terbuka sendiri. Sebuah rancangan kartun dimainkan pada television tersebut. Sedikit demi sedikit, Rizu menonton rancangan kartun tersebut tetapi ada sesuatu yang membuat Lynna terdengar. Satu suara yang halus keluar dari television tersebut. Suara itu seperti memanggil-manggil nama Rizu. Lynna tidak begitu dengar apa yang suara itu cuba katakan. Mata Lynna melirik ke arah Rizu. Dia terkejut melihat Rizu sudah berdiri tegak di hadapan television itu dan ekspresi wajahnya hanyalah kosong. Mata Rizu tidak berkelip langsung. Tiba-tiba wanita tadi muncul semula dan bayangan Lynna berhenti di situ. Dia sudah kembali ke dunia realiti. Kaki Lynna berundur sedikit. Mulut dia terbuka sedikit

"Siapa tu?" soal Rizu "Abang Fang ke?"

"Rizu?"

"Kak Lynna ke tu?" Suara Rizu sedikit ceria "Kak Lynna! Selamatkan Pizu!"

"Yea, akak nak selamatkan Rizu" Jari jemari Lynna membuka ikatan besi di mata Rizu secara perlahan "Jangan menangis, Rizu. Akak ada dekat sini. Sedikit sahaja lagi, Rizu akan pulih"

Rizu tersenyum apabila dia boleh melihat dan paling penting sekali, dia tersenyum lebar kerana Lynna ada di hadapannya. Lynna cuba untuk menyentuk dahi Rizu tetapi, dia mula perasan. Senyuman Rizu yang manis itu tadi berubah menjadi senyuman sinis. Pada matanya, tiba-tiba munculnya sejenis cermin mata. Lalu cermin mata itu bernyala. Ianya mengeluarkan sebuah pancaran laser berwarna putih. Lynna hanya sempat bersilang tangan di hadapan mukannya untuk melindungi dirinya dengan kuasa pelindung dia. Pancaran laser itu menolak Lynna kebelakang dan terpelanting ke arah tingkap berkaca itu. Dia tercampak keluar dari tingkap tersebut. Fang sempat berguling ke arah bertentangan. Boboiboy tercampak sedikit bersama dengan serpihan-serpihan kaca tingkap itu. Manakala Kaizo pula, dia melindungi diri dia di sebalik dinding tenaga. Karya dan Rizwan sempat mengelakkan diri mereka. Hologram jeneral terus terpadam sebaik sahaja Lynna tercampak keluar

"LYNNA!" jerit Kaizo

Rizu mengambil kesempatan itu dengan menembak lasernya pada gari besi di kedua-dua tangannya. Lalu dia melarikan diri dari sini. Rizwan menghubungi ejen-ejen lain. Karya mengejar Rizu yang sudah lari keluar dari bilik itu

"Kenapa Rizwan? Apa yang terjadi?" soal Leon pada alat hubungan

"Budak itu sudah larikan diri"

"Apa? Kenapa boleh jadi begitu? Cepat cari dia dan tangkap budak itu sebelum dia terlepas dari akademi ini. Kita tidak mahu dia kembali ke pangkalan musuh kita. Kalau tidak, mereka akan tahu dimana akademi MATA nanti"

"Baik" kata Rizwan

Rizwan tamatkan talian itu. Dia bergegas keluar dari bilik itu untuk mencari dan tangkap Rizu. Fang bangun dari tempat dia mengelakkan diri dari serangan tadi. Hanya kecederaan ringan sahaja yang dia dapat. Lalu dia pergi menolong Boboiboy. Kaki dan tangan Boboiboy ada sedikit luka kerana terkena serpihan kaca tadi. Kaizo tidak mengalami kecederaan apa-apa

"Pang! Kau tak apa-apa?"

"Tak abang" balas Fang sambil bangunkan Boboiboy "Mana kak Lynna?"

Lynna ada di tepi dinding. Dia juga mengalami nasib yang sama seperti Boboiboy tetapi, dia cuma tidak sedarkan diri sahaja. Ada kesan darah di bahagian kepalanya. Kaizo terpaksa mengangkat sang gadis itu

"Pang, Boboiboy.. kau pergi tolong pergi untuk dapatkan Rizu. Aku perlu hantar Lynna ke bilik rawatan. Apa-apa hal, hubungi aku dengan segera"

Mereka angguk kepala dan bergegas keluar dari bilik itu. Walaupun badan Boboiboy penuh dengan kesan luka, tetapi dia tidak akan mengalah. Dia tetap akan menolong ejen Rizwan dan yang lain. Pada ketika itu, Rizu sudah menghampiri bahagian utama bangunan itu. Pintu keluar masuk sudah semakin hampir. Beberapa ejen muda yang berdiri di tingkat atas, terkejut melihat kehadiran Rizu. Mereka tidak pasti apa yang berlaku sehinggalah alat pengera dibunyikan. Mereka pandang satu sama lain. Tidak jauh dari belakang Rizu, adalah ejen Rizwan. Dia dengan pantasnya dapat mengejar Rizu. Di belakang dia pula adalah ejen Karya

"Apa yang terjadi tu?" soal Moon "Ada sesuatu yang menarik berlaku ke?"

"Nak kita tolong mereka ke?"

"Mana aku tahu, Iman" kata Moon "Mungkin kita hanya perlu menjadi penonton sahaja kot"

"ITU RIZU!" jerit Ying yang ada bersama mereka "Tapi kenapa dia kena kejar?"

"Dia buat jahat kot" kata Moon lagi "Rizu tu siapa? Dia budak nakal ke?"

"KAMU! TOLONG KAMI DAPATKAN DIA! JANGAN BAGI DIA KELUAR DARI KAWASAN AKADEMI INI!" arah ejen Leon yang ada di belakang mereka

Ejen-ejen muda itu terus bertindak. Iman dengan selendang kuningnya. Dia dari bahagian atas terus melompat ke bawah. Dia mendarat di hadapan Rizu. Lalu dia menghayunkan selendang kuningnya. Dia melemparkan tali dart yang ada di hujung selendang itu ke arah Rizu. Sang budak kecil itu bukanlah seseorang yang mahir di dalam lawan. Di hanya mampu berikan tembakan laser ke arah Iman. Dart itu terkena Rizu dan membuatkan dia tercampak sedikit. Lalu dia mengamuk dan berikan tembakan secara rawak. Bulat terpaksa baling bola-bola dia dalam kombinasi berlindung. Setiap bola yang terjatuh di atas lantai, sebuah dinding perisai akan terbentuk untuk melindungi para kawan ejennya

"Dari segi pertahanan dia, agak lemah" jelas Leon kepada Rizwan dan Karya "Tetapi, dari segi serangan dia, agak kuat. Moon, kamu cuba kelirukan dia dan Zass, apabila peluang sudah terbuka, kamu cuba cabutkan cermin mata itu dari dia"

Moon mendengar kata-kata arahan dari ejen Leon. Dia menggunakan sut holografik untuk menghasilkan beberapa holografik yang menyerupai dirinya. Mereka lari ke sana sini di sekeliling Rizu. Si budak kecil menjadi keliru. Setiap kali dia berikan tembakan laser pada cermin matanya, holografik Moon akan hilang serta merta. Zass lari ke sana ke mari untuk dapatkan cermin mata Rizu

"Zass.. biar aku tolong kau" kata Ying sambil tunjukkan jam kuasanya

"Tak boleh ke saya tembak dia sahaja?" kata soal Roza dengan senapang Raifal Inbainya

"Kita tidak mahu cederakan budak itu" amaran keras dari ejen Leon kepada ejen mudanya

"Bukan ke dia tu musuh kita?" soal Jet

"Bukan" jawab Leon kepada Jet "Dia telah diperalatkan oleh musuh kita. Ying, gunakan kebolehan kamu"

"Baik!" Ying bersiap sedia untuk gunakan kuasanya "KUASA PERLAHANKAN MASA!"

Rizu bergerak secara perlahan. Tembakan demi tembakan dia yang perlahan dapat dipatahkan oleh ejen Karya dengan pedang bercahaya dia. Zass mengambil peluang itu untuk membuka cermin mata Rizu. Dia pecut lari di hadapan Rizu dengan kelajuan sekilat pantas. Tangan dia mengambil cermin mata itu. Lalu Rizu menjadi cemas kerana diri di telah dikepung oleh ejen-ejen MATA dan juga kawan-kawan abang angkatnya. Fang ada bersama dengan mereka

"Rizu!" panggil Fang yang ada di situ "Rizu, jangan lari. Kita orang nak bantu Rizu!"

"Jangan bantu Pizu! Pizu harus laporkan kepada kakak Jenny!" kata Rizu dengan suara garang "Pizu akan cari jalan untuk lari dari sini"

"Rudy, ikat dia" arah Leon

Rudy menggunakan gajet dia iaitu peranti tanpa wayar untuk menggarikan kedua-dua tangan dan kaki Rizu. Selepas sahaja dia digari, Rizwan dan Leon pegang tangan kanan dan kiri dia

"Rizu, semuanya akan ok" kata Fang lagi untuk tenangkan adik angkatnya "Abang akan selamatkan Rizu"

"Tak nak! LEPASKAN PIZU! LEPASKAN PIZU! KAKAK JENNY! SELAMATKAN PIZU!"

Fang bagaikan hendak menangis di situ. Dia melihat adik angkatnya meracau seperti terkena rasuk dengan sesuatu. Boboiboy memegang bahu Fang supaya banyakkan bersabar. Dia juga tidak sanggup melihat Rizu berkelakuan begitu. Gopal kelihatan takut sedikit kerana melihat Rizu meracau-racau sambil memanggil nama Jenny. Ying menangis sambil di tepuk secara perlahan oleh Moon

"Kita nak buat apa dengan dia?" soal Jet

"Jangan risau, biar saya tenangkan dia" Ejen Karya berdiri di hadapan Rizu. Lalu dia membuka cermin mata hitamnya. Dia gunakan kanta matanya untuk memukau Rizu. Mata dia terus tenung mata Rizu "Sekarang, kamu berdiam diri dan ikut kami ke bilik rawatan"

Dalam sekelip mata sahaja, Rizu tidak meracau lagi. Mulut dia tertutup dan dia berkelakuan seperti orang tiada emosi. Laksamana Tarung muncul di situ bersama dengan adiknya, Idoli. Dia baru sahaja balik dari bersiar dengan adiknya. Wajah dia kelihatan garang pada ketika itu

"Biar aku bawa dia ke bilik rawatan" Laksamana Tarung angkat Rizu seperti dia mengangkat segulung karpet

"Hati-hati bawa dia, Laksamanan" kata Fang dengan nada prihatinnya "Rizu bukan budak jahat.. Rizu hanya dipergunakan oleh musuh kita sahaja"

"Sabar Fang, kita pasti dapat pulihkan dia" Boboiboy memicit bahu Fang sedikit "Mari kita ikut Laksamana ke bilik rawatan"

"Zass, bawa sekali cermin mata itu" arah Leon kepada ejen mudanya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di bilik rawatan akademi MATA, Geetha telah pun siap jahit kesan luka di bahagian kepala Lynna. Mata, tangan dan badan Lynna mula bergerak sedikit di atas katil bilik rawatan tersebut. Lynna dapat rasakan kesakitan di bahgian kepalanya. Dia mengangkat tangannya untuk menyentuh bahagian kesakitan dia

"Jangan bergerak Lynna" kata Geetha

"Saya.. saya dimana sekarang ni?" Lynna membuka matanya sedikit demi sedikit. Apabila mata dia terbuka sepenuhnya, orang pertama yang dia nampak adalah Kaizo

"Lynna, kau sekarang berada di bilik rawatan" jelas Kaizo

"Bilik rawatan?" Lynna bangunkan diri dia sedikit demi sedikit. Dia ubahkan posisi baring dia kepada duduk "Mana Rizu?"

"Yang lain pergi dapatkan dia"

"Lynna berehat sahaja di sini" kata Geetha dengan senyuman manisnya "Apa yang Kaizo ceritakan kepada saya, serangan tadi agak kuat. Gajet yang dia gunakan mungkin salah satu ciptaan dari mereka. Kumpulan mereka mempunyai anggota-anggota yang sangat bijak dalam ciptaan gajet canggih. Seperti sebelum ini, mereka dapat mencipta IRIS yang sama seperti Ali"

"Kita perlu hentikan mereka sebelum mereka dapat mengenalpasti koordinat kedudukan akademi ini dan juga HQ MATA" Nada Kaizo berubah menjadi serius "Bukan akademi dan HQ sahaja, malah kita harus dapatkan balik jam kuasa adik aku dan juga kawan-kawan dia. Jikalau mereka berjaya mencipta jam kuasa yang baru, habislah kita semua"

"Itu yang aku takutkan, Kaizo" Lynna memicit kepalanya sedikit "Kuasa aku sahaja tidak mampu untuk hentikan rancangan mereka. Kita semua harus bergabung untuk hentikan mereka. Ejen, superhero dan juga aku.. boleh mengatasi mereka. Kita bergabung kuasa dan tumpaskan mereka"

"Ya.. itu yang kami mahukan" muncul hologram jeneral Rama di tengah-tengah bilik rawatan itu "Kita tidak mahu mereka musnahkan MATA. Walaupun Uno sudah tiada, mereka tetap akan jalankan misi Uno sehingga maklamat mereka tercapai. Jikalau MATA dapat dimusnahkan oleh mereka, Cyberaya akan terancam dengan serangan dari luar ataupun dari dalam. Jadi, kita sama-sama tumpaskan rancangan mereka. Kita harus tangkap mereka"

"Dan aku bersedia untuk menolong MATA" kata Kaizo

"Saya juga, tuan jeneral" kata Lynna pula

Pintu bilik rawatan itu terbuka. Kaizo, Lynna dan Geetha terus alihkan pandangan mereka ke muka pintu. Laksamana Tarung masuk ke dalam bilik rawatan itu dengan tangan sebelah dia memeluk Rizu yang sudah digari. Di belakang dia, diikuti oleh ejen-ejen muda, ahli pasukan superhero, Idoli dan juga mentor-mentor MATA

"Sudah dapat budak itu?"

"Sudah jeneral" kata Karya "Kami juga sudah dapatkan cermin mata dia"

"Bagus" Jeneral Rama berpuas hati pada ketika itu "Geetha, buat analisis tentang cermin mata itu. Pastikan, tiada alat pengesan untuk mengetahui kedudukan kita dimana"

Zass serahkan cermin mata tersebut kepada Geetha. Laksamana Tarung baringkan Rizu di atas katil. Gari pada kaki dan tangan dia sudah dibuka oleh Rudy. Geetha berunsur keluar dari bilik itu untuk memeriksa cermin mata tersebut

"Apa kita harus buat dengan budak ni?" tanya Jeneral Rama

"Biar saya cuba lagi" Lynna turunkan kaki dia dari katil. Badan dia terasa sakit tetapi dia tetap bangunkan diri dan keluar dari katil tersebut "Saya akan cuba pulihkan dia"

"Kak Lynna ok ke?"

"Akak ok sahaja, Fang" balas Lynna sambil berjalan ke arah katil Rizu "

Mata Rizu masih terbuka luas. Dia hanya memandang siling bilik itu sahaja seperti dia tidak berfikir apa. Karya meminta Rizwan dan juga Laksamana Tarung untuk pegang kiri dan kanan Rizu. Sesudah sahaja tangan Rizu dipegang oleh kedua orang itu, Karya terus memetik jarinya. Rizu tersedar dari pukauan Karya tadi. Mata dia terkebil-kebil sambil melihat sekelilingnya. Lalu dia sambung bergelut untuk lepaskan diri dari pegangan Rizwan dan Laksamana Tarung

"Rizu.." panggil Lynna

"Lepaskan Pizu! Kak Lynna selamatkan Pizu! Pizu kena jumpa kakak Jenny! Pizu ada maklumat dekat dia!"

"Maaf Rizu, akak tidak boleh buat begitu" tapak tangan Lynna semakin dengan kepala Rizu "Maafkan akak kerana terpaksa lakukan ini"

Rizu menjerit apabila Lynna gunakan kuasanya untuk hilangkan segala pemikiran jahat yang terkubur di dalam fikirkan Rizu. Tangan kiri Lynna tiba-tiba di genggam oleh Kaizo. Sang kapten itu hanya mahukan berikan lebih kuasa kepada Lynna dari kristal gabungan mereka berdua. Fang memusing kebelakang. Dia tidak mahu lihat tetapi jeritan Rizu membuatkan hati dia rasa perit. Boboiboy memicit bahu Fang dengan perasaan sedih. Ramai yang tidak sanggup lihat sebenarnya, terutama sekali, Idoli. Ada yang terus keluar dari bilik itu kerana tidak sanggup melihat keadaan Rizu. Moon terpaksa membawa Iman keluar dari bilik rawatan itu. Lama kelamaan, Rizu mula menjadi lemah. Pemikiran dia mula pulih. Dia tidak bergelut lagi. Mata dia mula tertutup rapat dan terus tidak sedarkan diri

"Semuanya sudah ok ke?" soal Gopal

"Sudah" kata Lynna. Diri dia kelihatan lemah sedikit

"Betul ke kau ok?" soal Rizwan "Kau nampak lemah selepas sahaja kau pulihkan dia"

"Tadi.. ada suara harus yang cuba meracuni pemikiran aku tapi aku tetap kuatkan diri aku supaya tidak termakan dengan kata-kata halus itu. Jikalau Kaizo tidak berikan kekuatan kepada diriku, sudah tentu aku akan menjadi seperti Rizu. Sekarang dia sudah pulih, berikan dia masa untuk berehat" jelas Lynna

"Sudah tiba masanya untuk kita bertindak" Jeneral Rama bersilang tangan. Mereka semua tertumpu kepada jeneral itu "Kita tidak boleh berdiamkan diri sahaja. Koordinat itu, kita sudah dapat. Boboiboy boleh tunjukkan koordinat musuh kita berada. Ejen-ejen muda, kamu semua tidak boleh mengendali misi ini. Rizwan, Karya dan Leon akan bantu Kapten Kaizo, Laksamana Tarung dan juga Lynna. Geetha akan jaga ejen-ejen muda di sini. Musnahkan rancangan mereka dan pastikan tiada siapa yang terlepas"

"Baik jeneral" kata Leon "Boboiboy, berikan koordinat mereka"

Boboiboy keluarkan telefon bimbit dari poket jaketnya. Dia memanggil nama Stylobot. Telefon itu bertukar menjadi robot bulat yang terapung di udara. Ejen-ejen muda semuanya suka melihat robot itu kerana terlampau comel kecuali Rudy. Dia hanya rasa biasa sahaja

"Stylobot, kami nak koordinat tempat musuh kita"

"Koordinat mereka.." Stylobot pacarkan sebuah hologram di tengah-tengah bilik tersebut. Lokasi tempat musuh mereka tertera pada hologram tersebut "Titik merah itu menanda tempat persembunyian mereka. Tempat itu berdekatan dengan laut"

"Bagus, kamu semua.. ingat, misi kali ini adalah tangkap dan selamatkan 3 orang budak dalam tahanan mereka tetapi kita harus berhati-hati. Kita tidak tahu jikalau mereka lakukan terhadap mereka seperti Rizu juga. Saya berharap, kamu semua berjaya dengan misi kali ini"

"Baik tuan jeneral" kata Rizwan "Kami akan beredar sekarang"

"Pang, kau duduk sahaja di sini. Biar abang yang pergi bersama mereka. Aku tahu kau ni jenis degil tapi kalau kau ikut juga, aku akan kenakan hukuman latihan tempur terhadap kau"

"Huish, dasyat tu" kata Bulat secara tiba-tiba

Kawan-kawan dia hanya mampu tercengang sahaja kecuali Rudy. Dia tidaklah begitu teruja, bahkan, dia rasa ada sesuatu tentang diri Kapten Kaizo yang membuatkan dia rasa kagum, dari segi perlawanan dia yang penuh berkarisma dan juga ketegasan dia terhadap adiknya itu. Jikalau dia dapat belajar dari Kapten Kaizo, sudah tentu dia akan rasa bangga tetapi Uno ataupun panggil lain, Djin, tetap idola di hatinya

"Tak, kali ini adik tidak akan degil" Fang alihkan pandangan dia ke arah Rizu yang terbaring di atas katil "Adik nak jaga Rizu. Adik takut bila dia bangun nanti, dia akan rasa cemas ataupun dia akan menangis. Jadi, adik perlu berada di sisi dia"

"Bagus. Aku akan kembali dengan kawan-kawan kau dan juga Faye. Lynna, jaga mereka dengan baik"

Lynna anggukkan kepalanya. Idoli sempat berikan ciuman di pipi abangnya. Dia begitu yakin bahawa mereka akan menang. Rizwan, Karya, Leon, Laksamana Tarung dan juga Kapten Kaizo, beredar dari situ

"BOBOIBOY!" jerit Laksamana Tarung dari luar bilik berkenaan "KAU IKUT KAMI!"

"ERK! Baik Laksamana!"

"Boboiboy, hati-hati dekat sana. Jaga Stylobot dengan baik"

"Mungkin aku tinggalkan Stylobot dengan kau sahaja" kata Boboiboy "Lagipun dia lebih selamat berada di sini"

"Tak, kau perlukan dia" balas Fang. Stylobot menjadi runsing, dengan siapa dia perlu ikut "Lagipun Stylobot boleh bantu korang nanti. Dia kan ada gajet-gajet canggih juga. Kau pun perlukan sesuatu untuk mempertahankan diri"

"Hmm.. ok" Boboiboy mengalah

"BOBOIBOY! MANA KAU!"

"YEA LAKSAMANA, SAYA NAK DATANG NI!"

Boboiboy berlari keluar bersama dengan Stylobot. Fang pergi mengambil kerusi kosong dan letakkan di sebelah katil Rizu. Dia mengusap rambut adik angkatnya sambil menatap wajahnya

"Kau nak bersendirian ke?" soal Gopal "Aku boleh temankan kau"

"Aku pun boleh" kata Ying

"Aku pun!" Moon menyampuk sekali "Tapi aku tengok, macam kau nak bersendirian aje"

"Kamu ni Moon. Sudah tentu dia nak bersendirian dengan adik angkat dia. Marilah, kita ada latihan simulasi kejap lagi" kata Iman secara sopan

"Jom semua, latihan kamu harus dijalankan. Tidak boleh ditangguhkan dan hari ni, saya akan pantau latihan simulasi kamu semua"

"YEAH! KAK LYNNA AJAR KITA ORANG LAGI!" Moon meloncat tinggi kerana terlampau gembira

"NAISU!" kata Khai

"Gopal, Ying.. korang pergilah berlatih dengan dia orang. Aku nak jaga Rizu dekat sini"

Gopal mengajak Ying beredar dari situ bersama dengan rakan-rakan ejen mereka. Satu per satu tinggalkan bilik rawatan itu. Fang mengeluh panjang kerana tahun ini sahaja, Rizu selalu menjadi mangsa musuh mereka. Dia rasa serba salah terhadap adik angkatnya. Mungkin selepas ini, dia harus bekerja keras untuk menjaga keselamatan Rizu. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi

to be continued

------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf kalau ada tak puas hati dengan chapter kali ini.. hehehee... akak sudah buat yang terbaik! Kalau tak terbaik, minta maaf banyak-banyak T_T

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top