Babysitter

"Kommander, bagaimana dengan siasatan?"

"Hmm.. nampaknya dia tidak tahu siapakah orang itu. Dia hanya buat atas arahan sahaja"

Kaizo kini berada di dalam stesen TAPOPS. Dia berada di situ kerana ingin mengetahui siasatan mereka terhadap seorang budak lelaki bernama Ignis. Budak itu hanyalah seorang remaja sahaja. Dia tinggal di planet Ures, di kawasan yang tersorok dari dunia mewah. Dia dan ibunya telah pun dibawa ke stesen TAPOPS untuk mengadakan soal jawab. Ibu kepada Ignis telah pun diberikan rawatan sepenuhnya. Ibunya kelihatan sihat sedikit. Muka dia sudah tidak kelihatan pucat

"Jadi, budak tu memang tak pernah nampak wajah musuh kita tu?"

"Malangnya tidak" balas Kokoci "Dia hanya terima arahan dari sepucuk surat dan dia juga terima wang yang bayar untuk membiayai perubatan ibunya tetapi dia tidak guna duit itu. Kalau dia tidak jalankan arahan itu, budak itu akan terima padahnya"

"Sekarang macam mana, kommander?"

"Sekarang kita akan teruskan dengan siasatan kita" kata Kokoci sambil membuka cermin mata hitamnya "Kita akan dapat cari juga si virus jahat tu"

"Dia boleh sembunyikan diri tetapi dia jangan ingat kita di sini lemah. Dia akan terima padahnya" Kaizo melihat luar tingkap stesen TAPOPS "Ada apa-apa lagi budak tu katakan?"

"Ada" balas Kokoci "Dia kata, waktu dia dapat arahan tu, dia di dalam keadaan terdesak dan dia terpaksa buat tapi ibu dia tak kan terima ubat yang dia anak dia beli dari hasil duit itu. Aku juga ada menyoal ibu dia.. ibu dia cakap, dia memang risaukan dengan keadaan anak dia"

"Dia ada cakap dekat Lynna.. selamatkan anak dia sebelum dia jatuh ke dalam dunia gelap"

"Kami di sini akan membantu dia. Sekarang ini dia di bawah jagaan Sai dan Shielda"

"Bagus.. ada apa-apa lagi kommander?"

"Tiada" balas Kokoci "Kau boleh balik ke bumi dan berhati-hatilah kau di sana nanti"

Tiba-tiba datang satu jeritan dari seseorang. Kaizo dan Kokoci pusing ke belakang untuk melihat siapa. Laksamana Tarung berlari ke arah mereka berdua. Dia kelihatan rilek sahaja tetapi sebenarnya ada berita buruk dia ingin katakan kepada Kommander Kokoci

"Kenapa Tarung? Ada kecemasan ke?"

"Kecemasan ringan sahaja" kata Tarung sambil tergelak sedikit "Laptop tu kami belum sempat nak lihat semua data yang ada dekat dalam tu sebab ianya dah meletup secara tiba-tiba"

"MELETUP?" terkejut Kokoci

Kaizo menggenggamkan tangannya kerana dia tahu itu adalah perbuatan musuh dia sendiri untuk musnahkan segala data yang terdapat di dalam laptop itu. Dia tahu musuh itu tidak mahu diketahui oleh mereka

"Ha ah, meletup... nampaknya perjalanan kita untuk mengetahui musuh kita itu menjadi panjang balik" kata Tarung sambil bersilang tangan. Muka dia masih lagi tenang

"Tarung"

"Yea kommander"

"Hantar beberapa ahli kita ke sana dan teruskan siasatan ini" Kokoci memakai semula cermin mata hitamnya "Kalau kau ada apa-apa maklumat, beritahu aku dengan segera. Aku perlu pergi dulu. Aku ingin melihat kesan letupan dekat laptop tu"

Kokoci beredar dari situ bersama Laksamana Tarung. Mereka berdua bergegas ke bilik makmal khas yang ada di dalam stesen TAPOPS. Kaizo melihat luar tingkap dan lalu dia beredar untuk pulang ke bumi. Apalah adik dia buat dekat bumi? Mungkin dia sedang berseronok dengan kawan-kawan dia, fikir Kaizo

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Kaizo berada di dalam dapur rumahnya untuk membuat teh hijau. Dia membancuh serbuk teh hijau itu di dalam secawan air panas. Selepas itu dia mengacau-gacau teh itu dengan sudu kecil. Waktu pagi begini, dia selalunya ada sahaja kekecohan dari adiknya atau dari si alien kucing yang bernama Idoli tetapi kali ini berlainan pula. Sunyi dan tenang sekali. Kaizo tidak membuang masa dan terus menikmati ketenangan pada waktu itu. Fang dan Faye sudah lama keluar untuk pergi bermain bersama rakan-rakan mereka. Idoli pula sudah pulang ke planet dia

"Meow meow meow" Pikachu melompat naik ke atas meja makan

"Kau rindukan si anak kucing tu?" Kaizo belai badan kucing peliharaan dia "Kalau dia diberikan peluang lagi, dia akan datang ke sini tapi waktu sekarang ni, aku ingin berehat dan tenangkan pemikiran aku. Kau tahukan musuh baru sudah menyerang kita dan aku perlu berhati-hati jikalau ada serangan lagi"

"Meow meow meow"

"Hmm.. kau rindu si itik tu juga" Kaizo menghirup sedikit air teh hijaunya

"Meow meow meow"

"Nanti aku cari anak itik ataupun beli sahaja di kedai. Bolehlah kau main dengan anak itik tu tapi aku harap anak itik tu bukanlah manusia yang terkena sumpahan itik lagi" Kaizo mengeluh sedikit "Rumah ni selalunya bising sebab bunyi si anak itik tu. Sekarang ni.. rasa sunyi pula"

"Meow meow meow"

"Aku suka dengan ketenangan. Tiada bunyi bising, tiada pergaduhan tapi kadang-kadang tu rasa suka dan rasa aku tidak keseorangan di dalam dunia ini. Aku rasa bahagia" Kaizo garu-garu leher Pikachu "Agaknya kalau aku ada anak, begitulah kehidupan aku setiap hari nanti"

"Meow meow meow"

"Kau jangan nak merepek.. belum tiba masanya lagi untuk aku berkahwin! Lagipun aku belum lagi membalas balik tiga perkataan itu kepada Lynna" Kaizo melihat air teh hijaunya. Kepala dia tertunduk sedikit "Aku bukannya belum bersedia lagi kerana aku ada sebabnya.. tapi tak perlulah kau tahu sebab apa. Karang nanti kau pergi cerita dekat adik aku pula atau dekat dalam dapur ni ada rakaman suara" Mata dia memandang persekitaran dapur itu

Padahal memang tiada rakaman suara atau CCTV di dalam rumah itu. Hanya ada sebuah hologram yang sudah lama di pasang oleh Kaizo sendiri. Hologram itu adalah hologram hantu. Ianya adalah untuk menakutkan pencuri yang cuba masuk ke dalam rumah itu. Selepas sahaja Kaizo habis minum air tehnya, dia bangun dan basuh cawan itu di sinki dapur. Dia terfikir, adakah adik dia yang gilakan dengan kebersihan, akan membasuh cawan ini buat kali kedua? Lalu dia gelengkan kepalanya

"Jom Pikachu, aku bawa kau jalan-jalan dekat luar hari ni"

"Meow meow meow"

"Lynna tak datang hari ni sebab aku tahu dia pun ada kehidupan dia tersendiri dekat sana. Yang kau nak aku dia datang ke sini kenapa?"

"Meow meow meow"

"Kau nak aku bawa kau ke kedai haiwan? Kau nak anak itik hari ni juga?" Kaizo mengangkat kucing kesayangan dia dan lalu dia berikan renungan tajam kepadanya "Nanti-nantilah aku belikan anak itik. Mainan itik nak?"

"Meow meow"

"Cheh, banyak bunyi pulak kau ni" bisik Kaizo "Kalau aku ada masa, aku akan pergi beli. Buat masa ni, aku hendak rehatkan diri dan tenangkan pemikiran aku sebelum kembali bertugas"

Telinga dia terdengar bunyi ketukan di pintu rumahnya. Kaizo mula terfikir, siapa yang datang ke rumah dia pada waktu pagi begini? Dia terus pergi ke pintu rumahnya untuk melihat siapakah yang mengetuk pintu rumah dia. Pikachu ada di dalam dakapan dia. Sampai sahaja di pintu rumah, Kaizo pegang tombol pintu itu dan lalu dia pusingkannya. Dia membuka pintu itu dan terkejut melihat Emmy bersama dengan 2 stroller yang berlainan warna. Satu biru dan satu lagi adalah merah 1 stroller ada 5 bayi di dalam itu. Semuanya di dalam tempat duduk masing-masing

"Emmy, siapakah bayi-bayi ini?" tanya Kaizo dengan nada seriusnya. Lalu dia turunkan kucing kesayangan dia ke bawah

"Err... hehehee.." Emmy tersengih. Hati dia berdebar-debar dengan kuatnya kerana takut untuk jelaskan apa yang berlaku tadi di makmal dia "Err... abang beruang jangan marah yea"

"Kenapa? Apa yang kau sudah lakukan" Mata merah Kaizo terus berikan renunangan tajam ke arah Emmy. Dia turun dari tangga rumah itu "Baik kau cerita kepada aku sekarang"

"Sebab.. sebab... tadi masa Emmy tengah betulkan ciptaan Emmy yang terbaru. Tiba-tiba ada satu benda yang berlaku semasa dia orang tengah main dengan permainan yang Emmy ciptakan juga. Masa tu jugalah dia orang bertukar menjadi bayi"

"Maksud kau bayi-bayi itu semua adalah kawan-kawan adik aku?" Kaizo mengangkat kening sebelah

"Hehehe.. betul tu!" kata Emmy "Stroller biru tu adalah stroller baby boy.. dari kiri adalah abang Fely, penguin comel, abang topi oren, abang kuat makan dan abang buku. Stroller merah tu pula, ialah baby girl. Dari kiri.. kakak biskut tak sedap, kakak amoi, kakak Nutella, kakak fashion dan kakak pelik" Terus dia tersengih

"Jadi kau nak suruh aku buat apa dengan mereka semua?"

"Jaga dia orang" balas Emmy yang masih lagi tersengih "Emmy kena pulihkan dia orang balik. Kembali kepada umur mereka yang asal.. hehee.. jadi abang beruang jaga dia orang buat sementara"

"KAU NAK AKU JAGA MEREKA SEMUA NI!"

"Err..." Emmy garu-garu kepala sambil angguk "Tapi ini pun sesi latihan untuk abang beruang juga. Yelah, bila abang beruang dah ada anak sendiri nanti"

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Tiba-tiba dia terbau sesuatu yang tidak begitu menyenangkan. Mata dia melirik ke arah Boboiboy yang sedang menghisap ibu jarinya. Dia tunduk sedikit untuk mengetahui dari mana bau itu datang. Ianya bukan dari Boboiboy. Lalu dia melihat Gopal. Bayi berbangsa india itu, sungguh nyenyak sekali dia tidur. Dia pergi ke arah adiknya. Fang tersenyum suka kerana wajah abang dia muncul di hadapan muka dia. Dahi Kaizo berkerut-kerut lagi kerana bau itu datang dari adik dia sendiri. Fang mengangkat kedua belah tangannya untuk menyuruh abang dia mendukung dirinya

"Diddy" kata Fang

"Diddy?"

"DIDDY!" Fang tergelak suka di situ

"Aku bukan ayah kau. Aku abang kau!"

"DIDDY!"

Dahi Kaizo mula berkerut lagi. Lalu dia mengangkat adiknya. Fang bermain buih di mulutnya kali ini tetapi Kaizo pula, dia merenung tajam ke arah adiknya. Lalu dia palingkan mukanya ke arah Emmy tetapi gadis genius itu sudah tiada di situ. Emmy sudah pun pulang ke rumah untuk baiki ciptaan dia dan juga untuk pulihkan mereka semua

"Cheh, dia lari pula si Emmy ni" Kaizo menarik nafas dan tenangkan diri "Terpaksa aku panggil Lynna dan kau..." Mata dia melirik ke arah adiknya "Kau memang sengajakan buang air besar"

"DIDDY!"

"Tak habis-habis dengan diddy kau" Kaizo baringkan balik adiknya di dalam tempat duduk stroller itu "Kau duduk dekat situ sekejap, aku nak menghubungi Lynna sebentar"

"UWAAAAAA!" Terkejut Kaizo dengan suara tangisan dari seorang bayi

Kaizo cepat-cepat melihat siapakah yang menangis itu. Rupanya Lily dan Bella menangis kerana kelaparan. Selepas itu tangisan itu diikuti oleh Yaya dan Ying. Mereka berdua menangis sekuat hati. Faye tidak terjaga dengan bunyi bising itu. Dia masih lagi tidur dengan tenangnya. Kali ini Gopal pula yang terbangun dari tidurnya. Dia pula menangis. Kepala Kaizo semakin pening

"Kaizo.. kenapa kau menghubungi aku?" Muncul hologram Lynna di jam kuasa Kaizo "Kenapa ada bunyi orang menangis tu? Kau buat adik kau menangis ke?"

"Bukan tapi aku nak minta pertolongan dari kau" kata Kaizo

"Pertolongan apa?"

"Kau datang ke sini secepat mungkin dan tolong belikan susu tepung, 10 botol susu, pampers dan makanan baby. Kalau boleh, beli sekali mainan baby"

"Errr.." Lynna rasa pelik dengan permintaan Kaizo itu

"Jangan banyak tanya. Datang ke sini secepat mungkin!"

"Ok"

Hologram Lynna terus hilang dari jam kuasa Kaizo. Nampaknya, hari Kaizo berubah menjadi hari menjaga bayi-bayi comel. Ketenangan dia hanyalah sekejap sahaja pada hari itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lynna ternganga kecil apabila melihat rumah Kaizo penuh dengan 10 orang bayi. Beg yang dia pegang, terlepas dari tangannya dan dia tiada kata-kata apa yang keluar dari mulutnya. Bayi-bayi itu semuanya sedang berkeliaran di sekitar rumah. Ada yang menangis sambil menghentak-hentak kaki, ada yang berguling sambil hisap ibu jari kaki dan ada juga yang ingin memanjat tangga rumah itu. Kaizo pula sedang mendukung seorang bayi sambil buai di dalam dakapan dia. Kaizo cuba untuk redakan tangisan bayi itu. Ada seorang bayi hanya mengekori Kaizo ke mana sahaja dia pergi

"Anak-anak siapa kau jaga ni?"

"Sampai pun kau" Kaizo tidak menjawab pertanyaan Lynna tadi. Dia hantar berjalan menuju ke arah Lynna dan serahkan bayi itu "Kau tolong tukarkan pampers dia"

"Tapi sebelum tu.. siapa mereka ni?" Lynna mendukung bayi itu. Tangan bayi itu terkapai-kapai ke arah Kaizo "Apasal tiba-tiba kau jadi babysitter pulak ni"

"Hmmm... ini semua sebab si Emmy tulah. Tak pasal-pasal, adik aku, si Faye dan rakan-rakan dia orang jadi bayi" Kaizo terus bersilang tangan. Kaki dia tiba-tiba dipeluk oleh seorang bayi "Yang sorang lagi asyik ikut aku sahaja"

"Hmm.." Lynna melihat topi bayi itu seperti Boboiboy "Ini mesti Boboiboy.. comelnya"

"Comel ke tak comel ke, kau kena tolong aku jaga mereka semua ni" Kaizo angkat Boboiboy dan adiknya menangis begitu kuat sekali "Pantang betul kalau aku dukung bayi lain si Pang ni"

"Dia cemburulah tu.. betul tak Fang" Lynna cuit hidung Fang sedikit. Bayi itu terus berhenti menangis dan tergelak sedikit "Ala comelnya budak ni.. jom kita pergi tukar pampers"

"Mama!" kata Fang sambil bertepuk-tepuk tangan. Lynna masuk ke dalam bilik tetamu untuk menukar pampers Fang. Sebelum ini, bilik itu adalah milik Idoli

"Ah sudah.. dia panggil mama pulak" Kaizo mengeluh sedikit. Mata dia melirik ke arah tangga rumah dan terkejut melihat seorang bayi perempuan sudah pun berada di atas "Si pelik ni kan. Aku sekeh juga kepala dia tu"

Kaizo terpaksa pergi mengambil Lily yang sedang duduk di atas anak tangga. Dia tergelak di situ sambil bernyanyi-nyanyi tapi ayat dia hanyalah 'Na na na' sahaja. Rizu pula sedang melihat television itu. Mata dia membulat besar tetapi television itu tidak di pasang. Hanya skrin hitam sahaja. Bella dan Faye bermain-main dengan dua ekor kucing iaitu Pikachu dan Shadow. Bella duduk di atas Pikachu dan dia bayangkan diri dia sedang menunggang seekor kuda. Yaya dan Ying menconteng dinding rumah itu. Yaya sudah gigit pencil warna itu kerana dia bayangkan pencil itu adalah makanan. Harraz cuba memanjat kerusi sofa tetapi tidak berjaya. Gopal pula, masih berguling di atas lantai sambil menghisap ibu jari kakinya

"Diddy!" kata Boboiboy

"DIDDY!" Lily turut ikut sekali

Kedua bayi itu telah di dukung oleh Kaizo. Sebelah tangan kanan dia adalah Lily dan sebelah lagi adalah Boboiboy. Lynna sudah pun menukar pampers Fang. Tangan Lynna asyik geletek perut Fang. Mereka berdua gelak ketawa sambil keluar dari bilik tetamu. Secara tidak langsung, Bella mula menangis balik. Sebelum ini, Kaizo hanya berikan kepada mereka biskut kering sahaja tetapi sekarang ini, mereka sudah kembali lapar. Lynna letakkan Fang di ruang tamu dan terus ke dapur untuk buatkan susu. Rizu mengambil remote control television dan dia berjalan ke arah Kaizo

"Rizu nak apa?"

Rizu hanya berikan remote television kepada Kaizo. Dia mahu menonton cerita kartun. Kaizo letak Boboiboy dan Lily di lantai rumahnya. Dia mengambil remote television itu dan terus membuka sebuah rancangan kartun. Rizu dan Lily berdiri diam apabila lagu kartun dimainkan di dalam sebuah rancangan. Boboiboy masuk ke dalam dapur dan berdiri di belakang Lynna sambil garu-garu punggung dia. Mata dia melihat botol susu yang di pegang oleh Lynna. Dia juga ingin minum susu kerana perut dia sudah kembali lapar

"Nak" kata Boboiboy dengan tangan kanan dia sudah terkapai-kapai untuk mengambil botol susu itu

"Eh.." Lynna menoleh dan lalu dia tunduk sedikit "Boboiboy nak susu juga"

"Nak"

"Ok.. Boboiboy tunggu ok"

"Nak" kata Boboiboy lagi

Lynna tidak terburu-buru membuat susu itu. Boboiboy begitu bersabar sekali menunggu susu dia siap dibuat. Tangan kiri dia masih lagi mengaru-garu punggungnya. Akhirnya susu itu sudah siap dibuat. Lynna terus berikan kepada Boboiboy. Ada 9 susu lagi dia perlu buat. Boboiboy sudah pun mengambil botol susu itu dari tangan Lynna. Lalu dia melangkah pergi dari situ. Dia nampak Gopal masuk ke dalam dapur. Gopal juga mahu minum susu tetapi dia tidak pergi menuju ke arah Lynna. Dia merampas botol susu itu dari tangan Boboiboy

"Nak nak nak!" Boboiboy mengamuk di dalam dapur

Gopal sudah menggigit puting botol itu dan dia berlari keluar dari dapur. Boboiboy menangis kerana botol susu dia telah dirampas oleh Gopal

"Kenapa ni?" Lynna terkejut melihat Boboiboy menangis tanpa botol susu dia "Lorr.. mana susu, Boboiboy?" Dia tidak sedar dengan perbuatan Gopal sebentar tadi

"Hmm.. kenapa tu?" Kaizo masuk ke dalam dapur sambil mendukung Fang

"Tak tahulah.. aku tak sedar pulak apa yang berlaku" Lynna mengambil satu lagi botol susu dan lalu dia berikan kepada Boboiboy "Nah, ambik botol susu ni.. jangan menangis lagi ok"

Boboiboy mengambil botol susu itu. Fang pula menangis kerana dia juga ingin minum susu. Lynna gelengkan kepala sambil tersenyum. Lalu dia berikan botol susu yang seterusnya kepada Fang. Senyuman lebar terukir di bibir Fang kerana dia dapat apa yang dia mahukan. Fang terus menghisap puting susu itu. Kaizo rasa suka melihat gelagat adiknya dalam keadaan bayi itu. Dia belai rambut adiknya dan cium pipinya. Mata Fang hanya membulat besar sahaja sambil menghisap susu

"Jom kita bagi susu ni dekat baby lain" kata Lynna sambil mengangkat botol susu yang lain. Tangan dia penuh dengan botol susu. Dia terpaksa peluk botol susu itu di dadanya

Kaizo tidak berkata apa. Dia hanya belai rambut adiknya lagi sambil keluar dari dapur itu bersama Lynna

"Eh.." Lynna terkejut sedikit melihat tilam besar sudah dibentangkan di hadapan television. Kerusi dan meja ruang tamu sudah ditolak ke tepi dinding

"Kenapa?" tanya Kaizo

"Takde apa.. aku cuma terkejut sahaja" kata Lynna sambil tersenyum kecil "Baiknya kau bentangkan tilam untuk mereka"

"Dah tu, dia orang mesti nak baring" Kaizo baringkan Fang di sebelah Boboiboy. Mereka berdua sedang sibuk menghisap susu "Kejap.. mana sorang lagi"

Mata Kaizo melihat seorang demi seorang. Gopal ada di atas tilam sambil gigit puting botol susu dia. Faye sudah pun tidur bersama dua ekor kucing. Harraz bermain tarik-tarik dengan ekor kucing, Shadow. Yaya, Ying dan Rizu berdiri di hadapan television sambil menonton sebuah rancangan kartun. Bella berdiri di depan Lynna kerana dia ingin minum susu

"Mana si pelik tu" Kaizo mencari-cari Lily di sekitar ruang tamu itu "Tak kan dia naik atas balik"

"Baik kau pergi periksa" kata Lynna. Dia duduk di atas tilam itu untuk berikan susu kepada bayi-bayi itu

"Nak" kata Bella sambil hulurkan tangan dia

"Minum elok-elok" Lynna berikan sebotol susu kepada Bella

"Kau jaga mereka" Kaizo naik ke atas untuk mencari Lily

Tiba-tiba Fang bangun dari tilam itu kerana dia mahu ikut abangnya naik ke atas. Botol susu dia sudah di campak ke atas tilam itu

"Fang, kamu tak perlu ikut" Lynna mengangkat Fang yang sudah merangkak naik ke atas tangga. Fang menangis kerana diri dia di angkat "Fang.. Fang budak baikkan"

"Diddy! Diddy" kata Fang "Diddy"

"Hehehe.. itu abang kamulah bukan ayah kamu"

"Mama" Fang peluk leher Lynna "Mama.."

"Hehee... akak bukan ibu kamu" Lynna belai rambut Fang "Ibu kamu sudah lama tiada. Sekarang ni Fang hanya tinggal dengan abang kamu sahaja dan juga dengan sepupu kamu iaitu Faye. Korang bertiga tinggal di planet bumi untuk menjaga kesejahteraan bumi bersama kawan-kawan kamu. Fang, Kaizo dan Faye bukan berasal dari planet bumi tapi kamu bertiga adalah alien. Akak tak pasti korang dari planet mana tapi yang pasti, kamu bertiga bukanlah alien jahat"

Cerita Lynna tadi membuatkan Bella, Yaya, Ying, Rizu dan Fang duduk. Mata masing-masing perhatikan Lynna dengan mata bulat besar mereka. Bella menghisap susunya. Rizu menghisap ibu jarinya. Yaya dan Ying bermain dengan air liur. Fang pula duduk di atas riba Lynna sambil meloncat-loncat. Harraz sedang selongkar majalah yang sudah tersusun di dalam kabinet almari television

"Kamu semua suka tengok akak bercerita yea.. hehehe" Lynna tergelak sedikit "Akak ceritakan kisah seorang puteri dan seorang putera. Mereka adalah adik beradik yang berasal dari sebuah negara yang bernama Fantasia. Mereka ini sangat sombong dan suka sangat berlagak. Mereka suka memperkecilkan orang lain dan mereka suka menunjuk kekayaan mereka kepada penduduk-penduduk miskin. Pada suatu hari, kehidupan mereka berubah. Kerajaan dia telah diserang oleh pihak musuh mereka. Harta benda mereka dirampas oleh musuh-musuh mereka. Setengah askar daripada kerajaan itu telah ditawan oleh musuh mereka. Akhirnya adik beradik itu jatuh miskin dan tiada siapa mahu menolong mereka kerana kesombongan mereka.."

"UWAAAAAA!" Lynna terkejut dengan tangisan dari seseorang

Tangisan itu bukan datang dari bayi-bayi yang berada dengan Lynna pada ketika itu tetapi datang dari seseorang yang sedang di dukung oleh Kaizo. Bayi itu bergelut dengan Kaizo kerana dia mahu bermain di atas katil. Buku novel Kaizo habis di koyak oleh Lily. Ada setengah daripada kertas buku itu, di gigit dan di makan oleh Lily

"Kenapa tu, Kaizo?"

"Si pelik ni.. pergi koyakkan buku hantu aku" kata Kaizo dengan nada marah dia "Aku sekeh juga kepala dia ni"

"KAIZO!"

"DIDDY!" Fang bertepuk tangan apabila dia ternampak Kaizo di balkoni rumah itu "DIDDY! DIDDY!"

"Aku rasa mereka semua ni ingat kita ni ibu dan ayah mereka"

"Mama!" Rizu mahu datang dekat kepada Lynna tetapi badan dia telah di tolak oleh Fang "UWAAAAA!"

"Fang, kenapa buat macam tu dekat Rizu"

"Mama" Fang tidak mahu sesiapa mendekati Lynna "No.. no.. no.." kata dia kepada Rizu

"Bagilah Rizu duduk dekat dengan akak. Dia pun nak main dengan akak juga. Fang budak baikkan" Lynna belai kepala Fang

"NO!" balas Fang

"Hmm... tak bagi pulak budak ni. Cemburu betul dia ni.. hehehe" Tiba-tiba Lynna terbau sesuatu. Dia tahu bau itu bukan datang dari Fang tetapi dari bayi lain. Dia angkat Fang dari ribanya dan terus bangun dari situ

Lynna terpaksa menukar pampers mereka semua. Lalu dia mendapat satu idea. Dia ingin membawa mereka semua keluar bermain di taman Pulau Rintis tetapi adakah Kaizo akan setuju dengan cadangan dia? Tapi bila di fikirkan balik, larat ke mereka menjaga 10 orang bayi di taman itu nanti. Ini bukanlah sesuatu kerja yang mudah tetapi mesti seronok. Bergelak ketawa dengan mereka. Main kejar-kejar dengan mereka dan paling dia sukai, melihat gelagat Kaizo menjaga bayi-bayi ini semua

"Hmm.. lama lagi ke Emmy nak siapkan alat dia tu?" bisik Lynna

"Apa yang kau bisikkan itu?" tanya Kaizo. Dia sudah pun berada di ruang tamu bersama dengan Lily yang berada di dalam dakapan dia "Kau cuba larikan diri ke?"

"Eh.. bukanlah. Aku cuma tengah fikirkan kalau kau benarkan aku membawa budak-budak ni semua ke taman Pulau Rintis"

"Ohh.. kalau kau nak bawak, bawaklah.. bolehlah aku berehat dekat rumah" Kaizo serahkan Lily kepada Lynna "Jaga mereka dengan baik"

"Kaizo.." Lynna memberikan renungan tajam ke arah Kaizo "Kau kena tolong aku jaga mereka" kata dia dengan nada serius "Tapi sebelum tu, kau tolong aku tukarkan pampers mereka"

Nampaknya Kaizo tidak boleh mengelakkan diri dia tapi kalau apa-apa berlaku terhadap mereka semua, dia yang akan bertanggungjawab nanti

--------------------------------------------------------------------------------------------

Cuaca di Pulau Rintis memang agak baik. Tiada awan hitam yang ada di langit biru. Ramai yang membawa keluarga mereka atau rakan-rakan mereka untuk bersuka-ria di taman Pulau Rintis. Taman itu berdekatan dengan sebuah bandar kecil. Di dalam taman itu terdapat sebuah padang permainan dan sebuah tasik yang agak besar. Kaizo dan Lynna menolak stroller di dalam taman itu. Kaizo menolak stroller budak-budak lelaki dan Lynna pula menolak stroller budak-budak perempuan. Lynna sudah siapkan kesemua peralatan bayi termasuklah botol susu di dalam satu beg besar

"Na na na na.." Lily bernyanyi-nyanyi di dalam stroller dia

"Nak nak!" Gopal ternampak seorang kanak-kanak perempuan sedang makan ice cream

"Kau ni.. besar ke, kecik ke.. asyik nak makan sahaja. Entah-entah jadi hantu pun masih lagi nak makan"

"Hehee.. biarkanlah Kaizo. Itu sudah menjadi sifat semulajadi dia" kata Lynna "Faye ni masih tidur lagi. Penat sangat ke main dengan kucing tadi?"

"Biarkanlah dia tidur. Kurang satu nak kena jaga"

"Ok.. mari kita bawa mereka ke sana" Lynna tunjuk ke sebuah taman permainan yang ada di dalam taman itu

Ramai kanak-kanak dalam pelbagai umur ada di situ. Mereka berseronok bermain di gelongsor, jongkang-jongket dan juga di buaian. Ibu bapa sibuk melayan anak-anak mereka. Kaizo dan Lynna membawa mereka ke situ. Fang sudah mengangkat badannya untuk turun keluar bermain. Boboiboy begitu tenang sekali melihat awan-awan putih di langit. Harraz bermain dengan buih air liurnya. Lily masih lagi bernyanyi dan dia telah diikuti oleh Bella. Mereka berdua membuat bising di dalam stroller itu sambil bertepuk-tepuk tangan. Yaya dan Ying memeluk teddy bear masing-masing sambil melihat dunia luar

"Baiknya dia orang ni. Takde yang buat bising" kata Lynna

"Kau jangan cakap, nanti kejap lagi ada juga yang buat hal terutama sekali adik aku ataupun si pelik tu" Kaizo berhentikan stroller dia di tepi bangku taman itu "Kau nak keluarkan dia orang ke?"

"Yelah, tak kan nak bagi dia orang duduk dekat stroller sahaja. Bagilah dia orang explore dunia luar ni.. hehee.." Lynna letak stroller dia di sebelah stroller Kaizo. Lalu dia membuat tali pinggang mereka "Ok baby baby sekalian.. korang semua boleh main dekat taman ni tapi tak boleh lari jauh-jauh"

Tangan Yaya sudah terkapai-kapai untuk keluar dari stroller itu. Kaizo hanya perhatikan sahaja Lynna keluarkan seorang demi seorang dari stroller itu. Mereka terus berlari ke sana sini tetapi tidak pergi jauh dari situ. Faye sudah pun bangun dari tidurnya. Dia masih lagi dalam keadaan mamai dan hanya mahu duduk di dalam stroller sahaja. Dia menangis kerana telah diganggu oleh Lynna tadi

"Faye jangan menangis. Meh akak dukung" Lynna terpaksa dukung Faye "Kaizo, kenapa kau tak keluarkan dia orang lagi? LILY! BELLA! JANGAN MAIN DEKAT SITU!" Dia terpaksa berlari ke arah Lily dan Bella sambil mendukung Faye

Pada ketika itu, Lily dan Bella sedang bermain dengan seekor anak itik di tepi tasik. Ibu kepada anak itik itu berbunyi bising di tengah-tengah tasik tersebut. Tiba-tiba datang pula Yaya dan Ying. Mereka juga ingin bermain dengan anak itik itu. Kaizo sudah pun keluarkan Fang dan kawan-kawan adiknya dari stroller itu. Anak itik itu berbunyi lebih kuat lagi kerana dia ternampak Fang

"QUACK QUACK QUACK QUACK!" Anak itik itu kenal Fang kerana beberapa bulan lalu, Fang telah pulangkan diri dia kepada ibunya "QUACK QUACK QUACK!"

"Qu qu qu" Lily cuba meniru bunyi anak itik itu

"Qu..." Fang menoleh ke arah tasik itu. Mata dia membulat besar apabila dia nampak anak itik itu memanggil dirinya "Qu qu qu qu!" Dia berlari-lari anak ke arah anak itik tersebut

"Bo?" Yaya tidak reti menyebut Qu "Bo bo.."

"Eh.. apasal tu?" Lynna berasa hairan dengan gelagat Fang dan anak itik itu

"Aku rasa mereka kenal satu sama lain" kata Kaizo "Kau tengokkan mereka, aku kena melayan yang lain kejap"

Kaizo terpaksa pergi mengambil Gopal yang sudah lari ke arah pak cik menjual ice cream. Gopal, Boboiboy, Harraz dan Rizu memandang pak cik itu dengan mata bulat mereka. Keempat-empat bayi itu ingin memakan ice cream tersebut. Kaizo terpaksa melayan kemahuan mereka kerana dia tidak mahu melihat keempat-empat bayi itu menangis dan mengamuk di dalam taman tersebut. Kaizo dan Lynna sibuk melayan bayi-bayi itu sehingga Aidan, abang kepada Bella, lalu di situ dan dia tersenyum melihat mereka berdua menjadi ibu bapa kepada 10 bayi itu. Dia tidak tahu apa yang terjadi dengan adiknya. Mata dia terpandang seorang bayi perempuan seakan-akan seperti adiknya, Bella. Lalu dia menolak roda kerusi dia ke arah Lynna. Pada ketika itu, Lynna sibuk berikan makanan kepada ibu dan anak itik itu. Fang, Yaya, Ying, Bella, Lily dan Faye suka melihat itik-itik itu sehingga Ying menghulurkan sekeping biskut kepada seekor itik

"Comelnya mereka" kata Aidan yang kini sudah berada di belakang Lynna

"Dia orang memang comel pun" balas Lynna sambil tersenyum sedikit "Tapi.. kamu jangan terkejut pula kerana salah satu bayi ini adalah adik kamu"

"Patutlah nampak macam adik saya" Aidan ke depan sedikit untuk melihat adiknya yang comel itu "Bella.. ini abang, kenapa adik tiba-tiba jadi bayi ni? Adudu serang adik ke?"

"Bukan.. ini sebab kesilapan yang berlaku dekat makmal Emmy"

"Abeng?" Bella melihat Aidan dengan perasaan pelik

"Abang"

"Abeng" kata Bella

"Abang" Aidan cuba betulkan sebutan adiknya

"Abeng.. hehee" Bella tergelak sedikit "ABENG! MAMA!"

"Mama?"

"Maaf, mereka ni ingat akak ni ibu dia orang pulak" Lynna mengangkat Bella dan berikan kepada Aidan "Bella duduk dengan abang kamu ok"

"Mereka sahaja ke yang jadi bayi?" tanya Aidan

"Bukan mereka sahaja.. Boboiboy, Gopal, Harraz dan Rizu jadi baby juga" Lynna tundingkan jarinya ke arah empat orang bayi. Keempat-empat bayi itu sedang duduk di bawah pokok sambil makan ice cream mereka "Habis comot mulut dia orang"

Kaizo sedang menjaga keempat-empat bayi itu. Dia lap mulut mereka dengan tisu. Baju mereka habis terkena kesan-kesan ice cream. Selepas itu Harraz berikan ice cream dia kepada Kaizo kerana dia tidak mahu makan lagi. Harraz gelengkan kepalanya sahaja. Kaizo terpaksa habiskan ice cream itu. Lalu Harraz bangun dan terus ke Lynna untuk bermain dengan itik

"Mama.. qu qu qu"

"Yea Fang.. itu adalah itik.. itik comel" kata Lynna

"Hehehe.. kalaulah dia orang boleh jadi baby selama-lamanya, bolehlah saya peluk mereka sepuas-puasnya"

"Itu pun kalau Emmy belum berjaya lagi-" Lynna terhenti seketika kerana dia terdengar suara jeritan orang ramai

Dalam sekelip mata sahaja keadaan di taman itu bertukar menjadi huru-hara. Ramai yang larikan diri untuk menyelamatkan diri mereka daripada serangan. Mereka telah diserang oleh sebuah robot. Lynna dan Kaizo perlu selamatkan keadaan sebelum ada yang cedera tetapi siapa yang akan menjaga Fang dan rakan-rakan dia. Lynna melihat Aidan dan dia rasa bersalah kalau dia menyuruh Aidan menjaga mereka semua

"Lynna! Kau jaga mereka, biar aku sahaja yang pergi"

"Kaizo, takpe ke kalau kau pergi seorang sahaja?" tanya Lynna dalam keadaan cemas

"Takpe.. kau bawa mereka semua ke tempat yang selamat" kata Kaizo "Aku akan hubungi kau apabila semuanya sudah selesai"

"Hati-hati Kaizo" bisik Lynna

Tanpa membuang masa, Lynna terus baringkan kesemua bayi di dalam stroller. Aidan menolong Lynna supaya mereka boleh lari dari situ dengan segera. Anak dan ibu itik tadi sudah menyorokkan diri mereka di dalam semak. Kaizo sudah pergi untuk berlawan dengan robot itu. Dia dapat selamatkan seorang ibu dan seorang anak daripada terkena tembakan dari robot itu. Kaizo menoleh kebelakang untuk melihat Lynna sudah melarikan diri dari situ atau belum lagi? Nampaknya Lynna sudah pun tiada di situ. Kaizo terus pergi mencari robot itu

"Ini mesti si virus jahat tu punya kerja" bisik Kaizo

Tiba-tiba datang satu tembakan. Ianya hampir terkena bahu Kaizo. Robot itu datang dari arah kanan Kaizo. Robot itu seperti manusia. Cuma ianya berwarna keemas-emasan. Di kedua tapak tangannya ada mengeluarkan tembakan laser seperti Ironman. Kaizo berasa hairan kerana robot itu hanya satu sahaja. Hati dia tiba-tiba mengata lain pula kali ini. Dia tidak rasa virus itu datang menyerang kerana kenapa virus itu menghantar satu robot sahaja ataupun ini adalah perangkap? Dia terus terfikir tentang keselamatan Lynna dan bayi-bayi itu. Kaizo tidak membuang masa lagi, dia terus menyerang robot itu dengan mudah sekali

"PEDANG TENAGA!"

Robot itu terbelah dua dan terus meletup. Hancur berkecai robot itu. Kaizo tidak membuang masa lagi. Dia berlari keluar dari taman itu untuk pergi mencari Lynna

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ala comel comel" Ochobot berikan secubit cekodok chocolate kepada Boboiboy. Tangan bayi lelaki itu terus menggenggam cekodok itu "Boboiboy makanlah. Sedap Tok Aba buat tu"

Tetapi Boboiboy hanya membuat cekodok itu sebagai mainan sahaja. Gopal sudah pun nyenyak tidur dengan tenangnya. Rizu pula nampak sudah mengantuk kerana dia sudah beberapa kali menguap. Fang kelihatan sedih kerana anak itik dia tiada di situ. Harraz membuat bising seorang diri dan kadang-kadang dia tergelak bersendirian di dalam stroller

"Agaknya, bagaimana keadaan dekat taman sekarang" bisik Aidan sambil melihat adiknya sudah tertidur di dalam stroller

"Kenapa dengan taman?" tanya Tok Aba secara tiba-tiba "Kenapa cucu atuk jadi bayi pulak ni? Macam-macam betul terjadi semenjak cucu atuk menjadi superhero ni tapi bila Lynna datang ke sini, menjadi semakin pelik pulak"

"Hehehe.. jadi atuk tak kisah kalau benda-benda pelik berlaku dekat sini?" tanya Lynna

"Atuk tak kisah pun. Asalkan kamu semua selamat. Mana Kaizo?"

"Dia ada dekat taman. Tengah berlawan dengan musuh kami" balas Lynna "Saya seperti mahu melihat keadaan dia sekarang tapi saya rasa berat pula tinggalkan baby baby semua ni dekat sini. Saya tak naklah berikan bebanan kepada atuk"

"Eh, atuk tak kisah pun sebab Aidan dan Ochobot ada dekat sini"

"Tapi..." Lynna risaukan pula kalau dia pergi dan tiba-tiba datang pula serangan yang lain. Dia takut pada ketika itu jikalau bayi-bayi itu diculik oleh musuh mereka "Tapi tidak mengapalah atuk, biar saya jaga mereka. Takut nanti ada orang jahat datang menyerang pula. Saya tak naklah Kaizo memarahi saya kalau ada apa-apa terjadi terhadap mereka. Terutama sekali dekat adik dia"

"Kak Lynna memang tak suka kena marah dengan Kaizo yea"

"Isk kamu ni, Ochobot. Boleh pulak kamu tanya begitu" marah Tok Aba

"Hehehe.. saja" Ochobot rasa malu sedikit "Bilalah benda pelik nak terjadi dekat diri aku ni. Jadi manusia ke.. mesti best"

"Bukan ke Ochobot pernah sekali menjadi manusia"

"Betul tu Tok Aba tapi rasa sekejap sangat" Ochobot sedih mengimbau balik kenangan dia menjadi manusia. Pada ketika itu adalah semasa dia berada di rancangan Edisi Malam Minggu "Haih.. kak Lynna tak boleh buatkan saya jadi manusia ke?"

"Hmmm... bagi akak fikirkan dulu. Kasihan robot kuning ni" Lynna mengusap-gusap kepala bulat Ochobot

"Itu pun Kaizo" kata Tok Aba

Kaizo sedang bergegas lari ke arah kedai Tok Aba. Muka dia kelihatan cemas kerana dia takut jika ada apa-apa berlaku ke atas mereka tetapi ternyata dia salah. Semuanya di dalam keadaan selamat. Kaizo nampak penat sedikit selepas sahaja dia tiba di kedai itu

"Kau ok ke Kaizo?" tanya Lynna

"Aku.. ok.." Kaizo menarik nafas sekejap dan lalu dia berkata lagi "Tiada serangan berlaku di sini?"

"Tiada" balas Lynna "Robot tadi tu macam mana?"

"Begitu mudah aku hapuskan robot tu" Kaizo duduk di atas bangku kedai itu "Aku pada mulanya ingatkan serangan tadi dari musuh kita tapi apabila nampak robot tu, rasa bukan dari musuh kita kerana ianya terlalu mudah sangat. Selalunya dia akan menyerang kita sepenuhnya. Lepas tu aku terfikir mungkin satu perangkap tetapi bukan juga"

"Hmm.. kalau bukan dari musuh kita. Robot tu datang dari mana?" Lynna berasa hairan seketika

"Err... robot tu datang dari makmal Emmy"

Kaizo, Lynna dan Aidan menoleh kebelakang dan kepala tertunduk sedikit untuk melihat Emmy yang sedang tersengih kecil di situ. Kaizo berikan renungan maut dia kepada Emmy. Gadis kecil itu terpaksa menghadapi keamukan dan kemarahan dari Kaizo sebentar nanti. Hati dia sudah berdebar-debar dan mata dia tidak mahu melihat wajah Kaizo yang kelihatan bengis pada ketika itu

"Kenapa robot kau menyerang kami? Kau yang suruh ke? Atau virus tu berjaya mengawal robot kepunyaan kau?"

"Bukan abang beruang.. sebenarnya... semasa berlakunya lintar pintas. Emmy ingatkan hanya abang Fely dan yang lain-lain sahaja jadi baby rupanya ada benda lain juga yang berlaku. Salah satu robot Emmy mula bertindak dengan sendirinya. Emmy tak sengaja.. maafkan Emmy" Kepala Emmy tertunduk sedikit

"Betul satu sahaja yang jadi tak betul?" tanya Kaizo

Emmy hanya angguk sahaja kerana dia tahu salah dia tetapi dia tidak sengaja

"Emmy jangan sedih, ini bukan salah Emmy cuma kesilapan yang kita tidak jangka akan berlaku" kata Lynna dengan nada lembut dia "Emmy sudah siapkan alat untuk pulihkan mereka semua?"

"SUDAH!" Emmy kembali semangat. Dia keluarkan sebuat alatan kecil. Bentuk alat itu seperti pistol mainan "Abang beruang dan kakak fantasy tolong keluarkan mereka semua"

Kaizo dan Lynna membawa seorang demi seorang dari stroller itu. Mereka letakkan bayi-bayi itu di hadapan kedai Tok Aba. Mereka tidak lari, hanya duduk sahaja di atas tanah. Emmy sudah bersiap sedia untuk pulihkan mereka semua. Dengan kiraan satu sampai tiga, Emmy terus berikan satu tempat ke atas mereka semua. Bayi-bayi itu mula berubah menjadi seorang remaja kecuali Rizu kerana tahun depan dia akan masuk darjah 5. Mata mereka terkebil-kebil melihat kedai Tok Aba dan juga pada diri mereka

"Eh.. apa terjadi tadi?" tanya Boboiboy

"Maaf semua.. ada sesuatu yang terjadi dekat makmal Emmy dan terus kamu semua jadi baby" Emmy tersengih kepada Boboiboy

"Ohh.. tapi Emmy jangan risau, kita orang maafkan Emmy" Boboiboy bangunkan diri dia

"Err.. tapi kenapa dia orang berdua masih lagi jadi bayi" Fang tunding jarinya ke arah dua orang bayi

"ERK!" Terkejut Emmy "ABANG BERUANG! KAKAK FANTASY PULA YANG JADI BABY! Adeh.." Dia menepuk dahinya sendiri "Emmy kena pulihkan mereka pula tapi selamat pistol ni ada"

"Hah, pulihkanlah mereka" kata Yaya

Semasa Emmy hendak berikan tembakan ke atas dua bayi itu, tiba-tiba sahaja pistol itu menjadi rosak. Pistol itu mengeluarkan asap-asap kecil

"Alamak.. Emmy kena buat yang baru.. maaf semua" Emmy garu-garu kepala dia sambil tersengih "Tak pernah pula jadi begini sepanjang hidup Emmy. Agaknya hari ni hari malang buat Emmy kot"

"Agaknya tapi takpe.. bolehlah kita orang main dengan abang Kaizo dan kak Lynna.. hehee" Bella tersenyum sinis sambil melihat dua bayi itu

Kaizo dan Lynna melihat satu sama lain. Lalu mata Kaizo melirik ke arah adiknya. Ketika itu Fang telah dipeluk oleh Rizu kerana mereka berdua sudah tidak lagi menjadi bayi. Kaizo dengan pantasnya, dia terus berlari ke arah adiknya

"PANG PANG PANG!"

"Eh? Kenapa pulak tu" Fang tidak tahu apa yang abang dia inginkan

Makin lama makin dekat, Kaizo terus gigit kaki adiknya. Fang menjerit sekuat hati dan dia berlari ke tempat lain tetapi Kaizo mengejar adiknya. Selepas dia tidak dapat gigit adiknya, dia terus mencari mangsa yang seterusnya. Semua lari lintang pukang kerana tidak mahu di gigit oleh Kaizo

"Dasyat betul abang Kaizo ni. Kak Lynna jangan jadi macam abang Kaizo ok" kata Yaya sambil mendukung Lynna. Dia pada ketika itu sudah terapung di udara untuk selamatkan diri dia daripada menjadi mangsa Kaizo

Nampaknya Emmy terpaksa pulang ke rumah dan betulkan balik pistol itu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top