Ancaman Baru

Begitu sedap sekali Rizu menghisap chocolatenya. Satu per satu dia makan, kunyah dan hisap chocolate itu sehingga membuatkan Fang terliuar melihatnya. Hati dia mengatakan, jangan makan dan hanya lihat sahaja. Fang tersenyum melihat Rizu begitu seronok sekali menikmati chocolate itu. Mereka kini dalam perjalanan ke kedai Tok Aba. Pagi tadi, Fang membawa adik angkatnya pergi bersiar-siar di tepi pantai dan selepas itu mereka menuju ke bandar Pulau Rintis

"Amboi, sedap betul Rizu makan chocolate tu"

"Mestilah sedap! Tapi hari ini extra sedap!" kata Rizu sambil menjilat jari jemarinya

"Kenapa extra sedap?"

"Sebab abang Fang belanja Pizu!"

"Hmm.. patutlah" Fang angkat kedua-dua belah tangannya. Lalu dia letak di belakang kepala sambil berjalan

"Abang Fang nak rasa?" Rizu hulurkan sepaket chocolate itu kepada abang angkatnya

"Hmmm..." Perasaan Fang pada ketika itu, rasa teragak-agak kerana dia seperti ingin merasai chocolate itu tetapi sebahagian daripada dirinya seperti ingin menolak perlawaan adik angkatnya "Err.."

"Ambik lah satu abang Fang" pujuk Rizu "Nanti abang Fang rasa rugi pula kalau tak rasa"

"Yelah yelah" Fang mengalah. Lalu dia mengambil salah satu chocolate di dalam paket kecil itu. Chocolate itu berbentuk bulat dan di bahagian dalamnya pula, terdapat perisa peanut butter. Dia terus masukkan chocolate itu ke dalam mulutnya

"Macam mana? Sedap tak?"

"Hmm..." Chocolate itu cair di dalam mulut Fang "Rasa dia sedap tapi chocolate ni, tak dapat kalahkan kesedapan donut lobak merah.. hehehe"

"Hehehe.. abang Fang ni memang hantu donut lobak merah yea. Kenapa abang Fang suka sangat dengan donut tu?"

"Entahlah" Nada suara Fang berubah menjadi sedih sedikit "Mungkin sebab donut itu mengingatkan abang tentang ibu dan ayah abang. Dulu-dulu ibu abang selalu buatkan donut lobak merah untuk abang tapi abang lupa bagaimana rasa donut yang ibu abang buatkan. Mana-mana donut lobak merah yang abang jumpa, abang akan menghargai donut itu walaupun rasa dia kurang sedap.. hehehe tapi rasanya, abang belum pernah jumpa lagi donut lobak merah yang tak sedap"

"Ohh.. sedih juga cerita disebalik donut lobak merah tu. Abang Fang bertuah sebab dapat bersama dengan mereka walaupun sekejap sahaja. Pizu pula, Pizu tak ingat kenangan Pizu dengan ayah masa dulu. Cuma, pernah sekali kak Lynna munculkan ayah dekat Pizu.. itu sahaja kenangan yang ada pada Pizu dan Pizu akan sentiasa menghargainya" Air mata Rizu mula menitis sedikit demi sedikit "Pizu rindukan ayah"

"Abang pun rindukan ibu dan ayah" kata Fang "Baguslah kita rindukan mereka, maknanya kita tidak pernah lupakan mereka. Lagipun Rizu jangan terlalu sedih sangat sebab Rizu masih ada ibu lagi dan sekarang ni, Rizu ada abang dan juga abang Kaizo! Kita orang sayangkan Rizu dan anggap Rizu seperti adik kita orang sendiri"

"Terima kasih abang Fang! Walaupun dulu-dulu Pizu rasa kurang kasih sayang dari ibu tapi sebenarnya ibu sayang sangat dekat Pizu. Sebab itu dia bekerja keras untuk pastikan Pizu hidup dalam keadaan yang selesa. Suatu hari nanti, Pizu nak balas jasa ibu. Terima kasih, ibu"

"Abang pun nak ucapkan terima kasih dekat ibu dan ayah abang sebab jaga abang dan juga abang Kaizo semasa mereka masih hidup lagi.. dia oranglah lindungi kita orang sehingga akhir hayat mereka"

Hati Fang rasa tenang kerana dapat berborak secara matang dengan Rizu. Dia sebenarnya sudah lama tidak berborak begitu dengan Rizu kerana kesibukan masing-masing. Ada masanya, dia rindu sewaktu mereka bergurau senda dan pada masa itu, Rizu masih kecil lagi. Sekarang ini, Rizu sudah meningkat dewasa cuma badan dia masih kecil dan keding. Mereka berdua belok ke kiri untuk masuk ke dalam kawasan perumahan. Mereka melintas di hadapan taman permainan dan teruskan ke depan. Taman permainan itu penuh dengan keriangan anak-anak kecil sedang bermain tanpa fikirkan masalah dunia. Selepas itu mereka masuk lagi satu lorong di sebelah kanan dan mereka berhenti berjalan apabila mata mereka ternampak seorang pemuda lelaki terduduk di tepi tembok rumah

"Eh.. kenapa dengan abang tu?" tanya Rizu

Dia dan Fang berlari ke arah lelaki itu. Fang mula perasan, penampilan lelaki itu seperti seorang ejen. Lalu mata dia melirik ke arah badan lelaki itu. Tapak tangan lelaki itu sedang memegang lukanya di bahagian perutnya. Manakala muka dia ada kesan lebam dan sedikit luka pada bahagian dahi. Ada kesan darah di tepi bibir lelaki itu. Dia seperti di serang oleh sesuatu atau seseorang

"Abang ok ke?" soal Rizu

"Aku ok" jawab lelaki tampan itu "Kamu berdua patut beredar dari situ sebelum mereka serang kamu pula"

"Siapa serang?" soal Fang kali ini "Alien ke?"

"Bukan tetapi mereka adalah orang yang berbahaya tapi aku rasa, kamu berdua tidak perlu tahu kerana ini tugas aku bukan tugas kamu berdua" Lelaki itu cuba bangunkan dirinya tetapi kaki dia terasa lemah dan akhirnya, dia terjatuh

"Abang Fang, kita bawa dia jumpa kak Lynna"

"Ha ah, kak Lynna boleh rawat dia" kata Fang kepada Rizu

"Kak Lynna? Siapa tu? Doktor ke?"

"Bukan" jawab Fang "Dia bukan doktor tapi.. dia adalah seseorang yang istimewa. Mari kami tolong..." Dia tidak tahu apa nama lelaki tampan itu

"Panggil aku Rizwan, ejen Rizwan"

Mata Rizu terus bersinar-sinar kerana nama dia sama sahaja dengan nama ejen itu. Senyuman dia semakin lama semakin lebar dan Fang rasa takut pula melihat adik angkat dia senyum begitu. Rizu begitu teruja sekali apabila nama lelaki itu sama dengan nama dia sendiri

"Wah! Nama kita samalah!" kata Rizu dengan penuh riang "Nama saya pun Ridzwan! Tapi ibu panggil saya Rizu tapi saya suka gelarkan diri saya sebagai Pizu!"

"Salam berkenalan Rizu" kata ejen Rizwan "Maaf tapi saya harus pergi. Saya tiada masa untuk berborak dengan kamu berdua"

"Tapi ejen Rizwan cedera. Baik ikut kami dan kak Lynna boleh bantu ejen Rizwan" Fang cuba menyakinkan ejen itu untuk mengikut mereka berdua pergi berjumpa dengan Lynna "Jangan risau, kami bukan orang jahat. Kak Lynna pun bukan orang jahat juga"

"Betul tu! Abang Fang ni superhero Pulau Rintis"

"Superhero?" Rizwan memandang Fang dengan perasaan curiga. Pemikiran dia terus terlintas sesuatu "Adakah sasaran mereka bukan budak itu seorang sahaja?"

"Kenapa ejen abang Rizwan? Siapa mereka tu?" soal Rizu dengan penuh kerisauan "Dia orang nak culik Pizu ke? Pizu pernah kena culik ni dan pernah sekali tu, ada dua orang ejen tolong selamatkan Pizu"

"Hmm.. aku kenal siapa yang kamu maksudkan itu" kata Rizwan "Fang.. Rizu.. bawa aku berjumpa dengan kak Lynna" Dia mungkin dapat jawapan apa yang dia terfikir sebentar tadi

Fang dan Rizu seronok dapat menolong ejen itu. Sepanjang perjalanan mereka ke kedai Tok Aba, Rizu asyik melihat ejen Rizwan. Seolah-olah Rizwan itu seperti abang kandung dia sendiri. Fang perasan dengan perbuatan Rizu pada ketika itu. Lalu dia rasa sedikit cemburu kerana Rizu telah jumpa orang yang dia boleh banggakan selain daripada abang angkat dia sendiri

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang gadis berambut panjang, memakai cekak putih, sedang sibuk menikmati ice chocolate di bawah bumbung kedai Tok Aba. Cuaca pada tengahari itu agak panas tetapi boleh rasa angin-angin yang bertiupan di situ. Boboiboy dan Ochobot sedang sibuk menolong Tok Aba. Mereka mengemas, membasuh, mengelap setiap pinggan mangkuk yang telah digunakan. Tok Aba pula, begitu tenang sekali menyediakan makanan yang telah dipesan oleh para pelanggan

"Kak Lynna tengah tunggu abang Kaizo ke?" soal Boboiboy sambil menyusun pinggan-pinggan yang sudah siap dibasuh

"Ha ah" jawab Lynna

"Hehehe.. kak Lynna dan Kapten Kaizo berdating yea hari ini"

"Err.." Lynna tersengih sedikit kepada Ochobot. Muka dia naik merah kerana malu "Kita orang nak pergi bersiar-siar aje dekat sini"

"Ala, berdatinglah tu.. hehehe" Boboiboy tergelak sedikit

"Isk kamu ni, janganlah menyakat Lynna sangat. Dah tahu dia orang nak pergi berdating, buat apa tanya lagi"

"Hehehe.. maaf Tok Aba" Boboiboy garu-garu kepalanya sambil tersengih lemah "Abang Kaizo mana, kak Lynna?"

"Dia ada dekat kapal angkasa" jawab Lynna sambil perhatikan seekor burung sedang berkicauan di atas bumbung gazebo "Dia yang suruh akak tunggu dekat sini. Entah bila dia akan sampai"

"Mesti dia ada hal penting dekat kapal angkasa tu" kata Ochobot "Ada apa-apa terjadi dekat angkasa ke?"

"Kalau ada hal penting pun, mesti kommander akan panggil kita semua"

"Betul juga tu Boboiboy" balas Ochobot sambil menghidangkan semangkuk ice cream chocolate di hadapan Lynna "Mesti perkara biasa kot"

"Apa-apa pun, jangan si Kaizo tu lupa sudah" Lynna menyuapkan dirinya dengan sesudu ice cream chocolate tersebut

Lynna teringat kembali semasa Kaizo lupakan janji mereka untuk pergi bersiar-siar. Pada ketika itu, Kaizo cuba sedaya upaya untuk memujuk dan meminta maaf kepada Lynna. Akhirnya, Lynna maafkan Kaizo. Kadang-kala ada juga yang bertanya kepada Lynna, apa dia dan Kaizo selalu berborakkan? Dia hanya menjawab perkara yang penting sahaja dan ada kalanya mereka akan bergurau senda dengan perkara remeh-temeh. Boboiboy terfikir, Kaizo dan Lynna selalu pergi bersiar-siar tetapi tidak rasa bosan ke asyik tempat yang sama sahaja? Sebenarnya, Lynna yang membawa Kaizo merata tempat di dalam dunia ini. Lynna yang ingin membawa Kaizo melihat keindahan dunia itu. Fang tidak tahu tentang perkara itu dan dia selalu fikirkan mereka hanya bersiar-siar di dalam Pulau Rintis sahaja. Boboiboy terpandang 3 orang yang datang dari jauh sedang menuju ke arah kedai Tok Aba. Semakin lama semakin dekat, dan akhirnya Boboiboy dapat mengenali siapakah 2 orang itu tetapi salah seorang daripada mereka, dia tidak pernah nampak sebelum ini

"Eh, siapa dengan Fang dan Rizu?" soal Boboiboy

Lynna menoleh kebelakang untuk melihat siapakah orang itu. Dia sama seperti Boboiboy, dia tidak begitu mengenali lelaki tampan itu. Lelaki itu berjalan agak lemah. Lynna ternampak kesan darah di bahagian perut lelaki tersebut. Lalu mata dia terpandang kaki lelaki itu luka sedikit

"KAK LYNNA!" panggil Fang "Tolong dia kak Lynna!"

"Kenapa dengan dia?" Lynna bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia pergi ke arah Fang "Siapa serang dia? Adudu ke?"

"Bukan tapi musuh dia" jawab Fang

Lynna periksa wajah ejen itu dengan pandangan yang serius. Hati dia terdetik mengatakan bahawa lelaki itu kelihatan tampan sekali. Lalu dia teringat dekat Kaizo. Mereka membawa lelaki itu duduk di atas kerusi kedai Tok Aba. Ochobot berikan segelas air kepada lelaki itu

"Siapa kamu?" soal Lynna dengan perasaan yang curiga "Apa yang aku lihat sekarang ini, kau seperti seorang ejen"

"Yea, aku memang seorang ejen" balas Rizwan sambil mengambil segelas air dari tangan Ochobot "Aku rasa kamu semua tahu tentang M.A.T.A kerana pernah sekali dua orang ejen muda ke pulau ini"

"Maksud abang, Ali dan Alicia" kata Boboiboy "Sudah lama tidak dengar khabar berita dari mereka berdua. Mesti sudah jadi ejen yang hebatkan"

"Hmm.." Rizwan melihat Boboiboy dan robot berwarna kuning itu "Aku ada dengar cerita tentang jam-jam kuasa yang ada di sini"

"Ha ah, saya adalah salah satu pemilik jam kuasa itu" kata Boboiboy "Fang pun ada jam kuasa juga tapi.. ada musuh baru cuba nak rampas jam kuasa ini ke?"

Rizwan mengeluarkan sebatang lolipop dari poket seluarnya. Lalu dia membuka bungkusan lolipop itu. Dia masukkan ke dalam mulutnya dan lalu berkata

"Aku ada dengar cerita bahawa mereka ingin cuba merampas jam-jam kuasa kamu. Aku tahu jam-jam kuasa itu bukanlah jam kuasa biasa. Ianya mempunyai kuasa yang sangat luar biasa" kata Rizwan "Tetapi.. aku ada dengar satu lagi cerita tentang budak genius yang tinggal di pulau ini"

"Maksud abang.." Mata Rizu menjadi bulat besar kerana terkejut "KAKAK EMMY DALAM BAHAYA! Kita kena pergi lindungi kakak Emmy!"

"Jangan risau, aku sudah arahkan Bakar, Ali dan Alicia untuk perhatikan dia" kata Rizwan "Tapi.. ada sesuatu yang membuatkan aku terfikir"

"Apa yang kau fikirkan?" soal Lynna

"Dulu Uno dan Jenny cuba merampas jam-jam kuasa mereka dan kini mereka sudah kembali untuk menculik Emmy. Bagaimana jikalau rancangan mereka kali ini untuk mencuba lagi merampas jam-jam kuasa itu dan menculik Emmy supaya budak genius itu boleh mencipta jam kuasa yang hampir sama dengan jam kuasa kamu" Lalu Rizwan berkata lagi "Jikalau tekaan aku memang tepat, kita harus halang rancangan mereka. Jika tidak, mereka sukar dikalahkan"

Boboiboy menggigil sebentar kerana terbayangkan jam kuasa digunakan untuk menakluki bumi ini. Dia pegang jam kuasanya seolah-olah dia melindungi jam kuasa itu daripada musuh-musuhnya

"Pizu takut" Rizu peluk abang kesayangan dia iaitu Fang "Abang Fang kena hati-hati. Pizu takut dia orang cederakan abang Fang sebab nak kan jam kuasa tu"

"Jangan risaulah. Kalau dia orang datang, abang akan ajar mereka! HAHAHA" Fang ketawa bangga pada ketika itu "Lagipun abang Kaizo mesti akan tewaskan mereka nanti"

"Kamu jangan terlalu bangga sangat" Nada Rizwan agak tegas sedikit "Mereka bukanlah musuh yang mudah kita dapat tewaskan. Mereka bergerak secara berkumpulan. Aku cuma takut jikalau mereka dapat membaca setiap pergerakan perlawanan kamu semua dan dapat kalahkan kamu dengan begitu mudah. Kita semua harus berhati-hati dan jangan terlalu leka sangat" Dia mula hendak beredar dari situ tetapi Lynna menghalang dia pergi "Kenapa kamu menghalang aku?"

"Kau perlu berehat. Badan kau masih lagi luka" jelas Lynna "Rehat sahaja di sini dan biar kami ambil tugas kamu"

"Tak perlu, aku tidak pernah berehat dalam mana-mana misi"

"Tapi abang ejen Rizwan kan tengah cedera" Rizu tunjuk bahagian badan ejen itu yang sedang mengalami kecederaan "Kakak Lynna boleh rawat abang ejen Rizwan"

Lynna angguk kepalanya tetapi dia perlukan seseorang untuk mengaktifkan kuasa penyembuh itu. Dia perlukan Kaizo tetapi sang alien itu masih belum lagi tiba di taman itu. Dia tidak boleh biarkan Rizwan perlu dari situ

"Betul kata Rizu tu. Kami di sini bukanlah superhero biasa-biasa sahaja. Kami semua pernah mengalami situasi yang jauh lebih bahaya. Kami di sini akan bantu ejen Rizwan dan kami tidak akan benarkan musuh kamu merampas jam-jam kuasa dan juga menculik Emmy"

Rizwan sebenarnya tidak begitu yakin tetapi nada Lynna yang agak tegas tetapi di dalam nada yang tenang, membuatkan dia percayakan sang gadis itu. Dia tidak sedar bahawa seorang lelaki sudah turun dari kapal angkasa, terus ke taman itu. Lelaki itu adalah Kapten Kaizo. Mata Kaizo terpandang seorang lelaki tampan dan di hadapan lelaki itu pula ialah Lynna. Mata dia merenung tajam ke arah mereka berdua yang sedang berbincangkan sesuatu dengan penuh serius. Tiada siapa sedar bahawa dia sudah pulang ke bumi. Adik dia sendiri pun tidak menoleh kebelakang kerana terlalu tertumpu dengan perbincangan di antara Lynna dan lelaki itu

"Ada sesuatu yang terjadi semasa ketiadaan aku ke?" bisik Kaizo sambil berjalan menuju ke kedai Tok Aba

Kaizo terdengar perbincangan mereka tentang sebuah agensi yang digelarkan sebagai M.A.T.A. Dia pernah nama itu sebelum itu. Lalu pemikiran dia terlintas tentang dua orang ejen yang pernah menyelamatkan mereka dari seorang lelaki yang bernama Uno dan seorang perempuan yang bernama Jenny

"Eh, abang Paizo dah balik" Rizu orang pertama yang menyedari Kaizo sudah pun berada di situ "Abang Paizo, Pizu nak memperkenalkan abang ejen Rizwan!"

"Ejen Rizwan?" Mata Kaizo melirik dari kepala Rizwan hingga ke bahagian tapak kaki "Kenapa dia berada di sini? Ada kecemasan ke?"

"Ada" kata Rizwan secara tidak langsung "Aku dan pasukan aku sedang memerhatikan seorang budak genius daripada diculik oleh sekumpulan yang bernama Numeros. Bakar, Ali dan Alicia kini sedang perhatikan setiap gerak-geri dia"

"Dan kenapa kau berada di sini?" soal Kaizo

"Sebab abang Fang dan Pizu jumpa dia tadi. Kasihan abang ejen Rizwan. Dia kena serang, sebab tu ada kesan luka dekat badan dan muka dia. Jadi kita orang bawalah dia ke sini supaya kak Lynna boleh rawat dia. Abang ejen Rizwan ni baik! Nama dia sama dengan Pizu.. hehehe.. tak tahulah kenapa hati Pizu rasa nak sangat berkenalan dengan abang ejen Rizwan. Kalau boleh nak juga menjadi seorang ejen yang handal macam abang ejen Rizwan! Pizu harap abang Fang tak cemburulah nanti"

Berkerut dahi Fang. Tangan dia mahu sekeh kepala adik angkatnya tetapi disebabkan dia terlampau sayangkan adik angkat dia, lalu dia mengawal dirinya daripada buat begitu. Mata Rizu asyik berkelip-kelip kepada ejen Rizwan. Mulut dia ternganga sedikit kerana dia mahukan lolipop yang sedang dimakan oleh Rizwan

"Sedapnya lolipop tu" bisik Rizu

"Rizu, jangan terlalu mudah percayakan orang" tegas Kaizo "Walaupun kita tidak begitu mengenali dia, kita tidak seharusnya terlalu leka dan membuatkan kerja dia terlalu mudah untuk jatuhkan kita"

"Tapi dia kan seorang ejen seperti Ali dan Alicia. Kita percayakan mereka berdua tetapi kenapa bukan dia pula?"

"Maafkan aku Lynna.. aku cuma takut kalau ini hanyalah lakonan dia sahaja" kata Kaizo "Tapi kalau kau percayakan dia, aku tidak akan halang kau. Cuma kau harus berhati-hati"

"Ikut kau ajelah. Aku disini bukan untuk menyakinkan kamu semua untuk percayakan diri aku" balas Rizwan. Dia tidak begitu kecewa sangat. Dia rasa, lebih baik dia beredar dari situ daripada menjadi sesi pergaduhan "Aku di sini hanya untuk jalankan tugas sahaja" Dia dan Kaizo pandang satu sama lain seperti mereka bermusuhan

"Pstt... abang Fang" bisik Rizu kepada Fang "Abang Paizo tu hebat tapikan.. badan dia keding aje. Kalau dibandingkan dengan abang ejen Rizwan, badan dia macam ahli bina badan"

Berkerut dahi Kaizo apabila dia terdengar bisikan Rizu tadi. Rizwan mula beredar di situ tetapi dia telah dihalang oleh Rizu

"Abang ejen Rizwan jangan pergi dulu" Rizu pegang tangan Rizwan "Abang ejen Rizwan, bagilah kak Lynna rawat abang dulu sebelum pergi"

"Hmm.. maaf tapi aku harus pergi. Tentang luka ini, biarlah aku sendiri yang uruskan"

Rizu lepaskan tangan Rizwan. Dia melihat wajah ejen itu dengan penuh kesedihan dan juga kerisauan. Lalu Rizwan keluarkan sebatang lolipop dan berikan kepada Rizu. Si anak kecil itu mula tersenyum lemah sambil mengambil lolipop tersebut. Tiba-tiba ada satu letupan yang berlaku dan menyebabkan kedai Tok Aba bergegar sedikit. Letupan itu bukanlah letupan biasa tetapi letupan yang berbahaya. Asap-asap hitam mula naik ke ruang udara. Para penduduk di situ, mula keluar dari rumah untum melihat apa yang berlaku. Kekecohan mula berlaku di pulau itu. Mereka tidak tahu apa yang menyebabkan letupan itu berlaku. Mereka terkejut apabila ternampak sebuah pesawat berwarna hitam kebiruan naik ke udara dan terus terbang pergi

"Itu pesawat mereka!" kata Rizwan

"Rumah siapa yang mereka letupkan itu?" soal Kaizo

"Jangan-jangan dia orang sudah dapat tangkap Emmy!" kata Boboiboy secara tiba-tiba "Aku kena pergi selamatkan Emmy! BOBOIBOY TAUFAN!"

Boboiboy Taufan terbang pergi dengan hoverboardnya. Fang juga turut pergi membantu Boboiboy Taufan. Dia keluarkan helang bayangnya dan terus menunggang helang itu. Lalu mereka terbang pergi untuk mengejar pesawat itu. Sewaktu mereka berdua sudah pergi mengejar pesawat musuh mereka, Ying tiba di kedai Tok Aba. Muka dia kelihatan cemas. Ada kesan-kesan hitam pada wajahnya

"EMMY KENA CULIK!" Jerit Ying

"Nampaknya mereka sudah bertindak. Aku harus mengejar pesawat mereka"

"Tapi abang ejen Rizwan tak boleh terbang" kata Rizu yang sudah mulai risau "Biar abang Boboiboy dan abang Fang yang kejar mereka"

"Yaya pun tengah kejar mereka juga" balas Ying "Tadi kita orang terserempak dengan Ali dan Alicia. Sorang lagi tu kami tak kenal tapi badan dia besar. Lepas tu kami diserang oleh musuh mereka. Tak tahu apa jadi, rumah Emmy terus meletup. Habis hancur semuanya termasuklah makmal Emmy sekali dan Idoli cedera parah" Mata Rizu mula berkaca selepas sahaja dia mendengar cerita dari Ying. Lalu gadis berbangsa cina itu sambung bercerita lagi "Kami hanya nampak Emmy dibawa masuk ke dalam pesawat itu. Yaya pergi kejar mereka. Gopal masih ada lagi dekat sana"

"Lynna.. kau harus pergi tolong mereka" kata Kaizo

"Bagaimana dia nak kejar? Dia ada kuasa seperti mereka juga ke?" soal Rizwan "Kalau tiada, jangan buang masa aku" Dia terus berlari untuk pergi ke tempat kesan letupan itu

"Biarkan sahaja dia, kau pergi" kata Kaizo lagi kepada Lynna "Aku akan cuba halang mereka dengan kapal angkasa aku" Dia menekan jam kuasanya untuk menghubungi Lahap "Ying, kau pergi ikut Lynna"

"Baik abang Kaizo!"

Lynna angguk sahaja dan terus terbang pergi dengan menggunakan kuasanya. Rizu meraung kuat kerana tidak dapat bayangkan kawan baik dia cedera parah. Ochobot cuba redakan kesedihan Rizu. Kaizo menggenggamkan kedua-dua tangannya. Dia tidak akan maafkan musuh baru mereka

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy Taufan dan Fang terbang terus ke depan. Semakin lama semakin hampir dengan Yaya. Pesawat hitam kebiruan itu tidak berada jauh daripada mereka. Yaya menoleh ke kiri dan ke kanan dia. Lalu dia angguk kepalanya kerana dia lega ada bantuan datang. Mereka pecutkan kelajuan terbangan mereka. Tiba-tiba pintu belakang pesawat itu terbuka luas. Seorang lelaki cina sedang berikan senyuman sinis kepada mereka. Dia seperti memakai sebuah helmet yang berteknologi tinggi

"Kenapa dia senyum begitu dekat kita?" soal Yaya

"Aku malas nak tahu tapi kita harus serang dia!" Fang mara ke depan untuk menyerang lelaki itu

"Aku rasa ada sesuatu yang muslihat orang itu akan lakukan" kata Boboiboy Taufan "Yaya, kau terbang ke depan dan cuba halangkan penerbangan mereka. Aku dan Fang akan serang orang tu!"

"Ok!" Yaya terus pecut ke hadapan

Akan tetapi, Yaya berhenti terbang dan badan dia mula jatuh. Jam kuasa dia terlepas dari pengelangan tangannya. Lelaki cina itu menggunakan helmet ciptaan dia untuk merampas jam kuasa Yaya. Jam kuasa Yaya terus ke tangan lelaki cina itu. Boboiboy Taufan dan Fang nampak apa yang berlaku. Boboiboy Taufan menjunam ke bahwa untuk pergi selamatkan Yaya. Kini hanya tinggal Fang sahaja untuk serang lelaki itu. Tanpa disedari oleh Boboiboy Taufan, lelaki cina itu berjaya menggunakan kuasa helmet itu untuk merampas jam kuasa Boboiboy pula. Boboiboy kembali kepada yang asal. Dia pula yang jatuh dalam kelajuan yang agak pantas

"FANGG!" jerit Boboiboy dengan tangannya terkapai-kapai ke arah Fang

"HAH?!" Fang menjadi cemas apabila dia melihat Boboiboy dan Yaya jatuh dari aras yang tinggi

Fang tinggalkan niat untuk menyerang lelaki itu. Dia terpaksa pergi menyelamatkan dua sahabatnya. Malangnya, Fang menjadi mangsa yang seterusnya. Jam kuasa dia pula tertanggal dari pergelangan tangannya. Helang bayang dia hilang dari ruang udara itu

"Selamat tinggal" kata lelaki cina itu dengan nada sinis. Lalu dia tutup pintu tersebut dan biarkan mereka bertiga jatuh dari situ

Yaya sudah tidak berdaya lagi untuk menjerit meminta tolong. Akhirnya dia mula hilang sedar. Mata dia tertutup rapat dan badan dia seumpama kaca yang hanya menunggu untuk jatuh berkecai di permukaan bumi. Beberapa saat kemudian, Boboiboy pula menjadi nasib yang sama seperti Yaya. Fang masih lagi cuba tahankan dirinya tetapi akhir dia tewas. Sebelum dia mula hilang sedar, pemikiran dia terlintas tentang abangnya dan juga ibu bapanya. Di dalam hatinya mengucapkan selamat tinggal kepada abangnya. Mata dia tertutup, berserta dengan air matanya mengalir keluar

"KUASA SLOW MO!"

Boboiboy, Fang dan Yaya mula bergerak secara perlahan. Lynna tiba di situ dengan wajah yang cemas. Dengan pantasnya, dia pergi selamatkan Yaya terlebih dahulu. Dia peluk pinggang Yaya dan bawa gadis bertudung pink itu ke bumi. Dia baringkan Yaya di atas padang, bersebelahan dengan pokok. Kemudian dia sambung pergi menyelamatkan Boboiboy dan Fang pula. Dia membawa dua orang remaja itu turun ke bumi. Lalu dia baringkan kedua-dua remaja itu di sebelah Yaya

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Bagaimana jam kuasa mereka boleh dirampas?"

"Mana aku tahu Kaizo"

"Ini mesti Dr. Aaron gunakan ciptaan dia untuk merampas jam kuasa mereka?"

"Siapa Dr. Aaron?"

"Err.. dia tu orang jahat.. hehehe.."

"Dia adalah salah seorang dari ahli pasukan dari kumpulan Numeros dan Uno adalah ketua kumpulan itu. Dia dan yang lain-lain berjaya melarikan diri apabila Academy M.A.T.A dimusnahkan oleh satelit M.A.T.A sendiri. Saya tidak pasti jikalau Uno dapat selamatkan diri"

"Alicia, aku rasa dia tak sempat selamatkan dia"

"Mungkin juga tapi aku tidak berapa pasti"

Boboiboy mula gerakkan jari jemari dia. Lalu dia membuka mata dia sedikit demi sedikit untuk melihat siapa yang sedang berbincang itu. Kaizo, Lynna, Ali, Alicia dan Rizwan sedang berbincangkan tentang sesuatu. Dia mula mengenal pasti dimanakah dia berada sekarang ini. Dia kini berada di dalam ruang tamu rumah Fang. Lalu dia bangunkan dirinya sambil memicit dahi kepalanya

"Eh, Boboiboy sudah bangun" Boboiboy terdengar suara Ying "Kau ok tak?"

"Aku.. ok" balas Boboiboy dengan nada yang lemah. Tanpa amaran, Boboiboy telah dipeluk oleh Ochobot "Apa yang terjadi tadi? Siapa selamatkan aku?"

"Kak Lynna yang selamatkan kau maaa" kata Ochobot yang rasa lega ketika itu kerana Boboiboy sudah sedarkan diri "Fang dan Yaya juga selamat"

"Dia orang ada dekat mana?" soal Boboiboy lagi "Gopal mana?"

"Fang ada dekat dalam bilik dia dan Yaya, ada dekat dalam Faye. Gopal pula... dia ada dekat dalam dapur bersama dengan ejen Bakar" jelas Lynna "Kamu berehat dahulu. Akak ada buatkan bubur, nanti makan ok"

"Terima kasih kak Lynna" balas Boboiboy

"Kau ingat tak apa yang terjadi tadi?" kali ini dia disoal oleh ejen Rizwan

"Apa yang saya ingat, jam kuasa saya dirampas oleh musuh kita" Boboiboy pegang pergelangan tangannya, tempat dia memakai jam kuasanya "Yaya dan Fang punya, dia dah rampas. Maafkan kami kerana gagal menghalang mereka"

"Takpe, kita akan berusaha untuk dapatkan jam kuasa kau balik dan juga budak genius tu" Ali tepuk bahu Boboiboy untuk memberikan semangat "Kau ingat aku lagi tak?"

"Ingat" kata Boboiboy "Aku sudah lama tak nampak kau. Kenapa tak datang ke sini lagi?"

"Hehehe.. aku ada misi penting yang aku patut jalankan, lepas tu aku ada sesi latihan dekat academy M.A.T.A dan juga sekolah. Tapi kali ini kami dapat bergabung dengan korang semua! Seronoknya!"

"Jangan terlampau seronok sangat. Ini bukannya misi untuk bermain" marah Alicia kepada Ali. Nada dia agak tegas pada ketika itu "Kita kena tumpukan perhatian untuk selamatkan Emmy dan juga jam-jam kuasa kawan kau"

"Betul kata Alicia tu. Aku sudah mengarahkan ejen-ejen lain di M.A.T.A untuk mengesan dimanakah mereka bersembunyi kali ini" Rizwan keluarkan sebatang lolipop dia "Ali, Alicia dan Bakar akan buat pantuan di sini untuk pastikan mereka tidak merampas dua lagi jam kuasa yang ada pada kamu" Dia membuka bungkusan lolipopnya. Terus menghisap lolipop itu

"Dan aku pula, sudah memberitahu kommander Kokoci untuk mengesan dimana musuh kamu berada. Kami akan bekerjasama dengan pihak M.A.T.A untuk tumpaskan kejahatan mereka" kata Kaizo "Laksamana Tarung sudah menerima berita tentang adiknya. Dia mengamuk di kapal angkasa"

"Idoli cedera?" Mata Boboiboy menjadi bulat besar

"Ha ah, budak kecik tu cedera parah tapi selamat kak Lynna dan abang Kaizo dapat sembuhkan dia" Ali terlebih teruja pula ketika itu "Fuh, memang dasyatlah mereka. Tak sangka pula dalam dunia ini ada magik"

"Err.. kak Lynna sahaja yang ada kuasa magik tu. Abang Kaizo hanyalah alien sahaja... hehehe.. so, dia takde kuasa, cuma ada kuasa teknologi alien sahaja, macam jam kuasa kita orang" kata Boboiboy sambil tersengih

"Ohhh.. begitu yea. Memang cunlah!" kata Ali

"Hmm.. jadi ejen Rizwan nak kami tinggal di sini buat sementara ni?" soal Alicia. Dia malas hendak melayan karenah Ali pada ketika itu "Ejen Rizwan pula?"

"Aku perlu pulang ke M.A.T.A untuk berikan laporan. Kamu jangan pergi ke mana-mana dan jangan terlampau leka sangat, terutama sekali si Ali tu"

Ali tersengih sambil memandang wajah Rizwan yang serius itu. Boboiboy rasa sedih sedikit kerana tidak dapat membantu mereka kerana jam kuasanya sudah tiada. Dia hanya mampu berdoa agar jam kuasanya kembali dalam keadaan yang selamat dan sudah tentu Emmy sekali. Dia tidak tahu bagaimana keadaan Emmy sekarang ini. Ochobot memeluk Boboiboy lagi untuk kurangkan kesedihan itu

"Kau akan dapat balik jam kuasa itu. Percayalah kepada mereka kerana mereka juga sama hebat seperti kau dan rakan-rakan kau"

"Terima kasih Ochobot" Boboiboy tersenyum lemah "Aku sebenarnya sedih sebab tak dapat nak bantu dia orang. Macam mana jikalau dia orang dalam keadaan bahaya, siapa nak selamatkan mereka?"

"Jangan risaulah" muncul Faye di dalam ruang tamu itu "Aku, Bella dan Lily kan ada. Alat yang Emmy bagi dekat kita orang dulu, masih ada dengan kami. Jadi biar kita orang gantikan tempat korang buat sementara ni. Kau dekat sini, jaga Fang dan Yaya sahaja. Biar kami pula jadi superhero.. hehehe"

"Hmm.." Kaizo mula mengusap dagunya. Dia tahu mereka bertiga pernah melalui situasi begini tetapi jauh di hati, dia tidak mahu penglibatan mereka bertiga "Aku rasa, baik korang tinggal di sini dan jaga Gopal dan Ying. Biar aku, Lynna dan ejen-ejen M.A.T.A dapatkan jam kuasa kamu semula dan juga Emmy"

"Alaaa.." Faye terus bersedihan "Baru nak join pengembaraan kali ini"

"Maaf Faye, akak setuju dengan Kaizo. Kamu duduk sana di sini dan jaga keselamatan mereka"

"Ok" Faye menghela nafas "Faye akan jaga mereka tapi kalau kak Lynna dan abang Kaizo perlukan bantuan, beritahu sahaja kita orang ok"

Lynna angguk kepalanya kepada Faye. Kaizo melihat Rizwan sudah tiada di dalam rumah itu. Pintu rumah dia sudah terbuka luas. Lalu dia berjalan menuju pintu rumahnya. Lynna pergi ikut Kaizo kerana dia juga ingin tahu apa Rizwan buat di luar rumah. Rizwan tidak lari ke mana, dia hanya berdiri di tengah halaman rumah sambil memandang langit malam. Dia masih lagi menghisap lolipopnya

"Rizwan" panggil Kaizo

Ejen itu tiada di halamam rumah. Pintu pagar rumah itu terbuka luas. Rizwan sudah beredar dari kawasan rumah itu. Kaizo dan Lynna pandang satu sama lain. Mereka berdua seperti tahu apa yang mereka ingin lakukan iaitu pergi mencari Rizwan. Mereka keluar dari halaman rumah itu dan pandang ke sebelah kiri dan kanan. Rizwan masih lagi sedang berjalan di sebelah lorong kanan kawasan perumahan itu. Kaizo dan Lynna mengejar ejen tersebut. Sebaik sahaja mereka tiba di belakang Rizwan, ejen itu bertindak dengan menyentuh leher Kaizo dengan dua jarinya. Kaizo sempat ke tepi dan pegang pergelangan tangan Rizwan secara pantas

"Kau memang handal" kata Rizwan dengan tangannya diturunkan oleh Kaizo. Lalu sang kapten itu lepaskan pegangan dia "Tapi kenapa kau ikut aku?"

"Bawa kami ke headquarters M.A.T.A" itu jawapan dari Kaizo "Aku rasa, kita dapat berbincangkan dengan mereka bagaimana hendak halangkan pasukan Numeros dan juga selamatkan Emmy"

"Kaizo sebenarnya tidak mahu melibatkan mereka" kata Lynna

"Tapi tak kan kau nak biarkan mereka begitu sahaja. Ada dua lagi jam kuasa yang kita perlu lindungi" tegas Rizwan "Aku tahu Bakar, Ali dan Alicia dapat lindungi jam kuasa itu tetapi musuh kita terlalu licik. Mereka boleh baca pihak lawan mereka"

"Yea, aku tahu tapi aku sudah hubungi Laksamana Tarung untuk mengawal ketat sekitar kawasan rumah aku. Jikalau ada musuh cuba menyerang masuk, Laksamana Tarung dan juga pihak TAPOPS akan melindungi mereka"

"Baiklah" kata Rizwan. Jauh dihati dia memang ingin membantah tetapi dia ingin juga mengetahui bagaimana perbincangan mereka di M.A.T.A nanti "Kamu berdua jangan menyesal nanti"

"Aku ambil risiko itu" kata Kaizo dengan keyakinannya tetapi jauh dihati dia, sebenarnya agak risau tentang adiknya

"Kau pasti Kaizo?" Lynna merenung tajam ke arah mata Kaizo. Dia seperti dapat membaca apa yang tersirat di dalam hati Kaizo "Kalau kau risau sangat, aku boleh jaga mereka dan kau sahaja ikut Rizwan ke sana"

"Tak, aku perlukan kau"

"Jadi, kamu berdua sudah bersedia untuk ke sana?" Lalu Kaizo dan Lynna angguk kepala mereka kepada Rizwan "Baiklah, aku akan bawa kamu ke Academy M.A.T.A tapi dengan satu syarat, rahsiakan tentang kami kerana kami bergerak secara rahsia"

Mereka berdua pandang satu sama lain dan tidak akan bocorkan rahsia tentang M.A.T.A. Maka bermulalah pengalaman baru mereka ke sebuah agensi rahsia dan tiada siapa tahu tentang kewujudan mereka

-----------------------------------------------------------------------

Ok tak? Best tak? Maaf kalau ada info yang salah tentang Ejen Ali :3 hehehehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top