Adik-beradik Angkat

Kaizo rasa hairan melihat adiknya duduk termenung di kerusi dapur sambil memegang sebiji donut lobak merah di tangan kanannya. Donut itu langsung tidak dimakan oleh Fang. Entah apa yang dia fikirkan pada ketika itu. Kaizo mula risau. Lalu dia duduk di hadapan adiknya yang langsung tidak sedar dengan kehadirannya

"Pang" panggil Kaizo

"Hmm.." Fang masih lagi termenung. Pemikiran dia sudah berada jauh dari situ

"Pang.. kau ok ke?"

Fang tidak menjawab. Dari riak wajah adiknya, Kaizo boleh lihat kesedihan di mata adiknya. Ada sesuatu yang tidak kena. Dia perlu siasat

"Pang"

Fang mengeluh kecil. Lalu dia perasan abangnya ada di depan matanya sendiri tetapi dia masih lagi kelihatan sedih

"Kau kenapa? Sedih sebab tak sanggup nak makan donut kegemaran kau ke?"

"Bukanlah abang" jawab Fang "Adik sedih sebab Rizu"

"Kenapa dengan dia?" Kaizo mula rasa curiga "Dia sudah masuk akademi MATA ke?"

"Tak.." Fang mula bercerita "Abang perasan tak 2 3 hari ni. Rizu langsung tak datang rumah kita. Lepas tu, dia langsung takde bercakap dengan sesiapa kecuali kawan baik sekolah dia"

"Maksud kau, dengan kawan kau pun dia tak bercakap?"

"Takde" kata Fang sambil gelengkan kepalanya "Boboiboy pernah cuba tegur dia tapi Rizu lari. Adik semalam tunggu dia dekat depan sekolah, dia langsung tak nak tegur adik. Tengok muka adik pun, dia tak nak. Adik risau jika adik ada buat salah dekat dia"

"Kau ada buat salah ke?"

"Takde rasanya. Kali terakhir kita orang berborak masa kita makan pizza sama-sama. Lepas tu, tiba-tiba sahaja dia berubah"

"Nanti abang akan cuba bercakap dengan dia" Kaizo cuba berikan senyuman dia kepada Fang "Kau jangan risau. Abang tak nak lihat adik abang sedih adik angkat kita tu"

"Hehehe.. bukan dia adik kandung kita ke?"

"Bila masa? Kau jangan cuba nak merepek yea"

"Ala abang ni.. adik main-main aje tapi selama ini, adik memang selalu anggap dia sebagai adik kita sendiri. Seronok betul dapat seorang adik walaupun Rizu hanyalah adik angkat sahaja" Fang mula gigit donut lobak merahnya "Dia pun seronok dapat dua orang abang"

"Dua orang abang? Siapa seorang lagi?"

"Apalah abang ni" Fang kunyah makanannya dan lalu bercakap "Seorang lagi tu mestilah kapten yang terkenal tu, Kapten Kaizo"

"Ohh.." Kaizo tiba-tiba rasa bangga dengan dirinya "Ingatkan seorang lagi tu ejen Rizwan, rupanya abang"

"Cemburu ke?" Fang menyindir abangnya "Cakap ajelah abang sebenarnya cemburu"

"Bila masa. Kau tu yang kuat cemburu" Kaizo bangun dari tempat duduk dia "Abang ada hal. Kau jangan nak buat nakal hari ni"

"Hmm.. nak larilah tu" bisik Fang "Baiklah abang, adik tak kan buat nakal"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Kaizo dan Lynna pergi bersarapan pagi di sebuah kedai yang terkenal dengan pancake-pancake sedapnya. Kedai itu terletak di tepi pantai. Para pengunjung boleh menikmati sarapan pagi mereka sambil melihat keindahan pantai dan air laut tersebut. Kaizo dan Lynna mengambil tempat mereka di bahagian luar kedai. Buku menu telah diberikan kepada mereka berdua untuk memilih makanan mana yang mereka mahukan

"Hmm... mana patut aku pilih" Mata Kaizo melirik ke kanan ke kiri untuk membuat pilihan pesanan makanan dia nanti

"Kaizo.. kau panggil aku hari ni kenapa?"

"Sebab aku nak bincangkan tentang si Pang tu" balas Kaizo "Kau sudah pilih makanan yang kau nak?"

"Idoli DAH!" tiba-tiba si anak kucing alien itu muncul dengan suara riangnya

Kaizo terkejut dengan kehadiran Idoli

"Kaizo.." Suara Lynna berubah menjadi garang sedikit "Bukan ke tadi, sewaktu kita ke sini.. kau cakap adik kau ada dekat rumah Boboiboy sebab nak siapkan projek sekolah dia orang?"

"Yea, betul tu" Tiba-tiba jantung Kaizo rasa berdebar-debar

"Dan bukan ke kau kata tadi, Faye ada di rumah Bella sebab nak siapkan kerja sekolah sama-sama. Kau juga ada cakap, tiada siapa ada di rumah tapi KENAPA IDOLI ADA DEKAT SINI?"

"Idoli ikut abang Kaizo tadi. Dia langsung tak ajak Idoli tadi. Idoli tinggal sorang aje dekat rumah. Jadi Idoli ikut ajelah abang Kaizo dan kak Lynna ke sini"

"KAIII-ZO!" Lynna memberikan renungan maut kepada sang kapten itu "Kau biarkan Idoli tinggal seorang diri dekat rumah?"

"Err.. korang order apa-apa sahaja yang korang nak. Aku belanja hari ni" Kaizo takut dengan suara garang Lynna "Aku nak pancake yang ada buah-buahan ni"

"Hmm.. kenapa takde makanan kucing yea dekat dalam menu ni" Idoli garu-garu kepalanya

"Amboi.. takut kena marah yea" Lynna mengucap panjang sambil tenangkan dirinya "Disebabkan kau belanja aku dan Idoli hari ini, jadi aku nak pancake yang paling mahal!"

"Tapi kenapa takde pancake yang ada makanan kucing?" soal Idoli lagi

Kaizo dan Lynna tergelak kecil melihat gelagat comel si anak kucing alien itu. Mimik muka dia seperti orang tidak bersalah yang tidak tahu apa-apa. Ianya mengingatkan tentang salah seorang pecahan Boboiboy iaitu Thorn

"Comelnya budak ni!" muncul seorang pelayan perempuan "Comel betul anak kamu berdua"

"Err.. dia bukan anak kami" balas Kaizo

"Oh bukan... maaf yea" pelayan itu terasa malu seketika "Boleh saya ambil pesanan kamu?"

"Saya nak coconut pancake with strawberry syrup! Saya tak boleh makan chocolate tapi saya sedih sebab dalam menu ni takde makanan kucing" Pelayan itu tersengih sedikit kepada Idoli

"Saya pun nak matcha pancake souffle with vanila syrup dan air, saya nak air kosong sahaja"

"Dan kamu?" tanya pelayan itu kepada Kaizo

"Bagi saya fruit pancake with maple syrup.. dan bagi air teh hijau, yang panas yea"

Selepas sahaja pelayan itu menulis kesemua pesanan mereka bertiga, dia beredar dari situ. Idoli bermain-main dengan permainan dia yang dibawa dari rumahnya tadi

"MATA ada hubungi kau ke?" soal Lynna secara tiba-tiba

"Hmm... ada" balas Kaizo "Ejen Rizwan beritahu aku, bahawa kesemua ahli kumpulan Numeros kini berada di dalam lokap MATA. Gajet-gajet mereka sudah di rampas dan di simpan di dalam sebuah bilik khas"

"Rindu pula nak berborak dengan Comot. Dia ada juga cerita pasal abang ejen Rizwan selalu berlawan dengan kakak yang ada rambut warna ungu tu. Dia orang kekasih tengah bergaduh ke?" soal Idoli sambil pusing-pusingkan anak patung superhero di atas meja. Kaizo dan Lynna tidak tahu hendak menjawab apa kepada Idoli "Bila kita nak ke sana lagi?"

"Tak tahulah Idoli" Lynna belai kepala Idoli "Kalau kita dijemput ke sana lagi, akak akan bawa Idoli sekali. Ok?"

"OK!"

"Hehehe.. alahai, comel betul Idoli ni" Lynna pandang ke depan untuk melihat Kaizo "Tadi kau cakap, kau nak bincangkan tentang adik kau? Dia ada masalah lagi ke?"

"Dia ada masalah dengan Rizu"

"Bergaduh?"

"Aku tak rasa mereka bergaduh" Kaizo mula merenung jauh laut biru di tepi pantai itu "Apa yang adik aku katakan, sebelum ini.. mereka ok sahaja. Tiada pergaduhan tetapi lepas itu, tidak tahu kenapa, Rizu mula larikan diri daripada Pang"

"Mesti ada sesuatu yang tak kena"

"Mungkin juga" kata Kaizo "Aku perlu siasat kenapa Rizu berkelakuan begitu"

"Tapi semalam Idoli main dengan abang Rizu, elok aje"

"Dia datang rumah ke semalam?" soal Kaizo kepada Idoli

"Tak" jawab Idoli "Kakak Emmy yang datang. Dia bawa Idoli pergi ke taman permainan. Idoli jumpa abang Rizu dekat taman permainan. kita orang main dekat situ. Lepas tu kakak Emmy hantar Idoli pulang. Idoli ada ajak abang Rizu datang ke rumah tapi dia tak nak pulak"

Lynna mula berfikir dengan serius. Apa yang dia dan Kaizo fikirkan ketika itu, adalah perkara yang sama. Mereka berdua harus berjumpa Rizu dan dapatkan jawapannya. Mereka tidak mahu melihat Fang kesedihan jikalau perkara ini berterusan. Rizu amat penting dalam hidupan Fang sekarang ini. Bukan sekarang sahaja, dari dulu lagi. Dia orang sudah seperti adik beradik yang tidak mahu terpisah

"Kau nak aku cakap dengan Rizu?"

"Itu kalau aku gagal. Jadi aku akan serahkan kepada kau nanti" Kaizo ternampak sedikit senyuman manis dari bibir Lynna "Aku tidak mahu hubungan mereka rengang secara tiba-tiba. Aku sayangkan mereka berdua"

"Aku sama seperti kau juga. Aku sayangkan mereka"

"Idoli pun sayangkan abang Fang dan abang Rizu!" kata Idoli secara tiba-tiba "Tapi Idoli akan sedih kalau dia orang tak berkawan dah. Abang Kaizo dan kak Lynna kena selamatkan dia orang!" Pinggan makanan pancake dia terus dihidangkan di hadapan Idoli. Mata dia bersinar-sinar melihat pancake yang sedap itu "MAKAN TIME!"

"Hehehe... geram betul aku lihat Idoli ni"

"Kenapa kau geram sangat?" soal Kaizo

"Sebab dia terlampau comel sangat" Lynna tersenyum melihat Idoli makan sekeping pancake tanpa menggunakan garpu dan pisau "Makan elok-elok Idoli"

Tiba-tiba Kaizo terbayang seorang kanak-kanak lelaki perangai seperti Idoli. Dia dapat merasai kebahagiaan dia bersama dengan anak kecil di dalam bayangan dia. Kanak-kanak kecil itu adalah adik dia sendiri. Makanan dia dan Lynna sudah pun tiba. Bau pancake itu membuatkan dia terasa lapar. Buah-buahan yang berwarna-warni itu membuatkan dia tidak sabar untuk merasai pancake tersebut. Maple syrup yang meleleh di atas pinggan itu, membuatkan selera dia terbuka luas. Matcha pancake souffle Lynna pula, kelihatan bertingkat-tingkat. Pancake itu kelihatan tebal dan Lynna tidak sabar untuk menghabiskannya

"Kaizo.." panggil Lynna. Sang kapten terus alihkan pandangan dia dari pancake, terus ke Lynna "Aku cuba sebaik mungkin untuk bercakap dengan Rizu. Kalau aku gagal, aku tak tahu nak buat apa dah"

"Bagi Idoli sahaja yang cakap dengan abang Rizu!" Idoli buka mulut dia seluasnya, lalu dia sumbat kesemua pancake di dalam mulutnya

Mulut Idoli penuh dengan pancake. Kaizo dan Lynna takut jikalau si anak kucing alien itu tercekik. Idoli kunyah pancake tersebut secara perlahan dan sehingga ianya menjadi lumat

"Ke-kenapa abang Kaizo dan kak Lynna pandang saya begitu?"

"Err.. Idoli makanlah perlahan-lahan. Jangan main sumbat sahaja. Nanti Idoli tercekik pulak" kata Lynna

"Ohhh.." Lalu Idoli potongkan pancake terakhir di dalam pinggannya, secara kecil-kecilan "Macam ni boleh?"

"Boleh" balas Lynna "Makan elok-elok ok. Jangan gelojoh sangat"

Kaizo mula terfikir. Adakah elok kalau dia bawa Rizu ke kapal angkasanya secara paksa? Dia tidak perlu beritahu Lynna tentang itu kerana dia tahu, gadis itu akan memarahi dia nanti. Mungkin idea itu dia akan mempertimbangkan jikalau dia dan Lynna gagal menegur Rizu. Sang kapten itu mula menjamu sarapan pagi dia tanpa memikirkannya lagi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Atuk! Bagi saya air chocolate panas satu!"

"Haih, kau seorang sahaja hari ni?" soal Ochobot kepada sang alien bernama Fang "Mana Boboiboy dan Gopal?"

"Hmm.. dia orang ada dekat sekolah. Tadi encik Papa tiba-tiba datang rumah Boboiboy. Entah kenapa cikgu Papa panggil dia orang. Mungkin kena denda kot.. atau dia orang sebenarnya gagal dalam ujian matematik hari tu.. lepas tu cikgu Papa nak denda dia orang! hehehe"

"Kau ni Fang, tak baik ketawakan kawan sendiri" tegur Yaya

"Eh, mana ada.. aku tak ketawakan dia orang, aku simpati dengan apa yang sudah terjadi kepada Boboiboy dan Gopal"

"Amboi.. simpati konon. Nanti atuk tak nak bagi kamu air hot chocolate ni, baru tahu"

"Eh, jangan atuk. Saya bergurau aje tadi" Fang tersengih comel kepada Tok Aba sambil berkelip-kelipkan matanya "Atuk jangan marah yea"

"Cheh, sempat lagi buat muka comel" kata Ochobot

Tok Aba gelengkan kepala. Dia hidangkan air chocolate panas di hadapan Fang. Manakala, ice cream chocolate untuk Yaya

"Ying mana?"

"Dia cakap, jumpa dekat sekolah nanti" jawab Yaya kepada Tok Aba "Dia kena jaga nenek dia dekat rumah. Jadi saya dengan Fang datang ke sini dulu sebelum ke sekolah. Oh yea, Fang.. kau dengan Rizu, masalah korang sudah selesai ke?"

"Belum" Fang mengeluh panjang "Aku ada buat salah dekat dia ke?"

"Hmm.. cuba kau fikir balik. Kau ada buat nakal dekat dia ke? Atau cakap secara kasar dekat dia?"

"Takde pulak" Fang tenung air chocolate panasnya "Kali terakhir kita orang berborak. Masa makan pizza sama-sama. Setahu aku, kita orang hanya bergurau senda sahaja masa tu. Takde pula aku marah-marahkan dia atau buat perkara nakal dekat dia. Entahlah Yaya, aku pun tak faham"

"Pelik juga kenapa Rizu tiba-tiba jadi macam tu. Semalam aku nampak dia dekat taman permainan. Aku nak tegur tapi dia dah lari"

"Dia ada rahsia yang dia cuba sembunyikan ke?"

"Entahlah Ochobot" Fang mengacau-gacau air chocolatenya dengan sudu "Aku tak fahamlah dengan Rizu ni. Dia tu, kalau ada masalah, bukan nak beritahu aku"

"Eleh, cakap orang. Kau pun sama juga, Fang. Ada masalah tapi simpan dalam hati"

Fang tersentap sedikit dengan kata-kata Ochobot tadi. Dia tersengih sedikit. Lalu dia minum air chocolate panasnya

"Aku rasa, baik aku pergi tunggu depan sekolah dia" Fang mula berfikir "Kalau dia lari, aku akan tangkap dia guna kuasa bayang aku"

"Lagilah kau buat dia lari dan langsung dia tak nak cakap dengan kau" tegur Yaya lagi "Kalau kau nak buat dia ceritakan masalah dia, kau kenalah mulakan secara perlahan bukan secara kasar. Kau kena buatkan dia senang ceritakan masalah dia kepada kau dan juga percaya dengan kau"

"Habis tu, selama ni, dia tak percayakan aku ke?"

"Percaya tapi.. mungkin dia tak nak bagi kau risau atau kau pergi cerita dekat abang kau ke" kata Yaya

"Hmm..." Fang mengusap dagunya "Kalau macam tu, aku bawakan sekali makanan kegemaran dia iaitu DONUT LOBAK MERAH!"

Terus kepala Fang kena ketuk dengan segulung surat khabar oleh Ochobot sendiri. Tok Aba menepuk dahinya sendiri.

"Eh silap.. hehehe" Fang tersengih lagi "Maksud aku, makanan kegemaran dia adalah chocolate dan pizza"

"Hah, kalau macam tu.. atuk bekalkan cekodok chocolate untuk dia. Jangan kau makan pula"

"Tak Tok Aba" kata Fang

"Bagus tapi jangan lupa bayar cekodok chocolate ni"

"Hmm.. ingatkan free"

Yaya dan Ochobot tergelak sedikit kerana lucu melihat Fang bermasam muka

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang demi seorang melangkah keluar dari kawasan sekolah rendah tetapi tiada satu pun seseorang yang Fang sedang tunggu ketika itu. Sebuah beg plastik berisikan cekodok chocolate, digenggamnya pada tangan kanan sang alien itu. Dia tunggu dan tunggu sehinggalah abang dia dan Idoli muncul di situ

"Pang, kau buat apa dekat sini?"

"Tunggu Rizu" jawab Fang "Dari tadi adik tunggu, tak muncul pun dia. Sekolah dah habis tapi dia takde pulak.. kawan baik dia pun, takde juga"

"Kasihan abang Fang" Idoli mengusap-usap tangan kiri Fang

"Takpe Idoli.." Fang mengeluh sedikit "Abang buat apa dekat sini?"

"Abang hantar Idoli pergi sekolah. Tak kan lah abang nak biarkan dia pergi sekolah seorang diri. Nak Laksamana Tarung mengamuk ke?"

"Hehehe.. tak nak" Fang tersengih sedikit

"Terima kasih abang Kaizo sebab hantarkan Idoli!"

"Hmm.. sama-sama" balas Kaizo "Idoli pergi masuk dalam. Jangan nak merayap dekat luar kawasan sekolah"

"Baik abang Kaizo!"

Idoli terus lari masuk ke dalam kawasan sekolah untuk mencari kawan-kawan dia. Idoli agak popular juga di sekolah. Kaizo melihat adiknya yang sedikit kecewa itu. Dari riak wajah adiknya, dia boleh lihat kesedihan dan kekecewaan yang terbuku di dalam hati adiknya

"Pang"

"Abang nak apa?" Suara Fang agak sedih dan lemah ketika itu

"Sebenarnya.." Kaizo menarik nafas dulu dan lalu dia berkata sesuatu "Tadi abang dan Idoli nampak Rizu keluar dari kawasan sekolah, ikut pintu belakang"

Beg plastik yang dipegang oleh Fang tadi, terlepas dari tangannya. Beg itu terjatuh di atas permukaan jalan. Kepala Fang tertunduk sedikit tetapi Kaizo boleh nampak air mata adiknya menitis sehingga menyembah bumi. Tanpa amaran, Fang terus lari dari situ. Dia tidak mahu bercakap dengan abangnya atau sesiapa pun

"PANG!"

Idoli terdengar jeritan Kaizo. Lalu dia patah balik untuk melihat apa yang berlaku

"Abang Kaizo, mana abang Fang?"

"Dia sudah lari" jawab Kaizo sambil mengangkat beg plastik yang terjatuh tadi "Nah, ambik ni.. pergi kongsi dengan kawan-kawan kau. Abang nak pergi selesaikan masalah Pang"

"Dia dan abang Rizu masih belum ok lagi?"

"Belum"

Kaizo beredar dari situ dan tinggalkan Idoli bersendirian di situ. Dia terus menghubungi Lynna untuk meminta bantuan. Idoli kembali melangkah masuk ke dalam pekarangan sekolahnya. Idoli mula risau. Dia takut jikalau hubungan Fang dan Rizu menjadi retak. Lalu dia duduk berseorangan di bangku sekolah dengan pemikiran dia jauh melayang memikirkan Fang dan Rizu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo tahu ke mana adiknya pergi iaitu pantai. Di situlah tempat Fang selalu berada jikalau dia ada masalah yang melanda pemikirannya. Tekaan Kaizo memang tepat. Adiknya duduk di atas pasir pantai sambil memeluk lutut. Mata adiknya duduk termenung sambil memerhatikan ombak-ombak bergelora di lautan biru. Air mata dia tidak henti-henti mengalir keluar tetapi Fang sedikit pun, tidak mengesat air matanya. Dia biarkan sahaja. Kaizo duduk di sebelah adiknya

"Pang"

"Kenapa abang ikut adik?" suara Fang agak marah ketika itu "Abang tak payah nak ikut adik. Abang pergilah jalankan latihan tempur abang. Tak pun, pergi jauh dari sini dan lakukan kerja misi-misi abang"

"Kenapa kau tiba-tiba nak marah abang pulak? Abang tak buat apa-apa dekat kau" Nada Kaizo bertukar menjadi garang

"Adik marah! Adik geram! Adik kecewa sebab Rizu tu! Adik benci dia!" Fang alihkan pandang dia ke tempat lain. Dia tidak mahu melihat wajah abangnya

"Jadi, kau betul-betul bencikan dia?"

Fang hanya gelengkan kepala sahaja. Jauh dihati dia, sedikit pun dia tidak pernah ada perasaan benci terhadap Rizu. Malah, dia sangat sayangkan sang budak kecil comel itu. Dia terkenang kembali sewaktu mereka berkenalan. Pada ketika itu, Rizu agak takut untuk berkawan dengan Fang dan waktu itu juga, Rizu cuba hendak menjadi seperti Fang tetapi sang alien itu berikan nasihat kepada Rizu. Jadilah diri sendiri kerana Rizu yang sebenarnya adalah paling comel. Dia tidak mahu Rizu hilang identitinya hanya kerana Fang. Sewaktu dia dapat tahu adik angkatnya mempunyai penyakit sakit jantung, dia menjadi risau dan jikalau boleh, dia hanya mahu melindungi Rizu sebaik mungkin. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi terhadap Rizu. Dia juga tidak mahu kehilangan Rizu

"Adik tak pernah bencikan dia. Adik sayangkan dia seperti adik sayangkan abang. Rizu dan abang seperti nyawa adik sendiri"

"Kau jangan putus asa" nasihat Kaizo "Kau kena cuba cara yang terbaik untuk bercakap dengan dia. Dapatkan jawapan kenapa dia buat begitu dan aku berharap, kau dan dia dapat selesaikan masalah korang"

"Adik memang cuba tapi dia.." Fang terdiam sambil mengesat air matanya "Dia macam tak nak pandang adik dah. Dia buat macam tak kenal adik dah"

"Mesti ada sebab tu"

"Abang.. kalau Rizu tak nak berkawan dengan adik dah. Adik nak ikut abang balik ke angkasa"

"Kau pasti?"

Fang angguk kepalanya. Itu keputusan dia. Kaizo rapatkan dirinya kepada adik dia. Lalu dia peluk. Dia biarkan adiknya menangis seketika

"Kaizo"

Kaizo menoleh kebelakang. Lynna sudah pun tiba bersama dengan Rizu. Kepala Rizu tertunduk. Mata dia hanya melihat kaki dia memijak pasir-pasir pantai itu. Lynna membawa Rizu untuk berdepan dengan Fang

"Kaizo, mari kita ke tempat lain"

"Tapi.." Lynna terus tarik tangan Kaizo untuk beredar dari situ "Mereka?"

"Biarkan mereka berborak" kata Lynna

Kaizo bangun dan melibas-libaskan seluar dia yang penuh dengan pasir. Dia dan Lynna beredar dari situ tetapi tidaklah jauh dari situ. Mereka hanya melihat dari jarak jauh sahaja

"Abang Fang" panggil Rizu

Fang tidak menjawab. Dia tidak mahu melihat air muka Rizu yang sedih itu. Hati dia penuh dengan kemarahan tetapi tiada satu patah perkataan dia boleh keluarkan kesemuanya kepada Rizu

"Betul ke abang Fang nak tinggalkan bumi?"

"Kalau betul pun.. Rizu bukannya kisah pun" itulah yang diucapkan oleh Fang "Rizu sudah tak pedulikkan abang. Baik abang pergi dari sini. Biar abang ikut abang Kaizo dan lupakan segalanya di sini"

"Abang nak lupakan Pizu dan kawan-kawan bumi abang?"

"Ya" Fang sebenarnya tidak bermaksud begitu. Jauh dihati, dia tidak mahu lupakan mereka "Biarlah abang pergi supaya Rizu gembira bila abang dah takde"

"Jangan kata begitu!"

"JADI, RIZU NAK ABANG BUAT APA?"

Rizu terkejut dengan kemarahan dari abang angkatnya. Dia menangis kerana dia tahu ini semua silap dia

"Kalau abang Fang nak tahu.. Pizu sebenarnya jauhkan diri Pizu dari abang Fang sebab Pizu tak melihat abang terseksa"

"Terseksa? Maksud Rizu?" Fang menjadi keliru seketika

"Sebab Pizu selalu menjadi mangsa. Pizu selalu dipergunakan oleh orang-orang jahat. Pizu tak nak abang terseksa melihat Pizu digunakan oleh mereka. Pizu tak nak jadi musuh abang Fang sebab PIZU SAYANGKAN ABANG FANG TAPI.. dia orang.. langsung tak kisah tentang hati dan perasaan Pizu. Mereka tiada perasaan langsung! Mereka hanya pentingkan kepentingan mereka sahaja!"

"Tapi Rizu.. abang boleh lindungi Rizu. Abang boleh selamatkan Rizu dari mereka!"

"Bagaimana kalau abang Fang gagal" Badan Rizu mula mengeletar sedikit. Air mata dia tidak henti-henti mengalir keluar "Hari tu, semasa kita makan pizza sambil gelak ketawa.. Pizu terus tersedar bila Pizu lihat abang Fang. Pizu terfikir apa yang terjadi sebelum ini. Pizu tahu kalau Pizu jauhkan diri dari abang Fang, berhenti berkawan dengan abang Fang.. mungkin orang jahat tidak lagi sasarkan Pizu lagi. Pizu tahu apa yang Pizu buat adalah pentingkan diri sendiri sahaja tapi Pizu terpaksa sebab PIZU SAYANGKAN ABANG FANG!"

"Abang pun sayangkan Rizu tapi biarlah abang terseksa dan dari keseksaan itu, abang akan bangkit untuk lindungi dan selamatkan Rizu dari mereka. Rizu jangan sedih lagi.. abang ada dekat sini. Abang Kaizo dan kak Lynna pun ada. Abang pasti, mereka akan lindungi Rizu dengan baik"

"Maafkan Pizu, abang Fang"

"Abang maafkan" Fang terus memeluk adik angkatnya "Maafkan abang kerana marah dekat Rizu tadi"

"Takpe.. Pizu memang patut kena marah pun"

Kaizo dan Lynna tersenyum melihat mereka sudah selesaikan masalah mereka. Lynna memandang Kaizo dan rasa pelik, kenapa Kaizo seperti hendak menangis? Adakah kapten yang terhebat itu sangat terharu dengan mereka berdua? Atau ada benda lain membuatkan Kaizo rasa begitu

"Aku sebenarnya teringat balik semasa adik aku marah dekat aku. Masa tu aku baru balik dari misi aku dan aku tinggalkan Fang untuk beberapa hari. Bila aku balik, dia marah dekat aku. Dia takut jikalau aku tidak akan kembali ke sini buat selama-lamanya. Dia takut jikalau dia kehilangan aku dan dia akan bersendirian. Lepas sahaja kejadian itu, hubungan aku dan dia menjadi semakin rapat, semakin baik dan juga semakin kuat. Aku berharap, apa yang berlaku dengan mereka berdua, hubungan mereka akan menjadi semakin kuat. Tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua"

"Aku pun berharap begitu, Kaizo"

Kaizo dan Lynna pandang satu sama lain. Mereka berbalas senyuman. Apa yang berlaku seterusnya, mereka dibaling pasir oleh Fang dan Rizu. Keempat-empat mereka berkejar-kejaran di pantai itu sehinggalah Fang teringat, dia patut berada di sekolah pada ketika itu. Lalu dia terus lari kerana dia sudah lewat masuk kelas

"Jangan kakak Yaya denda dia sudah.. hehehehe"

--------------------------------------------------------------------------------------------

Hehehee.. maaf sebab terlampau simple sangat :3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top